1
00:00:02,000 --> 00:00:07,000
Downloaded from
YTS.MX

2
00:00:08,000 --> 00:00:13,000
Official YIFY movies site:
YTS.MX

3
00:00:08,508 --> 00:00:11,219
SEBUAH DOKUMENTARI NETFLIX

4
00:00:16,808 --> 00:00:19,102
Saya tak boleh buat apa-apa di sini.

5
00:00:19,185 --> 00:00:22,439
Saya tak ambil dadah tapi keluar ke hutan.

6
00:00:23,732 --> 00:00:25,817
Walaupun orang fikir saya gila…

7
00:00:25,900 --> 00:00:28,319
Saya mungkin nampak gila sebab cari batu.

8
00:00:28,403 --> 00:00:31,614
Tapi saya sangat suka cari batu dan fosil.

9
00:00:31,698 --> 00:00:33,658
Saya rasa itu hebat.

10
00:00:36,244 --> 00:00:40,582
Saya ada fosil yang menarik
kecuali ada satu itu rupanya tahi anjing.

11
00:00:46,254 --> 00:00:51,259
Saya cari beberapa jenis kristal.

12
00:00:51,801 --> 00:00:53,803
Chakra kuasa penyembuhan.

13
00:00:55,096 --> 00:00:58,349
Ia membantu mengosongkan fikiran saya.

14
00:01:06,608 --> 00:01:09,194
Saya ditahan sebab membunuh.

15
00:01:11,613 --> 00:01:13,573
Lelaki itu ada di rumah saya.

16
00:01:14,532 --> 00:01:16,785
Saya terpaksa lakukannya.

17
00:01:16,868 --> 00:01:19,454
Saya lakukan perkara yang betul.

18
00:01:19,537 --> 00:01:22,916
Kalau tak, saya dan adik pasti dah mati.

19
00:01:25,210 --> 00:01:28,379
Saya dah sedia untuk
pembicaraan kes bela diri.

20
00:01:29,005 --> 00:01:33,968
Kalau mereka dengar cerita saya,
saya yakin boleh menang.

21
00:01:47,273 --> 00:01:49,734
Saya pernah uruskan kes bela diri

22
00:01:49,818 --> 00:01:52,570
dan kebanyakannya lelaki.

23
00:01:53,488 --> 00:01:56,658
Stand Your Ground ialah
undang-undang bela diri di Alabama.

24
00:01:56,741 --> 00:01:58,451
ASHLEY REMKUS
WARTAWAN

25
00:01:58,535 --> 00:02:03,456
Polis menemui orang mati
di tempat kejadian

26
00:02:03,540 --> 00:02:06,209
dan mereka kata ia berasas.

27
00:02:06,292 --> 00:02:09,087
Biasanya mereka menutup kes.

28
00:02:09,587 --> 00:02:13,216
Brittany didakwa membunuh seorang lelaki

29
00:02:13,299 --> 00:02:15,218
yang dia tuduh telah merogolnya.

30
00:02:16,177 --> 00:02:20,765
Jika disabit kesalahan,
dia akan dipenjarakan seumur hidup.

31
00:02:21,975 --> 00:02:25,562
Jadi soalan paling menarik
bagi saya ialah,

32
00:02:25,645 --> 00:02:29,858
"Adakah wanita boleh menggunakan
sistem itu untuk membela diri

33
00:02:29,941 --> 00:02:31,693
sama seperti lelaki?"

34
00:02:31,776 --> 00:02:34,279
SEJAUH MANA WANITA BOLEH MELINDUNGI DIRI?

35
00:02:43,705 --> 00:02:45,039
Berseronoklah

36
00:02:47,125 --> 00:02:48,543
Saya ada dua orang anak.

37
00:02:48,626 --> 00:02:50,837
- Ini adik saya.
- Brittany dan Chris.

38
00:02:50,920 --> 00:02:51,796
Hai, Chris!

39
00:02:51,880 --> 00:02:55,383
Saya bercerai semasa
mereka berusia empat dan lapan tahun.

40
00:02:55,466 --> 00:02:56,885
Saya ibu tunggal.

41
00:02:57,385 --> 00:02:59,554
Susah menjadi ibu tunggal di Jackson

42
00:02:59,637 --> 00:03:03,183
sebab tak ada banyak bantuan kewangan

43
00:03:03,266 --> 00:03:04,475
untuk ibu tunggal.

44
00:03:04,559 --> 00:03:08,354
Saya bekerja di merata tempat
daripada 12 hingga 16 jam sehari.

45
00:03:08,438 --> 00:03:10,857
Kadangkala lebih daripada itu.

46
00:03:11,649 --> 00:03:14,444
Tapi kami masih tinggal di perumahan awam.

47
00:03:17,322 --> 00:03:19,657
Brittany sangat bijak.

48
00:03:19,741 --> 00:03:22,869
Budak itu boleh lulus semua jenis ujian

49
00:03:22,952 --> 00:03:25,079
tanpa perlu membaca buku.

50
00:03:25,163 --> 00:03:27,999
Dia pelajar cemerlang.

51
00:03:28,875 --> 00:03:33,046
Brittany berkahwin pada usia 19 tahun.

52
00:03:33,713 --> 00:03:38,134
Kemudian, suami dia pergi
dan pulang ke rumah ibunya.

53
00:03:38,218 --> 00:03:41,262
Mereka acap kali berbaik dan berpisah.

54
00:03:41,346 --> 00:03:44,390
Lama-kelamaan, saya malas nak ambil tahu.

55
00:03:44,974 --> 00:03:48,519
Saya cuma perlu tahu berapa orang
akan balik makan di rumah.

56
00:03:49,729 --> 00:03:51,439
Dia ada empat anak

57
00:03:51,522 --> 00:03:54,317
dan lalui kesusahan sebagai ibu tunggal.

58
00:03:54,400 --> 00:03:57,195
Dia perlu bekerja, jaga anak-anak,

59
00:03:57,695 --> 00:04:02,575
dan dia mula mengalami kemurungan.

60
00:04:03,159 --> 00:04:05,662
Semasa Baby Will lahir,

61
00:04:06,537 --> 00:04:09,624
dia menghidap sindrom Potter.

62
00:04:09,707 --> 00:04:12,252
Itu masalah gangguan genetik.

63
00:04:12,752 --> 00:04:14,963
Dia cuma hidup selama 45 minit.

64
00:04:15,046 --> 00:04:16,673
WILLIAM H SMITH
13 MAC 2012

65
00:04:16,756 --> 00:04:21,052
Keadaan Brittany sangat teruk
selepas kehilangan anaknya.

66
00:04:21,135 --> 00:04:25,014
Dia mula ketagihan.

67
00:04:27,642 --> 00:04:29,435
Oh, hujan.

68
00:04:29,519 --> 00:04:32,981
Dadah berleluasa di Jackson.

69
00:04:33,064 --> 00:04:37,110
Keadaan tak begini semasa saya kecil.

70
00:04:38,569 --> 00:04:41,698
Anak saya mula nampak terlalu kurus.

71
00:04:41,781 --> 00:04:43,741
Dia keluar dengan orang berbeza.

72
00:04:43,825 --> 00:04:46,411
- Boleh saya ambil pesanan?
- Awak nak apa?

73
00:04:47,578 --> 00:04:48,496
Betul ini?

74
00:04:49,580 --> 00:04:53,334
Saya nak dua sosej,
telur dan keju McGriddles.

75
00:04:54,210 --> 00:04:55,503
- Okey.
- Berseronok.

76
00:04:55,586 --> 00:04:56,462
Awak juga.

77
00:04:57,547 --> 00:05:02,218
Apa-apa pun, keadaan sangat sukar.

78
00:05:02,302 --> 00:05:03,761
Saya cakap jujur.

