1
00:00:02,000 --> 00:00:07,000
Downloaded from
YTS.MX

2
00:00:06,423 --> 00:00:10,260
Beberapa tahun kebelakangan ini,
saya banyak muhasabah diri.

3
00:00:08,000 --> 00:00:13,000
Official YIFY movies site:
YTS.MX

4
00:00:11,094 --> 00:00:16,224
Saya sedar bahawa saya akan okey sahaja
selagi saya sentiasa dapat perhatian.

5
00:00:17,726 --> 00:00:19,394
Betul. Saya suka perhatian.

6
00:00:20,061 --> 00:00:21,730
Saya sentiasa mahu perhatian.

7
00:00:24,649 --> 00:00:27,360
Sewaktu kecil, saya tak dapat perhatian.

8
00:00:27,360 --> 00:00:29,112
Anak ketiga daripada empat beradik.

9
00:00:29,112 --> 00:00:31,364
Saya ada abang dan kakak.

10
00:00:31,740 --> 00:00:35,118
Sewaktu umur saya tiga tahun,
mereka panggil saya

11
00:00:35,118 --> 00:00:38,413
dan kata saya anak angkat.

12
00:00:40,582 --> 00:00:44,252
Ibu kandung saya telah dibunuh

13
00:00:46,880 --> 00:00:48,173
oleh Ratu Amerika.

14
00:00:51,301 --> 00:00:54,971
Mereka kata kalau saya tanya mak,
dia tentu sedih.

15
00:00:55,764 --> 00:00:59,517
Jadi, jangan tanya melainkan
jika saya mahu dia sedih.

16
00:01:00,268 --> 00:01:04,439
Mereka kata kalau saya tanya ayah,
dia akan kata mereka menipu.

17
00:01:05,523 --> 00:01:06,733
Tapi dia yang menipu.

18
00:01:08,860 --> 00:01:10,779
Mereka dah fikir dari semua sudut.

19
00:01:12,405 --> 00:01:15,241
Menambah tekanan saya,

20
00:01:15,241 --> 00:01:17,118
ketika usia saya tiga tahun,

21
00:01:17,702 --> 00:01:21,539
saya ingat Ratu Amerika
ialah Patung <i>Liberty.</i>

22
00:01:24,584 --> 00:01:26,795
Musim panas tahun 1986.

23
00:01:26,920 --> 00:01:29,589
Tahun 1986, musim panas,
pada Hari Kebangsaan,

24
00:01:29,589 --> 00:01:31,090
ketika Reagan jadi presiden,

25
00:01:31,216 --> 00:01:34,135
dia beri ucapan di depan Patung <i>Liberty.</i>

26
00:01:34,135 --> 00:01:36,346
Dia pakai baju putih, angin bertiup

27
00:01:36,346 --> 00:01:40,183
dan dia kata, "Wanita ini wanita hebat."

28
00:01:40,809 --> 00:01:43,269
Saya pula di rumah fikir, "Oh, Tuhan.

29
00:01:45,063 --> 00:01:46,940
Ini semua kerja kerajaan.

30
00:01:48,858 --> 00:01:51,027
Mak takkan dapat keadilan."

31
00:01:52,654 --> 00:01:54,739
Saya sentiasa mahu perhatian di sekolah.

32
00:01:54,739 --> 00:01:56,241
Gila-gila mahukannya.

33
00:01:57,492 --> 00:02:01,454
Saya tak pasti
jika awak pernah rasakannya,

34
00:02:01,871 --> 00:02:05,792
tapi ingat tak zaman kita
di sekolah rendah,

35
00:02:06,334 --> 00:02:09,671
ada seorang budak akan datang ke sekolah

36
00:02:10,171 --> 00:02:13,466
dan kita dapat tahu
datuknya meninggal dunia?

37
00:02:14,801 --> 00:02:17,971
Dia akan dapat perhatian semua orang.

38
00:02:19,931 --> 00:02:23,268
Cikgu akan kata,
"Datuk Aaron meninggal dunia."

39
00:02:23,268 --> 00:02:25,019
Dia pula kata, "Ya, betul."

40
00:02:26,312 --> 00:02:27,939
Kita pula kata, "Aaron."

41
00:02:27,939 --> 00:02:30,358
Dia akan jadi orang penting hari itu.

42
00:02:31,568 --> 00:02:35,905
Dia akan kata, "Boleh saya duduk
di kerusi kacang sewaktu kelas membaca?"

43
00:02:36,030 --> 00:02:38,700
Kita kata,
"Tentulah, si malang. Duduklah."

44
00:02:40,285 --> 00:02:43,621
Lupakan saja yang kita sudah ada senarai

45
00:02:43,746 --> 00:02:47,458
untuk giliran duduk di kerusi itu

46
00:02:47,584 --> 00:02:50,170
dan kita sudah sabar
menunggu giliran kita.

47
00:02:50,295 --> 00:02:53,965
Lupakan juga yang kerusi itu wujud
untuk mengajar kita bersabar.

48
00:02:54,549 --> 00:02:56,217
Kita potong saja barisan.

49
00:02:58,511 --> 00:03:05,310
Perasan tak betapa banyak perhatian
budak itu dapat?

50
00:03:07,103 --> 00:03:08,354
Pernahkah awak,

51
00:03:09,397 --> 00:03:10,481
seperti saya,

52
00:03:13,484 --> 00:03:14,402
berharap?

53
00:03:21,659 --> 00:03:23,036
Mungkin juga...

54
00:03:26,706 --> 00:03:27,624
berdoa?

55
00:03:34,589 --> 00:03:37,759
"Bunuhlah datuk atau nenek
supaya saya dapat perhatian juga."

56
00:03:37,759 --> 00:03:39,093
Saya pernah buat.

57
00:03:40,053 --> 00:03:41,429
Awak pun ada yang begitu.

58
00:03:42,180 --> 00:03:45,391
Saya tahu sebab awak mula ketawa

59
00:03:45,391 --> 00:03:47,101
sejak awal lagi.

60
00:03:49,020 --> 00:03:52,523
Kalau betul, jangan rasa bersalah, okey?

61
00:03:52,523 --> 00:03:54,817
Ya, itu memori jahat.

62
00:03:55,652 --> 00:03:57,028
Awak cuma budak kecil.

63
00:03:57,737 --> 00:03:59,739
Awak juga cuma budak kecil,

64
00:04:00,365 --> 00:04:04,118
jadi awak mungkin masih ada
empat datuk dan nenek lagi.

65
00:04:05,954 --> 00:04:07,622
Ramainya.

66
00:04:08,873 --> 00:04:10,124
Terlalu ramaikah?

67
00:04:10,250 --> 00:04:12,543
Entahlah, saya tanya saja.

68
00:04:13,211 --> 00:04:15,713
Dengar sini! Maksud saya bukannya

69
00:04:15,713 --> 00:04:18,258
kita berdoa untuk bunuh yang penting.

70
00:04:19,884 --> 00:04:23,304
Takkan nak bunuh ibu mak kita.
Hubungan itu terlalu istimewa.

71
00:04:24,514 --> 00:04:28,810
Takkan juga nak bunuh bapa ayah kita.
Nanti ayah kita jadi pelik.

72
00:04:30,979 --> 00:04:34,524
Awak fikir ayah awak pelik sekarang?

73
00:04:34,524 --> 00:04:36,567
Tunggu ayah dia mati nanti.

74
00:04:37,277 --> 00:04:39,487
Dia akan buat segala macam benda.

75
00:04:40,655 --> 00:04:44,659
Dia nak ambil lebih banyak
gambar keluarga, tapi asyik marah-marah.

76
00:04:46,119 --> 00:04:49,205
"Bolehkah kita ambil gambar
kita semua nampak elok?"

77
00:04:49,205 --> 00:04:52,583
Kita pula fikir,
"Rasanya si celaka ini tak sihat."

78
00:05:03,928 --> 00:05:06,514
Jadi jangan bunuh yang penting.

79
00:05:12,812 --> 00:05:13,896
Tapi bunuhlah...

80
00:05:17,483 --> 00:05:19,110
yang tak penting.

81
00:05:23,573 --> 00:05:24,490
Tahulah siapa.

82
00:05:29,662 --> 00:05:30,580
Awak...

83
00:05:35,376 --> 00:05:37,587
Awak boleh bunuh mak ayah awak.

84
00:05:44,385 --> 00:05:47,513
Siapa yang tahu ayah dia ada mak?

85
00:05:51,225 --> 00:05:55,313
Tak nampak macam dia buat kerja pun.

86
00:06:00,068 --> 00:06:04,363
Tanya mak awak jika dia fikir

87
00:06:05,698 --> 00:06:10,453
mak ayah awak bagus

88
00:06:11,621 --> 00:06:13,414
dan berhak untuk hidup.

89
00:06:15,541 --> 00:06:17,043
Tentulah tidak.

90
00:06:18,628 --> 00:06:20,755
Dia perempuan tua menjengkelkan.

91
00:06:21,631 --> 00:06:23,466
Tak berguna untuk sesiapa.

92
00:06:24,759 --> 00:06:26,219
Sekarang mungkin berguna.

93
00:06:28,221 --> 00:06:29,388
Dia boleh mati

94
00:06:30,640 --> 00:06:32,350
di antara September dan Mei.

95
00:06:33,810 --> 00:06:35,228
Serius, Boston.

96
00:06:35,353 --> 00:06:39,065
Waktu sekolah rendah, nenek saya
meninggal dunia pada musim panas!

97
00:06:41,526 --> 00:06:42,527
Sia-sia.

98
00:06:44,862 --> 00:06:47,115
Takkan nak ke sekolah pada Hari Buruh

99
00:06:47,990 --> 00:06:50,493
dan kata, "Kami kehilangan nenek
tanggal 17 Julai."

100
00:06:50,785 --> 00:06:53,830
"Awak patut dah lupakannya.
Bangun dari kerusi itu!"

101
00:06:59,502 --> 00:07:03,381
Saya minta maaf sebab mulakan malam ini
dengan kisah hitam.

102
00:07:04,465 --> 00:07:07,552
Tapi saya tak mahu bermula terlalu ceria.

103
00:07:08,386 --> 00:07:09,971
Saya ada waktu aneh.

104
00:07:10,596 --> 00:07:12,598
Awak pun sama.

105
00:07:12,598 --> 00:07:14,892
Saya tak mahu berpura-pura.

106
00:07:14,892 --> 00:07:19,522
Macam "Hei, Boston! Masa untuk ketawa!"

107
00:07:19,897 --> 00:07:21,441
<i>Ukir senyuman</i>

108
00:07:21,607 --> 00:07:23,067
<i>Turunkan topeng</i>

109
00:07:23,192 --> 00:07:24,694
<i>Kau tahu maksudnya</i>

110
00:07:24,819 --> 00:07:26,404
<i>Kita semua dikuarantin</i>

111
00:07:26,404 --> 00:07:29,449
<i>Kita pergi pemulihan
Kita juga bercerai</i>

112
00:07:29,449 --> 00:07:32,994
<i>Kini reputasi kita berbeza</i>

113
00:07:37,248 --> 00:07:39,250
<i>Semua tak tahu nak fikir apa</i>

114
00:07:39,417 --> 00:07:40,751
<i>Hei, ya</i>

115
00:07:41,002 --> 00:07:44,130
<i>Semua bertambah suka Bo Burnham</i>

116
00:07:44,797 --> 00:07:48,676
<i>Sebab dia kurang cari pasal</i>

117
00:07:49,760 --> 00:07:53,598
<i>Digemari itu suatu hukuman</i>

118
00:07:54,515 --> 00:07:56,225
Kita tak boleh mula begitu.

119
00:07:58,060 --> 00:07:59,520
Terima kasih. Itu lagu saya.

120
00:08:03,816 --> 00:08:04,901
Sebelum saya mula...

121
00:08:05,776 --> 00:08:08,529
Anak muda di baris ketiga di atas sana.

122
00:08:08,529 --> 00:08:10,406
- Siapa nama awak?
- Henry.

123
00:08:10,406 --> 00:08:12,783
Henry? Okey, Henry. Berapa umur awak?

124
00:08:12,950 --> 00:08:16,913
Sebelas. Bagus sekali.

125
00:08:19,916 --> 00:08:25,671
Awak takkan ganggu saya
sepanjang persembahan.

126
00:08:26,214 --> 00:08:27,507
Henry...

127
00:08:28,216 --> 00:08:29,383
Aduhai.

128
00:08:31,010 --> 00:08:32,512
Henry, awak... Saya bukanlah

129
00:08:32,512 --> 00:08:34,722
nak tanya awak kenal saya atau tak,

130
00:08:34,722 --> 00:08:37,683
tapi awak tahu siapa saya

131
00:08:37,683 --> 00:08:41,395
atau pengasuh awak tak dapat
jadi awak kena ikut?

132
00:08:43,397 --> 00:08:46,108
Awak kenal saya?
Pernah lihat persembahan saya?

133
00:08:46,108 --> 00:08:47,568
- Ya.
- Baiklah.

134
00:08:47,568 --> 00:08:48,778
Terima kasih datang.

135
00:08:48,778 --> 00:08:50,196
Jadi...

136
00:08:51,822 --> 00:08:52,865
Jadi...

137
00:08:54,659 --> 00:08:57,787
apa yang saya cakap,

138
00:08:59,497 --> 00:09:02,875
malam ini, yang saya baru lakukan,

139
00:09:06,170 --> 00:09:07,672
saya tak pernah cakap,

140
00:09:07,672 --> 00:09:10,508
saya tak cakap dengan jelas, tapi jangan.

141
00:09:12,718 --> 00:09:13,636
Faham?

142
00:09:14,554 --> 00:09:15,388
Jangan.

143
00:09:18,641 --> 00:09:20,184
Awak darjah enam?

144
00:09:21,018 --> 00:09:22,311
- Lima.
- Lima?

145
00:09:29,402 --> 00:09:30,653
Baiklah.

146
00:09:31,487 --> 00:09:34,782
Henry, kalau awak pernah tengok
persembahan saya,

147
00:09:34,782 --> 00:09:36,742
saya berbeza sekarang.

148
00:09:38,160 --> 00:09:41,539
Ketika saya muda,
saya naik ke pentas begini.

149
00:09:45,001 --> 00:09:46,502
Kenapa agaknya?

150
00:09:51,757 --> 00:09:53,759
Zaman itu sudah berlalu.

151
00:09:55,469 --> 00:09:57,096
Sudah berakhir.

152
00:10:03,978 --> 00:10:04,854
Okey.

153
00:10:07,231 --> 00:10:08,399
Ini yang berlaku.

154
00:10:57,114 --> 00:11:01,410
18 Disember 2020.

155
00:11:02,370 --> 00:11:05,081
Henry, awak bercuti Krismas

156
00:11:06,874 --> 00:11:08,209
untuk darjah tiga.

157
00:11:16,092 --> 00:11:20,596
Sementara itu, saya pula
di Bandar Raya New York,

158
00:11:21,138 --> 00:11:22,723
dalam keadaan tak baik.

159
00:11:23,432 --> 00:11:24,683
Liar.

