1
00:00:02,000 --> 00:00:07,000
Downloaded from
YTS.MX

2
00:00:08,000 --> 00:00:13,000
Official YIFY movies site:
YTS.MX

3
00:00:08,120 --> 00:00:09,000
{\an8}<i>Bomba.</i>

4
00:00:09,520 --> 00:00:12,600
{\an8}<i>Ya, helo, hai.
Ada kebakaran di unit 16, Menara Grenfell.</i>

5
00:00:13,160 --> 00:00:14,679
{\an8}<i>Tingkat empat.</i>

6
00:00:14,680 --> 00:00:16,679
{\an8}<i>- Okey.
- Cepat! Cepat!</i>

7
00:00:16,680 --> 00:00:18,599
{\an8}<i>- Bomba dalam perjalanan.
- Dah terbakar.</i>

8
00:00:18,600 --> 00:00:21,639
{\an8}<i>Ya, saya tahu sedang terbakar,
tapi awak baru telefon.</i>

9
00:00:21,640 --> 00:00:23,640
{\an8}<i>Asalkan awak okey. Ya?</i>

10
00:00:25,720 --> 00:00:27,040
<i>Keluar!</i>

11
00:00:28,480 --> 00:00:32,160
Kami yang mula-mula sampai
di tempat kejadian.

12
00:00:36,560 --> 00:00:39,680
Tak terungkap dengan kata-kata.
Memang huru-hara.

13
00:00:40,560 --> 00:00:42,600
<i>Keluar dari menara itu!</i>

14
00:00:43,720 --> 00:00:46,880
Rasa macam dalam filem bencana.

15
00:00:51,320 --> 00:00:55,720
Satu sisi bangunan dijilat api sepenuhnya.

16
00:00:57,240 --> 00:00:59,240
Pertama kali saya saksikan.

17
00:01:00,360 --> 00:01:02,799
<i>Macam</i> Towering Inferno, <i>bukan?</i>

18
00:01:02,800 --> 00:01:04,080
<i>Macam mana boleh berlaku?</i>

19
00:01:09,600 --> 00:01:14,080
Apabila rakyat nampak
tragedi seperti ini berlaku di UK,

20
00:01:14,600 --> 00:01:18,840
ramai tertanya-tanya, macam mana
insiden ini boleh berlaku di sini?

21
00:01:19,360 --> 00:01:21,999
<i>Nampaknya ada cebisan bangunan yang jatuh.</i>

22
00:01:22,000 --> 00:01:25,359
<i>Ini kejadian paling dahsyat
pernah saya saksikan. Macam 9/11.</i>

23
00:01:25,360 --> 00:01:29,319
Grenfell memperlihatkan sesuatu
yang luar biasa,

24
00:01:29,320 --> 00:01:31,519
seluruh bangunan dijilat api.

25
00:01:31,520 --> 00:01:34,519
<i>- Aduhai!
- Macam mana orang nak tolong mereka?</i>

26
00:01:34,520 --> 00:01:37,919
Jelas sekali ada sesuatu yang tak kena.

27
00:01:37,920 --> 00:01:39,199
DITERBITKAN OLEH ROGAN

28
00:01:39,200 --> 00:01:43,160
<i>Banyak persoalan timbul, terutamanya
tentang salutan luar bangunan ini.</i>

29
00:01:43,680 --> 00:01:45,920
<i>Arconic yang hasilkan
lapisan aluminium tersebut.</i>

30
00:01:47,000 --> 00:01:51,839
Saya pernah terfikir,
mesti ada kecuaian besar.

31
00:01:51,840 --> 00:01:55,160
Apa sebenarnya berlaku?
Macam mana boleh dijual? Saya tak faham.

32
00:01:55,920 --> 00:01:58,799
Ujian telah dimanipulasi.
Ujian telah disembunyikan.

33
00:01:58,800 --> 00:02:04,159
Kami ada banyak bukti
berkaitan dengan salah laku serius

34
00:02:04,160 --> 00:02:05,800
dan masih tiada yang ditangkap.

35
00:02:06,880 --> 00:02:10,799
<i>Amaran risiko kebakaran bangunan ini
nampaknya tidak dipedulikan.</i>

36
00:02:10,800 --> 00:02:12,839
<i>Ini tempat kejadian jenayah.</i>

37
00:02:12,840 --> 00:02:14,439
<i>- Apa yang kita mahu?
- Keadilan!</i>

38
00:02:14,440 --> 00:02:16,199
<i>- Bila masanya?
- Sekarang!</i>

39
00:02:16,200 --> 00:02:17,599
<i>Kami mahu jawapan!</i>

40
00:02:17,600 --> 00:02:22,679
Saya selalu tertanya-tanya dalam hati.
Kenapa semua ini berlaku?

41
00:02:22,680 --> 00:02:24,840
Kenapa sampai ada yang mati?

42
00:02:25,960 --> 00:02:27,800
Kehilangan kawan, keluarga.

43
00:02:29,080 --> 00:02:31,639
Saya terfikir, kenapa?

44
00:02:31,640 --> 00:02:37,200
<i>- Kami mahu jawapan!
- Kami mahu keadilan!</i>

45
00:02:49,200 --> 00:02:51,199
KENSINGTON UTARA

46
00:02:51,200 --> 00:02:53,679
LONDON BARAT

47
00:02:53,680 --> 00:02:56,679
<i>Berita BBC pukul empat.
Saya Fenella Fudge.</i>

48
00:02:56,680 --> 00:03:00,679
<i>Cuaca cerah dan cahaya matahari ini
akan berterusan sepanjang hari.</i>

49
00:03:00,680 --> 00:03:04,959
<i>Suhunya 24, mungkin 25 Celsius.
Mungkin akan naik sedikit...</i>

50
00:03:04,960 --> 00:03:06,639
<i>Tiada perubahan dalam tiga teratas.</i>

51
00:03:06,640 --> 00:03:10,239
<i>"Despacito" Luis Fonsi
mendominasi selama satu bulan.</i>

52
00:03:10,240 --> 00:03:13,399
<i>Ini lagu asing
paling lama kekal nombor satu</i>

53
00:03:13,400 --> 00:03:15,400
<i>dalam sejarah carta rasmi.</i>

54
00:03:16,760 --> 00:03:18,440
Pada tahun 2017,

55
00:03:18,960 --> 00:03:23,000
ada beberapa lagu terkenal ketika itu.

56
00:03:23,800 --> 00:03:25,719
"Despacito" sangat popular.

57
00:03:25,720 --> 00:03:29,399
Mak saya asyik mainkan lagu itu
dalam rumah dan kereta.

58
00:03:29,400 --> 00:03:31,039
<i>...a besos despacito...</i>

59
00:03:31,040 --> 00:03:35,399
<i>Saya Esi, anda mendengar
stesen radio terbesar London Barat.</i>

60
00:03:35,400 --> 00:03:38,479
<i>Dengarkan lagu paling popular musim panas.</i>

61
00:03:38,480 --> 00:03:40,400
<i>Ini J Hus dengan "Did You See".</i>

62
00:03:40,920 --> 00:03:43,360
<i>Datang naik Benz hitam,
balik naik yang putih</i>

63
00:03:44,240 --> 00:03:45,399
<i>Aku cuma budak jalanan</i>

64
00:03:45,400 --> 00:03:47,439
PENGHUNI GRENFELL

65
00:03:47,440 --> 00:03:48,520
Ya.

66
00:03:49,440 --> 00:03:51,680
<i>Datang naik Benz hitam,
balik naik yang putih</i>

67
00:03:52,520 --> 00:03:55,360
<i>Aku budak jalanan bersama bayang gelap
Bila ada yang nak cuba...</i>

68
00:03:56,000 --> 00:03:58,919
{\an8}Saya teruja
sebab saya nak masuk tahun lapan.

69
00:03:58,920 --> 00:03:59,799
{\an8}KELUARGA GOMES

70
00:03:59,800 --> 00:04:03,360
{\an8}Waktu itu musim panas,
jadi cuaca semakin panas.

71
00:04:05,360 --> 00:04:07,560
Saya sangat ceria.

72
00:04:09,000 --> 00:04:10,320
Saya sangat gembira.

73
00:04:12,360 --> 00:04:14,720
Saya memang nak berjaya dalam pelajaran.

74
00:04:16,080 --> 00:04:20,800
Ya, saya budak 12 tahun yang gembira.

75
00:04:25,520 --> 00:04:29,519
{\an8}13 JUN 2017

76
00:04:29,520 --> 00:04:33,280
{\an8}Saya ingat lagi malam itu,
kami keluar makan.

77
00:04:37,160 --> 00:04:39,840
Ketika kami pulang,
mungkin lebih kurang pukul 11:30.

78
00:04:40,600 --> 00:04:41,439
PENGHUNI GRENFELL

79
00:04:41,440 --> 00:04:43,759
Kemudian saya dapat mesej daripada kawan,

80
00:04:43,760 --> 00:04:45,040
"Nak main Xbox?"

81
00:04:46,360 --> 00:04:47,679
Main beberapa permainan.

82
00:04:47,680 --> 00:04:51,240
Saya kata, "Saya ada kerja esok."
Saya berhenti main dan masuk tidur.

83
00:04:52,520 --> 00:04:54,560
Semudah itu.

84
00:04:56,160 --> 00:05:00,840
<i>Kehangatan dirasai dengan suhu maksimum
26 Celsius, 79 Fahrenheit.</i>

85
00:05:01,760 --> 00:05:04,720
Saya rasa
saya masuk tidur sekitar tengah malam.

86
00:05:05,480 --> 00:05:08,959
Masa itu saya tidur di gim

87
00:05:08,960 --> 00:05:11,959
sebab saya tak suka tidur di asrama...

88
00:05:11,960 --> 00:05:13,839
ANGGOTA BOMBA

89
00:05:13,840 --> 00:05:15,600
...dengan ramai anggota bomba busuk.

90
00:05:17,160 --> 00:05:22,680
14 JUN 2017

91
00:05:23,200 --> 00:05:24,280
<i>Bomba.</i>

92
00:05:25,360 --> 00:05:26,280
<i>Api!</i>

93
00:05:27,800 --> 00:05:28,800
<i>Tak masuk akal.</i>

94
00:05:31,080 --> 00:05:33,520
Loceng berbunyi
kira-kira pukul 12:55 tengah malam.

95
00:05:38,000 --> 00:05:40,999
Balai kami terletak di Kensington Utara,

96
00:05:41,000 --> 00:05:43,040
Menara Grenfell memang dalam kawasan kami.

97
00:05:46,680 --> 00:05:48,839
{\an8}11 MINIT SELEPAS KEBAKARAN BERMULA

98
00:05:48,840 --> 00:05:52,840
{\an8}Sebaik tiba, kami nampak
asap keluar dari sebuah tingkap,

99
00:05:53,720 --> 00:05:55,720
jadi kami tahu lokasinya.

100
00:05:59,320 --> 00:06:02,720
Kami masuk ke menara itu.

101
00:06:04,200 --> 00:06:08,600
Dua orang anggota bomba bersiap
dengan alat pernafasan lengkap.

102
00:06:11,640 --> 00:06:14,680
Kami dengar mereka pecahkan pintu,
kemudian masuk ke unit itu.

103
00:06:16,200 --> 00:06:18,199
Kebakaran kecil itu bermula di dapur,

104
00:06:18,200 --> 00:06:21,000
mereka berjaya padamkan dengan cepat.

105
00:06:23,800 --> 00:06:27,719
Selepas api padam,
kami akan menggunakan kamera terma

106
00:06:27,720 --> 00:06:30,919
untuk pastikan tiada titik panas
yang tersembunyi.

107
00:06:30,920 --> 00:06:35,839
{\an8}Waktu itulah mereka perasan
titisan api jatuh

108
00:06:35,840 --> 00:06:38,800
{\an8}dan sedar kebakaran dah merebak keluar.

109
00:06:41,040 --> 00:06:44,160
{\an8}Saya hantar kru kedua
untuk membantu mereka.

110
00:06:45,920 --> 00:06:49,760
{\an8}Saya pernah nampak
api kebakaran lain masuk ke unit atas.

111
00:06:50,320 --> 00:06:52,639
{\an8}Memang jarang berlaku,

112
00:06:52,640 --> 00:06:56,079
tapi tak mustahil

113
00:06:56,080 --> 00:06:59,440
api boleh merebak ke unit di atas.

114
00:07:01,320 --> 00:07:05,599
Saya sangka kami akan balik ke balai

115
00:07:05,600 --> 00:07:07,960
dan sambung syif malam.

116
00:07:09,520 --> 00:07:14,279
Saya turun ke tingkat bawah
dan bertemu seorang gadis muda.

117
00:07:14,280 --> 00:07:18,160
Dia beritahu saya adik perempuannya...

118
00:07:20,200 --> 00:07:22,359
berada di tingkat 20

119
00:07:22,360 --> 00:07:27,239
dan dia nak naik semula
untuk mengambil adiknya.

120
00:07:27,240 --> 00:07:28,640
Dia kata namanya Jessica.

121
00:07:29,440 --> 00:07:33,240
{\an8}PENGHUNI GRENFELL

122
00:07:33,720 --> 00:07:37,599
Saya fikir, biar saya naik
untuk bawa adiknya turun,

123
00:07:37,600 --> 00:07:40,080
kemudian teruskan tugas saya.

124
00:07:41,160 --> 00:07:42,640
Saya tak risau langsung.

125
00:07:45,200 --> 00:07:46,840
Saya tekan tingkat 20...

126
00:07:50,800 --> 00:07:54,960
dan tiba-tiba lampu menyala di tingkat 15.

127
00:07:55,960 --> 00:07:57,120
<i>Lima belas.</i>

128
00:07:59,280 --> 00:08:00,520
Pintu terbuka

129
00:08:01,480 --> 00:08:06,119
dan asap hitam tebal terus memenuhi lif.

130
00:08:06,120 --> 00:08:07,959
Saya dalam bahaya dan kena keluar.

131
00:08:07,960 --> 00:08:09,719
Saya perlukan alat bantuan pernafasan

132
00:08:09,720 --> 00:08:15,960
dan kena turun secepat mungkin
untuk selamatkan gadis itu.

133
00:08:17,520 --> 00:08:18,999
<i>Berita tergempar pagi ini,</i>

134
00:08:19,000 --> 00:08:23,119
<i>kebakaran besar yang melanda
sebuah blok menara di London Barat</i>

135
00:08:23,120 --> 00:08:25,999
<i>disahkan sebagai Menara Grenfell.</i>

136
00:08:26,000 --> 00:08:29,999
<i>Timbul persoalan
mengenai punca sebuah bangunan konkrit</i>

137
00:08:30,000 --> 00:08:32,399
<i>boleh dijilat api dengan begitu cepat.</i>

138
00:08:32,400 --> 00:08:33,760
<i>Keluar!</i>

139
00:08:34,360 --> 00:08:35,959
<i>Bangunan itu terbakar sekelip mata.</i>

140
00:08:35,960 --> 00:08:38,479
<i>Api menjulang naik.
Ini kali pertama saya melihatnya.</i>

141
00:08:38,480 --> 00:08:40,800
<i>Macam filem bencana Hollywood.</i>

142
00:08:47,920 --> 00:08:50,400
Saya dah menulis tentang Grenfell
selama tujuh tahun.

143
00:08:50,920 --> 00:08:53,439
Kalau dihitung semua artikel saya,

144
00:08:53,440 --> 00:08:55,520
tentu dah lebih 1,000.

145
00:08:57,600 --> 00:09:03,479
{\an8}Apabila orang melihat bencana seperti ini
berlaku di London, di UK...

146
00:09:03,480 --> 00:09:04,599
{\an8}EDITOR BERITA

147
00:09:04,600 --> 00:09:08,480
{\an8}...mereka tertanya-tanya,
"Macam mana boleh berlaku di sini?"

148
00:09:10,680 --> 00:09:14,039
Sebab ia menggoncang keyakinan mereka
terhadap negara yang mereka diami,

149
00:09:14,040 --> 00:09:16,760
tak percaya ia boleh berlaku di sini.

150
00:09:17,960 --> 00:09:19,680
Hidup saya berubah.

151
00:09:20,240 --> 00:09:22,959
Kerjaya saya sebelum Grenfell
dan hidup saya selepas itu,

152
00:09:22,960 --> 00:09:24,400
semuanya berubah.

153
00:09:25,520 --> 00:09:30,480
Saya baru jadi editor berita
selama lima atau enam bulan

154
00:09:31,600 --> 00:09:34,720
dan saya terus diuji dengan tragedi itu.

155
00:09:37,480 --> 00:09:41,240
Rasanya semua orang masih ingat
kali pertama mereka lihat imej-imej itu.

156
00:09:42,840 --> 00:09:45,359
<i>Sejujurnya, tak sangka bangunan konkrit...</i>

157
00:09:45,360 --> 00:09:48,240
Saya rasa selepas tragedi Grenfell,

158
00:09:49,440 --> 00:09:52,039
penggiat media lebih cenderung

159
00:09:52,040 --> 00:09:55,999
untuk mencari kambing hitam
dan naratif yang mudah.

160
00:09:56,000 --> 00:09:58,279
Seseorang yang mereka boleh
siarkan gambarnya.

161
00:09:58,280 --> 00:10:01,720
Seseorang yang boleh digambarkan
sebagai dalang tragedi ini.

162
00:10:03,840 --> 00:10:08,759
Akhbar Daily Mail
menyiarkan artikel agresif

163
00:10:08,760 --> 00:10:12,159
yang menamakan pemilik unit
tempat kebakaran bermula.

164
00:10:12,160 --> 00:10:15,239
DIDEDAHKAN: PEMILIK "PETI AIS ROSAK
PENCETUS KEBAKARAN GRENFELL"

165
00:10:15,240 --> 00:10:18,319
Ada dakwaan di media sosial

166
00:10:18,320 --> 00:10:21,439
yang kononnya insiden ini
ada kaitan dengan keganasan Islam,

167
00:10:21,440 --> 00:10:23,879
walhal lelaki itu
penganut Kristian Ortodoks Ethiopia

168
00:10:23,880 --> 00:10:25,839
dan menyimpan Perawan Maria di unitnya.

169
00:10:25,840 --> 00:10:28,799
- ORANG ISLAM CETUS KEBAKARAN?
- KALAU BUKAN SEBAB ORANG ISLAM...

170
00:10:28,800 --> 00:10:31,640
- HAKIM: API AKIBAT BOM ISIS
- ..."KAWASAN MEWAH" ORANG ISLAM?

171
00:10:32,600 --> 00:10:34,039
{\an8}Dia pemandu Uber.

172
00:10:34,040 --> 00:10:38,719
{\an8}Dia tinggal di tingkat empat
Menara Grenfell selama 25 tahun.

173
00:10:38,720 --> 00:10:40,159
<i>Tingkat empat.</i>

174
00:10:40,160 --> 00:10:41,800
<i>Cepat, cepat! Terbakar.</i>

175
00:10:42,320 --> 00:10:45,519
Polis mencadangkan dia menyertai
program pelindungan saksi

176
00:10:45,520 --> 00:10:47,559
kerana tahap gangguan yang dihadapinya.

177
00:10:47,560 --> 00:10:49,519
Sebaik saja Daily Mail siar cerita,

178
00:10:49,520 --> 00:10:53,280
semua akhbar lain akan ikut sekali.

179
00:10:54,120 --> 00:10:57,279
Dia terselamat,
tapi dia tetap menjadi mangsa.

180
00:10:57,280 --> 00:11:00,759
Dia tak ada kaitan langsung

181
00:11:00,760 --> 00:11:03,640
dengan kejadian di Menara Grenfell.

182
00:11:04,360 --> 00:11:05,920
{\an8}<i>Hari ini 14 Jun...</i>

183
00:11:06,800 --> 00:11:11,400
{\an8}Saya memang rasa
ada sesuatu yang tak kena di sini.

184
00:11:12,240 --> 00:11:17,239
Kita kena cari pakar
keselamatan kebakaran bangunan tinggi

185
00:11:17,240 --> 00:11:19,360
dan tanya sebanyak mungkin.

186
00:11:22,920 --> 00:11:26,560
Saya terima panggilan
daripada BBC pada awal pagi.

187
00:11:27,280 --> 00:11:30,120
Kemudian Sky News. Petanda buruk.

188
00:11:32,560 --> 00:11:36,480
Apabila buka berita dalam talian,
saya terus nampak kebakaran yang besar.

189
00:11:38,600 --> 00:11:42,400
Saya memang dah lama siasat
kebakaran di bangunan tinggi.

190
00:11:44,480 --> 00:11:46,599
{\an8}Kali pertama
saya melihat imej kebakaran itu,

191
00:11:46,600 --> 00:11:49,599
{\an8}saya tahu mungkin salutan penyebabnya.

192
00:11:49,600 --> 00:11:50,480
{\an8}SAINTIS KEBAKARAN

193
00:11:51,280 --> 00:11:56,000
Kami segera fokus pada ACM,
iaitu sejenis salutan.

194
00:11:57,040 --> 00:11:59,639
ACM ialah bahan komposit aluminium.

195
00:11:59,640 --> 00:12:02,799
Anda nampak aluminium di sini
dan di sini juga.

