1
00:00:02,000 --> 00:00:07,000
Downloaded from
YTS.MX

2
00:00:08,000 --> 00:00:13,000
Official YIFY movies site:
YTS.MX

3
00:00:27,750 --> 00:00:31,458
Mahkamah Agung AS memutuskan
segregasi melanggar perlembagaan.

4
00:00:31,541 --> 00:00:34,791
Walaupun begitu…

5
00:01:41,750 --> 00:01:43,666
Keadaan perlu berubah sekarang.

6
00:01:43,750 --> 00:01:48,125
Sebab itu kami membuat protes
di Konvensyen Kebangsaan Demokrat.

7
00:01:48,208 --> 00:01:49,958
Parti Republikan lebih baik?

8
00:01:50,041 --> 00:01:52,541
Kami merancang untuk mencabar mereka juga.

9
00:01:53,500 --> 00:01:57,708
Jadi, awak nak saya bawa
5,000 orang kulit Hitam ke Los Angeles

10
00:01:57,791 --> 00:02:00,500
dan ganggu Konvensyen Demokrat?

11
00:02:01,958 --> 00:02:03,666
Maaf, saya bukan orangnya.

12
00:02:06,333 --> 00:02:08,958
Siapa kata awak bukan orangnya?

13
00:02:10,750 --> 00:02:12,416
Bukankah awak orangnya

14
00:02:12,500 --> 00:02:15,041
apabila awak mengetuai
boikot bas Montgomery

15
00:02:15,125 --> 00:02:17,583
atau tenang bercakap
ketika rumah awak dibom?

16
00:02:17,666 --> 00:02:20,500
Awak dah lupa,
kini saya paderi di Ebenezer.

17
00:02:20,583 --> 00:02:23,583
Apabila CL dengar ucapan awak,
dia telefon dan kata,

18
00:02:23,666 --> 00:02:26,500
"Bayard, ada keajaiban
yang sedang berlaku."

19
00:02:26,583 --> 00:02:28,791
Tahu apa dia nampak? Bintang.

20
00:02:29,375 --> 00:02:32,541
Apabila bintang itu
lebih menerangi bintang lain,

21
00:02:32,625 --> 00:02:36,708
termasuk pemimpin kulit Hitam
yang paling berkuasa sebelum ini,

22
00:02:36,791 --> 00:02:38,541
mereka akan buat apa-apa saja

23
00:02:38,625 --> 00:02:41,791
untuk memadamkan sinar awak
dan merendahkan awak.

24
00:02:43,791 --> 00:02:46,708
Puan Ella Baker,
saya terima beberapa panggilan

25
00:02:46,791 --> 00:02:50,625
daripada lelaki penting dalam gerakan
yang membangkang protes ini.

26
00:02:50,708 --> 00:02:53,500
Lelaki yang ada pertalian rapat
dengan saya.

27
00:02:53,583 --> 00:02:56,375
Tidak rapat apabila awak keluar dari sini.

28
00:02:56,458 --> 00:03:01,041
Sahabat, saya paling gembira
melihat awak bangkit.

29
00:03:01,625 --> 00:03:04,125
Kami mahu awak bawa kami ke Los Angeles

30
00:03:04,208 --> 00:03:08,875
untuk memberitahu Kennedy
dan Parti Demokrat secara terang

31
00:03:08,958 --> 00:03:11,125
yang jika mereka tak sokong kita

32
00:03:11,208 --> 00:03:14,416
dan bantah segregasi,
orang kita takkan sokong mereka.

33
00:03:14,500 --> 00:03:16,875
- Betul!
- Ya!

34
00:03:16,958 --> 00:03:18,208
Buatlah, Martin.

35
00:03:18,833 --> 00:03:20,875
Terima kuasa awak.

36
00:03:25,000 --> 00:03:26,791
Saya gembira untuk mengumumkan

37
00:03:26,875 --> 00:03:31,666
bahawa rakan saya, Dr. Martin Luther King,
akan sertai kita di Los Angeles.

38
00:03:31,750 --> 00:03:32,791
- Ya!
- Ya!

39
00:03:36,833 --> 00:03:39,000
Percayalah, ini bubur yang terbaik.

40
00:03:39,083 --> 00:03:42,166
Saya dilahirkan dan dibesarkan
di Georgia. Mak saya…

41
00:03:42,250 --> 00:03:43,083
Cuba.

42
00:03:54,208 --> 00:03:56,750
- Apa khabar Coretta?
- Baik.

43
00:03:56,833 --> 00:03:58,791
- Anak-anak?
- Mereka rindu awak.

44
00:03:58,875 --> 00:04:01,541
Setiap kali saya balik,
"Apa khabar Pak Cik Bayard?

45
00:04:01,625 --> 00:04:03,333
Mana Pak Cik Bayard?"

46
00:04:04,083 --> 00:04:07,750
Orang kulit hitam NAACP
yang melantik diri sendiri pula?

47
00:04:08,416 --> 00:04:09,250
Roy.

48
00:04:09,333 --> 00:04:10,875
Powell.

49
00:04:12,791 --> 00:04:17,125
Saya nak dengar pendapat mereka
tentang langkah kita ke Los Angeles.

50
00:04:19,208 --> 00:04:21,291
Konvensyen saya, parti saya.

51
00:04:21,875 --> 00:04:24,666
15 tahun saya menentang
Dixiecrat di kongres,

52
00:04:24,750 --> 00:04:27,125
memenangi segalanya daripada cukai undian

53
00:04:27,208 --> 00:04:29,833
sehingga hak untuk kencing
di tandas kongres.

54
00:04:29,916 --> 00:04:32,583
Berani dia bertindak
tanpa berjumpa saya dulu?

55
00:04:32,666 --> 00:04:34,791
Jika King hubungi awak, awak setuju?

56
00:04:34,875 --> 00:04:38,583
Tidak. Dia suka melawan,
dia patut duduk di selatan saja.

57
00:04:39,500 --> 00:04:41,000
Saya salahkan Rustin.

58
00:04:43,708 --> 00:04:48,041
Sejak boikot bas, dia buat King fikir
seperti dia penyelamat.

59
00:04:48,750 --> 00:04:51,083
Pergi jahanam dengan Bayard Rustin.

60
00:04:51,166 --> 00:04:55,708
Tindakan menonjolnya takkan membantu
perubahan polisi dan undang-undang.

61
00:04:56,291 --> 00:04:58,791
Usah lupa sifatnya yang tak boleh disebut.

62
00:04:58,875 --> 00:04:59,708
Tidak.

63
00:04:59,791 --> 00:05:01,333
Saya rasa, sebut saja.

64
00:05:01,416 --> 00:05:03,708
Sebut dan sebut kuat-kuat.

65
00:05:05,916 --> 00:05:06,833
Dengar sini.

66
00:05:07,583 --> 00:05:11,041
Saya akan telefon
pejabat Reverend Doktor hari ini.

67
00:05:12,083 --> 00:05:14,250
Jika mereka tak batalkannya,

68
00:05:15,000 --> 00:05:19,375
seluruh dunia akan tahu
tentang Martin Luther King dan ratunya.

69
00:05:21,000 --> 00:05:23,166
Saya tak maksudkan Coretta.

70
00:05:24,541 --> 00:05:28,208
Ahli Kongres Powell
banyak berjasa untuk Harlem.

71
00:05:28,750 --> 00:05:32,250
Banyak juga jasanya untuk diri sendiri.

72
00:05:32,333 --> 00:05:36,666
Tapi ini penipuan yang besar
dan dia pun tahu.

73
00:05:36,750 --> 00:05:38,791
Saya perlu beritahu Martin. Saya…

74
00:05:38,875 --> 00:05:42,750
Saya sedar Martin ialah bos
dan kawan awak.

75
00:05:42,833 --> 00:05:45,375
Tapi biar saya cakap dengan Bayard dulu,

76
00:05:45,458 --> 00:05:48,875
kerana ini pasti mengganggu dia
berbanding orang lain!

77
00:05:50,458 --> 00:05:52,708
Saya dan Martin?

78
00:05:52,791 --> 00:05:54,500
Tidak.

79
00:05:54,583 --> 00:05:57,708
Saudara, ya.
Lagipun, dia bukan cita rasa saya.

80
00:05:57,791 --> 00:06:00,625
Dia ugut, mahu beritahu
akhbar orang kulit putih…

81
00:06:00,708 --> 00:06:04,250
Chief, awak panggil ia masalah.
Saya panggil ia peluang.

82
00:06:04,333 --> 00:06:08,750
Untuk menjawab tuduhan Powell,
saya akan tulis surat peletakan jawatan.

83
00:06:09,333 --> 00:06:12,166
Apabila Martin menolaknya, dia akan nampak

84
00:06:12,250 --> 00:06:14,583
orang yang berniat baik dan buruk.

85
00:06:14,666 --> 00:06:16,250
Kenapa awak begitu yakin?

86
00:06:17,125 --> 00:06:19,333
Sebab saya kenal Martin.

87
00:06:19,416 --> 00:06:20,625
- Bayard?
- Tuan.

88
00:06:20,708 --> 00:06:23,375
- Awak kenal Martin, tapi…
- Semua akan okey.

89
00:06:26,250 --> 00:06:28,833
Saya ingatkan kita berdua saja.

90
00:06:33,125 --> 00:06:35,208
IBU PEJABAT NAACP

91
00:07:02,083 --> 00:07:04,708
Terima kasih atas khidmat awak selama ini.

92
00:07:43,208 --> 00:07:46,541
PEMBEBASAN - TIADA JALAN UNTUK KEAMANAN
KEAMANAN JALANNYA

93
00:07:47,541 --> 00:07:50,041
HARAMKAN BOM

94
00:08:08,291 --> 00:08:09,833
Liga Penentang Perang.

95
00:09:07,125 --> 00:09:09,666
BAYARD, BOLEH HUBUNGI SAYA?
ELLA BAKER

96
00:09:16,333 --> 00:09:19,083
BAYARD, DATANGLAH
RACHELLE

97
00:09:24,291 --> 00:09:26,125
TAMATKAN SEGREGASI SEKARANG!

98
00:09:32,916 --> 00:09:33,750
Tumpang lalu.

99
00:09:36,208 --> 00:09:38,666
- Hei! Saudara saya.
- Blyden.

100
00:09:38,750 --> 00:09:40,500
- Hei!
- Hei!

101
00:09:40,583 --> 00:09:43,041
- Apa khabar?
- Apa khabar? Nampak bagus.

102
00:09:45,833 --> 00:09:46,666
Ya.

103
00:09:47,791 --> 00:09:49,541
Ya Tuhan, Cik Claudia.

104
00:09:50,416 --> 00:09:53,333
Aduhai. Saya akan menyelit untuk lalu.

105
00:09:55,500 --> 00:09:56,833
Kalau saya ke selatan lagi,

106
00:09:56,916 --> 00:09:59,750
saya pergi dengan pistol di tangan
dan Malcolm di hati.

107
00:09:59,833 --> 00:10:00,666
Betul.

108
00:10:00,750 --> 00:10:02,583
Hei! Apa khabar?

109
00:10:02,666 --> 00:10:04,250
Bayard?

110
00:10:05,625 --> 00:10:06,500
Bayard?

111
00:10:09,291 --> 00:10:11,458
"Aku tak lihat kecantikan
sehingga malam ini."

112
00:10:11,541 --> 00:10:13,625
Awak cakap dengan vodka atau saya?

113
00:10:18,625 --> 00:10:20,750
Saya percaya ada protes tadi?

114
00:10:20,833 --> 00:10:24,125
Ia gagal, jadi kami jemput
semua orang ke sini.

115
00:10:24,208 --> 00:10:25,708
NAACP!

116
00:10:25,791 --> 00:10:27,333
- Ya!
- Bagus.

117
00:10:28,208 --> 00:10:30,708
Fakta tak diketahui
tentang Cik Ella Baker,

118
00:10:30,791 --> 00:10:32,708
juara awal SNCC.

119
00:10:32,791 --> 00:10:35,625
Dia macam Al Capone dalam bermain kad.

120
00:10:35,708 --> 00:10:38,000
Tonk, Bid Whist, Crazy Eights.

121
00:10:41,083 --> 00:10:44,500
Awak hebat tapi langsung tak kenal saya.

122
00:10:45,083 --> 00:10:46,833
Awak tahu apa yang saya tahu?

123
00:10:49,416 --> 00:10:50,250
Ais.

124
00:10:54,375 --> 00:10:55,375
Siapa itu?

125
00:10:58,708 --> 00:11:00,000
Pintu dipalang…

126
00:11:02,250 --> 00:11:03,708
tayar ditoreh.

127
00:11:06,083 --> 00:11:07,583
Tiada jalan keluar.

128
00:11:08,500 --> 00:11:10,750
Bom api dicampak ke dalam.

129
00:11:11,583 --> 00:11:13,375
Orang mula menjerit.

130
00:11:15,958 --> 00:11:17,458
Akhirnya saya keluar.

131
00:11:17,958 --> 00:11:19,375
Saya di lantai.

132
00:11:21,375 --> 00:11:22,833
Lelaki kulit putih ini…

133
00:11:24,958 --> 00:11:27,083
ambil sebatang paip

134
00:11:28,083 --> 00:11:29,833
dan pukul saya

135
00:11:31,500 --> 00:11:34,000
berulang-ulang kali.

136
00:11:34,083 --> 00:11:35,083
Saya bersimpati.

137
00:11:36,250 --> 00:11:38,500
Kami tak kisah tentang simpati kau.

138
00:11:38,583 --> 00:11:41,125
Mungkin pak cik
atau sepupu kau yang pukul.

139
00:11:41,208 --> 00:11:43,500
- Saya membesar di Brooklyn.
- Dengar?

140
00:11:43,583 --> 00:11:46,458
- Kenapa ada sepupu di Alabama?
- Budak kulit putih mengarut.

141
00:11:46,541 --> 00:11:47,458
Tom tak begitu.

142
00:11:47,541 --> 00:11:49,750
Pasti mereka berdua ahli rasmi

143
00:11:49,833 --> 00:11:53,291
jambori antikeganasan Martin-de-Lawd.

144
00:11:53,875 --> 00:11:56,541
Mari bermain. Aku jadi orang kulit putih.

145
00:11:57,291 --> 00:11:59,916
Belasah kau habis-habis
sampai kau menjerit.

146
00:12:00,541 --> 00:12:03,000
Pukul kau macam mereka pukul Tyrone.

147
00:12:03,666 --> 00:12:05,916
Sampai kau meraung panggil mak kau.

148
00:12:06,000 --> 00:12:07,500
Hei!

149
00:12:07,583 --> 00:12:11,708
Saya memperjuangkan penentangan pasif
sejak sebelum awak lahir.

150
00:12:11,791 --> 00:12:13,916
- Pukul saya.
- Saya boleh jaga diri.

151
00:12:14,000 --> 00:12:18,458
Pendamai tidak menggunakan keganasan
tapi mesti bersedia untuk menerimanya.

152
00:12:19,000 --> 00:12:20,208
Tumbuk sebelah kiri.

153
00:12:20,708 --> 00:12:23,958
Polis dah uruskan sebelah kanan
pada tahun 1942.

154
00:12:25,375 --> 00:12:26,250
Simetri.

155
00:12:32,041 --> 00:12:34,166
Aku dengar apabila King halau kau,

156
00:12:35,333 --> 00:12:38,875
kau pun berundur penuh kecewa
dan pergi dengan lembut.

157
00:12:42,708 --> 00:12:43,833
Kau tak relevan.

158
00:12:46,625 --> 00:12:49,625
Ini malam Jumaat.
Saya pernah dipanggil lebih teruk.

159
00:13:03,500 --> 00:13:05,416
Jadi, apa awak nak buat?

160
00:13:06,041 --> 00:13:09,333
Tak cukupkah
saya hulur muka saya untuk ditumbuk?

161
00:13:09,416 --> 00:13:11,500
Saya maksudkan parti itu.

162
00:13:11,583 --> 00:13:16,166
Parti ada hors d'oeuvres, gelak ketawa,
mambo untuk penggemar muzik Latin.

163
00:13:16,250 --> 00:13:19,916
Pergaduhan hampir tercetus tadi.
Ia tak begini dulu.

164
00:13:20,000 --> 00:13:24,125
Sekarang, ia selalu terjadi.
SNCC, CORE, budak-budak NAACP,

165
00:13:24,208 --> 00:13:28,125
semuanya bergaduh
tentang agenda, slogan dan lagu.

166
00:13:28,208 --> 00:13:30,458
- Tahu siapa memang?
- Awak akan beritahu.

167
00:13:30,541 --> 00:13:33,875
Bull Connor di Birmingham,
Strom Thurmond di dewan senat.

168
00:13:33,958 --> 00:13:38,791
Sementara kita semua bertelingkah
dan bertumbuk sesama sendiri.

169
00:13:38,875 --> 00:13:40,041
Apa awak nak buat?

170
00:13:40,125 --> 00:13:41,625
Saya dah ada kerja.

171
00:13:41,708 --> 00:13:44,125
Saya dan Muste bekerjasama sejak…

172
00:13:44,208 --> 00:13:46,750
Dia benci awak kerana dia tak macam awak.

173
00:13:46,833 --> 00:13:48,791
Ada daya tarikan, semangat, hati.

174
00:13:48,875 --> 00:13:52,250
Tom, awak perlu belajar,
usah bercakap jika awak tak tahu.

175
00:13:52,333 --> 00:13:56,083
Mengakulah awak masih sedih
tentang kejadian dengan Dr. King.

176
00:13:56,166 --> 00:13:57,666
Awak guna apa-apa alasan

177
00:13:57,750 --> 00:14:01,666
termasuk kerja yang dibenci
demi mengelak perjuangan yang dikasihi?