79
00:05:07,348 --> 00:05:09,934
Saya mula ambil metamfetamin.

80
00:05:11,060 --> 00:05:14,522
Selepas beberapa bulan,
saya kehilangan hak penjagaan anak.

81
00:05:15,815 --> 00:05:17,108
Dunia saya musnah.

82
00:05:19,110 --> 00:05:23,197
Apabila dia hilang hak penjagaan anak,
hidup dia musnah.

83
00:05:24,824 --> 00:05:28,036
Kami sokong dan bantu dia.

84
00:05:29,287 --> 00:05:32,415
Dia bergelut untuk hentikan ketagihan dia.

85
00:05:32,498 --> 00:05:34,125
TALIAN TANPA NAMA NARKOTIK

86
00:05:35,293 --> 00:05:37,962
Tapi dia berjaya berubah.

87
00:05:39,255 --> 00:05:41,924
Dia tak lagi mengambil dadah.

88
00:05:42,008 --> 00:05:45,803
Dia bekerja di rumah. Keadaan dia baik.

89
00:05:47,513 --> 00:05:51,893
Pada 10 Januari 2018,

90
00:05:51,976 --> 00:05:54,562
Brittany buat penilaian rumahnya.

91
00:05:54,645 --> 00:05:59,233
Dia nak pastikan
semua selamat untuk anak-anak.

92
00:05:59,317 --> 00:06:01,277
Pegawai itu rasa bangga.

93
00:06:01,861 --> 00:06:04,405
Brittany sangat teruja.

94
00:06:04,489 --> 00:06:07,742
Kami dah lama menunggu
kepulangan anak-anak dia.

95
00:06:08,242 --> 00:06:11,954
Jadi kamu berseronok, ya?
Mana satu haiwan kegemaran kamu?

96
00:06:12,455 --> 00:06:14,290
Llama!

97
00:06:14,374 --> 00:06:17,210
Llama? Llama ada meludah pada kamu?

98
00:06:17,919 --> 00:06:20,380
Brittany nak beli anak anjing.

99
00:06:21,089 --> 00:06:22,840
Dia nak beli untuk anak-anak.

100
00:06:24,550 --> 00:06:27,136
Todd Smith pembiak baka pit bull.

101
00:06:27,637 --> 00:06:31,891
Dia kenal Todd semasa zaman sekolah.

102
00:06:33,643 --> 00:06:37,480
Brittany aturkan
untuk beli anak anjing pit bull.

103
00:06:37,980 --> 00:06:41,734
Beberapa hari kemudian,
tembakan itu berlaku.

104
00:06:42,402 --> 00:06:45,738
15 JANUARI 2018

105
00:06:48,533 --> 00:06:54,997
Todd telefon dan minta saya
ambil dia di taman

106
00:06:55,498 --> 00:07:00,253
sebab pemandu turunkan dia di sana
dan takkan datang menjemput dia.

107
00:07:01,838 --> 00:07:04,882
Jadi saya cakap,
"Baiklah. Saya ambil awak."

108
00:07:04,966 --> 00:07:09,429
"Awak boleh bermalam untuk hari ini
tapi esok awak kena pergi."

109
00:07:09,512 --> 00:07:12,557
"Awak tak boleh lama di sini.
Ini bukan hotel."

110
00:07:12,640 --> 00:07:14,517
"Anak-anak saya akan balik."

111
00:07:17,937 --> 00:07:20,314
Kami berbual sebentar.

112
00:07:20,398 --> 00:07:21,441
GAMBAR TEMPAT KEJADIAN

113
00:07:21,524 --> 00:07:23,734
Saya bukan nak berlagak, tapi saya kata,

114
00:07:23,818 --> 00:07:27,238
"Saya bekerja. Saya akan bawa
anak-anak saya kembali. "

115
00:07:27,738 --> 00:07:30,074
"Semua berjalan lancar untuk saya."

116
00:07:30,825 --> 00:07:32,201
Tiba-tiba…

117
00:07:34,787 --> 00:07:38,040
Saya tak tahu apa yang berlaku.
Tiba-tiba dia berubah.

118
00:07:38,124 --> 00:07:40,585
Dia mula bangun dan menjerit kepada saya.

119
00:07:40,668 --> 00:07:42,003
Dia sondol saya.

120
00:07:44,255 --> 00:07:48,926
Saya lari ke bilik tidur dan hempas pintu.

121
00:07:49,510 --> 00:07:54,056
Dia pecahkan pintu
dan jatuhkan saya ke atas katil.

122
00:07:54,140 --> 00:07:55,558
Dia mula mencekik saya.

123
00:07:56,058 --> 00:07:58,436
Kemudian, semua gelap. Saya fikir,

124
00:07:58,519 --> 00:08:01,439
"Inilah rasanya mati.
Tuhan, saya tak nak mati."

125
00:08:01,522 --> 00:08:04,442
GAMBAR TEMPAT KEJADIAN

126
00:08:04,525 --> 00:08:09,947
Saya dah terkencing dan tak berseluar
semasa saya terjaga.

127
00:08:10,031 --> 00:08:11,908
Dia merogol saya.

128
00:08:12,825 --> 00:08:14,577
Dia masih mencekik saya.

129
00:08:15,244 --> 00:08:19,499
Dia kata,
"Kalau kau cakap lagi, aku bunuh kau."

130
00:08:19,999 --> 00:08:22,793
Dia kata, "Kalau kau salah nafas,
aku bunuh kau."

131
00:08:26,923 --> 00:08:30,218
Brittany telefon lebih kurang pukul 12:40.

132
00:08:30,718 --> 00:08:33,221
Dia kata,

133
00:08:34,430 --> 00:08:37,183
"Mak, boleh bawa sebungkus rokok?"

134
00:08:37,683 --> 00:08:38,851
Saya kata,

135
00:08:40,269 --> 00:08:44,440
"Hari Rabu atau Khamis baru mak ada duit."

136
00:08:45,024 --> 00:08:47,235
Dia kata, "Mak, saya ada duit."

137
00:08:47,735 --> 00:08:51,489
Dia kata, "Datang saja
dan bawa saya ke kedai."

138
00:08:52,240 --> 00:08:54,617
Sebab kami cuma ada sebuah kereta.

139
00:08:56,202 --> 00:08:57,495
Saya sangat penat.

140
00:08:58,079 --> 00:08:59,622
Hari itu saya bekerja.

141
00:08:59,705 --> 00:09:01,958
Cuaca sejuk dan bersalji.

142
00:09:02,041 --> 00:09:03,709
Rambut saya basah dan saya kata,

143
00:09:04,293 --> 00:09:08,256
"Chris, boleh kamu bawa
kakak kamu beli rokok?"

144
00:09:09,674 --> 00:09:12,051
Saya rasa agak jengkel sebab saya penat.

145
00:09:14,136 --> 00:09:18,933
Tapi saya bangun
dan pergi ke rumah Brittany.

146
00:09:20,142 --> 00:09:23,521
Saya sangka saya dan dia akan ke kedai.

147
00:09:25,231 --> 00:09:30,903
Tapi Todd keluar di belakang Brittany
dan Brittany duduk di depan.

148
00:09:35,741 --> 00:09:41,372
Brittany tak banyak bercakap,
tapi saya tak beri perhatian.

149
00:09:46,127 --> 00:09:47,753
Saya bawa mereka ke MAPCO.

150
00:09:49,088 --> 00:09:52,633
Saya dan Todd berbual di kereta
semasa dia masuk ke kedai.

151
00:09:54,093 --> 00:09:57,680
Saya tengah melayan pelanggan
semasa Brittany datang.

152
00:09:58,306 --> 00:10:03,060
Dia nampak resah.
Saya boleh nampak dia baru bergaduh.