196
00:12:02,800 --> 00:12:06,480
Kemudian di tengah-tengahnya,
bahagian tebal dan gelap ialah polimer.

197
00:12:08,400 --> 00:12:09,399
Polimer ialah plastik.

198
00:12:09,400 --> 00:12:12,280
Semua plastik mudah terbakar.

199
00:12:13,680 --> 00:12:17,920
Polimer di bahagian tengah
selalunya PE, polietilena.

200
00:12:18,440 --> 00:12:20,920
Ini PE mentah.

201
00:12:23,040 --> 00:12:26,759
Bahan itu ternyata mudah terbakar

202
00:12:26,760 --> 00:12:28,120
dan tidak selamat.

203
00:12:29,680 --> 00:12:32,959
Bahan komposit aluminium sangat berbahaya

204
00:12:32,960 --> 00:12:37,200
kerana api cepat merebak
dan agak sukar dikawal.

205
00:12:38,640 --> 00:12:42,399
Bahan binaan ini
memang popular sekitar 2010-an.

206
00:12:42,400 --> 00:12:45,919
Penggunaannya meliputi bangunan
di semua benua.

207
00:12:45,920 --> 00:12:49,040
Jutaan meter persegi terjual di pasaran.

208
00:12:50,120 --> 00:12:53,039
Banyak syarikat di seluruh dunia
yang menghasilkan, memasarkan

209
00:12:53,040 --> 00:12:55,800
dan menjual ACM.
Alcoa salah satu daripadanya.

210
00:12:56,840 --> 00:12:59,760
<i>Tak perlu cari jauh.
Anda sedang duduk di hotel.</i>

211
00:13:00,280 --> 00:13:03,199
<i>Duduk di atas kapal terbang.
Baca e-mel anda.</i>

212
00:13:03,200 --> 00:13:06,199
<i>Besar kemungkinan
aluminium yang anda nampak itu</i>

213
00:13:06,200 --> 00:13:07,959
<i>berasal daripada alumina Alcoa.</i>

214
00:13:07,960 --> 00:13:10,799
ELEMEN KEMUNGKINAN

215
00:13:10,800 --> 00:13:13,759
{\an8}Alcoa ialah Syarikat Aluminum Amerika,

216
00:13:13,760 --> 00:13:15,560
{\an8}dipendekkan menjadi Alcoa.

217
00:13:16,480 --> 00:13:18,879
Boleh dikatakan
antara yang tertua dan terbesar,

218
00:13:18,880 --> 00:13:23,280
syarikat paling bersejarah
serta berprestij di AS.

219
00:13:24,760 --> 00:13:27,399
Ada banyak produk di pasaran berbeza.

220
00:13:27,400 --> 00:13:29,160
Sayap untuk kapal terbang.

221
00:13:29,760 --> 00:13:32,400
Panel aluminium dalam industri automotif.

222
00:13:35,440 --> 00:13:37,240
Sangat kukuh di pasaran saham.

223
00:13:38,400 --> 00:13:41,759
Ramai percaya
nilai saham boleh ditingkatkan

224
00:13:41,760 --> 00:13:43,279
dengan membahagikan syarikat.

225
00:13:43,280 --> 00:13:46,720
<i>Arconic: Inovasi, kejuruteraan.</i>

226
00:13:47,280 --> 00:13:49,400
Itulah asal usul Arconic.

227
00:13:51,640 --> 00:13:55,239
Arconic merupakan anak syarikat Alcoa.
Cawangan Perancis mereka

228
00:13:55,240 --> 00:13:58,360
yang menguruskan penjualan
salutan ACM PE kepada Menara Grenfell.

229
00:14:00,560 --> 00:14:02,839
Semasa penyiasat menilai kerosakan,

230
00:14:02,840 --> 00:14:05,879
satu pembekal kini menjadi tumpuan,

231
00:14:05,880 --> 00:14:07,079
Arconic.

232
00:14:07,080 --> 00:14:09,560
{\an8}Arconic yang menghasilkan
salutan aluminium tersebut.

233
00:14:10,520 --> 00:14:12,879
<i>Boleh dilihat dari jauh...</i>

234
00:14:12,880 --> 00:14:17,880
Apabila kebakaran berlaku,
saya dapat tahu Arconic terlibat

235
00:14:18,440 --> 00:14:20,239
dan saya terfikir ketika itu,

236
00:14:20,240 --> 00:14:23,240
"Harap-harap
mereka tak letak panel polietilena."

237
00:14:24,800 --> 00:14:27,959
Bahan itu produk berasaskan petroleum

238
00:14:27,960 --> 00:14:30,840
dan mudah terbakar dengan cepat.

239
00:14:32,160 --> 00:14:34,159
Di bangunan tinggi,

240
00:14:34,160 --> 00:14:38,079
kalau ada bahan
yang sangat mudah terbakar,

241
00:14:38,080 --> 00:14:40,920
orang tak ada masa untuk berpindah.

242
00:14:41,720 --> 00:14:43,759
<i>Ada keluarga tidur di sini.</i>

243
00:14:43,760 --> 00:14:46,600
<i>Ada yang masih terperangkap di dalam.</i>

244
00:14:47,480 --> 00:14:48,799
Kemudian,

245
00:14:48,800 --> 00:14:52,600
berita mengesahkan panel polietilena
yang menyebabkan kebakaran.

246
00:14:53,240 --> 00:14:54,880
Macam mana bahan ini boleh dijual?

247
00:14:55,920 --> 00:14:59,639
Kenapa dijual? Amerika Utara
pasti akan sekat penjualannya.

248
00:14:59,640 --> 00:15:01,240
Macam mana boleh jadi begini?

249
00:15:02,400 --> 00:15:05,240
<i>Di sebalik setiap tingkap,
ada sebuah rumah,</i>

250
00:15:05,880 --> 00:15:07,960
<i>kebanyakannya musnah dijilat api.</i>

251
00:15:15,520 --> 00:15:17,359
Semasa saya ditawarkan unit di Grenfell,

252
00:15:17,360 --> 00:15:20,800
saya sedikit keberatan
untuk duduk di blok menara.

253
00:15:25,400 --> 00:15:29,519
Tapi ayah saya selalu cakap,
kita akan tahu bila masuk ke sebuah rumah,

254
00:15:29,520 --> 00:15:31,280
tempat itu sesuai atau sebaliknya.

255
00:15:33,040 --> 00:15:36,519
Itulah yang saya rasa
semasa masuk ke 134 Menara Grenfell.

256
00:15:36,520 --> 00:15:38,520
Saya jatuh cinta dengan menara itu.

257
00:15:42,040 --> 00:15:44,439
Saya di tempat kerja. Andreia telefon.

258
00:15:44,440 --> 00:15:46,320
Dia kata, "Saya ada berita."

259
00:15:47,040 --> 00:15:48,160
Saya setuju.

260
00:15:48,920 --> 00:15:52,600
Kami betul-betul nak jadikan tempat itu
rumah tetap kami.

261
00:15:54,720 --> 00:15:58,359
Saya baru dua tahun atau hampir dua tahun

262
00:15:58,360 --> 00:15:59,680
semasa kami pindah ke sana.

263
00:16:01,200 --> 00:16:04,680
Jadi, saya rasa
Grenfell memang rumah saya.

264
00:16:07,600 --> 00:16:11,240
Dari tingkap bilik saya,
saya selalu nampak London Eye.

265
00:16:13,240 --> 00:16:17,319
Saya rasa agak bertuah juga
sebab kami dapat tengok dari atas

266
00:16:17,320 --> 00:16:20,600
dan bukan semua orang dapat peluang itu.

267
00:16:27,800 --> 00:16:29,719
{\an8}<i>Aduhai.</i>

268
00:16:29,720 --> 00:16:31,520
{\an8}33 MINIT SELEPAS KEBAKARAN BERMULA

269
00:16:31,760 --> 00:16:33,439
Kami sedang tidur.

270
00:16:33,440 --> 00:16:37,000
Bila kita sedang tidur
dan terdengar bunyi bising berterusan,

271
00:16:37,480 --> 00:16:39,800
bukan bunyi yang ganggu,
tapi kekecohan itu sendiri.

272
00:16:44,640 --> 00:16:45,679
KEDIAMAN MARCIO

273
00:16:45,680 --> 00:16:48,640
Pada masa yang sama,
jiran kami mengetuk pintu.

274
00:16:49,960 --> 00:16:52,240
Andreia bangun untuk buka pintu.

275
00:16:54,000 --> 00:16:56,319
Helen bersama anaknya, Lulya.

276
00:16:56,320 --> 00:16:58,360
Mereka kata, "Ada kebakaran!"

277
00:16:58,880 --> 00:17:01,239
{\an8}Saya kata, "Masuk. Mari kita siasat dulu."

278
00:17:01,240 --> 00:17:02,159
{\an8}PENGHUNI GRENFELL

279
00:17:02,160 --> 00:17:05,319
{\an8}Saya ingat lagi jiran saya kejutkan saya

280
00:17:05,320 --> 00:17:07,519
dan saya rasa pelik.

281
00:17:07,520 --> 00:17:10,440
Apa awak buat di sini
tengah-tengah malam buta?

282
00:17:11,320 --> 00:17:13,199
Saya sangat keliru.

283
00:17:13,200 --> 00:17:15,760
Kemudian dia beritahu saya
ada kebakaran berlaku.

284
00:17:18,280 --> 00:17:21,199
Adik saya, Megan, masih tidur.

285
00:17:21,200 --> 00:17:23,319
Saya tanya mak
kalau saya patut kejutkan dia

286
00:17:23,320 --> 00:17:27,640
{\an8}dan mak jawab,
“Nanti, tengok keadaan dulu.”

287
00:17:29,840 --> 00:17:35,520
{\an8}Saya sangka kebakaran itu takkan merebak
dan habis di situ saja.

288
00:17:37,440 --> 00:17:41,159
Saya cuba jenguk keluar
dari tingkap tingkat 21.

289
00:17:41,160 --> 00:17:44,680
Saya cuma nampak cahaya lampu bomba.

290
00:17:46,680 --> 00:17:51,879
Ya, saya rasa semuanya akan okey.
Langsung tak rasa dalam bahaya.

291
00:17:51,880 --> 00:17:53,200
Saya masih tak dapat

292
00:17:54,240 --> 00:17:56,760
bayangkan betapa teruknya kebakaran itu.

293
00:17:58,560 --> 00:18:01,000
<i>Mana-mana unit LFB, terima mesej?</i>

294
00:18:02,840 --> 00:18:06,440
Saya tahu saya kena cari
gadis kecil ini, Jessica.

295
00:18:07,000 --> 00:18:08,239
Saya sangat risau

296
00:18:08,240 --> 00:18:11,640
sebab asap ada di mana-mana
dan budak kecil ini bersendirian.

297
00:18:14,240 --> 00:18:15,560
Saya berlari menuruni tangga.

298
00:18:16,200 --> 00:18:19,880
Saya tak jumpa sesiapa pun ketika itu,
orang awam mahupun anggota bomba.

299
00:18:21,240 --> 00:18:22,800
Saya turun ke tingkat bawah.

300
00:18:24,480 --> 00:18:25,479
<i>Diterima.</i>

301
00:18:25,480 --> 00:18:27,680
Keadaan waktu itu memang huru-hara.

302
00:18:29,520 --> 00:18:31,119
Ada banyak komunikasi di radio.

303
00:18:31,120 --> 00:18:32,640
<i>Sahkan lokasi awak...</i>

304
00:18:33,240 --> 00:18:35,520
Bomba dengan alat pernafasan,
bersedia untuk masuk.

305
00:18:36,120 --> 00:18:38,639
<i>Unit beri laluan. Laporkan situasi.</i>

306
00:18:38,640 --> 00:18:40,000
Saya pakai alat pernafasan.

307
00:18:41,320 --> 00:18:43,080
Saya berlari masuk ke dalam bangunan.

308
00:18:46,280 --> 00:18:49,080
Apabila saya nampak
dua orang anggota bomba dari stesen saya,

309
00:18:50,640 --> 00:18:53,239
saya beritahu mereka
yang Jessica berada di tingkat 20

310
00:18:53,240 --> 00:18:56,000
dan kita perlu ke sana
untuk keluarkan dia.

311
00:18:57,600 --> 00:18:59,559
Kami mencari unit 176.

312
00:18:59,560 --> 00:19:01,079
TINGKAT KEDIAMAN JESSICA

313
00:19:01,080 --> 00:19:02,760
Pintunya terbuka sedikit.

314
00:19:05,120 --> 00:19:07,680
Unit itu dipenuhi asap.

315
00:19:09,240 --> 00:19:11,560
Kami dah periksa unit itu dua kali.

316
00:19:12,840 --> 00:19:16,920
Kami menjerit, kami ketuk pintu,
kami buat apa-apa saja yang termampu.

317
00:19:20,400 --> 00:19:22,040
Tapi kami tak jumpa dia.

318
00:19:22,680 --> 00:19:25,280
Kami cuma berharap yang dia dah keluar

319
00:19:27,240 --> 00:19:29,239
dan turun ke bawah.

320
00:19:29,240 --> 00:19:30,839
<i>Mereka beri isyarat guna lampu!</i>

321
00:19:30,840 --> 00:19:32,520
Ya, itu yang saya harapkan.

322
00:19:36,320 --> 00:19:39,760
<i>Ada orang beri isyarat!
Takkan tak boleh tolong mereka?</i>

323
00:19:42,760 --> 00:19:45,159
Di UK, kami ada polisi
yang dipanggil Jangan Bergerak,

324
00:19:45,160 --> 00:19:49,279
yang berpaksikan kepercayaan
bahawa bangunan dibina

325
00:19:49,280 --> 00:19:52,200
supaya api kekal
dalam unit asal selama dua jam.

326
00:19:55,120 --> 00:19:59,439
Pasukan Bomba London
amat yakin dengan polisi tersebut

327
00:19:59,440 --> 00:20:03,280
dan kebakaran menara ini takkan merebak
dari satu unit ke unit lain.

328
00:20:06,120 --> 00:20:08,239
Tapi menjelang 1:30 pagi,

329
00:20:08,240 --> 00:20:12,839
api mula merebak
ke puluhan kediaman di seluruh bangunan.

330
00:20:12,840 --> 00:20:15,360
Puluhan kediaman sedang terbakar.

331
00:20:17,080 --> 00:20:22,200
Walaupun dalam keadaan genting,
penghuni diminta supaya jangan bergerak.

332
00:20:26,640 --> 00:20:28,159
Saya sedang baring di atas katil

333
00:20:28,160 --> 00:20:33,679
dan saya terdengar
penggera asap jiran saya berbunyi.

334
00:20:33,680 --> 00:20:35,159
TINGKAT KEDIAMAN EDDIE

335
00:20:35,160 --> 00:20:39,680
Lima minit kemudian,
saya terdengar jeritan

336
00:20:40,240 --> 00:20:43,800
dan pada waktu selewat itu,
memang pelik rasanya.

337
00:20:44,440 --> 00:20:48,279
Terus terlintas dalam fikiran saya,
kami disuruh supaya jangan bergerak.

338
00:20:48,280 --> 00:20:54,719
Saya rasa lebih baik saya duduk saja
di dalam rumah dan telefon bomba.

339
00:20:54,720 --> 00:20:58,519
Tapi ketika itu,
telefon bimbit saya berbunyi.

340
00:20:58,520 --> 00:21:00,679
Rupa-rupanya jiran tingkat bawah

341
00:21:00,680 --> 00:21:03,159
berjaya keluar dari bangunan itu.

342
00:21:03,160 --> 00:21:04,559
Dia menjerit kepada saya.

343
00:21:04,560 --> 00:21:07,359
Jeritan dia buat saya tersentak,

344
00:21:07,360 --> 00:21:10,159
"Keluar! Keluar dari bangunan ini!"

345
00:21:10,160 --> 00:21:13,199
Kata-kata dia ketika itu
sangat kuat kesannya.

346
00:21:13,200 --> 00:21:15,800
Saya terus buat keputusan untuk keluar.

347
00:21:18,920 --> 00:21:23,800
Saya sertai kumpulan kecil penduduk
bersama orang yang lalu-lalang.

348
00:21:27,560 --> 00:21:30,640
Api itu benar-benar mengganas.

349
00:21:32,240 --> 00:21:35,800
Itu insiden paling dahsyat
yang pernah saya saksikan.

350
00:21:42,360 --> 00:21:46,639
Kali pertama saya menelefon bomba,
rasanya saya masih tenang lagi.

351
00:21:46,640 --> 00:21:48,919
TINGKAT KEDIAMAN MARCIO

352
00:21:48,920 --> 00:21:54,600
Saya tak nak anak-anak fikir saya takut.

353
00:21:57,560 --> 00:22:01,600
Kami berada di unit 183 di tingkat 21.

354
00:22:02,640 --> 00:22:04,480
Saya bersama isteri saya yang hamil.

355
00:22:05,720 --> 00:22:08,599
Andreia sedang mengandung anak lelaki,
dah masuk tujuh bulan.

356
00:22:08,600 --> 00:22:09,920
Dia menghidap asma.

357
00:22:10,560 --> 00:22:14,040
Mereka kata mereka akan hantar bantuan.

358
00:22:16,160 --> 00:22:19,400
Saya beritahu anak-anak dan isteri
supaya bersiap sedia.

359
00:22:19,880 --> 00:22:24,080
Apabila pintu kami diketuk,
kami kena terus lari.

360
00:22:27,000 --> 00:22:30,400
Saya tahu ayah saya
telefon mereka beberapa kali.

361
00:22:32,360 --> 00:22:34,480
Mereka suruh kami duduk di dalam.

362
00:22:36,680 --> 00:22:39,880
Tapi api semakin dekat,
jadi arahan itu dah tak masuk akal.

363
00:22:40,520 --> 00:22:41,880
<i>Ya, ada pergerakan.</i>

364
00:22:42,960 --> 00:22:47,359
Saya dan mak tak henti-henti menyuruh ayah

365
00:22:47,360 --> 00:22:49,279
menelefon mereka sekali lagi.

366
00:22:49,280 --> 00:22:54,279
<i>- Aduhai!</i>
- <i>Macam mana nak tolong mereka? Tolonglah!</i>

367
00:22:54,280 --> 00:22:57,400
<i>- Aduhai!
- Boleh awak tolong mereka?</i>

368
00:22:59,920 --> 00:23:03,680
<i>Punca utama tragedi Grenfell,
salutan mudah terbakar.</i>

369
00:23:04,960 --> 00:23:08,960
<i>Bahan salutan itu dibuat oleh Arconic,
sebuah syarikat multinasional.</i>

370
00:23:11,160 --> 00:23:12,920
Pada September 2007,

371
00:23:14,120 --> 00:23:17,160
pengurus pemasaran Arconic
yang bernama Gerard Sontag

372
00:23:17,760 --> 00:23:20,960
telah menyertai lawatan korporat
ke persidangan industri di Norway.

373
00:23:23,400 --> 00:23:25,759
Antara pembentangan
yang disampaikan ketika itu

374
00:23:25,760 --> 00:23:29,240
adalah tentang bahan komposit aluminium

375
00:23:30,960 --> 00:23:33,160
dan betapa bahayanya produk tersebut.

376
00:23:34,720 --> 00:23:36,359
Malah, bahayanya disamakan

377
00:23:36,360 --> 00:23:41,239
seperti melekatkan tangki minyak
di luar bangunan.

378
00:23:41,240 --> 00:23:42,759
DINAMIK KEBAKARAN

379
00:23:42,760 --> 00:23:46,360
Itu amaran yang jelas
dan tak mungkin disalah tafsir.

380
00:23:47,760 --> 00:23:50,839
Seorang eksekutif kanan Arconic
turut hadir

381
00:23:50,840 --> 00:23:52,760
semasa sesi pembentangan itu.

382
00:23:53,920 --> 00:23:56,079
Dia pulang dalam ketakutan

383
00:23:56,080 --> 00:24:01,280
selepas tahu Arconic
menjual versi ACM yang mudah terbakar.

384
00:24:02,680 --> 00:24:04,279
MERXHEIM, PERANCIS

385
00:24:04,280 --> 00:24:08,879
Kemudian dia memberikan
amaran keras kepada pihak atasan...

386
00:24:08,880 --> 00:24:10,080
KILANG PEMBUATAN ARCONIC

387
00:24:10,600 --> 00:24:16,720
...tentang risiko kebakaran akibat bahan ini
yang boleh membunuh 60 hingga 70 orang.

388
00:24:18,120 --> 00:24:22,479
Amaran itu dibuat pada tahun 2007,
sepuluh tahun sebelum insiden Grenfell.

389
00:24:22,480 --> 00:24:24,279
...MEMBUNUH 60 HINGGA 70 ORANG...

390
00:24:24,280 --> 00:24:26,399
Tapi malangnya,

391
00:24:26,400 --> 00:24:29,600
saya rasa amaran itu
bukan sesuatu yang mengejutkan.

392
00:24:32,840 --> 00:24:37,199
Arconic sudah menguji
produk itu lebih awal,

393
00:24:37,200 --> 00:24:39,560
tapi merahsiakan hasil ujian tersebut.

394
00:24:43,840 --> 00:24:45,480
Arconic menjalankan dua ujian.

