1
00:00:02,000 --> 00:00:07,000
Downloaded from
YTS.MX

2
00:00:08,000 --> 00:00:13,000
Official YIFY movies site:
YTS.MX

3
00:00:10,635 --> 00:00:15,140
Sebuah filem hebat akan membawa kita
ke tempat yang tidak dapat dibayangkan.

4
00:00:16,850 --> 00:00:19,436
Jika kita menontonnya
di sebuah tempat suci,

5
00:00:20,103 --> 00:00:22,063
bangunan yang dikhaskan untuknya,

6
00:00:23,106 --> 00:00:25,734
pengalamannya pasti luar biasa.

7
00:00:27,569 --> 00:00:30,113
Opera dipersembahkan di panggung,

8
00:00:30,196 --> 00:00:32,657
balet dipersembahkan di dewan

9
00:00:32,741 --> 00:00:34,993
dan lukisan dipamerkan di muzium.

10
00:00:35,535 --> 00:00:38,621
Seni wayang harus ditayangkan
di alam ajaibnya juga

11
00:00:38,705 --> 00:00:40,874
iaitu panggung-panggung yang gah.

12
00:00:40,957 --> 00:00:42,876
Seperti bangunan suci lain,

13
00:00:42,959 --> 00:00:44,210
kita pergi ke pawagam

14
00:00:45,712 --> 00:00:48,757
untuk merasai semula detik rohaniah.

15
00:01:09,861 --> 00:01:11,529
Manusia gemar bercerita.

16
00:01:11,613 --> 00:01:13,406
Setiap tanggapan kita

17
00:01:13,490 --> 00:01:15,158
terhadap cinta,

18
00:01:15,241 --> 00:01:17,619
negara atau perasaan memiliki sesuatu,

19
00:01:17,702 --> 00:01:19,162
pasti ada kisahnya.

20
00:01:20,747 --> 00:01:26,044
Satu-satunya seni yang mampu memenuhi
pengalaman manusia ialah seni wayang.

21
00:01:26,961 --> 00:01:29,297
Sekiranya kita menikmati sebuah filem

22
00:01:29,380 --> 00:01:32,592
dalam persekitaran
yang kita boleh menyerahkan diri,

23
00:01:33,551 --> 00:01:34,928
ia akan menguasai kita,

24
00:01:35,637 --> 00:01:37,639
memulih dan menaikkan semangat

25
00:01:38,389 --> 00:01:40,058
serta berhubung dengan jiwa.

26
00:01:41,059 --> 00:01:44,604
Maka, bagi saya,
Egyptian ialah sebuah tempat suci.

27
00:01:52,112 --> 00:01:54,239
Banyak kali saya hilang semangat.

28
00:01:54,322 --> 00:01:58,701
Saya pernah mahu berhenti kerja.
Saya kata, "Semua ini tak bermakna."

29
00:01:59,661 --> 00:02:01,579
Seni wayang kembalikan semangat saya.

30
00:02:01,663 --> 00:02:05,959
Dengan drama,
filem seram atau kartun yang tepat.

31
00:02:06,626 --> 00:02:07,752
Karya Capra.

32
00:02:07,836 --> 00:02:09,170
Selamat Hari Krismas!

33
00:02:09,254 --> 00:02:10,755
Mungkin karya Keaton.

34
00:02:11,422 --> 00:02:13,174
Kita terhibur dengannya.

35
00:02:13,258 --> 00:02:14,342
Marilah!

36
00:02:15,844 --> 00:02:17,220
Raging Bull.

37
00:02:18,638 --> 00:02:19,889
Thin Red Line.

38
00:02:20,807 --> 00:02:22,016
Road to Perdition.

39
00:02:23,143 --> 00:02:25,854
Itulah filem-filem yang saya paling ingat.

40
00:02:25,937 --> 00:02:27,438
Semuanya terasa nyata.

41
00:02:27,522 --> 00:02:30,275
Seolah-olah saya berada
di sebuah alam ajaib.

42
00:02:30,859 --> 00:02:32,110
Begitulah keadaannya.

43
00:02:32,193 --> 00:02:36,739
Memasuki tempat gelap dan berhalusinasi
dengan orang yang tak dikenali,

44
00:02:36,823 --> 00:02:39,284
kemudian keluar membawa perubahan diri.

45
00:02:40,368 --> 00:02:42,162
Ia satu pengalaman berkumpulan

46
00:02:42,245 --> 00:02:45,665
dan kita dapat merasainya.

47
00:02:46,166 --> 00:02:49,502
Panggung itu sendiri,
ruang filem kita ditayangkan,

48
00:02:49,586 --> 00:02:53,047
mempengaruhi cara orang mengaitkan diri
dengan filem itu.