153
00:10:03,144 --> 00:10:05,229
Saya tanya, "Kenapa dengan awak?"

154
00:10:05,313 --> 00:10:07,940
Sebaik saja saya tanya, dia cakap…

155
00:10:08,024 --> 00:10:09,734
"Jangan tarik perhatian."

156
00:10:09,817 --> 00:10:12,361
Dia beritahu saya perkara yang berlaku.

157
00:10:13,821 --> 00:10:15,406
Dia dijadikan tebusan.

158
00:10:15,489 --> 00:10:19,744
Dia dirogol dan dipukul Todd Smith.

159
00:10:21,912 --> 00:10:24,123
Saya kata,
"Tunggu di sini. Masuk bilik ini. "

160
00:10:24,206 --> 00:10:26,626
Dia kata, "Tak boleh.
Adik saya dalam kereta. "

161
00:10:26,709 --> 00:10:29,462
"Kalau saya tak keluar,
dia akan cederakan adik saya."

162
00:10:31,797 --> 00:10:33,591
Selepas seminit, dia keluar.

163
00:10:33,674 --> 00:10:36,552
Saya hantar mereka balik.

164
00:10:39,472 --> 00:10:44,685
Todd keluar dari kereta dulu
dan masuk ke dalam rumah.

165
00:10:45,227 --> 00:10:48,189
Sebelum Brittany keluar,

166
00:10:48,272 --> 00:10:54,278
dia suruh saya pergi ke MAPCO
dan cakap dengan pekerja di sana.

167
00:10:55,279 --> 00:10:57,490
Dia tak tahu apa-apa.

168
00:10:57,990 --> 00:11:00,910
Apabila saya cerita, dia terkejut.

169
00:11:03,954 --> 00:11:06,457
Jadi, saya pergi semula ke rumah Brittany.

170
00:11:07,333 --> 00:11:10,461
Saya selalu bawa pistol.

171
00:11:13,631 --> 00:11:15,508
GAMBAR TEMPAT KEJADIAN

172
00:11:15,591 --> 00:11:17,301
Saya guna pintu belakang

173
00:11:17,385 --> 00:11:21,055
dan Todd ada di dapur untuk minum.

174
00:11:21,722 --> 00:11:24,725
Saya suruh dia keluar dari rumah itu.

175
00:11:25,643 --> 00:11:28,521
Dia cuma berdiri di sana dan tak bergerak.

176
00:11:29,438 --> 00:11:31,399
Saya cuma nak Todd pergi.

177
00:11:31,899 --> 00:11:35,152
Saya letak pistol atas kaunter
dan cuba halau dia,

178
00:11:35,236 --> 00:11:37,655
dan ketika itulah pergaduhan bermula.

179
00:11:37,738 --> 00:11:39,323
GAMBAR TEMPAT KEJADIAN

180
00:11:39,407 --> 00:11:41,742
Saya ke dapur dan mereka bergaduh.

181
00:11:41,826 --> 00:11:44,954
Todd tengah cekik adik saya.

182
00:11:46,539 --> 00:11:48,833
Saya ambil pistol dan kata,
"Todd, berhenti."

183
00:11:48,916 --> 00:11:52,461
"Saya tak nak tembak sesiapa.
Tolong lepaskan adik saya. "

184
00:11:52,545 --> 00:11:55,089
Dia tak nak lepas, jadi saya tembak dia.

185
00:11:55,172 --> 00:11:56,006
KESAN TEMBAKAN

186
00:11:56,090 --> 00:11:57,591
Tak ada apa-apa berlaku.

187
00:11:58,092 --> 00:11:59,510
Jadi saya tembak lagi.

188
00:11:59,593 --> 00:12:00,428
KESAN TEMBAKAN

189
00:12:00,511 --> 00:12:04,473
Tembakan ketiga, dia dan adik saya jatuh.

190
00:12:12,898 --> 00:12:14,191
Panggilan Kecemasan Jackson.

191
00:12:14,734 --> 00:12:19,655
Hai. Saya perlukan ambulans.
Ada orang baru ditembak.

192
00:12:19,739 --> 00:12:21,615
Di mana orang yang tembak dia?

193
00:12:22,283 --> 00:12:25,286
Dia bersama saya. Dia adik saya.
Dia tak boleh masuk penjara.

194
00:12:25,369 --> 00:12:28,038
Dia cuba lindungi saya.

195
00:12:31,500 --> 00:12:34,170
Apa saya nak buat? Tolong saya.

196
00:12:34,253 --> 00:12:38,007
Okey. Awak tekan dada dia
dengan kuat dan laju sebanyak 30 kali.

197
00:12:38,090 --> 00:12:42,595
Satu, dua, tiga, empat…

198
00:12:42,678 --> 00:12:44,513
Tolong hantar ambulans.

199
00:12:44,597 --> 00:12:47,516
Mereka dalam perjalanan
dan akan datang secepat mungkin.

200
00:12:47,600 --> 00:12:50,436
Okey. Saya nak keluar.

201
00:12:52,688 --> 00:12:54,899
- Di sini!
- Siapa penembak itu?

202
00:12:54,982 --> 00:12:57,067
- Siapa penembak itu?
- Adik saya.

203
00:12:57,151 --> 00:12:59,153
Di mana dia? Keluar dari rumah!

204
00:12:59,236 --> 00:13:00,988
- …biar polis periksa awak.
- Keluar!

205
00:13:01,071 --> 00:13:03,741
- Dia tembak sebab saya dicekik.
- Cepat!

206
00:13:03,824 --> 00:13:05,576
- Keluarlah.
- Dia rogol saya.

207
00:13:06,327 --> 00:13:09,038
Tunggu sekejap.
Ada sesiapa di dalam rumah?

208
00:13:09,121 --> 00:13:10,664
- Tak ada orang.
- Tunggu di sini.

209
00:13:18,506 --> 00:13:19,965
Saya jumpa dia di bawah.

210
00:13:20,549 --> 00:13:23,135
- Tiada nadi.
- Tiada nadi. Okey.

211
00:13:30,768 --> 00:13:33,145
Saya dibesarkan untuk buat benda betul,

212
00:13:33,229 --> 00:13:36,649
walaupun seluruh dunia tak fikir begitu.

213
00:13:38,609 --> 00:13:42,655
Wanita tak dilayan dengan adil di Jackson.

214
00:13:44,657 --> 00:13:49,328
Saya fikir, "Kalau saya tak mengaku salah,
dia takkan dapat anak-anak dia semula."

215
00:13:54,291 --> 00:13:57,795
Apabila bangun keesokan harinya,
hati saya rasa sedih.

216
00:13:58,963 --> 00:14:02,007
Saya beritahu mak,
"Saya perlu serah diri."

217
00:14:04,844 --> 00:14:07,388
Mulanya awak cakap adik awak tembak dia.

218
00:14:07,471 --> 00:14:08,305
Ya.

219
00:14:08,389 --> 00:14:11,976
Sekarang awak kata awak yang tembak dia.

220
00:14:13,269 --> 00:14:16,063
Saya patut beritahu perkara sebenar.

221
00:14:26,282 --> 00:14:29,243
Brittany didakwa membunuh
dan ditahan selama 10 bulan.

222
00:14:29,326 --> 00:14:31,954
Ramona menggadaikan
cincin perkahwinan ibunya

223
00:14:32,037 --> 00:14:35,499
dan menjual kereta
untuk mengikat jamin Brittany

224
00:14:35,583 --> 00:14:37,501
sehingga perbicaraannya.

225
00:14:38,836 --> 00:14:40,963
Dia tak patut dibawa ke penjara.

226
00:14:41,839 --> 00:14:43,424
Semua itu tak adil.

