1
00:00:02,000 --> 00:00:07,000
Downloaded from
YTS.MX

2
00:00:08,000 --> 00:00:13,000
Official YIFY movies site:
YTS.MX

3
00:00:09,200 --> 00:00:12,160
SEBUAH DOKUMENTARI NETFLIX

4
00:00:18,800 --> 00:00:22,120
Aku mahu menjadi hujan, menyirami bumbung.

5
00:00:24,200 --> 00:00:27,520
Aku mahu menjadi ombak
dan membawa pergi masa silam

6
00:00:29,280 --> 00:00:32,800
Aku mahu menjadi api,
membakar dan menyucikan.

7
00:00:35,400 --> 00:00:38,800
Namun, jika boleh,
aku mahu menjadi diri sendiri.

8
00:00:50,560 --> 00:00:52,640
Aku mahu memperkenalkan diri.

9
00:00:55,800 --> 00:00:57,640
Namaku Yin Yuguo.

10
00:00:58,680 --> 00:01:00,080
Aku 16 tahun.

11
00:01:02,040 --> 00:01:04,520
Lahir dan membesar di Kunming, China.

12
00:01:08,560 --> 00:01:11,000
Aku sering bermimpi menjadi naga.

13
00:01:12,600 --> 00:01:15,600
Aku boleh ke mana saja. Melihat dunia.

14
00:01:17,280 --> 00:01:18,880
Mencari tempatku yang sebenar.

15
00:01:20,280 --> 00:01:21,400
BUAT/KEMAS KINI JURNAL

16
00:01:21,480 --> 00:01:24,840
Aku suka berkomunikasi
dengan orang dalam bahasa Inggeris.

17
00:01:24,920 --> 00:01:29,320
Aku suka menambah kosa kata.
Sebab itu aku menulis untuk kamu semua.

18
00:01:30,320 --> 00:01:31,880
Aku sangat suka sastera

19
00:01:32,760 --> 00:01:37,280
dan kebanyakan buku yang aku baca
dari penulis Eropah Tengah dan Timur.

20
00:01:40,080 --> 00:01:42,240
Aku pelajar gred sepuluh di sekolah tinggi

21
00:01:42,760 --> 00:01:47,280
dan aku rasa seperti naga yang membuka
sayap di dalam bilik kurungan yang gelap.

22
00:01:48,840 --> 00:01:53,480
Aku suka buku puisi, terutamanya
karya Romantis Eropah Timur.

23
00:01:54,280 --> 00:01:57,200
Namun, kebanyakan orang kata
ia buku "tak berguna"

24
00:01:57,280 --> 00:01:59,760
sebab tak membantu dalam peperiksaan.

25
00:02:04,880 --> 00:02:06,920
Seorang pemuisi Poland berkata,

26
00:02:07,000 --> 00:02:09,440
"Aku lebih suka keganjilan menulis puisi

27
00:02:09,520 --> 00:02:12,280
berbanding keganjilan
tidak menulis puisi."

28
00:02:13,800 --> 00:02:17,280
Aku lebih suka keganjilan membaca puisi.

29
00:02:18,760 --> 00:02:19,920
Hutan, mengapa kau resah?

30
00:02:20,000 --> 00:02:22,560
"MENGAPA KAU MERATAP DUHAI POKOK HUTAN?"
- MIHAI EMINESCU

31
00:02:22,640 --> 00:02:25,920
Tiada angin atau hujan

32
00:02:26,000 --> 00:02:28,480
Namun dahanmu kesakitan

33
00:02:29,200 --> 00:02:30,800
Ya, aku resah, kau tahu mengapa?

34
00:02:30,880 --> 00:02:32,920
Kerana musim panas hampir berlalu

35
00:02:33,800 --> 00:02:37,000
Dan daun-daunku luruh dengan pantas

36
00:02:40,600 --> 00:02:44,120
Saya panggil anak saya "penjaga bintang",

37
00:02:44,640 --> 00:02:48,000
seolah-olah dia boleh bercakap
dengan alam semesta.

38
00:02:48,080 --> 00:02:49,720
SUARA CAI QING
IBU YUGUO

39
00:02:53,720 --> 00:02:57,440
Tiada siapa di dunia ini
boleh memahami dia.

40
00:03:00,600 --> 00:03:02,680
Rasa sunyinya unik.

41
00:03:11,000 --> 00:03:15,720
Seolah-olah dia bernafas,
tapi tiada siapa dengar kewujudannya.

42
00:03:17,240 --> 00:03:23,760
Hati saya luluh sebab saya hanya dapat
biarkan dia menangis dalam dakapan saya.

