1
00:00:02,000 --> 00:00:07,000
Downloaded from
YTS.MX

2
00:00:08,000 --> 00:00:13,000
Official YIFY movies site:
YTS.MX

3
00:00:38,121 --> 00:00:41,124
BANDAR NEW ORLEANS

4
00:02:05,625 --> 00:02:07,334
Nama organisasi ini

5
00:02:07,335 --> 00:02:10,587
ialah Kelab Bantuan Sosial dan Ria Zulu.

6
00:02:10,588 --> 00:02:12,673
Bagi saya, yurannya mahal.

7
00:02:12,674 --> 00:02:15,509
- Nak main, kena bayar.
- Oh Tuhan!

8
00:02:15,510 --> 00:02:18,303
Begini... kita ahli yang bayar yuran.

9
00:02:18,304 --> 00:02:20,515
Tapi pergi ke luar pagar.

10
00:02:21,224 --> 00:02:23,267
Zulu dimiliki oleh semua orang.

11
00:02:23,268 --> 00:02:25,937
Semua orang di sini akrab.

12
00:02:26,521 --> 00:02:30,023
Tapi nadi Mardi Gras
sememangnya tak dapat disangkal.

13
00:02:30,024 --> 00:02:34,027
Kita dah tahu tentang khalayak
yang akan datang berjumpa kita.

14
00:02:34,028 --> 00:02:36,113
Tiada Mardi Gras, tiadalah Zulu.

15
00:02:36,114 --> 00:02:38,448
Saya baling benda
dari belakang kereta berhias.

16
00:02:38,449 --> 00:02:39,825
Manik segala bagai.

17
00:02:39,826 --> 00:02:42,578
Saya mula rindukan anak-anak saya.

18
00:02:42,579 --> 00:02:45,664
Kereta berhias itu lalu melepasi mereka
sebab saya tak nampak.

19
00:02:45,665 --> 00:02:47,666
Macam tengok hamparan manusia.

20
00:02:47,667 --> 00:02:50,586
Awak pandang saya.
Alahai, lautan wajah.

21
00:02:50,587 --> 00:02:52,921
Semua orang kata, "Saya pandang."

22
00:02:52,922 --> 00:02:55,382
- Awak pandang saya.
- Berapa banyak awak minum?

23
00:02:55,383 --> 00:02:57,385
- Hah?
- Berapa banyak awak minum?

24
00:02:58,052 --> 00:03:01,221
Saya kenal anak-anak saya.
Saya tak peduli berapa banyak saya minum.

25
00:03:01,222 --> 00:03:03,891
Dengar sini.
Tak boleh minum di atas apungan.

26
00:03:03,892 --> 00:03:06,059
Pertama sekali,
dilarang minum di atas apungan.

27
00:03:06,060 --> 00:03:08,354
Tak nampak sebab ramai orang.

28
00:03:09,230 --> 00:03:11,566
Itulah kisah saya
dan saya berpegang padanya.

29
00:03:14,068 --> 00:03:16,737
Budak tiga tahun membesar

30
00:03:16,738 --> 00:03:18,156
melihat Zulu.

31
00:03:18,656 --> 00:03:20,407
Zulu dah wujud 30 tahun.

32
00:03:20,408 --> 00:03:24,537
Dalam perarakan, dia kata,
"Saya nak jadi lelaki di atas apungan."

33
00:03:25,038 --> 00:03:27,789
Itulah kehebatan semua ini.

34
00:03:27,790 --> 00:03:31,418
Aura yang Zulu bawa tak boleh ditandingi.

35
00:03:31,419 --> 00:03:34,004
Apabila Zulu masuk, ia menambat rohani.

36
00:03:34,005 --> 00:03:35,715
Itulah gambarannya.

37
00:04:22,762 --> 00:04:26,766
A KING LIKE ME

38
00:04:30,812 --> 00:04:34,648
{\an8}<i>Setiap tahun sewaktu Karnival</i>

39
00:04:34,649 --> 00:04:36,609
<i>Kami buat sut baru</i>

40
00:04:40,196 --> 00:04:43,365
<i>Merah, kuning, hijau
Ungu atau biru</i>

41
00:04:43,366 --> 00:04:45,326
<i>Kami buat sut baru</i>

42
00:04:54,335 --> 00:04:56,963
Berapa orang datang dari luar bandar?

43
00:04:57,463 --> 00:04:58,464
Ada...

44
00:05:00,008 --> 00:05:02,218
lapan atau sembilan dari California.

45
00:05:02,719 --> 00:05:05,221
Enam orang dari Texas.

46
00:05:06,055 --> 00:05:10,560
Ini kali terakhir saya memancing
sehingga musim Mardi Gras berakhir.

47
00:05:11,436 --> 00:05:15,440
Saya perlu bersedia untuk majlis.
Kena siapkan kelapa.

48
00:05:16,274 --> 00:05:20,193
Ada banyak benda nak dibuat.

49
00:05:20,194 --> 00:05:21,904
Ada banyak kerja.

50
00:05:22,488 --> 00:05:24,115
Ayuh.

51
00:05:24,949 --> 00:05:26,784
Kita tangkap udang gemuk-gemuk.

52
00:05:28,995 --> 00:05:34,875
Saya jauh berbeza daripada mereka
yang membesar di DC atau LA

53
00:05:34,876 --> 00:05:39,172
atau di tempat lain di Amerika Syarikat.

54
00:05:40,757 --> 00:05:44,926
Tempat kami paling Afro-Caribbean
di Amerika Syarikat.

55
00:05:44,927 --> 00:05:48,222
Cara masak lain.
Cara makan lain. Cara bercakap lain.

56
00:05:48,973 --> 00:05:51,141
Kami tak tanya, "Apa khabar?"

57
00:05:51,142 --> 00:05:55,020
Tak pernah teringin nak guna
bahasa Inggeris dialek Ratu.

58
00:05:55,021 --> 00:05:57,606
Saya nak bercakap macam orang New Orleans.

59
00:05:57,607 --> 00:06:00,568
Saya tak mahu perkara itu berubah.

60
00:06:05,823 --> 00:06:08,034
Paling tidak, kita tangkap ikan.

61
00:06:09,660 --> 00:06:13,163
Saya sertai Zulu sebab saya nak anak saya

62
00:06:13,164 --> 00:06:15,750
faham betapa istimewanya budaya mereka.

63
00:06:17,210 --> 00:06:18,586
Sejak Katrina,

64
00:06:19,462 --> 00:06:23,673
saya rasa Zulu telah menjadi

65
00:06:23,674 --> 00:06:27,678
krewe terkemuka di bandar ini.

66
00:06:28,638 --> 00:06:33,183
Sebab kami orang pertama yang cakap
kami mahu kembali selepas Katrina.

67
00:06:33,184 --> 00:06:36,269
Saya rasa itu memulakan rentak bandar ini.

68
00:06:36,270 --> 00:06:38,940
Kami memegang tempat itu sejak itu.

69
00:06:40,483 --> 00:06:42,568
{\an8}KELAB BANTUAN SOSIAL & RIA ZULU
RAJA ZULU

70
00:06:50,159 --> 00:06:52,953
Kelapa Zulu, bawa kelapa ke sini.

71
00:06:52,954 --> 00:06:56,040
Mardi Gras bukan Mardi Gras
tanpa kelapa.

72
00:07:02,213 --> 00:07:06,258
Karnival adalah keriangan kanak-kanak
semasa membesar di New Orleans.

73
00:07:06,259 --> 00:07:09,261
Zulu ialah perarakan yang kita nantikan.

74
00:07:09,262 --> 00:07:11,222
Pagi Karnival.

75
00:07:11,722 --> 00:07:13,890
Benda mitos wujud.

76
00:07:13,891 --> 00:07:18,186
Kami tahu ia wujud,
krewe hitam pemberi kelapa.

77
00:07:18,187 --> 00:07:20,522
Kami bayangkan jika jumpa mereka,

78
00:07:20,523 --> 00:07:23,860
mereka akan nampak kami
dan campak benda kepada kami.

79
00:07:28,406 --> 00:07:32,868
Ia sinonim dengan New Orleans
sepertimana gumbo, kereta, French Quarter.

80
00:07:32,869 --> 00:07:34,578
Zulu ialah New Orleans.

81
00:07:34,579 --> 00:07:37,289
Jadi, saya tak ingat
sebab saya masih muda,

82
00:07:37,290 --> 00:07:40,042
tapi saya ingat kami memarut kelapa.

83
00:07:45,798 --> 00:07:50,135
Keluarga dan kawan-kawan berkumpul,
semua orang berbarbeku di luar.

84
00:07:50,136 --> 00:07:51,178
Awal pagi.

85
00:07:51,179 --> 00:07:54,222
Entah kenapa kami berbarbeku
pukul 5:00, 6:00 pagi.

86
00:07:54,223 --> 00:07:57,560
Tapi kami tunggu Zulu datang,
yang biasanya akan lambat.

87
00:08:03,065 --> 00:08:05,150
Apabila Zulu mula berarak,

88
00:08:05,151 --> 00:08:07,862
saya ingat saya berlari ke Orleans Avenue.

89
00:08:12,074 --> 00:08:15,286
Kami berseronok habis,

90
00:08:15,870 --> 00:08:17,954
tapi kami juga sibuk menjayakannya.

91
00:08:17,955 --> 00:08:22,083
Saya rasa ia membantu menguatkan
ikatan kasih sayang komuniti ini.

92
00:08:22,084 --> 00:08:24,002
Kami beri beratus-ratus motosikal

93
00:08:24,003 --> 00:08:25,545
setiap Krismas,

94
00:08:25,546 --> 00:08:27,465
bernilai ribuan dolar...

95
00:08:27,965 --> 00:08:30,134
- Makanan.
- ...makanan dan biasiswa.

96
00:08:30,718 --> 00:08:33,053
Ini bandar kami, jadi tentu bagus

97
00:08:33,054 --> 00:08:36,431
jika kami tabur khidmat wang
dan tenaga kepada masyarakat

98
00:08:36,432 --> 00:08:39,977
yang berdiri pada pagi Mardi Gras
untuk lihat kami berarak?

99
00:08:40,561 --> 00:08:42,854
Pengalaman saya apabila ke sini

100
00:08:42,855 --> 00:08:46,025
adalah menjadi diri saya yang sebenar

101
00:08:47,735 --> 00:08:48,860
dan rasa selamat.

102
00:08:48,861 --> 00:08:50,904
Saya tak perlu tukar bahasa.

103
00:08:50,905 --> 00:08:55,033
Kita boleh datang ke sini dan bercakap
dengan pegawai atasan

104
00:08:55,034 --> 00:08:59,996
atau bercakap dengan pekerja am
yang membersihkan jalan kita.

105
00:08:59,997 --> 00:09:01,665
Kami semua sama.

106
00:09:01,666 --> 00:09:04,543
Saya rasa ada bagusnya jika kita ketepikan

107
00:09:04,544 --> 00:09:08,838
status sosial ekonomi dan pangkat
dan bersatu sebagai lelaki kulit Hitam.

108
00:09:08,839 --> 00:09:12,260
Zulu asalnya organisasi barisan kedua.

109
00:09:12,885 --> 00:09:15,554
Barisan pertama
ialah keluarga dan sebagainya.

110
00:09:15,555 --> 00:09:19,307
Pertubuhan kami ialah kelab sosial.
Kami kelab bantuan sosial.

111
00:09:19,308 --> 00:09:24,062
Contohnya, bantuan khairat kematian
untuk keluarga tak berkemampuan.

112
00:09:24,063 --> 00:09:25,522
Itulah kegiatan kami.

113
00:09:25,523 --> 00:09:28,942
Jadi kami saling membantu
dan menyokong dalam komuniti.

114
00:09:28,943 --> 00:09:32,654
Tak mampu bayar bil, tiada makanan,
tak mampu kebumi kawan,

115
00:09:32,655 --> 00:09:34,447
kami semua bersaudara

116
00:09:34,448 --> 00:09:37,118
sebagai kelab bantuan sosial dan ria.

117
00:09:46,502 --> 00:09:49,921
Kelab bantuan sosial dan ria
menyediakan khairat

118
00:09:49,922 --> 00:09:52,382
sebab orang putih enggan kebumikan kami.

119
00:09:52,383 --> 00:09:55,011
Jadi kami buat khairat kematian.

120
00:10:02,101 --> 00:10:04,519
Misi kami adalah untuk saling menjaga.

121
00:10:04,520 --> 00:10:08,106
Jaga orang sakit,
jaga keluarga apabila kami meninggal.

122
00:10:08,107 --> 00:10:10,066
Apabila ahli meninggal dunia,

123
00:10:10,067 --> 00:10:13,278
kami kebumikan mereka,
bantu mereka berkabung.

124
00:10:13,279 --> 00:10:15,156
Kami panggil pengebumian jaz.

125
00:10:17,074 --> 00:10:19,284
Kemudian barisan kedua, menari,

126
00:10:19,285 --> 00:10:21,536
meraikan saudara ke tanah perkuburan

127
00:10:21,537 --> 00:10:23,039
dan menyemadikan mereka.

128
00:10:43,059 --> 00:10:46,519
Semua ahli menantikan
pengebumian jazz mereka.

129
00:10:46,520 --> 00:10:48,688
{\an8}Saya rasa itu kelakar.

130
00:10:48,689 --> 00:10:52,818
{\an8}Kita tahu kita akan diuruskan
apabila kita menutup mata.

131
00:11:08,209 --> 00:11:11,252
Lama-kelamaan, aksi barisan kedua

132
00:11:11,253 --> 00:11:14,798
telah menjadi satu perkara asing
daripada acara pengebumian

133
00:11:14,799 --> 00:11:18,927
dan menjadi acara tersendiri
dan satu cara untuk menyeru kegembiraan

134
00:11:18,928 --> 00:11:23,890
bila-bila kita mahu, walaupun kita
bukanlah memperingati sesiapa.

135
00:11:23,891 --> 00:11:25,643
Kita memperingati kehidupan.

136
00:11:32,483 --> 00:11:36,277
{\an8}Macam kita tahu, budaya ini
berasal daripada perhambaan.

137
00:11:36,278 --> 00:11:37,487
Dataran Congo.

138
00:11:37,488 --> 00:11:40,990
Ahad ialah hari cuti kami,
jadi kami pakai baju tercantik,

139
00:11:40,991 --> 00:11:44,077
pakaian terbaik kami,
dan kami keluar untuk apa?

140
00:11:44,078 --> 00:11:46,414
Meraikan apa yang kami buat. Ini kami.

141
00:12:00,886 --> 00:12:02,887
Membesar di Louisiana,

142
00:12:02,888 --> 00:12:05,307
kita sentiasa teringat masa lalu.

143
00:12:06,976 --> 00:12:08,477
Itu ladang.

144
00:12:11,605 --> 00:12:15,693
Saya orang New Orleans generasi keenam.

145
00:12:16,485 --> 00:12:18,362
Saya boleh jejak...

146
00:12:19,488 --> 00:12:23,075
keturunan keluarga ibu saya
sejak era perhambaan.

147
00:12:24,744 --> 00:12:28,705
Pada satu ketika dalam hidup saya,
saya anggap asal keturunan hamba

148
00:12:28,706 --> 00:12:30,290
adalah perkara negatif,

149
00:12:30,291 --> 00:12:33,460
sedangkan hari ini saya bangga
dengan asal usul saya.

150
00:12:33,461 --> 00:12:36,546
Itu salah satu sebab utama
saya sertai Zulu.

151
00:12:36,547 --> 00:12:42,136
Saya mahu merasai budaya,
belajar tentang budaya dan menerimanya.

152
00:12:50,311 --> 00:12:53,022
- Bagaimana nak hidupkan?
- Atas. Pandang kiri.

153
00:12:53,981 --> 00:12:55,899
- Ya, di sini.
- Naik ke kiri.