160
00:11:24,683 --> 00:11:27,853
Malam itu, 18 Disember 2020,

161
00:11:28,479 --> 00:11:31,774
saya dijemput makan malam
di rumah kawan saya.

162
00:11:31,774 --> 00:11:32,775
Menarik, bukan?

163
00:11:33,317 --> 00:11:34,360
Tak.

164
00:11:35,361 --> 00:11:37,822
Sampai di sana, rupanya itu helah.

165
00:11:39,240 --> 00:11:40,783
Tiada makan malam.

166
00:11:41,826 --> 00:11:43,661
Ia sebuah intervensi.

167
00:11:44,703 --> 00:11:45,621
Untuk saya.

168
00:11:46,831 --> 00:11:48,749
Intervensi untuk saya

169
00:11:48,749 --> 00:11:50,793
ialah intervensi paling saya tak suka.

170
00:11:52,920 --> 00:11:55,256
Masuk saja,

171
00:11:55,256 --> 00:11:58,259
saya dah tahu itu campur tangan.

172
00:11:58,259 --> 00:12:01,679
Tahu tak betapa teruknya
masalah ketagihan kita

173
00:12:01,679 --> 00:12:05,099
apabila kita buka saja pintu
dan nampak orang berkumpul,

174
00:12:05,099 --> 00:12:07,059
kita terus terfikir,

175
00:12:07,059 --> 00:12:09,812
"Ini intervensi pasal ketagihan sayakah?

176
00:12:12,148 --> 00:12:14,400
Tak ada sebab lain
mereka perlu berkumpul."

177
00:12:17,570 --> 00:12:21,532
Ini apa yang saya fikir malam itu.

178
00:12:21,532 --> 00:12:23,576
"Makan malam dengan kawan kolej!

179
00:12:23,576 --> 00:12:27,538
Makan malam dengan kawan kolej!

180
00:12:27,538 --> 00:12:29,248
Apa Seth Meyers buat di sini?

181
00:12:29,248 --> 00:12:31,000
Sial!"

182
00:12:37,548 --> 00:12:40,759
Saya juga lambat dua jam.

183
00:12:42,970 --> 00:12:45,681
Saya tak tahu orang tunggu saya.

184
00:12:45,681 --> 00:12:46,724
Kalaulah saya tahu.

185
00:12:46,891 --> 00:12:49,018
Saya akan datang lebih lambat.

186
00:12:51,061 --> 00:12:53,397
Saya lambat dua jam. Tiba di sana,

187
00:12:53,397 --> 00:12:55,441
semua orang rasa lebih marah.

188
00:12:56,901 --> 00:12:59,278
Mereka kata, "Awak lambat."

189
00:12:59,403 --> 00:13:01,822
Saya kata, "Kalau nak saya tepati waktu,

190
00:13:01,989 --> 00:13:04,992
beritahulah saya,
'John, kami bawa kokain.'"

191
00:13:07,244 --> 00:13:09,914
Saya akan tiba setengah jam awal
untuk susun kerusi.

192
00:13:12,082 --> 00:13:16,045
Saya lambat dua jam
sebab saya ada dua hal penting.

193
00:13:16,629 --> 00:13:20,674
Pertama, saya ke rumah
pengedar dadah saya.

194
00:13:20,841 --> 00:13:23,802
Saya segan nak cakap
saya ke sana untuk beli dadah.

195
00:13:24,803 --> 00:13:28,265
Saya kena bayar tunai. Saya kena bayar

196
00:13:28,265 --> 00:13:30,684
dadah yang saya beli beberapa malam lalu

197
00:13:30,935 --> 00:13:33,187
sebab Venmo saya dah lebih had sepatutnya.

198
00:13:33,896 --> 00:13:36,106
Awak tahu itu boleh berlaku?

199
00:13:36,106 --> 00:13:39,193
Kita boleh guna Venmo sepenuhnya
setiap minggu.

200
00:13:39,902 --> 00:13:41,904
Sementara kita semua di sini,

201
00:13:42,780 --> 00:13:45,449
izinkan saya cakap sesuatu tentang Venmo

202
00:13:46,784 --> 00:13:48,994
bagi pihak komuniti penagih dadah.

203
00:13:50,621 --> 00:13:53,749
Venmo gunanya untuk jual beli dadah.

204
00:13:54,917 --> 00:13:56,460
Itulah kegunaannya.

205
00:13:56,460 --> 00:14:00,297
Kami dalam dunia dadah tak tahu

206
00:14:00,297 --> 00:14:02,258
kenapa orang awam

207
00:14:03,384 --> 00:14:05,553
guna aplikasi kami

208
00:14:07,096 --> 00:14:10,641
untuk buat transaksi.

209
00:14:13,143 --> 00:14:16,689
Awak ingat ini tahun 1555?

210
00:14:16,689 --> 00:14:19,525
Dengar sini!

211
00:14:19,525 --> 00:14:20,484
Lihatlah saya!

212
00:14:20,484 --> 00:14:24,780
Saya tukar seekor angsa gemuk
untuk sepuluh lobak putih. Simpan bakinya.

213
00:14:28,409 --> 00:14:31,954
Hal kedua saya malam itu
sangat menarik bagi saya.

214
00:14:32,830 --> 00:14:35,875
Makan malam mula pukul 7.00 petang.

215
00:14:35,875 --> 00:14:37,626
Jadi, saya pergi potong rambut...

216
00:14:39,295 --> 00:14:40,629
pada pukul 7.00 petang.

217
00:14:43,048 --> 00:14:45,676
Saya yakin saya boleh selesaikan keduanya.

218
00:14:47,928 --> 00:14:50,389
Saya pergi potong rambut

219
00:14:51,932 --> 00:14:53,851
di <i>Saturday Night Live,</i>

220
00:14:54,101 --> 00:14:59,356
sebuah program TV,
bukannya kedai gunting rambut.

221
00:15:00,983 --> 00:15:03,360
Di sana ada bahagian untuk rambut, bukan?

222
00:15:03,360 --> 00:15:06,280
Saya pula masih ada lencana
ketika kerja di sana dulu.

223
00:15:06,280 --> 00:15:09,158
Jadi, pada pukul 7.00 petang,

224
00:15:09,158 --> 00:15:11,410
khayal dengan kokain,

225
00:15:11,410 --> 00:15:15,372
saya pergi ke tingkat lapan
30 Rockefeller Center,

226
00:15:15,497 --> 00:15:19,126
masuk ke bahagian rambut
yang pernah menang Anugerah Emmy

227
00:15:20,085 --> 00:15:22,880
dan kata, "Boleh potong rambut saya?"

228
00:15:24,298 --> 00:15:28,427
Mereka kata,
"John, awak bukan hos minggu ini."

229
00:15:28,427 --> 00:15:31,931
Saya kata, "Boleh potong rambut saya?"

230
00:15:32,932 --> 00:15:34,558
Awak tahu apa jadi apabila penagih

231
00:15:34,558 --> 00:15:36,810
ke pejabat dan minta potong rambutnya.

232
00:15:36,810 --> 00:15:39,229
Kita akan rasa lebih cepat
kalau buat saja.

233
00:15:39,229 --> 00:15:40,397
Itulah yang berlaku.

234
00:15:43,192 --> 00:15:45,819
Saya datang lambat dua jam.

235
00:15:46,362 --> 00:15:49,281
Mengikut kata kawan-kawan,
inilah yang saya cakap.

236
00:15:50,240 --> 00:15:52,868
"Okey!"

237
00:15:55,454 --> 00:15:57,665
Saya baru ke rumah pengedar dadah saya.

238
00:15:57,665 --> 00:15:59,333
Jadi, saya terus jerit,

239
00:15:59,333 --> 00:16:02,002
"Sebelum kita mula,
boleh saya ke bilik air?"

240
00:16:03,754 --> 00:16:06,131
Mereka tak benarkan. Saya kata...

241
00:16:07,424 --> 00:16:09,927
Wanita yang diupah mereka untuk intervensi

242
00:16:09,927 --> 00:16:12,846
datang kepada saya dan cakap, "Hai."

243
00:16:13,180 --> 00:16:14,932
Saya kata, "Tenaganya salah!"

244
00:16:19,269 --> 00:16:20,813
Saya masuk.

245
00:16:20,938 --> 00:16:23,273
Semua orang di situ

246
00:16:23,399 --> 00:16:24,817
sangat risaukan saya.

247
00:16:24,817 --> 00:16:27,736
Mereka bimbangkan kesihatan fizikal saya.

248
00:16:27,736 --> 00:16:32,574
Tapi saya masuk, dengan badan kurus
sebab kokain, bersama gaya rambut baru.

249
00:16:34,034 --> 00:16:38,789
Mereka semua sudah dikuarantin ketat
selama sembilan bulan.

250
00:16:39,707 --> 00:16:41,083
Mereka nampak teruk.

251
00:16:43,460 --> 00:16:47,756
Saya orang paling bergaya di situ.

252
00:16:48,382 --> 00:16:49,758
Jauh bezanya.

253
00:16:53,804 --> 00:16:56,181
Mereka semua nampak macam Jerry Garcia.

254
00:16:58,100 --> 00:16:59,643
Saya masuk.

255
00:16:59,643 --> 00:17:04,314
Ada enam orang kawan saya di situ,
di New York.

256
00:17:04,314 --> 00:17:08,777
Enam orang lagi kawan
melalui Zoom, dari LA.

257
00:17:09,611 --> 00:17:11,321
Awak mungkin fikir, "Kalau saya,

258
00:17:11,321 --> 00:17:13,615
saya akan kata, 'Kalau risau sangat,

259
00:17:13,615 --> 00:17:15,325
kenapa tak terbang ke sini?'"

260
00:17:16,076 --> 00:17:17,453
Jangan risau.

261
00:17:17,578 --> 00:17:20,080
Saya cakap begitu beberapa kali.

262
00:17:23,292 --> 00:17:25,419
Berkali-kali sepanjang malam itu.

263
00:17:26,378 --> 00:17:27,504
Wanita tadi kata,

264
00:17:27,504 --> 00:17:29,590
"Mari saya tunjukkan kerusi awak."

265
00:17:29,840 --> 00:17:31,258
Saya ada kerusi khas.

266
00:17:31,884 --> 00:17:33,427
Sebab saya tarikan utama.

267
00:17:34,636 --> 00:17:38,182
Ketika nak duduk,
kawan saya di hujung kata,

268
00:17:38,849 --> 00:17:40,809
"Ingatkan nak serang dia."

269
00:17:45,189 --> 00:17:46,982
"Awak ingat mereka nak buat apa?"

270
00:17:47,900 --> 00:17:50,319
"Yalah, macam dalam <i>Intervention.</i>

271
00:17:51,653 --> 00:17:53,238
Ingatkan mereka nak serang."

272
00:17:55,240 --> 00:17:56,950
"Itu <i>To Catch a Predator.</i>

273
00:18:01,955 --> 00:18:04,583
Awak kecewa mereka tak buat?"

274
00:18:05,167 --> 00:18:07,294
Katanya, "Ya, agak kecewa."

275
00:18:08,462 --> 00:18:12,132
Saya duduk.
Saya berdepan semua pengkhianat ini.

276
00:18:14,343 --> 00:18:15,177
Begini.

277
00:18:15,886 --> 00:18:18,722
Saya nak terus terang. Bukannya apa.

278
00:18:19,348 --> 00:18:22,434
Itu intervensi penuh bintang.

279
00:18:23,644 --> 00:18:26,063
Itu kumpulan yang bagus.

280
00:18:26,688 --> 00:18:28,816
Walaupun saya marah waktu masuk,

281
00:18:28,816 --> 00:18:31,068
saya fikir, "Ini kumpulan yang bagus.

282
00:18:31,068 --> 00:18:33,237
Ini sangat menyenangkan."

283
00:18:33,779 --> 00:18:37,908
Ia seperti <i>We Are The World</i> versi pelawak

284
00:18:38,617 --> 00:18:40,285
umur 40 tahun ke atas.

285
00:18:41,912 --> 00:18:43,122
Semua pelawak.

286
00:18:43,789 --> 00:18:46,917
Tapi tak ada seorang pun berjenaka

287
00:18:47,876 --> 00:18:50,087
sepanjang malam itu.

288
00:18:51,296 --> 00:18:55,092
Sebelum saya sampai, mereka dah berjanji

289
00:18:55,092 --> 00:18:57,344
mereka takkan buat lawak.

290
00:19:01,598 --> 00:19:03,684
Saya hampir psikotik.

291
00:19:04,309 --> 00:19:07,062
Saya duduk di atas kerusi teruk,

292
00:19:07,938 --> 00:19:09,314
alami kesan kokain.

293
00:19:10,315 --> 00:19:13,152
Saya tak dibenarkan ke tandas
untuk segarkan diri.

294
00:19:14,862 --> 00:19:18,699
Orang-orang paling lucu
di dunia pandang saya,

295
00:19:18,699 --> 00:19:20,617
tapi tak buat lawak!

296
00:19:21,493 --> 00:19:22,744
Itu gila!

297
00:19:24,163 --> 00:19:26,498
Fred Armisen serius.

298
00:19:28,083 --> 00:19:30,669
Tahu tak betapa
tak menyenangkan keadaan itu?

299
00:19:32,421 --> 00:19:34,756
Dia tak berlakon atau mengajuk.
Dia cuma kata,

300
00:19:34,756 --> 00:19:40,721
"Hei, John. Saya sangat risaukan
keadaan awak."

301
00:19:40,721 --> 00:19:42,431
Saya terus mengelak.

302
00:19:46,310 --> 00:19:49,563
Hampir keseluruhan waktu,

303
00:19:49,563 --> 00:19:53,901
saya nekad untuk tidak pergi pemulihan
atau dalam erti kata lain, kalah.

304
00:19:56,695 --> 00:19:59,615
Rancangan saya
ialah buat ketuanya diragui.

305
00:20:03,368 --> 00:20:06,496
Kalau saya boleh buat yang lain
persoalkan dia,

306
00:20:07,581 --> 00:20:10,751
saya fikir segalanya akan musnah.

307
00:20:11,376 --> 00:20:12,961
Saya berharap akhirnya

308
00:20:12,961 --> 00:20:15,756
mereka akan kata,
"Entahlah. Gaya rambut. Keyakinan.

309
00:20:15,756 --> 00:20:18,800
Dia patut jadi ketua
dan wanita ini pergi pemulihan."

310
00:20:21,720 --> 00:20:26,433
Ada satu ketika,
saya berdiri di tepi tingkap, merokok,

311
00:20:26,433 --> 00:20:30,354
pada bulan Disember di Bandar Raya
New York. Macam orang waras lain.

312
00:20:31,772 --> 00:20:35,192
Saya pandang dia dan kata,
"Awak dah buat persediaankah?

313
00:20:38,570 --> 00:20:43,742
Dia jawab, "Ya. Tapi mereka semua kata
awak sangat baik."

314
00:20:45,369 --> 00:20:46,995
Jangan percaya watak itu.

315
00:20:48,205 --> 00:20:50,540
Saya juga cakap begini.

316
00:20:51,333 --> 00:20:53,585
Saya kata, "Saya akan pergi pemulihan

317
00:20:53,585 --> 00:20:58,674
kalau kamu semua berhenti minum
dan hisap ganja."