43
00:03:24,320 --> 00:03:28,600
Saya akan memeluknya
dan menepuk belakangnya.

44
00:03:28,680 --> 00:03:33,360
CAI QING
IBU YUGUO

45
00:03:36,120 --> 00:03:39,800
Ibu bapa aku sangat menyayangi
dan memahamiku,

46
00:03:40,360 --> 00:03:43,680
tapi jika aku tak dapat belajar
di luar negara, hidup terhenti.

47
00:03:43,760 --> 00:03:44,760
YIN YONGLIN
AYAH YUGUO

48
00:03:49,600 --> 00:03:52,160
Saya harapkan empat perkara.

49
00:03:52,240 --> 00:03:55,640
Pertama, dapat terus menambahkan
ilmu pengetahuan.

50
00:03:55,720 --> 00:03:58,880
Kedua, dapat menceburi

51
00:03:58,960 --> 00:04:02,600
pelbagai bidang kreatif

52
00:04:02,680 --> 00:04:07,720
seperti sastera dan seni.

53
00:04:07,800 --> 00:04:11,680
Ketiga, menjalankan
aktiviti-aktiviti kreatif saya sendiri

54
00:04:11,760 --> 00:04:16,960
dan menyumbang kepada seni
dan kebudayaan dunia.

55
00:04:17,040 --> 00:04:21,120
Keempat adalah menemui cinta sejati
dalam masyarakat baru.

56
00:04:22,840 --> 00:04:24,080
SURAT PERUNDING

57
00:04:24,160 --> 00:04:27,200
Kepada
Kementerian Pendidikan Negara Romania,

58
00:04:27,720 --> 00:04:32,000
saya menulis surat ini untuk menjelaskan
sebab saya ingin belajar di Romania.

59
00:04:32,080 --> 00:04:35,400
Ke hadapan Tuan
atau Puan Universiti Bacău.

60
00:04:35,480 --> 00:04:38,440
Salam sejahtera. Saya pelajar
sekolah tinggi berbangsa Cina

61
00:04:38,520 --> 00:04:42,240
dan saya sangat suka budaya Romania,
terutamanya Mihai Eminescu.

62
00:04:42,920 --> 00:04:49,920
E-mel Yuguo bertanyakan mengenai
peluang belajar di Romania

63
00:04:50,000 --> 00:04:53,520
ada dalam peti masuk saya
apabila saya tiba di tempat kerja.

64
00:04:54,160 --> 00:04:56,560
Impian saya adalah datang ke Romania,

65
00:04:56,640 --> 00:04:59,280
negara sastera dalam hati saya,

66
00:04:59,360 --> 00:05:03,400
untuk belajar bahasa Romania
dan bekerja dalam bidang sastera.

67
00:05:06,040 --> 00:05:09,200
Dalam semua e-mel yang saya terima
daripada pelajar yang berminat…

68
00:05:09,280 --> 00:05:11,120
PEGAWAI PENTADBIRAN UNIVERSITI

69
00:05:11,200 --> 00:05:15,520
…belajar di Romania, tiada yang kata,
"Saya jatuh cinta dengan Romania."

70
00:05:16,200 --> 00:05:17,960
Jadi, saya terus jawab

71
00:05:18,040 --> 00:05:23,040
sebab dialah pelajar
yang saya sentiasa harapkan.

72
00:05:26,040 --> 00:05:29,160
Aku tahu aku naga Carpathian.

73
00:05:30,960 --> 00:05:33,080
Bukankah ini kebetulan yang indah

74
00:05:33,160 --> 00:05:37,600
universitiku berada
di kaki Gunung Carpathian?

75
00:05:55,880 --> 00:05:58,640
Dia akan menjadi pelajar di Romania.

76
00:06:01,240 --> 00:06:03,240
Bagaimana nak melindungi dia?

77
00:06:03,960 --> 00:06:06,320
Kami tak menyekat dia.

78
00:06:06,400 --> 00:06:09,040
Dia akan hidup bebas,

79
00:06:10,440 --> 00:06:16,000
tapi saya masih mahu melindungi dia
sebagai seorang ibu.

80
00:06:21,600 --> 00:06:26,440
Saya ambil gambar dia
dalam perjalanan ke lapangan terbang.

81
00:06:28,000 --> 00:06:30,640
Saya tak nak jadi klise atau sentimental,

82
00:06:30,720 --> 00:06:34,000
tapi saya takut akan terlalu merindui dia.

