1
00:00:02,000 --> 00:00:07,000
Downloaded from
YTS.LT

2
00:00:08,000 --> 00:00:13,000
Official YIFY movies site:
YTS.LT

3
00:00:26,192 --> 00:00:29,070
Saya… Saya sayang kanak-kanak.

4
00:00:31,781 --> 00:00:34,492
Saya sayang kanak-kanak
dan anak-anak anda.

5
00:00:36,369 --> 00:00:37,495
ANDA

6
00:00:45,003 --> 00:00:50,050
Saya ada tugas suci
untuk bantu anda lindungi mereka.

7
00:00:56,598 --> 00:01:01,436
Motif awak sebenarnya
ialah bimbing mereka kembali kepada Tuhan.

8
00:01:12,739 --> 00:01:13,740
Ya?

9
00:01:14,240 --> 00:01:15,742
Hai.

10
00:01:15,825 --> 00:01:20,246
BANDAR IVINS

11
00:01:22,791 --> 00:01:25,251
911, apa alamat kecemasan anda?

12
00:01:25,794 --> 00:01:31,132
Ada budak 12 tahun
di pintu depan saya meminta bantuan.

13
00:01:32,383 --> 00:01:35,470
Buku lalinya dililit pita,
dia tak beritahu sebabnya.

14
00:01:35,553 --> 00:01:36,930
POLIS SANTA CLARA-IVINS

15
00:01:37,013 --> 00:01:40,016
Selamat datang ke ConneXions.
Saya Jodi Hildebrandt.

16
00:01:40,100 --> 00:01:41,434
Baguslah awak di sini.

17
00:01:42,811 --> 00:01:45,188
Apa yang berlaku, nak? Duduklah di situ.

18
00:01:45,772 --> 00:01:48,108
Ini urusan peribadi.

19
00:01:51,277 --> 00:01:52,570
Duduklah.

20
00:01:53,488 --> 00:01:57,784
Tiada sesiapa nak tahu hal sebenar.
Tiada sesiapa nak tahu sebab mereka…

21
00:01:59,160 --> 00:02:02,330
Ini kerja setan.
Dia gunakan kanak-kanak ini

22
00:02:03,164 --> 00:02:05,125
dan juga kita, orang dewasa,

23
00:02:05,208 --> 00:02:07,752
ibu bapa yang lepas tangan
dengan anak-anak.

24
00:02:07,836 --> 00:02:13,216
Sekarang, tidur di lantai
dianggap mendera anak. Ia mendera.

25
00:02:14,092 --> 00:02:15,468
Mengarut betul.

26
00:02:15,969 --> 00:02:18,012
Kita dah tak boleh
besarkan anak-anak lagi.

27
00:02:20,223 --> 00:02:23,852
Dia tekan loceng saya
dan minta saya hubungi polis.

28
00:02:24,435 --> 00:02:27,480
Dia nampak macam mabuk atau berkhayal?

29
00:02:27,564 --> 00:02:28,857
Saya rasa tidak.

30
00:02:28,940 --> 00:02:31,776
Tapi kedua-dua buku lalinya
dililit pita pelekat.

31
00:02:32,986 --> 00:02:35,697
- Ada luka di sekelilingnya.
- Dia juga ada…

32
00:02:35,780 --> 00:02:39,868
Di pergelangan tangannya juga ada.
Okey, budak ini telah…

33
00:02:40,869 --> 00:02:41,828
Dia perlukan…

34
00:02:45,832 --> 00:02:47,834
Jelas sekali dia dah…

35
00:02:48,668 --> 00:02:50,837
Dia dikurung. Dia telah…

36
00:02:51,337 --> 00:02:53,298
Nampak jelas badannya penuh luka.

37
00:03:09,647 --> 00:03:14,110
SELAMAT DATANG
BANDAR IVINS UTAH

38
00:03:14,194 --> 00:03:16,863
30 OGOS 2023

39
00:03:16,946 --> 00:03:20,241
10:46 PAGI

40
00:03:26,456 --> 00:03:27,707
Kami dapat panggilan,

41
00:03:27,790 --> 00:03:32,670
"Budak diikat buku lalinya.
Nampak kekurangan zat makanan."

42
00:03:32,754 --> 00:03:33,796
Itu saja kami nampak.

43
00:03:38,343 --> 00:03:40,345
Tugas saya dalam jabatan siasatan.

44
00:03:40,428 --> 00:03:44,098
Saya siasat jenayah seks dan harta benda…
Saya saja detektif ketika itu.

45
00:03:45,058 --> 00:03:47,018
Patutnya mereka dah sampai.

46
00:03:47,101 --> 00:03:50,230
Okey, ambulans dah sampai.

47
00:03:51,147 --> 00:03:57,820
Awalnya, ada antara kami rasa ragu-ragu
dengan kesahihan laporan itu.

48
00:03:59,697 --> 00:04:03,743
Santa Clara-Ivins
ialah kawasan orang berada.

49
00:04:03,826 --> 00:04:07,163
Rumah besar di lot besar.

50
00:04:08,081 --> 00:04:12,794
Adakah budak-budak main kejar-kejar
dan seorangnya diikat? Kami tak tahu.

51
00:04:16,631 --> 00:04:20,468
Sebaik saja pegawai pertama kami sampai,

52
00:04:20,551 --> 00:04:26,099
dia terus perasan
budak itu kekurangan zat dan kurus kering.

53
00:04:26,182 --> 00:04:28,434
Ketika itulah polis nampak
tahap kecederaannya.

54
00:04:30,645 --> 00:04:34,649
Ada campuran pes pada luka budak itu.

55
00:04:34,732 --> 00:04:38,236
Tangan dan kakinya dililit pita pelekat
dan pembalut lekap.

56
00:04:41,489 --> 00:04:42,448
Saya nak menangis.

57
00:04:42,532 --> 00:04:44,742
Itu sebab saya pakai kaca mata hitam.

58
00:04:47,078 --> 00:04:50,456
Tak sampai tiga minit kemudian,
dia telefon saya dan kata,

59
00:04:50,540 --> 00:04:55,169
"Ini kes berat. Awak kena datang ke sini."

60
00:04:56,629 --> 00:04:59,382
Pegawai perubatan mula cabut pelekat itu.

61
00:04:59,465 --> 00:05:01,259
Kita boleh nampak lukanya.

62
00:05:02,051 --> 00:05:04,721
Kita boleh bau. Bau daging.

63
00:05:07,515 --> 00:05:11,728
Budak itu kata
dia diikat dengan tali dan gari.

64
00:05:12,937 --> 00:05:16,441
Dia juga kata dia patut cedera begitu.

65
00:05:17,483 --> 00:05:19,652
Saya takkan marah awak, okey?

66
00:05:19,736 --> 00:05:21,904
Kami cuma nak tahu apa yang berlaku.

67
00:05:21,988 --> 00:05:25,366
Fokus kami sekarang ialah awak, okey?

68
00:05:26,075 --> 00:05:27,660
Siapa ikat awak begini?

69
00:05:42,633 --> 00:05:47,055
Pada hari budak itu larikan diri,
kami tahu suhu melebihi 38 darjah Celsius.

70
00:05:47,138 --> 00:05:48,639
Dia lari berkaki ayam

71
00:05:48,723 --> 00:05:51,934
dan seperti anda nampak,
ini kawasan padang pasir.

72
00:05:56,189 --> 00:05:58,191
Dia pergi ke tiga buah rumah.

73
00:05:58,691 --> 00:06:02,487
Di rumah ketiga barulah 911 dihubungi.

74
00:06:03,821 --> 00:06:07,617
Dia kata dia keluar
melalui anjung rumah jirannya.

75
00:06:08,117 --> 00:06:10,745
Namanya Jodi Hildebrandt.

76
00:06:13,164 --> 00:06:16,793
Tak banyak maklumat
yang saya ada tentang Jodi.

77
00:06:17,710 --> 00:06:19,504
Saya tahu dia ahli terapi.

78
00:06:19,587 --> 00:06:21,798
Ketika itu, kami semua cuba memahami

79
00:06:21,881 --> 00:06:25,551
ahli terapi apa yang tinggal
dalam rumah $5 juta ini.

80
00:06:27,512 --> 00:06:32,058
Budak lelaki itu kata
nama ibunya ialah Ruby Franke.

81
00:06:32,141 --> 00:06:37,063
Kami dapati Ruby ialah rakan kongsi Jodi.

82
00:06:38,731 --> 00:06:40,942
Saya lebih dekat dengan hospital.

83
00:06:41,025 --> 00:06:44,278
Itu kali pertama saya bertemu
dengan budak lelaki itu.

84
00:06:46,406 --> 00:06:50,076
Perkara pertama dalam fikiran saya
apabila nampak dia,

85
00:06:50,159 --> 00:06:54,163
bagaimana ada orang sanggup buat begitu
kepada anak mereka?

86
00:06:57,750 --> 00:07:01,379
Budak itu beritahu kami
ada seorang lagi adiknya di rumah.

87
00:07:01,462 --> 00:07:06,008
Adiknya lebih muda daripadanya.
Dah lebih sebulan dia tak nampak adiknya.

88
00:07:09,846 --> 00:07:11,931
Kita perlu kenal pasti rumah itu.

89
00:07:12,014 --> 00:07:15,143
Kalau ada budak,
buat pemeriksaan keselamatan.

90
00:07:15,226 --> 00:07:18,020
12X-1711, boleh datang ke sini?

91
00:07:22,400 --> 00:07:25,570
Panggilan diterima berbunyi,
"Hei, ada kes berbeza."

92
00:07:25,653 --> 00:07:27,530
"Kami perlukan waran geledah."

93
00:07:27,613 --> 00:07:30,450
"Waran apa patut digunakan?
Bagaimana caranya?"

94
00:07:31,534 --> 00:07:34,745
Pihak polis jumpa budak
yang jelas berada dalam bahaya

95
00:07:34,829 --> 00:07:37,790
dan budak itu kata dia ada adik di rumah.

96
00:07:37,874 --> 00:07:41,544
Polis nak masuk ke rumah itu
dan buat pemeriksaan keselamatan.

97
00:07:44,464 --> 00:07:45,965
Satu lapan empat.

98
00:08:05,818 --> 00:08:07,820
Kami polis! Buka pintu!

99
00:08:11,824 --> 00:08:12,950
Buka pintu!

100
00:08:15,620 --> 00:08:16,621
Jodi?

101
00:08:17,121 --> 00:08:19,373
- Sila keluar.
- Peguam saya di talian.

102
00:08:19,457 --> 00:08:21,959
- Bagus. Keluar dari rumah.
- Saya tak nak.

103
00:08:22,043 --> 00:08:23,753
- Sila keluar.
- Keluar.

104
00:08:23,836 --> 00:08:24,879
Hei!

105
00:08:24,962 --> 00:08:27,048
Keluar sekejap dari rumah.

106
00:08:27,131 --> 00:08:28,716
Awak tak boleh masuk ke rumah saya.

107
00:08:28,799 --> 00:08:29,634
Di situ.

108
00:08:29,717 --> 00:08:31,552
Mereka nak masuk ke rumah saya.

109
00:08:32,053 --> 00:08:33,888
- Duduk.
- Ada waran geledah?

110
00:08:33,971 --> 00:08:36,098
- Duduk di situ.
- Ada waran geledah?

111
00:08:39,018 --> 00:08:40,770
Mereka bukan kumpul bukti.

112
00:08:40,853 --> 00:08:45,316
Mereka cuma mencari
kemungkinan mangsa jenayah.

113
00:08:45,399 --> 00:08:47,652
Kami polis. Tolong menyahut!

114
00:08:48,945 --> 00:08:50,279
Kami polis. Menyahut!

115
00:08:53,074 --> 00:08:54,742
Polis. Menyahut!

116
00:08:56,661 --> 00:08:58,204
Ada seorang saja.

117
00:09:00,873 --> 00:09:02,458
Hai, saya pegawai polis.

118
00:09:03,918 --> 00:09:05,920
Hei, awak tak apa-apa?

119
00:09:06,420 --> 00:09:07,880
Awak seorang saja?

120
00:09:07,964 --> 00:09:11,008
Ketika itulah mereka jumpa budak kecil

121
00:09:11,092 --> 00:09:16,556
sedang duduk bersila
dalam bilik baju di bilik tingkat atas.

122
00:09:18,558 --> 00:09:20,184
Saya Sarjan Tobler.

123
00:09:20,685 --> 00:09:22,061
Siapa nama awak?

124
00:09:23,646 --> 00:09:25,356
Tak nak cakap dengan saya?

125
00:09:29,527 --> 00:09:31,279
Saya takkan sakiti awak.

126
00:09:31,362 --> 00:09:32,446
Saya janji.

127
00:09:33,197 --> 00:09:36,200
Saya tahu awak takut.
Kalau saya, saya pun takut.

128
00:09:39,203 --> 00:09:40,746
Boleh saya duduk di sini?

129
00:09:40,830 --> 00:09:44,292
Kita tak perlu cakap apa-apa
kalau awak tak mahu.

130
00:09:47,295 --> 00:09:51,382
Kepala budak perempuan itu dicukur,
dia sangat kurus

131
00:09:51,465 --> 00:09:53,551
dan nampak takut.

132
00:09:53,634 --> 00:09:55,886
- Ada sesiapa lagi di dalam?
- Ya.

133
00:09:55,970 --> 00:09:58,097
- Budak-budak?
- Ada budak perempuan.

134
00:09:58,180 --> 00:09:59,890
- Yang ini?
- Dia di sini.

135
00:09:59,974 --> 00:10:01,851
Okey. Berapa umur dia?

136
00:10:03,477 --> 00:10:04,812
Minggu depan 10 tahun.

137
00:10:04,895 --> 00:10:06,063
Okey.

138
00:10:06,147 --> 00:10:12,111
Ia amat mengejutkan dan agak mengelirukan.

139
00:10:12,194 --> 00:10:16,115
Bagaimana? Macam mana ini…
Macam mana ini boleh berlaku?

140
00:10:17,116 --> 00:10:19,118
Awak takutkah?

141
00:10:21,662 --> 00:10:23,539
Saya cuma gementar.

142
00:10:23,623 --> 00:10:25,958
- Apa?
- Gementar saja.

143
00:10:26,042 --> 00:10:27,710
Kami dah bantu abang awak.

144
00:10:29,128 --> 00:10:31,213
Itu yang kami nak buat untuk awak.

145
00:10:31,922 --> 00:10:34,925
Ada dua kanak-kanak
yang nampak amat kekurangan zat.

146
00:10:35,009 --> 00:10:39,513
Jelas sekali yang mereka telah didera
dengan teruk untuk tempoh yang lama.

147
00:10:40,306 --> 00:10:45,061
Jodi saja orang dewasa di situ
dan kedua-dua budak itu bukan anaknya.

148
00:10:45,144 --> 00:10:46,979
Jadi, di mana si ibu dan ayah?

149
00:10:47,063 --> 00:10:50,775
POLIS SANTA CLARA-IVINS

150
00:10:53,027 --> 00:10:56,447
Sebarang jenayah yang dilakukan
melibatkan kanak-kanak,

151
00:10:56,530 --> 00:10:59,992
Jabatan Perkhidmatan
Kanak-kanak dan Keluarga dihubungi.

152
00:11:00,534 --> 00:11:03,037
DCFS hubungi saya dan kata,

153
00:11:03,120 --> 00:11:05,373
"Hei, Jess. Cari '8 Passengers'."

154
00:11:07,333 --> 00:11:09,919
- Hai, semua, Saya Kevin.
- Saya Ruby.

155
00:11:10,002 --> 00:11:13,381
Kami pemandu 8 Passengers.
Kami ibu dan ayah.

156
00:11:14,590 --> 00:11:17,802
Warna merah jambu! Bayi perempuan!

157
00:11:18,969 --> 00:11:20,012
Saya dah agak!

158
00:11:21,514 --> 00:11:23,516
Awak nak banyak hadiah?

159
00:11:23,599 --> 00:11:25,476
- Satu saja tak cukup?
- Banyak!

160
00:11:26,102 --> 00:11:27,019
Wah.

161
00:11:28,562 --> 00:11:29,814
Terima kasih kerana tonton.

162
00:11:30,773 --> 00:11:33,776
Saya dapati 8 Passengers
ialah saluran YouTube

163
00:11:33,859 --> 00:11:36,696
yang Ruby dan Kevin Franke mulakan.

164
00:11:36,779 --> 00:11:41,450
Ia hanya mengenai keluarga
dan aktiviti harian mereka.

165
00:11:41,534 --> 00:11:44,954
Mereka boleh pakai pijama Krismas
selepas bersihkan van.

166
00:11:45,037 --> 00:11:45,871
Ada berita.

167
00:11:45,955 --> 00:11:47,623
Mereka tak tinggal di kawasan kami,

168
00:11:47,707 --> 00:11:51,377
jadi kami tak kenal
Ruby Franke atau keluarganya.

169
00:11:52,128 --> 00:11:57,258
Jodi tak pernah ada dalam video YouTube
atau hantaran media sosial lain mereka.

170
00:11:57,341 --> 00:12:01,053
Lama juga kami tertanya-tanya

171
00:12:01,721 --> 00:12:04,724
apa peranan Jodi dalam keluarga itu.

172
00:12:05,808 --> 00:12:08,561
Namanya 8 Passengers
sebab mereka ada 6 anak.

173
00:12:08,644 --> 00:12:09,895
LAPORAN KEJADIAN TERPERINCI

174
00:12:09,937 --> 00:12:12,064
Kami perlu cari anak-anak yang lain.

175
00:12:14,191 --> 00:12:17,403
Kami dah jumpa
dua anak kecil mereka di rumah Jodi.

176
00:12:19,947 --> 00:12:22,783
Dua anak yang lebih tua, Chad dan Sherry,

177
00:12:22,867 --> 00:12:25,327
sudah keluar rumah
dan terpisah daripada keluarga.

178
00:12:26,078 --> 00:12:30,916
Kini semua orang panik
untuk cari dua anak tengah mereka

179
00:12:31,000 --> 00:12:32,543
sebab mereka juga bawah umur.

180
00:12:35,921 --> 00:12:38,924
Agensi tempatan mencari mereka
di seluruh negeri.

181
00:12:40,092 --> 00:12:46,265
Mereka pergi ke utara
ke rumah keluarga Franke di Springville.

182
00:12:48,726 --> 00:12:50,644
Ini van yang dia pandu…

183
00:12:51,228 --> 00:12:52,855
Jabatan Polis!

184
00:12:52,938 --> 00:12:54,482
Kami nak bantu awak!

185
00:12:55,232 --> 00:12:56,859
- Buka pintu!
- Polis!

186
00:12:58,819 --> 00:13:01,697
- Kita cari wanita?
- Wanita dan dua budak.

187
00:13:01,781 --> 00:13:03,532
Dua budak mungkin dalam bahaya.

188
00:13:08,120 --> 00:13:11,415
Apabila pihak berkuasa
geledah rumah Ruby di Springville,

189
00:13:11,999 --> 00:13:17,671
mereka jumpa beg kecemasan
bagi kanak-kanak yang tinggal di situ.

190
00:13:17,755 --> 00:13:20,966
Ia beg dufel diisi dengan pakaian ganti.

191
00:13:22,134 --> 00:13:24,845
Apa yang berlaku di sini?

192
00:13:25,346 --> 00:13:27,097
Mereka sedang berkemas.

193
00:13:27,181 --> 00:13:30,434
Saya yakin Ruby dan Jodi dah bersedia,

194
00:13:30,518 --> 00:13:34,480
kalau mereka dapat tahu
pihak berkuasa datang mencari mereka

195
00:13:34,563 --> 00:13:36,941
atas perbuatan mereka, dan larikan diri.

196
00:13:37,024 --> 00:13:38,609
Ini diari dia.

197
00:13:39,193 --> 00:13:42,112
29 Ogos. Semalam.

198
00:13:42,196 --> 00:13:44,949
"Sebahagian besar dapur dah siap."

199
00:13:45,533 --> 00:13:48,994
Makanan dalam tin
cukup untuk bertahan sampai kiamat.

200
00:13:49,578 --> 00:13:51,330
Garaj kosong sepenuhnya.

201
00:13:52,039 --> 00:13:55,543
Kami dapat tahu
Ruby tinggalkan St. George pagi itu

202
00:13:55,626 --> 00:13:57,711
dengan seorang anak tengahnya.

203
00:13:58,504 --> 00:14:03,175
Apabila anak kecilnya larikan diri,
Jody hubungi Ruby untuk patah balik.

204
00:14:03,968 --> 00:14:08,806
Dia hantar anaknya
dan kembali ke St. George.

205
00:14:08,889 --> 00:14:10,266
Awak duduklah di sana.

206
00:14:11,225 --> 00:14:13,143
Pihak berkuasa di daerah Utah

207
00:14:13,227 --> 00:14:17,982
akhirnya jumpa kedua-dua anak tengahnya
di rumah kawan mereka

208
00:14:18,065 --> 00:14:19,441
dan mereka selamat.

