1
00:00:02,000 --> 00:00:07,000
Downloaded from
YTS.LT

2
00:00:08,000 --> 00:00:13,000
Official YIFY movies site:
YTS.LT

3
00:00:10,719 --> 00:00:15,473
{\an8}DAERAH MASAKA, UGANDA

4
00:00:27,360 --> 00:00:29,154
Sedia? Tunggu sekejap.

5
00:00:29,237 --> 00:00:30,655
Kita cuba sekali lagi.

6
00:00:30,739 --> 00:00:32,157
Faham, semua?

7
00:00:32,240 --> 00:00:34,951
Beritahu diri kamu, "Aku boleh buat!"

8
00:00:36,161 --> 00:00:37,787
Cakap, "Aku boleh buat!"

9
00:00:40,373 --> 00:00:45,587
Cepat! Siapa lambat, dia tinggal!

10
00:00:54,971 --> 00:00:56,556
Tunjuk kepada mereka.

11
00:00:57,057 --> 00:00:57,932
Ayuh!

12
00:01:01,895 --> 00:01:03,480
Rendah lagi!

13
00:01:03,563 --> 00:01:08,651
Muzik buat kami lupa
akan semua tekanan dan masalah.

14
00:01:13,490 --> 00:01:16,534
Masaka Kids berjaya memberi inspirasi

15
00:01:16,618 --> 00:01:20,789
dan mengharumkan
nama kampung melalui muzik…

16
00:01:24,793 --> 00:01:27,045
tapi selepas dengar cerita mereka,

17
00:01:27,128 --> 00:01:30,965
barulah orang tahu yang dulunya,
tiada sesiapa peduli akan mereka.

18
00:01:32,133 --> 00:01:35,220
<i>- Kamilah bintang Afrika!</i>
<i>- Ya!</i>

19
00:01:53,321 --> 00:01:57,408
Masaka Kids Africana menyediakan
tempat tinggal untuk anak-anak yatim,

20
00:01:57,492 --> 00:02:01,746
gelandangan dan kanak-kanak
yang tak mampu dijaga oleh keluarga.

21
00:02:13,007 --> 00:02:14,634
Kita nak menari!

22
00:02:14,717 --> 00:02:17,971
- Kita menari yang ini.
- Mula!

23
00:02:18,471 --> 00:02:19,889
Satu, dua, tiga!

24
00:02:24,686 --> 00:02:26,020
Menari!

25
00:02:29,816 --> 00:02:31,985
Masaka Kids Africana ditubuhkan…

26
00:02:32,485 --> 00:02:37,115
untuk ubah hidup kanak-kanak
yang tinggal di <i>ghetto </i>dan di jalanan.

27
00:02:37,782 --> 00:02:42,745
Kanak-kanak
yang perlukan pertolongan daripada kami.

28
00:02:47,834 --> 00:02:51,880
Kami anggap diri sebagai duta kanak-kanak
di <i>ghetto </i>dan di jalanan.

29
00:02:52,505 --> 00:02:56,885
Kami terjemahkannya
melalui tarian, nyanyian

30
00:02:57,677 --> 00:02:59,679
dan muzik.

31
00:03:28,541 --> 00:03:29,459
<i>Hei!</i>

32
00:03:30,210 --> 00:03:31,544
<i>Oh, seronoknya!</i>

33
00:03:32,128 --> 00:03:33,546
<i>Seronoknya menari!</i>

34
00:03:34,672 --> 00:03:35,924
<i>Oh, seronoknya!</i>

35
00:03:36,841 --> 00:03:39,594
<i>Menari goyangkan kaki!</i>
<i>Lagi, lagi! Seronoknya!</i>

36
00:03:39,677 --> 00:03:40,929
<i>Oh, seronoknya!</i>

37
00:03:42,472 --> 00:03:43,306
<i>Hei!</i>

38
00:03:44,807 --> 00:03:45,642
<i>Hei!</i>

39
00:03:45,725 --> 00:03:47,393
<i>Hei, jom menari!</i>

40
00:03:47,477 --> 00:03:49,562
<i>Hei, jom menari!</i>

41
00:03:49,646 --> 00:03:50,897
<i>Berseronok bersama!</i>

42
00:03:50,980 --> 00:03:52,148
<i>Hei, jom menari!</i>

43
00:03:54,901 --> 00:03:58,404
Kami cuma nak
hidup mereka jadi lebih baik.

44
00:04:11,626 --> 00:04:17,757
Masaka merekodkan kadar penularan HIV
yang tertinggi di Uganda.

45
00:04:21,469 --> 00:04:27,433
Dianggarkan separuh
daripada kanak-kanak bawah 15 tahun

46
00:04:27,517 --> 00:04:31,312
telah kehilangan salah seorang
atau kedua-dua ibu bapa.

47
00:04:34,899 --> 00:04:36,901
Ramai yang mati di jalanan.

48
00:04:39,779 --> 00:04:41,281
Ramai yang didera.

49
00:04:41,364 --> 00:04:44,534
Budak-budak
yang tiada sesiapa kenal atau kisah.

