1
00:00:02,000 --> 00:00:07,000
Downloaded from
YTS.MX

2
00:00:07,840 --> 00:00:09,480
Malam baru bermula.

3
00:00:08,000 --> 00:00:13,000
Official YIFY movies site:
YTS.MX

4
00:00:10,680 --> 00:00:13,360
Awak di tempat yang sepatutnya.

5
00:00:14,520 --> 00:00:18,120
Awak rasa yakin, teruja, dan menonjol.

6
00:00:19,400 --> 00:00:22,680
Akhirnya, awak bersama
golongan seperti awak.

7
00:00:23,920 --> 00:00:26,960
Dan buat seketika,
awak lupa bahawa awak berbeza.

8
00:00:28,160 --> 00:00:30,680
Malam ini, tiada yang mustahil.

9
00:00:33,720 --> 00:00:35,960
Berlin ialah tempat semuanya berlaku.

10
00:00:36,560 --> 00:00:38,560
Ia ibu kota dosa.

11
00:00:39,200 --> 00:00:43,120
Ada 80 ke 120 buah kafe,
bar dan kelab malam

12
00:00:43,200 --> 00:00:46,920
yang menjadi tempat eksklusif
golongan LGBTQ.

13
00:00:47,520 --> 00:00:49,920
Ada homoseksual dan transeksual
di merata tempat.

14
00:00:52,760 --> 00:00:54,640
Apabila pihak Nazi mula berkuasa,

15
00:00:54,720 --> 00:00:59,600
kita melihat penganiayaan homofobia
paling teruk dalam sejarah.

16
00:00:59,680 --> 00:01:03,400
Tiada waktu lain dalam sejarah

17
00:01:03,480 --> 00:01:05,800
di mana kebebasan dan penindasan

18
00:01:05,880 --> 00:01:10,800
begitu hampir dengan satu sama lain
seperti pada tahun 1920an dan 1930an.

19
00:01:12,040 --> 00:01:16,080
Walaupun hari ini, mungkin anda memiliki
kebebasan itu, tapi ia boleh dirampas.

20
00:01:17,280 --> 00:01:21,320
Gaya hidup mereka
sama seperti gaya hidup saya sekarang.

21
00:01:21,400 --> 00:01:23,560
Tapi hanya untuk seketika.

22
00:01:24,080 --> 00:01:27,880
Ia satu malapetaka untuk kemanusiaan

23
00:01:27,960 --> 00:01:30,520
dan saya adalah sebahagian daripadanya.

24
00:01:39,040 --> 00:01:42,120
BERLIN
HUJUNG 1920AN

25
00:01:42,200 --> 00:01:45,560
Awak menyelusuri jalanan Berlin

26
00:01:45,640 --> 00:01:48,880
dan awak ternampak
sebuah bangunan di sudut

27
00:01:48,960 --> 00:01:52,440
dengan papan tanda yang menakjubkan.

28
00:01:52,520 --> 00:01:56,120
Dan ia mengatakan, "Di Sini Ia Tak Salah!"

29
00:02:22,120 --> 00:02:26,760
Antara semua kelab malam yang wujud
semasa Zaman Gemilang,

30
00:02:26,840 --> 00:02:29,600
Eldorado adalah kelab homoseksual
paling mengagumkan.

31
00:02:30,760 --> 00:02:33,720
Kebebasan baru sedang bercambah
di Eldorado Berlin,

32
00:02:33,800 --> 00:02:36,840
di mana buat pertama kali,

33
00:02:36,920 --> 00:02:41,600
lelaki gay, wanita lesbian dan golongan
transeksual dapat rasa bebas dan yakin.

34
00:02:44,920 --> 00:02:48,480
Salah seorang yang anda akan temui di sini
ialah Charlotte Charlaque,

35
00:02:48,560 --> 00:02:52,400
intelektual Amerika-Jerman
keturunan Yahudi.

36
00:02:52,480 --> 00:02:56,960
Dia suka mengembara, pernah menetap
di Amerika, Jerman, Perancis

37
00:02:57,040 --> 00:02:58,600
dan akan menjadi

38
00:02:58,680 --> 00:03:01,040
salah satu daripada orang pertama di dunia

39
00:03:01,120 --> 00:03:06,160
yang akan jalani
pembedahan penukaran jantina.

40
00:03:15,760 --> 00:03:18,480
Kita lihat dua wajah baru
kehidupan malam di Berlin.

41
00:03:19,120 --> 00:03:23,360
Lisa dan Gottfried.
Baru berkahwin. Awal 20an.

42
00:03:23,440 --> 00:03:27,880
Mereka, seperti semua pengunjung
Eldorado, bersedia untuk hanyut

43
00:03:27,960 --> 00:03:30,520
dan temui perkara baru, cinta baru.

44
00:03:37,120 --> 00:03:40,280
Lisa,
atau nama penuhnya Lisa von Dobeneck,

45
00:03:40,360 --> 00:03:44,080
dan Gottfried von Cramm
sudah saling mengenali sejak dari kecil.

46
00:03:44,160 --> 00:03:47,240
Mereka membesar di istana bersebelahan.

47
00:03:47,320 --> 00:03:50,680
Lisa dilahirkan dalam keluarga Dobeneck

48
00:03:50,760 --> 00:03:54,880
dan keluarganya tinggal 15km dari kami.

49
00:03:54,960 --> 00:03:57,560
Kami gelar ia "pondok tak adil",

50
00:03:57,640 --> 00:04:00,920
kerana keluarga Cramm tak boleh
buat apa yang mereka mahu di sana.

51
00:04:05,280 --> 00:04:08,080
Lisa dan Gottfried
mahukan kehidupan mewah,

52
00:04:08,160 --> 00:04:13,320
yang jelas sekali takkan berlaku
di kawasan luar bandar

53
00:04:13,400 --> 00:04:15,960
tapi di kota Berlin yang liar.

54
00:04:21,240 --> 00:04:24,279
Juga ada banyak kebebasan mula berlaku.

55
00:04:25,120 --> 00:04:26,800
Hak wanita mula diiktiraf.

56
00:04:26,880 --> 00:04:28,720
Tapisan dihentikan

57
00:04:28,800 --> 00:04:31,880
dan akhbar juga lebih bebas
untuk cetak apa yang mereka mahu.

58
00:04:32,720 --> 00:04:36,080
Dan itu membuka peluang
untuk banyak media cetak homoseksual.

59
00:04:36,160 --> 00:04:38,480
TEMAN WANITA
KASIH WANITA

60
00:04:38,560 --> 00:04:42,520
Ada yang khas untuk lelaki gay.
Ada yang khas untuk wanita lesbian.

61
00:04:42,600 --> 00:04:45,840
Dan ada juga media khas
untuk golongan transeksual.

62
00:04:47,160 --> 00:04:51,320
Lebih mudah untuk bercakap secara
terbuka tentang seks berbanding dulu.

63
00:04:51,400 --> 00:04:52,760
Masyarakat merasakan

64
00:04:52,840 --> 00:04:56,200
seperti ada sebuah
evolusi seksual sedang berlaku.

65
00:05:00,480 --> 00:05:05,000
Ketika itu Lisa dan Gottfried
temui sebuah dunia yang baru.

66
00:05:05,080 --> 00:05:09,800
Dan Eldorado sinonim dengan perkara baru.

67
00:05:29,320 --> 00:05:33,240
Jadi di tengah-tengah
kelab malam yang berkerlapan,

68
00:05:33,320 --> 00:05:34,840
anda mungkin akan terkejut

69
00:05:34,920 --> 00:05:38,160
untuk bertemu seseorang
yang rapat dengan Adolf Hitler.

70
00:05:39,560 --> 00:05:42,080
Lelaki bernama Ernst Röhm ini,

71
00:05:42,160 --> 00:05:46,320
mempunyai fahami politik
anti-semitik dan mengerikan

72
00:05:46,400 --> 00:05:52,640
dan salah seorang arkitek serta
ahli strategi kebangkitan parti Nazi.

73
00:05:57,560 --> 00:06:01,920
Röhm ialah seorang askar fanatik
yang gemarkan perang dan pembunuhan.

74
00:06:02,560 --> 00:06:04,000
Dan sebagai nasionalis,

75
00:06:04,080 --> 00:06:07,120
dia berdendam atas kekalahan Jerman
dalam Perang Dunia I.

76
00:06:11,360 --> 00:06:16,960
Adolf Hitler dan Ernst Röhm bertemu pada
1919 melalui sebuah parti haluan kiri.

77
00:06:17,040 --> 00:06:23,440
Kemudian mereka berkawan rapat
buat masa yang lama.

78
00:06:27,440 --> 00:06:28,720
Mereka berkongsi impian

79
00:06:28,800 --> 00:06:32,480
untuk menjadikan parti Nazi sebuah gerakan
yang mampu merampas kuasa.

80
00:06:32,560 --> 00:06:34,320
Sesuatu yang mustahil ketika itu.

81
00:06:37,360 --> 00:06:39,520
Ernst Röhm seorang homoseksual,

82
00:06:40,320 --> 00:06:42,800
beliau bersikap agak terbuka mengenainya,

83
00:06:42,880 --> 00:06:45,560
beliau ada ramai
kekasih dan kenalan homoseksual.

84
00:06:46,200 --> 00:06:50,320
Ia sebuah rahsia terbuka
dan sering menjadi bahan gosip.

85
00:06:52,920 --> 00:06:56,520
Hitler mungkin sedar mengenai
khabar angin tentang Röhm.

86
00:06:56,600 --> 00:07:00,160
Tapi beliau lebih utamakan
apa yang Röhm boleh lakukan untuknya.

87
00:07:01,040 --> 00:07:03,600
Dikatakan Hitler pernah cakap,

88
00:07:03,680 --> 00:07:05,520
"Hidup dia bukan urusan saya

89
00:07:05,600 --> 00:07:08,280
asalkan dia rahsiakannya dengan baik."

90
00:07:08,840 --> 00:07:12,120
Tapi seperti yang kita lihat,
itu tak semestinya berlaku.

91
00:07:20,800 --> 00:07:22,720
Kelab malam ini menarik

92
00:07:22,800 --> 00:07:25,760
pelbagai jenis pengunjung berbeza

93
00:07:25,840 --> 00:07:28,560
dari sudut fahaman politik
dan pandangan dunia.

94
00:07:28,640 --> 00:07:31,440
ELDORADO
DI SINI IA TAK SALAH!

95
00:07:31,520 --> 00:07:33,960
Kelab Eldorado sebenarnya

96
00:07:34,040 --> 00:07:37,920
mewakili kehidupan homoseksual di Berlin.

97
00:07:44,480 --> 00:07:47,960
Sesetengah penghibur homoseksual
di Eldorado

98
00:07:48,040 --> 00:07:51,960
telah menjadi bintang terkenal
di era tersebut.

99
00:07:52,040 --> 00:07:55,000
Dan salah satunya ialah Claire Waldoff.

100
00:07:55,560 --> 00:07:58,880
Halau semua lelaki dari Reichstag!

101
00:07:58,960 --> 00:08:01,960
Halau semua lelaki keluar parlimen!

102
00:08:02,040 --> 00:08:05,240
Dan halau semua lelaki dari rumah agam!

103
00:08:05,320 --> 00:08:08,320
Kita ubah jadi tempat perlindungan wanita!

104
00:08:09,120 --> 00:08:14,960
Jika datang bersendirian ke Eldorado,
awak perlu upah penari teksi

105
00:08:15,040 --> 00:08:17,080
untuk jadi pengiring.

106
00:08:18,160 --> 00:08:21,880
Awak akan lihat ilusi jantina

107
00:08:21,960 --> 00:08:25,240
yang menjadi tarikan terkenal Eldorado.

108
00:08:30,840 --> 00:08:34,760
Pada satu malam,
Charlotte bertemu seseorang seperti dia.

109
00:08:35,920 --> 00:08:40,000
Bukan sahaja dia seorang intelektual
seperti Charlotte,

110
00:08:40,600 --> 00:08:42,840
dia juga transeksual.

111
00:08:45,080 --> 00:08:46,640
Dan nama beliau Toni Ebel.

112
00:08:49,680 --> 00:08:52,920
Tak seperti Charlotte,
dia rasa keliru tentang semua ini.

113
00:08:53,000 --> 00:08:55,320
Dia baru keluar
dari sebuah perkahwinan yang teruk.

114
00:08:55,400 --> 00:08:57,320
Dia sepuluh tahun lebih tua.

115
00:08:58,040 --> 00:09:00,400
Tapi mereka berdua jadi rapat.

116
00:09:00,480 --> 00:09:03,280
Hubungan seperti ini
sebenarnya sering berlaku

117
00:09:03,360 --> 00:09:05,240
di kalangan wanita transeksual,

118
00:09:05,320 --> 00:09:09,000
di mana tak kira
apa orientasi seksual kami,

119
00:09:09,080 --> 00:09:12,240
kami ada sebuah persaudaraan mendalam

120
00:09:12,320 --> 00:09:16,640
yang kadangkala
akan bertukar menjadi kekasih

121
00:09:17,240 --> 00:09:19,240
atau pasangan hidup.

122
00:09:19,320 --> 00:09:21,200
Ini kerana

123
00:09:21,280 --> 00:09:24,880
kami hidup dalam sebuah dunia di mana
tak ramai orang seperti kami.

124
00:09:24,960 --> 00:09:26,840
Jadi bila kami saling bertemu,

125
00:09:26,920 --> 00:09:30,200
sebuah hubungan kekeluargaan
yang utuh akan terjalin,

126
00:09:30,280 --> 00:09:32,200
tak kira bagaimana ia berlaku.

127
00:09:34,840 --> 00:09:39,560
Toni dah lama cuba jalani kehidupan
sebagai seorang wanita,

128
00:09:39,640 --> 00:09:41,520
tapi dia tak tahu patut pergi mana.

129
00:09:41,600 --> 00:09:43,640
Charlotte Charlaque ada jawapannya.

130
00:09:45,080 --> 00:09:47,960
Dia kenalkan Toni
kepada Magnus Hirschfeld.

131
00:09:49,760 --> 00:09:52,360
Magnus Hirschfeld
juga mengunjungi Eldorado.

132
00:09:52,440 --> 00:09:56,080
Dia suka perhatikan kehidupan homoseksual.

133
00:09:57,120 --> 00:10:00,240
Dia seperti seorang selebriti.

134
00:10:00,320 --> 00:10:02,080
Semua orang kenal dia.

