1
00:00:02,000 --> 00:00:07,000
Downloaded from
YTS.MX

2
00:00:08,000 --> 00:00:13,000
Official YIFY movies site:
YTS.MX

3
00:00:13,160 --> 00:00:17,440
{\an8}DELTA OKAVANGO, BOTSWANA

4
00:00:34,520 --> 00:00:37,000
Harimau bintang
pemangsa yang paling hebat.

5
00:00:38,440 --> 00:00:40,000
Kemahiran menyoroknya...

6
00:00:47,880 --> 00:00:51,200
kemahiran mendakinya,
kemahiran memburunya...

7
00:00:59,400 --> 00:01:01,040
cukup licik.

8
00:01:01,040 --> 00:01:02,440
Cukup bijak.

9
00:01:08,200 --> 00:01:11,760
Saya hidup bersama banyak harimau bintang
dan merakamnya selama ini,

10
00:01:11,760 --> 00:01:15,800
dan setiap satunya
ada personaliti yang unik.

11
00:01:36,000 --> 00:01:39,080
{\an8}Kali pertama saya jumpa Mochima,

12
00:01:39,080 --> 00:01:44,560
ia melompat dengan mudah
ke atas dahan setinggi 10 atau 12 meter

13
00:01:45,200 --> 00:01:47,160
dan meletakkan dirinya

14
00:01:47,880 --> 00:01:49,040
dengan sangat hati-hati.

15
00:01:52,120 --> 00:01:54,080
Saya tak tahu apa ia sedang buat.

16
00:02:05,280 --> 00:02:07,560
Kemudian sesuatu yang luar biasa berlaku.

17
00:02:26,280 --> 00:02:28,000
Saya tak pernah lihat harimau bintang

18
00:02:28,000 --> 00:02:30,520
ambil risiko sebegitu
untuk mendapatkan mangsa.

19
00:02:39,200 --> 00:02:42,880
Namun, tidak lama kemudian,
ia mendedahkan sebabnya.

20
00:02:57,200 --> 00:03:02,560
Setelah melihat sarang itu
dan anak-anak kecil ini,

21
00:03:02,560 --> 00:03:05,720
saya mula faham betapa lemahnya ia.

22
00:03:15,840 --> 00:03:18,440
Dua tahun pertama sangat berbahaya.

23
00:03:19,600 --> 00:03:23,840
Ia sebab kurang separuh harimau bintang
berjaya mencapai usia kematangan.

24
00:03:31,280 --> 00:03:34,040
Saya tak tahu
ke mana cerita ini akan dibawa.

25
00:03:35,440 --> 00:03:38,800
Namun, saya tahu,
dengan mengikuti keluarga ini,

26
00:03:38,800 --> 00:03:41,640
saya dapat memaparkan
dunia harimau bintang

27
00:03:41,640 --> 00:03:43,280
yang tiada siapa pernah lihat.

28
00:04:41,680 --> 00:04:44,160
Merakam anak harimau bintang
sentiasa mencabar

29
00:04:45,240 --> 00:04:48,440
kerana ibu yang baik akan menyembunyikan
anak-anaknya sepenuhnya

30
00:04:49,280 --> 00:04:50,880
dan tidak diketahui dunia.

31
00:05:00,400 --> 00:05:01,920
Apabila anak-anak itu makin tua,

32
00:05:02,880 --> 00:05:05,680
ia agak peka dengan dunia,

33
00:05:06,560 --> 00:05:10,680
tapi ia takkan melepasi sempadan sarang.

34
00:05:36,760 --> 00:05:38,840
Hanya selepas tiga bulan,

35
00:05:39,520 --> 00:05:42,440
anak-anak itu
mula meneroka di luar sarang.

36
00:05:44,720 --> 00:05:49,280
Inilah masanya
watak sebenarnya didedahkan.

37
00:05:50,200 --> 00:05:52,200
Ini masa yang sesuai untuk menamakannya.

38
00:06:01,800 --> 00:06:04,080
{\an8}Kutjira bermaksud "yang pemalu".

39
00:06:05,400 --> 00:06:07,560
{\an8}Kutjira imej ibunya.

40
00:06:07,560 --> 00:06:11,240
"YANG BERANI"

41
00:06:13,320 --> 00:06:15,560
Bukan hanya kerana rupa, tapi personaliti.

42
00:06:32,200 --> 00:06:36,880
Anda boleh lihat ia memerhati
dan memikirkan dunia di sekelilingnya.

43
00:06:46,320 --> 00:06:49,520
Ada kebijaksanaan sebenar
di sebalik matanya.

44
00:06:54,800 --> 00:07:00,080
Saya gelar anak jantannya, Dakunga,
yang bermaksud "yang memahukan kuasa".

45
00:07:01,920 --> 00:07:04,440
Ia sangat berbeza daripada kembarnya.

46
00:07:06,800 --> 00:07:09,040
Ia lebih angkuh.

47
00:07:12,720 --> 00:07:14,920
Lebih cemerkap.

48
00:07:24,800 --> 00:07:29,680
Jika anda mahu hidup di hutan,
anda tak boleh bertindak membabi-buta.

49
00:07:31,520 --> 00:07:33,520
Ia tempat yang berbahaya untuk membesar.

50
00:08:12,880 --> 00:08:17,280
Merakam harimau bintang memerlukan
dedikasi dan semangat yang tinggi.

51
00:08:20,360 --> 00:08:26,400
Saya tahu jika saya mahu hidup
bersama keluarga ini,

52
00:08:27,000 --> 00:08:29,080
saya tak boleh lakukannya sendiri.

53
00:08:41,120 --> 00:08:44,720
{\an8}Saya perlu tubuhkan pasukan
yang sangat bersemangat

54
00:08:45,560 --> 00:08:49,240
dan bersedia untuk menghabiskan
beberapa tahun hidup mereka

55
00:08:49,240 --> 00:08:51,040
mengikuti harimau-harimau bintang ini.

56
00:08:58,800 --> 00:09:00,240
Saya membesar di bandar,

57
00:09:00,240 --> 00:09:05,640
dan semasa datang ke sini,
saya tak tahu cara hidup di hutan.