83
00:06:38,680 --> 00:06:44,280
Pergi ke Romania untuk belajar
ialah impiannya dan itu bagus.

84
00:06:44,960 --> 00:06:49,320
Jadi, walaupun dalam hati,
saya tak mahu dia merantau jauh,

85
00:06:50,160 --> 00:06:51,760
saya takkan halang dia.

86
00:06:58,600 --> 00:07:04,120
Saya dapat rasa dia melihat saya
di cermin sisi dengan senyuman,

87
00:07:06,120 --> 00:07:10,400
tapi saya mengetap bibir
dan menyembunyikan kesedihan hati.

88
00:07:17,800 --> 00:07:20,480
Pengembaraan terbesarku setakat ini.

89
00:07:22,760 --> 00:07:24,760
Masa untuk menuju ke gua baru

90
00:07:24,840 --> 00:07:26,280
"MENUJU KE GUA BARU"
- YIN YUGUO

91
00:07:26,360 --> 00:07:29,960
Yang lebih tinggi, lebih luas
Dengan cahaya yang lebih terang

92
00:07:30,760 --> 00:07:32,840
Dalam perjalanan, mungkin bersalji

93
00:07:32,920 --> 00:07:35,080
Dan mungkin tiupan angin kencang

94
00:07:36,720 --> 00:07:39,120
Tapi apa yang memanggilku, aku tahu

95
00:07:39,920 --> 00:07:41,120
Aku mesti pergi

96
00:07:45,560 --> 00:07:48,400
Saya rasa dia terkejut

97
00:07:48,480 --> 00:07:54,160
tiba di bandar yang hanya ada
200,000 penduduk seperti di Bacău.

98
00:07:54,240 --> 00:07:55,080
BACAU

99
00:07:55,160 --> 00:07:59,200
Orang tak ke mari. Ini bukan Bucharest
atau antara bandar besar.

100
00:07:59,280 --> 00:08:02,680
Hanya laluan atau mungkin tersesat.

101
00:08:04,680 --> 00:08:11,200
Hai, mak! Ini dia.
Universiti Vasile Alecsandri di Bacău.

102
00:08:11,280 --> 00:08:14,120
UNIVERSITI VASILE ALECSANDRI
PEJABAT BACAU

103
00:08:15,000 --> 00:08:16,840
Lihat bangunan lama ini.

104
00:08:18,000 --> 00:08:20,960
Inilah dia Eminescu.

105
00:08:22,840 --> 00:08:26,400
Ini En. Adrian, mak pun dah kenal.
Dia sentiasa tolong saya.

106
00:08:27,600 --> 00:08:29,160
Ini kelas saya.

107
00:08:32,240 --> 00:08:35,120
Ini Cik Druga. Dia mengajar
tatabahasa Romania.

108
00:08:36,320 --> 00:08:38,480
Ini En. Danila yang hebat.

109
00:08:39,000 --> 00:08:42,480
Ini kali pertama saya berjumpa
dengan orang Cina.

110
00:08:42,560 --> 00:08:44,400
GURU BAHASA DAN SASTERA ROMANIA

111
00:08:44,480 --> 00:08:46,920
Orang asing tak belajar budaya
dan bahasa Romania.

112
00:08:47,000 --> 00:08:48,440
GURU BAHASA DAN SASTERA ROMANIA

113
00:08:48,520 --> 00:08:50,760
Setidaknya bukan di universiti kami.

114
00:08:50,840 --> 00:08:53,160
Saya dengar tentang dia di universiti.

115
00:08:53,240 --> 00:08:54,480
Saya nampak pemuda tinggi.

116
00:08:54,560 --> 00:08:56,000
GURU BAHASA DAN SASTERA ROMANIA

117
00:08:56,080 --> 00:08:59,120
Apa yang buat saya kagum
ialah cara dia berpakaian.

118
00:08:59,200 --> 00:09:00,760
GURU BAHASA INGGERIS

119
00:09:01,920 --> 00:09:04,280
Dia sentiasa pakai kemeja putih.

120
00:09:04,360 --> 00:09:07,560
Dibutang sampai ke atas.

121
00:09:08,080 --> 00:09:10,000
Diseterika dengan kemas.

122
00:09:11,520 --> 00:09:16,440
Dia akan lap papan hitam
walaupun saya dah biasa buat sendiri.

123
00:09:16,520 --> 00:09:18,680
Dia selalu nak tolong bawa
komputer riba saya.

124
00:09:18,760 --> 00:09:21,800
Saya kata, "Tak apa, saya boleh bawa."
"Tak boleh, cikgu."