49
00:02:53,131 --> 00:02:54,841
Wah!

50
00:02:54,924 --> 00:02:57,969
Apabila memasuki Egyptian,
kita pasti bersemangat.

51
00:02:58,052 --> 00:03:00,096
PAWAGAM EGYPTIAN GRAUMAN

52
00:03:00,180 --> 00:03:01,764
Pengalamannya bermula

53
00:03:01,848 --> 00:03:05,059
daripada berjalan memasuki
bahagian depan panggung itu

54
00:03:05,560 --> 00:03:09,230
dengan mengimbau kembali
daya tarikan Hollywood pada masa lalu.

55
00:03:09,772 --> 00:03:13,109
Bagai satu percutian
ke sebuah realiti berbeza.

56
00:03:13,193 --> 00:03:18,072
Kita dibawa ke tempat yang mempunyai
seni bina yang sangat menakjubkan

57
00:03:18,156 --> 00:03:22,535
walaupun mungkin tak tersenarai
sebagai seni bina teragung dalam sejarah.

58
00:03:23,119 --> 00:03:25,205
Kemegahannya dapat dirasai.

59
00:03:25,288 --> 00:03:27,582
Kita tenggelam dalam suasana itu.

60
00:03:27,665 --> 00:03:31,085
Sebagai seorang yang percaya
kepada roh dan hantu

61
00:03:31,169 --> 00:03:33,588
serta tenaga yang ada di dalam ruang,

62
00:03:34,589 --> 00:03:36,633
saya rasa bangunan itu ada memori.

63
00:03:38,509 --> 00:03:41,262
Ayah saya hadir

64
00:03:41,346 --> 00:03:44,891
pada malam perasmian Pawagam Egyptian.

65
00:03:44,974 --> 00:03:46,267
Filem Robin Hood.

66
00:03:46,351 --> 00:03:48,186
Katanya, "Ada Douglas Fairbanks."

67
00:03:48,269 --> 00:03:50,980
Itu malam yang bersejarah
dan amat istimewa.

68
00:03:51,064 --> 00:03:52,440
Saya amat menyukainya.

69
00:03:52,523 --> 00:03:55,276
Ia pawagam kegemaran saya di Hollywood.

70
00:03:55,944 --> 00:03:59,489
Saya koyakkan 1,316 tiket setiap malam.

71
00:04:00,698 --> 00:04:03,785
Saya seronok
kerana terlibat dalam semua itu,

72
00:04:03,868 --> 00:04:05,370
khasnya tayangan perdana.

73
00:04:05,453 --> 00:04:07,997
Ada permaidani merah dan banyak bunga.

74
00:04:08,081 --> 00:04:09,249
Ramai bintang

75
00:04:09,332 --> 00:04:12,627
seperti Marlon Brando akan datang
ke pawagam itu.

76
00:04:12,710 --> 00:04:15,964
Kami bangga kerana terlibat
dalam sesuatu yang istimewa.

77
00:04:17,215 --> 00:04:19,550
Tayangan perdana Ben-Hur di Egyptian.

78
00:04:19,634 --> 00:04:21,010
Ia telah diisytiharkan

79
00:04:21,094 --> 00:04:24,097
sebagai pengalaman hiburan terbaik
sepanjang zaman.

80
00:04:24,180 --> 00:04:27,934
Ada banyak tayangan perdana gah
di sana pada tahun 1960-an…

81
00:04:28,518 --> 00:04:29,978
Apa khabar?

82
00:04:30,061 --> 00:04:31,854
…dan 1970-an seperti Alien…

83
00:04:33,648 --> 00:04:34,857
Awal 1980-an.

84
00:04:39,070 --> 00:04:40,738
GEMPA BUMI

85
00:04:40,822 --> 00:04:43,658
GEMPA BUMI 6.6 SKALA RICHTER MELANDA LA

86
00:04:44,742 --> 00:04:46,619
Saya lalu di depan Egyptian.

87
00:04:46,703 --> 00:04:48,788
Ada lubang besar pada bangunan itu.

88
00:04:49,664 --> 00:04:52,542
Kita perlu memelihara Egyptian
sampai bila-bila.

89
00:04:53,459 --> 00:04:56,254
Tempat ini merupakan
batu asas yang penting

90
00:04:56,337 --> 00:05:00,883
dalam penciptaan
kaedah menikmati keseronokan filem.