209
00:14:25,823 --> 00:14:28,242
Ketika mereka mencari anak tengah Ruby,

210
00:14:29,034 --> 00:14:33,205
Kevin Franke, suami Ruby,
tiba di balai polis.

211
00:14:33,747 --> 00:14:36,625
Macam mana awak tahu
awak perlu datang ke sini?

212
00:14:36,709 --> 00:14:40,129
Saya dapat mesej
yang saya perlu jemput anak-anak saya

213
00:14:40,212 --> 00:14:42,423
di Balai Polis Ivins.

214
00:14:42,506 --> 00:14:45,885
Saya akan cari siapa hubungi awak.
Logik juga itu berlaku.

215
00:14:45,968 --> 00:14:48,929
Saya tak tahu
jika ada anggota kami yang maklumkan.

216
00:14:49,013 --> 00:14:54,768
Baiklah. Saya tak selesa untuk beritahu
siapa yang hubungi saya.

217
00:14:55,769 --> 00:15:01,066
Jelas sekali dia tak mahu kata apa-apa
yang boleh menjejaskan mereka berdua.

218
00:15:01,150 --> 00:15:06,447
Tapi kemudian kami dapat tahu
yang Jodi hubungi Ruby

219
00:15:06,530 --> 00:15:09,199
untuk jemput anak-anaknya di balai polis.

220
00:15:09,283 --> 00:15:11,410
Kemudian Ruby hubungi Kevin.

221
00:15:12,161 --> 00:15:14,163
Awak kenal wanita bernama Jodi?

222
00:15:14,747 --> 00:15:18,334
Dia ahli terapi dan jurulatih kehidupan.

223
00:15:18,417 --> 00:15:22,588
Isteri awak klien dia?
Isteri awak rakan kongsi dia?

224
00:15:22,671 --> 00:15:28,469
Saya tahu mereka berurusan
sepanjang tahun lepas untuk penggambaran…

225
00:15:28,552 --> 00:15:29,637
Siapa "mereka"?

226
00:15:29,720 --> 00:15:32,848
- Ruby dan Jodi. Mereka rakam…
- Ruby dan Jodi? Awak rasa mereka…

227
00:15:32,932 --> 00:15:34,808
Mereka rakam audio siar dan…

228
00:15:34,892 --> 00:15:36,685
Apa namanya?

229
00:15:37,478 --> 00:15:39,605
ConneXions, dieja dengan X.

230
00:15:44,902 --> 00:15:48,405
Selamat datang ke ConneXions.
Saya Jodi Hildebrandt dan ini…

231
00:15:48,489 --> 00:15:49,865
Ruby Franke.

232
00:15:49,949 --> 00:15:53,619
Saya jumpa nama ConneXions
dan selidik sedikit tentangnya.

233
00:15:53,702 --> 00:15:56,705
Saya dapati Jodi ialah pengasas ConneXions

234
00:15:56,789 --> 00:16:00,125
dan ia seperti terapi berasaskan agama.

235
00:16:01,043 --> 00:16:05,005
Kebenaran tak berubah. Ia kekal selamanya.

236
00:16:05,089 --> 00:16:10,302
Apabila saya bercakap benar,
saya sayang jiwa saya.

237
00:16:11,553 --> 00:16:15,599
Tiada seorang pun di pejabat kami
tahu tentang Jodi Hildebrandt.

238
00:16:16,433 --> 00:16:20,521
Tapi kemudian kami dapat tahu
yang dia terkenal di media sosial.

239
00:16:24,441 --> 00:16:29,780
Nama saya Ethan, saya dan isteri saya
ialah ahli program ConneXions Jodi.

240
00:16:30,739 --> 00:16:32,366
Saya kenal Jodi Hildebrandt

241
00:16:32,449 --> 00:16:35,077
sebab dia terkenal
dalam lingkungan tertentu.

242
00:16:35,160 --> 00:16:37,621
Dia adakan pertemuan berkumpulan
dan orang boleh datang

243
00:16:37,705 --> 00:16:40,416
untuk dengar luahan hati orang lain.
Itu bagus.

244
00:16:41,750 --> 00:16:47,006
Ia program berkaitan bimbingan hidup,
kumpulan sokongan,

245
00:16:47,089 --> 00:16:52,136
membuat panggilan telefon,
berkomunikasi dan berhubung.

246
00:16:53,387 --> 00:16:57,099
Kali pertama saya layari laman webnya,
ada testimoni dan video

247
00:16:57,182 --> 00:17:00,477
tentang pasangan bahagia
dan berjaya harungi cabaran.

248
00:17:00,561 --> 00:17:03,355
Jujurnya, dia pandai
pasarkan diri dalam talian

249
00:17:03,439 --> 00:17:05,816
dan cipta kandungan yang nampak menarik.

250
00:17:06,567 --> 00:17:08,068
Saya tulis beberapa nota.

251
00:17:08,736 --> 00:17:13,407
Kami akan adakan bengkel pasangan esok.

252
00:17:15,826 --> 00:17:17,703
Utah sememangnya pangkalan

253
00:17:17,786 --> 00:17:20,831
Gereja Jesus Christ of Latter-day Saints.

254
00:17:21,457 --> 00:17:26,253
Dan ramai individu amat kurang terdedah
kepada apa-apa berkaitan terapi.

255
00:17:27,212 --> 00:17:30,758
Jadi, apabila Jodi muncul
dengan gambar-gambar dan video

256
00:17:30,841 --> 00:17:35,471
dan ajar idea jalani hidup dengan jujur,
bertanggungjawab dan merendah diri,

257
00:17:35,554 --> 00:17:39,391
membantu orang lain hidup dalam kebenaran
dan jadi seperti Christ,

258
00:17:39,475 --> 00:17:41,435
ia seperti suatu konsep baharu.

259
00:17:41,518 --> 00:17:44,480
Ia seperti rahsia, suatu trik kehidupan.

260
00:17:45,981 --> 00:17:48,484
Nama saya Valerie Jackson.

261
00:17:49,068 --> 00:17:55,616
Saya dan suami dah tiga tahun berkahwin
ketika mula berjumpa Jodi.

262
00:17:56,158 --> 00:17:59,078
Ia membantu saya
dan rasanya itu kali pertama saya sedar,

263
00:17:59,161 --> 00:18:03,624
sebagai seorang wanita
dalam gereja yang didominasi lelaki,

264
00:18:03,707 --> 00:18:07,753
saya rasa sedikit sebanyak berkuasa.

265
00:18:07,836 --> 00:18:11,131
Setelah menonton
banyak video Jodi, rasanya seperti,

266
00:18:11,215 --> 00:18:14,843
"Saya ada suara? Saya boleh bersuara
dalam perkahwinan ini?"

267
00:18:14,927 --> 00:18:18,472
Tapi kita perlu fokus
kepada kebenaran dulu dan jaga batasan.

268
00:18:18,555 --> 00:18:21,642
Apa yang wanita boleh buat
untuk menyokong lelaki?

269
00:18:22,142 --> 00:18:24,686
Wanita boleh belajar sayangi diri sendiri.

270
00:18:26,105 --> 00:18:30,692
Itu idea baru bagi saya
dan saya amat mempercayainya

271
00:18:30,776 --> 00:18:32,486
serta amat teruja untuk mara.

272
00:18:33,487 --> 00:18:36,615
Orang fikir, "Ini hebat.
Saya tak pernah dengar mengenainya."

273
00:18:36,698 --> 00:18:40,911
Mereka kongsi dengan kawan-kawan mereka
dan namanya boleh terus tersebar

274
00:18:40,994 --> 00:18:43,705
ke kawasan yang ramai penganut agama kami.

275
00:18:44,623 --> 00:18:47,543
Jodi dijemput untuk berkongsi ideanya.

276
00:18:47,626 --> 00:18:51,338
Dia menarik minat ramai
dan jadi terkenal dalam komuniti itu.

277
00:18:51,421 --> 00:18:55,300
Dia dijemput menyertai audio siar
yang terkenal dan berpengaruh.

278
00:18:55,384 --> 00:18:58,428
Kami teruja kerana Jodi Hildebrandt
ada bersama hari ini.

279
00:18:58,512 --> 00:19:01,598
Dia ada audio siar terkenal
dengan 500,000 pendengar.

280
00:19:01,682 --> 00:19:03,809
Selamat datang.
Terima kasih kerana sertai kami.

281
00:19:03,892 --> 00:19:05,102
Terima kasih, Ken.

282
00:19:09,439 --> 00:19:13,485
KEDIAMAN HILDEBRANDT

283
00:19:13,569 --> 00:19:17,447
Setelah pencarian pertama dibuat
dan budak perempuan itu ditemui,

284
00:19:17,531 --> 00:19:21,076
kami segera mohon waran
untuk geledah kediaman itu.

285
00:19:21,160 --> 00:19:22,494
Kami polis.

286
00:19:22,578 --> 00:19:25,414
Ia bukan kerana orang atau nyawa saja.

287
00:19:25,497 --> 00:19:27,708
Ia untuk kumpul bukti jenayah.

288
00:19:27,791 --> 00:19:30,544
Kami tunjukkan waran dan kini di rumahnya.

289
00:19:30,627 --> 00:19:33,297
Mangsa kami maksudkan
berumur 9 dan 11 tahun.

290
00:19:34,214 --> 00:19:37,217
Kami tahu mereka sangat takut

291
00:19:37,301 --> 00:19:41,847
dengan apa yang Jodi dan Ruby
akan buat kepada mereka

292
00:19:42,389 --> 00:19:44,224
kalau mereka beritahu orang.

293
00:19:45,684 --> 00:19:48,103
Kami dah biasa dengan kes jenayah biasa,

294
00:19:48,187 --> 00:19:54,568
tapi amat teruk apabila kes penderaan
kanak-kanak yang dahsyat berlaku.

295
00:19:54,651 --> 00:19:55,986
Dan begitulah kes ini.

296
00:19:58,363 --> 00:19:59,489
Ya.

297
00:20:00,782 --> 00:20:04,328
Kami periksa dari bilik ke bilik,
satu per satu barang,

298
00:20:04,411 --> 00:20:06,330
dan rekodkan segala yang dijumpai.

299
00:20:13,503 --> 00:20:16,840
Mereka cari bukti penderaan fizikal.

300
00:20:18,508 --> 00:20:21,094
Ketika memeriksa bilik Jodi Hildebrandt,

301
00:20:21,178 --> 00:20:24,640
kami cari barang yang sokong
keterangan budak lelaki itu

302
00:20:24,723 --> 00:20:27,059
dan yang menyebabkan kecederaannya.

303
00:20:29,519 --> 00:20:31,897
Mereka jumpa tong sampah yang melimpah.

304
00:20:31,980 --> 00:20:36,485
Jelas sekali mereka balut kecederaannya
dengan plastik lekap.

305
00:20:36,568 --> 00:20:39,112
Kemudian, kami dapat tahu

306
00:20:39,196 --> 00:20:44,034
ia merupakan campuran ubat homeopati
madu dan serbuk cayenne

307
00:20:44,576 --> 00:20:47,204
dan tiada sesiapa patut anggap
itu idea baik.

308
00:20:48,288 --> 00:20:54,503
Jelaslah yang Jodi bantu cuci
dan balut luka serta kecederaan budak itu.

309
00:20:56,046 --> 00:20:59,967
Kami jumpa banyak lagi campuran itu
dan pembalut lekap

310
00:21:00,050 --> 00:21:03,136
di bilik air Ruby Franke.

311
00:21:04,721 --> 00:21:07,266
Kami juga jumpa tali.

312
00:21:10,352 --> 00:21:12,980
Ada banyak pita pelekat dalam almari.

313
00:21:17,109 --> 00:21:20,529
Ini rumah berkeluasan
lebih 10,000 kaki persegi

314
00:21:20,612 --> 00:21:24,783
dengan banyak ruang penyimpanan simen
di bawah tanah.

315
00:21:27,077 --> 00:21:30,038
Dalam salah satu bilik itu,
ada peti besi terbina dalam.

316
00:21:32,374 --> 00:21:34,209
- Ada soalan untuk awak.
- Ya?

317
00:21:34,293 --> 00:21:37,337
Bilik di bawah ada peti besi
dan roda pada pintunya.

318
00:21:37,421 --> 00:21:42,301
Pihak berkuasa tanya Jodi,
"Apa nombor kombinasi peti besi itu?"

319
00:21:42,384 --> 00:21:44,428
Dia jawab, "Saya tak ingat."

320
00:21:44,511 --> 00:21:46,722
Peti itu dah beberapa tahun terkunci,

321
00:21:46,805 --> 00:21:48,223
saya perlu hubungi…

322
00:21:48,974 --> 00:21:51,643
- …sesiapa untuk…
- Itu bilik selamat atau bilik…

323
00:21:51,727 --> 00:21:54,146
- Itu bilik.
- Okey, awak tak tahu kodnya?

324
00:21:54,646 --> 00:21:56,773
- Saya tak pernah gunakannya.
- Okey.

325
00:21:57,649 --> 00:22:01,987
Leftenan kami turun ke bawah
dan cuba-cuba buka peti itu,

326
00:22:02,821 --> 00:22:07,868
dia tekan 1-2-3-4-5-6
dan ia terus terbuka.

327
00:22:10,996 --> 00:22:13,623
Peti besi itu dibuka
dan ia sebenarnya bilik selamat.

328
00:22:14,124 --> 00:22:16,960
Mereka fikir,
"Di sinikah budak-budak itu dikurung?"

329
00:22:17,878 --> 00:22:19,671
Mereka buka laci-lacinya.

330
00:22:23,508 --> 00:22:27,179
Kemudian, mereka jumpa gari dan tali.

331
00:22:32,059 --> 00:22:34,936
Ada bukti wanita-wanita itu tahu
mengenai kecederaan itu

332
00:22:35,020 --> 00:22:37,314
dan mengambil langkah untuk…

333
00:22:37,397 --> 00:22:39,649
Saya tak nak kata "rawat"
sebab itu terlalu baik,

334
00:22:39,733 --> 00:22:41,860
tapi ambil langkah
untuk tangani kecederaan itu.

335
00:22:41,943 --> 00:22:44,529
Jelas mereka diseksa. Kita boleh nampak.

336
00:22:44,613 --> 00:22:48,158
Kita boleh nampak kecederaan
dan tubuh mereka kekurangan zat.

337
00:22:48,950 --> 00:22:49,951
Kecederaan…

338
00:22:50,827 --> 00:22:52,746
Maaf, sesetengah perkara sukar diulas.

339
00:22:53,997 --> 00:22:56,875
Sebagai seorang ibu, ia amat mengecewakan.

340
00:22:57,918 --> 00:23:02,589
Saya tak pernah lihat penderaan
seteruk ini dalam kes-kes saya dulu.

341
00:23:19,064 --> 00:23:20,482
Apa itu?

342
00:23:20,565 --> 00:23:25,320
Tiba-tiba Ruby Franke muncul di rumah itu.

343
00:23:26,613 --> 00:23:29,950
Puan, ini Pegawai Hines.
Dia akan tunggu dengan puan.

344
00:23:31,159 --> 00:23:37,457
Dia sangat senyap, tak berinteraksi,
tiada emosi, tak tanya tentang anak-anak

345
00:23:38,417 --> 00:23:40,043
dan duduk membatu saja.

346
00:23:42,254 --> 00:23:43,380
Begitu juga Jodi.

347
00:23:43,463 --> 00:23:47,384
Dia duduk saja di sofa
dan tak tanya apa-apa soalan.

348
00:23:47,467 --> 00:23:49,803
Saya tak mahu mereka berinteraksi

349
00:23:49,886 --> 00:23:53,765
sebab saya tak nak mereka bersubahat
dan mereka-reka cerita.

350
00:23:54,391 --> 00:23:57,519
Hei, Ruby, sekarang ini, awak dah ditahan.

351
00:23:57,602 --> 00:24:00,230
Tapi kami akan bawa awak ke balai polis.

352
00:24:00,313 --> 00:24:02,232
Okey? Saya minta awak berdiri.

353
00:24:05,360 --> 00:24:07,612
Okey, letakkan tangan di belakang.

354
00:24:07,696 --> 00:24:08,697
Bagus.

355
00:24:09,239 --> 00:24:11,366
Berdasarkan dapatan kami ketika itu,

356
00:24:11,450 --> 00:24:15,287
kami gari Ruby dan Jodi

357
00:24:15,787 --> 00:24:19,624
dan bawa mereka ke balai polis
untuk soal siasat lanjut.

358
00:24:32,429 --> 00:24:34,014
Ini cerita gila.

359
00:24:34,723 --> 00:24:39,561
Seorang individu yang pengaruhi orang lain
tentang cara menjadi ibu yang baik

360
00:24:39,644 --> 00:24:42,606
ditahan kerana menjadi ibu yang teruk.

361
00:24:43,565 --> 00:24:48,153
Tapi ahli terapi yang buat
seseorang percaya dari segi agama

362
00:24:48,236 --> 00:24:51,114
mereka perlu seksa anak mereka?

363
00:24:52,157 --> 00:24:55,952
Saya rasa itu cerita
yang lebih menakutkan.

364
00:24:59,498 --> 00:25:02,584
Rasanya saya mula dengar
tentang Jodi Hildebrandt

365
00:25:02,667 --> 00:25:06,171
sekitar tahun 2014 hingga 2016.

366
00:25:06,838 --> 00:25:09,049
Saya ahli terapi perkahwinan dan keluarga,

367
00:25:09,132 --> 00:25:11,760
terutamanya dalam populasi Mormon LDS.

368
00:25:12,969 --> 00:25:16,973
Saya mula bertemu bekas klien Jodi.

369
00:25:17,057 --> 00:25:19,226
Itu perkara biasa dalam terapi,

370
00:25:19,309 --> 00:25:22,270
kita jumpa bekas klien ahli terapi lain.

371
00:25:22,354 --> 00:25:27,400
Tapi sesetengah perkara
yang saya dengar sangat pelik,

372
00:25:27,484 --> 00:25:29,486
terutamanya berkenaan seksualiti.

373
00:25:31,071 --> 00:25:32,781
Bercakap tentang Jodi Hildebrandt,

374
00:25:32,864 --> 00:25:36,910
yang saya faham, seperti kebanyakan
pengamal bidang kesihatan mental,

375
00:25:36,993 --> 00:25:41,164
sering kali ia disebabkan luka
dalam diri kita sendiri.

376
00:25:44,459 --> 00:25:46,419
Nama saya Jodi Hildebrandt.

377
00:25:46,503 --> 00:25:50,924
Saya lahir pada tahun 1969
di Tucson, Arizona.

378
00:25:52,300 --> 00:25:56,096
Saya ahli keluarga tujuh beradik.

379
00:25:56,680 --> 00:26:01,351
Saya dibesarkan dengan fahaman LDS
dalam rumah saya gelar LDS tradisional.

380
00:26:02,435 --> 00:26:06,856
Prinsip keluarga saya ketika membesar,
"Buat begini sebab itu sepatutnya,"

381
00:26:06,940 --> 00:26:08,733
dan biasanya sebab rasa takut.

382
00:26:10,151 --> 00:26:12,904
Jadi saya ikut haluan anak yang sempurna.

383
00:26:14,364 --> 00:26:16,825
Saya jalani misi di Puerto Rico

384
00:26:16,908 --> 00:26:18,994
dan saya suka pengalaman itu.

385
00:26:20,537 --> 00:26:24,666
Pada tahun 90-an, jarang ada perempuan
yang jalankan misi begini.

386
00:26:25,792 --> 00:26:30,880
Tapi Jodi pandai memujuk
dan orang nak ikut cakap dia.

387
00:26:32,090 --> 00:26:34,551
Nama saya Laura Howells Leavitt,

388
00:26:34,634 --> 00:26:39,598
saya dan Jodi teman misi
di Puerto Rico dengan Gereja LDS.

389
00:26:40,390 --> 00:26:44,853
Objektif kami ialah tukar agama orang
seramai mungkin.

390
00:26:45,645 --> 00:26:47,731
Misi LDS ialah kerja yang sukar.

391
00:26:47,814 --> 00:26:49,524
Ada banyak peraturan.

392
00:26:49,608 --> 00:26:51,276
Kami bangun pukul enam pagi,

393
00:26:51,359 --> 00:26:54,946
baca El Libro de Mormón,
The Book of Mormon bahasa Sepanyol,

394
00:26:55,030 --> 00:26:56,906
dan kami ada kelas berteman.

395
00:26:57,782 --> 00:26:58,992
Kami sentiasa sibuk.

396
00:26:59,075 --> 00:27:02,203
Kami kena bercakap dengan orang
di tempat letak kereta

397
00:27:02,287 --> 00:27:04,539
atau ketuk pintu rumah orang.

398
00:27:04,623 --> 00:27:07,292
Kami perlu dekati
sejumlah orang dalam sehari.

399
00:27:07,375 --> 00:27:08,877
Ia digelar soalan emas.