395
00:24:46,720 --> 00:24:51,359
Satu ujian dilakukan ke atas produk
yang dipasang pada dinding

396
00:24:51,360 --> 00:24:53,360
dan dipaku dengan rivet.

397
00:24:54,520 --> 00:24:59,879
Satu lagi ujian dilakukan ke atas produk
yang dibengkokkan menjadi bentuk L,

398
00:24:59,880 --> 00:25:04,479
kemudian digantung pada rel
yang memegangnya pada bangunan,

399
00:25:04,480 --> 00:25:06,680
yang mereka gelarnya bentuk kaset.

400
00:25:08,160 --> 00:25:12,720
Perbezaan antara rivet atau kaset
kebanyakannya tentang estetik.

401
00:25:14,400 --> 00:25:19,759
Kami dapat tahu yang bentuk kaset itu,
apabila ACM dibengkokkan,

402
00:25:19,760 --> 00:25:23,759
api boleh terkumpul menjadi lopak.

403
00:25:23,760 --> 00:25:27,039
Akibatnya, kebakaran besar tercetus
di bawah kaset

404
00:25:27,040 --> 00:25:29,040
dan fenomena itu
berlaku pada setiap kaset.

405
00:25:31,000 --> 00:25:33,599
Kebakarannya sepuluh kali lebih cepat.

406
00:25:33,600 --> 00:25:37,160
Habanya tujuh kali lebih panas
dan asap pula tiga kali lebih tebal.

407
00:25:40,840 --> 00:25:45,279
Sepatutnya Arconic terima keputusan itu,

408
00:25:45,280 --> 00:25:50,039
belajar dan utamakan keselamatan
pengguna produk mereka,

409
00:25:50,040 --> 00:25:51,400
tapi mereka buat sebaliknya.

410
00:25:52,080 --> 00:25:53,920
Kalaulah mereka bertindak waktu itu.

411
00:25:56,080 --> 00:26:00,400
Pada tahun 2011, Arconic menjalankan
satu lagi ujian terhadap salutan ACM.

412
00:26:01,040 --> 00:26:04,680
Kebakaran besar dan pantas terhasil,
lalu ujian dihentikan serta-merta.

413
00:26:07,360 --> 00:26:11,400
Claude Wehrle merupakan
pengurus teknikal Arconic ketika itu

414
00:26:12,840 --> 00:26:16,880
dan dia juga anggota bomba sukarela.

415
00:26:17,360 --> 00:26:18,519
PENGURUS TEKNIKAL ARCONIC

416
00:26:18,520 --> 00:26:21,319
Claude terima e-mel daripada makmal
dan mereka kata,

417
00:26:21,320 --> 00:26:24,840
"Helo, En. Wehrle.
Kami sudah uji bahan yang dirujuk.

418
00:26:26,960 --> 00:26:27,800
Ambil perhatian.

419
00:26:28,760 --> 00:26:30,879
Kepingan besar sayap kecil gugur,

420
00:26:30,880 --> 00:26:34,799
kebakaran merebak di permukaan
sehingga mencapai tahap kritikal

421
00:26:34,800 --> 00:26:37,720
sehingga ujian terpaksa dihentikan."

422
00:26:40,440 --> 00:26:43,599
Kalau produk gagal dalam ujian,

423
00:26:43,600 --> 00:26:47,279
produk itu mesti disekat
atau dihentikan pengeluarannya.

424
00:26:47,280 --> 00:26:50,080
Jangan sesekali benarkan produk itu
sampai kepada pelanggan.

425
00:26:51,400 --> 00:26:54,080
Kita tak patut abaikan dan biarkan saja.

426
00:26:55,520 --> 00:26:58,240
Tak ada perubahan pun.
Mereka terus menjualnya.

427
00:26:59,400 --> 00:27:01,919
Ada e-mel dalaman Arconic yang menyatakan,

428
00:27:01,920 --> 00:27:04,999
"Gred panel yang diuji hari ini ialah F,"

429
00:27:05,000 --> 00:27:07,639
maknanya tak dikategorikan
dan tak layak dinilai.

430
00:27:07,640 --> 00:27:09,519
Kemudian ada perkataan "alamak".

431
00:27:09,520 --> 00:27:14,479
GRED PE DALAM KASET
SELEPAS UJIAN PAGI TADI IALAH "F"!

432
00:27:14,480 --> 00:27:18,519
ALAMAK...

433
00:27:18,520 --> 00:27:22,399
Mereka dapati apabila produk ini
dibengkokkan menjadi bentuk tertentu,

434
00:27:22,400 --> 00:27:25,799
apabila kebakaran berlaku,
kesannya amat teruk.

435
00:27:25,800 --> 00:27:29,600
Malangnya,
bentuk itu dipilih untuk digunakan

436
00:27:30,240 --> 00:27:31,800
di Menara Grenfell.

437
00:27:40,560 --> 00:27:43,439
Saya memang suka minum kopi

438
00:27:43,440 --> 00:27:46,239
di tepi tingkap saya di Menara Grenfell

439
00:27:46,240 --> 00:27:50,120
sambil dengar pelbagai jenis muzik
dengan adik saya, Mohammad.

440
00:27:55,280 --> 00:27:57,760
Saat itu sangat mendamaikan.

441
00:27:59,440 --> 00:28:01,360
Dulu menara ini nampak cantik.

442
00:28:03,000 --> 00:28:06,639
Saya kata, "Okey, tempat itu bagus.
Mari pindah ke sana."

443
00:28:06,640 --> 00:28:11,199
Saya dan adik saya, Mohammad,
berpindah ke pangsapuri ini

444
00:28:11,200 --> 00:28:15,240
sekitar September 2016.

445
00:28:19,000 --> 00:28:22,919
Saya dan Mohammad lahir selang setahun.

446
00:28:22,920 --> 00:28:24,959
ADIK OMAR

447
00:28:24,960 --> 00:28:26,600
Kami sangat rapat.

448
00:28:28,120 --> 00:28:31,320
Dia sahabat baik saya, bukan sekadar adik.

449
00:28:35,000 --> 00:28:39,000
Saya masuk universiti
dan begitu juga Mohammad.

450
00:28:39,680 --> 00:28:41,480
Kemudian kami dapat kerja.

451
00:28:43,400 --> 00:28:47,000
Kami bahagia bersama.
Kami gembira tinggal di apartmen itu.

452
00:28:51,560 --> 00:28:55,519
{\an8}1 JAM SELEPAS KEBAKARAN BERMULA

453
00:28:55,520 --> 00:28:58,760
Malam itu saya terdengar bunyi bising.

454
00:28:59,920 --> 00:29:04,800
Orang di luar menjerit.
Kereta ambulans, kereta polis.

455
00:29:06,120 --> 00:29:09,599
Saya terus keluar dari bilik saya
dan sebaik saja keluar,

456
00:29:09,600 --> 00:29:13,640
saya nampak adik saya di koridor.
Dia kata, "Omar, saya bau asap."

457
00:29:17,960 --> 00:29:20,760
Kami pakai baju tidur
dan kami buat keputusan untuk keluar.

458
00:29:21,280 --> 00:29:22,759
Sebaik saja kami buka pintu,

459
00:29:22,760 --> 00:29:25,840
kami agak terkejut
kerana koridor penuh dengan asap.

460
00:29:33,640 --> 00:29:38,200
Kami terus pergi ke tingkap
dan kami menjerit minta tolong.

461
00:29:40,760 --> 00:29:44,960
Polis atau bomba beritahu kami,
"Tunggu, kami akan cari awak."

462
00:29:47,800 --> 00:29:50,399
Kami rasa lega
sebab mereka sedang bertindak

463
00:29:50,400 --> 00:29:52,799
dan mereka akan datang
untuk bawa kami keluar

464
00:29:52,800 --> 00:29:56,360
atau beri kami sesuatu
untuk lindungi kami dan beredar.

465
00:29:59,160 --> 00:30:00,520
Kami datang dari Syria.

466
00:30:01,560 --> 00:30:03,320
Bagi saya, tinggal di United Kingdom,

467
00:30:03,960 --> 00:30:07,280
saya fikir saya berada
di tempat yang selamat.

468
00:30:19,880 --> 00:30:21,839
Beberapa tahun sebelum kebakaran itu,

469
00:30:21,840 --> 00:30:25,359
ada banyak kumpulan
yang mendesak kerajaan untuk mengubah

470
00:30:25,360 --> 00:30:27,480
peraturan keselamatan bangunan.

471
00:30:29,400 --> 00:30:32,239
Semua itu berpunca
daripada kebakaran pada tahun 2009

472
00:30:32,240 --> 00:30:34,760
di bangunan bernama Rumah Lakanal
di London Selatan.

473
00:30:37,800 --> 00:30:41,159
<i>Pasukan bomba tiba dalam beberapa minit,</i>

474
00:30:41,160 --> 00:30:42,959
<i>tapi api terlalu marak</i>

475
00:30:42,960 --> 00:30:46,439
<i>sehingga berjam-jam diambil
sebelum enam mangsa yang maut ditemui</i>

476
00:30:46,440 --> 00:30:48,880
<i>termasuk dua kanak-kanak dan seorang bayi.</i>

477
00:30:50,760 --> 00:30:53,560
Api merebak terlalu cepat
dan terlalu ganas.

478
00:30:54,200 --> 00:30:56,039
{\an8}Ada bahan mudah terbakar...

479
00:30:56,040 --> 00:30:57,599
{\an8}PERSATUAN PERLINDUNGAN KEBAKARAN

480
00:30:57,600 --> 00:30:59,719
{\an8}...yang digunakan dalam struktur bangunan

481
00:30:59,720 --> 00:31:04,840
{\an8}yang menyebabkan api merebak
dengan pantas ketika itu.

482
00:31:06,840 --> 00:31:11,159
Kebakaran Rumah Lakanal
seharusnya buat negara ini lebih peka

483
00:31:11,160 --> 00:31:13,360
dan perbaiki langkah pencegahan kebakaran.

484
00:31:16,000 --> 00:31:20,840
Kami berjumpa
dengan ramai ahli parlimen di Westminster.

485
00:31:22,200 --> 00:31:27,319
Kami mendesak mereka sehabis boleh
tanpa menunggu mereka di muka pintu

486
00:31:27,320 --> 00:31:32,160
dan memegang tangan atau leher mereka.

487
00:31:34,440 --> 00:31:40,319
Saya kena buktikan
garis panduan keselamatan kebakaran itu

488
00:31:40,320 --> 00:31:42,800
sudah ketinggalan zaman.

489
00:31:43,800 --> 00:31:46,959
Reka bentuknya tidak mesra pengguna,

490
00:31:46,960 --> 00:31:50,839
malah ada maklumat yang salah.

491
00:31:50,840 --> 00:31:54,199
Kita mula baca dari depan
dan kena selak ke belakang,

492
00:31:54,200 --> 00:31:57,079
kemudian ke tengah pula. Memang teruk.

493
00:31:57,080 --> 00:31:59,479
KEBAKARAN MAUT RUMAH LAKANAL
HARGA SEBUAH KEGAGALAN

494
00:31:59,480 --> 00:32:02,880
Selepas kebakaran Rumah Lakanal,
satu inkues dijalankan

495
00:32:03,800 --> 00:32:08,319
dan koroner menulis surat kepada kerajaan

496
00:32:08,320 --> 00:32:11,800
serta Pasukan Bomba London
untuk menuntut perubahan.

497
00:32:12,760 --> 00:32:15,320
Menurutnya, petugas pusat panggilan
perlu diberi latihan.

498
00:32:15,840 --> 00:32:19,199
Pasukan Bomba London perlu belajar cara
tangani kebakaran bangunan tinggi

499
00:32:19,200 --> 00:32:20,720
apabila kebakaran tak terkawal.

500
00:32:21,200 --> 00:32:25,799
Kerajaan perlu menetapkan masa yang sesuai
untuk menamatkan polisi Jangan Bergerak.

501
00:32:25,800 --> 00:32:27,079
PRINSIP "JANGAN BERGERAK"

502
00:32:27,080 --> 00:32:31,359
<i>Ramai yang berlindung di dalam bilik air
dan apabila 999 dihubungi,</i>

503
00:32:31,360 --> 00:32:34,160
<i>nasihat membawa maut yang diterima
ialah jangan bergerak.</i>

504
00:32:36,640 --> 00:32:38,159
Saya rasa,

505
00:32:38,160 --> 00:32:41,639
kalau arahan untuk keluar
diberi lebih awal semasa panggilan,

506
00:32:41,640 --> 00:32:45,760
mungkin nyawa mereka dapat diselamatkan.

507
00:32:48,840 --> 00:32:51,559
Surat itu wujud. Hitam putih. Jelas.

508
00:32:51,560 --> 00:32:55,439
Surat yang ditulis koroner Rumah Lakanal
kepada kerajaan memang penting,

509
00:32:55,440 --> 00:32:58,560
malangnya surat itu sampai
pada waktu yang tidak sesuai langsung.

510
00:33:00,520 --> 00:33:02,679
Salah satu matlamat utama gabungan ini

511
00:33:02,680 --> 00:33:05,999
adalah untuk mengurangkan
bilangan peraturan secara besar-besaran...

512
00:33:06,000 --> 00:33:07,359
PERDANA MENTERI, 2010 - 2016

513
00:33:07,360 --> 00:33:09,879
...yang sejujurnya,
anggap anda semua macam orang bodoh.

514
00:33:09,880 --> 00:33:12,999
Akan ada peraturan baharu,
mana-mana menteri dalam kerajaan saya

515
00:33:13,000 --> 00:33:16,439
yang mahu perkenalkan peraturan baharu,
perlu gugurkan satu peraturan lama.

516
00:33:16,440 --> 00:33:19,159
Sekarang kita akan guna dasar
satu masuk, dua keluar.

517
00:33:19,160 --> 00:33:22,759
Kalau nak tambah satu peraturan,
dua peraturan mesti digugurkan.

518
00:33:22,760 --> 00:33:27,959
Salah satu ideologi politik utama
David Cameron ialah pengurangan peraturan.

519
00:33:27,960 --> 00:33:30,799
Dia percaya kerajaan tak patut

520
00:33:30,800 --> 00:33:33,159
masuk campur urusan syarikat swasta.

521
00:33:33,160 --> 00:33:37,399
Kami mahu mudahkan urusan anda
dengan kurangkan peraturan dan cukai.

522
00:33:37,400 --> 00:33:42,119
{\an8}Peraturan berlebihan beri gambaran
seolah-olah kita patut hidup tanpa risiko.

523
00:33:42,120 --> 00:33:44,800
Secara dasarnya, dia telah menyekat

524
00:33:45,280 --> 00:33:47,599
peraturan baharu keselamatan kebakaran

525
00:33:47,600 --> 00:33:49,240
walaupun peraturan itu penting.

526
00:33:51,800 --> 00:33:52,919
Menurut perdana menteri,

527
00:33:52,920 --> 00:33:57,639
{\an8}kami akan melepaskan
beberapa orang penjawat awam paling bijak...

528
00:33:57,640 --> 00:33:58,999
{\an8}SETIAUSAHA NEGARA - KOMUNITI

529
00:33:59,000 --> 00:34:01,480
{\an8}...untuk menghapuskan
sistem birokrasi sehabis mungkin.

530
00:34:04,200 --> 00:34:07,199
Eric Pickles ialah tokoh politik tertinggi

531
00:34:07,200 --> 00:34:11,599
bertanggungjawab ke atas perumahan,
perancangan, peraturan bangunan

532
00:34:11,600 --> 00:34:14,240
dan buat sementara, dasar kebakaran.

533
00:34:15,240 --> 00:34:19,879
Dengan menghapuskan undang-undang
dan peraturan yang menyusahkan,

534
00:34:19,880 --> 00:34:22,320
kita boleh capai lebih
dengan kos yang kurang.

535
00:34:24,080 --> 00:34:26,399
Dia mahu mengurangkan peraturan
ke atas perniagaan

536
00:34:26,400 --> 00:34:31,519
sedangkan koroner
minta peraturan ditingkatkan.

537
00:34:31,520 --> 00:34:35,279
Seorang penjawat awam menulis,

538
00:34:35,280 --> 00:34:38,519
"Undang-undang mewajibkan kita
memberikan maklum balas kepada koroner,

539
00:34:38,520 --> 00:34:40,759
tapi kita tak perlu ikut cakap beliau."

540
00:34:40,760 --> 00:34:42,559
{\an8}Begini cara dia sampaikan,

541
00:34:42,560 --> 00:34:46,120
"Kita perlu berikan respons
kepada koroner. Tak perlu membodek dia."

542
00:34:46,600 --> 00:34:48,800
Penjawat awam itu ialah Brian Martin.

543
00:34:50,960 --> 00:34:52,240
{\an8}Selamat tengah hari, semua...

544
00:34:53,960 --> 00:34:55,840
{\an8}Perwatakan dia memang unik.

545
00:34:56,560 --> 00:34:59,159
{\an8}Dia ada gaya tersendiri.

546
00:34:59,160 --> 00:35:03,360
Dia juga dikenali sebagai orang
yang sangat sukar dibawa berbincang.

547
00:35:04,400 --> 00:35:07,200
Saya sertai perkhidmatan awam
bukan sebab nak bekerja keras

548
00:35:07,720 --> 00:35:13,199
dan agak mengejutkan juga
kerana itulah yang kami buat dari dulu.

549
00:35:13,200 --> 00:35:16,880
Brian Martin lebih berkuasa
daripada kebanyakan ahli parlimen.

550
00:35:17,440 --> 00:35:20,960
Semua urusan perlu melalui dia.
Dia penghubung kepada kerajaan.

551
00:35:21,960 --> 00:35:26,919
Dia ditugaskan dengan peraturan bangunan
berkaitan dengan keselamatan kebakaran.

552
00:35:26,920 --> 00:35:29,079
<i>Bahagian strategi duduk paling atas.</i>

553
00:35:29,080 --> 00:35:32,279
<i>Saya nak jelaskan tugas mereka,
tapi saya sendiri pun belum tahu.</i>

554
00:35:32,280 --> 00:35:35,000
<i>Tapi mereka sangat sibuk dengan strategi.</i>

555
00:35:35,680 --> 00:35:38,999
Dalam usaha
mendesak Brian Martin buat perubahan,

556
00:35:39,000 --> 00:35:41,400
kami bertanya langkah yang perlu diambil.

557
00:35:41,920 --> 00:35:43,439
Dia beritahu saya

558
00:35:43,440 --> 00:35:46,440
yang kerajaan takkan buat apa-apa
melainkan ada kematian.

559
00:35:48,280 --> 00:35:51,800
Dia khabarnya pernah berkata
kepada rakan sekerja saya,

560
00:35:53,320 --> 00:35:54,480
"Tunjukkan mayat."

561
00:35:59,840 --> 00:36:01,959
{\an8}1 JAM 12 MINIT SELEPAS KEBAKARAN BERMULA

562
00:36:01,960 --> 00:36:04,559
{\an8}<i>Bravo zero one, anda dapat hubungi LFB?</i>

563
00:36:04,560 --> 00:36:07,560
{\an8}<i>Ada seorang lelaki buta di lokasi, tamat.</i>

564
00:36:09,280 --> 00:36:11,239
{\an8}<i>Saya dimaklumkan oleh orang awam,</i>

565
00:36:11,240 --> 00:36:13,199
{\an8}<i>mereka hubungi penghuni di tingkat tujuh.</i>

566
00:36:13,200 --> 00:36:15,039
{\an8}<i>Ada banyak asap di sana.</i>

567
00:36:15,040 --> 00:36:19,280
Pusat panggilan LFB
tidak dapat menampung jumlah panggilan.

568
00:36:19,880 --> 00:36:23,880
Petugas pusat panggilan terkejut
dengan jumlah panggilan yang agak tinggi.

569
00:36:24,480 --> 00:36:26,639
{\an8}<i>Kebakaran dah mula
merebak masuk ke dalam unit.</i>

570
00:36:26,640 --> 00:36:29,200
{\an8}<i>Dua orang dewasa
dan dua kanak-kanak di dalam unit itu.</i>

571
00:36:29,640 --> 00:36:32,519
Panggilan dipindahkan
ke pusat kawalan lain di serata negara.

572
00:36:32,520 --> 00:36:35,080
Apabila panggilan terlalu banyak,
beginilah jadinya.

573
00:36:36,160 --> 00:36:38,399
{\an8}<i>Seorang wanita terperangkap di tingkat 11.</i>

574
00:36:38,400 --> 00:36:40,920
{\an8}<i>Tingkat 10,
nampaknya orang ini terperangkap.</i>

575
00:36:41,960 --> 00:36:46,759
Tapi semua petugas pusat panggilan
berikan nasihat biasa

576
00:36:46,760 --> 00:36:50,279
kepada penghuni blok menara yang terbakar,
iaitu, "Jangan bergerak."

577
00:36:50,280 --> 00:36:52,359
{\an8}<i>Seorang lagi disahkan terperangkap.</i>

578
00:36:52,360 --> 00:36:55,119
{\an8}<i>Ada orang terperangkap
di tingkat 10 dan 11.</i>

579
00:36:55,120 --> 00:36:56,920
{\an8}<i>Seorang wanita dan tiga kanak-kanak.</i>

580
00:36:57,440 --> 00:36:59,759
Kami tahu insiden Rumah Lakanal

581
00:36:59,760 --> 00:37:03,440
sepatutnya buat mereka sedar arahan ini
tidak sesuai untuk bangunan tinggi.

