1
00:00:02,000 --> 00:00:07,000
Downloaded from
YTS.MX

2
00:00:08,000 --> 00:00:13,000
Official YIFY movies site:
YTS.MX

3
00:00:19,811 --> 00:00:24,524
PADA BULAN MAC 2022, ENAM BAPA BERKUMPUL
PADA SATU HUJUNG MINGGU DI DESA OKLAHOMA

4
00:00:24,607 --> 00:00:28,278
DAN BERKONGSI
PENGALAMAN MEREKA SEBAGAI BAPA.

5
00:00:30,280 --> 00:00:33,658
Nama saya Stephen Chukumba,
dan saya bapa Hobbes.

6
00:00:35,076 --> 00:00:39,998
Nama saya Frank Gonzales,
dan saya bapa Libby Gonzales.

7
00:00:41,374 --> 00:00:44,586
Nama saya Jose Trujillo,
dan saya bapa Dan.

8
00:00:45,795 --> 00:00:49,424
Nama saya Peter Betz,
dan saya bapa Samantha.

9
00:00:51,551 --> 00:00:54,554
Nama saya Wayne Maines,
dan saya bapa Nicole Maines.

10
00:00:56,848 --> 00:01:00,685
Nama saya Dennis Shepard.
Saya bapa Matthew Shepard.

11
00:01:13,698 --> 00:01:17,327
Kali terakhir saya memancing
adalah pada bulan Ogos 1998.

12
00:01:18,912 --> 00:01:21,623
Ada perjumpaan keluarga di Bighorns.

13
00:01:23,333 --> 00:01:27,212
Itu kali terakhir
kami memancing bersama Matt.

14
00:01:29,964 --> 00:01:33,051
Saya masih ingat
saya terkial-kial memasang umpan,

15
00:01:33,134 --> 00:01:36,471
pusing-pusing cangkuk dan cuba ketatkannya

16
00:01:36,554 --> 00:01:38,139
dan buat simpul berganda.

17
00:01:40,058 --> 00:01:43,895
Walaupun 25 tahun telah berlalu,
saya tak boleh lupakannya.

18
00:01:43,978 --> 00:01:47,565
Ia terpahat dalam ingatan saya.

19
00:01:53,196 --> 00:01:55,657
Ketenangan semasa berdiri di sungai

20
00:01:55,740 --> 00:01:58,701
sambil memandang sekeliling dan memancing,

21
00:01:58,785 --> 00:02:02,080
tapi pada masa sama kami sedar
kami saling menyokong

22
00:02:02,163 --> 00:02:03,748
antara satu sama lain.

23
00:02:04,999 --> 00:02:10,964
Saya teringat pengalaman aktiviti luar
yang saya lakukan dengan ayah saya.

24
00:02:12,048 --> 00:02:14,968
Saya mahu anak saya
ikut jejak langkah saya juga.

25
00:02:15,051 --> 00:02:18,096
Menghormati dan menghargai
alam semula jadi.

26
00:02:18,930 --> 00:02:22,934
Tapi ia bukanlah selamat
untuk kami sepanjang masa.

27
00:02:24,310 --> 00:02:29,357
Saya sememangnya risaukan keselamatan
anak saya apabila dia keluar rumah.

28
00:02:29,941 --> 00:02:31,734
Dia lelaki kulit Hitam.

29
00:02:32,277 --> 00:02:34,112
Dia lelaki transjantina Hitam.

30
00:02:34,195 --> 00:02:36,614
Dia lelaki transjantina Hitam di Amerika.

31
00:02:37,574 --> 00:02:40,869
Hakikat itu sentiasa bermain
dalam fikiran saya

32
00:02:40,952 --> 00:02:44,205
kerana saya sedar
semua tempat di negara ini

33
00:02:44,289 --> 00:02:46,207
tidak selamat untuk orang transjantina.

34
00:02:56,759 --> 00:02:58,303
Dalam kes anak saya,

35
00:02:58,386 --> 00:03:01,764
dia membesar dan menukar jantina
di bandar yang sama.

36
00:03:01,848 --> 00:03:04,684
Perkara itu sepertinya tiada masalah,

37
00:03:04,767 --> 00:03:07,520
namun dia mula rasa dirinya terancam,

38
00:03:07,604 --> 00:03:10,648
dan apabila dia beritahu
rakan sekelas yang lain,

39
00:03:10,732 --> 00:03:12,483
ketika itulah dia dipulaukan

40
00:03:13,484 --> 00:03:15,737
dan mula kehilangan semua kawannya.

