1
00:00:02,000 --> 00:00:07,000
Downloaded from
YTS.MX

2
00:00:08,000 --> 00:00:13,000
Official YIFY movies site:
YTS.MX

3
00:00:16,041 --> 00:00:23,041
A VAMPIRE IN THE FAMILY

4
00:00:24,166 --> 00:00:27,458
Dah sedia?
Kita dah bersiaran! Helo, semua!

5
00:00:27,541 --> 00:00:31,041
Selamat datang
ke audio siar paling popular di Brazil.

6
00:00:31,125 --> 00:00:36,625
Saya Fernandinho Tramontina,
dan ini Rembat Bola Itu, Fernandinho!

7
00:00:38,083 --> 00:00:41,458
REMBAT BOLA ITU, FERNANDINHO!

8
00:00:41,541 --> 00:00:43,375
Hei, Ameba!

9
00:00:43,458 --> 00:00:46,541
- Pintu garaj terbuka.
- Maaf, Fernandinho.

10
00:00:46,625 --> 00:00:49,000
- Apa ini, Ameba?
- Fokus!

11
00:00:49,083 --> 00:00:50,291
Teruskan.

12
00:00:50,375 --> 00:00:51,958
Anda boleh tanya soalan.

13
00:00:52,041 --> 00:00:53,166
Kita ada soalan?

14
00:00:53,250 --> 00:00:54,833
Oh, ada satu soalan.

15
00:00:54,916 --> 00:00:56,666
- Daripada Batista.
- Hei.

16
00:00:56,750 --> 00:01:02,541
"Claudionor, pernahkah awak terlepas
buat jaringan atau jual perlawanan

17
00:01:02,625 --> 00:01:04,875
macam Fernandinho?"

18
00:01:04,958 --> 00:01:06,000
Dengar sini.

19
00:01:06,083 --> 00:01:10,083
Seumur hidup,
saya tak pernah jual perlawanan.

20
00:01:10,166 --> 00:01:14,041
Ada nyamuk masuk lubang hidung saya
semasa saya nak jaringkan gol.

21
00:01:14,125 --> 00:01:18,333
Ya, kami kalah perlawanan akhir itu.
Itulah yang berlaku.

22
00:01:18,416 --> 00:01:20,958
Ameba, mainkan pita itu. Biar saya tunjuk.

23
00:01:21,041 --> 00:01:22,750
- Lagi?
- Ini audio siar saya.

24
00:01:22,833 --> 00:01:25,458
Kalau tak suka,
buatlah audio siar sendiri.

25
00:01:25,541 --> 00:01:28,791
Ameba, mainkannya.
Ketika ini, saya dapat bola.

26
00:01:28,875 --> 00:01:30,791
- Tengok saya menggelecek.
- Wah!

27
00:01:30,875 --> 00:01:31,708
Kawal bola.

28
00:01:31,791 --> 00:01:33,083
Saya sangat lincah.

29
00:01:33,166 --> 00:01:35,583
Saya berlari sambil kawal bola.

30
00:01:35,666 --> 00:01:37,208
Saya gelecek penjaga gol.

31
00:01:37,291 --> 00:01:39,708
Pintu gol ternganga. Saya nak rembat.

32
00:01:39,791 --> 00:01:41,625
Dia merembat dan…

33
00:01:41,708 --> 00:01:44,291
Mainkan semula dalam gerakan perlahan.

34
00:01:44,375 --> 00:01:47,125
Masa inilah nyamuk itu masuk hidung saya.

35
00:01:47,208 --> 00:01:49,083
- Tersasar.
- Tak nampak pun.

36
00:01:49,750 --> 00:01:55,041
Ini bukti saya tak pernah khianati Vasco!
Tidak sama sekali!

37
00:01:55,125 --> 00:01:56,916
Tolonglah, Fernandinho.

38
00:01:57,000 --> 00:01:59,625
Musim berikutnya,
awak main untuk Flamengo.

39
00:01:59,708 --> 00:02:01,625
Ameba, soalan seterusnya.

40
00:02:01,708 --> 00:02:05,625
- Jumpa nanti, Fernandinho.
- Di luar, panggil saya Encik Fernando.

41
00:02:05,708 --> 00:02:06,958
Maaf, Fernandinho.

42
00:02:07,041 --> 00:02:08,166
Eh! Encik Fernando.

43
00:02:09,916 --> 00:02:11,500
Sayang, di mana Neymar?

44
00:02:11,583 --> 00:02:14,291
Jangan marah, tapi Chicão tak jemput dia.

45
00:02:14,375 --> 00:02:17,458
Awak dah janji dengan Monica
yang Neymar akan datang!

46
00:02:17,541 --> 00:02:18,375
Saya tahu.

47
00:02:18,458 --> 00:02:21,875
- Semua orang tunggu.
- Ya, saya tahu. Saya minta maaf.

48
00:02:21,958 --> 00:02:24,583
Dahlah dia tak suka
trufel pisang hijau itu.

49
00:02:24,666 --> 00:02:27,958
- Dia takkan ingat.
- Dah seminggu dia cakap pasal ini.

50
00:02:28,041 --> 00:02:30,416
- Nanti dia lupalah.
- Neymar tak datang?

51
00:02:30,500 --> 00:02:32,875
Saya nak buat video TikTok dengan dia!

52
00:02:32,958 --> 00:02:36,791
Buatlah dengan ayah.
Ayah bekas pemain bola sepak terkenal.

53
00:02:36,875 --> 00:02:39,791
Ayah, itu dulu.
Lagipun, siapa nak tengok ayah?

54
00:02:40,541 --> 00:02:42,916
Itulah dia perangai anak perempuan.

55
00:02:43,000 --> 00:02:45,291
- Pergi panggil seorang lagi.
- Okey.

56
00:02:45,375 --> 00:02:47,375
Saya nak berus gigi dulu.

57
00:02:49,458 --> 00:02:50,500
Hai, sayang.

58
00:02:51,333 --> 00:02:52,458
Semua okey?

59
00:02:53,125 --> 00:02:54,000
Yakah?

60
00:02:54,083 --> 00:02:56,000
Hari dah nak senja.

61
00:02:56,500 --> 00:02:58,666
Semua orang tunggu kamu di bawah.

62
00:02:59,625 --> 00:03:01,500
Kamu tak dengarkah?

63
00:03:03,583 --> 00:03:05,708
Itu saja jawapan kamu?

64
00:03:06,791 --> 00:03:09,333
Carol, ayah cakap dengan kamu ini.

65
00:03:09,416 --> 00:03:11,166
Turunlah sekejap.

66
00:03:11,250 --> 00:03:14,583
Tak nak! Saya tak suka parti hari jadi.

67
00:03:14,666 --> 00:03:17,416
- Lagi-lagi yang ada trufel labu siam.
- Jijik.

68
00:03:17,500 --> 00:03:19,166
Terima kasih beritahu.

69
00:03:20,583 --> 00:03:25,708
Bila kamu nak buang poster hantu ini?

70
00:03:25,791 --> 00:03:27,708
Saya dah cakap itu bukan hantu.

71
00:03:27,791 --> 00:03:30,916
Ayah rindu poster Dora the Explorer itu.

72
00:03:31,000 --> 00:03:33,250
- Yang ayah hadiahkan itu.
- Saya dah besar.

73
00:03:33,333 --> 00:03:36,416
Tampallah yang elok sikit.
Poster ini menakutkan.

74
00:03:36,500 --> 00:03:39,250
- Kita boleh rasa aura jahatnya…
- Ayah.

75
00:03:39,333 --> 00:03:42,833
Itu Ravengorok.
Dia watak baik dalam Hayu Mokusha.

76
00:03:42,916 --> 00:03:45,875
Sayang, tolonglah. Turunlah sekejap.

77
00:03:45,958 --> 00:03:48,083
Yalah, nanti saya turun.

78
00:03:48,166 --> 00:03:49,750
Yalah itu.

79
00:03:49,833 --> 00:03:51,333
Ayah turun dulu.

80
00:03:52,083 --> 00:03:55,875
Kuat betul aura jahatnya.
Boleh demam ayah dibuatnya.

81
00:03:56,541 --> 00:03:57,416
Ayah tunggu.

82
00:04:05,208 --> 00:04:07,958
Hei! Jangan main benda itu!

83
00:04:08,041 --> 00:04:10,958
Ini hasil kerja keras, bukan mainan!

84
00:04:11,041 --> 00:04:12,958
Jangan usik barang orang.

85
00:04:13,041 --> 00:04:14,791
- Ini piala saya.
- Sayang!

86
00:04:14,875 --> 00:04:16,875
- Ya, sayang.
- Carol tak turun?

87
00:04:16,958 --> 00:04:18,291
Saya dah ajak.

88
00:04:18,375 --> 00:04:21,125
Kadang-kadang, saya tak faham dia.

89
00:04:21,208 --> 00:04:23,166
Entah apa salah saya.

90
00:04:23,250 --> 00:04:25,041
Jom! Kita nak potong kek.

91
00:04:25,125 --> 00:04:27,791
- Ada orang datang.
- Saya nak potong kek.

92
00:04:27,875 --> 00:04:30,875
Dah malam baru nak datang.

93
00:04:30,958 --> 00:04:33,208
Mentang-mentanglah makan percuma.

94
00:04:33,291 --> 00:04:34,625
Tak tahu malu.

95
00:04:37,041 --> 00:04:38,291
Seram sejuk.

96
00:04:39,500 --> 00:04:40,666
Oh, Tuhan!

97
00:04:43,208 --> 00:04:44,166
Peliknya.

98
00:04:48,833 --> 00:04:50,083
Selamat petang.

99
00:04:50,166 --> 00:04:52,291
Awak tak cam saya?

100
00:04:52,375 --> 00:04:53,916
Sejujurnya…

101
00:04:54,875 --> 00:04:56,666
Maaf, saya tak cam awak.

102
00:04:58,666 --> 00:05:00,125
Ini sayalah, bang!

103
00:05:00,958 --> 00:05:02,583
- Gregório?
- Ya, saya!

104
00:05:02,666 --> 00:05:04,791
- Lama tak jumpa!
- Cium pipi?

105
00:05:05,833 --> 00:05:07,750
Semuanya baik-baik saja.

106
00:05:09,000 --> 00:05:10,000
Boleh saya masuk?

107
00:05:10,083 --> 00:05:12,583
Apa? Masuklah.

108
00:05:12,666 --> 00:05:13,750
Masuk, Gregório.

109
00:05:15,833 --> 00:05:16,708
Silakan.

110
00:05:19,583 --> 00:05:21,375
Tak payahlah cium.

111
00:05:21,458 --> 00:05:23,166
Jom potong kek.

112
00:05:23,250 --> 00:05:24,916
- Sekejap.
- Okey, jomlah.

113
00:05:27,458 --> 00:05:29,166
Gregório?

114
00:05:29,875 --> 00:05:31,416
Adik!

115
00:05:31,500 --> 00:05:34,125
Oh, Tuhan! Tak sangka kamu datang!

116
00:05:34,791 --> 00:05:36,791
- Saya pun.
- Wah!

117
00:05:36,875 --> 00:05:38,416
Nanti kita potong kek.

118
00:05:38,500 --> 00:05:39,750
Dengar sini, semua.

119
00:05:39,833 --> 00:05:42,750
Sekejap lagi kita potong kek.
Ada tetamu istimewa.

120
00:05:42,833 --> 00:05:46,791
Kenalkan adik kesayangan saya, Gregório.

121
00:05:46,875 --> 00:05:48,458
Tapi dia lebih tinggi.

122
00:05:48,541 --> 00:05:51,000
Kenalkan adik ipar saya, Gregório.

123
00:05:51,083 --> 00:05:54,333
Dah lima tahun
dia menghilang tanpa berita.

124
00:05:54,416 --> 00:05:56,416
Ada banyak cerita dia nak kongsi.

125
00:05:56,500 --> 00:05:58,625
Kami nak dengar semuanya.

126
00:05:58,708 --> 00:06:00,958
- Ceritalah!
- Pak Cik Greg?

127
00:06:01,041 --> 00:06:03,375
- Hai, pak cik!
- Carol!

128
00:06:03,458 --> 00:06:06,041
- Saya rindu pak cik!
- Kamu dah besar.

129
00:06:06,125 --> 00:06:08,000
- Dah remaja.
- Dia masih kecil.

130
00:06:08,083 --> 00:06:10,208
Tahniah! Cantik anak dara abang.

131
00:06:10,291 --> 00:06:11,833
- Terima kasih.
- Aduh, terkehel!

132
00:06:11,916 --> 00:06:13,791
Fernandinho, tunggu apa lagi?

133
00:06:13,875 --> 00:06:16,208
- Ambilkan dia air.
- Beg galas saya.

134
00:06:16,291 --> 00:06:17,625
Ambil beg galas dia.

135
00:06:17,708 --> 00:06:20,000
Greg tetamu kita.

136
00:06:20,083 --> 00:06:22,250
- Kakak nak dengar semunya.
- Okey.

137
00:06:22,333 --> 00:06:25,166
- Ke mana kamu menghilang?
- Meriahnya malam ini.

138
00:06:25,250 --> 00:06:27,750
- Saya akan cerita semua.
- Kacaknya kamu!

139
00:06:27,833 --> 00:06:30,000
- Oh, Tuhan!
- Apa benda ini?

140
00:06:30,083 --> 00:06:33,708
Kamu bawa mayatkah? Beratnya beg ini!

141
00:06:33,791 --> 00:06:35,000
Sekejap.

142
00:06:35,083 --> 00:06:36,666
- Tolonglah.
- Fernandinho…

143
00:06:36,750 --> 00:06:38,666
- Jangan mengada-ngada.
- Aduhai.

144
00:06:38,750 --> 00:06:41,166
Boleh buasir dibuatnya! Dah terkeluar!

145
00:06:41,250 --> 00:06:43,500
Bukan soal kuat atau tidak!

146
00:06:43,583 --> 00:06:45,000
Tak guna.

147
00:06:45,083 --> 00:06:46,333
Geramnya aku.

148
00:06:46,416 --> 00:06:47,583
- Ibiza okey.
- Ya.

149
00:06:47,666 --> 00:06:49,708
Saya jadi DJ di banyak kelab.

150
00:06:49,791 --> 00:06:51,833
Seronok. Banyak prospek.

151
00:06:51,916 --> 00:06:53,541
Meriah dan gajinya lumayan.

152
00:06:53,625 --> 00:06:55,416
Teka siapa saya jumpa di sana?

153
00:06:55,500 --> 00:06:57,458
David Guetta. Dia sangat hebat.

154
00:06:57,541 --> 00:06:59,875
Saya suka dia! Ada gambar dengan dia?

155
00:06:59,958 --> 00:07:03,625
Tiada. Pak cik tak suka ambil gambar.

156
00:07:03,708 --> 00:07:04,708
Kenapa?

157
00:07:05,375 --> 00:07:08,458
Polis cari kamu?
Kamu penjenayah dikehendaki?

158
00:07:08,541 --> 00:07:09,916
- Fernandinho.
- Apa?

159
00:07:10,000 --> 00:07:11,666
Swafoto pun tak suka?

160
00:07:11,750 --> 00:07:13,583
- Tak.
- Macam ini?

161
00:07:13,666 --> 00:07:16,791
Tak, swafoto pun tiada.
Telefon saya tiada kamera.

162
00:07:16,875 --> 00:07:19,250
Raja dadah saja guna telefon macam itu.

163
00:07:19,333 --> 00:07:20,333
Fernandinho!

164
00:07:20,416 --> 00:07:22,458
- Ya?
- Dahlah itu. Cukup.

165
00:07:22,541 --> 00:07:25,250
Gurau saja! Abang bergurau saja, dik.

166
00:07:25,333 --> 00:07:27,208
Cukup, Fernandinho.

167
00:07:27,291 --> 00:07:30,500
Betul, bukan?
Dah lima tahun dia hilang tanpa berita.

168
00:07:30,583 --> 00:07:33,333
Tiba-tiba saja,
macam angin kentut yang lalu.

169
00:07:33,416 --> 00:07:35,208
Langsung tiada berita.

170
00:07:35,291 --> 00:07:38,875
Dia tak bergambar, bersosial
dan guna telefon zaman batu.

171
00:07:38,958 --> 00:07:40,125
Mujur tiada butang dail.

172
00:07:41,291 --> 00:07:42,750
Tahu telefon itu?

173
00:07:42,833 --> 00:07:44,958
- Pelik, bukan?
- Fernandinho.

174
00:07:45,041 --> 00:07:46,750
Janganlah rosakkan suasana.

175
00:07:46,833 --> 00:07:49,833
Relakslah.
Semua orang nak dengar cerita dia.

176
00:07:49,916 --> 00:07:52,041
Tak apa, kak. Betul cakap abang.

177
00:07:52,125 --> 00:07:53,916
- Betullah itu.
- Terima kasih.

178
00:07:54,000 --> 00:07:55,000
Saya minta maaf.

179
00:07:55,083 --> 00:07:58,333
Dah bertahun-tahun saya hilang
dan tak tanya khabar,

180
00:07:58,416 --> 00:08:01,041
tapi impian saya mengembara
ke serata dunia.

181
00:08:01,125 --> 00:08:05,083
Saya nak hidup bebas tanpa komitmen.
Saya nakkan pengalaman itu.

182
00:08:05,166 --> 00:08:07,125
Itulah impian saya.