400
00:27:08,960 --> 00:27:11,338
"Awak berminat untuk tahu lebih lanjut

401
00:27:11,421 --> 00:27:14,132
tentang Gereja Jesus Christ
of Latter-day Saints?"

402
00:27:14,674 --> 00:27:15,925
Saya pernah terfikir,

403
00:27:16,009 --> 00:27:18,595
"Ini perkara paling sukar
saya pernah buat."

404
00:27:18,678 --> 00:27:21,681
Sepanjang masa berada dengan teman

405
00:27:21,765 --> 00:27:24,559
yang bukan kita pilih bukanlah mudah.

406
00:27:26,561 --> 00:27:31,983
Antara garis panduan menjadi mubaligh
ialah merekod dan menulis jurnal,

407
00:27:32,067 --> 00:27:33,360
jadi saya buat setiap hari.

408
00:27:35,070 --> 00:27:40,408
Kami bekerja dengan sebuah keluarga ini
dan mereka tangguhkan tarikh pembaptisan.

409
00:27:41,326 --> 00:27:44,371
Saya tulis dalam jurnal saya
yang segalanya berubah

410
00:27:44,454 --> 00:27:46,998
apabila Jodi dapat duduk bersama mereka.

411
00:27:48,166 --> 00:27:51,211
"Dengarlah cara Hil bercakap
dan bantu mereka rasakan Roh."

412
00:27:51,294 --> 00:27:54,839
"Dia menangis. Saya duduk saja
dan tak tahu nak cakap apa.

413
00:27:54,923 --> 00:27:58,760
"Saya balik dan rasa tak berguna.
Saya tak perlu pun ada di situ."

414
00:27:59,928 --> 00:28:03,556
Saya tulis
saya agak tak selesa dengan Jodi.

415
00:28:04,641 --> 00:28:06,434
Walaupun kami bertiga,

416
00:28:06,518 --> 00:28:10,146
Jodi rasa dia yang membuat perubahan.

417
00:28:17,445 --> 00:28:20,990
Kisah Jodi Hildebrandt dan Ruby Franke

418
00:28:21,074 --> 00:28:23,493
sememangnya kisah Mormon.

419
00:28:23,993 --> 00:28:26,121
Ia sebuah kisah berkaitan agama.

420
00:28:27,622 --> 00:28:32,377
Kerja mubaligh besar nilainya
dalam budaya Mormon.

421
00:28:32,460 --> 00:28:34,754
Menyebarkan ajaran kepada orang lain.

422
00:28:34,838 --> 00:28:36,297
Ada cara formal

423
00:28:36,381 --> 00:28:42,387
seperti Jodi Hildebrandt melakukan misi
dan mengetuk pintu rumah dan berdakwah.

424
00:28:42,470 --> 00:28:47,016
Atau ia boleh dilakukan secara tak formal
dengan mempamerkan kehidupan kita.

425
00:28:49,227 --> 00:28:53,314
Utah ialah lubuk budaya pempengaruh,

426
00:28:53,398 --> 00:28:55,567
selalunya, pempengaruh golongan ibu.

427
00:28:55,650 --> 00:28:59,320
Fokus kepada keluarga
amat penting di negeri Utah

428
00:28:59,404 --> 00:29:01,030
dan itu sesuatu yang indah.

429
00:29:01,114 --> 00:29:04,033
Jadi, tentulah ramai wanita
membesar dengan idea,

430
00:29:04,117 --> 00:29:05,994
"Saya nak jadi ibu."

431
00:29:06,077 --> 00:29:07,579
Dengan itu, mereka fikir,

432
00:29:07,662 --> 00:29:11,666
"Bagaimana nak jadi versi diri terbaik
sebagai seorang ibu?"

433
00:29:11,750 --> 00:29:14,127
"Mungkin jadi pempengaruh
dan berkongsi cerita."

434
00:29:14,210 --> 00:29:17,922
Itulah yang Ruby buat di YouTube.

435
00:29:18,006 --> 00:29:22,594
"Ruby, cantik,
ibu enam anak, kekasih Kevin."

436
00:29:24,137 --> 00:29:27,640
Keluarga Franke pempengaruh.
Mereka popular dalam YouTube.

437
00:29:27,724 --> 00:29:31,770
Mereka melambangkan
idea keluarga pempengaruh.

438
00:29:31,853 --> 00:29:35,482
Orang yang boleh sampaikan kisah
rasa jadi "keluarga sebenar".

439
00:29:35,565 --> 00:29:40,862
Tugas saya hanyalah pastikan rumah kami
tak terbakar dan halang anak-anak

440
00:29:40,945 --> 00:29:42,989
daripada berbunuhan.

441
00:29:43,072 --> 00:29:44,240
Hei, dah habis?

442
00:29:46,284 --> 00:29:49,788
Yang saya faham,
mereka juga sertai program ConneXions

443
00:29:49,871 --> 00:29:53,666
atas sebab sama dengan orang lain,
untuk perbaiki perkahwinan.

444
00:29:53,750 --> 00:29:57,921
Ketika kali pertama saya bertemu
pasangan Franke di ConneXions,

445
00:29:58,004 --> 00:29:59,547
saya tak kenal mereka.

446
00:29:59,631 --> 00:30:03,009
Saya fikir, "Jadi?"
Entah kenapa mereka dapat sambutan.

447
00:30:03,092 --> 00:30:05,887
Sehinggalah ada orang
tampil berkongsi cerita,

448
00:30:05,970 --> 00:30:08,515
"Mereka terkenal dalam dunia ini."

449
00:30:08,598 --> 00:30:10,350
"Dalam dunia pempengaruh."

450
00:30:10,433 --> 00:30:13,269
8 Passengers
ialah saluran YouTube terkenal.

451
00:30:13,353 --> 00:30:18,900
Mereka ada lebih dua juta pelanggan,
lebih satu bilion tontonan

452
00:30:18,983 --> 00:30:23,822
dan mereka mampu raih
pendapatan besar daripada platform itu.

453
00:30:24,781 --> 00:30:30,745
Terdapat tekanan
untuk pamerkan topeng tertentu,

454
00:30:30,829 --> 00:30:32,997
cara hidup tertentu,

455
00:30:33,081 --> 00:30:37,836
supaya orang lain mahu tanya kita
tentang ajaran Jesus Christ.

456
00:30:37,919 --> 00:30:43,007
Ruby muat naik kandungan media sosial
dan kongsi cerita sebagai ibu dan isteri.

457
00:30:43,591 --> 00:30:45,927
"Rumah bersih? Anak-anak dah makan?"

458
00:30:46,010 --> 00:30:47,846
"Rupa mereka elok?"

459
00:30:47,929 --> 00:30:50,557
"Adakah saya sampaikan ajaran yang betul?"

460
00:30:50,640 --> 00:30:52,475
Itu semua peranan wanita.

461
00:30:54,018 --> 00:30:59,065
Tapi ada banyak ruang
untuk kita rasa diri kita tak cukup bagus.

462
00:30:59,148 --> 00:31:01,067
"Saya tak capai standard."

463
00:31:02,443 --> 00:31:05,113
Begitu juga Jodi Hildebrandt.

464
00:31:05,196 --> 00:31:07,156
Sifat kesempurnaan itu

465
00:31:07,240 --> 00:31:10,493
sesuatu yang turut terikat
dengan kisah peribadinya,

466
00:31:10,577 --> 00:31:13,872
dan sepanjang kerjayanya,
dia berbicara mengenainya secara terbuka.

467
00:31:13,955 --> 00:31:16,833
Ada orang kata,
"Dia akan buat dirinya ketagih."

468
00:31:16,916 --> 00:31:19,335
Ya, akhirnya saya alami kecelaruan makan.

469
00:31:19,419 --> 00:31:21,504
Saya mula kawal segala hal

470
00:31:21,588 --> 00:31:24,757
kerana saya tiada saluran
untuk luahkan emosi saya.

471
00:31:27,176 --> 00:31:28,720
Saya berkahwin pada 1993.

472
00:31:29,679 --> 00:31:34,017
Apabila saya bercerai tiga tahun kemudian,
ia agak mengejutkan saya.

473
00:31:34,100 --> 00:31:36,644
Sebab puak saya, saya gelar begitu,

474
00:31:36,728 --> 00:31:39,981
tak pernah ajar atau persiapkan saya
tentang perceraian.

475
00:31:41,441 --> 00:31:44,027
Hati saya benar-benar terluka

476
00:31:44,110 --> 00:31:46,821
kerana tak rasa dilindungi oleh gereja.

477
00:31:49,741 --> 00:31:52,994
Dalam hidup saya ketika itu,
saya ada dua orang anak

478
00:31:53,077 --> 00:31:55,663
dan saya sambung pengajian sarjana.

479
00:31:56,164 --> 00:32:00,376
Saya pilih untuk memasuki
Jabatan Psikologi Pendidikan

480
00:32:00,460 --> 00:32:04,005
dan memulakan pengajian
dalam bidang yang menarik minat saya,

481
00:32:04,088 --> 00:32:07,508
kemudian saya mula bertanya
tentang agama LDS.

482
00:32:07,592 --> 00:32:11,888
Ini disertasi Jodi Hildebrandt
yang dibuat semasa pengajian sarjananya.

483
00:32:11,971 --> 00:32:15,934
Saya tanya kawan-kawan saya
tentang pengalaman seksual mereka.

484
00:32:16,017 --> 00:32:21,606
Mereka kata ada masanya penuh kekeliruan,

485
00:32:21,689 --> 00:32:25,401
keraguan, rasa bersalah
dan banyak kali rasa amat malu.

486
00:32:25,485 --> 00:32:29,072
Saya ingat maklum balas itu
bertahun-tahun lamanya.

487
00:32:29,155 --> 00:32:32,408
Agak menarik ini disertasinya.
Di sinilah dia bermula.

488
00:32:32,492 --> 00:32:34,827
Dia risau terutamanya tentang mesej

489
00:32:34,911 --> 00:32:38,915
yang dibatinkan wanita
dalam hal berkaitan seks.

490
00:32:45,922 --> 00:32:50,510
Saya bertemu Jodi Hildebrandt pada 2011.

491
00:32:51,636 --> 00:32:55,556
Saya jumpa dia ketika berada
di titik paling rendah dalam hidup

492
00:32:55,640 --> 00:32:59,602
dan saya rasa buntu
untuk baiki masalah perkahwinan saya.

493
00:33:00,353 --> 00:33:03,815
"Saya bersalahkah?
Saya tak cukup baguskah?"

494
00:33:04,524 --> 00:33:07,443
Sejujurnya, kehidupan seks kami hambar,

495
00:33:07,527 --> 00:33:12,865
tapi kebanyakan orang dalam budaya Mormon
dididik menjadi tak matang dalam hal seks.

496
00:33:12,949 --> 00:33:14,325
Saya antaranya.

497
00:33:15,660 --> 00:33:21,249
Saya ada rakan yang dicadangkan
bertemu Jodi oleh biskopnya.

498
00:33:21,332 --> 00:33:23,751
Setiap kali biskop beri nasihat,

499
00:33:23,835 --> 00:33:26,212
saya anggap, "Ini mesej daripada Tuhan,"

500
00:33:26,295 --> 00:33:28,297
sebab itu yang diajar kepada kami.

501
00:33:31,300 --> 00:33:36,848
Jodi Hildebrandt mencapai kejayaan
dalam bidang kesihatan mental

502
00:33:36,931 --> 00:33:40,727
yang amat sejajar dengan ajaran gereja.

503
00:33:41,227 --> 00:33:44,313
Dalam agama konservatif
dengan tuntutan tinggi,

504
00:33:44,397 --> 00:33:47,900
tatacara mengenai kelakuan seksual
adalah lebih ketat.

505
00:33:47,984 --> 00:33:50,236
Peraturannya agak tegas.

506
00:33:50,319 --> 00:33:54,365
Dilarang berhubungan seks
sebelum kahwin, melancap pun tak boleh,

507
00:33:54,449 --> 00:33:57,326
tak boleh tonton bahan erotik
seperti pornografi.

508
00:33:58,036 --> 00:33:59,996
Kitab ini berulang kali mengajar

509
00:34:00,079 --> 00:34:04,459
bahawa Roh Tuhan
takkan mendiami tabernakel kotor.

510
00:34:04,542 --> 00:34:06,919
Gereja Jesus Christ of Latter-day Saints

511
00:34:07,003 --> 00:34:10,882
memberikan pesanan begini
dan ia amat berkesan.

512
00:34:10,965 --> 00:34:12,425
Ia menakutkan orang.

513
00:34:12,508 --> 00:34:16,512
Orang yang cari dan gunakan pornografi
untuk rangsangan seksual

514
00:34:16,596 --> 00:34:18,848
jelas sekali melanggar perjanjian itu.

515
00:34:18,931 --> 00:34:20,391
Pada awal tahun 2000-an,

516
00:34:20,475 --> 00:34:23,895
dengan kemunculan Internet
dan telefon pintar,

517
00:34:23,978 --> 00:34:27,523
pornografi lebih mudah didapati.

518
00:34:27,607 --> 00:34:30,193
Dari satu segi,
ia cetuskan panik pornografi

519
00:34:30,777 --> 00:34:35,073
yang kemudiannya segera dikaitkan

520
00:34:35,156 --> 00:34:38,993
dengan bahasa ketagihan oleh gereja.

521
00:34:39,619 --> 00:34:44,707
Pornografi boleh menyebabkan ketagihan
macam kokaina atau apa-apa dadah haram.

522
00:34:45,917 --> 00:34:48,002
Jodi Hildebrandt berperanan penting

523
00:34:48,086 --> 00:34:52,632
dalam proses ketagihan 12 langkah
yang gereja laksanakan.

524
00:34:53,132 --> 00:34:57,011
Dia kata model ketagihan patut digunakan

525
00:34:57,095 --> 00:35:00,389
untuk rawat kebimbangan
dan isu berkenaan seksualiti.

526
00:35:01,724 --> 00:35:05,144
Diagnostic And Statistical Manual

527
00:35:05,228 --> 00:35:08,940
ibarat Bible
bagi gangguan kesihatan mental.

528
00:35:09,440 --> 00:35:13,820
Kita takkan jumpa kod dalam DSM-5
bagi ketagihan seks dan pornografi.

529
00:35:16,489 --> 00:35:20,952
Tapi merawat lelaki yang menonton porno
dan menganggap wanita objek

530
00:35:21,035 --> 00:35:25,498
serta bernafsu terhadap wanita
adalah disokong oleh gereja.

531
00:35:25,581 --> 00:35:32,004
Jadi, Jodi Hildebrandt tersenarai
sebagai ahli terapi yang diluluskan

532
00:35:32,088 --> 00:35:34,924
dan yang biskop rasa selesa untuk rujuk.

533
00:35:38,469 --> 00:35:43,808
Bekerja dengan Jodi
ialah kerja klinikal pertama saya.

534
00:35:43,891 --> 00:35:47,728
Dia kelolakan kumpulan
bagi lelaki yang ketagihan seksual

535
00:35:47,812 --> 00:35:51,023
dan wanita yang trauma dikhianati
akibat ketagihan itu.

536
00:35:52,608 --> 00:35:55,778
Saya tak tahu pun
tentang ketagihan seksual.

537
00:35:56,571 --> 00:35:59,782
Ketika temu duga, dia tanya,
"Awak tahu cara berdepan dengan orang?"

538
00:35:59,866 --> 00:36:02,577
Itu saja soalan saya ingat
semasa temu duga itu

539
00:36:02,660 --> 00:36:04,495
sebab saya terdiam seketika.

540
00:36:05,580 --> 00:36:07,582
Bahasa yang digunakannya pelik.

541
00:36:08,958 --> 00:36:13,504
Konfrontasi itu sendiri
bukan kaedah terapeutik.

542
00:36:13,588 --> 00:36:16,424
Saya kata,
"Saya boleh jujur beri maklum balas."

543
00:36:16,507 --> 00:36:17,758
Dia kata, "Bagus,"

544
00:36:17,842 --> 00:36:20,094
dan terus upah saya.

545
00:36:20,178 --> 00:36:21,345
Dia sangat jujur.

546
00:36:21,429 --> 00:36:25,725
Saya fikir dia personafikasi wanita
yang kenal dirinya

547
00:36:25,808 --> 00:36:27,143
dan tahu hala tujunya.

548
00:36:27,894 --> 00:36:30,062
Semangatnya jelas dalam videonya.

549
00:36:30,146 --> 00:36:33,691
Ketagihan merosakkan dunia kita.
Apa yang berlaku sebenarnya?

550
00:36:33,774 --> 00:36:35,484
Inilah yang berlaku.

551
00:36:35,568 --> 00:36:38,946
Orang tak faham
yang mereka pilih herotan,

552
00:36:39,030 --> 00:36:42,283
bukan kebenaran,
kerana mereka tak tahu ia satu pilihan.

553
00:36:43,534 --> 00:36:47,246
Saya membesar dengan agama,
jadi adalah normal untuk rasa malu

554
00:36:47,330 --> 00:36:50,249
dengan apa-apa yang berkaitan pornografi.

555
00:36:50,333 --> 00:36:52,835
Itu sesuatu yang ramai cuba lawan,
termasuk saya.

556
00:36:52,919 --> 00:36:56,505
Ia sesuatu yang memakan diri
sebab saya rasa saya orang baik.

557
00:36:57,423 --> 00:37:01,219
Antara kepercayaan utama
Gereja Jesus Christ of Latter-day Saints

558
00:37:01,302 --> 00:37:03,804
ialah keluarga kekal selamanya

559
00:37:03,888 --> 00:37:08,017
dan keluarga ialah bahagian penting
dalam kehidupan kita di dunia ini.

560
00:37:08,100 --> 00:37:11,229
Menyelamatkan perkahwinan
ialah keutamaan nombor satu.

561
00:37:16,275 --> 00:37:17,610
Saya berkahwin muda.

562
00:37:17,693 --> 00:37:21,530
Saya rasa, sebahagian besarnya,
saya tak tahu apa yang saya buat.

563
00:37:21,614 --> 00:37:24,951
Beberapa tahun kemudian,
sekatan COVID dilaksanakan.

564
00:37:25,826 --> 00:37:27,203
Saya dapat anak.

565
00:37:27,286 --> 00:37:30,039
Saya bekerja keras
dan sesuaikan diri bekerja dari rumah.

566
00:37:30,831 --> 00:37:32,708
Sejujurnya, saya tertekan.

567
00:37:32,792 --> 00:37:36,379
Disebabkan itu,
perkahwinan saya kacau-bilau.

568
00:37:37,255 --> 00:37:39,423
Suatu hari selepas kerja,
isteri saya kata,

569
00:37:39,507 --> 00:37:42,301
"Saya nak beritahu
yang saya sertai ConneXions."

570
00:37:43,052 --> 00:37:44,428
"Ia bagus untuk saya."

571
00:37:44,512 --> 00:37:48,349
"Kalau awak hargai perkahwinan kita,
saya harap awak sertai juga."

572
00:37:49,725 --> 00:37:51,852
Saya tonton banyak video ConneXions

573
00:37:51,936 --> 00:37:54,689
dan awalnya, ia masuk akal.

574
00:37:54,772 --> 00:37:58,442
Ada tiga prinsip utama. Kejujuran,
tanggungjawab dan merendah diri.

575
00:37:59,944 --> 00:38:01,320
Saya hubungi Jodi, dia kata,

576
00:38:01,404 --> 00:38:04,949
"Ethan, saya Jodi Hildebrandt,
hidup awak bakal berubah."

577
00:38:05,032 --> 00:38:07,827
"Kita akan berjumpa
dan jika awak hargai isteri,

578
00:38:07,910 --> 00:38:10,579
jika suka jadi ayah
dan ada dalam hidup anak awak,

579
00:38:10,663 --> 00:38:12,206
buat segala arahan saya."

580
00:38:14,250 --> 00:38:17,086
Kami mula jumpa setiap minggu
bermula minggu itu.

581
00:38:17,169 --> 00:38:20,423
Saya sertainya dan teruja untuk dilatih.

582
00:38:22,216 --> 00:38:25,303
Sebagai seseorang
yang masih aktif di gereja,

583
00:38:25,386 --> 00:38:28,139
saya amat takut dengan kesan perceraian.

584
00:38:29,557 --> 00:38:33,019
Inikah yang saya mahukan?
Apa saya buat sampai jadi begini?

585
00:38:33,894 --> 00:38:37,189
Saya sanggup buat apa-apa saja
untuk selamatkan keluarga saya.

586
00:38:41,944 --> 00:38:45,948
30 OGOS 2023

587
00:38:47,992 --> 00:38:51,662
Soal siasat pertama saya
ialah dengan Kevin Franke.

588
00:38:51,746 --> 00:38:56,083
Saya cuma nak bina hubungan baik
dan dapatkan maklumat sebanyak mungkin.

589
00:38:56,167 --> 00:38:59,879
Jelas sekali, sebagai ayah,
dia suspek pada ketika itu.

