1
00:00:02,000 --> 00:00:07,000
Downloaded from
YTS.MX

2
00:00:08,000 --> 00:00:13,000
Official YIFY movies site:
YTS.MX

3
00:00:17,642 --> 00:00:20,729
SEBUAH DOKUMENTARI NETFLIX

4
00:00:29,988 --> 00:00:31,906
Kamu dah bersedia? Baiklah.

5
00:00:31,990 --> 00:00:35,368
Saya akan berikan pengenalan ringkas
sebelum kita bermula.

6
00:00:35,869 --> 00:00:39,289
Kami berada di rumah Dr. Henry Kolm.

7
00:00:39,372 --> 00:00:42,500
Kami akan menemu bual En. Alfred Bomberg.

8
00:00:42,584 --> 00:00:45,420
Kami juga menemu bual
Duta John Gunther Dean,

9
00:00:45,503 --> 00:00:48,423
veteran yang pernah berkhidmat
di Peti Surat 1142.

10
00:00:50,091 --> 00:00:53,553
Saya tak pasti setakat mana
ia dianggap sulit.

11
00:00:54,220 --> 00:00:56,848
Sebab semua ini berlaku semasa peperangan.

12
00:00:57,974 --> 00:01:02,187
Saya anggap perkara ini serius
jadi saya tak pernah bercakap tentangnya.

13
00:01:02,270 --> 00:01:04,230
Terutamanya kepada keluarga saya.

14
00:01:04,856 --> 00:01:06,733
Kami disuruh bersumpah.

15
00:01:06,816 --> 00:01:11,279
"Jangan beritahu sesiapa lokasi kamu
dan apa yang kamu buat.

16
00:01:11,362 --> 00:01:13,698
Termasuk isteri atau ibu bapa kamu.

17
00:01:13,782 --> 00:01:18,787
Nasib negara ini bergantung
kepada kemampuan kamu menyimpan rahsia"

18
00:01:19,537 --> 00:01:21,289
SEMASA PERANG DUNIA KE-2,
AS KENDALIKAN

19
00:01:21,372 --> 00:01:23,917
SEBUAH KEM TENTERA RAHSIA
BERHAMPIRAN WASHINGTON, DC.

20
00:01:24,000 --> 00:01:26,086
HAMPIR 50 TAHUN IA DIRAHSIAKAN.

21
00:01:26,169 --> 00:01:29,380
PADA 2006, PERKHIDMATAN TAMAN NEGARA
MENEMU BUAL VETERANNYA.

22
00:01:36,346 --> 00:01:39,432
Saya masih ingat semasa kami diberitahu

23
00:01:39,516 --> 00:01:43,895
kami akan dibawa
ke sebuah tempat yang merupakan 1142.

24
00:01:44,938 --> 00:01:47,148
Kami dimasukkan ke dalam bas.

25
00:01:48,900 --> 00:01:51,820
Semua tingkap bas itu ditutup dengan kayu.

26
00:01:52,403 --> 00:01:54,447
Kami langsung tak nampak apa-apa.

27
00:01:56,449 --> 00:01:57,575
Mereka cakap,

28
00:01:57,659 --> 00:02:01,538
"Kamu akan dihantar bertugas
ke satu tempat yang dirahsiakan."

29
00:02:02,872 --> 00:02:05,458
Kami sangka kami akan dihantar ke Eropah,

30
00:02:05,542 --> 00:02:10,630
tapi kami terpisah
dan tiada sesiapa tahu destinasi kami.

31
00:02:15,760 --> 00:02:18,263
Kami menuju ke selatan Washington.

32
00:02:18,346 --> 00:02:21,224
Saya terfikir, "Apa yang sedang berlaku?"

33
00:02:21,808 --> 00:02:23,893
Sebab mereka seperti sedang cuba

34
00:02:23,977 --> 00:02:26,312
untuk merahsiakannya daripada saya.

35
00:02:28,439 --> 00:02:30,150
Kami masih dalam perjalanan

36
00:02:30,233 --> 00:02:34,612
semasa saya mula nampak
sebatang jalan di celahan pokok.

37
00:02:34,696 --> 00:02:37,782
Saya rasa ia jalan tanah.

38
00:02:38,908 --> 00:02:41,327
Ke mana saya akan dibawa?

39
00:02:44,956 --> 00:02:48,501
Kami mula menyimpang dari jalan itu

40
00:02:48,585 --> 00:02:51,921
dan tiba di sebuah kawasan kecil

41
00:02:52,005 --> 00:02:55,884
yang merupakan pangkalan tentera.

42
00:02:58,136 --> 00:03:01,723
Sebaik saja kami tiba di sana
komander berkata,

43
00:03:01,806 --> 00:03:05,393
"Inilah tempatnya.
Kamu bukan dihantar ke luar negara.

44
00:03:05,476 --> 00:03:07,145
Kamu akan bertugas di sini."

45
00:03:08,271 --> 00:03:14,068
Salah seorang daripada kami
bertanya kepada polis tentera,

46
00:03:14,152 --> 00:03:16,321
"Apa nama tempat ini?"

47
00:03:16,404 --> 00:03:20,200
Polis tentera itu jawab, "Tiada nama!"

48
00:03:23,995 --> 00:03:28,082
Saya rasa orang yang memulakan program ini

49
00:03:28,166 --> 00:03:30,126
tak pasti apa kami akan lakukan.

50
00:03:30,919 --> 00:03:34,047
Situasi begini tak pernah berlaku.
Benar, bukan?

51
00:03:44,515 --> 00:03:46,726
AUDIO TEMU BUAL
PERKHIDMATAN TAMAN NEGARA 2006

52
00:03:46,809 --> 00:03:49,562
Baiklah, kita akan mulakan sesi pagi ini.

53
00:03:49,646 --> 00:03:53,942
George, awak boleh mulakannya
dengan beberapa maklumat asas.

54
00:03:54,025 --> 00:03:57,445
Boleh awak sebut nama penuh
dan tempat lahir awak?

55
00:03:58,446 --> 00:04:00,531
Nama saya George Weidinger.

56
00:04:00,615 --> 00:04:05,119
Saya dilahirkan di Vienna, Austria
pada tahun 1923

57
00:04:05,703 --> 00:04:08,039
dan melarikan diri ke Amerika Syarikat

58
00:04:08,122 --> 00:04:13,378
atas kapal terakhir yang keluar
dari Eropah pada Disember 1939.