227
00:14:45,217 --> 00:14:50,306
Saya ajar dia untuk lawan
dan itulah yang dia lakukan.

228
00:14:50,973 --> 00:14:52,641
Saya bangga dengan dia.

229
00:15:00,232 --> 00:15:02,568
Cantiknya. Pusingkannya.

230
00:15:03,652 --> 00:15:04,904
Lihat yang besar itu.

231
00:15:10,659 --> 00:15:14,538
Saya pergi ke merata tempat
dan tiada siapa akan beri saya kerja.

232
00:15:16,040 --> 00:15:20,127
Saya hanya benar-benar gembira

233
00:15:20,210 --> 00:15:22,880
apabila meluangkan masa
dengan anak-anak saya.

234
00:15:23,464 --> 00:15:25,466
Tapi itu pun tak boleh?

235
00:15:25,549 --> 00:15:27,092
Kamu nak ini?

236
00:15:27,176 --> 00:15:30,763
Saya boleh bermain dengan anak jiran.

237
00:15:30,846 --> 00:15:32,306
Kelakarnya. Tengok itu.

238
00:15:32,389 --> 00:15:34,725
Saya tak boleh bermain
dengan anak sendiri.

239
00:15:35,935 --> 00:15:36,977
Buih!

240
00:15:40,397 --> 00:15:42,816
"Maklumat seterusnya akan diberitahu

241
00:15:42,900 --> 00:15:46,445
dengan terperinci semasa pembicaraan…"

242
00:15:46,528 --> 00:15:48,989
Kali pertama dengar tentang
Stand Your Ground,

243
00:15:49,073 --> 00:15:51,325
saya rasa ia sesuai dengan situasi dia.

244
00:15:51,951 --> 00:15:54,078
Dia ditahan sebab pertahankan diri.

245
00:15:55,871 --> 00:15:59,041
Saya belajar dalam talian
dan buku undang-undang.

246
00:15:59,625 --> 00:16:04,296
Saya fikir, "Ya, undang-undang ini
boleh bantu bebaskan dia."

247
00:16:07,549 --> 00:16:09,593
Itu berita baik.

248
00:16:09,677 --> 00:16:10,844
Ya.

249
00:16:11,345 --> 00:16:14,181
Kita akan gunakan Stand Your Ground

250
00:16:14,974 --> 00:16:19,144
dan minta dakwaan digugurkan.

251
00:16:19,895 --> 00:16:22,439
Dia ada hak. Dia di rumah sendiri.

252
00:16:22,523 --> 00:16:25,317
Kes ini sesuai untuk Stand Your Ground.

253
00:16:25,818 --> 00:16:28,654
Brittany memohon untuk lakukan prabicara.

254
00:16:28,737 --> 00:16:30,280
Dia tak mampu upah peguam,

255
00:16:30,364 --> 00:16:33,492
maka mahkamah melantik
peguam Ron Smith sebagai wakil.

256
00:16:33,575 --> 00:16:37,079
Saya rasa kisah Brittany boleh dipercayai
dan undang-undang menyebelahi kami.

257
00:16:37,162 --> 00:16:40,124
Dia tak terlibat dalam aktiviti haram.

258
00:16:40,207 --> 00:16:41,709
Dia tak mulakan serangan.

259
00:16:41,792 --> 00:16:47,089
Dia di rumah sendiri
semasa Todd mencekik adiknya.

260
00:16:48,298 --> 00:16:50,217
Cekikan boleh bawa maut.

261
00:16:51,218 --> 00:16:52,720
Perbuatan dia dibenarkan.

262
00:16:52,803 --> 00:16:56,140
Saya rasa kita ada alasan yang kukuh.

263
00:16:57,683 --> 00:16:59,184
Peguam berjumpa keluarga Todd

264
00:16:59,268 --> 00:17:02,312
dan mereka nak saya buat akuan
dan dihukum 25 tahun.

265
00:17:03,897 --> 00:17:06,191
Saya cakap saya takkan buat pengakuan.

266
00:17:06,275 --> 00:17:09,611
Saya tak bersalah dan dipenjara
sebagai orang tak bersalah.

267
00:17:09,695 --> 00:17:12,072
Saya takkan buat pengakuan.

268
00:17:13,824 --> 00:17:17,536
Perspektif Brittany ialah,
"Saya takkan mengaku bersalah."

269
00:17:17,619 --> 00:17:19,663
"Kami lakukan pembicaraan
Stand Your Ground."

270
00:17:21,331 --> 00:17:25,461
Saya suka bekerja dengan Ron Smith
sebagai penyiasat persendirian.

271
00:17:26,587 --> 00:17:28,213
Saya bekas penguat kuasa.

272
00:17:28,297 --> 00:17:30,841
Saya berhenti sebagai penguat kuasa

273
00:17:31,425 --> 00:17:37,139
sebab saya fikir
ada banyak kes untuk dibela.

274
00:17:37,723 --> 00:17:40,934
Ada orang yang tinggal
di kawasan berpendapatan rendah.

275
00:17:41,018 --> 00:17:43,103
Mereka tak ada penyiasat
yang boleh membantu

276
00:17:43,187 --> 00:17:45,481
jadi itulah yang saya lakukan.

277
00:17:46,482 --> 00:17:49,359
Stand Your Ground di AS Selatan,

278
00:17:49,443 --> 00:17:54,823
biasanya lelaki yang cuba mempertahankan
nyawa, kebebasan dan harta.

279
00:17:54,907 --> 00:17:56,909
Semua ini kita selalu dengar.

280
00:17:58,494 --> 00:18:00,287
Dia sebaliknya dipuji.

281
00:18:00,370 --> 00:18:03,540
Malangnya, jika wanita
atau minoriti lakukannya,

282
00:18:04,124 --> 00:18:06,043
ia dilihat berbeza.

283
00:18:06,126 --> 00:18:10,798
Saya rasa orang di selatan ini tak percaya

284
00:18:10,881 --> 00:18:14,426
kewujudan penderaan seksual
dan keganasan rumah tangga.

285
00:18:14,927 --> 00:18:19,139
Kenapa wanita perlu terima kecederaan

286
00:18:19,223 --> 00:18:22,768
dan bertahan sebelum sesuatu berlaku?

287
00:18:23,435 --> 00:18:25,229
Khidmat saya untuk orang kurang mampu.

288
00:18:25,312 --> 00:18:27,898
Saya sentiasa berjuang untuk mereka.

289
00:18:30,651 --> 00:18:33,487
Kami dapat tarikh untuk pembicaraan itu.

290
00:18:33,570 --> 00:18:36,698
14 Januari 2020.

291
00:18:37,407 --> 00:18:38,826
Kami teruja.

292
00:18:39,701 --> 00:18:44,748
Saya harap semua ini berakhir.
Mimpi ngeri ini akan berakhir.

293
00:18:44,832 --> 00:18:47,126
SAYA KUAT DAN AWAK JUGA SAMA. SAYANG MAK

294
00:18:56,218 --> 00:18:58,303
Saya harap saya berjaya

295
00:18:58,387 --> 00:19:01,390
sebab undang-undang ini
bukan hanya untuk lelaki.

296
00:19:02,516 --> 00:19:03,350
Habis cerita.

297
00:19:08,939 --> 00:19:13,068
PEMBICARAAN STAND YOUR GROUND
14 JANUARI 2020

298
00:19:13,152 --> 00:19:16,029
BILIK MAHKAMAH NOMBOR 1

299
00:19:25,038 --> 00:19:29,251
Apabila Brittany beri keterangan,
keadaan bilik itu sangat senyap.

300
00:19:29,334 --> 00:19:30,711
Sunyi sepi.

301
00:19:30,794 --> 00:19:32,754
NEGERI ALABAMA
MELAWAN BRITTANY JOYCE SMITH

302
00:19:32,838 --> 00:19:34,423
"Brittany." "Ya, tuan."