318
00:21:05,555 --> 00:21:07,432
Semua senyap.

319
00:21:08,684 --> 00:21:12,604
Kemudian Nick Kroll jerit,
"Johnny, itu bukan tujuan kita di sini."

320
00:21:14,189 --> 00:21:15,399
Menyebalkan

321
00:21:15,399 --> 00:21:19,111
sebab orang nak bantu kita,
tapi mereka pun ada masalah sendiri.

322
00:21:20,237 --> 00:21:22,322
Macam apabila seseorang hantar mesej,

323
00:21:22,322 --> 00:21:24,658
tapi mesej itu datang dari alamat e-mel.

324
00:21:27,202 --> 00:21:30,330
Kita fikir, "Baik, saya faham mesejnya,

325
00:21:30,330 --> 00:21:32,749
tapi awak kena kawal diri.

326
00:21:32,749 --> 00:21:35,460
Saya benci ini. Guna nama di iCloud?

327
00:21:35,460 --> 00:21:38,422
Kenapa hantar mesej?
Jangan buat lagi. Ia bodoh."

328
00:21:38,422 --> 00:21:40,799
Sekarang sudah ada dua bebenang. Yang asal

329
00:21:40,799 --> 00:21:42,801
dengan nama awak disimpan cara saya,

330
00:21:42,801 --> 00:21:45,637
dan benda bodoh ini.

331
00:21:46,221 --> 00:21:48,932
Banyak betul huruf.
Nak masuk previu pun tak muat.

332
00:21:48,932 --> 00:21:52,102
Mereka asyik tanya
jika ia masih dihantar dari e-mel.

333
00:21:52,102 --> 00:21:54,980
"Mesej saya masih datang
dari alamat e-mel?

334
00:21:54,980 --> 00:21:56,231
Pelik."

335
00:21:56,231 --> 00:21:58,233
"Mesej saya masih datang dari e-mel?

336
00:21:58,233 --> 00:21:59,735
Pelik."

337
00:21:59,735 --> 00:22:04,239
Mereka FaceTime melalui e-mel!

338
00:22:06,491 --> 00:22:09,077
Awak guna iPad anak?

339
00:22:13,623 --> 00:22:16,585
Saya sangat teruk malam itu. Saya sedar.

340
00:22:16,585 --> 00:22:19,755
Tapi dengar sini,
saya bengang dengan mereka.

341
00:22:20,422 --> 00:22:23,050
Saya sangat marah malam itu.

342
00:22:24,009 --> 00:22:25,761
Mereka tipu saya.

343
00:22:26,720 --> 00:22:29,848
Secara asasnya,
intervensi itu suatu helah.

344
00:22:33,143 --> 00:22:36,897
Mereka perdaya saya.
Mereka cuba nak arahkan saya.

345
00:22:36,897 --> 00:22:38,482
Mereka cuba nak kawal saya.

346
00:22:38,482 --> 00:22:41,151
Mereka nak hantar saya pergi pemulihan.

347
00:22:41,151 --> 00:22:44,196
Saya rasa tak berdaya. Saya rasa marah.

348
00:22:44,821 --> 00:22:47,157
Malam ini,

349
00:22:47,699 --> 00:22:51,286
26 Februari 2023.

350
00:22:52,621 --> 00:22:54,372
Antara waktu paling teruk tahun ini.

351
00:22:57,959 --> 00:23:01,797
Bersama dengan kamu semua
dan budak darjah lima kita.

352
00:23:11,681 --> 00:23:13,558
Buat persembahan, berdiri di sini...

353
00:23:13,558 --> 00:23:17,562
Saya berterima kasih dengan mereka semua.

354
00:23:17,562 --> 00:23:21,983
Mereka campur tangan, berdepan dengan saya
dan selamatkan saya.

355
00:23:23,110 --> 00:23:25,278
Okey. Cukup.

356
00:23:27,823 --> 00:23:29,658
Tak perlu berdiri untuk mereka.

357
00:23:31,409 --> 00:23:32,702
Mereka sudah dihargai.

358
00:23:36,289 --> 00:23:37,374
Mereka tahu

359
00:23:37,374 --> 00:23:41,419
mereka buat kerja yang bagus.

360
00:23:42,671 --> 00:23:46,341
Mereka selalu ungkit.

361
00:23:48,635 --> 00:23:49,553
Saya juga...

362
00:23:51,221 --> 00:23:54,766
masih marah dengan mereka.

363
00:23:55,559 --> 00:23:58,645
Saya bersyukur. Sangat bersyukur.

364
00:23:58,645 --> 00:24:02,649
Saya harap saya boleh rasa
satu perasaan itu, tapi tidak.

365
00:24:04,109 --> 00:24:05,443
Saya ada dua perasaan.

366
00:24:06,695 --> 00:24:08,530
Saya masih bengang.

367
00:24:09,322 --> 00:24:10,574
Sebab... Okey.

368
00:24:12,784 --> 00:24:14,119
Tahukah apa rasanya

369
00:24:14,661 --> 00:24:18,081
diselamatkan oleh 12 orang?

370
00:24:19,749 --> 00:24:21,084
Ramai sangat.

371
00:24:23,211 --> 00:24:25,422
Empat saja dah cukup.

372
00:24:26,506 --> 00:24:28,592
Saya tahu siapa yang tak patut ada.

373
00:24:32,762 --> 00:24:36,183
Sebaliknya, sepanjang hidup saya,

374
00:24:37,058 --> 00:24:39,561
ada 12 orang di luar sana,

375
00:24:39,561 --> 00:24:41,813
jika makan dengan mereka, saya perlu kata,

376
00:24:41,813 --> 00:24:44,900
"Tak apa, saya bayar. Sudahlah.

377
00:24:45,859 --> 00:24:47,819
Janganlah. Serius.

378
00:24:48,653 --> 00:24:50,322
Awak selamatkan saya.

379
00:24:54,034 --> 00:24:55,660
Melalui Zoom."

380
00:25:08,924 --> 00:25:11,259
Jika awak pernah pergi pemulihan,

381
00:25:11,259 --> 00:25:12,677
awak mungkin tahu ini.

382
00:25:13,261 --> 00:25:15,847
Awak tak dibenarkan bawa dadah bersama.

383
00:25:17,474 --> 00:25:20,560
Saya tak pasti awak ingat
hal pertama saya malam itu

384
00:25:21,353 --> 00:25:23,104
sebelum intervensi,

385
00:25:23,104 --> 00:25:25,523
tapi saya pergi pemulihan

386
00:25:25,523 --> 00:25:28,610
bersama banyak dadah.

387
00:25:29,569 --> 00:25:33,323
Dulu, saya ketagihan kokain,

388
00:25:33,323 --> 00:25:36,493
Adderall, Xanax, Klonopin

389
00:25:36,493 --> 00:25:37,702
dan Percocet.

390
00:25:38,703 --> 00:25:40,163
Namanya Providence khas.

391
00:25:43,708 --> 00:25:45,627
Providence, Rhode Island.

392
00:25:45,627 --> 00:25:48,463
Bagi orang di luar sana,
ada sebuah bandar di sini,

393
00:25:49,339 --> 00:25:51,216
ia jenaka bagi kami.

394
00:25:56,763 --> 00:25:57,973
Tempat gila.

395
00:26:01,434 --> 00:26:04,020
Saya pergi pemulihan. Saya bawa

396
00:26:04,020 --> 00:26:07,440
satu beg Adderall 30 miligram,

397
00:26:07,440 --> 00:26:10,110
satu beg Xanax,

398
00:26:10,110 --> 00:26:11,987
tiga gram kokain

399
00:26:12,696 --> 00:26:15,282
serta wang tunai 2,000 dolar.

400
00:26:16,658 --> 00:26:19,953
Saya ada rancangan lain hujung minggu itu.

401
00:26:22,497 --> 00:26:25,208
Saya pergi pukul 4.00 pagi.

402
00:26:25,208 --> 00:26:27,294
Saya datang ke meja pendaftaran.

403
00:26:27,294 --> 00:26:30,964
Di situ, wanita itu kata,
"Ada bawa dadah?"

404
00:26:30,964 --> 00:26:33,383
Saya jawab, "Tak bawa.

405
00:26:34,259 --> 00:26:36,845
Boleh saya pergi ke tandas?"

406
00:26:38,263 --> 00:26:40,890
Saya dipegang dua lelaki.
Mereka tanggalkan kot.

407
00:26:40,890 --> 00:26:42,517
Mereka periksa poket.

408
00:26:42,517 --> 00:26:45,437
Mereka periksa poket bahagian dalam.

409
00:26:45,437 --> 00:26:48,398
Bagaimana mereka tahu tentang poket ini?

410
00:26:49,566 --> 00:26:51,985
Poket itu berjaya mengelak semua orang."

411
00:26:52,902 --> 00:26:53,987
Mereka seluk tangan.

412
00:26:53,987 --> 00:26:59,075
Mereka keluarkan semua pil,
wang dan 2 gram kokain.

413
00:26:59,075 --> 00:27:01,161
Ingat tak saya kata saya bawa 3 gram?

414
00:27:01,161 --> 00:27:03,204
Saya dah ambil dalam kereta.

415
00:27:03,204 --> 00:27:05,623
Saya juga ambil

416
00:27:05,623 --> 00:27:07,542
di tandas stesen minyak

417
00:27:07,542 --> 00:27:10,170
yang ada tempat persalinan anak Koala.

418
00:27:12,339 --> 00:27:13,214
Apa?

419
00:27:13,965 --> 00:27:15,592
Itulah gunanya.

420
00:27:17,302 --> 00:27:20,513
Awak fikir awak patut letak bayi manusia

421
00:27:20,513 --> 00:27:23,266
di tempat macam perangkap tikus itu?

422
00:27:25,518 --> 00:27:27,979
Ada tanda gengster di situ.

423
00:27:29,731 --> 00:27:32,150
Gunanya untuk hisap kokain.

424
00:27:32,150 --> 00:27:36,571
Sebagai penagih kokain,
kita nampak permukaan saja.

425
00:27:39,657 --> 00:27:42,452
Mereka seluk. Mereka keluarkan pil,

426
00:27:42,452 --> 00:27:46,122
kokain dan wang tunai itu.
Mereka tenung saya.

427
00:27:46,122 --> 00:27:51,461
Saya kata, "Ini kot lama."

428
00:27:55,840 --> 00:27:57,675
Faham sajalah.

429
00:27:57,675 --> 00:28:00,553
Macam apabila kita periksa jaket kita

430
00:28:00,553 --> 00:28:03,556
dan jumpa wang lima ribu dolar dan dadah.

431
00:28:06,476 --> 00:28:08,603
Dari malam Krismas.

432
00:28:12,357 --> 00:28:14,818
Jaket lama.

433
00:28:16,611 --> 00:28:20,824
Kemudian, mereka ambil ubat saya.

434
00:28:21,658 --> 00:28:22,951
Ubat saya.

435
00:28:23,701 --> 00:28:26,329
Bukan pil haram yang saya beli di jalanan.

436
00:28:26,329 --> 00:28:30,250
Ubat yang ada nama saya.

437
00:28:30,250 --> 00:28:32,460
Mereka ambil

438
00:28:32,460 --> 00:28:37,966
sebab saya tak patut dapat ubat itu pun.

439
00:28:41,094 --> 00:28:43,012
Saya ada banyak.

440
00:28:44,639 --> 00:28:47,851
Segala usaha dan kerja keras
untuk dapatkannya.

441
00:28:49,269 --> 00:28:52,689
Tahukah betapa susahnya untuk buat doktor

442
00:28:53,481 --> 00:28:57,652
tulis preskripsi ubat
yang kita tak perlukan?

443
00:28:59,821 --> 00:29:00,905
Tak susah.

444
00:29:03,032 --> 00:29:05,535
Sangat senang.

445
00:29:05,535 --> 00:29:08,538
Buat begini. Ini yang saya buat,
tapi janganlah ikut.

446
00:29:08,538 --> 00:29:10,874
Tapi kalau awak ikut, ia pasti berjaya.

447
00:29:13,293 --> 00:29:16,212
Pergi ke laman web WebMD.

448
00:29:17,547 --> 00:29:20,633
Cari doktor di kawasan awak.

449
00:29:20,633 --> 00:29:23,720
Okey? Kemudian saring hasilnya.

450
00:29:24,429 --> 00:29:27,390
Rating paling buruk ke paling tinggi.

451
00:29:28,892 --> 00:29:30,894
Tak perlu tengok lama.

452
00:29:33,188 --> 00:29:36,149
Cari doktor di kawasan awak

453
00:29:36,941 --> 00:29:39,360
dengan jumlah bintang paling rendah.

454
00:29:40,445 --> 00:29:43,990
Dia perlukan awak.

455
00:29:46,576 --> 00:29:48,119
Adakah dia doktor yang teruk?

456
00:29:48,912 --> 00:29:49,954
Tidak.

457
00:29:52,207 --> 00:29:53,792
Inilah doktor terbaik.

458
00:29:57,212 --> 00:29:58,129
Serius.

459
00:30:02,425 --> 00:30:04,010
Awak boleh ke sana

460
00:30:04,594 --> 00:30:06,846
dan rasanya macam <i>Captain Phillips.</i>

461
00:30:06,846 --> 00:30:10,141
Awak boleh kata, "Pandang saya.
Saya doktor sekarang."

462
00:30:13,186 --> 00:30:14,854
Boleh guna komputer mereka.

463
00:30:17,190 --> 00:30:18,858
Baca Yahoo News atau apa saja.

464
00:30:19,984 --> 00:30:23,822
Saya dapat doktor di Bandar Raya New York
yang beri saya preskripsi.

465
00:30:23,822 --> 00:30:25,156
Dr. Michael.

466
00:30:25,156 --> 00:30:26,574
Tiada nama keluarga.

467
00:30:27,784 --> 00:30:30,328
Bukannya saya nak lindungi identiti dia.

468
00:30:30,328 --> 00:30:32,497
Dia tak pernah beritahu saya.

469
00:30:33,998 --> 00:30:35,500
Sebelum pandemik pun,

470
00:30:35,500 --> 00:30:39,504
Dr. Michael kerja di rumahnya
di Second Avenue.

471
00:30:39,504 --> 00:30:40,797
Itu pelik.

472
00:30:42,382 --> 00:30:44,133
Saya jumpa Dr. Michael.

473
00:30:44,133 --> 00:30:47,512
Saya ketuk pintunya
dan dia sentiasa buka pintu begini.

474
00:30:47,512 --> 00:30:50,515
"Isteri saya, Minerva sedang tidur."

475
00:30:51,432 --> 00:30:53,977
Paranoid betul. Tapi dia tak suruh pun

476
00:30:53,977 --> 00:30:55,311
perlahankan suara.

477
00:30:55,311 --> 00:30:59,607
Dia seolah-olah nak kata,
"Saya tak bunuh isteri saya, Minerva."

478
00:31:01,818 --> 00:31:04,153
Kemudian kami ke dapur kecilnya.

479
00:31:04,988 --> 00:31:07,240
Tak layak dipanggil dapur.

480
00:31:08,783 --> 00:31:10,285
Kami teruskan urusan.