91
00:05:02,927 --> 00:05:08,141
American Cinematheque dengan beraninya
melaksanakan projek pemulihan

92
00:05:08,224 --> 00:05:10,893
bagi menyelamatkan sejarah
dan keistimewaan Egyptian

93
00:05:10,977 --> 00:05:12,687
agar dapat beroperasi semula.

94
00:05:15,565 --> 00:05:18,901
Saya menonton King Kong
buat kali pertama di televisyen.

95
00:05:18,985 --> 00:05:22,739
Kebanyakan daripada generasi saya
dan generasi selepas saya

96
00:05:22,822 --> 00:05:27,410
banyak menonton
penceritaan audiovisual di televisyen.

97
00:05:29,329 --> 00:05:33,875
Ketika tonton Vertigo dengan skrin besar,
seolah-olah macam tak pernah tonton.

98
00:05:34,625 --> 00:05:37,128
Walaupun saya dah banyak kali menontonnya,

99
00:05:37,920 --> 00:05:41,716
saiz skrin itu memberikan
perbezaan yang sangat besar.

100
00:05:43,009 --> 00:05:45,553
Di tempat suci,
penting untuk menyerah diri.

101
00:05:45,636 --> 00:05:48,681
Dalam masa yang singkat,
seluruh dunia kita berubah.

102
00:05:51,142 --> 00:05:53,019
Saya suka Apocalypse Now.

103
00:05:53,728 --> 00:05:56,522
Saya boleh tonton banyak kali di pawagam.

104
00:05:56,606 --> 00:06:00,818
Saya sangat terkesan di pawagam
apabila menonton filem epik macam itu.

105
00:06:00,902 --> 00:06:03,738
Ada pendosa bersama kita di sini.

106
00:06:03,821 --> 00:06:06,407
Lepas tonton There Will Be Blood,
"Aku nak buat juga."

107
00:06:06,491 --> 00:06:09,827
Filem itu hebat.
Sebab itu saya jadi pengarah fotografi.

108
00:06:09,911 --> 00:06:11,329
Saya selalu fikir,

109
00:06:11,412 --> 00:06:14,040
"Adakah penonton di pawagam akan suka?"

110
00:06:14,791 --> 00:06:17,585
Selepas kali pertama
tonton filem hitam putih,

111
00:06:17,668 --> 00:06:19,837
Miracle on 34th Street,

112
00:06:19,921 --> 00:06:23,508
saya sedar yang saya suka filem lama juga.

113
00:06:23,591 --> 00:06:25,385
Saya lebih faham sekarang

114
00:06:25,468 --> 00:06:29,806
betapa seronoknya menonton filem
dengan rakan penonton yang hebat

115
00:06:29,889 --> 00:06:31,224
di pawagam yang penuh.

116
00:06:31,891 --> 00:06:38,481
Egyptian sangat istimewa kerana mampu
menayangkan filem berasaskan nitrat.

117
00:06:38,564 --> 00:06:40,400
Susah nak jumpa.

118
00:06:40,483 --> 00:06:43,319
Hanya ada beberapa pawagam
di Amerika Syarikat

119
00:06:43,403 --> 00:06:46,697
dan seluruh dunia
yang menayangkan filem nitrat.

120
00:06:46,781 --> 00:06:50,535
Filem rumit macam puntianak.
Mesti ada kegelapan untuk wujud

121
00:06:50,618 --> 00:06:54,455
dan juga bergantung
pada kimia badan yang sangat aneh.

122
00:06:54,539 --> 00:06:58,418
Saya memang suka cara lama
macam tayangan cetakan filem yang unik

123
00:06:58,501 --> 00:07:01,546
kerana saya suka tekstur
dan ketaksempurnaan.

124
00:07:01,629 --> 00:07:04,257
Ada sesuatu padanya yang lebih istimewa.

125
00:07:04,924 --> 00:07:06,467
Pengalamannya berbeza.

126
00:07:06,551 --> 00:07:09,804
Ada sesuatu yang indah
tentang kerlipan itu.

127
00:07:09,887 --> 00:07:15,435
Studio percaya kami untuk masuk ke arkib
dan melihat semua cetakan terbaik mereka.

128
00:07:15,518 --> 00:07:19,105
Kami dapat lihat cetakan
yang waktu penghasilannya hampir

129
00:07:19,188 --> 00:07:21,482
dengan negatif asal.

130
00:07:22,108 --> 00:07:26,737
Kita patut memperjuangkan pawagam
yang menayangkan filem lama yang hebat

131
00:07:26,821 --> 00:07:32,076
kerana ia memberikan pengalaman bermakna
yang mampu mengubah hidup seseorang.