41
00:03:15,820 --> 00:03:16,946
Awak rasa puncanya

42
00:03:18,781 --> 00:03:19,949
ibu bapa?

43
00:03:20,033 --> 00:03:21,910
Ibu bapa mungkin main peranan.

44
00:03:21,993 --> 00:03:25,330
Ketika itu juga,
kawan-kawan kami mula sisihkan kami.

45
00:03:25,413 --> 00:03:27,790
Saya menyanjungi Amerika semasa membesar.

46
00:03:27,874 --> 00:03:30,251
Di sini, kita rajin, maka kita berjaya.

47
00:03:30,960 --> 00:03:34,214
Kita boleh buat apa saja,
tapi bukan anak-anak muda ini.

48
00:03:34,297 --> 00:03:37,634
- Saya gembira kita berkumpul di meja ini.
- Betul.

49
00:03:37,717 --> 00:03:39,761
Latar belakang kita berbeza,

50
00:03:39,844 --> 00:03:43,223
tapi kecaman yang dilemparkan
kepada kita sama saja,

51
00:03:43,306 --> 00:03:46,851
dan menidakkan hakikat
bahawa kita boleh berkumpul

52
00:03:46,935 --> 00:03:48,019
dan duduk semeja…

53
00:03:48,102 --> 00:03:49,229
Cukup mengarut.

54
00:03:50,063 --> 00:03:53,566
Saya menetap di sini dari umur 9 tahun.
Saya sudah 40 tahun.

55
00:03:53,650 --> 00:03:57,320
Saya masih rasa,
"Tempat ini bukan untuk aku."

56
00:03:57,820 --> 00:04:01,449
Kemudian saya sedar
itu semua bukanlah satu ilusi

57
00:04:01,532 --> 00:04:04,035
kerana anak transjantina saya
yang lahir di sini

58
00:04:04,118 --> 00:04:07,956
dipersoalkan bukan sekadar
dari segi hak dan segalanya,

59
00:04:08,039 --> 00:04:10,833
malah sifat kemanusiaannya
turut dipersoalkan.

60
00:04:10,917 --> 00:04:14,879
Anak saya buat pengakuan,
dan ketika itu saya masih jahil,

61
00:04:14,963 --> 00:04:17,924
tapi saya ada kawan
pakar psikiatri pediatrik.

62
00:04:18,007 --> 00:04:20,802
Jadi saya beritahu dia,
dan dia cakap, "Gila!"

63
00:04:23,179 --> 00:04:26,891
"Orang lain takkan cakap
atau beri nasihat kepada awak,

64
00:04:26,975 --> 00:04:29,310
jadi biarlah saya yang cakap sekarang."

65
00:04:29,394 --> 00:04:32,689
"Saya takkan benarkan
perkara sebegitu di rumah saya."

66
00:04:33,314 --> 00:04:37,026
Dulu semasa zaman jahil,
saya pernah ada seorang pakar terapi

67
00:04:37,110 --> 00:04:41,698
pernah cakap
bahawa kerjaya saya tak cukup maskulin.

68
00:04:42,323 --> 00:04:45,535
Hidup saya benar-benar berubah
apabila berjumpa Wayne.

69
00:04:46,452 --> 00:04:49,664
Dapat berkongsi dengan ibu bapa lain,
terutamanya bapa.

70
00:04:50,164 --> 00:04:53,668
Penyesalan terbesar saya
ialah cara saya mendesak anak saya

71
00:04:53,751 --> 00:04:55,795
untuk menyarungkan pakaian lain.

72
00:04:55,878 --> 00:04:59,007
Saya akan rasa bersalah sampai mati.

73
00:04:59,799 --> 00:05:03,720
Saya anggap,
"Aku tak rapat dengan anak aku."

74
00:05:04,470 --> 00:05:10,476
Jadi saya desak dia habis-habisan.
"Jom kita main bola sepak bersama."

75
00:05:11,352 --> 00:05:15,732
Kami dah lama bergaduh
tentang perkara yang kami dah tahu.

76
00:05:15,815 --> 00:05:18,234
Sehinggalah detik Krismas.

77
00:05:18,735 --> 00:05:21,446
Anak saya tak dapat hadiah yang dia nak.

78
00:05:21,988 --> 00:05:25,325
Sebaliknya,
dia dapat barang-barang budak lelaki.