582
00:37:04,120 --> 00:37:08,079
{\an8}<i>Isteri saya baru saja bercakap dengan dia.
Dia masih ada di sana.</i>

583
00:37:08,080 --> 00:37:10,079
{\an8}<i>Semuanya terlalu panas untuk disentuh.</i>

584
00:37:10,080 --> 00:37:12,800
Mereka tak ada televisyen.

585
00:37:14,080 --> 00:37:16,080
Ada televisyen, tapi tak berfungsi.

586
00:37:16,680 --> 00:37:18,639
Maksudnya, mereka langsung tak nampak

587
00:37:18,640 --> 00:37:21,480
gambaran visual
kejadian di Menara Grenfell.

588
00:37:22,000 --> 00:37:26,479
Skrin mereka hanya paparkan
satu baris maklumat,

589
00:37:26,480 --> 00:37:28,960
"Dapur tingkat empat, separa terbakar."

590
00:37:31,080 --> 00:37:33,759
{\an8}<i>Tingkat 22, wanita dan tiga orang anak.</i>

591
00:37:33,760 --> 00:37:35,639
{\an8}<i>Dua orang dewasa terperangkap.</i>

592
00:37:35,640 --> 00:37:39,679
{\an8}<i>Penghuni terperangkap di tingkat 11,
10 dan saya rasa tingkat 15.</i>

593
00:37:39,680 --> 00:37:42,039
{\an8}<i>Lima orang terperangkap di tingkat 17.</i>

594
00:37:42,040 --> 00:37:44,039
{\an8}<i>- Tingkat 16.
- Tingkat 18.</i>

595
00:37:44,040 --> 00:37:45,759
{\an8}<i>Tingkat 22.</i>

596
00:37:45,760 --> 00:37:47,759
{\an8}<i>- Tujuh belas.
- Tingkat 11.</i>

597
00:37:47,760 --> 00:37:49,639
{\an8}<i>Perempuan, mungkin dua kanak-kanak.</i>

598
00:37:49,640 --> 00:37:51,160
{\an8}<i>Tiga kanak-kanak, tamat.</i>

599
00:38:00,600 --> 00:38:05,359
Saya tak ingat jalan yang mana
masa saya mula-mula nampak menara itu.

600
00:38:05,360 --> 00:38:09,159
ANGGOTA BOMBA

601
00:38:09,160 --> 00:38:13,400
Menara itu di kiri saya,
api menjulang di satu sisi bangunan.

602
00:38:14,240 --> 00:38:15,560
<i>Macam mana boleh berlaku?</i>

603
00:38:16,240 --> 00:38:19,159
Rasanya saya tak pernah jejak kaki
ke Menara Grenfell.

604
00:38:19,160 --> 00:38:20,640
Saya tak tahu susun aturnya.

605
00:38:22,840 --> 00:38:26,680
Saya cuma nak masuk
dan bantu sedaya upaya.

606
00:38:28,520 --> 00:38:31,360
Kami tak sangka
tangga bangunan itu agak sempit.

607
00:38:32,320 --> 00:38:34,479
Anggota bomba turun sambil membawa mangsa.

608
00:38:34,480 --> 00:38:36,999
Apabila kami dengar
mereka menjerit, "Mangsa!",

609
00:38:37,000 --> 00:38:40,599
kami terus bergerak ke tepi
dengan silinder di belakang

610
00:38:40,600 --> 00:38:42,599
dan cuba beri ruang sebaik mungkin.

611
00:38:42,600 --> 00:38:45,439
Mereka turun sambil menangis,
batuk dan tercungap-cungap.

612
00:38:45,440 --> 00:38:47,600
Ada yang sedar, ada yang tak sedar.

613
00:38:49,000 --> 00:38:50,159
Memang huru-hara.

614
00:38:50,160 --> 00:38:55,480
Seolah-olah semua orang terkejut
dan tak sempat bersedia.

615
00:38:58,400 --> 00:39:00,759
Tak lama selepas itu, bomba pun tiba.

616
00:39:00,760 --> 00:39:02,319
TINGKAT KEDIAMAN OMAR

617
00:39:02,320 --> 00:39:05,640
Kami pun tanya,
"Okey, kita keluar sekarang?"

618
00:39:06,680 --> 00:39:11,960
Dia jawab, "Tak, awak semua kena pindah
ke apartmen sebelah. Kami akan kembali."

619
00:39:13,320 --> 00:39:16,199
Saya ingat lagi,
sebaik saja saya masuk ke apartmen itu,

620
00:39:16,200 --> 00:39:18,040
saya nampak ramai orang di sana

621
00:39:19,080 --> 00:39:22,400
termasuk penghuni unit itu
dan keluarganya.

622
00:39:24,760 --> 00:39:26,040
Saya nampak Zainab.

623
00:39:27,720 --> 00:39:29,040
Anaknya pun ada.

624
00:39:32,160 --> 00:39:33,000
Denis.

625
00:39:34,480 --> 00:39:36,840
Termasuk saya dan adik saya.

626
00:39:38,040 --> 00:39:40,999
Mohammad bawa al-Quran dari apartmen kami.

627
00:39:41,000 --> 00:39:43,319
Dia membaca al-Quran buat seketika.

628
00:39:43,320 --> 00:39:47,600
Dia kata, "Ini akan membantu."
Dia rasa lebih berani dan kuat.

629
00:39:48,520 --> 00:39:51,800
Tapi kami tak tahu rancangan seterusnya.

630
00:39:55,040 --> 00:39:57,400
Saya hanya mahu diselamatkan.

631
00:39:58,080 --> 00:39:59,919
Andreia hamil tujuh bulan.

632
00:39:59,920 --> 00:40:02,159
Dia menghidap asma, begitu juga Megan.

633
00:40:02,160 --> 00:40:03,319
TINGKAT KEDIAMAN MARCIO

634
00:40:03,320 --> 00:40:09,119
Kami perlukan tangki udara
atau topeng untuk keluar.

635
00:40:09,120 --> 00:40:13,559
Saya nampak ayah isi air
di dalam tab mandi

636
00:40:13,560 --> 00:40:19,000
dan masukkan banyak tuala
untuk pastikan semuanya basah.

637
00:40:20,400 --> 00:40:23,359
Semakin lama, semakin teruk.

638
00:40:23,360 --> 00:40:27,160
Apabila saya buka pintu,
saya cuma nampak asap.

639
00:40:27,680 --> 00:40:28,800
<i>Kenapa awak menangis?</i>

640
00:40:30,000 --> 00:40:31,160
<i>Awak menangis.</i>

641
00:40:39,000 --> 00:40:41,999
Asapnya sangat tebal dan hitam.

642
00:40:42,000 --> 00:40:45,999
Setiap kali saya buka pintu
dan cuba bernafas,

643
00:40:46,000 --> 00:40:50,240
saya rasa nak termuntah.
Macam ada bahan kimia dalam udara.

644
00:40:55,600 --> 00:40:58,040
Asap daripada plastik sangat toksik.

645
00:40:58,560 --> 00:41:00,000
Boleh menyebabkan sesak nafas.

646
00:41:01,200 --> 00:41:04,319
Kita sedut sesuatu
yang boleh buat kita sakit serta-merta.

647
00:41:04,320 --> 00:41:07,040
Kita akan pengsan dalam sekelip mata.

648
00:41:08,080 --> 00:41:09,559
Kita mula tak sedarkan diri.

649
00:41:09,560 --> 00:41:12,520
Kita tak perasan
yang kita tak sedarkan diri.

650
00:41:13,920 --> 00:41:15,840
Asap semakin tebal.

651
00:41:16,360 --> 00:41:20,119
Asapnya kotor. Sangat kotor.

652
00:41:20,120 --> 00:41:24,480
Tangan depan muka pun tak nampak.
Lampu suluh langsung tak membantu.

653
00:41:26,760 --> 00:41:29,880
Kami terbakar.
Kami rasa panas yang melampau.

654
00:41:31,200 --> 00:41:34,359
Kami langsung tak tahu
punca kepanasan yang keterlaluan itu.

655
00:41:34,360 --> 00:41:36,120
Semuanya tak masuk akal.

656
00:41:38,120 --> 00:41:41,199
<i>Bahagian luar menara
telah dihias semula baru-baru ini</i>

657
00:41:41,200 --> 00:41:43,759
<i>di bawah inisiatif
pihak berkuasa tempatan.</i>

658
00:41:43,760 --> 00:41:48,599
<i>Mereka guna panel plastik
untuk mencantikkan rupa bangunan.</i>

659
00:41:48,600 --> 00:41:52,279
<i>Mereka syak kerja-kerja itu
tidak mengikut piawaian keselamatan.</i>

660
00:41:52,280 --> 00:41:55,960
<i>Tak apa. Mereka dah diberi amaran.
Pastikan tak ada sesiapa menyusup masuk.</i>

661
00:41:59,120 --> 00:42:02,519
Abang saya,
Raymond atau dikenali sebagai Moses,

662
00:42:02,520 --> 00:42:06,080
tinggal di tingkat 23 di unit 201.

663
00:42:07,040 --> 00:42:10,599
{\an8}PENGHUNI GRENFELL

664
00:42:10,600 --> 00:42:12,999
{\an8}Dia memang suka mengusik.

665
00:42:13,000 --> 00:42:14,519
{\an8}Senyuman dia memang menawan.

666
00:42:14,520 --> 00:42:17,840
{\an8}Apabila dia senyum kepada awak,
awak akan terus cair.

667
00:42:23,040 --> 00:42:24,840
Ray membesar di Trinidad.

668
00:42:25,840 --> 00:42:29,240
Dia datang ke United Kingdom
semasa dia berusia 16 tahun.

669
00:42:31,080 --> 00:42:33,440
Muzik kalipso sebahagian
daripada hidup dia.

670
00:42:34,200 --> 00:42:37,199
Dulu dia aktif dalam karnival,

671
00:42:37,200 --> 00:42:41,679
tapi bila umur makin lanjut
dan artritis menyerang,

672
00:42:41,680 --> 00:42:43,840
dia tak boleh melompat-lompat lagi.

673
00:42:45,760 --> 00:42:48,840
Dia tinggal di Menara Grenfell
selama lebih 30 tahun.

674
00:42:49,360 --> 00:42:53,039
<i>Duduk di taman...</i>

675
00:42:53,040 --> 00:42:54,879
Saya uruskan hampir semua urusan Ray,

676
00:42:54,880 --> 00:42:58,839
jadi saya akan hubungi
Organisasi Pengurusan Penyewa

677
00:42:58,840 --> 00:43:00,280
yang dikenali sebagai TMO.

678
00:43:01,240 --> 00:43:05,319
Kalau saya perlu gambarkan
hubungan saya bagi pihak abang saya

679
00:43:05,320 --> 00:43:09,400
dengan pihak majlis dan TMO,
sejujurnya agak teruk.

680
00:43:09,920 --> 00:43:12,439
Lagipun, dia bayar sewa.

681
00:43:12,440 --> 00:43:15,880
Itu bukannya hadiah.
Dia tak tinggal di sana secara percuma.

682
00:43:18,120 --> 00:43:20,880
Kami dilayan seolah-olah kami tak penting.

683
00:43:21,560 --> 00:43:24,440
Seolah-olah kami golongan bawahan.

684
00:43:25,240 --> 00:43:27,160
Tapi hakikatnya jauh berbeza.

685
00:43:28,080 --> 00:43:31,719
Ada perunding teknologi maklumat,
pekerja dalam bidang kesihatan,

686
00:43:31,720 --> 00:43:34,159
ada guru, arkitek.

687
00:43:34,160 --> 00:43:36,640
Bukan tempat orang miskin,
tapi golongan pekerja.

688
00:43:39,360 --> 00:43:41,320
Menara Grenfell terletak di Kensington.

689
00:43:42,400 --> 00:43:46,120
Meskipun terletak di London,
kawasan itu dianggap luar biasa.

690
00:43:47,120 --> 00:43:50,479
Kensington merupakan
antara kawasan terkaya di London

691
00:43:50,480 --> 00:43:52,080
dan juga paling miskin.

692
00:43:53,720 --> 00:43:59,799
Golongan berada menganggap
menara itu sesuatu yang menyakitkan mata.

693
00:43:59,800 --> 00:44:02,160
Bagi saya,
itulah punca nilai hartanah tak naik.

694
00:44:05,160 --> 00:44:07,639
Menara Grenfell dibina pada tahun 1970-an,

695
00:44:07,640 --> 00:44:10,760
tapi tidak diselenggara
dengan baik oleh pihak berkuasa tempatan.

696
00:44:12,160 --> 00:44:14,160
Tak pernah ada pengubahsuaian besar.

697
00:44:15,640 --> 00:44:19,719
Kompleks sekolah dan pusat rekreasi baharu
yang moden sedang dibina,

698
00:44:19,720 --> 00:44:23,199
tapi blok menara di sebelahnya
kelihatan agak usang.

699
00:44:23,200 --> 00:44:25,239
Mereka menyebut dalam e-mel dalaman

700
00:44:25,240 --> 00:44:29,279
yang mungkin
menyalut Menara Grenfell idea yang baik

701
00:44:29,280 --> 00:44:33,040
kerana menara itu takkan nampak
macam ketinggalan zaman.

702
00:44:33,720 --> 00:44:37,879
Mereka nak salut semula bangunan itu
dan pasang tingkap baharu.

703
00:44:37,880 --> 00:44:40,519
Tingkap lama dah tak sesuai digunakan.

704
00:44:40,520 --> 00:44:43,919
Penyalutan itu buat kami terkejut.

705
00:44:43,920 --> 00:44:45,959
Saya tak pernah dengar tentang salutan.

706
00:44:45,960 --> 00:44:48,239
- Saya tak pernah dengar perkataan itu.
- Ya.

707
00:44:48,240 --> 00:44:51,879
PROJEK PEMULIHAN MENARA GRENFELL

708
00:44:51,880 --> 00:44:54,479
Semasa arkitek
mula-mula mereka sistem salutan,

709
00:44:54,480 --> 00:44:58,680
mereka mencadangkan panel salutan zink.

710
00:44:59,560 --> 00:45:02,160
Bahan itu tahan api
kerana diperbuat daripada logam.

711
00:45:03,400 --> 00:45:06,960
Saya hadir hampir semua sesi konsultasi.

712
00:45:08,200 --> 00:45:14,120
Kami tak pernah diberi salinan cetak
rupa salutan itu.

713
00:45:15,440 --> 00:45:19,800
Pihak berkuasa tempatan
mahu mencari kontraktor paling murah.

714
00:45:21,760 --> 00:45:25,200
Mereka pilih syarikat
yang dikenali sebagai Rydon.

715
00:45:26,960 --> 00:45:29,959
Sepanjang kerja ubah suai,
saya dan Ray sering berbual.

716
00:45:29,960 --> 00:45:33,560
Dia selalu mengadu kepada saya,
"Kualiti kerja mereka sangat teruk."

717
00:45:34,520 --> 00:45:37,759
Saya bersama mereka yang berani bersuara

718
00:45:37,760 --> 00:45:39,120
dilabel sebagai pemberontak.

719
00:45:39,600 --> 00:45:43,519
Kami suarakan kebimbangan
kepada salah seorang pengurus kanan Rydon

720
00:45:43,520 --> 00:45:48,039
dan kami bertanya, "Kalau rumah awak
diperlakukan begini, apa awak rasa?"

721
00:45:48,040 --> 00:45:50,039
Dia menoleh ke arah kami dan berkata,

722
00:45:50,040 --> 00:45:52,799
"Kalau percuma, saya tak kisah pun."

723
00:45:52,800 --> 00:45:56,959
Komen itu gambaran jelas layanan

724
00:45:56,960 --> 00:46:01,039
oleh Rydon, TMO dan RBKC terhadap kami.

725
00:46:01,040 --> 00:46:04,479
Kami dianggap penyibuk
yang nak benda percuma,

726
00:46:04,480 --> 00:46:08,760
kami tak layak dapat apa-apa,
jadi diam dan biar mereka teruskan kerja.

727
00:46:12,840 --> 00:46:14,759
Semasa proses ubah suai,

728
00:46:14,760 --> 00:46:17,759
Organisasi Pengurusan Penyewa
Kensington dan Chelsea

729
00:46:17,760 --> 00:46:20,040
kerap berbincang dengan Rydon

730
00:46:20,880 --> 00:46:23,679
tentang cara untuk kurangkan
kos kerja sebanyak mungkin.

731
00:46:23,680 --> 00:46:25,400
Bagaimana nak jimatkan kos?

732
00:46:27,520 --> 00:46:30,279
Antara langkah awal
yang diambil untuk jimatkan kos

733
00:46:30,280 --> 00:46:32,679
adalah untuk menukar
panel salutan zink itu

734
00:46:32,680 --> 00:46:35,519
dengan produk penyalutan
termurah di pasaran.

735
00:46:35,520 --> 00:46:37,839
Produk termurah yang mereka jumpa

736
00:46:37,840 --> 00:46:42,000
ialah bahan komposit aluminium
dengan teras polietilena tulen.

737
00:46:43,000 --> 00:46:44,399
MERXHEIM, PERANCIS

738
00:46:44,400 --> 00:46:47,400
Arconic menjual salutan itu
untuk digunakan pada Menara Grenfell.

739
00:46:48,600 --> 00:46:50,679
KEBAKARAN BUCHAREST

740
00:46:50,680 --> 00:46:54,320
Saya dapat tahu pada 2009,

741
00:46:54,840 --> 00:46:57,440
berlaku kebakaran
di sebuah bangunan pejabat di Bucharest.

742
00:46:58,160 --> 00:47:00,079
{\an8}JUN 2009

743
00:47:00,080 --> 00:47:03,679
Kejadian ini mengejutkan
Pengurus Teknikal Claude Wehrle

744
00:47:03,680 --> 00:47:05,920
kerana ACM digunakan pada bangunan itu.

745
00:47:07,280 --> 00:47:11,080
Dia cari gambar kebakaran itu dalam talian
dan hantar kepada pihak atasan.

746
00:47:13,160 --> 00:47:16,800
{\an8}Insiden di Bucharest bukan amaran terakhir
yang pernah diutarakan.

747
00:47:19,560 --> 00:47:22,999
Pihak industri pembinaan bimbang
dengan jumlah kebakaran yang berlaku

748
00:47:23,000 --> 00:47:26,760
kerana beberapa kebakaran
melibatkan salutan jenis ini.

749
00:47:27,640 --> 00:47:30,120
Ada satu lagi kebakaran,
kali ini di Perancis.

750
00:47:30,640 --> 00:47:32,399
Malangnya, kebakaran ini membawa maut.

751
00:47:32,400 --> 00:47:34,800
Seorang wanita kurang upaya
maut dalam bangunan itu.

752
00:47:37,880 --> 00:47:40,800
FEBRUARI 2015

753
00:47:41,760 --> 00:47:43,399
Perancis membuat perubahan.

754
00:47:43,400 --> 00:47:47,639
Ini menyebabkan salutan mudah terbakar
tidak lagi boleh dijual di sana

755
00:47:47,640 --> 00:47:51,600
dan ada negara lain di sekitar Eropah
turut melaksanakan peraturan serupa.

756
00:47:52,200 --> 00:47:54,559
Tapi bagi Claude Wehrle,

757
00:47:54,560 --> 00:47:58,439
kita masih boleh beroperasi dalam pasaran
yang peraturannya tak seketat itu

758
00:47:58,440 --> 00:48:01,199
dan malangnya,

759
00:48:01,200 --> 00:48:04,400
pasaran di UK tak begitu ketat.

760
00:48:05,480 --> 00:48:07,559
Terdapat e-mel dalaman Arconic
yang menyatakan

761
00:48:07,560 --> 00:48:10,680
produk mudah terbakar ini boleh digunakan
tanpa halangan di England.

762
00:48:17,560 --> 00:48:21,839
Semasa pengubahsuaian Grenfell,
teknologi yang digunakan ialah PE.

763
00:48:21,840 --> 00:48:26,519
Satu lagi pilihan ialah FR,
iaitu bahan kalis api.

764
00:48:26,520 --> 00:48:27,959
PADA PANEL YANG MENGANDUNGI PE

765
00:48:27,960 --> 00:48:32,440
Di Amerika Utara,
sesetengah projek memang perlukan FR.

766
00:48:33,480 --> 00:48:36,079
Kalau bangunan lebih dua tingkat,

767
00:48:36,080 --> 00:48:37,920
FR akan digunakan.

768
00:48:41,000 --> 00:48:44,159
Pengubahsuaian akhirnya selesai pada 2016

769
00:48:44,160 --> 00:48:47,480
dan pihak berkuasa tempatan
berpuas hati dengan kerja mereka.

770
00:48:48,040 --> 00:48:52,599
Satu siaran media dikeluarkan,
menyatakan betapa luar biasanya

771
00:48:52,600 --> 00:48:56,000
hasil salutan yang menyerlahkan
penampilan luar bangunan itu.