135
00:10:03,040 --> 00:10:04,520
Dia pakar seks.

136
00:10:04,600 --> 00:10:09,640
Dia mengkaji seksualiti manusia

137
00:10:09,720 --> 00:10:11,280
dan peranan jantina.

138
00:10:12,440 --> 00:10:14,880
Dia percaya bahawa

139
00:10:14,960 --> 00:10:17,640
golongan homoseksual dan transeksual

140
00:10:17,720 --> 00:10:21,960
boleh dapatkan kebebasan dan hak mereka

141
00:10:22,040 --> 00:10:25,040
melalui penggunaan sains.

142
00:10:27,760 --> 00:10:30,720
Dia secara berterusan menerbitkan

143
00:10:30,800 --> 00:10:34,000
buku, risalah, syarahan.

144
00:10:36,280 --> 00:10:42,040
Dia menubuhkan organisasi hak homoseksual
pertama dunia pada tahun 1897.

145
00:10:43,600 --> 00:10:46,520
Dalam peta bandar homoseksual Berlin,

146
00:10:46,600 --> 00:10:51,160
ada sebuah tempat yang menjadi
pusat pemikiran progresif,

147
00:10:51,240 --> 00:10:55,040
Institut Sains Seksual Magnus Hirschfeld.

148
00:10:56,440 --> 00:11:00,880
Ada sebuah muzium yang pamerkan
bahan seperti seluar dalam berjumbai

149
00:11:00,960 --> 00:11:03,920
yang seorang askar Jerman pakai
dalam Perang Dunia I.

150
00:11:04,000 --> 00:11:06,440
Awak boleh jumpa dildo,
pelbagai jenis barang.

151
00:11:07,120 --> 00:11:10,120
Ia juga ada ruang untuk pelbagai
perkhidmatan kepada sesiapa

152
00:11:10,200 --> 00:11:13,120
yang perlukan kaunseling
tentang hubungan mereka,

153
00:11:13,200 --> 00:11:18,040
jenis-jenis penyakit kelamin, maklumat
tentang pengguguran dan kehamilan,

154
00:11:18,120 --> 00:11:19,560
dan pelbagai lagi.

155
00:11:20,480 --> 00:11:23,240
Institut tersebut juga
berfungsi sebagai ruang sosial.

156
00:11:23,320 --> 00:11:27,280
Ia menjadi hab golongan homoseksual,
seperti sebuah komuniti.

157
00:11:27,360 --> 00:11:29,400
Hanya mengetahui kewujudan Institut itu,

158
00:11:29,480 --> 00:11:33,320
adalah satu maklumat yang penting
kepada ahli komuniti ini di Berlin.

159
00:11:36,880 --> 00:11:39,280
Salah satu perkara yang difokuskan

160
00:11:39,360 --> 00:11:43,840
ialah identiti dan rawatan transeksual
yang ada untuk mereka

161
00:11:43,920 --> 00:11:47,240
yang tak menerima
jantina yang diberikan semasa lahir.

162
00:11:52,280 --> 00:11:55,120
Kepada Ernst Röhm,
Magnus Hirschfeld adalah musuh.

163
00:11:55,200 --> 00:11:57,680
Dia keturunan Yahudi, demokrat sosial,

164
00:11:57,760 --> 00:12:02,240
dan dia bersuara
untuk semua golongan transeksual

165
00:12:02,320 --> 00:12:07,200
dan tak terpengaruh dengan
mana-mana ideologi maskulin

166
00:12:07,280 --> 00:12:09,560
yang menjadi fahaman Ernst Röhm.

167
00:12:10,600 --> 00:12:14,200
Tapi, mereka ada persamaan.
Mereka berdua homoseksual secara rahsia.

168
00:12:14,280 --> 00:12:19,320
Magnus Hirschfeld tahu reputasinya
sebagai saintis akan musnah.

169
00:12:19,400 --> 00:12:23,760
Dan Ernst Röhm tahu
beliau akan disingkirkan daripada parti.

170
00:12:24,920 --> 00:12:28,640
Ernst Röhm nampaknya begitu yakin

171
00:12:28,720 --> 00:12:31,040
bahawa hubungan peribadi beliau dan Hitler

172
00:12:31,120 --> 00:12:34,880
dan sejarah panjang beliau bersama Hitler
akan melindunginya.

173
00:12:34,960 --> 00:12:39,040
Sama ada dari sudut pandangan masyarakat
dan dalam gerakan parti Nazi.

174
00:12:39,680 --> 00:12:44,080
Dan ini buat beliau bersikap lalai
tentang kehidupan peribadinya.

175
00:12:48,120 --> 00:12:49,760
"Wahai Dr. Heimsoth.

176
00:12:50,360 --> 00:12:51,880
Saya ucap salam sejahtera.

177
00:12:53,000 --> 00:12:58,280
Saya mengingati perasaan dan perbuatan
homoseksual sejak dari kanak-kanak.

178
00:12:58,360 --> 00:13:00,800
Tapi saya juga
pernah bersama ramai wanita,

179
00:13:01,360 --> 00:13:03,560
walaupun ia tak begitu memuaskan."

180
00:13:06,200 --> 00:13:10,320
Tiada banyak bukti
tentang hidup peribadi Röhm.

181
00:13:10,400 --> 00:13:13,640
Tapi kami ada harta khazanah
untuk buktikannya.

182
00:13:13,720 --> 00:13:16,680
Dan ia adalah beberapa pucuk surat
yang diutus kepada

183
00:13:16,760 --> 00:13:19,160
seseorang bernama
Dr. Karl-Günther Heimsoth.

184
00:13:20,840 --> 00:13:22,800
Saya jijik dengan wanita.

185
00:13:22,880 --> 00:13:25,840
"Saya tiada masalah dengan sikap saya,

186
00:13:25,920 --> 00:13:30,840
walaupun kadangkala
ia sentiasa menyusahkan saya.

187
00:13:30,920 --> 00:13:33,480
Sebenarnya, mungkin saya rasa bangga.

188
00:13:34,120 --> 00:13:35,720
Tapi, saya percayakannya."

189
00:13:37,480 --> 00:13:39,000
Dan dalam surat-surat itu,

190
00:13:39,080 --> 00:13:42,280
Röhm kelihatan seperti
menjadi semakin yakin

191
00:13:42,360 --> 00:13:44,760
untuk mengaku sebagai homoseksual.

192
00:13:48,400 --> 00:13:52,360
Ini saat di mana
idea tentang seksualiti itu sendiri,

193
00:13:52,440 --> 00:13:55,200
heteroseksualiti,
homoseksualiti, apa sahaja,

194
00:13:55,280 --> 00:13:58,840
idea bahawa seksualiti ialah perkara
koheren yang dimiliki seseorang,

195
00:13:59,560 --> 00:14:02,800
adalah sesuatu yang segar
dan masih dibangunkan.

196
00:14:09,800 --> 00:14:12,840
Tapi realiti lain juga wujud.

197
00:14:12,920 --> 00:14:15,160
Jerman bukan hanya ada bandar,

198
00:14:15,240 --> 00:14:18,520
tapi terdiri daripada beberapa
pekan dan kampung kecil.

199
00:14:19,480 --> 00:14:24,440
Apa yang berlaku di Berlin dan bandar
besar lain terasa asing kepada mereka.

200
00:14:24,520 --> 00:14:29,720
Mereka rasa tak selesa
dengan perubahan yang berlaku.

201
00:14:33,640 --> 00:14:34,800
Perubahan yang berlaku

202
00:14:34,880 --> 00:14:37,560
menjadi sumber kekecewaan semua orang.

203
00:14:38,120 --> 00:14:42,440
Jika awak berfikiran radikal, awak rasa
perubahan berlaku terlalu perlahan.

204
00:14:42,960 --> 00:14:45,160
Sebaliknya,
jika awak berfikiran konservatif,

205
00:14:45,680 --> 00:14:51,120
awak akan melihat perkara yang penting
dalam hidup awak sedang dihapuskan.

206
00:14:51,720 --> 00:14:55,560
Dan perasaan terancam akibat perubahan ini

207
00:14:55,640 --> 00:14:59,840
telah berikan ruang kepada fasisme
untuk bertapak dan berkembang.

208
00:15:02,560 --> 00:15:05,440
Kami mahu mengajar semua rakyat Jerman

209
00:15:05,520 --> 00:15:09,800
bahawa tiada kehidupan
tanpa undang-undang.

210
00:15:10,400 --> 00:15:13,520
Dan tiada undang-undang tanpa kuasa.

211
00:15:13,600 --> 00:15:16,840
Dan tiada kuasa tanpa kekuatan

212
00:15:16,920 --> 00:15:21,160
dan setiap kekuatan perlu wujud
dalam diri semua rakyat.

213
00:15:21,240 --> 00:15:26,360
Dia kedengaran seperti Hitler
semasa dia berucap.

214
00:15:26,440 --> 00:15:28,320
Seperti orang gila.

215
00:15:28,400 --> 00:15:31,560
Kerana menjerit
dan apa yang dia katakan ketika itu.

216
00:15:31,640 --> 00:15:34,720
Dah tentu,
dia bercakap tentang kaum Yahudi.

217
00:15:35,360 --> 00:15:38,840
Sangat mengerikan untuk mendengarnya.

218
00:15:42,400 --> 00:15:45,200
Saya tak fikir panjang mengenainya.

219
00:15:45,760 --> 00:15:50,280
Saya seorang pemuda yang naif.

220
00:15:53,640 --> 00:15:56,200
Saya jatuh cinta.

221
00:16:04,800 --> 00:16:06,840
Kami miliki sebuah vila di Sauerbrunn

222
00:16:06,920 --> 00:16:09,840
tempat di mana kami habiskan musim panas.

223
00:16:11,960 --> 00:16:17,280
Dan orang lain yang bercuti
di sana setiap tahun ialah Lumpi.

224
00:16:18,840 --> 00:16:20,960
Itu bagaimana saya kenal dia.

225
00:16:21,040 --> 00:16:24,960
Dia tinggal di Budapest
dan saya tinggal di Vienna.

226
00:16:27,680 --> 00:16:30,520
Saya dan Lumpi mula jadi kawan.

227
00:16:31,600 --> 00:16:33,680
Kami lakukan pelbagai perkara bersama.

228
00:16:35,160 --> 00:16:38,440
Saya sayangkan dia. Kenapa tak?

229
00:16:44,680 --> 00:16:46,440
Kami berdua Yahudi,

230
00:16:48,000 --> 00:16:52,240
tapi kami tak risau tentang itu.

231
00:16:59,960 --> 00:17:03,920
Kami agak jauh daripada segalanya.

232
00:17:09,720 --> 00:17:13,280
Tapi masalah mula timbul.

233
00:17:14,800 --> 00:17:19,920
Bukan sahaja di Jerman dan Berlin,
tapi di seluruh Eropah.

234
00:17:29,920 --> 00:17:34,760
Jadi pada tahun 1931,
Hitler melantik Röhm sebagai ketua SA.

235
00:17:34,840 --> 00:17:39,320
SA ialah sayap separa tentera parti Nazi.
Mereka lakukan kerja kotor.

236
00:17:41,400 --> 00:17:42,880
Mereka menggugat demokrasi,

237
00:17:42,960 --> 00:17:46,840
mereka akan bergaduh di jalanan,
mereka belasah orang di luar acara.

238
00:17:48,720 --> 00:17:54,320
Di bawah pimpinan Röhm, pasukan tersebut
berkembang kepada tiga juta ahli.

239
00:17:56,040 --> 00:17:59,680
Itu menjadi satu insurans
dan kekuatan penting

240
00:17:59,760 --> 00:18:00,960
untuk gerakan Nazi.

241
00:18:02,800 --> 00:18:07,800
SA mainkan peranan penting dalam rancangan
parti Nazi untuk menguasai Jerman

242
00:18:07,880 --> 00:18:10,280
dan menubuhkan sebuah empayar bangsa tulen

243
00:18:10,360 --> 00:18:13,400
tanpa Yahudi, tanpa komunis,
tanpa golongan kurang upaya,

244
00:18:13,480 --> 00:18:16,800
tanpa bangsa Roma dan Sinti
dan tanpa kaum homoseksual.

245
00:18:23,880 --> 00:18:25,960
SA biasanya merekrut ahli baru

246
00:18:26,040 --> 00:18:31,280
terdiri daripada pemuda
kelas bawahan dan menengah rendah.

247
00:18:31,360 --> 00:18:35,120
Disebabkan kriteria pemilihan yang rendah,

248
00:18:35,200 --> 00:18:38,160
ia bukan sahaja menarik
nasionalis radikal,

249
00:18:38,240 --> 00:18:42,520
tapi termasuklah orang luar, golongan
esentrik dan beberapa orang penjenayah.

250
00:18:47,080 --> 00:18:49,480
Karl Ernst ialah seorang askar penggempur

251
00:18:50,400 --> 00:18:54,320
yang mungkin telah ditemui
dan direkrut oleh Röhm

252
00:18:54,400 --> 00:18:57,280
daripada dunia kehidupan malam Berlin.

253
00:18:57,360 --> 00:18:59,280
Dan Ernst akhirnya menyertai SA

254
00:18:59,360 --> 00:19:03,680
dan menjadi orang kanan Röhm
dalam organisasi tersebut.

255
00:19:05,160 --> 00:19:08,120
Ahli SA Karl Ernst bekerja di Berlin

256
00:19:08,200 --> 00:19:12,960
sebagai pengawal di kelab homoseksual
dan sebagai pengangkat barang.

257
00:19:13,560 --> 00:19:18,000
Selepas menyertai SA,
Ernst mula memiliki cita-cita politik,

258
00:19:18,080 --> 00:19:21,120
walaupun dia ada kehidupan rahsia
sebagai homoseksual.

259
00:19:26,000 --> 00:19:28,520
Jadi jika kita fikir
tentang kehidupan Röhm

260
00:19:28,600 --> 00:19:32,320
dalam tentera,
dalam pasukan separa askar ini,

261
00:19:32,400 --> 00:19:37,920
dia seseorang yang telah mencipta
dunia satu jantina di sekelilingnya.

262
00:19:39,760 --> 00:19:42,720
Awak tinggal bersama, awak mandi bersama.

263
00:19:42,800 --> 00:19:46,880
Awak keluar belasah komunis dan
Yahudi di jalanan bersama-sama.

264
00:19:46,960 --> 00:19:48,960
Semua ini boleh mewujudkan

265
00:19:49,560 --> 00:19:52,800
sebuah suasana yang erotik atau seksual.

