1
00:00:02,000 --> 00:00:07,000
Downloaded from
YTS.MX

2
00:00:08,000 --> 00:00:13,000
Official YIFY movies site:
YTS.MX

3
00:01:01,291 --> 00:01:03,250
{\an8}BERDASARKAN NOVEL
"24 JAM BERSAMA GASPAR"

4
00:01:03,250 --> 00:01:04,750
{\an8}OLEH SABDA ARMANDIO

5
00:01:10,291 --> 00:01:11,500
<i>Pada zaman kau dilahirkan,</i>

6
00:01:11,500 --> 00:01:15,208
<i>orang berlari terburu-buru
ke arah yang sama.</i>

7
00:01:15,208 --> 00:01:19,625
<i>Namun, mereka saling berlaga,
saling memijak, dan saling mengabaikan.</i>

8
00:01:19,625 --> 00:01:22,375
<i>Arah yang tiada dalam kompas.</i>

9
00:01:22,375 --> 00:01:26,750
<i>Arah yang bukan berasal
daripada kebaikan atau akal budi.</i>

10
00:01:27,250 --> 00:01:30,000
<i>Arah yang tiada seorang pun tahu.</i>

11
00:01:30,583 --> 00:01:36,041
<i>Kau lahir pada zaman yang amat huru-hara.</i>

12
00:01:47,958 --> 00:01:49,583
TUKAR BARANG

13
00:01:52,750 --> 00:01:57,583
{\an8}<i>Aku perasan beberapa minggu ini
kau merayau-rayau di depan kedai emas itu.</i>

14
00:01:58,750 --> 00:01:59,625
{\an8}<i>Aku nak nasihatkan.</i>

15
00:02:00,541 --> 00:02:03,583
Jika kau nak rompak kedai itu,
lupakan saja.

16
00:02:04,750 --> 00:02:06,375
Pemiliknya amat berbahaya.

17
00:02:08,375 --> 00:02:09,875
KEDAI EMAS WAN ALI

18
00:02:09,875 --> 00:02:13,250
Dia orang warak
yang dibenarkan buat apa-apa saja.

19
00:02:14,333 --> 00:02:18,500
<i>Mereka kemudian berpusing-pusing,
jadi gila, dan jadi tamak semula.</i>

20
00:02:19,083 --> 00:02:22,708
<i>Kau lahir pada zaman yang tiada rasa malu.</i>

21
00:02:37,875 --> 00:02:42,333
<i>Pada zaman kau dilahirkan,
orang tidak bertegur sapa seperti manusia.</i>

22
00:02:42,333 --> 00:02:45,541
<i>Setiap seorang ada wakil
dalam bentuk nombor atau kod</i>

23
00:02:45,541 --> 00:02:49,666
<i>yang membolehkan mereka
jadi sesiapa saja selain diri mereka</i>

24
00:02:49,666 --> 00:02:52,875
<i>dan bertemu sesiapa saja yang tidak wujud.</i>

25
00:02:53,375 --> 00:02:56,083
<i>Pertemuan secara bersemuka
tidak lagi penting.</i>

26
00:02:56,083 --> 00:02:58,708
<i>Hubungan hati ke hati tidak lagi wujud.</i>

27
00:03:00,125 --> 00:03:04,041
<i>Kau lahir pada zaman kepalsuan.</i>

28
00:03:20,125 --> 00:03:23,916
<i>Pada zaman kau dilahirkan,
orang bersaing untuk masa depan cerah.</i>

29
00:03:24,416 --> 00:03:27,458
<i>Mereka seperti berhak memegang
dunia tanpa had ini</i>

30
00:03:27,458 --> 00:03:30,375
<i>dengan tapak tangan
dan jari-jemari mereka.</i>

31
00:03:30,375 --> 00:03:35,125
<i>Mereka gembira, hairan, dan terlupa
untuk mengelipkan mata atau menoleh.</i>

32
00:03:35,125 --> 00:03:38,541
<i>Mereka tidak sedar
yang mereka hanya nampak bintik kecil</i>

33
00:03:38,541 --> 00:03:41,416
<i>dan terlupa betapa luasnya
alam semesta ini.</i>

34
00:03:41,416 --> 00:03:43,791
<i>Kau lahir pada zaman kesempitan.</i>

35
00:03:43,791 --> 00:03:48,041
<i>Agensi Keselamatan Nasional,
melalui Pengawal Negara,</i>

36
00:03:48,041 --> 00:03:50,625
<i>memberi penekanan
serta jaminan kepada masyarakat</i>

37
00:03:50,625 --> 00:03:53,375
<i>agar sentiasa menggunakan
peranti teknologi Internet</i>

38
00:03:53,375 --> 00:03:57,916
<i>untuk mengumpul data, menyusun,
dan membantu penyampaian maklumat.</i>

39
00:03:57,916 --> 00:04:00,458
<i>Hal ini amat dikritik
oleh sebahagian aktivis</i>

40
00:04:00,458 --> 00:04:03,291
<i>yang menganggapnya sebagai
cubaan untuk mengawal masyarakat</i>

41
00:04:03,291 --> 00:04:05,041
<i>melalui peranti digital.</i>

42
00:04:05,041 --> 00:04:06,791
<i>Kita beralih kepada berita kedua.</i>

43
00:04:06,791 --> 00:04:09,916
<i>Sejumlah 251 mayat
yang ditemui oleh Pengawal Negara</i>

44
00:04:09,916 --> 00:04:14,708
<i>di enam kubur besar akan dikenal pasti
oleh Badan Forensik Negara,</i>

45
00:04:14,708 --> 00:04:18,291
<i>dan keputusannya
akan diumumkan dalam masa 90 hari.</i>

46
00:04:18,291 --> 00:04:22,083
<i>Satu lagi sumber berita menyatakan
penemuan kubur besar itu</i>

47
00:04:22,083 --> 00:04:26,333
<i>bukanlah usaha negara semata-mata,
tapi usaha bersama masyarakat sivil.</i>

48
00:05:03,250 --> 00:05:04,250
Hei!

49
00:05:04,250 --> 00:05:06,083
Jangan rosakkan apa-apa!

50
00:05:18,291 --> 00:05:19,500
Kau tahu <i>Fight Club</i>?

51
00:05:22,541 --> 00:05:23,500
Chuck Palahniuk?

52
00:05:34,666 --> 00:05:36,250
Kau boleh tinggal di sini.

53
00:05:38,500 --> 00:05:40,708
Kau bebas berlawan macam orang lain,

54
00:05:41,208 --> 00:05:43,875
atau setidaknya,
belajar mempertahankan diri.

55
00:05:48,375 --> 00:05:50,041
Nampak lelaki kurus di sana?

56
00:05:50,541 --> 00:05:51,416
Dia doktor.

57
00:05:52,166 --> 00:05:53,666
Minta dia rawat kau.

58
00:05:55,250 --> 00:05:57,583
Dia juga boleh beri kau minuman tenaga.

59
00:05:58,583 --> 00:06:01,166
- Minuman tenaga jenis apa?
- Air suam.

60
00:06:01,666 --> 00:06:03,333
Kau nampak pucat dari tadi.

61
00:06:15,291 --> 00:06:18,458
MARI KITA JUMPA. SEBELUM PAGI. DAERAH 7.

62
00:06:22,000 --> 00:06:24,375
Kau yang jumpa kubur besar itu?

63
00:06:28,041 --> 00:06:31,041
Seorang detektif
takkan mendedahkan kerjanya.

64
00:06:36,041 --> 00:06:37,833
Aku dah jumpa kotak hitam itu.

65
00:06:38,458 --> 00:06:40,375
Aku ingat itu cuma mitos.

66
00:06:41,458 --> 00:06:44,916
Kadangkala, kita perlukan mitos
untuk terus hidup.

67
00:06:45,791 --> 00:06:46,916
Jadi, memang mitos?

68
00:06:48,083 --> 00:06:50,916
Aku dah tengok sendiri.
Sama macam cerita Babaji.

69
00:06:52,250 --> 00:06:53,708
Aku takut kau akan mati

70
00:06:53,708 --> 00:06:56,250
jika kotak hitam itu bukan sekadar mitos.

71
00:06:59,083 --> 00:07:00,666
Jadi, apa kau nak buat?

72
00:07:01,208 --> 00:07:02,208
Ambil kotak itu?

73
00:07:02,708 --> 00:07:06,000
Aku dah perhatikannya.
Cuma perlu pastikan beberapa benda.

74
00:07:06,500 --> 00:07:10,208
Pemiliknya terlalu berbahaya
untuk dihadapi tanpa persiapan.

75
00:07:16,291 --> 00:07:17,125
Gaspar.

76
00:07:19,041 --> 00:07:21,458
Ajar aku cara untuk jadi detektif.

77
00:07:24,875 --> 00:07:27,375
- Agnes von Kurowsky...
- Nama aku Afif.

78
00:07:28,125 --> 00:07:32,208
Aku lebih rela dipukul dengan batu-bata
daripada mendengar kau panggil aku Agnes.

79
00:07:36,208 --> 00:07:38,166
Jadi detektif bukan kerja mudah.

80
00:07:39,083 --> 00:07:42,458
Semuanya susah sejak orang lebih suka
beri komen daripada membaca.

