1
00:00:02,000 --> 00:00:07,000
Downloaded from
YTS.MX

2
00:00:07,800 --> 00:00:14,600
SEBUAH DOKUMENTARI NETFLIX

3
00:00:08,000 --> 00:00:13,000
Official YIFY movies site:
YTS.MX

4
00:00:18,000 --> 00:00:22,360
Bekas pengerusi Renault-Nissan telah
meninggalkan Jepun dan lari ke Lubnan.

5
00:00:22,440 --> 00:00:25,240
…bekas pengerusi Nissan
Carlos Ghosn telah lari.

6
00:00:25,320 --> 00:00:29,760
…bekas pengerusi Nissan, Carlos Ghosn
menjadi tahanan dalam rumah di Jepun…

7
00:00:29,840 --> 00:00:33,720
Dia dilaporkan tiba di sana
dalam bekas alat muzik.

8
00:00:39,920 --> 00:00:41,440
130 hari dalam penjara.

9
00:00:42,280 --> 00:00:44,000
Kurungan bersendirian.

10
00:00:44,080 --> 00:00:46,800
Terikat dengan gari

11
00:00:47,560 --> 00:00:51,280
dan dikekang dengan pengikat di pinggang.

12
00:00:52,360 --> 00:00:54,960
Saya tak rasa seperti manusia lagi.

13
00:00:57,920 --> 00:00:59,960
Di Jepun, apabila anda ditangkap

14
00:01:02,320 --> 00:01:04,200
hidup anda sudah berakhir.

15
00:01:06,040 --> 00:01:11,800
Sebenarnya dia, Carlos Ghosn,
yang mengkhianati kepercayaan saya.

16
00:01:16,240 --> 00:01:18,120
Dia bina perisai untuk dirinya

17
00:01:18,200 --> 00:01:20,840
sebab dia rasa dia kebal.

18
00:01:24,640 --> 00:01:27,960
Dia bertukar daripada menjadi penyelamat,
kepada akhirnya

19
00:01:28,040 --> 00:01:30,560
menjadi penjenayah yang disyaki.

20
00:01:31,880 --> 00:01:33,920
Dia kehilangan semua kuasanya.

21
00:01:34,640 --> 00:01:37,360
Dia menjadi raja bogel,
ditelanjang sepenuhnya.

22
00:01:38,760 --> 00:01:42,920
Apa yang berlaku? Itu persoalan utama.
Semuanya disebabkan duit.

23
00:01:47,760 --> 00:01:49,400
Saya tak menjangkakan ini.

24
00:01:49,480 --> 00:01:52,440
Saya tak berniat untuk terlibat

25
00:01:52,520 --> 00:01:56,720
dalam konspirasi antarabangsa yang pelik,

26
00:01:58,080 --> 00:01:59,480
terutamanya di Jepun.

27
00:02:01,880 --> 00:02:07,680
Semua petanda menunjukkan
saya tak mungkin akan dilayan dengan adil.

28
00:02:07,760 --> 00:02:09,920
Tak susah untuk buat kesimpulan

29
00:02:10,000 --> 00:02:13,000
yang awak akan mati di Jepun
atau awak perlu keluar.

30
00:02:45,280 --> 00:02:46,200
Hai.

31
00:02:46,720 --> 00:02:47,720
Hai.

32
00:02:47,800 --> 00:02:48,800
Helo.

33
00:02:48,880 --> 00:02:50,960
Selamat datang. Selamat pagi.

34
00:02:51,480 --> 00:02:55,320
Sedikit penjelasan, saya pelakon.
Skrip saya berdasarkan temu bual

35
00:02:55,400 --> 00:02:58,960
dengan pembantu En. Ghosn
dan penasihat Perhubungan Awam

36
00:02:59,040 --> 00:03:03,920
yang bekerja dengannya bertahun-tahun
dan atas sebab tertentu,

37
00:03:04,000 --> 00:03:05,960
tak mahu sertai dokumentari ini.

38
00:03:07,360 --> 00:03:09,080
Jadi, kita fokus pada fakta.

39
00:03:09,840 --> 00:03:14,200
Kisah ini bermula tahun 1996 di Paris,
di mana En. Ghosn dibawa masuk

40
00:03:14,280 --> 00:03:17,960
untuk bantu selamatkan
syarikat kereta Perancis, Renault.

41
00:03:18,040 --> 00:03:22,760
Renault mencatatkan kerugian bersih
sebanyak 5.248 bilion franc.

42
00:03:22,840 --> 00:03:24,560
Menurut Louis Schweitzer,

43
00:03:24,640 --> 00:03:28,880
jumlah ini letakkan Renault di zon merah
buat kali pertama dalam sedekad.

44
00:03:28,960 --> 00:03:31,920
Kerugian masih menjadi masalah.

45
00:03:32,000 --> 00:03:34,680
Pada tahun 1996,

46
00:03:34,760 --> 00:03:38,680
saya mencari timbalan dalam Renault.

47
00:03:39,520 --> 00:03:42,160
Saya juga mencari pengganti.

48
00:03:42,720 --> 00:03:45,640
Jadi, saya hubungi Carlos Ghosn

49
00:03:46,240 --> 00:03:49,120
dan dia datang melawat saya di pejabat.

50
00:03:50,160 --> 00:03:53,240
Dia seorang yang bijak dan cerdas.

51
00:03:53,760 --> 00:03:55,320
Dia sangat jujur,

52
00:03:55,400 --> 00:03:59,320
sangat fokus tentang isu terkini,

53
00:03:59,400 --> 00:04:04,320
dan bukan jenis orang yang bercakap
tentang hal remeh.

54
00:04:04,400 --> 00:04:07,960
Tidak gemar berbual kosong.

55
00:04:10,240 --> 00:04:13,360
Saya buat keputusan yang saya mahukan dia.

56
00:04:14,760 --> 00:04:19,440
Dalam sistem Perancis klasik,
ada banyak waris.

57
00:04:19,520 --> 00:04:22,680
Jadi, ada anak saudara, cucu,

58
00:04:22,760 --> 00:04:27,240
atau anak-anak pegawai kanan,
menteri atau Ketua Pegawai Eksekutif.

59
00:04:27,320 --> 00:04:28,920
Carlos Ghosn bukan begitu.

60
00:04:29,000 --> 00:04:34,160
Carlos Ghosn datang dari tempat lain,
dari dunia yang berbeza.

61
00:04:35,680 --> 00:04:39,840
Ketika itu, Carlos Ghosn
ialah orang Lubnan. Bukan orang Perancis.

62
00:04:39,920 --> 00:04:42,960
Saya beritahu dia, "Saya rasa ada baiknya

63
00:04:43,040 --> 00:04:46,080
awak dapatkan kewarganegaraan Perancis

64
00:04:46,160 --> 00:04:51,000
kerana saya rasa penting bagi CEO Renault
ialah orang Perancis."

65
00:04:51,080 --> 00:04:52,880
Dia tidak berminat

66
00:04:52,960 --> 00:04:58,360
untuk menjadi sebahagian
daripada warga Perancis,

67
00:04:58,440 --> 00:05:02,000
terutamanya dalam persekitaran di Paris.

68
00:05:03,200 --> 00:05:05,640
Itu beri dia masalah di kemudian hari.

69
00:05:10,840 --> 00:05:15,360
Bos lain tak suka dia
sebab dia bukan dalam kalangan mereka.

70
00:05:15,440 --> 00:05:19,200
Mereka berjumpa di opera,
perlawanan bola sepak atau mesyuarat.

71
00:05:19,280 --> 00:05:21,360
Carlos Ghosn tak buat begitu.

72
00:05:21,440 --> 00:05:24,200
Sejak awal lagi, dia orang luar.

73
00:05:26,000 --> 00:05:31,720
Nama kami dalam bahasa Arab, Ghossone,
tapi sukar disebut dalam bahasa Perancis.

74
00:05:31,800 --> 00:05:33,480
Awak perlu cakap

75
00:05:33,560 --> 00:05:38,920
G-H-O-S-S-O-N-E untuk sebut Ghossone,

76
00:05:39,000 --> 00:05:42,960
tapi tidak, maka jadilah Ghosn.

77
00:05:47,800 --> 00:05:50,720
Ya. Saya suka gambar ini.

78
00:05:50,800 --> 00:05:52,200
Ini memang dia.

79
00:05:52,280 --> 00:05:53,760
Dengan rahib.

80
00:05:55,240 --> 00:05:56,520
Sangat serius.

81
00:05:56,600 --> 00:05:58,320
Oh, Tuhan! Ini…

82
00:05:58,840 --> 00:06:01,080
Gambar ini lama dahulu.

83
00:06:03,440 --> 00:06:06,160
Dia seperti ahli silap mata bagi kami.

84
00:06:06,760 --> 00:06:11,440
Dia memang abang yang awak nak.

85
00:06:13,520 --> 00:06:16,600
Cabaran bekerja untuk En. Ghosn

86
00:06:16,680 --> 00:06:19,240
ialah taklimat standardnya iaitu,

87
00:06:20,000 --> 00:06:23,880
"Hantar saya sesuatu.
Saya akan beritahu jika ia salah."

88
00:06:24,640 --> 00:06:26,840
Saya selalu anggap diri saya

89
00:06:26,920 --> 00:06:31,120
sebagai orang yang bersihkan
sangkar harimau di zoo.

90
00:06:31,200 --> 00:06:35,880
Mereka perlu masuk
dengan penuh rasa hormat

91
00:06:35,960 --> 00:06:37,920
tapi tidak rasa takut.

92
00:06:38,000 --> 00:06:42,040
TECHNOCENTRE RENAULT,
GUYANCOURT, PERANCIS

93
00:06:43,160 --> 00:06:48,280
Pengeluar kereta umpama jam besar
dengan sejuta bahagian bergerak.

94
00:06:49,400 --> 00:06:52,680
Ghosn meneliti satu demi satu.

95
00:06:52,760 --> 00:06:55,960
"Laraskan begini.
Laraskan ikut cara ini. Laraskan…"

96
00:06:56,040 --> 00:06:57,840
Beribu bahagian kecil.

97
00:06:59,320 --> 00:07:04,000
Dia lakukannya dengan menganalisis
setiap fungsi dalam Renault

98
00:07:05,320 --> 00:07:10,640
dan kata, "Mulai tahun depan,
awak ada tiga komitmen.

99
00:07:13,400 --> 00:07:16,600
Jika awak tak tepati komitmen ini,

100
00:07:16,680 --> 00:07:18,280
siaplah awak."

101
00:07:18,360 --> 00:07:21,280
1997
KILANG RENAULT DI VILVOORDE, BELGIUM

102
00:07:21,360 --> 00:07:26,280
Renault umumkan untuk menutup kilangnya
di Vilvoorde, Belgium, pada bulan Julai.

103
00:07:26,360 --> 00:07:28,840
Lebih 3,000 pekerjaan dipertaruhkan.

104
00:07:33,080 --> 00:07:36,800
Renault memutuskan
untuk hentikan pengeluaran

105
00:07:36,880 --> 00:07:39,720
di kilangnya di Belgium.

106
00:07:57,400 --> 00:08:00,560
Pihak media memanggilnya "Pembunuh Kos."

107
00:08:00,640 --> 00:08:03,200
Betul? Seolah-olah,

108
00:08:03,280 --> 00:08:08,120
ia hanya tentang buang pekerja,
tutup kilang dan potong dana,

109
00:08:08,200 --> 00:08:11,040
tapi tiada cara mudah untuk berkembang.

110
00:08:11,120 --> 00:08:16,400
Pemotong Kos, atau "Pengurang Kos,"
Carlos Ghosn mengatur semula pengeluaran.

111
00:08:16,480 --> 00:08:19,840
Ya, 3,000 orang telah hilang kerja,

112
00:08:19,920 --> 00:08:22,480
tapi kerana En. Ghosn,
dalam beberapa tahun,

113
00:08:22,560 --> 00:08:26,040
Renault berjaya langsaikan hutang
dan memperoleh keuntungan.

114
00:08:26,560 --> 00:08:28,880
Lebih 12.5 bilion franc.

115
00:08:28,960 --> 00:08:30,080
Luar biasa!

116
00:08:35,800 --> 00:08:37,680
CEO Renault, Louis Schweitzer,

117
00:08:37,760 --> 00:08:40,600
bukanlah terkenal
sebagai seorang yang periang.

118
00:08:40,680 --> 00:08:43,720
Tapi hari ini, dia ada sebab untuk senyum.

119
00:08:48,560 --> 00:08:52,560
Renault, ketika itu,
telah melakukan perubahan besar,

120
00:08:52,640 --> 00:08:56,760
tapi kami rasa kami terlalu kecil
dan terlalu bergantung kepada Eropah.

121
00:08:57,440 --> 00:09:03,240
Kesimpulannya ialah kami perlu bekerjasama

122
00:09:03,840 --> 00:09:07,000
dengan pengeluar kereta lain

123
00:09:07,080 --> 00:09:11,280
dan pengeluar kereta lain itu
mestilah dari Asia.

124
00:09:11,360 --> 00:09:14,360
Sama ada Korea atau Jepun.

125
00:09:14,440 --> 00:09:20,760
27 MAC 1999 - TOKYO

126
00:09:20,840 --> 00:09:25,520
Bab ekonomi, Renault dan Nissan cipta
kumpulan automobil keempat terbesar dunia.

127
00:09:25,600 --> 00:09:29,000
Satu kontrak perkongsian global
ditandatangani di Tokyo.

128
00:09:29,080 --> 00:09:33,000
Perkongsian global yang mana
Renault akan melabur 33 bilion franc

129
00:09:33,080 --> 00:09:35,720
untuk memperoleh lebih sepertiga
saham Jepun.

130
00:09:36,800 --> 00:09:40,920
Saya pertaruhkan masa depan Renault

131
00:09:41,000 --> 00:09:44,440
atas kejayaan perikatan Renault-Nissan.

132
00:09:44,520 --> 00:09:48,800
Saya dah umumkan
saya takkan buat perjanjian ini

133
00:09:48,880 --> 00:09:52,960
jika saya tak ada individu seperti Ghosn
untuk menerajui syarikat.

134
00:09:53,040 --> 00:09:54,280
Kami bimbang.

135
00:09:54,840 --> 00:09:57,120
Kami seperti, "Apa? Jepun?

136
00:09:57,200 --> 00:09:58,880
Kita tiada persamaan.

137
00:09:58,960 --> 00:10:04,080
Bahasa berbeza. Kita tak tahu pun
cara mereka sebut 'hai.'

138
00:10:04,160 --> 00:10:06,280
Kita tak tahu apa-apa."

139
00:10:06,360 --> 00:10:08,880
Saya kata, "Awak pasti
awak mahu ke Jepun?"

140
00:10:17,520 --> 00:10:22,320
Dia kata dari awal lagi,
"Jika saya tak berjaya, saya berhenti."

141
00:10:22,400 --> 00:10:25,360
En. Ghosn berdepan
pengeluar kereta yang huru-hara.

142
00:10:25,440 --> 00:10:28,880
Situasi Nissan teruk,
tak dapat buat kereta baru

143
00:10:28,960 --> 00:10:32,240
atau hasilkan model popular.

144
00:10:32,320 --> 00:10:36,560
En. Ghosn datang memikul tanggungjawab

145
00:10:36,640 --> 00:10:39,440
untuk membina semula Nissan.

146
00:10:40,800 --> 00:10:45,160
Nissan, ketika menerima pelaburan
daripada Renault,

147
00:10:45,240 --> 00:10:47,840
memiliki hutang sebanyak 20 bilion dolar

148
00:10:48,520 --> 00:10:50,080
dan hampir muflis.

149
00:10:51,640 --> 00:10:57,080
Saya ragu-ragu namun berfikiran terbuka,

150
00:10:57,160 --> 00:11:01,680
tapi tiada siapa dalam industri automotif

151
00:11:02,400 --> 00:11:04,520
merasakan ia akan berjaya.

152
00:11:15,720 --> 00:11:18,680
Istilah perikatan

153
00:11:18,760 --> 00:11:20,760
melambangkan kesamarataan,

154
00:11:20,840 --> 00:11:22,840
tapi ini bukan perikatan.

155
00:11:24,200 --> 00:11:30,280
Renault di atas dan Nissan di bawah.

