1
00:00:02,000 --> 00:00:07,000
Downloaded from
YTS.MX

2
00:00:08,000 --> 00:00:13,000
Official YIFY movies site:
YTS.MX

3
00:00:21,938 --> 00:00:25,734
PROGRAM INI MENGANDUNGI
PAPARAN IMEJ MEDAN PERANG.

4
00:00:32,115 --> 00:00:34,826
Menyeberangi sungai ini
dari Guatemala ke Mexico.

5
00:00:34,909 --> 00:00:37,620
Migran yang pergi bersama kami

6
00:00:37,704 --> 00:00:39,622
termasuk pemuda Honduras
di hadapan kami ini.

7
00:00:39,706 --> 00:00:41,666
BRENT RENAUD
PEMBUAT FILEM / WARTAWAN

8
00:00:41,791 --> 00:00:44,085
Katanya dia tiada duit.
Padahal murah saja

9
00:00:44,169 --> 00:00:46,171
untuk menyeberang sungai
dengan rakit.

10
00:00:46,254 --> 00:00:49,090
Namun, dia kata dia perlu berjimat
untuk perjalanan ini.

11
00:00:49,174 --> 00:00:52,218
Jadi, kami berjalan menyeberanginya
dan itu bukan mudah.

12
00:01:00,643 --> 00:01:01,686
Terima kasih.

13
00:01:06,775 --> 00:01:09,944
Bayangkan baru berusia 16 tahun

14
00:01:10,945 --> 00:01:12,697
meninggalkan rumah sendirian

15
00:01:13,907 --> 00:01:16,576
dan cuba pergi
ke Amerika Syarikat dari Honduras.

16
00:01:21,915 --> 00:01:23,917
Anthony, ada banyak bahaya.

17
00:01:24,000 --> 00:01:28,046
Ini bukan perkara biasa
untuk budak seusia awak lakukan.

18
00:01:28,129 --> 00:01:32,050
Saya tiada ibu bapa.

19
00:01:33,176 --> 00:01:37,847
Saya sendirian
sejak berusia sepuluh tahun.

20
00:01:38,807 --> 00:01:41,226
Saya ingin membuat perjalanan ini

21
00:01:41,309 --> 00:01:43,061
ke utara

22
00:01:43,144 --> 00:01:45,146
untuk mulakan keluarga baharu.

23
00:01:45,230 --> 00:01:47,482
Semoga diizinkan Tuhan.

24
00:01:52,403 --> 00:01:56,533
Anthony, hati-hati, okey?
Semoga kita bertemu lagi.

25
00:02:01,746 --> 00:02:04,791
TUJUH TAHUN KEMUDIAN

26
00:02:17,095 --> 00:02:19,305
Ada serangan peluru berpandu.

27
00:02:20,265 --> 00:02:21,891
Mari pergi dari sini.

28
00:02:24,227 --> 00:02:25,770
- Brent, ayuh.
- Okey.

29
00:02:26,479 --> 00:02:27,939
- Mari pergi dari sini.
- Okey.

30
00:02:34,821 --> 00:02:41,411
BRENT RENAUD BUAT LIPUTAN PERANG
SEJAK RUSIA MENYERANG UKRAINE.

31
00:02:44,038 --> 00:02:45,165
Askar-askar ada di sana.

32
00:02:58,636 --> 00:02:59,762
Ini nampak teruk.

33
00:03:21,451 --> 00:03:23,161
Awak berada di sini semasa ia dibom?

34
00:03:23,244 --> 00:03:27,457
Ya, kami berada di tingkat atas
sebelah sana.

35
00:03:28,124 --> 00:03:32,879
Ada tiga letupan. Semuanya hancur.

36
00:03:33,213 --> 00:03:36,883
Pintu depan hancur.
Saya tak dapat jelaskannya.

37
00:03:38,426 --> 00:03:39,969
Kami sangat takut.

38
00:03:45,350 --> 00:03:47,310
Terima kasih. Saya sangat bersimpati.

39
00:04:04,035 --> 00:04:06,829
- Ini rumah awak?
- Ya.

40
00:04:10,291 --> 00:04:13,002
Rumah telah hancur. Semuanya musnah.

41
00:04:13,711 --> 00:04:15,505
Apa pendapat awak tentang perang ini?

42
00:04:15,588 --> 00:04:17,507
Beginilah cara orang Rusia melawan.

43
00:04:18,508 --> 00:04:19,509
Ke mana awak akan pergi?

44
00:04:20,009 --> 00:04:23,680
Entahlah. Ini tragedi.

45
00:04:25,098 --> 00:04:30,728
Tak guna orang Rusia.

46
00:04:31,271 --> 00:04:33,022
Bukan rakyat Rusia.

47
00:04:33,773 --> 00:04:35,441
Kecam kerajaannya.

48
00:04:36,067 --> 00:04:38,778
Semua orang Putin.

49
00:04:40,655 --> 00:04:42,949
Ini satu jenayah.

50
00:04:46,577 --> 00:04:47,745
Maaf.

51
00:04:52,917 --> 00:04:54,127
Ini sukar untuk dilihat.

52
00:04:58,423 --> 00:04:59,674
Sangat sukar.

53
00:05:32,415 --> 00:05:35,084
PADA 13 MAC 2022,
BRENT RENAUD DISERANG

54
00:05:35,209 --> 00:05:38,296
OLEH ASKAR-ASKAR RUSIA
SEMASA MEMBUAT LIPUTAN.

55
00:05:45,553 --> 00:05:50,475
Beberapa wartawan ditembak
sepuluh minit lalu.