58
00:09:07,680 --> 00:09:09,760
Ibu saya tak gembira.

59
00:09:09,760 --> 00:09:14,200
Dia fikir salah satu haiwan liar,
pemangsa, akan bunuh saya.

60
00:09:25,880 --> 00:09:28,320
Saya tak sangka saya akan berada di sini.

61
00:09:29,840 --> 00:09:34,080
Saya tak begitu berpengalaman
merakam dan hidup di hutan.

62
00:09:37,600 --> 00:09:42,080
Jadi saya diberi cabaran
dan saya perlu buktikan diri.

63
00:09:47,600 --> 00:09:50,840
<i>Ya, Mochima sembunyikan anak-anaknya
di Pusat Harimau Bintang</i>

64
00:09:50,840 --> 00:09:53,640
<i>dan ia menuju ke timur
ke Garisan Pokok Cerpelai.</i>

65
00:09:53,640 --> 00:09:55,400
<i>Nampaknya ia sedang memburu.</i>

66
00:10:12,000 --> 00:10:14,160
Anda boleh lihat tumpuannya.

67
00:10:15,560 --> 00:10:17,480
Ada satu benda dalam fikirannya.

68
00:10:18,520 --> 00:10:20,400
Ia ingin mendapatkan makanan.

69
00:10:29,600 --> 00:10:31,080
Sebab, jika ia gagal,

70
00:10:32,120 --> 00:10:35,760
anak-anaknya mungkin perlu berlapar
selama tiga hari,

71
00:10:35,760 --> 00:10:37,680
yang mula menjadi bahaya.

72
00:10:41,080 --> 00:10:43,680
Setiap gerakan yang ia buat dirancang

73
00:10:44,240 --> 00:10:47,640
dan kita boleh lihat proses pemikirannya.

74
00:10:51,360 --> 00:10:53,240
Ketika pemburuan berlaku,

75
00:10:56,600 --> 00:11:02,360
kepintaran itu digabungkan
dengan kebolehan untuk bersembunyi.

76
00:11:02,360 --> 00:11:04,400
Itulah yang mentakrifkan harimau bintang.

77
00:11:14,000 --> 00:11:18,480
Harimau bintang boleh menghendap mangsa
sedekat-dekatnya

78
00:11:19,400 --> 00:11:22,400
dan mangsanya masih tak sedar apa-apa.

79
00:11:27,160 --> 00:11:30,840
Saya pernah lihat Mochima
menghendap mangsa dalam beberapa kaki

80
00:11:30,840 --> 00:11:37,080
dan menghabiskan masa sehingga sejam
dalam posisi itu sebelum menerkam.

81
00:11:54,000 --> 00:11:57,720
Pemburu berpengalaman
mungkin akan melemaskan mangsanya

82
00:11:57,720 --> 00:12:00,760
dengan menggigit mulut dan hidungnya

83
00:12:00,760 --> 00:12:04,000
untuk mengelakkan bunyi bising
yang mungkin menyedarkan pemangsa lain.

84
00:12:05,280 --> 00:12:09,400
Lebih senyap seekor harimau bintang,
lebih besar kejayaannya.

85
00:12:27,960 --> 00:12:29,680
Harimau bintang boleh tarik bangkai

86
00:12:29,680 --> 00:12:32,600
ke atas pokok
untuk jauhkannya daripada pebangkai,

87
00:12:32,600 --> 00:12:35,440
tapi ibu dengan anak-anak yang masih muda

88
00:12:35,440 --> 00:12:37,880
selalunya akan sembunyikannya
di atas tanah.

89
00:12:51,840 --> 00:12:53,800
Apabila Mochima memanggil anak-anaknya,

90
00:12:55,600 --> 00:12:58,480
Kutjira biasanya segera membalas.

91
00:13:04,640 --> 00:13:06,600
Namun, tiada tanda-tanda Dakunga.

92
00:13:08,560 --> 00:13:12,480
Ia jelas sekali bermain
jauh dari tempat yang sepatutnya.

93
00:13:14,320 --> 00:13:19,880
Melepasi sempadan dalam persekitaran ini
boleh membawa maut.

94
00:13:22,680 --> 00:13:26,560
Mochima terpaksa memanggil beberapa kali
sebelum mendapat jawapan.

95
00:13:34,200 --> 00:13:35,520
Ia tidak peduli pun.

96
00:13:39,280 --> 00:13:41,480
Ia rasa ia sudah berkuasa.

97
00:13:51,760 --> 00:13:55,280
Bangkai itu memberi peluang
kepada anak-anak untuk belajar.

98
00:13:58,480 --> 00:14:02,280
Ada satu upacara lucu yang berlaku,

99
00:14:04,480 --> 00:14:07,880
di mana ia mengenang semula
pemburuan itu dalam kepalanya.

100
00:14:17,200 --> 00:14:21,400
Hal ini penting
kerana ia mencetuskan nafsunya

101
00:14:21,400 --> 00:14:26,080
dan ia langkah penting
untuk menjadi pemburu berdikari.

102
00:14:43,280 --> 00:14:47,280
Memandangkan anak-anak itu
sudah cukup makan dan gembira,

103
00:14:48,040 --> 00:14:51,080
Mochima perlu pergi
dan kekalkan kawasannya

104
00:14:53,000 --> 00:14:57,080
yang berkeluasan
kira-kira 20 kilometer persegi.

105
00:15:02,600 --> 00:15:06,120
Untuk melakukannya,
ia perlu meronda sempadannya,

106
00:15:07,280 --> 00:15:08,960
menandakan baunya semasa berjalan.

107
00:15:35,760 --> 00:15:38,200
Apabila anda ekori dia,
ia satu cabaran besar.

108
00:15:38,200 --> 00:15:41,680
Ia boleh berjalan
selama tujuh atau lapan jam.

109
00:15:49,480 --> 00:15:52,920
Badan anda dalam keadaan tertekan
untuk terus mengikutinya.

110
00:15:58,760 --> 00:16:01,160
Ketika itu, kadangkala kami lupa makan

111
00:16:01,160 --> 00:16:03,320
sebab kami tak nak kehilangannya.