183
00:08:07,208 --> 00:08:08,833
Saya pun sama.

184
00:08:08,916 --> 00:08:10,458
Sejak bila?

185
00:08:10,541 --> 00:08:13,375
Sayang, salahkah saya pasang impian?
Salah?

186
00:08:13,458 --> 00:08:16,750
- Apa negara kegemaran pak cik?
- Romania.

187
00:08:16,833 --> 00:08:19,458
- Peliknya.
- Kakak teringin nak ke Romania.

188
00:08:19,541 --> 00:08:20,916
Boleh kita pergi, ayah?

189
00:08:21,000 --> 00:08:22,458
Kita pergi Beto Carrero.

190
00:08:22,541 --> 00:08:24,916
Dekat sikit. Lagipun, ada kereta api…

191
00:08:26,791 --> 00:08:28,041
Roller-coaster…

192
00:08:28,666 --> 00:08:29,875
Apa ada di Romania?

193
00:08:29,958 --> 00:08:33,458
Pernah nampak iklan percutian ke Romania?
"Lawat Romania!"

194
00:08:33,541 --> 00:08:36,500
Pernah nampak kemeja-T
"Saya suka Romania"? Pernah?

195
00:08:36,583 --> 00:08:40,833
Pemandangan di Romania
antara yang tercantik di atas muka bumi.

196
00:08:40,916 --> 00:08:42,375
Bar-barnya pun meriah.

197
00:08:42,458 --> 00:08:44,375
Oh, ya! Ada satu lagi.

198
00:08:44,958 --> 00:08:48,166
Perempuan Romania cantik
macam perempuan Brazil.

199
00:08:50,333 --> 00:08:51,666
Amboi, manisnya mulut!

200
00:08:51,750 --> 00:08:54,708
Sejak kecil lagi dia memang macam itu.

201
00:08:54,791 --> 00:08:56,541
Dia memang kaki perempuan.

202
00:08:56,625 --> 00:08:59,541
Samalah! Saya pun kaki perempuan.

203
00:08:59,625 --> 00:09:01,833
- Saya pernah…
- Tak.

204
00:09:01,916 --> 00:09:03,833
Tak, awak kaki temberang.

205
00:09:03,916 --> 00:09:07,041
Kenapa dia kaki perempuan,
tapi saya kaki temberang?

206
00:09:07,125 --> 00:09:08,041
Saya tak faham.

207
00:09:08,125 --> 00:09:10,375
- Kamu lapar?
- Itu labu siam?

208
00:09:10,458 --> 00:09:12,791
- Tak, ini keju.
- Okey, saya nak satu.

209
00:09:13,375 --> 00:09:15,083
- Keju kambing?
- Tauhu.

210
00:09:15,166 --> 00:09:17,250
Saya dah cakap, bukan?

211
00:09:17,333 --> 00:09:20,333
- Saya dah pesan…
- Jangan ludah ke dalam kolam!

212
00:09:20,416 --> 00:09:21,833
Menjijikkan betul.

213
00:09:21,916 --> 00:09:24,208
- Tauhu?
- Ya, sedap.

214
00:09:24,291 --> 00:09:25,833
- Tak sedap.
- Sedapnya.

215
00:09:25,916 --> 00:09:26,958
- Saya suka.
- Ya.

216
00:09:27,041 --> 00:09:30,166
Saya dah cerita
pengembaraan itu ubah diet saya?

217
00:09:30,250 --> 00:09:31,708
- Tak.
- Saya jadi vegan.

218
00:09:31,791 --> 00:09:32,791
Vegan?

219
00:09:32,875 --> 00:09:37,500
Saya sedar binatang pun ada hak
untuk hidup macam manusia.

220
00:09:37,583 --> 00:09:39,208
Wah!

221
00:09:39,291 --> 00:09:41,208
- Alahai…
- Adik saya memang…

222
00:09:41,291 --> 00:09:43,458
Tolonglah! Vegan konon…

223
00:09:43,541 --> 00:09:45,916
Saya nak pesan burger. Siapa nak?

224
00:09:46,000 --> 00:09:47,958
- Saya nak burger.
- Tak payah.

225
00:09:48,041 --> 00:09:50,458
Bagusnya! Kamu dah jadi vegan!

226
00:09:50,541 --> 00:09:54,875
Sayang, berapa lama adik awak
akan menumpang di sini?

227
00:09:54,958 --> 00:09:57,208
Sayang, janganlah perli dia.

228
00:09:57,291 --> 00:09:59,666
Apa? Bila masa saya perli dia?

229
00:09:59,750 --> 00:10:03,625
Greg lelaki yang baik hati,
budiman, suka mengembara dan kacak.

230
00:10:03,708 --> 00:10:08,583
Pernahkah dia jaringkan tiga gol
dalam perlawanan akhir?

231
00:10:09,541 --> 00:10:11,166
- Tak pernah.
- Tahu pun.

232
00:10:11,250 --> 00:10:12,916
- Awak pun hebat.
- Yakah?

233
00:10:15,291 --> 00:10:18,375
Jangan risau.
Greg kata beberapa hari saja.

234
00:10:18,458 --> 00:10:21,708
Sementara dia cari rumah,
pangsapuri atau studio.

235
00:10:21,791 --> 00:10:24,750
- Saya tak nak buat.
- Saya betulkan talinya saja.

236
00:10:25,875 --> 00:10:28,458
Awak takkan perasan pun dia ada di sini.

237
00:10:30,125 --> 00:10:30,958
Awak pasti?

238
00:11:03,166 --> 00:11:04,000
Hei!

239
00:11:04,083 --> 00:11:06,583
Abang, saya pinjam kereta malam ini.

240
00:11:06,666 --> 00:11:08,208
Apa? Itu kereta abang!

241
00:11:14,541 --> 00:11:15,541
Terima kasih!

242
00:11:16,458 --> 00:11:18,916
Vanessa, boleh panggilkan Uber?

243
00:11:32,208 --> 00:11:34,000
Tak ketatkah kemeja itu?

244
00:11:37,541 --> 00:11:38,708
Tolonglah, ayah!

245
00:11:40,375 --> 00:11:42,375
Ayah hebat, bukan?

246
00:11:48,958 --> 00:11:52,375
- Main burger-burger!
- Burger!

247
00:11:52,458 --> 00:11:55,291
Jom, semua!

248
00:12:10,291 --> 00:12:11,625
Cari siapa?

249
00:12:11,708 --> 00:12:14,125
Terperanjat saya!

250
00:12:14,208 --> 00:12:15,083
Oh, Tuhan.

251
00:12:15,625 --> 00:12:16,541
Siapa?

252
00:12:17,166 --> 00:12:18,208
Apa ini, Michele?

253
00:12:18,291 --> 00:12:20,125
Sayalah! Awak tak nampakkah?

254
00:12:20,208 --> 00:12:21,875
Ya, saya nampak awak.

255
00:12:21,958 --> 00:12:25,250
Yang saya tak nampak
ialah kenaikan elaun nafkah anak.

256
00:12:25,333 --> 00:12:29,333
Kenaikan apa lagi, Michele?
Beritahu Carol saya dah sampai.

257
00:12:29,416 --> 00:12:32,000
Tunggulah surat daripada peguam saya.

258
00:12:32,083 --> 00:12:34,833
Memalukan! Nafkah anak pun culas.

259
00:12:35,541 --> 00:12:37,666
Eh, banyak bunyi pula dia ini!

260
00:12:37,750 --> 00:12:41,458
Pertama, saya tak culas.
Setiap tahun dia minta kenaikan.

261
00:12:41,541 --> 00:12:43,583
Lagipun, ini bukan urusan awak.

262
00:12:43,666 --> 00:12:47,958
Tanda pagar hormat tukang sapu,
bandar bersih dan kerja bermaruah.

263
00:12:48,041 --> 00:12:51,500
Mengaku sajalah, Fernandinho.
Awak nak balik dengan saya.

264
00:12:51,583 --> 00:12:55,000
Saya cuma nak balik bola
yang ada autograf Pele itu.

265
00:12:55,083 --> 00:12:57,708
- Kebetulan…
- Itu bukan bola awak.

266
00:12:57,791 --> 00:12:59,500
Inikah bolanya?

267
00:12:59,583 --> 00:13:01,125
Ya, itulah bola saya…

268
00:13:01,208 --> 00:13:03,166
Tambah nafkah, baru saya bagi.

269
00:13:03,250 --> 00:13:04,958
Saya dah tambah lima kali!

270
00:13:05,041 --> 00:13:06,583
Tambah lagi.

271
00:13:06,666 --> 00:13:09,791
Tak sedar diuntung!
Dia yang lahirkan anak awak.

272
00:13:09,875 --> 00:13:12,166
Apa kata awak pergi sapu mulut…

273
00:13:12,250 --> 00:13:13,916
Pergi sapu jauh-jauh.

274
00:13:14,000 --> 00:13:16,833
- Sayang! Itu pun anak ayah.
- Jom, ayah.

275
00:13:17,916 --> 00:13:19,625
Dia anak yang penyayang.

276
00:13:24,875 --> 00:13:28,125
Kemunculan gejala aneh
di Rio membingungkan para doktor.

277
00:13:28,208 --> 00:13:30,833
Beberapa orang pesakit,
kebanyakannya wanita,

278
00:13:30,916 --> 00:13:35,125
mengalami kelesuan, anemia
dan kehilangan darah.

279
00:13:35,208 --> 00:13:36,875
Salah seorangnya ialah Luci.

280
00:13:36,958 --> 00:13:39,166
Dia mula berkelakuan pelik.

281
00:13:39,250 --> 00:13:42,958
Kami telah menemu bual waris Luci
yang enggan dikenali.

282
00:13:43,041 --> 00:13:44,750
Semua orang risau.

283
00:13:44,833 --> 00:13:47,708
- Luci jadi…
- Tukar saluran.

284
00:13:48,625 --> 00:13:49,916
Hai, sayang.

285
00:13:50,000 --> 00:13:51,750
- Hei.
- Awak nampak cantik.

286
00:13:51,833 --> 00:13:54,458
- Terima kasih.
- Kita makan apa malam ini?

287
00:13:54,541 --> 00:13:56,083
Makanan vegan sejuk beku.

288
00:13:58,875 --> 00:14:01,416
- Apa?
- Tiada makanan lainkah?

289
00:14:01,500 --> 00:14:04,875
Ia kurang mendapat sambutan
dan peti ais dah penuh.

290
00:14:04,958 --> 00:14:07,541
Kalau makan dua tiga pek seorang,
cepat sikit habis.

291
00:14:07,625 --> 00:14:08,708
Yalah.

292
00:14:08,791 --> 00:14:12,250
Oh, ya! Tiba-tiba, saya terfikir.

293
00:14:12,333 --> 00:14:14,833
Nama "Go For It" agak hambar.

294
00:14:14,916 --> 00:14:16,708
Taklah, itu idea Greg.

295
00:14:16,791 --> 00:14:18,875
- Saya suka.
- Oh, idea Greg.

296
00:14:18,958 --> 00:14:20,541
Di mana dia?

297
00:14:20,625 --> 00:14:21,708
Tidur.

298
00:14:21,791 --> 00:14:23,791
Vanessa, cuba beritahu saya.

299
00:14:23,875 --> 00:14:26,166
Adik awak asyik makan dan tidur saja.

300
00:14:26,250 --> 00:14:28,500
Dia tidur sepanjang siang.

301
00:14:28,583 --> 00:14:32,125
Dia tak boleh kena cahaya matahari?
Kerja rumah pun tak buat.

302
00:14:32,208 --> 00:14:35,333
Jangan salahkan Greg.
Awak yang tak buat kerja rumah.

303
00:14:35,416 --> 00:14:37,333
Apa kata awak basuh pinggan?

304
00:14:37,416 --> 00:14:39,625
- Okey?
- Saya tak nak gaduh.

305
00:14:39,708 --> 00:14:42,625
- Saya rindu belaian awak.
- Saya pun.

306
00:14:42,708 --> 00:14:43,625
Mari sini.

307
00:14:43,708 --> 00:14:45,666
Apa awak buat ini, Fernandinho?

308
00:14:45,750 --> 00:14:47,875
Saya nak buat macam dalam filem.

309
00:14:47,958 --> 00:14:51,875
Masalahnya, ini bukan filem!
Awak buang produk saya?

310
00:14:51,958 --> 00:14:53,083
- Kutip.
- Saya nak…

311
00:14:53,166 --> 00:14:55,041
Awak basuh pinggan malam ini!

312
00:14:55,125 --> 00:14:57,250
- Dalam filem…
- Jangan mengarut!

313
00:14:57,333 --> 00:14:59,041
- Entah apa-apa.
- Okey.

314
00:14:59,583 --> 00:15:01,208
Kamu dah bangun!

315
00:15:01,291 --> 00:15:03,625
Wah, segaknya adik kakak!

316
00:15:03,708 --> 00:15:04,708
Terima kasih.

317
00:15:05,250 --> 00:15:08,041
- Segak, ya?
- Dia nampak segak, bukan?

318
00:15:08,125 --> 00:15:10,375
Pak Cik Greg nampak segak?

319
00:15:10,458 --> 00:15:12,333
Baguslah! Itu sut saya.

320
00:15:12,916 --> 00:15:14,500
- Ini sut abang?
- Yalah.

321
00:15:14,583 --> 00:15:15,791
Muatkah abang pakai?

322
00:15:15,875 --> 00:15:18,125
- Hei!
- Tak muat.

323
00:15:18,208 --> 00:15:20,041
Dah tak muat.

324
00:15:20,125 --> 00:15:21,916
- Muat.
- Maafkan saya.

325
00:15:22,000 --> 00:15:24,541
- Nanti saya pulangkan.
- Tak payah!

326
00:15:24,625 --> 00:15:27,166
Tak payah. Dah tak muat.

327
00:15:27,250 --> 00:15:29,291
Ya, pulangkan sut abang.

328
00:15:29,375 --> 00:15:32,916
- Ayah, itu pun nak berkira?
- Yalah, ayah. Tolonglah.

329
00:15:33,000 --> 00:15:36,125
"Tolonglah," kamu kata?
Seluar dalam pun abang punya?

330
00:15:36,208 --> 00:15:38,333
- Relakslah, bang.
- Relaks?

331
00:15:38,416 --> 00:15:40,291
Relaks, hal kecil saja.

332
00:15:40,375 --> 00:15:42,541
Sebenarnya, saya ada idea.

333
00:15:42,625 --> 00:15:44,125
- Abang mesti suka.
- Apa?

334
00:15:44,208 --> 00:15:46,250
- Saya nak buat sesuatu.
- Apa?

335
00:15:46,333 --> 00:15:47,833
Kamu nak buat apa?

336
00:15:47,916 --> 00:15:49,583
Main burger-burger?

337
00:15:49,666 --> 00:15:52,041
- Tak nak.
- Main burger-burger.

338
00:15:52,125 --> 00:15:54,041
- Jomlah!
- Nanti penyek.

339
00:15:54,625 --> 00:15:57,208
Main burger-burger!

340
00:15:57,291 --> 00:15:59,166
Main burger-burger!

341
00:15:59,250 --> 00:16:01,541
- Jangan geletek!
- Main burger-burger!

342
00:16:01,625 --> 00:16:03,083
Gelilah!

343
00:16:03,166 --> 00:16:04,791
Aduh, sakitnya!

344
00:16:04,875 --> 00:16:08,833
- Sayang!
- Saya dah kata tak nak main! Sakitnya!

345
00:16:08,916 --> 00:16:12,875
Relakslah, Fernandinho.
Kami main untuk suka-suka saja.

346
00:16:12,958 --> 00:16:14,166
Jari saya terluka!

347
00:16:17,000 --> 00:16:18,708
Kenapa? Awak tak sihatkah?

348
00:16:20,208 --> 00:16:23,666
Ikut hati nak main lagi,
tapi saya nak keluar.

349
00:16:23,750 --> 00:16:25,083
Malam yang sibuk.

350
00:16:25,166 --> 00:16:27,458
- Okey.
- Ada pula duit untuk berparti.

351
00:16:27,958 --> 00:16:29,666
Kakak bagi tadi.

352
00:16:30,208 --> 00:16:32,333
Awak bagi adik awak duit?

353
00:16:33,708 --> 00:16:34,708
Makanan dah siap.

354
00:16:34,791 --> 00:16:36,791
Tunggu! Jawab dulu soalan saya.

355
00:16:36,875 --> 00:16:39,833
Adik awak berparti guna duit saya?

356
00:16:53,125 --> 00:16:54,375
Oh, Tuhan.

357
00:16:55,583 --> 00:16:58,500
Nampak sangat dia pengotor.

358
00:17:16,458 --> 00:17:18,875
Bukankah ini gadis dalam berita itu?

359
00:17:27,500 --> 00:17:29,291
TRANSYLVANIA

360
00:17:32,333 --> 00:17:33,708
Fernandinho!

361
00:17:33,791 --> 00:17:35,541
- Hei…
- Salah bilik?

362
00:17:35,625 --> 00:17:38,458
Taklah, bukan macam itu.

363
00:17:38,541 --> 00:17:40,708
Saya terhidu bau yang sangat busuk.

364
00:17:40,791 --> 00:17:44,875
Awak boleh bau?
Macam bau bangkai skunk atau anjing laut.