178
00:14:01,750 --> 00:14:03,916
Awak bijak tapi awak tak tahu semuanya.

179
00:14:04,000 --> 00:14:05,083
Saya berhak cakap.

180
00:14:05,166 --> 00:14:08,791
Jika melibatkan hidup dan masa silam saya,
lebih lagi Martin,

181
00:14:08,875 --> 00:14:10,916
saya berhak kata, "Cukup!"

182
00:14:26,625 --> 00:14:29,041
Setahu saya, itu diharamkan.

183
00:14:31,583 --> 00:14:33,583
Setahu saya, kita pun diharamkan.

184
00:15:15,375 --> 00:15:16,416
Saya ada idea.

185
00:15:20,125 --> 00:15:21,791
Nak jadi pembantu saya lagi?

186
00:15:23,416 --> 00:15:24,583
Sudah tentu.

187
00:15:24,666 --> 00:15:28,458
Beri saya fail Randolph/Truman 1948.
Di dalam peti di sana.

188
00:15:34,041 --> 00:15:37,500
Tiga puluh tahun lalu,
Gandhi berjalan ke laut,

189
00:15:38,000 --> 00:15:39,916
ambil segenggam garam,

190
00:15:40,625 --> 00:15:43,583
dan mengilhamkan gerakan
yang menjatuhkan empayar.

191
00:15:44,083 --> 00:15:47,541
Masanya sudah tiba
untuk kita buat perkara yang sama.

192
00:15:54,666 --> 00:15:56,916
Kita akan mengadakan

193
00:15:57,000 --> 00:16:01,375
protes aman terbesar
dalam sejarah negara ini.

194
00:16:01,458 --> 00:16:02,541
Sebesar mana?

195
00:16:03,250 --> 00:16:05,541
Seratus ribu orang.

196
00:16:05,625 --> 00:16:06,708
Biar betul?

197
00:16:06,791 --> 00:16:09,208
Demonstrasi besar-besaran selama dua hari

198
00:16:09,291 --> 00:16:12,375
yang boleh menghentikan
Rumah Putih dan Capitol Hill.

199
00:16:12,458 --> 00:16:16,750
Terdiri daripada pembuat masalah
yang baik seperti kamu,

200
00:16:16,833 --> 00:16:19,583
dengan idea yang berani
dan penuh inspirasi,

201
00:16:19,666 --> 00:16:23,750
pelaksanaannya akan menuntut
semua kumpulan bergabung menjadi satu.

202
00:16:24,333 --> 00:16:27,041
Jadi, cakap, jerit, ambil kuasa!

203
00:16:27,125 --> 00:16:30,333
Bagaimana jika kita banjiri
setiap ahli dewan dan senat

204
00:16:30,416 --> 00:16:33,291
dengan delegasi gereja,
buruh dan hak sivil?

205
00:16:33,375 --> 00:16:34,500
- Lagi?
- Lagi?

206
00:16:34,583 --> 00:16:36,958
Begitu ramai sehingga
bahagian perundangan terbeku.

207
00:16:37,041 --> 00:16:38,291
Tulis di dinding.

208
00:16:38,375 --> 00:16:41,416
Tidak. Mustahil untuk melatih
pelobi seramai itu…

209
00:16:41,500 --> 00:16:45,416
Tidak. Jangan bunuh gerak hati
sebelum ia diberi peluang.

210
00:16:45,500 --> 00:16:48,666
Bagaimana jika mereka konstituen
dari negeri mereka

211
00:16:48,750 --> 00:16:51,291
yang enggan pergi
sehingga mereka didengari?

212
00:16:51,375 --> 00:16:53,666
Itulah kolaborasi.

213
00:16:53,750 --> 00:16:56,708
- Tulis di dinding.
- Kenapa awak tak macam Norm?

214
00:16:56,791 --> 00:16:58,166
Diamlah.

215
00:16:58,250 --> 00:17:00,250
- Awak tak balik malam tadi.
- Diam.

216
00:17:00,333 --> 00:17:03,750
Rachelle? Berapa ramai diperlukan
untuk kepung Rumah Putih?

217
00:17:03,833 --> 00:17:04,708
Berapa ramai?

218
00:17:05,833 --> 00:17:07,583
Saya ingat awak nak buat lawak.

219
00:17:07,666 --> 00:17:09,541
- Awak nak jawapannya?
- Ya!

220
00:17:09,625 --> 00:17:13,375
Sebab pada hari kedua,
kita akan kepung Rumah Putih…

221
00:17:13,458 --> 00:17:15,000
Lukis Rumah Putih di papan.

222
00:17:15,083 --> 00:17:16,583
…dan nyanyi kepada presiden.

223
00:17:16,666 --> 00:17:20,041
Takkan benarkan presiden
Suruh aku patah balik

224
00:17:20,125 --> 00:17:20,958
Ayuh!

225
00:17:21,041 --> 00:17:23,208
Suruh aku patah balik

226
00:17:23,291 --> 00:17:24,375
Suruh aku patah balik

227
00:17:24,458 --> 00:17:28,166
Takkan benarkan presiden
Suruh aku patah balik

228
00:17:28,250 --> 00:17:30,416
- Aku akan…
- Terus berjalan

229
00:17:30,500 --> 00:17:31,916
Terus bercakap

230
00:17:32,000 --> 00:17:32,833
Marilah.

231
00:17:32,916 --> 00:17:34,875
Berarak ke kebebasan

232
00:17:36,666 --> 00:17:40,166
Tempat tidur pula?
Tak banyak hotel kulit Hitam di DC.

233
00:17:40,250 --> 00:17:42,208
Bagaimana dengan khemah? Macam…

234
00:17:42,291 --> 00:17:47,375
Lautan khemah, besar dan menonjol
untuk menyatukan seluruh gerakan.

235
00:17:47,458 --> 00:17:48,875
Beri saya benda itu.

236
00:17:50,750 --> 00:17:52,291
Berhampiran Memorial Lincoln,

237
00:17:52,375 --> 00:17:56,833
pentas untuk ketua
setiap organisasi hak asasi berucap.

238
00:17:56,916 --> 00:17:58,750
Kenapa ketua saja?

239
00:18:01,875 --> 00:18:03,916
Lagi!

240
00:18:04,541 --> 00:18:05,916
Kita belum selesai.

241
00:18:07,625 --> 00:18:09,250
Banyak kita boleh buat.

242
00:18:09,333 --> 00:18:12,000
- Dapatkan tandatangan. Kita cari…
- Ya.

243
00:18:12,083 --> 00:18:13,750
Itu permulaan yang bagus.

244
00:18:14,333 --> 00:18:17,291
Saya rasa kita perlu rancang
agar kita semua boleh…

245
00:18:21,250 --> 00:18:23,125
TETAPKAN PERMINTAAN YANG JELAS!

246
00:18:23,208 --> 00:18:25,458
BANJIRI PEJABAT PERUNDANGAN!

247
00:18:35,500 --> 00:18:39,250
Pada 1941, awak menyeru perarakan besar

248
00:18:39,333 --> 00:18:42,666
menentang diskriminasi
dalam industri pertahanan tapi dibatalkan.

249
00:18:42,750 --> 00:18:45,333
Tak, Roosevelt akur
dengan permintaan kami.

250
00:18:45,416 --> 00:18:47,541
Begitu juga Truman pada 1948.

251
00:18:48,208 --> 00:18:51,333
Perintah Eksekutif 9981,

252
00:18:51,416 --> 00:18:54,291
tamatnya segregasi
dalam angkatan bersenjata.

253
00:18:57,416 --> 00:18:59,458
Tiba masanya untuk protes baharu.

254
00:19:00,583 --> 00:19:01,666
Tidak, Bayard.

255
00:19:01,750 --> 00:19:03,166
Saya akan urus semuanya.

256
00:19:03,250 --> 00:19:06,041
Membina operasi akar umbi,
kumpulkan orang muda.

257
00:19:06,125 --> 00:19:08,375
Tapi apabila membabitkan orang lama…

258
00:19:08,458 --> 00:19:10,541
- Roy.
- Terutamanya Roy.

259
00:19:11,250 --> 00:19:12,958
Saya macam orang terbuang.

260
00:19:13,875 --> 00:19:15,083
Saya perlukan awak.

261
00:19:15,166 --> 00:19:16,875
Bayard, saya tak boleh.

262
00:19:16,958 --> 00:19:19,708
Jika Lucille hidup
untuk satu musim panas lagi…

263
00:19:19,791 --> 00:19:23,000
Kita memperingatinya
dengan usaha kita sejak dulu.

264
00:19:23,791 --> 00:19:26,041
Usaha yang kamu berdua buat bersama.

265
00:19:30,916 --> 00:19:33,833
Tak kira apa Roy cakap atau buat,
awak perlu diam.

266
00:19:33,916 --> 00:19:37,416
Saya tiada masalah dengan Roy.
Roy ada masalah dengan saya.

267
00:19:37,500 --> 00:19:39,583
Tapi untuk awak dan perjuangan ini,

268
00:19:39,666 --> 00:19:41,958
saya akan duduk di sudut dan senyum.

269
00:19:42,041 --> 00:19:45,916
Selepas seharian membanjiri ibu kota
dan mengepung Rumah Putih

270
00:19:46,000 --> 00:19:49,750
agar presiden tak boleh masuk
atau keluar dari rumahnya sendiri,

271
00:19:49,833 --> 00:19:53,458
pembantah kita yang berani
akan memasuki khemah

272
00:19:53,541 --> 00:19:55,375
yang memenuhi National Mall.

273
00:19:55,458 --> 00:19:57,833
Chief, awak nak buat semua ini sendiri?

274
00:19:57,916 --> 00:20:01,666
Cuma ada seorang
yang boleh menganjurkan acara sebesar ini.

275
00:20:04,125 --> 00:20:05,125
Bayard.

276
00:20:05,666 --> 00:20:07,916
Saya fikir awak sibuk bekerja untuk…

277
00:20:08,000 --> 00:20:10,500
Maaf, selamatkan orang kulit putih
daripada bom.

278
00:20:11,083 --> 00:20:15,208
- Saya ke mana-mana yang perlu.
- Chief, ini cubaan ketiga awak.

279
00:20:15,291 --> 00:20:17,208
- Dia cakap "cubaan"?
- Apa?

280
00:20:17,291 --> 00:20:20,666
"Cubaan" bukan perkataan
yang sesuai untuk usaha lelaki

281
00:20:20,750 --> 00:20:25,625
yang seorang diri mengintegrasikan
angkatan tentera dan industri pertahanan.

282
00:20:25,708 --> 00:20:27,291
- Roy.
- Ya, Medgar.

283
00:20:27,375 --> 00:20:31,375
Kebanyakan orang kita di Mississippi
tak pernah keluar dari pekan.

284
00:20:31,458 --> 00:20:34,333
Peluang berarak
dengan orang dari seluruh negara…

285
00:20:34,416 --> 00:20:35,250
Itu dia.

286
00:20:35,333 --> 00:20:39,208
…akan menyedarkan mereka,
bukan saja mereka tak bersendirian…

287
00:20:39,291 --> 00:20:40,125
Dia faham.

288
00:20:40,208 --> 00:20:43,583
…malah perjuangan ini lebih besar
daripada yang diimpikan.

289
00:20:43,666 --> 00:20:45,958
Terima kasih, Saudara Evers.

290
00:20:46,791 --> 00:20:50,458
- Chief, berapa ramai awak anggarkan?
- Seratus ribu orang.

291
00:20:50,541 --> 00:20:51,916
Tidak, tak mungkin.

292
00:20:52,000 --> 00:20:54,375
En. Wilkins, maaf tapi ia tak praktikal.

293
00:20:54,458 --> 00:20:57,875
Elias dari Alabama, penganjur lapangan.

294
00:20:59,625 --> 00:21:02,416
Ada fakta untuk membuktikan dakwaan awak?

295
00:21:02,500 --> 00:21:04,625
Demonstrasi sebelum ini di DC.

296
00:21:05,208 --> 00:21:07,583
Pada 1913, 8,000 pejuang undian wanita.

297
00:21:07,666 --> 00:21:10,041
Pada 1926, 25,000 Ku Klux Klan,

298
00:21:10,125 --> 00:21:15,375
dan pada 1932, 42,000 veteran diserang
dengan gas pemedih mata dan kereta kebal.

299
00:21:15,958 --> 00:21:17,583
- Siapa serang?
- Tentera.

300
00:21:17,666 --> 00:21:19,708
- Veteran berkulit apa?
- Putih.

301
00:21:19,791 --> 00:21:21,666
Lelaki kulit putih.

302
00:21:24,291 --> 00:21:28,083
Anak muda, fakta awak betul.
Sejarah awak tidak betul.

303
00:21:28,583 --> 00:21:32,708
42,000 orang itu berarak ke Washington DC
kerana Zaman Kemelesetan.

304
00:21:32,791 --> 00:21:34,541
Selepas berkhidmat demi negara,

305
00:21:34,625 --> 00:21:37,958
mereka tiada kerja,
rumah dan makanan untuk keluarga.

306
00:21:38,041 --> 00:21:40,583
Apabila mereka berarak dan diserang,

307
00:21:40,666 --> 00:21:42,875
seluruh dunia menyaksikannya.

308
00:21:42,958 --> 00:21:45,500
Gandhi menumbangkan empayar dengan…

309
00:21:45,583 --> 00:21:48,500
Boleh sesiapa beritahu dia
yang ini bukan India?

310
00:21:48,583 --> 00:21:51,791
Selama berdekad-dekad,
NAACP mengetuai gerakan rasmi.

311
00:21:51,875 --> 00:21:56,166
Kini awak mahu 100,000 orang kulit Hitam
untuk menyerbu Washington DC.

312
00:21:56,250 --> 00:22:00,291
- Dah bincang dengan Martin?
- Kami dua-dua hilang nombor telefon.

313
00:22:00,375 --> 00:22:03,000
Dr. King tak hilangkan
nombor telefon saya.

314
00:22:03,083 --> 00:22:06,458
Menurutnya melobi beramai-ramai
ialah kerja gila.

315
00:22:06,541 --> 00:22:10,708
Kes Brown lawan Board
merupakan kebanggaan organisasi ini,

316
00:22:10,791 --> 00:22:14,041
namun di selatan,
apabila kanak-kanak kulit Hitam tidur,

317
00:22:14,125 --> 00:22:17,583
mereka lihat "orang kulit putih saja",
bukan impian mereka.

318
00:22:17,666 --> 00:22:20,833
Mengharapkan mahkamah
untuk menghapuskan ketidakadilan kaum,

319
00:22:20,916 --> 00:22:22,083
itu kerja gila!

320
00:22:26,375 --> 00:22:29,583
Encik Randolph, awak lelaki yang ternama,

321
00:22:30,458 --> 00:22:32,166
tapi dalam hal ini,

322
00:22:32,708 --> 00:22:35,083
NAACP kata tidak.

323
00:22:46,833 --> 00:22:51,041
Memandangkan Roy
sudah menjelaskan kedudukannya,

324
00:22:51,625 --> 00:22:55,083
nombor telefon Dr. King
yang awak kata telah hilang?

325
00:22:56,791 --> 00:22:57,750
Pergi cari.

326
00:23:11,083 --> 00:23:13,041
"Apabila individu memprotes

327
00:23:13,125 --> 00:23:15,791
keengganan masyarakat
untuk mengiktiraf maruahnya,

328
00:23:15,875 --> 00:23:19,083
tindakan protesnya itu
memberikan maruah kepadanya."

329
00:23:22,000 --> 00:23:25,125
- Kenapa petik saya kepada saya?
- Awak inspirasi.

330
00:23:25,750 --> 00:23:28,750
Inspirasi tanpa tindakan
akan hilang nilainya.

331
00:23:28,833 --> 00:23:29,666
Siapa kata?

332
00:23:30,666 --> 00:23:32,375
Saya, baru tadi.

333
00:23:36,875 --> 00:23:39,875
Saya setuju dengan En. Evers.
Idea awak ada potensi.

334
00:23:39,958 --> 00:23:43,000
Saya nak bersuara,
tapi saya rasa saya tak berhak.

335
00:23:43,083 --> 00:23:46,875
Awak tak berhak menyuarakan sokongan,
tapi berhak musnahkannya?

336
00:23:47,708 --> 00:23:52,541
Perarakan awak boleh berjaya tanpa NAACP,
tapi mustahil tanpa Dr. King.

337
00:23:52,625 --> 00:23:54,291
Encik Wilkins juga tahu.

338
00:23:58,750 --> 00:23:59,791
Elias Taylor.

339
00:24:00,708 --> 00:24:02,500
Nampak macam awak nak tanya.

340
00:24:02,583 --> 00:24:04,958
Saya nak tanya, tapi bukan soalan itu.

341
00:24:07,416 --> 00:24:08,875
Saya diberi amaran.

342
00:24:10,875 --> 00:24:12,791
Awak cakap ikut suka awak.

343
00:24:12,875 --> 00:24:14,541
- Semua orang begitu.
- Tak.

344
00:24:15,583 --> 00:24:19,083
Tak, kebanyakan orang merendah diri,
berhati-hati dan takut.

345
00:24:19,916 --> 00:24:24,166
Jadi, cakaplah apa saja yang awak fikir.
Tanpa hati-hati, tanpa takut.

346
00:24:30,333 --> 00:24:33,041
Isteri saya di sini hingga malam Sabtu.

347
00:24:41,500 --> 00:24:43,666
Encik Wilkins pula, dia…

348
00:24:44,250 --> 00:24:46,791
Encik Rustin. Claudia Taylor.

349
00:24:47,500 --> 00:24:48,750
- Kita pernah…
- Dah lama.

350
00:24:48,833 --> 00:24:52,583
Saya sukarelawan Majlis Politik Wanita
semasa boikot bas.

351
00:24:52,666 --> 00:24:55,583
Awak berucap dan semangat saya berkobar.