59
00:04:16,297 --> 00:04:19,467
Saya rasa sangat takut ketika itu.

60
00:04:20,176 --> 00:04:23,054
Semua saumaah di Vienna telah dibakar.

61
00:04:23,680 --> 00:04:27,392
Ramai orang dihantar ke kem tumpuan.

62
00:04:28,059 --> 00:04:32,563
Hitler yang ingin membunuh orang Yahudi.

63
00:04:32,647 --> 00:04:34,148
Membunuh kami semua.

64
00:04:38,069 --> 00:04:40,780
Sebaik saja saya tiba di negara ini,

65
00:04:40,863 --> 00:04:44,701
saya buat permohonan
untuk menjadi warganegara

66
00:04:44,784 --> 00:04:49,289
yang menjadikan saya layak
menyertai tentera.

67
00:04:51,416 --> 00:04:53,334
Ada beratus orang seperti saya.

68
00:04:53,418 --> 00:04:56,087
Orang Yahudi yang diarahkan
menyertai tentera.

69
00:04:56,629 --> 00:04:59,090
Soalan pertama yang mereka tanya,

70
00:04:59,173 --> 00:05:03,469
"Awak dah bersedia untuk berlawan
demi negara baru awak, Amerika?"

71
00:05:03,553 --> 00:05:06,055
Kami akan cakap, "Ya, Yang Arif!"

72
00:05:06,597 --> 00:05:10,268
Saya berada di bahagian
yang akan menyerang orang Jerman.

73
00:05:11,894 --> 00:05:13,813
Hutang darah dibayar darah.

74
00:05:16,024 --> 00:05:19,277
Saya rasa orang lain
tiada sebab sekukuh saya

75
00:05:19,360 --> 00:05:21,321
untuk menyertai tentera.

76
00:05:22,864 --> 00:05:26,367
Saya tahu apa yang kami perjuangkan.

77
00:05:28,619 --> 00:05:30,413
Latihan kami telah tamat.

78
00:05:30,496 --> 00:05:33,583
Nama semua orang dipanggil
kecuali nama saya.

79
00:05:33,666 --> 00:05:35,001
Satu langkah ke depan.

80
00:05:35,501 --> 00:05:36,669
Pusing kiri.

81
00:05:37,170 --> 00:05:39,088
Mereka pun berkawad pergi.

82
00:05:39,172 --> 00:05:42,884
Saya seorang tinggal di lapangan itu.

83
00:05:44,802 --> 00:05:47,096
Saya dipanggil oleh kolonel.

84
00:05:48,389 --> 00:05:50,516
Weiss, cuba cakap bahasa Jerman.

85
00:05:51,351 --> 00:05:55,438
Saya membacakan sajak terkenal
karya Goethe.

86
00:05:55,521 --> 00:05:58,566
"Siapa menunggang
melewati malam dan angin?

87
00:05:58,649 --> 00:05:59,692
Adakah ayah…"

88
00:05:59,776 --> 00:06:03,738
Dia cakap, "Okey, cukup.
Awak akan dihantar ke 1142."

89
00:06:16,834 --> 00:06:18,669
Bas itu berhenti.

90
00:06:19,545 --> 00:06:24,425
Perkara pertama yang saya sedar
ialah itu bukan kem tentera.

91
00:06:31,099 --> 00:06:33,101
Ia nampak macam kelab desa.

92
00:06:35,269 --> 00:06:39,273
Ada kolam renang dan gelanggang tenis.

93
00:06:41,275 --> 00:06:44,278
Bagi saya, ia bukan seperti
sesuatu yang nyata.

94
00:06:45,405 --> 00:06:47,115
Kami tak tahu itu tempat apa.

95
00:06:48,408 --> 00:06:50,868
Saya telah diberitahu,

96
00:06:50,952 --> 00:06:53,746
"Di sini tiada pangkat dan gelaran.

97
00:06:53,830 --> 00:06:56,207
Jangan beritahu orang lain tugas kamu."

98
00:06:56,290 --> 00:06:58,543
Ini operasi sulit yang sangat penting.

99
00:07:03,256 --> 00:07:05,425
Sebenarnya ini kem penjara. Betul?

100
00:07:05,508 --> 00:07:08,302
Jika awak nak gelarkannya begitu.

101
00:07:08,386 --> 00:07:11,931
Mereka tak namakannya.
Ia digelarkan sebagai Peti Surat 1142.

102
00:07:12,598 --> 00:07:14,267
Selepas beberapa minggu,

103
00:07:14,350 --> 00:07:17,770
baru kami diberitahu
banduan di situ merupakan askar Nazi.

104
00:07:36,789 --> 00:07:39,500
Semasa itu, seorang Nazi ialah Nazi.

105
00:07:39,584 --> 00:07:43,379
Orang Jerman itu Nazi
dan saya tak sangka mereka dibawa ke sini.

106
00:07:44,672 --> 00:07:47,091
Selepas mereka tangkap askar Jerman,

107
00:07:47,175 --> 00:07:50,178
mereka tak patut bawa askar itu
ke Amerika Syarikat.

108
00:07:50,261 --> 00:07:52,221
Apa yang sedang berlaku?

109
00:07:53,556 --> 00:07:55,892
Askar itu datang dari semua cawangan.

110
00:07:55,975 --> 00:07:59,228
Artileri, Infantri, SS.

111
00:07:59,770 --> 00:08:04,942
Ramai antara mereka dipindahkan
sebaik saja mereka ditangkap

112
00:08:05,485 --> 00:08:09,405
dan tanpa menukar pakaian,
mereka tiba di 1142.

113
00:08:10,490 --> 00:08:12,909
Ia membuatkan kami rasa tak selesa.

114
00:08:13,993 --> 00:08:16,329
Antara mereka ada Nazi sebenar

115
00:08:16,412 --> 00:08:19,832
yang pasti akan bunuh kami
jika diberikan peluang.

116
00:08:19,916 --> 00:08:23,628
Saya orang Yahudi. Mereka juga tahu.

117
00:08:25,338 --> 00:08:28,591
Semasa kamu berada di sana,
kamu dah diberitahu peranan

118
00:08:28,674 --> 00:08:30,009
dan tugas kamu?

119
00:08:30,092 --> 00:08:33,679
Mendapatkan maklumat
untuk membantu Amerika Syarikat.

120
00:08:38,267 --> 00:08:43,064
Ketika peperangan di Eropah berlangsung,
Pihak Berikat menghadapi ancaman lain.