50
00:04:52,792 --> 00:04:55,420
Dulu, saya budak jalanan.

51
00:04:57,463 --> 00:04:59,007
Saya tahu keperitannya.

52
00:05:00,758 --> 00:05:02,677
Ibu meninggal semasa saya kecil.

53
00:05:03,886 --> 00:05:07,015
Parut di muka

54
00:05:07,974 --> 00:05:11,644
dan di tepi kepala saya

55
00:05:11,728 --> 00:05:13,271
ialah kerja ibu tiri saya.

56
00:05:16,607 --> 00:05:21,112
Saya buat keputusan untuk lari
dari rumah daripada mati didera.

57
00:05:27,493 --> 00:05:29,495
Hidup di jalanan sangat susah.

58
00:05:32,123 --> 00:05:37,628
Pada sebelah siang,
kami kutip sampah demi sesuap nasi.

59
00:05:39,380 --> 00:05:42,050
Semua pengutip sampah di Katwe

60
00:05:42,133 --> 00:05:44,344
dianggap pencuri dan akan dibelasah.

61
00:05:48,473 --> 00:05:51,893
Sampai satu tahap,
saya dah putus asa nak teruskan hidup…

62
00:05:54,896 --> 00:05:57,398
tapi setiap kali terfikir nak bunuh diri…

63
00:05:59,400 --> 00:06:02,904
saya terbayangkan wajah ibu saya,
"Kenapa kamu nak mati?"

64
00:06:09,827 --> 00:06:12,872
Saya nyanyi satu lagu
untuk pujuk diri sendiri.

65
00:06:14,374 --> 00:06:18,795
<i>"Aku sengsara, terumbang-ambing, menderita</i>

66
00:06:20,338 --> 00:06:22,590
<i>Ibuku dah pergi meninggalkanku"</i>

67
00:06:24,467 --> 00:06:28,638
Lagu itu buat saya percaya
nasib saya akan berubah satu hari nanti.

68
00:06:33,184 --> 00:06:35,770
Selepas itu, saya jual baju.

69
00:06:36,479 --> 00:06:40,233
Kemudian, saya kumpul modal
dan buka kedai gunting rambut.

70
00:06:45,363 --> 00:06:48,533
Saya risau tengok budak-budak
di kampung saya.

71
00:06:50,326 --> 00:06:53,704
Perasaan itu
yang buat saya rasa terpanggil

72
00:06:53,788 --> 00:06:58,418
untuk buat sesuatu
dan bantu budak-budak itu.

73
00:06:59,085 --> 00:07:03,631
- Tak cukup seorang lagi.
- Berbaris di sini.

74
00:07:04,132 --> 00:07:06,426
Satu, dua, tiga, lompat!

75
00:07:11,139 --> 00:07:13,516
Satu, dua, tiga, lompat!

76
00:07:22,024 --> 00:07:25,403
Saya dan Suuna berkenalan pada tahun 2011.

77
00:07:26,946 --> 00:07:28,114
Sini, sayang.

78
00:07:29,532 --> 00:07:30,450
Nah.

79
00:07:32,452 --> 00:07:35,663
Anak saya lebih manja
dengan saya berbanding Madinah.

80
00:07:37,123 --> 00:07:38,624
Madinah tak puas hati.

81
00:07:44,589 --> 00:07:47,675
Semasa bercinta,

82
00:07:47,758 --> 00:07:53,723
kami selalu jumpa
dan lepak di kelab-kelab.

83
00:07:54,390 --> 00:07:56,267
Saya sangat suka muzik.

84
00:07:58,519 --> 00:08:04,984
Ada dua benda yang saya suka,
iaitu jadi DJ dan jaga budak-budak.

85
00:08:09,405 --> 00:08:14,076
Dia pun suka budak-budak macam saya.
Sebab itu kami serasi.

86
00:08:16,871 --> 00:08:18,789
Ketika itu, saya masih bergaya.

87
00:08:20,082 --> 00:08:23,461
Saya suka bergaya
walaupun sebenarnya saya tiada duit.

88
00:08:27,173 --> 00:08:32,470
Suuna budak jalanan.
Ibu bapa saya tak restu hubungan kami.

89
00:08:34,222 --> 00:08:38,559
Mereka cakap, "Budak jalanan kurang ajar."

90
00:08:39,143 --> 00:08:40,770
Mereka jahat."

91
00:08:42,104 --> 00:08:46,108
Saya lawan ibu bapa saya.
Saya cakap, "Saya cinta akan dia."

92
00:08:47,860 --> 00:08:50,363
Dia jaga budak-budak itu

93
00:08:50,446 --> 00:08:55,952
kerana dia sokong usaha saya
dan dia suka budak-budak.

94
00:08:58,538 --> 00:09:03,042
Saya beri mereka kehidupan
yang penuh kasih sayang…

95
00:09:05,044 --> 00:09:07,380
dan anggap mereka macam anak-anak saya.