81
00:07:42,458 --> 00:07:44,125
Suka hati kaulah.

82
00:09:13,250 --> 00:09:16,375
<i>Jangan bergerak!
Kesalahan jenayah telah dirakam.</i>

83
00:09:27,625 --> 00:09:31,041
<i>Jangan bergerak!
Kesalahan jenayah telah dirakam.</i>

84
00:09:38,416 --> 00:09:41,250
<i>Jangan bergerak!
Kesalahan jenayah telah dirakam.</i>

85
00:10:30,916 --> 00:10:31,750
<i>Gaspar.</i>

86
00:10:33,541 --> 00:10:36,041
<i>Adakah detektif perlu sentiasa
menegakkan kebenaran</i>

87
00:10:36,041 --> 00:10:37,875
<i>dan menghukum orang jahat?</i>

88
00:10:40,416 --> 00:10:42,625
<i>Menurut novel-novel Arthur Harahap,</i>

89
00:10:43,375 --> 00:10:46,541
<i>detektif taklah sentiasa
perlu terlibat dalam hal besar</i>

90
00:10:46,541 --> 00:10:50,458
<i>seperti menegakkan kebenaran
atau menghukum orang jahat.</i>

91
00:10:53,291 --> 00:10:56,375
<i>Kau nak jadi detektif selama-lamanya?</i>

92
00:10:59,250 --> 00:11:00,541
<i>Aku belum fikir lagi.</i>

93
00:11:05,833 --> 00:11:07,291
<i>Kenapa kau tanya begitu?</i>

94
00:11:09,083 --> 00:11:13,041
<i>Jika aku hilang, adakah kau akan cari aku?</i>

95
00:11:17,791 --> 00:11:19,291
<i>Bila kau akan hilang?</i>

96
00:11:20,958 --> 00:11:21,958
<i>Entahlah.</i>

97
00:11:24,666 --> 00:11:25,875
<i>Babaji pernah cakap,</i>

98
00:11:26,375 --> 00:11:29,666
<i>"Mencari memberikan manusia
alasan untuk hidup."</i>

99
00:11:29,666 --> 00:11:31,416
Sebelum kamu datang,

100
00:11:31,416 --> 00:11:33,125
Gaspar tiada kawan.

101
00:11:33,750 --> 00:11:36,041
Jadi, dia paksa pak cik jadi kawannya.

102
00:11:37,125 --> 00:11:37,958
Tengok sana.

103
00:11:37,958 --> 00:11:39,625
<i>Jadi, kau akan cari aku?</i>

104
00:11:41,166 --> 00:11:42,291
<i>Aku rasa begitulah.</i>

105
00:11:45,750 --> 00:11:47,791
<i>Gaspar, bangun!</i>

106
00:12:19,166 --> 00:12:21,083
Bagaimana aku boleh ada di sini?

107
00:12:22,166 --> 00:12:23,416
Kerja siapa lagi?

108
00:12:24,000 --> 00:12:25,208
Mestilah Cortazar.

109
00:12:29,500 --> 00:12:31,000
Kau ada masalah jantung.

110
00:12:31,000 --> 00:12:33,208
- Maksudnya?
- Dekstrokardia.

111
00:12:33,208 --> 00:12:35,666
Jantung kau di kedudukan yang salah.

112
00:12:39,208 --> 00:12:40,458
Bukan benda baru.

113
00:12:40,458 --> 00:12:43,833
Alat yang membantu jantung kau
sudah tak berfungsi lagi.

114
00:12:43,833 --> 00:12:47,125
Jadi, kau perlu betulkan benda itu cepat.

115
00:12:47,125 --> 00:12:48,166
Kalau tak?

116
00:12:49,333 --> 00:12:51,416
Kalau tak, kau akan mati.

117
00:12:55,750 --> 00:12:56,583
Berapa lama?

118
00:13:00,416 --> 00:13:01,625
Dua puluh empat jam.

119
00:13:31,250 --> 00:13:32,750
<i>Nama aku Gaspar.</i>

120
00:13:34,250 --> 00:13:36,041
<i>Jantung aku di sebelah kanan.</i>

121
00:13:38,583 --> 00:13:41,708
<i>Ibu-ibu yang garang bercerita tentang aku
kepada anak-anak mereka.</i>

122
00:13:43,333 --> 00:13:45,000
<i>Aku tiada ibu bapa.</i>

123
00:13:45,708 --> 00:13:48,541
<i>Aku jatuh dari langit
dan dibesarkan oleh Babaji,</i>

124
00:13:49,750 --> 00:13:53,416
<i>penglipur lara yang telah mengembara
ke separuh dunia untuk bercerita.</i>

125
00:13:57,625 --> 00:13:58,708
<i>Ketika itu,</i>

126
00:13:59,416 --> 00:14:02,625
<i>penduduk kampung di kaki bukit Govardhana</i>

127
00:14:03,208 --> 00:14:06,416
<i>mempersembahkan sajian kepada Dewa Indra</i>

128
00:14:08,041 --> 00:14:11,541
<i>agar dia menurunkan hujan kepada mereka.</i>

129
00:14:13,041 --> 00:14:15,541
<i>Disebabkan Dewa Indra semakin angkuh,</i>

130
00:14:16,375 --> 00:14:20,041
<i>Sri Krishna ingin memberikan
pengajaran kepadanya.</i>

131
00:14:20,833 --> 00:14:23,166
<i>Dia menyuruh penduduk kampung</i>

132
00:14:23,166 --> 00:14:28,000
<i>agar berhenti mempersembahkan
sajian kepada Dewa Indra</i>

133
00:14:28,500 --> 00:14:34,541
<i>dan mula memberikannya
kepada Bukit Govardhana.</i>

134
00:14:35,625 --> 00:14:39,958
<i>Sebabnya, bukit itulah
yang menyimpan air hujan</i>

135
00:14:40,458 --> 00:14:43,666
<i>ketika Dewa Indra tidak menurunkan hujan.</i>

136
00:14:45,708 --> 00:14:48,541
<i>Dewa Indra, yang kehilangan pengaruh,</i>

137
00:14:49,375 --> 00:14:53,541
<i>murka dan menurunkan hujan
selama tujuh hari tujuh malam.</i>

138
00:14:53,541 --> 00:14:55,708
DILARANG MANDI DI DALAM LAUT
BERBAHAYA

139
00:14:55,708 --> 00:14:57,041
<i>Sri Krishna</i>

140
00:14:57,875 --> 00:15:01,333
<i>mengangkat Bukit Govardhana
dengan jari kelengkengnya</i>

141
00:15:01,916 --> 00:15:03,125
<i>dan penduduk kampung</i>

142
00:15:03,666 --> 00:15:06,375
<i>dapat berlindung
daripada cuaca yang mengganas</i>

143
00:15:06,375 --> 00:15:08,875
<i>selama tujuh hari tujuh malam.</i>

144
00:15:11,875 --> 00:15:14,833
<i>Pada hari kelima, Achal,</i>

145
00:15:15,958 --> 00:15:20,041
seorang petani yang berlindung
di bawah bukit itu,

146
00:15:21,041 --> 00:15:27,541
menemui sebuah kotak hitam yang tertanam.

147
00:15:28,041 --> 00:15:29,708
Itu kotak hitam apa, Babaji?

148
00:15:31,458 --> 00:15:33,541
Itu kotak hitam ajaib, Gaspar.

149
00:15:36,541 --> 00:15:38,000
Apa yang ajaibnya?

150
00:15:38,000 --> 00:15:43,125
Sebabnya, ia boleh menunaikan hajat kita.

151
00:15:44,500 --> 00:15:47,208
Malah, ia boleh mencari ibu bapa kamu

152
00:15:47,791 --> 00:15:49,916
dan menyatukan mereka semula.

153
00:15:50,416 --> 00:15:51,916
Saya tak nak cari mereka.

154
00:15:52,416 --> 00:15:54,666
Jadi, apa yang kamu hajatkan?

155
00:16:00,750 --> 00:16:02,083
Seorang kawan, Babaji.

156
00:16:37,375 --> 00:16:38,916
<i>Ejen 368.</i>

157
00:16:39,416 --> 00:16:40,833
<i>Nyatakan kata laluannya.</i>

158
00:16:41,708 --> 00:16:44,291
<i>Aku akan sentiasa mencarimu
meskipun aku lupa.</i>

159
00:16:45,041 --> 00:16:47,541
<i>Kami mengesahkan kematian
pemberi maklumat itu.</i>

160
00:16:48,041 --> 00:16:50,625
<i>Laporan menyatakan bahawa ejen bertugas,</i>

161
00:16:50,625 --> 00:16:53,625
<i>iaitu kamu,
tidak mematuhi protokol keselamatan</i>

162
00:16:53,625 --> 00:16:57,583
<i>dengan tidak mengarahkan pemberi maklumat
meninggalkan premis pada waktunya.</i>

163
00:17:09,458 --> 00:17:11,125
<i>Dia menjual anaknya</i>

164
00:17:12,083 --> 00:17:15,041
demi hubungan perniagaan dan kuasa.

165
00:17:16,666 --> 00:17:18,666
Namun, apabila anaknya sakit,

166
00:17:19,416 --> 00:17:23,041
kami diarahkan untuk
menghantar anak itu pulang ke alamat ini.