590
00:39:00,463 --> 00:39:02,048
Anak awak berapa, Kevin?

591
00:39:02,131 --> 00:39:03,466
Saya ada enam anak.

592
00:39:03,549 --> 00:39:06,052
Mereka semua tinggal dengan awak? Atau…

593
00:39:06,135 --> 00:39:08,929
Tak, dah lebih setahun
saya tak jumpa mereka.

594
00:39:09,013 --> 00:39:10,222
Satu pun tidak?

595
00:39:10,765 --> 00:39:12,808
Ya, satu pun tidak.

596
00:39:12,892 --> 00:39:13,976
Selama setahun?

597
00:39:14,060 --> 00:39:15,186
- Lebih setahun.
- Okey…

598
00:39:15,269 --> 00:39:17,897
Saya berpisah.

599
00:39:18,397 --> 00:39:19,398
Daripada siapa?

600
00:39:20,107 --> 00:39:21,609
Isteri dan keluarga saya.

601
00:39:21,692 --> 00:39:24,278
- Nama isteri awak siapa?
- Ruby Franke.

602
00:39:25,529 --> 00:39:31,369
Setahu awak, bila Ruby dan Jodi
buat keputusan untuk bekerjasama?

603
00:39:31,452 --> 00:39:36,290
Mereka buat keputusan
untuk mulakan perniagaan

604
00:39:36,374 --> 00:39:38,709
pada tahun 2021.

605
00:39:38,793 --> 00:39:41,712
Semasa awak dan Ruby masih bersama?

606
00:39:41,796 --> 00:39:42,630
Ya.

607
00:39:42,713 --> 00:39:43,714
Okey.

608
00:39:46,258 --> 00:39:47,385
Okey, sila duduk.

609
00:39:47,468 --> 00:39:49,595
Bilik pertama di sebelah kanan.

610
00:39:53,516 --> 00:39:55,851
Awak hormati dia? Jodi?

611
00:39:55,935 --> 00:40:01,690
Adakah saya hormati dia? Ya, saya rasa
dia sangat jujur dan berterus terang.

612
00:40:01,774 --> 00:40:04,485
Okey. Isteri awak rakan kongsi dia?

613
00:40:04,568 --> 00:40:07,446
Isteri awak teman serumah dia?

614
00:40:07,530 --> 00:40:11,033
Anak-anak awak tinggal di rumahnya,
itu yang saya nak cakap.

615
00:40:11,575 --> 00:40:12,952
Saya tak tahu pun.

616
00:40:15,704 --> 00:40:18,416
Kita di sini hanya untuk berbincang

617
00:40:18,499 --> 00:40:21,043
beberapa perkara berkenaan anak-anak awak.

618
00:40:21,585 --> 00:40:24,463
Ruby Franke ketika di bilik soal siasat…

619
00:40:24,547 --> 00:40:26,132
Agak pelik. Ia agak aneh.

620
00:40:27,091 --> 00:40:28,968
Awak tinggal di sini atau…

621
00:40:33,889 --> 00:40:35,558
Saya boleh tunggu lama.

622
00:40:35,641 --> 00:40:40,396
Terpulang kepada awak
kalau awak nak beritahu hal yang berlaku.

623
00:40:45,901 --> 00:40:50,281
Pandangan kosongnya, kedipan matanya…

624
00:40:51,115 --> 00:40:52,741
Entah apa yang berlaku.

625
00:40:52,825 --> 00:40:56,996
Kalau awak rasa lebih selesa
bercakap dengan dia, saya boleh keluar.

626
00:40:57,746 --> 00:40:59,248
Saya tunggu peguam saya.

627
00:40:59,748 --> 00:41:00,708
Okey.

628
00:41:03,836 --> 00:41:07,631
Dalam soal siasat dengan Jodi,
dia tampilkan satu personaliti

629
00:41:07,715 --> 00:41:10,050
yang dia orang baik dan mahu membantu,

630
00:41:10,801 --> 00:41:12,595
tapi dinasihatkan sebaliknya.

631
00:41:12,678 --> 00:41:15,890
Saya percayakan peguam.
Dia kata, "Jangan buka mulut."

632
00:41:15,973 --> 00:41:18,350
Saya kata, "Saya telus." Dia kata, "Ya,

633
00:41:18,434 --> 00:41:20,811
tapi tunggu saya sebelum bercerita."

634
00:41:20,895 --> 00:41:23,647
Awak semua nampak macam orang baik-baik.

635
00:41:23,731 --> 00:41:24,690
Ya.

636
00:41:24,773 --> 00:41:28,194
Saya tak cuba sembunyikan apa-apa
atau cuba buat masalah.

637
00:41:28,277 --> 00:41:29,737
Ini memang…

638
00:41:29,820 --> 00:41:33,908
Kalau awak tahu cerita keseluruhannya,
awak pasti lebih berempati…

639
00:41:33,991 --> 00:41:35,951
- Baiklah…
- …terhadap hal ini.

640
00:41:36,452 --> 00:41:41,332
Daripada perspektif siasatan,
kami ada beribu soalan ketika itu.

641
00:41:41,415 --> 00:41:44,877
Ada dua kanak-kanak yang takut
untuk bercakap dengan pihak berkuasa

642
00:41:44,960 --> 00:41:50,174
dan ada dua orang dewasa
yang kami andaikan penderanya.

643
00:41:50,257 --> 00:41:54,011
Jadi, kami tak faham
hubungan antara mereka berdua,

644
00:41:54,094 --> 00:41:58,557
hal yang berlaku sebenarnya
dan motif di sebalik semua ini.

645
00:41:58,641 --> 00:42:03,145
Kami tak pasti cara untuk dapatkan
maklumat itu sebab mereka kunci mulut.

646
00:42:03,896 --> 00:42:07,024
Kami nak faham
hal yang berlaku di rumah itu.

647
00:42:07,107 --> 00:42:10,194
Saya nak beritahu awak,
tapi saya tak kenal awak.

648
00:42:10,277 --> 00:42:12,863
Awak mungkin putar belit
kata-kata saya. Saya tak tahu.

649
00:42:12,947 --> 00:42:14,448
Itulah bagusnya kamera,

650
00:42:14,532 --> 00:42:18,160
semuanya dirakam bersama.
Audio dan video…

651
00:42:18,244 --> 00:42:22,206
Saya ahli psikologi.
Saya selalu lihat orang putar belit ayat.

652
00:42:23,123 --> 00:42:27,670
Jadi, saya faham.
Saya di pihak awak. Saya faham.

653
00:42:28,420 --> 00:42:30,673
Saya tak nak orang buat begitu,
tapi mereka buat.

654
00:42:35,427 --> 00:42:39,306
Apabila saya tahu tentang ConneXion
dan mula selidik tentang Jodi,

655
00:42:39,390 --> 00:42:42,518
saya dapati lesen terapinya
diletakkan di bawah percubaan.

656
00:42:43,894 --> 00:42:48,857
Ini berlaku bertahun-tahun sebelumnya
atas sebab kerahsiaan klien.

657
00:42:51,485 --> 00:42:55,823
Pada 2011, suatu hari,
satu sepina dihantar ke pejabat kami,

658
00:42:55,906 --> 00:42:58,993
saya dan Jodi terkejut,
kemudian dia buka sepina itu.

659
00:42:59,076 --> 00:43:02,621
Ia daripada seorang klien
yang menuduhnya melanggar HIPAA.

660
00:43:03,539 --> 00:43:08,377
Pelanggaran HIPAA adalah apabila
kita berkongsi maklumat peribadi klien

661
00:43:08,460 --> 00:43:10,462
yang kita tak berhak kongsikan.

662
00:43:11,463 --> 00:43:14,174
Dia beritahu saya
yang sepina itu menyatakan,

663
00:43:14,258 --> 00:43:16,468
oleh sebab klien melihat pornografi,

664
00:43:16,552 --> 00:43:18,679
dia kata klien itu pemangsa seksual

665
00:43:18,762 --> 00:43:21,640
dan berikan maklumat itu
bukan saja kepada kolej kliennya,

666
00:43:21,724 --> 00:43:23,517
tapi juga ketua gerejanya.

667
00:43:25,436 --> 00:43:29,356
Dia marah dan terganggu,
dia kata itu demi kebaikan lelaki itu

668
00:43:29,440 --> 00:43:33,694
sebab dia masih aktif
melakukan kegiatan ketagihan.

669
00:43:35,237 --> 00:43:37,781
Lesennya diletakkan
dalam tempoh percubaan,

670
00:43:37,865 --> 00:43:40,659
tapi perniagaan Jodi
masih berkembang waktu itu.

671
00:43:40,743 --> 00:43:45,247
sebab dia pintas sekatan itu
dan tampilkan diri sebagai jurulatih hidup

672
00:43:45,331 --> 00:43:47,082
dan bukan ahli terapi.

673
00:43:47,958 --> 00:43:51,712
Perniagaan barunya, ConneXions,
dapat sambutan dalam talian.

674
00:43:52,421 --> 00:43:55,132
Pendapatannya
daripada terapi kumpulan dan individu.

675
00:43:55,215 --> 00:43:58,385
Dia tulis buku kerja.
Dia ada kandungan dalam talian.

676
00:43:58,469 --> 00:44:04,058
Sebagai ahli perniagaan, Jodi tahu
dan faham benar cara membina empayar.

677
00:44:04,558 --> 00:44:07,394
Jika anda seperti saya,
anda tahu keperitan hidup.

678
00:44:07,478 --> 00:44:10,439
Rasa anda tak cukup bagus
dan tak boleh disayangi.

679
00:44:10,522 --> 00:44:13,359
ConneXions ialah penyelesaiannya.

680
00:44:14,443 --> 00:44:18,530
Sebagai ahli terapi, kita perlu ada
hubungan yang elok dengan klien.

681
00:44:18,614 --> 00:44:21,367
Kita layan klien
dengan hormat dan bermaruah.

682
00:44:21,450 --> 00:44:23,661
Itulah realiti dalam dunia saya.

683
00:44:23,744 --> 00:44:28,040
Saya rasa Jodi makin lama
makin menjauhi realiti.

684
00:44:32,002 --> 00:44:36,590
Menurut Jodi,
suami saya ada ketagihan seksual.

685
00:44:37,800 --> 00:44:40,386
Erti ketagihan baginya,

686
00:44:40,469 --> 00:44:43,681
kalau kita tengok pornografi
sekali dalam setahun,

687
00:44:43,764 --> 00:44:45,224
itu dianggap ketagihan.

688
00:44:48,394 --> 00:44:51,271
Saya dilabel penagih nafsu
sejak kali pertama bertemu dengannya.

689
00:44:51,772 --> 00:44:53,732
Saya fikir, "Kalau dia betul?"

690
00:44:54,858 --> 00:44:56,527
Saya terdesak untuk berubah

691
00:44:56,610 --> 00:45:00,197
dan saya rasa saya sanggup
cuba program ConneXions.

692
00:45:00,280 --> 00:45:04,034
Jodi ajak saya tonton video

693
00:45:04,118 --> 00:45:05,703
dan dengar audio siar.

694
00:45:05,786 --> 00:45:08,539
Sekali kita terperangkap
dalam penipuan nafsu,

695
00:45:08,622 --> 00:45:11,375
dengar mesej memalukan dan tak rasa emosi,

696
00:45:11,458 --> 00:45:13,460
maknanya kita terputus sambungan.

697
00:45:13,961 --> 00:45:18,716
Menurut Jodi, lelaki seperti kanak-kanak
yang tak boleh uruskan diri sendiri.

698
00:45:18,799 --> 00:45:23,011
Mereka penagih. Seolah-olah semua orang
secara automatik dilabel begitu.

699
00:45:23,929 --> 00:45:27,933
Jadi, dia akan mula melatih
dan mengajar kita cara menangani penagih,

700
00:45:28,016 --> 00:45:29,351
iaitu kawalan.

701
00:45:29,435 --> 00:45:30,644
MINGGU 5 - JAGA DIRI

702
00:45:31,395 --> 00:45:35,524
Apa-apa yang membawa kepada pornografi,
saya disuruh merampasnya.

703
00:45:35,607 --> 00:45:37,151
Saya rampas telefon pintarnya.

704
00:45:37,818 --> 00:45:41,613
Kalau saya rasa ada sesuatu
yang tak senonoh untuk ditonton,

705
00:45:41,697 --> 00:45:43,782
saya batalkan langganan kami.

706
00:45:44,283 --> 00:45:46,785
Saya batalkan langganan Internet kami.

707
00:45:46,869 --> 00:45:49,079
Itulah kali pertama saya rasa, "Wah,

708
00:45:49,163 --> 00:45:51,874
saya boleh kawal hidup saya."

709
00:45:53,667 --> 00:45:58,255
Saya percaya yang Jodi Hildebrandt
lebih terbuka tentang topik seksual

710
00:45:58,338 --> 00:46:00,132
berbanding kebiasaan kita.

711
00:46:00,215 --> 00:46:03,969
Kita dapat lihat wanita rasa berkuasa.

712
00:46:04,595 --> 00:46:07,598
Mungkin buat kali pertama,
mereka boleh tetapkan had

713
00:46:07,681 --> 00:46:11,602
terhadap kehidupan seksual
yang awalnya mungkin sihat atau tidak.

714
00:46:11,685 --> 00:46:16,148
Saya selalu anggap seks
sebagai mata wang atau jangkaan.

715
00:46:16,648 --> 00:46:22,029
Rasanya ini video
yang Ruby dan Kevin Franke rakam

716
00:46:22,112 --> 00:46:26,450
mengikut pengalaman mereka…
Betapa Connexions membantu mereka.

717
00:46:26,533 --> 00:46:30,913
Hari ini, saya boleh kata,
rasa selamat antara kami lebih tinggi.

718
00:46:30,996 --> 00:46:32,790
Kepercayaan kami lebih tinggi.

719
00:46:32,873 --> 00:46:37,002
Bagi saya, seks sekarang
jauh lebih menyeronokkan

720
00:46:37,085 --> 00:46:41,799
sebab ia terasa benar,
ia terasa jujur dan…

721
00:46:43,050 --> 00:46:43,926
bermanfaat.

722
00:46:44,927 --> 00:46:46,428
Batas yang ditetapkan

723
00:46:46,512 --> 00:46:49,223
selalunya bukan daripada isteri.

724
00:46:49,306 --> 00:46:51,600
Tapi daripada campur tangan Jodi.

725
00:46:51,683 --> 00:46:55,270
Itu bukan memperkasakan isteri
untuk jadi lebih kuat.

726
00:46:55,354 --> 00:46:57,815
Dia cuma mendengar arahan orang lain.

727
00:47:01,610 --> 00:47:03,862
Saya mula sertai kumpulan lelakinya.

728
00:47:03,946 --> 00:47:06,281
Saya juga bertemu Jodi setiap minggu.

729
00:47:06,949 --> 00:47:11,411
Bahasa yang Jodi gunakan kepada orang
macam saya dalam kumpulan lelaki

730
00:47:12,412 --> 00:47:15,958
amat berbeza daripada bahasanya
di tempat lain dengan wanita.

731
00:47:16,041 --> 00:47:18,252
Ketika itulah saya mula nampak

732
00:47:18,335 --> 00:47:21,588
dia berubah sikap
di depan orang dan penonton berbeza.

733
00:47:22,881 --> 00:47:27,928
Ini petikan daripada jurnal saya
yang saya baru jumpa baru-baru ini.

734
00:47:28,011 --> 00:47:30,222
Jodi selalu cakap perkara begini,

735
00:47:30,973 --> 00:47:34,184
"Awak kena cari setiap perkataan
yang sinonim

736
00:47:34,268 --> 00:47:37,563
dengan 'dimusnahkan,'
'dieksploitasi,' 'rogol.'"

737
00:47:38,564 --> 00:47:41,066
Tapi dalam situasi saya, tiada kecurangan.

738
00:47:41,149 --> 00:47:42,609
Tiada penderaan.

739
00:47:42,693 --> 00:47:44,361
Saya berterusan didesak,

740
00:47:44,444 --> 00:47:47,656
"Ethan, awak tak tahu
sejauh mana ketagihan awak."

741
00:47:47,739 --> 00:47:49,241
"Awak raksasa."

742
00:47:49,908 --> 00:47:51,577
Saya dengar perkara seperti,

743
00:47:51,660 --> 00:47:55,831
"Setiap kali saya relaps,
isteri saya menolak seks dengan saya

744
00:47:55,914 --> 00:48:00,669
atau halang akses kepada anak-anak,
malah diminta untuk tinggalkan rumah."

745
00:48:00,752 --> 00:48:04,548
Itu perkara bermasalah
yang kami dengar tentang program itu.

746
00:48:06,174 --> 00:48:08,886
Dia selalu kata, "Awak tak perlukan seks."

747
00:48:08,969 --> 00:48:12,598
Tak boleh ada sebarang hubungan seksual.

748
00:48:14,516 --> 00:48:17,352
Perkahwinan saya tak bertambah baik.

749
00:48:17,436 --> 00:48:21,398
Jadi, Jodi nasihatkan
kami berpisah selama setahun

750
00:48:21,481 --> 00:48:23,400
tanpa sebarang perhubungan.

751
00:48:23,483 --> 00:48:26,194
Dalam tempoh itu,
saya dimasukkan ke hospital

752
00:48:26,278 --> 00:48:30,115
dan saya tak dibenarkan telefon,
mesej atau beritahu suami saya.

753
00:48:31,199 --> 00:48:34,786
Tiada bantuan diberikan
untuk satukan kami semula.

754
00:48:34,870 --> 00:48:37,581
Hanya putuskan perhubungan. Itu saja.

755
00:48:40,042 --> 00:48:43,253
Isteri saya baru bertemu Jodi
beberapa hari sebelumnya,

756
00:48:43,337 --> 00:48:47,341
Jodi beritahu dia apa harus dikatakan
serta cara kendalikan situasi ini.

757
00:48:47,841 --> 00:48:52,262
Dia kata, "Saya nak keluar sekejap,
selepas itu, saya tak nak awak di sini."

758
00:48:52,346 --> 00:48:56,516
Mulanya saya fikir, "Apa yang berlaku?"
Saya sangat terkejut.

759
00:48:57,517 --> 00:48:59,394
Saya hubungi Jodi dan dia kata,

760
00:48:59,478 --> 00:49:02,773
"Jika awak dalam program ini,
maknanya awak tak selamat."

761
00:49:02,856 --> 00:49:06,777
Sebagai Jodi Hildebrandt,
wakil Tuhan untuk selesaikan masalah ini,

762
00:49:06,860 --> 00:49:08,153
saya perlu pisahkan awak."

763
00:49:10,656 --> 00:49:15,827
Ada lelaki pernah datang ke pejabat saya
selepas berjumpa Jodi Hildebrandt.

764
00:49:16,703 --> 00:49:18,872
Isterinya yakin

765
00:49:18,956 --> 00:49:21,083
yang program Jodi saja

766
00:49:21,166 --> 00:49:23,460
dapat selamatkan keluarga mereka.

767
00:49:24,419 --> 00:49:26,213
Dia rasa tersekat.

768
00:49:26,296 --> 00:49:28,256
"Kalau saya menentang…"

769
00:49:28,340 --> 00:49:32,552
Dengan segera si isteri akan kata,
"Awak tak terima hakikat."

770
00:49:33,595 --> 00:49:38,058
Atau "Awak dalam herotan," ini perkataan
yang Jodi Hildebrandt gunakan

771
00:49:38,141 --> 00:49:40,477
banyak kali dalam ucapannya.

772
00:49:40,560 --> 00:49:43,981
Sama ada kita pilih
kebenaran atau herotan…

773
00:49:44,064 --> 00:49:46,650
Kita sedar
tentang kebenaran atau herotan…

774
00:49:46,733 --> 00:49:48,026
…diserang herotan…

775
00:49:48,110 --> 00:49:51,238
Kebenaran tak penting.
Mari bincangkan. Pilih herotan.

776
00:49:51,321 --> 00:49:54,908
Mempelajari prinsip kebenaran
itulah kebenaran.

777
00:49:59,329 --> 00:50:03,166
Sewaktu belek jurnal saya,
enam atau tujuh kali saya tulis,

778
00:50:03,917 --> 00:50:06,753
"Saya susah nak percayakan Jodi."

779
00:50:08,338 --> 00:50:12,342
Ia permainan tarik tali tak masuk akal
antara saya dan dia,

780
00:50:12,426 --> 00:50:16,513
saya cuba patuh dan itu yang dia mahukan,

781
00:50:17,139 --> 00:50:18,598
tapi fikiran saya juga

782
00:50:18,682 --> 00:50:22,227
sentiasa berpusing
untuk cuba fahami arahannya.

783
00:50:24,980 --> 00:50:31,445
Dari hujung Januari
hingga pertengahan Mei tahun itu,

784
00:50:31,528 --> 00:50:33,363
saya terasing hampir sepenuhnya.

785
00:50:38,952 --> 00:50:40,996
Perpisahan saya sangat gelap.