96
00:09:16,931 --> 00:09:20,017
Selepas beberapa ketika,
keluarga kami semakin besar.

97
00:09:20,601 --> 00:09:23,437
Saya duduk dan fikir,
"Anak-anak aku ramai.

98
00:09:25,022 --> 00:09:30,319
Apa aku boleh buat untuk sara mereka?"

99
00:09:45,251 --> 00:09:47,628
Saya buka komputer.

100
00:09:48,462 --> 00:09:51,924
Saya tonton rancangan cari bakat,
<i>America's Got Talent.</i>

101
00:09:53,426 --> 00:09:55,678
Saya cakap, "Kita boleh cuba."

102
00:10:00,016 --> 00:10:05,438
Pada masa itu,
Eddy Kenzo sangat popular di Uganda.

103
00:10:14,947 --> 00:10:17,617
Kami buat video
menari lagu Kenzo, "Zigido".

104
00:10:35,635 --> 00:10:38,804
Kami tak tahu pun yang video itu tular

105
00:10:39,805 --> 00:10:43,809
dan disiarkan di platform media Masaka.
Ramai orang suka video itu.

106
00:10:46,145 --> 00:10:50,441
Kemudian, kami berhubung dengan Kenzo.

107
00:10:51,108 --> 00:10:53,444
Kenzo nak buat konsert besar di Masaka…

108
00:11:02,953 --> 00:11:04,497
dan kami berkongsi pentas.

109
00:11:09,251 --> 00:11:12,213
Apa khabar?

110
00:11:12,797 --> 00:11:14,006
Nak lagi?

111
00:11:14,507 --> 00:11:15,716
Kenzo, semua sekali!

112
00:11:16,300 --> 00:11:19,303
Semua sekali!

113
00:11:20,471 --> 00:11:22,431
Budak-budak Nyendo memang pandai.

114
00:11:24,225 --> 00:11:25,476
Anda tahu lagu ini?

115
00:11:26,644 --> 00:11:27,520
Tengoklah…

116
00:11:28,020 --> 00:11:31,023
Ia satu kemenangan besar buat kami.

117
00:11:34,527 --> 00:11:40,032
Ke mana saja kami pergi,
orang kampung cakap, "Budak-budak Kenzo."

118
00:11:41,909 --> 00:11:48,249
E, F, G, H, I, J, K, L, M, N, O, P, Q…

119
00:11:48,332 --> 00:11:52,753
Hidup budak-budak yang dulunya dilabel
sebagai samseng jalanan mula berubah.

120
00:11:53,838 --> 00:11:56,298
Persepsi orang terhadap kami berubah.

121
00:12:05,099 --> 00:12:05,933
Dengar sini.

122
00:12:06,016 --> 00:12:08,018
Kita mula dengan kaki kiri.

123
00:12:08,602 --> 00:12:11,731
Kaki kiri di depan
dan kaki kanan di belakang.

124
00:12:12,440 --> 00:12:13,858
Angkat tangan macam ini.

125
00:12:14,608 --> 00:12:16,402
Kemudian, bum!

126
00:12:17,570 --> 00:12:20,531
Rasanya, umur saya
lapan atau sembilan tahun

127
00:12:20,614 --> 00:12:24,160
semasa jejak kaki di sini
dan sertai Masaka Kids Africana.

128
00:12:24,243 --> 00:12:26,662
Satu, dua, tiga, mula.

129
00:12:30,875 --> 00:12:32,084
Okey? Sekali lagi.

130
00:12:32,168 --> 00:12:33,169
Ibu bapa saya…

131
00:12:33,753 --> 00:12:34,670
Angkat tangan.

132
00:12:34,754 --> 00:12:37,631
…meninggal dunia kerana HIV.

133
00:12:43,137 --> 00:12:44,472
Bagus. Selepas itu?

134
00:12:45,264 --> 00:12:46,098
Angkat.

135
00:12:47,224 --> 00:12:49,143
Semasa tinggal di jalanan,

136
00:12:49,810 --> 00:12:55,983
saya nampak budak-budak lain ketawa
dan bermain dengan ibu bapa mereka.

137
00:12:56,066 --> 00:12:58,569
Saya fikir, "Aku tak dapat peluang itu."

138
00:12:58,652 --> 00:13:00,696
- Satu, dua. Kemudian?
- Satu, dua.

139
00:13:00,780 --> 00:13:01,989
- Selepas itu?
- Bum.

140
00:13:02,072 --> 00:13:03,908
- Bum.
- Bum.

141
00:13:03,991 --> 00:13:05,493
Bum.

142
00:13:05,576 --> 00:13:06,619
- Lagu.
- Bum.

143
00:13:06,702 --> 00:13:08,287
Pasang lagu.

144
00:13:14,210 --> 00:13:17,421
Saya anggap mereka
macam adik-adik saya sendiri.

145
00:13:19,465 --> 00:13:23,552
Saya rasa seronok
dapat ajar mereka menari.

146
00:13:23,636 --> 00:13:28,390
Saya fikir sekurang-kurangnya,
saya dapat tolong dan buat mereka gembira.