121
00:08:43,147 --> 00:08:46,442
Senjata rahsia Hitler, roket V-2.

122
00:08:47,068 --> 00:08:50,154
V-2 telah memusnahkan London

123
00:08:50,238 --> 00:08:53,074
dan mengorbankan lebih 50,000 nyawa.

124
00:08:55,660 --> 00:08:58,663
Wernher von Braun,
ketua pembina roket Hitler,

125
00:08:58,746 --> 00:09:03,084
berniat untuk membina roket
yang akan mencapai jarak lebih jauh.

126
00:09:05,002 --> 00:09:08,339
Pembinaan roket Jerman
berada di kemuncaknya.

127
00:09:08,422 --> 00:09:11,425
Risiko paling besar
ialah Hitler akan mencipta

128
00:09:11,509 --> 00:09:15,888
sebuah roket yang mampu menyerang
New York atau Washington.

129
00:09:16,597 --> 00:09:19,600
Ia pasti akan mengubah peperangan ini.

130
00:09:22,812 --> 00:09:27,191
Kami disuruh menggunakan bahasa Jerman
untuk menyoal siasat banduan Jerman.

131
00:09:28,067 --> 00:09:29,068
Arahannya ialah,

132
00:09:29,151 --> 00:09:33,155
"Jika ada sesiapa sebut roket,
rakam apa yang mereka cakap."

133
00:09:33,990 --> 00:09:35,950
- Siapa nama awak?
- Buller.

134
00:09:36,450 --> 00:09:39,161
Beritahu saya di mana
roket V-2 disembunyikan.

135
00:09:39,245 --> 00:09:40,705
Dalam punggung saya!

136
00:09:40,788 --> 00:09:45,710
Saya ingat satu sesi soal siasat
pada September 1944.

137
00:09:45,793 --> 00:09:47,295
Banduan itu cakap,

138
00:09:47,378 --> 00:09:49,672
"Saya tak boleh cakap apa-apa!

139
00:09:49,755 --> 00:09:51,424
Saya pegawai Tentera Jerman.

140
00:09:51,507 --> 00:09:54,510
Saya cuma perlu berikan
nama dan nombor siri saya."

141
00:09:55,219 --> 00:09:56,596
Saya cakap,

142
00:09:56,679 --> 00:10:01,934
"Saya orang Yahudi Jerman
yang dihalau keluar dari Jerman

143
00:10:02,476 --> 00:10:04,520
dan jika awak diamkan diri,

144
00:10:04,604 --> 00:10:09,233
kami boleh buat banyak perkara mengerikan
kepada awak dan keluarga awak."

145
00:10:10,901 --> 00:10:13,821
Sebagai pelarian Yahudi dari Eropah,

146
00:10:14,530 --> 00:10:18,701
tugasan ini merupakan tugasan
yang sangat aneh.

147
00:10:22,455 --> 00:10:24,040
SULIT

148
00:10:25,875 --> 00:10:29,754
Ada seorang banduan Waffen-SS
yang enggan bercakap.

149
00:10:30,796 --> 00:10:33,424
Rolf cakap,
"Saya akan paksa dia bercakap."

150
00:10:33,507 --> 00:10:35,426
Dia dimasukkan ke dalam ambulans

151
00:10:35,509 --> 00:10:38,554
dan dibawa mengelilingi pangkalan
selama sejam.

152
00:10:40,139 --> 00:10:42,058
"Awak dah sedia untuk bercakap?

153
00:10:42,141 --> 00:10:44,226
Jika tidak, kami akan racun awak."

154
00:10:45,603 --> 00:10:48,898
Dia masih berdegil.
Jadi mereka tutup pintu

155
00:10:50,316 --> 00:10:53,569
dan Rolf cakap, "Ivan, tambah gas."

156
00:10:53,653 --> 00:10:58,574
Mereka hidupkan pembersih vakum
dan masukkan habuk melalui bolong,

157
00:10:58,658 --> 00:11:02,745
jadi dia sangka dia diracuni
sebab orang Jerman selalu buat begitu.

158
00:11:02,828 --> 00:11:04,747
Dia dikeluarkan dan ditanya,

159
00:11:04,830 --> 00:11:07,291
"Awak dah bersedia untuk bercakap?"

160
00:11:07,375 --> 00:11:09,001
Dia terus bercakap.

161
00:11:16,300 --> 00:11:21,055
Antara pencapaian terhebat Peti Surat 1142

162
00:11:21,138 --> 00:11:25,559
adalah semasa kami menemui tapak

163
00:11:25,643 --> 00:11:28,938
di mana Hitler membina roket-roket V-2.

164
00:11:29,647 --> 00:11:32,983
Wernher von Braun dan kru saintisnya

165
00:11:33,067 --> 00:11:35,861
beroperasi dari kilang rahsia bawah tanah

166
00:11:35,945 --> 00:11:37,738
yang dipanggil Peenemünde.

167
00:11:38,280 --> 00:11:43,411
Jadi kami imbas fotograf udara
dan soal siasat banduan.

168
00:11:43,494 --> 00:11:45,621
Mereka beritahu kami segala-galanya.

169
00:11:46,205 --> 00:11:48,457
Penemuan Peenemünde

170
00:11:48,541 --> 00:11:51,544
menyebabkan tapak itu dibom.

171
00:11:53,879 --> 00:11:57,800
Saya rasa gembira mengetahui
yang ia salah satu pencapaian

172
00:11:57,883 --> 00:12:00,344
Peti Surat 1142.

173
00:12:03,389 --> 00:12:05,641
PEPERANGAN DI EROPAH SUDAH BERAKHIR

174
00:12:10,479 --> 00:12:14,775
Ramai orang di seluruh dunia
meraikan kesudahan peperangan di Eropah.

175
00:12:14,859 --> 00:12:18,362
Sudah lebih lima tahun berlalu
sejak Hitler menjajah Poland.

176
00:12:18,446 --> 00:12:21,240
Waktu yang dipenuhi
penderitaan dan kematian.

177
00:12:21,323 --> 00:12:23,909
Tapi Jerman telah berjaya dikalahkan.

178
00:12:24,785 --> 00:12:29,915
Tentera Amerika telah memusnahkan
lambang parti Nazi sebagai tanda simbolik.