786
00:50:41,079 --> 00:50:43,749
Ia antara waktu paling gelap
dalam hidup saya.

787
00:50:44,332 --> 00:50:49,254
Rasanya seperti kita diseksa
dan ada orang membelasah kita

788
00:50:49,337 --> 00:50:50,547
dan berkata,

789
00:50:50,630 --> 00:50:52,966
"Ini boleh berhenti kalau awak patuh."

790
00:50:53,842 --> 00:50:56,511
Pengasingan, kesunyian,

791
00:50:57,387 --> 00:50:58,764
tiada harapan.

792
00:50:58,847 --> 00:51:02,267
Ia sesuatu yang saya harap
tiada sesiapa perlu lalui.

793
00:51:04,561 --> 00:51:08,940
Dia berusaha keras
untuk hancurkan semangat saya dan…

794
00:51:09,024 --> 00:51:10,025
Maafkan saya.

795
00:51:10,901 --> 00:51:12,569
Dan hancurkan keluarga saya.

796
00:51:13,695 --> 00:51:17,157
Jodi mengugut
yang saya takkan jumpa anak saya lagi.

797
00:51:22,079 --> 00:51:26,833
30 OGOS 2023

798
00:51:28,293 --> 00:51:30,212
5:57 PETANG

799
00:51:30,295 --> 00:51:33,298
Pernah cuba hubungi anak-anak
atau singgah di rumah?

800
00:51:33,381 --> 00:51:34,299
- Tak.
- Adakah…

801
00:51:34,382 --> 00:51:38,845
Saya hormati batas perpisahan
yang kami setujui.

802
00:51:40,388 --> 00:51:42,390
Adakah ia buat awak sedar

803
00:51:42,474 --> 00:51:44,976
awak perlukan bantuan
sebab tindakan awak tak betul?

804
00:51:45,060 --> 00:51:47,687
Atau Jodi yang bantu kalian sedar yang…

805
00:51:47,771 --> 00:51:52,442
Saya cuba fahami peranan dia
dalam hidup kalian.

806
00:51:53,443 --> 00:51:55,946
Sejujurnya, dia tumpuan saya.

807
00:51:56,029 --> 00:51:59,116
Saya faham dan saya dapat lihat hal itu.

808
00:51:59,199 --> 00:52:03,453
Hubungan Jodi dan Ruby rapat

809
00:52:03,537 --> 00:52:07,499
dan Jodi nampak

810
00:52:08,041 --> 00:52:10,585
saya perlu dapatkan bantuan

811
00:52:10,669 --> 00:52:15,966
untuk hadapi ketagihan saya sendiri

812
00:52:16,049 --> 00:52:20,929
dan dapatkan sokongan
serta bantuan yang saya perlukan.

813
00:52:22,639 --> 00:52:24,307
Penting untuk kami faham

814
00:52:24,391 --> 00:52:26,768
yang Kevin tiada dalam situasi itu.

815
00:52:26,852 --> 00:52:28,186
Sebab biasanya,

816
00:52:28,270 --> 00:52:32,190
jika anak seseorang didera
selama tiga atau empat bulan,

817
00:52:32,941 --> 00:52:37,028
penjaga yang biarkan penderaan itu berlaku
dianggap melakukan jenayah.

818
00:52:37,112 --> 00:52:41,700
Tapi Kevin diberitahu Jodi,
"Keluar dan jangan berhubung."

819
00:52:42,534 --> 00:52:44,536
Jadi, itulah yang dia buat.

820
00:52:45,203 --> 00:52:48,248
Awak penjaga kanak-kanak ini.

821
00:52:48,331 --> 00:52:53,461
Jadi, tak salah kalau kami beritahu awak
sebab awak terlibat.

822
00:52:53,545 --> 00:52:56,840
Sebelum pukul 11 hari ini,

823
00:52:56,923 --> 00:53:02,179
kami terima panggilan telefon daripada 911
kepada penghantar kami

824
00:53:02,679 --> 00:53:03,847
yang…

825
00:53:05,056 --> 00:53:11,813
ada budak 12 tahun ketuk pintu-pintu rumah
untuk minta makanan dan air.

826
00:53:11,897 --> 00:53:15,400
Badannya amat susut. Dia…

827
00:53:15,483 --> 00:53:16,985
Apa maksud "susut"?

828
00:53:17,068 --> 00:53:19,821
Kurus kering, kurang zat makanan,

829
00:53:19,905 --> 00:53:23,533
tak cukup makanan,
tak cukup air untuk terus hidup.

830
00:53:24,201 --> 00:53:25,994
- Jadi dia…
- Maaf, apa?

831
00:53:26,077 --> 00:53:29,289
Kaki dan tangannya dililit pita pelekat

832
00:53:29,372 --> 00:53:32,792
pada pergelangan tangan dan buku lali

833
00:53:32,876 --> 00:53:37,756
dan ia menutup lecet akibat tali
yang digunakan untuk ikat dia.

834
00:53:40,759 --> 00:53:44,846
Cuba fikirkan sejenak
apa yang saya cakap tadi.

835
00:53:46,640 --> 00:53:49,100
Itulah keadaan anak lelaki awak.

836
00:53:52,854 --> 00:53:55,565
Rasa terkejutnya nampak ikhlas.

837
00:53:55,649 --> 00:53:57,484
Dia benar-benar terkejut.

838
00:53:58,151 --> 00:54:02,113
Soal siasat Kevin tak membantu
untuk saya faham situasi di rumah itu

839
00:54:02,197 --> 00:54:05,492
sebab dia tak terlibat sejak setahun lalu.

840
00:54:05,575 --> 00:54:09,829
Tapi kami dapat singkirkan dia
sebagai suspek.

841
00:54:13,375 --> 00:54:16,753
Kami cuba faham
satu situasi yang amat aneh.

842
00:54:16,836 --> 00:54:21,925
Dah lebih setahun sejak sesiapa berhubung
dengan Kevin selain Jodi

843
00:54:22,008 --> 00:54:24,886
yang masih kerap berhubung dengannya

844
00:54:24,970 --> 00:54:28,098
dan halang Kevin datang ke rumah
dan pisahkan keluarga mereka

845
00:54:28,181 --> 00:54:30,100
kerana Jodi "bekerja dengannya".

846
00:54:33,061 --> 00:54:37,607
Perkara terbesar yang saya terlepas
ialah hubungan dengan anak saya.

847
00:54:38,191 --> 00:54:39,401
Dia kecil lagi waktu itu,

848
00:54:39,484 --> 00:54:43,321
dan sejak dia lahir lagi,
kami seronok bersama.

849
00:54:43,405 --> 00:54:46,032
Saya orang yang suka jadi ayah,

850
00:54:46,783 --> 00:54:51,413
saya selalu tulis dalam jurnal saya
yang saya takut dengan jadual Jodi.

851
00:54:54,165 --> 00:54:55,834
Dia selalu komen begini,

852
00:54:55,917 --> 00:54:58,712
"Ada kalanya hal begini
perlukan enam bulan hingga dua tahun."

853
00:55:00,422 --> 00:55:03,675
Akhirnya saya terlepas
hari jadi pertama anak saya

854
00:55:03,758 --> 00:55:06,344
sebab saya cuba patuhi program ini.

855
00:55:06,428 --> 00:55:10,056
Saya jumpa Jodi dan bangkitkan isu ini,
tapi dia marah saya.

856
00:55:10,807 --> 00:55:14,894
Dia kata, "Orang yang merendah diri
takkan persoalkan saya, Ethan."

857
00:55:16,855 --> 00:55:18,648
Saya kena bergantung pada dia.

858
00:55:18,732 --> 00:55:21,985
Seolah-olah dia orang berkuasa
dalam hidup saya.

859
00:55:22,068 --> 00:55:25,447
Sampai satu tahap saya percayakannya
melebihi ketua agama

860
00:55:25,530 --> 00:55:29,576
dan itu besar maknanya bagi saya
sebab saya dibesarkan begitu.

861
00:55:32,037 --> 00:55:35,081
Jodi yakin sepenuhnya

862
00:55:35,165 --> 00:55:39,252
yang dia bertindak sebagai jurucakap Tuhan
dalam pemulihan ketagihan.

863
00:55:40,045 --> 00:55:43,381
Banyak kali dia beritahu kami
yang ini seruannya

864
00:55:43,465 --> 00:55:46,801
dan dia sering dapat mimpi
serta manifestasi

865
00:55:46,885 --> 00:55:50,013
yang mengesahkan inilah tujuan hidupnya.

866
00:55:51,348 --> 00:55:55,143
Jodi amat pandai mempergunakan orang lemah

867
00:55:55,226 --> 00:55:58,688
yang berjumpanya
kerana situasi hidup yang tak begitu baik,

868
00:55:58,772 --> 00:56:00,815
dia gunakan konteks agama

869
00:56:00,899 --> 00:56:04,486
yang agak menyamai perkara lain
yang mereka pelajari

870
00:56:04,569 --> 00:56:06,196
dan paksa mereka buat perkara

871
00:56:06,279 --> 00:56:09,366
yang ahli terapi biasa
takkan suruh mereka buat.

872
00:56:10,658 --> 00:56:12,911
Dia jumpa bidangnya dan pasarkannya.

873
00:56:13,495 --> 00:56:17,540
Jodi pandai buat orang beri dia duit.

874
00:56:19,793 --> 00:56:21,503
Ketika menggeledah rumahnya,

875
00:56:21,586 --> 00:56:25,965
dalam almari Jodi Hildebrandt,
kami jumpa beg dufel besar

876
00:56:26,049 --> 00:56:29,135
berisi kira-kira $80,000 tunai.

877
00:56:29,219 --> 00:56:32,555
Jodi kaut wang yang banyak.
Saya boleh buat kira-kiranya.

878
00:56:33,556 --> 00:56:38,686
Saya bayar dia $175 sejam
untuk setiap sesi individu,

879
00:56:38,770 --> 00:56:42,565
dan untuk kumpulan lelaki atau wanita,
harganya $75 seminggu.

880
00:56:42,649 --> 00:56:45,985
Yuran untuk diri sendiri dan pasangan
ialah $2,000.

881
00:56:46,069 --> 00:56:51,533
Di pejabat Jodi, saya temui buku
dengan semua nama kliennya.

882
00:56:51,616 --> 00:56:53,743
Dia berjumpa 46 orang seminggu.

883
00:56:53,827 --> 00:56:57,455
ANGGARAN PENDAPATAN JODI
46 ORANG X $1000 = $46,000/BULAN

884
00:56:57,539 --> 00:57:01,459
Kami bayar lebih daripada pinjaman rumah
kepadanya setiap bulan.

885
00:57:01,543 --> 00:57:05,004
Akhirnya, hutang kami menimbun
dan semua kad kredit kami digunakan.

886
00:57:05,088 --> 00:57:07,757
Kami bayar lebih $50,000.

887
00:57:07,841 --> 00:57:11,094
Ketika itu saya kata,
"Berbaloi supaya kita sembuh

888
00:57:11,177 --> 00:57:12,929
dan hidup bahagia bersama."

889
00:57:14,222 --> 00:57:17,183
30 OGOS 2023

890
00:57:18,393 --> 00:57:22,355
Sukar untuk saya percaya dan hadapinya.

891
00:57:23,940 --> 00:57:28,153
Awak tahu? Saya ada gambar keluarga
di dinding rumah saya.

892
00:57:28,236 --> 00:57:30,363
Saya tengok gambar itu setiap hari.

893
00:57:30,447 --> 00:57:34,075
Saya bekerja. Saya bekerja setiap hari…

894
00:57:35,827 --> 00:57:40,790
Supaya boleh kembali kepada keluarga
dan selamatkan keluarga saya.

895
00:57:40,874 --> 00:57:45,837
Semua yang awak beritahu saya
bunyinya macam cerita rekaan. Tapi saya…

896
00:57:48,381 --> 00:57:51,259
Saya tak faham apa yang awak katakan.

897
00:57:51,342 --> 00:57:52,510
Naik tangga.

898
00:57:55,472 --> 00:57:58,683
Bunyinya macam filem seram.

899
00:57:59,976 --> 00:58:01,686
Kita keluar ikut pintu depan.

900
00:58:07,484 --> 00:58:09,277
Letakkan dia di sebelah kanan.

901
00:58:11,029 --> 00:58:13,823
- Tunggu di lobi sekejap.
- Okey.

902
00:58:13,907 --> 00:58:17,368
Apa akan jadi kepada isteri saya?
Saya sayang isteri saya.

903
00:58:18,161 --> 00:58:19,871
Awak ditahan.

904
00:58:19,954 --> 00:58:22,040
Ada dua pertuduhan,

905
00:58:22,123 --> 00:58:26,252
feloni darjah kedua kerana penderaan
atau pengabaian kanak-kanak, okey?

906
00:58:26,836 --> 00:58:28,463
Awak faham atau tidak?

907
00:58:32,258 --> 00:58:33,760
Awak okey?

908
00:58:34,385 --> 00:58:36,930
Ada apa-apa masalah perubatan yang perlu…

909
00:58:37,013 --> 00:58:40,141
Awak perlukan rawatan perubatan
sebelum masuk penjara?

910
00:58:40,225 --> 00:58:41,059
Tidak.

911
00:58:41,142 --> 00:58:41,976
Okey.

912
00:58:42,477 --> 00:58:44,312
Baiklah, kami akan…

913
00:58:44,395 --> 00:58:46,898
Selepas dia selesai, kami bawa dia keluar.

914
00:58:50,401 --> 00:58:51,236
Masuklah.

915
00:58:51,945 --> 00:58:56,658
Ruby dan Jodi ditahan
atas dua pertuduhan penderaan kanak-kanak.

916
00:58:57,450 --> 00:59:01,371
Apabila saya masukkan Jodi
ke dalam kereta, dia kata,

917
00:59:02,205 --> 00:59:04,666
"Saya nak awak dengar cakap saya."

918
00:59:06,209 --> 00:59:11,130
Saya kata, "Awak dah panggil peguam,
saya hormati keputusan itu

919
00:59:11,214 --> 00:59:13,466
dan saya takkan tanya apa-apa soalan."

920
00:59:13,550 --> 00:59:16,052
Dia kata, "Tapi dengarlah cakap saya,

921
00:59:16,135 --> 00:59:18,805
budak-budak itu
tak boleh bercampur dengan budak lain."

922
00:59:21,599 --> 00:59:23,184
Selepas dia kata begitu,

923
00:59:23,268 --> 00:59:27,355
jelaslah dia terlibat secara langsung
dalam mengurung kanak-kanak itu.

924
00:59:29,440 --> 00:59:33,361
Saya percaya dia dan Ruby
merupakan ancaman kepada kanak-kanak itu.

925
00:59:35,154 --> 00:59:39,450
Itu dah cukup untuk kami minta
tiada ikat jamin untuk mereka berdua.

926
00:59:40,493 --> 00:59:42,787
Awak ada soalan untuk saya sekarang?

927
00:59:44,289 --> 00:59:45,123
Tiada soalan?

928
00:59:45,206 --> 00:59:46,416
Okey, masuklah.

929
00:59:47,584 --> 00:59:48,876
Dah masuk?

930
00:59:50,795 --> 00:59:55,633
Mereka dibawa ke Pusat Pemulihan Penyucian
Daerah Washington,

931
00:59:55,717 --> 00:59:59,804
mereka nyanyi him di belakang kereta
sepanjang perjalanan ke penjara.

932
01:00:04,601 --> 01:00:07,186
Ini panggilan daripada dan dibayar oleh…

933
01:00:07,979 --> 01:00:09,397
Jodi Hildebrandt.

934
01:00:09,480 --> 01:00:13,484
…banduan di Pusat Pemulihan Penyucian.

935
01:00:14,360 --> 01:00:15,570
- Awak di sana?
- Ya.

936
01:00:15,653 --> 01:00:18,281
Okey. "Tuhan berkata,

937
01:00:18,364 --> 01:00:20,366
mula-mula mereka akan pukul kamu

938
01:00:20,450 --> 01:00:22,368
dan menganiaya kamu,

939
01:00:22,452 --> 01:00:25,663
mereka membawa kamu
ke saumaah dan ke penjara."

940
01:00:26,706 --> 01:00:27,707
Wah.

941
01:00:28,374 --> 01:00:29,459
Kemudian dia kata,

942
01:00:29,542 --> 01:00:33,171
"Kamu akan dikhianati
kedua-dua ibu bapa dan adik-beradik

943
01:00:33,254 --> 01:00:35,256
dan saudara mara dan teman-teman."

944
01:00:35,798 --> 01:00:36,799
Saya rasa macam…

945
01:00:37,800 --> 01:00:39,802
Aduhai, itu yang berlaku sekarang.

946
01:00:43,973 --> 01:00:48,811
Amat mengejutkan apabila ibu pemblog Utah
dengan jutaan pengikut ditangkap,

947
01:00:48,895 --> 01:00:50,313
dituduh mendera kanak-kanak.

948
01:00:50,396 --> 01:00:54,108
Butiran membimbangkan telah muncul
dan reaksinya pantas.

949
01:00:54,192 --> 01:00:57,278
Ramai tampil
tentang pengalaman dengan ConneXions.

950
01:00:57,362 --> 01:01:01,032
Ini khidmat kaunseling
oleh Jodi Hildebrandt dan Ruby Franke…

951
01:01:06,954 --> 01:01:10,750
Saya terima panggilan telefon
yang banyak setiap hari.

952
01:01:10,833 --> 01:01:15,129
Banyak tip yang diterima mengatakan
mereka mangsa Jodi Hildebrandt.

953
01:01:16,255 --> 01:01:20,426
Salah satunya ialah ahli keluarga Jodi.

954
01:01:21,135 --> 01:01:23,763
Jessi gunakan kata ganti mereka.

955
01:01:23,846 --> 01:01:27,308
Ketika itu,
dia anggap dirinya anak saudara Jodi.

956
01:01:27,392 --> 01:01:31,354
Saya ditinggalkan dalam jagaan dia
kurang setahun semasa remaja.

957
01:01:33,064 --> 01:01:37,235
Jessi gambarkan apa yang Jodi lakukan
14 tahun sebelum itu.

958
01:01:40,947 --> 01:01:46,703
Jessi cerita, dia bangun suatu pagi,
Jodi masuk berjumpa mereka dan kata,

959
01:01:46,786 --> 01:01:48,663
"Mak ayah awak tiada. Tinggal di sini."

960
01:01:48,746 --> 01:01:52,542
Sebab Jessi perlu diubah.

961
01:01:53,292 --> 01:01:56,963
Saya pernah diikat.
Saya pernah dililit dengan pita pelekat.

962
01:01:57,046 --> 01:01:59,382
Saya dipaksa tidur di luar dalam salji.

963
01:02:02,635 --> 01:02:04,178
Saya Christi Judd.

964
01:02:04,262 --> 01:02:06,764
Saya dan suami tinggal di American Fork,

965
01:02:06,848 --> 01:02:09,434
tak jauh dari rumah Jodi Hildebrandt.

966
01:02:10,393 --> 01:02:12,353
Dia dah bercerai ketika itu.

967
01:02:12,437 --> 01:02:14,605
Tinggal dia dan dua anaknya saja.

968
01:02:16,357 --> 01:02:21,028
Jessi penuh bersemangat
ketika mula tiba di sana.

969
01:02:21,112 --> 01:02:23,197
Dia sebaya anak lelaki sulung saya.

970
01:02:23,281 --> 01:02:27,243
Saya sangka mereka berdua
akan berkawan baik.

971
01:02:27,326 --> 01:02:29,620
Kami mula atur rancangan…

972
01:02:30,413 --> 01:02:33,791
Tapi selalu pada saat akhir,
kami tak dapat hubungi Jodi.

973
01:02:33,875 --> 01:02:37,837
Semasa tinggal dengan Jodi,
saya alami pengasingan yang teruk,

974
01:02:37,920 --> 01:02:41,340
saya diberitahu
saya tak boleh bergaul dengan orang lain,

975
01:02:41,424 --> 01:02:44,177
saya diberitahu
saya membahayakan orang lain.

976
01:02:45,178 --> 01:02:48,639
Saya semakin jarang nampak dia.

977
01:02:48,723 --> 01:02:52,435
Saya tak dibenarkan tutup pintu bilik
sebab dia yakin

978
01:02:52,518 --> 01:02:56,022
yang saya asyik melancap.

979
01:02:56,105 --> 01:02:58,149
Dia yakin yang saya ketagih porno.

980
01:02:59,108 --> 01:03:01,360
Saya tak tahu pun apa semua itu.

981
01:03:01,986 --> 01:03:03,613
Tapi saya percayakan dia

982
01:03:03,696 --> 01:03:07,200
sebab dia gunakan agama dan Tuhan
sebagai cara mengawal.

983
01:03:07,283 --> 01:03:10,161
Dia nak jadikan hidup saya tak selesa

984
01:03:10,244 --> 01:03:11,871
sampai dosa dipaksa keluar.