112
00:16:10,080 --> 00:16:14,000
Penandaan bau ini membolehkan
harimau bintang betina lain tahu

113
00:16:14,000 --> 00:16:17,480
bahawa ini ialah tanahnya
dan ia perlu menjauhkan diri.

114
00:16:20,000 --> 00:16:24,680
Namun, hal ini tak menghalang jantan nomad
untuk masuk ke kawasannya.

115
00:16:41,280 --> 00:16:44,800
Pembunuh terbesar anak harimau bintang
ialah harimau bintang lain.

116
00:16:44,800 --> 00:16:49,440
Jantan nomad ini
mengancam Kutjira dan Dakunga.

117
00:16:55,520 --> 00:16:58,440
Ia akan bunuh anak-anak itu dengan sengaja

118
00:16:58,440 --> 00:17:01,280
untuk mengembalikan si betina
dalam keadaan estrus

119
00:17:01,840 --> 00:17:03,520
supaya ia boleh mengawan dengannya.

120
00:17:13,800 --> 00:17:16,480
Satu-satunya perkara
yang boleh menghalangnya...

121
00:17:18,600 --> 00:17:19,560
{\an8}ialah Mokhanyo...

122
00:17:19,560 --> 00:17:22,800
{\an8}"YANG BESAR"

123
00:17:22,800 --> 00:17:26,240
{\an8}...harimau bintang jantan dominan
di kawasan itu dan ayah anak-anak itu.

124
00:17:34,360 --> 00:17:37,600
Sebaik saja Mokhanyo hidu
bau penceroboh itu,

125
00:17:37,600 --> 00:17:40,160
ia serta-merta menjejakinya.

126
00:18:16,200 --> 00:18:18,240
Tak lama kemudian,

127
00:18:18,240 --> 00:18:21,680
Mokhanyo berjaya mengejar
si jantan yang agak pucat itu.

128
00:18:51,440 --> 00:18:52,760
Kami ada situasi

129
00:18:52,760 --> 00:18:56,120
di mana dua ekor jantan ini
menilai satu sama lain.

130
00:18:58,400 --> 00:19:01,400
Keadaan semakin tegang.

131
00:19:09,640 --> 00:19:14,280
Akhirnya,
dua jantan ini terpaksa berlawan.

132
00:19:20,320 --> 00:19:23,680
Ia berlaku di kawasan semak
yang tebal dan tak kelihatan.

133
00:19:33,400 --> 00:19:34,640
Risikonya tinggi.

134
00:19:35,480 --> 00:19:38,880
Ini pertarungan yang akan menentukan

135
00:19:38,880 --> 00:19:42,320
sama ada Kutjira dan Dakunga
hidup atau mati.

136
00:19:55,520 --> 00:19:58,040
Penceroboh muda itu muncul dahulu.

137
00:20:01,280 --> 00:20:03,280
Namun, tiada tanda Mokhanyo.

138
00:20:08,880 --> 00:20:11,680
Ketidakpastian itu dahsyat.

139
00:20:27,720 --> 00:20:31,120
Akhirnya ia muncul, cedera teruk.

140
00:20:40,680 --> 00:20:44,320
Namun, disebabkan jantan nomad itu
mula pergi,

141
00:20:46,200 --> 00:20:47,760
jelas sekali ia juaranya.

142
00:20:54,280 --> 00:21:00,080
Kami semua tarik nafas lega
apabila tahu keluarga Mochima selamat

143
00:21:01,680 --> 00:21:05,280
dan kami boleh teruskan kisahnya.

144
00:21:27,080 --> 00:21:29,600
Ada hari dan minggu

145
00:21:29,600 --> 00:21:32,520
di mana kami tak berinteraksi
dengan sesiapa pun.

146
00:21:36,200 --> 00:21:39,920
Maka, penting untuk rasa selesa
dengan ruang minda sendiri.

147
00:21:58,400 --> 00:22:00,400
Saya seorang introvert

148
00:22:00,400 --> 00:22:05,160
dan saya rasa berada
di tempat yang aman dan sunyi ini

149
00:22:05,160 --> 00:22:07,480
sesuai dengan perwatakan saya.

150
00:22:25,680 --> 00:22:28,880
Sewaktu tidur di luar pada waktu malam,
anda perlu hati-hati.

151
00:22:28,880 --> 00:22:33,080
Selalu ada peluang ular,
kala jengking dan singa melintas.

152
00:22:36,080 --> 00:22:39,280
Namun, anda juga berada
di bawah himpunan bintang,

153
00:22:41,880 --> 00:22:44,960
yang orang sekarang
jarang dapat merasainya.

154
00:23:05,920 --> 00:23:12,240
ENAM BULAN KEMUDIAN...

155
00:23:27,200 --> 00:23:30,880
Apabila anda bangun,
anda menyelami persekitaran itu.

156
00:23:32,080 --> 00:23:33,520
Apabila anda lihat sekeliling,

157
00:23:33,520 --> 00:23:36,840
anda bukan hanya mencari harimau bintang,
katakan di atas pokok atau berjalan.

158
00:23:36,840 --> 00:23:39,640
Anda juga mencari haiwan lain
di kawasan ini

159
00:23:39,640 --> 00:23:42,720
untuk lihat jika ia tenang
atau berjaga-jaga.

160
00:23:42,720 --> 00:23:44,560
Hal itu akan memberikan anda petanda

161
00:23:44,560 --> 00:23:46,840
jika ada harimau bintang berdekatan
atau tak.

162
00:24:10,720 --> 00:24:14,560
<i>Kawan-kawan, ada jejak
harimau bintang betina di jalan bersambung</i>

163
00:24:14,560 --> 00:24:16,520
<i>menuju ke Hutan Tenggiling.</i>

164
00:24:17,840 --> 00:24:20,080
<i>Nampak baharu. Saya akan ikutinya.</i>

165
00:24:29,000 --> 00:24:32,600
Anda perlu jadi harimau bintang,
berfikir dan bertindak sepertinya.

166
00:24:32,600 --> 00:24:34,520
Itulah kunci untuk mencarinya.