154
00:12:55,900 --> 00:12:57,735
- Di sini. Baiklah.
- Ya. Hah.

155
00:13:04,909 --> 00:13:07,495
- Itu Krismas.
- Ya, itu Krismas.

156
00:13:09,205 --> 00:13:10,164
Jadi...

157
00:13:10,748 --> 00:13:12,750
itu Cik Evelyn, isteri Riley.

158
00:13:13,793 --> 00:13:15,752
Vernon, Cik Joyce.

159
00:13:15,753 --> 00:13:17,420
Joyce, isteri Vernon?

160
00:13:17,421 --> 00:13:18,339
Hah.

161
00:13:18,923 --> 00:13:21,133
Ya, itu Terrence. Di situ.

162
00:13:23,344 --> 00:13:25,386
Saya... Saya di sekolah tadika,

163
00:13:25,387 --> 00:13:27,347
jadi umur saya empat tahun.

164
00:13:27,348 --> 00:13:29,808
Walaupun parti itu sedang berlangsung,

165
00:13:29,809 --> 00:13:32,852
saya dan semua sepupu
dan kawan-kawan berada di bilik lain.

166
00:13:32,853 --> 00:13:33,770
Betul.

167
00:13:33,771 --> 00:13:36,773
- Kami dilarang sertai orang dewasa.
- Betul.

168
00:13:36,774 --> 00:13:39,025
Jika orang dewasa berbual,

169
00:13:39,026 --> 00:13:41,612
kanak-kanak tak boleh masuk.

170
00:13:45,199 --> 00:13:46,908
Apa yang saya suka dulu,

171
00:13:46,909 --> 00:13:50,286
semua orang berpakaian segak,
kasut mereka berkilat.

172
00:13:50,287 --> 00:13:53,373
Tapi itulah keindahannya
membesar di New Orleans.

173
00:13:53,374 --> 00:13:56,417
Kami sentiasa meraikannya.
Kami menikmati hidup.

174
00:13:56,418 --> 00:13:59,212
Ketika itu, orang kulit hitam merana.

175
00:13:59,213 --> 00:14:02,007
Tapi mereka cari jalan untuk bersuka ria.

176
00:14:43,883 --> 00:14:46,468
- Saya rasa itu tadika.
- Ya.

177
00:14:46,969 --> 00:14:48,636
Mereka pernah adakan pagean.

178
00:14:48,637 --> 00:14:50,556
Kita boleh jadi Raja Zulu.

179
00:14:51,390 --> 00:14:52,599
Semasa membesar,

180
00:14:52,600 --> 00:14:56,436
semua orang nak jadi
watak raja dan puteri Disney.

181
00:14:56,437 --> 00:15:01,734
Zulu, bagi saya, memberikan
lelaki kulit Hitam peluang menjadi raja.

182
00:15:03,903 --> 00:15:09,116
Ketika itu mungkin pada tahun 1968,
semasa kami mula-mula pindah ke rumah ini.

183
00:15:10,367 --> 00:15:15,288
Kejiranan itu kebanyakannya
orang putih semasa kami pindah.

184
00:15:15,289 --> 00:15:16,289
Ya.

185
00:15:16,290 --> 00:15:20,544
Kami keluarga kulit Hitam kedua
yang berpindah ke kejiranan ini.

186
00:15:21,921 --> 00:15:25,673
Sebab itulah mereka ke sekolah itu

187
00:15:25,674 --> 00:15:28,135
sebab ia sekolah kejiranan.

188
00:15:32,014 --> 00:15:35,976
Pengetua mereka nak beritahu saya
mereka tak boleh ke sekolah itu.

189
00:15:36,477 --> 00:15:39,395
Saya kata,
"Baik, jika mereka tak boleh ke sini,

190
00:15:39,396 --> 00:15:42,690
awak takkan jadi pengetua juga."
Saya tak beredar.

191
00:15:42,691 --> 00:15:46,320
"Awak akan daftarkan mereka
atau saya takkan pergi."

192
00:15:51,784 --> 00:15:53,910
Dia kata, "Ayah saya hakim."

193
00:15:53,911 --> 00:15:57,790
Saya kata, "Ayah saya kerja di limbungan."
Saya takkan pergi."

194
00:15:58,499 --> 00:16:01,000
Saya kata, "Dengar sini. Saya kenal awak."

195
00:16:01,001 --> 00:16:04,712
Saya kata, "Suami awak
salah seorang pemilik kedai runcit

196
00:16:04,713 --> 00:16:08,676
yang berada betul-betul di depan
tempat saya membesar."

197
00:16:10,010 --> 00:16:13,222
Saya kata,
"Saya tahu dia rasis seperti awak."

198
00:16:14,974 --> 00:16:19,394
Saya kata, "Saya takkan benarkan
awak layan anak saya begitu

199
00:16:19,395 --> 00:16:22,146
kerana jika saya benarkannya,

200
00:16:22,147 --> 00:16:24,233
anak yang lain akan terjejas."

201
00:16:25,567 --> 00:16:28,070
"Mak saya lahir pada tahun 1920."

202
00:16:29,113 --> 00:16:31,198
"Saya dilahirkan pada tahun 1941."

203
00:16:31,865 --> 00:16:34,117
"Ayahnya mahu lebih baik untuk dia."

204
00:16:34,118 --> 00:16:36,912
"Saya mahu lebih baik
untuk anak-anak saya."

205
00:16:37,496 --> 00:16:40,332
Begitulah cara anak-anak saya
masuk sekolah itu.

206
00:16:54,346 --> 00:16:57,932
Kali pertama saya pergi ke Zulu...
ketika itu,

207
00:16:57,933 --> 00:17:02,729
mereka hanya dibenarkan berada
di bawah feri Canal Street.

208
00:17:02,730 --> 00:17:04,313
Apabila saya nampak Zulu

209
00:17:04,314 --> 00:17:08,152
dengan semua benda hitam itu
pada muka mereka, saya menangis.

210
00:17:08,861 --> 00:17:10,236
Macam tak percaya.

211
00:17:10,237 --> 00:17:13,448
- Dia bawa saya untuk lihat itu.
- Kenapa mak menangis?

212
00:17:13,449 --> 00:17:16,951
Saya ingat saya nak tengok
sesuatu yang cantik, tapi ia hodoh.

213
00:17:16,952 --> 00:17:20,372
Bagi saya, semua benda hitam
di muka mereka. Ia...

214
00:17:21,040 --> 00:17:25,753
Hidungnya hitam, warna putih
di kedua-dua belah mata mereka.

215
00:17:27,463 --> 00:17:29,213
Apa yang ia ingatkan awak?

216
00:17:29,214 --> 00:17:31,299
- Hah?
- Ia mengingatkan awak tentang apa?

217
00:17:31,300 --> 00:17:33,343
Cara mereka tiru orang kulit Hitam.

218
00:17:38,640 --> 00:17:41,851
{\an8}Pada tahun 1900-an,
peraturannya ialah wajib bertopeng.

219
00:17:41,852 --> 00:17:43,519
Itu peraturan wajib.

220
00:17:43,520 --> 00:17:46,523
Setiap organisasi pakai topeng
semasa Mardi Gras.

221
00:17:47,232 --> 00:17:52,028
Tapi pada zaman itu, lelaki Afrika-Amerika
tak boleh pakai topeng secara sah.

222
00:17:52,029 --> 00:17:54,739
Jadi sebab itu kami buat muka hitam,

223
00:17:54,740 --> 00:17:56,699
mata putih dan mulut putih.

224
00:17:56,700 --> 00:18:00,620
Ada yang kata itu satu ejekan,
tapi bukan itu niat kami.

225
00:18:00,621 --> 00:18:01,954
Kami mahu...

226
00:18:01,955 --> 00:18:04,499
mewakili organisasi dan topeng kami.

227
00:18:04,500 --> 00:18:07,126
Siapa gadis yang bersama awak petang tadi?

228
00:18:07,127 --> 00:18:08,711
Itu bukan sebarang gadis.

229
00:18:08,712 --> 00:18:10,005
Itu isteri saya.

230
00:18:13,175 --> 00:18:15,843
Sebelum kami boleh mewakili diri kami,

231
00:18:15,844 --> 00:18:19,097
golongan ketuanan kulit putih
dah buat untuk kami

232
00:18:19,098 --> 00:18:21,265
dengan menyalahguna muka hitam,

233
00:18:21,266 --> 00:18:23,977
melalui imaginasi mereka sendiri
tentang diri kami.

234
00:18:24,853 --> 00:18:28,231
{\an8}Boleh dikatakan Zulu mungkin menyindir

235
00:18:28,232 --> 00:18:32,193
{\an8}negara kapitalis kulit putih
yang buat mereka kena buat muka hitam,

236
00:18:32,194 --> 00:18:36,405
atau sebaliknya,
mungkin mereka ada niat mereka tersendiri

237
00:18:36,406 --> 00:18:39,785
untuk cuba selami
akar dan budaya Afrika mereka.

238
00:18:41,495 --> 00:18:44,622
Perlambangan ini menunjukkan
betapa sukarnya

239
00:18:44,623 --> 00:18:46,958
orang kulit hitam cuba mengharungi

240
00:18:46,959 --> 00:18:49,836
penindasan ketuanan kulit putih
di Amerika Syarikat.

241
00:18:49,837 --> 00:18:51,922
Kita ada Raja Zulu, Ma.

242
00:18:52,548 --> 00:18:55,675
Itu Raja Zulu yang kepalanya
awak ketuk pada masa itu.

243
00:18:55,676 --> 00:18:57,718
RAJA ZULU

244
00:18:57,719 --> 00:19:02,474
<i>Kelab Bantuan Sosial & Ria Zulu
ditubuhkan pada tahun 1909.</i>

245
00:19:02,975 --> 00:19:05,935
Tentu tempoh itu amat sukar

246
00:19:05,936 --> 00:19:07,186
{\an8}PRESIDEN KELAB ZULU

247
00:19:07,187 --> 00:19:10,940
{\an8}sehinggakan mereka tubuhkan organisasi

248
00:19:10,941 --> 00:19:14,735
untuk buat apa yang dilarang secara keras,

249
00:19:14,736 --> 00:19:19,116
iaitu kegiatan perarakan orang kulit Hitam
di jalanan Bandar New Orleans.

250
00:19:22,077 --> 00:19:26,081
Kelab Zulu tertubuh
pada saat paling berbahaya.

251
00:19:27,124 --> 00:19:30,752
Tahun 1915 dianggap
sebagai tahun penebusan Konfederasi.

252
00:19:31,920 --> 00:19:33,880
<i>Birth of a Nation</i> ditayangkan.

253
00:19:33,881 --> 00:19:36,925
Ia permulaan kebangkitan semula Klan.

254
00:19:37,467 --> 00:19:41,429
Rusuhan kaum di beberapa bandar,
terutamanya di New Orleans,

255
00:19:41,430 --> 00:19:46,017
mula memporak-perandakan
keharmonian kaum yang...

256
00:19:46,018 --> 00:19:47,643
{\an8}SEJARAWAN BUDAYA NEW ORLEANS

257
00:19:47,644 --> 00:19:50,105
sememangnya mudah goyah dan tergugat.

258
00:19:52,858 --> 00:19:56,069
Sebelum Zulu,
perarakan Karnival di New Orleans

259
00:19:57,487 --> 00:20:00,407
dianjurkan oleh dan dibuat
untuk orang putih.

260
00:20:10,250 --> 00:20:13,295
Krewe putih itu
sebenarnya aristokrasi palsu.

261
00:20:14,421 --> 00:20:19,717
Mereka cipta raja dan ratu palsu bagai
untuk mengesahkan identiti diri mereka

262
00:20:19,718 --> 00:20:23,055
sebagai reaksi terhadap kekalahan
Konfederasi dalam Perang Saudara.

263
00:20:34,316 --> 00:20:38,904
Mereka perlu pulihkan
semangat ketuanan mereka.

264
00:20:39,696 --> 00:20:43,742
Perarakan dan majlis tarian
itu semua mencerminkannya.

265
00:20:46,662 --> 00:20:50,582
Orang kulit Hitam turut sertai
perarakan Mardi Gras orang putih,

266
00:20:51,875 --> 00:20:53,835
tapi sebagai pembawa obor,

267
00:20:55,087 --> 00:20:58,506
sebagai pembawa
tin minyak tanah sepuluh gelen

268
00:20:58,507 --> 00:21:00,467
dengan api di atas kayu,

269
00:21:01,051 --> 00:21:03,303
sebagai penarik kuda dan baghal,

270
00:21:04,137 --> 00:21:08,100
dan tentunya sebagai tukang cuci sepah
yang dibuat oleh orang putih.

271
00:21:14,022 --> 00:21:15,773
{\an8}RAJA ZULU 2019

272
00:21:15,774 --> 00:21:19,151
Orang putih yang benarkan
atau larang kami buat sesuatu.

273
00:21:19,152 --> 00:21:21,446
Jadi, kami jumpa cara kami sendiri.

274
00:21:24,658 --> 00:21:26,118
Mereka berarak.

275
00:21:27,452 --> 00:21:33,792
Pada ketika itu, mereka tiada tempat
untuk orang Afro-Amerika.

276
00:21:36,586 --> 00:21:39,130
Mereka buat perarakan sendiri.

277
00:21:39,131 --> 00:21:41,300
Hidup Raja Zulu!

278
00:21:46,305 --> 00:21:48,515
Kami gembira atas peluang ini.

279
00:21:49,016 --> 00:21:51,392
Buat Bandar New Orleans yang hebat,

280
00:21:51,393 --> 00:21:55,021
kami bangga melihat khalayak
yang keluar dan hadir hari ini,

281
00:21:55,022 --> 00:21:57,565
dan bangga dapat mewakili anda semua.

282
00:21:57,566 --> 00:22:01,694
Daulat Raja Zulu 1929,

283
00:22:01,695 --> 00:22:03,447
Sir Wurry Watson!

284
00:22:06,033 --> 00:22:09,368
Zulu lebih daripada sekadar
kelab bantuan sosial dan ria.

285
00:22:09,369 --> 00:22:11,996
Zulu ialah
satu bentuk kenyataan bersejarah

286
00:22:11,997 --> 00:22:14,790
untuk menyindir sifat perkauman

287
00:22:14,791 --> 00:22:17,251
semasa salah satu sambutan budaya

288
00:22:17,252 --> 00:22:20,463
{\an8}yang paling besar dan bersejarah di dunia,
Mardi Gras,

289
00:22:20,464 --> 00:22:21,589
{\an8}AHLI MAJLIS BANDAR NEW ORLEANS

290
00:22:21,590 --> 00:22:27,387
{\an8}dan sebagai satu mesej besar
kepada puak penindas,

291
00:22:28,513 --> 00:22:29,890
"Aku tetap berdiri."

292
00:22:32,184 --> 00:22:34,894
- Okey, hei. Apa khabar?
- Ayuh.

293
00:22:34,895 --> 00:22:36,438
Simpan untuk...

294
00:22:40,275 --> 00:22:42,277
Awak agak tegang.

295
00:22:44,488 --> 00:22:47,741
Saya dibesarkan sebagai Zulu.
Ayah saya ahli kelab Zulu.

296
00:22:48,241 --> 00:22:50,994
Ayah saya ahli Zulu
semasa saya di sekolah menengah,

297
00:22:51,536 --> 00:22:54,623
dan saya tamat sekolah pada tahun 1965,

298
00:22:55,165 --> 00:22:57,000
dan dia ahli Zulu sebelum itu.

299
00:22:57,918 --> 00:23:00,127
Saya sentiasa berbangga

300
00:23:00,128 --> 00:23:03,548
menjadi sebahagian...
lelaki kulit hitam di bandar ini.

301
00:23:04,466 --> 00:23:08,052
Pada satu masa dulu,
kami tiada organisasi begini.

302
00:23:08,053 --> 00:23:11,680
Kami selalu di jalan belakang.
Sekarang, kami di jalan utama.