56
00:05:50,558 --> 00:05:53,269
Wartawan dari Amerika.

57
00:05:53,353 --> 00:05:57,315
Brent Renaud terbunuh.

58
00:05:58,191 --> 00:06:01,694
Musuh menembaknya di kepala.

59
00:06:02,403 --> 00:06:05,531
Mangsa cedera dibawa ke hospital.

60
00:06:06,866 --> 00:06:11,996
Wartawan Brent Renaud terbunuh
berhampiran Kyiv hari ini.

61
00:06:12,455 --> 00:06:17,585
Rakan sekerjanya cedera
akibat serangan Rusia.

62
00:06:17,668 --> 00:06:21,714
Kami ada berita tergempar
yang ingin disampaikan. Brent Renaud

63
00:06:21,798 --> 00:06:26,135
wartawan dari Amerika telah terbunuh
semasa membuat liputan di Ukraine.

64
00:06:26,219 --> 00:06:30,723
<i>Jurugambar Amerika, Juan Arredondo,</i>
<i>turut cedera dalam serangan itu.</i>

65
00:06:30,807 --> 00:06:33,309
Brent Renaud terbunuh secara tragik.

66
00:06:33,393 --> 00:06:36,562
Kami menyanjungi hasil kerjanya

67
00:06:36,646 --> 00:06:38,731
dan keberanian yang beliau tunjukkan.

68
00:06:38,815 --> 00:06:42,652
Ini kehilangan yang sangat besar
dalam dunia kewartawanan hari ini.

69
00:06:43,528 --> 00:06:46,280
Beliau dan adiknya, Craig,
telah menerbitkan banyak dokumentari.

70
00:06:46,364 --> 00:06:49,450
Awak dapat bercakap dengan Craig
atau ahli keluarganya?

71
00:06:50,576 --> 00:06:54,747
Ya, saya bercakap dengan Craig
dan dia menghadapi masa yang sukar

72
00:06:54,831 --> 00:06:57,208
untuk membawa mayat Brent pulang.

73
00:07:00,837 --> 00:07:04,173
CRAIG RENAUD
ADIK BRENT

74
00:07:04,257 --> 00:07:05,299
Jadi...

75
00:07:07,218 --> 00:07:08,344
Jadi...

76
00:07:09,345 --> 00:07:11,931
Dia asyik mengulanginya.
"Kami ditembak."

77
00:07:12,014 --> 00:07:13,683
Dia...

78
00:07:14,851 --> 00:07:16,269
Saya tanya, "Di mana Brent?"

79
00:07:17,228 --> 00:07:19,272
Dia cakap, "Brent pun kena tembak.

80
00:07:20,022 --> 00:07:24,694
Saya dibawa masuk ke kenderaan lain.
Dia masih di sana."

81
00:07:25,361 --> 00:07:27,280
Saya tanya, "Di mana dia ditembak?"

82
00:07:27,363 --> 00:07:31,409
Saya tanya, "Dia pakai ves atau tak?"
Dia jawab, "Ya."

83
00:07:32,076 --> 00:07:35,204
Saya tanya lagi,
"Dia ditembak di ves atau di kepala?"

84
00:07:37,331 --> 00:07:41,627
Juan terdiam. Ketika itu saya tahu,
Brent sudah tiada.

85
00:07:48,885 --> 00:07:49,927
Cubaan.

86
00:07:52,221 --> 00:07:55,057
PENYAMPAIAN ANUGERAH DUPONT-COLUMBIA.
DIRAKAM PADA TAHUN 2011.

87
00:07:55,141 --> 00:07:57,226
Saya Brent Renaud.
Ini adik saya Craig.

88
00:07:59,520 --> 00:08:02,356
Saya ingin bercakap sedikit
tentang asal usul kami.

89
00:08:02,857 --> 00:08:06,235
Kami sering bersendirian
semasa membesar di Arkansas.

90
00:08:07,320 --> 00:08:09,405
Ayah saya jurujual
yang selalu mengembara.

91
00:08:09,489 --> 00:08:11,991
Dia jual tali pinggang, tembakau
dan memorabilia NASCAR

92
00:08:12,074 --> 00:08:14,535
kepada pemilik hentian trak
di seluruh Selatan.

93
00:08:14,619 --> 00:08:18,164
Ibu saya pula sama ada
belajar di kolej atau bekerja.

94
00:08:18,915 --> 00:08:21,792
Saya suka memancing,
menunggang motosikal dan menembak

95
00:08:21,876 --> 00:08:23,503
macam budak lelaki Selatan yang lain.

96
00:08:24,253 --> 00:08:25,922
Cuma saya bukan budak biasa.

97
00:08:26,005 --> 00:08:28,508
Saya autistik dan malangnya,
tiada orang dewasa di sisi saya

98
00:08:28,591 --> 00:08:30,051
yang pernah dengar tentangnya.

99
00:08:31,302 --> 00:08:33,596
Mungkin tak mengejutkan,
selain adik saya

100
00:08:33,679 --> 00:08:35,097
saya sukar hendak berkawan.

101
00:08:38,226 --> 00:08:41,479
Saya rasa saya menjadi jurugambar
sejak berusia sepuluh tahun

102
00:08:41,562 --> 00:08:44,482
apabila ayah saya berikan saya
kamera Minolta 1974 miliknya.

103
00:08:45,066 --> 00:08:46,567
Saya suka warna hitam dan peraknya.

104
00:08:47,193 --> 00:08:48,444
Saya rasa ia nampak macam kamera

105
00:08:48,528 --> 00:08:50,196
yang jurugambar gunakan dalam filem.