179
00:12:44,847 --> 00:12:48,768
Susunan peristiwa selepas itu
menurut kronologi

180
00:12:48,851 --> 00:12:52,271
ialah Jeneral Bissel
telah mengumpulkan kami di Pentagon

181
00:12:52,897 --> 00:12:56,358
dan berkata,
"Tuan-tuan, saya akan melakukan sesuatu

182
00:12:56,442 --> 00:12:59,445
yang haram dan boleh menyebabkan
saya dipenjarakan."

183
00:13:01,322 --> 00:13:03,616
Ada beratus-ratus saintis Jerman

184
00:13:03,699 --> 00:13:05,951
dan jika kita tak bawa mereka masuk,

185
00:13:06,035 --> 00:13:08,370
semua teknologi itu akan hilang.

186
00:13:08,454 --> 00:13:11,081
Jadi mereka tak direkodkan
atau didaftarkan?

187
00:13:11,165 --> 00:13:13,000
Tak. Mereka musuh asing

188
00:13:13,083 --> 00:13:15,711
yang tak dibenarkan datang
semasa peperangan.

189
00:13:17,129 --> 00:13:21,300
Jeneral Bissel kata, "Kita ambil alih
pulau di pelabuhan Boston,

190
00:13:21,383 --> 00:13:26,138
bawa masuk saintis secara haram
dan bawa mereka ke pulau

191
00:13:26,222 --> 00:13:29,058
sebelum pihak imigresen nampak bot kita."

192
00:13:29,141 --> 00:13:32,061
Jadi mereka datang menaiki kapal tentera.

193
00:13:32,144 --> 00:13:35,898
Beberapa ratus orang
dibawa masuk secara haram ke pulau itu.

194
00:13:37,107 --> 00:13:41,237
Saya masih ingat
semasa kami bawa Wernher von Braun

195
00:13:41,320 --> 00:13:44,824
dan kru pertama daripada 300 orang
dari Peenemünde.

196
00:13:44,907 --> 00:13:46,575
Semasa itu ribut melanda.

197
00:13:46,659 --> 00:13:49,370
Semasa hujan turun
dan angin kencang bertiupan,

198
00:13:49,453 --> 00:13:54,166
mereka diturunkan di tangga
kerana bot sukar dikawal disebabkan ribut.

199
00:13:54,250 --> 00:13:57,837
Mereka turun dari kapal
dan tiba di pulau itu.

200
00:13:57,920 --> 00:14:00,297
Penampilan aneh mereka menarik perhatian

201
00:14:00,381 --> 00:14:03,801
sebab mereka memakai kot kulit
dan topi yang nampak lucu.

202
00:14:06,512 --> 00:14:10,516
Jika sesiapa nak lihat
stereotaip orang Prusia

203
00:14:10,599 --> 00:14:14,603
yang tinggi, rambut perang dan mata biru,
lihatlah Wernher von Braun!

204
00:14:17,773 --> 00:14:22,444
Mereka antara orang yang kami hormati

205
00:14:23,028 --> 00:14:26,866
dan saya tak tahu kehebatan teknologi kami
tapi setahu saya,

206
00:14:26,949 --> 00:14:30,202
kami tak banyak maklumat
tentang sains roket.

207
00:14:30,786 --> 00:14:32,288
Tidak syak lagi.

208
00:14:32,913 --> 00:14:34,999
Saintis roket

209
00:14:35,082 --> 00:14:40,212
yang penting dalam usaha perang Nazi

210
00:14:40,296 --> 00:14:44,633
kini telah menjadi penting
dalam usaha perang kami.

211
00:14:47,136 --> 00:14:52,224
Tiba-tiba, peranan saya
dalam situasi ini berubah

212
00:14:52,308 --> 00:14:54,727
dan kami mula ketahui sebab sebenar

213
00:14:54,810 --> 00:14:56,520
kami dibawa ke sini.

214
00:14:56,604 --> 00:14:59,648
Menjadi pengiring
dan pegawai perhubungan awam.

215
00:15:00,441 --> 00:15:02,651
Pastikan mereka selesa di sini.

216
00:15:04,236 --> 00:15:07,823
Mereka buat keputusan
untuk menjadikan saya pegawai semangat.

217
00:15:07,907 --> 00:15:10,284
Gelaran yang tak masuk akal.

218
00:15:10,367 --> 00:15:13,621
Tapi ada orang berpendapat yang kami patut

219
00:15:13,704 --> 00:15:15,831
layan mereka dengan baik.

220
00:15:16,332 --> 00:15:20,461
Saya ditanyakan satu soalan
sebab saya benci orang Jerman.

221
00:15:20,544 --> 00:15:24,757
Bolehkah saya lakukannya
dengan teliti dan berhati-hati

222
00:15:24,840 --> 00:15:27,134
dan bukan lakukannya secara semberono?

223
00:15:27,217 --> 00:15:29,011
Ketika itu saya jawab,

224
00:15:29,845 --> 00:15:33,057
"Saya tiada jawapan
sebab saya tak pernah lakukannya."

225
00:15:36,644 --> 00:15:40,064
Kami diberitahu yang kami perlu
soal siasat mereka

226
00:15:40,564 --> 00:15:45,569
sementara bermain catur,
pingpong atau tenis bersama-sama.

227
00:15:46,779 --> 00:15:49,114
Main bola tampar.
Mereka suka main bola tampar.

228
00:15:49,239 --> 00:15:50,783
BERSEDIA UNTUK APA-APA SAJA!

229
00:15:50,866 --> 00:15:56,497
Mereka tak main ladam di Jerman.
Saya ajar mereka cara main ladam.

230
00:15:56,580 --> 00:15:58,707
Ada rutin harian

231
00:15:58,791 --> 00:16:03,087
yang mana saya akan bawakan mereka
surat khabar, majalah dan wiski.

232
00:16:04,838 --> 00:16:05,881
Apa semua ini?

233
00:16:05,965 --> 00:16:09,009
Saya tak sangka saya akan lawan
dengan orang Jerman

234
00:16:09,093 --> 00:16:11,428
yang saya benar-benar benci

235
00:16:11,512 --> 00:16:13,847
dan akan berada dalam situasi begini.

236
00:16:13,931 --> 00:16:15,557
Ia langsung tak masuk akal.

237
00:16:17,142 --> 00:16:21,146
Apa awak lakukan semasa bercakap
dengan banduan Jerman?

238
00:16:21,230 --> 00:16:24,525
Saya akan ketawa
dan bergurau dengan mereka.

239
00:16:24,608 --> 00:16:29,780
Saya nak mereka fikir saya di pihak mereka
sebab saya lahir di Jerman

240
00:16:29,863 --> 00:16:33,283
dan ada kemungkinan
saya menyokong orang Jerman.