481
00:31:10,994 --> 00:31:13,580
Saya kata, "Saya nak Klonopin."

482
00:31:14,497 --> 00:31:16,165
Dia jawab, "Okey."

483
00:31:17,792 --> 00:31:19,377
Semasa dia tulis di atas kertas

484
00:31:19,377 --> 00:31:22,088
dan koyakkannya, dia kata, "Untuk apa?"

485
00:31:22,755 --> 00:31:25,008
Saya jawab, "Saya ada keresahan."

486
00:31:25,008 --> 00:31:27,218
Katanya, "Jadi, awak perlukannya."

487
00:31:29,512 --> 00:31:31,806
Kemudian, Dr. Michael selalu kata,

488
00:31:31,806 --> 00:31:34,809
"Awak nak suntikan flu?"

489
00:31:38,479 --> 00:31:41,357
Dia nak jadi macam doktor sebenar.

490
00:31:42,859 --> 00:31:44,485
Saya kata, "Tak, Michael.

491
00:31:44,485 --> 00:31:47,530
Awak dah beri saya dua suntikan bulan ini.

492
00:31:47,530 --> 00:31:49,073
Saya rasa gila.

493
00:31:50,325 --> 00:31:51,701
Saya rasa sihat betul."

494
00:31:53,870 --> 00:31:56,623
Kemudian, dia tanya,
"Awak nak suntikan B12?

495
00:31:56,623 --> 00:31:58,458
Awak nak suntikan vitamin?"

496
00:31:58,458 --> 00:32:02,754
Dia selalu nak beri saya suntikan

497
00:32:02,754 --> 00:32:06,257
sebab dia ada fetisy.

498
00:32:07,008 --> 00:32:09,302
Seorang lelaki bernama Dr. Michael,

499
00:32:09,302 --> 00:32:11,888
yang kerja di rumah tentulah ada fetisy.

500
00:32:12,931 --> 00:32:16,601
Fetisy Michael ialah dia mahu lelaki

501
00:32:16,601 --> 00:32:19,729
buka baju di rumahnya.

502
00:32:20,772 --> 00:32:24,275
Awak rasa tak selesa sekarang,
tapi saya dah biasa.

503
00:32:24,275 --> 00:32:27,904
Kalau awak rasa kisah ini berakhir
dengan saya berkata,

504
00:32:27,904 --> 00:32:31,574
"Saya kata, "Tidak sama sekali,'"

505
00:32:31,574 --> 00:32:34,035
awak akan kecewa.

506
00:32:36,120 --> 00:32:38,665
Kami buat begini.

507
00:32:38,665 --> 00:32:41,084
Saya akan singsing lengan baju

508
00:32:41,084 --> 00:32:44,837
dan Michael masuk bersama picagarinya.
Dia cakap,

509
00:32:47,215 --> 00:32:49,550
"Saya mahu awak buka baju."

510
00:32:55,306 --> 00:32:58,101
Saya fikir, "30 Klonopin
dan dua botol tambahan..."

511
00:33:00,770 --> 00:33:03,314
Gangguan seksual itu sampai di situ saja.

512
00:33:03,314 --> 00:33:05,775
Mungkin itulah fetisy dia.

513
00:33:05,775 --> 00:33:08,820
Mahu lelaki buka baju.

514
00:33:08,820 --> 00:33:13,199
Atau ada sesuatu tentang saya
apabila baju dibuka

515
00:33:13,199 --> 00:33:15,326
yang buat dia berhenti ganggu.

516
00:33:19,205 --> 00:33:21,332
Cerita itu ada dua pengajaran.

517
00:33:22,208 --> 00:33:24,335
Pertama, awak dah tahu pasal itu.

518
00:33:26,629 --> 00:33:27,797
Dulu tak tahu.

519
00:33:29,632 --> 00:33:31,509
Ini pengajaran kedua.

520
00:33:31,509 --> 00:33:36,305
Awak patut divaksin
dan dapatkan dos penggalak, tapi...

521
00:33:37,807 --> 00:33:40,351
Hari ini, apabila kita dengar orang kata,

522
00:33:40,351 --> 00:33:42,979
"Percaya saja doktor..."

523
00:33:45,440 --> 00:33:49,527
Setiap kali awak dengar orang kata,
"Percaya doktor," ingatlah,

524
00:33:50,278 --> 00:33:52,947
di suatu tempat, di dalam dapur kecil,

525
00:33:54,115 --> 00:33:55,783
ada seorang Dr. Michael.

526
00:33:56,909 --> 00:33:58,828
Kalau dia begitu boleh dipercayai,

527
00:33:59,704 --> 00:34:02,665
kenapa Minerva asyik tidur?

528
00:34:06,461 --> 00:34:08,212
Jadi, mereka ambil ubat saya.

529
00:34:10,965 --> 00:34:12,216
Mereka ambil ubat saya.

530
00:34:12,216 --> 00:34:15,011
ini semua berlaku pada pukul 4.00 pagi

531
00:34:15,011 --> 00:34:16,721
ketika saya mendaftar masuk.

532
00:34:16,721 --> 00:34:19,057
Mari imbas 12 jam kemudian

533
00:34:19,057 --> 00:34:21,017
ke pukul 4.00 petang hari sama.

534
00:34:21,017 --> 00:34:25,104
Saya duduk di bilik saya di pusat ini.

535
00:34:25,104 --> 00:34:28,691
Saya perlu dinyahtoksik selama
empat ke lima hari awalnya

536
00:34:28,691 --> 00:34:31,903
sebab ada banyak dadah dalam sistem tubuh.
Saya di bilik.

537
00:34:31,903 --> 00:34:34,781
Saya sudah jalani 12 jam pemulihan.

538
00:34:34,781 --> 00:34:37,158
Saya belum tidur langsung.

539
00:34:37,158 --> 00:34:39,911
Jumlah waktu saya berjaga

540
00:34:39,911 --> 00:34:41,746
ialah 50 jam.

541
00:34:41,746 --> 00:34:46,334
Doktor cuba beri saya ubat
untuk tenangkan saya.

542
00:34:46,334 --> 00:34:51,464
Tapi ketika ini, tahap toleransi saya
terhadap sedatif ialah sangat tinggi.

543
00:34:51,464 --> 00:34:54,050
Tak kira ubat apa,
saya tak dapat dikalahkan.

544
00:34:54,050 --> 00:34:57,929
Saya seperti Rasputin.
Mereka tak boleh buat saya mengalah.

545
00:35:00,973 --> 00:35:04,602
Kemudian, seorang doktor
yang betul-betul bagus

546
00:35:05,353 --> 00:35:07,396
masuk ke bilik.

547
00:35:07,396 --> 00:35:10,066
Kalau awak cuma jumpa Dr. Michael

548
00:35:10,942 --> 00:35:12,568
selama beberapa tahun,

549
00:35:12,568 --> 00:35:16,447
doktor yang bagus akan buat awak takut.

550
00:35:17,156 --> 00:35:18,783
Dia macam penghalau hantu.

551
00:35:19,450 --> 00:35:22,453
Dia masuk dan kata,
"Hai, saya Dr. Henry Fortescue."

552
00:35:22,453 --> 00:35:25,081
Saya kata, "Tidak. Dua nama.

553
00:35:26,165 --> 00:35:28,459
Tidak.

554
00:35:29,585 --> 00:35:30,962
Hei.

555
00:35:31,921 --> 00:35:35,258
Awak nak saya buka baju, ya?

556
00:35:36,008 --> 00:35:37,718
Awak suka?

557
00:35:38,803 --> 00:35:40,596
Awak suka aksi?

558
00:35:41,931 --> 00:35:45,226
Awak doktor apa, ya?

559
00:35:46,477 --> 00:35:48,855
Isteri awak dah mati?"

560
00:35:56,237 --> 00:35:57,989
Saya tengking doktor ini.

561
00:35:59,073 --> 00:36:00,992
Saya kata, "Di mana Klonopin saya?"

562
00:36:02,285 --> 00:36:05,204
"Kami tak boleh beri Klonopin awak."

563
00:36:05,204 --> 00:36:06,664
"Kenapa pula?"

564
00:36:07,999 --> 00:36:09,584
"Ini pusat pemulihan.

565
00:36:11,460 --> 00:36:14,630
Saya tak boleh beri awak dadah
dalam Jadual II

566
00:36:14,630 --> 00:36:16,841
undang-undang Pennsylvania."

567
00:36:17,425 --> 00:36:18,509
Saya kata,

568
00:36:18,509 --> 00:36:20,344
"Undang-undang Pennsylvania?

569
00:36:20,344 --> 00:36:23,097
Bagaimana kalau saya
ke farmasi di New Jersey?"

570
00:36:24,724 --> 00:36:26,809
Saya fikir

571
00:36:26,809 --> 00:36:30,229
dia sedang beritahu saya

572
00:36:31,480 --> 00:36:33,316
masalah kami.

573
00:36:37,737 --> 00:36:41,782
Ingatkan dia nak kata,
"Saya nak beri awak pil itu.

574
00:36:41,782 --> 00:36:44,535
Awak nampak tenang,

575
00:36:45,244 --> 00:36:48,581
memakai baju hospital

576
00:36:48,581 --> 00:36:53,002
bersama kasut New Balance
sejak 12 jam lalu.

577
00:36:53,002 --> 00:36:55,880
Tapi masalahnya ini Pennsylvania."

578
00:36:56,672 --> 00:37:01,552
"Doktor, bagaimana kalau kita pergi
farmasi di New Jersey?"

579
00:37:02,303 --> 00:37:05,306
"Oh, Tuhan. Tak pernah
ada orang terfikir begitu.

580
00:37:06,182 --> 00:37:09,435
Awak penagih pertama di sini
yang ada rancangan.

581
00:37:11,354 --> 00:37:13,522
Kita naik kereta saya.

582
00:37:13,522 --> 00:37:16,776
Awak dah bersedia untuk keluar."

583
00:37:18,444 --> 00:37:20,112
Waktu itu pukul 4.00 petang.

584
00:37:20,821 --> 00:37:24,825
Tiga jam kemudian, pukul 7.00 petang,
saya akhirnya tidur.

585
00:37:25,368 --> 00:37:28,829
Mereka beri saya ubat dipanggil Librium.
Terus saya tidur.

586
00:37:29,705 --> 00:37:32,750
Mereka letak seorang jururawat
di bilik saya

587
00:37:33,334 --> 00:37:35,336
untuk pastikan saya terus tidur

588
00:37:35,336 --> 00:37:37,004
sebab saya bawa masalah.

589
00:37:38,172 --> 00:37:42,176
Saya tak pasti
apa yang buat mereka risau sangat.

590
00:37:42,885 --> 00:37:45,596
Tapi mungkin puncanya
ialah kata-kata saya.

591
00:37:46,639 --> 00:37:48,683
"Saya nak pura-pura tidur.

592
00:37:49,725 --> 00:37:53,688
Kemudian, apabila kamu semua ingat
saya dah tidur dan keluar,

593
00:37:53,688 --> 00:37:56,440
saya akan lari dari sini."

594
00:37:57,358 --> 00:38:01,612
Saya cakap dua kali

595
00:38:01,612 --> 00:38:03,864
kepada dua orang staf berbeza

596
00:38:04,532 --> 00:38:06,534
dan itu menimbulkan keraguan.

597
00:38:07,994 --> 00:38:10,496
Saya pun tidur. Tidur lena.

598
00:38:10,496 --> 00:38:14,333
Mereka letak jururawat di bilik
untuk pastikan saya kekal tidur.

599
00:38:14,333 --> 00:38:17,962
Dia duduk di sebelah meja sisi katil.
Saya tidur di atas katil.

600
00:38:17,962 --> 00:38:22,008
Telefon saya di atas meja sisi katil
di sebelah dia.

601
00:38:22,008 --> 00:38:25,553
Ketika ini, kira-kira pukul 7.00 petang,

602
00:38:25,553 --> 00:38:28,681
kawan saya, Pete Davidson
mula telefon saya.

603
00:38:28,681 --> 00:38:30,766
Pete... Ya, yang itu. Pete...

604
00:38:31,934 --> 00:38:34,687
tak datang intervensi
sebab dia di dalam pesawat.

605
00:38:34,687 --> 00:38:38,190
Dia sampai. Dia dapat tahu
saya masuk pemulihan dan dia risau.

606
00:38:38,190 --> 00:38:39,358
Dia pun mula telefon.

607
00:38:39,900 --> 00:38:41,027
Fakta menarik Pete.

608
00:38:41,736 --> 00:38:44,613
Dia sentiasa ubah nombor telefonnya.

609
00:38:45,239 --> 00:38:47,658
Tak tahu kenapa. Itu cerita dia.

610
00:38:50,036 --> 00:38:52,413
Setiap bulan, Pete hantar mesej,

611
00:38:52,413 --> 00:38:54,332
"Hei, ini Pete. Nombor baru."

612
00:38:55,291 --> 00:38:57,043
Saya balas, "Hantar gambar bukti."

613
00:38:57,043 --> 00:38:58,753
Dia hantar gambar begini.

614
00:39:00,046 --> 00:39:01,547
Saya pun simpan nombornya.

615
00:39:01,547 --> 00:39:05,551
Sekian lama, saya simpan nombornya
sebagai Pete Davidson berkali-kali.

616
00:39:05,551 --> 00:39:09,430
Ada satu ketika ada sembilan Pete Davidson
dalam telefon saya.

617
00:39:09,430 --> 00:39:13,392
Itu keterlaluan.

618
00:39:15,811 --> 00:39:16,771
Jadi...

619
00:39:19,106 --> 00:39:23,319
Saya mula simpan nombornya
guna nama orang terkenal

620
00:39:23,319 --> 00:39:24,653
hanya untuk suka-suka.

621
00:39:24,653 --> 00:39:28,699
Ada ketika saya guna
nama Rodney Dangerfield.

622
00:39:29,825 --> 00:39:31,619
Minggu saya masuk pusat pemulihan,

623
00:39:31,619 --> 00:39:34,872
nombor dia disimpan sebagai Al Pacino.

624
00:39:37,541 --> 00:39:40,127
Jadi, saya tidur.

625
00:39:40,795 --> 00:39:42,296
Ada jururawat jaga saya.

626
00:39:42,880 --> 00:39:44,715
Telefon saya di sebelah dia.

627
00:39:45,216 --> 00:39:47,551
Pete Davidson mula telefon

628
00:39:47,551 --> 00:39:51,013
berkali-kali.

629
00:39:51,889 --> 00:39:54,266
Tapi apa yang jururawat itu nampak...

630
00:39:59,313 --> 00:40:01,565
ialah pesakit tak sedarkan diri ini

631
00:40:02,316 --> 00:40:03,901
dapat bukan satu,

632
00:40:04,902 --> 00:40:05,736
bukan dua,

633
00:40:07,029 --> 00:40:10,491
tapi lima panggilan tak berjawab

634
00:40:11,534 --> 00:40:13,202
daripada pemenang Oscar,

635
00:40:15,496 --> 00:40:17,081
Al Pacino.

636
00:40:19,333 --> 00:40:23,754
Jadi, dia kejutkan saya.