106
00:09:21,143 --> 00:09:23,646
Ia berlaku sangat pantas,
seseorang sudah tiada.

107
00:09:47,169 --> 00:09:49,380
Kita boleh nampak
di sinilah peluru menembusinya.

108
00:09:52,133 --> 00:09:53,342
Kenapa awak buat begini?

109
00:09:54,760 --> 00:09:57,263
Saya tahu ini yang Brent akan buat.

110
00:10:01,100 --> 00:10:05,062
Saya tahu Brent rasa realiti kesan
kekejaman perang terhadap manusia

111
00:10:05,146 --> 00:10:08,482
tak patut dirahsiakan.

112
00:10:11,861 --> 00:10:14,530
Jadi, saya tahu dia pasti
mahu saya merakamnya.

113
00:10:26,876 --> 00:10:29,503
<i>Abang saya, Brent,</i>
<i>tua dua tahun daripada saya.</i>

114
00:10:29,587 --> 00:10:33,633
<i>Saya masih ingat semasa saya kecil,</i>
<i>saya selalu ikut Brent ke mana saja.</i>

115
00:10:34,508 --> 00:10:36,010
<i>Saya selalu mengagumi dia.</i>

116
00:10:40,097 --> 00:10:43,309
<i>Apabila Brent beritahu yang dia mahu</i>
<i>menjadi pembuat filem dokumentari</i>

117
00:10:43,392 --> 00:10:45,770
<i>saya perlu turut serta.</i>

118
00:10:48,272 --> 00:10:51,359
<i>Selama 20 tahun, saya ikut abang saya</i>

119
00:10:51,442 --> 00:10:53,611
<i>ke tempat paling berbahaya di dunia.</i>

120
00:10:56,614 --> 00:10:59,241
<i>Empat orang askar Arkansas</i>
<i>terbunuh di Iraq.</i>

121
00:10:59,867 --> 00:11:04,538
Kami disertai oleh adik-beradik
Renaud, Craig dan Brent Renaud

122
00:11:04,622 --> 00:11:08,209
pembuat filem Arkansas yang bersama
Pengawal Negara Arkansas

123
00:11:08,292 --> 00:11:11,462
sepanjang mereka bertugas di Iraq.

124
00:11:12,672 --> 00:11:14,006
Tembakan itu mengena di sana.

125
00:11:15,841 --> 00:11:17,385
Mereka menyasarkan kita.

126
00:11:17,468 --> 00:11:21,639
Brent merakam di barisan hadapan
konflik di seluruh dunia

127
00:11:21,722 --> 00:11:25,643
tapi dia paling mengambil berat
terhadap mangsa keadaan.

128
00:11:32,942 --> 00:11:36,362
Semasa dia masih kecil.
Baru saja lahir.

129
00:11:39,990 --> 00:11:42,827
Orang kata perkara paling sukar
adalah apabila ibu kehilangan anak.

130
00:11:42,910 --> 00:11:47,248
Ya, memang benar.
Saya tak boleh tidur.

131
00:11:47,331 --> 00:11:50,334
Saya asyik menatap gambarnya.

132
00:11:56,006 --> 00:11:57,675
Saya akan tunjukkan seluar dia.

133
00:12:00,094 --> 00:12:01,429
Ini kakinya.

134
00:12:02,263 --> 00:12:04,390
Lihat lubang-lubang akibat bom ini.

135
00:12:04,473 --> 00:12:07,226
Mereka kata,
"Kami tak cederakan orang awam."

136
00:12:07,309 --> 00:12:08,894
Lihat darah ini.

137
00:12:09,061 --> 00:12:10,312
Lihatlah.

138
00:12:41,135 --> 00:12:44,096
Mari sini. Ini untuk awak.

139
00:12:44,722 --> 00:12:48,934
Semua orang dapat berus gigi.

140
00:12:49,018 --> 00:12:52,271
Saya akan tunjukkan
cara menggunakannya.

141
00:12:53,147 --> 00:12:55,983
Cuba berus gigi atas.

142
00:13:00,070 --> 00:13:05,117
Nama saya Karen Joanna,
saya berusia 15 tahun.

143
00:13:05,701 --> 00:13:08,120
Beritahu saya, apa yang
kita lihat ini? Apa semua ini?

144
00:13:10,706 --> 00:13:16,587
Trak akan longgokkan sampah,
kami akan kitar semula untuk duit.

145
00:13:17,588 --> 00:13:18,631
Awak bersekolah?

146
00:13:20,216 --> 00:13:21,967
- Tidak.
- Tidak.

147
00:13:38,484 --> 00:13:42,822
Kami dalam perjalanan untuk melawat
keluarga yang bersembunyi di sini.

148
00:13:42,905 --> 00:13:46,450
Mereka bersembunyi
kerana si ibu menuduh

149
00:13:47,701 --> 00:13:49,954
Geng 18th Street menculik

150
00:13:50,037 --> 00:13:52,456
dan beberapa ahli geng itu
telah dipenjarakan.

151
00:13:53,582 --> 00:13:55,668
Geng itu ingin
membunuh mereka sekeluarga.

152
00:13:55,751 --> 00:13:58,128
Jadi, kami akan pergi ke rumah mereka
dan cakap dengan mereka.

153
00:13:59,046 --> 00:14:00,714
- Boleh turunkan kamera?
- Ya.

154
00:14:32,037 --> 00:14:33,205
Helo.

155
00:14:34,748 --> 00:14:37,084
- Berapa usia awak?
- Enam belas tahun.

156
00:14:37,710 --> 00:14:38,794
Lima belas tahun.