241
00:16:34,118 --> 00:16:36,495
Tapi saya sedang memanipulasi mereka.

242
00:16:38,455 --> 00:16:42,668
Semasa Heinz Schlicke tiba,
dia masih muda dan aktif bersukan

243
00:16:42,751 --> 00:16:46,005
jadi saya selalu teman dia
buat aktiviti-aktiviti sukan.

244
00:16:46,714 --> 00:16:51,135
Dia seorang Nazi? Ya, dia seorang Nazi.
Dia bekerja di Peenemünde. Jadi?

245
00:16:51,218 --> 00:16:55,055
Tugas saya ialah memastikan
dia boleh menyumbang kepada Amerika.

246
00:16:57,016 --> 00:16:59,643
Kami ada dana sulit.

247
00:16:59,727 --> 00:17:02,938
Semasa saya dijadualkan
untuk menghiburkan saintis,

248
00:17:03,022 --> 00:17:07,067
Kolonel Dean akan berikan saya
50 atau 100 dolar

249
00:17:07,151 --> 00:17:08,777
dan itu sudah mencukupi.

250
00:17:09,528 --> 00:17:14,283
Kami akan menaiki bas tentera
untuk pergi kelab malam, makan malam

251
00:17:14,366 --> 00:17:16,201
dan saya akan bayar semuanya.

252
00:17:18,662 --> 00:17:23,667
Semasa itu ada tayangan filem
dan banduan yang berikan kerjasama

253
00:17:23,751 --> 00:17:25,669
dibenarkan menonton.

254
00:17:25,753 --> 00:17:29,840
Saya rasa mereka hargai
peluang yang diberikan

255
00:17:29,923 --> 00:17:32,509
untuk menonton filem Amerika.

256
00:17:32,593 --> 00:17:36,597
Mereka suka belajar tentang Amerika
dan selalu tanya tentang Amerika.

257
00:17:36,680 --> 00:17:39,808
Kami nak mereka kenal budaya Amerika.

258
00:17:41,977 --> 00:17:46,231
Adakah tugas awak
lebih kepada mendapatkan maklumat

259
00:17:46,315 --> 00:17:51,361
atau lebih kepada mengiringi mereka
dan memastikan mereka gembira?

260
00:17:51,445 --> 00:17:52,988
Kedua-duanya.

261
00:17:57,367 --> 00:18:00,329
Pada bulan Disember,
Wernher von Braun berkata,

262
00:18:00,412 --> 00:18:04,083
"Musim sejuk di Eropah sangat teruk

263
00:18:04,166 --> 00:18:08,545
jadi kami nak hantar
beberapa barang kepada keluarga kami

264
00:18:08,629 --> 00:18:10,214
sempena musim perayaan."

265
00:18:11,632 --> 00:18:15,219
Saya cakap, "Saya akan tanya dulu."
Saya jumpa komander kem.

266
00:18:15,719 --> 00:18:18,138
Dia menghubungi Pentagon dan berkata,

267
00:18:18,222 --> 00:18:20,057
"Pastikan mereka gembira."

268
00:18:21,975 --> 00:18:24,770
Jadi keesokan paginya, mereka muncul

269
00:18:26,480 --> 00:18:30,818
berpakaian kot kulit panjang

270
00:18:30,901 --> 00:18:33,320
yang orang Jerman pakai pada musim sejuk.

271
00:18:33,904 --> 00:18:35,823
Mereka juga pakai topi Tyrolese,

272
00:18:36,406 --> 00:18:38,909
dan salah satunya ada bulu burung kecil.

273
00:18:38,992 --> 00:18:44,081
Saya cakap, "Ya Tuhan.
Tiada sesiapa patut tahu kamu ada di sini.

274
00:18:44,164 --> 00:18:47,751
Jadi boleh kamu pergi tukar pakaian?"

275
00:18:48,627 --> 00:18:50,963
Jawapannya, "Kami tiada pakaian lain.

276
00:18:51,046 --> 00:18:53,298
Kami akan pakai pakaian ini."

277
00:18:53,382 --> 00:18:57,010
Saya jumpa komander dan dia cakap,
"Okey. Bawalah mereka."

278
00:19:01,056 --> 00:19:02,850
Saya diberikan seribu dolar

279
00:19:03,725 --> 00:19:06,270
dan kami dibawa ke Lansburgh Brothers.

280
00:19:07,271 --> 00:19:11,150
Lansburgh Brothers ialah gedung serbaneka
yang paling besar

281
00:19:11,233 --> 00:19:14,444
di Washington DC
dan dimiliki oleh orang Yahudi.

282
00:19:15,112 --> 00:19:18,282
Jadi saya rasa puas hati

283
00:19:18,365 --> 00:19:22,369
kerana berpeluang membawa mereka
ke gedung serbaneka orang Yahudi.

284
00:19:23,787 --> 00:19:28,458
Jadi apa yang mereka beli?
Kopi, teh dan coklat untuk anak-anak.

285
00:19:29,209 --> 00:19:30,586
Saya cakap, "Sekarang?"

286
00:19:31,962 --> 00:19:32,921
Seluar dalam!

287
00:19:33,839 --> 00:19:37,676
Saya berusia 17 tahun.
Saya tak pernah beli seluar dalam.

288
00:19:37,759 --> 00:19:40,637
Tapi empat lelaki Jerman ini

289
00:19:41,180 --> 00:19:44,099
sedang membeli seluar dalam
untuk isteri mereka.

290
00:19:45,184 --> 00:19:47,102
Akhirnya, wanita itu keluar

291
00:19:47,728 --> 00:19:52,191
dan memegang
seluar dalam nilon yang cantik.

292
00:19:52,733 --> 00:19:54,318
Saya masih ingat

293
00:19:55,277 --> 00:19:57,571
Wernher von Braun berkata,

294
00:19:57,654 --> 00:20:02,075
"Bukan! Diperbuat daripada bulu kambing

295
00:20:02,159 --> 00:20:04,036
dengan kaki yang panjang."

296
00:20:04,620 --> 00:20:08,123
Sudah tentu ramai orang
memandang mereka dengan rasa pelik

297
00:20:08,207 --> 00:20:11,210
kerana berbahasa Jerman
dan berpakaian lucu.

298
00:20:12,127 --> 00:20:14,129
Saya tanya mereka, "Selepas ini?"