266
00:19:52,880 --> 00:19:55,240
Ada satu sifat hiper-maskuliniti.

267
00:19:55,320 --> 00:19:57,720
"Kami begitu jantan

268
00:19:57,800 --> 00:20:00,560
sehingga kami rasa jijik dengan wanita.

269
00:20:00,640 --> 00:20:02,280
Kami tak mahu pandang mereka.

270
00:20:02,360 --> 00:20:05,920
Dan itu bukan feminin,
itu buat kami jadi lebih jantan."

271
00:20:07,080 --> 00:20:08,720
Untuk gerakan kita!

272
00:20:31,800 --> 00:20:35,320
Ada seorang lelaki
dalam gerakan Sosialis Kebangsaan

273
00:20:35,400 --> 00:20:38,840
di mana ancamannya langsung
tak dihiraukan oleh Ernst Röhm.

274
00:20:38,920 --> 00:20:41,440
Reichsführer-SS Heinrich Himmler.

275
00:20:43,880 --> 00:20:48,440
Semasa muda Himmler sangat berminat

276
00:20:48,520 --> 00:20:50,840
dengan persaudaraan Männerbund.

277
00:20:50,920 --> 00:20:54,080
Pada masa yang sama dia juga risau

278
00:20:54,160 --> 00:20:59,200
tentang tarikan homoerotika yang mungkin
muncul daripada persaudaraan tersebut.

279
00:21:01,680 --> 00:21:06,440
Ketika itu, Heinrich Himmler
mengetuai SS, Schutzstaffel.

280
00:21:06,520 --> 00:21:12,000
Pasukan separa askar SS adalah jauh
lebih kecil berbanding SA pimpinan Röhm.

281
00:21:12,080 --> 00:21:14,840
Jadi wujud satu persaingan
antara Röhm dan Himmler.

282
00:21:15,800 --> 00:21:20,160
Bagi menjauhkan diri daripada SA
dan reputasi homoseksualnya,

283
00:21:20,240 --> 00:21:25,600
dia mengubah SS
menjadi sebuah organisasi elit.

284
00:21:25,680 --> 00:21:30,280
Ia termasuk secara idealnya, ahlinya
perlu berambut perang dan bermata biru.

285
00:21:30,360 --> 00:21:35,600
Kepada dia penampilan adalah bukti
darah Aryan yang "bagus".

286
00:21:47,600 --> 00:21:51,240
Gottfried von Cramm telah menjadi
bintang pada zaman itu.

287
00:21:53,120 --> 00:21:57,400
Selepas dua perlawanan sengit,
jaguh Jerman telah berusaha keras,

288
00:21:57,480 --> 00:22:01,480
dan akhirnya gagal menghalang Perry.

289
00:22:02,760 --> 00:22:05,480
Gottfried mula main tenis
pada usia sepuluh tahun.

290
00:22:05,560 --> 00:22:09,720
Pada usia 13 tahun dia putuskan untuk jadi
pemain tenis terbaik di dunia.

291
00:22:11,960 --> 00:22:13,320
Semasa dia pergi ke Berlin,

292
00:22:13,400 --> 00:22:17,520
dia menyertai sebuah kelab tenis terkenal.
Rot-Weiss.

293
00:22:18,120 --> 00:22:22,240
Dan salah seorang daripada
ahlinya ialah Hermann Göring,

294
00:22:22,320 --> 00:22:26,400
bakal Menteri Dalam Negeri
kerajaan Nasionalis Kebangsaan.

295
00:22:27,760 --> 00:22:31,000
Gottfried ialah seorang
pemuda tinggi yang kacak.

296
00:22:31,080 --> 00:22:33,840
Dia bermata biru, berambut perang.

297
00:22:34,360 --> 00:22:38,440
Dia contoh terbaik bangsa Aryan.

298
00:22:38,520 --> 00:22:43,040
Dia dijemput menyertai parti Nazi
sejak dari awal lagi.

299
00:22:44,080 --> 00:22:45,920
Kita tahu bahawa Gottfried menolak.

300
00:22:46,000 --> 00:22:49,560
Yang akan jadi satu masalah
yang semakin membesar.

301
00:23:09,640 --> 00:23:13,040
Kita tak tahu apa-apa
tentang bagaimana mereka bertemu,

302
00:23:13,120 --> 00:23:17,600
tapi kita tahu bahawa Gottfried telah
berkenalan dengan seorang pemuda,

303
00:23:17,680 --> 00:23:19,600
yang sebaya dengannya.

304
00:23:22,440 --> 00:23:25,600
Dan pemuda itu bernama Manasse Herbst.

305
00:23:28,560 --> 00:23:34,440
Gottfried dan Manasse
datang dari dunia yang berbeza.

306
00:23:34,520 --> 00:23:39,280
Manasse berasal daripada sebuah
keluarga Yahudi miskin di Scheunenviertel.

307
00:23:39,920 --> 00:23:41,280
Dia seorang pelakon.

308
00:23:41,360 --> 00:23:45,960
Dia bekerja di bar di Jockey
sebagai sumber pendapatan,

309
00:23:46,040 --> 00:23:50,400
sebuah kelab jazz kecil
beberapa blok dari Eldorado.

310
00:23:51,480 --> 00:23:55,400
Mungkin ada saat di mana
mereka mula jatuh hati.

311
00:24:11,600 --> 00:24:15,200
Ada satu ancaman serius
terhadap lelaki homoseksual.

312
00:24:15,280 --> 00:24:16,760
Perenggan 175.

313
00:24:16,840 --> 00:24:20,600
PENZINAAN SESAMA LELAKI
AKAN DIHUKUM PENJARA

314
00:24:20,680 --> 00:24:24,880
Hubungan homoseksual sesama lelaki
menjadi satu jenayah kerana perenggan itu.

315
00:24:24,960 --> 00:24:27,200
Tapi ia sukar untuk dikuatkuasakan,

316
00:24:27,280 --> 00:24:31,040
kerana banyak mahkamah mahukan bukti

317
00:24:31,120 --> 00:24:34,000
untuk hubungan seksual
atau "kelakuan seksual".

318
00:24:34,600 --> 00:24:37,440
Dan itu bukan tugas yang mudah
untuk pihak polis.

319
00:24:40,760 --> 00:24:44,640
Berbanding memeriksa bar
atau lakukan serbuan,

320
00:24:44,720 --> 00:24:47,720
apa yang mereka lakukan ialah
menyimpan "senarai merah jambu."

321
00:24:47,800 --> 00:24:53,360
Dan ia adalah senarai orang-orang yang
disyaki atau disahkan sebagai homoseksual.

322
00:24:54,400 --> 00:24:58,960
Biasanya awak takkan tahu
kerana awak tak didakwa,

323
00:24:59,040 --> 00:25:03,320
tapi kami tahu ada ribuan nama
dalam senarai merah jambu itu.

324
00:25:03,400 --> 00:25:06,120
NAMA PERTAMA: JOSEF
KATEGORI JENAYAH: § 175

325
00:25:06,960 --> 00:25:11,320
Tapi Gottfried ada satu kebebasan,
di mana apabila dia jatuh cinta,

326
00:25:11,400 --> 00:25:12,960
dia akan mengikut cintanya.

327
00:25:18,280 --> 00:25:22,080
Gottfried dan Manasse sering bertemu
selepas perkenalan pertama.

328
00:25:24,920 --> 00:25:27,200
Jelas sekali, Lisa tahu segalanya.

329
00:25:27,840 --> 00:25:31,800
Tiada rahsia,
semuanya dilakukan secara terbuka.

330
00:25:37,160 --> 00:25:38,360
Awak buat apa?

331
00:25:40,800 --> 00:25:42,920
Ayuh! Mari sini!

332
00:25:43,720 --> 00:25:49,080
Dan mereka bertiga telah mulakan
sejenis hubungan baru

333
00:25:49,160 --> 00:25:52,200
yang nampak seperti berhasil.

334
00:26:01,960 --> 00:26:06,360
Kepada Lisa, berpindah ke Berlin
adalah satu kemerdekaan.

335
00:26:06,440 --> 00:26:10,400
Dia mahu hidup bebas
dan alami perkara baru.

336
00:26:10,480 --> 00:26:12,800
Dia mula berkawan

337
00:26:12,880 --> 00:26:17,480
dengan wanita-wanita moden
yang muncul di Berlin.

338
00:26:17,560 --> 00:26:21,800
Juga penulis, atlet dan jurugambar.

339
00:26:21,880 --> 00:26:24,400
Lisa juga suka mengambil gambar.

340
00:26:25,120 --> 00:26:28,800
Dia gemar menari jazz, menunggang kuda.

341
00:26:28,880 --> 00:26:31,840
Dia bermain hoki
dan telah menjadi jaguh Jerman.

342
00:26:33,960 --> 00:26:39,000
Dan ini datang daripada gerakan
yang bermula sebelum tahun 20an

343
00:26:39,080 --> 00:26:40,360
di mana awak bebaskan diri

344
00:26:40,440 --> 00:26:44,280
daripada memakai pakaian
atau berada di dalam rumah.

345
00:26:45,440 --> 00:26:48,640
Dia agak kasar dan buat apa yang dia mahu.

346
00:26:51,560 --> 00:26:56,320
Dia mula jalinkan hubungan sulit.
Juga bersama teman wanita lesbian.

347
00:26:56,400 --> 00:27:00,640
Dia memiliki sifat ingin tahu dan
semangat untuk meneroka seksualiti.

348
00:27:39,120 --> 00:27:41,120
Hubungan antara Gottfried dan Lisa

349
00:27:41,200 --> 00:27:46,880
dibina atas kepercayaan mendalam
terhadap satu sama lain.

350
00:27:46,960 --> 00:27:50,560
Mengetahui bahwa apa sahaja yang
mereka lakukan, masalah takkan timbul.

351
00:27:59,440 --> 00:28:02,160
KEMPEN PILIHANRAYA DI JERMAN

352
00:28:02,240 --> 00:28:06,520
Musim bunga tahun 1932. Hitler bertanding
dalam pilihanraya presiden.

353
00:28:06,600 --> 00:28:09,280
Parti Nazi bertanding
dalam pilihanraya parlimen.

354
00:28:09,880 --> 00:28:13,520
Sebelum mengambil alih kuasa,
Parti Sosialis Nasional

355
00:28:13,600 --> 00:28:16,280
semakin kerap merusuh di jalanan.

356
00:28:16,360 --> 00:28:19,880
Banyak pergaduhan
yang sebabkan kematian berlaku.

357
00:28:19,960 --> 00:28:22,480
Sebab utama mereka lakukannya

358
00:28:22,560 --> 00:28:27,600
ialah untuk menunjukkan
ketidakstabilan demokrasi.

359
00:28:29,440 --> 00:28:32,480
Sambil tunjukkan mereka
parti yang kekalkan "ketenteraman"

360
00:28:32,560 --> 00:28:37,880
serta akan menjamin keselamatan dan
ketenteraman apabila mereka menang.

361
00:28:40,640 --> 00:28:43,120
BAWA KE JALANAN!
ADOLF HITLER

362
00:28:43,200 --> 00:28:45,120
Ketakutan bukan perkara

363
00:28:45,200 --> 00:28:49,160
yang menghubungkan rakyat
kepada Parti Sosialis Nasional

364
00:28:49,240 --> 00:28:53,520
tapi harapan untuk Jerman yang lebih kuat

365
00:28:54,440 --> 00:28:57,440
dan janji untuk masa depan yang cerah.

366
00:29:05,800 --> 00:29:07,320
Helo, selamat petang.

367
00:29:17,360 --> 00:29:20,320
Jadi Charlotte,
Toni dan seorang lagi wanita,

368
00:29:20,400 --> 00:29:23,200
Dorchen Richter,
telah jalani pembedahan mereka.

369
00:29:23,800 --> 00:29:27,680
Dan hanya mereka bertiga sahaja
yang diketahui

370
00:29:27,760 --> 00:29:30,640
telah jalani pembedahan
penukaran jantina di Institut

371
00:29:30,720 --> 00:29:33,360
dan selamat.

372
00:29:38,480 --> 00:29:41,360
Pembedahan dan beberapa lagi
prosedur berbeza

373
00:29:41,440 --> 00:29:44,280
adalah sangat berisiko,
ia seperti satu eksperimen.

374
00:29:44,360 --> 00:29:46,800
Ini adalah kali pertama di mana

375
00:29:46,880 --> 00:29:51,880
pelbagai jenis pembedahan dilakukan
terhadap seorang manusia.

376
00:29:56,240 --> 00:29:58,760
Orang mahu datang ke sini

377
00:29:58,840 --> 00:30:01,880
kerana tiada alternatif lain.

378
00:30:01,960 --> 00:30:04,760
Jadi ia dikenali secara global.

379
00:30:10,520 --> 00:30:13,880
Charlotte dan Toni
pasti menarik nafas lega

380
00:30:13,960 --> 00:30:18,440
kerana mereka mampu jalani pembedahan
tersebut semasa ia masih dibenarkan.

381
00:30:18,520 --> 00:30:20,240
Selepas jalani pembedahan itu,

382
00:30:20,320 --> 00:30:23,960
mereka rasa lebih selesa
dengan jantina baru mereka

383
00:30:24,040 --> 00:30:26,240
dan lebih yakin
dengan sifat feminin mereka.

384
00:30:26,320 --> 00:30:28,040
Charlotte sering mengatakan

385
00:30:28,120 --> 00:30:31,720
bahawa pembedahan itu telah buat dia
rasa sangat bahagia.

386
00:30:40,680 --> 00:30:45,800
Saya tak boleh fikirkan tentang
filem lain daripada zaman itu

387
00:30:45,880 --> 00:30:48,440
di mana awak bukan hanya
melihat seorang transeksual,

388
00:30:48,520 --> 00:30:51,080
tapi beberapa golongan
transeksual bersama-sama,

389
00:30:52,080 --> 00:30:54,600
nampak gembira dan bahagia.

390
00:31:12,360 --> 00:31:14,640
Di Jerman pada ketika itu,

391
00:31:14,720 --> 00:31:18,960
jika salah seorang penghibur transeksual
di Eldorado

392
00:31:19,040 --> 00:31:22,320
keluar dengan pakaian wanita,

393
00:31:22,400 --> 00:31:25,840
mereka boleh ditahan kerana
mengganggu ketenteraman awam.