167
00:17:26,583 --> 00:17:28,750
KLINIK HARTATI DIBYO (PN. TATI)

168
00:17:28,750 --> 00:17:31,625
Mungkin kau boleh mula mencari di sana.

169
00:18:40,958 --> 00:18:44,750
Aku nak ke hospital
untuk periksa jantung aku seperti biasa.

170
00:18:50,875 --> 00:18:51,750
Kirana!

171
00:18:58,708 --> 00:18:59,750
Boleh aku ikut?

172
00:19:00,458 --> 00:19:02,416
Tak perlulah. Tunggu aku di sini.

173
00:19:03,166 --> 00:19:07,041
Aku akan balik cepat
dan bawa novel detektif baru untuk kau.

174
00:19:23,250 --> 00:19:27,041
UNTUK DIJUAL - TERUS DENGAN PEMILIK
BUNUH ORANG KAYA

175
00:19:42,958 --> 00:19:47,083
UNTUK DIJUAL - TERUS DENGAN PEMILIK
BUNUH ORANG KAYA

176
00:20:47,583 --> 00:20:49,083
<i>Kirana dah tiada, Babaji.</i>

177
00:20:54,208 --> 00:20:56,708
Babaji tahu dia ke mana?

178
00:22:00,375 --> 00:22:02,125
Aku baru nak jemput kau.

179
00:22:05,083 --> 00:22:06,333
Tak perlu susah-susah.

180
00:22:07,291 --> 00:22:08,458
Aku boleh datang sendiri.

181
00:22:11,458 --> 00:22:12,291
Ya.

182
00:22:13,583 --> 00:22:14,958
Aku boleh nampak itu.

183
00:22:14,958 --> 00:22:18,000
Aku takkan biar kau
rancang kematian kau sendirian.

184
00:22:18,000 --> 00:22:19,750
Mati boleh datang bila-bila masa.

185
00:22:23,541 --> 00:22:25,375
Aku tak perlu rancang pun.

186
00:23:26,500 --> 00:23:27,500
Boleh saya bantu?

187
00:23:29,083 --> 00:23:31,375
Hari ini saya cuti. Tak rawat pesakit.

188
00:23:32,625 --> 00:23:35,208
Saya nak jumpa Dr. Hartati Dibyo.

189
00:23:40,416 --> 00:23:43,833
Namanya Ali bin Usam

190
00:23:44,333 --> 00:23:46,625
bin Yasser al-Kindi.

191
00:23:46,625 --> 00:23:50,083
Orang ramai memanggilnya Wan Ali.

192
00:23:51,833 --> 00:23:55,791
Dia mengahwini Maimunah, adik saya.

193
00:23:58,583 --> 00:24:03,500
<i>Boleh dikatakan, Maimunah satu-satunya
ahli keluarga saya yang tinggal.</i>

194
00:24:04,458 --> 00:24:05,833
<i>Namun, kami tak rapat.</i>

195
00:24:07,250 --> 00:24:09,291
<i>Dia menganggap saya jahat</i>

196
00:24:09,291 --> 00:24:12,583
<i>kerana tidak merestui
perkahwinannya dengan Wan Ali.</i>

197
00:24:14,583 --> 00:24:16,333
<i>Saya sendiri hairan.</i>

198
00:24:16,833 --> 00:24:20,916
<i>Bagaimana dia boleh jatuh cinta
dengan lelaki sebegitu?</i>

199
00:24:41,083 --> 00:24:42,041
<i>Mujurlah,</i>

200
00:24:43,208 --> 00:24:49,250
kebelakangan ini dia cukup baik
untuk membenarkan saya tinggal di sini.

201
00:24:51,583 --> 00:24:57,166
Waktu Bachtiar S. Abdillah,
suami saya, meninggal dunia,

202
00:24:58,625 --> 00:25:01,541
<i>dia meninggalkan banyak hutang.</i>

203
00:25:02,458 --> 00:25:06,750
<i>Saya sendiri tak tahu
bagaimana dia boleh ada banyak hutang.</i>

204
00:25:07,375 --> 00:25:09,375
<i>Mungkin sebab kawan Facebooknya.</i>

205
00:25:11,041 --> 00:25:12,708
<i>Sebelum dia meninggal dunia,</i>

206
00:25:13,416 --> 00:25:15,875
<i>dia berjumpa dengan kawan Facebooknya.</i>

207
00:25:17,875 --> 00:25:20,416
Jadi, rumah saya disita.

208
00:25:22,750 --> 00:25:27,041
Wan Ali dan keluarganya
pernah tinggal di sini.

209
00:25:28,958 --> 00:25:32,500
Ada orang berpengaruh
beri dia tempat ini untuk diuruskan.

210
00:25:35,125 --> 00:25:40,125
Itu sebabnya saya dapat tinggal di sini.

211
00:25:41,166 --> 00:25:44,291
Saya cuma perlu bayar
bil elektrik dan air.

212
00:25:44,875 --> 00:25:47,375
Kadangkala, ada perbelanjaan lain...

213
00:25:48,833 --> 00:25:51,375
Kenapa ada banyak sangat mentol di sini?

214
00:25:56,041 --> 00:25:59,125
Bachtiar S. Abdillah, suami saya,

215
00:26:00,208 --> 00:26:03,583
pergi ketika saya membeli mentol.

216
00:26:04,291 --> 00:26:06,625
Apabila saya kembali,

217
00:26:08,250 --> 00:26:10,000
dia tak lagi pulang.

218
00:26:11,041 --> 00:26:15,625
Itu sebabnya saya selalu
membeli mentol dengan harapan

219
00:26:16,500 --> 00:26:17,916
apabila saya pulang...

220
00:26:20,625 --> 00:26:22,791
dia ada di rumah.

221
00:26:33,125 --> 00:26:36,625
Kebelakangan ini, saya beli mentol

222
00:26:37,583 --> 00:26:40,041
supaya saya ada alasan

223
00:26:40,750 --> 00:26:42,166
untuk berjumpa Yadi.

224
00:26:42,166 --> 00:26:46,875
Anak bedebah itu
dah tak menjenguk saya lagi.

225
00:26:47,958 --> 00:26:51,250
Berdekatan kedai emas Wan Ali,

226
00:26:51,750 --> 00:26:53,916
tempat Yadi bekerja, ada...

227
00:26:53,916 --> 00:26:57,083
Jadi, Yadi bekerja di kedai emas Wan Ali?

228
00:26:57,083 --> 00:26:58,000
Ya.

229
00:26:58,000 --> 00:27:01,083
- Saya belum beritahu?
- Belum.

230
00:27:01,083 --> 00:27:03,375
Jadi, cerita saya sampai mana tadi?

231
00:27:04,833 --> 00:27:08,666
Sampai di Wan Ali
pernah tinggal di rumah ini.

232
00:27:10,458 --> 00:27:11,291
Ya.

233
00:27:11,875 --> 00:27:16,333
Wan Ali dan keluarganya
pernah tinggal di sini.

234
00:27:16,916 --> 00:27:22,833
Ada orang berpengaruh
beri mereka tempat ini untuk diuruskan.

235
00:27:26,541 --> 00:27:29,541
- Saya dah cerita tentang itu?
- Sudah.

236
00:27:33,208 --> 00:27:34,291
Lain kali,

237
00:27:35,375 --> 00:27:40,250
kalau saya sedang bercerita,
jangan menyampuk.

238
00:27:40,250 --> 00:27:43,250
Nanti saya perlu ulang dari awal.

239
00:27:46,750 --> 00:27:49,583
Wan Ali dan Maimunah ada anak?

240
00:27:50,458 --> 00:27:51,458
Ada.

241
00:27:51,958 --> 00:27:53,458
Namanya Kirana.

242
00:27:55,541 --> 00:27:56,541
Apa yang berlaku?

243
00:27:57,208 --> 00:27:59,583
Kita belum sampai di situ.

244
00:28:00,416 --> 00:28:03,208
Kalau saya bercerita,
perlu ikut kronologi.

245
00:28:05,083 --> 00:28:07,083
Sampai mana cerita saya tadi?

246
00:28:10,333 --> 00:28:14,916
Sampai Wan Ali
pernah tinggal di rumah ini.

247
00:28:19,166 --> 00:28:20,000
Ya.

248
00:28:20,500 --> 00:28:24,916
Wan Ali dan keluarganya
pernah tinggal di sini.

249
00:28:26,166 --> 00:28:30,666
Ada orang berpengaruh
beri mereka tempat ini untuk diuruskan.

250
00:28:31,416 --> 00:28:33,916
Itu sebabnya, saya...

251
00:29:33,291 --> 00:29:34,958
Helo. Aku Kirana.

252
00:31:03,875 --> 00:31:05,375
Selamat datang ke kedai Wan Ali,

253
00:31:05,375 --> 00:31:07,541
tempat keindahan dunia dan syurga bersatu.

254
00:31:11,208 --> 00:31:12,458
Kau nak merompak, ya?

255
00:31:15,083 --> 00:31:16,166
Jangan buat hal.

256
00:31:18,291 --> 00:31:19,458
Ini bukan payung biasa.

257
00:31:19,458 --> 00:31:22,208
Peluru di dalamnya boleh pecahkan dada kau

258
00:31:22,208 --> 00:31:24,708
dan buat cacing
di dalam perut kau berselerak.