299
00:20:14,213 --> 00:20:15,422
Baju dalam.

300
00:20:15,505 --> 00:20:19,551
Saya tak pernah beli baju dalam.

301
00:20:21,094 --> 00:20:23,847
Jadi kami pun pergi
ke bahagian baju dalam.

302
00:20:25,307 --> 00:20:28,685
Semasa itu, ramai orang
memandang kami dengan rasa curiga.

303
00:20:30,520 --> 00:20:32,606
Polis tentera tiba, tangkap kami…

304
00:20:35,108 --> 00:20:38,487
dan kami dibawa pulang seperti penjenayah

305
00:20:39,196 --> 00:20:41,865
ke Peti Surat 1142.

306
00:20:45,202 --> 00:20:47,996
Apa yang berlaku?
Saya tak boleh lupakannya

307
00:20:48,622 --> 00:20:50,666
dan kisah begini tak boleh direka.

308
00:20:54,628 --> 00:20:57,923
Kami bawa mereka bersiar-siar
seperti orang lain.

309
00:20:58,006 --> 00:21:01,510
Pergi ke bandar, makan kek dan minum kopi.

310
00:21:01,593 --> 00:21:02,928
Perkara yang normal.

311
00:21:03,011 --> 00:21:06,515
Mereka bukan banduan yang sedang dihukum.

312
00:21:07,140 --> 00:21:09,977
Sebaliknya, kami pastikan mereka gembira.

313
00:21:15,440 --> 00:21:19,861
Wernher von Braun telah mencipta roket V-2

314
00:21:19,945 --> 00:21:23,907
yang membunuh ramai orang.

315
00:21:24,533 --> 00:21:26,868
Sekarang dia akan bekerja untuk kami.

316
00:21:27,744 --> 00:21:31,581
Dia dilayan seperti seorang wira.

317
00:21:35,544 --> 00:21:40,757
Wernher seorang yang berwawasan
tapi adakah dia seorang Nazi?

318
00:21:43,093 --> 00:21:46,763
Dia buat apa yang Nazi mahukan
dan perkara itu membantunya.

319
00:21:46,847 --> 00:21:50,851
Secara ideologi, dia berminat
dengan roket dan perjalanan ke bulan.

320
00:21:50,934 --> 00:21:53,312
Dia tak berminat dengan peperangan.

321
00:21:53,854 --> 00:21:58,191
Ya, dia telah mencipta roket V-2
yang telah mengebom London, tapi…

322
00:21:59,067 --> 00:22:03,864
Dia pernah nampak menyesal
tentang kesan roket V-1 dan V-2?

323
00:22:04,698 --> 00:22:08,994
Dia beranggapan yang kemajuan ini penting

324
00:22:09,077 --> 00:22:11,913
dari segi perjalanan ke angkasa lepas.

325
00:22:17,336 --> 00:22:20,964
Dalam salah satu kilang
di mana mereka mencipta

326
00:22:21,048 --> 00:22:22,507
beberapa senjata ini,

327
00:22:22,591 --> 00:22:26,386
mereka gunakan orang Yahudi
yang ditangkap oleh Gestapo.

328
00:22:27,429 --> 00:22:29,139
Dia tahu apa yang berlaku.

329
00:22:30,349 --> 00:22:35,103
Wernher von Braun
tahu kewujudan Auschwitz.

330
00:22:36,104 --> 00:22:39,191
KILANG PEMBUNUHAN NAZI
ED HERLIHY

331
00:22:39,274 --> 00:22:42,361
GAMBAR SEBENAR KEKEJAMAN
DI KEM PEMBUNUHAN NAZI

332
00:22:42,444 --> 00:22:45,155
BANDUAN YANG TAK BERDAYA
DISEKSA MUSUH KEJAM…

333
00:22:45,238 --> 00:22:46,239
INI KEBENARANNYA!

334
00:22:46,323 --> 00:22:48,992
Buat pertama kali,
rakyat Amerika tak percaya

335
00:22:49,076 --> 00:22:51,661
apa yang mereka anggap sebagai propaganda.

336
00:22:51,745 --> 00:22:55,207
Bukti ini menunjukkan
berlakunya pembunuhan besar-besaran.

337
00:22:55,832 --> 00:22:59,336
Jeneral Eisenhower yang sudah lali
dengan kekejaman perang

338
00:22:59,419 --> 00:23:02,756
kelihatan terkejut melihat kengerian ini.

339
00:23:04,216 --> 00:23:07,594
Kem paling mengerikan
terletak di Buchenwald

340
00:23:07,677 --> 00:23:11,431
di mana cuma 20,000 daripada 80,000 orang
didapati masih hidup.

341
00:23:11,515 --> 00:23:14,267
Buruh hamba bekerja membuat bom V-2

342
00:23:14,351 --> 00:23:17,145
dengan nombor bersiri di perut mereka.

343
00:23:17,771 --> 00:23:20,023
Ini pembunuhan besar-besaran.

344
00:23:20,107 --> 00:23:25,153
Ia akan mencemarkan nama Jerman
selagi rekod sejarah masih wujud.

345
00:23:29,199 --> 00:23:32,702
Kami masih belum sedar

346
00:23:32,786 --> 00:23:38,583
tentang kekejaman yang telah berlaku

347
00:23:39,084 --> 00:23:41,545
di bawah pemerintahan Nazi.

348
00:23:42,170 --> 00:23:44,673
Saya masih belum tahu ketika itu

349
00:23:44,756 --> 00:23:50,512
yang datuk saya, pak cik saya,
mak cik saya,

350
00:23:51,513 --> 00:23:55,183
sepupu saya dan saudara-mara saya

351
00:23:56,435 --> 00:23:58,854
telah dibunuh semasa kejadian Holocaust.

352
00:24:03,150 --> 00:24:05,902
Seperti ramai mangsa lain.

353
00:24:09,656 --> 00:24:12,159
Kami terkejut mengetahui apa yang berlaku.

354
00:24:12,659 --> 00:24:15,454
Selepas mendengar apa
yang berlaku di Auschwitz,

355
00:24:15,537 --> 00:24:18,081
tiada apa-apa lagi
boleh buat kami terkejut.

356
00:24:19,082 --> 00:24:23,044
Saya rasa tiada apa-apa akan berubah
jika saya luahkan perasaan,

357
00:24:23,128 --> 00:24:25,130
merintih dan menangis.

358
00:24:25,797 --> 00:24:28,049
Ia juga takkan membantu ibu bapa saya.