156
00:11:31,000 --> 00:11:33,960
Ia bukan penggabungan,
ia juga bukan penyatuan.

157
00:11:34,040 --> 00:11:35,840
Renault buat pelaburan.

158
00:11:35,920 --> 00:11:37,280
Mereka kawal Nissan.

159
00:11:38,720 --> 00:11:40,440
Ia satu kejutan besar

160
00:11:40,520 --> 00:11:42,320
untuk syarikat seperti Nissan

161
00:11:42,400 --> 00:11:47,640
untuk bawa masuk dan menerima
CEO berbangsa asing.

162
00:11:48,400 --> 00:11:49,240
Mengejutkan.

163
00:11:50,760 --> 00:11:55,800
Saya sebagai wartawan perniagaan
juga merasakan seolah-olah

164
00:11:55,880 --> 00:11:58,800
Jepun telah diambil alih oleh negara lain.

165
00:11:58,880 --> 00:12:02,480
Saya rasa seperti kami
telah kalah dalam perang dan kini

166
00:12:02,560 --> 00:12:03,880
sedang dijajah.

167
00:12:04,720 --> 00:12:06,440
- Apa khabar?
- Konnichiwa.

168
00:12:08,600 --> 00:12:13,160
Saya faham tiada pilihan
tapi menerima orang asing sebagai presiden

169
00:12:13,240 --> 00:12:16,400
di syarikat begitu
terasa seperti kalah dalam perang,

170
00:12:16,480 --> 00:12:18,920
seperti kami kalah dalam perang ekonomi.

171
00:12:24,080 --> 00:12:27,160
Dia sendiri melawat kilang-kilang
di seluruh Jepun.

172
00:12:27,240 --> 00:12:32,640
Dia mahu nampak mesra,
penyayang dan pemurah

173
00:12:33,160 --> 00:12:36,040
terhadap pekerjanya

174
00:12:36,120 --> 00:12:38,680
untuk menunjukkan

175
00:12:38,760 --> 00:12:42,880
yang dia bukan orang yang suka
memecat pekerja secara semberono.

176
00:12:43,760 --> 00:12:44,840
Banyak cabaran.

177
00:12:47,320 --> 00:12:52,400
Jadi, setiap hari dan setiap minggu
buat syarikat lebih kuat.

178
00:12:53,800 --> 00:12:57,680
Kejayaan syarikat ini
dipupuk dengan usaha anda.

179
00:13:00,080 --> 00:13:01,880
Saya fikir…

180
00:13:01,960 --> 00:13:05,560
Benarkah lelaki pertengahan usia ini
pakar dalam pembaharuan?

181
00:13:05,640 --> 00:13:07,600
Itu tanggapan awal saya pada dia.

182
00:13:08,560 --> 00:13:12,680
Dia pendek dan botak ketika itu,

183
00:13:12,760 --> 00:13:15,320
dan dia pakai cermin mata gaya lama.

184
00:13:15,400 --> 00:13:17,880
Dari segi itu, dia tak nampak ada kaitan

185
00:13:17,960 --> 00:13:20,960
dengan negara Perancis yang bergaya.

186
00:13:23,560 --> 00:13:25,720
Pada musim luruh tahun 1999

187
00:13:25,800 --> 00:13:31,240
muncul idea untuk bentangkan rancangan
memulihkan Nissan dalam masa tiga tahun.

188
00:13:31,320 --> 00:13:33,440
Bagi memastikan

189
00:13:34,280 --> 00:13:36,440
rancangan pemulihan Nissan berjaya,

190
00:13:37,400 --> 00:13:39,320
bergantung pada sebanyak mana…

191
00:13:39,400 --> 00:13:43,840
…terutamanya jika kita ambil kira Nissan
ada pangkalan kuat untuk pemulihan.

192
00:13:43,920 --> 00:13:47,000
Ghosn sudah dikenali

193
00:13:47,080 --> 00:13:51,080
sebagai pemotong kos dalam kerjayanya
bersama Michelin dan Renault.

194
00:13:51,160 --> 00:13:53,160
Jadi, pekerja Nissan

195
00:13:53,880 --> 00:13:58,760
sangat takut mereka akan hilang kerja.

196
00:13:58,840 --> 00:14:02,320
Ini bermakna pengurangan
21,000 orang pekerja

197
00:14:02,400 --> 00:14:05,920
atau 14 peratus daripada jumlah pekerja.

198
00:14:06,440 --> 00:14:10,880
Selepas Ghosn datang,

199
00:14:10,960 --> 00:14:15,720
tugas utama saya ialah membuang pekerja.

200
00:14:15,800 --> 00:14:17,440
MENGURANGKAN 21,000 PEKERJA

201
00:14:17,520 --> 00:14:22,160
Dia beri arahan dan tetapkan
jumlah tertentu yang perlu dicapai,

202
00:14:22,240 --> 00:14:27,080
dan mustahil untuk dicapai
dengan cara kami bekerja sebelum itu.

203
00:14:27,160 --> 00:14:29,760
Hentikan penutupan kilang!

204
00:14:30,680 --> 00:14:33,200
Hentikan penutupan kilang!

205
00:14:33,280 --> 00:14:37,160
Hentikan konspirasi Renault-Nissan!

206
00:14:38,720 --> 00:14:41,760
Tapi jika ada orang buat aduan,

207
00:14:42,320 --> 00:14:44,840
mereka terus dibuang.

208
00:14:46,440 --> 00:14:49,440
Terutamanya jika aduan
dibuat terhadap Ghosn.

209
00:14:52,600 --> 00:14:58,640
Daripada perspektif Perhubungan Awam,
boleh dikatakan ia satu cabaran

210
00:14:59,440 --> 00:15:03,640
untuk tonjolkan aspek positif
tentang kehilangan 21,000 pekerjaan.

211
00:15:04,760 --> 00:15:07,160
En. Ghosn perlu pikat hati orang ramai.

212
00:15:07,880 --> 00:15:10,240
- Selamat pagi, En. Ghosn!
- Apa khabar?

213
00:15:10,320 --> 00:15:13,040
- Selamat berkenalan.
- Hai. Saya Yuko Ando.

214
00:15:13,120 --> 00:15:14,240
Selamat berkenalan.

215
00:15:14,320 --> 00:15:16,440
- Awak datang awal, ya?
- Ya.

216
00:15:17,440 --> 00:15:21,840
Kali pertama saya jumpa Encik Ghosn
untuk menemu bual dia

217
00:15:21,920 --> 00:15:28,600
dia sangat yakin dia takkan gagal.

218
00:15:30,080 --> 00:15:32,000
Masa 15 minit berikutnya penting

219
00:15:32,960 --> 00:15:36,080
kerana belum ada sesiapa
dan dia boleh bekerja sendiri

220
00:15:36,160 --> 00:15:38,160
tanpa ada sesiapa ganggu dia.

221
00:15:38,240 --> 00:15:40,120
Dia periksa e-melnya.

222
00:15:42,440 --> 00:15:47,000
Dia yakin 100 peratus dia akan berjaya.

223
00:15:47,080 --> 00:15:51,960
Kegagalan tidak pernah
terlintas di fikirannya.

224
00:15:56,920 --> 00:15:58,360
Tuan-tuan dan puan-puan,

225
00:15:59,880 --> 00:16:04,160
saya ingin berterima kasih
kerana meluangkan masa berada di sini.

226
00:16:04,240 --> 00:16:10,320
Saya juga ingin mengalu-alukan
kawan-kawan kita dari akhbar Perancis.

227
00:16:11,280 --> 00:16:13,640
Hari ini, saya bangga jadi orang Lubnan.

228
00:16:18,440 --> 00:16:22,280
Negara yang menyokong saya
ketika saya dalam kesusahan.

229
00:16:25,080 --> 00:16:27,200
Saya seorang pengurus muda

230
00:16:27,280 --> 00:16:29,840
semasa dia baru masuk Nissan.

231
00:16:31,160 --> 00:16:34,880
Saya bekerja untuk dia
dan bersama dia selama 19 tahun.

232
00:16:35,800 --> 00:16:40,040
Dia pemimpin yang baik,
sangat tegas dan boleh dipercayai.

233
00:16:41,160 --> 00:16:42,960
Ketua yang berkarisma.

234
00:16:43,480 --> 00:16:46,480
Kami tak begitu rapat secara peribadi.

235
00:16:46,560 --> 00:16:49,720
Tapi, dia seorang bos yang baik.
Bos yang cemerlang.

236
00:16:49,800 --> 00:16:53,680
Awak penolong yang penting sekarang.
Teknologi, getaran…

237
00:16:53,760 --> 00:16:56,360
…terima kasih sebab datang.

238
00:16:56,440 --> 00:16:57,880
- Tak apa.
- Bagus?

239
00:16:57,960 --> 00:17:01,720
Tindakan memelihara identiti Nissan

240
00:17:01,800 --> 00:17:06,360
dan memisahkannya daripada Renault,
bagi saya sebenarnya

241
00:17:08,040 --> 00:17:09,000
satu idea bijak.

242
00:17:09,080 --> 00:17:10,600
Jika tak, takkan berjaya.

243
00:17:17,320 --> 00:17:20,760
Ghosn sememangnya faham

244
00:17:21,400 --> 00:17:24,480
jika awak cuba buat semua orang Jepun

245
00:17:24,560 --> 00:17:29,880
pakai beret dan mengepit roti Perancis,
ia takkan berjaya.

246
00:17:30,440 --> 00:17:31,760
Dalam budaya Jepun,

247
00:17:31,840 --> 00:17:36,000
Hari Tahun Baharu
adalah cuti tahunan terbesar.

248
00:17:36,520 --> 00:17:40,880
Carlos Ghosn terlepas pertemuan
pertama ini yang turut disertai pembekal.

249
00:17:40,960 --> 00:17:45,720
Dia sepatutnya membuka satu tong sake
menggunakan kapak

250
00:17:45,800 --> 00:17:48,320
dan mendoakan kebahagiaan semua orang.

251
00:17:48,400 --> 00:17:51,240
Jika tak buat begitu,
awak akan dipandang serong.

252
00:17:51,320 --> 00:17:53,680
Dia tak datang. Dia pergi bercuti.

253
00:17:53,760 --> 00:17:56,920
SELAMAT DATANG SEMUA,
KE KILANG IWAKI NISSAN!

254
00:18:03,640 --> 00:18:06,840
Dia ada banyak karisma.

255
00:18:06,920 --> 00:18:11,440
Semua orang akan rasa gementar

256
00:18:11,520 --> 00:18:14,720
dan kagum apabila bertemu dengannya.

257
00:18:26,440 --> 00:18:27,800
En. Ghosn tak kacak.

258
00:18:28,680 --> 00:18:31,600
Saya rasa dia nampak macam Mr. Bean.

259
00:18:31,680 --> 00:18:35,280
Tapi saya tak boleh cakap kuat-kuat
sebab habislah saya nanti.

260
00:18:35,800 --> 00:18:37,560
Kenapa awak ketawa?

261
00:18:42,000 --> 00:18:45,080
Dia tak pernah berbau arak

262
00:18:45,160 --> 00:18:47,480
dan dia tak merokok.

263
00:18:48,600 --> 00:18:52,240
Dia sentiasa serius.

264
00:18:52,880 --> 00:18:54,720
Dia bangun awal dan tidur awal.

265
00:18:56,440 --> 00:19:00,480
Saya akan sediakan
sarapan hariannya dalam botol

266
00:19:00,560 --> 00:19:03,200
pada hari sebelumnya.

267
00:19:03,280 --> 00:19:09,840
Ia merangkumi oat dengan santan,
serbuk beri maqui,

268
00:19:10,400 --> 00:19:14,360
sepaket serbuk rumpai laut untuk minda

269
00:19:14,440 --> 00:19:18,400
yang berharga 1,000 yen
untuk setiap paket kecil.

270
00:19:18,480 --> 00:19:22,840
Saya akan kisar semuanya
sehingga pekat dan berwarna ungu,

271
00:19:22,920 --> 00:19:25,160
dan itulah yang dia makan setiap pagi.

272
00:19:25,240 --> 00:19:28,320
Dia nampak segak memakai sut
dan nampak berkuasa.

273
00:19:29,320 --> 00:19:30,800
Saya tak pandai jelaskan.

274
00:19:35,000 --> 00:19:39,480
Saya tak jadi ketua di Nissan
selama 17 tahun sebab saya Carlos Ghosn.

275
00:19:39,560 --> 00:19:42,800
Saya di sana sebab prestasi saya.
Saya majukan syarikat.

276
00:19:42,880 --> 00:19:45,120
Saya beri keuntungan dan aliran tunai.

277
00:19:45,200 --> 00:19:47,640
Saya bawa masuk dividen. Itu sebabnya.

278
00:19:47,720 --> 00:19:50,280
Pertemuan dengan Ghosn,

279
00:19:50,800 --> 00:19:54,000
selalu melibatkan nombor.

280
00:19:54,520 --> 00:19:57,800
Dia akan tunjuk macam-macam angka

281
00:19:57,880 --> 00:20:00,440
dan semua data ini.

282
00:20:00,520 --> 00:20:04,400
Dia cakap dengan cepat,

283
00:20:04,480 --> 00:20:10,280
buat semua orang kagum dan bersetuju.

284
00:20:10,360 --> 00:20:14,040
Saya rasa ia seperti

285
00:20:15,440 --> 00:20:17,000
sihir performatif.

286
00:20:33,240 --> 00:20:36,560
Perubahan di Nissan sangat luar biasa.

287
00:20:38,280 --> 00:20:40,560
Pengeluaran menjadi semakin baik.

288
00:20:41,080 --> 00:20:44,440
Ia naik dari 2.5 juta kenderaan
kepada 5.7 juta kenderaan.

289
00:20:44,960 --> 00:20:48,320
Berubah daripada hutang 20 bilion
kepada untung 15 bilion.

290
00:20:49,720 --> 00:20:54,440
Mungkin hanya beberapa orang,
mungkin hanya Ghosn boleh lakukannya.

291
00:20:56,480 --> 00:20:59,280
Orang di Nissan selalu kata
ada "premium Ghosn".

292
00:20:59,360 --> 00:21:01,920
Iaitu dengan memiliki Ghosn
sebagai pengurus

293
00:21:02,000 --> 00:21:06,200
menjadikan syarikat lebih bernilai
di mata pelabur.

294
00:21:06,280 --> 00:21:09,120
Itu kedudukan Ghosn
dalam industri automotif.

295
00:21:10,840 --> 00:21:12,400
Saya ke Jepun dan fikir,

296
00:21:12,480 --> 00:21:18,160
"Okey, saya berurusan dengan seseorang
yang sangat terkenal dan dikenali."

297
00:21:19,480 --> 00:21:21,000
Sepanjang kerjaya saya,

298
00:21:21,080 --> 00:21:25,680
saya belum pernah menguruskan seseorang
yang terkenal seperti En. Ghosn.

299
00:21:31,760 --> 00:21:33,680
Setiap syarikat kereta ada ikon.

300
00:21:33,760 --> 00:21:35,560
Ford ada Mustang.

301
00:21:35,640 --> 00:21:37,000
GM ada Corvette.

302
00:21:37,080 --> 00:21:38,960
Aston Martin ada DB5.

303
00:21:39,040 --> 00:21:40,240
Nissan ada GT-R.

304
00:21:40,320 --> 00:21:43,760
Persiapan dibuat untuk lancarkan GT-R
di Tokyo Motor Show.

305
00:21:45,160 --> 00:21:49,640
Saya dah tulis satu ucapan
dan Simon dah tulis siaran akhbar.

306
00:21:49,720 --> 00:21:50,920
Seronok menulisnya

307
00:21:51,000 --> 00:21:53,800
kerana semuanya tentang minat dan produk.

308
00:21:53,880 --> 00:21:56,920
Disebabkan Ghosn menarik perhatian,

309
00:21:57,000 --> 00:22:01,240
ada 800 orang wartawan
berkerumun di sekeliling pentas.

310
00:22:01,320 --> 00:22:05,120
Ia sangat tak selesa, panas dan berpeluh.
Semua sedang menunggu.

311
00:22:05,200 --> 00:22:07,840
Saya ingat di belakang pentas
En. Ghosn kata,

312
00:22:07,920 --> 00:22:10,200
"Ini amat penting," dan memang benar.

313
00:22:11,040 --> 00:22:14,120
Dia datang mengaum ke atas pentas!