352
00:24:56,625 --> 00:24:57,500
Elias.

353
00:24:58,583 --> 00:24:59,833
Kamu berdua dah jumpa?

354
00:25:00,333 --> 00:25:01,833
- Tadi.
- Tadi?

355
00:25:01,916 --> 00:25:06,083
En. Wilkins pilih Elias untuk menyelaras
cawangan kebangsaan dan daerah

356
00:25:06,166 --> 00:25:08,333
sebelum ambil alih gereja ayah saya.

357
00:25:08,416 --> 00:25:12,500
Panggilan itu ada ganjaran besar
di dunia dan di akhirat.

358
00:25:12,583 --> 00:25:14,250
Ia panggilan yang suci.

359
00:25:14,916 --> 00:25:18,541
Tapi apabila ayah setuju,
saya nak kereta Lincoln macam mak saya.

360
00:25:22,500 --> 00:25:25,833
Saya harap saya jumpa kamu berdua lagi
pada hari Sabat.

361
00:25:25,916 --> 00:25:30,291
Malangnya, tidak. Saya pulang hari Sabtu.
Tapi bukankah itu seronok?

362
00:25:35,750 --> 00:25:36,583
Hati-hati.

363
00:25:37,833 --> 00:25:40,125
Awak pembantu saya, bukan Pn. Rustin.

364
00:25:40,958 --> 00:25:43,083
Kalaulah awak masih nak kerja itu.

365
00:25:51,166 --> 00:25:53,416
Kali pertama saya ke rumah Martin,

366
00:25:53,500 --> 00:25:56,500
ada pistol di bawah sofa,
pengawal di anjung depan.

367
00:25:56,583 --> 00:26:00,791
Memang patut,
dia dan keluarganya diancam dahsyat.

368
00:26:01,541 --> 00:26:04,541
Saya mula cakap dengannya
tentang penentangan pasif.

369
00:26:05,083 --> 00:26:07,500
Lama-kelamaan, senjata itu hilang.

370
00:26:08,208 --> 00:26:12,083
Jadi, pendirian antikeganasan Dr. King
datang daripada awak?

371
00:26:12,166 --> 00:26:15,333
Melalui Jesus Christ, Gandhi, Thoreau.

372
00:26:17,458 --> 00:26:19,041
Jadi, dia percayakan awak.

373
00:26:19,125 --> 00:26:21,583
Saya sentiasa jujur dengannya.

374
00:26:23,291 --> 00:26:25,125
Tumpang tanya. Ada air vodka?

375
00:26:25,916 --> 00:26:29,083
Bagaimana dengan Manhattan?

376
00:26:29,833 --> 00:26:33,208
- Selepas dua gelas, awak akan berubah.
- Jadi, beri tiga.

377
00:26:35,375 --> 00:26:37,166
Dia menghidap asma.

378
00:26:37,750 --> 00:26:39,958
Dia sukar nak berjalan atau bernafas,

379
00:26:40,041 --> 00:26:45,416
tapi sebaik saja dia berdiri di mimbar,
awak tahu dunia akan kiamat.

380
00:26:46,875 --> 00:26:49,083
- Saya pasti ke neraka.
- Sebab awak jujur?

381
00:26:49,166 --> 00:26:53,166
Sebab tak hormat lelaki yang terima saya
di rumahnya dan benci saya.

382
00:26:53,250 --> 00:26:55,833
Saya juga rasa begitu terhadapnya.

383
00:26:58,333 --> 00:27:01,500
Teruknya awak. Bagusnya.
Saya nak segelas lagi. Awak?

384
00:27:01,583 --> 00:27:02,791
Baiklah.

385
00:27:02,875 --> 00:27:06,125
Jadi, gereja itu. Impian awak atau isteri?

386
00:27:06,208 --> 00:27:08,833
Saya mahu berkhidmat untuk Tuhan.

387
00:27:10,166 --> 00:27:12,208
- Awak dibesarkan…
- Quaker.

388
00:27:12,291 --> 00:27:13,250
Tidak.

389
00:27:13,750 --> 00:27:14,625
Ibu bapa saya…

390
00:27:15,500 --> 00:27:19,833
Sebenarnya, datuk dan nenek saya
membesarkan saya selepas anak mereka,

391
00:27:20,625 --> 00:27:22,833
iaitu mak saya, keluar dari rumah.

392
00:27:24,458 --> 00:27:28,833
Jadi, khabar angin
tentang awak dan Dr. King…

393
00:27:29,458 --> 00:27:30,708
Bohong semata-mata,

394
00:27:31,250 --> 00:27:34,833
dimulakan oleh Adam Clayton Powell
untuk menghalang protes.

395
00:27:36,000 --> 00:27:39,041
Dia ugut untuk memberitahu pihak akhbar.

396
00:27:40,250 --> 00:27:42,791
Saya lawan Martin dan letak jawatan.

397
00:27:45,416 --> 00:27:46,333
Dia terima,

398
00:27:47,541 --> 00:27:50,833
sekali gus menamatkan hubungan saya
dengan gerakan itu.

399
00:27:52,708 --> 00:27:57,500
Kemudian, Reverend Powell jadi pengerusi
Jawatankuasa Majlis Pendidikan dan Buruh.

400
00:28:15,125 --> 00:28:15,958
Awak okey

401
00:28:17,333 --> 00:28:18,166
di sini

402
00:28:19,875 --> 00:28:21,125
pada waktu ini.

403
00:28:38,666 --> 00:28:40,875
Ia ditanam sejak kita dilahirkan.

404
00:28:40,958 --> 00:28:43,500
Mereka fikir kita hina,
kita cuba jadi lebih baik.

405
00:28:43,583 --> 00:28:46,666
- Ya.
- Jadi menawan, sempurna, sopan.

406
00:28:46,750 --> 00:28:49,791
Rantaian kehormatan kulit Hitam
yang melemaskan.

407
00:28:51,000 --> 00:28:52,750
Saya beritahu Ma Rustin

408
00:28:52,833 --> 00:28:56,125
yang saya lebih suka menari
dengan lelaki, dia kata,

409
00:28:57,125 --> 00:28:59,083
"Kamu nak nenek buat apa?"

410
00:29:00,333 --> 00:29:04,000
Kemudian dia kata,
"Mungkin itulah yang kamu perlu buat."

411
00:29:05,500 --> 00:29:09,708
Apabila Martin berucap,
dia tak menahan dirinya.

412
00:29:10,708 --> 00:29:13,916
Itulah yang orang rasa
apabila mendengarnya.

413
00:29:14,833 --> 00:29:15,666
Kebenaran.

414
00:29:16,791 --> 00:29:18,458
Jadi, beritahu saya,

415
00:29:19,583 --> 00:29:20,791
Elias Taylor.

416
00:29:22,833 --> 00:29:27,125
Bolehkah berucap tentang menyelamatkan
jika kita tak selamatkan diri?

417
00:29:28,000 --> 00:29:32,916
Bagaimana nak bercakap tentang cinta
jika hati terpisah dari diri kita?

418
00:29:38,666 --> 00:29:40,791
Apabila Roy kata,

419
00:29:40,875 --> 00:29:43,750
"Elias, boleh awak buktikan dakwaan awak?"

420
00:29:43,833 --> 00:29:46,541
dan awak keluarkan kertas itu,

421
00:29:46,625 --> 00:29:48,916
saya harap awak tak fikir saya akan…

422
00:29:53,333 --> 00:29:55,291
Ajar saya untuk tidak jadi takut.

423
00:30:15,375 --> 00:30:16,291
Selamat malam.

424
00:30:32,583 --> 00:30:33,875
Ya Tuhan, tidak.

425
00:30:55,625 --> 00:30:56,833
Reverend King patut malu.

426
00:30:56,916 --> 00:31:00,250
Hantar budak-budak itu
untuk berarak di Birmingham?

427
00:31:01,500 --> 00:31:06,041
Polis melepaskan anjing penyerang,
menyembur air pada orang tak bersalah,

428
00:31:06,125 --> 00:31:10,416
dan ayat pertama yang keluar dari mulut
ialah "Reverend King patut malu"?

429
00:31:10,500 --> 00:31:12,000
Bayard, tak ada sebab…

430
00:31:12,083 --> 00:31:15,416
Awak lihat ini dan fikir,
"Kasihan orang kulit Hitam di selatan."

431
00:31:15,500 --> 00:31:18,625
Tapi awak tak memahami
bahawa mereka sangat berkuasa

432
00:31:18,708 --> 00:31:23,166
kerana hari ini, mereka jumpa keberanian
yang mereka tak tahu mereka miliki.

433
00:31:23,250 --> 00:31:25,250
- Keberanian yang awak takkan tahu.
- Bayard…

434
00:31:25,333 --> 00:31:28,125
Awak duduk di meja sama
lebih daripada 30 tahun

435
00:31:28,208 --> 00:31:31,000
dan fikir awak komited
untuk selamatkan dunia,

436
00:31:31,083 --> 00:31:35,000
padahal awak hanya komited
terhadap keselamatan dan kelebihan awak.

437
00:31:35,083 --> 00:31:36,458
Bayard, cukup.

438
00:31:36,541 --> 00:31:38,958
Awak marah Jim disebabkan warna kulitnya.

439
00:31:39,041 --> 00:31:42,125
Saya tak marah Jim
disebabkan warna kulitnya.

440
00:31:42,208 --> 00:31:45,916
Saya marah Jim
kerana dia angkuh dan jahil.

441
00:31:46,000 --> 00:31:50,083
Kebetulan pula dia berkulit putih,
tapi itu antara dia dan Tuhan.

442
00:31:53,458 --> 00:31:57,708
Setiap hari, kita bersetuju
untuk melupakan perbezaan kita

443
00:31:57,791 --> 00:32:00,375
untuk membentuk dunia yang lebih baik.

444
00:32:00,458 --> 00:32:03,833
Saya tak boleh lupakan perbezaan saya.
Dunia tak benarkan.

445
00:32:03,916 --> 00:32:06,583
Jika boleh pun, saya tak mahu.
Bukan hari ini.

446
00:32:07,500 --> 00:32:08,541
Bukan hari ini.

447
00:32:08,625 --> 00:32:11,458
Apa awak buat? Awak nak ke mana?

448
00:32:14,041 --> 00:32:16,750
Bayard, tunggu di sini
agar saya boleh lindungi awak

449
00:32:16,833 --> 00:32:18,666
daripada dunia dan diri awak.

450
00:32:18,750 --> 00:32:21,750
Awak ada kemahiran
dan kepintaran yang luar biasa,

451
00:32:21,833 --> 00:32:26,458
tapi sehingga awak akui kemarahan awak
kerana ditinggalkan oleh ibu bapa awak,

452
00:32:26,541 --> 00:32:30,541
lalu awak jadi homoseksual
untuk menghukum mereka dan diri sendiri,

453
00:32:30,625 --> 00:32:33,500
jiwa awak takkan lengkap, awak faham?

454
00:32:34,333 --> 00:32:38,041
Sebagai lelaki dan orang yang komited
untuk menyelamatkan dunia.

455
00:32:38,125 --> 00:32:42,500
Encik Muste, encik pernah pergi
ke gereja kulit Hitam?

456
00:32:43,125 --> 00:32:44,666
Banyak kali.

457
00:32:44,750 --> 00:32:47,625
Sebagai penganut Quaker,
saya tak pernah melihatnya.

458
00:32:47,708 --> 00:32:50,375
Tepuk tangan, nyanyian, jeritan.

459
00:32:50,875 --> 00:32:51,833
Rasanya seperti

460
00:32:52,833 --> 00:32:54,583
kemarahan yang membuak.

461
00:32:55,541 --> 00:32:59,833
Jadi, daripada saya berdiri di sini
dan cakap sesuatu yang akan disesali,

462
00:32:59,916 --> 00:33:01,250
lebih baik saya pergi.

463
00:33:01,333 --> 00:33:02,958
Hari Ahad ini…

464
00:33:05,500 --> 00:33:06,750
saya akan ke gereja.

465
00:33:17,458 --> 00:33:20,166
Pengkhutbah muda baharu
yang bekerja untuk Roy?

466
00:33:20,250 --> 00:33:23,000
Khabarnya dia begitu kacak
sehingga Tuhan sebak menciptanya.

467
00:33:23,083 --> 00:33:27,375
Saya tak tahu cerita
atau orang yang awak maksudkan.

468
00:33:27,458 --> 00:33:31,333
Bagaimana dengan yang lagi satu?
Siapa namanya? Si pucat itu. Tom.

469
00:33:32,250 --> 00:33:33,500
Awak lebih suka dia?

470
00:33:33,583 --> 00:33:35,166
Saya suka kecantikan.

471
00:33:35,250 --> 00:33:39,000
Hitam, putih, lain-lain.
Asalkan mereka bersemangat dan bijak.

472
00:33:39,083 --> 00:33:42,166
Kenapa orang nak tahu
apa saya buat dan dengan siapa?

473
00:33:42,250 --> 00:33:45,625
Saya cuma tertanya
kerana awak lambat hubungi saya semula.

474
00:33:45,708 --> 00:33:49,166
Sebab, Cik Baker sayang,
awak bersahaja tanya soalan

475
00:33:49,250 --> 00:33:51,666
yang menyentuh jiwa seseorang.

476
00:33:52,666 --> 00:33:56,333
- Kenapa awak tak naik bas ke Atlanta?
- Sebab saya tak peduli.

477
00:33:57,291 --> 00:34:00,208
Lagipun, Dr. King boleh buat dengan baik.

478
00:34:01,083 --> 00:34:02,500
Albany, Georgia.

479
00:34:02,583 --> 00:34:06,791
- Awak kata itu baik?
- Siapa cuba integrasikan seluruh pekan?

480
00:34:07,666 --> 00:34:11,458
Fokus kita mesti satu.
Restoran kecil, boikot bas.

481
00:34:11,541 --> 00:34:15,041
Syerif Pritchett mematahkan usaha Martin
untuk meraih media.

482
00:34:15,125 --> 00:34:19,000
Perjuangan hak sivil terlupus
dari muka depan The New York Times.

483
00:34:19,083 --> 00:34:21,041
Saya ingat awak tak peduli.

484
00:34:21,625 --> 00:34:25,458
Mestilah saya ambil peduli.
Lebih lagi tentang Coretta dan anak-anak.

485
00:34:25,541 --> 00:34:27,541
- Jawab saja telefon.
- Ya?

486
00:34:29,333 --> 00:34:30,833
Ella, pasang televisyen.

487
00:34:31,583 --> 00:34:32,666
Apa? Okey.

488
00:34:34,916 --> 00:34:36,916
…tanpa penyelesaian undang-undang.

489
00:34:37,500 --> 00:34:42,000
Pembetulan dituntut di jalanan,
dalam demonstrasi dan protes,

490
00:34:42,583 --> 00:34:45,791
lalu menimbulkan ketegangan,
menyebabkan keganasan

491
00:34:45,875 --> 00:34:47,416
dan mengancam nyawa.

492
00:34:47,500 --> 00:34:50,958
Kita menghadapi krisis moral
sebagai negara dan rakyat.

493
00:34:51,458 --> 00:34:54,833
Minggu depan, saya akan minta
Kongres Amerika Syarikat bertindak.

494
00:34:55,375 --> 00:34:58,500
Untuk membuat komitmen
yang belum dibuat pada abad ini

495
00:34:58,583 --> 00:35:01,791
dengan membuat usul
bahawa kaum tidak menjadi faktor

496
00:35:01,875 --> 00:35:04,375
dalam kehidupan
atau undang-undang Amerika.

497
00:35:04,875 --> 00:35:05,708
Persekutuan…

498
00:35:09,875 --> 00:35:12,416
Awak dan Martin elok saja berasingan,

499
00:35:13,166 --> 00:35:15,625
tapi kamu berdua hebat bersama.

500
00:35:16,625 --> 00:35:18,541
- Dia perlukan awak…
- Tak boleh.

501
00:35:18,625 --> 00:35:20,291
…untuk fikir langkah seterusnya.

502
00:35:20,375 --> 00:35:23,458
Awak perlukan dia
untuk dapatkan sokongan negara.

503
00:35:23,541 --> 00:35:26,500
Jangan berani
jadikan kerja awak sebagai alasan.

504
00:35:26,583 --> 00:35:31,625
Saya berhenti kerja tengah hari tadi
atau ambil cuti panjang atau sesuatu.

505
00:35:31,708 --> 00:35:32,625
Bagus.

506
00:35:35,208 --> 00:35:38,500
Jerung besar terperangkap
dalam gelas kecil.

507
00:35:39,375 --> 00:35:41,875
Saya tak pernah percaya kepada Powell,

508
00:35:41,958 --> 00:35:45,541
tapi saya percaya
dia nampak kuasa awak dan Martin bersama

509
00:35:45,625 --> 00:35:46,958
dan dia rasa terancam.

510
00:35:48,458 --> 00:35:49,583
Mereka semua terancam.

511
00:35:51,208 --> 00:35:52,833
Tapi negara ini

512
00:35:53,708 --> 00:35:57,291
telah menghampakan kita berkali-kali.

513
00:35:58,125 --> 00:36:03,458
Namun, setiap hari, kita memaafkannya
dan berjuang untuk membetulkan keadaan.

514
00:36:03,541 --> 00:36:07,083
Tapi awak enggan maafkan Martin
kerana menghampakan awak sekali?

515
00:36:10,041 --> 00:36:14,583
Generasi baharu ini resah dan marah.

516
00:36:15,916 --> 00:36:18,041
Awak mahu ia jadi pertumpahan darah?

517
00:36:18,541 --> 00:36:19,791
Darah anak-anak kita?

518
00:36:19,875 --> 00:36:23,708
Atau guna kemarahan itu bersama Martin
demi kebebasan kita?