259
00:31:24,708 --> 00:31:27,583
- Bodoh betul awak.
- Bertenang, sayang.

260
00:31:28,166 --> 00:31:32,666
- Saya akan lindungi awak habis-habisan.
- Masalahnya, ini cuma payung, bodoh.

261
00:31:33,750 --> 00:31:35,375
Siapa yang nak rompak kita?

262
00:31:36,041 --> 00:31:37,583
Itu! Dia!

263
00:31:40,458 --> 00:31:41,708
Wan Ali.

264
00:31:44,666 --> 00:31:47,666
- Kita saling kenal?
- Kita pernah berjumpa.

265
00:31:47,666 --> 00:31:48,750
Lama dulu.

266
00:31:50,000 --> 00:31:51,833
Namun, siapa yang tak kenal Wan Ali?

267
00:31:51,833 --> 00:31:55,041
Bau emas awak boleh dihidu
dari Madagascar.

268
00:31:57,250 --> 00:32:01,041
Jangan fikir kau boleh bawa keluar
barang dari sini secara percuma.

269
00:32:03,500 --> 00:32:05,000
Saya nak cari cincin kahwin.

270
00:32:06,333 --> 00:32:09,250
Saya tahu kedai ini
ada koleksi cincin kahwin terbaik.

271
00:32:09,791 --> 00:32:12,375
Walaupun orang dah tak percaya
hal itu lagi.

272
00:32:20,541 --> 00:32:23,708
Dia nak beli cincin,
kau kata dia nak merompak pula.

273
00:32:23,708 --> 00:32:28,333
Dia nampak macam perompak,
bukan macam orang yang nak berkahwin.

274
00:32:34,041 --> 00:32:36,125
Kau cari cincin yang macam mana?

275
00:32:36,125 --> 00:32:37,458
Cincin paling bersinar.

276
00:32:40,958 --> 00:32:41,791
Tunai?

277
00:32:44,166 --> 00:32:45,000
Tunai.

278
00:32:47,125 --> 00:32:49,250
Boleh saya pilih warna kotaknya?

279
00:32:51,041 --> 00:32:52,875
- Nak kotak warna apa?
- Hitam.

280
00:33:00,375 --> 00:33:04,333
Orang jenis apa cari cincin
dengan kotak berwarna hitam?

281
00:33:05,666 --> 00:33:06,875
Mengarut betul.

282
00:33:09,083 --> 00:33:11,625
Kotak cincin kami semuanya merah.

283
00:33:13,291 --> 00:33:15,875
Ada juga warna biru, tapi sudah habis.

284
00:33:21,083 --> 00:33:22,291
Itu ada kotak hitam.

285
00:33:30,333 --> 00:33:33,541
Cincin kahwin kau
tak sebesar roda Vespa, bukan?

286
00:33:35,375 --> 00:33:41,208
Melainkan isteri kau
jin, raksasa, atau gajah India.

287
00:33:45,041 --> 00:33:47,750
Siapa kata cincin itu untuk isteri saya?

288
00:33:52,125 --> 00:33:53,583
Kotak hitam itu tak dijual.

289
00:33:57,166 --> 00:33:58,708
Kalau begitu, tak jadilah.

290
00:34:00,333 --> 00:34:02,000
Sebab kotaknya warna merah?

291
00:34:15,500 --> 00:34:19,000
Pada tahun 2025,
ketika wabak nombor 36 melanda,

292
00:34:19,500 --> 00:34:22,833
beberapa orang yang rapat
dengan pemerintah dapat vaksin terbaru.

293
00:34:23,333 --> 00:34:24,583
Vaksin itu terhad.

294
00:34:25,458 --> 00:34:29,458
Orang yang menerima vaksin tersebut
mengalami simptom tertentu.

295
00:34:29,958 --> 00:34:31,583
Namun, vaksin itu berkesan.

296
00:34:32,625 --> 00:34:33,791
Salah seorangnya dia.

297
00:34:35,166 --> 00:34:37,125
Kurawa. Bekas ketua perisikan

298
00:34:37,125 --> 00:34:40,291
yang jadi pemberi maklumat
mengenai lokasi kubur besar.

299
00:34:40,291 --> 00:34:43,000
Dia kata lelaki ini
ada hubungan dengan pemerintah.

300
00:34:44,041 --> 00:34:45,041
Besar kemungkinan,

301
00:34:45,041 --> 00:34:48,166
pemerdagangan organ manusia
yang dijalankannya

302
00:34:48,166 --> 00:34:50,125
ada kaitan dengan operasi pembersihan

303
00:34:50,125 --> 00:34:52,833
yang dijalankan oleh pemerintah
sejak beberapa tahun lalu.

304
00:34:53,333 --> 00:34:54,916
Aku ingat itu cuma khabar angin.

305
00:34:56,333 --> 00:34:58,416
Aku minta Kurawa untuk tunggu

306
00:34:59,291 --> 00:35:02,208
agar aku boleh tanya dia
tentang khabar angin itu.

307
00:35:02,875 --> 00:35:04,958
Namun, dia ditemui mati malam tadi.

308
00:35:05,666 --> 00:35:07,333
Pengawal Negara bunuh dia.

309
00:35:09,166 --> 00:35:11,125
Aku jumpa sampel itu di tangannya.

310
00:35:16,875 --> 00:35:19,916
Aku tak kisah buat kerja gila sebegini.

311
00:35:20,708 --> 00:35:23,166
Merompak kedai,
mendedahkan jenayah negara kita,

312
00:35:23,166 --> 00:35:25,500
malah mencungkil mata seorang sosiopat.

313
00:35:27,625 --> 00:35:29,041
Namun, dengan satu syarat.

314
00:35:31,208 --> 00:35:34,708
Aku yang akan jaga Cortazar
jika kau mati dalam 24 jam.

315
00:35:36,708 --> 00:35:38,250
Aku tak suruh kau datang.

316
00:35:38,833 --> 00:35:40,458
Namun, kau nak jemput aku tadi.

317
00:35:43,458 --> 00:35:44,916
Anggaplah aku tawarkan diri.

318
00:35:44,916 --> 00:35:48,250
Lagipun, kau dah nak mati
dan seseorang perlu jaga Cortazar.

319
00:35:50,708 --> 00:35:53,666
- Jin cheetah boleh buat kau terbunuh.
- Aku boleh mengawalnya.

320
00:36:02,708 --> 00:36:04,250
Apa kau nak buat sekarang?

321
00:36:13,333 --> 00:36:14,416
<i>Nama aku Gaspar.</i>

322
00:36:15,666 --> 00:36:17,458
<i>Jantung aku di sebelah kanan.</i>

323
00:36:18,666 --> 00:36:20,750
<i>Aku akan mati dalam masa 24 jam.</i>

324
00:36:22,416 --> 00:36:24,708
<i>Sebelum itu, aku akan membalas dendam.</i>

325
00:36:50,291 --> 00:36:51,375
Bedebah!

326
00:36:53,708 --> 00:36:55,708
LELAKI BEDEBAH

327
00:37:02,833 --> 00:37:03,958
<i>Aku nak kalian terlibat.</i>

328
00:37:06,708 --> 00:37:08,833
Aku akan mati dalam masa 24 jam.

329
00:37:09,708 --> 00:37:11,416
Cortazar akan jadi miliknya.

330
00:37:14,000 --> 00:37:16,916
Ini saja peluang kalian
untuk mengubah nasib.

331
00:37:18,916 --> 00:37:22,541
Tak perlu buat cerita
yang kau akan mati dalam masa 24 jam.

332
00:37:25,291 --> 00:37:26,666
Kami tak nak terlibat.

333
00:37:28,166 --> 00:37:30,625
Ini mesti satu lagi helah kau.

334
00:37:31,708 --> 00:37:35,083
Lipan kecil, kotak hitam, jin cheetah.

335
00:37:35,583 --> 00:37:39,166
Semuanya cuma cerita rekaan
untuk buat orang sekeliling kau kagum.

336
00:37:44,500 --> 00:37:46,708
Rasa kagum hanya akan buat kau lemah.

337
00:37:47,916 --> 00:37:48,875
Masalahnya, Kik...

338
00:37:51,375 --> 00:37:53,416
Cortazar memang dirasuk jin cheetah.

339
00:37:55,041 --> 00:37:58,208
Pemilik asalnya membuat perjanjian
dengan kaum jin.

340
00:37:59,000 --> 00:38:01,458
Dia berikan ibu jarinya sebagai korban.

341
00:38:05,666 --> 00:38:07,708
Ceritakan tentang nasib
si pelumba jalanan.

342
00:38:07,708 --> 00:38:09,125
Jika itu tak cukup,

343
00:38:09,125 --> 00:38:12,416
ceritakan tentang pencuri legenda
yang mati dilanggar oleh Cortazar.

344
00:38:12,416 --> 00:38:15,541
Saya lebih suka
sejarah awak beri ia nama Cortazar.

345
00:38:15,541 --> 00:38:17,291
- Julio Cortazar.
- Julio.

346
00:38:17,291 --> 00:38:19,250
- Julio Cortazar. Dia...
- Diam!

347
00:38:19,833 --> 00:38:22,041
Tiga bulan lepas, kau tinggalkan aku.

