1
00:00:02,000 --> 00:00:07,000
Downloaded from
YTS.MX

2
00:00:03,504 --> 00:00:06,548
KISAH INI MENAMPILKAN
KOMUNIKASI DALAMAN PERIBADI

3
00:00:06,632 --> 00:00:08,592
DARIPADA PASUKAN
MERCEDES-AMG PETRONAS F1

4
00:00:08,000 --> 00:00:13,000
Official YIFY movies site:
YTS.MX

5
00:00:08,675 --> 00:00:11,887
<i>Mercedes tiba-tiba</i>
<i>menjadi pasukan bukan pilihan.</i>

6
00:00:11,970 --> 00:00:17,476
<i>Dengan satu tindakan</i>
<i>yang menimbulkan konflik, ia membuka…</i>

7
00:00:32,783 --> 00:00:36,453
Dalam F1, tak boleh ada kesilapan.

8
00:00:43,210 --> 00:00:46,797
Seluruh 2,000 ahli pasukan
perlu berganding bahu.

9
00:00:48,840 --> 00:00:50,092
Kereta-kereta itu

10
00:00:50,175 --> 00:00:52,719
mesin paling canggih
yang pernah dibina.

11
00:00:52,803 --> 00:00:56,181
Hanya individu terhebat di dunia
yang layak mengendalikannya.

12
00:01:00,769 --> 00:01:05,232
Setengah saat dapat bezakan
tempat pertama dan kesepuluh.

13
00:01:06,567 --> 00:01:08,902
Sekelip mata,
anda boleh berdiri di atas podium.

14
00:01:09,820 --> 00:01:11,655
Selepas itu, anda tercari-cari jawapan.

15
00:01:20,706 --> 00:01:24,293
SETIAP IMPIAN MEMERLUKAN PASUKAN
TERIMA KASIH, LEWIS

16
00:01:25,627 --> 00:01:28,630
Pada hari Lewis beritahu kepada saya,

17
00:01:28,755 --> 00:01:31,967
George bermalam di sini
untuk sesi simulator keesokan harinya.

18
00:01:32,134 --> 00:01:34,469
Saya cakap,
"Balik. Lewis datang pukul sepuluh nanti

19
00:01:34,553 --> 00:01:36,930
dan saya boleh agak
apa akan berlaku."

20
00:01:37,014 --> 00:01:38,682
Lewis datang,

21
00:01:38,765 --> 00:01:42,769
kami minum kopi
dan apabila perbualan semakin serius…

22
00:01:42,853 --> 00:01:44,730
{\an8}PEMILIK BERSAMA
CEO DAN PRINSIPAL PASUKAN

23
00:01:44,813 --> 00:01:46,773
{\an8}…dia cakap, "Saya sertai Ferrari."

24
00:01:49,401 --> 00:01:51,445
Saya jawab, "Awak betul nak buat?"

25
00:01:51,528 --> 00:01:54,448
Secara emosi, reaksi saya agak pelik

26
00:01:54,531 --> 00:01:57,868
sebab kami sudah lama kenal.

27
00:01:57,951 --> 00:02:02,581
Lewis orang kedua paling lama
dengan saya selain isteri saya, Susie.

28
00:02:03,498 --> 00:02:06,668
Dalam Formula 1, anda sering diperhatikan.

29
00:02:06,752 --> 00:02:08,170
Pihak media ada di merata-rata.

30
00:02:09,129 --> 00:02:13,550
Saya tahu, apa yang kami akan buat
selepas itu perlu dirahsiakan.

31
00:02:13,634 --> 00:02:15,594
BONO, BOLEH BERCAKAP? SAYA ADA BERITA.

32
00:02:15,677 --> 00:02:17,471
Kita teruskan berita

33
00:02:17,554 --> 00:02:19,848
pemindahan paling besar dan mengejutkan.

34
00:02:19,931 --> 00:02:23,727
Berlaku dalam Formula 1,
pemandu paling berjaya dalam sejarah itu.