519
00:36:26,083 --> 00:36:27,041
Pergi.

520
00:36:29,416 --> 00:36:31,458
Pergi dapatkan kawan awak semula.

521
00:36:38,250 --> 00:36:41,500
Saluran 1510 jauh di selatan di Dixie.

522
00:36:41,583 --> 00:36:45,291
John R, saluran muzik soul,
Nashville, Tennessee,

523
00:36:45,875 --> 00:36:49,708
perkhidmatan penyiaran
Life and Casualty Insurance Company.

524
00:37:01,375 --> 00:37:03,083
Jangan sentuh Negro itu.

525
00:37:11,500 --> 00:37:12,625
Pergi ke belakang.

526
00:37:14,041 --> 00:37:18,291
Kalau saya pergi, budak ini takkan tahu
ada ketidakadilan sedang berlaku.

527
00:37:21,958 --> 00:37:23,083
Saya tak melawan.

528
00:37:24,791 --> 00:37:25,833
Saya tak…

529
00:37:26,375 --> 00:37:27,208
Saya…

530
00:37:54,625 --> 00:37:57,291
PEMIMPIN KULIT HITAM MATI
MEDGAR EVERS DIBUNUH

531
00:37:59,625 --> 00:38:03,208
'TINDAKAN KEJAM' MENGEJUTKAN JFK

532
00:38:07,416 --> 00:38:08,916
UNTUK KULIT BERWARNA SAJA

533
00:38:25,750 --> 00:38:28,208
- Bayard. Ya Tuhan!
- Coretta.

534
00:38:28,291 --> 00:38:30,041
Awak benar-benar datang!

535
00:38:30,750 --> 00:38:33,875
- Bila awak sampai?
- Dalam sejam.

536
00:38:33,958 --> 00:38:35,208
Tengoklah awak.

537
00:38:35,291 --> 00:38:37,916
- Tak, tengoklah awak.
- Makan malam di sini.

538
00:38:38,000 --> 00:38:39,791
Tanya dulu tuan punya rumah.

539
00:38:39,875 --> 00:38:42,666
Diam. Awak hanya jadi tuan punya
jika ada hamba,

540
00:38:42,750 --> 00:38:44,958
dan di rumah ini, dua-dua tak ada.

541
00:38:45,041 --> 00:38:46,750
Awak mesti jumpa anak-anak.

542
00:38:46,833 --> 00:38:49,125
Saya berjaya! Tengok, saya berjaya!

543
00:38:49,208 --> 00:38:52,208
- Diamlah.
- Jadi, Puan Koloratura.

544
00:38:52,291 --> 00:38:53,875
Carnegie Hall?

545
00:38:53,958 --> 00:38:58,125
- Saya kenal orang.
- Belum sepuluh minit awak di sini.

546
00:38:58,708 --> 00:39:01,541
Cahaya kecilku ini

547
00:39:01,625 --> 00:39:05,208
Aku biar menyinari

548
00:39:06,375 --> 00:39:10,833
Cahaya kecilku ini

549
00:39:11,375 --> 00:39:15,041
Aku biar menyinari

550
00:39:15,125 --> 00:39:19,208
Cahaya kecilku ini

551
00:39:19,291 --> 00:39:23,083
Aku biar menyinari

552
00:39:23,166 --> 00:39:25,416
Biar menyinari

553
00:39:25,500 --> 00:39:28,041
Biar menyinari

554
00:39:28,541 --> 00:39:29,916
Biar menyinari

555
00:39:30,000 --> 00:39:30,833
Mari.

556
00:39:30,916 --> 00:39:33,083
- Ke mana pun aku pergi
- Pergi

557
00:39:33,166 --> 00:39:36,000
Aku biar menyinari

558
00:39:36,083 --> 00:39:37,958
Ke mana pun aku pergi

559
00:39:38,041 --> 00:39:39,083
Bagus.

560
00:39:39,166 --> 00:39:40,625
Aku biar menyinari

561
00:39:40,708 --> 00:39:42,208
Mikrofon awak. Ini dia.

562
00:39:42,291 --> 00:39:45,000
Ke mana pun aku pergi

563
00:39:45,083 --> 00:39:46,916
Aku biar menyinari

564
00:39:47,000 --> 00:39:51,208
Biar menyinari
Biar menyinari, biar menyinari

565
00:39:51,291 --> 00:39:53,541
- Baiklah. Mari.
- Jesus ialah cahaya

566
00:39:53,625 --> 00:39:56,666
Jesus ialah cahaya

567
00:39:56,750 --> 00:39:59,500
Aku biar menyinari

568
00:39:59,583 --> 00:40:02,125
Jesus ialah cahaya

569
00:40:02,208 --> 00:40:03,750
Aku biar menyinari

570
00:40:03,833 --> 00:40:04,916
- Ya!
- Ayuh, Bernice.

571
00:40:05,000 --> 00:40:06,666
Jesus ialah cahaya

572
00:40:06,750 --> 00:40:07,583
Terima kasih.

573
00:40:07,666 --> 00:40:09,541
Aku biar menyinari

574
00:40:09,625 --> 00:40:12,166
Biar menyinari, biar menyinari

575
00:40:12,250 --> 00:40:14,583
Biar menyinari, biar menyinari

576
00:40:15,166 --> 00:40:17,500
Fortisimo! Maknanya kuat!

577
00:40:17,583 --> 00:40:22,333
Biar menyinari

578
00:40:22,416 --> 00:40:23,250
Syabas!

579
00:40:23,333 --> 00:40:25,541
- Syabas!
- Ya, Pak Cik Bayard!

580
00:40:44,750 --> 00:40:47,541
Jadi, Saudara Medgar.

581
00:40:49,583 --> 00:40:50,666
Sukar dipercayai.

582
00:40:53,708 --> 00:40:55,833
Apa pendapat awak tentang ucapan Kennedy?

583
00:40:56,833 --> 00:40:58,875
Terancang, berhati-hati.

584
00:40:59,500 --> 00:41:01,833
Beberapa jam kemudian, Medgar ditembak.

585
00:41:05,875 --> 00:41:08,916
Perarakan awak sangat mencabar.

586
00:41:09,000 --> 00:41:13,250
Melainkan kita tunjuk perpaduan,
Kennedy akan buat seperti biasa.

587
00:41:13,833 --> 00:41:16,750
Memperjuangkan undang-undang
yang pasti gagal.

588
00:41:18,250 --> 00:41:20,458
Perjalanan ini bukan mudah buat saya.

589
00:41:21,791 --> 00:41:25,583
Tapi hasil yang mungkin didapati
daripada perarakan ini,

590
00:41:26,208 --> 00:41:29,708
impak yang boleh diberikan,
hidup yang boleh diubah.

591
00:41:29,791 --> 00:41:31,250
Impian, bayangan,

592
00:41:31,333 --> 00:41:33,416
dan aspirasi nenek moyang kita…

593
00:41:33,500 --> 00:41:35,041
Kali pertama kita bertemu,

594
00:41:36,750 --> 00:41:37,958
saya telefon Corrie

595
00:41:38,041 --> 00:41:42,041
dan saya kata,
otak Rustin tak betul sedikit.

596
00:41:43,416 --> 00:41:45,416
Kemudian baru saya tahu,

597
00:41:46,541 --> 00:41:48,541
bukan sedikit, tapi banyak.

598
00:41:52,708 --> 00:41:54,208
Saya rindu awak, sahabat.

599
00:41:56,833 --> 00:41:57,666
Saya juga.

600
00:42:01,291 --> 00:42:05,333
Musim luruh ini,
Dixiecrat akan tolak usul Kennedy, jadi…

601
00:42:05,416 --> 00:42:09,250
Dua bulan untuk merancang
protes aman terbesar dalam sejarah.

602
00:42:09,333 --> 00:42:11,375
Jangan luang masa untuk hal lain.

603
00:42:11,458 --> 00:42:12,291
Seperti?

604
00:42:12,375 --> 00:42:15,750
Mengalah kepada ugutan,
sindiran dan penipuan

605
00:42:15,833 --> 00:42:19,333
yang pasti akan timbul
jika dan apabila perarakan diumumkan.

606
00:42:20,958 --> 00:42:23,958
Bagaimana dengan
hal yang benar tentang awak?

607
00:42:25,791 --> 00:42:28,125
Awak dapat lihat, saya tak boleh sorok.

608
00:42:28,958 --> 00:42:32,083
Tapi saya bersumpah kepada awak,

609
00:42:32,666 --> 00:42:33,833
takkan ada apa-apa…

610
00:42:35,875 --> 00:42:37,041
insiden.

611
00:42:41,166 --> 00:42:44,041
Jadi, demonstrasi epik di ibu negara kita,

612
00:42:44,125 --> 00:42:46,541
diatur dalam lapan hingga sepuluh minggu

613
00:42:46,625 --> 00:42:49,083
tanpa bantuan NAACP.

614
00:42:49,875 --> 00:42:51,875
Seronok betul bunyinya.

615
00:42:55,833 --> 00:42:56,875
Awak pernah kata,

616
00:42:58,333 --> 00:43:00,416
"Setiap masa baik

617
00:43:01,458 --> 00:43:02,708
untuk berbuat baik."

618
00:43:06,166 --> 00:43:08,541
Kami menyeru perarakan tanpa keganasan

619
00:43:09,375 --> 00:43:11,250
dan aman di Washington.

620
00:43:11,833 --> 00:43:12,750
Ya!

621
00:43:12,833 --> 00:43:16,750
Kami ingin ke sana
bukan dalam ratusan atau ribuan

622
00:43:17,666 --> 00:43:19,625
tapi ratus ribuan orang.

623
00:43:20,500 --> 00:43:22,833
Dr. King telah menyokong perarakan itu,

624
00:43:24,083 --> 00:43:25,750
jadi En. Wilkins tak boleh serang.

625
00:43:27,250 --> 00:43:28,958
Dia akan sasarkan awak.

626
00:43:30,625 --> 00:43:31,583
Saudara Rustin!

627
00:43:33,208 --> 00:43:35,416
Cleve! Apa awak buat di sini?

628
00:43:35,500 --> 00:43:38,750
Apabila saya dengar
tentang rampasan kuasa Roy,

629
00:43:38,833 --> 00:43:42,708
saya putuskan untuk datang
dan beri sokongan moral atau lain-lain.

630
00:43:44,958 --> 00:43:45,916
Norm, Tom,

631
00:43:46,000 --> 00:43:49,833
saya kenalkan Cleve Robinson,
ketua kesatuan Daerah 65.

632
00:43:49,916 --> 00:43:53,000
Serta pengerusi baharu
jawatankuasa pentadbiran perarakan.

633
00:43:53,083 --> 00:43:54,583
Serta penderma pertama kita.

634
00:43:55,625 --> 00:43:59,458
Awak fikir mereka tak pernah lihat
lelaki kulit Hitam yang bangga.

635
00:43:59,541 --> 00:44:02,208
"Nantikan pertarungan hebat
apabila tiba masa

636
00:44:02,291 --> 00:44:04,833
untuk berjuang demi rakyat
dan bangsa kita!"

637
00:44:06,291 --> 00:44:09,041
Para lelaki kulit Hitam dan Tom, mari?

638
00:44:12,666 --> 00:44:15,958
Saya tahu bajet sebanyak $65,000
ialah angka yang besar…

639
00:44:16,041 --> 00:44:19,458
Chief, ada khabar perarakan diadakan
pada musim panas ini?

640
00:44:19,541 --> 00:44:22,625
- Terlalu awal.
- Kezaliman di Birmingham masih segar…

641
00:44:22,708 --> 00:44:25,041
- Bayard dah jamin…
- Biar dia cakap!

642
00:44:25,125 --> 00:44:27,250
Kita perlu ambil peluang sekarang.

643
00:44:27,333 --> 00:44:29,166
- Bayard, saya nak…
- Awak faham…

644
00:44:29,250 --> 00:44:30,125
Bayard!

645
00:44:32,125 --> 00:44:32,958
Martin?

646
00:44:33,833 --> 00:44:37,333
Kita semua dengar presiden
umumkan di televisyen nasional

647
00:44:37,416 --> 00:44:40,083
yang dia mahu
menghantar usul kepada kongres.

648
00:44:40,166 --> 00:44:42,083
Pada pendapat saya sendiri,

649
00:44:42,166 --> 00:44:45,416
membawa usul itu
melepasi penyokong segregasi Selatan

650
00:44:45,500 --> 00:44:47,583
memerlukan presiden yang bijak,

651
00:44:48,083 --> 00:44:52,000
pandai berpolitik dan bersemangat.

652
00:44:52,083 --> 00:44:54,916
Kennedy miliki dua sifat pertama,
tapi bukan yang ketiga.

653
00:44:55,000 --> 00:44:57,083
Bukan dalam soal hak sivil.

654
00:44:57,166 --> 00:44:59,458
Jadi, untuk pastikan dia tak mengalah,

655
00:44:59,541 --> 00:45:01,208
kita tak boleh mengalah

656
00:45:01,291 --> 00:45:05,541
dalam komitmen kita
kepada negara dan bangsa.

657
00:45:05,625 --> 00:45:08,000
Itu sebabnya kita perlu mempercepatkan

658
00:45:08,083 --> 00:45:12,083
usaha yang amat sukar
tetapi amat penting ini.

659
00:45:12,166 --> 00:45:14,958
- Penjelasan yang baik…
- Siapa semua orang ini?

660
00:45:15,041 --> 00:45:17,333
Awak, awak, awak, awak. Tunggu.

661
00:45:17,416 --> 00:45:19,041
Yang lain, keluar.

662
00:45:19,125 --> 00:45:21,875
Saya pengerusi jawatankuasa pentadbiran

663
00:45:21,958 --> 00:45:24,458
dan setakat ini,
penderma tunggal perarakan.

664
00:45:24,541 --> 00:45:26,708
Ia sangat dihargai. Keluar.

665
00:45:26,791 --> 00:45:29,500
Pergi. Padam nama awak daripada sejarah.

666
00:45:29,583 --> 00:45:32,000
- Mari.
- Aku lebih suka buat tanpa kau.

667
00:45:32,083 --> 00:45:35,958
Anak haram parasit berhidung tinggi!

668
00:45:36,041 --> 00:45:37,375
- Aku diusir?
- Cleve!

669
00:45:37,458 --> 00:45:40,250
- Pergi hisap mak kau!
- Cleve.

670
00:45:43,666 --> 00:45:45,750
Awak sedar apa yang sedang berlaku?

671
00:45:46,708 --> 00:45:50,000
Saya rasa Roy sedang memberi hujah
untuk menentang saya.

672
00:45:50,083 --> 00:45:51,791
Kita perlu tanya diri kita,

673
00:45:51,875 --> 00:45:56,041
benarkah kita mahu dia dikenali sebagai
Ketua Berarak di Washington?

674
00:45:56,125 --> 00:45:59,916
- John Lewis dan Chief akan membela saya.
- Dia ahli Liga Komunis Muda.

675
00:46:00,000 --> 00:46:01,916
Dia tinggalkan bertahun lalu.

676
00:46:02,000 --> 00:46:06,000
- Dipenjarakan kerana enggan berperang.
- Keputusan moral, bukan pengecut.

677
00:46:06,083 --> 00:46:08,916
Namun begitu, Roy akan terus mendesak.

678
00:46:09,000 --> 00:46:12,750
Perangai dan reputasinya
menjadikan dia sasaran mudah.

679
00:46:12,833 --> 00:46:15,500
Apabila akhbar kulit putih
dan orang ramai menyerang,

680
00:46:15,583 --> 00:46:16,500
dan itu pasti,

681
00:46:16,583 --> 00:46:19,833
setiap orang yang duduk di meja ini

682
00:46:19,916 --> 00:46:23,166
akan berada dalam bahaya disebabkan dia.

683
00:46:26,041 --> 00:46:27,166
Chief?

684
00:46:30,291 --> 00:46:32,958
Tarikh apa yang sesuai untuk perarakan?

685
00:46:33,666 --> 00:46:36,958
- Kita perlukan minimum lapan minggu.
- Isnin, 26 Ogos.

686
00:46:37,041 --> 00:46:40,625
Isnin mencabar bagi Protestan,
Jumaat sukar untuk Yahudi.

687
00:46:40,708 --> 00:46:42,625
Tuan, apa yang berlaku di dalam?

688
00:46:42,708 --> 00:46:45,166
Mereka undi untuk singkir Bayard
sebagai pengarah.

689
00:46:45,250 --> 00:46:46,083
Celaka.

690
00:46:46,166 --> 00:46:49,625
Arahan pertama saya adalah untuk
menjadikannya timbalan pengarah saya

691
00:46:49,708 --> 00:46:51,250
dan memberi kuasa penuh.

692
00:46:52,166 --> 00:46:55,541
Awak boleh panggil saya
pengutip sampah kalau mahu.

693
00:46:56,541 --> 00:46:58,750
Awak lelaki kulit Hitam yang bijak.

694
00:47:00,416 --> 00:47:02,166
Lakukannya, sahabat.

695
00:47:19,083 --> 00:47:19,916
Jom.

696
00:47:28,541 --> 00:47:29,958
Jom.

697
00:47:31,791 --> 00:47:32,750
Hidupkan lampu.

698
00:47:34,083 --> 00:47:35,708
Pejabat baharu kita!

699
00:47:36,375 --> 00:47:39,833
Tingkat tiga tak boleh digunakan,
jadi kita semua di sini.

700
00:47:40,791 --> 00:47:41,625
Kotor.

701
00:47:43,208 --> 00:47:44,041
Silakan.

702
00:47:45,333 --> 00:47:46,250
Di sini.

703
00:47:49,458 --> 00:47:51,333
- Bilik lembaga kita.
- Bilik lembaga?

704
00:47:51,416 --> 00:47:54,541
Rachelle, awak uruskan pengangkutan.