132
00:07:32,660 --> 00:07:36,038
Selepas habis menonton
Los Olvidados, filem Buñuel,

133
00:07:36,122 --> 00:07:38,416
saya terus berubah sama sekali.

134
00:07:38,499 --> 00:07:41,711
Saya terfikir,
"Filem itu dibuat oleh orang Mexico.

135
00:07:41,794 --> 00:07:46,799
Saya boleh ceritakan realiti dalam fikiran
atau tempat lahir menerusi seni wayang."

136
00:07:48,968 --> 00:07:52,763
Saya ingat lagi ketika menonton
The Freshman oleh Harold Lloyd.

137
00:07:52,847 --> 00:07:59,228
Apabila melihat filem dari 80 tahun lepas
disambut dengan tepukan gemuruh…

138
00:07:59,312 --> 00:08:03,316
Itulah pengalaman terbaik saya
menonton komedi di panggung.

139
00:08:03,900 --> 00:08:07,403
Peter Bogdanovich kata,
"Tiada filem lama atau baharu.

140
00:08:07,487 --> 00:08:10,740
Hanya filem yang kita sudah tonton
atau belum tonton."

141
00:08:11,699 --> 00:08:14,202
Saya amat mengagumi Mervyn LeRoy…

142
00:08:14,285 --> 00:08:16,370
Lebih hebat orangnya,
lebih perit kekalahannya.

143
00:08:16,454 --> 00:08:17,413
…Douglas Sirk…

144
00:08:17,497 --> 00:08:18,498
Letakkan telefon.

145
00:08:18,581 --> 00:08:21,626
Awak nak cakap sendiri?
Saya akan beritahu awak ada.

146
00:08:21,709 --> 00:08:23,169
Karya mereka mesti dijaga.

147
00:08:23,252 --> 00:08:25,796
Memelihara pengalaman-pengalaman itu

148
00:08:25,880 --> 00:08:29,425
dengan cara mereka menayangkannya
ialah satu tugas yang suci.

149
00:08:30,009 --> 00:08:33,679
Egyptian perlu diperelok semula
dan kerja ubah suai akan dibuat

150
00:08:33,763 --> 00:08:37,934
dengan dana daripada Netflix
dan American Cinematheque.

151
00:08:38,643 --> 00:08:43,606
Di Egyptian, kami mahu mencipta semula
dan memelihara dengan baik

152
00:08:43,689 --> 00:08:45,358
segala tinggalan sejak 1922

153
00:08:45,942 --> 00:08:50,488
supaya orang sekarang boleh datang
dan merasai pengalaman di sini.

154
00:08:50,571 --> 00:08:51,697
Saya nak satu.

155
00:08:52,657 --> 00:08:56,994
Di pawagam, ada dewan tayangan yang sejuk

156
00:08:57,495 --> 00:09:00,039
dan ada juga yang hangat.

157
00:09:01,290 --> 00:09:03,751
Itulah tempat terbaik untuk tonton filem.

158
00:09:04,794 --> 00:09:06,796
Jika filemnya hebat, hebatlah.

159
00:09:07,296 --> 00:09:09,757
Jika filem teruk, taklah menyesal sangat.

160
00:09:10,758 --> 00:09:13,344
Walaupun ruangnya besar di Egyptian,

161
00:09:13,427 --> 00:09:15,096
dewannya sangat hangat.

162
00:09:15,930 --> 00:09:18,516
Terdapat keajaiban pada Egyptian.

163
00:09:18,599 --> 00:09:22,395
Merasai kesan pembuat filem yang hebat
sebelum generasi kita.

164
00:09:22,979 --> 00:09:26,857
Sejarah yang diwariskan memberi inspirasi
kepada generasi baharu.

165
00:09:26,941 --> 00:09:28,943
Kalau kita ke Egyptian sekarang,

166
00:09:29,026 --> 00:09:32,822
masih ada tayangan filem
dari berdekad-dekad yang lepas.

167
00:09:34,907 --> 00:09:37,743
Terdapat persepakatan
dengan panggung di Egyptian

168
00:09:37,827 --> 00:09:41,497
bahawa semua penonton
akan rasa bersemangat setiap kali datang.

169
00:09:41,581 --> 00:09:45,001
Pembuat filem pula rasa
persepakatan itu dengan penonton.

170
00:09:47,169 --> 00:09:52,258
Kita mempunyai hubungan terus
dengan asal usul seni wayang yang agung.

171
00:09:54,010 --> 00:09:57,597
Datanglah ke Egyptian
untuk mendalami jiwa menerusi filem.

172
00:10:51,192 --> 00:10:56,072
Terjemahan sari kata oleh M Arrazi Azmi