348
00:38:22,833 --> 00:38:24,958
Kau suruh aku berpacaran dengan Njet.

349
00:38:25,958 --> 00:38:27,875
Sekarang, kau datang ke sini dengan dia

350
00:38:27,875 --> 00:38:29,916
dan ajak kami rompak kedai emas?

351
00:38:30,541 --> 00:38:32,875
Semuanya demi obsesi gila kau.

352
00:38:38,458 --> 00:38:40,083
Kirana dijual oleh Wan Ali.

353
00:38:42,250 --> 00:38:44,041
Dia dijual oleh ayahnya sendiri.

354
00:38:49,291 --> 00:38:50,291
Mana kau tahu?

355
00:38:50,958 --> 00:38:51,958
Aku dah siasat.

356
00:38:54,375 --> 00:38:56,291
Itu kejadian 23 tahun lalu.

357
00:38:57,416 --> 00:39:00,125
- Bagaimana kau tahu itu benar?
- Aku detektif.

358
00:39:00,625 --> 00:39:02,458
Kau mesti tahu tugas detektif.

359
00:39:02,458 --> 00:39:03,916
Mengarut.

360
00:39:04,916 --> 00:39:07,958
Kau sepatutnya tahu
kisah Achal dan kotak hitam itu

361
00:39:07,958 --> 00:39:10,291
hanyalah legenda Vaishnavisme
yang diubah suai

362
00:39:11,000 --> 00:39:14,250
yang diceritakan oleh Babaji
agar kau tak fikir tentang ibu bapa kau.

363
00:39:15,333 --> 00:39:17,083
Semua itu satu penipuan.

364
00:39:17,916 --> 00:39:20,458
Kau pula suka hidup
dalam penipuan kanak-kanak.

365
00:39:20,458 --> 00:39:21,541
Beginilah.

366
00:39:21,541 --> 00:39:24,958
Perkara yang aku nak buat
akan ubah hidup kalian yang menyedihkan.

367
00:39:25,458 --> 00:39:27,333
Kalian akan dapat hidup bersama,

368
00:39:27,333 --> 00:39:29,833
ada zuriat, dan beri mereka
makanan yang baik.

369
00:39:37,166 --> 00:39:38,666
Jika kalian ubah fikiran,

370
00:39:39,375 --> 00:39:41,958
pergi ke alamat ini
sebelum pukul 3 petang.

371
00:39:53,416 --> 00:39:57,083
<i>Kau tinggalkan Kik
dan suruh dia berpacaran dengan Njet?</i>

372
00:39:57,583 --> 00:40:01,375
<i>- Kau memang tak guna.
- Semua orang dilahirkan tak berguna.</i>

373
00:40:02,458 --> 00:40:05,000
<i>Orang yang fikir sebaliknya
tak berpijak di bumi nyata.</i>

374
00:40:05,500 --> 00:40:07,291
<i>Dia mesti ingat aku kekasih baru kau.</i>

375
00:40:08,375 --> 00:40:09,208
<i>Biarlah.</i>

376
00:40:12,708 --> 00:40:14,041
<i>Itu untuk kebaikannya.</i>

377
00:40:14,541 --> 00:40:18,583
<i>Kau pasti tahu ayat,
"semua ini untuk kebaikannya"</i>

378
00:40:19,291 --> 00:40:22,083
tak boleh diterima
apabila kau meninggalkan seseorang.

379
00:40:23,750 --> 00:40:27,583
Aku sentiasa cuba mencari kata
yang tak menyakiti hati orang lain.

380
00:40:29,416 --> 00:40:30,416
Kau sentiasa gagal?

381
00:40:32,333 --> 00:40:35,875
Aku pernah cuba tak bercakap
dengan sesiapa untuk tempoh yang lama.

382
00:40:35,875 --> 00:40:39,958
Sebabnya, tak kira apa-apa pun,
kata-kata aku boleh menyakiti orang lain.

383
00:40:41,916 --> 00:40:43,625
Kik tahu keadaan jantung kau?

384
00:40:46,916 --> 00:40:48,750
Kau mungkin dah menyakiti dia lagi.

385
00:40:52,416 --> 00:40:53,250
Mungkin.

386
00:40:56,708 --> 00:40:58,708
Jadi, kita nak rompak kedai itu

387
00:40:59,208 --> 00:41:00,500
kerana kotak hitamnya

388
00:41:01,333 --> 00:41:03,125
atau kerana pemiliknya menjual anaknya?

389
00:41:06,375 --> 00:41:07,208
Kedua-duanya.

390
00:41:07,708 --> 00:41:10,750
Lima, enam, tujuh, lapan.

391
00:41:11,333 --> 00:41:14,166
Satu, dua, tiga, empat...

392
00:41:15,083 --> 00:41:17,333
- Itu...
- Gaspar.

393
00:41:17,333 --> 00:41:18,750
Gaspar seorang...

394
00:41:18,750 --> 00:41:19,666
Detektif.

395
00:41:21,041 --> 00:41:22,958
Kami sudah berkenalan tadi.

396
00:41:23,958 --> 00:41:26,416
Ya. Dia seorang detektif.

397
00:41:27,291 --> 00:41:29,416
Aku bantu dia kumpul bukti.

398
00:41:30,333 --> 00:41:31,500
Apa yang dicarinya?

399
00:41:34,375 --> 00:41:36,208
Jejak Harimau Campa.

400
00:41:38,291 --> 00:41:39,375
- Ayuh!
- Mari.

401
00:41:41,708 --> 00:41:42,541
Gaspar!

402
00:42:18,666 --> 00:42:24,208
Tujuh, lapan.
Satu, dua, tiga, empat, lima...

403
00:42:25,000 --> 00:42:25,833
Kik...

404
00:42:28,250 --> 00:42:29,375
Jika mereka datang,

405
00:42:30,583 --> 00:42:32,291
jangan beritahu aku di sini.

406
00:42:33,791 --> 00:42:35,666
Kalau tak, mereka akan bawa aku pergi.

407
00:42:42,666 --> 00:42:45,833
Aku sepatutnya ikut saja Gaspar.

408
00:44:03,791 --> 00:44:05,500
Mungkin dia pemberi maklumat kau,

409
00:44:06,916 --> 00:44:10,708
tapi takkan kau nak ajak
si nenek lambat ini untuk merompak?

410
00:44:17,750 --> 00:44:19,125
Dia okey saja tempoh hari.

411
00:44:26,708 --> 00:44:28,791
<i>Saya tak suka Wan Ali.</i>

412
00:44:30,208 --> 00:44:31,791
Dia telah mengambil

413
00:44:32,708 --> 00:44:35,208
Maimunah dan Yadi.

414
00:44:36,583 --> 00:44:41,250
Kedua-duanya jadi kurang ajar dengan saya.

415
00:44:42,000 --> 00:44:45,708
Namun, saya tiada sebab
untuk merompak dia.

416
00:44:46,958 --> 00:44:49,250
Bagi saya, dia seorang yang baik

417
00:44:49,750 --> 00:44:53,750
kerana memberi saya tempat tinggal.

418
00:44:54,458 --> 00:44:58,625
Setelah Bachtiar S. Abdillah
meninggal dunia

419
00:44:58,625 --> 00:45:01,708
dan meninggalkan hutang-hutangnya...

420
00:45:02,625 --> 00:45:05,291
Saya dah cerita tentang itu?

421
00:45:05,291 --> 00:45:07,333
Sudah, tapi begini.

422
00:45:11,916 --> 00:45:12,750
Maaf.

423
00:45:18,250 --> 00:45:22,916
Bachtiar S. Abdillah, suami puan,
tak tinggalkan apa-apa hutang.

424
00:45:25,208 --> 00:45:27,458
Dia juga bukan mati kerana bunuh diri.

425
00:45:29,458 --> 00:45:30,666
Mana kamu tahu?

426
00:45:36,458 --> 00:45:38,875
Ini sijil kematian Bachtiar S. Abdillah.

427
00:45:54,541 --> 00:45:55,541
<i>23 tahun lalu,</i>

428
00:45:55,541 --> 00:45:59,416
<i>Bachtiar S. Abdillah dan Wan Ali
membuka perniagaan barang antik.</i>

429
00:45:59,958 --> 00:46:02,583
<i>Kewangan Bachtiar S. Abdillah
dalam keadaan baik,</i>

430
00:46:02,583 --> 00:46:04,791
<i>manakala Wan Ali mengalami krisis.</i>

431
00:46:06,333 --> 00:46:09,166
<i>Pada suatu hari,
Bachtiar S. Abdillah buat silap besar</i>

432
00:46:09,166 --> 00:46:12,208
<i>dengan menunjukkan
hartanya yang paling berharga.</i>

433
00:46:21,958 --> 00:46:24,166
Apa yang istimewa sangat kotak ini?

434
00:46:24,166 --> 00:46:25,458
Ada orang kata

435
00:46:26,166 --> 00:46:30,875
kotak ini mengandungi
seluruh pengetahuan di muka bumi ini.

436
00:46:30,875 --> 00:46:35,000
Ada juga yang kata
kotak ini membawa rezeki.

437
00:46:35,916 --> 00:46:41,166
Kotak ini juga boleh menyimpan
harta kita yang paling berharga.

438
00:46:41,875 --> 00:46:43,375
Aku telah membuktikannya.