394
00:31:31,720 --> 00:31:36,760
Maksudnya kebanyakan golongan transeksual
tak mampu hidup sebagai diri sendiri

395
00:31:36,840 --> 00:31:39,120
tanpa berdepan gangguan pihak polis.

396
00:31:41,040 --> 00:31:44,040
Magnus Hirschfeld dan institut tersebut

397
00:31:44,120 --> 00:31:47,760
telah rundingkan
jalan penyelesaian dengan polis,

398
00:31:47,840 --> 00:31:50,480
iaitu dengan berikan mereka

399
00:31:50,560 --> 00:31:53,760
surat kebenaran atau "pas transeksual".

400
00:31:53,840 --> 00:31:56,840
BURUH EVA KATTER
DIKETAHUI MEMAKAI PAKAIAN LELAKI

401
00:31:56,920 --> 00:32:01,480
Jadi ia sekeping kad ID
yang beritahu polis,

402
00:32:01,560 --> 00:32:05,360
awak tak boleh tahan orang ini kerana
dia di bawah jagaan seorang doktor.

403
00:32:05,440 --> 00:32:08,880
Dan mereka memiliki hak
untuk berada di khalayak ramai

404
00:32:08,960 --> 00:32:11,520
dengan pakaian jantina yang mereka pilih.

405
00:32:20,120 --> 00:32:23,440
Ini adalah kali pertama

406
00:32:23,520 --> 00:32:27,880
di mana golongan transeksual
diiktiraf oleh undang-undang.

407
00:32:28,880 --> 00:32:31,760
Jadi sekarang
orang seperti Charlotte dan Toni,

408
00:32:31,840 --> 00:32:34,480
boleh berjalan dengan bebas
sambil bawa pas ini,

409
00:32:34,560 --> 00:32:37,080
tanpa risau jika ada polis
akan tahan mereka

410
00:32:37,160 --> 00:32:39,160
dan cakap "Awak langgar undang-undang."

411
00:32:42,280 --> 00:32:46,720
Golongan homoseksual
boleh hidup secara terbuka.

412
00:32:47,360 --> 00:32:50,400
Dan itu berlaku di Berlin.

413
00:33:09,120 --> 00:33:12,480
Beberapa tahun kemudian
saya pergi ke Budapest

414
00:33:12,560 --> 00:33:15,160
untuk luangkan cuti Easter.

415
00:33:15,240 --> 00:33:18,920
Dan saya tinggal bersama Lumpi
di Jalan Andrássy.

416
00:33:19,480 --> 00:33:21,840
Saya tak ingat nombornya.
Berhampiran opera.

417
00:33:26,920 --> 00:33:31,120
Kami sering bergurau
semasa lawatan pertama itu.

418
00:33:37,400 --> 00:33:40,600
Mereka tiada bilik air yang sempurna.

419
00:33:41,320 --> 00:33:44,480
Mereka cuma ada sesuatu yang
orang Vienna gelar lavor.

420
00:33:45,760 --> 00:33:47,800
Ibu dia isikannya dengan air

421
00:33:47,880 --> 00:33:52,960
dan letak kami berdua
secara berbogel di dalamnya.

422
00:33:56,040 --> 00:34:02,320
Dan bila Lumpy pandang saya,
zakar dia mengeras.

423
00:34:03,280 --> 00:34:06,400
Dia melihat saya berbogel.
Saya menyedarinya.

424
00:34:07,080 --> 00:34:11,480
Kami tak bersentuhan secara seksual

425
00:34:11,560 --> 00:34:16,320
tapi pasti saya buat dia terangsang.

426
00:34:31,440 --> 00:34:33,080
Awal tahun 1930an,

427
00:34:33,159 --> 00:34:36,719
Hitler berjaya mendapat kuasa
dengan cara yang sah.

428
00:34:36,800 --> 00:34:42,000
Dia cuba pengaruhi para pengundi
melalui propaganda

429
00:34:42,080 --> 00:34:46,000
dan menguasai parlimen
untuk musnahkannya dari dalam.

430
00:34:47,880 --> 00:34:50,480
Musuh terbesar Parti Nazi

431
00:34:50,560 --> 00:34:53,360
adalah pihak komunis dan demokrat sosial.

432
00:34:56,040 --> 00:34:59,600
Dan para demokrat sosial
perlu hasilkan sebuah kempen,

433
00:34:59,679 --> 00:35:04,920
satu usaha untuk menghalang
Parti Nazi daripada berkuasa.

434
00:35:23,920 --> 00:35:27,160
CUPID DALAM RUMAH COKLAT

435
00:35:27,240 --> 00:35:29,800
RÖHM MEMERIKSA PERBARISAN SA

436
00:35:30,400 --> 00:35:33,920
Para wartawan demokrat sosial
berjaya dapatkan salinan

437
00:35:34,000 --> 00:35:37,440
surat-surat Röhm kepada Dr. Heimsoth

438
00:35:37,520 --> 00:35:41,200
dan menerbitkan apa yang mereka gelar,
"Surat Cinta Ernst Röhm."

439
00:35:41,280 --> 00:35:44,600
"Pendedahan tentang
pemimpin tentera upahan Hitler.

440
00:35:44,680 --> 00:35:49,200
Welt am Sonntag menerbitkan sepucuk surat
daripada Leftenan Kolonel Ernst Röhm…"

441
00:35:52,640 --> 00:35:55,040
Ia telah menimbulkan
sebuah skandal yang besar.

442
00:35:55,120 --> 00:35:58,680
Pihak demokrat sosial fikir
mereka telah temui senjata terkuat

443
00:35:58,760 --> 00:36:02,040
yang akan membantu mereka
menang dalam perkara ini.

444
00:36:06,240 --> 00:36:09,160
Pada Mac 1932,
semasa skandal itu tersebar,

445
00:36:09,240 --> 00:36:12,400
Hitler menerima 30 peratus undian
dalam pilihanraya presiden,

446
00:36:12,480 --> 00:36:14,120
itu jumlah yang sangat besar.

447
00:36:14,720 --> 00:36:19,760
Pada Julai 1932, beberapa bulan
selepas skandal itu tersebar,

448
00:36:19,840 --> 00:36:22,360
beliau menerima 37 peratus undian.

449
00:36:22,440 --> 00:36:24,520
Jadi skandal itu gagal.

450
00:36:25,960 --> 00:36:28,200
Ia sebuah taktik politik yang gagal.

451
00:36:31,120 --> 00:36:32,480
Sama jantina!

452
00:36:32,560 --> 00:36:33,720
Rasanya jika awak Röhm,

453
00:36:34,560 --> 00:36:37,680
apabila ia didedahkan dalam akhbar,
awak pasti rasa ketakutan.

454
00:36:38,800 --> 00:36:41,320
Bila ia tak berikan kesan

455
00:36:42,320 --> 00:36:45,880
dan parti masih menang besar
dalam pilihanraya,

456
00:36:46,480 --> 00:36:48,160
awak akan tarik nafas lega.

457
00:36:48,760 --> 00:36:52,280
Dan lebih penting lagi,
awak akan mula rasa angkuh.

458
00:37:46,760 --> 00:37:49,880
Warga Jerman, Komrad Rakyat…

459
00:37:52,080 --> 00:37:53,480
Komuniti Rakyat…

460
00:37:54,360 --> 00:37:56,480
Pada 30 Januari,

461
00:37:57,400 --> 00:38:00,120
dadu telah dilontarkan di Jerman.

462
00:38:01,480 --> 00:38:03,040
Dan saya tak rasa

463
00:38:04,160 --> 00:38:09,560
lawan yang pernah ketawa dulu
masih sedang ketawa sekarang.

464
00:38:13,520 --> 00:38:14,360
Sieg!

465
00:38:14,440 --> 00:38:15,520
Heil!

466
00:38:16,320 --> 00:38:17,880
- Sieg!
- Heil!

467
00:38:18,440 --> 00:38:23,600
Pada 30 Januari 1933,
Hitler telah dilantik sebagai Canselor.

468
00:38:29,440 --> 00:38:30,920
CANSELOR EMPAYAR HITLER

469
00:38:37,600 --> 00:38:41,040
Hitler menjadi pemimpin
sebuah rejim diktator.

470
00:39:08,400 --> 00:39:10,840
Dalam ideologi Sosialis Nasional,

471
00:39:10,920 --> 00:39:15,480
kehidupan peribadi dah tamat.

472
00:39:15,560 --> 00:39:19,160
Semuanya perlu mengikut
ideologi yang lebih tinggi.

473
00:39:19,240 --> 00:39:22,080
Setiap individu dalam "Komuniti Rakyat"

474
00:39:22,160 --> 00:39:25,760
perlu mematuhi ideologi ini.

475
00:39:32,000 --> 00:39:33,840
Pihak Nazi telah berikan tumpuan

476
00:39:33,920 --> 00:39:37,920
kepada idea sosial dan perkauman
serta kesihatan seksual dan kebersihan.

477
00:39:38,000 --> 00:39:41,680
Dan dah tentu, itu bermaksud
melahirkan bayi berbangsa tulen dan sihat.

478
00:39:42,200 --> 00:39:44,760
Dan apa-apa yang menghalang
pertambahan populasi

479
00:39:44,840 --> 00:39:47,000
adalah berbahaya dan satu ancaman negara.

480
00:40:00,120 --> 00:40:03,680
Eldorado telah ditutup
sebelum peralihan kuasa berlaku.

481
00:40:05,320 --> 00:40:07,920
Tanpa selamat tinggal, tanpa penutup.

482
00:40:09,360 --> 00:40:14,880
Dan komuniti homoseksual hilang satu lagi
tempat pertemuan yang penting.

483
00:40:25,480 --> 00:40:28,600
Untuk mereka yang bekerja di Eldorado

484
00:40:28,680 --> 00:40:31,160
banyak perlindungan
telah dirampas daripada mereka

485
00:40:31,240 --> 00:40:32,960
begitu juga dengan peluang kerja.

486
00:40:35,960 --> 00:40:38,920
Kemudian, selepas semua itu berlaku,

487
00:40:39,000 --> 00:40:43,720
bangunan Eldorado telah diubah
menjadi ruang iklan untuk parti Nazi.

488
00:40:44,560 --> 00:40:48,640
ELDORADO
DI SINI IA TAK SALAH!

489
00:40:48,720 --> 00:40:50,640
UNDILAH HITLER - SENARAI SATU

490
00:40:50,720 --> 00:40:53,400
Pasti ramai orang rasa ketakutan

491
00:40:53,480 --> 00:40:57,880
kerana sesuatu yang sangat bertentangan
boleh berlaku

492
00:40:57,960 --> 00:40:59,600
di bangunan yang sama.

493
00:40:59,680 --> 00:41:01,520
Eldorado telah ditutup

494
00:41:02,240 --> 00:41:07,760
dan semua ruang sosial yang telah muncul
sepanjang sepuluh tahun lalu,

495
00:41:07,840 --> 00:41:10,000
hilang dalam sekelip mata.

496
00:41:10,080 --> 00:41:13,400
Golongan homoseksual masih ada
tapi mereka telah kehilangan tempat

497
00:41:13,480 --> 00:41:15,000
di mana mereka boleh bertemu.

498
00:41:15,080 --> 00:41:18,200
Mereka perlu lakukannya secara rahsia.

499
00:41:35,800 --> 00:41:42,640
Pada tahun 1933, hidup Gottfried
dan Manasse juga berubah sepenuhnya.

500
00:41:45,280 --> 00:41:49,000
Manasse hilang semua
peluang pekerjaan di teater

501
00:41:49,080 --> 00:41:52,080
kerana Yahudi dah tak dibenarkan
bekerja di teater.

502
00:41:52,160 --> 00:41:58,280
Sejak dari awal lagi, dia sedar bahawa
dia dah tak selamat di Jerman.

503
00:42:00,320 --> 00:42:04,760
Semua orang sedar bahawa
situasi akan jadi semakin teruk.

504
00:42:07,640 --> 00:42:10,920
Hubungan mereka
semakin dihantui satu persoalan.

505
00:42:11,000 --> 00:42:14,040
Bagaimana Manasse boleh keluar
dari Jerman dengan selamat?

506
00:42:16,360 --> 00:42:18,720
Tapi, Gottfried masih mahu bermain tenis.

507
00:42:20,400 --> 00:42:24,880
Dan jika itu bermaksud
dia perlu bermain untuk Nazi Jerman,

508
00:42:24,960 --> 00:42:26,680
dia akan lakukannya.

509
00:42:28,400 --> 00:42:29,760
Tekanan semakin meningkat.

510
00:42:29,840 --> 00:42:33,480
Dia ada hubungan cinta dengan
seorang Yahudi homoseksual.

511
00:42:33,560 --> 00:42:37,480
Tapi pada masa yang sama,
popularitinya semakin meningkat.

512
00:42:37,560 --> 00:42:40,240
Tempatan dan juga antarabangsa.

513
00:42:41,200 --> 00:42:44,400
Gottfried mungkin fikir selagi dia menang,

514
00:42:44,480 --> 00:42:47,480
pihak rejim takkan apa-apakan dia.

515
00:42:49,920 --> 00:42:54,320
Dengan Cramm memutuskan untuk bermain
mewakili Jerman, tiada pilihan lain.

516
00:43:06,160 --> 00:43:09,760
Walaupun pihak Nazi
telah berkuasa pada tahun 1933,

517
00:43:09,840 --> 00:43:13,880
Charlotte dan Toni
masih rasa selesa untuk keluar,

518
00:43:13,960 --> 00:43:16,040
dilihat oleh orang lain di jalanan,

519
00:43:16,120 --> 00:43:17,840
gambar mereka dirakam,

520
00:43:17,920 --> 00:43:22,080
dan bercakap secara terbuka tentang
diri mereka kepada seorang wartawan.

521
00:43:27,760 --> 00:43:29,720
Seperti tiada apa-apa telah berlaku.

522
00:43:29,800 --> 00:43:32,040
Awak masih boleh pergi ke Institut…

523
00:43:32,880 --> 00:43:37,000
Charlotte masih bergelumang
dengan Hirschfeld dan rakan-rakannya.

524
00:43:37,680 --> 00:43:42,880
Dia berikan nasihat
kepada golongan transeksual baru

525
00:43:42,960 --> 00:43:45,560
yang tak tahu bagaimana
untuk memilih pakaian.

526
00:43:45,640 --> 00:43:48,560
Dia bantu mereka dapatkan perumahan.