314
00:22:22,480 --> 00:22:24,240
Dia selalu begitu serius,

315
00:22:24,320 --> 00:22:26,680
tapi dia senyum keluar dari kereta itu.

316
00:22:26,760 --> 00:22:28,680
Saya rasa dia dipengaruhi emosi.

317
00:22:29,280 --> 00:22:30,400
Dia kata…

318
00:22:31,080 --> 00:22:36,640
Apa yang anda dengar ialah ngauman
keghairahan Nissan tentang prestasi.

319
00:22:36,720 --> 00:22:41,640
Apa yang anda lihat
ialah ekspresi fizikal utamanya.

320
00:22:41,720 --> 00:22:44,040
Nissan GT-R yang baru.

321
00:22:47,360 --> 00:22:50,840
Itu kemuncak kejayaan Ghosn.
Zaman kegemilangannya.

322
00:22:52,280 --> 00:22:54,960
Semasa saya belajar di universiti…

323
00:22:55,040 --> 00:22:56,840
- Ya.
- …kekasih saya ada GT-R.

324
00:22:56,920 --> 00:22:57,840
Itu dia.

325
00:22:58,880 --> 00:23:01,360
Kenangan indah, ya?

326
00:23:02,160 --> 00:23:05,520
Dia nak tunjukkan bahawa GT-R

327
00:23:06,280 --> 00:23:08,120
umpama serigala berbulu domba.

328
00:23:08,200 --> 00:23:09,800
Ya, sesuaikan tempat duduk.

329
00:23:09,880 --> 00:23:11,000
TAPAK PANDU UJI

330
00:23:11,080 --> 00:23:15,000
Maksudnya kereta itu mudah untuk dipandu.

331
00:23:17,560 --> 00:23:18,560
…hampir 100 km/j.

332
00:23:21,480 --> 00:23:23,280
Dia biar saya memandu.

333
00:23:23,360 --> 00:23:26,200
Itu 200 km/j!

334
00:23:26,280 --> 00:23:29,200
Kemudian, tiba-tiba pada 60 km/j…

335
00:23:29,720 --> 00:23:33,200
Tapi apa yang saya akhirnya rasa waktu itu

336
00:23:33,280 --> 00:23:37,160
ialah Ghosn suka kereta
seperti budak lelaki suka kereta.

337
00:23:38,200 --> 00:23:41,000
Pada dasarnya,
dia sukakan perhatian media.

338
00:23:45,200 --> 00:23:46,920
Dia sangat terkenal.

339
00:23:47,000 --> 00:23:48,800
OBSESI GHOSN

340
00:23:48,880 --> 00:23:51,560
Seperti obsesi terhadap Ghosn.
Itu yang pasti.

341
00:23:52,640 --> 00:23:56,240
KAMI SAYANG AWAK

342
00:23:59,800 --> 00:24:04,560
Saya ingat dia mungkin menakutkan

343
00:24:05,360 --> 00:24:07,480
tapi dia sebenarnya suka bergurau.

344
00:24:08,080 --> 00:24:09,560
Dia juga melambai!

345
00:24:09,640 --> 00:24:10,640
PRESIDEN

346
00:24:10,720 --> 00:24:14,000
Dia ada dalam semua majalah.
Dia dilayan macam bintang.

347
00:24:34,720 --> 00:24:37,440
Dia pandai uruskan
pesona pentasnya sendiri.

348
00:24:38,480 --> 00:24:42,520
Dalam erti kata lain,
sangat penting untuk fikirkan cara

349
00:24:43,320 --> 00:24:45,600
buat kelab peminat sendiri.

350
00:24:49,200 --> 00:24:53,040
Apa yang Ghosn buat ialah membina
kumpulan peminatnya di Nissan

351
00:24:53,640 --> 00:24:59,200
dan tempatkan dirinya
sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.

352
00:24:59,280 --> 00:25:02,960
Saya rasa itu menyerupai
tindakan ahli politik.

353
00:25:07,200 --> 00:25:08,160
AYUH IWAKI!

354
00:25:17,440 --> 00:25:21,800
Ketika itulah manga
mula melukis potretnya

355
00:25:21,880 --> 00:25:25,720
dan menulis kisahnya
untuk muncul dalam komik.

356
00:25:28,560 --> 00:25:32,360
Saya tak tahu sama ada mereka baca
dari sini atau sebelah sini,

357
00:25:33,440 --> 00:25:35,520
Ya. Tengoklah.

358
00:25:35,600 --> 00:25:40,000
Lihat abang awak dalam manga di Jepun.

359
00:25:40,080 --> 00:25:42,480
Muka dia sesuai masuk komik.

360
00:25:42,560 --> 00:25:44,280
Keningnya tebal dan hitam.

361
00:25:44,360 --> 00:25:48,600
Dia mudah untuk dilukis.

362
00:25:49,440 --> 00:25:55,000
Sepupu saya di sana pernah beritahu saya
yang dia pergi ke restoran dengan Ghosn,

363
00:25:55,080 --> 00:25:59,680
dan apabila dia masuk ke restoran itu,
dia kata, "Nayla, ia sangat hebat.

364
00:25:59,760 --> 00:26:02,160
Semua orang berdiri dan tepuk tangan."

365
00:26:02,240 --> 00:26:05,160
Dia kata, "Saya menggigil.
Kalaulah awak ada."

366
00:26:05,240 --> 00:26:06,800
Saya pasti akan menangis.

367
00:26:11,920 --> 00:26:13,720
Ini saya dan Encik Ghosn.

368
00:26:13,800 --> 00:26:17,160
Yang ini ialah Encik Ghosn
bersama saya dan staf.

369
00:26:18,200 --> 00:26:21,120
Dia sangat terkenal.
Hampir semua orang kenal dia.

370
00:26:21,840 --> 00:26:23,160
Disebabkan Encik Ghosn

371
00:26:23,240 --> 00:26:29,680
orang tahu tentang restoran kami
dan ramai datang berkunjung.

372
00:26:31,800 --> 00:26:33,400
Dia duduk di kaunter ini.

373
00:26:33,480 --> 00:26:35,800
Yakitori kegemarannya ialah…

374
00:26:38,560 --> 00:26:39,920
kashiwa, dada ayam.

375
00:26:40,920 --> 00:26:42,480
Ketika dia mula berjaya,

376
00:26:42,560 --> 00:26:45,680
dan saya akan lihat manga dan semua itu,

377
00:26:45,760 --> 00:26:50,120
kami seperti, "Oh, Tuhan,
awak seperti roket, seperti komet,

378
00:26:50,200 --> 00:26:53,800
dan awak tetap akan mengejutkan kami."

379
00:26:59,920 --> 00:27:05,920
Apa yang dia buat
antara tahun 1999 dan 2007

380
00:27:07,240 --> 00:27:12,080
sangat bijak dan tiada tandingan.

381
00:27:12,160 --> 00:27:16,520
Apa pun yang berlaku sejak itu,
awak tak boleh rampasnya daripada dia.

382
00:27:16,600 --> 00:27:18,600
Revolusi kecil dunia automotif.

383
00:27:18,680 --> 00:27:20,440
Kumpulan Renault tukar ketua.

384
00:27:20,520 --> 00:27:24,560
Carlos Ghosn ganti Louis Schweitzer
sebagai CEO Nissan yang baru.

385
00:27:26,760 --> 00:27:29,640
Saya gembira dapat kembali ke Perancis

386
00:27:29,720 --> 00:27:32,880
untuk ambil alih jawatan CEO
syarikat yang berinovatif

387
00:27:32,960 --> 00:27:35,160
dan bersemangat seperti Renault.

388
00:27:38,240 --> 00:27:41,600
Apa yang saya dan Carlos Ghosn persetujui

389
00:27:41,680 --> 00:27:47,360
ialah Carlos akan jadi
pengganti saya di Renault.

390
00:27:48,480 --> 00:27:54,800
Tapi kami juga bersetuju
dia akan berhenti menjadi CEO Nissan.

391
00:27:58,760 --> 00:28:00,200
Dia boleh serah tugas.

392
00:28:00,280 --> 00:28:06,200
Dia boleh pilih orang Jepun yang biasa
dengan kedua-dua budaya, dan lain-lain.

393
00:28:10,360 --> 00:28:12,360
Dia tak buat begitu. Dia tak cuba.

394
00:28:15,800 --> 00:28:19,200
Dia kata, "Saya akan pegang
kedua-dua jawatan,

395
00:28:19,280 --> 00:28:23,920
CEO Renault dan CEO Nissan pada masa
yang sama selama beberapa bulan."

396
00:28:24,000 --> 00:28:26,640
Sementara saya cari pengganti di Nissan.

397
00:28:26,720 --> 00:28:29,520
Sudah tentu saya percaya.

398
00:28:30,240 --> 00:28:33,040
Saya percaya saya bodoh
sebab mempercayainya.

399
00:28:33,840 --> 00:28:36,400
Dia mahu terus mengawal Nissan.

400
00:28:37,960 --> 00:28:41,360
Pada pendapat saya,
itu satu kesilapan besar,

401
00:28:41,440 --> 00:28:44,400
untuk perikatan, Nissan,
Renault dan dirinya.

402
00:28:44,480 --> 00:28:47,000
Saya rasa dia telah terima akibatnya.

403
00:29:02,080 --> 00:29:04,920
Kami buat sesuatu begitu pantas.

404
00:29:05,000 --> 00:29:07,680
Kami pergi ke Thailand beberapa hari.

405
00:29:07,760 --> 00:29:10,760
Kemudian kami pergi ke Mesir
di tebing sungai Nil.

406
00:29:11,920 --> 00:29:14,440
Kemudian ke Eropah
dan ke tempat lain pula.

407
00:29:14,520 --> 00:29:16,920
Sentiasa ke sana ke sini.

408
00:29:18,720 --> 00:29:20,280
Sukar untuk mengikutinya.

409
00:29:20,880 --> 00:29:26,320
Saya akan jumpa dia sebulan sekali
dalam jadual laluannya.

410
00:29:26,400 --> 00:29:29,280
Dia hanya ada seminggu di Jepun
dalam sebulan.

411
00:29:29,360 --> 00:29:33,960
Selebihnya di Perancis atau Amerika.

412
00:29:37,440 --> 00:29:40,640
Seorang CEO yang uruskan
dua syarikat besar dan global,

413
00:29:40,720 --> 00:29:42,840
hanya Carlos Ghosn yang buat begitu.

414
00:29:43,360 --> 00:29:46,280
Tapi tiada siapa boleh buat dia faham

415
00:29:46,360 --> 00:29:50,160
bahawa dia tak boleh uruskan
dua syarikat sebesar itu

416
00:29:50,240 --> 00:29:52,000
dengan jarak 10,000 km,

417
00:29:52,080 --> 00:29:55,720
menghabiskan seluruh hidupnya
dalam pesawat, tanpa memilih.

418
00:29:55,800 --> 00:29:58,760
Itu bukan cara terbaik
untuk faham tempat, rakyat,

419
00:29:58,840 --> 00:30:02,280
untuk jumpa pasukan
dan faham apa yang berlaku.

420
00:30:02,360 --> 00:30:04,080
Itulah permulaan pemisahan.

421
00:30:05,120 --> 00:30:09,280
Keseluruhannya, 26 kereta akan dilancarkan
dalam jangka masa dirancang.

422
00:30:09,840 --> 00:30:14,120
Menaikkan jualan sebanyak
800,000 kenderaan pada tahun 2009

423
00:30:14,200 --> 00:30:16,040
berbanding tahun 2006.

424
00:30:16,640 --> 00:30:20,840
Kita akan gandakan jumlah jualan
dalam separuh masa.

425
00:30:20,920 --> 00:30:25,720
Matlamat terbesar dia
ialah naikkan keuntungan

426
00:30:25,800 --> 00:30:29,680
dan agihkan kepada pemegang saham.

427
00:30:30,200 --> 00:30:33,240
Tentang cara dia layan kakitangan,

428
00:30:33,320 --> 00:30:36,880
gunakan yang berbakat
dan buang yang tak berguna.

429
00:30:36,960 --> 00:30:39,600
Saya rasa ia sangat berbeza

430
00:30:40,800 --> 00:30:43,320
dengan gaya pengurusan di Jepun
ketika itu.

431
00:30:43,400 --> 00:30:48,600
Saya rasa hubungan Ghosn
dengan kumpulan pekerja,

432
00:30:48,680 --> 00:30:52,520
sangat teruk.

433
00:30:52,600 --> 00:30:57,000
2006
TECHNOCENTRE RENAULT, PERANCIS

434
00:30:58,640 --> 00:31:01,120
Carlos Ghosn tiba-tiba memutuskan

435
00:31:01,200 --> 00:31:07,040
mereka perlu mengurangkan kos
sebanyak 30 peratus dalam Technocentre.

436
00:31:07,120 --> 00:31:10,520
Mereka terpaksa menandatangani
dengan darah,

437
00:31:10,600 --> 00:31:12,040
bukanlah betul-betul,

438
00:31:12,120 --> 00:31:16,160
tapi mereka terpaksa menandatangani
janji untuk beri jiwa dan raga.

439
00:31:16,240 --> 00:31:17,960
TECHNOCENTRE RENAULT

440
00:31:18,040 --> 00:31:19,240
Awal tahun 2006,

441
00:31:19,320 --> 00:31:23,080
suami saya bekerja
sekurang-kurangnya 12 jam sehari.

442
00:31:23,160 --> 00:31:25,320
Termasuk pada hujung minggu.

443
00:31:29,640 --> 00:31:32,880
Dua bulan terakhir,
dia bekerja lebih 90 jam seminggu.

444
00:31:32,960 --> 00:31:35,120
Dia selalu melebihi 100 jam.

445
00:31:35,800 --> 00:31:39,640
Jadi, ia sangat mengarut.

446
00:31:44,000 --> 00:31:49,120
Kemudian, pada awal petang,
saya dapat panggilan daripada polis.

447
00:31:49,200 --> 00:31:53,960
Pada mulanya saya ingat
dia terlibat dalam kemalangan kereta.

448
00:31:54,040 --> 00:31:56,240
Tapi hakikatnya bukan begitu.

449
00:31:57,720 --> 00:32:01,000
Dia bunuh diri dengan melompat
jambatan jalan kaki.

450
00:32:03,040 --> 00:32:08,520
Dua orang lagi sudah lompat
dari jambatan yang sama sebelum dia.

451
00:32:08,600 --> 00:32:11,000
Seorang mati,

452
00:32:11,080 --> 00:32:16,400
dan seorang lagi cedera serius
dan akhirnya di kerusi roda, lumpuh.

453
00:32:16,480 --> 00:32:20,880
Tiga kes bunuh diri dalam empat bulan.
Ketika itulah ia mula masuk berita.

454
00:32:21,560 --> 00:32:26,120
Adakah ada penyakit kolektif
dalam kalangan pekerja Renault?

455
00:32:26,200 --> 00:32:28,120
Persoalannya mesti ditanya lagi

456
00:32:28,200 --> 00:32:30,600
ekoran kematian pekerja
berusia 44 tahun.

457
00:32:30,680 --> 00:32:33,560
Dia hilang lapan kilogram
dalam masa enam minggu.

458
00:32:33,640 --> 00:32:36,240
Saya nampak dia menangis setiap malam.

459
00:32:36,320 --> 00:32:39,280
Dia habiskan malam
dan hujung minggu bekerja.

460
00:32:39,360 --> 00:32:44,840
Dia seolah-olah dah tak tahu dia di mana.

461
00:32:44,920 --> 00:32:49,120
Dia kata dia takkan dimaafkan,
tak boleh ada kesilapan.

462
00:32:49,760 --> 00:32:51,920
Tiada maaf untuk salah laku Renault.

463
00:32:55,120 --> 00:32:57,240
Saya pernah bekerja di Technocentre.

464
00:32:57,320 --> 00:33:02,080
Ia sesuatu yang kami tak pernah lalui.

465
00:33:02,160 --> 00:33:06,800
Ia seperti kehilangan makna, jiwa,

466
00:33:06,880 --> 00:33:11,000
dan orang begitu terdesak
sehingga mereka bunuh diri.

467
00:33:11,080 --> 00:33:13,800
Kami tak terfikir
itu boleh berlaku di Renault.