79
00:05:25,408 --> 00:05:26,617
Pakaian lelaki.

80
00:05:26,701 --> 00:05:31,706
Tahun seterusnya, dia cuma mahu Santa
tukarkan dia menjadi seorang gadis.

81
00:05:33,916 --> 00:05:37,670
Semasa anak saya beritahu saya
yang dia rasa dia budak lelaki,

82
00:05:37,754 --> 00:05:40,673
saya bingung
sebab saya sendirian ketika itu.

83
00:05:41,174 --> 00:05:42,383
Isteri saya tak ada,

84
00:05:42,467 --> 00:05:46,262
orang yang tahu apa perlu dibuat,
yang akan tahu semuanya.

85
00:05:46,971 --> 00:05:49,349
Saya antara bapa pertama di negara ini

86
00:05:49,432 --> 00:05:53,561
yang mempunyai anak transjantina
secara terbuka di sekolah.

87
00:05:53,644 --> 00:05:55,188
Ia menjadi berita perdana.

88
00:05:55,813 --> 00:05:58,649
Jadi saya biasanya ke hutan
dan melarikan diri.

89
00:05:59,359 --> 00:06:02,737
Suatu hari, saya bersendirian.
Saya cuba tebang pokok ini.

90
00:06:03,321 --> 00:06:07,325
Kemudian, ada dahan jatuh.
Saya nyaris terbunuh kerananya.

91
00:06:07,909 --> 00:06:11,954
Saya duduk dan kata,
"Apa yang kau takutkan sangat?"

92
00:06:12,580 --> 00:06:13,581
Bukan Nicole.

93
00:06:14,082 --> 00:06:14,916
Saya.

94
00:06:15,416 --> 00:06:17,877
Saya yang tak selesa dengan anak saya.

95
00:06:20,046 --> 00:06:24,050
Saya orang tua yang melalui
perkara ini 20 tahun lalu.

96
00:06:25,134 --> 00:06:27,929
Mangsa jenayah kebencian di Wyoming

97
00:06:28,012 --> 00:06:29,639
pagi ini meninggal dunia.

98
00:06:29,722 --> 00:06:33,351
Matthew Shepard, 21 tahun, ditemukan
dipukul dan tak sedarkan diri minggu lepas

99
00:06:33,434 --> 00:06:35,269
berdekatan Universiti Wyoming.

100
00:06:35,937 --> 00:06:38,022
Semasa memasuki bilik hospital itu,

101
00:06:38,106 --> 00:06:41,150
ketika itu kami tahu
tempat ini ada masalah.

102
00:06:42,235 --> 00:06:43,778
Hakikatnya, dia anak kami

103
00:06:43,861 --> 00:06:46,197
dan kami tak peduli jika dia…

104
00:06:47,031 --> 00:06:48,908
lurus, gay…

105
00:06:48,991 --> 00:06:49,992
Dia anak kami.

106
00:06:51,077 --> 00:06:53,413
Sekarang, mereka sama-sama bergelut.

107
00:06:53,496 --> 00:06:55,373
Malah keadaan semakin teruk.

108
00:06:55,456 --> 00:06:58,793
Ikan ini lebih kecil
daripada ikan saya tangkap.

109
00:06:59,293 --> 00:07:02,630
Mungkin ini yang saya tangkap.
Saya rasa ini ikan saya.

110
00:07:02,713 --> 00:07:04,048
- Ini awak punya?
- Ya.

111
00:07:04,132 --> 00:07:07,718
- Oh, tidak, ini saya punya.
- Dah siap hidang, ya?

112
00:07:07,802 --> 00:07:09,387
Pujian kepada cef.

113
00:07:09,470 --> 00:07:10,304
Ucap selamat.

114
00:07:10,388 --> 00:07:13,391
Kepada para bapa yang hebat.

115
00:07:14,308 --> 00:07:16,269
Lelaki hebat. Saya sayang kalian.

116
00:07:17,603 --> 00:07:18,855
Sebagai bapa tunggal

117
00:07:18,938 --> 00:07:21,190
yang membesarkan anak sendirian,

118
00:07:21,274 --> 00:07:24,485
"Aku tak boleh gagal
dan mengecewakan anak aku."

119
00:07:24,569 --> 00:07:27,155
Saya bukan sekadar cakap
untuk anak transjantina saya,

120
00:07:27,238 --> 00:07:28,781
tapi untuk semua anak.