705
00:47:54,625 --> 00:47:57,333
Untuk 100,000 orang?
Memandu pun saya tak reti.

706
00:47:57,416 --> 00:48:02,166
Norm, awak pergi bandar ke bandar,
kumpul dana dan sebarkan berita.

707
00:48:02,250 --> 00:48:03,250
Berapa bajet saya?

708
00:48:04,166 --> 00:48:08,083
Ini untuk ke bandar pertama.
Kutip dana untuk ke bandar seterusnya.

709
00:48:09,583 --> 00:48:10,708
Pejabat saya.

710
00:48:10,791 --> 00:48:13,958
Dekat dengan tangga
dan pintu depan? Selamatkah?

711
00:48:14,041 --> 00:48:16,916
Mari alu-alukan
wanita yang tak perlu dikenalkan.

712
00:48:17,000 --> 00:48:18,458
Dr. Anna Hedgeman.

713
00:48:20,708 --> 00:48:25,166
Dr. Hedgeman akan mengetuai
usaha mendekati semua organisasi agama.

714
00:48:26,208 --> 00:48:27,458
Tom, Eleanore.

715
00:48:27,541 --> 00:48:29,666
- Sediakan semua dokumen bertulis.
- Ya.

716
00:48:29,750 --> 00:48:32,125
Pertama, jemputan ke mesyuarat 2 Julai

717
00:48:32,208 --> 00:48:35,333
dengan pemimpin
organisasi hak sivil Big Six.

718
00:48:35,833 --> 00:48:40,250
Semua topi besar
untuk kepala besar mereka.

719
00:48:40,958 --> 00:48:42,916
Kita perlukan ahli dan sumber mereka.

720
00:48:43,000 --> 00:48:44,333
- Courtney?
- Ya, tuan.

721
00:48:45,083 --> 00:48:46,333
Ikut saya ke DC.

722
00:48:46,416 --> 00:48:47,583
- Tom?
- Ya.

723
00:48:48,208 --> 00:48:51,041
Tak perlu cari rumah,
duduk di bilik tetamu saya.

724
00:48:51,125 --> 00:48:54,666
- Pastikan saya fokus dan tak ada masalah.
- Kita dah cuba, tak berhasil.

725
00:48:54,750 --> 00:48:55,583
Semua.

726
00:48:58,458 --> 00:49:00,791
Apabila saya balik dari DC malam esok,

727
00:49:00,875 --> 00:49:03,875
tempat kotor ini perlu beroperasi.

728
00:49:16,208 --> 00:49:18,041
Sesiapa pasti kagum melihatnya.

729
00:49:19,000 --> 00:49:20,500
Ia memberi harapan.

730
00:49:26,500 --> 00:49:29,875
Bayard Rustin, dari Berarak di Washington
untuk Kerja dan Kebebasan.

731
00:49:29,958 --> 00:49:30,833
Ketua Wells.

732
00:49:31,583 --> 00:49:34,541
Encik Caldwell,
Timbalan Walden, Cowell dan Barnes.

733
00:49:34,625 --> 00:49:37,333
- Siapa dari Khidmat Taman Negara?
- Tak ada.

734
00:49:38,208 --> 00:49:42,666
Setahu saya, Mall di bawah bidang kuasa
Khidmat Taman Negara?

735
00:49:42,750 --> 00:49:43,583
Betul.

736
00:49:45,916 --> 00:49:49,541
Ketua Wells, tak sampai tujuh minggu lagi,

737
00:49:49,625 --> 00:49:51,291
acara besar selama dua hari…

738
00:49:51,375 --> 00:49:53,666
Sehari. Ia bukan lagi acara dua hari.

739
00:49:54,833 --> 00:49:55,875
Menurut siapa?

740
00:49:55,958 --> 00:49:59,750
En. Wilkins daripada NAACP juga percaya
sehari sudah memadai.

741
00:49:59,833 --> 00:50:02,791
Saya anggap awak tak bekerja
untuk Encik Wilkins.

742
00:50:02,875 --> 00:50:04,333
Tidak.

743
00:50:04,416 --> 00:50:08,250
Saya pun tidak,
jadi saya keliru apabila namanya disebut.

744
00:50:08,333 --> 00:50:09,166
En. Rustin…

745
00:50:09,250 --> 00:50:11,750
Tapi saya curiga,
awak bekerja untuk siapa?

746
00:50:11,833 --> 00:50:15,708
Lebih berkesan jika awak jawab soalan kami
dan bukan sebaliknya.

747
00:50:15,791 --> 00:50:19,916
Saya rasa pertukaran maklumat dan idea
jauh lebih berkesan.

748
00:50:20,000 --> 00:50:24,666
Kita boleh cuba jika awak adakan acara
di Mall awak, tapi ia di Mall kami…

749
00:50:24,750 --> 00:50:28,666
Mall awak? Bukan National Mall
atau Laman Hadapan Amerika…

750
00:50:28,750 --> 00:50:31,541
- Awak naikkan suara…
- Saya tak naikkan suara.

751
00:50:31,625 --> 00:50:35,208
Awak mahu mencari penghalang
berbanding penyelesaian…

752
00:50:35,291 --> 00:50:39,125
Orang yang saya perlukan untuk berhubung
tidak muncul pun.

753
00:50:39,208 --> 00:50:41,875
Kami tak dapat menyokong
acara ini. Tuan-tuan.

754
00:50:43,541 --> 00:50:44,666
Awak nak ke mana?

755
00:50:44,750 --> 00:50:48,416
Tuan, ini bukan perjumpaan.
Ini tindakan keingkaran awam,

756
00:50:48,500 --> 00:50:51,583
disokong oleh
tokoh-tokoh penting di negara ini.

757
00:50:51,666 --> 00:50:56,541
Ia akan berlangsung
lebih daripada dua hari!

758
00:50:59,291 --> 00:51:02,500
…bertolak dari Stesen Union ke Boston…

759
00:51:02,583 --> 00:51:03,500
Dengar, Martin.

760
00:51:03,583 --> 00:51:07,208
Sejak dua polis pecahkan muka saya
di Tennessee dulu,

761
00:51:07,291 --> 00:51:10,208
saya tak pernah lihat
sikap tidak acuh begini.

762
00:51:10,791 --> 00:51:15,625
Matlamat mereka cuma satu,
untuk memastikan mesyuarat itu gagal.

763
00:51:16,125 --> 00:51:17,666
Awak kata dia sebut nama Roy.

764
00:51:23,166 --> 00:51:26,916
Ya, tapi arahannya datang
daripada pihak yang lebih tinggi.

765
00:51:27,833 --> 00:51:30,583
Presiden Kennedy
dan adiknya yang juga peguam negara?

766
00:51:31,333 --> 00:51:32,791
Atau Hoover dan FBI?

767
00:51:34,750 --> 00:51:35,791
Semua di atas.

768
00:51:38,291 --> 00:51:39,125
Martin?

769
00:51:40,125 --> 00:51:41,958
Corrie panggil untuk makan malam.

770
00:51:43,416 --> 00:51:44,583
Kita sambung esok.

771
00:51:45,333 --> 00:51:46,250
Kirim salam saya.

772
00:51:59,208 --> 00:52:00,250
Helo.

773
00:52:04,166 --> 00:52:05,000
Helo?

774
00:52:43,333 --> 00:52:44,458
Maaf.

775
00:52:47,250 --> 00:52:48,708
Maaf. Masuklah.

776
00:52:49,375 --> 00:52:50,500
Awak seorang diri?

777
00:52:50,583 --> 00:52:52,791
Tidak, jika Mahalia ada.

778
00:52:53,666 --> 00:52:54,833
Nak minum?

779
00:52:56,083 --> 00:52:59,333
- Tak, saya nak masuk tidur.
- Tidak.

780
00:53:00,291 --> 00:53:01,750
Saya dah tuang.

781
00:53:01,833 --> 00:53:02,666
Bayard…

782
00:53:10,458 --> 00:53:11,291
Selamat malam.

783
00:53:50,875 --> 00:53:52,833
Ya, ini Michelle Harwood.

784
00:53:52,916 --> 00:53:54,750
Ya, ini Michelle Harwood.

785
00:53:58,625 --> 00:54:01,625
Berarak di Washington, Michelle Harwood.
Boleh saya bantu?

786
00:54:02,541 --> 00:54:04,666
Ya, ini Michelle Harwood.

787
00:54:08,083 --> 00:54:09,375
Louisville 50?

788
00:54:10,750 --> 00:54:13,875
- Michelle Harwood bercakap.
- Siapa Michelle Harwood?

789
00:54:13,958 --> 00:54:16,458
Sesiapa yang urus perjalanan
bernama Michelle Harwood.

790
00:54:16,541 --> 00:54:19,166
Lebih mudah jika mereka telefon.
Idea Bayard.

791
00:54:19,250 --> 00:54:20,750
Ya, ini Michelle Harwood.

792
00:54:20,833 --> 00:54:23,541
Presiden banyak bercakap tentang dirinya.

793
00:54:23,625 --> 00:54:26,583
Jika ada masalah semasa perarakan,
usulnya akan gagal.

794
00:54:26,666 --> 00:54:31,458
Kenapa protes di Rumah Putih,
terutamanya selepas ucapan dan usulnya?

795
00:54:31,541 --> 00:54:33,208
Apa jawapan Roy?

796
00:54:33,291 --> 00:54:34,291
Dia angguk saja.

797
00:54:35,000 --> 00:54:38,250
- Whitney dan Jim?
- Melihat Martin yang mendengar.

798
00:54:38,875 --> 00:54:41,750
- Kemudian adik presiden…
- Peguam negara ada?

799
00:54:41,833 --> 00:54:45,083
Dia asyik minta kita batalkannya,
lupakan semua ini.

800
00:54:45,708 --> 00:54:47,916
Pertemuan ini di Pejabat Oval?

801
00:54:48,000 --> 00:54:49,166
Tiga hari lalu.

802
00:54:51,833 --> 00:54:55,083
Saya terima surat yang merisaukan
daripada Senator Douglas.

803
00:54:55,166 --> 00:54:57,375
Saya juga, daripada Senator Humphrey.

804
00:54:57,458 --> 00:54:58,833
Saya juga, Senator Hart.

805
00:54:58,916 --> 00:55:00,416
- Berkenaan?
- Tandas.

806
00:55:00,500 --> 00:55:03,125
- Khidmat Taman Negara tak bantu?
- Tidak.

807
00:55:03,208 --> 00:55:06,375
Sebab itu saya cadangkan perarakan
oleh gabungan kesatuan.

808
00:55:06,458 --> 00:55:08,500
AFL-CIO dan UAW…

809
00:55:08,583 --> 00:55:11,500
Kedua-duanya menentang
acara selama dua hari…

810
00:55:11,583 --> 00:55:12,833
Awak ahli majlis AFL.

811
00:55:12,916 --> 00:55:14,666
Saya tak pasti tentang Meany,

812
00:55:14,750 --> 00:55:17,916
tapi Reuther lebih gemar
jika ia berlangsung sehari

813
00:55:18,000 --> 00:55:19,500
- tanpa Rumah Putih.
- Betul.

814
00:55:19,583 --> 00:55:22,541
Hadkan kepada sehari
dan kecualikan Rumah Putih.

815
00:55:22,625 --> 00:55:25,458
Awak cuba pecat saya.
Kini awak mahu perarakan gagal.

816
00:55:25,541 --> 00:55:28,166
Awak fikir saya bangun
dan tiba-tiba cakap,

817
00:55:28,250 --> 00:55:30,250
"Mari adakan perarakan terbesar

818
00:55:30,333 --> 00:55:33,416
dan minta bekas komunis Quaker,
Bayard Rustin, untuk buat?"

819
00:55:33,500 --> 00:55:34,791
Tidak.

820
00:55:34,875 --> 00:55:38,333
Tapi sebaik saja kami setuju,
kami tetap meneruskannya.

821
00:55:39,458 --> 00:55:41,416
Jika awak menerimanya sekarang

822
00:55:41,500 --> 00:55:43,500
dan bukan kemudian
apabila ekonomi memaksa,

823
00:55:43,583 --> 00:55:46,125
ia akan menunjukkan kekuatan
dan perpaduan.

824
00:55:47,500 --> 00:55:50,000
Ia dipanggil langkah strategik.

825
00:55:52,958 --> 00:55:56,083
Saya tahu ia seperti usaha
melemahkan perjuangan kita…

826
00:55:56,166 --> 00:55:57,750
Sebab itulah hakikatnya.

827
00:55:57,833 --> 00:56:01,291
Acara dua hari akan menunjukkan
yang kita takkan berundur.

828
00:56:01,375 --> 00:56:03,708
- Jika awak beralah kepada Roy…
- Tidak.

829
00:56:03,791 --> 00:56:07,416
Bayard, awak ada Chief,
awak ada saya, Dr. Hedgeman dan Jim.

830
00:56:07,500 --> 00:56:10,041
Pakatan yang tegang,
tapi tetap satu pakatan.

831
00:56:10,125 --> 00:56:13,333
Jika saya tak minta
peserta ditahan di Rumah Putih

832
00:56:13,416 --> 00:56:17,500
atau tidur di dalam khemah,
saya boleh tarik lebih ramai orang.

833
00:56:18,666 --> 00:56:21,333
- Tiada pelobian kongres?
- Atau berarak di Rumah Putih?

834
00:56:21,416 --> 00:56:24,083
- Atau khemah di Mall?
- Bertukar jadi piknik.

835
00:56:24,166 --> 00:56:26,791
Pada hari pertama,
berkongsi idea, tulis di dinding…

836
00:56:26,875 --> 00:56:28,791
Awak perlu faham kekecewaan kami.

837
00:56:28,875 --> 00:56:30,750
Saya nak begini? Tidak.

838
00:56:31,375 --> 00:56:34,416
Tapi jika kita mahu 100,000 orang,
kita perlukan bantuan.

839
00:56:34,500 --> 00:56:38,750
Untuk dapatkan kesatuan
dan wang mereka, perubahan perlu dibuat.

840
00:56:39,875 --> 00:56:44,000
Jika Saudari Dorie dan Joyce
pergi ke Westchester atau Upper East Side,

841
00:56:44,083 --> 00:56:47,666
saya yakin kamu boleh dapat
wang yang cukup untuk tiga bas.

842
00:56:48,166 --> 00:56:50,500
Begitu juga kamu, Eleanore, Tom, Charlene.

843
00:56:51,166 --> 00:56:53,125
Kita komited dalam perjuangan

844
00:56:53,208 --> 00:56:56,625
untuk mengubah trajektori negara ini
ke arah kebebasan.

845
00:56:58,250 --> 00:56:59,833
Itu yang menjadi taruhan.

846
00:57:02,291 --> 00:57:03,166
Tidak kurang.

847
00:57:10,416 --> 00:57:13,500
Saya nak kongsi
kisah saya membesar di Hattiesburg.

848
00:57:13,583 --> 00:57:15,125
Sebagai gadis di Mississippi…

849
00:57:15,208 --> 00:57:16,916
Tak kira jika saya bijak…

850
00:57:17,000 --> 00:57:18,291
…jangan ponteng kelas Ahad.

851
00:57:18,375 --> 00:57:20,750
…impian saya takkan jadi kenyataan.

852
00:57:20,833 --> 00:57:24,083
- Disebabkan rupa saya.
- Disebabkan warna kulit saya.

853
00:57:26,333 --> 00:57:27,458
Satu bas lagi!

854
00:57:29,583 --> 00:57:31,250
SERTAI PERARAKAN KEBEBASAN!

855
00:57:32,416 --> 00:57:33,708
HAK SIVIL SEKARANG!

856
00:57:33,791 --> 00:57:37,791
Selagi pekerja kulit Hitam
tiada perumahan dan bergaji rendah,

857
00:57:37,875 --> 00:57:40,416
maka nasib semua pekerja akan terancam.

858
00:57:40,500 --> 00:57:44,125
Ayah saya presiden
Pekerja Pengangkutan Tempatan 101.

859
00:57:44,208 --> 00:57:46,416
- Brooklyn!
- Brooklyn!

860
00:57:51,708 --> 00:57:53,666
Dapatkan lencana Berarak di Washington!

861
00:57:53,750 --> 00:57:56,625
25 sen saja. 25 sen. Terima kasih!

862
00:57:56,708 --> 00:57:59,416
Demi pembebasan bangsa kita!

863
00:57:59,500 --> 00:58:02,041
25 sen. Pastikan awak datang!

864
00:58:02,125 --> 00:58:04,833
Saudari, 25 sen. 25 sen saja.

865
00:58:07,291 --> 00:58:09,291
Kami ada idea hebat.

866
00:58:14,250 --> 00:58:16,458
PERSEMBAHAN AMAL BINTANG TERKEMUKA
23 OGOS 1963

867
00:58:16,541 --> 00:58:18,750
BERARAK DI WASHINGTON
UNTUK KERJA DAN KEBEBASAN

868
00:58:25,791 --> 00:58:28,416
- Lima ribu!
- Lima ribu dolar.

869
00:58:28,500 --> 00:58:33,791
28 Ogos, Mahalia Jackson akan menyanyi
dan kebebasan akan bersinar.

870
00:58:33,875 --> 00:58:35,583
Kebebasan bukan percuma.

871
00:58:36,333 --> 00:58:40,166
Jadi, kita akan berarak,
kita akan berjuang dan takkan berhenti.

872
00:58:40,875 --> 00:58:43,541
BERARAK DI WASHINGTON
UNTUK KERJA & KEBEBASAN

873
00:58:46,500 --> 00:58:53,500
GEREJA PENEBUSAN

874
00:58:54,083 --> 00:58:58,666
Tuhan mahu anda tahu yang anda disayangi.

875
00:58:58,750 --> 00:59:00,125
- Syukur kepada Tuhan.
- Ya.