303
00:23:11,681 --> 00:23:13,182
Sekarang kami otai.

304
00:23:13,183 --> 00:23:15,519
Jangan biar saya dapat 150 mata.

305
00:23:16,478 --> 00:23:21,066
Jangan biar saya dapat 150 mata.
Kamu mesti tutup kelab itu.

306
00:23:22,025 --> 00:23:25,694
Semasa Katrina melanda,
rumah saya musnah, okey?

307
00:23:25,695 --> 00:23:29,156
Air setinggi enam kaki...
di kejiranan ini.

308
00:23:29,157 --> 00:23:32,160
Kelab di sini habis tenggelam.

309
00:23:33,078 --> 00:23:35,204
Kami ada pekerja kelab,

310
00:23:35,205 --> 00:23:37,290
dan kami buat barbeku di luar.

311
00:23:37,791 --> 00:23:40,876
Satu-satunya lampu di Jalan Broad
ialah Kelab Zulu.

312
00:23:40,877 --> 00:23:43,130
Perarakan Mardi Gras pertama

313
00:23:44,256 --> 00:23:46,257
akan kekal dalam ingatan saya.

314
00:23:46,258 --> 00:23:49,301
- Saya juga.
- Itu persembahan terbaik Zulu.

315
00:23:49,302 --> 00:23:51,595
- Sangat diingati.
- Perarakan hebat.

316
00:23:51,596 --> 00:23:53,931
{\an8}Sebab mereka larang kami buat.

317
00:23:53,932 --> 00:23:56,809
{\an8}Sampai nak bergaduh, ya tak ya?

318
00:23:56,810 --> 00:23:58,602
- Sebab kami nak berarak.
- Ya.

319
00:23:58,603 --> 00:24:02,356
Kemudian kami teruskannya,
dan saya gembira kami jayakannya.

320
00:24:02,357 --> 00:24:05,568
- Mantap.
- Moga kita tak perlu buat begitu lagi.

321
00:24:05,569 --> 00:24:07,278
- Bagus.
- Menakjubkan.

322
00:24:07,279 --> 00:24:08,989
Ia sangat menakjubkan.

323
00:24:15,871 --> 00:24:17,830
KELAB BANTUAN SOSIAL & RIA ZULU

324
00:24:17,831 --> 00:24:20,542
Tiada siapa akan ke situ buat masa ini.

325
00:24:21,334 --> 00:24:22,502
Agak teruk.

326
00:24:35,098 --> 00:24:39,227
Saya beli rumah saya
di Timur New Orleans dan...

327
00:24:39,811 --> 00:24:41,938
akibat taufan, saya kehilangannya.

328
00:24:45,817 --> 00:24:48,486
Kira-kira 80%, 90% bandar ini tenggelam.

329
00:24:48,487 --> 00:24:52,114
Kebanyakan ahli kami berada
di Kariah Orleans,

330
00:24:52,115 --> 00:24:53,657
dan terkesan dengannya,

331
00:24:53,658 --> 00:24:56,495
jadi kami ikut haluan masing-masing.

332
00:24:58,538 --> 00:25:01,832
Ada seruan dibuat
kepada semua pegawai dan anggota

333
00:25:01,833 --> 00:25:04,878
agar kembali ke bandar
untuk mesyuarat tergempar.

334
00:25:07,005 --> 00:25:10,300
{\an8}Saya dalam mesyuarat itu
di Baton Rouge Barat,

335
00:25:11,468 --> 00:25:14,178
{\an8}semasa ahli kelab Zulu bertelingkah

336
00:25:14,179 --> 00:25:16,722
{\an8}sama ada kami patut teruskan Karnival,

337
00:25:16,723 --> 00:25:19,600
sama ada Zulu akan berarak
dan apa maknanya.

338
00:25:19,601 --> 00:25:23,730
Ada persoalan tentang sama ada
New Orleans ialah New Orleans.

339
00:25:24,314 --> 00:25:28,776
Saudara dan ahli dalam kelab Zulu kata
kami perlu buat kenyataan,

340
00:25:28,777 --> 00:25:30,236
bukan tentang Katrina saja.

341
00:25:30,237 --> 00:25:32,697
Kami perlu buat kenyataan kepada dunia.

342
00:25:40,330 --> 00:25:44,583
Apabila mengenangkan beberapa ahli
yang terkorban ketika itu,

343
00:25:44,584 --> 00:25:48,963
{\an8}saya tentu sebak.

344
00:25:48,964 --> 00:25:51,966
- Ini untuk kita.
- Ia untuk New Orleans, sayang.

345
00:25:51,967 --> 00:25:56,679
{\an8}Ini cara kita sembuh daripada Katrina,
dan kami akan berarak hebat.

346
00:25:56,680 --> 00:25:58,723
{\an8}- Itu cara kami.
- Cara kami.

347
00:25:59,516 --> 00:26:02,810
{\an8}Ramai orang percaya sekarang,
dan sejarawan menulisnya,

348
00:26:02,811 --> 00:26:06,814
{\an8}bahawa keputusan itu mungkin
menyelamatkan imej Bandar New Orleans

349
00:26:06,815 --> 00:26:09,317
{\an8}dan Louisiana seperti yang kita tahu.

350
00:26:11,528 --> 00:26:14,197
Sejak kami mula di Jackson Avenue,

351
00:26:14,990 --> 00:26:16,408
saya tak pernah duduk.

352
00:26:17,075 --> 00:26:17,992
Saya berdiri.

353
00:26:17,993 --> 00:26:21,704
Apabila membelok di selekoh
di Claiborne dan Jackson,

354
00:26:21,705 --> 00:26:25,165
dan orang ramai menjerit,
"Raja Zulu, Raja Zulu,"

355
00:26:25,166 --> 00:26:27,251
saya terkesima.

356
00:26:27,252 --> 00:26:29,838
Akhirnya, giliran saya untuk bercakap.

357
00:26:30,505 --> 00:26:32,757
Saya pandang khalayak dan kata,

358
00:26:34,092 --> 00:26:36,552
"Semua orang di New Orleans patut ke sini

359
00:26:36,553 --> 00:26:38,971
dan nikmati Hari Mardi Gras.

360
00:26:38,972 --> 00:26:42,350
Tiada yang lebih baik daripada
menikmati perarakan Zulu."

361
00:26:43,935 --> 00:26:46,103
Penonton bersorak, "Oh!"

362
00:26:46,104 --> 00:26:48,315
Serta...

363
00:26:48,898 --> 00:26:50,858
Jadi datuk bandar kata,

364
00:26:50,859 --> 00:26:52,444
"Itu raja saya."

365
00:26:53,278 --> 00:26:55,529
Inilah dia apa yang diperkatakan.

366
00:26:55,530 --> 00:26:59,159
Bercakap tentang cincin Zulu,
dan bercakap tentang Raja Zulu.

367
00:27:02,037 --> 00:27:03,580
Satu cincin, satu cincin.

368
00:27:04,164 --> 00:27:06,708
Itu cincin Super Bowl, okey?

369
00:27:07,292 --> 00:27:08,667
Dia ada satu.

370
00:27:08,668 --> 00:27:09,878
Saya ada satu.

371
00:27:10,420 --> 00:27:13,130
Dulu, ada ahli-ahli lama
yang juga ada satu.

372
00:27:13,131 --> 00:27:16,091
Tapi nampak Cowboys-Steelers?
Mengarut betul.

373
00:27:16,092 --> 00:27:17,761
Itu cincin yang penting.

374
00:27:18,345 --> 00:27:22,307
Barack Obama boleh jadi presiden,
tapi dia tak boleh jadi Raja Zulu.

375
00:27:22,807 --> 00:27:24,099
Setahun cuma seorang.

376
00:27:24,100 --> 00:27:26,268
- Dia ahli kehormat?
- Setahun seorang.

377
00:27:26,269 --> 00:27:28,438
Dia ahli kehormat,

378
00:27:29,356 --> 00:27:30,773
tapi dia tak boleh jadi raja.

379
00:27:30,774 --> 00:27:34,193
Kami buat pilihan raya yang adil,
dan kami terima keputusannya.

380
00:27:34,194 --> 00:27:36,529
Kita mesti boleh

381
00:27:38,114 --> 00:27:39,407
berkempen,

382
00:27:39,908 --> 00:27:41,368
berkawan,

383
00:27:42,077 --> 00:27:44,037
beli ayam, beli wiski.

384
00:27:45,288 --> 00:27:49,376
Ada pengerasnya untuk jadi raja.

385
00:27:50,085 --> 00:27:53,004
Ada pengeras, tapi bukanlah begitu.

386
00:27:53,505 --> 00:27:55,255
Sebab Raja Zulu

387
00:27:55,256 --> 00:27:57,759
adalah tokoh yang sangat dihormati

388
00:27:58,259 --> 00:27:59,844
oleh seluruh komuniti ini.

389
00:28:02,514 --> 00:28:04,015
Kini telah rasmi.

390
00:28:04,974 --> 00:28:08,436
Dia ditabalkan oleh raja kita,

391
00:28:08,937 --> 00:28:10,522
Saudara George V. Rainey.

392
00:28:11,940 --> 00:28:13,400
Tuan-tuan dan puan-puan,

393
00:28:13,900 --> 00:28:16,819
saya persembahkan Raja Zulu 2020,

394
00:28:16,820 --> 00:28:19,864
saudara Brian M. Sims.

395
00:28:21,700 --> 00:28:25,703
Apabila kita keluar sebagai raja,
kita mahu pastikan kita mampu

396
00:28:25,704 --> 00:28:28,415
mewakili diri kita serta organisasi ini.

397
00:28:28,998 --> 00:28:32,418
Bukan saja kepada komuniti New Orleans,
tapi kepada dunia,

398
00:28:32,419 --> 00:28:34,838
kerana dunia melihat kita.

399
00:28:36,631 --> 00:28:40,009
{\an8}HARI MARDI GRAS 2020

400
00:28:44,889 --> 00:28:46,932
Bukan kali pertama menunggang kuda, bukan?

401
00:28:46,933 --> 00:28:48,100
- Ya.
- Yakah?

402
00:28:48,101 --> 00:28:49,518
Awak masih teruna!

403
00:28:49,519 --> 00:28:50,979
- Ya.
- Alamak.

404
00:29:24,471 --> 00:29:25,554
Tengok ini.

405
00:29:25,555 --> 00:29:27,264
- Rumah siapa?
- Rumah Tramps!

406
00:29:27,265 --> 00:29:28,974
- Rumah siapa?
- Rumah gelandangan!

407
00:29:28,975 --> 00:29:30,769
- Rumah siapa?
- Rumah Tramps!

408
00:29:31,519 --> 00:29:33,104
Tramps!

409
00:29:33,730 --> 00:29:34,813
Ta-da!

410
00:29:34,814 --> 00:29:37,191
- Isteri saya buat kostum saya.
- Baiklah.

411
00:29:37,192 --> 00:29:38,359
Wah!

412
00:29:43,239 --> 00:29:46,742
Dulu, mereka buat kostum guna pokok palma.

413
00:29:46,743 --> 00:29:48,286
Ia buatan tangan.

414
00:29:51,456 --> 00:29:52,999
Rambut palsu tebal.

415
00:29:57,086 --> 00:29:58,546
- Itu dia.
- Ya.

416
00:30:00,423 --> 00:30:01,800
Sedia beraksi.

417
00:30:46,761 --> 00:30:48,387
Ya, sayang! Zulu!

418
00:30:48,388 --> 00:30:49,806
Selamat Hari Mardi Gras!

419
00:30:55,186 --> 00:30:56,144
Raja Zulu!

420
00:30:56,145 --> 00:30:58,939
Zulu Brian Sims!

421
00:30:58,940 --> 00:31:00,691
- Hidup Zulu.
- Hidup Zulu!

422
00:31:00,692 --> 00:31:04,570
<i>Terima kasih kepada organisasi Zulu
atas usaha kalian sepanjang tahun</i>

423
00:31:04,571 --> 00:31:06,655
<i>untuk bandar dan komuniti kita.</i>

424
00:31:06,656 --> 00:31:07,781
<i>Hidup Zulu!</i>

425
00:31:07,782 --> 00:31:09,408
{\an8}PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH ZULU

426
00:31:09,409 --> 00:31:11,994
Selamat Hari Mardi Gras.
Terima kasih kerana datang.

427
00:31:11,995 --> 00:31:13,246
Terima kasih semua.

428
00:31:13,997 --> 00:31:15,123
Selamat Hari Mardi Gras.

429
00:31:31,806 --> 00:31:36,394
<i>9 Mac adalah kes COVID-19
pertama kami di Louisiana.</i>

430
00:31:36,936 --> 00:31:39,314
<i>Dua minggu sebelum itu ialah Mardi Gras.</i>

431
00:31:42,233 --> 00:31:45,777
<i>Di seberang Louisiana,
jumlahnya sangat melambung tinggi.</i>

432
00:31:45,778 --> 00:31:47,446
<i>...zon New Orleans,</i>

433
00:31:47,447 --> 00:31:50,407
<i>bandar dengan kadar kematian tertinggi
di negara ini.</i>

434
00:31:50,408 --> 00:31:52,534
<i>...pusat wabak global.</i>

435
00:31:52,535 --> 00:31:54,537
<i>Hampir empat kali ganda daripada New York.</i>

436
00:31:55,163 --> 00:32:00,292
<i>Lebih daripada 70% kematian adalah
dalam kalangan orang Afrika Amerika.</i>

437
00:32:00,293 --> 00:32:02,461
<i>Jadi, jelas sekali,
ini perbezaan yang besar,</i>

438
00:32:02,462 --> 00:32:05,881
<i>dan kami akan cuba fikirkan
apa kami boleh buat tentangnya</i>

439
00:32:05,882 --> 00:32:07,216
<i>secepat mungkin.</i>

440
00:32:12,055 --> 00:32:15,642
Kami mula melihat lebih ramai orang,
lelaki Afrika-Amerika,

441
00:32:16,267 --> 00:32:18,727
kebanyakannya datang ke hospital,

442
00:32:18,728 --> 00:32:21,731
dihantar, dua minggu kemudian, mati.

443
00:32:22,398 --> 00:32:24,734
Ramai kalangan mereka ahli kelab Zulu.

444
00:32:29,113 --> 00:32:30,989
Jumaat sebelum Mardi Gras

445
00:32:30,990 --> 00:32:33,200
adalah salah satu acara terbesar,

446
00:32:33,201 --> 00:32:34,785
24,000 orang.

447
00:32:34,786 --> 00:32:38,748
Semua orang datang dari seluruh dunia
untuk berjumpa Raja Zulu.

448
00:32:42,001 --> 00:32:46,213
Kelab Zulu ialah nadi parti Mardi Gras.

449
00:32:46,214 --> 00:32:48,966
Di situlah semua orang melepak.

450
00:32:48,967 --> 00:32:51,052
Semua orang pergi ke pesta Zulu.

451
00:32:53,930 --> 00:32:56,349
Orang yang saya kenal,

452
00:32:56,891 --> 00:32:59,267
berparti bersama, satu sekolah,

453
00:32:59,268 --> 00:33:00,687
satu jemaah gereja.

454
00:33:01,437 --> 00:33:03,606
Daripada tiada sesiapa kepada tiga orang,

455
00:33:04,148 --> 00:33:05,817
dalam beberapa jam.

456
00:33:06,401 --> 00:33:09,695
Itu tak masuk akal. "Apa jadah?"

457
00:33:09,696 --> 00:33:12,240
Selepas itu, ia berterusan.

458
00:33:14,951 --> 00:33:18,287
{\an8}10 MINGGU KEMUDIAN

459
00:33:31,676 --> 00:33:35,680
Ada pepatah lama,
"Jauh di mata, dekat di hati."

460
00:33:37,598 --> 00:33:40,685
Saya rindu nak lepak di sini.