125
00:09:23,000 --> 00:09:27,040
Saya pernah tanya dia.
Saya kata, "Maaf bertanya

126
00:09:27,120 --> 00:09:30,440
berapa juta penduduk di bandar asal awak?

127
00:09:31,160 --> 00:09:35,320
Apabila dia kata ia lima kali
lebih besar daripada Bucharest,

128
00:09:35,400 --> 00:09:39,120
saya tanya, "Jadi, kenapa awak datang
ke Bacău? Ke Romania?"

129
00:09:43,880 --> 00:09:46,000
Aku suka bandar Bacău.

130
00:09:46,080 --> 00:09:47,920
ENTRI BLOG
OLEH YIN YUGUO

131
00:09:48,000 --> 00:09:52,600
Pada hujung minggu, aku suka masuk tidur
sebelum fajar menjelma

132
00:09:52,680 --> 00:09:56,840
dan bangun ketika waktu tengah hari
Romania yang redup.

133
00:09:58,400 --> 00:09:59,880
Pakai tali leher,

134
00:09:59,960 --> 00:10:01,360
mata kuyu.

135
00:10:02,160 --> 00:10:05,720
Cuba menghentikan kebangkitan rasa penat
dengan secawan kopi.

136
00:10:08,840 --> 00:10:10,840
Namun, aku perlu berlatih lagi.

137
00:10:11,400 --> 00:10:15,840
Apa aku harap buatmu, duhai Romania

138
00:10:18,000 --> 00:10:21,400
Apa aku harap buatmu, duhai Romania

139
00:10:23,000 --> 00:10:26,320
Apa aku harap buatmu, duhai Romania

140
00:10:27,480 --> 00:10:29,680
Daripada semua puisi Eminescu,

141
00:10:29,760 --> 00:10:32,800
antem ini yang paling dekat di hatinya,

142
00:10:32,880 --> 00:10:36,040
mari memanggilnya,

143
00:10:36,120 --> 00:10:38,240
Apa Aku Harap Buatmu, Duhai Romania.

144
00:10:39,360 --> 00:10:42,720
Negara kegemilanganku
Negara yang aku idamkan

145
00:10:43,240 --> 00:10:47,160
Dia suruh saya dengar dia membacanya.

146
00:10:47,240 --> 00:10:51,880
Dia ulang dua kali,
kemudian nak dengar saya baca sekali.

147
00:10:53,600 --> 00:10:57,320
Semoga masa depanmu
Sehebat masa silammu!

148
00:10:58,120 --> 00:11:01,720
Duhai Romania, ini harapanku buatmu

149
00:11:04,760 --> 00:11:08,640
Kami anjurkan Hari Kebudayaan Negara
di Galeri Alfa di Bacău

150
00:11:08,720 --> 00:11:10,920
dan ketika itulah Yuguo datang.

151
00:11:11,000 --> 00:11:12,320
PEGAWAI MUZIUM

152
00:11:12,400 --> 00:11:15,640
Seorang pemuda Cina berjalan di lorong.

153
00:11:15,720 --> 00:11:19,400
Dia berhenti di depan galeri dan kata,
"Salam sejahtera!" dalam bahasa Romania.

154
00:11:19,480 --> 00:11:20,840
JURUGAMBAR

155
00:11:20,920 --> 00:11:22,280
Apa dia nak buat?

156
00:11:22,800 --> 00:11:26,480
Kami tertarik dengannya.
Saya tangkap gambar ini dan ia agak lucu.

157
00:11:26,560 --> 00:11:30,600
Dia memakai topi Astrakhan,
topi tradisional Romania.

158
00:11:30,680 --> 00:11:35,080
…untuk meraikan bukan saja
pemuisi negara kita, Mihai Eminescu,

159
00:11:35,160 --> 00:11:37,520
tapi budaya Romania secara keseluruhan.

160
00:11:37,600 --> 00:11:41,280
Orang ramai nampak tak peduli.
Ia acara yang membosankan.

161
00:11:42,240 --> 00:11:44,160
Kami datang tunjuk muka saja.

162
00:11:44,240 --> 00:11:47,600
Separuh jalan acara berlangsung…

163
00:11:48,600 --> 00:11:50,000
Salam sejahtera!

164
00:11:57,360 --> 00:12:03,280
Hari ini, saya akan baca puisi Eminescu

165
00:12:03,360 --> 00:12:06,560
Apa Aku Harapkan Buatmu, Duhai Romania.

166
00:12:06,640 --> 00:12:09,200
Penonton terpesona.

167
00:12:09,280 --> 00:12:11,920
Seluruh bilik terdiam.