167
00:24:36,160 --> 00:24:39,480
Hal itu datang
dengan masa dan usaha setiap hari.

168
00:25:00,520 --> 00:25:03,520
<i>Ya, saya berjaya tentukan lokasi Mochima.</i>

169
00:25:03,520 --> 00:25:07,800
<i>Ia bersama Kutjira
dan ia menuju ke Lintasan Manggis.</i>

170
00:25:28,080 --> 00:25:31,480
Apabila anak harimau bintang
mencapai umur setahun,

171
00:25:31,480 --> 00:25:35,960
naluri memburunya mula lahir.

172
00:25:37,120 --> 00:25:43,440
Pada tahap ini,
Mochima bawa Kutjira memburu beberapa kali

173
00:25:43,440 --> 00:25:45,760
supaya ia boleh lihat dan belajar.

174
00:26:04,840 --> 00:26:08,280
Pernah sekali Kutjira tengok mak memburu.

175
00:26:11,080 --> 00:26:12,880
Mak pula dalam mod menghendap.

176
00:26:13,680 --> 00:26:16,040
Sukar ditangkap, tak mahu dilihat.

177
00:26:53,400 --> 00:26:55,600
Kemudian, tiba-tiba, Kutjira datang

178
00:26:55,600 --> 00:26:58,040
sebab ia nak berpelukan dengan ibunya.

179
00:27:01,800 --> 00:27:03,800
Anda perlu beri perhatian
kepada anak-anak,

180
00:27:03,800 --> 00:27:05,160
tapi bukan semasa bekerja.

181
00:27:16,840 --> 00:27:19,080
Niat Kutjira baik,

182
00:27:19,080 --> 00:27:22,480
tapi ia belum ada kemahiran
dan pengalaman.

183
00:27:24,440 --> 00:27:26,920
Namun, setidaknya ia sanggup belajar.

184
00:27:34,400 --> 00:27:37,360
Dakunga berbeza daripada kembarnya.

185
00:27:37,360 --> 00:27:41,400
Ia tak fokus
untuk belajar daripada sesiapa.

186
00:27:43,120 --> 00:27:45,120
Ia ada misi sendiri.

187
00:27:54,240 --> 00:27:56,720
Ia selalu timbulkan masalah.

188
00:28:14,680 --> 00:28:16,240
Antara dua anak Mochima,

189
00:28:17,160 --> 00:28:20,600
selalu ada kebimbangan
yang Dakunga mungkin akan mati.

190
00:28:26,360 --> 00:28:30,440
Ada satu tempoh tertentu
apabila ia pergi selama beberapa hari.

191
00:28:30,440 --> 00:28:33,760
Ia luar biasa. Kami tak jumpa ia.
Kami tak tahu ia di mana.

192
00:28:34,280 --> 00:28:37,800
Sangat mudah untuk harimau bintang
pada tahap hidupnya itu

193
00:28:37,800 --> 00:28:39,840
untuk dibunuh oleh pemangsa.

194
00:28:46,480 --> 00:28:50,920
<i>Ya, saya di Garisan Pokok Baldu sekarang
dan tiada tanda Dakunga.</i>

195
00:28:52,240 --> 00:28:56,600
<i>Ada keluarga cheetah berdekatan.
Mungkin saya akan luangkan masa dengannya.</i>

196
00:28:59,520 --> 00:29:02,480
Seekor ibu dengan dua anak jantan
yang belum cukup dewasa.

197
00:29:08,320 --> 00:29:10,160
Ia berjaya bunuh seekor impala.

198
00:29:18,560 --> 00:29:20,280
Saya nampak ia makan sedikit.

199
00:29:23,600 --> 00:29:26,200
Kemudian, siapa saya nampak?

200
00:29:27,440 --> 00:29:28,320
Dakunga.

201
00:29:31,000 --> 00:29:35,280
Arahnya ialah bangkai impala
dengan keluarga cheetah itu.

202
00:29:40,600 --> 00:29:43,240
Ia semakin hampir.

203
00:29:44,280 --> 00:29:47,320
Ia akan cuba merampas impala ini,

204
00:29:47,960 --> 00:29:51,640
sebagai anak kecil,
daripada tiga ekor cheetah besar.

205
00:29:57,000 --> 00:30:00,120
Perkara ini benar-benar menggambarkan
personaliti Dakunga.

206
00:30:41,160 --> 00:30:44,360
Saya tak pernah dengar
harimau bintang dikejar oleh cheetah.

207
00:30:45,680 --> 00:30:48,960
Saya tak pernah dengar
harimau bintang panjat pokok palma.

208
00:30:54,480 --> 00:30:58,080
Kami duduk dan lihat harimau bintang ini
selama berjam-jam dan berhari-hari

209
00:30:58,080 --> 00:30:59,640
tanpa buat apa-apa.

210
00:31:00,280 --> 00:31:03,920
Tapi pada satu hari itu,
anda perlu pastikan mata anda tajam.

211
00:31:13,280 --> 00:31:15,840
Dakunga pasti fikir ia bernasib baik

212
00:31:16,960 --> 00:31:19,120
apabila ia terhidu bau satu lagi bangkai.

213
00:31:21,600 --> 00:31:23,600
Jadi ia ikut baunya, tapi ia dapat tahu

214
00:31:23,600 --> 00:31:26,680
bahawa bangkai itu
milik Mokhanyo, ayahnya.

215
00:31:31,600 --> 00:31:34,800
Anda tak boleh rampas
mangsa jantan dominan.

216
00:31:41,800 --> 00:31:44,400
Namun, Dakunga dikuasai perutnya.

217
00:31:50,400 --> 00:31:53,240
Tak kisahlah itu ayahnya.

218
00:31:59,800 --> 00:32:01,880
Ia bermain dengan api.

219
00:32:46,880 --> 00:32:49,240
Setiap kali Dakunga gagal,

220
00:32:49,240 --> 00:32:52,240
saya ingat ia akan sedar dan putus asa.

221
00:32:55,960 --> 00:32:59,280
Namun, ia tak rasa bahaya
dan ia terus berkeras.