468
00:33:16,600 --> 00:33:18,600
Jadi saya beri Carlos Ghosn surat.

469
00:33:19,240 --> 00:33:23,160
Saya ingat dia akan balas
jika saya hantar terus kepada dia.

470
00:33:25,080 --> 00:33:26,440
Dia tak balas pun.

471
00:33:27,560 --> 00:33:28,840
Itu normal.

472
00:33:30,160 --> 00:33:32,560
Tak tahu jika cuma dia bertanggungjawab.

473
00:33:32,640 --> 00:33:38,960
Tapi dia bertanggungjawab atas tekanan
yang diberikan kepada syarikat,

474
00:33:39,040 --> 00:33:43,400
untuk apa yang dia galakkan
dari segi kaedah pengurusan.

475
00:33:43,480 --> 00:33:47,480
Pengilang kereta, Renault
bersalah kerana kecuaian.

476
00:33:47,560 --> 00:33:49,160
Kecuaian melampau.

477
00:33:49,240 --> 00:33:50,920
Cuai dalam kes bunuh diri…

478
00:33:51,000 --> 00:33:55,520
…mahkamah putuskan bahawa pembuat kereta
"sepatutnya tahu tentang bahayanya."

479
00:33:55,600 --> 00:34:00,920
Syarikat sememangnya
tidak ambil ringan tragedi begini.

480
00:34:01,000 --> 00:34:02,240
Ia menjejaskan semua,

481
00:34:02,320 --> 00:34:08,480
dan ada kesannya dari aspek
pengurusan dan perhatian…

482
00:34:08,560 --> 00:34:12,080
Apa yang saya sedar
apabila bercakap dengan awak

483
00:34:12,160 --> 00:34:15,400
ialah kesakitan dah berkurang,
tapi kemarahan itu tidak.

484
00:34:15,480 --> 00:34:17,480
Saya masih marah.

485
00:34:17,560 --> 00:34:20,400
Rasa marah masih bersisa.

486
00:34:21,160 --> 00:34:24,240
Sakitnya dah berkurang,
tapi kemarahan itu tidak.

487
00:34:40,080 --> 00:34:45,880
2010 - IBU PEJABAT NISSAN, TOKYO

488
00:34:45,960 --> 00:34:47,960
Di Jepun, ia diwajibkan

489
00:34:48,040 --> 00:34:51,360
untuk mendedahkan jumlah gaji

490
00:34:51,440 --> 00:34:54,400
jika awak dibayar
lebih 100 juta yen sejak 2010.

491
00:34:56,240 --> 00:35:00,360
Ketika itulah kami sedar gaji Carlos Ghosn

492
00:35:00,440 --> 00:35:04,960
adalah tujuh kali lebih tinggi
daripada gaji CEO Toyota.

493
00:35:05,720 --> 00:35:09,040
Bagi orang macam saya,

494
00:35:09,120 --> 00:35:14,840
semasa saya lihat
laporan pendapatan Carlos Ghosn

495
00:35:14,920 --> 00:35:18,040
saya rasa ia tak masuk akal.

496
00:35:18,120 --> 00:35:23,440
Ia melampaui imaginasi kami.

497
00:35:24,120 --> 00:35:27,320
Dia rasa gajinya belum cukup.

498
00:35:28,000 --> 00:35:31,840
Pada masa itu, En. Ghosn mula kehilangan

499
00:35:31,920 --> 00:35:35,360
apa yang dipanggil,
sentuhan luar biasanya.

500
00:35:42,760 --> 00:35:47,680
Sebaik saja diumumkan En. Ghosn
dibayar sebanyak 8 juta euro oleh Nissan,

501
00:35:48,320 --> 00:35:51,360
persoalan sama muncul di Perancis juga.

502
00:35:51,440 --> 00:35:52,760
Ya, memang benar

503
00:35:52,840 --> 00:35:57,920
dia juga dibayar sebanyak 1.2 juta euro
oleh Renault, dan entah kenapa,

504
00:35:58,000 --> 00:36:02,800
sesetengah orang fikir gaji
sebanyak 9.2 juta euro itu keterlaluan.

505
00:36:02,880 --> 00:36:05,560
Ford, pengasas Ford, pernah berkata,

506
00:36:05,640 --> 00:36:08,360
"Bagi pastikan suasana selesa
di syarikat saya,

507
00:36:08,440 --> 00:36:13,560
pendapatan saya tak sepatutnya
20 kali melebihi gaji pekerja biasa."

508
00:36:13,640 --> 00:36:19,360
Ini "hari perkongsian".
Apa pendapat awak tentang komen itu?

509
00:36:22,040 --> 00:36:26,040
Begini, menurut awak "Ford kata,"
tapi Ford tak guna peraturan ini.

510
00:36:27,520 --> 00:36:31,320
Gaji CEO Ford ialah gaji CEO tertinggi
dalam industri ketika ini.

511
00:36:31,880 --> 00:36:35,600
Gaji dia tiga kali ganda gaji saya.
Ini untuk pengetahuan awak.

512
00:36:39,840 --> 00:36:43,240
Saya tak pernah
lihat dia berbelanja besar.

513
00:36:44,440 --> 00:36:49,720
Dia agak konservatif
dan pandai menjaga barangnya.

514
00:36:49,800 --> 00:36:51,320
Soal baju dia pula,

515
00:36:53,200 --> 00:36:58,000
dia akan pakai sampai kolar
dan ketiak bajunya

516
00:36:58,080 --> 00:37:00,800
bertukar kuning?

517
00:37:00,880 --> 00:37:02,760
Selain itu, butang ini di sini.

518
00:37:03,280 --> 00:37:06,760
Berat dia bertambah sedikit
dan leher baju jadi agak ketat

519
00:37:07,280 --> 00:37:09,280
jadi dia minta saya

520
00:37:09,800 --> 00:37:14,680
betulkan butang kolar semua baju
dengan besarkan satu sentimeter.

521
00:37:15,320 --> 00:37:19,400
Dia benar-benar menghargai
dan menjaga duitnya.

522
00:37:21,480 --> 00:37:24,760
Mungkin sebab itu dia pandai menyimpan.

523
00:37:29,920 --> 00:37:32,960
LUBNAN

524
00:37:49,520 --> 00:37:53,080
Dia mula mengubah penampilannya.

525
00:37:53,160 --> 00:37:56,840
Dia dikatakan memakai kasut
dengan tapak yang lebih tebal

526
00:37:56,920 --> 00:37:59,720
supaya dia nampak lebih tinggi.

527
00:38:03,120 --> 00:38:06,000
Tapi rambutnya jelas
hasil pemindahan rambut.

528
00:38:06,080 --> 00:38:09,920
Kami berjaya capai 5% bahagian pasaran,
iaitu langkah pertama.

529
00:38:10,960 --> 00:38:12,560
Rambut dia…

530
00:38:13,240 --> 00:38:15,680
Rasanya dia ada lebih banyak rambut

531
00:38:15,760 --> 00:38:17,240
berbanding sebelum ini.

532
00:38:19,000 --> 00:38:21,480
Saya tak tahu jika dia semakin tinggi,

533
00:38:21,560 --> 00:38:24,280
tapi rambut dia memang lebih banyak.

534
00:38:26,280 --> 00:38:29,080
Kemudian dia buang cermin mata

535
00:38:29,160 --> 00:38:31,000
dan lakukan Lasik,

536
00:38:31,080 --> 00:38:34,280
pembedahan mata laser untuk penglihatan.

537
00:38:34,360 --> 00:38:36,640
Dia alami krisis pertengahan umur.

538
00:38:36,720 --> 00:38:39,040
Dia ceraikan isteri pertamanya.

539
00:38:39,120 --> 00:38:42,440
Anak-anaknya masuk ke universiti.

540
00:38:43,040 --> 00:38:44,840
Dia mula pakai sut lebih elok.

541
00:38:45,760 --> 00:38:49,320
Dia mula beri perhatian
kepada penampilannya

542
00:38:49,400 --> 00:38:53,200
dan dia mula jadi semakin berlagak.

543
00:38:55,640 --> 00:39:00,520
Seorang penganalisis sekuriti
beritahu saya kadar gaji setiap jamnya

544
00:39:00,600 --> 00:39:06,240
ialah antara 150,000 dan 250,000 dolar.

545
00:39:07,000 --> 00:39:10,680
Jadi, indeks prestasi saya
ialah jangan bazirkan masa dia.

546
00:39:10,760 --> 00:39:13,400
- Tak apa. Ada perlu ditandatangan?
- Ya.

547
00:39:15,840 --> 00:39:20,760
Saya bekerja di Nissan hampir tujuh tahun

548
00:39:20,840 --> 00:39:23,760
dan saya diberi peluang

549
00:39:23,840 --> 00:39:28,680
untuk bekerja
di ibu pejabat global di Jepun.

550
00:39:28,760 --> 00:39:32,080
Saya agak gusar sebab
ia mesyuarat lembaga pertama saya.

551
00:39:32,160 --> 00:39:33,280
Saya tak nak lewat.

552
00:39:33,360 --> 00:39:35,720
Saya tak mahu pen bocor atau apa-apa.

553
00:39:36,600 --> 00:39:41,280
Ia agak mengagumkan
kerana semua orang dah ada di sana.

554
00:39:42,640 --> 00:39:46,680
Dia masuk, duduk dan…

555
00:39:46,760 --> 00:39:48,400
10.30, okey.

556
00:39:48,480 --> 00:39:52,680
Tepat pada masanya, mesyuarat bermula.

557
00:39:52,760 --> 00:39:54,120
Siapa mulakan hari ini?

558
00:39:56,400 --> 00:39:57,480
Saya.

559
00:39:58,120 --> 00:40:00,440
- Saya mula sekarang?
- Ya, silakan.

560
00:40:00,520 --> 00:40:06,480
Sekumpulan eksekutif di sekelilingnya
mendengar dengan penuh perhatian

561
00:40:06,560 --> 00:40:09,400
seperti sekumpulan peminat, kelab peminat.

562
00:40:09,480 --> 00:40:12,560
Mereka buat atau cuba buat
segalanya untuk dia,

563
00:40:12,640 --> 00:40:13,880
untuk gembirakan dia.

564
00:40:15,120 --> 00:40:18,400
Saya takkan kata
Carlos Ghosn ialah Maharaja…

565
00:40:18,480 --> 00:40:21,000
Saya tak tahu jika dia fikir dia Tuhan

566
00:40:21,080 --> 00:40:24,720
tapi tiada siapa dibenarkan menentangnya.

567
00:40:24,800 --> 00:40:28,760
Di mata saya,
kakinya tak lagi menyentuh tanah.

568
00:40:28,840 --> 00:40:32,000
Dia jadi seorang yang sangat penting.

569
00:40:43,120 --> 00:40:48,400
Dia akhirnya dikelilingi orang
yang hanya beritahu dia hebat,

570
00:40:48,480 --> 00:40:50,720
jadi dia seperti hidup dalam khayalan.

571
00:40:50,800 --> 00:40:56,920
Itu menyebabkan dia sangat curiga
dan takut ada konspirasi terhadapnya.

572
00:40:59,440 --> 00:41:02,880
Tiba-tiba, ada pendakwa raya
dan eksekutif di Nissan kata,

573
00:41:02,960 --> 00:41:09,200
"Awak tahu? Dia diktator
yang dingin dan tamak."

574
00:41:09,760 --> 00:41:13,440
Itu yang mereka cakap.
"Diktator yang dingin dan tamak."

575
00:41:14,040 --> 00:41:16,560
"Diktator yang dingin dan tamak."

576
00:41:16,640 --> 00:41:19,480
TECHNOCENTRE RENAULT, PERANCIS

577
00:41:19,560 --> 00:41:22,440
Pada September 2010,

578
00:41:22,520 --> 00:41:26,400
beberapa eksekutif Renault
menerima surat yang mengatakan

579
00:41:26,480 --> 00:41:29,600
ada beberapa pegawai tinggi

580
00:41:29,680 --> 00:41:32,560
yang menyampaikan maklumat
kepada syarikat China

581
00:41:33,560 --> 00:41:36,440
dan orang-orang ini
ialah si polan, polan, polan.

582
00:41:36,520 --> 00:41:40,600
Mereka dituduh menjual maklumat Renault

583
00:41:40,680 --> 00:41:42,600
kepada pengintip di China.

584
00:41:46,120 --> 00:41:50,520
Kemudian Carlos Ghosn
ada reaksi yang kuat mengatakan,

585
00:41:51,480 --> 00:41:54,160
"Beritahu kerajaan.
Mereka akan bocorkannya.

586
00:41:54,240 --> 00:41:57,920
Itu beri masalah besar kepada China
dan Nissan besar di China."

587
00:41:58,000 --> 00:42:01,480
Saya kata, "Tidak, kita tak boleh
pergi beritahu kerajaan.

588
00:42:01,560 --> 00:42:04,880
Jadi, awak perlu yakinkan orang
untuk bercakap."

589
00:42:06,920 --> 00:42:11,400
Saya uruskan satu pasukan kecil
untuk menemu bual mereka bertiga.

590
00:42:11,480 --> 00:42:15,440
Saya kenal mereka bertiga,
tapi saya rapat dengan salah seorangnya.

591
00:42:16,400 --> 00:42:18,520
Ya? Helo.

592
00:42:18,600 --> 00:42:19,680
Helo, Patrick.

593
00:42:19,760 --> 00:42:21,800
- Apa khabar?
- Baik.

594
00:42:21,880 --> 00:42:23,960
Jadi, sebab kami kawan baik,

595
00:42:24,040 --> 00:42:27,120
mungkin saya boleh yakinkan dia
untuk bercakap.

596
00:42:27,200 --> 00:42:29,200
Saya akan jumpa awak hari ini

597
00:42:30,320 --> 00:42:34,240
kerana kami dapat tahu
awak buat sesuatu yang serius.

598
00:42:35,680 --> 00:42:36,640
Apa?

599
00:42:37,160 --> 00:42:39,640
Kita bercakap
tentang pengintipan industri.

600
00:42:39,720 --> 00:42:43,400
Saya terkejut awak sanggup buat begini.

601
00:42:43,480 --> 00:42:47,080
Maaf, saya mungkin masih mamai.
Saya tak faham.

602
00:42:47,160 --> 00:42:49,680
Jadi saya berjumpa dengan dia

603
00:42:49,760 --> 00:42:52,640
dan dia kata, "Apa maksud awak, Patrick?

604
00:42:52,720 --> 00:42:55,600
Saya tiada kaitan dengan perkara ini."

605
00:42:55,680 --> 00:42:59,080
Saya kata, "Ya, tapi saya terima dokumen

606
00:42:59,160 --> 00:43:03,520
yang menunjukkan awak ada akaun bank
di Switzerland yang terima wang itu."

607
00:43:03,600 --> 00:43:04,920
Dia kata, "Tak benar."

608
00:43:05,000 --> 00:43:09,120
Saya mahu jelaskan
yang rakan sekutu awak

609
00:43:09,200 --> 00:43:12,800
sedang ditemu bual di pejabat berdekatan.

610
00:43:12,880 --> 00:43:15,240
Mereka disyaki atas kesalahan yang sama.

611
00:43:15,320 --> 00:43:18,560
- Awak tengah aturkan strategi…
- Tapi…

612
00:43:18,640 --> 00:43:21,520
- Awak buat benda bodoh.
- Saya tak buat apa-apa.

613
00:43:21,600 --> 00:43:23,840
Ia bodoh dan ia satu kesilapan.

614
00:43:25,120 --> 00:43:27,840
Awak lebih tahu daripada saya, Michel.

615
00:43:27,920 --> 00:43:29,360
Saya tak tahu apa-apa.

616
00:43:29,440 --> 00:43:33,440
Saya memang tak tahu apa maksud awak.
Tak tahu atau faham apa-apa.

617
00:43:33,520 --> 00:43:38,720
Ini bermakna kerjaya awak,
keluarga awak, semuanya dah berakhir.

618
00:43:38,800 --> 00:43:43,680
Sebaik saja awak keluar dari bilik ini,
awak juga akan tinggalkan Renault, Michel.

619
00:43:43,760 --> 00:43:47,720
Masalahnya, saya tak mahu dihukum
atas sesuatu yang saya tak buat.

620
00:43:47,800 --> 00:43:49,440
Awak yang tahu, Michel.