168
00:12:12,000 --> 00:12:14,920
Apa budak ini buat di sini?
Kenapa dia boleh berbahasa Romania?

169
00:12:15,000 --> 00:12:15,960
PEGAWAI MUZIUM

170
00:12:16,040 --> 00:12:18,240
Boleh lihat reaksi kagum orang ramai…

171
00:12:18,320 --> 00:12:19,360
PENULIS

172
00:12:19,440 --> 00:12:23,320
…disebabkan sebutannya yang bagus.

173
00:12:23,400 --> 00:12:27,680
Apa aku harapkan buatmu, duhai Romania

174
00:12:27,760 --> 00:12:31,360
Negara kegemilanganku
Negara yang aku idamkan

175
00:12:32,080 --> 00:12:33,760
Ketawalah kalau boleh.

176
00:12:33,840 --> 00:12:37,720
Pertama kali melihat dia,
kami ketawa terbahak-bahak.

177
00:12:37,800 --> 00:12:41,200
Namun, dia mengagumkan semua.

178
00:12:41,280 --> 00:12:45,320
Seperti bintang malam
Seperti waktu fajar

179
00:12:45,400 --> 00:12:49,800
Semoga kau hidup selamanya
Penuh kegemilangan dan kebahagiaan

180
00:12:49,880 --> 00:12:52,160
Saya melihatnya, mendengar bacaannya

181
00:12:52,240 --> 00:12:54,760
dan saya yakin

182
00:12:54,840 --> 00:13:01,840
saya sedang menyaksikan
seseorang yang luar biasa.

183
00:13:10,360 --> 00:13:14,600
Sekarang dalam bahasa Cina.

184
00:13:16,800 --> 00:13:21,600
Apa aku harapkan buatmu, duhai Romania

185
00:13:22,120 --> 00:13:25,080
Itulah yang diperlukan acara itu,

186
00:13:25,160 --> 00:13:30,480
seorang pemuda Cina yang tiba-tiba
muncul membacakan puisi Eminescu.

187
00:13:30,560 --> 00:13:33,480
Dia serasi dengan budaya tempatan.

188
00:13:33,560 --> 00:13:38,440
Dia mencari tempatnya dalam kalangan
orang Romania dan budaya kita.

189
00:13:38,520 --> 00:13:44,320
Namun, kita juga perlu orang sepertinya!
Untuk menemui kita seperti Yuguo.

190
00:13:44,400 --> 00:13:48,080
Duhai Romania, ini harapanku buatmu

191
00:13:51,560 --> 00:13:53,160
Terima kasih!

192
00:14:00,680 --> 00:14:05,320
Dia kata dia anak tunggal
keluarga tenaga pengajar universiti.

193
00:14:08,680 --> 00:14:12,240
Saya fikir menakjubkan sekali
dia dibenarkan oleh keluarganya

194
00:14:12,320 --> 00:14:15,040
untuk mengembara jauh pada usia yang muda.

195
00:14:21,920 --> 00:14:26,800
Walaupun dia jauh dari kami,
dia mencapai matlamatnya.

196
00:14:28,320 --> 00:14:33,640
Dia teruja berkongsi penemuan harian
dan kegembiraannya dengan kami.

197
00:14:39,560 --> 00:14:43,360
Jika kau berpeluang memerhatikan
burung gagak dengan teliti,

198
00:14:43,440 --> 00:14:46,760
kau akan dapati bulu pelepah
dan postur burung gagak sangat cantik.

199
00:14:46,840 --> 00:14:47,960
ENTRI BLOG
OLEH YIN YUGUO

200
00:14:50,120 --> 00:14:52,480
Gagak jarang dilihat di tempat asalku.

201
00:14:57,920 --> 00:14:59,920
Putih, musim sejuk

202
00:15:00,000 --> 00:15:01,480
Putih, musim sejuk

203
00:15:01,560 --> 00:15:03,040
PUISI TAK BERTAJUK
- YIN YUGUO

204
00:15:03,120 --> 00:15:04,520
Awan tinggi di langit

205
00:15:05,040 --> 00:15:08,360
Penglihatan kabur, penglihatan kabur

206
00:15:09,000 --> 00:15:11,560
Tanpa belas kasihan seperti api naga

207
00:15:13,800 --> 00:15:15,960
Dia tak pernah lihat salji.

208
00:15:17,000 --> 00:15:18,440
Dia sangat gembira.

209
00:15:18,520 --> 00:15:21,320
Dia keluar apabila salji turun
pada waktu malam.