637
00:40:29,927 --> 00:40:31,178
Saya tak salahkan dia.

638
00:40:31,178 --> 00:40:33,013
Tentu saya pun sangat curiga.

639
00:40:34,598 --> 00:40:38,185
Saya bangun
dan dia goyang badan saya sambil cakap,

640
00:40:38,185 --> 00:40:40,646
"Ada orang telefon awak."

641
00:40:42,773 --> 00:40:44,400
Saya sangat mamai...

642
00:40:45,651 --> 00:40:48,779
Saya berguling. Saya letih.
Saya lihat telefon saya.

643
00:40:48,779 --> 00:40:51,824
Saya nampak,
"Panggilan daripada Al Pacino."

644
00:40:52,408 --> 00:40:55,703
Saya tahu sebenarnya itu Pete Davidson.

645
00:40:56,203 --> 00:40:59,123
Saya tak jelaskan
kod rumit itu kepada jururawat.

646
00:41:00,332 --> 00:41:02,209
Saya jawab saja di depan dia.

647
00:41:03,419 --> 00:41:04,753
"Helo?"

648
00:41:06,922 --> 00:41:08,299
"Aduhai.

649
00:41:10,301 --> 00:41:12,011
Saya tak sihat.

650
00:41:14,889 --> 00:41:17,224
Tiada orang akan salahkan awak."

651
00:41:19,477 --> 00:41:20,311
Sebenarnya...

652
00:41:24,648 --> 00:41:29,111
Saya sebut ayat terakhir itu
sebab ada orang kata

653
00:41:29,111 --> 00:41:31,530
kami hisap dadah bersama-sama

654
00:41:31,530 --> 00:41:33,324
kerana dia ada tatu...

655
00:41:35,326 --> 00:41:36,660
dan badan saya kosong.

656
00:41:41,999 --> 00:41:43,542
Tentu kami guna sihir.

657
00:41:45,794 --> 00:41:47,421
Saya tak hisap dadah dengan Pete.

658
00:41:47,421 --> 00:41:50,090
Dia sentiasa menyokong saya bebas dadah.

659
00:41:50,090 --> 00:41:52,343
Itulah perbualan saya dengan Pete.

660
00:41:52,843 --> 00:41:56,639
Tapi perbualan yang diandaikan
oleh jururawat itu...

661
00:41:58,766 --> 00:42:00,601
buat saya gembira sampai sekarang.

662
00:42:03,020 --> 00:42:03,854
"Helo..."

663
00:42:03,854 --> 00:42:04,855
"Johnny!

664
00:42:08,442 --> 00:42:09,443
Ini Al.

665
00:42:11,987 --> 00:42:13,989
Kawan lama saya.

666
00:42:16,242 --> 00:42:18,827
Dengarnya awak menjalani pemulihan.

667
00:42:20,829 --> 00:42:22,414
Apa khabar, kawan?"

668
00:42:25,459 --> 00:42:26,377
"Aduhai.

669
00:42:29,004 --> 00:42:30,506
Saya tak sihat."

670
00:42:33,676 --> 00:42:35,511
"Kawan saya yang baik.

671
00:42:37,972 --> 00:42:41,308
Saya telefon awak lima kali...

672
00:42:45,896 --> 00:42:48,524
sebab saya rasa saya akan dipersalah.

673
00:42:49,567 --> 00:42:52,778
Ya, saya semakin syak

674
00:42:53,988 --> 00:42:59,285
apabila orang Amerika tahu
yang John Mulaney ambil dadah semula,

675
00:43:01,161 --> 00:43:02,580
mereka akan terfikir

676
00:43:06,041 --> 00:43:11,839
dan terus sebut
nama satu-satunya dalangnya.

677
00:43:14,717 --> 00:43:16,343
Saya!

678
00:43:17,970 --> 00:43:20,723
Pemenang Oscar

679
00:43:23,142 --> 00:43:24,476
berumur 79 tahun,

680
00:43:25,811 --> 00:43:27,354
Al Pacino!

681
00:43:28,272 --> 00:43:31,483
Pacino daripada bahasa Itali.

682
00:43:32,401 --> 00:43:34,153
'Pa' maksudnya ayah

683
00:43:35,487 --> 00:43:38,157
dan 'chino' maksudnya seluar <i>khaki.</i>

684
00:43:42,536 --> 00:43:44,705
Mereka akan salahkan Ayah Seluar Khaki.

685
00:43:53,005 --> 00:43:55,049
Talian ini dah tak selamat."

686
00:43:58,594 --> 00:44:03,474
Dua bulan saya di pusat pemulihan,
dari 18 Disember hingga 20 Februari.

687
00:44:03,474 --> 00:44:06,352
Saya ada di sana
ketika pemberontakan 6 Januari.

688
00:44:06,352 --> 00:44:08,312
Takkan berlaku kalau saya ada.

689
00:44:10,439 --> 00:44:11,940
Saya akan pastikannya.

690
00:44:12,441 --> 00:44:14,109
Pastikan ia tak berlaku.

691
00:44:15,235 --> 00:44:18,197
Pernahkah ada pemberontakan
sebelum saya masuk pemulihan?

692
00:44:18,197 --> 00:44:19,114
Tak pernah.

693
00:44:19,114 --> 00:44:21,325
Pernahkah ada sejak saya keluar?

694
00:44:21,909 --> 00:44:23,285
Tak pernah.

695
00:44:23,994 --> 00:44:25,287
Mereka takkan berani.

696
00:44:25,287 --> 00:44:27,790
Mereka tahu Baby J dah kembali.

697
00:44:33,545 --> 00:44:37,633
Sepanjang saya di sana,
tempat itu dikawal ketat sebab COVID.

698
00:44:37,633 --> 00:44:39,843
Jadi, kami tak boleh keluar.

699
00:44:39,843 --> 00:44:43,055
Di pusat pemulihan tertentu,
kita dapat pergi bercuti.

700
00:44:43,555 --> 00:44:45,891
Mungkin pada waktu lebih baik,

701
00:44:45,891 --> 00:44:48,394
kita akan dapat jumpa kuda di ladang.

702
00:44:49,603 --> 00:44:51,855
Mereka kerap buat. Terapi ekuin.

703
00:44:51,855 --> 00:44:55,692
Bunyinya macam seronok,
tapi betapa kasihannya kuda itu?

704
00:44:57,277 --> 00:45:01,448
Apabila lahir, "Satu hari nanti,
aku akan memenangi Kentucky Derby."

705
00:45:02,241 --> 00:45:04,660
Tapi seluruh hidupnya
hanya melihat penagih kata,

706
00:45:04,660 --> 00:45:06,745
"Okey.

707
00:45:08,163 --> 00:45:09,706
Baiklah.

708
00:45:11,667 --> 00:45:14,795
Mengusap kaki kau yang kuat
memberi aku keyakinan.

709
00:45:18,507 --> 00:45:22,845
Kalau aku boleh angkat kaki kau,
aku dah boleh ada apartmen sendiri."

710
00:45:30,727 --> 00:45:34,857
Kali pertama masuk pemulihan,
saya paling takut

711
00:45:36,024 --> 00:45:39,027
kalau semua orang akan cam saya.

712
00:45:41,572 --> 00:45:42,781
Lama-kelamaan...

713
00:45:44,741 --> 00:45:45,993
saya takut perkara lain.

714
00:45:51,665 --> 00:45:54,751
Saya tak melebih-lebih untuk buat lawak.

715
00:45:56,462 --> 00:45:59,548
Tiada sesiapa...

716
00:46:04,845 --> 00:46:08,432
Tiada sesiapa kenal saya.

717
00:46:09,183 --> 00:46:13,729
Saya rasa macam nak gila.

718
00:46:19,067 --> 00:46:20,527
Tolong jangan ulang.

719
00:46:22,362 --> 00:46:24,156
Ada berita dalam surat khabar

720
00:46:24,656 --> 00:46:27,826
tentang saya menjalani pemulihan.
Saya biarkannya di luar.

721
00:46:30,454 --> 00:46:32,664
Saya kata, "Surat khabar dah sampai.

722
00:46:33,290 --> 00:46:35,709
Mari sini, penagih sekalian. Ya Tuhan.

723
00:46:37,002 --> 00:46:38,879
Ada berita apa agaknya?"

724
00:46:49,515 --> 00:46:52,226
Sebelum saya sedar tiada orang kenal saya,

725
00:46:52,226 --> 00:46:53,852
saya jumpa kumpulan penyambut.

726
00:46:54,353 --> 00:46:56,730
Saya pergi dari wad detoksifikasi
ke wad lelaki,

727
00:46:56,730 --> 00:46:58,524
tempat saya selama beberapa bulan.

728
00:46:58,524 --> 00:47:00,484
Ada kumpulan penyambut.

729
00:47:00,484 --> 00:47:03,487
Sebelum saya jumpa mereka,
saya kata kepada diri,

730
00:47:03,487 --> 00:47:05,030
"Merendah diri sikit."

731
00:47:08,492 --> 00:47:11,286
Jadi, saya masuk, duduk

732
00:47:11,286 --> 00:47:15,249
dan cakap, "Hai, saya John M."

733
00:47:20,712 --> 00:47:23,840
Mereka pandang dengan hairan
sebab saya tunggu tepukan.

734
00:47:26,218 --> 00:47:30,055
Seorang lelaki, Lenny,
saya berkawan baik dengan dia.

735
00:47:30,055 --> 00:47:32,641
Dia tanya, "Apa pekerjaan awak?"

736
00:47:33,267 --> 00:47:35,811
Seorang lagi tanya, "Apa pekerjaan awak?"

737
00:47:35,811 --> 00:47:36,937
Kemudian saya...

738
00:47:39,898 --> 00:47:42,901
Saya kata, "Saya pelawak komediri."

739
00:47:43,485 --> 00:47:45,988
Lenny tanya, "Itu cara awak dapat duit?"

740
00:47:49,283 --> 00:47:51,243
"Ya, tanya anak perempuan awak.

741
00:47:54,913 --> 00:47:57,165
Atau anak lelaki jika dia bukan atlet."

742
00:48:01,962 --> 00:48:03,755
Tanya anak lelaki tertentu.

743
00:48:06,383 --> 00:48:08,594
Minggu kedua, saya ditimpa masalah.

744
00:48:09,344 --> 00:48:12,472
Sebab saya pesan Outback Steakhouse
menerusi Postmates.

745
00:48:14,224 --> 00:48:16,268
Ada dua tempat di pekan Pennsylvania

746
00:48:16,268 --> 00:48:17,477
ketika pemulihan.

747
00:48:17,477 --> 00:48:19,688
Ada Outback dan pusat pemulihan.

748
00:48:20,397 --> 00:48:23,650
Ketika pesan Outback,
saya sangka penghantar itu

749
00:48:23,650 --> 00:48:25,777
tak tahu pusat pemulihan itu.

750
00:48:25,777 --> 00:48:29,948
Jadi, saya beri alamat pusat pemulihan itu
seolah-olah ia rumah saya.

751
00:48:30,907 --> 00:48:32,909
Kemudian, dalam arahan khas,

752
00:48:32,909 --> 00:48:35,120
"Jangan berhenti di bangunan besar.

753
00:48:36,747 --> 00:48:40,959
Naik bukit ke asrama batu
dan awak akan nampak lelaki 38 tahun

754
00:48:40,959 --> 00:48:43,962
di luar yang memakai jubah dan teruja."

755
00:48:47,299 --> 00:48:50,886
Makanan itu sampai,
tapi dirampas oleh pegawai bertugas.

756
00:48:50,886 --> 00:48:52,346
Dia panggil saya ke pejabat

757
00:48:52,346 --> 00:48:55,015
dan kata, "Ini masalah besar. Ini serius."

758
00:48:56,016 --> 00:48:57,351
Saya kata, "Cuma Outback."

759
00:49:01,271 --> 00:49:03,607
Dia kata, "Jika ini percubaan Outback?"

760
00:49:04,107 --> 00:49:05,942
"Apa itu percubaan Outback?"

761
00:49:07,110 --> 00:49:10,280
"Kali ini awak pesan Outback
dan ia cuma makanan,

762
00:49:10,280 --> 00:49:12,491
kita ketawa dan biarkan saja.

763
00:49:12,491 --> 00:49:14,743
Tapi bagaimana kalau awak beri tip banyak

764
00:49:14,743 --> 00:49:17,663
agar ketika awak pesan lagi,
awak kata, 'Ingat saya?

765
00:49:17,663 --> 00:49:19,665
Saya beri awak banyak tip.

766
00:49:19,665 --> 00:49:23,293
Saya akan beri lebih banyak
kalau awak bawakan saya dadah.'"

767
00:49:24,711 --> 00:49:27,047
Saya kata, "Ya Tuhan. Idea yang hebat."

768
00:49:33,512 --> 00:49:35,013
Saya berusaha dalam pemulihan.

769
00:49:35,013 --> 00:49:37,015
Saya ikut arahan kaunselor.

770
00:49:37,641 --> 00:49:40,477
Semasa baru sampai, kaunselor minta saya

771
00:49:40,477 --> 00:49:44,439
tulis autobiografi
tentang saya menyalah guna bahan.

772
00:49:44,439 --> 00:49:45,691
"Apa maksud awak?"

773
00:49:45,691 --> 00:49:49,569
Dia kata, "Tulis detik besar
ketika awak ambil dadah dan alkohol."

774
00:49:50,404 --> 00:49:53,115
"Baru-baru ini atau sejak enam tahun?"

775
00:49:53,990 --> 00:49:55,867
"Awak mula minum ketika enam tahun?"

776
00:49:55,867 --> 00:49:58,203
"Ya." Kemudian dia beri kertas lagi.

777
00:50:00,747 --> 00:50:02,541
Saya cuba minum ketika enam tahun.

778
00:50:02,541 --> 00:50:05,419
Bukannya minum Manhattan di bar pun.

779
00:50:05,919 --> 00:50:07,713
Kami boleh rasa bir dan wain.

780
00:50:07,713 --> 00:50:09,464
Ketika kecil, ayah kata,

781
00:50:09,464 --> 00:50:12,926
"Di rumah ini, kita minum alkohol
ikut cara orang Eropah."

782
00:50:12,926 --> 00:50:16,012
Itu saja yang kami ikut orang Eropah.

783
00:50:16,012 --> 00:50:18,598
Dalam hal lain,
kami ikut cara Barat Tengah.

784
00:50:18,598 --> 00:50:21,101
Termasuk Eropah. Kami takkan ke sana.

785
00:50:23,770 --> 00:50:27,274
Apabila 13 tahun,
saya mabuk setiap hujung minggu.

786
00:50:27,274 --> 00:50:30,277
Saya dan kawan-kawan keluar
ke jalanan Chicago,

787
00:50:30,277 --> 00:50:31,319
di Lincoln Avenue.

788
00:50:31,319 --> 00:50:33,405
Kami berdiri di depan kedai arak

789
00:50:33,405 --> 00:50:36,116
dan minta orang dewasa belikan arak.

790
00:50:36,116 --> 00:50:38,535
Proses ini sangat penuh drama

791
00:50:38,535 --> 00:50:40,662
sebab kami 13 tahun, tapi rupa 9 tahun.