157
00:14:39,169 --> 00:14:41,255
Awak cuba pergi ke Amerika Syarikat?

158
00:14:41,338 --> 00:14:42,464
Itu yang awak cuba lakukan?

159
00:14:42,548 --> 00:14:45,759
Ya, kerana ibu saya diculik

160
00:14:45,885 --> 00:14:50,472
dan diperdagangkan oleh geng itu.

161
00:14:50,556 --> 00:14:56,770
Polis telah selamatkan ibu saya

162
00:14:57,563 --> 00:14:58,647
dari rumah geng itu.

163
00:14:59,148 --> 00:15:01,525
Polis berjanji untuk melindungi kami

164
00:15:01,775 --> 00:15:05,487
tapi mereka langsung tak membantu.

165
00:15:06,196 --> 00:15:09,158
Ada ramai budak macam awak
di Amerika Syarikat.

166
00:15:09,241 --> 00:15:11,994
Ramai antara mereka
yang mempunyai kisah seperti awak.

167
00:15:12,077 --> 00:15:14,496
Mereka kata mereka takut
untuk balik kerana ia berbahaya

168
00:15:14,580 --> 00:15:16,749
dan mereka boleh dibunuh oleh geng.

169
00:15:16,832 --> 00:15:18,959
Ada orang di Amerika Syarikat
yang tak percaya.

170
00:15:19,043 --> 00:15:20,836
Awak sedang menyorok daripada geng?

171
00:15:20,920 --> 00:15:23,380
- Awak risau akan nyawa awak?
- Ya.

172
00:15:24,006 --> 00:15:26,675
- Apa berlaku jika mereka jumpa awak?
- Mereka akan bunuh kami.

173
00:15:48,530 --> 00:15:52,576
Dia ditembak semasa memandu
dan kenderaannya terbabas di sini.

174
00:16:02,252 --> 00:16:04,838
<i>Brent sangat tegang dan senyap.</i>

175
00:16:04,922 --> 00:16:08,842
<i>Dia bukan jenis orang</i>
<i>yang bercakap tentang pengalamannya</i>

176
00:16:08,926 --> 00:16:12,680
<i>seperti semasa dia ditahan di Somalia</i>
<i>dan dibelasah oleh pengawal-pengawal.</i>

177
00:16:14,515 --> 00:16:19,353
<i>Brent hanya akan kelihatan santai</i>
<i>apabila bersama anjingnya, Chai.</i>

178
00:16:25,275 --> 00:16:26,318
SUARA BRENT

179
00:16:26,402 --> 00:16:28,028
<i>Saya dan Chai naik trak</i>
<i>dan pergi kembara</i>

180
00:16:28,112 --> 00:16:29,446
<i>sejak ia masih kecil.</i>

181
00:16:36,704 --> 00:16:39,581
<i>Autisme membuatkan seseorang</i>
<i>sukar untuk dikenali lebih mendalam.</i>

182
00:16:40,207 --> 00:16:43,335
<i>Saya boleh tenang dalam pertempuran</i>
<i>atau di zon bencana</i>

183
00:16:43,961 --> 00:16:47,423
<i>tapi parti koktel di Brooklyn</i>
<i>sangat menakutkan sejak dulu lagi.</i>

184
00:16:51,885 --> 00:16:54,346
<i>Chai ialah kawan baik</i>
<i>dan rakan terapi saya.</i>

185
00:16:57,266 --> 00:17:00,269
Itu dia. Ayuh.

186
00:17:00,352 --> 00:17:02,438
Anjing yang baik.

187
00:17:15,534 --> 00:17:18,287
Susah nak bayangkan kejadian
yang lebih teruk daripada gempa bumi

188
00:17:18,370 --> 00:17:20,497
yang melanda Haiti pada 12 Januari.

189
00:17:20,581 --> 00:17:22,207
Jika anda tanya saya
sebelum gempa bumi itu

190
00:17:22,291 --> 00:17:24,918
kalau keadaan di Haiti
boleh jadi lebih teruk

191
00:17:25,002 --> 00:17:26,962
saya akan jawab
saya tak dapat bayangkannya.

192
00:17:36,555 --> 00:17:39,767
Kebanyakan orang
tinggal di jalanan kerana...

193
00:17:39,892 --> 00:17:41,518
ALIX SAINVILL
POLIS PBB

194
00:17:41,602 --> 00:17:42,811
...mereka cuba meneruskan hidup.

195
00:17:44,146 --> 00:17:47,483
- Kami perlu bantuan awak.
- Berhentilah. Kami perlu bantuan.

196
00:17:47,608 --> 00:17:48,734
Saya tiada air.

197
00:17:52,237 --> 00:17:56,992
Ramai orang sudah meninggal dunia.
Kami lapar. Air pun tiada.

198
00:17:59,328 --> 00:18:03,290
Saya hanya boleh bercakap
dengan seorang demi seorang, okey?

199
00:18:03,373 --> 00:18:08,253
Kami perlu bantuan,
tapi tiada orang datang.

200
00:18:08,337 --> 00:18:11,090
Istana Presiden telah roboh.
Kerajaan pun tiada.

201
00:18:11,381 --> 00:18:15,302
Bantuan akan sampai lambat.
Ini bukan mudah.

202
00:18:16,386 --> 00:18:18,222
- Kenapa dengan dia?
- Dia terkena blok konkrit.

203
00:18:19,807 --> 00:18:25,187
Kalau awak ada masalah serius
seperti kecederaan budak ini

204
00:18:25,270 --> 00:18:29,483
pergi ke hospital.
Ada pakar bedah di sana.