439
00:46:44,958 --> 00:46:47,541
<i>Dalam tempoh setahun lepas,</i>

440
00:46:47,541 --> 00:46:50,750
<i>rezeki turun mencurah-curah
lebih kuat daripada hujan.</i>

441
00:47:03,583 --> 00:47:06,041
Bagaimana kamu tahu saya ada di sini?

442
00:47:07,000 --> 00:47:08,958
Saya tahu alamat tuan daripada Pn. Tati.

443
00:47:10,333 --> 00:47:12,125
Katanya, dulu kalian rapat.

444
00:47:13,291 --> 00:47:15,166
Namun, dia ingat tuan dah mati.

445
00:47:18,208 --> 00:47:21,500
Keluarga saya pun fikir begitu.

446
00:47:26,875 --> 00:47:33,125
Wan Ali sanggup buat apa-apa saja
untuk memenuhi kehendaknya.

447
00:47:44,458 --> 00:47:47,541
<i>Malah, dia telah membunuh
Bachtiar S. Abdillah,</i>

448
00:47:48,291 --> 00:47:51,041
<i>orang yang bantu
bebaskan dia daripada muflis.</i>

449
00:48:06,208 --> 00:48:08,958
Dia juga telah ambil ginjal saya

450
00:48:10,000 --> 00:48:12,375
dan buat saya buta.

451
00:48:15,625 --> 00:48:17,291
Lebih teruk lagi,

452
00:48:18,833 --> 00:48:23,208
dia buat semua orang fikir yang saya gila.

453
00:48:26,666 --> 00:48:28,875
<i>Wan Ali mereka-reka semua cerita itu.</i>

454
00:48:30,458 --> 00:48:34,708
Seolah-olah Bachtiar S. Abdillah mati
selepas berjumpa kawan Facebooknya.

455
00:48:35,333 --> 00:48:38,666
Malah, dia ambil segala harta
milik Bachtiar S. Abdillah

456
00:48:39,291 --> 00:48:43,041
dan buat seolah-olah
Bachtiar S. Abdillah meninggalkan hutang.

457
00:48:44,375 --> 00:48:47,041
Dia merasuah doktor wad kecemasan

458
00:48:48,250 --> 00:48:49,208
untuk membuat...

459
00:48:56,500 --> 00:48:59,875
...untuk membuat sijil kematian
mengikut kehendaknya.

460
00:49:10,583 --> 00:49:12,666
Saya akan ajak Yadi.

461
00:49:14,666 --> 00:49:17,750
Dia perlu tahu perbuatan Wan Ali.

462
00:49:27,625 --> 00:49:30,875
{\an8}TEH HIJAU KLASIK

463
00:49:54,500 --> 00:49:56,500
Kau ini tiada kerja lain.

464
00:49:56,500 --> 00:49:58,500
KEDAI EMAS WAN ALI

465
00:50:07,791 --> 00:50:10,166
Bagaimana hari ini? Ada baik?

466
00:50:11,083 --> 00:50:11,916
Ya.

467
00:50:13,291 --> 00:50:15,083
Kau jadi beli cincin hari ini?

468
00:50:15,083 --> 00:50:19,166
Tidak. Hari ini hari yang baik,
tapi tak sesuai untuk beli cincin.

469
00:50:19,750 --> 00:50:20,750
Beli sajalah.

470
00:50:21,791 --> 00:50:23,041
Biar kami ada jualan.

471
00:50:24,250 --> 00:50:26,958
Dah lama aku dan isteri aku
tak dapat komisen.

472
00:50:35,083 --> 00:50:36,625
Kadangkala, aku tak faham.

473
00:50:37,833 --> 00:50:40,291
Kenapa Wan Ali masih nak buka kedai ini?

474
00:50:42,041 --> 00:50:43,708
Kami jarang dapat pelanggan.

475
00:50:45,666 --> 00:50:47,000
Selain untuk tinggal di sini,

476
00:50:47,500 --> 00:50:50,083
aku tak tahu
apa fungsi kedai ini bagi dia.

477
00:50:53,291 --> 00:50:54,583
Kadangkala, aku fikir

478
00:50:55,666 --> 00:50:57,375
dia terus buka kedai emas ini

479
00:50:58,416 --> 00:51:00,750
supaya aku dan Nurida ada kerja.

480
00:51:02,875 --> 00:51:03,791
Baik betul dia.

481
00:51:05,916 --> 00:51:07,083
Apa nama teh ini?

482
00:51:08,541 --> 00:51:09,791
XD 11.

483
00:51:11,416 --> 00:51:13,083
Lain macam betul namanya.

484
00:51:15,458 --> 00:51:18,208
- Namun, ia buat kepala aku rasa ringan.
- Ya.

485
00:51:24,000 --> 00:51:24,833
Kau seorang?

486
00:51:25,333 --> 00:51:27,541
Ya. Nurida datang
selepas makan tengah hari.

487
00:51:28,833 --> 00:51:30,250
- Wan Ali?
- Kenapa dengan dia?

488
00:51:30,250 --> 00:51:31,250
Di mana dia?

489
00:51:31,250 --> 00:51:32,791
Kenapa kau nak tahu?

490
00:51:37,458 --> 00:51:40,791
Aku cuma tanya, dan kau cuma perlu jawab.

491
00:51:43,375 --> 00:51:45,416
Kau macam detektif pula.

492
00:52:34,083 --> 00:52:37,250
Barang itu mengandungi
1,000 destinasi pelancongan serata dunia.

493
00:52:37,750 --> 00:52:39,041
Versi terbaru.

494
00:52:39,625 --> 00:52:43,291
Kamu boleh pergi
ke mana-mana saja kamu suka.

495
00:52:49,791 --> 00:52:52,375
Yadi tak pernah beri saya hadiah sebegini.

496
00:52:54,083 --> 00:52:55,250
Dia terlalu bodoh

497
00:52:56,625 --> 00:52:57,541
dan miskin.

498
00:54:08,500 --> 00:54:10,458
Aku nak bersemuka dengan Wan Ali.

499
00:54:16,583 --> 00:54:19,375
Kau tak boleh pergi
dan belasah dia begitu saja.

500
00:54:19,375 --> 00:54:21,041
Kau dah tak boleh buat apa-apa.

501
00:54:21,041 --> 00:54:24,166
Paling teruk pun, Nurida tinggalkan kau
untuk si tua bangka itu.

502
00:54:29,083 --> 00:54:31,000
Wan Ali menghina kau.

503
00:54:32,333 --> 00:54:35,375
Dia memperlekehkan isteri kau
dengan menggunakan kemiskinan kau.

504
00:54:37,041 --> 00:54:38,458
Kau perlu balas dendam.

505
00:54:39,666 --> 00:54:40,791
Masa dah tamat.

506
00:54:40,791 --> 00:54:41,958
BILIK KAWALAN CCTV

507
00:54:58,916 --> 00:55:00,000
<i>Kami dah beli bot.</i>

508
00:55:01,333 --> 00:55:02,833
Tempat ini dah nak tutup.

509
00:55:04,500 --> 00:55:06,500
Gembira dapat berurusan dengan kamu.

510
00:55:06,500 --> 00:55:08,458
PETROL ITU EMAS

511
00:55:23,333 --> 00:55:25,625
<i>Dari awal aku tahu kau nak merompak.</i>

512
00:55:25,625 --> 00:55:28,458
Kalian yang akan rompak dia.
Aku cuma nak balas dendam.

513
00:55:28,458 --> 00:55:29,750
Ada siapa lagi?

514
00:55:31,208 --> 00:55:33,208
KLINIK HARTATI DIBYO (PN. TATI)

515
00:56:25,166 --> 00:56:26,000
Njet.

516
00:56:28,250 --> 00:56:30,875
- Patut tak kita terima tawaran Gaspar?
- Ya.

517
00:56:32,416 --> 00:56:34,541
Jadi, kau tak nak aku tolak?

518
00:56:40,208 --> 00:56:41,333
Bukan begitu.

519
00:56:45,000 --> 00:56:46,625
Tempat ini dah nak tenggelam.

520
00:56:47,375 --> 00:56:51,333
Bekalan bahan api kita dah nak habis.
Lagipun, aku nak hidup dengan kau,

521
00:56:52,625 --> 00:56:55,208
dan beri zuriat kita
makan makanan sebenar.

522
00:56:55,208 --> 00:56:57,375
- Itu kata-kata Gaspar.
- Itu kata-kata aku.

523
00:56:59,583 --> 00:57:01,125
Gaspar cuma mengulanginya.

524
00:57:21,541 --> 00:57:22,375
Kik.

525
00:57:32,875 --> 00:57:34,166
Kalian ubah fikiran?

526
00:57:35,541 --> 00:57:37,375
Kik juga nak balas dendam.

527
00:57:53,208 --> 00:57:56,000
Jika kau sebenarnya
nak aku dan ibu aku berbaik,

528
00:57:56,500 --> 00:57:58,291
lebih baik aku tak payah ikut.

529
00:58:01,333 --> 00:58:02,958
Hubungan kami tak pernah baik.

530
00:58:03,583 --> 00:58:07,041
Dia seorang perengus
yang hanya anggap aku anak derhaka.