792
00:50:41,788 --> 00:50:44,875
Kami duduk di luar
macam budak nakal Charles Dickens.

793
00:50:45,417 --> 00:50:47,544
"Encik, tolonglah."

794
00:50:48,044 --> 00:50:49,713
Ada yang nak beri duit.

795
00:50:49,713 --> 00:50:51,381
"Tak, saya beri duit.

796
00:50:52,132 --> 00:50:55,802
Awak belikan bir di kedai
yang jurujualnya sedang lihat

797
00:50:55,802 --> 00:50:57,971
pertukaran ini menerusi tingkap."

798
00:50:59,681 --> 00:51:01,892
Semasa gred lapan, saya beritahu kawan,

799
00:51:01,892 --> 00:51:05,353
"Kita patut minta tolong pasangan kekasih

800
00:51:05,353 --> 00:51:08,315
sebab yang lelaki akan beli bir untuk kita

801
00:51:08,315 --> 00:51:11,193
supaya nampak hebat di depan kekasihnya."

802
00:51:14,112 --> 00:51:17,073
Saya tak faham
janji temu pertama orang dewasa.

803
00:51:18,867 --> 00:51:21,244
Apabila lelaki hantar wanita,
wanita cakap,

804
00:51:22,204 --> 00:51:23,038
"Sebenarnya,

805
00:51:26,958 --> 00:51:29,044
saya tak pasti tentang awak

806
00:51:30,003 --> 00:51:33,298
pada awal malam ini, tapi...

807
00:51:34,883 --> 00:51:41,807
ketika saya nampak awak belikan
dua pek 24 Natty Light

808
00:51:42,808 --> 00:51:44,976
dengan duit syiling

809
00:51:47,312 --> 00:51:52,067
dan sebotol Boone's Farm
untuk seorang budak itu,

810
00:51:57,614 --> 00:51:59,866
saya rasa kita akan kekal bersama."

811
00:52:02,744 --> 00:52:05,622
Saya mula ambil dadah ketika 14 tahun

812
00:52:05,622 --> 00:52:08,208
dengan dua kawan baik saya, John dan John.

813
00:52:09,417 --> 00:52:11,294
Bukan saya. Mereka orang lain.

814
00:52:12,796 --> 00:52:14,381
Kedua-duanya bernama John.

815
00:52:14,381 --> 00:52:16,925
Saya, John O'Brien dan John McNulty.

816
00:52:16,925 --> 00:52:18,385
Nama saya John Mulaney.

817
00:52:18,385 --> 00:52:21,346
Kalau tak tahu,
mungkin anda dengan saya dalam pemulihan.

818
00:52:24,850 --> 00:52:25,851
Pernah sekali...

819
00:52:26,852 --> 00:52:29,688
Semasa kami 16 tahun, saya, John dan John

820
00:52:29,688 --> 00:52:32,691
menghisap rokok ganja
di ruang letak kereta waktu malam.

821
00:52:32,691 --> 00:52:36,319
Kami khayal.
Tiba-tiba, ada kereta polis datang...

822
00:52:36,319 --> 00:52:39,364
Kami cemas dan campak rokok itu
ke dalam longkang,

823
00:52:39,364 --> 00:52:40,949
lalu buang semua ganja.

824
00:52:40,949 --> 00:52:42,492
Tapi mereka panggil kami

825
00:52:42,492 --> 00:52:44,536
dan suruh letak tangan pada kereta.

826
00:52:44,536 --> 00:52:46,496
"Berbaris dan letak tangan pada hud."

827
00:52:46,496 --> 00:52:50,250
Jadi, kami berbaris
dan letak tangan pada kereta peronda.

828
00:52:50,250 --> 00:52:53,003
Polis itu pergi kepada John O'Brien dulu

829
00:52:53,003 --> 00:52:54,880
dan periksa badan dia.

830
00:52:54,880 --> 00:52:56,506
Polis tanya, "Siapa nama awak?"

831
00:52:57,090 --> 00:52:58,675
Dia jawab, "John."

832
00:53:04,806 --> 00:53:06,516
Kemudian, John McNulty pula.

833
00:53:08,351 --> 00:53:10,186
Polis itu periksa badan dia.

834
00:53:10,186 --> 00:53:11,813
"Siapa nama awak?"

835
00:53:11,813 --> 00:53:13,106
Dia jawab, "John."

836
00:53:16,568 --> 00:53:17,861
Kemudian, saya pula.

837
00:53:19,112 --> 00:53:21,615
Sebelum dia periksa badan saya,

838
00:53:21,615 --> 00:53:24,993
dia datang dekat dan bisik kepada saya,

839
00:53:24,993 --> 00:53:28,538
"Saya harap nama awak bukan John juga."

840
00:53:37,464 --> 00:53:39,591
"Mereka gelar saya Baby J di sini."

841
00:53:47,641 --> 00:53:51,227
Di pusat pemulihan,
kita akan duduk bersama kaunselor

842
00:53:51,227 --> 00:53:52,729
dan memeriksa telefon.

843
00:53:52,729 --> 00:53:55,398
Mereka akan suruh padamkan dan sekat

844
00:53:55,398 --> 00:53:59,194
nombor pengedar dadah
atau pengaruh buruk yang ada.

845
00:53:59,194 --> 00:54:01,780
Kadangkala, kita hubungi mereka dulu

846
00:54:01,780 --> 00:54:04,449
dan beritahu sebelum padam dan sekat

847
00:54:04,449 --> 00:54:06,618
supaya mereka tak cari kita lagi.

848
00:54:06,618 --> 00:54:08,787
Putuskan hubungan dengan pengedar.

849
00:54:09,371 --> 00:54:11,498
Satu hari, saya bersama kaunselor

850
00:54:11,498 --> 00:54:12,832
dan periksa telefon.

851
00:54:12,832 --> 00:54:15,502
Saya cari pengedar utama saya, Arvin.

852
00:54:16,086 --> 00:54:17,879
Saya mesej dia,

853
00:54:17,879 --> 00:54:20,757
"Saya nak padam dan sekat nombor awak.

854
00:54:21,299 --> 00:54:23,301
Saya takkan beli dadah daripada awak lagi.

855
00:54:23,843 --> 00:54:24,928
Saya dah bebas dadah."

856
00:54:25,595 --> 00:54:27,555
Saya tak tahu nak tamatkan mesej.

857
00:54:28,223 --> 00:54:30,558
Saya kata, "Terima kasih sebab...

858
00:54:32,227 --> 00:54:35,063
bersifat profesional selama bertahun-tahun

859
00:54:36,314 --> 00:54:38,692
dan untuk semua masa yang diluangkan."

860
00:54:40,443 --> 00:54:41,987
Saya hantar mesej itu.

861
00:54:41,987 --> 00:54:45,073
Sebelum padam dan sekat dia,
Arvin balas mesej saya.

862
00:54:45,949 --> 00:54:49,828
"Saya bangga sebab awak dah bebas dadah."

863
00:54:51,287 --> 00:54:52,497
Kemudian dia tulis,

864
00:54:52,497 --> 00:54:56,918
"Saya cuma beli dadah
untuk jual kepada awak

865
00:54:57,711 --> 00:54:59,587
sebab saya risau akan awak

866
00:55:00,130 --> 00:55:03,216
dan tak mahu awak dapat
dadah murahan di jalanan."

867
00:55:06,302 --> 00:55:07,554
Saya tahu.

868
00:55:07,554 --> 00:55:10,181
Saya nak putuskan hubungan dengan dia?

869
00:55:15,812 --> 00:55:18,481
Saya tak boleh padam.
Saya balas mesej dia.

870
00:55:19,399 --> 00:55:20,525
"Baiknya awak.

871
00:55:22,986 --> 00:55:27,157
Awak cuma beli dadah
untuk jual kepada saya?"

872
00:55:28,033 --> 00:55:28,992
Dia kata, "Ya."

873
00:55:30,076 --> 00:55:34,039
Saya tanya,
"Awak jual dadah kepada orang lain?"

874
00:55:35,623 --> 00:55:36,541
Dia kata, "Tidak."

875
00:55:38,960 --> 00:55:43,590
Saya kata, "Masa tak sesuai untuk tanya,

876
00:55:44,716 --> 00:55:46,384
tapi adakah awak pengedar dadah?"

877
00:55:48,762 --> 00:55:52,223
Dia kata, "Bukan, saya pelukis.
Kita dah berbincang."

878
00:55:57,437 --> 00:56:00,398
Boston, sehingga hari ini,

879
00:56:01,441 --> 00:56:06,112
saya tak tahu cara saya mula kenal dia.

880
00:56:11,826 --> 00:56:13,369
Saya pun balas mesej dia.

881
00:56:14,496 --> 00:56:15,538
Saya kata,

882
00:56:16,247 --> 00:56:20,293
"Macam mana sebenarnya...

883
00:56:23,588 --> 00:56:25,632
awak jual dadah kepada saya?"

884
00:56:26,925 --> 00:56:28,009
Dia balas,

885
00:56:28,968 --> 00:56:32,639
"Entahlah. Awak yang asyik minta."

886
00:56:35,558 --> 00:56:36,935
Saya suka cerita itu

887
00:56:37,811 --> 00:56:41,272
sebab ada banyak kisah pengedar dadah

888
00:56:41,272 --> 00:56:44,859
yang menyebabkan
orang baik menjadi penagih dadah.

889
00:56:47,529 --> 00:56:49,823
Mungkin saya penagih dadah pertama

890
00:56:51,032 --> 00:56:52,784
yang menjadikan lelaki baik

891
00:56:54,410 --> 00:56:55,829
seorang pengedar dadah.

892
00:56:57,330 --> 00:56:59,124
Itulah janji saya.

893
00:57:06,840 --> 00:57:09,134
Di sana, kami selalu duduk dalam bulatan.

894
00:57:09,717 --> 00:57:11,719
Kami akan berkongsi cerita

895
00:57:11,719 --> 00:57:15,014
tentang perkara paling teruk
yang kami buat demi dadah.

896
00:57:15,807 --> 00:57:18,601
Saya nak kongsikan salah satu ceritanya.

897
00:57:19,394 --> 00:57:21,438
Sedikit konteks cerita ini.

898
00:57:22,397 --> 00:57:25,108
Pada bulan Januari 2020,

899
00:57:25,608 --> 00:57:27,777
saya sangat ketagih kokain.

900
00:57:27,777 --> 00:57:29,028
Saya nak berhenti.

901
00:57:29,779 --> 00:57:32,490
Saya tak bercakap dengan kaunselor dadah

902
00:57:32,490 --> 00:57:34,200
atau mana-mana kaunselor,

903
00:57:34,200 --> 00:57:37,954
pakar terapi, doktor
atau sesiapa dalam hidup saya,

904
00:57:38,455 --> 00:57:40,165
tapi saya telefon akauntan.

905
00:57:41,583 --> 00:57:43,626
"Saya ketagih kokain.

906
00:57:44,419 --> 00:57:46,379
Berhenti beri saya duit.

907
00:57:46,921 --> 00:57:49,007
Jangan beri saya duit lagi."

908
00:57:49,007 --> 00:57:51,217
Dia kata, "Aduhai. Ini bukan kerja saya."

909
00:57:52,927 --> 00:57:57,348
"Awak hanya boleh beri saya duit
kalau saya e-mel dan CC doktor saya.

910
00:57:57,348 --> 00:57:58,808
Itu peraturan baharu."

911
00:57:59,309 --> 00:58:00,477
Saya letak telefon.

912
00:58:01,269 --> 00:58:03,062
Saya terus marah tentangnya.

913
00:58:05,106 --> 00:58:06,691
"Itu duit aku.

914
00:58:07,942 --> 00:58:11,321
Dia nak aku e-mel dia bersama doktor aku?"

915
00:58:13,114 --> 00:58:15,450
Saya tak telefon dia balik

916
00:58:15,450 --> 00:58:17,619
dan batalkan peraturan itu.

917
00:58:17,619 --> 00:58:19,704
Saya boleh buat sebab saya lelaki dewasa

918
00:58:19,704 --> 00:58:21,039
dan saya klien dia.

919
00:58:21,039 --> 00:58:23,750
Sebaliknya, saya habiskan enam bulan

920
00:58:24,250 --> 00:58:28,046
mencari pelbagai cara untuk curi

921
00:58:29,047 --> 00:58:30,006
duit saya sendiri.

922
00:58:32,175 --> 00:58:36,054
Pada bulan Ogos 2020, saya sangat khayal.

923
00:58:36,679 --> 00:58:38,181
Saya terdesak nak kokain.

924
00:58:38,973 --> 00:58:43,019
Saya sedar
kad kredit saya masih berfungsi.

925
00:58:43,895 --> 00:58:47,690
Saya buat keputusan untuk beli jam Rolex

926
00:58:48,233 --> 00:58:49,442
dengan kad kredit

927
00:58:49,984 --> 00:58:51,694
dan pajak untuk dapat duit

928
00:58:52,320 --> 00:58:53,655
lima minit kemudian.

929
00:58:55,490 --> 00:58:57,200
Saya pandai baca suasana.

930
00:58:58,201 --> 00:59:01,037
Kamu sangat kagum akan rancangan ini.

931
00:59:04,082 --> 00:59:06,543
Jadi, satu hari pada Ogos 2020,

932
00:59:06,543 --> 00:59:09,796
ketika suhu 38 darjah Celsius di luar,

933
00:59:09,796 --> 00:59:14,926
saya memasuki kedai Rolex
di Madison Avenue di Manhattan.

934
00:59:14,926 --> 00:59:15,843
Saya masuk.

935
00:59:15,843 --> 00:59:17,845
Semua lelaki memakai sut.

936
00:59:17,845 --> 00:59:21,349
Mereka kata, "Jam, Switzerland..."

937
00:59:21,849 --> 00:59:23,476
Macam haiwan elektronik.

938
00:59:24,477 --> 00:59:25,353
Saya masuk.

939
00:59:25,353 --> 00:59:29,107
Saya pakai jean terang
yang dilipat dua pada buku lali,

940
00:59:29,107 --> 00:59:33,027
kasut Reebok putih,
stoking putih, baju putih labuh

941
00:59:33,027 --> 00:59:34,445
dan topi besbol putih.

942
00:59:34,445 --> 00:59:36,114
Saya kunyah gula-gula getah.

943
00:59:36,114 --> 00:59:41,035
Saya ada beg galas JanSport
yang dipakai setinggi mungkin.

944
00:59:41,035 --> 00:59:43,496
Umur saya 38 tahun.

945
00:59:46,165 --> 00:59:47,333
Saya memasuki kedai itu,

946
00:59:47,333 --> 00:59:50,169
pergi ke almari kaca pertama

947
00:59:50,169 --> 00:59:52,380
dan kata, "Yang itu. Hai!

948
00:59:52,380 --> 00:59:53,965
Saya suka jam itu.

949
00:59:53,965 --> 00:59:55,758
Saya nak jam itu."

950
00:59:55,758 --> 00:59:58,469
Jurujual itu berpusing.
Dia ada sapu tangan

951
00:59:58,469 --> 00:59:59,679
macam ahli silap mata.

952
01:00:00,638 --> 01:00:01,472
Dia pun...