210
00:15:21,400 --> 00:15:22,880
PENGAWAL KESELAMATAN DORM

211
00:15:24,120 --> 00:15:27,320
Dia mahu alami segalanya!

212
00:15:27,400 --> 00:15:30,080
Persekitaran, alam,
bangunan, pokok, burung.

213
00:15:30,160 --> 00:15:31,000
JIRAN

214
00:15:38,520 --> 00:15:42,840
Saya sering kecewa…

215
00:15:44,880 --> 00:15:47,120
dengan Romania,

216
00:15:47,200 --> 00:15:52,640
tapi dia melihatnya
dengan pandangan yang berbeza

217
00:15:52,720 --> 00:15:56,120
dan menunjukkan kepada saya
keindahan Romania.

218
00:16:02,280 --> 00:16:06,440
Dia mula datang ke muzium kami
dan lebih serius daripada kami semua!

219
00:16:06,960 --> 00:16:09,360
Kami cuba berbual dalam bahasa Inggeris…

220
00:16:09,440 --> 00:16:10,480
PEGAWAI MUZIUM

221
00:16:10,560 --> 00:16:13,080
…tapi dia mahu dengar bahasa Romania.
Dia nak belajar.

222
00:16:13,160 --> 00:16:15,280
Dia mahu tahu segalanya.

223
00:16:17,400 --> 00:16:20,080
Dia macam dari era yang berbeza.

224
00:16:21,120 --> 00:16:23,000
Dia seorang yang sensitif.

225
00:16:23,560 --> 00:16:25,080
Itu yang saya rasa.

226
00:16:25,160 --> 00:16:26,200
Dia seorang yang…

227
00:16:28,880 --> 00:16:30,080
murni.

228
00:16:30,160 --> 00:16:32,080
Dia mencari sesuatu

229
00:16:32,160 --> 00:16:38,480
dengan penuh kedahagaan dan perasaan.

230
00:16:38,560 --> 00:16:42,720
Penumpang yang dihormati, kereta api 544…

231
00:16:42,800 --> 00:16:46,120
Dia benar-benar mahu pergi ke Alba Iulia.

232
00:16:47,400 --> 00:16:52,040
Perjalanan ke Alba Iulia sangat teruk.

233
00:16:52,120 --> 00:16:54,600
Tak ramai orang di Bacău

234
00:16:54,680 --> 00:16:58,120
yang sanggup bawa bendera
dan naik kereta api ke Alba Iulia

235
00:16:58,200 --> 00:17:01,360
pada 1 Disember ketika cuaca sangat sejuk.

236
00:17:02,480 --> 00:17:06,360
Bangun, orang Romania

237
00:17:06,440 --> 00:17:10,400
Daripada tidur lenamu

238
00:17:13,800 --> 00:17:16,840
Dia telefon kami. Dia sangat teruja.

239
00:17:17,920 --> 00:17:20,880
Dia tak boleh tidur malam itu.

240
00:17:21,800 --> 00:17:24,640
Dia nyanyi lagu kebangsaan Romania

241
00:17:24,720 --> 00:17:27,080
sepanjang perjalanan ke Alba Iulia.

242
00:17:28,680 --> 00:17:31,280
Dia kata, "Mak, saya akan sertai
perarakan besar.

243
00:17:31,360 --> 00:17:34,200
Saya akan berada
dalam kalangan orang ramai!"

244
00:17:37,800 --> 00:17:40,280
Tahun ini, seluruh Romania menuju
ke Alba Iulia…

245
00:17:40,360 --> 00:17:41,400
ENTRI BLOG
- YIN YUGUO

246
00:17:41,480 --> 00:17:44,680
…untuk ulang tahun ke-100 penyatuan.

247
00:17:44,760 --> 00:17:49,320
Aku bernasib baik dapat menyertai
dan merekodkan sambutan ini.

248
00:17:56,120 --> 00:17:58,880
Dirgahayu Romaniaku!

249
00:17:58,960 --> 00:18:02,360
Saya jumpa Yuguo di Alba Iulia.

250
00:18:02,440 --> 00:18:04,960
Dia pakai lebih banyak
bendera berbanding kami.

251
00:18:05,600 --> 00:18:10,560
Dia sangat beremosi dan gembira.
Dia kata, "Mari raikan bersama!"

252
00:18:12,480 --> 00:18:15,360
Aku tak risau rasa sunyi lagi.