531
00:58:12,041 --> 00:58:15,000
Aku kenal sangat
orang yang tak sayang anaknya.

532
00:58:15,541 --> 00:58:17,208
Ibu kau bukan begitu.

533
00:58:18,625 --> 00:58:21,666
Kau memang bodoh, miskin, dan derhaka.

534
00:58:22,958 --> 00:58:25,250
Jangan melampau. Nanti kau menyesal.

535
00:58:29,291 --> 00:58:32,208
Mungkin ini saja cara
agar kau tak hilang Nurida.

536
00:58:33,708 --> 00:58:34,541
Mari.

537
00:58:37,500 --> 00:58:38,333
Cepatlah.

538
00:58:44,041 --> 00:58:45,083
<i>Anak bedebah.</i>

539
00:58:51,750 --> 00:58:53,000
Boleh saya tengok, nenek?

540
00:58:53,666 --> 00:58:54,500
Siapa kamu?

541
00:58:55,000 --> 00:58:56,625
Saya bukan nenek.

542
00:58:58,333 --> 00:59:01,041
Cuba kamu periksa boleh guna atau tidak?

543
00:59:01,041 --> 00:59:02,583
Ini ada dua peluru.

544
00:59:03,833 --> 00:59:08,875
Kalau boleh guna,
saya nak tembak kepala anak saya ini.

545
00:59:18,791 --> 00:59:22,208
Rancangan ini bagus, tapi tak sempurna.

546
00:59:23,458 --> 00:59:25,375
Elok sangat kalian bawa ibu aku.

547
00:59:26,833 --> 00:59:27,875
Dia pernah mati.

548
00:59:28,625 --> 00:59:32,166
Setidaknya, jika benda buruk
seperti kematian berlaku,

549
00:59:33,208 --> 00:59:34,958
dia boleh bimbing kita.

550
00:59:35,541 --> 00:59:36,791
Anak bedebah.

551
00:59:38,416 --> 00:59:42,833
Itu benda pertama dia cakap
apabila mendengar kematian ayah aku.

552
00:59:42,833 --> 00:59:44,875
Kamu memang anak bedebah.

553
00:59:45,416 --> 00:59:48,000
Apa-apa pun, aku rasa rancangan ini bagus,

554
00:59:48,000 --> 00:59:49,333
tapi tak sempurna.

555
00:59:49,333 --> 00:59:51,916
Kalau bagus, itu dah cukup.

556
00:59:52,416 --> 00:59:55,791
Aku nak masak air pun tak sempat,
apatah lagi buat rancangan, Njet.

557
00:59:55,791 --> 01:00:01,166
Kalau cuma nak masak air,
saya boleh buat untuk kalian.

558
01:00:01,166 --> 01:00:02,500
Lupakan tentang masak air.

559
01:00:03,000 --> 01:00:04,833
Persoalan paling penting adalah

560
01:00:05,541 --> 01:00:06,958
kenapa kita perlu rompak dia?

561
01:00:07,458 --> 01:00:09,541
Adakah kita lebih baik daripada Wan Ali?

562
01:00:10,041 --> 01:00:12,541
Kali ini kamu betul, anak bedebah.

563
01:00:13,375 --> 01:00:15,916
Merompak itu berdosa.

564
01:00:17,708 --> 01:00:20,000
Ini bukan tentang siapa lebih baik.

565
01:00:20,583 --> 01:00:23,875
Kita tak bercakap tentang moral
apabila melibatkan orang seperti Wan Ali.

566
01:00:24,583 --> 01:00:26,625
Lagipun, semuanya jelas dari awal.

567
01:00:27,125 --> 01:00:28,250
Saya nak balas dendam.

568
01:00:28,833 --> 01:00:32,333
Kalian pula terlalu miskin
untuk tolak daripada jadi kaya.

569
01:00:34,083 --> 01:00:37,041
Memang betul. Namun begitu,

570
01:00:38,083 --> 01:00:40,541
merompak tetap berdosa.

571
01:00:40,541 --> 01:00:43,041
Panggil anak sendiri bedebah pun berdosa.

572
01:00:43,041 --> 01:00:43,958
Itu betul.

573
01:00:43,958 --> 01:00:46,125
Tapi, dia memang anak bedebah.

574
01:00:46,125 --> 01:00:49,750
Ini saja peluang kalian
untuk balas perbuatannya.

575
01:00:51,291 --> 01:00:53,250
Jadi, tak perlu cakap tentang dosa.

576
01:00:55,625 --> 01:00:59,416
Lagipun, dah berapa kali
kalian terfikir untuk buat jahat

577
01:00:59,416 --> 01:01:01,500
tapi terlalu takut nak lakukannya?

578
01:01:16,250 --> 01:01:18,375
Kalau dah tiada apa-apa lagi,

579
01:01:18,375 --> 01:01:20,833
kita fikirkan nama samaran
untuk Pn. Tati dan Yadi.

580
01:01:20,833 --> 01:01:21,750
Gaspar.

581
01:01:25,583 --> 01:01:30,416
Saya tahu cara
untuk pastikan rancangan ini berjaya.

582
01:02:16,958 --> 01:02:18,458
Saya dah ubah suai larasnya.

583
01:02:18,958 --> 01:02:21,166
Jarak berkesannya kini hingga 100 meter.

584
01:02:21,833 --> 01:02:22,791
Saya tambah teleskop.

585
01:02:50,416 --> 01:02:53,000
<i>Hantar barang itu dengan segera malam ini.</i>

586
01:02:53,000 --> 01:02:55,291
<i>Pihak berkuasa dah berikan kebenaran.</i>

587
01:03:03,708 --> 01:03:06,041
Hei, gelandangan! Nah makanan!

588
01:03:16,041 --> 01:03:16,875
Tunggu.

589
01:03:20,916 --> 01:03:22,625
Tak perlu terburu-buru.

590
01:04:01,416 --> 01:04:05,333
Aku ambil serius tentang keinginan kau
untuk hidup bersama Kik.

591
01:04:06,625 --> 01:04:08,166
Setidaknya, itu buat aku tenang.

592
01:04:12,750 --> 01:04:16,666
Walaupun saya tak dapat bayangkan
hidup bahagia dalam kemiskinan,

593
01:04:17,166 --> 01:04:18,416
kehadiran Kik

594
01:04:19,833 --> 01:04:21,541
beri saya harapan untuk hidup.

595
01:04:23,041 --> 01:04:24,041
Itu sudah cukup.

596
01:04:25,708 --> 01:04:27,500
Bahagia itu konsep yang rumit.

597
01:04:29,041 --> 01:04:31,250
Apatah lagi bahagia dalam kemiskinan.

598
01:04:35,416 --> 01:04:38,333
Asalkan kau dan Kik
tak jual ginjal dan makan bateri,

599
01:04:38,333 --> 01:04:39,500
itu dah cukup.

600
01:04:39,500 --> 01:04:41,500
Itu sebab aku nak kalian terlibat.

601
01:04:49,291 --> 01:04:50,500
Kalau aku mati,

602
01:04:51,000 --> 01:04:53,083
pergilah ke bot tempat aku tinggal.

603
01:04:54,541 --> 01:04:57,791
Ada bahan bakar yang cukup
untuk kalian tinggalkan tempat ini.

604
01:05:01,375 --> 01:05:02,708
Awak benar-benar mati esok?

605
01:05:03,875 --> 01:05:06,291
- Kau nak ikut?
- Saya akan pertimbangkan.

606
01:05:07,541 --> 01:05:08,375
Gila.

607
01:05:11,666 --> 01:05:13,750
Bagaimana kalau awak tak mati esok?

608
01:05:15,791 --> 01:05:18,875
Perkara yang tak membunuh aku esok
akan membunuh aku lusa, Njet.

609
01:06:29,250 --> 01:06:32,416
<i>Aku dah faham
sebab kau nak buat begini sebelum mati.</i>

610
01:06:33,750 --> 01:06:36,458
<i>Kau bukan takutkan mati.</i>

611
01:06:37,250 --> 01:06:38,875
<i>Kau takutkan rasa bersalah.</i>

612
01:06:41,833 --> 01:06:43,708
Itu sebab kau mahu menebusnya.

613
01:07:03,208 --> 01:07:04,541
Kematian seseorang...

614
01:07:07,625 --> 01:07:09,666
boleh menjadi cermin cembung.

615
01:07:13,125 --> 01:07:15,250
Terutamanya bagi mereka yang masih hidup.

616
01:07:16,208 --> 01:07:18,333
Jaraknya cuma sejengkal dari hidung,

617
01:07:18,333 --> 01:07:21,416
dan akan memaparkan
diri kau yang herot-benyot.

618
01:07:23,291 --> 01:07:26,541
Memiliki memori indah sebelum mati
pada zaman sekarang

619
01:07:26,541 --> 01:07:28,083
boleh jadi menyakitkan.

620
01:07:29,666 --> 01:07:31,791
Tak pun, ia akan buat kau teruja.

621
01:07:32,291 --> 01:07:34,000
Kadangkala, aku membayangkan

622
01:07:35,041 --> 01:07:37,875
aku boleh berdepan kematian
dengan rasa teruja.

623
01:07:40,666 --> 01:07:43,166
Kau boleh berdepan kematian sambil menari?