365
00:17:44,958 --> 00:17:46,791
Tarik nafas dalam-dalam.

366
00:17:46,875 --> 00:17:49,375
- Boleh bau?
- Saya tak bau apa-apa pun.

367
00:17:49,458 --> 00:17:51,041
Hidung awak tersumbatkah?

368
00:17:51,125 --> 00:17:53,833
Busuk betul sampai gugur bulu hidung saya.

369
00:17:53,916 --> 00:17:55,916
Tengoklah bilik ini.

370
00:17:56,000 --> 00:17:59,916
Awak tak rasa ada benda
yang tak kena dengan bilik ini?

371
00:18:00,000 --> 00:18:02,833
Yalah, baru saya perasan.

372
00:18:02,916 --> 00:18:05,166
Awak usik barang-barang dia.

373
00:18:05,250 --> 00:18:09,041
Fernandinho, awak kena faham
yang adik saya ada sisi gelap.

374
00:18:09,125 --> 00:18:11,916
- Yalah itu.
- Dia memang suka keluar malam.

375
00:18:12,500 --> 00:18:14,875
Jangan menilai.
Awak patut lebih bersimpati.

376
00:18:14,958 --> 00:18:16,833
- Saya tak menilai.
- Sayang?

377
00:18:16,916 --> 00:18:17,875
Keluar!

378
00:18:17,958 --> 00:18:20,708
Tengok ini! Biar saya tunjuk.

379
00:18:20,791 --> 00:18:23,916
Dia cat tingkap warna hitam
dan adangnya guna papan.

380
00:18:24,000 --> 00:18:24,833
Keluar!

381
00:18:25,708 --> 00:18:28,041
- Keluar!
- Awak tak bau? Okey.

382
00:18:28,125 --> 00:18:31,125
Pelik betul! Macam mana awak tak bau…

383
00:19:49,250 --> 00:19:51,375
- Fernandinho, apa dah jadi?
- Ayah!

384
00:19:51,458 --> 00:19:53,458
- Sayang?
- Ayah, bunyi apa itu?

385
00:19:53,541 --> 00:19:55,833
Oh, Tuhan. Ada kelawar…

386
00:19:55,916 --> 00:19:57,958
Aduh, tulang tongkeng aku!

387
00:19:58,041 --> 00:20:01,208
Ada kelawar masuk ke dalam rumah.
Ayah nak tangkapnya.

388
00:20:01,291 --> 00:20:03,416
- Apa? Ada kelawar?
- Ya.

389
00:20:03,500 --> 00:20:06,583
- Itu saja?
- Apa? Ya, itu saja.

390
00:20:06,666 --> 00:20:09,791
- Nanti saya tangkap.
- Hati-hati. Jangan bunuh.

391
00:20:09,875 --> 00:20:11,166
Saya nyaris mati.

392
00:20:11,250 --> 00:20:15,208
Kelawar melestarikan ekosistem.
Ia tak berbahaya.

393
00:20:15,291 --> 00:20:17,625
- Boleh saya tengok kelawar itu?
- Tak.

394
00:20:17,708 --> 00:20:20,708
Walaupun kelawar bantu ekosistem,
ia menggigit.

395
00:20:20,791 --> 00:20:23,333
Aku gigit juga dia ini nanti.

396
00:20:23,416 --> 00:20:25,416
Aduh, sakitnya!

397
00:20:25,500 --> 00:20:28,458
Di mana kau, kelawar?

398
00:20:39,833 --> 00:20:40,916
Oh, Tuhan!

399
00:20:41,875 --> 00:20:44,625
Kau nak bergurau dengan aku, ya? Tak guna!

400
00:20:46,333 --> 00:20:48,041
Matilah kau!

401
00:21:05,166 --> 00:21:06,166
Aduh…

402
00:21:07,083 --> 00:21:09,208
Kurang ajar punya kelawar.

403
00:21:17,750 --> 00:21:18,625
Oh, mak kau!

404
00:21:18,708 --> 00:21:21,291
Oh, Tuhan! Apa masalah kamu?

405
00:21:21,375 --> 00:21:22,458
Terperanjat abang!

406
00:21:23,458 --> 00:21:24,375
Baru balik?

407
00:21:24,458 --> 00:21:26,250
Ya, malam yang panjang.

408
00:21:30,166 --> 00:21:32,375
- Kenapa dengan dahi kamu?
- Apa? Ini?

409
00:21:32,458 --> 00:21:33,750
Dahi kamu benjol.

410
00:21:33,833 --> 00:21:37,750
Tiada apa-apalah.
Kepala saya terhantuk pada pintu garaj.

411
00:21:37,833 --> 00:21:38,791
Yalah itu.

412
00:21:39,708 --> 00:21:41,416
Nak roti bawang putih?

413
00:21:41,500 --> 00:21:42,458
Eh, budak ini!

414
00:21:42,541 --> 00:21:44,333
Tak nak, sudah.

415
00:21:44,416 --> 00:21:46,125
Abang dah ajak.

416
00:21:46,208 --> 00:21:49,083
Kamu yang tak nak.
Sedap roti bawang putih ini.

417
00:21:49,166 --> 00:21:50,541
Sedap! Tengok ini.

418
00:21:51,291 --> 00:21:52,500
Ini saja yang ada.

419
00:21:59,833 --> 00:22:04,333
Abang, terima kasih
izinkan saya menumpang di sini.

420
00:22:04,416 --> 00:22:07,041
Saya tiada niat nak menumpang selama ini.

421
00:22:07,125 --> 00:22:08,375
Biasalah itu.

422
00:22:08,458 --> 00:22:10,708
Kamu cakap dua hari, tapi dua bulan.

423
00:22:10,791 --> 00:22:11,833
Apa nak hairan?

424
00:22:11,916 --> 00:22:14,625
Saya nak abang tahu yang saya suka abang.

425
00:22:14,708 --> 00:22:17,583
- Kamu adik ipar kesayangan abang.
- Ada yang lainkah?

426
00:22:18,333 --> 00:22:19,250
Tiada.

427
00:22:20,083 --> 00:22:21,916
Bak kata pepatah,

428
00:22:22,000 --> 00:22:24,083
"Sama ada suka atau benci…"

429
00:22:27,458 --> 00:22:30,416
Apa abang cakap? Cuba ulang.

430
00:22:35,750 --> 00:22:38,583
Tiada apa-apa. Abang dah lupa.

431
00:22:38,666 --> 00:22:40,416
Maaf, abang dah lupa.

432
00:22:43,333 --> 00:22:45,250
Adik ipar saya puntianak.

433
00:22:45,333 --> 00:22:47,833
Fernandinho, jujur dengan saya.

434
00:22:47,916 --> 00:22:49,625
Awak ambil dadah lagi?

435
00:22:49,708 --> 00:22:52,750
Apa maksud awak?
Saya tak pernah sentuh dadah.

436
00:22:52,833 --> 00:22:56,791
Awak gagal ujian air kencing
semasa menentang Botafogo pada 2003.

437
00:22:56,875 --> 00:23:00,125
Waktu itu, saya minum ubat batuk.
Ubat batuk biasa.

438
00:23:00,208 --> 00:23:01,500
Tak apa, saya faham.

439
00:23:01,583 --> 00:23:05,291
Saya pun ada masalah yang sama
dengan jiran saya, Roberval.

440
00:23:05,375 --> 00:23:07,416
Dia puntianak yang hisap ganja?

441
00:23:07,500 --> 00:23:09,708
Taklah, dia hantu.

442
00:23:11,083 --> 00:23:14,375
Dia ada di sini sekarang.
Sapalah! Jangan malu-malu.

443
00:23:14,458 --> 00:23:18,166
Hei, Roberval! Selamat berkenalan!

444
00:23:18,250 --> 00:23:19,958
- Kamu ejek saya?
- Sapa dia.

445
00:23:20,041 --> 00:23:22,125
- Kami nak minum bir.
- Kelakar, ya?

446
00:23:22,208 --> 00:23:24,166
- Jomlah!
- Pergilah dulu.

447
00:23:24,250 --> 00:23:27,666
Kalau betul-betul jumpa hantu,
baru padan muka.

448
00:23:27,750 --> 00:23:29,875
- Betul.
- Saya percaya awak.

449
00:23:29,958 --> 00:23:33,333
Kenapa sergah saya?
Kami baru cakap pasal hantu!

450
00:23:33,416 --> 00:23:34,666
Jangan sibuklah.

451
00:23:34,750 --> 00:23:36,916
- Saya pakar puntianak.
- Tak apa.

452
00:23:37,000 --> 00:23:39,125
Puntianak tak serang darah daging sendiri.

453
00:23:39,208 --> 00:23:40,083
Baguslah.

454
00:23:40,166 --> 00:23:42,625
Puntianak tak kelihatan
dalam cermin atau gambar.

455
00:23:42,708 --> 00:23:44,875
- Semua orang tahu.
- Ada dua jenis.

456
00:23:44,958 --> 00:23:48,958
Puntianak biasa buat persiapan
untuk sambut ketibaan ketua puntianak.

457
00:23:49,041 --> 00:23:51,041
Mereka pandai menggoda dan menipu!

458
00:23:51,125 --> 00:23:53,125
Orang yang tahu akan nampak bodoh.

459
00:23:53,208 --> 00:23:56,333
Tiada sesiapa akan percaya.
Orang bodoh saja percaya.

460
00:23:56,416 --> 00:23:58,625
- Awak percaya saya?
- Ya. Kenapa?

461
00:23:59,125 --> 00:23:59,958
Tiada apa-apa.

462
00:24:00,791 --> 00:24:02,916
Puntianak paling jahat
bertukar jadi kelawar.

463
00:24:03,000 --> 00:24:04,041
Sekejap.

464
00:24:04,833 --> 00:24:08,041
- Saya tak pernah beritahu…
- Saya boleh tolong awak.

465
00:24:08,125 --> 00:24:09,083
Jangan sentuh.

466
00:24:09,666 --> 00:24:10,500
Terima kasih.

467
00:24:28,000 --> 00:24:30,958
Kita patut naik kereta.
Macam mana nak kejar dia?

468
00:24:31,041 --> 00:24:33,833
Tak boleh, jejak kereta awak
guna telefon awak.

469
00:24:33,916 --> 00:24:36,541
Peluk kuat-kuat. Moped ini laju.

470
00:24:48,833 --> 00:24:49,875
Gila.

471
00:24:52,791 --> 00:24:54,375
LUGOSI

472
00:25:24,541 --> 00:25:26,666
LUGOSI

473
00:25:26,750 --> 00:25:28,333
Jom menari. Jomlah.

474
00:25:43,916 --> 00:25:44,791
Di mana dia?

475
00:25:48,541 --> 00:25:49,625
Peliknya.

476
00:26:45,666 --> 00:26:47,041
Ada apa?

477
00:26:47,125 --> 00:26:50,458
Di mana awak?
Awak saja yang ada aplikasi penjejak itu.

478
00:26:50,958 --> 00:26:52,958
Tak dengarlah! Cakap nanti.

479
00:26:53,041 --> 00:26:54,125
Menjengkelkan.

480
00:26:57,291 --> 00:26:59,041
Fernandinho!

481
00:26:59,125 --> 00:27:00,458
Michele, apa khabar?

482
00:27:00,541 --> 00:27:01,541
- Hei.
- Sihat?

483
00:27:01,625 --> 00:27:05,958
Nafkah anak tak boleh bayar,
tapi ada pula duit nak berparti.

484
00:27:06,041 --> 00:27:07,791
Apa awak buat di sini? Pergi.

485
00:27:07,875 --> 00:27:10,083
Awak dah bosan dengan Vanessa, ya?

486
00:27:10,166 --> 00:27:12,250
Itu bukan urusan awak.

487
00:27:17,291 --> 00:27:20,541
Kacaknya dia! Saya nak menari.

488
00:27:20,625 --> 00:27:22,458
Jangan menari dengan dia!

489
00:27:22,541 --> 00:27:23,791
- Dia penipu.
- Apa?

490
00:27:23,875 --> 00:27:25,333
Nanti saya cerita.

491
00:27:25,416 --> 00:27:26,833
- Si kacak itu?
- Ya!

492
00:27:26,916 --> 00:27:28,541
- Tipulah!
- Dia tak kacak.

493
00:27:28,625 --> 00:27:29,958
- Pembedahan plastik.
- Lepas!

494
00:27:30,041 --> 00:27:32,458
- Lepas, Fernandinho!
- Nanti saya cerita.

495
00:27:32,541 --> 00:27:34,250
Dahlah, lepaskan saya.

496
00:27:34,333 --> 00:27:36,291
Maaf, cik. Jom.

497
00:27:36,375 --> 00:27:38,583
Apa ini? Baru sekarang nak cemburu?

498
00:27:38,666 --> 00:27:40,500
Awak ibu kepada anak saya.

499
00:27:40,583 --> 00:27:42,791
- Lebih baik awak balik.
- Oh, Tuhan!

500
00:27:42,875 --> 00:27:45,083
Saya dah bayarkan tambang.

501
00:27:45,583 --> 00:27:48,500
Biar betul? Awak tak pernah bayar apa-apa.

502
00:27:48,583 --> 00:27:52,458
Hantar dia balik dengan selamat.
Nanti saya bagi lima bintang.

503
00:27:52,541 --> 00:27:55,166
- Pergi balik dan berehat.
- Oh, Tuhan.

504
00:27:58,333 --> 00:28:00,208
- Hei, Fernandinho!
- Oh, Tuhan!

505
00:28:00,291 --> 00:28:02,958
Saya dah kata moped ini laju.
Awak nampak dia?

506
00:28:04,250 --> 00:28:07,083
Ameba, cari cara untuk halau puntianak.

507
00:28:07,583 --> 00:28:09,875
Biarlah dia tinggal di rumah awak.

508
00:28:09,958 --> 00:28:11,291
Apa? Awak dah gila?

509
00:28:11,375 --> 00:28:13,250
Puntianak tak gigit darah daging sendiri.

510
00:28:13,333 --> 00:28:16,125
Saya dan Carol
tiada pertalian darah dengan dia.

511
00:28:16,208 --> 00:28:18,458
Puntianak hormat tuan rumah.

512
00:28:18,541 --> 00:28:21,458
Kalau halau dia, nyawa awak dalam bahaya.

513
00:28:21,541 --> 00:28:25,541
Saya tak nak bela puntianak itu
selama-lamanya.

514
00:28:26,416 --> 00:28:30,000
Awak boleh halau dia
kalau semua orang tahu dia puntianak.

515
00:28:30,083 --> 00:28:32,875
- Bongkar rahsia dia.
- Tak semudah itu.

516
00:28:32,958 --> 00:28:36,666
Vanessa takkan percaya cakap saya.
Dia sayang sangat adik dia.

517
00:28:36,750 --> 00:28:38,875
- Ada cara lain?
- Mestilah.

518
00:28:38,958 --> 00:28:40,041
Kenapa tak cakap?

519
00:28:40,125 --> 00:28:43,625
- Cakap macam tiada…
- Tikam dia guna benda ini.

520
00:28:44,166 --> 00:28:45,291
Tepat ke jantung.

521
00:28:53,583 --> 00:28:55,708
Tengoklah itu!

522
00:28:55,791 --> 00:28:57,458
Apa benda itu?

523
00:29:02,625 --> 00:29:04,541
Dari mana dia dapat keranda ini?

524
00:29:04,625 --> 00:29:08,291
Patutlah beg galas dia berat nak mampus.

525
00:29:08,375 --> 00:29:11,000
Rupa-rupanya,
dia bawa keranda boleh lipat.

526
00:29:11,083 --> 00:29:12,208
Tolong saya angkat.

527
00:29:12,291 --> 00:29:13,833
Hati-hati.

528
00:29:13,916 --> 00:29:16,041
Tolonglah angkat.

529
00:29:16,125 --> 00:29:17,375
Beratnya.

530
00:29:19,541 --> 00:29:21,291
Tidur pun kacak.

531
00:29:21,875 --> 00:29:23,541
Kenapa awak cakap macam itu?

532
00:29:23,625 --> 00:29:25,333
- Tersasul.
- Yalah itu.

533
00:29:25,416 --> 00:29:26,958
Fokus. Beri benda itu.

534
00:29:27,041 --> 00:29:30,541
- Cepat! Matahari dah nak terbenam.
- Okey, jaga pintu.

535
00:29:32,250 --> 00:29:33,750
Oh, Tuhan.

536
00:29:36,458 --> 00:29:38,666
- Tak boleh.
- Sebab dia kacak, bukan?

537
00:29:39,375 --> 00:29:41,000
Tak habis-habis lagi?

538
00:29:41,083 --> 00:29:44,291
- Jadi, kenapa tak boleh?
- Dia adik Vanessa.

539
00:29:44,375 --> 00:29:46,833
Dia adik ipar saya. Kami satu keluarga.

540
00:29:46,916 --> 00:29:48,291
Lagipun, dia manusia.

541
00:29:48,375 --> 00:29:50,291
- Hei!
- Sedarlah, Fernandinho!

542
00:29:50,375 --> 00:29:51,833
Bayangkan orang yang awak benci.

543
00:29:51,916 --> 00:29:54,041
Saya benci awak sebab tampar saya,

544
00:29:54,125 --> 00:29:56,916
tapi saya bukan seorang
yang suka membenci.

545
00:29:57,000 --> 00:29:59,833
Dah lebih dua bulan
dia menumpang di rumah awak.