205
00:18:48,377 --> 00:18:49,670
Awak dapat apa-apa?

206
00:18:50,212 --> 00:18:55,801
Tak, semua orang berebut.
Saya gagal.

207
00:19:00,681 --> 00:19:04,059
Semasa gempa bumi itu berlaku,
saya bersama ibu mereka

208
00:19:04,143 --> 00:19:08,230
semasa siling jatuh menghempap dia
lalu meninggal dunia.

209
00:19:08,313 --> 00:19:10,315
Ayah mereka juga terkorban.

210
00:19:12,109 --> 00:19:16,488
Saya gembira semasa ibu masih hidup.
Sekarang, saya tiada apa-apa.

211
00:19:20,951 --> 00:19:25,831
Mereka menangis apabila
rindukan ibu bapa mereka.

212
00:19:26,248 --> 00:19:31,461
Mereka juga menangis
kerana kelaparan.

213
00:19:31,795 --> 00:19:33,797
Namun, saya tak dapat
beri mereka makan.

214
00:19:41,889 --> 00:19:44,683
Pembuat filem dan wartawan,
Brent Renaud, terkorban

215
00:19:44,766 --> 00:19:46,727
mendokumentasikan
kekejaman peperangan di Ukraine.

216
00:19:47,311 --> 00:19:50,105
Penghormatan diberikan serta-merta
kepada pembuat filem itu.

217
00:19:50,189 --> 00:19:53,025
Dia ke sana bersama jurugambar,
Juan Arredondo

218
00:19:53,108 --> 00:19:55,068
yang terselamat daripada maut.

219
00:20:05,245 --> 00:20:07,623
Saya gembira awak selamat.
Saya sangat lega.

220
00:20:07,706 --> 00:20:09,374
- Saya minta maaf.
- Tak mengapa.

221
00:20:12,252 --> 00:20:15,923
- Saya tak dapat lupakannya.
- Tak mengapa. Saya tahu.

222
00:20:16,548 --> 00:20:18,217
Saya tak boleh tidur.

223
00:20:18,759 --> 00:20:22,095
Darahnya masih ada pada jari saya
kerana saya cuba hentikan perdarahan.

224
00:20:22,179 --> 00:20:24,389
Saya tahu.
Awak tak dapat buat apa-apa.

225
00:20:25,599 --> 00:20:29,353
Saya masih boleh merasai
peluru-peluru itu dan bunyinya.

226
00:20:30,020 --> 00:20:33,774
Saya terfikir,
"Habislah, saya akan terbunuh."

227
00:20:33,857 --> 00:20:38,570
Saya asyik pegang Brent.

228
00:20:38,654 --> 00:20:40,447
Apabila saya terjaga, saya...

229
00:20:40,530 --> 00:20:45,410
Saya nampak lehernya berdarah,
saya pegang dan cuba hentikannya.

230
00:20:45,494 --> 00:20:47,871
Saya nampak dia menggumam sesuatu

231
00:20:48,497 --> 00:20:50,374
tapi saya asyik suruh pemandu pergi.

232
00:20:50,457 --> 00:20:51,667
- Pergi.
- Ya.

233
00:20:52,626 --> 00:20:54,836
Serta... Ya.

234
00:20:54,920 --> 00:20:58,757
Saya tak dapat lupakan perkara itu.

235
00:21:02,511 --> 00:21:04,638
- Saya minta maaf.
- Sudah, jangan cakap begitu.

236
00:21:04,721 --> 00:21:08,016
Tak mengapa. Jangan cakap begitu.
Saya dah menerimanya.

237
00:21:08,100 --> 00:21:10,394
- Saya rindukan kawan saya.
- Saya sangat rindukan dia.

238
00:21:12,145 --> 00:21:13,230
Teramat sangat.

239
00:21:41,216 --> 00:21:42,342
Demi keselamatan

240
00:21:42,426 --> 00:21:44,177
lebih baik
kalau berada di suatu tempat

241
00:21:44,261 --> 00:21:46,054
tak lebih daripada 20 minit.

242
00:22:07,492 --> 00:22:09,202
Malik, apa awak...
Beritahu apa awak lihat.

243
00:22:09,328 --> 00:22:10,704
MALIK ABDULLAH
PAKAR KEGANASAN

244
00:22:10,787 --> 00:22:12,748
Entahlah, susah nak saya gambarkan.

245
00:22:13,332 --> 00:22:15,125
Skop serangan ini

246
00:22:15,250 --> 00:22:16,793
memang sangat dahsyat.

247
00:22:20,422 --> 00:22:22,924
Ini pengeboman kereta yang terbesar

248
00:22:23,008 --> 00:22:25,344
dalam sejarah Somalia.

249
00:22:27,596 --> 00:22:29,264
Ini mayat

250
00:22:29,348 --> 00:22:31,308
mangsa-mangsa.

251
00:22:46,948 --> 00:22:48,367
Dia kehilangan tangannya

252
00:22:48,658 --> 00:22:49,785
dalam serangan itu.

253
00:22:53,872 --> 00:22:55,665
Apa yang dia ingat
tentang serangan itu?

254
00:22:57,292 --> 00:22:58,710
Semasa serangan itu tercetus...

255
00:23:02,255 --> 00:23:04,674
trak yang membawa bom

256
00:23:05,592 --> 00:23:07,719
melanggar sebuah kereta.

257
00:23:07,803 --> 00:23:08,804
Awak nampak ia meletup?

258
00:23:08,970 --> 00:23:10,013
Dia kata dia nampak.

259
00:23:10,097 --> 00:23:11,139
Api marak. Sangat panas.