985
01:03:13,122 --> 01:03:15,583
Jadi, saya akui dosa yang saya tak buat

986
01:03:15,666 --> 01:03:17,835
untuk cuba hentikan penderaan itu.

987
01:03:20,213 --> 01:03:25,843
Bercakap dengan Jessi membantu saya
lebih memahami pemikiran Jodi.

988
01:03:26,844 --> 01:03:29,055
Permainan kuasa. Mengawal segalanya.

989
01:03:30,139 --> 01:03:33,893
Walaupun Jodi tak pernah didakwa
kerana mendera,

990
01:03:33,976 --> 01:03:37,855
ini suatu pola yang berterusan
selama bertahun-tahun.

991
01:03:37,939 --> 01:03:41,442
Dua anak Ruby Franke bukan mangsa pertama.

992
01:03:41,526 --> 01:03:42,860
NOTIS KERAHSIAAN

993
01:03:42,944 --> 01:03:44,487
MASALAH KELUARGA - TIADA KEGANASAN

994
01:03:44,570 --> 01:03:49,450
Saya jumpa polis semasa 16 tahun.
Saya pergi… Saya cuba buat yang termampu.

995
01:03:50,368 --> 01:03:52,787
Tiada sesiapa percayakan saya. Kenapa?

996
01:03:52,870 --> 01:03:55,498
Dia musnahkan kredibiliti saya.
Saya remaja pemarah.

997
01:03:58,751 --> 01:04:02,088
Apabila saya sedar hal yang sebenar,

998
01:04:02,171 --> 01:04:06,968
saya rasa amat bersalah sebab saya
ada di situ tapi langsung tak tahu.

999
01:04:07,051 --> 01:04:09,178
Sejujurnya, saya sangat naif.

1000
01:04:09,262 --> 01:04:14,809
Saya tak percaya
yang seorang penjaga, seorang mak cik,

1001
01:04:14,892 --> 01:04:19,981
sanggup layan budak begitu.
Saya tak sangka itu boleh berlaku.

1002
01:04:25,027 --> 01:04:28,322
Saya ketahui lebih lanjut
tentang keluarga Jodi.

1003
01:04:28,406 --> 01:04:31,200
Dua anaknya kini dah dewasa,

1004
01:04:31,284 --> 01:04:34,996
dia terpisah daripada mereka.
Mereka enggan berhubung dengannya.

1005
01:04:37,081 --> 01:04:40,835
Jodi berkongsi sedikit saja
sejarah hidupnya dengan kami.

1006
01:04:40,918 --> 01:04:43,087
Dia pernah beritahu
tentang Hari Kesyukuran,

1007
01:04:43,170 --> 01:04:47,216
dia pulang ke rumah keluarganya
tapi mereka semua benci dia.

1008
01:04:47,967 --> 01:04:50,177
Saya terfikir, "Peliknya."

1009
01:04:50,261 --> 01:04:54,807
"Saya jumpa awak untuk baiki hubungan
dengan keluarga saya,

1010
01:04:54,891 --> 01:04:59,103
tapi tiada sesiapa dalam keluarga awak
hargai atau hormati awak."

1011
01:05:00,438 --> 01:05:02,690
Saya kurang tahu tentang masa silam Jodi.

1012
01:05:02,773 --> 01:05:05,985
Dia pernah masuk akhbar
sebab dia bintang bola keranjang.

1013
01:05:06,068 --> 01:05:07,236
Dia ratu cantik.

1014
01:05:08,237 --> 01:05:09,572
Kemudian, ada video

1015
01:05:09,655 --> 01:05:13,200
yang membayangkan
dia alami trauma semasa muda.

1016
01:05:13,284 --> 01:05:19,874
Saya ingat, semasa remaja dan awal dewasa,
saya dirundung kesakitan.

1017
01:05:20,416 --> 01:05:23,586
Ada masanya, sakitnya kurang.
Ada masanya, amat sakit.

1018
01:05:23,669 --> 01:05:29,842
Tapi asasnya sentiasa mengatakan,
"Awak tak penting. Awak tak cukup."

1019
01:05:33,179 --> 01:05:36,641
Kemudian, pada tahun 2020,
dia umumkan yang dia tulis buku.

1020
01:05:36,724 --> 01:05:39,435
Saya nak kongsikan dengan anda

1021
01:05:41,062 --> 01:05:44,357
buku yang saya tulis bertajuk,
You Are Not "Not Enough."

1022
01:05:44,857 --> 01:05:46,984
Dia tulis tentang zaman kanak-kanaknya.

1023
01:05:48,361 --> 01:05:52,031
Dia dianiaya beberapa kali
oleh remaja lelaki.

1024
01:05:52,114 --> 01:05:56,661
"Pengalaman ini membuatkan saya
rasa keliru, terasing dan takut,

1025
01:05:56,744 --> 01:06:00,164
sampaikan saya terlupa mengenainya

1026
01:06:00,247 --> 01:06:02,166
hingga saya berusia awal 20-an."

1027
01:06:04,794 --> 01:06:08,339
"Rahmat Tuhan membolehkan saya lupa
untuk saya jalani usia muda,

1028
01:06:08,422 --> 01:06:12,635
walaupun ada tanda-tanda tak disedari
bahawa perisai saya retak."

1029
01:06:14,095 --> 01:06:18,224
Dia bercakap
tentang disosiasi akibat traumanya.

1030
01:06:18,307 --> 01:06:22,728
Orang yang mengalami trauma sebegitu
ketika zaman kanak-kanak

1031
01:06:22,812 --> 01:06:25,147
biasanya ada diagnosis di kemudian hari

1032
01:06:25,231 --> 01:06:28,609
yang dinamakan
Gangguan Tekanan Pascatrauma Kompleks.

1033
01:06:29,902 --> 01:06:31,862
Kita terputus daripada realiti.

1034
01:06:31,946 --> 01:06:34,865
Itu yang menyebabkan kita berdisosiasi.

1035
01:06:35,616 --> 01:06:38,953
Antara simptomnya
ialah melakonkan semula trauma.

1036
01:06:39,036 --> 01:06:43,541
Dalam lakonan semula trauma itu,
daripada mangsa semasa kecil,

1037
01:06:43,624 --> 01:06:46,335
kita boleh jadi pemangsa
apabila dah dewasa.

1038
01:06:47,795 --> 01:06:50,006
Siapa berkuasa semasa dia membesar?

1039
01:06:50,089 --> 01:06:52,466
Dalam dunianya, lelaki yang berkuasa.

1040
01:06:53,300 --> 01:06:56,887
Jadi, apabila dia jadi ahli terapi,
dia ubah skripnya

1041
01:06:56,971 --> 01:07:00,725
dan kini dia rasa dia yang berkuasa
dan mengawal keadaan.

1042
01:07:04,311 --> 01:07:06,689
MAHKAMAH DAERAH KEHAKIMAN KEEMPAT

1043
01:07:06,772 --> 01:07:08,733
Terima kasih luangkan masa.
Saya hargainya.

1044
01:07:08,816 --> 01:07:12,069
Saya nak bekerjasama

1045
01:07:12,153 --> 01:07:15,573
tentang apa-apa berkaitan Jodi.

1046
01:07:16,073 --> 01:07:20,953
Beberapa minggu selepas Jodi ditahan,
Kevin Franke disoal buat kali kedua.

1047
01:07:21,537 --> 01:07:24,749
Kami lebih ingin tahu
tentang dinamik kalian

1048
01:07:24,832 --> 01:07:28,377
dan peranan Jodi
dalam hubungan dan kehidupan kalian.

1049
01:07:29,503 --> 01:07:33,632
Ruby mula bercakap dengan Jodi
pada hujung 2018

1050
01:07:33,716 --> 01:07:39,764
dengan niat untuk dia bantu Chad.

1051
01:07:39,847 --> 01:07:43,267
Chad ialah anak kedua Ruby dan Kevin.

1052
01:07:43,350 --> 01:07:48,522
Dia sedang lalui fasa remaja berontak.

1053
01:07:49,482 --> 01:07:52,943
Ini direkodkan dalam saluran Youtube
8 Passengers mereka.

1054
01:07:53,027 --> 01:07:54,945
Chad, apa awak buat itu?

1055
01:07:55,029 --> 01:07:57,865
- Tiada apa-apa.
- Jangan bermesej di meja makan.

1056
01:07:57,948 --> 01:07:58,949
Okey.

1057
01:07:59,033 --> 01:08:01,744
- Pagi ini, terima kasih…
- Tak sempat bervlog.

1058
01:08:01,827 --> 01:08:05,247
"Tak sempat bervlog".
Kita sentiasa ada masa bervlog!

1059
01:08:05,331 --> 01:08:09,835
Tak lama kemudian,
saya nampak banyak kandungan dalam talian

1060
01:08:09,919 --> 01:08:12,880
memaparkan Jodi dan Ruby bersama.

1061
01:08:12,963 --> 01:08:14,715
Amat jelas bagi saya

1062
01:08:14,799 --> 01:08:18,886
yang Ruby amat terikut-ikut
dengan ajaran Jodi.

1063
01:08:18,969 --> 01:08:21,430
Ruby boleh sahkan,
saya berterus terang dengannya.

1064
01:08:21,514 --> 01:08:24,642
Hari pertama Jodi kata, "Awak kena
ada batasan dengan anak-anak."

1065
01:08:24,725 --> 01:08:25,976
Ia tak selesa.

1066
01:08:26,060 --> 01:08:29,021
Saya rampas media sosial
dan telefon mereka.

1067
01:08:29,105 --> 01:08:33,901
Dia faham kepentingan mempelajari prinsip
jujur, bertanggungjawab dan rendah diri.

1068
01:08:33,984 --> 01:08:40,116
Kehidupannya dan anak-anaknya
tiba-tiba berubah.

1069
01:08:40,199 --> 01:08:45,121
Ruby dan Kevin mempercayai Jodi
macam ahli keluarga sendiri.

1070
01:08:45,204 --> 01:08:47,832
Mereka rujuk dia
untuk bimbingan dan kebijaksanaan.

1071
01:08:47,915 --> 01:08:49,708
Saluran 8 Passengers mereka

1072
01:08:49,792 --> 01:08:52,628
menunjukkan eratnya Jodi
dengan keluarga mereka.

1073
01:08:52,711 --> 01:08:58,259
Saya dapat panggilan
daripada ahli terapi saya semalam,

1074
01:08:58,342 --> 01:09:01,637
dia ajar saya
tentang kebenaran dan herotan.

1075
01:09:01,720 --> 01:09:04,056
Mak selalu bercakap tentang Jodi, tapi…

1076
01:09:06,267 --> 01:09:09,937
Jodi nampak platform yang dia suka

1077
01:09:10,020 --> 01:09:12,690
iaitu saluran 8 Passengers Ruby dan Kevin.

1078
01:09:13,315 --> 01:09:16,944
Apabila mereka minta bantuannya
sebagai ahli terapi,

1079
01:09:17,027 --> 01:09:21,782
mungkin dia rasa
dia boleh dapatkan sedikit kejayaan itu.

1080
01:09:23,409 --> 01:09:27,204
Ruby sara hidupnya
dengan memasarkan anak-anaknya.

1081
01:09:27,288 --> 01:09:30,749
Kini dia ikut nasihat Jodi

1082
01:09:30,833 --> 01:09:35,421
dan mereka bekerjasama secara profesional
untuk pasarkan ConneXions.

1083
01:09:35,504 --> 01:09:37,965
Maka muncul kelas Perkasakan Kegembiraan.

1084
01:09:38,048 --> 01:09:39,842
Disebabkan Perkasakan Kegembiraan,

1085
01:09:39,925 --> 01:09:43,429
seluruh keluarga saya
kini ada kosa kata yang sama.

1086
01:09:43,512 --> 01:09:45,389
Kami boleh berkomunikasi.

1087
01:09:45,472 --> 01:09:47,600
Saya sokong,

1088
01:09:47,683 --> 01:09:52,688
jadi, bersama-sama kami tetapkan batasan
untuk anak kami, Chad.

1089
01:09:53,480 --> 01:09:57,818
Saya tengok beberapa video
yang Ruby muat naik

1090
01:09:57,902 --> 01:10:01,322
tentang merampas bilik tidur anaknya.

1091
01:10:01,405 --> 01:10:04,074
Saya tidur atas beg kekacang
sejak Oktober.

1092
01:10:04,158 --> 01:10:06,368
Bilik saya baru dipulangkan
dua minggu lalu.

1093
01:10:06,452 --> 01:10:08,829
Rasanya penonton kita tak tahu.

1094
01:10:09,663 --> 01:10:10,789
Selepas video itu,

1095
01:10:10,873 --> 01:10:15,294
saya nampak netizen kata
ini dah melebihi didikan tegas.

1096
01:10:16,420 --> 01:10:18,631
8 Passengers akhirnya didedahkan.

1097
01:10:18,714 --> 01:10:22,760
Dah lama saya kata mereka mendera.

1098
01:10:22,843 --> 01:10:24,428
Mak nak ambil gunting…

1099
01:10:24,511 --> 01:10:26,972
Tengok mak. Dan mak nak potong kepalanya.

1100
01:10:28,349 --> 01:10:30,768
Perempuan ini kejam terhadap anaknya.

1101
01:10:30,851 --> 01:10:36,982
Kami beritahu mereka
tahun ini mereka takkan dilawati Santa.

1102
01:10:37,316 --> 01:10:40,819
PANGGIL CPS PERIKSA
SALURAN KELUARGA BERVLOG "8 PASSENGERS"

1103
01:10:42,196 --> 01:10:43,948
Netizen…

1104
01:10:44,031 --> 01:10:46,200
Netizen kritik mereka.

1105
01:10:46,700 --> 01:10:48,577
Mereka dikecam.

1106
01:10:48,661 --> 01:10:51,413
Saya rasa Ruby "atas pagar".

1107
01:10:51,497 --> 01:10:53,165
Dia di tengah-tengah

1108
01:10:53,249 --> 01:10:56,377
antara keibubapaan yang baik
dan yang buruk.

1109
01:10:58,587 --> 01:11:03,217
Tiada bukti
dalam saluran YouTube 8 Passengers

1110
01:11:03,300 --> 01:11:07,137
yang Ruby lakukan jenayah
mendera anak-anaknya.

1111
01:11:08,847 --> 01:11:11,100
Kemudian, Jodi terlibat.

1112
01:11:11,725 --> 01:11:17,564
Perbezaan antara keibubapaan atas pagar
dan penyeksaan kanak-kanak

1113
01:11:17,648 --> 01:11:19,149
adalah sangat besar.

1114
01:11:23,737 --> 01:11:25,823
Menjelang awal tahun 2021,

1115
01:11:25,906 --> 01:11:28,951
sekatan pergerakan akibat COVID
benar-benar berlaku.

1116
01:11:29,034 --> 01:11:31,912
Bagi saya, amat jelas yang kandungan Jodi

1117
01:11:31,996 --> 01:11:35,332
makin agresif dan serius.

1118
01:11:35,416 --> 01:11:39,837
Sejujurnya, kehadirannya dalam talian
terasa semakin melampau.

1119
01:11:39,920 --> 01:11:42,172
Tuhan ada tugas untuk anda semua.

1120
01:11:42,256 --> 01:11:45,509
Tiba masa untuk sediakan, ketuai

1121
01:11:45,592 --> 01:11:50,264
dan lindungi kebenaran,
keluarga dan anak-anak anda.

1122
01:11:50,889 --> 01:11:53,934
Jodi orang yang bersedia
hadapi kiamat secara tegar.

1123
01:11:54,018 --> 01:11:59,523
Dia selalu kata, "Ethan, saya amat yakin
yang saya bantu awak bersedia

1124
01:12:00,190 --> 01:12:02,234
untuk kemunculan semula Jesus Christ."

1125
01:12:02,985 --> 01:12:06,113
Saya nampak bukti

1126
01:12:06,196 --> 01:12:09,408
yang Jodi rasa jadual itu dicepatkan.

1127
01:12:12,828 --> 01:12:14,455
Pada Mac 2021,

1128
01:12:14,538 --> 01:12:17,666
Jodi meluah kepada Ruby

1129
01:12:17,750 --> 01:12:22,212
yang dia percaya dia diseksa dan dihantui

1130
01:12:22,296 --> 01:12:25,883
oleh suatu bayang-bayang setiap malam.

1131
01:12:27,426 --> 01:12:31,180
Ruby yakin yang kami boleh
masuk campur dan bantu Jodi.

1132
01:12:31,263 --> 01:12:35,351
Saya kata, "Tidak.
Saya tak nak ini dalam rumah saya."

1133
01:12:35,434 --> 01:12:37,353
Tapi saya mengalah.

1134
01:12:38,103 --> 01:12:41,565
Banyak perkara tak beretika
yang Jodi Hildebrandt buat.

1135
01:12:41,648 --> 01:12:45,194
Dia ahli terapi anak-anak,
dia juga ahli terapi ibu bapa,

1136
01:12:45,277 --> 01:12:49,615
dan pada waktu dia kesusahan yang bunyinya
macam krisis kesihatan mental,

1137
01:12:49,698 --> 01:12:52,701
dia tinggal dengan kliennya.

1138
01:12:53,744 --> 01:12:56,497
Jodi sering dirasuk.

1139
01:12:56,580 --> 01:12:59,750
Dia bercakap dengan suara berbeza-beza.

1140
01:13:00,292 --> 01:13:02,878
Jodi bangun pada tengah malam.

1141
01:13:03,379 --> 01:13:07,549
Dia alami sesuatu yang mereka anggap
ramalan pada waktu itu.

1142
01:13:09,426 --> 01:13:11,553
Ketika itu, Ruby putuskan,

1143
01:13:11,637 --> 01:13:16,809
"Biar saya tidur sebilik dengan Jodi
dan uruskan kegerunan tidurnya."

1144
01:13:16,892 --> 01:13:21,105
Begitulah. Mereka mula tidur sekatil.

1145
01:13:24,149 --> 01:13:26,568
Banyak peraturan dikenakan ke atas saya.

1146
01:13:26,652 --> 01:13:30,280
Saya tak boleh makan di dapur
selagi Ruby tak beri kebenaran.

1147
01:13:30,364 --> 01:13:35,285
Tingkat atas tempat Jodi merayau
tak boleh dimasuki.

1148
01:13:36,537 --> 01:13:40,165
Mereka berkunci dalam bilik
selama empat hingga lima jam,

1149
01:13:40,249 --> 01:13:45,087
kemudian mereka keluar
dengan muka bahagia.

1150
01:13:45,170 --> 01:13:47,756
Ruby beritahu saya,

1151
01:13:47,840 --> 01:13:51,635
"Dia dapat bayangan menakjubkan

1152
01:13:51,718 --> 01:13:53,762
dan saya tulis semuanya."

1153
01:13:54,596 --> 01:13:56,849
Ketika itulah dia minta saya pergi.

1154
01:14:00,352 --> 01:14:05,441
Saya selalu ingin tahu
tentang hubungan Jodi dengan Ruby,

1155
01:14:05,524 --> 01:14:07,985
cara dia bercakap dan pandang Ruby.

1156
01:14:08,068 --> 01:14:10,446
Jodi dan Ruby muat naik video promosi

1157
01:14:10,529 --> 01:14:13,615
yang saya rasa
menunjukkan kemesraan mereka.

1158
01:14:13,699 --> 01:14:16,410
Mari habiskan dua hari dengan kami
di selatan Utah

1159
01:14:16,493 --> 01:14:20,873
mendaki, meluncur jet ski, hadiri latihan
dan bimbingan satu dengan satu.

1160
01:14:21,582 --> 01:14:24,710
Ada cakap-cakap yang dia mungkin lesbian,

1161
01:14:24,793 --> 01:14:26,670
tapi dia ada beri komen

1162
01:14:26,753 --> 01:14:32,092
yang kalau kita LGBTQ, itu satu ketagihan

1163
01:14:32,176 --> 01:14:34,011
yang boleh dipulihkan,

1164
01:14:34,094 --> 01:14:35,679
tapi ia perkara memalukan.

1165
01:14:35,762 --> 01:14:38,974
Kita sangat malu
dan itu sebab kita menuju ke arah itu.

1166
01:14:39,600 --> 01:14:42,644
Apabila kita ikuti agama
yang tinggi tuntutannya

1167
01:14:42,728 --> 01:14:44,354
dan kalau kita LGBT,

1168
01:14:44,438 --> 01:14:48,901
selalunya kita akan rasa
tiada ruang untuk kita wujud.

1169
01:14:48,984 --> 01:14:51,612
Kita tak boleh fikir untuk jadi LGBT pun.

1170
01:14:51,695 --> 01:14:56,992
Jadi, saya rasa, pengikut begini

1171
01:14:57,075 --> 01:15:00,454
akan pendam rasa
dan mula membenci diri sendiri,

1172
01:15:00,537 --> 01:15:04,333
kemudian, yang bahayanya,
ia boleh berubah jadi ekstremisme.