303
00:19:34,506 --> 00:19:37,009
"Awak benarkan Todd datang ke rumah?"

304
00:19:37,092 --> 00:19:38,385
"Ya, tuan."

305
00:19:38,468 --> 00:19:42,306
"Semasa dia serang awak,
awak masih benarkan dia di sana?"

306
00:19:42,389 --> 00:19:43,515
"Tidak, tuan."

307
00:19:43,599 --> 00:19:46,018
"Semasa serang adik awak,
awak benarkan dia di sana?"

308
00:19:46,101 --> 00:19:47,102
"Tidak, tuan."

309
00:19:47,769 --> 00:19:49,438
"Awak takut dia cederakan awak?"

310
00:19:49,938 --> 00:19:51,231
"Dia cederakan saya."

311
00:19:53,942 --> 00:19:56,361
Jururawat pemeriksa serangan seksual

312
00:19:56,445 --> 00:20:01,074
mengesahkan ada 33 kecederaan
pada badan Brittany.

313
00:20:03,118 --> 00:20:05,704
Testimoni jururawat itu sangat menarik.

314
00:20:05,787 --> 00:20:08,290
Cik Jeanine Suermann
beri keterangan berikut.

315
00:20:08,373 --> 00:20:11,668
"Ada dua kesan melecet
di sebelah kiri dagu,

316
00:20:12,336 --> 00:20:14,838
dan ia konsisten dengan kesan gigitan."

317
00:20:14,922 --> 00:20:20,802
"Ada luka pada dada,
payudara, lengan, kaki."

318
00:20:21,345 --> 00:20:25,515
Kemudian, "Ada lebam
yang konsisten dengan cap jari."

319
00:20:25,599 --> 00:20:28,685
"Dia ada lebam pada belakang leher."

320
00:20:28,769 --> 00:20:32,522
"Saya rasa penemuan saya
konsisten dengan cengkaman."

321
00:20:39,279 --> 00:20:41,448
Saya menangis teresak-esak.

322
00:20:41,990 --> 00:20:44,785
Sebab itu luka yang ada pada anak saya.

323
00:20:45,577 --> 00:20:50,207
Jururawat juga beri keterangan
yang dia tak boleh sahkan

324
00:20:50,290 --> 00:20:52,501
Brittany diserang secara seksual.

325
00:20:53,001 --> 00:20:55,587
Tapi jururawat itu kata dengan jelas.

326
00:20:55,671 --> 00:20:57,714
Biasanya dalam kes serangan seksual,

327
00:20:57,798 --> 00:21:01,760
susah untuk sahkan seseorang itu dirogol.

328
00:21:03,345 --> 00:21:06,974
Kisahnya disahkan dengan kecederaannya.

329
00:21:07,599 --> 00:21:09,726
Saya tak tahu nak buat apa. Saya…

330
00:21:09,810 --> 00:21:12,437
- Saya hampir mati dicekik.
- Ya.

331
00:21:12,521 --> 00:21:15,023
Saya dirogol di katil saya
hampir dua kali.

332
00:21:15,107 --> 00:21:16,692
Jadi, dia rogol awak?

333
00:21:17,484 --> 00:21:20,362
Tak, dia tak rogol saya.
Dia cuba lakukannya.

334
00:21:22,823 --> 00:21:27,160
Dalam panggilan 911,
Brittany kata dia belum dirogol.

335
00:21:27,911 --> 00:21:30,664
Pendakwa Jason Pierce tanya Brittany,

336
00:21:31,331 --> 00:21:34,042
"Kenapa cakap awak tak dirogol?"

337
00:21:34,543 --> 00:21:36,211
Brittany jawab tak tahu.

338
00:21:40,841 --> 00:21:45,470
Peguam Brittany memaklumkan
bahawa Brittany menghidap PTSD,

339
00:21:45,554 --> 00:21:48,348
jadi apabila dia cakap

340
00:21:48,432 --> 00:21:51,059
dia tak dirogol, itu mungkin berlaku

341
00:21:51,143 --> 00:21:53,145
sebab dia mengalami trauma.

342
00:21:53,228 --> 00:21:56,398
Dia tak mungkin beritahu orang asing

343
00:21:56,481 --> 00:22:00,569
yang dia diserang
secara seksual dan dirogol.

344
00:22:01,320 --> 00:22:05,032
Kebanyakan mangsa
takkan beritahu serta-merta.

345
00:22:05,115 --> 00:22:06,783
Ia boleh makan masa bertahun-tahun.

346
00:22:11,246 --> 00:22:16,710
Pendakwa Jason Pierce kata,
"Nampaknya awak ada ingatan terpilih."

347
00:22:17,377 --> 00:22:23,717
Lagipun, pendakwaan bertujuan
untuk meragui kisahnya.

348
00:22:23,800 --> 00:22:28,722
Dia ditanya tentang perkara yang sukar

349
00:22:28,805 --> 00:22:31,391
tapi saya tahu dia sangat berhati-hati.

350
00:22:33,060 --> 00:22:35,145
Pendakwa tanya Brittany,

351
00:22:35,228 --> 00:22:38,607
"Awak tak nampak
dia bawa senjata pada malam itu?"

352
00:22:39,107 --> 00:22:41,151
Brittany jawab, "Tangannya."

353
00:22:42,110 --> 00:22:45,364
Encik Pierce kata, "Okey. Maksud awak…"

354
00:22:45,447 --> 00:22:48,033
Brittany pintas dan cakap,
"Dan zakar dia."

355
00:22:48,784 --> 00:22:50,077
"Dan mulut dia."

356
00:22:50,911 --> 00:22:52,829
"Saya nampak beberapa senjata."

357
00:22:54,581 --> 00:22:56,333
LAPORAN ANALISIS TOKSIKOLOGI

358
00:22:56,416 --> 00:22:59,878
Kandungan metamfetamin
dalam badan Todd Smith tinggi.

359
00:22:59,961 --> 00:23:01,213
Sangat tinggi.

360
00:23:02,130 --> 00:23:07,552
Ahli toksikologi mengatakan
lazimnya sebanyak 200

361
00:23:07,636 --> 00:23:11,932
akan ditemui dalam kes
memandu bawah pengaruh dadah.

362
00:23:12,015 --> 00:23:14,142
METAMFETAMIN 840 NG/ML

363
00:23:14,226 --> 00:23:18,063
Kita pernah tengok video
seseorang ditahan polis

364
00:23:18,146 --> 00:23:21,274
dan ada lima pegawai
guna senjata renjat dan kayu

365
00:23:21,358 --> 00:23:23,276
tapi orang itu melawan kuat.

366
00:23:23,360 --> 00:23:25,153
Katanya itu hampir sama

367
00:23:25,237 --> 00:23:29,491
dengan tahap metamfetamin
yang ada dalam badan.

368
00:23:30,951 --> 00:23:33,662
JEFF POE
SEPUPU TODD

369
00:23:35,539 --> 00:23:38,583
Saya tanya dia, "Apa perasaan ambil itu?"
Dia kata, "Superman."

370
00:23:41,711 --> 00:23:44,423
Saya dan Todd sangat rapat.
Dia macam abang.

371
00:23:47,050 --> 00:23:50,595
Saya masih ingat
kami bawa motosikal ke gunung.

372
00:23:53,932 --> 00:23:55,308
Ada sungai kecil di sana.

373
00:23:55,392 --> 00:23:58,812
Kami selalu minum air mata air.

374
00:24:03,358 --> 00:24:05,819
Kalau tak kenal
dan tak bersama Todd setiap hari,

375
00:24:05,902 --> 00:24:07,571
awak takkan faham dia.