546
00:29:59,916 --> 00:30:02,416
Dia pakai baju awak
dan habiskan arak awak.

547
00:30:03,125 --> 00:30:06,625
Bayangkan dia pengadil
yang batalkan jaringan pada 1997.

548
00:30:08,000 --> 00:30:09,708
- Okey, saya dah marah.
- Ya.

549
00:30:09,791 --> 00:30:12,333
Hebat teknik psikologi songsang awak.

550
00:30:12,416 --> 00:30:15,000
- Saya betul-betul marah.
- Tunggu apa lagi?

551
00:30:15,083 --> 00:30:16,416
- Tikam dia.
- Satu.

552
00:30:17,041 --> 00:30:18,125
Dua.

553
00:30:21,041 --> 00:30:22,666
- Oh, Tuhan!
- Lepaskan dia!

554
00:30:26,291 --> 00:30:27,250
Tidak!

555
00:30:28,250 --> 00:30:29,291
Lepaskan dia!

556
00:30:34,500 --> 00:30:35,458
Kenapa ini?

557
00:30:36,500 --> 00:30:37,958
Awak okey, sayang?

558
00:30:38,916 --> 00:30:41,666
Vanessa, saya nak beritahu sesuatu.

559
00:30:42,458 --> 00:30:44,833
Sayang, saya sentiasa mendengar.

560
00:30:45,416 --> 00:30:47,208
- Awak gila?
- Pergi jumpa doktor.

561
00:30:47,291 --> 00:30:49,750
- Ameba, tolong saya.
- Sia-sia saja.

562
00:30:49,833 --> 00:30:51,791
Ameba, awak pun nampak?

563
00:30:51,875 --> 00:30:54,541
Tak, tapi saya percaya puntianak wujud.

564
00:30:54,625 --> 00:30:56,666
Semua benda awak percaya.

565
00:30:56,750 --> 00:30:57,958
Taklah, siapa cakap?

566
00:30:58,041 --> 00:31:01,750
Apabila ayah awak cakap
dia "terlepas" gol itu,

567
00:31:01,833 --> 00:31:03,833
saya tahu dia sengaja.

568
00:31:03,916 --> 00:31:05,916
Awak ingat saya makan rasuah?

569
00:31:06,000 --> 00:31:08,208
Sebab bola dah di depan pintu gol.

570
00:31:08,291 --> 00:31:11,541
Ada nyamuk masuk ke dalam hidung saya.
Puas saya cakap!

571
00:31:11,625 --> 00:31:13,291
- Awak khianati Vasco.
- Tak!

572
00:31:13,375 --> 00:31:14,958
Cukuplah itu!

573
00:31:15,041 --> 00:31:17,541
Itu alasan paling bodoh
saya pernah dengar.

574
00:31:17,625 --> 00:31:18,583
Duduk, Ameba.

575
00:31:18,666 --> 00:31:21,583
Saya tak marah awak pergi kelab malam,

576
00:31:21,666 --> 00:31:23,833
tapi awak tuduh adik saya puntianak?

577
00:31:23,916 --> 00:31:25,166
Okey, saya ada bukti.

578
00:31:25,250 --> 00:31:26,666
- Yakah?
- Jangan tunjuk!

579
00:31:26,750 --> 00:31:28,708
Suka hati sayalah! Jangan sibuk.

580
00:31:28,791 --> 00:31:30,500
- Saya nak tengok.
- Nah!

581
00:31:30,583 --> 00:31:32,833
- Mana dia?
- Tengoklah adik awak ini.

582
00:31:32,916 --> 00:31:34,875
Nampak? Itulah dia.

583
00:31:37,500 --> 00:31:40,416
- Apa itu?
- Perempuan tergesel-gesel di dinding.

584
00:31:40,500 --> 00:31:44,250
- Di mana Pak Cik Greg?
- Ya, tapi dia gigit…

585
00:31:45,333 --> 00:31:47,500
Ke mana dia menghilang?

586
00:31:47,583 --> 00:31:49,875
Puntianak tak kelihatan
dalam cermin atau kamera.

587
00:31:49,958 --> 00:31:53,958
- Sia-sia saja awak rakam.
- Kenapa tak cakap awal-awal?

588
00:31:54,041 --> 00:31:55,166
Pening kepala saya.

589
00:31:55,250 --> 00:31:57,375
Baiklah, jawab soalan saya.

590
00:31:57,458 --> 00:32:01,208
Kenapa dia asyik tidur
dan tak pernah keluar pada waktu siang?

591
00:32:01,291 --> 00:32:04,250
Jawablah! Alamak, tiba-tiba jadi bisu?

592
00:32:04,333 --> 00:32:06,458
Awak tak boleh jawab, bukan?

593
00:32:06,541 --> 00:32:08,875
Tak apa, saya tahu jawapannya.

594
00:32:08,958 --> 00:32:10,291
Sebab dia akan mati!

595
00:32:10,375 --> 00:32:13,625
Puntianak akan jadi abu
kalau kena cahaya matahari.

596
00:32:13,708 --> 00:32:15,083
Adik awak akan mati.

597
00:32:15,166 --> 00:32:19,416
Sebab itu dia bangun lambat
dan tak pernah lepak dengan kita di kolam.

598
00:32:19,500 --> 00:32:20,916
Sebab dia akan mati…

599
00:32:21,000 --> 00:32:23,833
- Selamat pagi, semua!
- Hei, Greg. Ada apa?

600
00:32:23,916 --> 00:32:24,791
Dia akan…

601
00:32:25,291 --> 00:32:28,833
- Hei!
- Apa khabar abang ipar kesayangan saya?

602
00:32:28,916 --> 00:32:31,041
Saya mimpi abang malam tadi.

603
00:32:31,125 --> 00:32:34,000
Abang ketakutan,
tapi saya dah tenangkan abang.

604
00:32:34,083 --> 00:32:35,291
Yalah itu.

605
00:32:36,000 --> 00:32:38,791
Saya rasa bersemangat hari ini.

606
00:32:38,875 --> 00:32:42,208
- Namaste, dik.
- Namaste, kakak.

607
00:32:42,708 --> 00:32:46,583
Saya nak lepak di kolam
dengan Carol dan budak ini sekali.

608
00:32:47,083 --> 00:32:49,416
- Jomlah.
- Okey.

609
00:32:49,500 --> 00:32:51,708
Seronoknya! Cantik cuaca hari ini.

610
00:32:51,791 --> 00:32:53,250
Seronok, bukan?

611
00:32:53,333 --> 00:32:55,291
Semua yang aku cakap…

612
00:32:55,916 --> 00:32:57,750
Apa lagi aku nak buat?

613
00:33:01,333 --> 00:33:03,791
Bukankah puntianak mati
kalau kena matahari?

614
00:33:03,875 --> 00:33:05,750
Itulah yang sepatutnya.

615
00:33:05,833 --> 00:33:07,916
- Pelik betul.
- Memang pelik.

616
00:33:08,916 --> 00:33:13,000
Mungkin dia puntianak mutan
yang kalis cahaya matahari.

617
00:33:13,083 --> 00:33:16,250
Sesetengah baka puntianak
ada kelebihan luar biasa.

618
00:33:16,333 --> 00:33:18,208
- Kenapa tak cakap?
- Awak tak tanya.

619
00:33:18,291 --> 00:33:19,833
Perlukah saya tanya?

620
00:33:20,541 --> 00:33:23,208
Apa pun, saya rasa
Vanessa percaya cakap saya.

621
00:33:23,916 --> 00:33:26,500
Sayang, saya gril ini untuk awak!

622
00:33:26,583 --> 00:33:27,875
Nak zukini?

623
00:33:27,958 --> 00:33:31,375
Ada sos darah? Mungkin saya pun puntianak.

624
00:33:31,875 --> 00:33:33,125
Jaga-jaga.

625
00:33:39,083 --> 00:33:40,083
Boleh tahan.

626
00:33:40,166 --> 00:33:41,875
Diamlah.

627
00:33:46,291 --> 00:33:48,250
Kelakarnya hidung pak cik.

628
00:34:26,458 --> 00:34:29,083
Kakak suka kamu tinggal dengan kami.

629
00:34:34,916 --> 00:34:37,833
Kakak rasa Fernandinho cemburu.

630
00:34:41,958 --> 00:34:43,458
Terima kasih, matahari…

631
00:34:44,208 --> 00:34:46,583
Apa ini? Kamu okey, Carol?

632
00:34:46,666 --> 00:34:48,125
Saya tak sedap badan.

633
00:34:48,208 --> 00:34:51,083
Saya nak ke bilik air. Jumpa nanti.

634
00:34:55,916 --> 00:34:57,250
Hei, sayang.

635
00:35:37,916 --> 00:35:39,250
Tak guna.

636
00:36:07,291 --> 00:36:08,541
Hei, Reinfildo.

637
00:36:08,625 --> 00:36:10,375
Semua dah sedia?

638
00:36:11,166 --> 00:36:12,000
Yakah?

639
00:36:12,541 --> 00:36:15,541
Bagus. Saya jumpa tempat baharu.
Dia pasti suka.

640
00:36:15,625 --> 00:36:16,958
Jumpa nanti.

641
00:36:43,708 --> 00:36:45,791
Ameba, kita perlu bincang.

642
00:36:45,875 --> 00:36:49,291
Saya takkan kembali kepada awak.
Saya ada kekasih baharu.

643
00:36:49,375 --> 00:36:52,000
Awak gilakah? Saya yang tinggalkan awak.

644
00:36:52,083 --> 00:36:55,750
Saya tahu awak tergila-gila akan saya.
Mengaku sajalah.

645
00:36:55,833 --> 00:36:57,875
Diam! Ayah saya tak boleh tahu.

646
00:36:57,958 --> 00:36:59,791
Satu dunia tak boleh tahu.

647
00:36:59,875 --> 00:37:03,291
Kalaulah boleh patah balik masa,
saya takkan cium awak.

648
00:37:03,375 --> 00:37:08,416
Kalau patah balik masa,
awak jumpa diri sendiri, cipta paradoks…

649
00:37:08,500 --> 00:37:10,291
Diamlah, nerda. Dengar sini.

650
00:37:10,916 --> 00:37:12,500
Saya tahu Greg puntianak.

651
00:37:14,250 --> 00:37:16,333
Kita mesti beritahu orang lain.

652
00:37:16,416 --> 00:37:18,833
Pergilah! Vanessa tak percaya cakap ayah.

653
00:37:18,916 --> 00:37:20,833
Kamu pun tak percaya cakap ayah.

654
00:37:20,916 --> 00:37:24,041
Tiada sesiapa akan percaya
sebab itu kuasa puntianak.

655
00:37:24,125 --> 00:37:25,333
Yang tahu saja tahu.

656
00:37:25,416 --> 00:37:28,125
- Kita beritahu polis.
- Polis takkan percaya.

657
00:37:28,208 --> 00:37:29,500
Apa ayah buat itu?

658
00:37:30,083 --> 00:37:31,583
Ayah buat salib.

659
00:37:31,666 --> 00:37:33,375
Salib boleh bunuh puntianak.

660
00:37:34,416 --> 00:37:37,833
Tak semestinya.
Salib ibarat ubat gegat bagi lipas.

661
00:37:37,916 --> 00:37:40,541
Iman yang boleh bunuh puntianak,
bukan salib.

662
00:37:40,625 --> 00:37:43,458
- Ayah tak pernah pergi gereja.
- Jangan merepek!

663
00:37:43,541 --> 00:37:45,416
- Ayah pergi gereja.
- Bila?

664
00:37:45,500 --> 00:37:48,416
- Perjamuan pertama saya.
- Cakap baik-baik sikit.

665
00:37:48,500 --> 00:37:51,458
Ayah orang yang beriman.
Kamu saja yang tak tahu.

666
00:37:51,541 --> 00:37:55,875
Ayah dedikasikan kebanyakan gol
yang ayah jaringkan kepada Jesus.

667
00:37:56,375 --> 00:37:58,916
- "Ini untuk-Mu!"
- Okey, cuba baca doa.

668
00:38:00,125 --> 00:38:02,875
Doa? Doa betul-betul?

669
00:38:02,958 --> 00:38:04,333
- Ya.
- Jesus.

670
00:38:04,416 --> 00:38:06,416
Sampai bila kita nak menyorok?

671
00:38:06,500 --> 00:38:09,375
Kita mesti buat sesuatu
untuk halau Pak Cik Greg.

672
00:38:09,458 --> 00:38:10,916
Kita perlukan keajaiban.

673
00:38:11,000 --> 00:38:13,750
- Ayah!
- Sayang, apa masalah kamu?

674
00:38:13,833 --> 00:38:15,291
Pak Cik Greg nak pindah.

675
00:38:17,208 --> 00:38:18,291
Doa orang beriman.

676
00:38:19,041 --> 00:38:20,041
Sayang kakak.

677
00:38:20,125 --> 00:38:21,750
- Teksi dah tunggu.
- Selamat jalan.

678
00:38:21,833 --> 00:38:22,708
Jaga diri.

679
00:38:22,791 --> 00:38:24,333
Jangan lupa jaket kamu.

680
00:38:24,416 --> 00:38:25,791
- Dah ambil.
- Jaket?

681
00:38:25,875 --> 00:38:28,166
- Awak nenek diakah?
- Fernandinho.

682
00:38:28,833 --> 00:38:30,833
Saya gurau saja.

683
00:38:30,916 --> 00:38:31,875
Maaf.

684
00:38:31,958 --> 00:38:35,291
Jangan lupa mesej nombor telefon
dan alamat rumah kamu.

685
00:38:35,375 --> 00:38:36,916
Nanti kami datang.

686
00:38:37,000 --> 00:38:37,916
Tak naklah.

687
00:38:38,000 --> 00:38:41,083
Nanti saya mesej kakak. Selamat tinggal!

688
00:38:41,166 --> 00:38:44,708
- Pintu rumah kami sentiasa terbuka.
- Tak! Saya akan kunci…

689
00:38:44,791 --> 00:38:48,000
Apa? Tiada apa-apa. Abang gurau saja.

690
00:38:48,083 --> 00:38:50,083
Ibu dah rindu Pak Cik Greg kamu.

691
00:38:50,791 --> 00:38:53,458
- Jom masuk.
- Menyampah aku.

692
00:38:53,541 --> 00:38:55,833
- Apa?
- Selamat malam, sayang.

693
00:38:55,916 --> 00:38:57,125
Tiada apa-apa.

694
00:38:57,208 --> 00:38:59,291
- Kita berjaya halau dia!
- Ya!

695
00:38:59,375 --> 00:39:00,666
Seriuslah?

696
00:39:00,750 --> 00:39:02,958
Salahkah kami raikannya?

697
00:39:08,375 --> 00:39:09,208
Maaf.

698
00:39:09,291 --> 00:39:10,791
Tak sangka betul.

699
00:39:10,875 --> 00:39:13,958
Ayah nak biar saja
puntianak itu bebas di luar sana?

700
00:39:14,041 --> 00:39:16,750
Ayah nak Pak Cik Greg keluar
dari rumah kita.

701
00:39:16,833 --> 00:39:20,250
Yang penting, dia dah tiada
dan anak isteri ayah selamat.

702
00:39:20,333 --> 00:39:21,791
Ayah memang pengecut.

703
00:39:22,708 --> 00:39:23,541
Tak.

704
00:39:24,208 --> 00:39:26,833
Ayah cuma nak keluarga kita selamat.

705
00:39:26,916 --> 00:39:29,250
Sebab itu juga ayah jual perlawanan?

706
00:39:30,541 --> 00:39:32,250
Kamu tak percaya ayah?

707
00:39:32,333 --> 00:39:36,875
Siapa tahu kalau
ayah memang sengaja terlepas jaringan itu?

708
00:39:39,625 --> 00:39:41,958
Ayah ingat kamu kenal ayah.

709
00:39:42,500 --> 00:39:44,666
Ayah, saya sayang ayah,

710
00:39:45,208 --> 00:39:46,833
tapi ayah buat saya kecewa.

711
00:39:46,916 --> 00:39:50,083
Saya tak nak jadi pengecut macam ayah.

712
00:39:50,666 --> 00:39:53,208
Ayah cuma buat perkara yang sepatutnya.

713
00:39:54,125 --> 00:39:55,583
Sebenarnya, kamu silap.

714
00:39:55,666 --> 00:39:58,291
Mungkin ayah rindu kamu yang dulu,

715
00:39:59,958 --> 00:40:01,833
tapi ayah akan lupakannya.

716
00:40:22,458 --> 00:40:23,291
PUNTIANAK

717
00:40:23,375 --> 00:40:25,458
Selamat pagi, semua!

718
00:40:26,250 --> 00:40:27,625
Buat tak tahu saja?

719
00:40:27,708 --> 00:40:28,625
Hei, sayang.

720
00:40:28,708 --> 00:40:30,458
Kamu okey, sayang?

721
00:40:31,208 --> 00:40:32,416
Ayah ambil satu.

722
00:40:35,166 --> 00:40:37,750
- Di mana semua orang?
- Lambat sikit.

723
00:40:37,833 --> 00:40:40,500
Manusia zaman sekarang tiada akal budi.

724
00:40:41,000 --> 00:40:43,708
- Sekejap lagi mereka sampailah.
- Tengok apa?