527
00:43:49,600 --> 00:43:53,400
Charlotte dan Toni akhirnya
menjalani kehidupan

528
00:43:53,480 --> 00:43:56,640
dan bukan hanya
selesaikan proses perubatan.

529
00:44:00,560 --> 00:44:04,200
Manakala Magnus Hirschfeld
sedang mengembara.

530
00:44:09,200 --> 00:44:12,760
Walaupun dia tak muncul
depan khalayak ramai di Jerman,

531
00:44:12,840 --> 00:44:15,400
dia masih diraikan
di peringkat antarabangsa.

532
00:44:17,520 --> 00:44:18,920
Dia dah cukup terkenal

533
00:44:19,000 --> 00:44:22,720
kerana digelar sebagai Si Yahudi
yang cuba buat Jerman jadi feminin

534
00:44:22,800 --> 00:44:25,880
dan menghasut golongan muda
ke kancah homoseksual.

535
00:44:25,960 --> 00:44:29,640
Jadi, dia musuh nombor satu parti Nazi.

536
00:44:31,760 --> 00:44:34,760
Charlotte dah Toni
dah mula berdepan masalah.

537
00:44:34,840 --> 00:44:38,200
Mereka berdua putuskan
untuk tinggalkan Institut.

538
00:44:40,160 --> 00:44:46,040
Mereka berpindah ke
rumah flet satu bilik di Berlin.

539
00:44:53,880 --> 00:44:56,320
Dua wanita ini

540
00:44:56,400 --> 00:44:59,080
memiliki perasaan yang kuat
terhadap satu sama lain

541
00:45:00,040 --> 00:45:02,560
sehingga Toni mula menganut Judaisme.

542
00:45:07,480 --> 00:45:09,080
Saya rasa sukar untuk percaya

543
00:45:09,160 --> 00:45:12,520
bahawa sesiapa akan mula menganut
Judaisme pada waktu itu

544
00:45:12,600 --> 00:45:16,400
jika mereka tak cintakan pasangan mereka.

545
00:45:21,280 --> 00:45:26,040
Selepas mereka beredar,
itu saat apabila Institut itu diserang.

546
00:45:34,840 --> 00:45:37,600
Pada pagi enam Mei, 1933,

547
00:45:37,680 --> 00:45:41,640
sekumpulan pelajar Nazi
telah menyerang Institut tersebut.

548
00:45:41,720 --> 00:45:47,480
Pemuda Nazi musnahkan semua rak,
mereka curah dakwat pada kertas kajian.

549
00:45:48,080 --> 00:45:50,760
Mereka musnahkan
perpustakaan, bilik-bilik.

550
00:45:50,840 --> 00:45:53,680
Itu termasuklah 20,000 naskhah buku.

551
00:45:54,560 --> 00:45:57,240
Mereka ambil gambar sendiri

552
00:45:57,320 --> 00:46:01,800
semasa musnahkan semua yang
Magnus Hirschfeld telah bina.

553
00:46:02,480 --> 00:46:05,480
Ini pasti salah satu
pengalaman yang paling mengerikan

554
00:46:05,560 --> 00:46:07,000
dalam hidup Hirschfeld.

555
00:46:08,480 --> 00:46:11,800
Hirschfeld tiada di Institut itu
semasa ia diserang.

556
00:46:11,880 --> 00:46:13,000
Dia di Paris.

557
00:46:15,120 --> 00:46:18,640
Masih ada kakitangan lain di Institut itu
semasa serangan berlaku.

558
00:46:18,720 --> 00:46:20,160
Seperti Dorchen Richter.

559
00:46:20,760 --> 00:46:23,880
Institut itu adalah rumahnya
dan ia telah dimusnahkan.

560
00:46:23,960 --> 00:46:27,080
Apa yang kita tahu,
mungkin dia juga dimusnahkan bersama.

561
00:46:28,280 --> 00:46:32,280
Saya bakar tulisan Heinrich Mann,

562
00:46:32,360 --> 00:46:35,640
Ernst Glaeser, Erich Kästner.

563
00:46:36,680 --> 00:46:40,440
Saya bakar penulisan hasil pemikiran
Sigmund Freud.

564
00:46:41,080 --> 00:46:44,360
Empat hari kemudian,
semasa Pembakaran Buku,

565
00:46:44,440 --> 00:46:48,760
buku-buku daripada Institut itu
telah dibakar di Opernplatz.

566
00:46:55,120 --> 00:46:56,800
Juga ada foto di mana

567
00:46:56,880 --> 00:47:01,480
salah satu tugu Hirschfeld
sedang diarak menuju ke unggun api.

568
00:47:07,960 --> 00:47:09,240
Foto-foto ini…

569
00:47:10,320 --> 00:47:14,920
adalah sesuatu yang menggerunkan
kepada saya.

570
00:47:15,720 --> 00:47:18,960
Kerana mereka sedang berusaha

571
00:47:19,040 --> 00:47:21,240
untuk hapuskan semua bukti

572
00:47:22,200 --> 00:47:24,920
kewujudan golongan
homoseksual dan transeksual.

573
00:47:25,000 --> 00:47:26,600
Apabila parti Nazi berkuasa,

574
00:47:26,680 --> 00:47:31,640
ia telah memusnahkan banyak peluang

575
00:47:31,720 --> 00:47:35,280
untuk ekspresi jantina
di Jerman pada ketika itu,

576
00:47:35,360 --> 00:47:37,000
kerana bermain dengan jantina.

577
00:47:37,640 --> 00:47:41,000
Kaum wanita
perlu berada dan berkhidmat di rumah.

578
00:47:41,080 --> 00:47:44,640
Mereka perlu lahirkan anak untuk negara.

579
00:47:44,720 --> 00:47:47,880
Dan kaum lelaki
perlu memiliki sifat maskulin

580
00:47:47,960 --> 00:47:50,760
dan mampu berperang.

581
00:47:52,400 --> 00:47:55,520
Jadi itu maksudnya

582
00:47:55,600 --> 00:47:59,040
zaman toleransi ekspresionis dah tamat.

583
00:47:59,120 --> 00:48:03,200
Dan ia telah digantikan dengan
peranan jantina yang sangat ketat.

584
00:48:12,400 --> 00:48:15,360
Pada September tahun 1933, Karl Ernst,

585
00:48:15,440 --> 00:48:17,800
yang merupakan salah seorang pegawai Röhm

586
00:48:17,880 --> 00:48:20,240
dan yang beliau temui di kelab malam gay,

587
00:48:20,320 --> 00:48:22,320
tiba-tiba berkahwin dengan wanita.

588
00:48:29,680 --> 00:48:33,120
Pengapit pada majlis perkahwinannya
ialah Röhm dan Hermann Göring,

589
00:48:33,200 --> 00:48:35,240
Menteri Dalam Negeri Hitler.

590
00:48:35,320 --> 00:48:38,240
Mereka berjalan di belakang
pasangan pengantin,

591
00:48:38,320 --> 00:48:41,120
sambil diapit oleh para pegawai SA.

592
00:48:46,280 --> 00:48:49,800
Awak boleh bayangkan kenapa
ia sangat berguna untuk Röhm

593
00:48:49,880 --> 00:48:51,560
tunjukkan kepada semua orang

594
00:48:51,640 --> 00:48:55,800
dan pegawai tinggi SA seperti Karl Ernst
yang berkahwin dengan seorang wanita,

595
00:48:55,880 --> 00:48:58,120
untuk kata,
"Bukan. Semua itu khabar angin,

596
00:48:58,200 --> 00:49:02,800
sayap separa tentera ini tiada kaitan
dengan homoseksual yang kotor dan keji."

597
00:49:06,560 --> 00:49:08,160
Pada Januari 1934,

598
00:49:08,240 --> 00:49:12,600
Röhm menerima
sepucuk surat peribadi dari Hitler.

599
00:49:13,520 --> 00:49:16,000
"Saya ucap terima kasih kepada Ernst Röhm

600
00:49:16,080 --> 00:49:18,080
atas khidmat setia awak

601
00:49:18,160 --> 00:49:21,200
dan untuk tunjukkan
yang saya rasa bersyukur

602
00:49:21,280 --> 00:49:25,560
kerana saya boleh gelar orang seperti awak
sebagai sahabat dan komrad.

603
00:49:25,640 --> 00:49:29,880
Atas dasar persahabatan dan terima kasih.
Adolf Hitler."

604
00:49:34,080 --> 00:49:38,400
Selepas menerima surat itu, Röhm
rasa yakin untuk menuntut, secara terbuka,

605
00:49:38,480 --> 00:49:40,560
jawatan sebagai Menteri Pertahanan.

606
00:49:42,120 --> 00:49:44,000
Dan dalam satu cara

607
00:49:44,080 --> 00:49:47,480
itu akan buat Tentera Jerman
sekuat 100,000 anggota

608
00:49:47,560 --> 00:49:51,400
bergabung dengan SA
dan berada di bawah perintah beliau.

609
00:49:57,600 --> 00:49:59,280
Pada awal tahun 1934,

610
00:49:59,360 --> 00:50:02,240
SA telah mencapai jumlah ahli paling ramai

611
00:50:02,320 --> 00:50:05,280
dengan lebih kurang 4.5 juta ahli.

612
00:50:07,640 --> 00:50:10,960
Itu menjadi satu masalah kepada Hitler.

613
00:50:13,800 --> 00:50:16,320
Dan bayangan Röhm
memerintah Tentera Jerman

614
00:50:16,400 --> 00:50:19,320
menakutkan golongan konservatif
dalam Tentera Jerman

615
00:50:19,400 --> 00:50:22,960
yang membenarkan dan membantu
parti Nazi berkuasa

616
00:50:23,040 --> 00:50:26,480
tapi tak mahu kehilangan pangkat mereka,

617
00:50:26,560 --> 00:50:28,560
bersama kedudukan dalam hierarki ini.

618
00:50:28,640 --> 00:50:30,120
Jadi ia perlu dihentikan.

619
00:50:32,800 --> 00:50:35,400
Untuk Heinrich Himmler,
ia seperti saat yang sesuai

620
00:50:35,480 --> 00:50:40,400
untuk bawa pasukan SS keluar
dari bayangan SA dan Ernst Röhm

621
00:50:40,480 --> 00:50:43,040
dan mengembangkan pengaruh beliau.

622
00:50:46,600 --> 00:50:49,360
Musuh Röhm dalam kerajaan Nazi,

623
00:50:49,440 --> 00:50:50,240
seperti Himmler,

624
00:50:50,320 --> 00:50:55,000
mula sebarkan fitnah bahawa sebenarnya
Röhm merancang untuk ambil alih kuasa,

625
00:50:55,080 --> 00:50:59,840
gulingkan Hitler
dan teruskan revolusi peribadinya.

626
00:51:01,920 --> 00:51:03,960
Mereka berjaya yakinkan Hitler bahawa

627
00:51:04,040 --> 00:51:06,640
ia adalah satu ancaman
dan beliau perlu bertindak.

628
00:51:07,240 --> 00:51:11,920
Dan seksualiti Röhm menjadi satu alat
untuk mereka hentikan beliau.

629
00:51:19,680 --> 00:51:21,400
Jadi, musim panas 1934.

630
00:51:21,480 --> 00:51:24,760
Hitler menjemput Röhm
dan beberapa leftenan SA yang lain

631
00:51:24,840 --> 00:51:29,760
untuk berehat di Tegernsee di Bavaria.

632
00:51:31,880 --> 00:51:35,680
Dan mereka sedang berseronok
semasa musim panas itu.

633
00:51:45,840 --> 00:51:48,880
Dan awak boleh lihat,
Röhm bukan berenang dalam tasik

634
00:51:48,960 --> 00:51:50,760
sambil merancang penggulingan.

635
00:51:50,840 --> 00:51:52,440
Dia fikir dia sedang bercuti.

636
00:51:57,000 --> 00:52:00,360
Awal pagi 30 Jun, 1934.

637
00:52:01,040 --> 00:52:03,400
Ernst Röhm sedang tidur di bilik hotel.

638
00:52:05,240 --> 00:52:07,720
Tapi Hitler dan Goebbels
sedang menuju ke Bavaria.

639
00:52:15,960 --> 00:52:19,520
Jadi Hitler terus ke sebuah hotel
di Tasik Tegernsee.

640
00:52:19,600 --> 00:52:21,160
Dan bersama sepasukan SS

641
00:52:21,240 --> 00:52:24,400
beliau merempuh masuk
ke dalam bilik hotel Röhm.

642
00:52:26,480 --> 00:52:29,480
Di dalam bilik itu,
dia tuduh Röhm sebagai pembelot.

643
00:52:29,560 --> 00:52:31,120
- Pakai baju!
- Keluar!

644
00:52:31,840 --> 00:52:34,240
Pada ketika ini, Röhm mungkin rasa keliru,

645
00:52:34,320 --> 00:52:37,120
dan fikir semua ini satu salah faham.

646
00:52:39,120 --> 00:52:42,680
Röhm dan beberapa
pegawai tinggi SA telah ditahan

647
00:52:42,760 --> 00:52:45,320
dan dibawa ke Penjara Stadelheim
di Munich.

648
00:52:46,240 --> 00:52:49,000
Enam daripada mereka ditembak serta merta.

649
00:52:56,600 --> 00:52:58,800
Dua hari kemudian Hitler memutuskan

650
00:52:58,880 --> 00:53:02,800
untuk beri tawaran kepada Röhm
untuk tembak diri sendiri.

651
00:53:07,240 --> 00:53:08,880
Jawapan Röhm ialah…

652
00:53:08,960 --> 00:53:11,960
"Jika saya akan dibunuh,
biar Adolf sendiri lakukannya."

653
00:53:14,880 --> 00:53:17,280
Dan apabila Röhm tak mahu bunuh diri,

654
00:53:17,360 --> 00:53:19,640
dia ditembak mati oleh dua pegawai SS.

655
00:53:36,560 --> 00:53:39,360
Pada 30 Jun dan dua hari seterusnya,

656
00:53:39,440 --> 00:53:42,640
lebih 90 orang ditembak mati,

657
00:53:42,720 --> 00:53:45,000
dan anggaran 1,000 orang telah ditahan.

658
00:53:45,080 --> 00:53:49,120
Di antaranya bukan sahaja
Ernst Röhm dan ahli-ahli SA

659
00:53:49,200 --> 00:53:52,320
tapi juga musuh politik dan ahli parlimen.

660
00:53:53,120 --> 00:53:57,320
Ini pembunuhan beramai-ramai pertama
rejim yang dibenarkan oleh negara.