376
00:24:08,363 --> 00:24:11,658
Todd sangat berbeza
jika bukan kerana dadah.

377
00:24:14,536 --> 00:24:18,790
Ini seperti cetakan sejarah jenayah
untuk Todd Smith.

378
00:24:19,708 --> 00:24:23,211
Dia banyak kali ditangkap.

379
00:24:23,295 --> 00:24:26,006
Antaranya disebabkan
keganasan rumah tangga.

380
00:24:26,089 --> 00:24:27,591
Ada serangan lain.

381
00:24:28,800 --> 00:24:30,218
Serangan teruk.

382
00:24:32,179 --> 00:24:35,265
Bekas isteri Todd tahu apa saya lalui.

383
00:24:35,765 --> 00:24:38,810
Dia bertuah sebab masih hidup
dan dia sangat berani.

384
00:24:40,562 --> 00:24:46,943
Saya banyak kali
dikurung dan dipukul Todd.

385
00:24:47,027 --> 00:24:49,029
TEMU RAMAH BERSAMA BEKAS ISTERI TODD SMITH

386
00:24:49,112 --> 00:24:54,034
Pengalaman saya yang buat saya
teringatkan Brittany adalah

387
00:24:54,826 --> 00:24:57,871
semasa mulut ditutup
dan diikat pada kerusi.

388
00:24:57,954 --> 00:25:04,419
Berhari-hari saya dikurung.
Saya dipukul, dirogol dan diliwat.

389
00:25:04,503 --> 00:25:08,048
Semua yang Brittany lalui dan lebih lagi.

390
00:25:10,675 --> 00:25:12,928
Semasa pembicaraan Stand Your Ground,

391
00:25:13,011 --> 00:25:16,681
Pendakwa Jason Pierce
banyak kali mempersoalkan,

392
00:25:16,765 --> 00:25:20,602
"Adakah Brittany boleh dipercayai?"

393
00:25:21,603 --> 00:25:24,064
Pada malam serangan itu berlaku,

394
00:25:24,147 --> 00:25:26,983
Brittany pada mulanya
cuma menghubungi mak dia.

395
00:25:27,067 --> 00:25:28,485
Dia tak telefon polis.

396
00:25:31,071 --> 00:25:36,034
Todd kata, "Kalau kau telefon polis,
aku akan bunuh kau."

397
00:25:37,160 --> 00:25:40,455
Tapi saya terpaksa dapatkan bantuan.

398
00:25:40,956 --> 00:25:43,542
Jadi saya ajak dia hisap rokok.

399
00:25:43,625 --> 00:25:45,252
Saya tak ada rokok.

400
00:25:45,335 --> 00:25:48,838
Saya perlu telefon seseorang
sebab saya tak ada kereta.

401
00:25:49,714 --> 00:25:53,301
Pada malam itu, semasa dia telefon saya,

402
00:25:53,969 --> 00:25:55,720
Todd dengar dia cakap.

403
00:25:55,804 --> 00:25:59,891
Todd tak nak sesiapa tahu
perkara yang berlaku.

404
00:26:00,850 --> 00:26:04,479
Paige Painter beri keterangan dia bekerja

405
00:26:04,563 --> 00:26:07,274
pada malam Brittany masuk kedai

406
00:26:07,357 --> 00:26:09,192
dan beritahu yang dia diserang.

407
00:26:10,735 --> 00:26:13,238
Brittany minta kertas dan pen.

408
00:26:13,321 --> 00:26:16,283
Dia mula tulis nama dan nombor telefon.

409
00:26:16,366 --> 00:26:17,367
GAMBAR BUKTI

410
00:26:17,450 --> 00:26:21,037
Dia kata, "Jika sesuatu berlaku
kepada saya, Todd Smith lakukannya."

411
00:26:21,121 --> 00:26:25,417
Dia minta telefon maknya
dan suruh ke rumahnya.

412
00:26:25,500 --> 00:26:27,711
RAMONA

413
00:26:27,794 --> 00:26:29,838
"Boleh awak jelaskan?"

414
00:26:30,463 --> 00:26:33,675
"Awak fikir mak awak mampu menguruskan

415
00:26:33,758 --> 00:26:36,720
Todd yang ganas berbanding polis?"

416
00:26:38,305 --> 00:26:40,640
Saya betul-betul nak mak saya.

417
00:26:41,933 --> 00:26:48,732
Sebab di Jackson, saya rasa
polis cuma memihak kepada lelaki.

418
00:26:48,815 --> 00:26:52,819
Saya tahu mak saya boleh halau dia keluar.

419
00:26:54,321 --> 00:26:57,574
Saya pernah lihat pegawai polis datang

420
00:26:57,657 --> 00:27:01,411
selepas laporan keganasan
rumah tangga dan cakap,

421
00:27:01,494 --> 00:27:03,455
"Kamu berdua akan masuk penjara."

422
00:27:03,538 --> 00:27:06,291
"Bukan seorang saja tapi kamu berdua."

423
00:27:06,374 --> 00:27:09,252
Mereka tak siasat pun.

424
00:27:10,462 --> 00:27:13,882
Biasanya wanita tak diendahkan di sini.

425
00:27:14,591 --> 00:27:18,136
Mak saya dan bekas suaminya
selalu bergaduh

426
00:27:18,219 --> 00:27:20,180
dan pukul satu sama lain.

427
00:27:20,764 --> 00:27:24,225
Tapi cuma mak saya akan ditahan.

428
00:27:25,018 --> 00:27:28,938
Jadi saya tak terkejut
Brittany nak saya hubungi mak dia.

429
00:27:29,939 --> 00:27:31,566
STAND YOUR GROUND

430
00:27:31,650 --> 00:27:36,488
Semasa pembicaraan itu,
ramai wanita yang berarak untuk Brittany.

431
00:27:37,489 --> 00:27:40,492
Banyak yang diceritakan pada hari itu.

432
00:27:40,575 --> 00:27:45,955
Wanita luahkan
perkara yang berlaku kepada mereka

433
00:27:46,039 --> 00:27:50,168
dan sistem keadilan mengecewakan mereka.

434
00:27:50,877 --> 00:27:53,838
Tapi mereka sanggup bangkit
dan berjuang sekarang.

435
00:27:54,422 --> 00:27:57,467
Mereka bersedia untuk lihat perubahan.

436
00:27:57,550 --> 00:28:00,011
Saya pernah dirogol.
Saya tahu bahaya dan luka…

437
00:28:00,095 --> 00:28:02,305
Saya juga pernah dirogol.
Saya kagumi wanita ini…

438
00:28:02,389 --> 00:28:05,892
Ada ramai wanita mendekati saya
dan berkongsi kisah mereka.

439
00:28:05,975 --> 00:28:11,398
Orang minoriti, berbeza kaum,
keseksualan dan agama.

440
00:28:14,275 --> 00:28:17,612
Semua orang hubungi saya
dan beritahu mereka didera.

441
00:28:17,696 --> 00:28:21,825
Mereka dah buat laporan
tetapi polis tak buat tangkapan.

442
00:28:22,450 --> 00:28:26,579
Ada juga wanita yang dipenjarakan
sebab melawan.

443
00:28:26,663 --> 00:28:28,873
Kebanyakannya dari Alabama.

444
00:28:28,957 --> 00:28:33,461
Ada juga dari Carolina Utara,
New York, New Mexico,

445
00:28:33,545 --> 00:28:35,004
dari semua tempat.

446
00:28:35,088 --> 00:28:37,006
SISTEM KITA LEMAH

447
00:28:37,090 --> 00:28:41,344
Undang-undang Stand Your Ground
hanya untuk lelaki kulit putih.

448
00:28:41,970 --> 00:28:46,766
Ini bukan untuk golongan minoriti
dan wanita tapi untuk lelaki kulit putih.