953
01:00:03,016 --> 01:00:06,102
"Encik lihat jam tangan emas mawar itu.

954
01:00:06,102 --> 01:00:08,521
Encik nak lihat jam lain?"

955
01:00:08,771 --> 01:00:11,149
"Tak nak, saya tak minat jam lain.

956
01:00:11,149 --> 01:00:13,526
Saya nak jam tangan itu.

957
01:00:13,526 --> 01:00:14,485
Saya dah periksa.

958
01:00:14,485 --> 01:00:17,238
Saya tahu semuanya.
Beri saya jam tangan itu."

959
01:00:17,238 --> 01:00:20,033
Dia buka almari kaca
dan ambil jam tangan itu.

960
01:00:20,033 --> 01:00:22,660
Ada bekas suednya sendiri.

961
01:00:23,453 --> 01:00:26,581
"Encik nak cuba pakai pada tangan encik?"

962
01:00:26,581 --> 01:00:28,458
"Tiada masa. Tak perlu.

963
01:00:29,042 --> 01:00:30,168
Bukan untuk saya.

964
01:00:30,168 --> 01:00:33,588
Ia hadiah untuk abang saya.
Saya tahu bentuk tangan dia.

965
01:00:35,048 --> 01:00:36,591
Adik-beradik biasa lihat...

966
01:00:36,716 --> 01:00:38,343
Kami pernah sebilik,

967
01:00:38,343 --> 01:00:40,762
jadi saya tahu pasti sempurna."

968
01:00:41,512 --> 01:00:43,931
"Hadiah untuk abang encik, ya?

969
01:00:44,599 --> 01:00:49,479
Cincin apa yang abang encik pakai?"

970
01:00:49,479 --> 01:00:50,688
Saya kata, "Apa?"

971
01:00:52,440 --> 01:00:54,150
Adakah itu teka-teki?

972
01:00:56,569 --> 01:01:00,156
Adakah ini upacara inisiasi
untuk persatuan orang putih Yale?

973
01:01:01,491 --> 01:01:04,077
Cincin apa yang abang saya pakai?

974
01:01:04,202 --> 01:01:05,328
"Sebenarnya,

975
01:01:05,995 --> 01:01:10,833
kalau abang encik pakai
cincin kuning atau emas putih,

976
01:01:10,833 --> 01:01:13,461
encik tak patut beli
jam tangan emas mawar.

977
01:01:14,003 --> 01:01:17,590
Mungkin encik tahu,
logam berbeza tak boleh dipakai bersama."

978
01:01:18,341 --> 01:01:21,594
"Pertama, saya rasa dihina
sebab awak rasa saya mungkin tak tahu.

979
01:01:23,137 --> 01:01:26,057
Saya tahu tentangnya dan semua fakta lain.

980
01:01:28,059 --> 01:01:29,102
Saya tak pakai...

981
01:01:29,102 --> 01:01:32,271
Saya takkan letak tin aluminium
di sebelah cerek teh.

982
01:01:32,271 --> 01:01:35,274
Saya takkan letak trompet
di atas radiator.

983
01:01:35,942 --> 01:01:39,862
Mungkin ketinggalan zaman,
tapi saya percaya kepada pemisahan.

984
01:01:39,862 --> 01:01:43,658
Betul. Logam harus dipisahkan.

985
01:01:44,742 --> 01:01:48,121
Kedua, abang saya tiada cincin
dan dia takkan ada cincin.

986
01:01:48,246 --> 01:01:50,373
Takkan ada. Abang saya tiada jari.

987
01:01:50,373 --> 01:01:51,374
Dia kudung.

988
01:01:52,041 --> 01:01:53,668
Tangan dia kudung.

989
01:01:54,043 --> 01:01:56,421
Itulah gunanya jam tangan. Faham?

990
01:01:56,713 --> 01:01:59,882
Jam itu akan jadi hiasan,
jadi jika dia pandang

991
01:01:59,882 --> 01:02:02,885
tangannya yang cacat,
dia akan nampak jam cantik.

992
01:02:02,885 --> 01:02:06,347
Dia cuma akan fikir
tentang kebaikan adiknya

993
01:02:06,347 --> 01:02:10,059
dan bukan kemalangan Vitamix
yang merampas tangannya.

994
01:02:10,977 --> 01:02:12,478
Tolong jual jam itu."

995
01:02:15,022 --> 01:02:18,943
Dia keluarkan kotak Rolex hijau,
buka dan masukkan jam itu.

996
01:02:18,943 --> 01:02:21,446
Ada kad kadbod kecil di dalam kotak itu.

997
01:02:21,446 --> 01:02:24,907
Dia ambil pen dan menulis pada kad itu

998
01:02:24,907 --> 01:02:26,659
sesuatu yang panjang.

999
01:02:27,910 --> 01:02:31,164
Saya hairan,
"Aduhai, dia tulis surat kepada jam itu?"

1000
01:02:31,164 --> 01:02:32,790
Dia tahu saya akan pajak.

1001
01:02:32,790 --> 01:02:35,209
Dia nak ia ada surat
untuk tahu tempat asalnya.

1002
01:02:35,209 --> 01:02:38,463
Semua orang di kedai itu tahu
saya akan pajak jam itu.

1003
01:02:38,588 --> 01:02:41,299
Mereka sangka saya jahat,
tapi tak. Saya baik.

1004
01:02:41,299 --> 01:02:43,259
Itulah yang saya fikir.

1005
01:02:44,385 --> 01:02:47,555
Dia keluarkan reben
dan saya kata, "Tak usah balut."

1006
01:02:48,973 --> 01:02:52,268
"Encik kata ini hadiah."

1007
01:02:52,268 --> 01:02:54,979
"Ya, tapi saya dan abang saya lain.

1008
01:02:55,271 --> 01:02:58,065
Kami tak mesra.
Saya akan lalu di rumah dia.

1009
01:02:58,065 --> 01:03:00,276
Saya akan lempar jam ini.

1010
01:03:00,276 --> 01:03:02,278
Dia akan tangkap dengan tangan.

1011
01:03:02,820 --> 01:03:04,989
Saya tak boleh beri hadiah bereben.

1012
01:03:04,989 --> 01:03:09,368
Macam mana dia nak buka ikatan?
Saya dah ceritakan tadi.

1013
01:03:09,368 --> 01:03:14,081
Saya dah ceritakan keadaan dia,
tapi awak masih lagi anggap...

1014
01:03:14,081 --> 01:03:16,709
Apa awak nak dia buat? Buka dengan gigi?

1015
01:03:16,709 --> 01:03:18,586
Jual saja. Ia untuk kokain."

1016
01:03:22,840 --> 01:03:25,259
Dia ambil kad kredit saya dan imbas.

1017
01:03:26,427 --> 01:03:29,680
Dia pulangkannya dan keluarkan beg Rolex.

1018
01:03:29,680 --> 01:03:34,227
Saya pusingkan beg JanSport saya
dan buka zipnya.

1019
01:03:34,227 --> 01:03:35,728
Saya kata, "Tak perlu."

1020
01:03:38,314 --> 01:03:40,691
Dia letak kotak jam di dalam beg saya.

1021
01:03:41,317 --> 01:03:44,946
Saya tutup zip.
Sebelum keluar dari kedai itu,

1022
01:03:44,946 --> 01:03:47,657
saya buat carian Google di telefon,

1023
01:03:47,657 --> 01:03:50,660
"Tempat jual jam sekarang
di Bandar Raya New York."

1024
01:03:51,702 --> 01:03:56,582
Kemudian, muncul tempat bernama,
'Jual jam anda sekarang di NYC.'

1025
01:03:56,582 --> 01:03:59,877
Akhirnya, ada juga yang memahami saya.

1026
01:04:00,670 --> 01:04:02,839
Saya telefon kedai itu dan tanya,

1027
01:04:02,839 --> 01:04:07,218
"Helo. Ya, saya nak jual jam Rolex.
Boleh saya datang hari ini?"

1028
01:04:07,343 --> 01:04:09,720
Dia kata, "Boleh. Pukul berapa?"

1029
01:04:09,720 --> 01:04:13,474
"Saya dua minit dari kedai awak
dan saya sedang berlari.

1030
01:04:13,474 --> 01:04:14,892
Seminit lagi sampai."

1031
01:04:14,892 --> 01:04:17,228
Dia kata, "Saya makan di seberang.

1032
01:04:17,228 --> 01:04:18,646
Saya akan lari juga."

1033
01:04:18,646 --> 01:04:21,440
Jadi, kami berdua berlari di 47th Street.

1034
01:04:22,108 --> 01:04:25,695
Beg saya melayang-layang
ke depan dan belakang

1035
01:04:25,695 --> 01:04:27,363
macam buah dada nenek tua

1036
01:04:27,363 --> 01:04:30,199
ketika dia melompat
dalam Showcase Showdown.

1037
01:04:31,492 --> 01:04:34,745
Kami pergi ke kedainya.
Ia di atas kedai berlian besar,

1038
01:04:34,745 --> 01:04:36,747
tapi pejabat dia di atas.

1039
01:04:36,747 --> 01:04:38,875
Saya melalui dua pintu kaca kalis peluru.

1040
01:04:38,875 --> 01:04:40,459
Anda tonton <i>Uncut Gems.</i>

1041
01:04:41,460 --> 01:04:46,257
Kami memasuki pejabat dia dan duduk.
Sekarang, saya kena ubah kelakuan.

1042
01:04:46,257 --> 01:04:48,718
Saya dah menggila dari pagi.

1043
01:04:48,718 --> 01:04:50,678
Sekarang saya nak jual jam.

1044
01:04:50,678 --> 01:04:53,306
Saya tak boleh nampak terdesak untuk jual.

1045
01:04:53,306 --> 01:04:55,516
Saya perlu dapatkan harga yang baik.

1046
01:04:55,516 --> 01:04:57,602
Jadi, saya harus bertenang.

1047
01:04:58,227 --> 01:05:00,104
Saya alihkan beg saya,

1048
01:05:00,771 --> 01:05:05,026
mendedahkan garisan peluh yang jelas
pada bahagian tali dan belakang.

1049
01:05:06,444 --> 01:05:09,363
Dia nak beri air, tapi saya terus tolak.

1050
01:05:10,031 --> 01:05:13,200
Walaupun bibir saya melekat pada gigi.

1051
01:05:15,286 --> 01:05:18,664
Saya kata, "Helo.
Saya ada jam cantik untuk dijual.

1052
01:05:18,664 --> 01:05:20,249
Saya tak terdesak.

1053
01:05:20,958 --> 01:05:22,668
Bertahun-tahun saya simpan.

1054
01:05:24,003 --> 01:05:27,340
Saya tak pernah pakai,
jadi ia masih elok sepenuhnya."

1055
01:05:27,340 --> 01:05:29,467
"Dah bertahun-tahun awak simpan?"

1056
01:05:29,467 --> 01:05:30,885
"Betul."

1057
01:05:30,885 --> 01:05:32,762
"Jadi, kenapa awak tak pakai?"

1058
01:05:32,887 --> 01:05:36,182
Saya kata, "Saya nak pakai jam ini,

1059
01:05:37,058 --> 01:05:40,019
tapi saya pakai cincin...

1060
01:05:42,021 --> 01:05:46,400
berwarna emas kuning dan emas perak.

1061
01:05:49,487 --> 01:05:51,238
Kita berdua tahu...

1062
01:05:53,491 --> 01:05:55,159
logam tak boleh disatukan."

1063
01:05:58,204 --> 01:06:03,084
Dia buka kotak jam Rolex itu
dan ternampak kad

1064
01:06:03,084 --> 01:06:05,544
yang lelaki tadi tulis dengan pen.

1065
01:06:05,670 --> 01:06:09,215
Dia lihat kad itu, pandang saya
dan lihat kad itu semula.

1066
01:06:10,383 --> 01:06:12,760
Dia kata, "Dah lama awak ada jam ini?"

1067
01:06:13,761 --> 01:06:15,096
"Ya."

1068
01:06:15,096 --> 01:06:17,264
"Ini tarikh hari ini."

1069
01:06:19,725 --> 01:06:23,062
Saya kata, "Ya, betul."

1070
01:06:25,856 --> 01:06:27,149
Saya pandang dia...

1071
01:06:28,442 --> 01:06:32,655
dengan segala tarikan dan karisma
yang tersisa dalam jasad penagih saya,

1072
01:06:33,739 --> 01:06:36,117
berharap saya boleh fikir alasan logik

1073
01:06:37,284 --> 01:06:39,954
supaya kedua-duanya masuk akal.

1074
01:06:40,913 --> 01:06:43,290
Saya dah lama ada jam ini.

1075
01:06:44,083 --> 01:06:47,461
Tarikhnya pula hari ini.

1076
01:06:50,131 --> 01:06:55,845
Pada waktu itu, dia sedar
rundingan itu menyebelahi dirinya.

1077
01:06:57,888 --> 01:07:01,183
Saya beli jam itu pada harga 12,000 dolar.

1078
01:07:03,185 --> 01:07:05,980
Sebelum anda jadi tak keruan,

1079
01:07:08,315 --> 01:07:12,945
tolong ingat, harga jam berkurang...

1080
01:07:15,156 --> 01:07:17,074
beberapa saat selepas keluar dari kedai.

1081
01:07:21,537 --> 01:07:23,706
Saya beli jam itu 12,000 dolar.

1082
01:07:24,457 --> 01:07:27,084
Dia minta, "5,000 dolar." "Tak boleh."

1083
01:07:27,084 --> 01:07:29,503
Dia minta, "6,000 dolar." "Boleh."

1084
01:07:32,548 --> 01:07:33,632
Anda kecam saya.

1085
01:07:35,509 --> 01:07:37,219
Tentu anda fikir saya bodoh.

1086
01:07:38,554 --> 01:07:39,930
Biar saya tanya anda.

1087
01:07:41,265 --> 01:07:43,142
Apa cara yang lebih baik

1088
01:07:44,185 --> 01:07:46,145
untuk dapat 6,000 dolar

1089
01:07:47,146 --> 01:07:48,439
dalam lima minit...

1090
01:07:50,232 --> 01:07:55,696
dengan membelanjakan hanya 12,000 dolar?

1091
01:07:58,783 --> 01:07:59,784
Satu lagi...

1092
01:08:02,244 --> 01:08:06,874
sementara anda memahami
dan hadam betapa menjelikkan,

1093
01:08:07,500 --> 01:08:11,545
sia-sia dan teruknya cerita itu,

1094
01:08:12,880 --> 01:08:14,006
ingatlah,

1095
01:08:15,257 --> 01:08:17,176
itu yang saya rela ceritakan.

1096
01:08:29,105 --> 01:08:31,273
Aneh rasanya menjadi bekas penagih dadah.

1097
01:08:31,774 --> 01:08:34,860
Aneh jadi penagih,
tapi setidak-tidaknya saya khayal.

1098
01:08:36,112 --> 01:08:39,031
Memang aneh kadang-kadang.
Saya okey sekarang.

1099
01:08:39,031 --> 01:08:43,077
Tapi ketika bersendirian,
saya bersama orang yang cuba bunuh saya.