253
00:18:16,120 --> 00:18:21,040
Orang di sini mengalu-alukanku.
Mereka bantu dan percayakanku,

254
00:18:21,120 --> 00:18:24,600
walaupun aku tak buat apa-apa
yang berguna untuk negara mereka,

255
00:18:25,840 --> 00:18:29,000
selain menunjukkan rasa cinta.

256
00:18:30,400 --> 00:18:31,240
Ya?

257
00:18:31,320 --> 00:18:32,720
Kenapa awak datang hari ini?

258
00:18:32,800 --> 00:18:35,040
Saya suka budaya dan sastera Romania.

259
00:18:35,120 --> 00:18:37,320
Saya datang untuk raikan
dengan semua orang.

260
00:18:37,400 --> 00:18:39,080
Selamat hari jadi, Romania.

261
00:18:39,160 --> 00:18:42,280
Saya doakan masa depan yang cerah
untuk Romania dan rakyatnya.

262
00:18:42,360 --> 00:18:43,360
Awak dari mana?

263
00:18:43,440 --> 00:18:45,120
China. Ya.

264
00:18:45,920 --> 00:18:48,560
Bagi seseorang yang datang dari jauh…

265
00:18:48,640 --> 00:18:50,040
PESERTA SAMBUTAN DI ALBA IULIA

266
00:18:50,120 --> 00:18:53,720
…dan mendoakan kebaikan untuk kita…

267
00:18:54,840 --> 00:18:57,240
Entahlah. Itu tak pernah berlaku.

268
00:18:58,760 --> 00:19:02,200
Mereka menjemput aku makan
makanan tradisional Romania.

269
00:19:02,280 --> 00:19:05,480
Mereka berbual
dan menganggap aku kawan mereka.

270
00:19:10,200 --> 00:19:12,000
Aku sangat gembira malam itu.

271
00:19:14,400 --> 00:19:17,040
FESTIVAL 100 TAHUN ROMANIA
2 DISEMBER 2018 ALBA IULIA

272
00:19:30,480 --> 00:19:34,120
Ini dia. Artikel pertamanya
yang diterbitkan.

273
00:19:35,280 --> 00:19:40,360
"1 Disember, Alba Iulia" oleh Yin Yuguo.

274
00:19:49,200 --> 00:19:52,120
Apabila aku gembira,
aku suka pergi ke taman.

275
00:19:53,600 --> 00:19:57,920
Kedaulatan taman utama
di Bacău ini kepunyaan burung gagak.

276
00:19:58,000 --> 00:19:58,960
ENTRI BLOG
YIN YUGUO

277
00:19:59,040 --> 00:20:01,920
Bunyi sayap berkibas-kibas tanpa henti.

278
00:20:14,880 --> 00:20:18,800
Aku rasa seperti naga itu
telah menemui tempatnya.

279
00:20:28,720 --> 00:20:33,520
Masih banyak yang aku mahu teroka,
lihat dan temui.

280
00:20:35,680 --> 00:20:40,880
Namun, aku ada banyak masa
dan tenaga yang tiada had.

281
00:21:01,440 --> 00:21:07,440
Saya jumpa Yin Yuguo pada 4 Januari 2019.

282
00:21:08,520 --> 00:21:10,480
Dia datang melawat muzium

283
00:21:12,000 --> 00:21:14,800
dan pada akhir lawatan berpandu,

284
00:21:15,320 --> 00:21:18,600
dia mahu tulis sesuatu dalam buku pelawat

285
00:21:18,680 --> 00:21:23,280
dan disebabkan dia tinggi,
dia pun melutut.

286
00:21:23,360 --> 00:21:28,120
Ia saat yang luar biasa.

287
00:21:28,200 --> 00:21:33,480
Ia kelihatan seperti berdoa
untuk sejarah tempat ini,

288
00:21:33,560 --> 00:21:36,200
jadi saya minta kebenaran
untuk tangkap gambar.

289
00:21:38,280 --> 00:21:42,240
Kemudian, gambar itu, malangnya,

290
00:21:42,880 --> 00:21:46,120
menjadi gambar yang polis guna
untuk kenal pasti dia

291
00:21:46,200 --> 00:21:48,920
selepas tragedi itu berlaku.

292
00:21:57,240 --> 00:22:02,040
Pada malam Jumaat, dia beritahu saya
dia mahu melawat Kubu Neamt.

293
00:22:02,120 --> 00:22:07,120
Saya melarang dia pergi
sebab ada banyak amaran cuaca.

294
00:22:08,320 --> 00:22:12,960
Namun, dia tetap nak pergi.
Dia naik kereta api.

295
00:22:13,880 --> 00:22:18,240
Di sebuah stesen, kereta api tak bergerak
lebih lama daripada biasa.