725
00:40:43,791 --> 00:40:48,916
Filem Poland tentang seekor puntianak
yang menemui cinta di tempat luar biasa.

726
00:40:49,000 --> 00:40:51,458
Bunyinya sangat menarik.

727
00:41:01,625 --> 00:41:02,958
Apa dah jadi?

728
00:41:03,458 --> 00:41:04,583
Kenapa ini? Apa?

729
00:41:05,791 --> 00:41:07,416
Kenapa buka pintu garaj?

730
00:41:09,750 --> 00:41:10,958
Itu pun kamu.

731
00:41:11,833 --> 00:41:15,666
Berikan tepukan gemuruh
untuk mereka yang tak menepati masa.

732
00:41:15,750 --> 00:41:19,500
Saya tahu kamu berdua bergelumang
dengan aktiviti tak bermoral.

733
00:41:19,583 --> 00:41:22,500
Awak tak malukah, Claudionor?

734
00:41:22,583 --> 00:41:24,333
Dah berjam-jam saya tunggu.

735
00:41:24,416 --> 00:41:26,916
Kita nak buat cuitan.
Kenapa datang lambat?

736
00:41:27,000 --> 00:41:29,458
Awak buatlah seorang.

737
00:41:30,041 --> 00:41:31,875
Awak bintangnya, bukan?

738
00:41:31,958 --> 00:41:33,958
Awak buatlah sendiri.

739
00:41:34,458 --> 00:41:38,500
Ya, saya bintang.
Seluruh stadium sorak nama saya.

740
00:41:38,583 --> 00:41:42,333
Zaman itu, TV tiada skrin.

741
00:41:42,416 --> 00:41:45,041
Saya bintang,
tapi kita hos audio siar ini.

742
00:41:45,125 --> 00:41:48,041
Masalah saya dah cukup banyak.
Jangan tambah lagi.

743
00:41:48,125 --> 00:41:49,916
- Jangan perli saya.
- Awak marah?

744
00:41:50,791 --> 00:41:53,500
Itu gangguan psikologi namanya.

745
00:41:53,583 --> 00:41:55,875
- Cakap jauh sikit.
- Kami boleh saman awak.

746
00:41:55,958 --> 00:41:58,416
Apa maksud awak?

747
00:41:58,500 --> 00:42:01,541
Saya tahu kamu berdua cemburu akan saya.

748
00:42:01,625 --> 00:42:04,708
Saya boleh rasa aura jahat kamu.
Dasar lintah.

749
00:42:04,791 --> 00:42:07,500
Jangan harap kamu boleh hisap darah saya.

750
00:42:07,583 --> 00:42:10,250
- Saya cuma minta kerjasama.
- Fernandinho.

751
00:42:10,333 --> 00:42:12,666
- Apa awak nak, Ameba?
- Mari sini.

752
00:42:12,750 --> 00:42:15,541
Awak pun nak saman saya? Sekejap.

753
00:42:15,625 --> 00:42:18,500
Saya belum habis cakap.
Bagi betis, nak paha.

754
00:42:18,583 --> 00:42:20,875
- Apa halnya?
- Tengok video ini.

755
00:42:20,958 --> 00:42:24,541
Apa awak dah buat dengan telefon saya?

756
00:42:27,041 --> 00:42:28,375
Oh, Tuhan.

757
00:42:28,458 --> 00:42:29,833
Saya faham.

758
00:42:29,916 --> 00:42:35,458
Betul cakap kamu.
Kadang-kadang, saya memang melampau.

759
00:42:35,541 --> 00:42:39,291
Semua orang
ada had kesabaran masing-masing, bukan?

760
00:42:39,375 --> 00:42:41,875
Kami akan tolong awak buat cuitan.

761
00:42:41,958 --> 00:42:43,541
Ya, kita buat sama-sama.

762
00:42:43,625 --> 00:42:46,333
Tak payah! Bateri telefon dah nak mati.

763
00:42:46,416 --> 00:42:48,666
Mati? Kenapa sebut pasal mati?

764
00:42:48,750 --> 00:42:51,125
- Apa kata kamu balik saja?
- Yalah.

765
00:42:51,208 --> 00:42:53,833
- Rehatlah puas-puas.
- Betul itu.

766
00:42:53,916 --> 00:42:58,208
Pergilah ajak
jiran hantu awak itu bersembang.

767
00:42:58,291 --> 00:43:00,833
- Hantu tak wujud.
- Betul itu.

768
00:43:00,916 --> 00:43:04,791
Awak boleh bersembang dengan isteri awak.
Luangkan masa bersama.

769
00:43:04,875 --> 00:43:06,875
- Baliklah.
- Betul juga itu.

770
00:43:06,958 --> 00:43:08,583
Rehatlah sepuas-puasnya.

771
00:43:08,666 --> 00:43:10,500
Kamu perlukan rehat yang cukup.

772
00:43:10,583 --> 00:43:12,791
- Terkincit saya dibuatnya.
- Samalah.

773
00:43:12,875 --> 00:43:15,500
Ameba, dengar sini.

774
00:43:15,583 --> 00:43:18,708
- Tangguhkan dulu sesi hari ini.
- Saya setuju.

775
00:43:18,791 --> 00:43:22,000
Tangguhkannya dan pateri pintu garaj ini.

776
00:43:22,083 --> 00:43:24,500
- Jangan biar sesiapa masuk.
- Baiklah.

777
00:43:24,583 --> 00:43:25,916
Saya balik dulu.

778
00:43:34,416 --> 00:43:35,541
Fernandinho?

779
00:43:35,625 --> 00:43:38,125
Oh, mak kau! Kelawarkah itu?

780
00:43:38,208 --> 00:43:39,791
Ini sayalah! Awak okey?

781
00:43:39,875 --> 00:43:41,708
Saya okey. Awak okey?

782
00:43:41,791 --> 00:43:43,416
Apa awak buat di sini?

783
00:43:43,500 --> 00:43:44,750
Saya tinggal di sini.

784
00:43:45,333 --> 00:43:47,083
Awak lupa janji temu awak?

785
00:43:47,666 --> 00:43:50,333
Lain kali sajalah.
Saya tiada angin malam ini.

786
00:43:50,416 --> 00:43:53,750
- Maaf, saya tak larat.
- Bukan itu maksud saya.

787
00:43:53,833 --> 00:43:55,125
Baca surat itu.

788
00:43:55,208 --> 00:43:56,333
Surat?

789
00:43:57,916 --> 00:43:59,875
Pembicaraan dengan Michele!

790
00:44:06,708 --> 00:44:07,625
Hai.

791
00:44:08,708 --> 00:44:10,916
Homero, apa khabar?

792
00:44:11,000 --> 00:44:13,375
Maafkan saya sebab lambat.

793
00:44:13,458 --> 00:44:16,083
Macam-macam jadi hari ini.

794
00:44:16,166 --> 00:44:17,750
Tak apa.

795
00:44:17,833 --> 00:44:21,833
Dah lebih sejam bekas isteri awak tunggu,

796
00:44:21,916 --> 00:44:23,916
jadi jangan buat dia marah.

797
00:44:24,000 --> 00:44:28,541
Baiklah, saya cuba.
Semua okey, bukan? Jom.

798
00:44:28,625 --> 00:44:29,958
- Tumpang lalu.
- Sila.

799
00:44:30,041 --> 00:44:32,333
Michele, Fernandinho dah sampai.

800
00:44:32,416 --> 00:44:33,958
Hei, Michele. Apa khabar?

801
00:44:35,125 --> 00:44:37,000
Saya sihat, Fernandinho.

802
00:44:41,208 --> 00:44:43,958
Awak patah balik ke kelab malam itu?

803
00:44:44,041 --> 00:44:46,750
Mestilah! Lagipun, itu bukan urusan awak.

804
00:44:47,291 --> 00:44:50,833
Fernando, saya dah baca failnya.

805
00:44:50,916 --> 00:44:53,583
Saya dah bincang dengan peguam Michele.

806
00:44:53,666 --> 00:44:57,041
Kami syorkan
kamu berdua capai kata sepakat.

807
00:44:57,125 --> 00:44:59,083
- Saya setuju.
- Saya tak setuju.

808
00:44:59,166 --> 00:45:01,166
Apa kata kita bincang lain kali?

809
00:45:01,250 --> 00:45:02,833
- Setuju?
- Tak!

810
00:45:03,416 --> 00:45:06,875
Awak dah ambil semuanya.
Tiada apa-apa lagi yang tinggal.

811
00:45:06,958 --> 00:45:08,083
Saya tak setuju.

812
00:45:08,958 --> 00:45:11,083
Ada banyak lagi saya belum ambil.

813
00:45:11,750 --> 00:45:14,625
- Tengoklah itu!
- Dengar sini.

814
00:45:14,708 --> 00:45:17,916
Biasanya dalam kes macam ini,
penyelesaian terbaik

815
00:45:18,000 --> 00:45:21,375
ialah capai kata sepakat
tanpa campur tangan pihak ketiga,

816
00:45:21,458 --> 00:45:23,208
iaitu saya.

817
00:45:23,291 --> 00:45:26,041
Tiada masalah yang tak boleh diselesaikan.

818
00:45:26,125 --> 00:45:27,875
Relaks. Saya keluar dulu.

819
00:45:27,958 --> 00:45:30,541
Jangan! Jangan tinggalkan saya!

820
00:45:30,625 --> 00:45:31,708
Jangan pergi!

821
00:45:31,791 --> 00:45:33,958
- Kenapa?
- Sebab…

822
00:45:34,041 --> 00:45:37,375
Bekas isteri saya puntianak
yang suka hisap darah orang.

823
00:45:38,041 --> 00:45:40,625
Fernando,
semua bekas suami cakap macam itu.

824
00:45:40,708 --> 00:45:43,541
Tak, saya serius!
Tengoklah taring dia itu.

825
00:45:44,541 --> 00:45:46,458
- Dia puntianak.
- Fernando.

826
00:45:46,541 --> 00:45:51,833
Anggaplah dia wanita
yang awak pernah cintai, bukan musuh.

827
00:45:51,916 --> 00:45:53,333
Dia cuma nak berbincang.

828
00:45:53,416 --> 00:45:56,541
Berbincang? Awak tengoklah sendiri.

829
00:45:56,625 --> 00:45:59,375
- Menakutkan!
- Fernando, matanglah sikit.

830
00:45:59,458 --> 00:46:01,583
Awak tak boleh lari lagi kali ini.

831
00:46:01,666 --> 00:46:03,375
Saya kunci pintu.

832
00:46:03,458 --> 00:46:05,000
Jangan! Tolonglah!

833
00:46:05,083 --> 00:46:07,625
Homero! Jangan pergi!

834
00:46:07,708 --> 00:46:09,708
Homero, tolong saya!

835
00:46:10,791 --> 00:46:12,416
Relaks, Michele.

836
00:46:17,166 --> 00:46:19,291
Macam ini barulah seronok.

837
00:46:19,375 --> 00:46:21,333
Homero, buka pintu! Tolonglah!

838
00:46:26,083 --> 00:46:27,458
Homero! Berhenti!

839
00:46:27,541 --> 00:46:29,041
Bincanglah habis-habis.

840
00:46:29,125 --> 00:46:30,708
Komunikasi ialah kunci.

841
00:46:34,125 --> 00:46:36,083
Jangan! Bertenang, Michele!

842
00:46:51,375 --> 00:46:52,791
Oh, Tuhan!

843
00:46:55,291 --> 00:46:57,833
Michele!

844
00:46:59,083 --> 00:47:01,625
Saya akan tambah nafkah anak!

845
00:47:01,708 --> 00:47:04,041
- Betul?
- Ya! Saya serius!

846
00:47:04,125 --> 00:47:07,083
Macam itulah.

847
00:47:07,166 --> 00:47:09,250
Bertolak ansur.

848
00:47:09,333 --> 00:47:11,250
Rumah di tepi pantai itu sekali.

849
00:47:11,333 --> 00:47:14,166
Jangan harap!
Saya beli rumah itu selepas kita bercerai!

850
00:47:14,666 --> 00:47:16,791
Okey, ambillah! Ambil!

851
00:47:16,875 --> 00:47:18,916
Saya nak kereta baharu,

852
00:47:19,000 --> 00:47:20,500
kedai binatang peliharaan

853
00:47:20,583 --> 00:47:22,750
dan sebuah rumah atas nama Carol.

854
00:47:22,833 --> 00:47:24,916
- Banyaknya!
- Tak mahal pun, bukan?

855
00:47:25,000 --> 00:47:26,583
Murah saja.

856
00:47:26,666 --> 00:47:29,208
Saya nak semua harta awak.
Semuanya sekali!

857
00:47:29,291 --> 00:47:31,625
Semuanya!

858
00:47:32,250 --> 00:47:33,750
Saya nakkan keadilan!

859
00:47:33,833 --> 00:47:35,708
Awak nak keadilan, ya? Nah!

860
00:48:10,708 --> 00:48:13,375
Carol, jawablah! Aduhai!

861
00:48:14,333 --> 00:48:15,333
Jawablah!

862
00:48:17,583 --> 00:48:19,083
Helo, ayah. Ada apa?

863
00:48:19,166 --> 00:48:21,125
Sayang, kamu di mana?

864
00:48:21,208 --> 00:48:23,166
Ayah suruh saya pergi rumah ibu.

865
00:48:23,250 --> 00:48:25,875
Jangan! Keluar dari situ sekarang!

866
00:48:25,958 --> 00:48:27,083
Kenapa?

867
00:48:28,583 --> 00:48:29,416
Pak Cik Greg!

868
00:48:29,500 --> 00:48:30,541
Sayang?

869
00:48:31,375 --> 00:48:33,250
Helo, Carol? Carol?

870
00:48:34,125 --> 00:48:35,250
Carol.

871
00:48:35,333 --> 00:48:37,041
Apa pak cik buat di sini?

872
00:48:37,125 --> 00:48:39,208
Kebetulan pula.

873
00:48:39,291 --> 00:48:42,541
Pak cik jumpa ibu kamu di kelab
dan kami jadi kawan.

874
00:48:42,625 --> 00:48:44,541
- Biar betul?
- Betul.

875
00:48:44,625 --> 00:48:46,458
Masuklah. Kita borak-borak.

876
00:48:46,541 --> 00:48:47,750
Tak apalah.

877
00:48:47,833 --> 00:48:49,250
Saya nak jumpa ayah.

878
00:48:49,333 --> 00:48:51,000
Lagipun, saya dah lambat.

879
00:48:51,083 --> 00:48:55,041
Pak cik dah beritahu kamu
kami nak buat parti Halloween?

880
00:48:55,583 --> 00:48:58,166
- Nak tolong?
- Maaf, saya kena pergi.

881
00:49:06,166 --> 00:49:07,333
Jomlah masuk.

882
00:49:08,625 --> 00:49:11,125
Cepat, Carol! Masuk!

883
00:49:12,375 --> 00:49:13,458
Cepat, sayang!

884
00:49:13,541 --> 00:49:16,916
Cepat masuk kereta! Cepat!

885
00:49:17,000 --> 00:49:18,500
- Bagus.
- Cepat jalan!

886
00:49:30,083 --> 00:49:33,583
- Kamu okey? Dia ada usik kamu?
- Saya okey, ayah.

887
00:49:33,666 --> 00:49:35,000
Macam mana dengan ibu?

888
00:49:36,500 --> 00:49:38,500
Dia dah jadi puntianak, sayang.

889
00:49:40,333 --> 00:49:41,666
Ayah akan selamatkan dia.

890
00:49:42,708 --> 00:49:44,291
Percayalah. Ayah janji.

891
00:49:45,416 --> 00:49:47,375
Ayah nak beritahu kamu sesuatu.

892
00:49:47,458 --> 00:49:50,125
Betul cakap kamu. Ayah memang bodoh.

893
00:49:50,208 --> 00:49:52,916
Sebab ayahlah
makin ramai orang jadi mangsa.

894
00:49:53,000 --> 00:49:54,916
Kita mesti bekerjasama dan…

895
00:49:55,000 --> 00:49:56,583
Selamatkan keluarga kita?

896
00:49:56,666 --> 00:49:57,583
Tak, sayang.

897
00:49:58,875 --> 00:50:00,250
Betulkan keadaan.

898
00:50:01,916 --> 00:50:03,833
Kamu memang anak yang baik.

899
00:50:04,791 --> 00:50:06,500
Saya bangga dengan ayah.

900
00:50:09,083 --> 00:50:10,875
- Ayah sayang kamu.
- Saya pun.

901
00:50:12,375 --> 00:50:14,458
Masalahnya, ayah tak tahu nak mula.

902
00:50:14,541 --> 00:50:16,291
Kita perlu buat rancangan.

903
00:50:16,375 --> 00:50:20,333
Kita bincang dengan Ameba.
Pak Cik Greg ada sebut pasal parti.

904
00:50:21,250 --> 00:50:22,083
Parti apa?

905
00:50:22,166 --> 00:50:23,500
Majlis tari-menari.

906
00:50:24,291 --> 00:50:25,458
Versi puntianak.

907
00:50:33,208 --> 00:50:34,291
Hei, encik.

908
00:50:34,375 --> 00:50:37,083
Boleh encik periksa
kalau-kalau semuanya okey?

909
00:50:39,083 --> 00:50:40,958
Mesti meriah parti encik.

910
00:50:41,041 --> 00:50:42,750
Alatannya hebat belaka.