35
00:02:23,810 --> 00:02:26,647
Lewis Hamilton
akan meninggalkan Mercedes.

36
00:02:26,730 --> 00:02:29,524
Ya, tinggalkan pasukan
yang sudah sinonim dengan dirinya.

37
00:02:29,608 --> 00:02:33,111
{\an8}Tindakan ini umpama David Beckham
meninggalkan Manchester United.

38
00:02:33,195 --> 00:02:34,780
{\an8}PEMBACA BERITA SUKAN

39
00:02:34,863 --> 00:02:37,032
{\an8}Kegilaan apabila mendengar
pengumuman begitu

40
00:02:37,115 --> 00:02:40,327
jarang dilihat dalam sukan,
tapi bila jadi, impaknya besar.

41
00:02:40,952 --> 00:02:42,996
Tak disangka. Mercedes juga.

42
00:02:43,080 --> 00:02:44,289
Tiada sesiapa sangka.

43
00:02:44,414 --> 00:02:46,541
{\an8}Saya terkejut dan tak keruan.

44
00:02:46,625 --> 00:02:48,335
{\an8}KETUA KEJURUTERAAN PERLUMBAAN

45
00:02:48,418 --> 00:02:52,172
Saya harap dapat bekerja
dengan Lewis sebagai juruteranya.

46
00:02:52,255 --> 00:02:54,383
{\an8}Lewis Hamilton ialah Mercedes.

47
00:02:54,466 --> 00:02:56,968
{\an8}Kilang di Brackley, jurutera di Stuttgart,

48
00:02:57,052 --> 00:02:59,221
{\an8}ribuan orang bekerja di garaj,

49
00:02:59,304 --> 00:03:04,393
{\an8}mereka sebahagian daripada kisahnya,
begitu juga dia dan mereka.

50
00:03:04,476 --> 00:03:08,689
Dalam Formula 1,
hanya ada tempat untuk 20 orang pemandu.

51
00:03:08,772 --> 00:03:11,274
Hebat jika dapat tempat
dalam mana-mana pasukan F1,

52
00:03:11,358 --> 00:03:14,778
tapi mendapat tempat
di Mercedes perkara berlainan.

53
00:03:14,861 --> 00:03:16,738
{\an8}Telefon Toto asyik berdering selepas itu.

54
00:03:16,822 --> 00:03:18,407
{\an8}KETUA PEGAWAI KOMUNIKASI

55
00:03:18,490 --> 00:03:21,368
{\an8}Setiap pemandu
yang ada kekosongan pada tahun 2025

56
00:03:21,451 --> 00:03:23,203
menghubungi dia.

57
00:03:23,328 --> 00:03:25,122
Siapa akan gantikan Lewis? Ayuh, semua.

58
00:03:25,205 --> 00:03:27,833
Alex Albon. Jangan lupa Esteban Ocon.

59
00:03:27,916 --> 00:03:30,544
Kalau dapat Max,
umpama bermula dari awal,

60
00:03:30,627 --> 00:03:32,421
selepas apa yang awak lalui bersama.

61
00:03:32,504 --> 00:03:36,758
Nama terakhir saya nak sebut
ialah seseorang yang pernah disyorkan

62
00:03:36,842 --> 00:03:39,052
kepada Mercedes tapi
rasanya takkan berlaku.

63
00:03:39,136 --> 00:03:41,596
Orangnya ialah Kimi Antonelli.

64
00:03:41,680 --> 00:03:46,393
Mustahil Toto akan ambil
pemandu baharu dalam Mercedes.

65
00:03:46,685 --> 00:03:49,062
<i>Tiada yang terus ke F1 dari F4.</i>

66
00:03:49,271 --> 00:03:51,606
<i>Apabila mencari pemandu baharu,</i>

67
00:03:52,107 --> 00:03:54,901
<i>ada banyak risiko.</i>

68
00:03:58,363 --> 00:04:00,532
Kami semakin lama semakin besar,

69
00:04:00,699 --> 00:04:04,286
ada litar serta kemudahan yang bagus,

70
00:04:04,369 --> 00:04:06,121
rumah kelab baharu dan sebagainya.