772
00:48:58,240 --> 00:49:04,680
Tapi sekarang ada 120 buah rumah
diselaputi plastik mudah terbakar.

773
00:49:07,480 --> 00:49:10,560
Saya tak rasa
bangunan itu perlukan sebarang ubah suai.

774
00:49:11,080 --> 00:49:13,320
Bangunan itu cuma menara konkrit.

775
00:49:13,920 --> 00:49:16,119
Saya rasa selamat
di dalam menara konkrit itu,

776
00:49:16,120 --> 00:49:22,720
jadi mereka patut utamakan keselamatan
dan bukannya penampilan.

777
00:49:24,240 --> 00:49:27,480
Berdasarkan cara Arconic beroperasi,

778
00:49:28,280 --> 00:49:32,479
saya tak percaya kalau ada yang tak tahu

779
00:49:32,480 --> 00:49:35,800
situasi sebenar bangunan itu.

780
00:49:38,160 --> 00:49:40,880
Kosnya cuma dua paun lebih
bagi setiap meter persegi.

781
00:49:41,520 --> 00:49:45,079
Kos keseluruhan bangunan ialah 5,000 paun.

782
00:49:45,080 --> 00:49:48,639
Kalau dibahagikan ikut unit,
lebih kurang 40 paun setiap rumah

783
00:49:48,640 --> 00:49:50,239
untuk versi yang lebih selamat.

784
00:49:50,240 --> 00:49:52,879
Disebabkan keutamaan hanya pada penjimatan

785
00:49:52,880 --> 00:49:55,440
dan harga termurah, semua itu diketepikan.

786
00:49:59,760 --> 00:50:03,600
{\an8}Lebih kurang 40 paun untuk satu unit.

787
00:50:05,760 --> 00:50:08,999
Panggilan pertama yang saya terima
sebenarnya daripada seorang kawan.

788
00:50:09,000 --> 00:50:12,439
Dia berkata, "Ada kebakaran di blok.

789
00:50:12,440 --> 00:50:13,560
Di mana Ray?"

790
00:50:14,400 --> 00:50:17,639
<i>Kami belum tahu jumlah sebenar
orang yang berada di dalam bangunan...</i>

791
00:50:17,640 --> 00:50:20,200
Saya turun ke bawah, pasang televisyen

792
00:50:20,920 --> 00:50:24,600
dan ketika itulah saya tahu
tentang kejadian itu.

793
00:50:26,000 --> 00:50:29,080
Saya cuba telefon dia dan tiada jawapan.

794
00:50:30,400 --> 00:50:33,239
Saya cuma ingat pada masa itu,

795
00:50:33,240 --> 00:50:36,679
saya berharap agar rumah Ray tak terjejas.

796
00:50:36,680 --> 00:50:39,000
Harapnya Ray selamat.

797
00:50:40,320 --> 00:50:43,000
Saya pergi ke Ladbroke Grove.

798
00:50:44,200 --> 00:50:47,360
Saya nampak kebakaran yang dahsyat.

799
00:50:49,160 --> 00:50:53,440
Saya sangka semuanya akan terkawal.

800
00:50:55,200 --> 00:50:56,280
Sebab...

801
00:50:59,960 --> 00:51:01,360
ini United Kingdom.

802
00:51:02,440 --> 00:51:04,919
{\an8}1 JAM 53 MINIT SELEPAS KEBAKARAN BERMULA

803
00:51:04,920 --> 00:51:08,199
{\an8}<i>Bagi penghuni yang masih ada di blok,
ini nasihat untuk mereka,</i>

804
00:51:08,200 --> 00:51:11,279
<i>kalau ada sesiapa menelefon
seseorang yang masih di atas sana,</i>

805
00:51:11,280 --> 00:51:15,440
<i>sila minta mereka cuba menyelamatkan diri
atau keluar dengan apa-apa cara sekalipun.</i>

806
00:51:18,080 --> 00:51:22,279
Polisi Jangan Bergerak dibatalkan
di bilik kawalan pada pukul 2:35

807
00:51:22,280 --> 00:51:24,720
dan di lokasi kejadian
pada pukul 2:47 pagi.

808
00:51:26,040 --> 00:51:30,040
Pada ketika ini, lebih 100 orang
masih berada di dalam Menara Grenfell.

809
00:51:33,000 --> 00:51:38,080
Saya masih ingat seorang pegawai atasan
berucap kepada pasukan bomba.

810
00:51:39,040 --> 00:51:40,880
Ucapannya penuh semangat.

811
00:51:42,360 --> 00:51:45,559
"Dengar sini, situasi ini agak luar biasa,

812
00:51:45,560 --> 00:51:48,839
tapi masih ada nyawa
yang boleh diselamatkan

813
00:51:48,840 --> 00:51:52,040
dan kami terpaksa letakkan kamu
dalam situasi yang sangat berbahaya."

814
00:51:54,680 --> 00:51:56,240
Kami tak tahu lokasi kami.

815
00:51:57,280 --> 00:52:01,120
Kami menjerit memanggil orang,
tapi tiada sahutan balas.

816
00:52:02,280 --> 00:52:05,720
Ada pancaran lampu suluh
ketika orang berjalan ke sana ke sini.

817
00:52:07,800 --> 00:52:08,640
Tiba-tiba,

818
00:52:09,320 --> 00:52:13,680
seorang ahli bomba muncul
dengan seorang wanita yang pengsan.

819
00:52:14,520 --> 00:52:18,639
Dia bersendirian bersama wanita itu.
Nampak jelas dia perlukan bantuan.

820
00:52:18,640 --> 00:52:20,160
Kami angkat dia.

821
00:52:21,640 --> 00:52:24,319
Kami terhuyung-hayang dan asyik tersadung.

822
00:52:24,320 --> 00:52:26,760
Nak jejak kaki dengan betul pun susah.

823
00:52:28,880 --> 00:52:33,920
Kami bawa dia ke tingkat bawah
dan kami hantar dia kepada paramedik.

824
00:52:35,720 --> 00:52:37,679
Tak ada masa untuk berlengah.

825
00:52:37,680 --> 00:52:41,760
Kami tahu kami perlu masuk semula
dan bantu sesiapa yang masih terperangkap.

826
00:52:45,840 --> 00:52:49,879
Setiap kali kami sedut asap itu,
rasa macam kematian semakin dekat.

827
00:52:49,880 --> 00:52:53,760
Ada yang buka pintu
untuk cari jalan keluar.

828
00:52:55,600 --> 00:52:58,879
Jiran saya risau tentang keluarganya,

829
00:52:58,880 --> 00:53:01,160
jadi dia mula mengikat cadar menjadi tali.

830
00:53:04,160 --> 00:53:07,520
<i>Dia jadikan selimut
sebagai tali dan hulurkan ke bawah.</i>

831
00:53:08,920 --> 00:53:11,559
<i>- Ada seorang lagi di sana.
- Sambut.</i>

832
00:53:11,560 --> 00:53:13,319
<i>- Kawan.
- Baru sambut anjing.</i>

833
00:53:13,320 --> 00:53:16,919
Dia cuba selamatkan diri
menggunakan cadar dari tingkap.

834
00:53:16,920 --> 00:53:18,200
Dia cuba.

835
00:53:20,320 --> 00:53:24,560
Saya dan abang saya sangat takut.
Kami terus tarik dia.

836
00:53:26,080 --> 00:53:28,999
Kanak-kanak menangis, menjerit.

837
00:53:29,000 --> 00:53:31,840
Saya dengar Zainab menangis dan...

838
00:53:32,440 --> 00:53:33,719
Mereka sangat...

839
00:53:33,720 --> 00:53:37,040
Tak tentu arah di dalam apartmen,
mereka takut dan buntu.

840
00:53:39,040 --> 00:53:42,160
Tapi kami berharap
anggota bomba akan kembali.

841
00:53:44,840 --> 00:53:49,999
Saya diberitahu yang api terlalu marak
di beberapa tingkat lain,

842
00:53:50,000 --> 00:53:52,000
jadi penghuni lain terpaksa naik ke atas.

843
00:53:54,640 --> 00:53:57,679
Ada beberapa orang penghuni
menekan loceng pintu Ray

844
00:53:57,680 --> 00:54:01,199
dan pada masa itu,
rumahnya belum dipenuhi asap tebal.

845
00:54:01,200 --> 00:54:02,200
TINGKAT KEDIAMAN RAY

846
00:54:04,160 --> 00:54:09,040
Dia benarkan sekumpulan wanita
dan kanak-kanak berlindung di rumahnya.

847
00:54:10,520 --> 00:54:12,720
{\an8}Ray disenaraikan
sebagai orang kurang upaya,

848
00:54:14,120 --> 00:54:19,160
tapi tiada rancangan untuk memindahkan
penghuni kurang upaya di Menara Grenfell.

849
00:54:20,800 --> 00:54:25,160
Dia nampak asap hitam
setiap kali pintunya dibuka.

850
00:54:25,960 --> 00:54:27,719
Tapi dia tetap izinkan mereka masuk.

851
00:54:27,720 --> 00:54:29,760
Dia beri mereka tempat berlindung.

852
00:54:34,880 --> 00:54:40,959
Saya percaya Jessica
mungkin bersama orang dewasa lain

853
00:54:40,960 --> 00:54:43,040
{\an8}dan telah masuk ke rumah Ray.

854
00:54:44,240 --> 00:54:47,840
{\an8}Jessica dan cucu saya
belajar di sekolah yang sama.

855
00:54:48,720 --> 00:54:53,079
Dia kenal Ray
dan dia tahu dia akan selamat bersama Ray.

856
00:54:53,080 --> 00:54:57,119
TINGKAT KEDIAMAN RAY

857
00:54:57,120 --> 00:55:00,439
Saya telefon Pasukan Bomba London
sekali lagi untuk dapatkan maklumat.

858
00:55:00,440 --> 00:55:02,879
Di mana ahli bomba
yang sepatutnya datang bantu kami?

859
00:55:02,880 --> 00:55:04,239
{\an8}TINGKAT KEDIAMAN MARCIO

860
00:55:04,240 --> 00:55:06,999
Mereka kata, "Saya ingat awak.
Awak dah hubungi kami tadi."

861
00:55:07,000 --> 00:55:09,560
Saya kata,
"Saya dah telefon LFB empat kali."

862
00:55:10,880 --> 00:55:12,879
{\an8}<i>Baiklah, ada berapa orang sekarang?</i>

863
00:55:12,880 --> 00:55:15,440
{\an8}<i>Enam orang. Tiga kanak-kanak, tiga dewasa.</i>

864
00:55:16,160 --> 00:55:19,119
{\an8}<i>Tak boleh keluar
dan asap dah masuk dalam rumah.</i>

865
00:55:19,120 --> 00:55:22,599
{\an8}<i>Tak boleh keluar.
Lagipun awak ada anak-anak.</i>

866
00:55:22,600 --> 00:55:23,600
{\an8}<i>Ya.</i>

867
00:55:24,120 --> 00:55:26,999
Selepas seminit dua bercakap,

868
00:55:27,000 --> 00:55:31,399
saya sempat jeling ke bilik tidur
dan tiba-tiba tingkap saya terbakar

869
00:55:31,400 --> 00:55:33,999
dan api makin dekat.

870
00:55:34,000 --> 00:55:36,639
{\an8}<i>Alamak, api dah sampai.</i>

871
00:55:36,640 --> 00:55:38,159
{\an8}<i>- Baiklah.
- Ambil tuala basah.</i>

872
00:55:38,160 --> 00:55:40,439
{\an8}<i>Bawa keluarga awak keluar.</i>

873
00:55:40,440 --> 00:55:43,719
{\an8}<i>- Ya. Kami buat sekarang. Ambil tuala.
- Bawa telefon awak.</i>

874
00:55:43,720 --> 00:55:46,119
{\an8}<i>- Saya akan kekal di talian, okey?
- Okey.</i>

875
00:55:46,120 --> 00:55:50,119
<i>Okey, jangan berpisah.
Ambil baju basah sebanyak mungkin...</i>

876
00:55:50,120 --> 00:55:52,200
Jadi, semuanya...

877
00:55:53,600 --> 00:55:55,440
berlaku sekelip mata.

878
00:55:56,240 --> 00:56:01,480
Kami selimutkan diri dengan selimut
yang ayah rendam di dalam tab mandi,

879
00:56:03,560 --> 00:56:05,000
saya pegang anjing saya.

880
00:56:09,280 --> 00:56:13,680
Kami pun terus berlari ke tangga.

881
00:56:14,280 --> 00:56:15,599
{\an8}<i>Baiklah. Mari kita pergi.</i>

882
00:56:15,600 --> 00:56:16,639
<i>Cepat, cepat.</i>

883
00:56:16,640 --> 00:56:19,440
Keadaan di tangga sangat mengerikan.

884
00:56:20,960 --> 00:56:23,040
Saya batuk dan hampir muntah.

885
00:56:23,800 --> 00:56:27,000
{\an8}<i>- Teruskan.
- Teruskan.</i>

886
00:56:28,040 --> 00:56:29,160
{\an8}<i>Teruskan, semua.</i>

887
00:56:31,040 --> 00:56:33,759
{\an8}<i>- Teruskan.
- Ikut arahan saya...</i>

888
00:56:33,760 --> 00:56:38,519
Saya tak nampak mereka langsung.
Saya sangka mereka ada di depan saya.

889
00:56:38,520 --> 00:56:39,880
<i>...menuju ke tingkat awak.</i>

890
00:56:40,440 --> 00:56:41,440
{\an8}<i>Teruskan.</i>

891
00:56:42,440 --> 00:56:43,920
{\an8}<i>- Okey.
- Teruskan...</i>

892
00:56:44,760 --> 00:56:46,200
Ayah saya di belakang saya.

893
00:56:47,040 --> 00:56:50,119
Saya dengar suara ayah di belakang saya.

894
00:56:50,120 --> 00:56:53,760
Dia asyik menjerit,
"Teruskan. Jalan cepat."

895
00:56:55,000 --> 00:56:56,880
<i>Teruskan, okey?</i>

896
00:56:57,720 --> 00:56:59,160
Saya cuma ingat...

897
00:57:01,600 --> 00:57:04,720
Saya cuma ingat
saya terpijak begitu banyak mayat.

898
00:57:14,440 --> 00:57:20,240
Selepas itu,
saya tak dengar suara ayah lagi.

899
00:57:21,240 --> 00:57:22,840
Suara ayah saya

900
00:57:24,320 --> 00:57:25,959
macam dah jauh di depan.

901
00:57:25,960 --> 00:57:27,800
Macam dari bawah tangga.

902
00:57:29,760 --> 00:57:35,080
Saya tak dengar suara sesiapa langsung

903
00:57:35,920 --> 00:57:40,720
sehinggalah saya dengar
Luana panggil, "Ayah!"

904
00:57:46,960 --> 00:57:50,040
Pada saat itu
saya sedar mereka tiada di depan saya.

905
00:57:50,640 --> 00:57:51,800
Mereka di belakang saya.

906
00:57:52,320 --> 00:57:55,600
Saya kata, "Saya dah tak larat lagi."

907
00:57:56,520 --> 00:57:58,400
Saya tak boleh teruskan.

908
00:58:03,560 --> 00:58:05,040
Saya ingat lagi

909
00:58:05,840 --> 00:58:09,159
saya letakkan anjing saya di tangga

910
00:58:09,160 --> 00:58:10,600
sebab saya dah tak tahan.

911
00:58:13,320 --> 00:58:17,320
Itu saja yang saya ingat sebab...

912
00:58:19,600 --> 00:58:21,080
selepas itu saya pengsan.

913
00:58:22,800 --> 00:58:24,760
Semuanya jadi gelap gelita.

914
00:58:26,760 --> 00:58:30,559
{\an8}<i>Baiklah, dengar cakap saya. Okey?</i>

915
00:58:30,560 --> 00:58:34,159
{\an8}<i>- Fikir dulu tempat...
- Saya nak naik.</i>

916
00:58:34,160 --> 00:58:37,319
{\an8}<i>- Awak kena cari...
- Saya kena cari mereka.</i>

917
00:58:37,320 --> 00:58:40,480
{\an8}<i>Awak kena naik semula
dan selamatkan keluarga awak.</i>

918
00:58:45,840 --> 00:58:47,520
<i>Oh, Tuhan.</i>

919
00:58:49,000 --> 00:58:51,720
<i>Mereka biarkan orang mati, kejamnya.</i>

920
00:58:55,960 --> 00:58:58,520
Tiba-tiba pintu depan kami dibuka.

921
00:59:00,840 --> 00:59:04,640
Mula-mula saya nampak
seorang anggota bomba.

922
00:59:05,360 --> 00:59:09,399
Kemudian saya nampak
jiran kami dan keluarganya keluar.

923
00:59:09,400 --> 00:59:10,799
{\an8}TINGKAT KEDIAMAN OMAR

924
00:59:10,800 --> 00:59:15,879
Tiba-tiba saya rasa leher
atau baju saya ditarik,

925
00:59:15,880 --> 00:59:16,960
saya dibawa keluar.

926
00:59:18,840 --> 00:59:21,360
Saya boleh rasa anak tangga di bawah kaki.

927
00:59:22,120 --> 00:59:24,960
Ada seseorang menolak saya,
dia suruh saya terus berjalan.

928
00:59:25,600 --> 00:59:30,239
Saya tak nak bergerak sebab saya cari
adik saya dan yang lain-lain.

929
00:59:30,240 --> 00:59:31,440
Saya tak nampak apa-apa.

930
00:59:32,760 --> 00:59:35,720
Di tingkat tiga, saya mula nampak cahaya.

931
00:59:37,040 --> 00:59:38,679
DIRAKAM KAMERA LITAR TERTUTUP

932
00:59:38,680 --> 00:59:42,920
Saya cepat-cepat tengok sekeliling saya.
Saya nak cari adik saya.

933
00:59:43,440 --> 00:59:44,520
Saya tak nampak dia.

934
00:59:45,440 --> 00:59:48,200
Saya telefon dia.
"Awak di mana, Mohammad?"

935
00:59:48,720 --> 00:59:50,960
Dia jawab, "Omar, di mana awak?"

936
00:59:52,320 --> 00:59:55,759
"Mohammad, mereka dah datang tadi.
Mereka bawa saya keluar.

937
00:59:55,760 --> 00:59:58,160
Saya ingat mereka bawa awak sekali."

938
00:59:59,440 --> 01:00:02,879
Dia kata, "Tak, saya tak nampak sesiapa.
Tiada sesiapa datang kepada kami.

939
01:00:02,880 --> 01:00:06,599
Saya masih di sini
bersama Zainab dan anaknya."

940
01:00:06,600 --> 01:00:09,280
Saya kata, "Awak semua masih di sana?"
Dia jawab, "Ya."

941
01:00:11,160 --> 01:00:13,239
Saya hampiri anggota bomba
dan saya beritahu,

942
01:00:13,240 --> 01:00:15,959
"Adik saya dan Zainab.
Mereka masih di atas.

943
01:00:15,960 --> 01:00:17,599
Tolonglah, awak nak naik ke atas?"

944
01:00:17,600 --> 01:00:19,720
Semua orang kata, "Ya, ya."

945
01:00:25,040 --> 01:00:27,960
Saya turun ke bahagian bawah menara.

946
01:00:28,840 --> 01:00:32,840
Ada seorang lelaki bercakap di telefon.
Dia menjerit, dia sangat gelisah.

947
01:00:33,360 --> 01:00:36,639
"Isteri saya ada di dalam," katanya.
"Isteri saya di dalam!

948
01:00:36,640 --> 01:00:38,440
Saya bercakap dengan dia sekarang."

949
01:00:40,240 --> 01:00:42,960
Saya ambil telefon dia.
Saya kata, "Hai, nama saya Chris."

950
01:00:43,880 --> 01:00:47,560
Dia beritahu saya, "Saya di tingkat 14
dengan anak saya yang berusia dua tahun.

951
01:00:48,080 --> 01:00:52,040
Nama saya Zainab dan anak saya Jeremiah."
Saya kata, "Okey."

952
01:00:54,120 --> 01:00:55,239
{\an8}"Kami akan datang.

953
01:00:55,240 --> 01:00:57,600
Jangan cuba keluar.
Kami akan selamatkan awak."

954
01:00:58,920 --> 01:01:00,560
{\an8}Saya boleh dengar Jeremiah menangis.

955
01:01:04,760 --> 01:01:07,120
Saya berjumpa pasukan
Panduan Keselamatan Kebakaran.

956
01:01:08,080 --> 01:01:10,320
Saya kata, "Macam mana dengan tingkat 14?"

957
01:01:13,360 --> 01:01:14,840
Dia berkata, "Buat masa ini,

958
01:01:15,880 --> 01:01:17,800
kita tak boleh lalu tingkat 12."

959
01:01:19,800 --> 01:01:24,120
Saya berbual dengan Zainab
di telefon selama 25 hingga 30 minit.

960
01:01:25,760 --> 01:01:27,760
Jeremiah dah tak menangis lagi.

961
01:01:30,240 --> 01:01:31,880
Ada satu ketika...

962
01:01:34,840 --> 01:01:36,840
dia beritahu saya...

963
01:01:39,000 --> 01:01:40,200
Jeremiah dah mati.