121
00:07:28,865 --> 00:07:30,658
- Adik-beradik…
- Faham, bukan?

122
00:07:30,741 --> 00:07:34,162
- Semua orang terkesan dengannya.
- Betul.

123
00:07:34,245 --> 00:07:36,205
Isteri saya dah meninggal dunia.

124
00:07:37,582 --> 00:07:42,253
Wanita yang mendidik anak-anak ini
sehingga mereka berjaya,

125
00:07:42,336 --> 00:07:44,547
manakala saya keluar bekerja.

126
00:07:44,630 --> 00:07:49,302
Sekarang, saya kena hidup bersama
anak yang mahu dikenali sebagai…

127
00:07:50,720 --> 00:07:53,723
- "Apa?"
- Awak kehilangan pasangan. Isteri awak.

128
00:07:54,432 --> 00:07:56,601
- Saya tak tahu.
- Ya.

129
00:07:56,684 --> 00:08:00,438
Itulah takdir. Kita kena teruskan hidup.

130
00:08:00,521 --> 00:08:04,275
Anak-anak saya perlukan bapa mereka.

131
00:08:04,358 --> 00:08:09,238
Mereka memerlukan saya
untuk mendidik dan melindungi mereka.

132
00:08:09,322 --> 00:08:11,657
Saya sedar saya tak boleh buat sendiri.

133
00:08:12,909 --> 00:08:16,287
Sebenarnya,
biarpun kita sedar tanggungjawab kita

134
00:08:16,370 --> 00:08:18,748
dan kita cuba untuk melaksanakannya,

135
00:08:19,373 --> 00:08:24,170
hakikatnya kita tak boleh melakukannya
secara bersendirian tanpa sokongan.

136
00:08:26,047 --> 00:08:27,965
Pertemuan saya dengan kamu semua

137
00:08:28,758 --> 00:08:29,884
menyelamatkan saya.

138
00:08:34,889 --> 00:08:36,682
Tujuan kami bukan memancing.

139
00:08:36,766 --> 00:08:38,351
Kami mahu berkongsi.

140
00:08:38,434 --> 00:08:40,895
Ini peluang kami untuk lari sekejap.

141
00:08:41,521 --> 00:08:46,859
Begitu ramai keluarga transjantina hancur
kerana bapa mereka tidak restu.

142
00:08:46,943 --> 00:08:50,363
Mereka perlu muhasabah
dan fikir kenapa mereka takut.

143
00:08:52,490 --> 00:08:57,995
Para bapa mempunyai imej maskulin
yang mereka cuba untuk kekalkan.

144
00:08:58,079 --> 00:08:59,539
Mereka perlu bersuara.

145
00:08:59,622 --> 00:09:06,546
Mereka perlu tunjuk kepada orang awam
bahawa mereka sokong anak mereka 100%.

146
00:09:07,630 --> 00:09:12,093
Penting bagi saya
sebagai seorang bapa untuk bersuara.

147
00:09:13,261 --> 00:09:14,971
Ia mendamaikan hati.

148
00:09:16,472 --> 00:09:20,101
Kami memahami satu sama lain
kerana kami sayang anak-anak kami

149
00:09:20,184 --> 00:09:23,521
dan kami sanggup berkorban apa-apa saja

150
00:09:23,604 --> 00:09:25,815
demi anak-anak orang lain sekalipun.

151
00:09:26,649 --> 00:09:28,734
Boleh kata keadaan kini lebih baik,

152
00:09:28,818 --> 00:09:31,571
tapi pada masa yang sama,
ia amat menakutkan.

153
00:09:31,654 --> 00:09:33,698
Kami semua perlu berjuang semula.

154
00:09:34,824 --> 00:09:37,118
Kami takkan sesekali tunduk lagi.

155
00:09:37,201 --> 00:09:41,622
Kali ini, kami akan lakukannya
dan menyokong tanpa belah-bahagi.

156
00:09:43,708 --> 00:09:46,544
Orang kena tahu kami wujud.
Kami takkan diam.

157
00:09:46,627 --> 00:09:48,921
Kami takkan berselindung atau takut.

158
00:09:49,005 --> 00:09:51,882
Pilihan kami cuma
untuk terus menghadapinya.

159
00:09:54,885 --> 00:09:57,555
Kami perlu pastikan
anak-anak kami selamat.

160
00:10:48,606 --> 00:10:51,525
Terjemahan sari kata oleh Jentayu