621
00:43:51,600 --> 00:43:55,120
Itu hari pertama
kami masuk ke pejabat selepas cuti.

622
00:43:55,200 --> 00:43:56,880
Kami ke serata pejabat

623
00:43:56,960 --> 00:44:00,280
untuk menyapa semua orang
dan ucap, "Selamat Tahun Baru."

624
00:44:03,720 --> 00:44:06,880
Kemudian, awal pagi,
kami dengar khabar angin

625
00:44:06,960 --> 00:44:10,560
bahawa tiga orang telah dipecat.

626
00:44:10,640 --> 00:44:14,600
Seterusnya kami diberitahu
kami tak boleh bercakap dengan mereka

627
00:44:14,680 --> 00:44:17,000
jika mereka hubungi kami.

628
00:44:18,160 --> 00:44:20,000
Kami di mana?

629
00:44:20,080 --> 00:44:23,080
Adakah ini USSR
di bawah pemerintahan Stalin?

630
00:44:23,160 --> 00:44:26,160
Tiga pekerja Renault,
tiga eksekutif penting,

631
00:44:26,240 --> 00:44:29,000
disyaki membocorkan rahsia perdagangan.

632
00:44:29,080 --> 00:44:31,920
Tiga orang penting syarikat telah dipecat

633
00:44:32,000 --> 00:44:36,400
kerana mendedahkan maklumat strategik
berkaitan kereta elektrik.

634
00:44:36,480 --> 00:44:38,800
Skandal yang memalukan buat pengurusan.

635
00:44:39,400 --> 00:44:43,560
Saya dihalau dari syarikat ini
seperti anjing.

636
00:44:43,640 --> 00:44:48,000
Renault melakukan tuduhan serius,
yang mana saya menafikan sekerasnya.

637
00:44:48,080 --> 00:44:51,440
Saya tak sentuh apa-apa duit.
Saya tiada akaun bank asing.

638
00:44:51,520 --> 00:44:55,000
Saya telus. Siasatan sekarang
di tangan pihak berkuasa.

639
00:44:55,080 --> 00:45:00,720
Semuanya jadi lebih teruk
sebab Carlos Ghosn masuk rancangan TV.

640
00:45:00,800 --> 00:45:02,400
Tetamu kita, Carlos Ghosn.

641
00:45:02,480 --> 00:45:05,600
- Hai. Terima kasih sertai kami.
- Selamat petang.

642
00:45:05,680 --> 00:45:08,400
Ada banyak persoalan berkaitan kes ini.

643
00:45:08,480 --> 00:45:14,000
Penasihat beritahu dia,
"Jangan cakap tentang bukti. Hati-hati."

644
00:45:14,080 --> 00:45:17,440
Awak ada bukti formal
tentang kebersalahan mereka?

645
00:45:17,520 --> 00:45:21,080
Kami pasti tentangnya.
Kami takkan ada di sini kalau tiada.

646
00:45:21,160 --> 00:45:22,640
Apa yang awak perlu tahu…

647
00:45:22,720 --> 00:45:25,560
Semua orang tanya, "Di mana buktinya?"

648
00:45:25,640 --> 00:45:28,160
Saya tahu ia mengarut.

649
00:45:28,240 --> 00:45:31,920
Maksud saya, tiada satu pun yang benar.

650
00:45:33,160 --> 00:45:34,840
Tapi kami tiada bukti.

651
00:45:34,920 --> 00:45:37,840
Kami cuma ada kertas teruk ini

652
00:45:37,920 --> 00:45:42,240
yang sebenarnya dibuat
oleh seorang lelaki di Renault

653
00:45:43,600 --> 00:45:44,880
yang jahat.

654
00:45:44,960 --> 00:45:50,600
Pekerja yang dituduh bukan perisik,
mereka ialah mangsa ugutan.

655
00:45:50,680 --> 00:45:54,480
Akaun bank itu pula,
semua itu hanya rekaan.

656
00:45:54,560 --> 00:45:58,240
Ya atau tidak, adakah ada
kes pengintipan industri di Renault?

657
00:45:58,320 --> 00:46:02,000
Pasukan pengurusan
mula menunjukkan keraguan.

658
00:46:02,080 --> 00:46:03,520
Kami semua rasa malu.

659
00:46:03,600 --> 00:46:06,840
Semua orang ketawakan Renault,

660
00:46:06,920 --> 00:46:09,680
ketawakan Carlos Ghosn.

661
00:46:10,280 --> 00:46:12,960
Akhirnya, sebulan kemudian,

662
00:46:13,040 --> 00:46:16,600
saya tak ingat aturannya,
dia kembali ke televisyen.

663
00:46:17,200 --> 00:46:18,880
- Petang, Carlos Ghosn.
- Ya.

664
00:46:18,960 --> 00:46:22,720
Pada bulan Januari,
awak mendakwa ada kepastian

665
00:46:22,800 --> 00:46:25,920
dan banyak bukti tentang pengintipan.

666
00:46:26,000 --> 00:46:29,000
Sekarang dah jelas yang awak salah.

667
00:46:29,080 --> 00:46:31,000
Apa kesimpulan awak malam ini?

668
00:46:31,080 --> 00:46:33,080
Dengar, saya tersilap.

669
00:46:33,160 --> 00:46:34,560
Kami tersilap.

670
00:46:34,640 --> 00:46:40,240
Menurut kesimpulan yang kami dapat
daripada pendakwa raya Paris,

671
00:46:40,320 --> 00:46:42,600
nampaknya kami ditipu.

672
00:46:43,200 --> 00:46:48,680
Sarkozy minta sama ada nombor satu
atau nombor dua letak jawatan kerana itu.

673
00:46:48,760 --> 00:46:51,000
Sarkozy, dia presiden ketika itu.

674
00:46:51,080 --> 00:46:55,400
Jadi saya yang tanggung akibatnya.

675
00:46:55,480 --> 00:46:56,960
Saya perlu letak jawatan.

676
00:46:57,520 --> 00:47:00,240
Saya perlu pergi
untuk melindungi Carlos Ghosn.

677
00:47:02,360 --> 00:47:05,800
Ada ungkapan Perancis,
"Ikan mereput dari kepala ke bawah."

678
00:47:05,880 --> 00:47:10,840
Kami fikir pengurusan atasan dah gila.

679
00:47:12,040 --> 00:47:16,520
Ia memang permulaan
bagi pengakhiran Carlos Ghosn

680
00:47:16,600 --> 00:47:19,000
dan perikatan.

681
00:47:34,720 --> 00:47:39,400
Bagi saya, perkara paling simbolik
dalam kisah sedih ini

682
00:47:39,480 --> 00:47:41,720
ialah apa yang dia buat di Versailles.

683
00:47:42,640 --> 00:47:47,680
Secara rasmi, ia untuk ulang tahun ke-15
perikatan antara Renault dan Nissan,

684
00:47:47,760 --> 00:47:52,840
tapi dia adakannya tepat
pada hari jadinya yang ke-60.

685
00:47:55,960 --> 00:48:01,600
Hakikatnya, Istana Versailles
telah penuh ditempah pada hari lain.

686
00:48:02,360 --> 00:48:03,360
Ia cuma…

687
00:48:03,880 --> 00:48:07,000
Hanya kebetulan
majlis kerja ini berlangsung

688
00:48:07,080 --> 00:48:09,440
pada hari sama
dengan hari jadinya ke-60.

689
00:48:09,520 --> 00:48:10,720
Ia tak dirancang.

690
00:48:11,760 --> 00:48:14,720
Dia tak ada kek hari jadi atau apa-apa.

691
00:48:14,800 --> 00:48:16,920
Tiada siapa menyanyi lagu hari jadi.

692
00:48:18,080 --> 00:48:21,400
Tapi ada cef bintang Michelin hari itu
yang sangat hebat.

693
00:48:21,920 --> 00:48:24,320
Awak tahu kos hari jadinya ini?

694
00:48:24,400 --> 00:48:28,320
Ia sekitar 630,000 euro.

695
00:48:30,720 --> 00:48:35,000
Dia membayarnya
dengan duit Renault-Nissan.

696
00:48:35,080 --> 00:48:36,960
Mari kita berdisko.

697
00:49:00,840 --> 00:49:01,840
Terima kasih.

698
00:49:06,280 --> 00:49:10,840
Tuan-tuan dan puan-puan, sahabat handai,
selamat petang dan selamat datang.

699
00:49:12,560 --> 00:49:18,680
Semestinya awak akan jemput orang
yang menyumbang kepada perikatan ini,

700
00:49:18,760 --> 00:49:22,320
bukan hanya kawan-kawan dan entahlah,

701
00:49:22,400 --> 00:49:26,160
beberapa orang penting dan selebriti,
seperti Cherie Blair.

702
00:49:28,080 --> 00:49:31,760
Ya, dia ada jemput
beberapa kawan dan keluarga,

703
00:49:31,840 --> 00:49:34,240
tapi hanya 95 yang datang daripada…

704
00:49:34,920 --> 00:49:39,360
Tentu ada sekurang-kurangnya 150 orang,

705
00:49:39,440 --> 00:49:43,720
dan ada tiga orang yang bekerja
untuk perikatan di sana.

706
00:49:46,800 --> 00:49:51,360
Sudah tentu, untuk ulang tahun perikatan,
kami akan jemput Louis Schweitzer.

707
00:49:52,800 --> 00:49:59,320
Tak. Saya tak dijemput untuk ulang tahun
perikatan Renault-Nissan itu.

708
00:50:26,920 --> 00:50:28,200
Ia berlebih-lebihan.

709
00:50:28,280 --> 00:50:31,080
Ia memang tak sesuai.

710
00:50:31,840 --> 00:50:35,760
Reaksi pertama saya ialah,
"Adakah dia bodoh?"

711
00:50:36,440 --> 00:50:37,840
Saya macam tak percaya.

712
00:50:41,440 --> 00:50:45,360
Biasanya, peringkat lembaga ke bawah,
kami beli alat tulis sendiri.

713
00:50:45,880 --> 00:50:47,200
Ghosn memang bijak

714
00:50:47,280 --> 00:50:51,520
dalam menyemai sikap berjimat
ke dalam syarikat,

715
00:50:52,240 --> 00:50:55,320
tapi ia tak sepadan
dengan apa yang orang nampak.

716
00:50:55,400 --> 00:51:00,160
Perbezaan antara sikap
berjimat cermat pekerja

717
00:51:00,240 --> 00:51:04,440
dan kemewahan gaya hidup Ghosn
sangat ketara.

718
00:51:04,520 --> 00:51:06,200
Parti Versailles,

719
00:51:06,280 --> 00:51:08,680
tiket Piala Dunia dan sebagainya.

720
00:51:08,760 --> 00:51:10,320
Pesawat peribadi.

721
00:51:10,960 --> 00:51:14,520
Kekurangan pemisahan
antara kerja dan bermain.

722
00:51:15,960 --> 00:51:18,080
Daripada sudut pandangan Nissan,

723
00:51:18,160 --> 00:51:21,520
jelas sekali dia makin kurang
menghabiskan masa dan tenaga

724
00:51:21,600 --> 00:51:24,480
untuk Nissan berbanding sebelum ini.

725
00:51:25,240 --> 00:51:29,360
Ini merupakan titik penting

726
00:51:29,440 --> 00:51:35,200
bahawa kepimpinannya di Nissan
semakin kurang bersinar.

727
00:51:40,640 --> 00:51:43,320
Bagi membolehkan saya
terus fokus pada Nissan

728
00:51:43,400 --> 00:51:47,360
dan mengekalkan momentum
persembahan Nissan,

729
00:51:47,440 --> 00:51:51,400
saya cadangkan kepada lembaga Nissan,
yang mana telah dipersetujui,

730
00:51:52,040 --> 00:51:57,600
supaya Hiroto Saikawa dinaikkan pangkat
menjadi Ketua Pegawai Eksekutif.

731
00:51:58,280 --> 00:52:03,320
Saikawa menjadi Ketua Pegawai Eksekutif
apabila Ghosn menjadi Pengerusi.

732
00:52:03,400 --> 00:52:06,880
Hakikatnya, Ghosn tak memainkan
peranan sebagai Pengerusi.

733
00:52:06,960 --> 00:52:09,920
Dia masih mengawal syarikat.

734
00:52:13,000 --> 00:52:15,240
PEGUAM

735
00:52:15,320 --> 00:52:18,760
Saya jadi berminat dengan Renault

736
00:52:18,840 --> 00:52:23,440
kerana kelakuan
Ketua Pegawai Eksekutifnya.

737
00:52:24,640 --> 00:52:29,840
Awak berurusan dengan seseorang
yang muncul sebagai pembunuh kos,

738
00:52:29,920 --> 00:52:32,680
iaitu orang yang kurangkan kos tetap,

739
00:52:33,400 --> 00:52:38,520
yang pada masa sama menubuhkan
di luar negara, tanpa pengetahuan semua,

740
00:52:38,600 --> 00:52:42,000
iaitu pemegang saham Renault dan Nissan,

741
00:52:42,520 --> 00:52:43,880
sebuah tabung gergasi.

742
00:52:44,960 --> 00:52:47,240
Apa saya faham ialah…

743
00:52:49,480 --> 00:52:51,600
satu rancangan… Saya kena hati-hati.

744
00:52:51,680 --> 00:52:53,560
- Ya.
- Saya perlu berhati-hati.

745
00:52:56,440 --> 00:53:01,680
Apa yang saya faham
ialah beberapa syarikat ditubuhkan

746
00:53:01,760 --> 00:53:06,920
dan tujuan syarikat itu ialah
untuk laburkan duit kepada perusahaan baru

747
00:53:07,000 --> 00:53:12,320
supaya Nissan ada kelebihan
dalam industri berkenaan.

748
00:53:12,400 --> 00:53:15,000
Banyak syarikat kereta buat begitu.

749
00:53:15,080 --> 00:53:18,440
Secara asasnya, ia kebolehan
melabur dalam perusahaan baru

750
00:53:18,520 --> 00:53:22,760
dalam usaha niaga yang sedikit berisiko.

751
00:53:22,840 --> 00:53:25,560
Jadi sejumlah wang
akan dimasukkan ke dalamnya.

752
00:53:25,640 --> 00:53:31,440
Tapi ia tak digunakan untuk tubuhkan
syarikat baru, untuk dana teknologi,

753
00:53:31,520 --> 00:53:35,200
dan awak ada ramai
pengarah bersilih ganti, bukan?

754
00:53:35,280 --> 00:53:37,840
Wang itu dibelanjakan
untuk perkara berbeza.

755
00:53:37,920 --> 00:53:40,000
Saya salah seorang pengarahnya.

756
00:53:40,080 --> 00:53:42,080
Ketika ia ditubuhkan,

757
00:53:42,160 --> 00:53:47,240
ia dana yang diuruskan di luar Amsterdam.

758
00:53:47,320 --> 00:53:52,120
Saya rasa implikasinya adalah tindakan
menutup dengan sengaja atas tujuan…

759
00:53:53,840 --> 00:53:55,240
motif tersembunyi.

760
00:53:56,480 --> 00:53:58,320
Menjadikan keadaan sangat rumit

761
00:53:58,400 --> 00:54:00,680
jadi tiada siapa faham apa berlaku.

762
00:54:00,760 --> 00:54:04,280
Gerakkan orang dan buat benda lain.

763
00:54:05,080 --> 00:54:07,200
Dia mengatur

764
00:54:08,600 --> 00:54:09,760
beberapa rancangan

765
00:54:10,960 --> 00:54:15,960
yang membolehkan dia
menggelapkan wang yang banyak

766
00:54:16,040 --> 00:54:19,920
untuk beli vila, beli kapal layar,

767
00:54:20,000 --> 00:54:22,160
untuk beli barang kemas.

768
00:54:24,960 --> 00:54:26,520
Kini diketahui, katanya,

769
00:54:26,600 --> 00:54:30,200
ada dana yang digunakan
untuk beli rumah dan seumpamanya.

770
00:54:30,280 --> 00:54:33,680
- Saya tak tahu tentang itu.
- Berapa jumlah dalam dana?

771
00:54:33,760 --> 00:54:35,920
- Saya tak ingat.
- Tak ingat?

772
00:54:36,000 --> 00:54:38,120
Tapi ia bukan kecil.

773
00:54:38,200 --> 00:54:41,640
- Ia bukan puluhan ribu.
- Tak, ia berjuta.