461
00:33:47,817 --> 00:33:49,693
{\an8}Nampak bendera hitam itu?

462
00:33:49,694 --> 00:33:52,320
{\an8}Apabila bendera hitam dikibarkan di kelab,

463
00:33:52,321 --> 00:33:54,657
maknanya seorang ahli telah meninggal.

464
00:34:00,538 --> 00:34:02,122
Apa cerita?

465
00:34:02,123 --> 00:34:03,206
Apa khabar?

466
00:34:03,207 --> 00:34:05,625
Saya dengar kita kehilangan
15 saudara kerana COVID-19.

467
00:34:05,626 --> 00:34:08,253
Ingatkan 11.
Saya tak tahu sampai 15 orang.

468
00:34:08,254 --> 00:34:11,299
- Saya berhenti mengira.
- Kalau tak silap, 15.

469
00:34:11,883 --> 00:34:12,716
Sedih sangat.

470
00:34:12,717 --> 00:34:15,844
Saya tak pernah hadapi kematian
sebanyak ini dalam hidup saya.

471
00:34:15,845 --> 00:34:16,804
Ya.

472
00:34:28,024 --> 00:34:30,650
Ini kali pertama saya datang ke sini

473
00:34:30,651 --> 00:34:33,613
sejak minggu selepas pesta.

474
00:34:34,530 --> 00:34:37,908
Ia agak... menyedihkan

475
00:34:37,909 --> 00:34:40,244
kerana tempat ini sentiasa hidup.

476
00:34:44,248 --> 00:34:47,751
Kali terakhir kelab ditutup selama ini
ialah semasa Katrina.

477
00:34:47,752 --> 00:34:50,088
Tak sangka ia akan berlaku lagi.

478
00:34:50,630 --> 00:34:54,466
Buat masa ini, kami tak tahu
bila ia akan dibuka semula.

479
00:34:54,467 --> 00:34:56,636
RAJA

480
00:34:58,137 --> 00:34:59,847
Itu Dinding Raja.

481
00:35:00,765 --> 00:35:04,268
Awaklah kemuncak Mardi Gras.
Awak selebriti Mardi Gras.

482
00:35:04,894 --> 00:35:08,230
Larry Hammond seorang yang hebat.

483
00:35:08,231 --> 00:35:10,274
Dia raja semasa Katrina.

484
00:35:11,484 --> 00:35:13,653
Saya cukup tersentak.

485
00:35:14,153 --> 00:35:15,821
Betul, saya tak percaya

486
00:35:15,822 --> 00:35:18,031
sebab dia lebih tua,

487
00:35:18,032 --> 00:35:20,033
tapi dia sihat walafiat.

488
00:35:20,034 --> 00:35:23,121
Saya tak fikir COVID ragut nyawa dia.

489
00:35:23,621 --> 00:35:26,582
Jadi, sejujurnya saya terkejut.

490
00:35:29,502 --> 00:35:32,087
Selamat pagi. Nama saya Larry Hammond.

491
00:35:32,088 --> 00:35:34,257
Larry A. Hammond, lebih tepat lagi.

492
00:35:40,221 --> 00:35:43,224
Saya Raja Zulu, ahli kehormat,

493
00:35:44,183 --> 00:35:45,601
ahli seumur hidup,

494
00:35:46,352 --> 00:35:48,146
kemudian duduk di anjung.

495
00:35:52,567 --> 00:35:54,152
Dia hebat.

496
00:36:01,826 --> 00:36:03,703
Saya menangis selama dua jam.

497
00:36:18,176 --> 00:36:20,135
Agak meruntun hati.

498
00:36:20,136 --> 00:36:23,723
Kita tak boleh hubungi keluarga
seperti yang kita mahu.

499
00:36:24,223 --> 00:36:27,727
Sebagai masyarakat mulia,
kami sempurnakan pengebumiannya.

500
00:36:28,436 --> 00:36:31,104
Kami amat sedih
kerana kami tak dapat penuhi

501
00:36:31,105 --> 00:36:34,525
tujuan asal penubuhan organisasi kami.

502
00:36:37,987 --> 00:36:41,239
Keadaan sedia ada
bukan sekadar perubatan.

503
00:36:41,240 --> 00:36:43,284
Ia juga dari segi sosio ekonomi.

504
00:36:43,993 --> 00:36:47,329
{\an8}Tiada akses penjagaan kesihatan,
keperluan hidup.

505
00:36:47,330 --> 00:36:50,583
Apabila wabak melanda,
kita mudah menjadi mangsa.

506
00:36:51,667 --> 00:36:55,962
Di New Orleans, bergantung kepada
tempat tinggal, bekerja dan main,

507
00:36:55,963 --> 00:37:00,509
{\an8}kita boleh mati pada usia 55 tahun

508
00:37:01,052 --> 00:37:02,093
{\an8}atau 80 tahun.

509
00:37:02,094 --> 00:37:04,012
Ia tak boleh diterima.

510
00:37:04,013 --> 00:37:06,223
Itu semua ada kaitan dengan

511
00:37:06,224 --> 00:37:10,352
cara kita kurang menghargai
orang yang tinggal dalam komuniti

512
00:37:10,353 --> 00:37:13,356
yang menjadikan New Orleans
seperti sekarang.

513
00:37:23,157 --> 00:37:26,452
Saya tinggal di sebuah tempat
yang dipanggil Destrehan, Louisiana,

514
00:37:26,953 --> 00:37:31,749
iaitu kira-kira 35 kilometer
dari pusat bandar New Orleans.

515
00:37:33,459 --> 00:37:35,168
Lima kilometer dari rumah saya,

516
00:37:35,169 --> 00:37:39,172
Ada tiga loji kimia utama.

517
00:37:39,173 --> 00:37:40,799
BERSATU TEGUH, BERCERAI ROBOH

518
00:37:40,800 --> 00:37:46,137
Sebelum beli rumah saya, saya tahu itu,
dan saya putuskan untuk tinggal di sini

519
00:37:46,138 --> 00:37:49,892
kerana sistem sekolah yang hebat.

520
00:37:51,060 --> 00:37:53,144
Disebabkan loji kimia,

521
00:37:53,145 --> 00:37:56,398
sekolah dapat banyak potongan cukai.

522
00:37:56,399 --> 00:37:59,902
Orang dapat kerja bergaji besar.

523
00:38:00,611 --> 00:38:03,488
Ia satu pengorbanan yang kami buat.

524
00:38:03,489 --> 00:38:05,658
Tiada siapa nak dapat kanser, tapi...

525
00:38:06,826 --> 00:38:09,828
semua orang akan mati akibat sesuatu,
betul tak?

526
00:38:09,829 --> 00:38:13,248
Jadi, saya sedar akan keputusan saya

527
00:38:13,249 --> 00:38:17,294
dan saya rasa
berbaloi tinggal di Destrehan

528
00:38:17,295 --> 00:38:19,963
kerana ia mencipta gaya hidup

529
00:38:19,964 --> 00:38:22,466
yang saya selalu bayangkan,

530
00:38:23,342 --> 00:38:25,177
tolak loji kimia.

531
00:38:46,949 --> 00:38:49,034
Sudut ini sangat istimewa bagi saya

532
00:38:49,035 --> 00:38:52,078
sebab ayah saya membesar
tak jauh dari sini.

533
00:38:52,079 --> 00:38:55,957
Seluruh jalan ini adalah lubuk bisnes
kulit Hitam di New Orleans.

534
00:38:55,958 --> 00:38:59,336
{\an8}Di sudut ini, ada restoran,

535
00:38:59,337 --> 00:39:01,005
{\an8}sebuah syarikat kewangan,

536
00:39:02,006 --> 00:39:03,590
{\an8}bengkel kereta.

537
00:39:03,591 --> 00:39:06,344
Ada bisnes dari sini,

538
00:39:07,386 --> 00:39:11,140
ke arah ini, 20 blok,
sehingga ke Canal Street.

539
00:39:33,371 --> 00:39:35,623
Pada tahun 1966,

540
00:39:36,123 --> 00:39:40,418
{\an8}apabila rentas negeri diumumkan
akan melalui New Orleans,

541
00:39:40,419 --> 00:39:42,505
{\an8}ia sepatutnya menyusuri sungai

542
00:39:43,089 --> 00:39:45,256
dan penduduk French Quarter

543
00:39:45,257 --> 00:39:48,969
yang dari segi politik adalah
orang berkabel besar dan kaya...

544
00:39:49,637 --> 00:39:51,471
"Bukan di kawasan aku."

545
00:39:51,472 --> 00:39:53,556
KE TEPI, POKOK

546
00:39:53,557 --> 00:39:57,478
"Bukan di kawasan aku" maksudnya
bukan di jalan komersial kami.

547
00:39:58,062 --> 00:40:00,105
Jalan itu sangat sibuk

548
00:40:00,106 --> 00:40:04,025
{\an8}kerana orang dari Kariah St. Bernard
terpaksa melalui laluan itu

549
00:40:04,026 --> 00:40:07,695
untuk masuk ke New Orleans.

550
00:40:07,696 --> 00:40:10,365
Tapi apabila lebuh raya bersepadu dibina,

551
00:40:10,366 --> 00:40:13,285
banyak perniagaan gulung tikar.

552
00:40:14,829 --> 00:40:16,246
Melalui wilayah ternama,

553
00:40:16,247 --> 00:40:19,374
kerajaan persekutuan,
negeri dan bandar bekerjasama

554
00:40:19,375 --> 00:40:23,837
untuk musnahkan 326 perniagaan
milik kulit Hitam di Claiborne Avenue.

555
00:40:23,838 --> 00:40:27,590
Sebanyak 326 perniagaan
milik orang kulit Hitam.

556
00:40:27,591 --> 00:40:30,176
Jadi itu pemindahan kekayaan yang besar.

557
00:40:30,177 --> 00:40:33,221
Tiada cara genius, tiada sihir

558
00:40:33,222 --> 00:40:38,060
yang akan menghasilkan jalan raya
yang sepadan dengan kereta.

559
00:40:55,536 --> 00:40:57,662
Mula-mula,
ia membelah kawasan kejiranan.

560
00:40:57,663 --> 00:41:00,248
Kemudian ia mengurangkan
nilai rumah mereka.

561
00:41:00,249 --> 00:41:02,750
Mereka hilang ekuiti rumah mereka.

562
00:41:02,751 --> 00:41:07,173
Kejiranan ini sangat berharga
sebab ia kejiranan kulit Hitam.

563
00:41:11,635 --> 00:41:13,178
Ada 13 kejiranan kulit Hitam

564
00:41:13,179 --> 00:41:15,847
yang terjejas dengan pembinaan.

565
00:41:15,848 --> 00:41:20,769
Dalam komuniti itu,
pendapatan median ialah $18,500.

566
00:41:21,604 --> 00:41:22,438
Hari ini.

567
00:41:23,439 --> 00:41:26,609
44% daripada penduduk tiada kenderaan.

568
00:41:27,485 --> 00:41:30,653
Kurang daripada 10% pelajar
tinggal sebatu dari sekolah mereka,

569
00:41:30,654 --> 00:41:32,363
sebatu dari perpustakaan.

570
00:41:32,364 --> 00:41:35,617
Tahap kekangan,
kerendahan tahap pendidikan,

571
00:41:35,618 --> 00:41:39,622
dan semua itu menyebabkan
perbezaan 25 tahun dalam jangka hayat.

572
00:41:42,958 --> 00:41:46,211
Jika saya besarkan lima anak saya

573
00:41:46,212 --> 00:41:49,714
di kejiranan yang sama
dengan nenek dan sepupu mereka,

574
00:41:49,715 --> 00:41:52,175
saya sekat peluang untuk mereka hidup

575
00:41:52,176 --> 00:41:54,261
dan saya pendekkan umur mereka.

576
00:41:55,137 --> 00:41:57,640
Kalau saya nak mereka hidup lama,
saya kena pindah.

577
00:41:58,891 --> 00:42:00,267
Itu tak adil.

578
00:42:06,690 --> 00:42:10,069
Laluan Zulu pada Hari Mardi Gras

579
00:42:11,195 --> 00:42:13,655
sentiasa membabitkan Claiborne Avenue,

580
00:42:13,656 --> 00:42:15,741
selalu membabitkan Orleans Avenue.

581
00:42:17,493 --> 00:42:18,952
Sehingga hari ini,

582
00:42:18,953 --> 00:42:23,289
Zulu satu-satunya organisasi perarakan
yang berarak di Claiborne Avenue,

583
00:42:23,290 --> 00:42:27,962
Orleans Avenue atau di mana saja
di pusat bandar Canal Street.

584
00:42:31,131 --> 00:42:36,177
Hubungan Zulu dengan jiwa komuniti kami
sangat-sangat kuat.

585
00:42:36,178 --> 00:42:40,723
{\an8}Apa yang berlaku di bawah jambatan
masih sebahagian daripada tradisi itu.

586
00:42:40,724 --> 00:42:43,726
{\an8}Jadi saya rasa kelab itu nak kata,

587
00:42:43,727 --> 00:42:47,021
"Hei, lihat, tiada apa-apa
yang akan menyimpangkan kami

588
00:42:47,022 --> 00:42:48,691
daripada jiwa kami."

589
00:42:58,826 --> 00:43:01,411
<i>Begini, 400 tahun
Darah, peluh dan air mata</i>

590
00:43:01,412 --> 00:43:03,913
<i>2020, aku nampak perkara yang sama</i>

591
00:43:03,914 --> 00:43:06,874
<i>Setiap hari, bangun tidur
Sedarlah ia satu rahmat</i>

592
00:43:06,875 --> 00:43:09,794
<i>Tapi aku sedar kita semua masih
Terperangkap dalam penindasan ini</i>

593
00:43:09,795 --> 00:43:11,713
<i>Kau perlu tahu
Kau tahu ia benar</i>

594
00:43:11,714 --> 00:43:14,382
<i>Mereka kata Nyawa Kulit Hitam Penting
Tapi ia tak penting bagi kau</i>

595
00:43:14,383 --> 00:43:17,010
<i>Kau perlu rasa apabila aku
Zahirkan jiwaku</i>

596
00:43:17,011 --> 00:43:19,513
<i>Aku harap ini jawapannya
Aku harap kau boleh dengar</i>

597
00:43:35,279 --> 00:43:36,613
<i>Ini bukan kata-kata</i>

598
00:43:36,614 --> 00:43:39,824
<i>Anggap ia perintah
Kau pun tahu</i>

599
00:43:39,825 --> 00:43:42,786
<i>Aku kulit Hitam dan bangga
Aku harap kau pun rasa begitu</i>

600
00:43:53,255 --> 00:43:58,093
STUDIO BLAINE KERN

601
00:44:02,848 --> 00:44:06,601
<i>Bandar New Orleans kata "tidak"
kepada mana-mana perarakan pada 2021.</i>

602
00:44:06,602 --> 00:44:09,312
<i>Berita tentang pembatalan
perarakan Karnival 2021</i>

603
00:44:09,313 --> 00:44:11,272
<i>tersebar luas pada hari Selasa.</i>

604
00:44:11,273 --> 00:44:14,233
<i>...disiarkan di laman web bandar,
berkata, memetik,</i>

605
00:44:14,234 --> 00:44:17,446
<i>"Apa-apa jenis perarakan
tidak akan dibenarkan tahun ini."</i>

606
00:44:34,546 --> 00:44:37,507
COVID-19 menjejaskan organisasi ini

607
00:44:37,508 --> 00:44:40,678
melebihi apa yang dicetak
dan diketahui dalam media.

608
00:44:41,178 --> 00:44:45,890
Jadi sementara saya kesal
tak dapat menyertai Mardi Gras 2021,

609
00:44:45,891 --> 00:44:47,768
ada banyak ketidakpastian.

610
00:44:48,268 --> 00:44:49,644
{\an8}Jumlahnya masih tinggi.

611
00:44:49,645 --> 00:44:52,480
{\an8}Kadar kematian tinggi di seluruh negara.