71
00:04:06,204 --> 00:04:08,498
Bagaimana cuaca hujung minggu ini?

72
00:04:08,582 --> 00:04:10,751
Sejuk, harap tak basah.

73
00:04:11,752 --> 00:04:13,253
Namun, nampak macam…

74
00:04:13,962 --> 00:04:15,505
{\an8}PENASIHAT PEMBANGUNAN PEMANDU

75
00:04:15,630 --> 00:04:16,970
Suhu agak sejuk.

76
00:04:17,466 --> 00:04:21,430
Dari segi prestasi,
memang sudah capai jangkaan.

77
00:04:21,845 --> 00:04:27,392
Saya terima panggilan WhatsApp dari Toto
yang memaklumkan pemergian Lewis.

78
00:04:27,893 --> 00:04:30,854
Dia jarang telefon saya pada awal pagi.

79
00:04:30,937 --> 00:04:33,148
Waktunya mengejutkan,

80
00:04:33,231 --> 00:04:37,694
tapi anda perlu faham,
kami bekerja selama sembilan tahun

81
00:04:38,361 --> 00:04:41,615
untuk bersedia untuk hari ini.

82
00:04:41,698 --> 00:04:45,118
Tugas saya adalah pergi ke trek go-kart

83
00:04:45,202 --> 00:04:50,582
dan mencari pemandu
yang akan menjadi juara dunia.

84
00:05:02,344 --> 00:05:04,429
Terima kasih.
Tunjuk nombor perlumbaan.

85
00:05:04,513 --> 00:05:06,014
Seterusnya.

86
00:05:06,097 --> 00:05:07,057
Baik, dengar sini.

87
00:05:07,140 --> 00:05:09,684
Perlumbaan go-kart
adalah sukan tanpa sentuh, okey?

88
00:05:09,768 --> 00:05:10,936
Pastikan awak ikut

89
00:05:11,019 --> 00:05:13,063
peraturan yang awak sudah persetujui.

90
00:05:13,271 --> 00:05:15,732
Pastikan awak ikut bendera

91
00:05:15,816 --> 00:05:17,317
yang diletakkan di litar.

92
00:05:17,400 --> 00:05:19,069
Selain itu, pastikan awak ada…

93
00:05:19,152 --> 00:05:20,278
Kenapa perlahan?

94
00:05:20,362 --> 00:05:22,739
Awak melebihi had trek. Kurangkan sikit.

95
00:05:22,948 --> 00:05:24,825
Awak banyak tekan brek berbanding saya.

96
00:05:24,908 --> 00:05:27,327
Ya. Bagaimana nak pandu di selekoh?

97
00:05:27,494 --> 00:05:28,870
Cepat kering…

98
00:05:28,954 --> 00:05:30,914
<i>Semuanya bermula di go-kart.</i>

99
00:05:30,997 --> 00:05:33,708
<i>Anda belajar berlumba di situ.</i>

100
00:05:33,792 --> 00:05:34,668
Boleh?

101
00:05:35,418 --> 00:05:36,670
Jangan terlalu yakin.

102
00:05:42,008 --> 00:05:45,136
<i>Hari ini, ada 100,000 orang</i>
<i>kanak-kanak di seluruh dunia.</i>

103
00:05:45,220 --> 00:05:49,015
<i>Ada seorang yang bakal</i>
<i>menjadi pemandu Formula 1.</i>

104
00:05:52,936 --> 00:05:54,563
<i>Saya terima banyak panggilan,</i>

105
00:05:54,646 --> 00:05:57,440
<i>"Awak perlu tengok budak ini.</i>
<i>Dia istimewa."</i>

106
00:05:57,649 --> 00:06:00,735
<i>Antonelli dari Bologna.</i>
<i>Tempat ketiga dalam siri,</i>