449
00:28:47,851 --> 00:28:49,477
Saya rasa itu tak adil.

450
00:28:49,561 --> 00:28:51,855
WANITA KALAH RAYUAN
TUNTUTAN PERTAHANKAN DIRI

451
00:28:53,022 --> 00:28:54,524
Mereka bakar semangat saya.

452
00:28:55,984 --> 00:28:59,404
Kami bukan sesiapa di sini.
Itu yang mereka fikir.

453
00:29:00,196 --> 00:29:03,116
Tapi apabila kami bersatu…

454
00:29:03,199 --> 00:29:04,409
MANGSA ROGOL DITAHAN

455
00:29:05,285 --> 00:29:06,745
Terutamanya wanita berang.

456
00:29:07,829 --> 00:29:09,038
Mereka jadi lantang.

457
00:29:09,122 --> 00:29:10,665
KAMI TAK MARAH TAPI KAMI BOSAN!

458
00:29:10,749 --> 00:29:11,958
Kami bukan sembarangan.

459
00:29:12,041 --> 00:29:12,876
KAMI PENTING!

460
00:29:12,959 --> 00:29:16,087
Kami ada suara dan kami akan gunakannya.

461
00:29:16,171 --> 00:29:19,466
KEADILAN UNTUK BRITTANY

462
00:29:25,472 --> 00:29:27,807
Pembicaraan Stand Your Ground berakhir

463
00:29:27,891 --> 00:29:31,060
dan Brittany perlu menunggu
keputusan hakim.

464
00:29:35,857 --> 00:29:37,776
Saya nak anak-anak saya semula.

465
00:29:38,568 --> 00:29:40,904
Saya nak mereka tahu
yang mak bukan pembunuh.

466
00:29:40,987 --> 00:29:45,700
Mak mereka mempertahankan diri
dan kita perlu sentiasa buat begitu.

467
00:29:47,327 --> 00:29:50,413
Saya doakan semuanya okey.

468
00:29:55,752 --> 00:29:56,753
Itu pasti.

469
00:29:58,505 --> 00:29:59,506
Saya yakin.

470
00:30:00,548 --> 00:30:02,759
BANDAR STEVENSON

471
00:30:04,219 --> 00:30:06,471
Beberapa minggu selepas pembicaraan,

472
00:30:06,554 --> 00:30:11,476
Hakim Holt mengeluarkan 19 halaman
perintah yang menidakkan imuniti.

473
00:30:14,646 --> 00:30:18,066
Awalnya, hakim tulis Brittany tak buktikan

474
00:30:18,149 --> 00:30:21,110
dia dibenarkan untuk menembak.

475
00:30:22,695 --> 00:30:24,572
Adakah Todd serang Brittany Smith?

476
00:30:24,656 --> 00:30:27,492
Memang jelas dia lakukannya.

477
00:30:27,575 --> 00:30:29,911
Hakim mungkin percaya
serangan itu berlaku.

478
00:30:30,578 --> 00:30:33,331
Tapi bukan ketika
Brittany Smith tembak Todd.

479
00:30:33,414 --> 00:30:36,084
Adakah dia ada alasan kuat

480
00:30:36,167 --> 00:30:40,421
untuk percaya
Todd akan cederakan adik dia?

481
00:30:41,047 --> 00:30:44,634
Itu masalahnya, dan saya rasa
hakim fikir itu faktor penting

482
00:30:44,717 --> 00:30:46,135
apabila dia menolak usul kami.

483
00:30:48,221 --> 00:30:50,431
"Selepas pertimbangan semua bukti,

484
00:30:50,515 --> 00:30:54,102
mahkamah mendapati defendan
beri keterangan tak konsisten

485
00:30:54,185 --> 00:30:56,437
tentang kejadian kematian Todd."

486
00:30:56,938 --> 00:30:59,941
Contohnya, penipuan awal Brittany

487
00:31:00,692 --> 00:31:03,820
bahawa adiknya yang tembak

488
00:31:03,903 --> 00:31:06,281
menyebabkan dia diragui.

489
00:31:06,364 --> 00:31:10,285
Pada pandangan hakim,
itu telah merosakkan kredibilitinya.

490
00:31:11,369 --> 00:31:16,791
Jadi saya rasa agak jelas
hakim itu tak percayakan keterangannya.

491
00:31:21,212 --> 00:31:22,964
Semuanya akan okey.

492
00:31:26,134 --> 00:31:27,677
Semuanya akan okey.

493
00:31:30,263 --> 00:31:33,474
Hakim Jenifer Holt
dan Pendakwa Jason Pierce

494
00:31:33,558 --> 00:31:35,602
menolak untuk ditemu ramah.

495
00:31:37,562 --> 00:31:40,231
Selepas pembicaraan
Stand Your Ground ditolak,

496
00:31:40,315 --> 00:31:43,318
Brittany akan dibicara
dan mungkin dipenjarakan.

497
00:31:44,819 --> 00:31:48,406
Kebanyakan reaksi pembaca yang saya ingat,

498
00:31:48,489 --> 00:31:50,617
"Saya masih rasa dia tak bersalah."

499
00:31:50,700 --> 00:31:52,452
Mereka tak peduli keputusan hakim.

500
00:31:53,244 --> 00:31:55,747
Saya sedih Todd ditembak dan dibunuh,

501
00:31:56,831 --> 00:31:59,000
tapi saya percaya
dia cuma mempertahankan diri.

502
00:32:00,001 --> 00:32:03,963
Mungkin pelik untuk saya cakap begini
sebab saya sepupu Todd tapi…

503
00:32:05,506 --> 00:32:07,884
Saya tak nak dia masuk penjara.

504
00:32:09,928 --> 00:32:13,431
Mereka kata wanita boleh pertahankan diri,

505
00:32:13,514 --> 00:32:17,101
tapi apabila mereka buat begitu,
mereka perlu bersedia.

506
00:32:19,520 --> 00:32:22,482
Bukan undang-undang yang perlu berubah.

507
00:32:22,565 --> 00:32:27,570
Tapi persepsi tentang wanita itu sendiri.

508
00:32:27,654 --> 00:32:29,530
Kalau mereka guna keganasan

509
00:32:29,614 --> 00:32:32,867
ke atas penyerang atau perogol,

510
00:32:33,660 --> 00:32:35,954
itu bergantung pada penerimaan kita.

511
00:32:36,537 --> 00:32:39,832
Apabila saya dapat kes
yang melibatkan minoriti, wanita,

512
00:32:40,500 --> 00:32:45,088
mari lihat sebab mereka tak diberi
pertimbangan sewajarnya.

513
00:32:45,171 --> 00:32:48,591
Itu masalah masyarakat. Itu stereotaip.

514
00:32:59,102 --> 00:33:03,856
Peguam saya tunjukkan tawaran terakhir
dan saya kata, "Apa awak nak buat?"

515
00:33:03,940 --> 00:33:05,775
Mereka kata akan terima.

516
00:33:05,858 --> 00:33:08,486
Sebab saya takkan bebas dengan mudah.

517
00:33:09,404 --> 00:33:14,742
WANITA ALABAMA MENGAKU BERSALAH
KERANA MEMBUNUH PEROGOLNYA

518
00:33:14,826 --> 00:33:17,161
Saya buat begitu demi anak-anak saya.

519
00:33:17,245 --> 00:33:19,497
Mereka akan tenang apabila semua berakhir.

520
00:33:19,580 --> 00:33:21,499
Saya buat keputusan yang baik.

521
00:33:21,582 --> 00:33:24,419
Mak dan adik saya okey. Semua selamat.

522
00:33:25,920 --> 00:33:27,547
Anak-anak saya okey.

523
00:33:27,630 --> 00:33:29,048
Saya akan okey.