774
00:54:44,000 --> 00:54:48,600
Kita boleh anggarkan nilai hartanah
yang dibeli di luar negara

775
00:54:48,680 --> 00:54:54,400
oleh En. Ghosn, di bawah nama entiti,

776
00:54:54,480 --> 00:54:58,840
dan jumlahnya sangat besar.

777
00:55:00,120 --> 00:55:03,080
Saya rasa dia seperti ahli silap mata

778
00:55:03,160 --> 00:55:05,800
sebab dia ada banyak duit untuk digunakan…

779
00:55:05,880 --> 00:55:09,200
Sebab dia mahir mencipta satu sistem

780
00:55:09,280 --> 00:55:12,240
yang membolehkan dia buat
apa dia mahu dengannya.

781
00:55:15,760 --> 00:55:18,440
Apa keadaan yang memungkinkan

782
00:55:18,520 --> 00:55:23,600
semua salah laku ini tak dapat dikesan

783
00:55:23,680 --> 00:55:26,080
sebelum ia menjadi sangat serius?

784
00:55:28,080 --> 00:55:29,360
Soalan yang bagus.

785
00:55:29,440 --> 00:55:32,000
Sebenarnya, saya tak sedar

786
00:55:32,080 --> 00:55:36,360
dan ramai orang tak sedar.

787
00:55:36,440 --> 00:55:42,800
Kami perlu akui salah laku ini dilakukan

788
00:55:42,880 --> 00:55:44,560
tanpa dikesan.

789
00:55:44,640 --> 00:55:47,840
Saya tak suka cakap begini,

790
00:55:47,920 --> 00:55:50,280
tapi pada pendapat saya,

791
00:55:50,360 --> 00:55:53,920
para eksekutif di Nissan
bergantung penuh pada En. Ghosn.

792
00:55:54,000 --> 00:55:56,600
Mereka terlalu bergantung pada dia.

793
00:55:56,680 --> 00:56:01,800
Tiada siapa yang mengkritik dia
dan biar dia buat apa saja dia nak.

794
00:56:01,880 --> 00:56:04,640
Rumah-rumah itu milik Nissan dan kata,

795
00:56:04,720 --> 00:56:08,240
"Oh Tuhan, kami temui ini!
Awak buat secara rahsia!" Rahsia?

796
00:56:08,320 --> 00:56:11,280
Biar saya tunjuk dokumen.
Dokumen ini ditandatangan

797
00:56:11,360 --> 00:56:15,360
oleh dua wakil pengarah Nissan,
Greg Kelly dan Hiroto Saikawa.

798
00:56:15,440 --> 00:56:18,480
"Kegunaan harta, kediaman tempat tinggal.

799
00:56:18,560 --> 00:56:22,120
Rio de Janeiro, Brazil, Beirut, Lubnan."

800
00:56:22,200 --> 00:56:24,600
Jadi, apabila saya dengar semua terkejut

801
00:56:24,680 --> 00:56:27,920
dan kami buat secara rahsia,
saya kata, "Oh, Tuhan!"

802
00:56:28,000 --> 00:56:33,240
Tapi hakikatnya…

803
00:56:33,320 --> 00:56:38,360
Saya percayakan En. Ghosn
dan saya percayakan pasukannya.

804
00:56:40,720 --> 00:56:42,120
Jadi, awak tahu…

805
00:56:44,400 --> 00:56:48,840
Bukan agenda saya untuk ada syak wasangka.

806
00:56:53,040 --> 00:56:58,280
Saya ditugaskan untuk membantu siasatan
tentang tuduhan salah laku Ghosn.

807
00:56:59,080 --> 00:57:04,120
Semasa siasatan,
kami dapati beberapa eksekutif

808
00:57:04,200 --> 00:57:07,520
terlibat dalam beberapa unsur salah laku.

809
00:57:08,400 --> 00:57:10,480
Semakin disiasat,

810
00:57:10,560 --> 00:57:15,560
kami nampak pelbagai lapisan
demi lapisan terungkai.

811
00:57:16,360 --> 00:57:20,960
Apa saya buat ialah jelaskannya

812
00:57:21,040 --> 00:57:23,600
kepada ketua jawatankuasa audit,

813
00:57:23,680 --> 00:57:26,720
jadi saya seperti dedahkan maklumat.

814
00:57:26,800 --> 00:57:31,800
Jika lembaga kata, "Jangan risau, Rav.
Kami akan uruskannya.

815
00:57:31,880 --> 00:57:35,640
Terima kasih banyak, kami dah
pertimbangkan kebimbangan awak.

816
00:57:35,720 --> 00:57:37,480
Awak tak perlu buat apa-apa."

817
00:57:37,560 --> 00:57:39,320
Baguslah. Semuanya lancar.

818
00:57:39,400 --> 00:57:42,440
Saya dah buat kerja saya.
Mereka buat kerja mereka.

819
00:57:42,520 --> 00:57:47,040
Tapi itu tak berlaku. Ia senyap saja.

820
00:57:50,840 --> 00:57:55,680
Dalam masa tiga hari,
saya disingkirkan daripada siasatan Ghosn.

821
00:57:55,760 --> 00:57:59,240
Saya diberitahu
selepas lapan tahun di Jepun,

822
00:57:59,320 --> 00:58:00,680
saya perlu pulang.

823
00:58:01,280 --> 00:58:03,200
Ya, bererti saya hilang kerja.

824
00:58:07,480 --> 00:58:11,720
Kemudian awak fikir,
adakah tong itu busuk?

825
00:58:13,360 --> 00:58:15,720
Jika seluruh tong itu busuk…

826
00:58:17,560 --> 00:58:19,120
habislah, bukan?

827
00:58:24,360 --> 00:58:27,040
En. Ghosn diminta tinggal
beberapa tahun lagi

828
00:58:27,120 --> 00:58:30,200
untuk bawa Renault-Nissan
ke peringkat seterusnya.

829
00:58:30,280 --> 00:58:35,360
Kebanyakan orang akan gelar
peringkat ini sebagai gabungan

830
00:58:35,960 --> 00:58:41,200
tapi En. Ghosn dan pasukan komunikasinya
berhati-hati agar tak guna perkataan itu.

831
00:58:41,720 --> 00:58:45,520
Mungkin salah satu sebab
saya dalam situasi ini hari ini

832
00:58:45,600 --> 00:58:47,920
kerana saya terima tawaran ini

833
00:58:48,000 --> 00:58:51,480
untuk terus menyepadukan dua syarikat,

834
00:58:51,560 --> 00:58:53,040
menyatukan dua syarikat.

835
00:58:53,120 --> 00:58:55,480
Namun dari perspektif Nissan,

836
00:58:55,560 --> 00:58:58,880
saya percaya mereka simpulkan
mereka takkan dapat apa-apa

837
00:58:58,960 --> 00:59:01,280
melalui gabungan dengan Renault.

838
00:59:02,280 --> 00:59:06,960
Saya dah beberapa kali jelaskan
saya menentang penggabungan itu.

839
00:59:08,000 --> 00:59:12,640
Saya meyokong perikatan,
tapi saya tak sokong penggabungan.

840
00:59:13,400 --> 00:59:14,360
Itu posisi saya.

841
00:59:14,440 --> 00:59:16,880
Malangnya, tiada kepercayaan.

842
00:59:17,760 --> 00:59:20,760
Beberapa rakan Jepun kami fikir

843
00:59:20,840 --> 00:59:25,480
satu-satunya cara untuk hapuskan
pengaruh Renault ke atas Nissan

844
00:59:25,560 --> 00:59:27,120
ialah menghapuskan saya.

845
00:59:27,200 --> 00:59:32,880
Carlos Ghosn umpama ujian prostat
untuk rakyat Jepun.

846
00:59:33,680 --> 00:59:38,440
Sekarang, mereka tahu
ia sihat dan diperlukan

847
00:59:38,520 --> 00:59:41,600
tapi ia tetap sesuatu yang memalukan

848
00:59:41,680 --> 00:59:45,600
untuk biar seseorang memegang
punggung awak.

849
00:59:46,160 --> 00:59:50,520
Akhirnya, mereka akan bertindak

850
00:59:51,120 --> 00:59:54,040
dengan ganas untuk menentang.

851
00:59:54,120 --> 00:59:58,840
Dia berjaya bertahan 19 tahun
sebelum mereka bertindak balas.

852
00:59:58,920 --> 01:00:01,000
Tapi, tindak balas yang hebat!

853
01:00:01,720 --> 01:00:03,840
Seorang ahli perniagaan berpengaruh

854
01:00:03,920 --> 01:00:07,120
ditahan di Tokyo kerana disyaki
salah laku kewangan.

855
01:00:07,200 --> 01:00:11,040
Carlos Ghosn, Pengerusi
Lembaga Pengarah Nissan, Jepun…

856
01:00:11,120 --> 01:00:16,440
CEO Renault-Nissan, Carlos Ghosn,
telah ditahan di Jepun hari ini.

857
01:00:16,520 --> 01:00:20,000
Nissan berkata mereka telah lama
menyiasat tentang Ghosn.

858
01:00:20,080 --> 01:00:23,840
Dia dituduh menggunakan wang syarikat
untuk kegunaan peribadi.

859
01:00:23,920 --> 01:00:26,800
Saya turun pesawat.
Saya dibawa masuk ke kereta.

860
01:00:26,880 --> 01:00:30,160
Saya ke pemeriksaan.
Mereka kata visa saya ada masalah.

861
01:00:30,240 --> 01:00:33,040
Tak boleh guna telefon.
Kemudian saya ditahan.

862
01:00:33,120 --> 01:00:34,720
Saya tak faham apa berlaku.

863
01:00:34,800 --> 01:00:39,440
Saya fikir, "Dia akhirnya ditangkap."

864
01:00:40,320 --> 01:00:43,400
Tak bolehkah saya hubungi Nissan
untuk hantar peguam?

865
01:00:43,480 --> 01:00:45,720
Tapi saya tak tahu Nissan dalangnya.

866
01:00:45,800 --> 01:00:51,800
Semuanya telah lama dirancang!
Antara pendakwa raya dan syarikat.

867
01:00:51,880 --> 01:00:53,240
Apa yang menarik ialah

868
01:00:53,320 --> 01:00:55,920
stesen televisyen di Jepun
telah dimaklumkan

869
01:00:56,000 --> 01:01:01,320
yang dia akan ditangkap
dan mereka sedang menunggu dia.

870
01:01:01,400 --> 01:01:03,640
Saham Nissan dan Renault jatuh teruk.

871
01:01:05,040 --> 01:01:10,200
Saya sedang hadiri seminar syarikat.
Jam 10.00 kami keluar minum kopi.

872
01:01:10,280 --> 01:01:12,200
Saya buka telefon. Wah!

873
01:01:14,160 --> 01:01:15,600
Salah laku penipuan…

874
01:01:15,680 --> 01:01:19,400
Jelas ada orang mahu dia dipenjarakan.

875
01:01:20,160 --> 01:01:24,120
Ia bermula dengan siasatan dalaman Nissan
selepas maklumat diterima.

876
01:01:24,200 --> 01:01:28,000
Eksekutif tertinggi Carlos Ghosn,
Greg Kelly juga telah ditahan.

877
01:01:29,840 --> 01:01:32,200
Jarak masa lima jam
antara penahanan saya

878
01:01:32,280 --> 01:01:36,080
dan saya berada
di dalam sel kecil di Kosuge.

879
01:01:36,160 --> 01:01:39,560
Apabila awak ditahan,
awak ada masalah besar di Jepun.

880
01:01:39,640 --> 01:01:43,400
Awak dianggap bersalah dalam banyak hal.

881
01:01:44,560 --> 01:01:46,160
Bagaimana saya nak cakap?

882
01:01:46,240 --> 01:01:49,680
Saya masih rasa sakit di sini
apabila bercakap tentangnya.

883
01:01:49,760 --> 01:01:51,600
Ia jadi mengeras.

884
01:01:51,680 --> 01:01:56,520
Kami pasti… Saya pasti ia satu kesilapan

885
01:01:56,600 --> 01:02:00,920
dan keesokan harinya dia akan dibebaskan
sebab apa boleh berlaku?

886
01:02:01,000 --> 01:02:03,080
Saya diberitahu ia sah.

887
01:02:03,840 --> 01:02:05,440
Bagaimana ia sah?

888
01:02:07,240 --> 01:02:10,960
Saya ingat baca artikel bahasa Jepun
melalui Terjemahan Google

889
01:02:11,040 --> 01:02:13,480
untuk cuba memahami apa yang berlaku.

890
01:02:13,560 --> 01:02:16,320
Kami mula memahaminya

891
01:02:16,400 --> 01:02:21,080
apabila kami lihat sidang akhbar
Hiroto Saikawa.

892
01:02:21,160 --> 01:02:25,000
Ketika itulah kami sedar
sesuatu yang luar biasa sedang berlaku.

893
01:02:25,800 --> 01:02:29,680
Ia seperti "Permainan Takhta"
edisi Nissan.

894
01:02:30,400 --> 01:02:32,200
Ia sangat gila.

895
01:02:32,280 --> 01:02:37,320
Kami berasa marah
dan bagi saya secara peribadi…

896
01:02:38,920 --> 01:02:43,280
saya rasa sangat kecewa.

897
01:02:43,360 --> 01:02:48,480
Masalahnya ialah seorang individu
mempunyai kuasa yang terlalu banyak.

898
01:02:49,000 --> 01:02:53,960
Ini sisi gelap era Ghosn
yang bertahan bertahun lamanya.

899
01:02:55,720 --> 01:03:01,480
Ada orang kata saya, Saikawa,
mengkhianati Carlos Ghosn,

900
01:03:02,240 --> 01:03:04,600
tapi saya langsung tak khianati dia.

901
01:03:05,200 --> 01:03:09,560
Dia yang mengkhianati kepercayaan saya.

902
01:03:10,240 --> 01:03:11,680
Ini yang saya nak cakap.

903
01:03:16,040 --> 01:03:17,760
Saya tak datang untuk ini.

904
01:03:17,840 --> 01:03:22,680
Saya datang untuk jadi
peguam syarikat kereta.

905
01:03:22,760 --> 01:03:25,120
Saya tak mahu terlibat

906
01:03:25,200 --> 01:03:29,960
dalam konspirasi antarabangsa yang pelik

907
01:03:30,960 --> 01:03:34,640
atau salah laku pelik,
terutamanya di Jepun.

908
01:03:34,720 --> 01:03:38,440
PUSAT TAHANAN KOSUGE, JEPUN

909
01:03:41,680 --> 01:03:44,360
Di Jepun, antara mereka yang

910
01:03:44,960 --> 01:03:46,960
didakwa atas jenayah,

911
01:03:47,720 --> 01:03:50,880
99 peratus daripada mereka
didapati bersalah.

912
01:03:50,960 --> 01:03:55,480
Kesahan sistem keadilan tidak boleh
bergantung pada kadar sabitannya

913
01:03:55,560 --> 01:04:01,280
tapi sebaliknya atas keyakinan
bahawa ia mencari kebenaran

914
01:04:01,360 --> 01:04:04,440
dan memberikan keputusan adil dan saksama.

915
01:04:04,520 --> 01:04:06,640
Di Jepun, jika seseorang ditangkap…

916
01:04:09,480 --> 01:04:11,480
hidup orang itu sudah berakhir.

917
01:04:13,240 --> 01:04:17,200
Selama 130 hari di penjara,
kurungan bersendirian,

918
01:04:18,040 --> 01:04:19,880
sel kecil tanpa tingkap,

919
01:04:21,280 --> 01:04:23,000
mandi dua kali seminggu.

920
01:04:23,080 --> 01:04:25,240
Saya cuba minta lebih. Mereka tolak.

921
01:04:25,760 --> 01:04:27,280
Disoal siang dan malam.

922
01:04:27,840 --> 01:04:30,760
Boleh dibuat waktu pagi,
tengah hari, waktu malam,

923
01:04:30,840 --> 01:04:34,040
sehingga lapan jam
tanpa kehadiran seorang peguam.

924
01:04:34,120 --> 01:04:35,480
Jadi, dari awal lagi,

925
01:04:35,560 --> 01:04:38,360
mereka tak berminat mencari kebenaran.