260
00:23:11,223 --> 00:23:12,307
Dia kata sangat panas.

261
00:23:12,557 --> 00:23:14,810
Kami mendoakan awak

262
00:23:15,477 --> 00:23:16,895
supaya lekas sembuh.

263
00:23:18,730 --> 00:23:20,565
Ada budak di sini.

264
00:23:22,651 --> 00:23:23,777
Dia terkena serpihan bom?

265
00:23:24,611 --> 00:23:28,782
Serpihan bom menembusi
dan mencederakannya...

266
00:23:28,865 --> 00:23:30,033
Berapa umur dia?

267
00:23:31,576 --> 00:23:32,994
Enam tahun.

268
00:23:33,161 --> 00:23:34,538
Sebaya anak perempuan saya.

269
00:23:34,913 --> 00:23:35,997
Mereka jahat.

270
00:23:36,540 --> 00:23:38,166
Apa salah dia?

271
00:23:38,875 --> 00:23:40,460
Dia tak bersalah.

272
00:23:40,836 --> 00:23:44,005
Sampai hati
mereka cederakan anak kecil ini.

273
00:23:49,678 --> 00:23:50,720
Boleh saya rakam?

274
00:23:50,887 --> 00:23:52,514
Mari cakap dengan saya.

275
00:23:52,597 --> 00:23:54,015
Boleh saya cakap dengan awak?

276
00:23:54,224 --> 00:23:55,267
Siapa nama awak?

277
00:23:55,350 --> 00:23:56,601
Saya Brent.

278
00:23:56,685 --> 00:23:58,562
- Brent?
- Ya.

279
00:23:58,645 --> 00:24:02,232
- Boleh saya tanya sesuatu?
- Ya, silakan.

280
00:24:02,315 --> 00:24:07,737
Saya akan lakukannya.
Awak sangat jujur, setia dan...

281
00:24:07,821 --> 00:24:12,868
Cara awak pegang kamera

282
00:24:12,951 --> 00:24:17,289
itu bukan sekadar memegangnya,
awak ikhlas melakukannya.

283
00:24:17,372 --> 00:24:18,582
Benar.

284
00:24:18,665 --> 00:24:21,543
Itu sangat bermakna.
Faham maksud saya?

285
00:24:21,626 --> 00:24:23,962
Kita boleh mengubah dunia.

286
00:24:24,045 --> 00:24:27,299
Awak dan saya boleh
mengubah dunia jika kita mahu.

287
00:24:27,382 --> 00:24:29,050
- Ya.
- Percayalah.

288
00:25:19,935 --> 00:25:23,772
Akhirnya, kami merentasi sempadan
dari Ukraine kembali ke Poland.

289
00:25:24,439 --> 00:25:26,525
Mayat abang saya
berada di dalam van di depan.

290
00:25:26,608 --> 00:25:30,570
Akhirnya, dapat bawa dia balik
dari medan perang ke rumah.

291
00:25:31,988 --> 00:25:36,743
"PENGHORMATAN KEPADA
PENGORBANAN YANG DIBERIKAN"

292
00:25:48,505 --> 00:25:51,466
<i>Saya ingin memohon kerjasama anda</i>
<i>semasa turun pesawat nanti.</i>

293
00:25:51,550 --> 00:25:53,718
<i>Kami membawa Brent Renaud pulang</i>

294
00:25:53,802 --> 00:25:56,805
<i>dalam penerbangan terakhirnya</i>
<i>ke rumahnya di Arkansas.</i>

295
00:25:56,888 --> 00:25:58,765
<i>Beliau terkorban di Ukraine</i>
<i>baru-baru ini.</i>

296
00:25:59,307 --> 00:26:02,769
<i>Kami berbesar hati membawa beliau</i>
<i>pulang ditemani adiknya.</i>

297
00:26:02,852 --> 00:26:04,229
<i>Salam penghormatan. Terima kasih.</i>

298
00:26:21,037 --> 00:26:25,834
GEORGANN - IBU BRENT
MICHELE - ADIK BRENT

299
00:26:46,062 --> 00:26:51,526
<i>Melalui timbunan bahaya</i>

300
00:26:51,693 --> 00:26:55,572
<i>Jerat dan perangkap</i>

301
00:26:55,655 --> 00:27:01,453
<i>Aku telah</i>

302
00:27:01,578 --> 00:27:05,707
<i>Tiba</i>

303
00:27:05,790 --> 00:27:12,255
<i>Rahmatnya menyelamatkanku</i>

304
00:27:12,505 --> 00:27:14,549
<i>Sejauh ini</i>

305
00:27:15,467 --> 00:27:21,306
<i>Dan rahmatnya,</i>
<i>rahmatnya yang memimpinku</i>

306
00:27:21,389 --> 00:27:26,686
<i>Pulang</i>

307
00:27:41,159 --> 00:27:46,164
Saya Jon Alpert.
Takziah kepada keluarga Brent.

308
00:27:46,873 --> 00:27:50,085
Semasa Brent muda, dia berjumpa saya
dan isteri saya, Keiko.

309
00:27:50,168 --> 00:27:52,837
Kami ada pusat TV kecil di New York.

310
00:27:53,505 --> 00:27:56,758
Brent ingin belajar cara guna
kameranya untuk buat semua perkara

311
00:27:56,841 --> 00:28:00,261
yang membuatkan dia dihormati
pada hari ini.

312
00:28:01,054 --> 00:28:03,682
Kami pergi ke Iraq bersama-sama,
kami pergi ke Afghanistan

313
00:28:04,224 --> 00:28:07,769
dan Brent pergi berkali-kali,
membahayakan nyawanya

314
00:28:07,852 --> 00:28:09,813
untuk mengajar kita
realiti sebenar peperangan.