964
01:01:41,720 --> 01:01:43,440
Dia beritahu saya, "Jeremiah dah mati.

965
01:01:43,920 --> 01:01:46,400
Saya dah tak sanggup lagi.
Saya nak bersama anak saya."

966
01:01:48,160 --> 01:01:50,400
Saya kata, "Bertahan, Zainab.
Berbual dengan saya.

967
01:01:52,280 --> 01:01:54,000
Orang yang sayang awak masih menunggu.

968
01:01:55,440 --> 01:01:57,880
Awak dengar?
Awak kena keluar dari bangunan ini."

969
01:01:58,360 --> 01:02:00,240
Saya beritahu dia, "Kami akan datang."

970
01:02:02,480 --> 01:02:04,200
Saya dengar dia menjerit.

971
01:02:05,160 --> 01:02:06,840
Saya dengar dia menjerit.

972
01:02:07,720 --> 01:02:09,560
Tiba-tiba saja.

973
01:02:12,240 --> 01:02:13,680
Kemudian senyap.

974
01:02:15,080 --> 01:02:19,320
Saya tak matikan panggilan
selama lima minit, sekadar berjaga-jaga.

975
01:02:23,280 --> 01:02:27,760
Saya berbual dengan adik saya.
Dia berdoa dan bercakap dengan saya.

976
01:02:29,640 --> 01:02:32,600
Perbualan terakhir kami,

977
01:02:33,600 --> 01:02:35,399
"Omar, saya akan mati.

978
01:02:35,400 --> 01:02:37,280
Saya akan mati di sini."

979
01:02:41,840 --> 01:02:46,760
"Saya nampak Zainab mati
di depan saya dan anaknya,

980
01:02:48,000 --> 01:02:49,279
Denis pun sama."

981
01:02:49,280 --> 01:02:51,400
56 TAHUN

982
01:02:52,160 --> 01:02:54,240
"Saya akan mati, Omar."

983
01:03:02,360 --> 01:03:04,840
Adik saya ucap selamat tinggal.

984
01:03:12,800 --> 01:03:15,799
{\an8}<i>Pegang palang tangga! Teruskan, Luana!</i>

985
01:03:15,800 --> 01:03:18,440
{\an8}<i>- Turun dari...
- Megan, Luana, ayuh!</i>

986
01:03:21,680 --> 01:03:22,920
{\an8}<i>Ayuh, semua.</i>

987
01:03:25,560 --> 01:03:26,840
{\an8}<i>Ayuh!</i>

988
01:03:29,520 --> 01:03:32,120
Ketika itu saya dapati Luana

989
01:03:33,160 --> 01:03:34,200
dah pengsan.

990
01:03:34,920 --> 01:03:38,279
Saya pandang ke bawah
di celah palang tangga

991
01:03:38,280 --> 01:03:39,440
dan saya nampak cahaya.

992
01:03:40,120 --> 01:03:42,000
Samar-samar, tapi saya nampak cahaya.

993
01:03:42,960 --> 01:03:45,360
Saya fikir, itu mesti anggota bomba.

994
01:03:45,960 --> 01:03:49,400
Saya berlari ke bawah dan menjerit,
"Anak saya di atas."

995
01:03:50,400 --> 01:03:52,759
{\an8}<i>Okey, saya kena naik
dan selamatkan mereka.</i>

996
01:03:52,760 --> 01:03:54,679
{\an8}<i>Saya kena selamatkan mereka! Saya kena...</i>

997
01:03:54,680 --> 01:03:55,720
<i>Tidak...</i>

998
01:03:56,920 --> 01:03:58,959
Saya pergi bersama mereka

999
01:03:58,960 --> 01:04:02,319
dan ada seorang lagi anggota bomba
memegang saya dari belakang,

1000
01:04:02,320 --> 01:04:04,520
"Tak boleh, awak kena terus turun."

1001
01:04:06,040 --> 01:04:08,720
Saya nampak Luana dibawa keluar,

1002
01:04:10,520 --> 01:04:11,480
tapi...

1003
01:04:12,840 --> 01:04:14,520
saya tak nampak isteri saya.

1004
01:04:15,280 --> 01:04:16,600
Saya tak nampak Megan.

1005
01:04:20,040 --> 01:04:22,440
Saya tahu Helen dan Lulya dapat keluar.

1006
01:04:24,000 --> 01:04:25,760
Mereka serahkan saya kepada polis.

1007
01:04:26,280 --> 01:04:29,839
Mereka kata, "Tak boleh janji apa-apa,
tapi ada wanita hamil di atas sana.

1008
01:04:29,840 --> 01:04:31,360
Ada seorang budak bersamanya."

1009
01:04:31,880 --> 01:04:33,960
Tanpa melihatnya, saya...

1010
01:04:34,640 --> 01:04:36,240
Rasa lega.

1011
01:04:37,480 --> 01:04:42,199
Kemudian saya cepat-cepat pusing
dan nampak Andreia duduk di sebelah pokok,

1012
01:04:42,200 --> 01:04:44,080
Megan ada di sebelahnya.

1013
01:04:46,920 --> 01:04:48,440
Andreia tanya, "Mana Luana?"

1014
01:04:48,920 --> 01:04:52,120
Saya tahu di mana Luana.
Dia ada di sisi kami.

1015
01:04:56,000 --> 01:04:57,680
Mereka cuba selamatkan dia.

1016
01:05:01,200 --> 01:05:04,440
Kami dibawa dalam ambulans yang sama.

1017
01:05:07,240 --> 01:05:11,239
Tiba-tiba saya terjaga dalam ambulans

1018
01:05:11,240 --> 01:05:13,560
dan saya seorang saja di atas katil.

1019
01:05:16,000 --> 01:05:19,799
Saya asyik terfikir,
kenapa saya atas katil ini?

1020
01:05:19,800 --> 01:05:25,240
Saya bukan keutamaan.
Mak saya yang patut diutamakan.

1021
01:05:27,480 --> 01:05:30,200
Sebab dia hamil ketika itu.

1022
01:05:34,520 --> 01:05:37,760
Kemudian saya tertidur semula.

1023
01:05:41,400 --> 01:05:42,440
Begitulah.

1024
01:05:49,800 --> 01:05:52,519
<i>Pihak polis sahkan ada mangsa yang cedera</i>

1025
01:05:52,520 --> 01:05:54,520
<i>dan pemindahan diteruskan.</i>

1026
01:05:56,640 --> 01:06:00,000
<i>Setakat ini, 12 orang terkorban.
Lebih 70 cedera.</i>

1027
01:06:04,440 --> 01:06:07,959
Sudah hampir enam jam kami di sini,

1028
01:06:07,960 --> 01:06:10,279
tapi tak ada seorang pun anggota polis,

1029
01:06:10,280 --> 01:06:13,239
wakil pemilik bangunan

1030
01:06:13,240 --> 01:06:15,879
atau pihak berkuasa tempatan
datang bercakap dengan kami.

1031
01:06:15,880 --> 01:06:20,360
Ada yang masih tertanya-tanya sama ada
keluarga mereka masih hidup atau tidak.

1032
01:06:22,080 --> 01:06:23,840
<i>621, di mana awak?</i>

1033
01:06:24,800 --> 01:06:27,920
{\an8}<i>Budak lima tahun hilang.
Kali terakhir dilihat di blok menara.</i>

1034
01:06:28,440 --> 01:06:31,919
{\an8}<i>Seorang kanak-kanak perempuan
telah dibawa ke hospital dengan ambulans.</i>

1035
01:06:31,920 --> 01:06:35,600
Kalau semua gambar orang hilang
ditampal di dinding yang sama...

1036
01:06:36,280 --> 01:06:37,960
Saya datang ke Ladbroke Grove,

1037
01:06:38,600 --> 01:06:42,240
rasanya petang 14 hari bulan.

1038
01:06:42,840 --> 01:06:45,440
Kami tampal gambar mereka
di merata tempat.

1039
01:06:47,960 --> 01:06:49,439
Kami benar-benar terdesak

1040
01:06:49,440 --> 01:06:52,839
sebab kami langsung tak ada panduan

1041
01:06:52,840 --> 01:06:57,960
untuk mencari abang, kakak,
ibu, sepupu atau sesiapa saja.

1042
01:06:59,120 --> 01:07:01,000
<i>Bomba, di mana budak-budak itu?</i>

1043
01:07:04,000 --> 01:07:06,759
21 JUN 2017

1044
01:07:06,760 --> 01:07:08,199
7 HARI SELEPAS KEBAKARAN

1045
01:07:08,200 --> 01:07:10,999
Kebakaran Menara Grenfell
sudah seminggu berlaku

1046
01:07:11,000 --> 01:07:15,159
dan ramai penghuni masih mengadu
tidak mendapat bantuan sewajarnya.

1047
01:07:15,160 --> 01:07:17,959
Ada yang masih tidur
di pusat sukan tempatan

1048
01:07:17,960 --> 01:07:20,800
dan ada juga
yang terpaksa tidur di dalam kereta.

1049
01:07:25,240 --> 01:07:29,719
DEWAN BANDARAYA KENSINGTON

1050
01:07:29,720 --> 01:07:32,639
Tak ada pun
wakil pihak berkuasa yang datang ke sini.

1051
01:07:32,640 --> 01:07:36,279
Kami nak seseorang tampil
dan jelaskan kepada keluarga

1052
01:07:36,280 --> 01:07:39,119
tentang ahli keluarga mereka yang hilang.

1053
01:07:39,120 --> 01:07:41,239
<i>Berundur!</i>

1054
01:07:41,240 --> 01:07:44,640
Sejak awal lagi, semua mahu keadilan.

1055
01:07:45,280 --> 01:07:48,839
Saya rasa bagi mereka
yang tinggal di Menara Grenfell

1056
01:07:48,840 --> 01:07:50,280
dan kehilangan ahli keluarga...

1057
01:07:51,280 --> 01:07:53,679
Ada pihak yang bertanggungjawab.
Ini bukan kemalangan.

1058
01:07:53,680 --> 01:07:55,399
<i>- Apa yang kita mahu?
- Keadilan!</i>

1059
01:07:55,400 --> 01:07:57,199
<i>- Bila masanya?
- Sekarang!</i>

1060
01:07:57,200 --> 01:07:58,359
<i>Kami mahu jawapan!</i>

1061
01:07:58,360 --> 01:08:03,519
Orang awam perlukan penjelasan
pihak berkuasa tempatan dan sokongan.

1062
01:08:03,520 --> 01:08:07,999
Hak asasi manusia
yang kita anggap remeh setiap hari.

1063
01:08:08,000 --> 01:08:10,199
Makanan, tempat tinggal, pakaian.

1064
01:08:10,200 --> 01:08:13,199
Ada ramai orang di luar sana
yang kelaparan dan merempat.

1065
01:08:13,200 --> 01:08:16,719
Mereka merayau tanpa tujuan
dan gambar anak-anak dilekat di dada.

1066
01:08:16,720 --> 01:08:18,000
Tak ada sesiapa membantu.

1067
01:08:19,200 --> 01:08:22,480
<i>Orang ramai berang dengan respons kerajaan
terhadap tragedi itu.</i>

1068
01:08:24,280 --> 01:08:28,239
<i>Konvoi yang membawa perdana menteri
terus memecut laju.</i>

1069
01:08:28,240 --> 01:08:32,760
<i>Theresa May berjumpa pasukan kecemasan,
tapi tidak muncul di khalayak ramai.</i>

1070
01:08:33,480 --> 01:08:36,719
Theresa May tak datang jumpa sesiapa pun.
Batang hidung pun tak nampak.

1071
01:08:36,720 --> 01:08:38,239
<i>May mesti letak jawatan!</i>

1072
01:08:38,240 --> 01:08:40,680
Kenapa awak tak terus jumpa orang awam?

1073
01:08:41,760 --> 01:08:45,479
Saya pilih
untuk tidak terus berjumpa orang ramai

1074
01:08:45,480 --> 01:08:50,080
kerana saya selalu rasa saya ditugaskan
untuk pastikan pasukan penyelamat

1075
01:08:50,600 --> 01:08:54,239
mempunyai sumber yang cukup
untuk menjalankan tugas mereka.

1076
01:08:54,240 --> 01:08:55,519
{\an8}PERDANA MENTERI, 2016-2019

1077
01:08:55,520 --> 01:08:59,439
{\an8}Sekarang saya sedar,
salah satu isu komuniti

1078
01:08:59,440 --> 01:09:01,479
dan mangsa Menara Grenfell yang terselamat

1079
01:09:01,480 --> 01:09:04,839
ialah kegagalan pihak berkuasa
mendengar suara mereka

1080
01:09:04,840 --> 01:09:09,880
dan keengganan saya untuk bertemu mereka
lebih awal hanya memburukkan lagi keadaan.

1081
01:09:12,360 --> 01:09:17,239
<i>Hari ini di London,
bermulanya siasatan awam tragedi Grenfell</i>

1082
01:09:17,240 --> 01:09:19,560
<i>yang meragut 72 nyawa.</i>

1083
01:09:22,080 --> 01:09:25,799
Saya memulakan siasatan awam dengan segera
kerana saya tahu kepentingannya,

1084
01:09:25,800 --> 01:09:28,759
berdasarkan skala tragedi ini,

1085
01:09:28,760 --> 01:09:33,440
penting untuk kita
meneliti insiden itu secara mendalam.

1086
01:09:36,600 --> 01:09:41,760
Sebagai peguam utama dalam siasatan ini,
saya mewakili masyarakat.

1087
01:09:42,920 --> 01:09:46,519
{\an8}Orang awam yang menyaksikan
tragedi dahsyat tersebut...

1088
01:09:46,520 --> 01:09:47,959
{\an8}PEGUAM UTAMA SIASATAN GRENFELL

1089
01:09:47,960 --> 01:09:51,280
{\an8}... ingin tahu punca berlakunya insiden itu.

1090
01:09:52,440 --> 01:09:56,119
<i>Siasatan awam akan fokus
pada kejadian malam itu,</i>

1091
01:09:56,120 --> 01:09:58,920
<i>termasuk tindak balas
pasukan perkhidmatan kecemasan.</i>

1092
01:10:00,440 --> 01:10:04,439
Saya bersumpah dengan sepenuh hati...

1093
01:10:04,440 --> 01:10:08,159
Masalah utama siasatan ini
ialah beban emosi

1094
01:10:08,160 --> 01:10:11,360
dan juga kesukaran teknikal
yang bersifat forensik.

1095
01:10:12,080 --> 01:10:13,679
- Kebenaran.
- Kebenaran.

1096
01:10:13,680 --> 01:10:16,479
- Hanya kebenaran.
- Hanya kebenaran.

1097
01:10:16,480 --> 01:10:19,480
Cabaran emosi bermula seawal

1098
01:10:20,280 --> 01:10:23,359
sesi soal jawab
dengan anggota bomba yang tiba awal

1099
01:10:23,360 --> 01:10:25,280
pada malam kejadian itu.

1100
01:10:27,480 --> 01:10:29,280
Saya buat keputusan untuk naik

1101
01:10:30,160 --> 01:10:33,679
dan cuba pergi ke tingkat 20
untuk dapatkan adiknya.

1102
01:10:33,680 --> 01:10:37,679
Saya perlu tunjukkan satu konteks
berdasarkan kenyataan awak.

1103
01:10:37,680 --> 01:10:40,639
Sila rujuk
muka surat tujuh kenyataan awak.

1104
01:10:40,640 --> 01:10:44,519
"Saya jumpa unit yang saya fikir unit 176,
tapi saya terpaksa guna lampu suluh

1105
01:10:44,520 --> 01:10:47,280
dan rapatkan muka ke pintu.

1106
01:10:47,880 --> 01:10:51,319
Saya terus ke pintu sebelah
dan saya nampak unit 175."

1107
01:10:51,320 --> 01:10:54,919
Awak ada ketuk pintu

1108
01:10:54,920 --> 01:10:59,600
atau menjerit kepada sesiapa
yang mungkin berada di dalam unit 175?

1109
01:11:01,000 --> 01:11:01,840
{\an8}Tidak.

1110
01:11:06,320 --> 01:11:08,160
- Boleh saya kata...
- Sudah tentu.

1111
01:11:11,760 --> 01:11:15,600
Kepada keluarga penghuni unit 175,

1112
01:11:16,520 --> 01:11:19,320
saya sebenarnya mencari gadis lain.

1113
01:11:20,240 --> 01:11:22,160
Saya tak tahu ada orang di sana.

1114
01:11:23,400 --> 01:11:25,440
Tak apa. Terima kasih.

1115
01:11:28,600 --> 01:11:30,559
Ada banyak kegagalan

1116
01:11:30,560 --> 01:11:32,999
yang berlaku dalam Pasukan Bomba London.

1117
01:11:33,000 --> 01:11:36,599
Kegagalan turut berlaku di lapangan.

1118
01:11:36,600 --> 01:11:38,600
Operasi ini tak berjalan lancar.

1119
01:11:39,080 --> 01:11:45,119
Tapi saya rasa kita juga perlu ingat
kesengsaraan yang ditanggung

1120
01:11:45,120 --> 01:11:49,120
oleh mereka yang ditugaskan
untuk menyelamatkan mangsa,

1121
01:11:49,600 --> 01:11:50,720
tapi mereka tak mampu.

1122
01:11:51,240 --> 01:11:53,119
Agak sukar.

1123
01:11:53,120 --> 01:11:56,400
Itu saja pun
dah cukup berat untuk ditanggung.

1124
01:11:58,520 --> 01:12:00,799
Selamat datang ke sidang dengar hari ini,

1125
01:12:00,800 --> 01:12:04,359
kita akan mendengar keterangan
daripada pesuruhjaya bomba.

1126
01:12:04,360 --> 01:12:06,119
Dengan nama Tuhan...

1127
01:12:06,120 --> 01:12:09,639
{\an8}Sebelum siasatan, saya ada keraguan
terhadap Pasukan Bomba London.

1128
01:12:09,640 --> 01:12:13,599
{\an8}Kenapa mereka tak ambil iktibar
daripada insiden Rumah Lakanal?

1129
01:12:13,600 --> 01:12:14,680
Hanya kebenaran.

1130
01:12:16,440 --> 01:12:20,360
Saya dimaklumkan
Pasukan Bomba London sudah diberi amaran.

1131
01:12:21,800 --> 01:12:24,239
Kami tahu bangunan itu ada salutan.

1132
01:12:24,240 --> 01:12:26,360
Kami tak dilatih
untuk hadapi kebakaran itu.

1133
01:12:27,160 --> 01:12:28,839
Walaupun dah dilatih bertahun-tahun,

1134
01:12:28,840 --> 01:12:34,200
kami tetap ikut polisi Jangan Bergerak
sehingga insiden Grenfell.

1135
01:12:35,080 --> 01:12:38,480
Kami tak ada pelan B.

1136
01:12:40,200 --> 01:12:45,559
Ini slaid pembentangan
daripada Pasukan Bomba London.

1137
01:12:45,560 --> 01:12:48,599
Banyak pendedahan dibuat
tentang Pasukan Bomba London

1138
01:12:48,600 --> 01:12:52,840
semasa siasatan Menara Grenfell,
terutamanya tahap pengetahuan mereka.

1139
01:12:53,360 --> 01:12:57,839
Saya rasa contoh yang paling mengejutkan
ialah pembentangan PowerPoint

1140
01:12:57,840 --> 01:13:01,440
yang terperinci
tentang risiko kebakaran salutan.

1141
01:13:02,040 --> 01:13:05,519
Semasa slaid ini dibuat,
adakah awak sempat melihatnya?

1142
01:13:05,520 --> 01:13:06,560
Tidak.

1143
01:13:07,360 --> 01:13:11,559
Boleh jelaskan kenapa hanya
sekumpulan kecil pakar LFB diberi akses

1144
01:13:11,560 --> 01:13:13,079
kecuali awak?

1145
01:13:13,080 --> 01:13:14,480
Tak, saya tak tahu.

1146
01:13:16,280 --> 01:13:20,480
Dokumen penting ini tidak pernah dilihat
oleh anggota bomba barisan hadapan.

1147
01:13:21,000 --> 01:13:24,360
Barulah orang sedar,
ini masalah dalaman sebuah institusi.

1148
01:13:25,080 --> 01:13:28,999
Ini bukan tentang kesilapan beberapa orang
anggota bomba pada malam itu.

1149
01:13:29,000 --> 01:13:31,039
PENYEBARAN API BAHAGIAN LUAR

1150
01:13:31,040 --> 01:13:36,240
Kalau kami tiba di tempat kejadian
dan berjaya mengenal pasti

1151
01:13:36,920 --> 01:13:39,639
itu sebenarnya kebakaran salutan
yang tak boleh dipadamkan,

1152
01:13:39,640 --> 01:13:43,280
kami takkan cuba,
tapi kami akan terus kosongkan bangunan.

1153
01:13:44,720 --> 01:13:48,560
Kalaulah kami tahu,
keadaan mungkin tak seteruk itu.

1154
01:13:49,720 --> 01:13:51,160
Mungkin masih ada kematian.

1155
01:13:52,000 --> 01:13:53,560
Mungkin tak seramai itu?

1156
01:13:54,160 --> 01:13:55,240
Saya tak tahu.