147
00:13:31,101 --> 00:13:34,688
Setiap kali menari,
kami rasa sangat teruja.

148
00:13:34,772 --> 00:13:37,775
Keterujaan itulah
yang buat kami lupa semua masalah.

149
00:14:26,240 --> 00:14:28,576
SALAM DARI ARGENTINA

150
00:14:28,659 --> 00:14:31,662
NAMPAK SENANG!
MASAKAKIDS TAK PERNAH MENGECEWAKAN

151
00:14:31,745 --> 00:14:35,040
SAYA TAK BOLEH BERHENTI SENYUM
SAYA SUKA BUDAK-BUDAK INI

152
00:14:47,428 --> 00:14:49,930
Rashida, kamu nak suami macam mana?

153
00:14:50,014 --> 00:14:53,559
Kamu nak cari suami
di kelab malam macam mama atau…

154
00:14:58,606 --> 00:15:01,942
Saya nak suami yang boleh jadi kawan saya.

155
00:15:03,235 --> 00:15:05,529
Kamu nak lelaki macam mana, Nabirah?

156
00:15:06,030 --> 00:15:08,198
Saya? Entahlah.

157
00:15:08,949 --> 00:15:14,496
Saya nak belajar dan kerja dulu.
Dah kahwin nanti, saya ada duit sendiri.

158
00:15:17,875 --> 00:15:20,210
Saya berjaya keluar dari kepompong

159
00:15:20,294 --> 00:15:23,589
yang membelenggu
anak-anak gadis lain di kampung

160
00:15:23,672 --> 00:15:25,591
kerana saya tinggal di sini.

161
00:15:33,140 --> 00:15:37,519
Majoriti penghidap penyakit AIDS
di Uganda ialah kanak-kanak.

162
00:15:40,940 --> 00:15:44,401
Orang jumpa mereka di jalanan
atau dalam keadaan terdesak

163
00:15:44,485 --> 00:15:49,073
dan umpan mereka dengan duit untuk seks.

164
00:15:51,617 --> 00:15:57,289
Ada yang mengandung dan tak tahu pun
macam mana mereka boleh mengandung.

165
00:15:58,290 --> 00:16:03,504
Daripada hubungan itulah,
mereka dijangkiti AIDS.

166
00:16:07,841 --> 00:16:12,388
Ada beberapa orang budak perempuan
yang dah meningkat dewasa.

167
00:16:13,347 --> 00:16:17,309
Sebagai seorang ibu,
saya mesti mempersiapkan mereka

168
00:16:18,894 --> 00:16:23,148
supaya mereka pandai jaga diri
sebagai seorang wanita.

169
00:16:23,649 --> 00:16:27,653
Mereka bimbing dan nasihat saya
pasal realiti kehidupan.

170
00:16:27,736 --> 00:16:33,826
Gadis lain yang tiada ibu bapa
atau yang diabaikan oleh ibu bapa mereka,

171
00:16:35,494 --> 00:16:37,454
mereka tak dapat peluang itu.

172
00:16:53,846 --> 00:16:55,723
Cuba buat bunyi ayam berkokok.

173
00:17:07,317 --> 00:17:10,112
Saya dapat tawaran bekerja di sekolah.

174
00:17:13,407 --> 00:17:16,160
Saya jadi cikgu tarian.

175
00:17:17,327 --> 00:17:18,454
- Dah sedia?
- Dah.

176
00:17:23,292 --> 00:17:25,335
Saya mula ada pendapatan sendiri.

177
00:17:26,795 --> 00:17:31,425
Saya tak pernah pergi sekolah,
jadi saya nak mereka semua pergi sekolah.

178
00:17:33,343 --> 00:17:38,098
Saya akan mohon segala macam
biasiswa atau dermasiswa.

179
00:17:38,640 --> 00:17:42,436
Saya akan buat apa saja
untuk pastikan mereka dapat pendidikan.

180
00:17:52,112 --> 00:17:54,031
Pergi dulu, mama!

181
00:17:54,615 --> 00:17:57,868
- Pergi dulu, papa!
- Selamat jalan!

182
00:17:58,619 --> 00:18:00,829
Lari! Mohamad, lari!

183
00:18:01,997 --> 00:18:02,915
Cepat, Mohamad!

184
00:18:12,174 --> 00:18:13,592
TONTONAN

185
00:18:22,226 --> 00:18:23,644
TONTONAN

186
00:18:35,531 --> 00:18:37,407
SELAMAT PAGI, ANAK-ANAK

187
00:18:37,491 --> 00:18:39,409
COMELNYA
SEMOGA TUHAN MEMBERKATI

188
00:18:39,493 --> 00:18:41,161
MUZIK UBAH GAYA HIDUP MEREKA

189
00:18:41,245 --> 00:18:45,791
{\an8}COMELNYA BUDAK-BUDAK INI
PANDAI MENARI

190
00:18:45,874 --> 00:18:47,751
<i>Aku takkan pandang belakang!</i>

191
00:18:47,835 --> 00:18:50,838
<i>Ambil kasut</i>
<i>Pakai stoking dan jalan!</i>

192
00:18:51,338 --> 00:18:54,967
<i>Jom pergi sekolah!</i>
<i>Jangan mengeluh!</i>

193
00:18:55,717 --> 00:19:00,305
Semasa mula-mula pergi sekolah,
saya rasa macam tak percaya.