876
00:59:00,208 --> 00:59:02,750
Dia memegang anda dalam pelukan,

877
00:59:02,833 --> 00:59:06,041
dan ketakutan anda mula pudar.

878
00:59:06,791 --> 00:59:10,791
Sentuhan-Nya ialah cara Dia berkata…

879
00:59:10,875 --> 00:59:11,958
Pujian kepada-Nya!

880
00:59:12,041 --> 00:59:13,000
…anda tak keseorangan.

881
00:59:13,083 --> 00:59:14,583
- Anda tak keseorangan.
- Terima kasih!

882
00:59:14,666 --> 00:59:16,750
Dahulu anda seperti tiada harapan.

883
00:59:16,833 --> 00:59:17,708
Ya!

884
00:59:17,791 --> 00:59:19,250
Kini, anda rasa kuat.

885
00:59:20,541 --> 00:59:22,708
Dulu ada keraguan…

886
00:59:22,791 --> 00:59:26,208
- Amin! Puji Tuhan!
- Kini anda berani dan bersemangat.

887
00:59:26,791 --> 00:59:27,791
Sebab anda tahu.

888
00:59:27,875 --> 00:59:29,750
- Amin!
- Anda tahu!

889
00:59:29,833 --> 00:59:32,041
Anda tahu!

890
00:59:32,125 --> 00:59:34,583
Anda tahu

891
00:59:34,666 --> 00:59:36,833
dengan sepenuh hati

892
00:59:36,916 --> 00:59:39,333
bahawa anda anak Tuhan.

893
00:59:39,416 --> 00:59:42,875
Anda berhak untuk mencintai dan dicintai.

894
00:59:42,958 --> 00:59:46,416
- Ya!
- Jemaah kata amin.

895
00:59:46,500 --> 00:59:47,333
Amin!

896
00:59:48,000 --> 00:59:51,833
Amin dan amin!

897
01:00:02,500 --> 01:00:03,916
- Tom!
- Ya?

898
01:00:04,000 --> 01:00:06,166
Di atas meja, jemputan ke perarakan.

899
01:00:06,250 --> 01:00:08,833
Dr. Anna minta saya tulis.
Ejaan saya teruk.

900
01:00:08,916 --> 01:00:12,708
Suruh Pegawai Johnson
dari New York Guardians jumpa saya juga.

901
01:00:14,041 --> 01:00:17,000
Selain itu, pegawai FBI memerhati
di dalam kereta.

902
01:00:17,083 --> 01:00:18,375
Awas kalau menelefon.

903
01:00:18,458 --> 01:00:21,583
Saya dapat rasa
seluruh pasukan Kennedy mendengar.

904
01:00:22,625 --> 01:00:25,041
Terus bergerak. Pergi. Semua orang pergi.

905
01:00:26,375 --> 01:00:27,458
Cepat.

906
01:00:27,541 --> 01:00:28,375
Masuk.

907
01:00:31,916 --> 01:00:32,833
Pergi.

908
01:00:37,125 --> 01:00:38,333
Encik Rustin?

909
01:00:40,416 --> 01:00:42,000
Saya tunggu awak di luar.

910
01:00:42,750 --> 01:00:47,250
Apabila polis datang, mereka tutup langsir
dan tangkap mereka macam anjing.

911
01:00:47,750 --> 01:00:48,916
Kenapa ada kamera?

912
01:00:49,541 --> 01:00:52,500
Polis memaklumkan media
apabila ada serbuan.

913
01:00:53,458 --> 01:00:54,500
Saya ada isteri.

914
01:00:55,250 --> 01:00:58,291
Ibu bapa, enam adik-beradik,
jemaah yang menanti.

915
01:00:58,375 --> 01:01:01,000
Apa jadi kalau saya masuk?
Saya hampir masuk.

916
01:01:01,958 --> 01:01:03,125
Awak ke mana?

917
01:01:03,208 --> 01:01:05,291
Saya lewat, syukur kepada Tuhan.

918
01:01:07,583 --> 01:01:08,833
Atau amaran Tuhan.

919
01:01:10,291 --> 01:01:11,666
Ma Rustin beri nasihat,

920
01:01:11,750 --> 01:01:15,833
saya patut bergaul dengan orang
yang sama risikonya seperti saya.

921
01:01:17,500 --> 01:01:19,125
Kita akan lebih berwaspada.

922
01:01:20,291 --> 01:01:21,750
Saya perlu pergi. Saya…

923
01:01:25,041 --> 01:01:26,250
Elias.

924
01:01:30,250 --> 01:01:32,291
Ada berapa Guardian?

925
01:01:32,375 --> 01:01:34,958
1,100 pegawai polis
berkulit Hitam New York.

926
01:01:35,041 --> 01:01:38,666
Kamu saja polis yang saya percaya,
jadi saya mahu semua di DC.

927
01:01:38,750 --> 01:01:40,833
Tapi senjata ditinggalkan di rumah.

928
01:01:40,916 --> 01:01:43,500
Jika pun saya rasa idea itu baik,
sebenarnya tidak,

929
01:01:43,583 --> 01:01:47,500
undang-undang New York
mewajibkan kami bersenjata 24 jam sehari.

930
01:01:47,583 --> 01:01:49,791
Jadi, kita perlu ubah undang-undang.

931
01:01:49,875 --> 01:01:51,750
Terima kasih kerana datang.

932
01:01:51,833 --> 01:01:56,958
Dari dewan senat, tuduhan berikut dibuat
oleh Senator Strom Thurmond.

933
01:01:57,041 --> 01:01:58,291
Kita akan berhubung.

934
01:01:58,375 --> 01:02:02,708
Pakatan terkenal Encik King
dengan komunis dan penghasut

935
01:02:03,458 --> 01:02:05,125
dirahsiakan dengan rapi.

936
01:02:05,208 --> 01:02:06,166
Eleanore.

937
01:02:06,250 --> 01:02:08,416
- Sehingga sekarang.
- Hubungi Datuk Bandar Wagner.

938
01:02:08,500 --> 01:02:13,125
Encik Bayard Rustin
bukan saja penasihat rapat En. King,

939
01:02:13,875 --> 01:02:15,458
dia juga seorang komunis.

940
01:02:16,416 --> 01:02:19,916
Perarakan ini dirancang
oleh Parti Komunis. Ia…

941
01:02:20,666 --> 01:02:23,041
Tom, kita perlukan tiga siaran akhbar,

942
01:02:23,125 --> 01:02:26,208
bermula dengan marah
dan mempersoalkan keadaan mental

943
01:02:26,291 --> 01:02:28,875
senator yang dibenci
dari Carolina Selatan.

944
01:02:28,958 --> 01:02:31,916
Siapa nama wartawan wanita
The Washington Post itu?

945
01:02:32,000 --> 01:02:33,875
- McNair?
- Susanna McBee?

946
01:02:33,958 --> 01:02:36,500
- Bayard, Dr. King.
- Saya jawab di pejabat.

947
01:02:36,583 --> 01:02:38,916
Saya akan bercakap dengan dia saja.

948
01:02:39,000 --> 01:02:41,625
Minta Datuk Bandar Wagner
untuk telefon saya.

949
01:02:42,791 --> 01:02:45,208
Mujurlah kebencian Roy terhadap awak

950
01:02:45,291 --> 01:02:48,833
tidak setanding kebenciannya
terhadap Strom Thurmond.

951
01:02:49,541 --> 01:02:51,625
Jadi, kita selamat buat masa ini.

952
01:02:51,708 --> 01:02:53,208
Terima kasih, sahabat.

953
01:03:00,833 --> 01:03:02,541
Siaran akhbar nombor satu.

954
01:03:11,166 --> 01:03:14,625
Bertahun-tahun lalu,
semasa saya di Pasadena

955
01:03:14,708 --> 01:03:17,833
untuk berucap kepada Kumpulan Pendamaian…

956
01:03:20,958 --> 01:03:23,875
Ini pejabat Bayard Rustin
yang terkenal itu?

957
01:03:29,833 --> 01:03:31,125
Saya siapkan yang dua lagi.

958
01:03:34,875 --> 01:03:36,666
- Saya terfikir.
- Tentang?

959
01:03:36,750 --> 01:03:38,208
Nasihat Ma Rustin.

960
01:03:39,375 --> 01:03:41,083
"Hanya bergaul dengan orang

961
01:03:42,166 --> 01:03:43,541
yang sama risikonya."

962
01:03:45,583 --> 01:03:47,750
Siapa agaknya orang itu?

963
01:03:49,666 --> 01:03:50,666
Siapa lagi?

964
01:03:52,708 --> 01:03:56,625
Dia menulis tentang dedikasi awak
untuk keadilan serta keamanan

965
01:03:56,708 --> 01:03:58,291
dan gelar awak wira.

966
01:04:00,000 --> 01:04:01,208
Ya!

967
01:04:01,916 --> 01:04:04,083
Cukup. Buang semua itu.

968
01:04:04,833 --> 01:04:07,208
Malam tadi, berfikir tentang perarakan…

969
01:04:07,291 --> 01:04:10,291
Kita perlu edar risalah di pondok tol

970
01:04:10,375 --> 01:04:13,750
agar mereka yang tiba dengan kereta
tahu lokasinya di DC.

971
01:04:14,458 --> 01:04:16,375
Sekarang pukul satu lebih.

972
01:04:18,041 --> 01:04:18,875
Awal.

973
01:04:20,291 --> 01:04:21,916
Selamat malam, semua.

974
01:04:22,000 --> 01:04:23,041
Pergi.

975
01:04:26,166 --> 01:04:28,666
- Blyden.
- Encik Rustin.

976
01:04:29,458 --> 01:04:32,375
Saya asyik kacau datuk bandar
tentang satu projek.

977
01:04:32,458 --> 01:04:36,750
Hari ini dia telefon semula dan kata ya.
Jadi, mulai minggu depan…

978
01:04:44,083 --> 01:04:46,208
Sila ikut saya ke tingkat tiga.

979
01:05:03,833 --> 01:05:09,375
Aku takkan ikut arahan daripada Uncle Tom.

980
01:05:10,291 --> 01:05:12,958
Kau fikir kau bagus
kerana pakai lencana itu.

981
01:05:13,916 --> 01:05:17,958
Berapa ramai orang kulit Hitam mati
disebabkan lencana itu?

982
01:05:21,791 --> 01:05:22,666
Bagus.

983
01:05:23,458 --> 01:05:24,708
Bagus, bernafas.

984
01:05:29,375 --> 01:05:31,208
Apabila nampak orang agresif,

985
01:05:32,500 --> 01:05:34,583
bergerak dan bertindak sekumpulan.

986
01:05:38,875 --> 01:05:40,916
Jika kita ingin masyarakat aman,

987
01:05:42,625 --> 01:05:46,083
kita tak boleh mencapainya
melalui keganasan.

988
01:06:02,083 --> 01:06:04,916
Kamu akan tinggalkan senjata di rumah.

989
01:06:05,833 --> 01:06:11,666
Kamu akan pakai kain lilit lengan putih,
topi putih dan bawa wisel.

990
01:06:12,750 --> 01:06:14,583
Kamu bertanggungjawab

991
01:06:14,666 --> 01:06:19,750
untuk mencipta suasana aman
yang akan dilihat dan diikuti oleh semua.

992
01:06:21,833 --> 01:06:22,791
Tuhan rahmati kamu.

993
01:06:23,750 --> 01:06:26,000
- Syabas.
- Baiklah.

994
01:06:26,083 --> 01:06:27,375
Itu…

995
01:06:28,166 --> 01:06:29,166
Saya hargainya.

996
01:06:29,916 --> 01:06:32,541
- Elias Taylor, dengan NAACP.
- Terima kasih.

997
01:06:32,625 --> 01:06:34,125
- Terima kasih.
- Syabas.

998
01:06:34,208 --> 01:06:36,500
- Syabas.
- Jaga diri.

999
01:06:36,583 --> 01:06:38,291
Terima kasih. Elias Taylor.

1000
01:06:43,250 --> 01:06:46,875
Elizabethan Songs & Negro Spiritual.
Jadi, awak menyanyi?

1001
01:06:46,958 --> 01:06:48,750
Dalam dua lagu, saya main lut.

1002
01:06:49,333 --> 01:06:52,583
Tak ada orang macam awak di Alabama.

1003
01:06:52,666 --> 01:06:53,708
Atau tempat lain.

1004
01:06:57,375 --> 01:07:00,500
- Oh, Tuhan. Tidak, saya…
- Ya.

1005
01:07:21,291 --> 01:07:22,416
Tom!

1006
01:07:23,791 --> 01:07:26,000
Tom tinggal di sini sepanjang perarakan.

1007
01:07:26,083 --> 01:07:28,250
- Saya ingat awak dan Eleanore…
- Dibatalkan.

1008
01:07:29,916 --> 01:07:32,125
- Saya pasti awak…
- Tak, saya okey.

1009
01:07:35,000 --> 01:07:36,916
- Elias, khabarnya awak beristeri.
- Tom…

1010
01:07:37,000 --> 01:07:40,250
Awak pula pelajar Universiti Howard,
kulit berwarna dianggap kulit putih.

1011
01:07:40,333 --> 01:07:42,125
- Cuba sebaliknya.
- Tolonglah!

1012
01:07:42,208 --> 01:07:45,375
Semasa saya 16 tahun,
saya bawa kawan kulit Hitam ke rumah.

1013
01:07:45,458 --> 01:07:48,833
Ayah saya kata, dia takkan benarkan
budak itu duduk di mejanya.

1014
01:07:49,416 --> 01:07:51,208
Begitulah kesudahannya.

1015
01:07:51,291 --> 01:07:52,125
Kawan awak?

1016
01:07:52,708 --> 01:07:53,583
Keluarga saya.

1017
01:07:54,166 --> 01:07:56,541
Saya keluar rumah dan tinggal sendirian.

1018
01:07:56,625 --> 01:08:00,041
Di tempat asal saya,
kami setia kepada keluarga kami…

1019
01:08:02,666 --> 01:08:03,708
tak kira apa pun.

1020
01:08:07,041 --> 01:08:07,875
Elias.

1021
01:08:13,166 --> 01:08:14,375
Saya sayang dia.

1022
01:08:15,750 --> 01:08:17,791
Siapa yang awak tak sayang?

1023
01:08:18,583 --> 01:08:21,000
Saya pasti ada pelajar PhD di Columbia

1024
01:08:21,083 --> 01:08:23,041
atau aktivis baharu dari Fisk.

1025
01:08:23,125 --> 01:08:26,041
Awak bawalah mereka berdua
ke bar di 8th Avenue

1026
01:08:26,125 --> 01:08:29,500
dan kagumkan mereka
dengan cerita tentang Gandhi dan King?

1027
01:08:29,583 --> 01:08:30,625
Apabila ia mudah…

1028
01:08:30,708 --> 01:08:34,416
Maaf, apabila perasaan mereka
menyusahkan awak,

1029
01:08:34,500 --> 01:08:36,000
beralih ke orang seterusnya.

1030
01:08:38,041 --> 01:08:40,333
Cuma kali ini, awak beri hati awak

1031
01:08:40,416 --> 01:08:43,541
kepada seseorang
yang tidak boleh membalasnya.

1032
01:08:43,625 --> 01:08:46,083
Selama ini, saya…

1033
01:08:47,708 --> 01:08:48,541
Saya…

1034
01:08:57,791 --> 01:09:00,333
Bawa kerusi lagi.
Seluruh pasukan duduk di sini.

1035
01:09:00,416 --> 01:09:02,666
- Bagaimana dengan telefon?
- Sekarang!

1036
01:09:04,000 --> 01:09:04,833
Bayard.

1037
01:09:06,583 --> 01:09:08,000
Tetamu Roy dah sampai.

1038
01:09:09,458 --> 01:09:10,791
Apa rancangan mereka?

1039
01:09:13,541 --> 01:09:14,958
Kita akan tahu nanti.

1040
01:09:15,666 --> 01:09:19,041
Dengan tiga ketua agama baharu
dan Encik Reuther dari UAW,

1041
01:09:19,125 --> 01:09:21,291
Big Six kini menjadi Big Ten.

1042
01:09:25,041 --> 01:09:27,416
Memandangkan ini mungkin

1043
01:09:27,500 --> 01:09:29,708
mesyuarat terakhir sebelum perarakan…

1044
01:09:29,791 --> 01:09:32,583
En. Randolph, saya ada soalan
untuk timbalan pengarah.

1045
01:09:32,666 --> 01:09:34,625
Seperti saya kata, ini mungkin…

1046
01:09:34,708 --> 01:09:37,166
En. Rustin, awak sayang kerja
dan perarakan ini?

1047
01:09:37,666 --> 01:09:39,083
Sepenuh hati.

1048
01:09:39,583 --> 01:09:42,166
Bagaimana jika, secara hipotesis,

1049
01:09:43,083 --> 01:09:46,833
ada seseorang dalam organisasi hebat
yang awak cipta ini

1050
01:09:46,916 --> 01:09:48,541
dan kehadirannya saja

1051
01:09:48,625 --> 01:09:51,708
boleh membahayakan
dan memudaratkan perjuangan awak?

1052
01:09:52,375 --> 01:09:56,500
Seseorang yang ada sejarah,
dari segi politik dan lain-lain,

1053
01:09:57,500 --> 01:10:00,000
selain sifat dan kecenderungan unik,

1054
01:10:00,083 --> 01:10:03,500
boleh digunakan
oleh kuasa tertentu untuk mengancam

1055
01:10:03,583 --> 01:10:05,083
bukan saja perarakan,

1056
01:10:06,250 --> 01:10:09,333
tapi dendam daripada mereka yang berkuasa

1057
01:10:09,416 --> 01:10:13,333
boleh menggagalkan perjuangan
demi keadilan perkauman di negara ini

1058
01:10:13,416 --> 01:10:14,958
selama 10 atau 15 tahun.