612
00:44:52,481 --> 00:44:56,025
Tiada petunjuk yang
kita akan bebas daripadanya tak lama lagi.

613
00:44:56,026 --> 00:44:57,318
{\an8}AHLI MAJLIS DAERAH B

614
00:44:57,319 --> 00:44:59,779
- Sekali lagi.
- Beritahu saya apabila awak dah sedia.

615
00:44:59,780 --> 00:45:01,072
Dalam kiraan tiga.

616
00:45:01,073 --> 00:45:02,491
Satu, dua, tiga.

617
00:45:03,158 --> 00:45:06,327
Nama saya Jay H. Banks,
dan saya ahli majlis Daerah B

618
00:45:06,328 --> 00:45:07,954
di Bandar New Orleans.

619
00:45:07,955 --> 00:45:10,039
Hakikat yang anda tak boleh berada di sini

620
00:45:10,040 --> 00:45:12,917
benar-benar mengecewakan kami,
tapi saya tak sabar menantikan hari itu

621
00:45:12,918 --> 00:45:15,670
apabila anda boleh datang ke New Orleans.

622
00:45:15,671 --> 00:45:18,923
New Orleans lebih meriah
berbanding bandar lain di planet ini,

623
00:45:18,924 --> 00:45:21,134
dan saya sangat galakkan anda datang

624
00:45:21,135 --> 00:45:23,679
secepat mungkin
dan nikmati semuanya di sini.

625
00:45:25,389 --> 00:45:27,598
- Sempurna, terbaik.
- Baiklah.

626
00:45:27,599 --> 00:45:29,142
- Syabas, bos.
- Tiga puluh saat?

627
00:45:29,143 --> 00:45:32,312
- Lebih kurang 40 saat.
- Tak apa. Itu lebih baik.

628
00:45:35,482 --> 00:45:37,735
Ada koleksi Zulu di dinding ini.

629
00:45:38,652 --> 00:45:41,363
Itu hari pilihan raya selepas saya menang.

630
00:45:42,114 --> 00:45:45,617
Ia hari yang luar biasa.

631
00:45:46,243 --> 00:45:50,038
{\an8}Untuk menjadi sebahagian
daripada sejarah New Orleans,

632
00:45:51,665 --> 00:45:53,083
hidup kita berubah.

633
00:45:53,667 --> 00:45:55,252
Daripada menjadi

634
00:45:56,920 --> 00:46:00,799
orang biasa kepada seseorang
yang akan terpahat dalam sejarah.

635
00:46:01,508 --> 00:46:03,010
Itu Louis Armstrong.

636
00:46:04,052 --> 00:46:06,429
Yang kedua, hitam dan putih,

637
00:46:06,430 --> 00:46:09,348
itu ialah Bo Berry,
dan itu Charlie Hamilton.

638
00:46:09,349 --> 00:46:12,936
Itulah tiga raja
yang paling mempengaruhi saya.

639
00:46:15,063 --> 00:46:16,647
MAJALAH BERITA MINGGUAN

640
00:46:16,648 --> 00:46:20,610
Louis Armstrong...
menghiasi muka depan majalah <i>Time</i>.

641
00:46:20,611 --> 00:46:23,989
Itu yang bawa kami dari sini ke atas sana.

642
00:46:29,703 --> 00:46:31,329
<i>Inilah keseronokan hidup saya.</i>

643
00:46:31,330 --> 00:46:34,332
<i>Dah lama saya nak Raja Zulu.</i>

644
00:46:34,333 --> 00:46:36,000
<i>Saya ahli seumur hidup.</i>

645
00:46:36,001 --> 00:46:38,628
<i>Saya perasan awak kata
dalam temu bual awak dengan</i> Time

646
00:46:38,629 --> 00:46:40,963
<i>yang awak ada
satu cita-cita besar dalam hidup,</i>

647
00:46:40,964 --> 00:46:44,342
<i>menjadi Raja Zulu,
dan selepas itu, awak boleh mati.</i>

648
00:46:44,343 --> 00:46:48,222
<i>Ya, saya tak mahu
Tuhan cabut nyawa saya, tapi...</i>

649
00:46:50,724 --> 00:46:55,479
Armstrong membesar
semasa era awal Zulu ditubuhkan.

650
00:46:56,605 --> 00:46:58,315
Jadi idea...

651
00:46:59,233 --> 00:47:01,276
perarakan Hitam dengan apungan,

652
00:47:01,944 --> 00:47:05,113
kostum, dan balingan dan sebagainya

653
00:47:05,697 --> 00:47:07,199
adalah sesuatu yang baru.

654
00:47:08,242 --> 00:47:11,119
Orang kulit Hitam
tak boleh jadi datuk bandar, gabenor,

655
00:47:12,204 --> 00:47:13,288
syerif,

656
00:47:14,581 --> 00:47:15,916
atau penangkap anjing,

657
00:47:16,750 --> 00:47:18,085
tapi dia mungkin Raja Zulu.

658
00:47:22,047 --> 00:47:25,801
Gambar Armstrong
yang muncul dengan muka Hitam

659
00:47:26,468 --> 00:47:30,055
menjejaskan reputasi baiknya
di luar New Orleans.

660
00:47:31,098 --> 00:47:33,641
Saya rasa beberapa kesukaran
yang dia hadapi

661
00:47:33,642 --> 00:47:35,769
pada akhir 50-an dan awal 60-an

662
00:47:37,020 --> 00:47:38,397
mungkin kerana itu.

663
00:47:44,444 --> 00:47:45,653
<i>Selamat pagi, semua.</i>

664
00:47:45,654 --> 00:47:48,030
<i>Ini Putera Pigeon anda,
Troubadour Bahagian ke-17.</i>

665
00:47:48,031 --> 00:47:50,700
Lelaki Renaissance Uptown.

666
00:47:50,701 --> 00:47:55,413
<i>Secara langsung dan terus
dari Studio WBOK di Gentilly yang sejuk.</i>

667
00:47:55,414 --> 00:47:58,332
<i>Tahu tak?
Ada cerita panas untuk anda hari ini.</i>

668
00:47:58,333 --> 00:48:00,459
<i>Topik hari ini...</i>

669
00:48:00,460 --> 00:48:03,087
<i>Adakah tiba masanya untuk Zulu</i>

670
00:48:03,088 --> 00:48:05,382
tanggalkan muka hitam?

671
00:48:07,050 --> 00:48:12,263
Saya dah sertai perarakan Zulu empat kali
dan menikmati setiap perarakan.

672
00:48:12,264 --> 00:48:14,557
Ada satu perarakan.

673
00:48:14,558 --> 00:48:16,559
Ia seperti salah satu...

674
00:48:16,560 --> 00:48:19,103
hari paling seronok dalam hidup saya.

675
00:48:19,104 --> 00:48:21,981
Saya menikmati setiap saat.

676
00:48:21,982 --> 00:48:25,026
Apabila ia berakhir, jika mereka kata,
"Hei, berapa ramai

677
00:48:25,027 --> 00:48:26,986
nak buat sekali lagi?"

678
00:48:26,987 --> 00:48:29,572
Saya akan kata, "Ayuh, saya mahu."

679
00:48:29,573 --> 00:48:33,368
Keesokan harinya,
saya datang ke kedai kopi ini.

680
00:48:34,453 --> 00:48:35,995
Saya penat dan pengar.

681
00:48:35,996 --> 00:48:37,997
Saya beli secawan kopi dan akhbar.

682
00:48:37,998 --> 00:48:41,251
Saya duduk,
dan saya lihat muka depan akhbar,

683
00:48:41,752 --> 00:48:45,087
dan saya nampak lelaki dari Zulu
di muka depan,

684
00:48:45,088 --> 00:48:46,965
dan perkara pertama saya kata,

685
00:48:48,300 --> 00:48:50,844
"Lelaki itu nampak macam
dia sedang berseronok."

686
00:48:51,511 --> 00:48:55,307
Kemudian saya sedar
itu saya di muka depan akhbar,

687
00:48:56,058 --> 00:48:56,975
muka hitam!

688
00:49:02,105 --> 00:49:03,940
Dalam fikiran saya sendiri,

689
00:49:03,941 --> 00:49:06,609
saya relakan percanggahan kognitif,

690
00:49:06,610 --> 00:49:09,153
dan kata, lihat,

691
00:49:09,154 --> 00:49:11,322
sebab saya kenal mereka,

692
00:49:11,323 --> 00:49:13,659
saya tahu bukan itu prinsip mereka.

693
00:49:16,495 --> 00:49:17,828
Macam Louis Armstrong,

694
00:49:17,829 --> 00:49:21,582
saya rasa dia menderita
akibat perbuatan yang sama.

695
00:49:21,583 --> 00:49:24,961
Dia mahu memberi penghormatan
kepada rakan-rakannya,

696
00:49:24,962 --> 00:49:27,505
kepada orang yang dia kenal,

697
00:49:27,506 --> 00:49:29,424
kerana dia sayang mereka.

698
00:49:29,925 --> 00:49:32,551
Tapi sekarang,
apabila dia buat muka hitam,

699
00:49:32,552 --> 00:49:37,348
dalam majalah <i>Time</i> and <i>Life</i>,
orang di seluruh negara

700
00:49:37,349 --> 00:49:41,060
yang melihat gambar ini,
mereka ini tak faham konteks.

701
00:49:41,061 --> 00:49:44,105
Mereka cuma tahu tentang pendendang lagu

702
00:49:44,106 --> 00:49:47,233
dan perkara buruk
yang orang biasa kaitkan.

703
00:49:47,234 --> 00:49:51,237
Mereka terpaksa melihat Louis Armstrong
dengan cara berbeza,

704
00:49:51,238 --> 00:49:54,031
dan saya rasa Billie Holiday
dipetik sebagai berkata

705
00:49:54,032 --> 00:49:56,702
Louis Armstrong adalah duri di hatinya.

706
00:49:57,369 --> 00:49:59,955
<i>Satu-satunya dosaku</i>

707
00:50:00,789 --> 00:50:03,125
<i>Adalah kulitku</i>

708
00:50:04,626 --> 00:50:06,962
<i>Apa salah aku</i>

709
00:50:07,796 --> 00:50:12,634
<i>Salahkah aku menjadi jadi hitam?</i>

710
00:50:16,430 --> 00:50:19,932
Saya sentiasa membantah muka hitam,

711
00:50:19,933 --> 00:50:22,352
tapi fikirkan maknanya bagi Zulu.

712
00:50:25,022 --> 00:50:28,692
Sebelum mereka jadi Zulu,
nama organisasi itu ialah Tramps.

713
00:50:30,777 --> 00:50:36,366
Mereka pergi tonton pementasan
tentang Shaka Zulu di Pythian Theater.

714
00:50:39,661 --> 00:50:41,370
Tajuk sketsa itu ialah

715
00:50:41,371 --> 00:50:45,584
"Takkan Pernah Ada dan Takkan Sesekali Ada
Raja Seperti Aku."

716
00:50:47,753 --> 00:50:48,754
Fikirkannya.

717
00:50:49,421 --> 00:50:50,838
"Takkan pernah ada

718
00:50:50,839 --> 00:50:52,423
dan takkan sesekali

719
00:50:52,424 --> 00:50:54,217
raja seperti aku."

720
00:51:06,271 --> 00:51:09,231
Mereka sangat kagum
sehinggakan mereka tukar nama

721
00:51:09,232 --> 00:51:11,234
daripada Tramps kepada Zulu.

722
00:51:11,943 --> 00:51:14,904
Mulai hari itu, mengambil ikonografi

723
00:51:14,905 --> 00:51:18,699
pahlawan, perisai, lembing,
dan semua benda itu,

724
00:51:18,700 --> 00:51:20,577
serta muka hitam.

725
00:51:25,415 --> 00:51:27,500
Hai, semua. Selamat datang ke <i>Vagabond</i>.

726
00:51:27,501 --> 00:51:28,876
Saya Bill Burrud.

727
00:51:28,877 --> 00:51:32,088
Topeng ini simbolik
salah satu peristiwa yang hebat

728
00:51:32,089 --> 00:51:34,466
di negara kita setiap tahun,
musim Mardi Gras.

729
00:51:36,510 --> 00:51:39,053
Saya yakin, dalam konsep organisasi ini,

730
00:51:39,054 --> 00:51:42,348
{\an8}jika kita dibenarkan memakai topeng,
seperti orang putih,

731
00:51:42,349 --> 00:51:44,600
{\an8}mungkin kami pakai topeng.

732
00:51:44,601 --> 00:51:48,062
{\an8}Tapi memandangkan topeng dilarang,
kami pakai apa yang boleh.

733
00:51:48,063 --> 00:51:50,898
{\an8}Sekarang... kita dah ubah permainan.

734
00:51:50,899 --> 00:51:54,610
{\an8}Saya akan pakai apa yang saya pakai
sebab itu yang saya kena pakai.

735
00:51:54,611 --> 00:51:57,364
Tapi bagi mereka
yang ada masalah dengannya,

736
00:51:58,115 --> 00:52:00,700
carilah masalah anda sendiri.
Ini Amerika.

737
00:52:01,368 --> 00:52:04,286
Jadi dah beritahu mereka?
Bila awak nak cakap dengan orang awak?

738
00:52:04,287 --> 00:52:06,705
Beritahu mereka langkah seterusnya.

739
00:52:06,706 --> 00:52:09,416
- Faham?
- Perasaan saya bercampur baur.

740
00:52:09,417 --> 00:52:12,921
Muka hitam sebahagian
daripada acara perayaan.

741
00:52:13,964 --> 00:52:15,548
Ia hanya topeng bagi saya.

742
00:52:15,549 --> 00:52:17,591
Semua ini bukan perkara
yang datang dari Afrika.

743
00:52:17,592 --> 00:52:20,928
Ia daripada versi orang putih
atau visi tentang Afrika.

744
00:52:20,929 --> 00:52:24,306
Bagi saya, muka hitam itu
cara kita membalas

745
00:52:24,307 --> 00:52:25,724
perkataan N mereka.

746
00:52:25,725 --> 00:52:28,269
Saya boleh guna, tapi awak tak boleh guna.

747
00:52:28,270 --> 00:52:32,106
Itu cara kita berkata
kita ambil sesuatu yang negatif

748
00:52:32,107 --> 00:52:34,567
dan menjadikannya sesuatu yang positif.

749
00:52:34,568 --> 00:52:35,526
Kepada kamu semua.

750
00:52:35,527 --> 00:52:36,610
- Kepada kami.
- Kepada kamu semua.

751
00:52:36,611 --> 00:52:39,446
- Itu yang penting.
- Bukan itu saja yang penting.

752
00:52:39,447 --> 00:52:42,575
Masih ada berjuta
orang kulit Hitam di negara ini

753
00:52:42,576 --> 00:52:44,869
yang terkesan dengan projek kamu.

754
00:52:44,870 --> 00:52:48,038
Tak kira apa tafsiran kamu,
kebanyakan orang akan tafsirkannya sebagai

755
00:52:48,039 --> 00:52:50,374
simbol penindasan untuk orang kulit Hitam.

756
00:52:50,375 --> 00:52:53,669
Tapi pada Hari Mardi Gras,
semua perkara kira boleh.

757
00:52:53,670 --> 00:52:56,755
Kenapa perlu bertopeng
sedangkan kulit saya cukup cantik?

758
00:52:56,756 --> 00:52:59,049
- Kita tak perlu dihitamkan.
- Tidak.

759
00:52:59,050 --> 00:53:01,427
Melanin kita dah cukup bersinar.

760
00:53:01,428 --> 00:53:04,514
- Ya.
- Kenapa tak jadi Hitam secara alami?

761
00:53:08,393 --> 00:53:11,897
Semasa Mardi Gras,
muka hitam ialah trend popular.

762
00:53:12,439 --> 00:53:15,691
Mereka cuba menjadi orang lain
buat seketika.