194
00:19:00,389 --> 00:19:03,183
Saya cakap, "Aku pergi sekolah?"

195
00:19:03,267 --> 00:19:06,270
Sebab saya boleh duduk sama tinggi

196
00:19:07,563 --> 00:19:09,398
dengan anak-anak orang kaya.

197
00:19:09,481 --> 00:19:14,528
Saya tak pernah terfikir pun
yang saya akan belajar subjek yang sama.

198
00:19:14,987 --> 00:19:17,698
{\an8}SEKOLAH RENDAH KASAANA

199
00:19:17,781 --> 00:19:20,659
- 90 darjah.
- 90 darjah. Bagus.

200
00:19:20,742 --> 00:19:22,202
Nombor plat nombor.

201
00:19:22,286 --> 00:19:24,163
Nombor plat terakhir tambah…

202
00:19:24,246 --> 00:19:26,582
Tolak nombor plat pertama…

203
00:19:28,125 --> 00:19:29,293
Bilangan unit.

204
00:19:29,376 --> 00:19:33,672
Bilangan unit sama
dengan unit terakhir tolak unit pertama.

205
00:19:49,605 --> 00:19:53,984
Dulu, dia tinggal dengan nenek dia
dan berhenti sekolah.

206
00:19:54,985 --> 00:19:58,197
Nenek dia beritahu saya
yang dia tak mampu jaga Ian.

207
00:19:58,280 --> 00:19:59,948
Semasa di kampung dulu,

208
00:20:01,033 --> 00:20:03,952
kerja Ian ialah curi tebu
dan nangka orang.

209
00:20:05,996 --> 00:20:07,289
Orang kampung jerit,

210
00:20:07,372 --> 00:20:12,669
"Cucu nenek curi tebu dan nangka kami!"

211
00:20:13,170 --> 00:20:16,381
Sebelum ini, saya hidup tanpa arah tujuan.

212
00:20:16,465 --> 00:20:22,971
Satu hari, saya terdengar bunyi lagu
yang kuat dan ikut arah bunyi itu.

213
00:20:23,555 --> 00:20:26,350
Kami ada program "komuniti tarian".

214
00:20:26,433 --> 00:20:28,685
Sebab kami tahu yang muzik

215
00:20:28,769 --> 00:20:33,357
boleh jadi penyelesaian
kepada semua masalah kami.

216
00:20:39,696 --> 00:20:42,908
Kami pasang pembesar suara
dan ajak orang menari.

217
00:20:46,954 --> 00:20:50,040
Muzik boleh mendekatkan kami
dengan kanak-kanak.

218
00:20:53,835 --> 00:21:00,425
Kami kumpulkan semua anak yatim piatu
atau budak-budak yang memerlukan.

219
00:21:22,698 --> 00:21:24,032
Jawapannya tujuh.

220
00:21:24,116 --> 00:21:25,075
Betul.

221
00:21:25,158 --> 00:21:26,785
- Tujuh?
- Ya.

222
00:21:26,868 --> 00:21:28,578
Awak kena tambah.

223
00:21:29,246 --> 00:21:30,580
- Macam ini?
- Betul.

224
00:21:31,665 --> 00:21:35,752
Orang kampung cakap
saya takkan tahan dengan perangai dia.

225
00:21:39,131 --> 00:21:43,468
Mereka cakap dia tak pandai bergaul
dengan budak-budak lain.

226
00:21:52,936 --> 00:21:58,525
Semua orang dah putus asa dengan dia.
Dia cuma perlu dibimbing.

227
00:22:11,830 --> 00:22:13,457
Selamat pagi, semua.

228
00:22:13,540 --> 00:22:16,877
Selamat pagi, Cikgu Nabirah.

229
00:22:16,960 --> 00:22:17,961
Duduk.

230
00:22:18,045 --> 00:22:20,547
Terima kasih, Cikgu Nabirah.

231
00:22:20,630 --> 00:22:23,800
Hari ini, kita akan belajar
pasal koronavirus.

232
00:22:23,884 --> 00:22:27,929
Koronavirus ialah wabak
yang membunuh dengan pantas,

233
00:22:28,013 --> 00:22:30,515
terutamanya melalui pertalian darah.

234
00:22:30,599 --> 00:22:31,558
Tepuk tangan.

235
00:22:32,726 --> 00:22:34,061
Semasa COVID,

236
00:22:34,561 --> 00:22:41,026
semua orang bersedih dan jatuh sakit
disebabkan orang tersayang.

237
00:22:41,526 --> 00:22:43,820
Mereka sakit kerana kerja mereka.

238
00:22:44,488 --> 00:22:48,825
Mereka sakit kerana wabak itu
merebak ke seluruh dunia.