1173
01:15:05,167 --> 01:15:09,880
Saya dengar beberapa videonya
dan ia agak anti-LGBT.

1174
01:15:09,963 --> 01:15:14,051
Orang kata, "Homoseksualiti
tak sama dengan pedofilia!"

1175
01:15:14,134 --> 01:15:16,053
Okey, ia mungkin tak sama,

1176
01:15:16,136 --> 01:15:19,890
tapi yang sama ialah penyimpangan seksual.

1177
01:15:20,474 --> 01:15:24,269
Saya tahu dia ada pendapat yang kuat
tentang komuniti LGBTQ.

1178
01:15:24,353 --> 01:15:29,358
Saya ada tonton klip
yang Jodi bersikap defensif mengenainya.

1179
01:15:29,441 --> 01:15:33,278
Saya anak Tuhan. Itulah diri saya.

1180
01:15:33,362 --> 01:15:34,696
Saya bukan gay…

1181
01:15:35,697 --> 01:15:37,324
sebab saya kudus.

1182
01:15:38,325 --> 01:15:41,119
Mungkin Jodi ada perasaan
yang cuba dipendam.

1183
01:15:44,540 --> 01:15:48,544
Apabila Jodi berjaya
asingkan Ruby daripada Kevin,

1184
01:15:48,627 --> 01:15:55,634
dia dapat betul-betul cuci otaknya
dan buat Ruby percaya dia nabi hidup.

1185
01:15:56,218 --> 01:16:01,807
Kita dapat lihat cara Jodi Hildebrandt
mewajarkan langkah seterusnya.

1186
01:16:01,890 --> 01:16:05,102
"Saya betul tentang seksualiti,

1187
01:16:05,185 --> 01:16:07,688
saya betul kerana pisahkan keluarga,

1188
01:16:07,771 --> 01:16:13,068
saya betul dalam memastikan anak anda
di landasan yang betul

1189
01:16:13,151 --> 01:16:16,863
dan pastikan mereka tak terpengaruh
dengan anasir jahat."

1190
01:16:19,324 --> 01:16:25,122
Ruby dan Jodi bertekad untuk buat kerja

1191
01:16:25,205 --> 01:16:27,416
yang mereka rasa Tuhan beri.

1192
01:16:35,757 --> 01:16:37,676
Kami tahu, pada musim panas itu,

1193
01:16:37,759 --> 01:16:41,597
Ruby dan Jodi tinggal di rumah Jodi

1194
01:16:41,680 --> 01:16:45,767
dan anak-anaknya didera dan diseksa

1195
01:16:45,851 --> 01:16:48,478
secara sistematik di rumah itu.

1196
01:16:49,021 --> 01:16:50,314
Pada masa yang sama,

1197
01:16:50,397 --> 01:16:54,985
Jodi dan Ruby
terus merakam di dalam rumah itu.

1198
01:16:56,653 --> 01:16:58,864
Anda nak tahu mana vlog saya?

1199
01:16:58,947 --> 01:17:00,824
Kenapa saya tinggalkan YouTube?

1200
01:17:00,907 --> 01:17:03,076
Untuk selamatkan anak-anak saya.

1201
01:17:03,160 --> 01:17:06,580
Saluran 8 Passengers
ditukar kepada Moms of Truth.

1202
01:17:07,164 --> 01:17:11,209
Helo dan selamat datang ke Moms of Truth
bersama Jodi dan Ruby.

1203
01:17:11,293 --> 01:17:15,589
Moms of Truth
ialah saluran nasihat keibubapaan.

1204
01:17:15,672 --> 01:17:16,840
Di rumah ini,

1205
01:17:16,923 --> 01:17:20,344
tiada ruang peribadi sebab ini ruang saya.

1206
01:17:20,427 --> 01:17:21,970
Sebab saya ibu mereka.

1207
01:17:22,054 --> 01:17:23,639
Nasihat keibubapaan yang kasar.

1208
01:17:23,722 --> 01:17:26,391
Kita takut pertanggungjawabkan anak kita.

1209
01:17:26,475 --> 01:17:29,519
Daripada mengejar anak merata-rata,

1210
01:17:29,603 --> 01:17:33,190
anda patut pelajari Prinsip Kebenaran.

1211
01:17:33,273 --> 01:17:36,068
Anda dikecam di rumah sendiri.

1212
01:17:37,611 --> 01:17:43,241
Saya saksikan seluruh dinamik
kandungan kepada umum Jodi berubah.

1213
01:17:43,825 --> 01:17:44,826
Dia gunakan Ruby.

1214
01:17:45,577 --> 01:17:51,625
Saya… Saya sayang kanak-kanak.
Saya sayang anak-anak anda.

1215
01:17:51,708 --> 01:17:56,546
Saya ada tugas suci
untuk bantu anda lindungi mereka.

1216
01:17:57,089 --> 01:18:00,133
Dan itu yang Ruby buat.
Saya masuk ke dalam hidupnya

1217
01:18:00,217 --> 01:18:04,012
dan saya bantu membesarkan,
mengajar dan membimbing anak-anaknya.

1218
01:18:04,930 --> 01:18:06,973
Itu yang kami nak kongsikan, cara…

1219
01:18:07,057 --> 01:18:09,851
Jodi nampak dalam Ruby

1220
01:18:09,935 --> 01:18:14,690
orang yang sanggup ikut telunjuknya

1221
01:18:14,773 --> 01:18:17,901
dan buat segala suruhannya.

1222
01:18:17,984 --> 01:18:23,115
Mungkin antara sebab
hal ini jadi teruk begini

1223
01:18:23,198 --> 01:18:26,076
kerana Jodi nak lihat
sejauh mana dia boleh desak Ruby

1224
01:18:26,159 --> 01:18:27,994
sebelum Ruby melawan balik.

1225
01:18:28,078 --> 01:18:30,872
Tapi tiada bukti
yang Ruby pernah lawan balik.

1226
01:18:30,956 --> 01:18:32,958
Selagi Jodi kata,

1227
01:18:33,041 --> 01:18:36,336
"Saya bercakap dengan Tuhan tadi,
kita kena buat ini,"

1228
01:18:36,420 --> 01:18:37,921
Ruby akan buat saja.

1229
01:18:41,508 --> 01:18:43,593
Apabila kita lihat definisi kultus,

1230
01:18:43,677 --> 01:18:46,680
dan saya bercakap
hanya berdasarkan pengalaman saya,

1231
01:18:46,763 --> 01:18:49,516
dia pemimpin disepakati
dan tiada yang ingkar.

1232
01:18:51,226 --> 01:18:54,855
Banyak pembasuhan otak.
Banyak pengasingan.

1233
01:18:55,355 --> 01:18:58,066
Naluri saya berkata,
"Ada sesuatu tak kena."

1234
01:18:58,150 --> 01:18:59,443
"Ini tak betul."

1235
01:18:59,526 --> 01:19:02,821
"Perkara yang dia suruh saya buat
adalah tak baik."

1236
01:19:05,282 --> 01:19:11,621
Susah untuk lihat balik
dan menilai aspek yang saya patuhi Jodi,

1237
01:19:11,705 --> 01:19:14,332
walaupun gerak hati saya kata begitu.

1238
01:19:15,917 --> 01:19:19,171
Saya berpisah buat lima bulan pertama

1239
01:19:19,254 --> 01:19:21,798
dan teruskan jumpa Jodi
sepanjang tahun itu.

1240
01:19:21,882 --> 01:19:23,717
Saya rasa keadaan dah berubah.

1241
01:19:23,800 --> 01:19:26,219
Bahasanya makin lama makin kasar.

1242
01:19:26,303 --> 01:19:29,890
Seolah-olah kata-katanya dah tiada tapis.

1243
01:19:29,973 --> 01:19:33,518
"Ethan, awak tak tahu rasanya
mendengar suara Tuhan.

1244
01:19:33,602 --> 01:19:35,395
Awak tak pernah dengar."

1245
01:19:37,355 --> 01:19:40,442
Melihat seseorang hilang kawalan,
saya fikir,

1246
01:19:41,401 --> 01:19:44,446
pada suatu tahap, dunianya akan runtuh.

1247
01:19:45,822 --> 01:19:50,368
Itulah panduan paling jelas
untuk tinggalkan program itu.

1248
01:19:52,621 --> 01:19:55,165
Tak lama kemudian,
saya dan isteri bercerai.

1249
01:19:55,248 --> 01:19:57,667
Saya yakin sepenuhnya puncanya Jodi.

1250
01:20:01,838 --> 01:20:06,968
Saya rasa Jodi
yang benar-benar mempengaruhi

1251
01:20:07,052 --> 01:20:09,387
pemikiran dan keputusan saya

1252
01:20:09,471 --> 01:20:13,850
sebab saya terdesak perlukan bantuan.

1253
01:20:13,934 --> 01:20:18,188
Saya perlukan suatu harapan
untuk perkahwinan saya.

1254
01:20:18,271 --> 01:20:22,609
Akhirnya, kami nampak banyak masalah
dan kami putuskan untuk keluar.

1255
01:20:24,611 --> 01:20:28,657
Jodi memainkan peranan besar
dalam kehancuran rumah tangga saya.

1256
01:20:28,740 --> 01:20:30,867
Dalam masa setahun, kami bercerai.

1257
01:20:34,120 --> 01:20:35,580
Kita semua perlu…

1258
01:20:36,832 --> 01:20:38,667
sebagai satu budaya, fikirkan

1259
01:20:38,750 --> 01:20:44,214
cara untuk huraikan penipuan
dan gambaran salah dengan sengaja,

1260
01:20:44,297 --> 01:20:47,259
serta kebenaran dan fakta,
juga cara untuk kita

1261
01:20:47,926 --> 01:20:49,094
tinggal di dunia ini.

1262
01:20:57,853 --> 01:21:00,480
Masih banyak perlu dibongkar.

1263
01:21:00,564 --> 01:21:04,776
Tapi, yang paling penting,
kami nak bercakap dengan anak-anaknya.

1264
01:21:05,485 --> 01:21:10,824
Budak lelaki itu beri maklumat yang bagus,
sangat terperinci dan deskriptif.

1265
01:21:11,616 --> 01:21:15,954
Kami dapat gambaran lebih jelas
tentang apa yang berlaku kepada mereka.

1266
01:21:16,037 --> 01:21:20,709
Ia bermula dengan apa yang saya panggil
keibubapaan yang teruk,

1267
01:21:20,792 --> 01:21:22,460
tapi bukan tindakan jenayah.

1268
01:21:23,336 --> 01:21:27,340
Tugas fizikal, bawa kotak
naik dan turun tangga sebagai hukuman.

1269
01:21:28,049 --> 01:21:30,427
Kemudian ia makin teruk.

1270
01:21:32,804 --> 01:21:39,019
Budak itu gambarkan
hukuman dera yang sangat ekstrem

1271
01:21:39,102 --> 01:21:41,563
untuk perkara kecil.

1272
01:21:43,189 --> 01:21:47,068
Kami perlu kembali ke rumah itu
sebab ada banyak lagi,

1273
01:21:47,152 --> 01:21:50,447
dan saya akan melihatnya
dari perspektif berbeza,

1274
01:21:50,530 --> 01:21:53,617
untuk cuba sahkan ceritanya.

1275
01:21:55,410 --> 01:21:58,455
Kami dapat panggilan
daripada detektif di rumah itu,

1276
01:21:58,538 --> 01:22:00,665
mereka kata, "Ya Tuhan."

1277
01:22:00,749 --> 01:22:02,667
Ketika itulah
kami jumpa jurnal-jurnal itu.

1278
01:22:04,419 --> 01:22:07,130
Penganut LDS
amat pentingkan menulis jurnal.

1279
01:22:07,213 --> 01:22:09,925
Mereka disuruh merekod segalanya.

1280
01:22:10,008 --> 01:22:15,263
Ada beberapa jurnal ditemui
dan jurnal Ruby…

1281
01:22:17,682 --> 01:22:18,975
amat luar biasa.

1282
01:22:19,768 --> 01:22:23,605
Kami jumpa dokumen bertulis
tentang segala yang berlaku.

1283
01:22:24,105 --> 01:22:27,859
Segala perbuatan mereka
kepada anak-anaknya dan sebabnya.

1284
01:22:28,777 --> 01:22:32,822
"Kelakuan budak lelaki dan perempuan itu
banyak menyimpang."

1285
01:22:32,906 --> 01:22:36,993
"Gaya hidup pentingkan diri
dan penuh dosa mereka diambil tindakan."

1286
01:22:39,746 --> 01:22:43,333
"Hari kedua budak lelaki itu
melompat atas trampolin mini."

1287
01:22:44,000 --> 01:22:48,838
Dia kena melompat atas trampolin
berjam-jam lamanya

1288
01:22:48,922 --> 01:22:50,382
pada musim panas

1289
01:22:50,465 --> 01:22:53,343
dan kalau dia berehat,

1290
01:22:53,426 --> 01:22:56,721
dia dikatakan penipu dan cuba menipu.

1291
01:22:57,931 --> 01:22:59,265
"Dia ingkar."

1292
01:23:00,225 --> 01:23:04,980
"Budak itu, atau saya rasa setannya,
duduk berteduh."

1293
01:23:06,022 --> 01:23:08,274
"Saya kembali dengan pencucuk kaktus."

1294
01:23:08,358 --> 01:23:12,028
"Apabila saya cucuk belakangnya
untuk berjemur, dia tak kisah."

1295
01:23:12,737 --> 01:23:15,949
"Dia dalam keadaan khayal
dan tak rasa apa-apa."

1296
01:23:17,993 --> 01:23:20,662
Kami jumpa trampolin senaman…

1297
01:23:22,455 --> 01:23:26,751
dengan lekukan fizikal,

1298
01:23:26,835 --> 01:23:29,087
kesan geselannya pada konkrit.

1299
01:23:30,046 --> 01:23:34,217
Saya nampak pembentukan kalsium
pada trampolin

1300
01:23:34,300 --> 01:23:36,344
disebabkan peluhnya.

1301
01:23:36,428 --> 01:23:38,763
Itu bukan lagi aktiviti santai.

1302
01:23:38,847 --> 01:23:41,391
Dia diseksa atas trampolin kecil itu.

1303
01:23:41,474 --> 01:23:45,061
HARI BESAR UNTUK KEJAHATAN

1304
01:23:46,271 --> 01:23:50,316
Jurnal Ruby mengesahkan cerita budak itu.

1305
01:23:53,611 --> 01:23:58,658
Baris demi baris, segala yang diceritakan,
ada ditulis Ruby dalam jurnalnya.

1306
01:24:00,368 --> 01:24:05,040
Jurnal itu merekodkan yang tindakan Ruby
adalah atas dasar sayang

1307
01:24:05,123 --> 01:24:07,292
untuk halau roh jahat.

1308
01:24:08,209 --> 01:24:10,295
Saya yakin semua itu angkara Jodi.

1309
01:24:12,756 --> 01:24:15,717
"Roh beritahu Jodi dengan jelas,

1310
01:24:15,800 --> 01:24:18,762
'Jangan biar budak-budak ini
rosakkan hidup awak.'"

1311
01:24:22,557 --> 01:24:25,185
15 JULAI 2023

1312
01:24:25,310 --> 01:24:29,439
Dalam jurnal Ruby, dia tulis
tentang budak itu pernah melarikan diri

1313
01:24:29,522 --> 01:24:31,107
pada tengah malam.

1314
01:24:31,191 --> 01:24:34,527
"Ya Tuhan! Kami perlukan keajaiban."

1315
01:24:34,611 --> 01:24:37,405
"Tunjukkan di mana budak itu."

1316
01:24:37,489 --> 01:24:39,199
"Aku patuh segala arahan-Mu."

1317
01:24:39,282 --> 01:24:43,578
"Lindungi aku. Lindungi Jodi.
Lindungi kami. Lindungi kami."

1318
01:24:43,661 --> 01:24:45,955
Tapi dia tak ketuk mana-mana pintu.

1319
01:24:46,039 --> 01:24:50,460
Dia cuba pergi ke bahagian utama Ivins
yang nampak bercahaya.

1320
01:24:51,753 --> 01:24:54,172
"Saya pecut untuk pergi sejauh mungkin,

1321
01:24:54,255 --> 01:24:56,841
berlumba dengan matahari dan setan."

1322
01:24:57,342 --> 01:25:00,637
"Kemudian, saya nampak budak itu
berjalan di tepi jalan."

1323
01:25:00,720 --> 01:25:02,764
Penderaan paling teruk berlaku

1324
01:25:02,847 --> 01:25:06,226
selepas budak itu
cuba melarikan diri dan ditangkap.

1325
01:25:07,685 --> 01:25:09,646
Mereka mula ikat dia.

1326
01:25:09,729 --> 01:25:12,565
Mereka cuba cara berbeza,
mereka ikat pada Ruby,

1327
01:25:12,649 --> 01:25:14,567
ikat dia pada pemberat

1328
01:25:14,651 --> 01:25:17,195
dan akhirnya mereka pilih cara

1329
01:25:17,278 --> 01:25:20,323
yang paling efisyen
bagi mereka untuk ikat dia

1330
01:25:20,406 --> 01:25:23,660
iaitu gari kedua-dua tangan
dan kedua-dua buku lalinya,

1331
01:25:23,743 --> 01:25:25,662
tiarapkan dia

1332
01:25:25,745 --> 01:25:30,333
dan ikat dua set gari itu bersama.
Dia diikat macam haiwan.

1333
01:25:30,416 --> 01:25:34,546
Ketika itulah kecederaan teruk berlaku

1334
01:25:34,629 --> 01:25:38,633
sebab dia dibiarkan
dalam kedudukan itu berjam-jam.

1335
01:25:40,510 --> 01:25:44,389
Sukar untuk bayangkan betapa hinanya

1336
01:25:44,472 --> 01:25:46,975
seorang dewasa sampai sanggup
buat begitu kepada budak.

1337
01:25:51,479 --> 01:25:54,524
30 OGOS 2023
10:46 PAGI

1338
01:25:58,862 --> 01:25:59,863
Ya?

1339
01:26:00,446 --> 01:26:01,656
Hai, saya cuma

1340
01:26:02,824 --> 01:26:05,368
nak tanya
jika awak boleh bantu dua perkara?

1341
01:26:07,662 --> 01:26:09,330
Apa dia?

1342
01:26:09,414 --> 01:26:12,876
Bawa saya ke balai polis terdekat.

1343
01:26:12,959 --> 01:26:15,086
Satu saja cukuplah.

1344
01:26:16,045 --> 01:26:19,549
Dia selalu diberitahu oleh Jodi dan Ruby

1345
01:26:19,632 --> 01:26:21,676
yang dia akan dipenjarakan
atas perbuatannya.

1346
01:26:22,844 --> 01:26:25,305
"Hari ini dia mengamuk berjam-jam."

1347
01:26:25,388 --> 01:26:29,350
"'Saya takkan berubah!
Bawalah saya ke penjara.'"

1348
01:26:30,852 --> 01:26:32,228
Dia lapar dan…

1349
01:26:32,729 --> 01:26:33,980
Dia kata dia…

1350
01:26:35,398 --> 01:26:37,609
Ini salah dia.

1351
01:26:38,443 --> 01:26:40,153
Itu tahap manipulasi

1352
01:26:40,236 --> 01:26:45,658
yang menyebabkan kanak-kanak percaya
mereka patut dihukum

1353
01:26:45,742 --> 01:26:51,998
dan tak layak dapat kasih sayang
seperti yang patut diberi oleh ibu bapa.

1354
01:26:54,292 --> 01:26:56,461
Jodi ada di sana sekarang?

1355
01:26:56,544 --> 01:26:58,546
- Ya.
- Okey.

1356
01:26:58,630 --> 01:27:01,507
Jodi Hildebrandt ada di sana sekarang.

1357
01:27:02,550 --> 01:27:03,551
Okey.

1358
01:27:04,886 --> 01:27:07,722
Dia akan cari budak ini
tak lama lagi, tapi…

1359
01:27:08,556 --> 01:27:10,934
Okey, polis kena datang secepat mungkin.

1360
01:27:11,517 --> 01:27:12,518
Dia…

1361
01:27:13,269 --> 01:27:14,479
Dia perempuan jahat.

1362
01:27:18,858 --> 01:27:20,902
Pegawai respons awal kami

1363
01:27:20,985 --> 01:27:25,490
nampak sebuah kenderaan di jalan raya
ketika dalam perjalanan ke sana.

1364
01:27:26,449 --> 01:27:30,703
Dia tahu yang itu mungkin Jodi Hildebrandt

1365
01:27:30,787 --> 01:27:33,164
mencari budak itu.

1366
01:27:33,248 --> 01:27:38,962
Apabila Jodi tahan dia
dan tanya kalau dia nampak budak lelaki,

1367
01:27:39,045 --> 01:27:41,714
dia pantas berfikir dan kata,

1368
01:27:41,798 --> 01:27:45,218
"Tak, tapi kalau nampak,
saya akan beritahu awak."