1059
01:10:16,500 --> 01:10:18,833
Awak mahu kekalkan orang itu?

1060
01:10:19,333 --> 01:10:22,708
Atau adakah rasa tanggungjawab
sebagai peneraju perjuangan

1061
01:10:22,791 --> 01:10:26,375
akan memaksa awak
untuk mengarahkan orang itu pergi?

1062
01:10:28,750 --> 01:10:30,250
Secara hipotesis…

1063
01:10:32,750 --> 01:10:34,416
saya akan arahkan dia pergi.

1064
01:10:35,291 --> 01:10:39,875
Melainkan orang yang dimaksudkan itu saya.

1065
01:10:41,416 --> 01:10:44,625
Julia dan Janifer Rustin mendidik saya
untuk merendah diri.

1066
01:10:44,708 --> 01:10:46,458
Tapi orang lain tak dididik…

1067
01:10:46,541 --> 01:10:48,041
Blyden, awak penganut Quaker?

1068
01:10:48,125 --> 01:10:49,708
- Tidak.
- Mereka akan cakap.

1069
01:10:49,791 --> 01:10:52,458
Norm, ada berapa stesen pertolongan cemas?

1070
01:10:52,541 --> 01:10:55,875
22 stesen, dikendalikan oleh
pengamal perubatan kulit Hitam.

1071
01:10:55,958 --> 01:10:58,708
- Air?
- 6 tangki air, 1,500 gelen setiap satu,

1072
01:10:58,791 --> 01:11:02,500
memastikan 27 pancuran air mudah alih
beroperasi sepanjang hari.

1073
01:11:02,583 --> 01:11:03,583
Pengangkutan?

1074
01:11:03,666 --> 01:11:07,125
Secara keseluruhan,
kita ada 2,220 bas sewa.

1075
01:11:07,208 --> 01:11:10,083
CORE Carolina Utara, 11 bas.
SNCC Mississippi, tujuh.

1076
01:11:10,166 --> 01:11:13,125
- Gereja Reverend Powell?
- Mereka sewa lima bas.

1077
01:11:13,208 --> 01:11:15,333
Saya boleh sebut ikut negeri, tapi Joyce?

1078
01:11:15,416 --> 01:11:16,791
40 kereta api Kebebasan.

1079
01:11:16,875 --> 01:11:19,375
Terima kasih kepada UAW,
6 penerbangan carter

1080
01:11:19,458 --> 01:11:23,666
membawa pekerja dari Chicago,
Grand Rapids, Flint, Detroit,

1081
01:11:23,750 --> 01:11:25,875
Syracuse, Rochester dan New York.

1082
01:11:25,958 --> 01:11:27,875
Atas permintaan En. Rustin juga,

1083
01:11:27,958 --> 01:11:32,541
datuk bandar meluluskan pelaksanaan
jadual waktu sibuk kereta api jam 5 pagi

1084
01:11:32,625 --> 01:11:35,458
agar penumpang
sempat menaiki bas jam 6 pagi.

1085
01:11:35,541 --> 01:11:36,833
Siapakah Guardian?

1086
01:11:36,916 --> 01:11:39,166
Kumpulan polis kulit Hitam New York.

1087
01:11:39,250 --> 01:11:43,166
Berapa Guardian ada di Washington
bagi memastikan perarakan aman?

1088
01:11:43,250 --> 01:11:44,291
Lebih 1,000.

1089
01:11:44,375 --> 01:11:46,750
- Tandas?
- Dua ratus sembilan puluh dua.

1090
01:11:46,833 --> 01:11:51,833
Ada penerbangan carter untuk selebriti
termasuk Harry Belafonte, Marlon Brando,

1091
01:11:51,916 --> 01:11:54,250
James Baldwin, Charlton Heston…

1092
01:11:54,333 --> 01:11:55,541
Moses.

1093
01:11:55,625 --> 01:12:00,916
…Diahann Carroll, Sammy Davis Jr.,
Lena Horne dan Burt Lancaster juga hadir.

1094
01:12:01,000 --> 01:12:03,500
Semuanya dicapai dalam tujuh minggu.

1095
01:12:03,583 --> 01:12:07,833
Sebab itu saya takkan arahkan saya pergi.

1096
01:12:09,458 --> 01:12:10,291
Ya!

1097
01:12:15,708 --> 01:12:16,916
Ya.

1098
01:12:17,000 --> 01:12:20,375
Bagaimana semua ini dilaksanakan
dalam masa yang singkat?

1099
01:12:20,458 --> 01:12:25,041
Dengan bekerja 12 hingga 15 jam sehari
setiap hari dan kerana Bayard.

1100
01:12:25,125 --> 01:12:26,666
Chief, Dr. Hedgeman,

1101
01:12:26,750 --> 01:12:31,166
kamu berdua pernah ada perkataan
yang terngiang-ngiang di fikiran?

1102
01:12:31,250 --> 01:12:32,083
Apa pula?

1103
01:12:32,166 --> 01:12:35,000
Ketika Bayard dan Rustinettes
buat persembahan tadi,

1104
01:12:35,083 --> 01:12:37,041
saya asyik dengar perkataan ini.

1105
01:12:37,125 --> 01:12:38,125
Pasadena.

1106
01:12:41,500 --> 01:12:43,625
- Martin, pernah pergi?
- Apa kaitannya?

1107
01:12:43,708 --> 01:12:45,708
Awak pula timbalan pengarah?

1108
01:12:46,208 --> 01:12:47,875
Pernah pergi ke Pasadena?

1109
01:12:51,083 --> 01:12:51,916
Tak ingat?

1110
01:12:52,875 --> 01:12:54,583
Kebetulan pula saya ada…

1111
01:12:56,458 --> 01:12:59,500
- Mana pula benda itu pergi?
- Tak, cukuplah.

1112
01:12:59,583 --> 01:13:00,416
Cukup.

1113
01:13:01,083 --> 01:13:05,666
Saya lihat program ini,
saya tak nampak nama seorang wanita pun.

1114
01:13:05,750 --> 01:13:08,875
Tak ada Ella Baker atau Diane Nash,

1115
01:13:08,958 --> 01:13:11,875
tak ada Dorothy Height
atau Gloria Richardson.

1116
01:13:11,958 --> 01:13:14,416
Myrlie Evers, Rosa Parks.

1117
01:13:14,500 --> 01:13:16,958
Tak ada.

1118
01:13:17,041 --> 01:13:20,625
Betulkan saya jika saya salah,
tapi keputusan telah dibuat

1119
01:13:20,708 --> 01:13:23,875
bahawa hanya pemimpin organisasi
dibenarkan bercakap.

1120
01:13:23,958 --> 01:13:26,875
- Tunggu, mana nama saya?
- Termasuk ahli politik.

1121
01:13:26,958 --> 01:13:30,125
Saya bukan sekadar ahli politik.

1122
01:13:30,208 --> 01:13:32,458
Pergi ke 7th Avenue dan 125th Street

1123
01:13:32,541 --> 01:13:35,041
dan tanya sesiapa,
sebut nama Adam Clayton Powell…

1124
01:13:35,125 --> 01:13:37,416
Dr. Hedgeman, boleh saya cadangkan

1125
01:13:37,500 --> 01:13:40,375
kita sambung
selepas kita ada penyelesaian?

1126
01:13:40,458 --> 01:13:42,916
Bagus. Kembali kepada maksud saya…

1127
01:13:43,000 --> 01:13:46,083
Awak tetamu di sini. Awak tak boleh terus…

1128
01:13:46,166 --> 01:13:49,375
- Boleh periksa tempat simpan barang…
- Adam!

1129
01:13:49,458 --> 01:13:52,250
Awak mungkin
pemimpin kulit Hitam di selatan…

1130
01:13:52,333 --> 01:13:53,958
Ahli Kongres Powell!

1131
01:13:55,916 --> 01:13:59,000
Kita sudah beralih topik.

1132
01:14:05,625 --> 01:14:08,208
Mesyuarat ini ditangguhkan.

1133
01:14:18,833 --> 01:14:20,083
Terus percaya.

1134
01:14:40,916 --> 01:14:42,708
Selamat malam, pengintip kerajaan.

1135
01:14:42,791 --> 01:14:45,166
- Tolong beritahu En. Hoover…
- En. Rustin.

1136
01:14:47,583 --> 01:14:48,416
Siapa ini?

1137
01:14:49,166 --> 01:14:50,000
Claudia…

1138
01:14:51,541 --> 01:14:52,791
Isteri Elias.

1139
01:14:54,666 --> 01:14:55,500
Ya.

1140
01:15:00,583 --> 01:15:01,458
Apa khabar?

1141
01:15:02,750 --> 01:15:04,333
Terima kasih kerana tanya.

1142
01:15:04,958 --> 01:15:06,458
Saya ada berita baik.

1143
01:15:07,083 --> 01:15:08,333
Ayah saya memutuskan

1144
01:15:08,416 --> 01:15:11,708
untuk menyerahkan jemaahnya
kepada suami saya.

1145
01:15:12,833 --> 01:15:13,833
Itu…

1146
01:15:15,250 --> 01:15:16,416
Itu berita baik.

1147
01:15:17,208 --> 01:15:19,333
Saya gembira awak rasa begitu.

1148
01:15:20,708 --> 01:15:23,791
Jadi, boleh awak beritahu suami saya,

1149
01:15:25,333 --> 01:15:27,875
sudah tiba masanya untuk dia pulang

1150
01:15:28,916 --> 01:15:31,458
ke jalan yang Tuhan tetapkan.

1151
01:15:33,291 --> 01:15:34,208
Puan Taylor…

1152
01:15:34,291 --> 01:15:36,541
Terima kasih kerana meluangkan masa.

1153
01:15:38,541 --> 01:15:41,625
Awak telah meluangkan
banyak masa dengan Elias,

1154
01:15:41,708 --> 01:15:43,750
tapi itu sudah berakhir.

1155
01:15:45,500 --> 01:15:46,416
Claudia…

1156
01:15:46,500 --> 01:15:48,958
Awak percaya akan kemampuan Elias.

1157
01:15:50,208 --> 01:15:52,958
Saya tahu hadnya.

1158
01:16:12,666 --> 01:16:13,958
Ketua Wells.

1159
01:16:14,041 --> 01:16:15,208
Encik Rustin.

1160
01:16:15,291 --> 01:16:17,125
Rakan saya sedang edarkan peta

1161
01:16:17,208 --> 01:16:19,583
untuk lokasi sistem sokongan utama.

1162
01:16:19,666 --> 01:16:21,750
Pancuran air, tempat barang hilang.

1163
01:16:21,833 --> 01:16:26,333
Saya juga ingin memaklumkan, lebih 1,000
Marsyal Bandar New York akan hadir.

1164
01:16:26,416 --> 01:16:30,708
Guardian telah diajar tentang prinsip
dan amalan penentangan pasif.

1165
01:16:30,791 --> 01:16:32,875
Jadi, mereka tidak akan bersenjata.

1166
01:16:32,958 --> 01:16:37,500
Buat pertama kali sejak zaman Larangan,
kedai arak diarahkan tutup hari itu.

1167
01:16:37,583 --> 01:16:40,291
Semua pembedahan elektif telah dibatalkan

1168
01:16:40,375 --> 01:16:43,416
dan ahli kongres meminta
staf wanita kekal di rumah.

1169
01:16:44,083 --> 01:16:45,250
Kenapa pula?

1170
01:16:46,375 --> 01:16:47,875
Sebab beberapa orang,

1171
01:16:47,958 --> 01:16:51,083
khususnya lelaki
yang kulitnya macam saya akan datang?

1172
01:16:51,791 --> 01:16:53,583
Kali terakhir saya pasang televisyen,

1173
01:16:53,666 --> 01:16:57,333
saya nampak samseng kulit putih
menyerang orang kulit Hitam di restoran

1174
01:16:57,416 --> 01:17:01,208
dan polis kulit putih
mengarahkan kanak-kanak disembur air.

1175
01:17:01,291 --> 01:17:05,458
Tapi tak adil untuk menyalahkan semua
atas tindakan segelintir orang.

1176
01:17:06,375 --> 01:17:10,416
Malah, itulah yang dipanggil sikap rasis.

1177
01:17:12,458 --> 01:17:15,708
Kamu berdua nampak macam
jurutera yang saya minta.

1178
01:17:15,791 --> 01:17:16,666
Betul.

1179
01:17:17,416 --> 01:17:21,125
Pada hari perarakan,
seluruh pasukan polis DC telah dikerah,

1180
01:17:22,500 --> 01:17:25,416
bersama 500 polis simpanan,
2,500 Pengawal Negara,

1181
01:17:25,500 --> 01:17:27,625
4,000 askar tentera,

1182
01:17:27,708 --> 01:17:30,333
dan atas arahan Pentagon, 19,000 askar.

1183
01:17:30,416 --> 01:17:34,708
Saya harap awak ada kerja untuk mereka
kerana mereka tak diperlukan.

1184
01:17:34,791 --> 01:17:37,458
Sesiapa yang berurusan
dengan Encik Hoover,

1185
01:17:37,541 --> 01:17:40,833
beritahu dia pada 28 Ogos,

1186
01:17:40,916 --> 01:17:45,166
orang kulit Hitam, putih, muda, tua,
kaya, kelas pekerja, miskin

1187
01:17:45,250 --> 01:17:47,583
akan turun ke Washington DC,

1188
01:17:47,666 --> 01:17:50,041
dan dia tidak boleh menghalang.

1189
01:17:51,375 --> 01:17:54,541
Saya perlukan sistem bunyi
untuk bercakap di sini

1190
01:17:54,625 --> 01:17:57,208
dan didengari jauh hingga ke belakang.

1191
01:17:57,291 --> 01:18:00,583
Sebab bunyi dapat mengubah
orang ramai menjadi penonton.

1192
01:18:01,708 --> 01:18:04,333
Apabila setiap heroin kita bangkit,

1193
01:18:04,416 --> 01:18:07,875
Chief akan umumkan
jasa mereka kepada dunia.

1194
01:18:07,958 --> 01:18:11,416
- Dilihat tapi tak didengari.
- Mereka boleh tulis pengenalan sendiri.

1195
01:18:11,500 --> 01:18:15,333
Dengan hormatnya, En. Randolph,
wanita patut perkenalkan mereka.

1196
01:18:15,416 --> 01:18:19,125
Jangan minta cadangan saya
kerana beberapa wanita beritahu saya

1197
01:18:19,208 --> 01:18:22,083
yang mereka takkan sertai perarakan itu.

1198
01:18:22,166 --> 01:18:23,583
Malang sekali.

1199
01:18:24,250 --> 01:18:26,208
Yang malangnya, tuan,

1200
01:18:26,833 --> 01:18:30,208
ialah keadaan yang mendorong mereka
membuat keputusan itu.

1201
01:18:30,708 --> 01:18:33,291
Bayard, apa berita di Washington?

1202
01:18:34,166 --> 01:18:37,125
Kita perlukan $16,000 hingga $20,000
untuk sistem bunyi.

1203
01:18:37,208 --> 01:18:38,958
Bagaimana dengan angkanya?

1204
01:18:39,041 --> 01:18:41,458
- Rachelle?
- Anggaran terkini ialah 88,000.

1205
01:18:41,541 --> 01:18:44,875
Jika angkanya tak cukup 100,000…

1206
01:18:44,958 --> 01:18:48,625
Menarik betul, beberapa hari lepas,
Ahli Kongres Powell mendesak saya

1207
01:18:48,708 --> 01:18:50,041
untuk berucap di perarakan.

1208
01:18:50,125 --> 01:18:51,291
Tahu kenapa?

1209
01:18:51,916 --> 01:18:54,708
Mak Cik Bess buat jamuan.

1210
01:18:55,291 --> 01:18:57,958
- Mak Cik Bess?
- Tiada sesiapa ada Mak Cik Bess.

1211
01:18:58,041 --> 01:19:01,125
Mak Cik Wilhelmina,
Mak Cik Clarissa, Mak Cik…

1212
01:19:01,208 --> 01:19:03,500
Mak cik saya Mak Cik Bess!

1213
01:19:03,583 --> 01:19:05,125
20 tetamu akan datang.

1214
01:19:05,708 --> 01:19:08,916
Apabila sepupu telefon sepupu,
jiran jemput jiran,

1215
01:19:09,000 --> 01:19:12,000
Mak Cik Bess perlu masak untuk 50 orang.

1216
01:19:13,041 --> 01:19:17,208
Tuan Timbalan Pengarah,
awak perlu masak untuk 200,000 orang.

1217
01:19:17,291 --> 01:19:18,875
Awak dengar di sini dulu.

1218
01:19:19,541 --> 01:19:20,458
Baiklah.

1219
01:19:23,875 --> 01:19:24,750
Kad ikrar.

1220
01:19:25,375 --> 01:19:28,416
Tak sesuai untuk minta derma
pada hari itu.

1221
01:19:30,291 --> 01:19:34,291
"Saya berikrar untuk mengabdikan diri
dalam perjuangan hak sivil.

1222
01:19:35,708 --> 01:19:38,875
Saya berikrar untuk memberi hati,
minda dan tubuh

1223
01:19:39,416 --> 01:19:42,875
tanpa ragu dan tanpa menghiraukan
pengorbanan peribadi,

1224
01:19:43,833 --> 01:19:48,250
demi mencapai keamanan sosial
melalui keadilan sosial.

1225
01:19:48,833 --> 01:19:52,375
Saya akan menyebarkan mesej
kepada kawan dan jiran di kampung

1226
01:19:52,458 --> 01:19:56,875
dan mendorong mereka untuk memberi
komitmen dan usaha yang sama.

1227
01:19:58,416 --> 01:20:00,541
Saya akan berarak dan menulis surat.