239
00:22:49,618 --> 00:22:51,536
Kami anggap diri sebagai entiti

240
00:22:51,620 --> 00:22:55,040
yang boleh bantu orang lupa
akan kesedihan mereka.

241
00:22:55,540 --> 00:22:59,669
Kami cari jalan untuk buat sesuatu
yang boleh mengubat luka mereka.

242
00:23:04,883 --> 00:23:07,928
Kami kongsi minat kami dengan dunia.

243
00:23:09,304 --> 00:23:12,974
Satu-satunya
yang kami mampu beri ialah tarian.

244
00:23:32,619 --> 00:23:34,996
{\an8}<i>Sekumpulan kanak-kanak di Uganda</i>

245
00:23:35,080 --> 00:23:38,208
{\an8}<i>buat cabaran tarian berlatarbelakangkan</i>

246
00:23:38,291 --> 00:23:40,544
{\an8}<i>lagu baharu Drake, "Toosie Slide."</i>

247
00:23:40,627 --> 00:23:41,753
{\an8}<i>Comelnya.</i>

248
00:23:41,837 --> 00:23:44,464
<i>Drake yang terharu</i>
<i>dengan persembahan mereka</i>

249
00:23:44,548 --> 00:23:48,093
<i>kongsi video itu</i>
<i>bersama jutaan pengikut di Instagramnya.</i>

250
00:23:48,176 --> 00:23:53,765
Antara komen-komen orang ialah,

251
00:23:53,849 --> 00:23:55,684
"Hebatnya budak-budak ini!"

252
00:23:56,476 --> 00:23:59,104
"Saya tersentuh tengok budak-budak ini."

253
00:24:00,272 --> 00:24:03,066
TONTONAN

254
00:24:03,150 --> 00:24:07,654
Sejak itu, hidup kami berubah serta-merta.

255
00:24:10,574 --> 00:24:12,576
9.4 JUTA PENGIKUT

256
00:24:41,229 --> 00:24:46,818
<i>Masaka Kids Africana akan mewakili</i>
<i>dan mengharumkan nama Uganda</i>

257
00:24:46,902 --> 00:24:51,031
<i>selepas dicalonkan dalam Anugerah Pilihan</i>
<i>Kanak-kanak Nickelodeon.</i>

258
00:24:55,452 --> 00:24:59,831
Mereka cakap kami akan naik kapal terbang.
Kami tertanya-tanya, "Betulkah?"

259
00:25:04,377 --> 00:25:06,004
Masaka Kids ke luar negara.

260
00:25:06,087 --> 00:25:09,508
Kami rasa pengalaman
yang tak pernah kami rasai.

261
00:25:16,556 --> 00:25:19,434
{\an8}Dari Uganda ke <i>Sabah Al Khair Ya Arab.</i>

262
00:25:19,518 --> 00:25:21,686
{\an8}Terima kasih sudi bersama kami.

263
00:25:23,855 --> 00:25:27,150
Semasa kali pertama naik kapal terbang,

264
00:25:27,234 --> 00:25:30,237
roh saya macam terkeluar dari jasad.

265
00:25:30,320 --> 00:25:35,659
Semasa nak berlepas,
saya jerit dalam hati, "Tidak! Roh aku!"

266
00:25:41,373 --> 00:25:43,708
Masaka Kids Africana di Barcelona.

267
00:25:43,792 --> 00:25:48,004
{\an8}<i>Habibi</i>
<i>Selamat datang ke bandarku</i>

268
00:25:55,345 --> 00:25:56,179
Barcelona.

269
00:25:57,305 --> 00:25:58,723
{\an8}Satu dalam sejuta.

270
00:26:03,103 --> 00:26:05,689
Semasa buat persembahan di Turki,

271
00:26:05,772 --> 00:26:11,945
saya rasa sangat gembira
apabila dengar orang ramai bersorak.

272
00:26:16,575 --> 00:26:21,621
Pada masa itu,
saya tak percaya yang saya ada di situ.

273
00:26:23,873 --> 00:26:28,670
{\an8}Susah nak percaya budak-budak
yang orang nampak terbang ke sana sini,

274
00:26:28,753 --> 00:26:30,463
{\an8}yang menari dalam TV,

275
00:26:30,547 --> 00:26:34,926
adalah budak-budak sama yang merempat
di jalanan beberapa tahun lepas.

276
00:26:57,115 --> 00:27:02,078
Kami sangat bangga kerana tanah
yang kami duduki sekarang

277
00:27:02,162 --> 00:27:04,289
ialah milik Masaka Kids Africana.

278
00:27:09,669 --> 00:27:11,546
Ini dewan makan kami.

279
00:27:13,340 --> 00:27:14,841
Ini dapur.

280
00:27:14,924 --> 00:27:18,511
Ini asrama lelaki.
Budak-budak lelaki tidur di sini.

281
00:27:21,931 --> 00:27:24,809
Semuanya hasil sumbangan kawan-kawan kami.