107
00:06:00,902 --> 00:06:03,738
<i>tapi dia mulakan perlumbaan ini</i>
<i>di kedudukan pertama.</i>

108
00:06:03,822 --> 00:06:05,699
<i>Bukan sekadar untuk perlumbaan,</i>

109
00:06:05,782 --> 00:06:07,951
<i>tapi untuk Kejohanan Junior Eropah.</i>

110
00:06:08,034 --> 00:06:10,579
<i>Mari berlumba</i>
<i>untuk Kejohanan Junior Eropah.</i>

111
00:06:10,662 --> 00:06:11,580
<i>Lampu hijau.</i>

112
00:06:11,705 --> 00:06:14,374
<i>Antonelli membawa mereka</i>
<i>ke selekoh pertama.</i>

113
00:06:15,834 --> 00:06:17,752
<i>Dia turun ke kedudukan kelima.</i>

114
00:06:17,836 --> 00:06:21,089
<i>Harapan kejuaraannya lenyap</i>
<i>di depan matanya.</i>

115
00:06:21,172 --> 00:06:22,841
<i>Kedudukan pertama memberi kelebihan.</i>

116
00:06:23,049 --> 00:06:25,594
<i>Kimi Antonelli</i>
<i>buat pusingan besar di selekoh.</i>

117
00:06:25,677 --> 00:06:26,678
<i>Pecutan bermula.</i>

118
00:06:26,803 --> 00:06:29,639
<i>Antonelli di laluan</i>
<i>dalam litar melepasi Skinsaw.</i>

119
00:06:29,723 --> 00:06:31,141
<i>Perlumbaan seret.</i>

120
00:06:31,224 --> 00:06:36,062
<i>Andrea Kimi Antonelli</i>
<i>menjuarai pusingan akhir yang sensasi.</i>

121
00:06:36,980 --> 00:06:39,900
<i>Andrea kembali ke podium.</i>

122
00:06:39,983 --> 00:06:41,109
<i>Menakjubkan!</i>

123
00:06:41,234 --> 00:06:43,778
<i>Antonelli berada di depan.</i>
<i>Dia menjuarai perlumbaan.</i>

124
00:06:44,362 --> 00:06:47,699
<i>Begitulah cara untuk menang dengan mudah.</i>

125
00:06:56,917 --> 00:06:58,960
Kimi datang daripada keluarga

126
00:06:59,044 --> 00:07:01,546
dengan latar belakang sukan bermotor.

127
00:07:02,047 --> 00:07:03,256
Ayahnya pernah berlumba.

128
00:07:04,049 --> 00:07:07,010
Kami kagum dengan bakatnya,
jadi kami rekrut ketika dia 12 tahun.

129
00:07:08,053 --> 00:07:13,016
Kita mungkin akan melihat
Andrea Kimi Antonelli dalam Formula 1.

130
00:07:13,099 --> 00:07:14,142
Selamat petang.

131
00:07:14,225 --> 00:07:15,769
Dia sangat berbeza.

132
00:07:15,852 --> 00:07:18,813
<i>Terus masuk data.</i>
<i>Komputer riba dikeluarkan.</i>

133
00:07:18,897 --> 00:07:20,649
Kimi ingat masa pusingannya

134
00:07:20,732 --> 00:07:23,068
dalam semua sesi sepanjang hidupnya.

135
00:07:23,193 --> 00:07:25,570
Awak ingat ketika kita
berlumba di Monaco?

136
00:07:25,654 --> 00:07:26,529
Ya.

137
00:07:26,613 --> 00:07:28,949
Apa masa pusingan awak
dalam pusingan kelayakan?

138
00:07:29,074 --> 00:07:30,700
Masanya 52:09.

139
00:07:30,867 --> 00:07:31,993
Mari periksa.

140
00:07:32,077 --> 00:07:33,203
Betullah.

141
00:07:34,371 --> 00:07:39,000
Cara dia berlumba sangat matang
walaupun masih muda

142
00:07:39,084 --> 00:07:40,961
dan kurang pengalaman.