763
00:53:15,692 --> 00:53:18,402
Jadi ramai orang putih berpakaian cantik
dan jadi orang kulit hitam

764
00:53:18,403 --> 00:53:20,237
sebab waktu lain tak boleh.

765
00:53:20,238 --> 00:53:24,116
Mereka boleh tindas, pukul dan eksploitasi
apa yang mereka mahu sepanjang tahun.

766
00:53:24,117 --> 00:53:26,494
Tapi bagi Mardi Gras,
kenapa tak berlagak macam mereka?

767
00:53:31,458 --> 00:53:34,419
Saya tinggal di sebuah bandar

768
00:53:35,253 --> 00:53:38,048
di mana
simbol ketuanan kulit putih dijulang.

769
00:53:38,673 --> 00:53:42,134
Kami kata,
"Okey, ada gerakan di negara ini."

770
00:53:42,135 --> 00:53:45,722
- Buang!
- Buang!

771
00:53:48,099 --> 00:53:50,809
Pengalihan patung-patung ini
menghantar mesej yang jelas,

772
00:53:50,810 --> 00:53:54,313
{\an8}mesej yang jelas
kepada penduduk New Orleans,

773
00:53:54,314 --> 00:53:58,525
dan kepada rakyat negara kita bahawa
New Orleans meraikan kepelbagaian kita.

774
00:53:58,526 --> 00:54:00,653
Kita tak boleh bolot semua benda.

775
00:54:00,654 --> 00:54:02,696
Kita tak boleh kata,

776
00:54:02,697 --> 00:54:06,283
"Semua benda di sini
ialah simbol ketuanan kulit putih."

777
00:54:06,284 --> 00:54:09,495
"Tapi saya cakap, kami akan alihkannya."

778
00:54:09,496 --> 00:54:12,414
"Tapi, kami suka ia ada di sini."

779
00:54:12,415 --> 00:54:15,335
"Jadi, apa kata
kamu biarkan saja yang itu."

780
00:54:27,973 --> 00:54:31,309
{\an8}Jika kita tak dapat menerima sepenuhnya...

781
00:54:32,269 --> 00:54:33,812
{\an8}larangan solekan wajah,

782
00:54:34,354 --> 00:54:37,982
jangan kita anggap

783
00:54:37,983 --> 00:54:43,154
bahawa organisasi kami
tidak memartabatkan komuniti.

784
00:54:43,738 --> 00:54:47,116
Usaha besar kita sepanjang tahun

785
00:54:47,117 --> 00:54:50,036
tak dicemarkan dengan acara sehari itu.

786
00:54:54,749 --> 00:54:58,670
Saya suka melihat peralihan

787
00:54:59,296 --> 00:55:02,464
dari 1909, 1920-an, 1950-an.

788
00:55:02,465 --> 00:55:06,468
Saya suka aspek itu
yang kita semua nampak sama.

789
00:55:06,469 --> 00:55:10,432
Saya percaya
itulah yang sepatutnya kita lihat.

790
00:55:18,606 --> 00:55:20,858
Saya tak pernah fikir tentang muka hitam.

791
00:55:20,859 --> 00:55:24,945
Saya tak pernah anggap yang saya pakai
untuk keluar dan berseronok,

792
00:55:24,946 --> 00:55:27,740
dan berkelakuan seperti Clarence Thomas
atau Candace Owens

793
00:55:27,741 --> 00:55:29,491
atau Larry Elder.

794
00:55:29,492 --> 00:55:31,910
Saya ingat ia sebahagian kostum.

795
00:55:31,911 --> 00:55:34,621
Kita perlu berhati-hati
bagaimana perlambangannya

796
00:55:34,622 --> 00:55:37,791
dilihat oleh dunia luar dan masyarakat.

797
00:55:37,792 --> 00:55:39,626
{\an8}Saya rasa simbolismenya

798
00:55:39,627 --> 00:55:41,587
melambangkan kebencian,

799
00:55:41,588 --> 00:55:43,464
ketaksuban, perkauman.

800
00:55:43,465 --> 00:55:45,591
Jadi orang tersinggung dengannya.

801
00:55:45,592 --> 00:55:48,469
Jadi jika bukan sekarang,

802
00:55:48,470 --> 00:55:52,014
tapi tak lama lagi,
kita perlu memandang perkara ini

803
00:55:52,015 --> 00:55:54,141
dan kaji semula cara kita meneruskannya

804
00:55:54,142 --> 00:55:56,894
sebab hujah dan isu itu takkan berhenti.

805
00:55:56,895 --> 00:55:57,811
Betul.

806
00:55:57,812 --> 00:56:01,607
Saya ditemu bual,
dan soalan yang sama muncul

807
00:56:01,608 --> 00:56:04,860
tentang muka hitam itu
dan situasi pendendang muzik

808
00:56:04,861 --> 00:56:07,696
dan bagaimana kita ke pementasan itu
dan semua itu.

809
00:56:07,697 --> 00:56:13,243
Pada masa itu, saya rasa berbesar hati
untuk hitamkan muka saya,

810
00:56:13,244 --> 00:56:16,205
demi menghormati penyanyi
dan orang yang mati

811
00:56:16,206 --> 00:56:18,582
dan mereka yang berbakat.

812
00:56:18,583 --> 00:56:22,669
Antara pemuzik terhebat di dunia ini
tak boleh buat persembahan

813
00:56:22,670 --> 00:56:24,880
melainkan mereka hitamkan muka.

814
00:56:24,881 --> 00:56:26,549
Saya masih rasa begitu.

815
00:56:27,300 --> 00:56:31,262
Sebagai orang kulit Hitam,
kita ada hak untuk menentukan diri kita.

816
00:56:31,846 --> 00:56:32,971
Saya tahu siapa saya.

817
00:56:32,972 --> 00:56:34,640
Saya tahu apa yang saya wakili.

818
00:56:34,641 --> 00:56:38,102
Sekarang, adakah saya akan hitamkan muka
dan berjalan di luar sana?

819
00:56:38,103 --> 00:56:39,812
- Tidak.
- Tidak.

820
00:56:39,813 --> 00:56:41,355
Tapi pada tahun 1909,

821
00:56:41,356 --> 00:56:44,400
itu tradisi yang mereka mulakan,
dan saya hormatinya.

822
00:56:44,401 --> 00:56:47,111
Saya setuju, Terrence. Saya tradisionalis.

823
00:56:47,112 --> 00:56:50,280
{\an8}Saya percaya akan tradisi Zulu.
Saya akan berdiri teguh.

824
00:56:50,281 --> 00:56:53,992
{\an8}Ia takkan berubah selagi saya sah ahlinya.

825
00:56:53,993 --> 00:56:56,287
Kita akan pakai solekan hitam.

826
00:56:56,996 --> 00:56:59,832
Saya rasa matlamat kita bersama ialah

827
00:56:59,833 --> 00:57:02,251
untuk teruskan tradisi kita

828
00:57:02,252 --> 00:57:04,503
untuk generasi akan datang.

829
00:57:04,504 --> 00:57:07,256
Saya rasa ini perkara paling indah

830
00:57:07,257 --> 00:57:11,301
buat lelaki kulit Hitam di Amerika
untuk menyertai organisasi

831
00:57:11,302 --> 00:57:13,012
dan dia boleh menjadi raja.

832
00:57:13,847 --> 00:57:17,224
Hebat apabila difikirkan.

833
00:57:17,225 --> 00:57:19,643
Kita boleh jadi raja, okey?

834
00:57:19,644 --> 00:57:23,565
Saya perlu sentiasa kembali
kepada Harry Pitman.

835
00:57:24,691 --> 00:57:27,235
Harry Pitman ialah seorang mekanik.

836
00:57:28,361 --> 00:57:32,365
Tapi dia jadi pengerusi jawatankuasa.
Dia mula bawa beg bimbit.

837
00:57:33,324 --> 00:57:36,452
Tapi apabila dia buka beg bimbit itu,
ia kosong.

838
00:57:36,453 --> 00:57:37,744
Faham tak?

839
00:57:37,745 --> 00:57:41,583
Tapi ia buat dia rasa penting.

840
00:57:42,542 --> 00:57:45,712
Itu yang organisasi ini buat

841
00:57:46,671 --> 00:57:50,966
untuk lelaki kulit Hitam di Amerika
yang mungkin dibuli dalam kerja

842
00:57:50,967 --> 00:57:52,718
kerana perkauman,

843
00:57:52,719 --> 00:57:55,554
tapi mereka boleh datang ke Kelab Zulu

844
00:57:55,555 --> 00:57:57,056
dan jadi lelaki sejati.

845
00:57:57,974 --> 00:58:00,684
Tanpa Zulu dan Mardi Gras,

846
00:58:00,685 --> 00:58:03,062
orang kulit hitam akan jadi tetamu.

847
00:58:03,563 --> 00:58:05,648
Mereka takkan dapat ambil bahagian.

848
00:58:06,608 --> 00:58:09,318
Saya rasa legasi kita dikongsi bersama.

849
00:58:09,319 --> 00:58:12,529
Saya rasa ini impian bersama
nenek moyang kita.

850
00:58:12,530 --> 00:58:16,617
Kita berjaya dan mencipta segalanya
yang nenek moyang kita harapkan.

851
00:58:16,618 --> 00:58:19,995
Mereka tak boleh sambut Mardi Gras.
Mereka cuba sertai Mardi Gras.

852
00:58:19,996 --> 00:58:22,706
Sekarang kita geng Mardi Gras terbesar.

853
00:58:22,707 --> 00:58:23,708
Betul.

854
00:58:41,893 --> 00:58:46,272
BAR SUKAN

855
00:59:21,182 --> 00:59:22,475
Selamat Hari Khamis!

856
00:59:23,101 --> 00:59:25,978
Saya paling suka berjumpa
semua orang lama.

857
00:59:25,979 --> 00:59:28,230
Ya, mereka duduk di tempat sama.

858
00:59:28,231 --> 00:59:29,899
Mereka pakai baju sama.

859
00:59:31,859 --> 00:59:36,238
Jadi, ia buat saya rasa normal.
Sejujurnya, saya rasa saya perlukan ini.

860
00:59:36,239 --> 00:59:39,200
Seronok dapat bersama.

861
00:59:39,909 --> 00:59:43,453
Setahun lalu, tempat ini mati.

862
00:59:43,454 --> 00:59:44,746
- Betul.
- Dah mati.

863
00:59:44,747 --> 00:59:46,665
- Pekan hantu.
- Betul, Jacques.

864
00:59:46,666 --> 00:59:49,960
Kalau aku tipu, aku kerat jari.

865
00:59:49,961 --> 00:59:51,378
Macam tak percaya, kawan.

866
00:59:51,379 --> 00:59:55,716
Saya sangka
kita akan masih hadapi musibah ini

867
00:59:55,717 --> 00:59:58,386
pada Mei 2021.

868
00:59:58,928 --> 01:00:01,513
Memang sungguh saya tak jangkakannya.

869
01:00:01,514 --> 01:00:04,558
Yang kita tak minta,
itulah yang kita dapat.

870
01:00:04,559 --> 01:00:06,477
Saya dah bersara pada usia 50 tahun.

871
01:00:07,061 --> 01:00:08,478
Apa awak cakap?

872
01:00:08,479 --> 01:00:11,857
Kalau awak tak kisah saya tanya, Buaya,
apa pekerjaan awak?

873
01:00:11,858 --> 01:00:12,816
Saya dah bersara.

874
01:00:12,817 --> 01:00:14,526
- Awak kerja apa?
- Saya tentera laut.

875
01:00:14,527 --> 01:00:17,863
- Saya pernah sertai Angkatan Marin.
- 30 tahun di loji.

876
01:00:17,864 --> 01:00:20,907
Saya bebas hutang. Saya pemilik harta.
Saya tak bekerja untuk sesiapa.

877
01:00:20,908 --> 01:00:23,745
Apa yang awak buat untuk bebas hutang?

878
01:00:25,538 --> 01:00:27,332
Duduk dan kata, "Saya dah selesai."

879
01:00:27,874 --> 01:00:30,542
Awak perlu buat keputusan,
daripada dadah kepada hutang.

880
01:00:30,543 --> 01:00:32,629
Berhenti.
Awak perlu cakap, "Saya dah selesai."

881
01:00:33,713 --> 01:00:36,882
Faham? Saya 35% darah Scandinavia.

882
01:00:36,883 --> 01:00:40,094
Bagaimana saya uruskannya?
Saya tak boleh panggil putih atau hitam.

883
01:00:42,138 --> 01:00:43,764
Saya boleh panggil untuk awak.

884
01:00:43,765 --> 01:00:46,600
Jika awak tak tahu siapa diri awak,
saya boleh panggil untuk awak.

885
01:00:46,601 --> 01:00:50,228
Apabila mereka tarik awak,
mereka akan pukul awak.

886
01:00:50,229 --> 01:00:53,148
- Inilah saya. Saya bebas hutang.
- Ya, bagus.

887
01:00:53,149 --> 01:00:56,068
- Tapi saya boleh beritahu siapa awak.
- Semua anak saya masuk kolej.

888
01:00:56,069 --> 01:00:58,111
Semua anak saya lepasan kolej.

889
01:00:58,112 --> 01:00:59,946
Saya Tentera Laut AS.

890
01:00:59,947 --> 01:01:02,866
Saya... Awak kata
awak orang Scandinavia atau kulit Hitam.

891
01:01:02,867 --> 01:01:05,452
- Saya boleh beritahu awak siapa awak.
- Saya akan beritahu awak siapa saya.

892
01:01:05,453 --> 01:01:07,871
- Biar polis tahan awak.
- Tak, saya kedua-dua pihak.

893
01:01:07,872 --> 01:01:10,374
Mereka tak tahan saya. Awak tahu kenapa?

894
01:01:10,375 --> 01:01:13,377
Saya bawa diri saya dengan betul.
Saya tak perlu ditahan.

895
01:01:13,378 --> 01:01:17,089
Trak saya tak berbau ganja.
Awak tak perlu hentikan saya.

896
01:01:17,090 --> 01:01:20,092
Apabila mereka nampak saya, mereka kata,
"Apa khabar, tuan?"

897
01:01:20,093 --> 01:01:21,301
Noktah.

898
01:01:21,302 --> 01:01:22,761
Awak perlu hormatinya.

899
01:01:22,762 --> 01:01:25,389
Saya dengar.
Awak perlu hormatinya kerana...

900
01:01:25,390 --> 01:01:27,599
- Tidak.
- Saya faham kedua-dua pihak.

901
01:01:27,600 --> 01:01:31,144
Tapi saya akan tunjukkan titik kesedihan.

902
01:01:31,145 --> 01:01:34,272
Dia perlu berterus terang
dia orang Scandinavia. Kenapa?

903
01:01:34,273 --> 01:01:36,066
Dia kata dia 35% darah Scandinavia.

904
01:01:36,067 --> 01:01:39,653
Maksud saya,
dia tak mahu dikaitkan dengan ini.

905
01:01:39,654 --> 01:01:42,030
- Apa yang saya cuba katakan...
- Bagi saya, itu tak masuk akal.

906
01:01:42,031 --> 01:01:45,826
Maksud saya, Terrence...
tiada beza jika dia mengaku mana-mana.

907
01:01:45,827 --> 01:01:48,161
- Atau apa tanggapan dia.
- Itu yang saya cuba beritahu dia.

908
01:01:48,162 --> 01:01:50,539
Satu-satunya perkara yang saya nampak,
jika kita nampak seperti saya,

909
01:01:50,540 --> 01:01:53,041
jika kita nampak seperti awak,
jika kita nampak seperti dia,

910
01:01:53,042 --> 01:01:55,168
dan dia macam agak...

911
01:01:55,169 --> 01:01:56,920
Dia mungkin dianggap putih.