1157
01:13:59,400 --> 01:14:01,879
SAYA PENTINGKAN KESELAMATAN
SEBAB SAYA PENTINGKAN NYAWA

1158
01:14:01,880 --> 01:14:06,719
Saksi yang paling saya tunggu
ialah orang yang bekerja untuk Arconic...

1159
01:14:06,720 --> 01:14:08,080
TIADA YANG LEBIH PENTING

1160
01:14:08,920 --> 01:14:12,199
...mereka yang buat keputusan
untuk kekalkan produk ini di pasaran

1161
01:14:12,200 --> 01:14:14,199
walaupun selepas diuji dan diberi amaran.

1162
01:14:14,200 --> 01:14:17,320
Saya nak tengok mereka bertanya,
"Kenapa awak buat begini?"

1163
01:14:18,800 --> 01:14:22,119
<i>Arconic ialah syarikat besar dari Amerika,</i>

1164
01:14:22,120 --> 01:14:25,520
<i>tapi tiga pekerjanya
enggan beri keterangan.</i>

1165
01:14:26,480 --> 01:14:28,839
Kita dah nampak yang saksi pihak Arconic

1166
01:14:28,840 --> 01:14:31,959
memilih untuk tidak muncul
dalam siasatan awam.

1167
01:14:31,960 --> 01:14:33,519
Pada pendapat saya,

1168
01:14:33,520 --> 01:14:35,480
mereka pengecut yang tak berhati perut.

1169
01:14:36,600 --> 01:14:41,759
Siasatan awam UK
boleh memaksa rakyatnya hadir,

1170
01:14:41,760 --> 01:14:45,760
tapi tiada kuasa
ke atas bukan warganegara.

1171
01:14:46,840 --> 01:14:49,199
Claude Wehrle tak beri sebarang respons

1172
01:14:49,200 --> 01:14:52,600
walaupun banyak soalan
masih belum terjawab.

1173
01:14:54,440 --> 01:14:58,559
Tapi ada e-mel yang didedahkan
dalam satu himpunan besar e-mel

1174
01:14:58,560 --> 01:15:00,199
daripada Arconic,

1175
01:15:00,200 --> 01:15:04,319
termasuk e-mel
daripada Claude Wehrle yang menyebut,

1176
01:15:04,320 --> 01:15:08,400
"Ya Tuhan, jangan dedahkan
maklumat ujian itu kepada klien."

1177
01:15:10,760 --> 01:15:13,800
<i>- Aduhai.
- Macam mana nak selamatkan mereka?</i>

1178
01:15:14,920 --> 01:15:17,399
Pegawai kanan dalam syarikat
mengarahkan staf mereka

1179
01:15:17,400 --> 01:15:22,160
merahsiakan tahap ketahanan
produk itu terhadap api.

1180
01:15:23,360 --> 01:15:26,360
<i>- Ada bayi di blok itu!
- Di mana mereka?</i>

1181
01:15:26,960 --> 01:15:30,040
E-mel daripada Claude Wehrle menyebut,
"Kita tak bersih."

1182
01:15:31,680 --> 01:15:33,800
<i>Keluar dari menara itu!</i>

1183
01:15:34,640 --> 01:15:37,719
Pendedahan itu menunjukkan
skandal besar dalam dunia korporat.

1184
01:15:37,720 --> 01:15:39,440
...DENGAN "MENGATUR" SISTEM MELULUSKAN

1185
01:15:39,960 --> 01:15:43,719
Mereka sedar kalau perkara ini terbongkar,

1186
01:15:43,720 --> 01:15:45,800
produk mereka takkan laku.

1187
01:15:49,200 --> 01:15:52,040
TAK "BERSIH"

1188
01:15:53,600 --> 01:15:56,639
Siasatan mendedahkan
bahawa semasa rundingan Grenfell,

1189
01:15:56,640 --> 01:16:00,280
seorang eksekutif kanan meminta laporan
keselamatan kebakaran produk salutan.

1190
01:16:01,760 --> 01:16:05,400
Dia mendapati salutan PE tak selamat
untuk bangunan lebih 12 meter...

1191
01:16:05,640 --> 01:16:06,479
MUDAH TERBAKAR

1192
01:16:06,480 --> 01:16:09,680
...dan produk itu boleh menghasilkan
titisan api semasa kebakaran.

1193
01:16:11,840 --> 01:16:15,800
Dia dimaklumkan yang bangunan tinggi
perlukan rintangan api yang lebih kuat.

1194
01:16:18,080 --> 01:16:21,079
Dia diberitahu yang syarikat itu menjual
ribuan meter persegi PE

1195
01:16:21,080 --> 01:16:23,959
untuk Menara Grenfell
dan memperoleh 115,000 euro.

1196
01:16:23,960 --> 01:16:26,200
Tapi tak ada persoalan
tentang keselamatan.

1197
01:16:28,800 --> 01:16:31,880
Inilah sisi gelap

1198
01:16:32,640 --> 01:16:36,199
budaya korporat multinasional.

1199
01:16:36,200 --> 01:16:42,199
Keuntungan jadi keutamaan

1200
01:16:42,200 --> 01:16:44,920
sampai yang lain dilupakan.

1201
01:16:46,720 --> 01:16:49,440
<i>Merekalah syarikat
di sebalik tragedi Grenfell.</i>

1202
01:16:50,360 --> 01:16:51,520
<i>Arconic.</i>

1203
01:16:52,320 --> 01:16:55,200
<i>Celotex, pembuat penebat mudah terbakar.</i>

1204
01:16:56,360 --> 01:16:59,519
<i>Bersama syarikat lain, Kingspan.</i>

1205
01:16:59,520 --> 01:17:03,719
<i>Semua pengeluar ini
dikecam hebat kerana bahan-bahan mereka</i>

1206
01:17:03,720 --> 01:17:06,680
<i>yang digunakan
dalam pembinaan Menara Grenfell.</i>

1207
01:17:07,680 --> 01:17:11,239
Dalam siasatan itu, saya diminta
menjadi pakar di belakang tabir

1208
01:17:11,240 --> 01:17:15,279
untuk mangsa dan waris.
Saya bertugas sebagai pembantu peguam.

1209
01:17:15,280 --> 01:17:18,040
Saya diminta meneliti dokumen
dalam proses yang mencabar.

1210
01:17:18,640 --> 01:17:23,720
<i>Rupa-rupanya Kingspan pernah menguji
produk bernama K15 pada tahun 2005.</i>

1211
01:17:24,320 --> 01:17:28,760
<i>Tapi yang dijual kepada orang ramai
bukan produk yang sama.</i>

1212
01:17:29,640 --> 01:17:33,679
Arconic buat begini,
Celotex buat begitu, Kingspan pun sama.

1213
01:17:33,680 --> 01:17:35,319
Mana contoh yang baik?

1214
01:17:35,320 --> 01:17:38,239
Cuba tunjuk orang yang buat pilihan tepat

1215
01:17:38,240 --> 01:17:42,159
dan jadi wira dalam cerita ini.
Tapi memang tak ada.

1216
01:17:42,160 --> 01:17:46,319
Sebab utama kebakaran merebak
dengan cepat di seluruh menara

1217
01:17:46,320 --> 01:17:49,480
ialah kewujudan salutan PE ACM.

1218
01:17:50,080 --> 01:17:52,639
Saya terkejut,
semua pihak saling menuding jari!

1219
01:17:52,640 --> 01:17:56,719
Kebakaran di luar bangunan
sebahagian besar berpunca

1220
01:17:56,720 --> 01:18:01,359
daripada panel salutan Reynobond ACM
berteras polietilena keluaran Arconic.

1221
01:18:01,360 --> 01:18:05,279
Kalau semua pihak betul,
maka tak ada sesiapa yang bersalah.

1222
01:18:05,280 --> 01:18:06,639
Itulah masalahnya.

1223
01:18:06,640 --> 01:18:09,560
Tindakan Celotex dan Kingspan

1224
01:18:10,080 --> 01:18:14,519
meyakinkan pasaran yang produk mereka
selamat digunakan pada bangunan tinggi

1225
01:18:14,520 --> 01:18:19,080
menjadi punca utama kebakaran Grenfell.

1226
01:18:19,640 --> 01:18:23,840
Saya tak akan salahkan
satu syarikat atau individu saja.

1227
01:18:24,360 --> 01:18:26,239
Masalah ini bersifat sistemik.

1228
01:18:26,240 --> 01:18:28,760
Kenapa tak ada sesiapa pun bersuara,

1229
01:18:29,880 --> 01:18:33,279
"Kami tak buat begini.
Ini bukan prinsip kami."

1230
01:18:33,280 --> 01:18:35,199
DALAM HATI KAMI SELAMANYA

1231
01:18:35,200 --> 01:18:39,839
Saya rasa siasatan ini
mendedahkan yang keselamatan awam

1232
01:18:39,840 --> 01:18:46,360
diabaikan demi mengejar
keuntungan peribadi.

1233
01:18:47,240 --> 01:18:48,799
Soalan saya,

1234
01:18:48,800 --> 01:18:54,599
betulkah TMO mencari salutan termurah

1235
01:18:54,600 --> 01:18:57,119
untuk kurangkan bajet keseluruhan?

1236
01:18:57,120 --> 01:18:58,719
{\an8}Kami tak cari yang paling murah.

1237
01:18:58,720 --> 01:19:01,639
{\an8}Kami cari pilihan
yang boleh penuhi syarat kelulusan.

1238
01:19:01,640 --> 01:19:07,159
Memang benar
hubungan antara penduduk Menara Grenfell

1239
01:19:07,160 --> 01:19:08,959
dengan TMO sememangnya tegang.

1240
01:19:08,960 --> 01:19:12,279
Laporan ini hasil siasatan

1241
01:19:12,280 --> 01:19:17,120
terhadap pelbagai aduan lama
melibatkan TMO Kensington dan Chelsea.

1242
01:19:17,720 --> 01:19:20,279
{\an8}"Ramai penyewa, pemilik
dan pemegang pajakan

1243
01:19:20,280 --> 01:19:23,959
{\an8}berasa kecewa
kerana TMO gagal selesaikan aduan mereka

1244
01:19:23,960 --> 01:19:26,040
{\an8}walaupun sudah bertahun-tahun diutarakan."

1245
01:19:26,600 --> 01:19:29,319
{\an8}Awak pernah tengok dokumen ini?

1246
01:19:29,320 --> 01:19:32,519
{\an8}Saya tak rasa saya pernah terima.

1247
01:19:32,520 --> 01:19:37,160
{\an8}Kalau saya terima pun,
rasanya saya tak baca dengan teliti.

1248
01:19:38,480 --> 01:19:42,279
Kita boleh nampak
ketidakupayaan untuk membaca situasi.

1249
01:19:42,280 --> 01:19:45,520
Akhirnya mata pun tertutup.

1250
01:19:46,320 --> 01:19:53,120
Sekarang saya nak tanya mengenai
aduan En. Daffarn mengenai isu kebakaran.

1251
01:19:54,440 --> 01:19:57,799
Kami tulis blog ini pada November 2016.

1252
01:19:57,800 --> 01:19:59,960
"KCTMO: Bermain dengan Api."

1253
01:20:00,600 --> 01:20:04,279
"Memang menakutkan
apabila Kumpulan Tindakan Grenfell

1254
01:20:04,280 --> 01:20:08,559
percaya hanya tragedi besar

1255
01:20:08,560 --> 01:20:10,959
yang meragut nyawa

1256
01:20:10,960 --> 01:20:13,399
akan mendedahkan amalan

1257
01:20:13,400 --> 01:20:18,080
yang mencerminkan kegagalan tadbir urus
dalam organisasi tidak berfungsi ini."

1258
01:20:20,880 --> 01:20:23,360
Kami tulis enam bulan
sebelum kebakaran itu.

1259
01:20:24,480 --> 01:20:27,039
Jawapan awak ada di muka surat satu.

1260
01:20:27,040 --> 01:20:29,439
"Saya rasa blog En. Daffarn
menyebarkan ketakutan

1261
01:20:29,440 --> 01:20:31,640
dan boleh menyebabkan penduduk resah."

1262
01:20:33,120 --> 01:20:36,359
Kami dapat tahu yang blog kami,
blog Kumpulan Tindakan Grenfell

1263
01:20:36,360 --> 01:20:41,199
telah disekat pada pelayan
pihak berkuasa tempatan dan juga KCTMO

1264
01:20:41,200 --> 01:20:43,999
supaya staf tak nampak
apa-apa yang kami tulis.

1265
01:20:44,000 --> 01:20:48,320
Saya minta ketua IT hentikan sekatan itu.
Saya rasa cara itu tidak membantu.

1266
01:20:51,000 --> 01:20:53,559
Ahli komuniti dilihat
sebagai beban untuk diurus,

1267
01:20:53,560 --> 01:20:55,560
bukan sebagai pemilik rumah.

1268
01:20:56,720 --> 01:21:01,000
Saya yakin ramai yang tertanya-tanya,
apa maknanya semua ini?

1269
01:21:01,960 --> 01:21:03,120
Untuk siapa?

1270
01:21:08,360 --> 01:21:10,759
Semasa siasatan bermula,

1271
01:21:10,760 --> 01:21:13,519
saya sangat kecewa

1272
01:21:13,520 --> 01:21:18,400
dengan keengganan kerajaan
untuk menjawab soalan sebenar insiden ini.

1273
01:21:19,800 --> 01:21:21,560
<i>Brian Martin dipanggil dalam siasatan,</i>

1274
01:21:22,240 --> 01:21:25,159
<i>penjawat awam yang menjaga
hal ehwal keselamatan kebakaran</i>

1275
01:21:25,160 --> 01:21:27,760
<i>hampir 20 tahun sebelum insiden Grenfell.</i>

1276
01:21:28,840 --> 01:21:31,799
"Saya bertanya,
'Kalau insiden itu berlaku tengah malam,

1277
01:21:31,800 --> 01:21:34,559
jumlah kematian
mungkin sepuluh atau 12 kali ganda

1278
01:21:34,560 --> 01:21:37,520
{\an8}daripada enam orang yang maut
dalam kebakaran Rumah Lakanal.'"

1279
01:21:38,000 --> 01:21:39,759
{\an8}<i>"Brian Martin menjawab,</i>

1280
01:21:39,760 --> 01:21:42,120
{\an8}<i>'Di mana bukti? Tunjukkan mayatnya.'"</i>

1281
01:21:44,000 --> 01:21:47,319
<i>Awak kata,
"Di mana bukti? Tunjukkan mayatnya?"</i>

1282
01:21:47,320 --> 01:21:48,759
<i>Saya takkan cakap begitu.</i>

1283
01:21:48,760 --> 01:21:53,999
Brian Martin sepatutnya lebih tegas
tentang keselamatan kebakaran,

1284
01:21:54,000 --> 01:21:56,999
terutamanya selepas insiden Rumah Lakanal.

1285
01:21:57,000 --> 01:22:02,359
<i>Kami akan rujuk cadangan
yang dihantar oleh koroner...</i>

1286
01:22:02,360 --> 01:22:07,920
Tapi mungkin
dia ambil pendekatan yang lebih pasif.

1287
01:22:09,040 --> 01:22:12,519
Apabila awak kata
awak cuma perlu menjawab koroner,

1288
01:22:12,520 --> 01:22:16,999
bukan membodeknya, menunjukkan sikap
sambil lewa terhadap cadangannya

1289
01:22:17,000 --> 01:22:20,880
dan membuktikan cadangan itu
tak dipandang dengan serius.

1290
01:22:21,800 --> 01:22:25,080
- Awak setuju?
- Ya, itu komen tidak rasmi.

1291
01:22:27,720 --> 01:22:31,160
Kami dah cuba,
tapi tak mampu ubah keadaan dengan cepat.

1292
01:22:32,640 --> 01:22:38,040
Sejujurnya, saya rasa saya gagal
mencegah tragedi itu lebih awal...

1293
01:22:38,680 --> 01:22:41,760
Ya, itu yang saya tanggung
sampai hari ini.

1294
01:22:42,960 --> 01:22:45,280
Mereka tak mahu dengar ketika itu.

1295
01:22:46,920 --> 01:22:49,960
<i>Sudah berbulan-bulan
saya meneliti semua bukti ini.</i>

1296
01:22:51,080 --> 01:22:54,319
Saya sedar bahawa ada beberapa peluang

1297
01:22:54,320 --> 01:22:58,719
<i>untuk saya mencegah insiden ini
daripada berlaku.</i>

1298
01:22:58,720 --> 01:23:02,719
<i>Disebabkan itu,
saya jadi satu-satunya punca</i>

1299
01:23:02,720 --> 01:23:04,079
<i>kegagalan dalam jabatan.</i>

1300
01:23:04,080 --> 01:23:05,400
Itulah...

1301
01:23:06,680 --> 01:23:09,119
sebabnya kami gagal mencegah insiden ini.

1302
01:23:09,120 --> 01:23:11,560
Saya benar-benar kesal.

1303
01:23:13,760 --> 01:23:17,760
Awak setuju Martin anggap dirinya
satu-satunya punca kegagalan?

1304
01:23:19,560 --> 01:23:22,080
Menarik. Tak semestinya.

1305
01:23:24,760 --> 01:23:28,040
Ada pihak lain yang patut dipersalahkan,
pada pendapat saya.

1306
01:23:29,360 --> 01:23:31,000
Saya bersumpah atas nama Tuhan...

1307
01:23:31,680 --> 01:23:35,279
<i>Eric Pickles ialah Setiausaha Negara
yang mengurus hal keselamatan kebakaran</i>

1308
01:23:35,280 --> 01:23:36,559
<i>sebelum insiden Grenfell.</i>

1309
01:23:36,560 --> 01:23:37,920
...hanya kebenaran.

1310
01:23:38,880 --> 01:23:43,079
Sesiapa yang beri keterangan
dalam siasatan awam perlu sedar,

1311
01:23:43,080 --> 01:23:45,519
matlamat utama
adalah untuk mencari kebenaran.

1312
01:23:45,520 --> 01:23:49,159
Saya rasa
semua yang beri keterangan perlu ingat,

1313
01:23:49,160 --> 01:23:52,480
siasatan ini diadakan
kerana ada nyawa yang terkorban.

1314
01:23:53,080 --> 01:23:56,200
{\an8}Sila kemukakan soalan
sebanyak yang kamu mahu,

1315
01:23:56,840 --> 01:23:59,239
{\an8}tapi saya ingin ingatkan

1316
01:23:59,240 --> 01:24:02,519
kamu sudah berjanji
yang kita akan selesaikan pagi ini...

1317
01:24:02,520 --> 01:24:03,639
HARI KEDUA KETERANGAN

1318
01:24:03,640 --> 01:24:06,799
...dan saya dah ubah
jadual saya untuk sesi ini.

1319
01:24:06,800 --> 01:24:09,959
Jadual saya sangat padat hari ini,
jumpa ramai orang.

1320
01:24:09,960 --> 01:24:12,319
Tapi semua ini lebih penting
daripada segalanya.

1321
01:24:12,320 --> 01:24:14,960
Tapi saya sarankan
kamu guna masa ini sebaiknya.

1322
01:24:19,160 --> 01:24:20,000
Baiklah.

1323
01:24:21,280 --> 01:24:23,119
<i>Lord Pickles berulang kali disoal</i>

1324
01:24:23,120 --> 01:24:25,959
<i>mengenai dasar Konservatif
yang mahu mengurangkan</i>

1325
01:24:25,960 --> 01:24:28,439
<i>dan menghapuskan peraturan kesihatan
serta keselamatan</i>

1326
01:24:28,440 --> 01:24:30,640
<i>bertahun-tahun sebelum tragedi Grenfell.</i>

1327
01:24:31,760 --> 01:24:33,039
Kerajaan pada masa itu,

1328
01:24:33,040 --> 01:24:37,359
sebelum saya jadi perdana menteri,
benar-benar berusaha

1329
01:24:37,360 --> 01:24:40,040
untuk mengurangkan
peraturan sebanyak mungkin.

1330
01:24:41,720 --> 01:24:45,879
Saya rasa hasil siasatan
menunjukkan terlalu ramai individu

1331
01:24:45,880 --> 01:24:48,439
yang tidak benar-benar
meneliti peraturan itu,

1332
01:24:48,440 --> 01:24:53,640
mungkin tidak sedar akan kepentingannya
dalam melindungi nyawa orang ramai.

1333
01:24:55,600 --> 01:25:02,039
Hakikatnya, jabatan anda sentiasa terikat
dengan agenda nyahkawal selia

1334
01:25:02,040 --> 01:25:04,679
yang menyebabkan
tiada langsung semakan dan imbangan

1335
01:25:04,680 --> 01:25:06,920
terhadap isu keselamatan nyawa.

1336
01:25:08,680 --> 01:25:10,480
Saya rasa kenyataan itu tidak adil.

1337
01:25:11,080 --> 01:25:16,040
Saya nak jelaskan
walaupun saya tak nak terlalu emosional,

1338
01:25:17,560 --> 01:25:19,120
saya bersumpah atas kitab Bible!

1339
01:25:19,880 --> 01:25:21,400
Saya bersumpah atas kitab Bible.

1340
01:25:22,560 --> 01:25:23,839
Saya penganut Kristian.