296
00:22:19,640 --> 00:22:24,880
Tanpa cara mendapat maklumat,
Yuguo menjadi panik.

297
00:22:25,800 --> 00:22:29,360
Dia fikir dia patut turun di situ.

298
00:22:31,400 --> 00:22:34,320
Dia putuskan untuk melompat
semasa kereta api hampir bergerak.

299
00:22:34,880 --> 00:22:36,800
Dia buka pintu,

300
00:22:37,560 --> 00:22:40,560
nampak salji di seluruh tempat

301
00:22:41,560 --> 00:22:46,760
dan tanpa mengetahui
ada batu penanda jarak di sebalik salji,

302
00:22:47,960 --> 00:22:50,680
kepalanya terhentak di situ.

303
00:22:51,560 --> 00:22:54,520
Dia mati serta-merta.

304
00:23:17,880 --> 00:23:22,120
Saya masih ingat awak bermain
di dalam tab mandi semasa kecil.

305
00:23:23,200 --> 00:23:25,240
Air terpercik ke merata tempat

306
00:23:25,320 --> 00:23:28,560
dan seluruh ruang bilik dipenuhi
gelak tawa awak.

307
00:23:29,560 --> 00:23:33,480
Awak kata, "Saya rasa permulaan
alam semesta ialah abu.

308
00:23:35,160 --> 00:23:39,880
Bumi ialah abu Matahari,
Matahari ialah abu galaksi.

309
00:23:39,960 --> 00:23:42,400
Semuanya abu."

310
00:23:45,520 --> 00:23:47,640
Awak berusia lima tahun.

311
00:24:09,320 --> 00:24:11,880
Saya tak mampu tersenyum lagi.

312
00:24:15,840 --> 00:24:19,560
Jika wujud alam semesta selari,

313
00:24:20,440 --> 00:24:24,560
saya harap dia wujud
dan mengejar impiannya.

314
00:24:26,480 --> 00:24:30,200
Saya harap dia sihat
dan gembira dalam dunia itu,

315
00:24:31,400 --> 00:24:34,720
menjalani kehidupan yang dia mahu.

316
00:24:47,960 --> 00:24:50,920
Saya mesti belajar menjadi tabah.

317
00:24:57,960 --> 00:25:02,440
Ramai yang bertanya sama ada
kami menyesal melepaskan dia pergi.

318
00:25:03,480 --> 00:25:06,360
Tidak. Kami tak menyesal.

319
00:25:09,080 --> 00:25:13,320
Harapan terbesar ibu bapa

320
00:25:13,400 --> 00:25:17,160
adalah melihat anak mereka
merealisasikan impian.

321
00:25:19,840 --> 00:25:24,920
Jika kita takut mengejar impian,
kita takkan dapat capai apa-apa.

322
00:25:27,520 --> 00:25:30,160
Bacău ialah rumahnya.

323
00:25:32,280 --> 00:25:35,560
Sebab dia habiskan 80 hari
yang bahagia di sana.

324
00:25:35,640 --> 00:25:39,880
Sebab dia habiskan 80 hari
yang sangat bahagia di sana.

325
00:25:49,880 --> 00:25:54,400
Dia kata, "Mak, saya bermimpi
saya seekor naga yang terbang di udara.

326
00:25:57,120 --> 00:25:59,240
Namun, saya mati. Jantung saya ditikam.

327
00:26:00,400 --> 00:26:04,120
Saya jatuh dari langit dan daging saya
diagihkan kepada orang ramai."

328
00:26:05,520 --> 00:26:07,800
Dia kata mimpi itu buat dia gembira.

329
00:26:22,240 --> 00:26:25,440
Pada 15 Mac 2019,
hari dia sepatutnya masuk 17 tahun,

330
00:26:25,520 --> 00:26:28,440
Yuguo diisytiharkan
sebagai rakyat kehormat Bacău.

331
00:26:30,440 --> 00:26:33,720
Ibu bapa Yuguo menubuhkan biasiswa
di Universiti Bacău

332
00:26:33,800 --> 00:26:37,320
atas nama anak mereka, untuk diberikan
kepada pelajar sastera yang cemerlang.

333
00:26:37,400 --> 00:26:39,240
Mereka rancang untuk taja seumur hidup.

334
00:26:41,360 --> 00:26:44,680
DIDEDIKASIKAN KEPADA YUGUO
DAN IBU BAPANYA YANG PENYAYANG

335
00:28:15,160 --> 00:28:20,160
Terjemahan sari kata oleh Aisyah S