926
01:04:38,440 --> 01:04:42,440
3 BULAN KEMUDIAN
PUSAT TAHANAN KOSUGE, TOKYO

927
01:04:47,280 --> 01:04:53,400
Saya jumpa dia buat kali pertama
pada 14 Februari 2019.

928
01:04:53,480 --> 01:04:55,480
Hari itu Hari Valentine.

929
01:04:56,360 --> 01:05:01,720
Pada masa itu, dia dah ditahan
selama tiga bulan.

930
01:05:01,800 --> 01:05:07,120
En. Ghosn disoal setiap hari
selepas dia ditahan.

931
01:05:07,200 --> 01:05:11,160
Soalan yang ditanya bukan jenis perbualan

932
01:05:11,240 --> 01:05:14,320
yang dibual sambil minum teh
dan makan kek.

933
01:05:14,920 --> 01:05:18,320
"Ia akan jadi lebih teruk
jika awak tak mengaku,"

934
01:05:19,000 --> 01:05:21,240
pendakwa raya kerap beritahu saya.

935
01:05:22,120 --> 01:05:23,800
"Kalau awak tak mengaku,

936
01:05:23,880 --> 01:05:26,960
bukan awak saja,
kami akan cari keluarga awak juga."

937
01:05:27,600 --> 01:05:32,440
Peguam di Jepun sering merujuk
kepada aturan ini

938
01:05:33,560 --> 01:05:36,240
sebagai "keadilan tebusan".

939
01:05:36,320 --> 01:05:39,640
Ia dunia di mana masa
bergerak ke belakang.

940
01:05:40,160 --> 01:05:46,280
Watak bernama Ratu Putih
muncul dalam Alice in Wonderland.

941
01:05:46,360 --> 01:05:50,560
Dalam dunia Ratu Putih,
masa bergerak ke belakang.

942
01:05:50,640 --> 01:05:54,680
Begitulah perbicaraan diadakan di Jepun.
Hukuman dibuat dahulu.

943
01:05:55,400 --> 01:05:57,560
Kemudian, barulah perbicaraan.

944
01:05:57,640 --> 01:06:00,160
Kemudian akhirnya mereka diadili.

945
01:06:00,240 --> 01:06:03,160
Jadi masa memang bergerak ke belakang.

946
01:06:03,240 --> 01:06:06,960
Saya menjadi tebusan di negara

947
01:06:07,560 --> 01:06:10,960
yang saya berkhidmat selama 17 tahun.

948
01:06:11,560 --> 01:06:15,040
Ya. Akhirnya, ada keadaan
yang mana awak dipersalahkan

949
01:06:15,120 --> 01:06:17,680
kerana tiada siapa mahu awak bekerja lagi.

950
01:06:17,760 --> 01:06:21,200
Tapi satu keadaan lagi
awak dimasukkan ke penjara…

951
01:06:24,720 --> 01:06:28,360
Itu memang tahap yang berbeza,

952
01:06:28,960 --> 01:06:30,840
melainkan, jika awak layak.

953
01:06:32,440 --> 01:06:33,280
Ya.

954
01:06:35,400 --> 01:06:40,800
Dia hantar pesanan melalui duta konsulat,

955
01:06:40,880 --> 01:06:42,400
"Jangan jumpa sesiapa.

956
01:06:42,480 --> 01:06:46,320
Jangan ke mana-mana dan berhati-hati
dengan panggilan telefon."

957
01:06:47,160 --> 01:06:50,600
Saya rasa kami agak takut.

958
01:06:50,680 --> 01:06:53,000
Saya akan beritahu sepupu saya, "Ayuh.

959
01:06:53,080 --> 01:06:57,320
Mari cari seseorang.
Bawa dia keluar. Itu saja caranya."

960
01:06:57,400 --> 01:07:02,640
MASSACHUSETTS, AMERIKA SYARIKAT

961
01:07:09,840 --> 01:07:12,800
>>SUBJEK BERPROFIL TINGGI
DITAHAN DI TOKYO//

962
01:07:16,560 --> 01:07:19,320
>>STRATEGI BAWA KELUAR DIPERLUKAN SEGERA//

963
01:07:31,160 --> 01:07:35,040
Selepas banyak rundingan dengan mahkamah,

964
01:07:36,200 --> 01:07:41,160
dia dibebaskan
dengan ikat jamin satu bilion yen.

965
01:07:43,160 --> 01:07:46,120
Pada masa itu, kami berunding
dengan pusat tahanan

966
01:07:46,200 --> 01:07:49,080
supaya dia boleh keluar
melalui pintu belakang.

967
01:07:49,720 --> 01:07:53,560
Tapi atas sebab tertentu,
Pusat Tahanan Tokyo tak setuju.

968
01:08:00,200 --> 01:08:04,520
Kami pakaikan En. Carlos Ghosn
dengan pakaian pekerja selenggara Jepun.

969
01:08:09,280 --> 01:08:13,720
Kemudian kami bawa dia
dalam trak kecil semasa dia dibebaskan.

970
01:08:17,760 --> 01:08:19,080
Penyamarannya

971
01:08:19,960 --> 01:08:22,440
sangat menyedihkan…

972
01:08:23,520 --> 01:08:27,920
Hakikat bahawa penyamarannya
adalah bukti bahawa dia

973
01:08:28,000 --> 01:08:30,920
bukan di pihak keadilan,

974
01:08:31,000 --> 01:08:34,160
buat saya rasa sedih.

975
01:08:54,640 --> 01:08:57,640
Sukar untuk dapat peluang

976
01:08:58,600 --> 01:09:05,600
mengejar orang asing,
apatah lagi orang terkenal seperti Ghosn.

977
01:09:05,680 --> 01:09:07,680
Saya tak pernah mimpi begitu.

978
01:09:07,760 --> 01:09:09,760
Lepas dia bebas dengan ikat jamin,

979
01:09:09,840 --> 01:09:16,840
tugas saya sebagai wartawan tabloid
adalah mengikuti setiap pergerakannya.

980
01:09:22,400 --> 01:09:25,360
Masa itu memang huru-hara.

981
01:09:26,480 --> 01:09:29,200
Ia seperti perebutan media.

982
01:09:42,480 --> 01:09:46,840
Kami merakam aktiviti hariannya
selama setahun,

983
01:09:46,920 --> 01:09:50,080
tapi kami tak nampak dia memandu Nissan.

984
01:09:55,800 --> 01:09:58,080
>>JET PERIBADI DIHANTAR//

985
01:10:01,200 --> 01:10:04,680
>>LALUAN PENERBANGAN
KE RUANG UDARA CHINA ELAK DIPINTAS

986
01:10:09,400 --> 01:10:13,000
KELUAR SELEPAS KRISMAS/BEKAS SUBWUFER/
MESTI ADA LUBANG UDARA

987
01:10:27,320 --> 01:10:29,560
Dia tahu dia sentiasa diperhatikan.

988
01:10:35,640 --> 01:10:37,880
Ada kamera pengawasan

989
01:10:38,440 --> 01:10:40,880
dipasang di pintu masuk rumahnya.

990
01:10:46,000 --> 01:10:49,480
Sesiapa yang melawatnya,
masa dia keluar dari rumah,

991
01:10:49,560 --> 01:10:52,560
semuanya dirakam sebagai rakaman.

992
01:10:53,840 --> 01:10:55,320
>>ITINERARI MT/ST/RG

993
01:10:58,080 --> 01:11:00,480
>>TIBA PADA 29/12 @ 10.00 MALAM//

994
01:11:03,760 --> 01:11:05,520
>>MASUK KELUAR DALAM 24 JAM//

995
01:11:07,720 --> 01:11:09,560
>>BERAT SUBJEK SAH 75 KG//

996
01:11:12,280 --> 01:11:13,120
>>MIKE T.

997
01:11:13,200 --> 01:11:17,200
Dalang kes melarikan diri ini
ialah Michael Taylor,

998
01:11:17,840 --> 01:11:20,880
bekas ejen pasukan khas Amerika

999
01:11:20,960 --> 01:11:25,200
yang pasti menguruskan rangkaian
bekas anggota keselamatan dan sekuriti

1000
01:11:25,280 --> 01:11:29,400
untuk bantu dia mengkaji
rancangan pelarian yang terperinci.

1001
01:11:32,880 --> 01:11:38,400
Saya rasa dia dah merancang
untuk melarikan diri

1002
01:11:39,320 --> 01:11:44,440
semasa dia dibebaskan dengan ikat jamin.

1003
01:11:44,520 --> 01:11:46,000
Itu yang saya percaya.

1004
01:11:46,840 --> 01:11:51,520
Saya dengar setiap kali dia jumpa sesiapa,

1005
01:11:51,600 --> 01:11:55,720
dia selalu jumpa mereka di Grand Hyatt.

1006
01:12:00,080 --> 01:12:03,200
Kadangkala dia naik kereta,

1007
01:12:03,280 --> 01:12:06,400
dan kadangkala dia berjalan.

1008
01:12:08,960 --> 01:12:13,320
Tidak keterlaluan untuk kata
dia keluar setiap hari.

1009
01:12:13,400 --> 01:12:19,880
Jadi, gambar dan video
mula kelihatan sama.

1010
01:12:21,960 --> 01:12:24,480
Dia mahu para penyiasat dan pengawal

1011
01:12:24,560 --> 01:12:27,800
fikir pergi ke Grand Hyatt
adalah antara rutin hariannya

1012
01:12:27,880 --> 01:12:33,760
dan dia tak pergi atas sebab tertentu.

1013
01:12:33,840 --> 01:12:36,480
Saya rasa dia juga tahu

1014
01:12:36,560 --> 01:12:40,640
di mana semua kamera diletakkan.

1015
01:12:49,600 --> 01:12:52,720
Pada masa itu, dia tak dibenarkan

1016
01:12:52,800 --> 01:12:56,480
untuk berkomunikasi dengan sesiapa
yang terlibat dalam kes ini.

1017
01:12:56,560 --> 01:13:01,880
Jadi, mengikut syarat ikat jamin

1018
01:13:01,960 --> 01:13:04,080
Carlos Ghosn

1019
01:13:04,640 --> 01:13:09,320
tak boleh berjumpa, bercakap
atau hantar surat kepada isterinya, Carol.

1020
01:13:09,400 --> 01:13:12,000
Syarat itu telah ditambah.

1021
01:13:12,080 --> 01:13:16,720
Saya rasa susah nak beritahu dia

1022
01:13:16,800 --> 01:13:19,200
tentang syarat ini.

1023
01:13:33,600 --> 01:13:36,800
En. Ghosn, awak ada mesej
untuk orang yang sokong awak?

1024
01:13:39,680 --> 01:13:46,320
Kami minta presiden beri tekanan
kepada kerajaan Jepun

1025
01:13:46,400 --> 01:13:50,320
untuk menghormati
hak asasi manusia dan hak pertahanan

1026
01:13:50,400 --> 01:13:53,000
atau biar Carlos dibicarakan di Perancis.

1027
01:13:54,080 --> 01:13:56,400
- Nak dia dibicarakan di Perancis?
- Ya,

1028
01:13:56,480 --> 01:14:00,560
kerana kita boleh lihat dia takkan
dibicarakan dengan adil di Jepun.

1029
01:14:00,640 --> 01:14:02,640
Tak kira berapa kali kami cuba,

1030
01:14:03,680 --> 01:14:06,320
tarikh perbicaraan tak pernah diputuskan.

1031
01:14:07,880 --> 01:14:10,000
Berdepan dengan situasi ini,

1032
01:14:10,080 --> 01:14:13,280
Ghosn tertanya-tanya
sampai bila dia harus duduk Jepun.

1033
01:14:13,360 --> 01:14:15,720
Dia tanya bila perbicaraan akan bermula

1034
01:14:15,800 --> 01:14:20,120
dan sama ada dia boleh

1035
01:14:20,840 --> 01:14:24,240
menerima perbicaraan yang adil.

1036
01:14:24,320 --> 01:14:27,880
Dia mula selalu tanya soalan begini.

1037
01:14:29,560 --> 01:14:35,320
Semua petanda menunjukkan
saya tak mungkin dilayan dengan adil.

1038
01:14:35,400 --> 01:14:37,640
Tak susah untuk buat kesimpulan

1039
01:14:37,720 --> 01:14:40,720
yang awak akan mati di Jepun
atau awak perlu keluar.

1040
01:14:41,440 --> 01:14:42,840
Selepas dia ditangkap,

1041
01:14:42,920 --> 01:14:47,440
poster dipasang di Beirut menyokong
ahli perniagaan Lubnan, Carlos Ghosn.

1042
01:15:00,680 --> 01:15:03,360
Awak takkan faham Carlos Ghosn,

1043
01:15:03,440 --> 01:15:08,720
motivasinya, apa yang mendorong
keinginan dia untuk berjaya,

1044
01:15:08,800 --> 01:15:12,440
keinginan untuk menang
dan menunjukkan dia yang terbaik,

1045
01:15:12,520 --> 01:15:15,920
tanpa memahami kesengsaraannya
pada waktu kecil.

1046
01:15:18,480 --> 01:15:23,280
Kami jumpa artikel
tentang Paderi Boulos Massaad,

1047
01:15:23,360 --> 01:15:26,920
yang ditemui mati
pada satu malam pada April 1960.

1048
01:15:28,640 --> 01:15:30,880
Dia ditembak dua kali.

1049
01:15:30,960 --> 01:15:33,320
Berhampiran tempat kejadian,

1050
01:15:33,400 --> 01:15:37,120
saksi nampak sebuah Peugeot
milik ayah Carlos Ghosn.

1051
01:15:39,800 --> 01:15:41,880
Apa yang kami faham

1052
01:15:41,960 --> 01:15:46,400
ialah paderi itu, Boulos Massaad,
digunakan oleh George Ghosn

1053
01:15:46,480 --> 01:15:49,320
untuk menyeludup berlian dari Afrika.

1054
01:15:50,280 --> 01:15:53,080
Dia dibicarakan dan dihukum mati.

1055
01:15:54,440 --> 01:15:58,720
Kemudian, pertengahan tahun 1970-an,
perang saudara bermula di Lubnan.

1056
01:15:58,800 --> 01:16:03,240
Dia berjaya lari dari penjara
dan dapat perlindungan di Brazil.

1057
01:16:06,960 --> 01:16:08,200
Awak boleh bayangkan,

1058
01:16:08,280 --> 01:16:12,680
menghabiskan masa kecil dengan ayahnya
di penjara yang dituduh membunuh,

1059
01:16:12,760 --> 01:16:17,440
malah dihukum bunuh
kerana membunuh paderi.

1060
01:16:17,520 --> 01:16:19,320
Pasti sukar untuk menerimanya.

1061
01:16:24,000 --> 01:16:26,760
Carlos Ghosn cipta legenda
hidupnya sendiri.

1062
01:16:26,840 --> 01:16:27,760
RAHSIA TERAKHIR

1063
01:16:27,840 --> 01:16:33,320
Kisah kehidupan
yang tak seperti dia pernah lalui.

1064
01:16:33,920 --> 01:16:35,840
Jadi mungkin dia rasa dia perlu

1065
01:16:35,920 --> 01:16:39,440
untuk tunjuk kepada semua orang
yang dia pernah kenal,

1066
01:16:39,520 --> 01:16:44,240
dan katakan kepada mereka,
"Lihat betapa berjayanya saya,

1067
01:16:44,320 --> 01:16:46,480
walaupun hidup saya dahulu begitu.

1068
01:16:46,560 --> 01:16:49,400
Ini dia. Saya dah capai perkara hebat."

1069
01:16:53,560 --> 01:16:57,040
Saya jumpa dia buat kali terakhir
pada 26 hari bulan.

1070
01:16:58,520 --> 01:17:01,160
Dia datang kepada saya dan kata,

1071
01:17:01,240 --> 01:17:05,320
"Keiko, saya nak bayar gaji awak."

1072
01:17:06,160 --> 01:17:09,480
Saya terkejut sebab
dia tak perlu bayar saya lagi.

1073
01:17:09,560 --> 01:17:13,040
Tapi dia minta semua resit saya

1074
01:17:13,960 --> 01:17:15,560
dan bayar saya.

1075
01:17:15,640 --> 01:17:20,600
Dia suruh saya pilih wain yang saya mahu

1076
01:17:20,680 --> 01:17:23,080
dan dia beri saya dua botol.