1341
01:25:23,840 --> 01:25:27,240
Dalam tragedi Grenfell,
peraturan memang wujud,

1342
01:25:27,720 --> 01:25:30,479
tapi gagal berfungsi
seperti yang sepatutnya.

1343
01:25:30,480 --> 01:25:32,359
Peraturan itu tak berkesan

1344
01:25:32,360 --> 01:25:34,840
kerana syarikat-syarikat
tahu cara mengelaknya.

1345
01:25:41,440 --> 01:25:43,840
<i>Kita patut fokus. Ini bukan tentang...</i>

1346
01:25:45,720 --> 01:25:48,160
<i>nyahkawal selia
atau dasar satu masuk, satu keluar.</i>

1347
01:25:51,280 --> 01:25:55,920
<i>Akhirnya, semua ini berkisar
tentang mangsa yang tak dikenali,</i>

1348
01:25:56,600 --> 01:26:01,119
<i>96 nyawa yang terkorban
dalam tragedi Grenfell.</i>

1349
01:26:01,120 --> 01:26:03,160
<i>Kita patut fikir tentang mereka.</i>

1350
01:26:04,600 --> 01:26:07,879
Seperti semua orang tahu,
72 orang penghuni Menara Grenfell maut.

1351
01:26:07,880 --> 01:26:11,919
96 ialah jumlah nyawa terkorban
dalam insiden Hillsborough.

1352
01:26:11,920 --> 01:26:13,959
GRENFELL SELAMANYA

1353
01:26:13,960 --> 01:26:16,399
Angka 72 itu patut kekal
dalam ingatan semua orang

1354
01:26:16,400 --> 01:26:18,040
kalau angka itu penting bagi kita.

1355
01:26:18,720 --> 01:26:22,319
Kalau tak penting,
memang mudah untuk melupakannya.

1356
01:26:22,320 --> 01:26:25,919
Kita akan keliru dengan tragedi lain
yang juga meragut nyawa golongan pekerja.

1357
01:26:25,920 --> 01:26:28,159
DALAM HATI KAMI SELAMANYA

1358
01:26:28,160 --> 01:26:31,920
Setiap seorang ada kehidupan dan harapan.

1359
01:26:33,480 --> 01:26:37,399
Kebakaran ini bermula dari luar
dan menjalar masuk ke kediaman mereka.

1360
01:26:37,400 --> 01:26:44,040
Bagi saya, ancaman itu
menimbulkan ketakutan menyeluruh.

1361
01:26:46,040 --> 01:26:49,440
Saya rasa ada beberapa perkara
yang kita perlu belajar.

1362
01:26:50,120 --> 01:26:55,159
Bagi saya, salah satu isu utama
ialah wujudnya negara yang menilai

1363
01:26:55,160 --> 01:27:00,879
sekumpulan individu
berdasarkan tempat tinggal mereka,

1364
01:27:00,880 --> 01:27:04,560
seolah-olah kedudukan mereka
lebih rendah daripada orang lain.

1365
01:27:06,920 --> 01:27:09,040
Kita telah melihatnya berulang kali.

1366
01:27:09,640 --> 01:27:12,600
Pihak berkuasa melayan orang awam
seperti rakyat kelas kedua.

1367
01:27:13,640 --> 01:27:16,839
Saya harap selepas tragedi Grenfell,

1368
01:27:16,840 --> 01:27:19,360
kita dapat hapuskan perasaan itu.

1369
01:27:22,560 --> 01:27:26,719
<i>Selepas 312 hari
dan 300,000 dokumen dikumpulkan,</i>

1370
01:27:26,720 --> 01:27:28,520
<i>siasatan pun tamat.</i>

1371
01:27:30,040 --> 01:27:32,840
<i>Laporan pengerusi
akan menyenaraikan beberapa cadangan.</i>

1372
01:27:33,480 --> 01:27:36,680
<i>Tapi buat masa sekarang,
keluarga mangsa hanya boleh menunggu.</i>

1373
01:27:40,560 --> 01:27:42,999
Perhimpunan kecil komuniti mula diadakan

1374
01:27:43,000 --> 01:27:45,600
pada 14 hari bulan setiap bulan
di luar menara tersebut.

1375
01:27:47,240 --> 01:27:50,720
Akhirnya, perarakan tahunan diadakan
pada setiap ulang tahun tragedi.

1376
01:27:52,320 --> 01:27:55,319
Protes ini lambang suara komuniti

1377
01:27:55,320 --> 01:27:58,440
yang bermaksud kami masih di sini,
kami masih menunggu keadilan.

1378
01:28:01,440 --> 01:28:04,360
Saya buka media sosial.

1379
01:28:05,080 --> 01:28:10,360
Saya dapat mesej daripada seorang kawan
yang dah lama saya tak hubungi.

1380
01:28:11,280 --> 01:28:12,400
Kemudian,

1381
01:28:13,760 --> 01:28:17,480
saya sedar
yang saya mencari anak saudara dia.

1382
01:28:23,760 --> 01:28:28,399
Lama-kelamaan semakin jelas
yang dia bukannya turun ke bawah,

1383
01:28:28,400 --> 01:28:31,240
tapi dia naik ke atas
untuk lari daripada asap.

1384
01:28:32,640 --> 01:28:34,640
Dia pergi ke puncak menara

1385
01:28:36,000 --> 01:28:39,040
dan terkorban di tingkat 23.

1386
01:28:43,720 --> 01:28:46,160
Dunia saya gelap-gelita.

1387
01:28:48,840 --> 01:28:54,320
{\an8}12 TAHUN

1388
01:28:56,640 --> 01:29:00,720
Dia membaringkan wanita
dan anak-anak di atas katil.

1389
01:29:01,200 --> 01:29:05,759
Mungkin dia yang terakhir meninggal dunia.

1390
01:29:05,760 --> 01:29:09,800
Mayatnya ditemui di hujung katil,

1391
01:29:10,520 --> 01:29:12,520
terduduk di atas lantai.

1392
01:29:13,800 --> 01:29:17,799
Sebab itu kami tahu
dialah yang menenangkan mereka.

1393
01:29:17,800 --> 01:29:21,559
Dia insan yang mulia.

1394
01:29:21,560 --> 01:29:23,079
{\an8}63 TAHUN

1395
01:29:23,080 --> 01:29:26,320
{\an8}Dia akan menjaga mereka hingga akhirnya.

1396
01:29:31,400 --> 01:29:32,920
Saya selalu fikir tentang mereka.

1397
01:29:35,360 --> 01:29:39,040
Akhirnya kami tahu nama-nama mangsa
yang tak berjaya diselamatkan.

1398
01:29:40,160 --> 01:29:41,520
Tak pernah lalui situasi itu.

1399
01:29:43,320 --> 01:29:45,440
Agak sukar.

1400
01:29:46,120 --> 01:29:50,640
{\an8}32 TAHUN

1401
01:29:51,680 --> 01:29:56,640
{\an8}2 TAHUN

1402
01:29:58,080 --> 01:30:02,800
Dia tiada pilihan,
dia cuba selamatkan diri melalui tingkap.

1403
01:30:03,760 --> 01:30:07,400
Dia cuba guna cadar yang diikat.

1404
01:30:08,560 --> 01:30:12,279
Tapi saya tak rasa
dia berjaya sampai ke bawah,

1405
01:30:12,280 --> 01:30:15,400
jadi dia memang terjatuh dari tingkap.

1406
01:30:17,880 --> 01:30:21,199
{\an8}Kalau seseorang cuba terjun dari tingkap,
itu tandanya dia putus harapan.

1407
01:30:21,200 --> 01:30:22,639
{\an8}24 TAHUN

1408
01:30:22,640 --> 01:30:26,640
{\an8}Saya benar-benar marah pada mereka
yang bertanggungjawab atas kematiannya.

1409
01:30:31,520 --> 01:30:35,520
Selepas kebakaran itu,
kami dibawa ke Hospital King's College.

1410
01:30:36,760 --> 01:30:39,600
Doktor datang dan kata
mereka nak bercakap dengan saya.

1411
01:30:41,280 --> 01:30:45,760
Mereka kata mereka terpaksa pilih
antara Andreia dengan bayi.

1412
01:30:50,400 --> 01:30:54,320
Mereka kata,
"Dalam keadaan ini, kami pilih ibunya."

1413
01:30:55,360 --> 01:30:58,200
Kemudian saya kata,
"Saya faham keputusan awak."

1414
01:30:58,720 --> 01:31:01,920
Ketika itulah mereka beritahu
yang Logan telah meninggal dunia.

1415
01:31:08,720 --> 01:31:10,680
Tujuh puluh dua orang terkorban.

1416
01:31:13,040 --> 01:31:16,439
Lapan belas daripadanya kanak-kanak,

1417
01:31:16,440 --> 01:31:19,240
termasuk anak saya, mangsa paling muda.

1418
01:31:20,720 --> 01:31:24,680
Masa depan mereka dirampas
sebelum sempat bermula.

1419
01:31:28,440 --> 01:31:31,879
{\an8}Pada suatu masa dahulu, ada...

1420
01:31:31,880 --> 01:31:33,399
{\an8}8 TAHUN

1421
01:31:33,400 --> 01:31:35,279
{\an8}...seorang budak lelaki di atas bot.

1422
01:31:35,280 --> 01:31:38,120
{\an8}Dia hidup bahagia selamanya.

1423
01:31:41,400 --> 01:31:44,840
{\an8}15 TAHUN

1424
01:31:47,560 --> 01:31:51,280
{\an8}5 TAHUN

1425
01:31:52,000 --> 01:31:57,160
{\an8}13 TAHUN

1426
01:31:57,680 --> 01:32:01,079
{\an8}6 TAHUN

1427
01:32:01,080 --> 01:32:04,079
{\an8}<i>Sebarkan dalam setiap media cetak...</i>

1428
01:32:04,080 --> 01:32:09,559
12 TAHUN

1429
01:32:09,560 --> 01:32:13,080
<i>Baca semuanya</i>

1430
01:32:17,480 --> 01:32:19,760
Saya rasa bersalah.

1431
01:32:23,400 --> 01:32:28,840
Saya rasa bersalah
sebab saya masih dapat teruskan kehidupan,

1432
01:32:32,840 --> 01:32:33,920
tapi mereka sebaliknya.

1433
01:32:37,360 --> 01:32:38,959
4 SEPTEMBER 2024

1434
01:32:38,960 --> 01:32:41,559
<i>Tujuh tahun
selepas kebakaran Menara Grenfell,</i>

1435
01:32:41,560 --> 01:32:46,119
<i>laporan akhir punca bencana itu
akhirnya akan diterbitkan.</i>

1436
01:32:46,120 --> 01:32:49,439
<i>Siasatan itu tiada kuasa
untuk menghukum atau membayar ganti rugi.</i>

1437
01:32:49,440 --> 01:32:52,400
<i>Mungkin ada
perbicaraan jenayah berasingan.</i>

1438
01:32:57,640 --> 01:33:00,080
<i>Kita akan dengar
daripada pengerusi sebentar lagi.</i>

1439
01:33:01,400 --> 01:33:04,359
<i>Bukan semua pihak
memikul tahap tanggungjawab yang sama,</i>

1440
01:33:04,360 --> 01:33:07,680
<i>tapi semuanya menyumbang
dalam apa-apa cara sekalipun,</i>

1441
01:33:08,400 --> 01:33:10,479
<i>kebanyakannya akibat ketidakcekapan,</i>

1442
01:33:10,480 --> 01:33:14,239
tapi dalam beberapa kes
kerana ketamakan dan penipuan.

1443
01:33:14,240 --> 01:33:17,159
Laporan akhir tragedi Grenfell
amat mengejutkan.

1444
01:33:17,160 --> 01:33:21,679
Satu senarai kecuaian
yang lengkap dan menyakitkan.

1445
01:33:21,680 --> 01:33:24,799
Perkataan "boleh dielakkan"
itulah yang paling perit.

1446
01:33:24,800 --> 01:33:28,079
Keluarga mangsa mahu penjenayah didakwa.

1447
01:33:28,080 --> 01:33:31,599
<i>Tapi mereka diberitahu
pendakwaan akan ambil masa bertahun.</i>

1448
01:33:31,600 --> 01:33:35,520
<i>Hidup mereka terhenti,
pelaku terus lepas tangan.</i>

1449
01:33:36,400 --> 01:33:39,320
<i>Siasatan itu mengemukakan 58 cadangan.</i>

1450
01:33:40,280 --> 01:33:43,800
<i>Yang teratas dalam senarai,
perubahan kepada peraturan bangunan.</i>

1451
01:33:48,800 --> 01:33:52,079
Saya ingin memperkenalkan Pete Apps,

1452
01:33:52,080 --> 01:33:56,639
wartawan yang menyokong perjuangan
dan menuntut keadilan dalam komuniti ini

1453
01:33:56,640 --> 01:33:59,519
sejak kebakaran tujuh tahun lalu.

1454
01:33:59,520 --> 01:34:01,560
Berikan tepukan untuk beliau.

1455
01:34:08,040 --> 01:34:12,439
Seperti kebanyakan orang di sini,
saya telah menyertai perarakan senyap ini

1456
01:34:12,440 --> 01:34:13,640
selama tujuh tahun.

1457
01:34:14,960 --> 01:34:18,800
Dalam setiap perarakan,
72 nama akan dibacakan.

1458
01:34:21,240 --> 01:34:23,680
Tapi hari ini,
saya ada satu lagi senarai nama.

1459
01:34:24,280 --> 01:34:27,760
Mereka mahu kita lupa nama-nama ini,
tapi kita tetap akan ingat.

1460
01:34:29,080 --> 01:34:31,480
Jadi, ingatlah RBKC.

1461
01:34:32,280 --> 01:34:33,999
"Saya dengan sepenuh hati memohon maaf

1462
01:34:34,000 --> 01:34:36,919
kepada yang kehilangan,
yang terselamat dan penduduk Grenfell

1463
01:34:36,920 --> 01:34:39,279
kerana kami gagal mendengar
dan melindungi mereka."

1464
01:34:39,280 --> 01:34:42,279
Pihak berkuasa tempatan
melaksanakan cadangan awal hasil siasatan

1465
01:34:42,280 --> 01:34:44,079
dan berusaha menyelesaikan selebihnya.

1466
01:34:44,080 --> 01:34:47,479
Satu semakan bebas akan dilantik
bagi menilai budaya kerja mereka

1467
01:34:47,480 --> 01:34:49,960
disertai panel penasihat
untuk memantau akauntabiliti.

1468
01:34:50,720 --> 01:34:52,319
<i>Ingat Pasukan Bomba London.</i>

1469
01:34:52,320 --> 01:34:55,239
LFB menyifatkan kebakaran Grenfell
"cabaran paling dahsyat

1470
01:34:55,240 --> 01:34:56,439
dalam sejarah bomba UK."

1471
01:34:56,440 --> 01:34:58,719
Mereka menambah baik latihan,
peralatan dan dasar

1472
01:34:58,720 --> 01:35:00,679
serta terus belajar daripada tragedi itu.

1473
01:35:00,680 --> 01:35:02,759
Kesemua cadangan awal
telah pun dilaksanakan.

1474
01:35:02,760 --> 01:35:04,320
Usaha selebihnya masih berjalan.

1475
01:35:05,520 --> 01:35:08,720
Sejujurnya, saya yakin
kejadian ini akan berulang lagi.

1476
01:35:11,080 --> 01:35:14,799
Kita masih tak tahu
individu yang akan dipenjarakan

1477
01:35:14,800 --> 01:35:19,160
dan saya jadi makin bingung.

1478
01:35:19,880 --> 01:35:21,039
Beliau akui kesilapannya.

1479
01:35:21,040 --> 01:35:23,639
"Korban tragedi bukan angka,
tapi dikenang dengan maruah

1480
01:35:23,640 --> 01:35:25,919
oleh keluarga,
mangsa terselamat dan kita semua."

1481
01:35:25,920 --> 01:35:27,079
Tiada komen diberikan.

1482
01:35:27,080 --> 01:35:29,000
Beliau sertai Dewan Pertuanan pada 2018.

1483
01:35:30,600 --> 01:35:32,079
<i>Ingat KCTMO.</i>

1484
01:35:32,080 --> 01:35:35,279
"Kami sedar akan kesan dahsyat tragedi ini

1485
01:35:35,280 --> 01:35:37,999
ke atas keluarga,
mangsa terselamat dan komuniti Grenfell.

1486
01:35:38,000 --> 01:35:41,280
Kami sedar TMO turut terlibat
dan kami benar-benar kesal."

1487
01:35:43,680 --> 01:35:46,360
Sudah bertahun berlalu,
hampir tiada yang berubah.

1488
01:35:46,880 --> 01:35:48,680
Itulah kisah sebenar Grenfell.

1489
01:35:49,600 --> 01:35:55,239
Ini kisah kezaliman yang memilukan

1490
01:35:55,240 --> 01:35:59,440
di negara
yang kita sangka berperikemanusiaan.

1491
01:36:01,280 --> 01:36:02,760
<i>Ingat Kingspan.</i>

1492
01:36:04,240 --> 01:36:07,719
"Laporan itu menyatakan dengan jelas
bahawa jenis penebat tidak relevan

1493
01:36:07,720 --> 01:36:09,799
dan punca utama kebakaran merebak

1494
01:36:09,800 --> 01:36:12,519
ialah salutan PE ACM
yang bukan dihasilkan oleh Kingspan."

1495
01:36:12,520 --> 01:36:15,440
Produk K15 selamat digunakan
dalam sistem patuh piawaian.

1496
01:36:16,280 --> 01:36:17,479
<i>Ingat Celotex.</i>

1497
01:36:17,480 --> 01:36:21,279
Menurut syarikat itu,
ujian membuktikan penebat mereka selamat

1498
01:36:21,280 --> 01:36:25,400
jika digunakan dengan salutan tahan api,
berbeza dengan yang digunakan di Grenfell.

1499
01:36:26,280 --> 01:36:29,439
Selagi nyawa manusia dianggap
kurang penting daripada keuntungan,

1500
01:36:29,440 --> 01:36:31,360
keadaan takkan berubah.

1501
01:36:32,400 --> 01:36:34,399
Ada ribuan bangunan

1502
01:36:34,400 --> 01:36:38,000
yang masih lagi disalut
dengan bahan mudah terbakar.

1503
01:36:40,360 --> 01:36:41,760
Ingat Arconic.

1504
01:36:42,240 --> 01:36:44,559
"Produk ini selamat digunakan
sebagai bahan binaan

1505
01:36:44,560 --> 01:36:45,959
dan dijual di UK secara sah.

1506
01:36:45,960 --> 01:36:47,839
AAP tidak sembunyikan maklumat daripada

1507
01:36:47,840 --> 01:36:50,760
atau mengelirukan badan pensijilan,
pelanggan atau orang awam."

1508
01:36:51,560 --> 01:36:54,239
Claude Wehrle, Rydon dan Brian Martin

1509
01:36:54,240 --> 01:36:57,280
tidak memberi sebarang komen
untuk filem ini.

1510
01:36:59,080 --> 01:37:04,079
Keadilan bukan sekadar soal
menanggalkan semua salutan berbahaya

1511
01:37:04,080 --> 01:37:05,959
yang ada di bangunan lain,

1512
01:37:05,960 --> 01:37:11,879
tapi juga memastikan pembuat keputusan
dalam organisasi tersebut

1513
01:37:11,880 --> 01:37:13,480
dipertanggungjawabkan

1514
01:37:14,560 --> 01:37:18,320
atas kematian abang saya
dan 71 mangsa lain.

1515
01:37:19,960 --> 01:37:21,800
Jangan ingat kalian terlepas.

1516
01:37:23,200 --> 01:37:27,720
Nama kalian akan kekal
dalam ingatan dan sebutan kami

1517
01:37:29,080 --> 01:37:34,159
sehingga keadilan ditegakkan
untuk 72 jiwa yang kami kenang.

1518
01:37:34,160 --> 01:37:35,560
Terima kasih.

1519
01:37:43,120 --> 01:37:45,519
Kerajaan UK akur dengan hasil siasatan

1520
01:37:45,520 --> 01:37:47,239
dan isu-isu yang perlu ditangani.

1521
01:37:47,240 --> 01:37:49,879
Semasa pembikinan filem ini,
ratusan ribu penghuni

1522
01:37:49,880 --> 01:37:52,159
masih mendiami bangunan
dengan salutan berbahaya.

1523
01:37:52,160 --> 01:37:55,880
Dasar Jangan Bergerak masih diguna pakai
untuk kebanyakan bangunan tinggi di UK.

1524
01:37:58,160 --> 01:38:00,480
Kami cuma mahu keadilan.

1525
01:38:03,560 --> 01:38:06,120
Saya tak rasa permintaan kami keterlaluan.

1526
01:38:12,920 --> 01:38:16,279
Siasatan jenayah berhubung
kebakaran Grenfell 2017 masih berjalan.

1527
01:38:16,280 --> 01:38:22,600
Semasa pembikinan filem ini,
tiada tangkapan dibuat.

1528
01:38:25,240 --> 01:38:32,200
{\an8}MENGINGATI 72 NYAWA
YANG TERKORBAN DI GRENFELL

1529
01:40:19,880 --> 01:40:24,880
Terjemahan sari kata oleh GG