911
00:50:44,083 --> 00:50:48,291
Encik buat parti apa?
Pengijazahan? Hari jadi ke-16?

912
00:50:48,375 --> 00:50:49,500
Maaf.

913
00:50:52,458 --> 00:50:53,791
Pengebumian, ya?

914
00:50:55,166 --> 00:50:57,125
Saya tumpang simpati.

915
00:50:57,833 --> 00:51:00,375
Semua okey? Oh, Tuhan. Satu lagi.

916
00:51:00,958 --> 00:51:02,083
Tak guna.

917
00:51:02,166 --> 00:51:03,500
Takziah, encik.

918
00:51:03,583 --> 00:51:06,666
Cuaca hari ini sejuk, bukan?
Meremang bulu roma saya.

919
00:51:07,166 --> 00:51:08,833
Oh, sejuknya!

920
00:51:10,208 --> 00:51:12,458
Tengok! Betul cakap Carol.

921
00:51:12,541 --> 00:51:15,083
Patutlah mereka nak buat parti.

922
00:51:15,750 --> 00:51:18,583
Ullah Drax,
usahawan Romania, ada di Brazil.

923
00:51:18,666 --> 00:51:22,000
Semua orang syak
dialah Count Dracula sebenar.

924
00:51:22,083 --> 00:51:25,000
Syak? Ullah Drax?

925
00:51:25,083 --> 00:51:28,208
Sah-sahlah dia Count Dracula.
Terang lagi bersuluh.

926
00:51:28,291 --> 00:51:31,625
Terang bagi awak,
tapi gelap bagi orang lain.

927
00:51:31,708 --> 00:51:33,625
Apa pun, dialah ketua puntianak!

928
00:51:33,708 --> 00:51:36,916
Kalau Ullah Drax mati,
semua orang akan kembali normal.

929
00:51:37,000 --> 00:51:38,208
Bolehlah selamatkan Greg!

930
00:51:38,291 --> 00:51:40,833
- Siapa kata saya nak selamatkan dia?
- Ibu?

931
00:51:40,916 --> 00:51:42,708
Serba salah ayah nak jawab.

932
00:51:42,791 --> 00:51:44,125
Chicão dan Claudionor.

933
00:51:44,208 --> 00:51:45,875
Dan ramai lagi, ayah.

934
00:51:45,958 --> 00:51:48,250
Okey, maaf. Malam ini terlalu dahsyat.

935
00:51:48,333 --> 00:51:51,041
Ayah tak nak jumpa seekor puntianak pun…

936
00:51:51,708 --> 00:51:54,958
Oh, Tuhan! Jangan gigit! Ayah sayang kamu!

937
00:51:55,041 --> 00:51:57,708
- Gigit Ameba! Dia orang luar.
- Jangan dekat!

938
00:51:57,791 --> 00:52:01,166
Jangan melebih-lebih, sayang.
Comel, bukan?

939
00:52:01,250 --> 00:52:05,041
- Comel lagi seluar dalam saya.
- Apa masalah awak?

940
00:52:05,125 --> 00:52:06,333
Kenapa pakai kostum?

941
00:52:06,416 --> 00:52:09,750
Untuk Halloween.
Perayaan asing yang budak-budak suka.

942
00:52:09,833 --> 00:52:14,250
Saya lebih suka kalau dia jadi Curupira.
Wira Brazil, momok bercahaya.

943
00:52:14,333 --> 00:52:18,083
Dia tetap nak jadi puntianak.
Pergi tukar baju. Parti itu esok.

944
00:52:18,166 --> 00:52:20,083
- Tak nak!
- Mekap kamu vegan.

945
00:52:20,166 --> 00:52:21,208
Esok Halloween?

946
00:52:21,875 --> 00:52:23,375
Ini rancangannya.

947
00:52:23,458 --> 00:52:24,875
Sayang, beritahu ayah.

948
00:52:24,958 --> 00:52:27,291
Apa yang kamu suka itu? "Codplace"?

949
00:52:27,375 --> 00:52:28,833
- Purbawara.
- Ya.

950
00:52:28,916 --> 00:52:31,666
Kamu boleh solek kami jadi puntianak.

951
00:52:32,166 --> 00:52:33,750
Okey, tiada masalah.

952
00:52:39,791 --> 00:52:44,000
Malam esok, kita bertiga
akan menyamar jadi puntianak.

953
00:52:44,083 --> 00:52:47,166
Vanessa takkan syak apa-apa
sebab esok Halloween.

954
00:52:48,458 --> 00:52:53,416
Sementara itu, kami akan siapkan senjata.

955
00:52:53,500 --> 00:52:54,875
Saya akan buat pancang.

956
00:53:00,083 --> 00:53:02,083
Ameba, awak uruskan selebihnya.

957
00:53:02,166 --> 00:53:03,708
- Apa dia?
- Selebihnya.

958
00:53:03,791 --> 00:53:05,791
Anak panah, salib dan air suci.

959
00:53:14,750 --> 00:53:16,125
KIT MEMBUNUH PUNTIANAK

960
00:53:16,208 --> 00:53:17,625
BONUS!
SALIB YANG DIUKIR

961
00:53:18,708 --> 00:53:20,416
PENGHANTARAN HARI SAMA
BELI SEKARANG

962
00:53:20,500 --> 00:53:23,500
Bawa semuanya ke gereja.

963
00:53:28,000 --> 00:53:29,416
Kita mesti minta paderi

964
00:53:30,833 --> 00:53:32,416
berkati semuanya, faham?

965
00:53:35,666 --> 00:53:38,291
Selepas itu, kita tunggu matahari terbenam

966
00:53:38,375 --> 00:53:40,041
dan kita akan berkumpul

967
00:53:40,708 --> 00:53:41,750
ke sini.

968
00:53:48,791 --> 00:53:50,541
Di ruang tamu rumah saya.

969
00:53:50,625 --> 00:53:55,083
- Fernandinho, awak lukis satu rumah.
- Diamlah! Awak pandai melukis?

970
00:53:55,166 --> 00:53:58,458
Ingat senangkah nak lukis?
Habis dakwat dua batang pen.

971
00:53:58,541 --> 00:54:01,416
Kita akan keluar merayau-rayau
macam budak-budak.

972
00:54:01,500 --> 00:54:03,750
"Wah, seronoknya Halloween!"

973
00:54:03,833 --> 00:54:06,666
Saya akan letak kereta jauh dari rumah.

974
00:54:06,750 --> 00:54:08,125
Genius.

975
00:54:08,208 --> 00:54:09,750
Jangan menyampuk.

976
00:54:09,833 --> 00:54:13,708
Kemudian,
kita akan bergerak ke rumah Michele.

977
00:54:14,541 --> 00:54:17,000
- Setibanya di sana…
- Kita bunuh Drax!

978
00:54:17,083 --> 00:54:19,083
Diamlah! Saya yang patut cakap.

979
00:54:19,791 --> 00:54:21,541
Kita akan bunuh

980
00:54:23,083 --> 00:54:24,458
Ullah Drax.

981
00:54:24,541 --> 00:54:27,125
- Ya!
- Dasar nerda.

982
00:54:42,166 --> 00:54:44,041
- Hai, ayah.
- Hai, sayang.

983
00:54:44,833 --> 00:54:46,166
Rosak penyamaran kita.

984
00:54:46,250 --> 00:54:48,958
Cantik kostum kamu.
Awak nampak hebat, sayang!

985
00:54:49,041 --> 00:54:50,666
Saya buat sendiri, sayang.

986
00:54:51,250 --> 00:54:53,791
- Awak nampak macam Hebe.
- Tak…

987
00:54:53,875 --> 00:54:54,958
Awak tak nak ikut?

988
00:54:55,041 --> 00:54:57,958
Tak, saya tak boleh
biar mereka berdua-duaan.

989
00:54:58,041 --> 00:54:59,291
Biasalah remaja.

990
00:54:59,375 --> 00:55:01,625
- Okey.
- Jumpa nanti.

991
00:55:01,708 --> 00:55:04,125
- Kita cari gula-gula vegan.
- Macam Hebe?

992
00:55:12,250 --> 00:55:13,291
Cepatlah, ayah!

993
00:55:13,375 --> 00:55:15,500
Kostum ini labuh sangat.

994
00:55:17,791 --> 00:55:19,916
Tengoklah pak cik ini!

995
00:55:20,958 --> 00:55:22,750
Wah, hebatnya kostum pak cik!

996
00:55:22,833 --> 00:55:25,791
Hai, pak cik.
Saya suka kostum biarawati pak cik.

997
00:55:25,875 --> 00:55:27,625
Tak, ini bukan kostum…

998
00:55:27,708 --> 00:55:30,291
- Takutnya saya.
- Kreatif.

999
00:55:30,875 --> 00:55:34,166
Kamu beri ayah kostum
yang paling buruk, Carol?

1000
00:55:35,208 --> 00:55:37,000
Jangan merungutlah, ayah.

1001
00:56:02,833 --> 00:56:05,625
Awak bawa semuanya, bukan?

1002
00:56:05,708 --> 00:56:06,541
Dah.

1003
00:56:06,625 --> 00:56:09,291
Belon air suci,
anak panah, salib dan pancang.

1004
00:56:09,375 --> 00:56:10,916
- Bagus.
- Busur silang?

1005
00:56:11,000 --> 00:56:12,000
Aduhai.

1006
00:56:12,083 --> 00:56:13,666
Bengapnya budak ini.

1007
00:56:14,250 --> 00:56:15,958
Hai!

1008
00:56:16,041 --> 00:56:19,708
Malam paling afdal untuk minum darah.

1009
00:56:19,791 --> 00:56:21,500
Borak-borak…

1010
00:56:22,000 --> 00:56:23,666
Kamu tak suka berborak?

1011
00:56:24,166 --> 00:56:26,375
Paderi dah doakan semuanya?

1012
00:56:26,458 --> 00:56:28,041
Ya, semua dah siap.

1013
00:56:28,125 --> 00:56:29,500
Kutip cepat.

1014
00:56:30,916 --> 00:56:34,666
Jangan buat tanda salib.
Nanti rosaklah penyamaran kita!

1015
00:56:50,208 --> 00:56:52,250
- Jangan pijak kostum saya.
- Maaf.

1016
00:57:02,000 --> 00:57:04,958
Elakkan bertembung
dengan orang yang kita kenal.

1017
00:57:13,583 --> 00:57:16,958
Oh, Tuhan!
Apa ibu dah buat dengan rumah ini?

1018
00:57:18,458 --> 00:57:19,541
Biar betul?

1019
00:57:20,666 --> 00:57:22,958
Suka rambut awak!

1020
00:57:25,083 --> 00:57:27,000
- Nasib baik.
- Dia tak cam kamu.

1021
00:57:27,083 --> 00:57:29,791
Kamu tentu sedih.
Nanti kita jumpa ahli terapi.

1022
00:57:29,875 --> 00:57:33,083
Okey, kita mesti cari ketua puntianak itu.

1023
00:57:34,166 --> 00:57:36,000
- Tak nampak pun dia.
- Samalah.

1024
00:57:36,500 --> 00:57:38,166
- Itu pun dia.
- Siapa?

1025
00:57:38,250 --> 00:57:39,666
Bukan siapa, tapi apa.

1026
00:57:40,458 --> 00:57:43,000
Bola yang ada autograf Pele itu.

1027
00:57:43,500 --> 00:57:48,291
- Ayah akan ambil bola itu malam ini.
- Sekarang bukan masanya, ayah.

1028
00:57:48,875 --> 00:57:51,208
Bola itu sangat bermakna bagi ayah.

1029
00:57:51,291 --> 00:57:53,375
Ketika itu, Pele main untuk Vasco.

1030
00:57:53,458 --> 00:57:55,000
Betul cakap Carol.

1031
00:57:55,083 --> 00:57:56,708
Sepatah pun saya tak faham.

1032
00:57:56,791 --> 00:57:59,041
Betul cakap Carol. Sekarang bukan masanya.

1033
00:58:00,250 --> 00:58:02,583
Awak dengar apa awak cakap? Tolonglah.

1034
00:58:02,666 --> 00:58:04,208
Apa rancangan kita?

1035
00:58:04,291 --> 00:58:06,375
Saya rasa lebih baik kita berpecah.

1036
00:58:06,458 --> 00:58:08,458
Ya! Bagus idea itu, sayang.

1037
00:58:09,583 --> 00:58:12,416
Awak tak faham maksud berpecah?

1038
00:58:25,916 --> 00:58:27,666
Ya? Nak apa?

1039
00:58:27,750 --> 00:58:29,958
Maaf, saya tiada duit kecil.

1040
00:58:30,041 --> 00:58:31,083
Oh, Tuhan.

1041
00:58:31,583 --> 00:58:34,041
Besarnya sista itu. Awak patut buangnya.

1042
00:58:36,583 --> 00:58:39,625
Dia pelawa awak minum darah.

1043
00:58:39,708 --> 00:58:40,875
Yakah? Okey.

1044
00:58:40,958 --> 00:58:43,083
- Darah warna merah?
- Ya.

1045
00:58:43,166 --> 00:58:46,125
- Semua darah warna merah.
- Betul juga.

1046
00:58:46,208 --> 00:58:49,583
Saya tak boleh minum darah malam ini.
Saya sedang berdiet.

1047
00:58:49,666 --> 00:58:51,666
Pundi hempedu saya sakit.

1048
00:58:51,750 --> 00:58:55,416
Saya tak pernah jumpa puntianak
yang tak nak minum darah.

1049
00:58:55,500 --> 00:58:57,208
Saya cuma…

1050
00:58:57,291 --> 00:58:59,083
Kenapa semua pandang saya?

1051
00:58:59,166 --> 00:59:02,166
Okey, saya diet hari Isnin saja.
Tiada masalah.

1052
00:59:02,250 --> 00:59:03,166
- Saya…
- Minum.

1053
00:59:03,791 --> 00:59:05,541
Ya, saya minumlah ini.

1054
00:59:07,583 --> 00:59:11,333
Ini darah jenis apa? AB positif?

1055
00:59:13,833 --> 00:59:16,833
Kalau tengok dekat-dekat,
teksturnya agak likat.

1056
00:59:16,916 --> 00:59:18,333
- Tiada masalah.
- Minum.

1057
00:59:18,416 --> 00:59:20,208
Ya, saya minumlah ini.

1058
00:59:20,916 --> 00:59:22,291
Jenis…

1059
00:59:32,875 --> 00:59:34,625
Sedapnya.

1060
00:59:37,583 --> 00:59:41,958
Sedap betul! Oh, sedap tak terhingga!

1061
00:59:42,041 --> 00:59:44,666
Ada sedikit rasa hemoglobin.

1062
00:59:44,750 --> 00:59:46,125
Saya boleh rasa.

1063
00:59:46,208 --> 00:59:49,333
Ada rasa kesan kolesterol.

1064
00:59:49,416 --> 00:59:53,666
Rasanya memang sedap,
tapi cukuplah segelas.

1065
00:59:53,750 --> 00:59:56,250
Saya takut pundi hempedu saya pecah.

1066
00:59:57,041 --> 00:59:59,916
Darah itu terlalu likat.
Dah lama saya tak minum.

1067
01:00:00,000 --> 01:00:02,750
Setiap kali minum darah, saya terpaksa…

1068
01:00:02,833 --> 01:00:04,083
Saya minta diri dulu.

1069
01:00:04,166 --> 01:00:07,791
Awak pun patut buat pemeriksaan kesihatan,
Encik Banyak Cakap.

1070
01:00:29,708 --> 01:00:31,541
Helo! Apa khabar?

1071
01:00:31,625 --> 01:00:33,625
Wah, tingginya awak!

1072
01:00:34,125 --> 01:00:36,125
Hai, Cik Red Riding Hood.

1073
01:00:36,625 --> 01:00:38,458
Awak nak pergi mana, si kacak?

1074
01:00:38,541 --> 01:00:41,208
Saya cuma tengok-tengok…

1075
01:00:41,291 --> 01:00:43,166
- Apa khabar?
- Sihat.

1076
01:00:44,833 --> 01:00:47,791
- Saya suka kostum awak.
- Terima kasih.

1077
01:00:47,875 --> 01:00:51,208
Saya belinya
di sebuah kedai di Transylvania.

1078
01:00:51,291 --> 01:00:52,791
Saya suka Transylvania.

1079
01:00:52,875 --> 01:00:54,416
- Saya orang sana.
- Yakah?

1080
01:00:54,500 --> 01:00:56,875
Oh, Tuhan. Pening kepala saya.

1081
01:00:59,083 --> 01:01:00,333
Jantan miang!

1082
01:01:00,416 --> 01:01:02,500
Kuatnya tamparan wanita awak.

1083
01:01:05,916 --> 01:01:06,958
Sedap lagu ini.

1084
01:01:07,458 --> 01:01:08,958
Saya suka lagu ini.

1085
01:01:09,041 --> 01:01:10,791
Ini hari bertuahmu

1086
01:01:10,875 --> 01:01:13,500
Akanku hisap leher jinjangmu itu

1087
01:01:13,583 --> 01:01:15,833
- Hisap
- Hisap lehermu

1088
01:01:15,916 --> 01:01:19,000
- Hisap
- Hisap lehermu

1089
01:01:19,083 --> 01:01:22,208
- Hisap
- Hisap lehermu

1090
01:01:22,291 --> 01:01:25,791
- Hisap
- Hisap lehermu

1091
01:01:25,875 --> 01:01:29,041
Kita barparti di dalam kerandaku

1092
01:01:29,125 --> 01:01:32,208
Si dia menanti dengan gelas di tangan

1093
01:01:32,291 --> 01:01:35,000
Wajahnya berseri-seri
Sedia untuk dinikmati

1094
01:01:35,083 --> 01:01:36,625
Oh, lazatnya!