315
00:28:11,981 --> 00:28:15,694
Ini salah satu kawah
terhasil daripada bom AS.

316
00:28:20,699 --> 00:28:22,867
Helikopter berlegar-legar di sana.

317
00:28:22,951 --> 00:28:25,495
Juruterbang pasti nampak
wanita dan kanak-kanak.

318
00:28:26,246 --> 00:28:29,749
Mereka membedil
wanita dan kanak-kanak.

319
00:28:31,126 --> 00:28:34,879
Dia tunjuk pergelutan para wanita itu
untuk cuba lari dalam keadaan cedera.

320
00:28:35,588 --> 00:28:37,465
Mereka meninggalkan kesan darah.

321
00:28:37,674 --> 00:28:40,301
Mayat kanak-kanak
bergelimpangan di tepi mereka.

322
00:28:43,805 --> 00:28:45,348
Bayangkan wanita dan kanak-kanak

323
00:28:45,432 --> 00:28:47,267
lari bertempiaran menyelamatkan diri

324
00:28:47,475 --> 00:28:49,686
ketika mereka ditembak di kepala.

325
00:28:50,895 --> 00:28:54,149
Tiada pengganas di sini,
hanya ada orang awam.

326
00:28:54,941 --> 00:28:56,651
Dulu ini rumah saya.

327
00:28:56,943 --> 00:28:58,653
Mereka bunuh anak-anak saya.

328
00:29:00,989 --> 00:29:03,241
Anak saya hanya tinggal seorang.

329
00:29:04,409 --> 00:29:05,577
Hanya dia.

330
00:29:06,536 --> 00:29:08,455
Apa saya nak buat sekarang?

331
00:29:13,918 --> 00:29:15,837
Encik, boleh ceritakan
apa terjadi kepada dia?

332
00:29:16,546 --> 00:29:19,132
Berlaku pengeboman Tentera Gabungan

333
00:29:19,215 --> 00:29:23,845
dan budak ini berada di sana.

334
00:29:23,928 --> 00:29:26,514
Tangannya terpaksa dipotong.

335
00:29:27,307 --> 00:29:30,518
Beritahu dia yang dia akan sembuh
dan dapat keluar tak lama lagi.

336
00:29:33,229 --> 00:29:35,440
Bom AS
telah membunuh keluarga saya.

337
00:29:35,523 --> 00:29:37,859
Kepala salah seorang mereka berkecai

338
00:29:37,942 --> 00:29:41,571
dan alat sulit anak saya terputus.

339
00:29:47,994 --> 00:29:49,204
Tangan kosong...

340
00:29:50,705 --> 00:29:55,376
hanya bersenjatakan kamera
di tempat paling berbahaya di dunia

341
00:29:55,460 --> 00:30:00,882
beliau terus membahayakan nyawanya
demi kita, demi Amerika.

342
00:30:05,303 --> 00:30:06,513
Apa khabar awak semua?

343
00:30:07,096 --> 00:30:08,723
Saya Derek Brown.

344
00:30:08,807 --> 00:30:10,266
Saya tak tulis apa-apa.

345
00:30:11,309 --> 00:30:14,229
Saya beritahu Craig
yang saya akan cakap terus dari hati.

346
00:30:15,188 --> 00:30:20,318
Saya dari sebelah barat Chicago.
Saya berasal dari kawasan kelam.

347
00:30:20,860 --> 00:30:25,240
Saya kenal Craig dulu. Kemudian dia
kenalkan saya dengan abangnya, Brent.

348
00:30:26,241 --> 00:30:29,869
Masih segar dalam ingatan saya
kali pertama kami berjumpa.

349
00:30:31,246 --> 00:30:34,874
Kecil orangnya. Dia seperti merpati

350
00:30:35,416 --> 00:30:39,879
yang singgah ke dalam bilik,
tapi kehadirannya seperti gajah.

351
00:30:40,713 --> 00:30:44,050
Dalam sedekad lalu, lebih ramai
orang terbunuh di bandar Chicago

352
00:30:44,133 --> 00:30:48,221
akibat senjata api berbanding
askar AS di Iraq atau Afghanistan.

353
00:30:48,888 --> 00:30:51,266
Kebanyakan kes penembakan ini
melibatkan remaja.

354
00:30:55,728 --> 00:30:57,230
Awak tahu ada berapa mayat?

355
00:30:57,856 --> 00:31:01,359
Hanya satu mayat dan
dia disumbat di dalam tong sampah.

356
00:31:13,997 --> 00:31:17,750
Jamarion berasal dari blok
yang ada lima orang ditembak.

357
00:31:17,834 --> 00:31:18,877
Di blok ini saja?

358
00:31:18,960 --> 00:31:21,921
Di blok ini saja
dalam beberapa bulan ini.

359
00:31:25,133 --> 00:31:29,178
Semua kanak-kanak yang saya ambil ini
akan saling membenci

360
00:31:29,262 --> 00:31:33,016
jika saya tak pergi ke tiap bahagian
komuniti ini dan bawa mereka.

361
00:31:33,099 --> 00:31:39,480
Satu, dua, tiga.

362
00:31:39,564 --> 00:31:43,902
Apabila saya tunjuk awak,
sebut nama awak dengan jelas.

363
00:31:44,527 --> 00:31:46,362
Saya Demarus Johnson.

364
00:31:46,446 --> 00:31:49,782
- Saya David Johnson.
- Saya Darion Carter.