1228
01:20:00,625 --> 01:20:02,583
Saya akan membantah dan mengundi.

1229
01:20:02,666 --> 01:20:05,916
Saya akan memastikan suara saya
dan saudara-saudara saya

1230
01:20:06,000 --> 01:20:10,166
didengar jelas dan nekad
dari setiap penjuru negara ini."

1231
01:20:21,875 --> 01:20:22,750
Isteri saya…

1232
01:20:27,625 --> 01:20:30,875
Ayahnya akan bersara
dan serahkan gerejanya kepada saya.

1233
01:20:32,791 --> 01:20:34,375
Dia telefon dan beritahu saya.

1234
01:20:38,750 --> 01:20:40,958
Dia beritahu awak yang dia hamil?

1235
01:20:46,625 --> 01:20:47,458
Elias…

1236
01:20:49,333 --> 01:20:52,500
Awak mungkin fikir
awak membunuh satu aspek diri awak,

1237
01:20:52,583 --> 01:20:53,708
tapi itu tak benar.

1238
01:20:54,500 --> 01:20:56,500
Awak membunuh seluruh diri awak.

1239
01:20:58,625 --> 01:21:00,166
Saya sudah berkahwin,

1240
01:21:01,750 --> 01:21:03,916
bakal menjadi ayah dan awak…

1241
01:21:05,166 --> 01:21:08,625
Awak lelaki yang jijik
dan perlu berhenti mengekori saya.

1242
01:21:11,375 --> 01:21:13,875
Dia juga kata dia tak dengar khabar awak.

1243
01:21:14,375 --> 01:21:17,875
Awak pernah ke taman ini pada waktu malam?
Mt. Morris Baths?

1244
01:21:17,958 --> 01:21:18,916
Siapa ugut awak?

1245
01:21:19,000 --> 01:21:21,958
Pasukan pencegah maksiat? FBl?
Mereka ada gambar?

1246
01:21:22,916 --> 01:21:26,250
Keinginan tubuh menentang keinginan jiwa,

1247
01:21:26,333 --> 01:21:28,666
dan keinginan jiwa
menentang keinginan tubuh.

1248
01:21:28,750 --> 01:21:31,166
Keinginan tubuh menentang keinginan jiwa,

1249
01:21:31,250 --> 01:21:32,833
dan keinginan…

1250
01:21:32,916 --> 01:21:35,583
Ia menghalang awak
daripada keinginan sebenar.

1251
01:22:10,041 --> 01:22:12,916
Penganjur bencana yang menanti kita ini,

1252
01:22:13,000 --> 01:22:16,208
kononnya "lelaki" bernama Bayard Rustin,

1253
01:22:16,791 --> 01:22:18,541
bukan saja komunis,

1254
01:22:19,125 --> 01:22:20,583
dia juga penyumbaleweng.

1255
01:22:21,416 --> 01:22:24,875
Saya ada rekod penangkapannya di Pasadena,

1256
01:22:24,958 --> 01:22:27,708
bertarikh Januari 1953.

1257
01:22:27,791 --> 01:22:32,416
Encik Rustin mengaku bersalah
melakukan aksi lucah bersama dua lelaki.

1258
01:22:32,500 --> 01:22:34,875
Dia homoseksual yang didapati bersalah…

1259
01:22:40,791 --> 01:22:45,000
Majlis Gereja berjanji
untuk memberi 80,000 kotak makanan.

1260
01:22:45,083 --> 01:22:46,041
- Betul?
- Ya.

1261
01:22:46,125 --> 01:22:47,875
Ya. Mentega kacang dan jem.

1262
01:22:47,958 --> 01:22:49,875
Kami berbincang dan…

1263
01:22:49,958 --> 01:22:51,166
Jangan jawab.

1264
01:22:51,791 --> 01:22:54,000
- Siapa kami?
- Semua ahli perempuan.

1265
01:22:54,583 --> 01:22:58,708
- Kami rasa sandwic keju lebih baik.
- Tidak. Mentega kacang dan jeli.

1266
01:22:58,791 --> 01:22:59,708
Jangan jawab.

1267
01:22:59,791 --> 01:23:03,083
Apa perkataan yang
kamu selalu dengar saya sebut?

1268
01:23:03,166 --> 01:23:04,458
- Eleanore?
- Butiran.

1269
01:23:04,541 --> 01:23:06,833
Suhunya melebihi 27 darjah Celcius.

1270
01:23:07,416 --> 01:23:10,541
Keju akan busuk. Kamu patut tahu.

1271
01:23:13,541 --> 01:23:15,041
Kamu semua patut tahu!

1272
01:23:52,666 --> 01:23:53,708
Bayard…

1273
01:23:57,166 --> 01:23:59,583
Awak antara lelaki paling bijak
yang saya kenal.

1274
01:24:00,333 --> 01:24:01,958
Jadi, jelaskan kepada saya,

1275
01:24:02,583 --> 01:24:04,833
dengan pelbagai tugas yang menanti,

1276
01:24:04,916 --> 01:24:09,125
kenapa saya perlu
menerangkan diri saya sekali lagi?

1277
01:24:11,625 --> 01:24:14,375
Kita semua diajar dengan jahat dan kejam

1278
01:24:14,458 --> 01:24:16,791
bahawa kita tidak cukup, tidak lengkap.

1279
01:24:17,291 --> 01:24:20,083
Cara termudah untuk melawan
rasa tidak cukup itu

1280
01:24:20,166 --> 01:24:22,333
adalah dengan mencari orang lebih hina.

1281
01:24:22,416 --> 01:24:25,625
Lebih hina kerana mereka lebih miskin
atau lebih gelap

1282
01:24:25,708 --> 01:24:30,750
atau mahu seseorang yang dilarang
oleh gereja dan undang-undang kita.

1283
01:24:30,833 --> 01:24:32,875
Apabila kita menipu diri sendiri,

1284
01:24:32,958 --> 01:24:35,750
mula hidup dan percaya penipuan begitu,

1285
01:24:35,833 --> 01:24:39,791
kita buat kerja penindas
dengan menindas diri kita.

1286
01:24:43,625 --> 01:24:46,666
Strom Thurmond dan Hoover
tak peduli tentang saya.

1287
01:24:47,666 --> 01:24:52,875
Mereka cuma mahu menghalang
kita semua berkumpul

1288
01:24:52,958 --> 01:24:55,166
dan menuntut perubahan di negara ini.

1289
01:24:59,916 --> 01:25:01,916
Mereka mahu saya letak jawatan?

1290
01:25:04,416 --> 01:25:05,791
Ya, ada yang mahu.

1291
01:25:05,875 --> 01:25:08,083
Kalau begitu, mereka perlu pecat saya

1292
01:25:08,583 --> 01:25:10,500
sebab saya takkan letak jawatan.

1293
01:25:13,125 --> 01:25:15,250
Pada hari saya lahir berkulit Hitam,

1294
01:25:15,833 --> 01:25:17,958
saya juga lahir sebagai homoseksual.

1295
01:25:19,291 --> 01:25:22,333
Mereka perlu percaya
akan kebebasan dan keadilan untuk semua

1296
01:25:23,625 --> 01:25:24,666
atau tidak.

1297
01:25:36,250 --> 01:25:38,041
Ya, ini Michelle Harwood.

1298
01:25:40,750 --> 01:25:42,375
- Ini Michelle Harwood.
- Okey.

1299
01:25:42,875 --> 01:25:45,250
Boleh beri nama pertama dan akhir awak?

1300
01:25:47,583 --> 01:25:48,958
Michelle Harwood bercakap.

1301
01:25:50,916 --> 01:25:52,708
Ya, ini Michelle.

1302
01:25:52,791 --> 01:25:54,125
Biloxi, satu bas lagi.

1303
01:25:54,625 --> 01:25:56,666
Empat puluh tujuh, Chattanooga.

1304
01:25:58,125 --> 01:26:00,125
Eleanore, ada nombor baharu. Nak tengok?

1305
01:26:00,208 --> 01:26:03,583
- Awak ada permintaan lain?
- Awak perlu lalu tol.

1306
01:26:05,458 --> 01:26:08,583
Sebelum koridor Washington Old Dominion…

1307
01:26:11,250 --> 01:26:14,083
Awak nak berpakaian begitu
untuk hukuman saya?

1308
01:26:16,875 --> 01:26:18,541
Vel balu saya ada di dobi.

1309
01:26:24,958 --> 01:26:29,041
Selama ini awak tunggu saya
walaupun saya belum sedia untuk memberi.

1310
01:26:31,500 --> 01:26:35,541
Mungkin apabila saya lebih tua
dan kebanyakan perjuangan dimenangi,

1311
01:26:35,625 --> 01:26:36,458
saya akan

1312
01:26:37,916 --> 01:26:39,916
bebaskan hati untuk jatuh cinta.

1313
01:26:41,875 --> 01:26:45,500
Tapi sebelum itu, saya nak awak tahu
yang awak keluarga saya.

1314
01:26:47,208 --> 01:26:48,125
Tiada rahsia,

1315
01:26:49,166 --> 01:26:50,041
tiada malu,

1316
01:26:51,708 --> 01:26:52,791
cuma kasih sayang.

1317
01:26:58,791 --> 01:27:01,416
Saya kecewa kerana ada lelaki

1318
01:27:01,500 --> 01:27:04,083
yang begitu mendukung moral Kristian,

1319
01:27:04,750 --> 01:27:08,875
tapi sanggup melanggar
konsep asas kesopanan manusia

1320
01:27:08,958 --> 01:27:11,458
untuk menganiaya orang lain.

1321
01:27:15,208 --> 01:27:18,500
Encik Rustin antara orang paling bermoral,

1322
01:27:19,791 --> 01:27:22,666
orang paling baik yang saya pernah kenal.

1323
01:27:23,875 --> 01:27:27,000
Dia komited terhadap demokrasi Amerika

1324
01:27:28,125 --> 01:27:30,458
seperti mana-mana pegawai yang dilantik

1325
01:27:31,583 --> 01:27:34,208
dan akan berjuang demi hak semua orang,

1326
01:27:35,208 --> 01:27:38,625
termasuk mereka yang menggunakan
kuasa kedudukan mereka

1327
01:27:39,625 --> 01:27:41,000
untuk menafikan haknya.

1328
01:27:42,625 --> 01:27:44,458
Saya bangga menjadi sahabatnya.

1329
01:27:45,333 --> 01:27:49,833
Tiada orang yang lebih baik
untuk mengetuai kami ke Washington DC.

1330
01:28:02,000 --> 01:28:02,875
Tidak.

1331
01:28:12,458 --> 01:28:13,375
Tidak.

1332
01:28:20,541 --> 01:28:22,375
- Tunggu. Cepatlah.
- Jom.

1333
01:29:21,708 --> 01:29:22,916
Encik Rustin!

1334
01:29:23,833 --> 01:29:24,708
Blyden.

1335
01:29:28,541 --> 01:29:30,250
- Sebelah mana? Kanan?
- Kanan.

1336
01:29:32,041 --> 01:29:37,500
Jesus berjalan di lembah sunyi

1337
01:29:38,416 --> 01:29:44,666
Dia terpaksa berjalan sendiri

1338
01:29:49,208 --> 01:29:51,958
Ya Tuhan, saya doa mereka datang hari ini.

1339
01:29:52,041 --> 01:29:53,291
Letak di sana.

1340
01:29:54,291 --> 01:29:55,541
Itu pula di sana.

1341
01:29:57,291 --> 01:30:00,291
HENTIKAN LAYANAN BERAT SEBELAH!

1342
01:30:00,375 --> 01:30:03,416
Terima kasih. Ambil ini.
Tempatnya di sana.

1343
01:30:06,708 --> 01:30:08,083
Ambil lagi.

1344
01:30:08,166 --> 01:30:10,583
Tandatangan dan pulangkan kad ikrar ini.

1345
01:30:13,041 --> 01:30:15,750
- Encik Rustin.
- Encik Rustin.

1346
01:30:15,833 --> 01:30:17,750
- Pukul 7.45 pagi.
- Mana semua orang?

1347
01:30:17,833 --> 01:30:21,208
- Awak kata ada 100,000 orang.
- Saya nampak 75 orang.

1348
01:30:21,291 --> 01:30:26,791
Alabama, Wisconsin, Nevada, Union Station.
Saya rasa lebih kurang pukul sepuluh.

1349
01:30:26,875 --> 01:30:27,833
Eleanore?

1350
01:30:30,041 --> 01:30:31,166
Pukul sepuluh.

1351
01:30:31,958 --> 01:30:35,208
Ujian suara. Cubaan, satu, dua, tiga.

1352
01:31:17,916 --> 01:31:18,750
Semuanya cantik.

1353
01:31:19,416 --> 01:31:21,416
Kebebasan sekarang…

1354
01:31:21,500 --> 01:31:24,208
- Ya. Betul.
- Hallelujah!

1355
01:31:29,041 --> 01:31:30,375
Semua orang…

1356
01:31:56,166 --> 01:32:00,041
Kebebasan, kebebasan

1357
01:32:00,125 --> 01:32:04,041
Kebebasan, kebebasan, kebebasan

1358
01:32:21,666 --> 01:32:22,833
Amin!

1359
01:32:40,875 --> 01:32:42,583
Hallelujah!

1360
01:32:43,458 --> 01:32:44,666
Pujian kepada Tuhan!

1361
01:32:44,750 --> 01:32:46,916
Ya! Amin!

1362
01:32:49,625 --> 01:32:51,083
Amin, Mahalia!

1363
01:33:07,250 --> 01:33:10,916
Apabila kita laungkan
dari setiap kampung dan setiap desa,

1364
01:33:11,000 --> 01:33:14,250
dari setiap negeri dan setiap bandar,

1365
01:33:15,083 --> 01:33:17,583
kita dapat mempercepatkan
ketibaan hari itu

1366
01:33:17,666 --> 01:33:19,458
apabila semua anak Tuhan,

1367
01:33:19,541 --> 01:33:21,125
lelaki kulit Hitam dan putih,

1368
01:33:21,208 --> 01:33:24,208
Yahudi dan bukan Yahudi,
Protestan dan Katolik,

1369
01:33:24,291 --> 01:33:26,458
semuanya dapat berpegang tangan

1370
01:33:26,541 --> 01:33:29,375
dan menyanyikan
kata-kata semangat kulit Hitam,

1371
01:33:30,375 --> 01:33:33,375
"Bebas akhirnya!

1372
01:33:33,458 --> 01:33:36,208
Syukurlah Tuhan, kami bebas akhirnya."

1373
01:34:40,375 --> 01:34:41,333
Bayard.

1374
01:34:41,416 --> 01:34:43,000
- Anna.
- Encik Randolph.

1375
01:34:43,083 --> 01:34:45,083
Semasa saya kecil,

1376
01:34:45,583 --> 01:34:47,791
setiap malam ayah saya akan tanya,

1377
01:34:48,291 --> 01:34:50,958
"Kamu dah buat
sesuatu yang berguna hari ini?"

1378
01:34:51,625 --> 01:34:54,666
Saya pasti awak pun sama.

1379
01:34:54,750 --> 01:34:57,625
Tapi, hari ini…

1380
01:34:58,583 --> 01:35:00,041
Hari ini…

1381
01:35:01,708 --> 01:35:03,083
Chief.

1382
01:35:03,666 --> 01:35:07,625
Saya dapat berita.
Presiden jemput Big Ten ke Pejabat Oval.

1383
01:35:08,750 --> 01:35:10,625
Itulah yang kita mahu.

1384
01:35:11,541 --> 01:35:12,458
Tahniah.

1385
01:35:12,541 --> 01:35:14,208
Bayard patut ikut sama.

1386
01:35:16,916 --> 01:35:20,583
Beberapa minggu lalu, saya kata
saya gembira menjadi pengutip sampah

1387
01:35:20,666 --> 01:35:22,041
jika kita berjaya hari ini.

1388
01:35:22,125 --> 01:35:26,500
Rustin, awak lebih berharga kepada kami
berbanding pengutip sampah.

1389
01:35:26,583 --> 01:35:28,208
Roy, malu.

1390
01:35:28,291 --> 01:35:31,041
Ma Rustin ajar saya,
lelaki tak kurang nilainya

1391
01:35:31,125 --> 01:35:33,875
jika dia kutip sampah demi orangnya.

1392
01:35:50,333 --> 01:35:51,791
Helo. Apa khabar?

1393
01:35:51,875 --> 01:35:52,791
Boleh pinjam?

1394
01:35:54,750 --> 01:35:55,583
Terima kasih.

1395
01:36:14,541 --> 01:36:18,000
250,000 orang menghadiri
Perarakan di Washington,

1396
01:36:18,083 --> 01:36:21,291
menjadikannya protes aman
yang terbesar setakat ini.

1397
01:36:22,458 --> 01:36:23,875
Sembilan bulan kemudian,

1398
01:36:23,958 --> 01:36:27,166
Akta Hak Sivil menghalang diskriminasi
mengikut bangsa,

1399
01:36:27,250 --> 01:36:29,791
warna kulit, jantina,
agama atau negara asal

1400
01:36:29,875 --> 01:36:31,291
diluluskan oleh kongres.

1401
01:36:32,458 --> 01:36:35,833
Pada tahun 1977, Bayard jatuh cinta
dengan Walter Naegle.

1402
01:36:35,916 --> 01:36:40,291
Mereka hidup bersama
sehingga Bayard meninggal dunia pada 1987.

1403
01:36:41,833 --> 01:36:44,708
Lima puluh tahun selepas Perarakan,

1404
01:36:44,791 --> 01:36:48,958
Bayard Rustin telah dianugerahkan
Pingat Kebebasan Presiden.

1405
01:46:07,000 --> 01:46:12,041
Terjemahan sari kata oleh Liyana Osman