143
00:07:41,044 --> 00:07:42,379
BAGAIMANA DENGAN KIMI?

144
00:07:42,462 --> 00:07:45,590
Saya cadangkan nama Kimi
untuk mendapat tempat.

145
00:07:46,174 --> 00:07:48,802
Sudah tentu, kami ada beberapa persoalan.

146
00:07:49,469 --> 00:07:51,972
Adakah kami sanggup ambil risiko
pilih pemandu muda?

147
00:07:52,097 --> 00:07:54,516
Atau mencari orang
yang lebih berpengalaman?

148
00:07:54,683 --> 00:07:58,144
{\an8}Saya bertuah boleh berbincang
dengan orang yang bagus.

149
00:07:58,228 --> 00:08:00,063
{\an8}KITA PERLU LIHAT KIMI DALAM KERETA F1

150
00:08:00,188 --> 00:08:03,525
<i>Carlos Sainz memenangi</i>
<i>kejuaraan British Grand Prix.</i>

151
00:08:03,608 --> 00:08:04,943
BAGAIMANA DENGAN SAINZ?

152
00:08:05,026 --> 00:08:08,113
DIA TAK TERIMA KONTRAK SETAHUN

153
00:08:08,196 --> 00:08:10,573
TERUSKAN MENGUJI KIMI

154
00:08:13,243 --> 00:08:14,661
<i>Tengok data ini.</i>

155
00:08:14,786 --> 00:08:17,539
<i>Bagus untuk Kimi</i>
<i>yang pertama kali pandu kereta F1.</i>

156
00:08:17,622 --> 00:08:19,040
TERBUKTI CUKUP
PROFIL SEMPURNA

157
00:08:20,208 --> 00:08:22,460
<i>Antonelli cuba mendapatkan</i>
<i>kedudukan dalam trek.</i>

158
00:08:22,627 --> 00:08:24,129
<i>Kimi menamatkan P4.</i>

159
00:08:24,212 --> 00:08:27,173
<i>Laju di awal,</i>
<i>tapi hilang cengkaman semasa berlumba.</i>

160
00:08:27,924 --> 00:08:29,509
<i>Antonelli melepasi Colapinto.</i>

161
00:08:29,592 --> 00:08:31,761
DIA MEMANG LAJU.
SAYA NAK TENGOK DIA KAWAL TAYAR.

162
00:08:31,845 --> 00:08:32,929
<i>Max Verstappen pula…</i>

163
00:08:33,096 --> 00:08:34,431
{\an8}BAGAIMANA BINCANG DENGAN MAX?

164
00:08:34,514 --> 00:08:37,017
{\an8}<i>…memandu atas garis,</i>
<i>memenangi Grand Prix kesembilan.</i>

165
00:08:37,100 --> 00:08:38,601
BUKAN PILIHAN

166
00:08:40,687 --> 00:08:41,771
UJIAN DATA BARCELONA

167
00:08:41,855 --> 00:08:43,273
67 KG UBAH SUAI
NYAHPECUT TINGGI

168
00:08:43,690 --> 00:08:45,650
<i>Kimi Antonelli</i>
<i>dengan kejuaraan pertamanya…</i>

169
00:08:45,859 --> 00:08:46,735
{\an8}KEMENANGAN HEBAT!

170
00:08:46,818 --> 00:08:47,819
<i>…dalam Formula 2.</i>

171
00:08:48,319 --> 00:08:49,195
{\an8}PRESTASI HEBAT

172
00:08:50,739 --> 00:08:52,365
DIA MASIH PERLUKAN SETAHUN LAGI

173
00:08:53,297 --> 00:08:58,079
SEDIA UNTUK BUAT PANGGILAN?

174
00:09:06,546 --> 00:09:10,133
{\an8}Helo. Kami adakan panggilan WhatsApp
untuk maklumkan sesuatu.

175
00:09:10,216 --> 00:09:11,676
Ini tentang awak, Kimi.