222
00:33:14,800 --> 00:33:16,800
Keberaniannya berbaloi.

223
00:33:22,680 --> 00:33:26,440
Saya tak sangka
situasi ini akan berakhir begini

224
00:33:26,440 --> 00:33:30,080
dan saya tak pasti
kenapa Mokhanyo mengalah.

225
00:33:43,960 --> 00:33:49,200
Mungkin ada pengakuan daripada ayahnya,
yang sangat mengagumkan.

226
00:33:54,480 --> 00:33:57,400
Ia bukti sebenar perwatakan Dakunga.

227
00:33:59,680 --> 00:34:05,760
Detik seperti ini benar-benar menunjukkan
sisi berbeza harimau bintang

228
00:34:05,760 --> 00:34:07,760
yang kita tak pernah lihat.

229
00:34:25,600 --> 00:34:28,760
Pada penghujung hari,
keluarga itu bersatu semula.

230
00:34:42,840 --> 00:34:45,840
Keakraban pada saat itu sangat hebat.

231
00:34:46,600 --> 00:34:49,320
Ia sangat seronok, kerap melompat.

232
00:35:06,800 --> 00:35:09,360
Dalam kes Dakunga, ia main-main.

233
00:35:22,280 --> 00:35:25,400
Saat-saat gembira itu semakin berkurangan.

234
00:35:26,640 --> 00:35:32,520
Ia pasti menghampiri masa
di mana ia akan jadi lebih berdikari...

235
00:35:35,000 --> 00:35:37,000
yang tak dapat dielakkan
sebagai harimau bintang.

236
00:35:46,440 --> 00:35:47,280
<i>Noah?</i>

237
00:35:48,440 --> 00:35:49,400
<i>Ya, Greg, cakap.</i>

238
00:35:51,000 --> 00:35:53,880
<i>Sunyi di sini.
Saya tak jumpa sebarang tanda,</i>

239
00:35:53,880 --> 00:35:57,120
<i>jadi saya nak pergi ke kem
untuk segarkan diri.</i>

240
00:35:59,440 --> 00:36:04,040
<i>Baiklah, Greg. Di sini juga sangat sunyi,
jadi saya akan jumpa awak nanti.</i>

241
00:36:05,760 --> 00:36:07,360
<i>Jumpa di kem.</i>

242
00:36:08,800 --> 00:36:11,880
Duduk di dalam kereta
selama hampir seminggu tanpa bergerak

243
00:36:11,880 --> 00:36:13,240
tak ideal.

244
00:36:13,840 --> 00:36:17,080
Masuk ke kem, bersukan,

245
00:36:17,080 --> 00:36:18,520
bercukur,

246
00:36:18,520 --> 00:36:21,360
menjaga diri sendiri juga penting.

247
00:36:23,880 --> 00:36:27,200
{\an8}Kru ini sudah jadi macam keluarga besar.

248
00:36:27,840 --> 00:36:30,640
Tanpa tahap dinamik pasukan sebegitu,

249
00:36:30,640 --> 00:36:34,000
seluruh operasi ini takkan berjaya.

250
00:36:49,040 --> 00:36:51,720
Ramai antara kami ingin kembali ke kem.

251
00:36:51,720 --> 00:36:55,760
Anda rasa seperti anda terlepas
semua aksi di dalam hutan.

252
00:36:57,440 --> 00:36:59,640
Jadi anda buat sebanyak yang boleh di kem

253
00:36:59,640 --> 00:37:02,640
tapi cuba sebaiknya
untuk kembali ke hutan.

254
00:37:16,880 --> 00:37:20,560
ENAM BULAN KEMUDIAN...

255
00:37:22,200 --> 00:37:25,840
Apabila cuaca di Okavango paling panas,
angin bertiup merentasi daratan

256
00:37:26,640 --> 00:37:29,160
dan ribut petir mula melanda.

257
00:37:37,040 --> 00:37:41,160
Namun, apabila ia berlaku,
ia turun mencurah-curah.

258
00:37:50,160 --> 00:37:52,640
Semuanya bagaikan meraikan kedatangannya.

259
00:37:54,720 --> 00:37:59,280
Ia mengurangkan kepanasan tanpa henti
dan menjanjikan masa yang lebih mudah...

260
00:38:01,880 --> 00:38:05,600
apabila kehidupan dilahirkan
dalam persekitaran itu.

261
00:38:34,320 --> 00:38:37,720
Hampir semuanya lahir pada musim ini.

262
00:38:57,400 --> 00:39:01,720
Tiada masa yang lebih sesuai untuk anak
harimau bintang berusia 18 bulan...

263
00:39:04,880 --> 00:39:08,320
membiasakan diri dengan mangsanya
pada masa depan.

264
00:39:17,240 --> 00:39:18,840
<i>Saya menjejaki Kutjira.</i>

265
00:39:18,840 --> 00:39:22,080
<i>Kami berada berhampiran
Garisan Pokok Cerpelai sekarang.</i>

266
00:39:22,080 --> 00:39:24,200
<i>Ia mahu berehat.</i>

267
00:39:30,360 --> 00:39:32,720
Ia berada dalam semak selama beberapa jam

268
00:39:34,480 --> 00:39:38,880
dan ketika itulah sekumpulan besar babun
mula masuk ke kawasan itu.

269
00:39:42,160 --> 00:39:46,600
Kutjira mungkin fikir,
"Mungkin aku boleh tangkap yang kecil."

270
00:39:48,880 --> 00:39:51,520
Ia bersembunyi terlalu lama
dalam semak itu.

271
00:40:10,080 --> 00:40:12,800
Ia dikelilingi babun jantan besar

272
00:40:13,880 --> 00:40:19,280
yang mempunyai gigi besar dan menggerunkan
yang boleh menyebabkan kecederaan.

273
00:40:31,800 --> 00:40:33,160
Ia ada masalah besar.

274
00:41:13,840 --> 00:41:17,200
Saya rasa ia tak pernah lari
sepantas ini seumur hidupnya.

275
00:41:18,480 --> 00:41:23,080
Namun, ia sedar keadaan boleh berubah
dengan sangat cepat di sini.