1095
01:01:36,708 --> 01:01:38,625
Punti, punti, puntianak

1096
01:01:38,708 --> 01:01:40,625
- Ayuh
- Sedia untuk berparti

1097
01:01:40,708 --> 01:01:42,416
Ini hari bertuahmu

1098
01:01:43,000 --> 01:01:45,166
Perhatian, semua.

1099
01:01:45,250 --> 01:01:48,833
- Tetamu saya nak cakap sesuatu.
- Terima kasih, ratuku.

1100
01:01:49,416 --> 01:01:51,958
Izinkan saya mencuri masa kamu semua.

1101
01:01:52,041 --> 01:01:53,583
Hari ini sangat istimewa.

1102
01:01:53,666 --> 01:01:58,958
Kita berkumpul untuk sambut
kedatangan ketua kita yang mulia.

1103
01:02:00,125 --> 01:02:01,291
Ullah Drax,

1104
01:02:01,375 --> 01:02:04,500
atau lebih dikenali sebagai Count Dracula!

1105
01:02:18,458 --> 01:02:20,000
Tengok itu.

1106
01:02:20,708 --> 01:02:21,916
Pengikutku.

1107
01:02:25,708 --> 01:02:26,916
Kawan-kawanku.

1108
01:02:28,083 --> 01:02:29,375
Hulubalangku.

1109
01:02:30,250 --> 01:02:33,416
Ini saat yang sangat penting
bagi kita semua.

1110
01:02:33,500 --> 01:02:36,541
Hemisfera Utara yang dingin malamnya

1111
01:02:37,541 --> 01:02:39,208
telah berjaya ditakluki.

1112
01:02:39,291 --> 01:02:41,541
Separuh dunia ini milik kita.

1113
01:02:41,625 --> 01:02:45,583
Malangnya Hemisfera Selatan,
yang beriklim khatulistiwa…

1114
01:02:46,666 --> 01:02:50,375
Ini langkah pertama
daripada seribu langkah mendatang.

1115
01:02:50,958 --> 01:02:54,291
Perjuangan kita di sini masih panjang.

1116
01:02:54,375 --> 01:03:00,583
Kalian ialah perintis
sebuah tamadun baharu,

1117
01:03:00,666 --> 01:03:03,583
satu bangsa baharu!

1118
01:03:06,666 --> 01:03:10,916
Kita mesti cakna
tentang ancaman musuh di sekeliling kita.

1119
01:03:11,000 --> 01:03:16,333
Tiada sesiapa terkecuali daripada diserang
atau dibunuh oleh manusia,

1120
01:03:17,041 --> 01:03:20,416
tapi saya jamin, selagi saya masih hidup,

1121
01:03:20,500 --> 01:03:23,000
kalian takkan mati.

1122
01:03:30,916 --> 01:03:32,958
- Greg?
- Saya, tuan.

1123
01:03:33,041 --> 01:03:35,916
Awak dah berjasa dalam penaklukan ini.

1124
01:03:36,000 --> 01:03:38,333
Tanpa awak, semua ini takkan berlaku.

1125
01:03:39,250 --> 01:03:40,625
Terima kasih, tuan.

1126
01:03:40,708 --> 01:03:42,958
Saya sangat bangga dengan usaha awak.

1127
01:03:43,041 --> 01:03:46,041
Saya ada kejutan untuk awak.

1128
01:03:47,458 --> 01:03:53,500
Saya tahu awak takkan korbankan kakak
dan anak saudara awak.

1129
01:03:55,166 --> 01:03:56,333
Maaf.

1130
01:03:57,500 --> 01:03:58,541
Hebatnya!

1131
01:03:58,625 --> 01:04:03,666
Saya tak boleh biar
awak hidup abadi tanpa mereka.

1132
01:04:04,500 --> 01:04:05,833
Banyaknya habuk.

1133
01:04:05,916 --> 01:04:08,708
Bukan main tebal.
Antihistamin saya tertinggal.

1134
01:04:08,791 --> 01:04:09,958
Adik!

1135
01:04:10,041 --> 01:04:12,166
Bos kamu jemput kami.

1136
01:04:13,041 --> 01:04:15,875
Bukan main dekat dia berdiri.
Saya isteri orang.

1137
01:04:15,958 --> 01:04:17,333
Oh, Tuhan. Jauh sikit.

1138
01:04:18,750 --> 01:04:22,208
Hebatnya alatan parti ini! Meriah betul!

1139
01:04:22,916 --> 01:04:25,875
Eh, itu Michele? Dia nampak lain.

1140
01:04:25,958 --> 01:04:28,666
Apa si pemakan salad itu buat
di rumah saya?

1141
01:04:28,750 --> 01:04:29,958
Dia dah mula.

1142
01:04:30,041 --> 01:04:32,750
Dengan kulit putih pucatnya.

1143
01:04:32,833 --> 01:04:35,291
Awak pakai pengisikah? Berketul-ketul.

1144
01:04:36,583 --> 01:04:38,083
Saya lagi cantik, bukan?

1145
01:04:39,708 --> 01:04:40,958
Minum ucap selamat

1146
01:04:42,458 --> 01:04:45,791
sempena penaklukan benua baharu!

1147
01:04:45,875 --> 01:04:47,041
Hidup Drax!

1148
01:04:47,125 --> 01:04:51,291
Hidup Drax!

1149
01:04:51,375 --> 01:04:56,708
Hidup Drax!

1150
01:05:53,125 --> 01:05:55,208
Oh, anak ayah!

1151
01:05:55,291 --> 01:05:58,291
Saya tahu! Ini masalah ketakcernaan.

1152
01:05:58,375 --> 01:06:00,625
Daging ambil masa lapan jam untuk dihadam.

1153
01:06:00,708 --> 01:06:03,000
- Inilah jadinya.
- Kita yang dihadam nanti.

1154
01:06:03,083 --> 01:06:05,916
- Vanessa!
- Fernando? Awak buat apa di sini?

1155
01:06:06,000 --> 01:06:09,583
Saya cuba selamatkan dunia
daripada penaklukan puntianak!

1156
01:06:09,666 --> 01:06:12,458
- Tak habis-habis lagi?
- Percayalah cakap saya.

1157
01:06:21,416 --> 01:06:23,000
Lebik baik kita balik.

1158
01:06:25,708 --> 01:06:27,708
Siapakah gerangan kamu?

1159
01:06:28,625 --> 01:06:31,166
- Apa dah jadi, Ameba?
- Entahlah.

1160
01:06:31,250 --> 01:06:33,083
- Apa dah jadi?
- Saya tak tahu.

1161
01:06:33,166 --> 01:06:35,458
- Pak Cik Greg!
- Adik kakak!

1162
01:06:35,541 --> 01:06:36,875
Apa semua ini, Greg?

1163
01:06:37,375 --> 01:06:38,375
Kakak!

1164
01:06:41,458 --> 01:06:42,833
Jangan balik lagi.

1165
01:06:44,416 --> 01:06:46,583
Jangan biar tetamu kita terlepas.

1166
01:06:47,333 --> 01:06:49,000
Bukan tetamu,

1167
01:06:49,083 --> 01:06:51,083
tapi hidangan utama kita.

1168
01:06:52,583 --> 01:06:54,791
Saya rasa tak sedap hati.

1169
01:06:54,875 --> 01:06:56,083
Saya tak nak main.

1170
01:06:56,166 --> 01:06:58,166
- Saya nak balik.
- Ini bukan permainan.

1171
01:06:59,416 --> 01:07:00,875
Tolong saya.

1172
01:07:04,500 --> 01:07:05,500
Ikut sini!

1173
01:07:06,375 --> 01:07:07,958
Hei, Ameba?

1174
01:07:08,041 --> 01:07:10,375
Salib saya tak berkesan. Rosak agaknya.

1175
01:07:11,541 --> 01:07:14,333
Kami ada air suci! Faham?

1176
01:07:14,416 --> 01:07:15,583
Air suci basah!

1177
01:07:15,666 --> 01:07:18,666
- Air memang basah! Apa awak merepek?
- Saya panik.

1178
01:07:18,750 --> 01:07:20,666
- Bawa mereka kepada saya.
- Apa?

1179
01:07:20,750 --> 01:07:23,875
Itu bukan air suci.
Saya dapat rasanya dari sini.

1180
01:07:23,958 --> 01:07:26,625
Yakah? Okey, kita tengok! Mati!

1181
01:07:27,250 --> 01:07:29,708
- Mati!
- Mati!

1182
01:07:29,791 --> 01:07:31,125
Mati!

1183
01:07:31,208 --> 01:07:32,583
- Mati!
- Mati!

1184
01:07:32,666 --> 01:07:35,708
- Matilah!
- Ameba, kenapa mereka tak mati?

1185
01:07:35,791 --> 01:07:38,083
- Patutnya dah mati.
- Sepatutnyalah.

1186
01:07:38,166 --> 01:07:39,916
- Kenapa tak mati?
- Entahlah!

1187
01:07:40,000 --> 01:07:41,791
Tangkap mereka.

1188
01:07:46,500 --> 01:07:48,791
Lari, Ameba!

1189
01:07:52,541 --> 01:07:54,333
Ayah, cepat!

1190
01:07:58,875 --> 01:08:01,416
- Tahan pintu, Vanessa!
- Tolong saya!

1191
01:08:02,583 --> 01:08:05,250
- Ambil sesuatu dan pukul mereka!
- Cepat!

1192
01:08:07,291 --> 01:08:08,833
Apa dah jadi, Fernandinho?

1193
01:08:08,916 --> 01:08:11,750
- Awak masih tak faham, Vanessa?
- Tak.

1194
01:08:11,833 --> 01:08:14,708
- Pak Cik Greg puntianak.
- Hebatnya!

1195
01:08:14,791 --> 01:08:17,333
Greg vegan! Dia takkan minum darah.

1196
01:08:17,416 --> 01:08:21,250
Dia bukan vegan, Vanessa!
Adik awak syaitan penghisap darah!

1197
01:08:21,333 --> 01:08:23,250
Adik awak puntianak!

1198
01:08:23,333 --> 01:08:25,958
Jangan menangkan dia lagi, Vanessa!

1199
01:08:28,750 --> 01:08:30,208
Oh, Tuhan!

1200
01:08:31,375 --> 01:08:33,916
Selama ini, dia tipu saya? Tolong!

1201
01:08:34,000 --> 01:08:37,666
- Oh, Tuhan. Pegang ini.
- Ayah, kita mesti keluar dari sini.

1202
01:08:37,750 --> 01:08:39,625
Pintu ini akan pecah.

1203
01:08:39,708 --> 01:08:42,166
Apa nak buat? Kita tiada senjata!

1204
01:08:42,250 --> 01:08:43,416
- Ada.
- Di mana?

1205
01:08:43,500 --> 01:08:45,500
Semuanya tak berkesan, Ameba!

1206
01:08:45,583 --> 01:08:47,875
- Betulkah paderi dah doakan?
- Saya pergi gereja!

1207
01:08:47,958 --> 01:08:50,666
- Gereja mana?
- Tak penting! Sama saja.

1208
01:08:50,750 --> 01:08:54,375
Penting!
Awak kena pergi gereja Katolik Hawari.

1209
01:08:54,458 --> 01:08:56,250
- Yang ada paderi.
- Oh!

1210
01:08:56,333 --> 01:08:58,583
- Yang ada paderi?
- Ya!

1211
01:08:58,666 --> 01:09:00,458
Awak pergi gereja mana?

1212
01:09:00,541 --> 01:09:04,166
Gereja yang nampak macam pusat beli-belah.
"Tuhan Maha Besar".

1213
01:09:04,250 --> 01:09:06,333
Kenapa awak pergi tempat itu?

1214
01:09:06,416 --> 01:09:08,583
Itu gereja Oliveira,
teman sepermainan saya.

1215
01:09:08,666 --> 01:09:11,166
Gereja yang satu lagi tutup!

1216
01:09:11,250 --> 01:09:13,750
- Langsung tak boleh diharap!
- Maaf!

1217
01:09:13,833 --> 01:09:15,750
Maaf awak cakap? Pergi mati!

1218
01:09:16,875 --> 01:09:20,583
- Oh, Tuhan.
- Kita mesti keluar dari sini dulu!

1219
01:09:20,666 --> 01:09:23,666
- Tiada jalan keluar!
- Saya tahu satu cara!

1220
01:09:23,750 --> 01:09:26,625
Menurut buku itu,
kalau panah dan air suci tak berkesan,

1221
01:09:26,708 --> 01:09:29,083
kita boleh bunuh puntianak
guna darah perawan.

1222
01:09:30,166 --> 01:09:31,916
Selesai masalah!

1223
01:09:32,000 --> 01:09:35,500
- Mari sini, Carol. Hulur tangan kamu.
- Selamatkan dunia.

1224
01:09:35,583 --> 01:09:38,250
Hulur tangan kamu.
Ayah tahu kamu takut darah.

1225
01:09:38,333 --> 01:09:40,958
- Cepat, Carol.
- Kita dah tiada masa.

1226
01:09:41,041 --> 01:09:43,458
- Hulur tangan kamu.
- Saya bukan perawan.

1227
01:09:45,833 --> 01:09:47,250
Bertenang, Fernandinho!

1228
01:09:48,041 --> 01:09:50,666
Oh, Tuhan!

1229
01:09:52,125 --> 01:09:53,291
Saya nak muntah!

1230
01:09:55,708 --> 01:09:57,125
- Kerja awak, bukan?
- Tak!

1231
01:09:57,208 --> 01:09:59,750
- Jangan tipu!
- Kami tak pernah bersama.

1232
01:09:59,833 --> 01:10:01,041
Dengar sini.

1233
01:10:01,125 --> 01:10:03,041
Saya masih teruna.

1234
01:10:03,125 --> 01:10:04,500
- Wah!
- Betulkah?

1235
01:10:04,583 --> 01:10:05,583
Dia cakap…

1236
01:10:05,666 --> 01:10:07,375
Oh, Tuhan! Awak masih teruna?

1237
01:10:07,458 --> 01:10:10,458
- Awak tipu saya.
- Awak saja yang boleh menipu?

1238
01:10:10,541 --> 01:10:13,375
- Kita boleh guna darah saya.
- Bagus.

1239
01:10:13,458 --> 01:10:15,208
- Cari urat.
- Bodoh!

1240
01:10:15,291 --> 01:10:16,666
Darah perawan saja!

1241
01:10:16,750 --> 01:10:19,500
- Darah teruna tak berkesan.
- Yalah.

1242
01:10:19,583 --> 01:10:21,000
Sia-sia saya mengaku!

1243
01:10:21,083 --> 01:10:23,583
Buat malu saja! Saya beritahu semua orang.

1244
01:10:23,666 --> 01:10:25,750
- Hati-hati.
- Kita akan mati!

1245
01:10:25,833 --> 01:10:27,000
- Ameba!
- Kita akan mati!

1246
01:10:27,083 --> 01:10:29,708
Kita peluk ramai-ramai, kecuali Ameba.

1247
01:10:29,791 --> 01:10:31,750
- Tunggu!
- Apa?

1248
01:10:31,833 --> 01:10:34,000
Ada perawan antara kita.

1249
01:10:34,666 --> 01:10:35,583
Monica!

1250
01:10:37,541 --> 01:10:39,083
Bukankah saya bintang Leo?

1251
01:10:39,916 --> 01:10:41,833
Ayah tak nak dengar.

1252
01:10:41,916 --> 01:10:42,833
Tahan pintu!

1253
01:10:42,916 --> 01:10:45,500
- Saya tahanlah ini!
- Tahan pintu!

1254
01:10:54,916 --> 01:10:58,458
Tuan, saya minta maaf atas kekecohan tadi.

1255
01:10:59,125 --> 01:11:01,041
Tak payah minta maaf, Greg.

1256
01:11:01,125 --> 01:11:04,500
Awak buat parti kita lebih menyeronokkan.

1257
01:11:05,250 --> 01:11:07,250
Mereka akan mati tak lama lagi.

1258
01:11:08,916 --> 01:11:11,250
- Mereka darah daging saya.
- Itu dulu.

1259
01:11:12,750 --> 01:11:15,583
Mulai hari ini, kamilah keluarga awak,

1260
01:11:17,083 --> 01:11:18,208
Gregorius.

1261
01:11:22,166 --> 01:11:24,666
- Sakit, sayang?
- Tak.

1262
01:11:24,750 --> 01:11:26,833
- Beraninya anak ayah!
- Ya.

1263
01:11:26,916 --> 01:11:30,375
Dengar! Berdiri di belakang saya.
Ameba, ambil pancang.

1264
01:11:30,458 --> 01:11:31,708
- Jom!
- Ayuh!

1265
01:11:31,791 --> 01:11:33,250
- Ayuh!
- Ayuh, Ameba!

1266
01:11:33,333 --> 01:11:35,583
- Pergi!
- Hati-hati!

1267
01:11:35,666 --> 01:11:38,041
Ikut belakang ayah. Ameba, buka pintu.