282
00:27:25,852 --> 00:27:29,105
Kawan-kawan
yang kami tak pernah jumpa atau kenal.

283
00:27:29,189 --> 00:27:30,023
Akhirnya!

284
00:27:36,905 --> 00:27:39,532
Dulu, kami tidur
beralaskan satu tilam kecil.

285
00:27:39,616 --> 00:27:42,369
Sekarang, semua orang
ada katil masing-masing.

286
00:27:50,001 --> 00:27:51,836
Dulu, kami tinggal di sini.

287
00:27:54,506 --> 00:27:58,134
Dulu, di sinilah kami tidur.

288
00:27:59,386 --> 00:28:04,599
Dulu, ada rumah pokok.
Di sinilah kami berkarya dan sebagainya.

289
00:28:04,683 --> 00:28:06,476
Sebelah sini dapur.

290
00:28:07,185 --> 00:28:13,316
Pentas ini tempat kami menari.

291
00:28:13,400 --> 00:28:15,652
Dulu, kami menari di sini.

292
00:28:17,070 --> 00:28:20,240
Tempat kami bermain, bergurau dan menari.

293
00:28:25,662 --> 00:28:31,000
Saya masih percaya pada Suuna
dan kata-kata dia yang suatu hari nanti,

294
00:28:31,084 --> 00:28:32,961
semua impian boleh jadi kenyataan.

295
00:28:34,212 --> 00:28:38,216
Semasa mula-mula datang ke sini,
kami cuma makan sekali sehari.

296
00:28:40,969 --> 00:28:42,721
Sekarang, semua dah berubah.

297
00:28:56,985 --> 00:29:00,238
Kami tak pernah terfikir
akan sampai ke tahap ini.

298
00:29:03,199 --> 00:29:06,119
Asalnya, kami cuma 15 orang.

299
00:29:07,328 --> 00:29:14,335
Hari ini, keluarga kami ada 38 orang.

300
00:29:21,301 --> 00:29:25,221
Luka yang saya cuba
sembuhkan ini sangat dalam.

301
00:29:29,267 --> 00:29:31,102
Lebih dalam daripada luka saya.

302
00:30:02,926 --> 00:30:04,135
Selamat pagi.

303
00:30:06,262 --> 00:30:10,308
Ada berita sedih.
Salah seorang anak kita baru kematian ibu.

304
00:30:21,945 --> 00:30:23,196
Nama tuan?

305
00:30:23,279 --> 00:30:24,280
Suuna Hassan.

306
00:30:24,781 --> 00:30:29,327
Mereka panggil tuan ayah atau pak cik?

307
00:30:29,410 --> 00:30:30,578
Papa.

308
00:30:34,249 --> 00:30:35,458
Takziah.

309
00:30:42,882 --> 00:30:47,262
Walaupun ibu bapa mereka tak buat apa-apa
atau tiada apa-apa,

310
00:30:47,345 --> 00:30:49,347
itu tetap ibu bapa kandung mereka.

311
00:30:56,479 --> 00:30:59,440
Berikan dia kekuatan!

312
00:31:02,944 --> 00:31:03,945
Kuatkan semangat.

313
00:31:16,124 --> 00:31:21,462
Salah seorang anak kami baru kematian ibu.
Kami mesti ada untuk dia.

314
00:31:24,465 --> 00:31:27,886
Apabila ibu saya meninggal,
saya tak dapat kebumikan dia.

315
00:31:30,597 --> 00:31:33,683
Apabila saya sampai,
ibu saya dah pun dikebumikan.

316
00:31:36,185 --> 00:31:40,565
Saya tiada siapa-siapa.

317
00:31:42,859 --> 00:31:45,904
Kami sentiasa pastikan anak-anak kami

318
00:31:45,987 --> 00:31:52,702
dapat sokongan dan kasih sayang
untuk lalui saat-saat sukar itu.

319
00:32:09,344 --> 00:32:13,723
Keluarga kami bertambah besar
kerana saya terima semua budak.

320
00:32:16,809 --> 00:32:22,982
Setiap kali budak-budak di luar sana
dengar Suuna tolong anak-anak jalanan,

321
00:32:23,066 --> 00:32:26,486
mereka akan beritahu kawan-kawan mereka…

322
00:32:28,821 --> 00:32:32,909
jadi saya mesti sentiasa bersedia
untuk terima mereka.

323
00:32:38,414 --> 00:32:42,961
Syukurlah isteri saya tak pernah membantah
kerana matlamat kami sama.

324
00:32:49,842 --> 00:32:50,969
Lena tidur semalam?

325
00:32:51,844 --> 00:32:53,054
Bolehlah.

326
00:32:54,263 --> 00:32:55,640
Ada apa-apa masalahkah?

327
00:32:56,391 --> 00:32:58,643
Tiada, tapi tekak saya sakit.

328
00:32:58,726 --> 00:33:02,438
Kamu nak selesema agaknya.
Kena minum banyak air suam.

329
00:33:02,522 --> 00:33:05,024
- Saya pun selesema.
- Yakah?