276
00:41:44,960 --> 00:41:46,880
Kami luangkan lebih banyak masa
dengan harimau bintang

277
00:41:46,880 --> 00:41:48,520
sepanjang tempoh projek ini

278
00:41:48,520 --> 00:41:51,600
berbanding dengan makhluk lain
di planet ini.

279
00:41:53,080 --> 00:41:59,800
Hebatnya dapat menyertai keluarga
yang sukar ditangkap dan berahsia ini,

280
00:42:00,680 --> 00:42:02,600
memahami rahsianya yang paling gelap.

281
00:42:06,280 --> 00:42:09,240
Kami sangat rapat dari segi emosi
dengan kucing-kucing ini

282
00:42:09,240 --> 00:42:12,120
kerana setiap minggu dan hari,
kami bersamanya.

283
00:42:12,120 --> 00:42:15,280
Ada masanya kami mula menyokongnya.

284
00:42:18,760 --> 00:42:23,720
Kami ketawa dan menangis bersamanya
dan ada masanya kami fikir,

285
00:42:23,720 --> 00:42:25,640
"Aku sangat sayang kucing ini."

286
00:42:26,360 --> 00:42:29,640
Namun, kami perlu tetapkan batasan.

287
00:42:30,280 --> 00:42:34,360
Kami perlu biarkan ia hidup
sebagai harimau bintang

288
00:42:35,560 --> 00:42:37,280
dan menjadi pemerhati.

289
00:42:57,800 --> 00:43:01,200
Mochima pasti akan mengawan lagi.

290
00:43:04,520 --> 00:43:06,840
Apabila anak-anaknya berusia dua tahun,

291
00:43:11,880 --> 00:43:13,320
musim mengawan sudah tiba.

292
00:43:30,120 --> 00:43:32,800
Ia mahu menarik perhatian Mokhanyo

293
00:43:33,720 --> 00:43:37,800
dan mula meninggalkan baunya
di seluruh kawasannya.

294
00:43:48,520 --> 00:43:50,440
Apabila dua harimau bintang mengawan,

295
00:43:51,320 --> 00:43:52,800
hubungannya penuh perasaan.

296
00:43:54,320 --> 00:43:58,280
Ia akan mengawan beratus kali
dalam empat atau lima hari.

297
00:44:06,280 --> 00:44:13,280
Biasanya, si betina akan menjadi pihak
yang akan menggalakkan kelakuan mengawan.

298
00:44:25,200 --> 00:44:26,720
Ia akan menggoda si jantan...

299
00:44:29,640 --> 00:44:32,480
dan mencurahinya dengan kasih sayang
dan perhatian.

300
00:44:45,200 --> 00:44:49,320
Selepas tiga hari mengawan,
si jantan penat.

301
00:44:49,320 --> 00:44:51,280
Ia letih lesu.

302
00:45:06,280 --> 00:45:08,200
Si betina masih mahu pastikan

303
00:45:08,200 --> 00:45:11,240
kelakuan mengawan ini akan berjaya.

304
00:45:18,880 --> 00:45:24,400
Ia cuma mahu pastikan
Mokhanyo tahu ini anak-anaknya.

305
00:45:54,440 --> 00:45:58,000
Setelah mengawan,
Mochima dijangka akan ada keluarga baharu.

306
00:46:01,080 --> 00:46:06,880
Kutjira dan Dakunga membahayakan
anak-anaknya yang belum lahir.

307
00:46:14,400 --> 00:46:17,720
Mochima sekarang hanya ada tiga bulan

308
00:46:18,920 --> 00:46:23,120
untuk halau anak-anak itu
sebelum keluarga baharu tiba.

309
00:46:27,000 --> 00:46:28,560
Masa berdetik.

310
00:46:35,360 --> 00:46:38,120
Kutjira menunjukkan kemajuan yang hebat

311
00:46:38,920 --> 00:46:42,880
tapi masih belum berjaya
membuat serangan pertamanya sendiri.

312
00:46:46,080 --> 00:46:50,080
Dakunga, sebaliknya,
masih membuat kesilapan besar.

313
00:46:52,880 --> 00:46:55,200
Ia menimbulkan kerisauan.

314
00:47:01,680 --> 00:47:03,880
Mochima tahu ia perlukan bantuan.

315
00:47:09,000 --> 00:47:13,600
Sebagai ibu yang baik, ia sengaja
tunjukkan tempat untuk mencari mangsanya.

316
00:47:26,960 --> 00:47:31,320
Jelas sekali Mochima tahu
ada anak babi kutil di dalam lubang ini.

317
00:47:31,320 --> 00:47:35,400
Ia membawa anaknya
mendapatkan peluang yang sempurna.

318
00:47:37,200 --> 00:47:40,440
Itu proses yang difikirkan.
Itu bukan naluri.

319
00:47:42,120 --> 00:47:45,040
Ia satu kelakuan yang luar biasa
untuk disaksikan.

320
00:47:56,200 --> 00:47:59,040
Tapi ia tak sangka ibunya ada di rumah.

321
00:48:00,760 --> 00:48:04,240
Berdepan dengan babi kutil dewasa
di dalam lubang hampir mustahil.

322
00:48:05,880 --> 00:48:08,520
Gadingnya yang tajam akan mencederakannya.

323
00:48:22,600 --> 00:48:25,960
Kutjira memerhatikan Dakunga dan Mochima,

324
00:48:26,800 --> 00:48:28,600
belajar daripada kesilapannya.

325
00:48:29,800 --> 00:48:32,000
Berlawan dalam pertarungan
yang ia takkan menang.

326
00:48:56,680 --> 00:48:59,880
Kira-kira seminggu kemudian,

327
00:48:59,880 --> 00:49:04,200
Kutjira hanya duduk 25 meter
dari lubang babi kutil itu.

328
00:49:05,320 --> 00:49:06,800
Ia menunggu.

329
00:49:10,400 --> 00:49:11,600
Sejam kemudian,

330
00:49:12,120 --> 00:49:14,880
saya nampak ibu babi kutil itu
keluar dari lubang.