1077
01:17:23,720 --> 01:17:26,640
Dia minta untuk ambil gambar bersama.

1078
01:17:26,720 --> 01:17:29,720
Dia tak pernah minta begitu,
jadi saya rasa gembira.

1079
01:17:30,280 --> 01:17:32,280
Dia juga memeluk saya.

1080
01:17:32,800 --> 01:17:36,280
Dia bukan orang yang selalunya
akan beri pelukan.

1081
01:17:36,880 --> 01:17:39,440
Jadi saya rasa dia peluk saya sebab

1082
01:17:40,360 --> 01:17:42,240
dia akan lari.

1083
01:17:42,320 --> 01:17:44,760
Dia tahu ini kali terakhir,

1084
01:17:44,840 --> 01:17:50,000
jadi dia beri saya hadiah, beri pelukan
dan ambil gambar dengan saya.

1085
01:17:50,720 --> 01:17:52,280
Itu buat saya gembira.

1086
01:18:11,640 --> 01:18:16,960
29 DISEMBER 2019

1087
01:18:20,680 --> 01:18:23,960
Pada 29 hari bulan, Michael Taylor

1088
01:18:24,040 --> 01:18:30,760
terbang ke Lapangan Terbang Antarabangsa
Kansai dari Dubai dengan jet peribadi.

1089
01:18:37,760 --> 01:18:40,920
Orang Jepun sangat teratur.

1090
01:18:41,000 --> 01:18:45,200
Apabila teratur, awak boleh diramal.
Boleh diramal ialah satu kelemahan.

1091
01:18:49,720 --> 01:18:55,000
Carlos Ghosn tinggalkan rumahnya
pada jam 2.30 petang pada 29 hari bulan.

1092
01:18:55,760 --> 01:18:58,800
Saya keluar rumah pakai baju biasa.

1093
01:19:04,760 --> 01:19:08,600
Jika ada orang nampak saya di jalanan,
mereka akan kenal saya.

1094
01:19:14,680 --> 01:19:19,360
Ghosn tiba di Grand Hyatt.

1095
01:19:56,360 --> 01:19:59,280
Semasa keluar dari hotel,
saya pakai baju berbeza.

1096
01:20:03,040 --> 01:20:08,240
Dia jumpa tiga rakan subahatnya di hotel.

1097
01:20:14,400 --> 01:20:18,920
Saya tinggalkan hotel
untuk ke lapangan terbang,

1098
01:20:20,360 --> 01:20:23,480
maknanya awak perlu naik teksi,
kemudian kereta api.

1099
01:20:40,880 --> 01:20:43,880
Awak berada tiga jam
dalam kereta api dengan orang.

1100
01:20:44,920 --> 01:20:46,600
Tak boleh tarik perhatian.

1101
01:21:01,360 --> 01:21:06,720
Tak mungkin saya boleh jalan
ke lapangan terbang dengan muka saya.

1102
01:21:18,920 --> 01:21:24,760
Di Shin-Osaka, mereka naik teksi lain.

1103
01:21:24,840 --> 01:21:27,360
Dari situ…

1104
01:21:28,040 --> 01:21:31,440
mereka menuju ke hotel
yang Michael Taylor tempah,

1105
01:21:31,520 --> 01:21:36,920
yang bersambung dengan
Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai.

1106
01:21:37,000 --> 01:21:40,600
HOTEL STARGATE, LAPANGAN TERBANG OSAKA

1107
01:21:55,320 --> 01:21:57,760
Saya perlu naik pesawat tanpa orang tahu.

1108
01:21:57,840 --> 01:22:01,160
Cara nak naik pesawat tanpa dilihat?
Bagasi daftar masuk.

1109
01:22:14,520 --> 01:22:15,880
Masa untuk pulang.

1110
01:22:18,480 --> 01:22:20,480
Mulai saat itu,

1111
01:22:21,200 --> 01:22:23,400
Carlos Ghosn tak muncul lagi di CCTV.

1112
01:22:25,440 --> 01:22:28,920
Awak boleh kata dia hilang.

1113
01:22:40,040 --> 01:22:42,640
Apabila mereka keluar dari hotel,

1114
01:22:42,720 --> 01:22:45,400
ia sekitar jam 10.00 malam.

1115
01:22:45,480 --> 01:22:47,280
Secara tepatnya 9.57 malam.

1116
01:22:58,160 --> 01:23:02,080
Masalahnya ialah menaiki pesawat,
di dalam kotak,

1117
01:23:02,760 --> 01:23:04,440
tanpa melalui sinar-X.

1118
01:23:04,960 --> 01:23:08,520
Kami memutuskan Osaka
adalah tempat yang sesuai.

1119
01:23:09,520 --> 01:23:13,920
Ia juga perlu dilakukan pada hujung tahun.

1120
01:23:14,000 --> 01:23:17,680
Kenapa? Sebab orang pergi bercuti.

1121
01:23:18,240 --> 01:23:22,200
Jadi, pekerja tetap tiada
dan digantikan pekerja sementara.

1122
01:23:22,920 --> 01:23:26,880
Pekerja sementara tak begitu mahir
tentang prosedur.

1123
01:23:47,800 --> 01:23:54,360
Ia memerlukan empat hingga lima orang
termasuk saya untuk angkat kotak itu.

1124
01:23:57,000 --> 01:23:59,000
Salah seorang staf bergurau,

1125
01:23:59,080 --> 01:24:04,000
"Mungkin ada seorang
gadis cantik di dalam kotak ini."

1126
01:24:09,600 --> 01:24:11,440
En. Taylor beritahu saya,

1127
01:24:12,920 --> 01:24:16,680
mereka pemain biola,

1128
01:24:17,880 --> 01:24:21,720
tapi saya rasa ia pelik.

1129
01:24:23,280 --> 01:24:27,400
Mereka berdua ada bekas gitar,
bukan bekas biola.

1130
01:24:41,920 --> 01:24:46,520
Saat paling genting
ialah melalui keselamatan.

1131
01:24:48,160 --> 01:24:52,080
Inilah saat Ghosn
berkemungkinan akan ditemui.

1132
01:24:53,600 --> 01:25:00,160
Sangat penting untuk kotak itu
tidak melalui mesin sinar-X.

1133
01:25:09,200 --> 01:25:14,720
Apabila awak berada dalam keadaan
yang mana awak tiada pilihan lain,

1134
01:25:15,400 --> 01:25:19,440
saya perlu fokus sepenuhnya

1135
01:25:19,520 --> 01:25:22,360
untuk tahu cara bertindak
jika sesuatu berlaku.

1136
01:25:23,280 --> 01:25:25,880
Awak benar-benar hidup pada saat itu.

1137
01:25:26,640 --> 01:25:28,600
Jadi mungkin kami terus saja…

1138
01:25:28,680 --> 01:25:30,800
Jangan! Ia alat muzik yang sensitif.

1139
01:25:30,880 --> 01:25:33,240
Tak boleh melalui pengimbas. Faham?

1140
01:25:33,320 --> 01:25:34,520
Ia akustik sempurna.

1141
01:25:34,600 --> 01:25:39,880
Kami ada beberapa persembahan,
jadi kami perlu bawa dalam jelajah.

1142
01:25:39,960 --> 01:25:43,000
Kita boleh buka,
tapi kita tak boleh angkat.

1143
01:26:35,560 --> 01:26:38,400
Masa 30 minit menunggu
di dalam pesawat,

1144
01:26:38,480 --> 01:26:40,040
menunggu pesawat berlepas,

1145
01:26:40,120 --> 01:26:46,800
mungkin tempoh menunggu paling lama
saya pernah saya lalui dalam hidup saya.

1146
01:27:21,680 --> 01:27:23,080
Penuh nekad.

1147
01:27:23,760 --> 01:27:26,960
Tindakan berani, tapi ia berhasil.

1148
01:27:29,600 --> 01:27:33,600
Bekas ketua Renault-Nissan,
Carlos Ghosn lari dari tahanan di Tokyo.

1149
01:27:33,680 --> 01:27:37,000
Dia lari sebelum kes salah laku
kewangannya dibicarakan.

1150
01:27:37,080 --> 01:27:39,800
Peristiwa mengejutkan
dalam kisah Carlos Ghosn…

1151
01:27:39,880 --> 01:27:43,520
Berita terkini tentang
bekas bos Nissan, Carlos Ghosn,

1152
01:27:43,600 --> 01:27:47,280
yang melarikan diri dari Jepun
sementara menunggu perbicaraan…

1153
01:27:49,320 --> 01:27:52,080
Syukurlah ia berjaya.

1154
01:27:52,160 --> 01:27:54,960
Saya rasa seperti bertenaga semula.

1155
01:27:55,040 --> 01:27:59,040
Seperti awak diberi kejutan elektrik
dan saraf awak terjaga,

1156
01:27:59,120 --> 01:28:01,720
dan saya beritahu suami saya,

1157
01:28:01,800 --> 01:28:04,840
"Oh Tuhan! Dia berada di Lubnan!

1158
01:28:04,920 --> 01:28:08,400
Dah berakhir. Mimpi ngeri dah berakhir."

1159
01:28:08,480 --> 01:28:10,240
Harapnya begitu.

1160
01:28:11,920 --> 01:28:16,600
Saya gembira untuk dia
dan mahu bersorak untuknya.

1161
01:28:18,000 --> 01:28:20,480
Akhirnya dia dapat jumpa keluarganya.

1162
01:28:22,120 --> 01:28:26,880
Saya sangat gembira untuk dia.
Saya menangis kegembiraan untuk dia.

1163
01:28:27,800 --> 01:28:29,720
Tapi pada masa sama, saya sedih.

1164
01:28:30,720 --> 01:28:33,160
Tapi saya rasa ia tangisan kegembiraan.

1165
01:28:35,040 --> 01:28:38,360
Bekas Pengerusi Nissan,
Carlos Ghosn kini di Lubnan,

1166
01:28:38,440 --> 01:28:40,440
mengeluarkan kenyataan mengatakan,

1167
01:28:40,520 --> 01:28:43,240
"Saya kini di Lubnan
dan tak lagi jadi tawanan

1168
01:28:43,320 --> 01:28:45,600
sistem keadilan Jepun yang licik,

1169
01:28:45,680 --> 01:28:47,360
tertuduh dianggap bersalah…"

1170
01:28:47,440 --> 01:28:50,920
"…diskriminasi berleluasa
dan hak asasi manusia dinafikan."

1171
01:29:02,440 --> 01:29:04,760
Hari ini sangat penting bagi saya.

1172
01:29:05,840 --> 01:29:09,920
Hari yang saya nantikan setiap hari

1173
01:29:10,640 --> 01:29:12,440
sejak mimpi ngeri ini bermula.

1174
01:29:14,240 --> 01:29:18,280
Hakikatnya En. Ghosn melarikan diri
sebelum dia dibicarakan.

1175
01:29:18,360 --> 01:29:24,240
Jadi, sehingga kini, tiada siapa tahu
jika dia ada buat apa-apa yang haram.

1176
01:29:24,840 --> 01:29:28,800
Saya rasa bukti itu tak cukup kuat

1177
01:29:28,880 --> 01:29:30,800
untuk mendakwa dia bersalah.

1178
01:29:30,880 --> 01:29:33,240
Jika dia benar-benar tak bersalah,

1179
01:29:33,320 --> 01:29:35,840
kenapa dia buat sampai begini,

1180
01:29:35,920 --> 01:29:41,240
untuk bersembunyi dalam
kotak hitam untuk melarikan diri?

1181
01:29:41,320 --> 01:29:44,400
Saya rasa agak kecewa.

1182
01:29:45,520 --> 01:29:48,960
Sekarang dia terperangkap selama-lamanya.

1183
01:29:49,040 --> 01:29:55,360
Dia kehilangan semua kuasanya,
kehilangan semua yang dia cintai.

1184
01:29:55,440 --> 01:29:58,200
Dia jadi raja bogel,
ditelanjang sepenuhnya.

1185
01:30:01,400 --> 01:30:04,400
SELEPAS GHOSN LARI
INTERPOL EDAR NOTIS PENGANGKAPAN.

1186
01:30:04,480 --> 01:30:07,640
JEPUN DAN PERANCIS KELUARKAN
WARAN TANGKAP UNTUKNYA

1187
01:30:07,720 --> 01:30:10,840
SEBAGAI SEBAHAGIAN SIASATAN
ATAS SALAH LAKU KEWANGAN,

1188
01:30:10,920 --> 01:30:13,080
SALAH GUNA ASET SYARIKAT
DAN KORUPSI.

1189
01:30:14,240 --> 01:30:17,200
Saya bersedia untuk tinggal di Lubnan,

1190
01:30:17,280 --> 01:30:21,400
tapi jangan fikir saya akan terima
sahaja semua ini.

1191
01:30:21,480 --> 01:30:24,280
Saya akan lawan untuk bersihkan nama saya

1192
01:30:24,360 --> 01:30:28,080
dan ini sesuatu
yang sangat penting bagi saya.

1193
01:30:28,160 --> 01:30:33,920
Saya tak boleh terima hakikat
yang perbuatan mereka-reka cerita

1194
01:30:34,000 --> 01:30:38,640
dan menipu tentang sesuatu pada skala itu
boleh menang atau lebih dipercayai.

1195
01:30:38,720 --> 01:30:41,120
Saya takkan terima sebab ini kisah saya.

1196
01:30:41,920 --> 01:30:46,400
CARLOS GHOSN KEKAL MENJADI PELARIAN
DI LUBNAN DAN MENDAKWA DIA TAK BERSALAH

1197
01:30:46,480 --> 01:30:48,760
DALAM SEMUA KES PERTUDUHAN KE ATASNYA.

1198
01:30:48,840 --> 01:30:51,760
DIA MENOLAK DITEMU BUAL
UNTUK DOKUMENTARI INI.

1199
01:31:01,360 --> 01:31:04,000
MICHAEL TAYLOR DIPENJARA
DUA TAHUN DI JEPUN

1200
01:31:04,080 --> 01:31:06,120
KERANA MEMBANTU CARLOS GHOSN LARI.

1201
01:31:06,200 --> 01:31:10,400
JURUTERBANG DAN EKSEKUTIF JET PERIBADI
DIPENJARA EMPAT TAHUN DI TURKIYE.

1202
01:31:17,400 --> 01:31:19,760
PADA 2022, LEPAS TIGA TAHUN
DIIKAT JAMIN,

1203
01:31:19,840 --> 01:31:24,160
GREG KELLY DIHUKUM
ENAM BULAN PENJARA PADA 2022

1204
01:31:24,240 --> 01:31:28,200
KERANA BANTU CARLOS GHOSN ELAK
UNDANG-UNDANG PENDEDAHAN GAJI JEPUN

1205
01:31:28,280 --> 01:31:30,080
SEMASA SATU TAHUN FISKAL.

1206
01:31:31,360 --> 01:31:34,280
KELLY DAN PEJABAT PENDAKWA RAYA TOKYO

1207
01:31:34,360 --> 01:31:38,680
MENGEMUKAN RAYUAN. KELLY KINI TELAH
KEMBALI KE AMERIKA SYARIKAT.

1208
01:31:40,080 --> 01:31:43,800
SISTEM KEHAKIMAN JEPUN
MEMPUNYAI KADAR SABITAN 99 PERATUS

1209
01:31:43,880 --> 01:31:47,880
NAMUN PENDAKWA RAYA ADA PROSES
SIASATAN YANG AMAT PANJANG

1210
01:31:47,960 --> 01:31:51,640
DAN HANYA HANTAR 37 PERATUS
SUSPEK KE MAHKAMAH.

1211
01:31:52,800 --> 01:31:55,600
NISSAN DIDENDA 1.6 JUTA EURO
KERANA TAK NYATAKAN

1212
01:31:55,680 --> 01:31:59,080
JUMLAH SEBENAR PAMPASAN
DIJANJIKAN UNTUK CARLOS GHOSN.

1213
01:31:59,160 --> 01:32:03,040
NISSAN MENDAKWA KERUGIAN 10.7 JUTA EURO
ATAS SALAH LAKU GREG KELLY

1214
01:32:03,120 --> 01:32:05,880
DAN 83 JUTA EURO ATAS SALAH LAKU
CARLOS GHOSN.

1215
01:34:00,160 --> 01:34:05,160
Terjemahan sari kata oleh:
Ezzatil Abdul Latib