661
00:53:57,400 --> 00:54:02,280
KAPTEN RÖHM DIHUKUM MATI

662
00:54:02,360 --> 00:54:06,840
LEBIH 30 ORANG PEMIMPIN DIHUKUM MATI

663
00:54:06,920 --> 00:54:08,200
Orang ramai diberitahu

664
00:54:08,280 --> 00:54:11,360
bahawa mereka semua
merancang untuk gulingkan Hitler,

665
00:54:11,440 --> 00:54:14,920
tapi itu bukan kisah
yang semua orang akan percaya.

666
00:54:15,000 --> 00:54:17,720
Hitler pertahankannya

667
00:54:17,800 --> 00:54:21,920
dengan mengatakan salahlaku seksual
dalam SA dah jadi keterlaluan

668
00:54:22,000 --> 00:54:25,680
dan ia mencemarkan reputasi
Parti Sosialis Nasional.

669
00:54:25,760 --> 00:54:29,560
RUMAH COKLAT HOMOSEKSUAL

670
00:54:30,160 --> 00:54:32,640
Hitler telah berikan
sebuah ucapan yang berbunyi,

671
00:54:32,720 --> 00:54:36,560
"Saya mahu setiap ibu mampu tawarkan
anak lelaki mereka kepada SA,

672
00:54:36,640 --> 00:54:38,160
parti, atau Pemuda Hitler

673
00:54:38,240 --> 00:54:42,200
tanpa risau jika akhlak
atau moral mereka akan rosak.

674
00:54:44,680 --> 00:54:48,600
Saya mahu lihat pegawai SA
dan bukannya beruk yang menjijikkan."

675
00:54:59,400 --> 00:55:02,600
Ia sebuah skandal yang besar.

676
00:55:02,680 --> 00:55:05,960
Ia ada dalam setiap akhbar.
Di muka pertama.

677
00:55:06,040 --> 00:55:12,480
Saya yang arahkan supaya
pembelot ini ditembak.

678
00:55:12,560 --> 00:55:16,440
Dan saya terus arahkan

679
00:55:16,520 --> 00:55:21,960
supaya buang ulser
yang meracun bahagian dalam.

680
00:55:22,040 --> 00:55:24,800
Pasti saya dengar dalam radio.

681
00:55:24,880 --> 00:55:29,440
Kerana saya masih ingat
saat itu dengan jelas

682
00:55:29,520 --> 00:55:33,800
bila saya sedar apa yang berlaku.

683
00:55:33,880 --> 00:55:36,680
Dan ia sangat menakutkan,

684
00:55:36,760 --> 00:55:42,040
tak kira sama ada
awak homoseksual atau bukan.

685
00:55:42,120 --> 00:55:45,880
Tapi sebagai manusia,
ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

686
00:55:48,880 --> 00:55:52,080
Dan itu menunjukkan
siapa Hitler sebenarnya.

687
00:56:02,000 --> 00:56:05,360
Hakikat bahawa SS adalah penggerak
dalam penyembelihan SA,

688
00:56:05,440 --> 00:56:09,880
sekali lagi, Himmler tunjukkan
kesetiaannya kepada Hitler.

689
00:56:10,480 --> 00:56:14,160
Dan Hitler membalas kesetiaannya
dengan menunaikan permintaan Himmler

690
00:56:14,240 --> 00:56:16,560
untuk pisahkan SS daripada SA.

691
00:56:16,640 --> 00:56:19,480
SS sekarang berada di bawah
perintah Hitler sepenuhnya.

692
00:56:21,800 --> 00:56:24,760
Itu memang sesuatu yang
Heinrich Himmler harapkan.

693
00:56:26,880 --> 00:56:33,720
Itu menjadi batu asas
kepada karier dan kejayaan Himmler.

694
00:56:35,760 --> 00:56:37,480
Selepas pembunuhan Röhm,

695
00:56:37,560 --> 00:56:42,480
beliau mengawal sepenuhnya
semua polis di Jerman.

696
00:56:42,560 --> 00:56:45,880
Sehinggalah beliau akhirnya
menjadi ketua jabatan polis Jerman

697
00:56:45,960 --> 00:56:49,400
dan Reichsführer SS serta Gestapo.

698
00:56:53,560 --> 00:56:57,320
Heinrich Himmler menjadi pemimpin
dalam menentang homoseksualiti.

699
00:56:57,400 --> 00:57:00,960
Matlamat dia ialah
menghapuskan homoseksualiti.

700
00:57:01,840 --> 00:57:04,480
"Homoseksualiti
menjatuhkan setiap pencapaian

701
00:57:04,560 --> 00:57:07,240
dan musnahkan asas pembentukan negara.

702
00:57:07,320 --> 00:57:09,640
Kerana hanya mereka yang ada ramai anak

703
00:57:09,720 --> 00:57:13,080
berhak dapat kuasa dan menguasai dunia.

704
00:57:13,720 --> 00:57:16,920
Homoseksualiti perlu diperangi,

705
00:57:17,000 --> 00:57:21,200
jika tidak, ia akan jadi penamat Jerman
dan bangsa Jerman."

706
00:57:21,280 --> 00:57:23,840
Kita adalah pedang revolusi.

707
00:57:25,520 --> 00:57:28,560
Musuh yang tak sebabkan kerosakan

708
00:57:29,440 --> 00:57:32,480
ialah musuh yang dah mati dan dimusnahkan.

709
00:57:33,240 --> 00:57:36,840
Sekarang, senarai merah jambu

710
00:57:36,920 --> 00:57:40,000
bukan sahaja telah jatuh
ke tangan Polis Jerman.

711
00:57:40,080 --> 00:57:42,440
Tapi juga kepada Gestapo.

712
00:57:47,600 --> 00:57:54,320
Tuduhan dan hukuman jenayah
telah berlaku secara besar-besaran.

713
00:57:56,280 --> 00:58:01,600
Lelaki gay telah dihukum
berdasarkan Perenggan 175.

714
00:58:02,320 --> 00:58:06,160
Tapi golongan transeksual dan lesbian juga
dihukum di bawah rejim Nazi,

715
00:58:06,240 --> 00:58:08,960
tapi dengan cara yang lebih rumit.

716
00:58:09,040 --> 00:58:12,800
Mereka boleh disasarkan
dengan gelaran "asozial"

717
00:58:12,880 --> 00:58:15,080
atau kerana bertentangan
dengan Komuniti Rakyat.

718
00:58:19,320 --> 00:58:21,440
Ramai yang rasa terkejut

719
00:58:21,520 --> 00:58:24,400
dengan tindakan pantas pihak polis.

720
00:58:24,480 --> 00:58:27,160
Secepat mana
mereka dihadapkan ke mahkamah.

721
00:58:27,760 --> 00:58:29,920
Mereka tak tahu cara untuk lindungi diri.

722
00:58:30,000 --> 00:58:31,680
Mereka ada buku alamat di rumah,

723
00:58:31,760 --> 00:58:36,520
yang tiba-tiba digunakan
sebagai bukti di mahkamah.

724
00:58:38,120 --> 00:58:43,920
Rakyat Jerman berikan
kecaman hebat terhadap mereka.

725
00:58:44,000 --> 00:58:46,640
Jiran perhatikan awak
jika awak ada pelawat.

726
00:58:47,200 --> 00:58:50,200
Jika awak tutup langsir bilik tidur.

727
00:58:50,880 --> 00:58:56,960
Jiran-jiran akan laporkan wanita
pakai seluar dan seperti nampak lesbian.

728
00:58:57,840 --> 00:59:02,400
Ia satu rayuan kepada pihak polis
untuk hapuskan individu

729
00:59:02,480 --> 00:59:06,440
yang dah tak diterima
dalam Jerman Sosialis Nasional.

730
00:59:13,320 --> 00:59:17,400
Antara tahun 1933 dan 1936,

731
00:59:17,480 --> 00:59:20,280
Manasse sedang cuba mencari cara

732
00:59:20,360 --> 00:59:24,120
untuk tinggal di luar Jerman.

733
00:59:24,680 --> 00:59:27,520
Kemudian mereka akan cuba bertemu,
sama ada di Berlin

734
00:59:27,600 --> 00:59:30,960
atau di bandar di mana
Gottfried bermain tenis

735
00:59:31,040 --> 00:59:33,240
supaya mereka boleh terus bertemu.

736
00:59:34,080 --> 00:59:37,520
Itu pasti sangat memenatkan
dan mengecewakan.

737
00:59:38,120 --> 00:59:39,680
Ini cinta muda.

738
00:59:41,160 --> 00:59:45,920
Tiba-tiba ia bertukar menjadi
soalan yang mencemaskan,

739
00:59:46,000 --> 00:59:48,600
"bagaimana saya mahu keluar?
Bagaimana saya akan selamat?"

740
00:59:58,240 --> 01:00:00,440
Ada satu pertemuan terakhir,

741
01:00:00,520 --> 01:00:05,720
yang akan menjadi malam terakhir
mereka bersama untuk sekian lama.

742
01:00:08,640 --> 01:00:10,800
Gottfried beri duit kemenangan pada
Manasse

743
01:00:10,880 --> 01:00:13,360
yang di menangi
dalam pelbagai pertandingan.

744
01:00:13,440 --> 01:00:17,880
Itu membolehkan Manasse berhijrah
ke Palestin pada awal tahun 1936,

745
01:00:18,480 --> 01:00:19,720
di mana dia selamat.

746
01:00:26,200 --> 01:00:31,040
Dalam tahun yang sama dia juga kehilangan
Lisa kerana dia failkan penceraian.

747
01:00:31,760 --> 01:00:38,400
Dan kita tahu daripada suratnya
bahawa dia sangat menyesalinya.

748
01:00:38,480 --> 01:00:40,400
Tapi dia juga yakin

749
01:00:40,480 --> 01:00:44,000
bahawa dia tak boleh atasi

750
01:00:44,080 --> 01:00:47,160
minat Gottfried terhadap tenis.

751
01:00:48,520 --> 01:00:52,640
Katanya, jika dia terus bersama Gottfried,

752
01:00:53,440 --> 01:00:56,400
pasti dia akan lupakan
apa dia anggap penting.

753
01:00:56,480 --> 01:00:58,800
Kerana tiada ruang untuk dia.

754
01:01:07,960 --> 01:01:13,480
Salah satu perlawanan tenis terhebat
dalam karier Gottfried Von Cramm

755
01:01:13,560 --> 01:01:16,880
ialah Piala Davis 1937 di Wimbeldon.

756
01:01:16,960 --> 01:01:20,440
Menentang pesaing dari Amerika
Donald Budge.

757
01:01:22,480 --> 01:01:27,000
Ketika itu Gottfried merupakan
seorang atlet yang terkenal.

758
01:01:27,080 --> 01:01:32,840
Pihak Nazi menjangkakan
pemain tenis Jerman mereka akan menang.

759
01:01:34,680 --> 01:01:39,800
Ada 15,000 penonton, Ratu Mary

760
01:01:39,880 --> 01:01:43,080
dan masyarakat dunia menghadirinya.

761
01:01:43,160 --> 01:01:45,360
Ia tak pernah berlaku sebelum ini.

762
01:01:45,440 --> 01:01:48,120
Perlawanan ini diingati sebagai

763
01:01:48,200 --> 01:01:51,600
perlawanan tenis terhebat sepanjang zaman.

764
01:01:53,840 --> 01:01:56,200
Ada sebuah anekdot oleh Donald Budge

765
01:01:56,280 --> 01:02:01,520
di mana Gottfried telah menerima panggilan
sebelum perlawanan itu

766
01:02:01,600 --> 01:02:03,080
dikatakan daripada Hitler

767
01:02:03,160 --> 01:02:06,600
yang mengugut bahawa jika dia kalah,

768
01:02:08,200 --> 01:02:10,200
dia takkan dilindungi lagi.

769
01:02:11,480 --> 01:02:12,960
Pusingan akhir Wimbledon,

770
01:02:13,680 --> 01:02:15,520
di mana perlawanan kategori lelaki

771
01:02:15,600 --> 01:02:18,040
di mana Baron von Cramm,
jaguh Piala Davis Jerman,

772
01:02:18,120 --> 01:02:20,280
servis kepada Donald Budge dari California

773
01:02:20,360 --> 01:02:23,560
jaguh Wimbledon
dan Yankee bertahan tahun ini.

774
01:02:25,160 --> 01:02:26,920
Budge dalam gelanggang.

775
01:02:33,440 --> 01:02:34,240
Deuce.

776
01:02:39,920 --> 01:02:44,120
Perlawanan berlangsung di mana
Gottfried nampak seperti

777
01:02:44,200 --> 01:02:46,400
dia akan menang.

778
01:02:50,040 --> 01:02:51,920
Kelebihan diberikan.

779
01:02:55,800 --> 01:02:56,920
Sila senyap.

780
01:03:07,400 --> 01:03:09,120
Budge di hujung gelanggang.

781
01:03:12,920 --> 01:03:17,920
Akhirnya, pada set kelima,
dia kalah enam terhadap lapan

782
01:03:18,960 --> 01:03:23,440
dan lakukan sesuatu
yang buat dia terkenal.

783
01:03:23,520 --> 01:03:25,800
Dia meraikan pemenang.

784
01:03:26,320 --> 01:03:32,880
Don, saya mahu ucapkan tahniah
atas permainan yang hebat.

785
01:03:33,760 --> 01:03:37,440
Saya rasa sekarang awak layak
menang semua kejohanan.

786
01:03:37,520 --> 01:03:40,040
Tapi saya akan cuba menghalangnya.

787
01:03:40,120 --> 01:03:41,680
Awak seorang atlet yang hebat.

788
01:03:41,760 --> 01:03:45,320
Itu memang baik, Donald.
Terima kasih banyak.

789
01:03:45,920 --> 01:03:49,800
Ia buat para penonton gembira
dan semua orang faham

790
01:03:49,880 --> 01:03:51,800
bahawa pemain tenis ini,

791
01:03:51,880 --> 01:03:56,160
walaupun dia mewakili Nazi Jerman,
dia berbeza dengan Nazi Jerman.

792
01:04:00,960 --> 01:04:03,640
Ini menimbulkan satu persoalan.

793
01:04:04,800 --> 01:04:06,880
Adakah dia masih berkhidmat untuk rejim?

794
01:04:11,480 --> 01:04:14,920
Selepas kekalahan itu,
Gottfried telah mengembara dunia,

795
01:04:15,000 --> 01:04:18,520
bergegas dari satu ke satu
kejohanan tenis yang lain.