331
00:49:52,400 --> 00:49:56,000
Selepas itu, saya faham
yang ia sudah lama merancang

332
00:49:56,000 --> 00:49:59,040
sejak kami berhenti
di sebelah lubang babi kutil ini.

333
00:49:59,840 --> 00:50:01,120
Mengagumkan!

334
00:50:17,560 --> 00:50:21,760
{\an8}DUA BULAN KEMUDIAN...

335
00:50:48,320 --> 00:50:53,320
Kutjira bukan saja semakin mahir,
tapi semakin besar

336
00:50:54,360 --> 00:50:56,120
dan matang dari segi seksual.

337
00:51:00,240 --> 00:51:04,680
Dia mula menanda baunya
di seluruh kawasan ibunya.

338
00:51:08,520 --> 00:51:11,000
Ia akan menarik perhatian jantan nomad

339
00:51:11,000 --> 00:51:14,400
dan ia memberi ancaman
kepada anak-anak Mochima yang belum lahir.

340
00:51:40,640 --> 00:51:44,560
Mochima tiada pilihan lain
selain menghalau Kutjira.

341
00:51:50,600 --> 00:51:53,760
Ia dapat mengesan bau Kutjira
dengan sangat cepat

342
00:51:54,440 --> 00:51:56,280
dan terus mengekori jejaknya.

343
00:52:04,880 --> 00:52:06,800
Kutjira kenal ibunya.

344
00:52:10,200 --> 00:52:16,280
Namun, bahasa badannya berbeza.
Pendekatannya lebih serius dan fokus.

345
00:52:43,560 --> 00:52:45,240
Apabila pergaduhan berlaku,

346
00:52:45,240 --> 00:52:48,680
anda boleh nampak kekeliruan
pada wajah Kutjira.

347
00:52:51,880 --> 00:52:54,880
Ia tak faham keagresifan itu.

348
00:53:00,400 --> 00:53:04,440
Mochima terus menolaknya lebih jauh
ke arah pinggir kawasannya.

349
00:53:17,480 --> 00:53:20,560
Apabila Kutjira rasa
tiada tempat lain untuk pergi

350
00:53:20,560 --> 00:53:25,120
dan perlu berhenti
dan kekalkan kedudukannya,

351
00:53:26,160 --> 00:53:27,840
ia dilihat sebagai satu cabaran.

352
00:54:04,360 --> 00:54:06,600
Itulah penamat hubungan itu.

353
00:54:10,360 --> 00:54:13,080
Ibu dan anak
terpaksa ikut haluan masing-masing.

354
00:54:19,000 --> 00:54:21,400
Sukar untuk difahami sebagai manusia.

355
00:54:22,400 --> 00:54:27,320
Perpisahan kita dengan anak kita
tak pernah begitu tiba-tiba.

356
00:54:32,880 --> 00:54:36,880
Menyaksikannya dalam hidup harimau bintang
adalah dahsyat.

357
00:54:40,800 --> 00:54:44,000
Namun, itulah cara
dunia semula jadi berfungsi.

358
00:54:45,280 --> 00:54:49,040
Kutjira dihalau ke tempat
yang tak diketahui

359
00:54:50,200 --> 00:54:51,960
dan ia tak dialu-alukan kembali.

360
00:55:01,080 --> 00:55:04,200
Untuk membela anak-anak baharu
dengan selamat,

361
00:55:05,080 --> 00:55:07,920
Mochima perlu halau kedua-dua anaknya
dari rumah,

362
00:55:08,720 --> 00:55:11,160
tapi Dakunga masih berada di sana.

363
00:55:34,880 --> 00:55:39,760
Daripada berfikir dan menggunakan
kemahiran yang ibunya ajar kepadanya,

364
00:55:39,760 --> 00:55:42,480
ia akan menyerang tiba-tiba,

365
00:55:43,880 --> 00:55:45,920
yang bukan cara harimau bintang
patut memburu.

366
00:56:26,800 --> 00:56:31,320
Ia gagal sama sekali, berkali-kali.

367
00:56:35,800 --> 00:56:37,120
Dakunga belum bersedia

368
00:56:37,120 --> 00:56:40,760
dan jika ia diusir sekarang,
ia takkan selamat.

369
00:57:05,280 --> 00:57:08,960
Pada suatu hari,
Dakunga memanjat lubang babi kutil ini.

370
00:57:12,040 --> 00:57:13,600
Saya pernah lihat
semua harimau bintang itu

371
00:57:13,600 --> 00:57:15,640
memeriksa lubang babi kutil...

372
00:57:17,680 --> 00:57:22,280
tapi saya tak pernah lihat harimau bintang
cuba serang babi kutil terbesar di sana.

373
00:57:24,440 --> 00:57:25,560
{\an8}Babi bertaring lengkung.

374
00:58:08,320 --> 00:58:12,240
Ia takkan terima kegagalan,
jadi ia ikut babi kutil ini

375
00:58:12,240 --> 00:58:13,600
dan cuba lagi...

376
00:58:42,440 --> 00:58:45,000
untuk bunuh
seekor babi kutil jantan dewasa.

377
00:58:47,560 --> 00:58:49,080
Ia membuktikan kami semua salah.

378
00:58:52,280 --> 00:58:54,040
Ya, ia saat yang membanggakan.

379
00:59:05,200 --> 00:59:09,040
Pembunuhan babi kutil itu
benar-benar mengubah pemikiran Dakunga

380
00:59:10,920 --> 00:59:14,080
dan hal ini memberi kesan kepada ibunya.

381
00:59:28,680 --> 00:59:33,440
Dari segi fizikal, Dakunga mendominasinya
dan menjadi satu ancaman,

382
00:59:33,440 --> 00:59:37,120
bukan saja kepadanya
tapi kepada anak-anaknya yang belum lahir.

383
00:59:42,800 --> 00:59:46,080
Anda boleh nampak
hubungan itu mula renggang.

384
00:59:56,080 --> 00:59:59,800
Setiap kali ia bertemu,
keagresifan semakin meningkat.

385
01:00:26,480 --> 01:00:28,320
Akhirnya, Mochima naik marah.