330
00:33:05,108 --> 00:33:07,068
- Nak saya batuk?
- Batuklah.

331
00:33:09,737 --> 00:33:11,948
Mama lupa nak tanya.

332
00:33:12,031 --> 00:33:14,367
Berapa lama kamu tinggal di jalanan?

333
00:33:14,951 --> 00:33:15,785
Empat tahun.

334
00:33:17,328 --> 00:33:18,454
Empat tahun?

335
00:33:19,038 --> 00:33:23,042
Kamu nak terus tinggal di sini
atau balik ke jalanan?

336
00:33:23,126 --> 00:33:26,713
Di sini ada asrama.
Kamu nampak yang lain malam tadi, bukan?

337
00:33:26,796 --> 00:33:27,797
Ya.

338
00:33:28,297 --> 00:33:30,383
Mungkin saya akan tinggal di sini.

339
00:33:32,927 --> 00:33:35,430
Dulu, mereka pun macam kamu.

340
00:33:36,097 --> 00:33:40,518
Lama-kelamaan, mereka dah biasa.

341
00:33:49,444 --> 00:33:53,573
Kesedihan yang saya nampak
dalam diri mereka semasa baru datang…

342
00:33:56,325 --> 00:33:58,619
Di sini, sayalah ibu mereka.

343
00:34:01,330 --> 00:34:04,834
Saya cuba sedaya upaya
untuk jadi ibu yang terbaik

344
00:34:04,917 --> 00:34:07,086
kerana ada antara mereka tiada ibu.

345
00:34:29,650 --> 00:34:34,781
Susah nak percaya yang asalnya,
saya ialah budak jalanan.

346
00:34:39,619 --> 00:34:42,497
Kalaulah saya tak jumpa Papa Suuna,

347
00:34:42,580 --> 00:34:45,792
mustahil saya berjaya masuk ke universiti.

348
00:34:47,460 --> 00:34:50,046
Sekarang, saya boleh kejar cita-cita saya.

349
00:34:50,129 --> 00:34:51,839
Saya boleh capai impian saya.

350
00:34:53,174 --> 00:34:55,927
Saya belajar rajin-rajin
untuk jadi peguam.

351
00:35:04,268 --> 00:35:06,562
Apabila kami pergi ke kampung-kampung,

352
00:35:07,105 --> 00:35:10,483
kami nampak kanak-kanak
yang tidur beralaskan tilam nipis.

353
00:35:11,317 --> 00:35:14,195
Sedih hati saya melihatnya.

354
00:35:18,699 --> 00:35:21,369
Dah besar nanti, saya nak jadi cikgu.

355
00:35:25,373 --> 00:35:28,668
Saya nak bina sebuah sekolah

356
00:35:28,751 --> 00:35:31,838
dan ajar budak-budak
yang tak dapat pergi sekolah.

357
00:35:36,092 --> 00:35:40,179
Saya nak beri mereka
tempat tinggal dan pendidikan.

358
00:35:49,981 --> 00:35:53,484
Apabila dewasa dan habis belajar nanti,

359
00:35:53,568 --> 00:35:56,571
saya nak tolong orang lain

360
00:35:57,155 --> 00:36:01,534
macam orang-orang baik di luar sana
yang pernah tolong saya.

361
00:36:05,663 --> 00:36:11,043
Anak-anak Masaka ada impian masing-masing
dan saya yakin mereka boleh capainya.

362
00:36:17,550 --> 00:36:22,346
Saya harap Masaka Kids Africana
akan lahirkan ramai doktor,

363
00:36:24,098 --> 00:36:26,142
ramai artis terkenal…

364
00:36:33,316 --> 00:36:38,487
presiden, barisan menteri.

365
00:36:41,199 --> 00:36:44,619
Sebab semua anak-anak Masaka
ada cita-cita mereka sendiri.

366
00:36:46,120 --> 00:36:48,873
Kalau ditilik impian dan cita-cita mereka,

367
00:36:49,874 --> 00:36:52,251
saya yakin saya di laluan yang tepat.

368
00:36:54,462 --> 00:36:59,300
Saya cuma perlu jadi cahaya
yang menerangi jalan mereka.

369
00:37:06,432 --> 00:37:09,936
Menjelang 2030,
pemberhentian bantuan di Sub-Sahara Afrika

370
00:37:10,019 --> 00:37:12,730
akan mengakibatkan
kematian 500,000 kanak-kanak

371
00:37:12,813 --> 00:37:16,025
dan 2.8 juta lagi jadi yatim piatu
disebabkan HIV/AIDS.

372
00:37:16,943 --> 00:37:20,071
Sejak penubuhannya,
Masaka Kids Africana menyelamatkan

373
00:37:20,154 --> 00:37:23,866
kanak-kanak Uganda yang jadi yatim
akibat peperangan, kebuluran dan penyakit.

374
00:37:23,950 --> 00:37:26,285
Mereka masih komited sehingga hari ini.

375
00:38:54,707 --> 00:38:59,587
{\an8}Terjemahan sari kata oleh Saffura