365
00:31:49,866 --> 00:31:51,910
Saya Derek Carter.

366
00:31:51,993 --> 00:31:55,455
Saya suruh awak bersuara
kerana saya nak awak didengari.

367
00:31:55,538 --> 00:31:58,041
Sebab awak penting.
Awak penting untuk seseorang.

368
00:31:58,124 --> 00:32:00,543
Suatu hari nanti,
awak mungkin bersuara kepada dunia.

369
00:32:02,545 --> 00:32:04,380
Di tempat asal saya

370
00:32:05,089 --> 00:32:07,842
saya selalu rasa,
dan semua orang dalam komuniti rasa

371
00:32:07,926 --> 00:32:09,469
tiada orang peduli.

372
00:32:10,720 --> 00:32:15,350
Namun, bertemu orang seperti ini,
orang baik

373
00:32:17,810 --> 00:32:19,270
memberikan kita harapan.

374
00:32:21,189 --> 00:32:22,440
Terima kasih sekali lagi, Brent.

375
00:32:25,526 --> 00:32:28,196
Saya kenal Brent dan Craig

376
00:32:28,279 --> 00:32:32,283
sekitar 19 tahun lalu
di Clarksville, Arkansas

377
00:32:32,825 --> 00:32:36,955
kerana unit saya membuat persediaan

378
00:32:37,038 --> 00:32:41,918
untuk penugasan mereka
selama setahun di Baghdad, Iraq.

379
00:32:43,127 --> 00:32:45,338
Brent langsung tak pentingkan diri.

380
00:32:47,048 --> 00:32:49,592
Hasil kerjaya dan hidupnya

381
00:32:49,676 --> 00:32:52,387
sangat mengagumkan dan
memberi kesan kepada jutaan orang.

382
00:32:52,929 --> 00:32:56,099
Mereka bukan saja wartawan iringan,
mereka sebahagian daripada kami.

383
00:32:57,350 --> 00:32:59,310
Kita akan menuju ke utara
memasuki Iraq.

384
00:32:59,394 --> 00:33:03,898
Bersopan, profesional
dan bersedia untuk menyerang.

385
00:33:08,069 --> 00:33:11,656
Perhatian, ada kenderaan menghampiri
dengan lampu menyala-nyala.

386
00:33:11,739 --> 00:33:13,282
Itu polis Iraq.

387
00:33:14,325 --> 00:33:17,286
- Perhatikan mereka.
- Perhatikan dari jauh.

388
00:33:17,370 --> 00:33:19,455
Perlahankan kenderaan,
malapkan lampu.

389
00:33:20,581 --> 00:33:23,418
Tak guna! Musuh di sebelah kanan!

390
00:33:25,586 --> 00:33:26,921
Tak guna!

391
00:33:27,005 --> 00:33:29,257
- RPG!
- Itu RPG!

392
00:33:29,340 --> 00:33:31,217
- Teruskan!
- Isi semula!

393
00:33:31,300 --> 00:33:34,429
Isi semula!
Jones, awasi belakang awak juga!

394
00:33:35,513 --> 00:33:37,098
Awasi belakang saya! Saya nak keluar!

395
00:33:42,311 --> 00:33:43,646
Isi semula!

396
00:33:46,774 --> 00:33:49,444
Ada satu lagi bom buatan!
Kita perlu pergi dari sini!

397
00:33:51,029 --> 00:33:54,490
Sedia. Sasarkan. Tembak.

398
00:33:55,158 --> 00:33:58,911
Sedia. Sasarkan. Tembak.

399
00:33:58,995 --> 00:34:00,997
Ini mungkin salah satu
perkara paling sukar

400
00:34:01,080 --> 00:34:03,499
yang saya terpaksa lakukan.

401
00:34:04,751 --> 00:34:08,379
Kita mesti mengingati Lyle
dan pengorbanannya.

402
00:34:09,172 --> 00:34:12,800
Dia terkorban kerana melindungi kita.
Terima kasih, Lyle.

403
00:34:36,741 --> 00:34:38,910
Saya benar-benar maksudkan ini.

404
00:34:40,203 --> 00:34:46,000
Brent lebih banyak berjasa
dalam 50 tahun usianya

405
00:34:46,084 --> 00:34:49,337
berbanding perkara yang kita harap
dapat capai dalam 50 kehidupan.

406
00:34:51,964 --> 00:34:54,842
Semoga awak bersemadi dengan tenang
dan kita diberi kedamaian.

407
00:35:14,737 --> 00:35:18,282
DALAM INGATAN BRENT RENAUD
DAN RAMAI WARTAWAN LAIN

408
00:35:18,366 --> 00:35:21,911
YANG MENGORBANKAN NYAWA MEREKA
DALAM MENCARI KEBENARAN DAN KEAMANAN.

409
00:35:41,013 --> 00:35:43,015
PERANG IALAH PERANG

410
00:35:43,099 --> 00:35:46,561
Askar menyasarkan wartawan-wartawan

411
00:35:46,644 --> 00:35:49,647
seperti Brent Renaud.

412
00:35:49,730 --> 00:35:52,567
Hidup para wira

413
00:35:52,650 --> 00:35:54,068
yang mengorbankan nyawa mereka.

414
00:35:58,156 --> 00:36:01,450
SEJAK KEMATIAN BRENT,
LEBIH 100 ORANG WARTAWAN

415
00:36:01,534 --> 00:36:04,871
TERBUNUH SETIAP TAHUN.

416
00:36:05,663 --> 00:36:12,628
KEWARTAWANAN MENJADI SALAH SATU
KERJAYA PALING BERBAHAYA DI DUNIA.