1369
01:27:45,301 --> 01:27:48,221
Dia kata dia tinggal di sini.
Saya kata, "Baiklah,

1370
01:27:48,304 --> 01:27:50,473
saya sedang telefon sarjan saya."

1371
01:27:53,393 --> 01:27:56,145
Saya rasa Jodi kembali ke kediamannya

1372
01:27:56,229 --> 01:27:58,564
selepas dia jumpa polis itu.

1373
01:27:58,648 --> 01:28:02,652
Dia ambil tali dan gari
yang budak itu tanggalkan,

1374
01:28:02,735 --> 01:28:04,737
bawa ke bilik selamat,

1375
01:28:04,821 --> 01:28:08,157
simpan dalam laci bawah
dan tutup bilik selamat itu.

1376
01:28:09,450 --> 01:28:12,870
Bilik selamat yang dia kata
dia tiada kata laluannya.

1377
01:28:12,954 --> 01:28:15,373
Peti itu dah beberapa tahun terkunci…

1378
01:28:15,456 --> 01:28:17,458
Mungkin dia buat begitu sebab tahu

1379
01:28:17,542 --> 01:28:21,379
ada bukti jelas tentang penglibatannya.

1380
01:28:24,632 --> 01:28:27,260
PUSAT PEMULIHAN PENYUCIAN

1381
01:28:27,343 --> 01:28:33,057
SEHARI SELEPAS TANGKAPAN

1382
01:28:34,267 --> 01:28:35,268
Ini fitnah.

1383
01:28:35,351 --> 01:28:36,853
RAKAMAN PANGGILAN TELEFON PENJARA

1384
01:28:36,936 --> 01:28:39,063
Dah lama setan nak kenakan saya.

1385
01:28:41,357 --> 01:28:44,152
- Awak tahu hati saya.
- Apa tuduhan mereka?

1386
01:28:44,235 --> 01:28:47,030
Feloni darjah kedua
untuk penderaan kanak-kanak.

1387
01:28:47,113 --> 01:28:48,406
SYERIF DAERAH WASHINGTON

1388
01:28:48,489 --> 01:28:51,242
Wah, itu sangat serius.

1389
01:28:53,661 --> 01:28:55,997
Orang dewasa sukar faham

1390
01:28:56,080 --> 01:28:59,834
kanak-kanak penuh kejahatan
dan apa diperlukan untuk melawannya.

1391
01:29:00,752 --> 01:29:04,589
Saya tak kenal satu pun orang dewasa
yang sanggup lihat kebenaran.

1392
01:29:05,256 --> 01:29:07,800
Seminit lagi untuk panggilan ini.

1393
01:29:08,426 --> 01:29:09,761
Budak-budak itu

1394
01:29:09,844 --> 01:29:12,472
akan berada di hospital selama tiga hari.

1395
01:29:13,681 --> 01:29:14,766
Pelik betul.

1396
01:29:15,350 --> 01:29:17,018
Tak perlu pun.

1397
01:29:18,478 --> 01:29:20,897
Mereka cuba membesar-besarkan hal ini.

1398
01:29:21,981 --> 01:29:26,319
Tempoh yang dibenarkan untuk panggilan ini
sudah tamat. Selamat tinggal.

1399
01:29:28,404 --> 01:29:32,075
Ketika di penjara,
awalnya Ruby masih fikir

1400
01:29:32,158 --> 01:29:34,535
yang Jodi orang terpilih

1401
01:29:34,619 --> 01:29:37,080
untuk sampaikan mesej Tuhan kepadanya.

1402
01:29:38,790 --> 01:29:42,335
Kasihan Jodi.
Dia disalah tafsir dan disalah erti.

1403
01:29:42,418 --> 01:29:45,797
Dia ambil risiko untuk orang
kemudian mereka marah dia.

1404
01:29:45,880 --> 01:29:47,757
Ia sangat dahsyat.

1405
01:29:48,466 --> 01:29:49,759
Sangat dahsyat.

1406
01:29:50,760 --> 01:29:53,554
Awak tahu? Setiap Joseph Smith,

1407
01:29:53,638 --> 01:29:59,477
setiap hamba Tuhan yang hebat
pernah disalah erti.

1408
01:30:01,020 --> 01:30:03,398
Tiada sesiapa nak kebenaran.

1409
01:30:03,481 --> 01:30:05,149
Sebab budak-budak ini…

1410
01:30:06,401 --> 01:30:10,029
Saya bangun. Roh kata itu semua setan.
Awak nampak dia.

1411
01:30:10,113 --> 01:30:13,741
Awak nampak dia habis-habis serang saya.

1412
01:30:16,744 --> 01:30:19,122
"Budak itu kata dia sembah syaitan."

1413
01:30:20,206 --> 01:30:23,876
"Kami putuskan
anak-anak ini tak boleh dikawal di sini."

1414
01:30:24,377 --> 01:30:27,880
Jurnal itu rekodkan
Jodi buat persiapan untuk jual rumahnya.

1415
01:30:27,964 --> 01:30:32,343
"Mereka tak tahu pengorbanan
yang dibuat untuk mereka."

1416
01:30:32,427 --> 01:30:36,556
Kami jumpa dokumen
yang menunjukkan Jodi telah membeli

1417
01:30:36,639 --> 01:30:40,059
beberapa ekar tanah
di tengah padang pasir Arizona.

1418
01:30:40,143 --> 01:30:43,938
Dia beli dua traktor
supaya anak-anak itu boleh buat kerja.

1419
01:30:44,981 --> 01:30:49,569
"Budak perempuan itu boleh masuk
ke rumah sejuk dan duduk di pantri."

1420
01:30:49,652 --> 01:30:54,198
"Mereka akan fikir mereka menang dan dapat
apa mereka mahu. Mereka akan relaks."

1421
01:30:54,949 --> 01:30:59,078
"Tiba-tiba, kami tinggalkan mereka
terkontang-kanting di padang pasir."

1422
01:31:01,330 --> 01:31:04,792
Ini penyeksaan yang paling teruk
terhadap seseorang

1423
01:31:04,876 --> 01:31:08,379
apabila kita perlahan-lahan rampas
apa yang mereka perlukan.

1424
01:31:10,256 --> 01:31:15,845
Tapi Ruby dan Jodi sudah tiada perasaan
ketika mereka ditahan

1425
01:31:15,928 --> 01:31:18,681
dan saya rasa tiada apa-apa
dapat halang mereka.

1426
01:31:19,682 --> 01:31:22,143
2 DISEMBER 2023

1427
01:31:22,226 --> 01:31:23,728
RAKAMAN PANGGILAN TELEFON PENJARA

1428
01:31:23,811 --> 01:31:26,606
Bila kali terakhir awak cakap
dengan dia? Hari itukah?

1429
01:31:26,689 --> 01:31:29,734
Ketika kami ditahan.

1430
01:31:29,817 --> 01:31:32,987
Kami diletakkan dalam sel berasingan.
Kami terpisah sejak itu.

1431
01:31:33,488 --> 01:31:35,573
Ketika itulah keadaan mula berubah.

1432
01:31:35,656 --> 01:31:37,825
Saya kata, "Dia tak jujur."

1433
01:31:41,787 --> 01:31:45,291
Beberapa bulan kemudian, nampaknya

1434
01:31:45,374 --> 01:31:50,379
Ruby mungkin dah mula sedar
tentang apa yang berlaku.

1435
01:31:51,047 --> 01:31:56,177
Percayalah Tuhan membantu
Ruby yang lama dibebaskan,

1436
01:31:56,260 --> 01:31:58,012
atau apa-apalah awak nak gelarkannya.

1437
01:31:58,095 --> 01:32:00,306
Ya, semestinya.

1438
01:32:02,433 --> 01:32:05,353
Ini perkara campur tangan

1439
01:32:05,436 --> 01:32:06,354
6 TUDUHAN DERA

1440
01:32:06,437 --> 01:32:08,648
paling pelik dan ajaib.

1441
01:32:08,731 --> 01:32:11,984
Ia memisahkan saya daripada Jodi,

1442
01:32:12,068 --> 01:32:14,362
jadi saya tak dengar kata-katanya.

1443
01:32:14,445 --> 01:32:16,989
Dengan hilangnya dia
dan saya tak dengar suaranya

1444
01:32:17,073 --> 01:32:19,450
telah jelaskan banyak perkara bagi saya.

1445
01:32:22,954 --> 01:32:24,455
Bunyinya mungkin tak masuk akal

1446
01:32:24,539 --> 01:32:27,750
dan saya masih tak faham
kenapa ia rasa begini,

1447
01:32:27,833 --> 01:32:32,255
tapi saya rasa seperti saya diperangkap
supaya berada di sini.

1448
01:32:32,964 --> 01:32:35,132
Saya tahu bunyinya pelik.

1449
01:32:36,050 --> 01:32:39,011
Saya tak patut berada di sini.
Saya tak buat salah.

1450
01:32:40,054 --> 01:32:44,058
Jelas sekali
Jodi enggan ambil tanggungjawab.

1451
01:32:44,141 --> 01:32:45,935
Dia kata,

1452
01:32:46,018 --> 01:32:49,188
"Kami tak dera mereka.
Ini akibat perbuatan mereka sendiri."

1453
01:32:50,106 --> 01:32:51,524
Kami tak buat begitu.

1454
01:32:51,607 --> 01:32:54,860
Kami tak buat yang dalam gambar itu.
Dia buat sendiri.

1455
01:32:55,444 --> 01:32:59,532
Kami pasang gari itu, dia bergerak-gerak
dan lukakan diri sendiri? Ya.

1456
01:32:59,615 --> 01:33:01,492
Tapi kami tak buat begitu.

1457
01:33:03,286 --> 01:33:05,663
Jodi nafikan segalanya.

1458
01:33:05,746 --> 01:33:09,041
Dia nafikan sebarang penglibatan
dan saya terkejut.

1459
01:33:09,584 --> 01:33:13,087
Setelah kaitkan semua perkara dan lihat…
Ia juga memalukan…

1460
01:33:13,170 --> 01:33:15,214
Ya Tuhan, mudahnya saya tertipu.

1461
01:33:15,298 --> 01:33:17,049
Aduhai, berapa…

1462
01:33:17,550 --> 01:33:20,136
Betapa banyak kuasa
saya berikan kepada dia

1463
01:33:20,219 --> 01:33:22,305
dan saya tak nampak.

1464
01:33:24,473 --> 01:33:27,143
Kekeliruan tidak membenarkan
tindakan jenayah.

1465
01:33:27,226 --> 01:33:29,020
Saya tak nak memperkecilkan.

1466
01:33:29,103 --> 01:33:30,605
Ruby lakukan jenayah

1467
01:33:30,688 --> 01:33:34,525
dan Jodi memanipulasi Ruby
dan suruh dia buat semua jenayah itu.

1468
01:33:34,609 --> 01:33:35,943
Dua-dua boleh jadi benar.

1469
01:33:42,575 --> 01:33:47,121
Perbicaraan kes penderaan kanak-kanak
adalah sukar bagi mangsa kanak-kanak

1470
01:33:47,204 --> 01:33:49,248
dan kami berusaha lindungi mereka.

1471
01:33:50,916 --> 01:33:53,127
Akhirnya kami tawarkan rayuan

1472
01:33:53,210 --> 01:33:55,921
supaya mereka akui
empat daripada enam tuduhan

1473
01:33:56,005 --> 01:34:00,176
dan mereka setuju setiap tuduhan
akan dikenakan hukuman penjara.

1474
01:34:02,136 --> 01:34:03,971
Mereka berdua mengaku bersalah.

1475
01:34:05,431 --> 01:34:10,019
Dua defendan didakwa atas jenayah sama,
tapi siapa lebih bersalah?

1476
01:34:10,102 --> 01:34:13,189
Peguam Ruby Franke keluarkan kenyataan
sebelum pengakuannya

1477
01:34:13,272 --> 01:34:16,400
yang Jodi Hildebrandt
memisahkannya daripada keluarga

1478
01:34:16,484 --> 01:34:18,194
dan rosakkan nilai moralnya.

1479
01:34:19,987 --> 01:34:20,988
Semua bangun.

1480
01:34:21,656 --> 01:34:24,825
Yang Arif John J. Walton
mempengerusikan. Sila duduk.

1481
01:34:24,909 --> 01:34:27,870
Selamat pagi.
Selamat datang ke mahkamah daerah.

1482
01:34:28,954 --> 01:34:31,290
Cik Franke ada kenyataan ingin dibuat?

1483
01:34:31,374 --> 01:34:32,833
Ya.

1484
01:34:35,878 --> 01:34:37,296
Selama empat tahun ini,

1485
01:34:37,380 --> 01:34:42,593
saya ikuti nasihat dan bimbingan
yang membawa saya ke penipuan gelap.

1486
01:34:42,677 --> 01:34:45,596
Versi realiti saya yang rosak
dibiar tanpa kawalan

1487
01:34:45,680 --> 01:34:48,641
dan saya jauhkan
sesiapa yang mencabar saya.

1488
01:34:49,433 --> 01:34:52,687
Saya didorong untuk percaya
dunia ini tempat yang jahat.

1489
01:34:53,187 --> 01:34:56,065
Ruby nampak

1490
01:34:56,774 --> 01:34:57,942
menyesal.

1491
01:34:58,025 --> 01:35:00,027
Saya tertipu sedikit olehnya.

1492
01:35:01,904 --> 01:35:04,323
Perbicaraan bersambung. Sila duduk.

1493
01:35:08,369 --> 01:35:09,328
Cik Hildebrandt?

1494
01:35:10,329 --> 01:35:13,124
Saya benar-benar sayangkan anak-anak ini.

1495
01:35:15,876 --> 01:35:18,921
Saya mahu mereka sembuh
dari segi fizikal dan emosi.

1496
01:35:20,339 --> 01:35:25,052
Saya berharap dan berdoa mereka sembuh
dan teruskan jalani hidup yang indah.

1497
01:35:26,053 --> 01:35:29,140
Dia tak biarkan
kata-kata keluar daripada mulutnya

1498
01:35:29,223 --> 01:35:33,185
yang dia telah lakukan apa-apa
yang tak elok kepada budak-budak itu

1499
01:35:33,269 --> 01:35:35,855
yang dibawa ke rumahnya dan diseksa.

1500
01:35:36,856 --> 01:35:43,487
Perkara yang menimpa anak-anak ini
dan falsafah awak dalam menangani mereka

1501
01:35:44,488 --> 01:35:50,327
jujurnya nampak terpisah daripada realiti
atau mana-mana standard kesopanan objektif

1502
01:35:50,411 --> 01:35:52,329
mahupun akal.

1503
01:35:53,414 --> 01:35:58,002
Mahkamah menjatuhkan empat
satu hingga 15 tahun hukuman

1504
01:35:58,085 --> 01:36:00,379
dijalankan berturut-turut

1505
01:36:00,463 --> 01:36:04,592
bagi setiap satu daripada empat
tuduhan penderaan kanak-kanak yang teruk.

1506
01:36:13,601 --> 01:36:16,729
Saya bersedia untuk pindah,
tiba-tiba saya di penjara.

1507
01:36:16,812 --> 01:36:18,689
Saya fikir, "Apa hal ini?"

1508
01:36:19,398 --> 01:36:23,694
Kini, sudah lima bulan saya berdoa,
"Jelaskanlah kepadaku."

1509
01:36:23,778 --> 01:36:25,529
"Bantulah aku faham."

1510
01:36:26,864 --> 01:36:29,700
Kemudian, saya kaitkannya
dengan berkat yang diterima.

1511
01:36:29,784 --> 01:36:31,410
Perenggan pertama berbunyi,

1512
01:36:31,494 --> 01:36:35,039
"Melalui kuasa teladan
dan kata-kata yang diucapkan,

1513
01:36:35,122 --> 01:36:37,833
kamu akan menjadi wadah agung
di tangan Tuhan

1514
01:36:37,917 --> 01:36:39,627
dalam menyebarkan ajarannya."

1515
01:36:40,795 --> 01:36:44,548
Rasanya sejam saya menangis.
Semuanya tiba-tiba masuk akal.

1516
01:36:45,090 --> 01:36:48,260
Saya kata, "Saya gembira masuk penjara."

1517
01:36:58,521 --> 01:37:02,566
Di suatu tempat, tentu Jodi terfikir
dia berhak dipuji atas semua ini

1518
01:37:02,650 --> 01:37:06,570
seperti bapa kejam dabik dada
sebab jadikan anaknya kuat semangat.

1519
01:37:07,780 --> 01:37:09,865
Saya rasa dia perlu berada di situ.

1520
01:37:10,491 --> 01:37:12,201
Kitaran ini harus dihentikan.

1521
01:37:13,953 --> 01:37:17,039
Saya tak rasa
ini boleh berlaku di tempat lain.

1522
01:37:17,832 --> 01:37:20,042
Warga Utah melindungi sesama sendiri.

1523
01:37:21,126 --> 01:37:26,841
Pengikut agama di sini sangat patuh
kepada pemimpin mereka

1524
01:37:26,924 --> 01:37:29,593
yang telah dilantik tanpa soal jawab.

1525
01:37:30,427 --> 01:37:34,431
Entah bagaimana Jodi Hildebrandt
meyakinkan orang ramai

1526
01:37:34,515 --> 01:37:37,017
yang dia ketua.

1527
01:37:38,477 --> 01:37:41,522
Sebagai ahli aktif gereja itu,
saya rasa jijik

1528
01:37:41,605 --> 01:37:44,942
melihat orang yang gila kuasa

1529
01:37:45,025 --> 01:37:47,528
mengubah sesuatu
yang bawa kebaikan kepada ramai orang

1530
01:37:47,611 --> 01:37:50,489
kepada sesuatu
yang begitu teruk dan berbahaya.

1531
01:37:51,448 --> 01:37:54,368
Sebab ini kisah ekstremisme agama.

1532
01:37:54,451 --> 01:37:57,037
Itu sebab Jodi berbahaya
kepada masyarakat.

1533
01:37:57,121 --> 01:38:00,082
Dia mahu mempengaruhi
dan menguasai orang lain.

1534
01:38:00,165 --> 01:38:04,003
Dia suruh orang buat perkara
yang memusnahkan diri mereka

1535
01:38:04,086 --> 01:38:06,714
dan kita sebagai masyarakat.

1536
01:38:08,340 --> 01:38:10,759
Kini dia di penjara, saya banyak terfikir

1537
01:38:10,843 --> 01:38:13,888
tentang perubahan dramatik dalam hidupnya

1538
01:38:14,471 --> 01:38:18,392
dan adakah dia masih mendekati
serta cuba tarik orang

1539
01:38:18,475 --> 01:38:21,770
ke tempat gelap
yang dia bawa ramai orang itu?

1540
01:38:22,980 --> 01:38:25,232
Saya rasa dia amat berbahaya.

1541
01:38:25,941 --> 01:38:30,863
Jika Jodi dibebaskan
dan masih mampu mempengaruhi orang,

1542
01:38:30,946 --> 01:38:33,532
dia akan cari jalan untuk teruskannya.

1543
01:38:34,158 --> 01:38:36,160
Dia ada pola manipulasi

1544
01:38:36,827 --> 01:38:39,163
dan mangsa yang jelas selama ini.

1545
01:38:39,246 --> 01:38:41,999
Polanya tidak terhenti selepas Jessi.

1546
01:38:42,082 --> 01:38:43,959
Ia takkan berhenti sekarang.

1547
01:38:44,043 --> 01:38:49,006
Dia suka kawalan dan itu sesuatu
yang saya bimbangkan

1548
01:38:49,089 --> 01:38:51,175
kalau dia dibenarkan bebas.

1549
01:38:58,390 --> 01:39:00,601
Berkatnya agak jelas,

1550
01:39:01,393 --> 01:39:02,853
katanya,

1551
01:39:02,937 --> 01:39:06,732
"Mesej paling berkesan kamu akan ajarkan
ialah kuasa teladan."

1552
01:39:07,232 --> 01:39:11,445
Contoh apa yang lebih baik
daripada masuk penjara dengan tak adil?

1553
01:39:12,613 --> 01:39:14,573
Kemudian sampaikan ajaran Tuhan.

1554
01:39:16,116 --> 01:39:17,660
Itu yang saya nak buat.

1555
01:39:27,461 --> 01:39:32,299
JODI DAN RUBY MENJALANI HUKUMAN PENJARA
4-30 TAHUN MENGIKUT BUDI BICARA

1556
01:39:32,383 --> 01:39:36,345
LEMBAGA PENGAMPUNAN DAN PAROL UTAH.

1557
01:39:37,554 --> 01:39:41,350
KEVIN FRANKE FAILKAN PERCERAIAN
DARIPADA RUBY PADA NOVEMBER 2023.

1558
01:39:41,433 --> 01:39:46,146
DIA MENDAPAT HAK JAGAAN PENUH
KE ATAS ANAK-ANAK KECIL MEREKA.

1559
01:40:45,456 --> 01:40:49,501
Terjemahan sari kata oleh Najaa