796
01:04:18,600 --> 01:04:21,200
Dia pernah disoal
semasa sebuah sidang akhbar

797
01:04:21,280 --> 01:04:25,760
apa pendapat dia tentang
penganiayaan Yahudi di Jerman.

798
01:04:25,840 --> 01:04:28,800
Dan dia telah jelaskan
yang dia tak bersetuju.

799
01:04:28,880 --> 01:04:33,560
Dia tak sembunyikan kebencian
terhadap Sosialis Nasional.

800
01:04:33,640 --> 01:04:37,120
Dia letakkan dirinya dalam bahaya.

801
01:04:48,480 --> 01:04:54,200
AUSTRIA JERMAN BEBAS MENGALUKAN ANDA

802
01:04:58,480 --> 01:05:01,280
SATU RAKYAT, SATU EMPAYAR, SATU PEMIMPIN

803
01:05:07,600 --> 01:05:10,960
Rakyat Austria menjadi Nazi
dalam sekelip mata.

804
01:05:19,000 --> 01:05:24,920
Ada 400,000 orang di Heldenplatz

805
01:05:25,000 --> 01:05:26,760
bersorak untuk beliau.

806
01:05:27,800 --> 01:05:32,120
Sebagai pemimpin
dan Canselor Jerman serta Empayar,

807
01:05:32,880 --> 01:05:35,560
saya isytiharkan depan sejarah Jerman

808
01:05:35,640 --> 01:05:40,080
kemasukan tanah air saya
ke dalam Empayar Jerman.

809
01:05:41,040 --> 01:05:43,800
Heil!

810
01:05:55,760 --> 01:05:59,080
YAHUDI PENJENAYAH

811
01:05:59,160 --> 01:06:03,760
Semasa di jalanan, seluruh bandar
penuh dengan poster-poster ini,

812
01:06:03,840 --> 01:06:05,240
"Yahudi diharamkan."

813
01:06:05,320 --> 01:06:07,480
Ada banyak poster di merata tempat.

814
01:06:07,560 --> 01:06:10,240
PERNIAGAAN BUKAN ARYAN
HERZMANSKY KEMBALI KEPADA ARYAN

815
01:06:10,840 --> 01:06:13,640
Tapi saya masih keluar ke jalanan.

816
01:06:16,040 --> 01:06:18,400
Merayau di sekeliling bandar.

817
01:06:20,320 --> 01:06:23,120
Tiba-tiba saya nampak sekumpulan orang.

818
01:06:23,200 --> 01:06:26,000
Saya nampak Mak Cik Gretel saya
sedang melutut,

819
01:06:26,080 --> 01:06:30,960
dengan berus gigi,
dipaksa bersihkan kaki lima.

820
01:06:32,760 --> 01:06:37,000
YAHUDI

821
01:06:45,680 --> 01:06:51,560
Hari selepas Hitler datang,
surat ini tiba dalam sampul biru.

822
01:06:54,280 --> 01:06:55,520
"Wahai Walter,

823
01:06:57,560 --> 01:07:01,120
semenjak awak datang melawat,
keadaan di Budapest telah jadi teruk.

824
01:07:01,720 --> 01:07:03,600
Awak takkan mengenalinya.

825
01:07:04,720 --> 01:07:06,920
Saya juga dengar berita buruk dari Vienna.

826
01:07:07,440 --> 01:07:10,200
Awak bagaimana? Adakah awak selamat?

827
01:07:11,520 --> 01:07:15,720
Ibu bapa saya terpaksa serahkan perniagaan
walaupun kamu dah tukar agama.

828
01:07:16,320 --> 01:07:18,840
Mereka cuba bawa kami ke luar negara,

829
01:07:18,920 --> 01:07:21,840
tapi kami tiada keluarga atau kawan rapat,

830
01:07:21,920 --> 01:07:22,960
kecuali awak.

831
01:07:24,000 --> 01:07:27,280
Askar Nazi berada di mana-mana
dan saya rasa ketakutan.

832
01:07:29,640 --> 01:07:31,640
Boleh awak bantu kami?

833
01:07:32,840 --> 01:07:34,080
Awak akan buat apa?

834
01:07:35,480 --> 01:07:40,600
Jika awak pergi, tolong bawa saya bersama
dan balas dengan segera. Lumpi awak."

835
01:07:44,560 --> 01:07:47,120
Ia surat yang terdesak.

836
01:07:47,200 --> 01:07:50,920
Tapi saya tak jawab

837
01:07:51,000 --> 01:07:53,400
kerana kami dah berada

838
01:07:53,480 --> 01:07:59,560
dalam situasi yang berisiko
di Vienna apabila ia tiba.

839
01:08:01,720 --> 01:08:03,920
Malam itu,

840
01:08:04,000 --> 01:08:08,280
mereka datang ke rumah kami jam 2.00 pagi

841
01:08:08,360 --> 01:08:10,480
dan tangkap ayah saya.

842
01:08:12,120 --> 01:08:13,840
Dan dia dibawa ke Dachau.

843
01:08:14,920 --> 01:08:18,760
Ia sangat teruk.
Bagaimana saya boleh tolong dia?

844
01:08:21,279 --> 01:08:22,319
Ya…

845
01:08:23,120 --> 01:08:26,000
Itu adalah penamat Lumpi untuk saya.

846
01:08:52,640 --> 01:08:58,640
Bersyukur kepadamu,
Tuhanku, pemerintah alam.

847
01:09:00,080 --> 01:09:02,920
Yang telah sucikan kita dengan amalnya,

848
01:09:04,120 --> 01:09:07,479
dan perintahkan kita nyalakan lilin
untuk Hari Sabat.

849
01:09:17,800 --> 01:09:22,040
Pada malam sembilan hingga
sepuluh November, 1938,

850
01:09:22,120 --> 01:09:26,040
pogrom November
telah berlaku di seluruh Empayar.

851
01:09:30,600 --> 01:09:34,880
Buat masa yang lama, ia digelar sebagai
"Reichskristallnacht."

852
01:09:35,399 --> 01:09:37,760
Pada malam ini rumah ibadat

853
01:09:37,840 --> 01:09:40,840
dan perniagaan Yahudi
di seluruh Jerman telah dibakar.

854
01:09:40,920 --> 01:09:45,640
Bangunan kediaman juga diselongkar,
dirompak dan dimusnahkan.

855
01:09:46,399 --> 01:09:51,120
Ramai Yahudi ditahan
dan dibawa ke kem tahanan.

856
01:09:56,279 --> 01:10:01,480
Ia pasti waktu yang mendebarkan
untuk Charlotte dan Toni.

857
01:10:04,960 --> 01:10:08,720
Mereka putuskan untuk
larikan diri ke Czechoslovakia

858
01:10:08,800 --> 01:10:11,160
kerana mereka rasa
ia lebih selamat di sana.

859
01:10:11,240 --> 01:10:12,280
Buat masa sekarang.

860
01:10:15,520 --> 01:10:17,240
Ia bulan Mac yang dingin

861
01:10:17,320 --> 01:10:21,560
apabila Gottfried pulang selepas
jelajah dunia selama enam bulan.

862
01:10:21,640 --> 01:10:24,160
Dan pada malam pertama dia pulang,

863
01:10:24,240 --> 01:10:28,200
dia makan malam
bersama ibu dan adik-beradiknya.

864
01:10:29,400 --> 01:10:31,320
Ada makan malam di Brüggen,

865
01:10:32,400 --> 01:10:33,960
di mana semua orang ada bersama

866
01:10:35,000 --> 01:10:39,200
dan kemudian, ada bunyi ketukan di pintu.

867
01:10:39,800 --> 01:10:42,640
Nenek kembali dengan wajah pucat
dan cakap,

868
01:10:42,720 --> 01:10:45,280
"Gottfried, awak perlu keluar sekarang."

869
01:10:45,880 --> 01:10:48,880
Ada dua orang Gestapo
dan mereka terus tangkap dia.

870
01:10:49,880 --> 01:10:51,440
Dia berada di penjara.

871
01:10:52,040 --> 01:10:56,200
Penahanan itu telah dirancang lebih awal.

872
01:10:56,280 --> 01:11:00,000
Mereka boleh hantar surat
dan minta dia datang ke balai polis.

873
01:11:00,080 --> 01:11:04,760
Tapi saya rasa rejim Nazi
memang sengaja mahu lakukannya

874
01:11:04,840 --> 01:11:06,480
secara terbuka.

875
01:11:15,120 --> 01:11:17,600
DITAHAN DI JERMAN
BARON GOTTFRIED VON CRAMM

876
01:11:18,920 --> 01:11:20,680
Pada 14 Mei, 1938,

877
01:11:20,760 --> 01:11:26,720
Gottfried dihukum penjara setahun
kerana melanggar Perenggan 175.

878
01:11:27,560 --> 01:11:31,160
Sebabnya ialah hubungan dia
dengan Manasse Herbst.

879
01:11:31,240 --> 01:11:33,400
"Perkara yang memburukkan keadaan ialah

880
01:11:33,480 --> 01:11:37,800
defendan terlibat dengan
aktiviti homoseksual

881
01:11:37,880 --> 01:11:39,880
sejurus selepas berkahwin.

882
01:11:39,960 --> 01:11:42,960
Perkara paling teruk ialah defendan,

883
01:11:43,040 --> 01:11:45,280
dengan kedudukannya
dalam dunia sukan Jerman

884
01:11:45,880 --> 01:11:48,320
dan namanya yang dikenali
di seluruh dunia,

885
01:11:48,400 --> 01:11:49,320
tidak teragak-agak

886
01:11:49,400 --> 01:11:55,160
untuk terlibat dalam hubungan
homoseksual bersama seorang Yahudi."

887
01:12:01,160 --> 01:12:03,840
Nasib baik Manasse Herbst

888
01:12:04,600 --> 01:12:07,880
dan tinggalkan Jerman ketika itu.

889
01:12:07,960 --> 01:12:09,760
Jika tak, dia takkan selamat.

890
01:12:14,920 --> 01:12:19,640
Semasa zaman Empayar Ketiga,
dianggarkan 100,000 lelaki

891
01:12:19,720 --> 01:12:23,280
telah didakwa di bawah
undang-undang anti homoseksual Jerman.

892
01:12:23,360 --> 01:12:25,800
Dianggarkan, 50,000 daripadanya,

893
01:12:25,880 --> 01:12:28,920
telah dihukum.

894
01:12:29,520 --> 01:12:32,120
Antara 5,000 dan 15,000 orang

895
01:12:32,200 --> 01:12:34,080
terkorban di kem tahanan.

896
01:12:37,840 --> 01:12:40,480
Kem tahanan

897
01:12:40,560 --> 01:12:45,640
telah menjadi alat keganasan Nazi
sejak dari awal lagi.

898
01:12:45,720 --> 01:12:48,000
Banduan yang didakwa sebagai homoseksual

899
01:12:48,080 --> 01:12:50,800
akan menerima layanan kejam.

900
01:12:50,880 --> 01:12:54,200
Mereka tak diterima
dalam kumpulan tahanan lain.

901
01:12:54,280 --> 01:12:56,480
LENCANA UNTUK BANDUAN
DALAM KEM TAHANAN

902
01:12:56,560 --> 01:12:59,480
Homoseksual perlu pakai
segi tiga merah jambu.

903
01:12:59,560 --> 01:13:01,600
SAKSI JEHOVA, HOMOSEKSUAL, ANTI-SOSIAL

904
01:13:02,200 --> 01:13:06,720
Mereka dihukum lakukan kerja buruh
dalam keadaan yang paling teruk.

905
01:13:06,800 --> 01:13:09,080
Langsung tiada nutrien,

906
01:13:09,160 --> 01:13:13,400
itu buat banyak banduan mati
akibat keadaan yang teruk.

907
01:13:14,200 --> 01:13:18,120
Sesetengah banduan menjadi
bahan eksperimen saintifik,

908
01:13:18,200 --> 01:13:20,800
tapi bukan semua akan terselamat.

909
01:13:21,680 --> 01:13:25,320
Ada juga kemungkinan awak akan di kembiri

910
01:13:25,400 --> 01:13:27,560
dengan janji atau tawaran

911
01:13:27,640 --> 01:13:30,560
bahawa banduan yang lakukannya
akan dibebaskan.

912
01:13:30,640 --> 01:13:33,480
Tapi kita tahu daripada pelbagai dokumen

913
01:13:33,560 --> 01:13:36,440
bahawa ada ramai yang tak dibebaskan.

914
01:13:55,800 --> 01:14:00,200
Kebanyakan banduan
yang dituduh sebagai homoseksual,

915
01:14:00,280 --> 01:14:02,400
biasanya atas dasar kecaman,

916
01:14:03,080 --> 01:14:05,680
mati di kem tahanan tersebut.

917
01:14:06,320 --> 01:14:11,920
Pendakwaan mencapai kemuncak
antara tahun 1937 dan 1939.

918
01:14:12,800 --> 01:14:17,000
Betul-betul sebelum Hitler
lancarkan perang terhadap Eropah.

919
01:14:20,840 --> 01:14:25,200
Ia tak seperti genosid Yahudi.

920
01:14:25,800 --> 01:14:30,040
Pihak Nazi tak rasa mereka perlu bunuh
semua golongan homoseksual.

921
01:14:30,120 --> 01:14:33,040
Mereka hanya mahu hapuskan homoseksualiti.

922
01:14:39,280 --> 01:14:43,160
Pada tahun 1947, Hitler serahkan tugas

923
01:14:43,240 --> 01:14:46,840
yang digelar "Penyelesaian Terakhir
Yahudi" kepada Heinrich Himmler.

924
01:14:47,400 --> 01:14:50,320
Itu maksudnya
Heinrich Himmler dapat arahan

925
01:14:50,920 --> 01:14:55,000
untuk hapuskan semua
Yahudi Eropah dan Jerman.

926
01:14:57,320 --> 01:15:01,400
Di Czechoslovakia, Polis Pendatang Asing
telah memburu Charlotte.

927
01:15:02,120 --> 01:15:03,960
Dia telah ditahan

928
01:15:04,040 --> 01:15:09,320
semasa Charlotte dan Toni
menyambut ulang tahun ke sepuluh mereka.

929
01:15:12,040 --> 01:15:15,800
Dan dia akan ditahan
di sebuah kem tahanan.