912
01:01:56,921 --> 01:02:00,382
Apabila dia kena buat pinjaman di bank,

913
01:02:00,383 --> 01:02:02,843
dia perlu bayar cukai kulit Hitam.

914
01:02:02,844 --> 01:02:06,471
Seperkara yang saya suka tentang New Or...
Tiada orang kulit Hitam di New Orleans.

915
01:02:06,472 --> 01:02:07,514
Saya ada darah orang India.

916
01:02:07,515 --> 01:02:08,473
Darah itu.

917
01:02:08,474 --> 01:02:09,433
Darah ini.

918
01:02:09,434 --> 01:02:12,729
Saya cuma orang Afrika Amerika.

919
01:02:13,688 --> 01:02:15,732
Tiada apa-apa nak sorok.

920
01:02:16,649 --> 01:02:20,110
Saya bersyukur nenek moyang saya
lalui kesukaran dahulu

921
01:02:20,111 --> 01:02:22,612
agar saya dapat hidup hari ini.

922
01:02:22,613 --> 01:02:25,199
Saya menjulang tinggi nenek moyang saya.

923
01:02:25,742 --> 01:02:28,034
Saya bangga. Saya bukan orang Scandinavia.

924
01:02:28,035 --> 01:02:30,912
Saya bangga. Saya...

925
01:02:30,913 --> 01:02:35,375
Saya bangga keluarga saya
naik kapal hamba dan sampai ke sini.

926
01:02:35,376 --> 01:02:38,837
Dan terselamat dari Laluan Tengah.
Dan bertahan 400 tahun.

927
01:02:38,838 --> 01:02:41,214
- Tak, saya alami masalah...
- Terrence.

928
01:02:41,215 --> 01:02:43,968
Scandi--
Orang Scandinavia itu buat saya marah.

929
01:02:44,469 --> 01:02:45,719
Saya bukan orang Scandinavia.

930
01:02:45,720 --> 01:02:47,637
- Awak asyik tunjuk.
- Bukan awak.

931
01:02:47,638 --> 01:02:49,181
Tak, masalahnya...

932
01:02:49,182 --> 01:02:52,267
Apa yang saya cuba sampaikan
dengan orang kulit Hitam,

933
01:02:52,268 --> 01:02:54,853
saya tak lari daripada perhambaan,

934
01:02:54,854 --> 01:02:57,898
tapi saya menjulang tinggi asal usul saya.

935
01:02:57,899 --> 01:03:01,568
Sebab fikir tentang
apa yang orang saya lalui...

936
01:03:01,569 --> 01:03:03,863
Saya nak sahkan sesuatu yang awak cakap.

937
01:03:04,572 --> 01:03:08,158
- Saya nak sahkan sesuatu yang awak cakap.
- Saya nak kencing. Teruskan.

938
01:03:08,159 --> 01:03:09,577
Habis cerita.

939
01:03:17,460 --> 01:03:21,505
Sepanjang hidup saya sebagai
lelaki kulit hitam, saya diajar untuk akur

940
01:03:21,506 --> 01:03:24,633
dan cuba bercakap bahasa Inggeris Ratu.

941
01:03:24,634 --> 01:03:26,551
Jika saya buat sesuatu,

942
01:03:26,552 --> 01:03:28,471
saya akan capai Impian Amerika.

943
01:03:29,430 --> 01:03:31,932
Saya dah lama percayakannya,

944
01:03:31,933 --> 01:03:34,769
sehingga saya benci diri sendiri.

945
01:03:35,269 --> 01:03:37,938
Berkulit Hitam di Amerika,

946
01:03:37,939 --> 01:03:41,399
agak sukar untuk tidak melihat
diri kita secara negatif

947
01:03:41,400 --> 01:03:44,152
sebab setiap kali diri kita digambarkan,

948
01:03:44,153 --> 01:03:45,737
gambarannya negatif.

949
01:03:45,738 --> 01:03:47,989
Saya boleh tunjukkan dokumen.

950
01:03:47,990 --> 01:03:50,368
Keluarga saya di sini sejak tahun 1700-an.

951
01:03:51,202 --> 01:03:52,745
Tahun 1700-an!

952
01:03:53,246 --> 01:03:55,372
Jadi siapa yang bayar lebih
daripada keluarga saya?

953
01:03:55,373 --> 01:03:57,542
Siapa lebih Amerika
daripada keluarga saya?

954
01:03:58,417 --> 01:04:00,086
Saya habiskan seluruh hidup saya

955
01:04:00,920 --> 01:04:03,797
melakukan perkara
yang buat saya tak selesa,

956
01:04:03,798 --> 01:04:07,342
cuba disayangi dan diterima
oleh orang yang takkan sayang saya.

957
01:04:07,343 --> 01:04:11,304
Macam cuba dapatkan
perhatian wanita cantik

958
01:04:11,305 --> 01:04:14,474
atau bercinta dengan wanita
yang kastanya lebih tinggi.

959
01:04:14,475 --> 01:04:18,186
Jadi, kita pakai minyak wangi yang bagus,
baju cantik,

960
01:04:18,187 --> 01:04:22,774
dan cuba sedaya upaya untuk dapatkan
perhatian wanita cantik ini.

961
01:04:22,775 --> 01:04:26,403
Tapi tak kira apa yang saya buat,
Amerika takkan terima saya.

962
01:04:26,404 --> 01:04:29,364
Sangat sukar untuk ditelan

963
01:04:29,365 --> 01:04:30,866
apabila kita ke sekolah,

964
01:04:30,867 --> 01:04:34,829
kita buat semuanya yang kita patut buat...

965
01:04:35,746 --> 01:04:37,163
Sebak pula rasanya.

966
01:04:37,164 --> 01:04:38,874
...untuk capai Impian Amerika,

967
01:04:38,875 --> 01:04:42,544
dan si tak guna itu pijak kita
setiap hari dalam hidup kita.

968
01:04:42,545 --> 01:04:43,587
Susah.

969
01:04:43,588 --> 01:04:46,966
Sukar untuk saya telan semua itu
setiap hari.

970
01:04:47,508 --> 01:04:48,467
Ia sukar.

971
01:04:49,176 --> 01:04:51,386
Apabila awak cuba ikut semuanya.

972
01:04:51,387 --> 01:04:52,722
Itu sangat sukar.

973
01:04:54,599 --> 01:04:55,516
Itu sukar.

974
01:05:15,703 --> 01:05:18,580
<i>Mereka asyik tanya kita</i>

975
01:05:18,581 --> 01:05:21,500
<i>Kenapa semua puisi kita sama</i>

976
01:05:24,462 --> 01:05:26,964
<i>Kenapa semua kata-kata kita tersekat</i>

977
01:05:27,715 --> 01:05:30,259
<i>Perkauman dan jantina</i>

978
01:05:31,510 --> 01:05:34,013
<i>Penindasan, revolusi</i>

979
01:05:34,764 --> 01:05:36,557
<i>Macam tiada apa-apa yang lain</i>

980
01:05:43,189 --> 01:05:45,523
<i>Lihat 25,000 lubang dalam sepuluh tahun</i>

981
01:05:45,524 --> 01:05:48,860
<i>Lihat 27 ahli politik yang dibeli
Wang ringgit membeli jiwa</i>

982
01:05:48,861 --> 01:05:52,113
<i>Tengok tanah hentak semula
Kembali ke sumbernya, tanah</i>

983
01:05:52,114 --> 01:05:54,032
<i>Retak menunggu untuk menelan kita</i>

984
01:05:54,033 --> 01:05:57,452
<i>Tengok ia jatuh ibarat pasaran saham
Kadar pengangguran dalam kemurungan</i>

985
01:05:57,453 --> 01:06:00,956
<i>Saksikan kesedihan memenuhi jalan
Menyamar sebagai keberanian</i>

986
01:06:00,957 --> 01:06:05,210
<i>Orang ramai mula mengamuk
Dek bebanan yang digalas</i>

987
01:06:05,211 --> 01:06:06,753
<i>Belakang mereka tumbuh sayap</i>

988
01:06:06,754 --> 01:06:09,339
<i>Melindungi tanah air</i>

989
01:06:09,340 --> 01:06:11,717
<i>Mereka kata dunia sedang terbakar</i>

990
01:06:15,388 --> 01:06:17,515
<i>Bisikan di bawah kaki kita berkata</i>

991
01:06:18,349 --> 01:06:19,433
<i>Jangan risau.</i>

992
01:06:20,476 --> 01:06:21,894
<i>Air sedang mengalir</i>

993
01:06:23,104 --> 01:06:24,438
<i>Manusia juga</i>

994
01:06:30,236 --> 01:06:31,695
Ya.

995
01:06:31,696 --> 01:06:33,029
{\an8}UNDILAH LARRY BARABINO JR

996
01:06:33,030 --> 01:06:34,447
{\an8}HARI PEMILIHAN ZULU 2022

997
01:06:34,448 --> 01:06:37,117
{\an8}SAYA BUNNY NEWELL
UNDILAH SAYA UNTUK JADI RAJA ZULU!

998
01:06:37,118 --> 01:06:39,870
{\an8}UNDILAH RANDOLPH "RUDY" DAVID
RAJA ZULU 2022

999
01:06:45,584 --> 01:06:47,670
Hari ini hari yang mengujakan.

1000
01:06:48,254 --> 01:06:51,464
Pemilihan raja amat bermakna
kepada setiap ahli Zulu,

1001
01:06:51,465 --> 01:06:55,511
kerana jika kita ahli Zulu,
semua orang mahu jadi raja.

1002
01:06:56,429 --> 01:06:58,347
Walaupun ini pura-pura,

1003
01:06:58,848 --> 01:07:02,434
kita akan terkejut dengan kegigihan kami

1004
01:07:02,435 --> 01:07:05,020
supaya pilihan raya ini tepat

1005
01:07:05,021 --> 01:07:06,355
dan bukan main kotor.

1006
01:07:06,939 --> 01:07:08,983
Calon dan seorang wakil!

1007
01:07:09,900 --> 01:07:12,236
Calon dan seorang wakil!

1008
01:07:15,573 --> 01:07:18,408
- Tuan-tuan, selamat pagi.
- Selamat pagi.

1009
01:07:18,409 --> 01:07:23,621
Hari yang indah.
Hari pilihan raya untuk raja kita, 2022.

1010
01:07:23,622 --> 01:07:26,249
Dah dua tahun kita tak ada pilihan raya,

1011
01:07:26,250 --> 01:07:29,837
jadi paling penting, saya gembira
melihat kamu semua sihat.

1012
01:07:30,463 --> 01:07:34,133
Louisiana akan membantu
pilihan raya kita hari ini.

1013
01:07:34,925 --> 01:07:38,386
Jika kamu pergi ke tempat buang undi,
ada mesin yang sama.

1014
01:07:38,387 --> 01:07:42,141
Sebagaimana kamu nak mengundi
untuk Presiden Amerika Syarikat.

1015
01:07:43,559 --> 01:07:45,226
Krewe lain buat begini?

1016
01:07:45,227 --> 01:07:48,856
Maaf, saya tak tahu tentang krewe lain,
tapi inilah cara Zulu.

1017
01:07:49,398 --> 01:07:50,858
Pilihan raya dah dibuka!

1018
01:07:57,907 --> 01:08:00,909
Dalam kalangan ahli seerat ini,
semua orang kawan kita.

1019
01:08:00,910 --> 01:08:02,285
kami semua bersaudara.

1020
01:08:02,286 --> 01:08:05,538
Bila-bila masa,
kami boleh undi sesiapa saja,

1021
01:08:05,539 --> 01:08:08,291
jadi, pilihan raya Zulu lebih rumit

1022
01:08:08,292 --> 01:08:10,377
daripada perlumbaan kongres, percayalah.

1023
01:08:11,003 --> 01:08:12,379
Ia sama saja.

1024
01:08:13,172 --> 01:08:16,717
{\an8}Jika berjaya dalam politik Zulu,
kita boleh berjaya dalam sebarang politik.

1025
01:08:18,844 --> 01:08:21,347
{\an8}Semua ahli politik akan datang.

1026
01:08:22,139 --> 01:08:24,224
Calon kongres yang berpotensi,

1027
01:08:24,225 --> 01:08:26,435
datuk bandar, gabenor.

1028
01:08:26,936 --> 01:08:29,521
Mereka tahu
pilihan raya bandar ini penting.

1029
01:08:29,522 --> 01:08:30,730
{\an8}GABENOR LOUISIANA

1030
01:08:30,731 --> 01:08:34,818
{\an8}Saya rasa baguslah gabenor curi masa
daripada jadualnya yang sibuk

1031
01:08:34,819 --> 01:08:37,154
untuk datang ke pemilihan raja.

1032
01:08:38,531 --> 01:08:41,616
Bukan selalu orang biasa

1033
01:08:41,617 --> 01:08:44,286
dapat bersemuka dan berbual dengan dia.

1034
01:08:44,870 --> 01:08:47,580
Petanda ini bukan sekadar
hal orang kulit Hitam.

1035
01:08:47,581 --> 01:08:50,166
Petanda ini bukan sekadar hal New Orleans.

1036
01:08:50,167 --> 01:08:54,838
{\an8}Ia mengakui bahawa ini sesuatu
yang melangkaui semua kaum,

1037
01:08:54,839 --> 01:08:56,799
semua parti, semua politik.

1038
01:09:00,469 --> 01:09:02,137
Selamat petang, semua.

1039
01:09:02,138 --> 01:09:04,472
Datuk Bandar Bandar New Orleans hadir.

1040
01:09:04,473 --> 01:09:07,976
Saya nak ucap terima kasih
atas kepimpinannya yang luar biasa

1041
01:09:07,977 --> 01:09:09,687
mendepani wabak bersejarah ini.

1042
01:09:10,980 --> 01:09:14,942
Saya dengar daripada dia hari ini
yang kita akan adakan Mardi Gras 2022.

1043
01:09:16,485 --> 01:09:20,156
Jadi, bersedia
untuk musim Mardi Gras yang hebat.

1044
01:09:20,698 --> 01:09:24,702
Kelab Bantuan Sosial & Ria Zulu
sedang merancang dan kami bersedia.

1045
01:09:25,286 --> 01:09:27,872
Saat yang kita nantikan...

1046
01:09:30,124 --> 01:09:33,501
Raja Zulu 2022,

1047
01:09:33,502 --> 01:09:35,838
Randolph "Rudy" Davis.

1048
01:09:49,643 --> 01:09:55,858
Rudy! Rudy! Rudy!

1049
01:10:39,068 --> 01:10:40,069
Satu lagi.

1050
01:10:42,238 --> 01:10:44,657
Itu cukup untuk permulaan.

1051
01:10:45,157 --> 01:10:47,117
- Terima kasih.
- Sama-sama.

1052
01:10:48,577 --> 01:10:50,579
Hari ini hari menghias kelapa.

1053
01:10:51,288 --> 01:10:54,123
Ia antara waktu kegemaran saya.

1054
01:10:54,124 --> 01:10:57,461
Ia memberitahu saya
Mardi Gras tak lama lagi.

1055
01:10:57,962 --> 01:11:01,924
Saya minta ahli keluarga saya
bantu saya hias 600 biji kelapa.

1056
01:11:02,424 --> 01:11:06,427
Saya jemput mereka datang rebus ketam
atau makan udang krai,

1057
01:11:06,428 --> 01:11:08,764
tapi sebenarnya saya cari pekerja.

1058
01:11:09,682 --> 01:11:11,809
Buat apa bayar jika boleh percuma.

1059
01:11:20,484 --> 01:11:21,442
Apa khabar?

1060
01:11:21,443 --> 01:11:22,820
Oh Tuhan!

1061
01:11:26,073 --> 01:11:28,158
Ini makanan kegemaran saya.

1062
01:11:35,708 --> 01:11:39,085
Selepas kamu makan,
kita boleh mula hias kelapa,

1063
01:11:39,086 --> 01:11:40,796
jadi sedia bekerja.