1100
01:08:44,245 --> 01:08:47,915
Kadangkala apabila lihat cermin,
saya kata, "Dia lagi? Aduhai."

1101
01:08:48,958 --> 01:08:51,627
Kadangkala, perasaan itu menakutkan.

1102
01:08:52,253 --> 01:08:53,796
Tapi bagus juga.

1103
01:08:54,171 --> 01:08:56,966
Ia memberi saya keyakinan diri.

1104
01:08:57,675 --> 01:09:03,222
Dulu, saya sangat peduli
tentang tanggapan orang terhadap saya.

1105
01:09:04,098 --> 01:09:06,016
Itu saja yang saya peduli.

1106
01:09:06,016 --> 01:09:08,853
Saya hanya peduli tentang tanggapan orang.

1107
01:09:09,395 --> 01:09:10,771
Sekarang tak lagi.

1108
01:09:11,438 --> 01:09:18,070
Sebab saya boleh katakan,
apa seseorang akan buat kepada saya

1109
01:09:18,612 --> 01:09:21,574
yang lebih teruk
daripada yang saya buat kepada diri?

1110
01:09:22,658 --> 01:09:25,035
Anda nak kecam John Mulaney?

1111
01:09:25,494 --> 01:09:27,037
Saya akan bunuh dia.

1112
01:09:31,750 --> 01:09:33,002
Saya hampir berjaya.

1113
01:09:37,089 --> 01:09:40,301
Saya berada di muzium di Detroit
bersama anak saya.

1114
01:09:40,301 --> 01:09:43,053
Saya tolak kereta sorong bayi
melalui bilik besar

1115
01:09:43,053 --> 01:09:45,681
yang mempunyai mural Diego Rivera.

1116
01:09:46,640 --> 01:09:50,728
Saya beritahu anak saya, Malcolm,
yang baru sembilan bulan ketika itu,

1117
01:09:50,728 --> 01:09:53,272
bahawa Diego Rivera hebat, tapi komunis.

1118
01:09:56,817 --> 01:10:00,404
Malcolm cuma beri ciuman udara
kepada objek tak bernyawa

1119
01:10:00,404 --> 01:10:03,908
dan menjulingkan mata sambil berak.

1120
01:10:07,036 --> 01:10:11,415
Saya tak pernah keluar dengan dia
dan terpaksa tukar lampin di khalayak.

1121
01:10:11,415 --> 01:10:14,460
Saya jumpa pemandu pelancong dan tanya,

1122
01:10:14,460 --> 01:10:16,712
"Ada tempat untuk tukar lampin bayi?"

1123
01:10:16,712 --> 01:10:19,048
Dia kata, "Ada. Tandas lelaki pun boleh."

1124
01:10:19,048 --> 01:10:21,550
Saya kata, "Okey." Saya bawa dia ke sana.

1125
01:10:22,134 --> 01:10:24,762
Saya masuk ke sana dan pandang dinding.

1126
01:10:32,770 --> 01:10:33,979
"Helo, kawan lama."

1127
01:10:42,988 --> 01:10:45,366
Kehidupan saya jauh lebih baik sekarang.

1128
01:10:46,033 --> 01:10:52,206
Tapi jika saya rasa perlu peringatan...

1129
01:10:52,206 --> 01:10:53,332
Terima kasih.

1130
01:10:53,958 --> 01:10:57,920
...tentang teruknya keadaan sebelum ini,

1131
01:10:58,629 --> 01:11:00,798
mujurlah saya ada ini.

1132
01:11:01,465 --> 01:11:06,470
Ini temu bual yang saya beri
kepada majalah <i>GQ,</i>

1133
01:11:08,264 --> 01:11:13,269
tapi saya langsung tak ingat.

1134
01:11:15,896 --> 01:11:19,817
Anda pernah berbual tentang dadah,
tapi terlupa keesokan harinya?

1135
01:11:19,817 --> 01:11:22,695
Adakah temu bualnya sangat panjang?

1136
01:11:25,239 --> 01:11:29,827
Saya beri temu bual ini
pada 15 Disember 2020.

1137
01:11:29,827 --> 01:11:32,079
Campur tangan saya pada 18 Disember.

1138
01:11:33,539 --> 01:11:35,291
Malang sekali ia sebelum itu.

1139
01:11:36,875 --> 01:11:40,004
Saya rasa sebenarnya,
ada wartawan telefon dan kata,

1140
01:11:40,004 --> 01:11:43,841
"Hei, saya nak temu bual awak."
Saya baru hisap banyak kokain.

1141
01:11:44,633 --> 01:11:47,052
Saya tak tahu jika anda tahu kesan kokain,

1142
01:11:47,052 --> 01:11:48,846
tapi itu sangat bagus.

1143
01:11:50,931 --> 01:11:53,976
Saya nak kongsikan
perkara penting tentang temu bual

1144
01:11:53,976 --> 01:11:56,103
yang saya tak ingat ini.

1145
01:11:56,103 --> 01:11:59,189
Bermula dengan rangkap permulaan,

1146
01:11:59,315 --> 01:12:05,070
<i>"GQ</i> bercakap di telefon dengan pelawak ini
untuk perbualan yang beraneka topik."

1147
01:12:09,658 --> 01:12:14,079
Soalan pertama.
<i>"GQ:</i> Apa rancangan hari ini?"

1148
01:12:14,663 --> 01:12:17,875
"Mulaney: Saya melalui

1149
01:12:17,875 --> 01:12:20,377
bangunan paling berhantu
di Bandar Raya New York."

1150
01:12:27,217 --> 01:12:29,511
<i>"GQ:</i> Oh!

1151
01:12:32,806 --> 01:12:34,183
Di mana?"

1152
01:12:34,183 --> 01:12:36,727
"Mulaney: Kedai pembersih vakum

1153
01:12:36,727 --> 01:12:41,190
di 14th Street, di antara 5th dan 6th,
dan dulu ia rumah penginapan.

1154
01:12:41,190 --> 01:12:45,110
Aduhai. Jelas sekali sangat berhantu.

1155
01:12:45,110 --> 01:12:47,696
Macam dalam <i>Poltergeist."</i>

1156
01:12:52,368 --> 01:12:54,995
<i>"GQ:</i> Okey.

1157
01:12:59,917 --> 01:13:02,878
Awak rasa seram sejuk
atau tak sedap hati?"

1158
01:13:02,878 --> 01:13:06,423
"Mulaney: Sekarang tak lagi.

1159
01:13:06,423 --> 01:13:09,802
Saya dah tahu tempatnya
sejak kali pertama lalu.

1160
01:13:09,802 --> 01:13:12,096
Mungkin saya pura-pura tak sedap hati."

1161
01:13:12,763 --> 01:13:13,764
Apa?

1162
01:13:18,852 --> 01:13:20,479
Apa maksud dia?

1163
01:13:21,897 --> 01:13:24,525
Mereka ada penyunting. Mereka boleh bantu.

1164
01:13:26,610 --> 01:13:29,696
"Saya dah tahu tempatnya
sejak kali pertama lalu.

1165
01:13:29,696 --> 01:13:31,990
Mungkin saya pura-pura tak sedap hati.

1166
01:13:31,990 --> 01:13:35,411
Walaupun saya pernah lalu
rumah berhantu di Los Angeles,

1167
01:13:35,411 --> 01:13:36,745
saya tak tahu ia berhantu.

1168
01:13:36,745 --> 01:13:38,956
Saya pelik, rumah apa ini?

1169
01:13:38,956 --> 01:13:41,583
Kemudian, saya mula tak suka rumah ini.

1170
01:13:41,708 --> 01:13:43,836
Saya akan bawa anjing saya pergi.

1171
01:13:43,836 --> 01:13:46,839
Rupa-rupanya,
itu rumah pembunuhan Los Feliz.

1172
01:13:46,964 --> 01:13:49,383
Saya dapat tahu ia ada sejarah dahsyat.

1173
01:13:49,383 --> 01:13:51,844
Ya, hanya ketika itu saya dapat rasa

1174
01:13:51,844 --> 01:13:55,514
aura roh dan hantu menakutkan
secara tiba-tiba,

1175
01:13:55,639 --> 01:13:57,975
dan rupa-rupanya memang betul."

1176
01:14:04,356 --> 01:14:05,274
Tidak.

1177
01:14:06,859 --> 01:14:11,655
Saya tak tanya apa-apa lagi
semasa berlari.

1178
01:14:12,948 --> 01:14:15,033
Saya masih menjawab soalan,

1179
01:14:16,535 --> 01:14:18,120
"Apa awak buat hari ini?"

1180
01:14:23,041 --> 01:14:26,712
Saya suka dapat sebut perkataan "roh".

1181
01:14:29,089 --> 01:14:30,591
Bila anda dapat sebut?

1182
01:14:34,303 --> 01:14:36,221
Soalan seterusnya, <i>"GQ:</i>

1183
01:14:37,014 --> 01:14:40,809
Saya nak berbual tentang tahun ini
bagi awak dari sudut karya.

1184
01:14:41,101 --> 01:14:42,853
Sebab setahun yang lepas,

1185
01:14:42,853 --> 01:14:45,105
awak mengeluarkan <i>The Sack Lunch Bunch,</i>

1186
01:14:45,105 --> 01:14:49,485
antara risiko karya terbesar awak,
dan ia sangat menguntungkan.

1187
01:14:49,485 --> 01:14:53,322
Bagaimana proses karya awak
telah terjejas tahun ini?"

1188
01:14:53,697 --> 01:14:56,325
"Mulaney: Jika awak dengar sudu jatuh,

1189
01:14:56,325 --> 01:14:58,702
itu sebab saya sedang makan bijirin."

1190
01:15:07,628 --> 01:15:08,545
Luar biasa.

1191
01:15:09,505 --> 01:15:10,797
Jawapan luar biasa...

1192
01:15:12,216 --> 01:15:14,092
bagi apa-apa jua soalan.

1193
01:15:15,385 --> 01:15:19,973
Sentiasa tumpukan perhatian
dan kenal pasti setiap bunyi di bilik.

1194
01:15:21,058 --> 01:15:24,728
Itu bukan paranoid sedikit pun.

1195
01:15:29,316 --> 01:15:30,317
Soalan seterusnya.

1196
01:15:31,026 --> 01:15:36,782
"Majalah GQ: Saya tertanya-tanya apabila
awak dalam <i>Late Night with Seth Meyers.</i>

1197
01:15:36,782 --> 01:15:38,992
Awak nak rancangan bicara sendiri?"

1198
01:15:38,992 --> 01:15:41,286
"Mulaney: Okey. Jadi...

1199
01:15:42,120 --> 01:15:44,957
Saya pernah ada dua idea
untuk rancangan bicara."

1200
01:15:44,957 --> 01:15:47,376
Berhenti sebentar dan hayati ayat itu.

1201
01:15:48,418 --> 01:15:51,922
"Saya pernah ada dua idea
untuk rancangan bicara."

1202
01:15:53,048 --> 01:15:57,302
"Maksudnya, saya fikir tentangnya
di dalam bilik sendiri.

1203
01:16:01,056 --> 01:16:04,977
Pertama, menemu bual
orang yang buat saya tertarik."

1204
01:16:04,977 --> 01:16:08,313
Bukannya saya berdiri
dan perhatikan mereka buat kerja.

1205
01:16:08,438 --> 01:16:10,274
Macam set rancangan bicara.

1206
01:16:10,274 --> 01:16:13,360
Mereka keluar.
Ada kumpulan muzik dan lain-lain."

1207
01:16:13,360 --> 01:16:15,028
Okey, berhenti sekejap.

1208
01:16:15,654 --> 01:16:17,281
Saya nak ulang.

1209
01:16:18,156 --> 01:16:21,994
"Saya pernah ada dua idea
untuk rancangan bicara.

1210
01:16:23,120 --> 01:16:27,040
Idea pertama ialah rancangan bicara."

1211
01:16:31,295 --> 01:16:35,716
"Idea satu lagi ialah rancangan
yang hanya ada orang tua.

1212
01:16:37,718 --> 01:16:41,513
Saya takkan buat sekarang
kerana risiko-risikonya.

1213
01:16:50,272 --> 01:16:53,233
Cuma pasti seronok
berbual dengan orang tua,

1214
01:16:53,233 --> 01:16:55,360
terutamanya jika mereka selesa

1215
01:16:55,360 --> 01:16:58,614
bercakap tentang berada
di penghujung usia."

1216
01:17:04,411 --> 01:17:05,829
Soalan seterusnya.

1217
01:17:06,997 --> 01:17:09,583
<i>"GQ:</i> Bercakap tentang televisyen,

1218
01:17:11,668 --> 01:17:16,548
awak pernah ada sitkom yang tak berjaya,
tapi itu suatu masa dulu.

1219
01:17:16,548 --> 01:17:20,469
Kita berada pada zaman
rangkaian dan khidmat penstriman berbeza

1220
01:17:20,469 --> 01:17:25,474
memberi pencipta kandungan lebih ruang
untuk buat rancangan yang mereka mahu.

1221
01:17:25,474 --> 01:17:28,310
Jadi, awak mahu cuba lagi?"

1222
01:17:28,310 --> 01:17:32,397
"Mulaney: Maksud awak, multikamera,
siaran langsung sitkom penonton

1223
01:17:32,397 --> 01:17:34,024
macam yang saya buat?"

1224
01:17:34,024 --> 01:17:36,193
<i>"GQ:</i> Bukan.

1225
01:17:39,780 --> 01:17:41,531
Tak perlu begitu."

1226
01:17:41,948 --> 01:17:45,827
"Mulaney: Saya akan buat
rancangan macam sebelum ini

1227
01:17:45,827 --> 01:17:49,081
dan satu-satunya
yang saya akan ubah ialah penonton."

1228
01:17:59,424 --> 01:18:00,884
Begini penutupnya.

1229
01:18:02,427 --> 01:18:07,766
<i>"GQ:</i> Saya rasa kita dapat tahu
daripada perbualan ini

1230
01:18:08,433 --> 01:18:12,604
bahawa ada banyak idea berbeza
dalam fikiran awak

1231
01:18:13,271 --> 01:18:15,357
yang awak patut lakukan."

1232
01:18:16,149 --> 01:18:21,530
"Mulaney: Jika itulah yang orang faham,
saya sangat gembira."

1233
01:18:24,616 --> 01:18:27,077
<i>"GQ:</i> Okey.

1234
01:18:30,122 --> 01:18:31,540
Awak boleh pergi.

1235
01:18:32,666 --> 01:18:36,461
Saya tak nak kacau masa awak lama sangat
untuk makan bijirin."

1236
01:18:38,255 --> 01:18:41,091
"Mulaney: Apa maksud awak?

1237
01:18:45,262 --> 01:18:46,972
Dah lama habis."

1238
01:18:47,723 --> 01:18:50,142
Selamat malam, Boston. Terima kasih.

1239
01:19:08,660 --> 01:19:12,956
TERIMA KASIH

1240
01:19:12,956 --> 01:19:18,754
{\an8}ANDA TELAH SELAMATKAN HIDUP SAYA

1241
01:19:50,243 --> 01:19:55,248
Terjemahan sari kata oleh M Arrazi Azmi,
Nur Atiqah