359
00:24:30,177 --> 00:24:34,973
Ramai daripada kami merupakan
pelarian daripada pemerintahan Nazi.

360
00:24:36,016 --> 00:24:39,769
Sudah tentu kami ingin layan mereka

361
00:24:39,853 --> 00:24:43,565
seperti penjenayah perang

362
00:24:45,025 --> 00:24:49,196
tapi sebagai askar,
kami perlu patuhi arahan.

363
00:24:50,989 --> 00:24:54,201
Saya cuba menahan perasaan

364
00:24:54,284 --> 00:24:59,080
sebab saya tak boleh bekerja dengan baik

365
00:24:59,164 --> 00:25:02,125
jika saya rasa saya nak bunuh mereka.

366
00:25:04,002 --> 00:25:07,047
Boleh dikatakan ia langsung
tak menyenangkan.

367
00:25:07,130 --> 00:25:09,925
Saya rasa macam nak muntah

368
00:25:10,008 --> 00:25:12,719
sebab saya perlu layan mereka dengan baik.

369
00:25:13,345 --> 00:25:16,348
Satu-satunya soalan
yang saya tanya diri saya ialah,

370
00:25:16,431 --> 00:25:18,558
"Apa mereka buat semasa peperangan?"

371
00:25:24,105 --> 00:25:29,611
Boleh kita bercakap tentang
peranan awak sebagai pegawai semangat?

372
00:25:29,694 --> 00:25:34,908
Cuma pegawai semangat
akan terjemahkan khutbah Krismas.

373
00:25:41,414 --> 00:25:45,544
Mereka cakap, "Hari ini Krismas
jadi kami nak berkumpul."

374
00:25:46,711 --> 00:25:49,339
Mereka berkumpul dalam sebuah bilik.

375
00:25:49,422 --> 00:25:50,590
Semua orang hadir.

376
00:25:51,299 --> 00:25:54,427
Pertama sekali ada khutbah Katolik

377
00:25:54,511 --> 00:25:57,264
dan selepas itu ada khutbah Protestan.

378
00:25:57,347 --> 00:25:58,890
Tanggungjawab saya

379
00:25:58,974 --> 00:26:04,312
ialah menterjemahkan dua khutbah
daripada bahasa Inggeris ke Jerman.

380
00:26:05,021 --> 00:26:06,481
Mereka sangat gembira.

381
00:26:06,565 --> 00:26:10,235
Mereka benar-benar gembira
sehingga mereka jemput saya

382
00:26:10,318 --> 00:26:12,571
untuk minum bersama mereka.

383
00:26:12,654 --> 00:26:14,656
Ia membuatkan saya rasa marah.

384
00:26:17,617 --> 00:26:21,288
Saya tak boleh layan mereka
macam manusia biasa. Tak boleh.

385
00:26:22,789 --> 00:26:26,626
Di belakang saya, saya dipanggil
"Der kleine Judenbube."

386
00:26:27,335 --> 00:26:28,628
Budak Yahudi.

387
00:26:29,921 --> 00:26:33,300
Dalam situasi apa pun,

388
00:26:33,383 --> 00:26:37,137
saya tak pernah jangka
yang saya akan jadi pegawai semangat

389
00:26:37,762 --> 00:26:39,639
kepada haiwan-haiwan ini.

390
00:26:41,057 --> 00:26:45,604
Saya benar-benar benci mereka
sehingga saya rasa tak tahan lagi.

391
00:26:46,146 --> 00:26:47,856
Sebab bagi saya,

392
00:26:47,939 --> 00:26:50,358
mereka orang tak guna yang patut mati.

393
00:26:53,778 --> 00:26:56,781
Awak fikir apa akan berlaku kepada mereka?

394
00:26:56,865 --> 00:26:59,034
Jika kami dihantar ke Washington

395
00:26:59,117 --> 00:27:03,246
untuk beli hadiah Krismas
saudara-mara mereka…

396
00:27:04,664 --> 00:27:09,961
mereka pasti takkan didakwa
atas jenayah-jenayah yang mereka lakukan.

397
00:27:13,089 --> 00:27:18,762
Sebelum tidur saya selalu terfikir,

398
00:27:18,845 --> 00:27:20,930
"Apa saya buat di sini?"

399
00:27:22,932 --> 00:27:27,187
Saya tertanya-tanya sama ada
saya boleh jumpa

400
00:27:27,270 --> 00:27:30,148
kolonel yang bertugas dan cakap,

401
00:27:30,231 --> 00:27:32,525
"Saya tak sanggup lakukannya lagi."

402
00:27:33,943 --> 00:27:38,198
Tapi seorang askar tak boleh buat begitu.

403
00:27:40,200 --> 00:27:42,702
Kami juga tak boleh buat begitu

404
00:27:42,786 --> 00:27:47,540
sebab kami baru berhijrah ke sini.

405
00:27:54,673 --> 00:27:58,510
Kami sedang cuba bantu
kerajaan Amerika dapatkan maklumat

406
00:27:58,593 --> 00:28:00,804
dan ia datang dalam pelbagai bentuk.

407
00:28:01,721 --> 00:28:03,723
Mungkin 1142 ialah permulaan

408
00:28:04,349 --> 00:28:08,728
pendekatan diplomatik
bagi mendapatkan maklumat.

409
00:28:11,606 --> 00:28:13,775
Saya nak cakap sesuatu yang

410
00:28:13,858 --> 00:28:16,569
awak boleh pilih untuk siarkan atau tidak.

411
00:28:18,863 --> 00:28:22,409
Kami bukan saja berminat
dengan apa orang Jerman boleh buat,

412
00:28:22,492 --> 00:28:27,163
tapi kami juga berminat nak tahu
tentang sekutu kami ketika itu,

413
00:28:27,914 --> 00:28:29,249
Kesatuan Soviet.

414
00:28:30,166 --> 00:28:33,628
Ia menjadi perkara yang sangat penting.

415
00:28:34,754 --> 00:28:36,923
Perasaan syak wasangka

416
00:28:38,216 --> 00:28:41,845
antara negara Barat dan negara Rusia

417
00:28:42,887 --> 00:28:46,933
telah wujud sejak sebelum
Perang Dunia Kedua.

418
00:28:48,143 --> 00:28:52,814
Polisi baru yang disampaikan
oleh Washington

419
00:28:52,897 --> 00:28:56,860
bertujuan untuk menghalang
orang yang berguna

420
00:28:56,943 --> 00:29:00,905
daripada jatuh ke tangan Kesatuan Soviet.