1064
01:11:49,930 --> 01:11:53,892
Saya dengar beberapa kisah
kenapa pada tahun 1910,

1065
01:11:54,476 --> 01:11:57,396
ahli Zulu menggunakan
kelapa sebagai lontaran.

1066
01:12:00,858 --> 01:12:04,777
Ramai lelaki di kelab ketika itu
mungkin pemunggah kargo

1067
01:12:04,778 --> 01:12:07,155
atau pekerja limbungan seperti datuk saya,

1068
01:12:07,156 --> 01:12:11,617
dan mungkin mudah untuk buat beberapa beg

1069
01:12:11,618 --> 01:12:14,788
atau guni kelapa itu hilang
tanpa sesiapa perasan.

1070
01:12:16,081 --> 01:12:19,167
Kelapa Zulu telah menjadi legenda.

1071
01:12:19,168 --> 01:12:23,881
Saya rasa kelapa itulah yang jadikan Zulu
krewe utama Mardi Gras.

1072
01:12:26,383 --> 01:12:30,678
{\an8}Kelakarnya, orang yang sama
tolong saya hias kelapa ini

1073
01:12:30,679 --> 01:12:33,724
ialah orang yang sama
jerit minta dilontar kelapa.

1074
01:12:37,353 --> 01:12:39,187
{\an8}KELAB BANTUAN SOSIAL DAN RIA ZULU

1075
01:12:39,188 --> 01:12:42,107
{\an8}MAJLIS PERTABALAN ZULU 2022

1076
01:12:51,617 --> 01:12:54,536
Kami sedang bersedia
untuk menabalkan raja baru.

1077
01:12:55,829 --> 01:12:57,748
Dia akan dapat cincin raja,

1078
01:12:58,290 --> 01:12:59,166
yang mana

1079
01:12:59,666 --> 01:13:03,670
apabila dapat itu,
ia meletakkan kita di atas.

1080
01:13:04,505 --> 01:13:08,383
{\an8}Ia acara tali leher hitam terbesar
di planet ini,

1081
01:13:08,384 --> 01:13:10,968
dan saya sangat gembira
yang ia acara kulit Hitam.

1082
01:13:10,969 --> 01:13:16,557
Kita akan lihat 20,000 gaun
dan tuksedo orang yang mirip saya.

1083
01:13:16,558 --> 01:13:20,229
Itu perkara yang hebat untuk dilihat.
Ia sangat menyeronokkan.

1084
01:13:34,493 --> 01:13:37,078
Ini adalah kemuncak impian hidup

1085
01:13:37,079 --> 01:13:39,665
lelaki budiman yang bakal berlaku.

1086
01:13:40,666 --> 01:13:42,125
Saya yakin

1087
01:13:42,126 --> 01:13:44,460
dia cemas,

1088
01:13:44,461 --> 01:13:46,587
takut, teruja,

1089
01:13:46,588 --> 01:13:49,508
sebab dia bangun pagi tadi sebagai Rudy.

1090
01:13:50,008 --> 01:13:52,094
Esok, dia bangun sebagai Raja Zulu.

1091
01:13:57,975 --> 01:14:00,476
Sebagai budak 11 tahun, 12 tahun,

1092
01:14:00,477 --> 01:14:04,148
saya berdiri di penjuru
Jackson dan Claiborne dan...

1093
01:14:04,773 --> 01:14:09,903
Saya beritahu datuk saya yang saya mahu
menjadi Raja Zulu suatu hari nanti.

1094
01:14:10,404 --> 01:14:14,240
Jawapannya,
"Nak, jadilah apa saja yang kamu mahu."

1095
01:14:14,241 --> 01:14:17,076
Untuk budak kecil itu
yang kini berusia 55 tahun,

1096
01:14:17,077 --> 01:14:19,162
dan impiannya menjadi nyata,

1097
01:14:19,163 --> 01:14:21,081
ia sukar dipercayai.

1098
01:14:28,630 --> 01:14:30,965
Saya cuma pakai kasut ini
dua kali setahun,

1099
01:14:30,966 --> 01:14:32,801
dan saya beli atas satu sebab.

1100
01:14:33,469 --> 01:14:36,179
Mereka benarkan kita berjalan
tumit penyet.

1101
01:14:36,180 --> 01:14:40,726
Jadi selepas berdiri
selama lapan jam di majlis itu,

1102
01:14:41,310 --> 01:14:43,270
kaki kita agak sakit.

1103
01:14:44,229 --> 01:14:47,983
Setiap majlis Zulu seperti
ulang tahun untuk saya sebab itu...

1104
01:14:48,609 --> 01:14:50,611
saya jumpa isteri saya di majlis itu.

1105
01:14:51,737 --> 01:14:53,989
Saya rasa ketika itu tahun 1998.

1106
01:14:54,907 --> 01:14:59,202
Kawan baik saya Russell Kelly kata,
"Ada tiket tambahan untuk majlis itu."

1107
01:14:59,203 --> 01:15:01,037
Saya tak ada tuksedo,

1108
01:15:01,038 --> 01:15:04,749
jadi Russell pinjamkan tuksedo lamanya.

1109
01:15:04,750 --> 01:15:07,544
Seluar itu pendek tiga inci.

1110
01:15:08,337 --> 01:15:12,174
Jadi saya berjalan
dan orang boleh nampak stokin saya.

1111
01:15:12,966 --> 01:15:16,887
Saya nampak bakal isteri ketawa
dan bergurau dengan kawan-kawannya.

1112
01:15:17,513 --> 01:15:19,013
{\an8}Kemudian alih-alih,

1113
01:15:19,014 --> 01:15:22,892
kami melepak sepanjang malam,
menari dan berparti.

1114
01:15:22,893 --> 01:15:25,436
{\an8}Dia kata tangan saya di bawah gaunnya

1115
01:15:25,437 --> 01:15:26,896
{\an8}semasa kami menari.

1116
01:15:26,897 --> 01:15:28,899
{\an8}Mungkin saya dah mabuk.

1117
01:15:29,441 --> 01:15:30,901
Selebihnya, sejarah.

1118
01:15:58,595 --> 01:16:02,808
Majlis itu lambang kebanggaan kulit Hitam.

1119
01:16:03,976 --> 01:16:04,851
Noktah.

1120
01:16:05,811 --> 01:16:07,645
Saya bukan raja,

1121
01:16:07,646 --> 01:16:10,231
tapi saya tahu ia lebih besar
daripada sangkaan orang.

1122
01:16:10,232 --> 01:16:11,942
Kita mewakili setiap jiwa,

1123
01:16:13,402 --> 01:16:14,903
terutamanya jiwa kulit Hitam,

1124
01:16:15,487 --> 01:16:17,155
yang pernah tinggal di bandar ini.

1125
01:16:17,948 --> 01:16:19,824
- Semoga berjaya.
- Satu, dua, tiga.

1126
01:16:19,825 --> 01:16:21,534
Mari. Ayuh. Mari.

1127
01:16:21,535 --> 01:16:23,661
Rudy, dah tiba masa untuk awak jadi raja.

1128
01:16:23,662 --> 01:16:25,622
Baiklah. Masa awak.

1129
01:16:52,816 --> 01:16:54,610
Isteri saya, Toni.

1130
01:17:08,040 --> 01:17:09,749
Sayang.

1131
01:17:09,750 --> 01:17:12,168
Saya tak sabar tunggu awak naik ke pentas.

1132
01:17:12,169 --> 01:17:14,295
Sudahlah, adik.

1133
01:17:14,296 --> 01:17:15,881
- Berhenti.
- Rudy!

1134
01:17:18,467 --> 01:17:20,843
Rudy, bagaimana raja nak pakai mahkota?

1135
01:17:20,844 --> 01:17:22,803
Jika Rudy tak tunduk malam ini...

1136
01:17:22,804 --> 01:17:26,641
Saya akan pegang mahkota di tangan saya,
saya akan pandang dia atas bawah.

1137
01:17:26,642 --> 01:17:30,312
Saya tengok awak semua...
"Mahu inikah, si tak guna?"

1138
01:17:30,812 --> 01:17:32,564
- Mari ambil.
- "Mari ambil."

1139
01:17:33,774 --> 01:17:37,444
RAJA ZULU 2022
RANDOLPH "RUDY" DAVIS

1140
01:17:52,042 --> 01:17:54,627
Saya berbesar hati
dapat mewakili bandar ini

1141
01:17:54,628 --> 01:17:58,131
dengan semua orang kenamaan
dulu dan sekarang.

1142
01:17:59,007 --> 01:18:01,510
Hidup Raja Zulu!

1143
01:18:03,053 --> 01:18:04,304
Ini dia.

1144
01:18:25,826 --> 01:18:29,121
{\an8}HARI MARDI GRAS 2022

1145
01:18:32,249 --> 01:18:33,709
Bagaimana awak buat janggut?

1146
01:18:34,835 --> 01:18:36,544
Kalau nak buat janggut,

1147
01:18:36,545 --> 01:18:39,881
lukis pada janggutnya.

1148
01:18:42,759 --> 01:18:45,220
Dah dua tahun saya tunggu.

1149
01:18:47,097 --> 01:18:48,014
Lari daripada...

1150
01:18:49,391 --> 01:18:51,935
menangani COVID dan sebagainya.

1151
01:18:54,104 --> 01:18:58,107
Saya hadapinya setiap hari
di hospital tempat saya bekerja.

1152
01:18:58,108 --> 01:19:00,901
Saya bersemangat.
Saya dah sedia beraksi.

1153
01:19:00,902 --> 01:19:02,404
Sebab itu mereka panggil saya...

1154
01:19:02,946 --> 01:19:04,363
- "Aksi."
- Aksi.

1155
01:19:04,364 --> 01:19:05,490
Masa untuk beraksi.

1156
01:19:09,870 --> 01:19:14,374
Sekali lagi, kami mengucapkan syukur
kepada-Mu, wahai Tuhan.

1157
01:19:17,669 --> 01:19:21,381
Terima kasih kerana membolehkan kami
berkumpul sekali lagi.

1158
01:19:22,841 --> 01:19:26,386
Sudah dua tahun kami tidak bersama
untuk berdoa kepada-Mu.

1159
01:19:28,722 --> 01:19:30,724
Kami kehilangan ramai saudara,

1160
01:19:31,308 --> 01:19:34,894
jadi terima kasih kerana
selamatkan kami daripada COVID.

1161
01:19:34,895 --> 01:19:37,104
Kami mohon agar ahli kelab kami

1162
01:19:37,105 --> 01:19:39,648
membawa kegembiraan dan keseronokan
kepada penduduk New Orleans.

1163
01:19:39,649 --> 01:19:40,776
- Amin.
- Amin.

1164
01:19:43,195 --> 01:19:46,071
DATUK BANDAR ZULU

1165
01:19:46,072 --> 01:19:48,658
Hei, Mardi Gras, Parti Gras.

1166
01:19:55,123 --> 01:19:57,292
Tuanku, selamat pagi.

1167
01:19:57,876 --> 01:19:59,543
- Apa khabar?
- Apa khabar, T?

1168
01:19:59,544 --> 01:20:01,129
Sihat.

1169
01:20:11,348 --> 01:20:13,974
Jadi saya tulis artikel
dalam akhbar tempatan.

1170
01:20:13,975 --> 01:20:18,437
Saya rasa dah tiba masanya
untuk Zulu tanggalkan muka hitam.

1171
01:20:18,438 --> 01:20:20,648
Mula bergerak ke stesen minyak Shell.

1172
01:20:20,649 --> 01:20:22,983
Panggilan telefon pertama saya
daripada abang saya.

1173
01:20:22,984 --> 01:20:27,279
Dia kata, "Saya dah cakap,
awak takkan rosakkan keseronokan kami."

1174
01:20:27,280 --> 01:20:29,281
"Pergi dari sini."

1175
01:20:29,282 --> 01:20:33,702
Abang saya sendiri, 7:30 pagi,
saya belum sempat minum kopi

1176
01:20:33,703 --> 01:20:36,705
sebelum dia telefon saya
bercakap perkara bodoh.

1177
01:20:36,706 --> 01:20:39,083
Tapi disebabkan itu,

1178
01:20:39,084 --> 01:20:42,586
saya tak tahu jika saya dialu-alukan
dalam kalangan ahli Zulu sekarang.

1179
01:20:42,587 --> 01:20:45,840
Walaupun begitu,
mereka semua tetap kawan saya.

1180
01:20:45,841 --> 01:20:48,884
Itu macamlah! Zulu, sayang!

1181
01:20:48,885 --> 01:20:49,802
Selamat pagi.

1182
01:20:49,803 --> 01:20:51,971
Selamat pagi, semua. Selamat pagi.

1183
01:20:51,972 --> 01:20:53,473
Selamat Pagi!

1184
01:20:55,058 --> 01:20:57,686
Muka hitam sekarang. Esok apa pula?

1185
01:21:00,480 --> 01:21:02,357
Saya sendiri pun keliru.

1186
01:21:04,234 --> 01:21:06,778
Entah apa akan berlaku.

1187
01:21:08,905 --> 01:21:13,076
Jangan sesekali fikir
yang kami tak runsingkannya.

1188
01:21:13,577 --> 01:21:16,538
Tapi fikir balik, dah 100 tahun,

1189
01:21:17,247 --> 01:21:18,665
110 tahun,

1190
01:21:19,791 --> 01:21:21,667
semua orang gembira,

1191
01:21:21,668 --> 01:21:23,420
semua orang seronok.

1192
01:21:24,421 --> 01:21:26,423
Jadi jika tanya saya,

1193
01:21:28,967 --> 01:21:31,427
saya harap dan berdoa

1194
01:21:31,428 --> 01:21:33,179
yang mereka tak mengubahnya.

1195
01:21:34,681 --> 01:21:37,559
Tapi ada orang yang cuba mengubahnya.

1196
01:21:38,560 --> 01:21:43,314
Awak dah mula cuba mengubahnya.
Harap bukan itu tujuan awak ke sini.

1197
01:21:43,315 --> 01:21:44,733
Tidak.

1198
01:21:46,234 --> 01:21:47,234
Tidak.

1199
01:21:47,235 --> 01:21:49,029
Kamu sajalah uruskannya.

1200
01:22:32,989 --> 01:22:37,451
New Orleans adalah satu-satunya tempat
di mana hal tak masuk akal diterima.

1201
01:22:37,452 --> 01:22:40,454
Watak saya tetap tak berubah

1202
01:22:40,455 --> 01:22:43,707
apabila saya buat muka hitam
pada Hari Mardi Gras.

1203
01:22:43,708 --> 01:22:45,627
Saya masih orang yang sama.

1204
01:22:52,801 --> 01:22:56,470
Pucuk pangkalnya,
Kelab Bantuan Sosial & Ria Zulu

1205
01:22:56,471 --> 01:23:00,224
ialah cerminan kejayaan, naik turun,

1206
01:23:00,225 --> 01:23:03,061
dan kecekalan orang kulit hitam
di Amerika.

1207
01:23:07,774 --> 01:23:08,900
Baiklah.

1208
01:23:12,070 --> 01:23:13,154
Anak buah saya.

1209
01:23:13,822 --> 01:23:14,822
Terima kasih.

1210
01:23:14,823 --> 01:23:16,324
Sayang kamu.

1211
01:23:17,701 --> 01:23:19,368
Seratus tahun dari sekarang,

1212
01:23:19,369 --> 01:23:21,453
dengan cat atau tanpa cat,

1213
01:23:21,454 --> 01:23:24,207
Zulu akan tetap jadi cerminan orang kami.

1214
01:24:15,300 --> 01:24:16,885
{\an8}DALAM KENANGAN

1215
01:24:18,887 --> 01:24:24,517
{\an8}INGATAN TULUS IKHLAS BUAT SAUDARA KAMI
YANG TELAH PERGI AKIBAT COVID

1216
01:28:43,359 --> 01:28:48,364
Terjemahan sari kata oleh Embun