1268
01:11:49,333 --> 01:11:51,125
Tiada sesiapa boleh halang saya!

1269
01:11:52,625 --> 01:11:54,583
Ke tepilah, penghisap darah!

1270
01:12:02,375 --> 01:12:03,916
- Cepat!
- Saya cuba.

1271
01:12:04,000 --> 01:12:05,333
Pergi, sayang.

1272
01:12:06,958 --> 01:12:08,583
Cepatlah!

1273
01:12:08,666 --> 01:12:10,083
- Cepat, ayah!
- Cepat!

1274
01:12:13,833 --> 01:12:14,875
Oh, Tuhan!

1275
01:12:14,958 --> 01:12:15,916
Ameba!

1276
01:12:16,750 --> 01:12:17,666
Tolong!

1277
01:12:18,166 --> 01:12:19,125
- Carol!
- Cepat!

1278
01:12:22,208 --> 01:12:23,833
- Awak okey?
- Ya.

1279
01:12:25,791 --> 01:12:28,041
- Hati-hati.
- Tak guna betul!

1280
01:12:41,000 --> 01:12:42,666
- Keluar cepat.
- Pergi.

1281
01:12:42,750 --> 01:12:44,791
Dah keluar, lari laju-laju!

1282
01:12:44,875 --> 01:12:49,500
Sayang, jaga anak kita.
Saya dan Ameba akan bunuh mereka.

1283
01:12:49,583 --> 01:12:50,958
- Jangan risau.
- Okey.

1284
01:12:51,041 --> 01:12:53,291
- Awak memang hebat.
- Yakah?

1285
01:12:53,375 --> 01:12:55,833
- Lebih hebat daripada adik awak?
- Ya.

1286
01:12:55,916 --> 01:12:57,708
Jaga diri. Hati-hati, Ameba!

1287
01:12:57,791 --> 01:12:59,541
Hati-hati. Jom, Ameba.

1288
01:13:02,500 --> 01:13:05,125
- Greg?
- Abang rindu saya?

1289
01:13:05,208 --> 01:13:06,541
Jangan, Greg!

1290
01:13:10,458 --> 01:13:12,333
Abang dah libatkan Vanessa.

1291
01:13:13,000 --> 01:13:14,375
Sekarang, dia dalam bahaya!

1292
01:13:14,458 --> 01:13:15,958
- Tunggu, sayang.
- Cepat!

1293
01:13:16,041 --> 01:13:18,000
Ibu pakai kasut tumit tinggi!

1294
01:13:18,958 --> 01:13:22,125
- Mungkin kita boleh bawa van itu!
- Masuk!

1295
01:13:22,208 --> 01:13:24,125
Masuk!

1296
01:13:24,208 --> 01:13:26,916
Masuk, Carol! Tutup pintu!

1297
01:13:27,000 --> 01:13:30,208
- Di mana kuncinya?
- Cepat, Vanessa!

1298
01:13:30,291 --> 01:13:31,625
Cepatlah!

1299
01:13:36,958 --> 01:13:39,125
- Siapa itu?
- Ibu saya!

1300
01:13:39,208 --> 01:13:41,625
- Saya tak pernah suka dia.
- Dia tahu.

1301
01:13:47,041 --> 01:13:49,958
Kamu ajak
semua puntianak berkumpul di sini!

1302
01:13:50,458 --> 01:13:54,416
- Kenapalah Vanessa kahwin dengan abang?
- Ipar tak boleh dipilih.

1303
01:13:58,291 --> 01:14:01,083
- Tapi ipar boleh dibunuh.
- Kita satu keluarga!

1304
01:14:01,166 --> 01:14:03,708
Tak, abang ipar bukan darah daging!

1305
01:14:05,416 --> 01:14:07,750
- Fernandinho!
- Lari, Ameba!

1306
01:14:24,666 --> 01:14:26,500
Dia memang peminat setia Vasco.

1307
01:14:27,916 --> 01:14:29,625
Ini untuk Vasco!

1308
01:14:30,583 --> 01:14:32,666
- Jalanlah, ibu!
- Tiada kunci!

1309
01:14:32,750 --> 01:14:34,083
Hidupkan enjin!

1310
01:14:34,166 --> 01:14:35,958
Macam mana? Tiada kunci.

1311
01:14:36,041 --> 01:14:37,458
Buat macam dalam filem!

1312
01:14:44,041 --> 01:14:45,958
Bukan salib yang membunuh kami,

1313
01:14:47,500 --> 01:14:50,208
tapi keimanan manusia pada-Nya.

1314
01:14:51,041 --> 01:14:55,875
Malangnya, iman semata-mata tak memadai.

1315
01:14:56,500 --> 01:15:00,666
Jangan temberanglah.
Awak takut dengan salib ini.

1316
01:15:00,750 --> 01:15:04,083
Betul, tapi saya tak perlu ada
dekat dengan awak

1317
01:15:04,166 --> 01:15:06,875
atau sesiapa pun untuk bunuh mereka.

1318
01:15:10,833 --> 01:15:11,833
Awak nampak itu?

1319
01:15:11,916 --> 01:15:14,875
Dia puntianak atau Jedi? Tak guna!

1320
01:15:22,291 --> 01:15:23,416
Ke mana dia pergi?

1321
01:15:30,041 --> 01:15:32,250
Ba cak!

1322
01:15:32,333 --> 01:15:34,250
Awak tak faham.

1323
01:15:35,000 --> 01:15:37,000
Manusia takkan mampu halang kami.

1324
01:15:38,083 --> 01:15:41,583
Lambat-laun,
kami akan tawan Hemisfera Selatan.

1325
01:15:41,666 --> 01:15:42,500
Percayalah.

1326
01:15:47,666 --> 01:15:51,041
Sekarang, mampuslah aku.

1327
01:15:53,833 --> 01:15:57,416
Saya tak sabar nak minum darah awak.

1328
01:16:14,125 --> 01:16:17,125
Dia bertukar jadi kelawar pula. Oh, Tuhan.

1329
01:16:24,708 --> 01:16:25,875
Oh, Tuhan!

1330
01:16:42,625 --> 01:16:44,416
Ameba!

1331
01:16:46,666 --> 01:16:48,125
Oh, Tuhan!

1332
01:17:28,583 --> 01:17:31,083
Rembat bola itu, Fernandinho!

1333
01:18:07,458 --> 01:18:09,750
Saya tertelan puntianak!

1334
01:18:12,208 --> 01:18:14,708
Saya tertelan puntianak! Jijiknya!

1335
01:18:17,875 --> 01:18:19,875
Saya rasa itu buntut dia.

1336
01:18:20,458 --> 01:18:22,625
Itulah gol terbaik awak!

1337
01:18:22,708 --> 01:18:25,041
Gol untuk Vasco, Ameba! Ya!

1338
01:18:25,125 --> 01:18:28,083
Fernandinho, saya di mana?

1339
01:18:28,166 --> 01:18:30,291
Homero!

1340
01:18:30,375 --> 01:18:32,791
Awak dah kembali normal?

1341
01:18:33,875 --> 01:18:35,375
Jom, sayang.

1342
01:18:36,041 --> 01:18:37,583
Hati-hati. Dekat sikit.

1343
01:18:41,291 --> 01:18:45,041
Lepaskan saya!

1344
01:18:45,125 --> 01:18:47,416
- Siapa yang kurung saya?
- Hati-hati!

1345
01:18:48,375 --> 01:18:49,791
Apa dah jadi?

1346
01:18:55,125 --> 01:18:57,333
- Mereka berjaya!
- Syukurlah!

1347
01:18:57,416 --> 01:18:59,208
Syukurlah ibu kembali normal!

1348
01:18:59,291 --> 01:19:00,416
Normal?

1349
01:19:00,500 --> 01:19:03,208
- Apa saya buat di sini?
- Panjang ceritanya.

1350
01:19:03,291 --> 01:19:04,375
Nanti saya cerita.

1351
01:19:04,458 --> 01:19:06,750
Nanti saya singgah pejabat awak, okey?

1352
01:19:06,833 --> 01:19:08,833
Baliklah dulu. Pintu di sana.

1353
01:19:09,458 --> 01:19:11,291
- Oh, Tuhan.
- Fernando?

1354
01:19:12,416 --> 01:19:13,875
Tunggu di situ!

1355
01:19:13,958 --> 01:19:16,125
Oh, Tuhan.

1356
01:19:16,208 --> 01:19:17,833
- Fernandinho.
- Apa?

1357
01:19:17,916 --> 01:19:19,625
- Apa abang buat di sini?
- Saya?

1358
01:19:19,708 --> 01:19:20,666
Sebenarnya…

1359
01:19:21,916 --> 01:19:24,333
- Tempat apa ini?
- Kamu…

1360
01:19:25,208 --> 01:19:28,250
- Apa?
- Kamu okey? Tengok salib ini.

1361
01:19:28,333 --> 01:19:30,666
- Cantik salib ini.
- Kamu…

1362
01:19:30,750 --> 01:19:34,250
Semua dah okey? Kamu dah kembali normal?

1363
01:19:34,333 --> 01:19:36,625
Saya rasa pelik. Saya rindu abang.

1364
01:19:37,166 --> 01:19:40,958
Percayalah. Saya suka abang.
Abang istimewa di hati saya.

1365
01:19:41,041 --> 01:19:42,958
Perangai dia tak pernah berubah.

1366
01:19:43,041 --> 01:19:45,875
Percayalah, bang.
Abang macam abang saya sendiri.

1367
01:19:45,958 --> 01:19:50,083
- Dahlah itu.
- Boleh saya tumpang rumah abang dulu?

1368
01:19:50,166 --> 01:19:53,666
Menyusahkan betul.
Bukannya tiada duit nak tidur di hotel.

1369
01:19:53,750 --> 01:19:57,375
- Syukurlah awak selamat.
- Saya baik-baik saja, sayang.

1370
01:19:57,458 --> 01:19:59,291
- Pak Cik Greg!
- Hai!

1371
01:19:59,375 --> 01:20:01,833
Syukurlah kamu dah kembali normal!

1372
01:20:01,916 --> 01:20:04,416
Hei, saya yang bunuh puntianak itu!

1373
01:20:04,500 --> 01:20:07,250
Saya yang bunuh puntianak itu!
Jangan lupa!

1374
01:20:07,333 --> 01:20:09,208
Fernandinho, relaks.

1375
01:20:09,291 --> 01:20:11,250
- Saya hargainya.
- Bagus.

1376
01:20:11,333 --> 01:20:13,166
Cium sikit. Oh, tak payahlah.

1377
01:20:13,250 --> 01:20:16,166
- Wiraku!
- Jadi anjing poodle pula dah.

1378
01:20:16,250 --> 01:20:19,500
Gembira dapat jumpa kamu.
Saya rindu semua orang.

1379
01:20:19,583 --> 01:20:22,166
- Menyusahkan.
- Keluarga ialah segalanya.

1380
01:20:22,250 --> 01:20:24,291
- Saya nak cakap sikit.
- Pak Cik Greg!

1381
01:20:24,375 --> 01:20:27,875
Buruknya! Siapa yang hias rumah ini?

1382
01:20:27,958 --> 01:20:29,166
Ibulah.

1383
01:20:29,833 --> 01:20:31,583
Siapa pecahkan tingkap itu?

1384
01:20:31,666 --> 01:20:33,958
Saya! Saya nak selamatkan dunia…

1385
01:20:34,041 --> 01:20:36,208
Saya tak perlu jelaskan.

1386
01:20:36,291 --> 01:20:37,750
Nak tahu apa saya paling rindu?

1387
01:20:37,833 --> 01:20:39,333
- Apa?
- Rindu sangat.

1388
01:20:39,833 --> 01:20:42,958
- Main burger-burger!
- Tak nak!

1389
01:20:43,458 --> 01:20:46,166
Kita dah janji tak nak main lagi!

1390
01:20:46,833 --> 01:20:49,250
- Aduhai!
- Gelilah!

1391
01:20:51,083 --> 01:20:52,083
Jangan geletek!

1392
01:20:52,583 --> 01:20:53,875
Oh, Tuhan!

1393
01:21:00,708 --> 01:21:02,500
Okey, itu saja untuk hari ini.

1394
01:21:02,583 --> 01:21:07,041
Sebelum itu,
ada mesej untuk penonton kita?

1395
01:21:07,125 --> 01:21:10,083
Mereka tentu nak dengar pesanan
daripada Zico.

1396
01:21:10,166 --> 01:21:12,041
Terima kasih, Fernandinho.

1397
01:21:12,125 --> 01:21:17,041
Saya nak ambil peluang ini
untuk cakap sesuatu yang sangat penting.

1398
01:21:17,125 --> 01:21:21,500
Awak dituduh jual perlawanan
sebab terlepas jaringan itu.

1399
01:21:21,583 --> 01:21:23,875
- Itu adat permainan.
- Ya.

1400
01:21:23,958 --> 01:21:28,000
Saya ikut perkembangan karier awak.
Awak pemain yang baik.

1401
01:21:28,083 --> 01:21:30,500
Ramai orang cakap awak jual perlawanan,

1402
01:21:31,083 --> 01:21:33,625
sedangkan awak tak sengaja
terlepas gol itu.

1403
01:21:33,708 --> 01:21:36,000
Saya percaya awak.

1404
01:21:36,083 --> 01:21:39,250
Awak bukan pembelot
macam yang orang cakap.

1405
01:21:39,333 --> 01:21:41,541
Teruskan usaha.

1406
01:21:41,625 --> 01:21:44,250
Saya nak orang tahu
pendapat saya terhadap awak.

1407
01:21:47,083 --> 01:21:48,208
Zico…

1408
01:21:49,000 --> 01:21:51,500
Macam-macam yang saya terpaksa lalui.

1409
01:21:51,583 --> 01:21:53,583
Oh, Tuhan. Terima kasih, Zico.

1410
01:21:53,666 --> 01:21:55,291
Orang kata saya pembelot.

1411
01:21:55,375 --> 01:21:58,291
- Saya tak jual perlawanan itu.
- Saya tahu.

1412
01:22:00,875 --> 01:22:02,166
Hentikan rakaman.

1413
01:22:02,666 --> 01:22:05,916
Temu bual itu memang hebat.

1414
01:22:06,000 --> 01:22:09,125
- Awak nampak hodoh kalau menangis.
- Yalah, ayah.

1415
01:22:09,208 --> 01:22:11,291
Apa masalah awak?

1416
01:22:11,375 --> 01:22:12,625
Maaf, Encik Fernando.

1417
01:22:12,708 --> 01:22:14,125
Kenapa berencik-encik?

1418
01:22:14,208 --> 01:22:15,500
Carol yang suruh.

1419
01:22:16,166 --> 01:22:18,083
Panas! Tepi!

1420
01:22:18,166 --> 01:22:20,333
- Tengoklah ini.
- Daging?

1421
01:22:20,416 --> 01:22:22,500
Ya, hari ini istimewa.

1422
01:22:22,583 --> 01:22:23,625
Khas untuk awak.

1423
01:22:25,375 --> 01:22:27,875
- Mari sini.
- Jangan!

1424
01:22:27,958 --> 01:22:31,125
Saya teringin nak cuba posisi itu.

1425
01:22:32,541 --> 01:22:35,500
Cantiknya baju kamu!

1426
01:22:35,583 --> 01:22:38,458
Saya tak jumpa kemeja-T Ravengoroki saya.

1427
01:22:38,541 --> 01:22:41,416
Yakah? Entah di manalah baju itu agaknya.

1428
01:22:45,458 --> 01:22:46,541
Selamat datang.

1429
01:22:46,625 --> 01:22:48,041
- Bosanlah, yah.
- Terima kasih.

1430
01:22:48,125 --> 01:22:51,958
Apa yang bosannya?
Kamu berdua basuh pinggan malam ini.

1431
01:22:53,541 --> 01:22:55,625
Sayang, boleh bukakan pintu?

1432
01:22:55,708 --> 01:22:57,000
Okey.

1433
01:22:59,833 --> 01:23:01,791
- Helo.
- Ayah mentuaku!

1434
01:23:01,875 --> 01:23:03,333
Dah lama tak jumpa!

1435
01:23:03,416 --> 01:23:05,958
Boleh ayah tumpang beberapa hari?

1436
01:23:06,041 --> 01:23:07,416
Vanessa sihat?

1437
01:23:07,500 --> 01:23:09,500
Anak-beranak hidup bergelandangan.

1438
01:23:09,583 --> 01:23:11,083
Dia sihat. Terima kasih.

1439
01:23:16,666 --> 01:23:17,583
Apa jadah?

1440
01:23:23,000 --> 01:23:25,916
Cuaca di Rio de Janeiro tak sesuai
untuk ayah.

1441
01:23:26,000 --> 01:23:27,041
Sejuk sangat!

1442
01:23:27,125 --> 01:23:29,250
Masuklah. Buat macam rumah sendiri.

1443
01:23:29,333 --> 01:23:30,625
Tumpang lalu.

1444
01:23:32,958 --> 01:23:34,500
Ayah awak datang, Vanessa.

1445
01:23:34,583 --> 01:23:37,500
Ayah saya? Seronoknya!

1446
01:23:37,583 --> 01:23:39,583
Baguslah itu.

1447
01:28:30,583 --> 01:28:35,583
Terjemahan sari kata oleh Saffura