624
01:07:51,166 --> 01:07:52,541
Aku ingin terbang

625
01:07:54,125 --> 01:07:55,333
dan terhempas.

626
01:08:03,625 --> 01:08:04,916
Dramatik bunyinya.

627
01:08:52,750 --> 01:08:54,250
Ini untuk kamu.

628
01:08:56,916 --> 01:08:59,166
Kamu perlu hidup lebih lama

629
01:08:59,958 --> 01:09:04,541
supaya kamu boleh rasa penderitaan mak.

630
01:09:04,541 --> 01:09:07,000
Sekarang baru nampak macam ibu dan anak.

631
01:10:12,833 --> 01:10:15,833
<i>Nama aku Gaspar. Umur aku 34 tahun.</i>

632
01:10:16,333 --> 01:10:17,958
<i>Jantung aku di sebelah kanan.</i>

633
01:10:18,958 --> 01:10:21,250
<i>Aku akan mati dalam masa beberapa jam.</i>

634
01:10:22,291 --> 01:10:26,333
<i>Sebelum mati, aku dan kumpulan ini
akan merompak kedai emas Wan Ali.</i>

635
01:10:28,750 --> 01:10:29,791
Di mana kuncinya?

636
01:10:34,250 --> 01:10:35,083
Buka.

637
01:10:47,250 --> 01:10:48,666
Apa yang nak dirompak?

638
01:10:49,583 --> 01:10:50,416
Kosong saja.

639
01:10:51,333 --> 01:10:52,416
Di mana barang kedai?

640
01:10:54,125 --> 01:10:55,375
Di dalam peti keselamatan.

641
01:10:57,250 --> 01:10:58,458
Berkuncikah?

642
01:10:59,416 --> 01:11:00,250
Buka.

643
01:11:18,958 --> 01:11:21,416
Kak Tati? Yadi?

644
01:11:21,916 --> 01:11:22,958
Saya bukan Tati.

645
01:11:23,750 --> 01:11:25,375
- Saya Pingi.
- Saya Pongo.

646
01:11:27,041 --> 01:11:28,458
Apa kalian buat di sini?

647
01:11:31,958 --> 01:11:33,208
Celaka kau, Gaspar!

648
01:11:33,875 --> 01:11:36,625
Gaspar ada rancangan...

649
01:11:40,916 --> 01:11:42,458
Gaspar ada rancangan...

650
01:11:47,833 --> 01:11:49,208
Gaspar tiada rancangan!

651
01:11:50,041 --> 01:11:51,041
Keluar!

652
01:11:52,291 --> 01:11:54,083
- Cepat!
- Hoi!

653
01:12:01,500 --> 01:12:03,583
Celaka kau, Gaspar! Bedebah!

654
01:12:21,958 --> 01:12:22,833
Hoi!

655
01:12:38,416 --> 01:12:42,125
Mak acukan senjata ke arah Wan Ali.

656
01:12:42,791 --> 01:12:46,125
- Nampak muka bedebah itu tadi?
- Tapi, kita dikejar sekarang.

657
01:12:46,125 --> 01:12:48,166
Seronoknya rasa!

658
01:14:28,625 --> 01:14:29,625
Sial!

659
01:14:53,958 --> 01:14:55,000
Alamak!

660
01:15:48,083 --> 01:15:51,541
<i>Gaspar! Aku dah jumpa lipan kecil itu.</i>

661
01:15:55,958 --> 01:15:58,000
<i>Aku mencarinya untuk kau.</i>

662
01:15:59,250 --> 01:16:02,375
<i>Aku percaya semua benda yang kau katakan.</i>

663
01:16:03,000 --> 01:16:04,833
<i>Jadi, aku pun cuba mencarinya.</i>

664
01:16:09,041 --> 01:16:10,333
<i>Ingat ya, Gaspar.</i>

665
01:16:10,833 --> 01:16:13,708
<i>Jika aku hilang, kau perlu cari aku.</i>

666
01:16:14,208 --> 01:16:16,583
<i>Jika kau dah cari tapi tak jumpa,</i>

667
01:16:16,583 --> 01:16:18,541
<i>kau boleh berehat dulu.</i>

668
01:16:19,333 --> 01:16:22,291
<i>Namun, selesai rehat,
jangan lupa cari aku semula.</i>

669
01:16:23,625 --> 01:16:24,458
<i>Janji?</i>

670
01:16:46,750 --> 01:16:48,250
Betul apa yang Kik cakap.

671
01:16:51,166 --> 01:16:54,750
Semua ini cuma kegilaan aku
dan hanya buat orang lain menderita.

672
01:17:01,500 --> 01:17:03,625
Selesaikan apa yang kau dah mulakan.

673
01:17:13,041 --> 01:17:14,666
Aku akan ke sana sendirian.

674
01:17:16,958 --> 01:17:18,500
Bukan itu rancangan kita.

675
01:18:17,583 --> 01:18:19,541
<i>Kau yakin kau akan mati hari ini?</i>

676
01:18:24,583 --> 01:18:28,333
<i>Tiada sesiapa sangka
aku mampu hidup selama ini.</i>

677
01:20:14,500 --> 01:20:15,500
Pergi!

678
01:20:30,333 --> 01:20:31,791
Siapa yang hantar kau?

679
01:20:34,291 --> 01:20:37,791
Kau cuma mahu cincin kahwin.
Kita boleh bincang baik-baik.

680
01:20:43,291 --> 01:20:45,750
Aku tak perlu cincin kahwin, bangsat!

681
01:20:47,250 --> 01:20:48,208
Kawan-kawan!

682
01:20:53,958 --> 01:20:55,000
Mereka penjahat!

683
01:20:57,250 --> 01:21:00,208
Mereka guna kuasa mereka
untuk buat kita miskin.

684
01:21:02,500 --> 01:21:05,083
Belasah mereka sepuas hati kalian!

685
01:21:19,208 --> 01:21:20,708
Kau jual anak kau.

686
01:21:22,500 --> 01:21:23,583
Kau bunuh dia.

687
01:22:10,916 --> 01:22:11,750
Kau...

688
01:22:14,375 --> 01:22:16,625
Kau rampas satu-satunya sahabat aku.

689
01:22:27,583 --> 01:22:29,791
Kau budak yang kesunyian itu?

690
01:22:34,125 --> 01:22:37,875
Kau budak yang dibesarkan oleh drebar itu.

691
01:22:46,500 --> 01:22:48,708
Apa kau buat kepada Kirana, bangsat?

692
01:22:59,083 --> 01:23:00,083
Bangsat!

693
01:23:18,166 --> 01:23:19,916
Bangsat kau!

694
01:26:12,583 --> 01:26:16,000
{\an8}SPESIMEN

695
01:28:02,000 --> 01:28:04,666
UNTUK DIJUAL - TERUS DENGAN PEMILIK

696
01:28:04,666 --> 01:28:06,083
BUNUH ORANG KAYA

697
01:29:14,666 --> 01:29:15,500
<i>Ingat.</i>

698
01:29:17,541 --> 01:29:20,500
<i>Tiada yang lebih berbahaya
selain cerita yang buat kau percaya</i>

699
01:29:20,500 --> 01:29:23,166
<i>bahawa kebaikan
sentiasa mengalahkan kejahatan.</i>

700
01:29:26,833 --> 01:29:30,250
<i>Cerita sebegitu akan buat kau
jadi bodoh dan zalim.</i>

701
01:29:32,458 --> 01:29:34,541
<i>Orang baik melakukan perkara jahat...</i>

702
01:29:36,541 --> 01:29:39,541
<i>dengan alasan ia untuk kebaikan.</i>

703
01:29:40,916 --> 01:29:43,083
<i>Justifikasinya akan sentiasa ada.</i>

704
01:29:49,125 --> 01:29:51,875
<i>Kita dah terlalu lama hidup
dalam keadaan putus asa.</i>

705
01:29:52,833 --> 01:29:56,375
<i>Dipaksa menyaksikan
perdebatan panjang tentang baik dan buruk</i>

706
01:29:56,375 --> 01:29:58,458
<i>tanpa tahu cara menyelesaikannya.</i>

707
01:30:00,833 --> 01:30:03,375
<i>Dalam diam, menerima kenyataan
bahawa dunia telah berubah</i>

708
01:30:03,375 --> 01:30:05,250
<i>menjadi tempat yang begitu sepi</i>

709
01:30:06,250 --> 01:30:07,250
<i>dan menakutkan.</i>

710
01:30:17,000 --> 01:30:20,708
<i>Sesiapa pun akan percaya
bahawa inilah penamat kemanusiaan.</i>

711
01:30:45,583 --> 01:30:47,916
<i>Harapan sukar ditemui dan harus dicuri.</i>

712
01:30:50,833 --> 01:30:52,625
<i>Meskipun tidak boleh dipaksa,</i>

713
01:30:53,583 --> 01:30:56,041
<i>tiada salahnya untuk percaya sekali lagi.</i>

714
01:30:59,750 --> 01:31:02,625
<i>Sentiasa ada peluang kedua di dunia ini.</i>

715
01:31:10,125 --> 01:31:14,583
<i>Sebabnya, cinta boleh terbukti benar
dan kebahagiaan boleh jadi kenyataan.</i>

716
01:37:03,375 --> 01:37:05,750
Terjemahan sari kata oleh Syahmi Sapperi