386
01:01:10,800 --> 01:01:13,480
Keakraban dan kebaikan telah hilang.

387
01:01:48,680 --> 01:01:51,440
Ia berpaling meninggalkan kawasan ibunya

388
01:01:52,360 --> 01:01:55,080
dan memutuskan
untuk meniti haluan sendiri.

389
01:02:04,400 --> 01:02:07,720
Mochima sudah buat segalanya
yang termampu untuk Dakunga.

390
01:02:10,880 --> 01:02:14,080
Ia pergi menerokai dunia
dengan peluang terbaik.

391
01:02:16,880 --> 01:02:18,840
Kami perlu lihat ia pergi

392
01:02:18,840 --> 01:02:21,880
dan kami tak tahu
sama ada kami akan jumpanya lagi.

393
01:02:28,320 --> 01:02:30,000
Ia saat yang pahit manis.

394
01:02:30,680 --> 01:02:32,920
Tak kira apa yang kami rasa,

395
01:02:32,920 --> 01:02:35,520
ia perlu pergi
untuk dapatkan kawasan sendiri

396
01:02:35,520 --> 01:02:37,920
dan suatu hari nanti,
bina keluarganya sendiri.

397
01:02:40,640 --> 01:02:44,200
{\an8}Ada rasa bangga
yang ia berjaya sampai ke tahap ini.

398
01:02:44,200 --> 01:02:46,920
Ia telah melalui
bahagian tersukar dalam perjalanannya.

399
01:02:55,040 --> 01:02:57,880
Kami tahu ia akan berjaya dalam hidup.

400
01:02:57,880 --> 01:03:02,200
Ia besar dan kuat,
dan kami rasa lega mengetahuinya.

401
01:03:07,520 --> 01:03:09,440
Dengan pemergian Dakunga,

402
01:03:09,440 --> 01:03:13,400
pemerhatian dalam kehidupan keluarga
harimau bintang yang unik ini berakhir.

403
01:03:32,080 --> 01:03:34,400
Saya tak rasa
sesiapa yang menyaksikan perkara ini

404
01:03:34,400 --> 01:03:38,600
tak berubah
disebabkan pengalaman yang kami kongsi.

405
01:03:47,560 --> 01:03:50,880
Menghabiskan dua tahun setengah
merakam harimau-harimau bintang ini

406
01:03:50,880 --> 01:03:54,040
memberikan saya pandangan berbeza
tentang hidup kita.

407
01:04:00,680 --> 01:04:03,480
Ada sesuatu yang suci
tentang kehidupannya.

408
01:04:06,000 --> 01:04:08,360
Ia tak berserabut dan tak rumit,

409
01:04:09,080 --> 01:04:13,360
dan saya rasa jika saya boleh jadi
lebih seperti itu dalam hidup saya...

410
01:04:15,520 --> 01:04:16,760
pasti bagus.

411
01:04:37,200 --> 01:04:40,400
Beberapa bulan selepas kami
berhenti mengekori Mochima,

412
01:04:42,400 --> 01:04:46,200
Noah hubungi saya
dan kata dia jumpa Mochima...

413
01:04:51,080 --> 01:04:53,680
terbaring di garisan hutan, mati.

414
01:05:13,600 --> 01:05:17,240
Ironi hanya dapat menyentuhnya
apabila ia mati...

415
01:05:20,240 --> 01:05:22,040
amat dahsyat.

416
01:05:23,800 --> 01:05:28,080
Ia antara saat paling sukar
yang saya hadapi...

417
01:05:30,840 --> 01:05:34,600
Melihat kucing yang saya kenal dan sayang...

418
01:05:37,000 --> 01:05:37,840
pergi.

419
01:05:44,280 --> 01:05:47,200
Saya tak pasti apa yang berlaku kepadanya.

420
01:05:48,600 --> 01:05:52,440
Namun, haiwan-haiwan ini
mempunyai hidup yang cukup pendek.

421
01:05:54,400 --> 01:05:55,880
Hidupnya luar biasa.

422
01:05:56,800 --> 01:05:59,720
Kami bernasib baik
dapat menyaksikan sebahagian hidupnya.

423
01:06:08,320 --> 01:06:13,280
Selepas kematian Mochima,
dunia kami seolah-olah telah kosong.

424
01:06:15,800 --> 01:06:18,480
Tiada harimau bintang di sekeliling kami.

425
01:06:23,200 --> 01:06:26,880
Sehinggalah Greg telefon
dan kata dia jumpa Kutjira.

426
01:06:42,880 --> 01:06:45,320
Dia berada di pinggir kawasan ibunya.

427
01:06:51,400 --> 01:06:56,160
Kru kami sangat teruja
kerana ia sudah kembali.

428
01:07:12,960 --> 01:07:16,400
Dia bertenggek
di atas dahan sebatang pokok.

429
01:07:28,360 --> 01:07:30,840
Saya nampak impala berdekatan.

430
01:07:35,320 --> 01:07:36,960
Dalam kepala saya,

431
01:07:36,960 --> 01:07:40,240
saya terfikir jika impala itu
pergi ke bawah pokok,

432
01:07:40,240 --> 01:07:42,160
ia mungkin akan cuba memburu.

433
01:07:47,400 --> 01:07:50,920
Lama-kelamaan, beberapa impala jantan
pergi ke bawah pokok.

434
01:08:02,360 --> 01:08:04,960
Aduhai,
kami cuma nampak kepalanya terkeluar.

435
01:08:24,200 --> 01:08:25,960
Ia berjaya.

436
01:08:38,680 --> 01:08:44,080
Kami rasa lega apabila mengetahui
legasi Mochima berterusan.

437
01:08:46,800 --> 01:08:50,880
Ia menjadikan pengakhiran cerita ini
sebenarnya satu permulaan.

438
01:08:57,480 --> 01:09:01,880
Babak baharu dalam hidup Kutjira
di mana ia berkembang

439
01:09:03,480 --> 01:09:06,200
menjadi kucing yang luar biasa.

440
01:10:12,760 --> 01:10:17,760
Terjemahan sari kata oleh Siti Salmi