421
00:29:01,656 --> 00:29:04,451
Rusia dan Amerika Syarikat berlumba

422
00:29:04,534 --> 00:29:07,579
untuk mendapatkan saintis Jerman
paling ramai.

423
00:29:07,662 --> 00:29:10,123
Kami ada Wernher von Braun,

424
00:29:10,206 --> 00:29:12,625
seorang saintis yang sangat hebat.

425
00:29:13,710 --> 00:29:16,212
Jika ibu bapa saya tanya,
"Apa tugas awak?"

426
00:29:16,296 --> 00:29:19,758
Ayat yang saya selalu ulangi ialah,

427
00:29:19,841 --> 00:29:22,385
"Bersedia untuk Perang Dunia Ketiga."

428
00:29:25,722 --> 00:29:27,348
Pada pendapat saya…

429
00:29:30,018 --> 00:29:31,186
Saya rasa…

430
00:29:33,271 --> 00:29:34,230
yang…

431
00:29:36,191 --> 00:29:40,528
Perang Dingin bermula lebih awal
daripada jangkaan semua orang.

432
00:29:41,362 --> 00:29:45,825
Sebenarnya itulah apa yang saya
telah lakukan tanpa disedari.

433
00:29:49,871 --> 00:29:52,791
Kami diberitahu
mereka bukan tawanan perang.

434
00:29:52,874 --> 00:29:54,709
Mereka bekerja dengan kami.

435
00:29:54,793 --> 00:29:57,253
Mereka pekerja saraan harian.

436
00:30:00,048 --> 00:30:04,594
Mereka dijanjikan kewarganegaraan
yang boleh didapati dengan mudah

437
00:30:04,677 --> 00:30:08,139
dan keluarga mereka juga
dibenarkan berhijrah ke sini.

438
00:30:08,973 --> 00:30:11,267
Kamilah yang uruskan keluarga mereka.

439
00:30:11,351 --> 00:30:15,313
Dalam kebanyakan kes,
mereka digalakkan untuk berhijrah.

440
00:30:15,396 --> 00:30:18,066
Maksudnya menjadi rakyat Amerika.

441
00:30:19,400 --> 00:30:21,903
Mereka ditawarkan masa depan yang cerah.

442
00:30:22,529 --> 00:30:26,825
Tapi ramai antara mereka
mempunyai latar belakang sebagai Nazi

443
00:30:27,325 --> 00:30:30,453
jadi kami rasa terganggu

444
00:30:30,537 --> 00:30:36,084
sebab mereka diberikan peluang
untuk hidup senang di Amerika Syarikat.

445
00:30:36,668 --> 00:30:39,337
Peluang yang lebih baik
daripada orang lain.

446
00:30:42,924 --> 00:30:46,177
Lagi 15 saat, bimbingan dari dalam.

447
00:30:46,261 --> 00:30:49,681
Dua belas, sebelas, sepuluh, sembilan…

448
00:30:49,764 --> 00:30:53,351
Ramai orang telah dihantar ke Texas

449
00:30:53,893 --> 00:30:57,021
untuk bekerja dalam
program pembinaan roket.

450
00:30:57,814 --> 00:31:01,109
Ia berubah menjadi projek Apollo

451
00:31:01,192 --> 00:31:04,821
yang menjadikan Amerika
negara pertama mendarat di bulan.

452
00:31:04,904 --> 00:31:07,156
Urutan perlepasan dimulakan.

453
00:31:07,240 --> 00:31:13,413
Enam, lima, empat, tiga, dua, satu, sifar.

454
00:31:13,496 --> 00:31:15,582
Semua enjin sudah dinyalakan.

455
00:31:15,665 --> 00:31:20,086
Berlepas! Ia telah berlepas
32 minit selepas jam satu.

456
00:31:20,169 --> 00:31:21,546
Apollo 11 dah berlepas.

457
00:31:21,629 --> 00:31:23,256
Tiada masalah dari menara.

458
00:31:23,339 --> 00:31:25,174
Okey, ada pengendalian condong.

459
00:31:26,593 --> 00:31:31,764
Ia kembali kepada persoalan sama ada
awak boleh buat perkara yang teruk

460
00:31:31,848 --> 00:31:34,851
untuk mencapai matlamat yang baik.

461
00:31:36,227 --> 00:31:40,899
Bagi saya jika awak sanggup buat begitu,

462
00:31:40,982 --> 00:31:44,027
kemenangan yang awak capai

463
00:31:44,110 --> 00:31:46,404
tak berbaloi.

464
00:31:50,825 --> 00:31:52,577
BERAMBUS KE MARIKH VON BRAUN

465
00:31:54,078 --> 00:31:57,206
LEBIH 1,600 SAINTIS JERMAN
DIBAWA KE AMERIKA SYARIKAT.

466
00:31:57,290 --> 00:31:59,792
RAMAI DIAMBIL BEKERJA DENGAN CIA DAN NASA.

467
00:32:03,963 --> 00:32:05,465
MEREKA TAK DIDAKWA

468
00:32:05,548 --> 00:32:08,051
ATAS JENAYAH PERANG MEREKA SEBAGAI NAZI.

469
00:32:08,134 --> 00:32:10,178
Dengan sokongan kamu,

470
00:32:10,261 --> 00:32:13,973
kita akan kembali ke orbit
dengan stesen angkasa baru.

471
00:32:14,474 --> 00:32:17,477
Mungkin nanti kita akan ke Marikh.
Terima kasih.

472
00:32:31,032 --> 00:32:33,576
PETI SURAT 1142 DIMUSNAHKAN
PADA TAHUN 1946.

473
00:32:33,660 --> 00:32:37,705
SEMUA DOKUMEN DAN RAKAMAN
TELAH DIMUSNAHKAN ATAU DISIMPAN.

474
00:32:38,790 --> 00:32:41,793
ASKAR YAHUDI DIMINTA MEMBUAT AKUAN SUMPAH.

475
00:32:41,876 --> 00:32:44,671
ADA YANG RAHSIAKANNYA
SEHINGGA KEMATIAN MEREKA.

476
00:32:45,338 --> 00:32:51,511
PETER DAN ARNO MASIH HIDUP
UNTUK MENCERITAKAN KISAH INI.

477
00:34:42,455 --> 00:34:44,874
Terjemahan sari kata oleh Atikah Gazzali