524
00:33:29,132 --> 00:33:31,926
Saya cuba kekal waras di sini.

525
00:33:32,010 --> 00:33:33,720
TINDAKAN MAHKAMAH
MENGAKU BERSALAH

526
00:33:33,803 --> 00:33:37,015
Dia rasa dia tak ada pilihan lain

527
00:33:37,098 --> 00:33:42,020
sebab jika dia dibicarakan,
hakim yang akan beri hukuman

528
00:33:42,103 --> 00:33:47,191
jika dia disabit kesalahan
ialah hakim mempersoalkan kredibilitinya.

529
00:33:47,275 --> 00:33:49,569
Daripada cara dia bercerita,

530
00:33:49,652 --> 00:33:54,699
dia buat keputusan yang lebih baik
dan mengaku bersalah.

531
00:33:55,324 --> 00:33:58,703
Tempoh dia dipenjarakan akan dikreditkan

532
00:33:58,786 --> 00:34:00,121
semasa tunggu perbicaraan.

533
00:34:00,204 --> 00:34:04,459
Dia dihukum enam bulan kerana membunuh.

534
00:34:05,126 --> 00:34:09,630
18 bulan selepas itu,
dia ditahan di dalam rumah.

535
00:34:10,131 --> 00:34:11,758
Kita sanggup ambil risiko?

536
00:34:11,841 --> 00:34:13,760
Adakah kita bermain rolet Rusia

537
00:34:13,843 --> 00:34:16,679
dengan orang tak dikenali
untuk tentukan takdir kita?

538
00:34:16,763 --> 00:34:18,890
Saya faham sebab dia buat pengakuan.

539
00:34:18,973 --> 00:34:21,893
Entahlah. Saya tak boleh salahkan dia.

540
00:34:21,976 --> 00:34:23,436
Saya cuma kecewa.

541
00:34:24,896 --> 00:34:28,483
Rekod membunuhnya takkan terpadam.

542
00:34:29,275 --> 00:34:31,736
Itu akan menghantui dia.

543
00:34:34,072 --> 00:34:38,326
Saya rasa tak percaya
perjanjian yang ditawarkan

544
00:34:38,409 --> 00:34:43,247
ialah enam bulan sebab membunuh
dan lebih lama untuk pematian orang.

545
00:34:44,665 --> 00:34:49,462
Saya tak faham kenapa hukuman membunuh
tak seteruk pematian orang.

546
00:34:49,545 --> 00:34:51,172
Itu tak masuk akal.

547
00:34:51,255 --> 00:34:55,009
Sistem mahkamah di sini nak saya terima
hukuman sebab membunuh

548
00:34:55,093 --> 00:34:57,220
hanya untuk cakap itu dakwaan saya.

549
00:34:58,137 --> 00:35:02,517
Saya tak nak mengaku membunuh.

550
00:35:03,184 --> 00:35:06,229
Saya rasa saya kecewakan ramai orang.

551
00:35:06,771 --> 00:35:08,731
Saya juga kecewakan diri saya.

552
00:35:08,815 --> 00:35:11,609
Saya lawan perasaan itu setiap hari.

553
00:35:13,694 --> 00:35:17,365
Kajian menunjukkan majoriti wanita
yang membunuh pendera

554
00:35:17,448 --> 00:35:21,077
lebih rela mengaku bersalah
daripada dibicarakan.

555
00:35:32,755 --> 00:35:33,881
Hai, sayang.

556
00:35:33,965 --> 00:35:35,258
Apa mak buat?

557
00:35:36,050 --> 00:35:38,803
- Mak sangat cantik.
- Tidak.

558
00:35:38,886 --> 00:35:41,055
Kamu apa khabar?

559
00:35:41,639 --> 00:35:44,016
Saya seronok semasa Halloween.

560
00:35:44,100 --> 00:35:47,145
Kami pakai kostum dan… Sekejap.

561
00:35:47,979 --> 00:35:49,647
- Lynn.
- Ya?

562
00:35:50,565 --> 00:35:52,483
Lynn jadi kacang mata hitam.

563
00:35:52,567 --> 00:35:56,445
Dia warnakan hitam pada mata
dan tulis huruf "P" pada baju.

564
00:35:56,946 --> 00:35:58,823
Lauren pula pembunuh bijirin.

565
00:35:58,906 --> 00:36:03,744
Dia letak kotak bijirin pada leher
dan tulis "pembunuh" di bahagian dalam.

566
00:36:04,328 --> 00:36:06,080
Saya jadi Patung Liberty.

567
00:36:07,165 --> 00:36:10,209
Saya di penjara dan berjauhan
daripada anak-anak semasa Halloween.

568
00:36:10,293 --> 00:36:13,254
Ini yang terbaik bagi saya di sini.

569
00:36:15,923 --> 00:36:20,469
Mungkin mak perlu memandu bawah pengaruh

570
00:36:20,553 --> 00:36:23,139
supaya mak boleh berjumpa dan peluk kamu.

571
00:36:26,184 --> 00:36:27,476
Masa tamat, sayang.

572
00:36:28,436 --> 00:36:29,604
10 saat.

573
00:36:29,687 --> 00:36:31,397
- Saya sayang mak.
- Mak sayang kamu.

574
00:36:31,480 --> 00:36:32,481
Baiklah.

575
00:36:36,402 --> 00:36:38,404
Lampu Krismas buat saya sedih.

576
00:36:39,906 --> 00:36:41,490
Saya nampak orang lain.

577
00:36:42,033 --> 00:36:45,411
Mereka cakap tentang hadiah
yang nak diberikan kepada anak-anak.

578
00:36:45,494 --> 00:36:47,288
Saya asyik terfikir

579
00:36:47,371 --> 00:36:51,959
sama ada dia dapat makan malam
semasa Hari Krismas dan Kesyukuran?

580
00:36:56,172 --> 00:36:58,466
Brittany tak sepatutnya dipenjarakan.

581
00:37:00,218 --> 00:37:03,721
Dia dirogol, dipukul dan hampir mati.

582
00:37:03,804 --> 00:37:06,641
Sekarang hidup dia
dimusnahkan oleh sistem.

583
00:37:13,731 --> 00:37:19,237
Kalau awak rasa Todd itu mangsa,
awak rasa Brittany dapat keadilan?

584
00:37:19,320 --> 00:37:21,072
JOSHUA TODD SMITH

585
00:37:21,155 --> 00:37:25,076
Kalau awak rasa Brittany mangsa
dan bukannya Todd,

586
00:37:25,785 --> 00:37:29,205
saya tak boleh terima
kalau awak fikir dia dapat keadilan.

587
00:37:29,830 --> 00:37:33,251
Tak kisah awak berada di pihak mana,

588
00:37:34,877 --> 00:37:38,881
saya tak fikir awak akan jumpa
keadilan dalam kisah ini.

589
00:37:42,218 --> 00:37:44,679
Kajian menyeluruh kes Stand Your Ground

590
00:37:44,762 --> 00:37:47,598
mendapati wanita
lebih ramai disabitkan bersalah

591
00:37:47,682 --> 00:37:49,809
apabila mendakwa
mereka mempertahankan diri.

592
00:37:50,559 --> 00:37:53,437
Ribuan wanita dipenjarakan
di Amerika Syarikat

593
00:37:53,521 --> 00:37:55,690
kerana membunuh perogol
atau pendera mereka.

594
00:39:20,608 --> 00:39:22,902
Jika anda atau kenalan menghadapi
masalah keganasan

595
00:39:22,985 --> 00:39:25,363
dan perlukan bantuan, layari
WWW.WANNATALKABOUTIT.COM

596
00:39:25,446 --> 00:39:29,533
Terjemahan sari kata oleh Anis Tarmidi