930
01:15:18,720 --> 01:15:22,320
Toni panik.
Dan dia bergegas ke Konsulat Swiss.

931
01:15:22,400 --> 01:15:26,800
Dan beritahu pihak berkuasa bahawa
Charlotte sebenarnya rakyat Amerika.

932
01:15:26,880 --> 01:15:33,760
Jadi akhirnya, Charlotte ditempatkan
dalam sebuah bot dan dihantar ke New York.

933
01:15:34,320 --> 01:15:39,000
Toni berfikir secara spontan tentang
bagaimana untuk selamatkan dia.

934
01:15:39,080 --> 01:15:41,760
Jika tak pasti dia akan berakhir
di kem tahanan.

935
01:15:47,840 --> 01:15:49,960
Itu telah memisahkan mereka.

936
01:15:50,040 --> 01:15:52,000
Mereka tak bertemu semula selepas itu.

937
01:16:14,240 --> 01:16:17,920
1945
PERANG TAMAT

938
01:16:50,320 --> 01:16:53,560
Saya telah cari Lumpi
sepanjang hayat saya.

939
01:16:55,240 --> 01:16:58,560
Saya mahu tahu di mana dia berada.
Apa berlaku pada dia.

940
01:17:06,520 --> 01:17:11,960
KEM BURUH
HARKA, HUNGARY, 1946

941
01:17:22,720 --> 01:17:26,560
Saya baru lihat foto-foto ini sekarang.

942
01:17:26,640 --> 01:17:29,920
Semuanya dah jelas sekarang.

943
01:17:36,280 --> 01:17:39,200
Dia ditahan di kem buruh
dan dia mati kelaparan.

944
01:17:42,200 --> 01:17:47,720
Itu sangat mengerikan.
Kepada saya, bahawa dia mati begitu.

945
01:17:48,320 --> 01:17:52,200
Dia tak patut alami semua itu.

946
01:17:55,080 --> 01:18:00,560
MANGSA-MANGSA HARKA

947
01:18:00,640 --> 01:18:01,920
Mengerikan

948
01:18:02,000 --> 01:18:03,200
Dan apa yang saya lihat?

949
01:18:03,840 --> 01:18:10,400
Batu besar dalam gambar
di mana nama dia ditulis,

950
01:18:10,480 --> 01:18:15,280
"Fülöp Loránt", 24 atau 25 tahun.

951
01:18:33,040 --> 01:18:36,520
Seperti orang Vienna cakap,
terlalu banyak untuk verkiefeln.

952
01:18:36,600 --> 01:18:42,440
Ia sesuatu yang awak tak boleh terima,
jika awak tak boleh verkiefeln sesuatu.

953
01:18:44,040 --> 01:18:44,920
Ya.

954
01:18:49,240 --> 01:18:54,080
Saya gembira jika saya boleh menyumbang

955
01:18:54,160 --> 01:18:57,400
supaya Lumpi diingati dalam sejarah.

956
01:19:08,040 --> 01:19:11,520
Tak mengetahui apa yang berlaku
kepada orang tersayang

957
01:19:11,600 --> 01:19:15,680
malangnya sering berlaku
dengan mangsa Yahudi,

958
01:19:16,200 --> 01:19:19,640
di mana kami hanya tahu kemudian
atau tak tahu langsung

959
01:19:19,720 --> 01:19:22,080
di mana mereka dibunuh.

960
01:19:35,160 --> 01:19:40,000
Mangsa homoseksual mahu,
tapi tak mampu berkongsi kisah mereka.

961
01:19:40,520 --> 01:19:42,080
Ia terlalu berbahaya.

962
01:19:42,960 --> 01:19:44,680
Selepas 1945,

963
01:19:44,760 --> 01:19:47,520
penganiayaan Sosialis Nasional
terhadap homoseksual

964
01:19:47,600 --> 01:19:49,640
tak dianggap sebagai ketidakadilan.

965
01:19:50,720 --> 01:19:55,280
German Barat menggunakan
Perenggan Nazi 175.

966
01:19:55,840 --> 01:19:59,000
Masyarakat anggap mereka
sebagai penjenayah dan tak senonoh,

967
01:19:59,960 --> 01:20:03,760
Keluarga berdiam diri.
Ahli sejarah tak bertanya.

968
01:20:04,640 --> 01:20:06,640
Penganiayaan diteruskan.

969
01:20:11,440 --> 01:20:14,600
KES JENAYAH TERHADAP
GOTTFRIED VON CRAMM

970
01:20:14,680 --> 01:20:19,680
Pada tahun 1951, Gottfried,
seperti lelaki homoseksual lain,

971
01:20:19,760 --> 01:20:22,480
memohon supaya penangkapan dia
di bawah Perenggan 175

972
01:20:22,560 --> 01:20:24,920
dipadam daripada rekodnya.

973
01:20:25,840 --> 01:20:30,400
Tanpa ini, dia takkan menerima visa
untuk bertanding di Amerika,

974
01:20:30,480 --> 01:20:33,400
Britain atau Perancis.

975
01:20:35,920 --> 01:20:37,720
Ada perbicaraan di mahkamah,

976
01:20:38,840 --> 01:20:42,440
dan Manasse Herbst pulang semula ke Jerman

977
01:20:42,520 --> 01:20:44,480
buat pertama kali pada tahun 1951.

978
01:20:48,240 --> 01:20:52,440
Jadi dia kembali ke negara
yang mahu dia mati.

979
01:20:52,520 --> 01:20:56,560
Dan dah tentu, ini adalah pertemuan semula
antara Manasse dan Gottfried.

980
01:21:05,000 --> 01:21:07,000
Lisa juga disoal.

981
01:21:07,080 --> 01:21:09,920
Dia mengesahkan hubungan antara
Manasse dan Gottfried.

982
01:21:10,560 --> 01:21:14,720
Buat seketika, mereka berhubung semula
dengan kebebasan

983
01:21:14,800 --> 01:21:17,600
yang pernah dialami pada tahun 20an.

984
01:21:18,400 --> 01:21:23,600
Dan ini adalah pada tahun 1950 yang
konservatif. Depan mahkamah Jerman.

985
01:21:25,360 --> 01:21:30,920
Seperti homoseksual yang lain,
pengampunan Gottfried ditolak.

986
01:21:31,000 --> 01:21:34,800
Dia gagal mendapat visa untuk
kejohanan tenis yang penting.

987
01:21:36,200 --> 01:21:39,880
Dia menang di negara
yang benarkan dia bermain,

988
01:21:39,960 --> 01:21:43,720
tapi dia tak dibenarkan bermain
dalam kejohanan penting

989
01:21:43,800 --> 01:21:49,240
kerana dia masih dianggap penjenayah
di bawah Perenggan 175 Sosialis Nasional.

990
01:22:01,800 --> 01:22:05,160
Saya berhijrah ke Amerika

991
01:22:05,240 --> 01:22:10,160
dan tinggal di sini dengan
bahagia sejak tahun 1939.

992
01:22:11,400 --> 01:22:15,640
Saya menjadi komposer dan telah
menulis muzik sepanjang hayat saya.

993
01:22:27,760 --> 01:22:34,400
Saya bertemu seseorang
pada tahun 1959, rasanya.

994
01:22:34,920 --> 01:22:37,280
Nama dia Howard Myers.

995
01:22:38,280 --> 01:22:39,760
Terima kasih.

996
01:22:39,840 --> 01:22:44,840
Saya tak tahu kenapa awak
beli secawan besar kopi.

997
01:22:47,040 --> 01:22:49,640
Sebenarnya, kami tak malu.

998
01:22:50,400 --> 01:22:52,080
Kami tak rasa malu.

999
01:22:52,160 --> 01:22:58,200
Kami pergi makan malam bersama
enam pasangan yang dah berkahwin.

1000
01:22:58,280 --> 01:23:01,040
Saya tak rasa malu
kerana saya tak pernah ragu

1001
01:23:01,720 --> 01:23:04,840
bahawa saya mampu lakukan
apa yang saya mahu.

1002
01:23:05,440 --> 01:23:07,640
Walter telah hidup untuk saya.

1003
01:23:07,720 --> 01:23:12,360
Dia lakukan segalanya untuk saya
semasa dekad pertama kami,

1004
01:23:12,440 --> 01:23:13,920
semasa kami masih muda.

1005
01:23:14,720 --> 01:23:18,280
Sekarang dia berusia 100 tahun,

1006
01:23:18,880 --> 01:23:23,640
dan hanya dalam 15 tahun kebelakangan ini

1007
01:23:23,720 --> 01:23:27,440
baru dia perlukan saya
lakukan apa-apa untuk dia.

1008
01:23:31,400 --> 01:23:36,080
Okey, ini mengatakan, "Sijil perkahwinan
bandar Hollywood Barat.

1009
01:23:36,840 --> 01:23:40,320
Ini mengesahkan bahawa
Walter Arlen dan Howard Myers

1010
01:23:40,400 --> 01:23:46,680
telah berkahwin secara sah
pada dua hari bulan Julai 2013."

1011
01:23:48,440 --> 01:23:50,240
Ia tak mengubah apa-apa.

1012
01:23:51,120 --> 01:23:54,640
Ia cuma satu kepuasan.

1013
01:23:56,000 --> 01:23:59,680
Jika saya tiada, tiada sesiapa
akan bertengkar dengan dia.

1014
01:24:07,600 --> 01:24:11,040
Charlotte habiskan sisa hidupnya
di Brooklyn.

1015
01:24:12,200 --> 01:24:14,320
Dia akhirnya menjadi seorang pelakon.

1016
01:24:15,880 --> 01:24:18,200
Walaupun dia terpisah daripada Toni,

1017
01:24:18,280 --> 01:24:21,800
dia membina persahabatan baru
dalam komuniti artistik.

1018
01:24:21,880 --> 01:24:25,280
Dan sebahagian besarnya tak tahu
dia seorang transeksual.

1019
01:24:26,080 --> 01:24:28,280
Dia juga berjaya dapatkan dokumen Amerika

1020
01:24:28,360 --> 01:24:31,600
yang mengesahkan dia seorang wanita
dengan nama yang feminin.

1021
01:24:31,680 --> 01:24:33,480
Dan itu sangat penting untuk dia,

1022
01:24:33,560 --> 01:24:37,640
kerana ia mengesahkan identitinya
sebagai seorang wanita.

1023
01:24:41,440 --> 01:24:44,560
Saya terfikir tentang apa yang
saya akan buat dalam situasi begitu.

1024
01:24:45,320 --> 01:24:48,760
Saya perlu larikan diri?
Saya patut pergi mana?

1025
01:24:57,800 --> 01:25:01,960
Selepas perang tamat,
Toni berjaya pulang ke Berlin

1026
01:25:02,040 --> 01:25:06,760
di mana dia habiskan hidup
sebagai artis dan pelukis.

1027
01:25:16,600 --> 01:25:19,800
Kita boleh lihat pada tahun 20an,
seratus tahun lalu,

1028
01:25:19,880 --> 01:25:23,920
sebagai satu contoh bahawa
kebebasan ini boleh hilang bila-bila masa.

1029
01:25:25,320 --> 01:25:27,840
Walaupun hari ini dengan kemajuan

1030
01:25:27,920 --> 01:25:31,000
yang berlaku untuk hak transeksual
dan homoseksual.

1031
01:25:31,080 --> 01:25:34,480
awak memiliki kebebasan
dan ia boleh dirampas dengan mudah.

1032
01:25:34,560 --> 01:25:38,240
ELDORADO
DI SINI IA TAK SALAH!

1033
01:25:38,320 --> 01:25:39,680
PANTRI
ELDORADO

1034
01:25:39,760 --> 01:25:46,240
Sebuah pasaraya organik
berada di lokasi Eldorado sekarang.

1035
01:25:46,320 --> 01:25:49,320
Awak boleh pergi tempat di mana
orang lihat persembahan transeksual

1036
01:25:49,400 --> 01:25:50,800
dan beli avokado mahal.

1037
01:25:55,440 --> 01:25:58,480
Saya rasa homoseksual di Berlin hari ini

1038
01:25:58,560 --> 01:26:01,560
terpaksa mencipta semula sepenuhnya.

1039
01:26:01,640 --> 01:26:04,000
Dan ia berhasil.

1040
01:26:04,520 --> 01:26:08,520
Bila awak lihat bagaimana homoseksual
berkembang di Berlin hari ini

1041
01:26:08,600 --> 01:26:12,040
dan ia telah menjadi terbuka dan pelbagai.

1042
01:26:13,200 --> 01:26:17,360
Tapi adakah kami berhubung? Saya tak rasa
kami berhubung dengan apa-apa.

1043
01:26:17,440 --> 01:26:19,600
Kami tak tahu apa-apa

1044
01:26:20,480 --> 01:26:23,560
tentang penganiayaan golongan homoseksual.

1045
01:26:24,320 --> 01:26:27,200
Disebabkan itu,
homoseksual Berlin hari ini…

1046
01:26:28,120 --> 01:26:30,760
bukanlah…

1047
01:26:32,720 --> 01:26:37,120
peninggalan tahun 1920an.

1048
01:26:39,000 --> 01:26:40,560
Itu benar-benar dah hilang.

1049
01:26:42,000 --> 01:26:45,120
Tiada nama. Tiada memori. Tiada apa-apa.

1050
01:27:38,400 --> 01:27:43,240
Selepas perang, Jerman Barat mendakwa dan
menghukum 100,000 lelaki homoseksual.

1051
01:27:43,320 --> 01:27:45,960
50,000 orang dihukum penjara.

1052
01:27:46,040 --> 01:27:49,880
Perenggan 175 versi Nazi
hanya diubah pada tahun 1969

1053
01:27:49,960 --> 01:27:53,240
dan dimansuhkan pada tahun 1994.

1054
01:27:53,760 --> 01:27:55,680
Walter Arlen hasilkan 68 karya,

1055
01:27:55,760 --> 01:27:58,640
yang dikatakan "menyimpan memorinya."

1056
01:27:58,720 --> 01:28:01,760
Muziknya hanya diketahui umum
pada tahun 2008,

1057
01:28:01,840 --> 01:28:04,040
kerana pasangannya, Howard Myers.

1058
01:28:04,120 --> 01:28:06,720
Walter dan Howard
hidup bahagia di kediaman mereka,

1059
01:28:06,800 --> 01:28:08,960
beberapa blok dari Lautan Pasifik.

1060
01:31:40,200 --> 01:31:45,200
Terjemahan sari kata oleh Muhd Syamil