176
00:09:13,553 --> 00:09:15,513
Awak pemandu
Mercedes Formula 1 tahun depan.

177
00:09:20,727 --> 00:09:23,813
Ya Tuhan. Saya… Baguslah.

178
00:09:26,649 --> 00:09:27,776
Awak 17 tahun,

179
00:09:29,027 --> 00:09:34,824
{\an8}awak sangat muda,
masih tak banyak berlumba dalam Formula,

180
00:09:34,908 --> 00:09:37,786
{\an8}tapi awak berlumba
dua tahun setengah dalam Formula 4.

181
00:09:38,369 --> 00:09:42,123
{\an8}Meletakkan awak dalam kereta Formula 1,

182
00:09:42,207 --> 00:09:45,710
{\an8}mendedahkan awak
kepada dunia ini, akan ada

183
00:09:45,794 --> 00:09:48,129
{\an8}banyak tekanan berbeza terhadap awak.

184
00:09:48,213 --> 00:09:50,548
{\an8}Bukan saja memandu kereta dan berada

185
00:09:50,632 --> 00:09:51,966
{\an8}dalam kokpit,

186
00:09:52,050 --> 00:09:54,677
{\an8}tapi tekanan apabila
menjadi pemandu Mercedes.

187
00:09:56,805 --> 00:09:59,682
Baik, Kimi. Apa memori pertama awak?

188
00:10:00,767 --> 00:10:04,145
Semasa kecil,
saya selalu main kereta mainan

189
00:10:04,229 --> 00:10:06,064
atas lantai rumah.

190
00:10:06,606 --> 00:10:09,818
Saya ingat saya buat
litar lumba sendiri,

191
00:10:09,901 --> 00:10:12,862
gerakkan kereta itu
dan beri komen semasa perlumbaan.

192
00:10:13,154 --> 00:10:17,700
"Ini dia, Kimi Antonelli,
memandu rapat di selekoh tajam,

193
00:10:17,784 --> 00:10:19,035
mengetuai perlumbaan."

194
00:10:19,119 --> 00:10:19,994
"Hebat!"

195
00:10:21,329 --> 00:10:23,706
Ya, lebih kurang begitu.

196
00:10:26,376 --> 00:10:28,837
F1 ialah kemuncak sukan bermotor.

197
00:10:30,922 --> 00:10:33,258
Berada di sini adalah impian saya.

198
00:10:41,683 --> 00:10:44,352
Sudah dapat ukuran sebelum ini
ketika buat tempat duduk?

199
00:10:44,435 --> 00:10:46,896
Yang baharu lebih nipis.
Boleh nampak pada bahunya.

200
00:10:47,689 --> 00:10:51,818
Pastikan tempat duduk siap
supaya boleh terus mula.

201
00:10:52,068 --> 00:10:53,570
Kimi akan sampai tak lama nanti.

202
00:10:57,198 --> 00:10:59,242
Ini akan ambil masa sepanjang hari.

203
00:10:59,617 --> 00:11:02,662
Saya harap semua orang lebih teliti
apabila membuat tempat duduk.

204
00:11:05,165 --> 00:11:06,708
{\an8}PENGARAH TEKNIKAL

205
00:11:06,791 --> 00:11:07,959
{\an8}Nak saya jujur?

206
00:11:09,127 --> 00:11:11,588
Kali pertama saya jumpa Kimi…

207
00:11:11,838 --> 00:11:14,299
Saya sedang buat kerja,

208
00:11:14,382 --> 00:11:18,511
seorang budak datang
ke meja dan cakap, "Helo."

209
00:11:18,595 --> 00:11:20,430
Saya ingatkan dia cari ayahnya.

210
00:11:21,764 --> 00:11:25,393
Apabila dia salam tangan saya,
pegangan tangannya

211
00:11:25,476 --> 00:11:26,978
sama kuat macam semua pemandu.

212
00:11:27,061 --> 00:11:29,272
Saya fikir, "Dia pemandu. Dia Kimi."

213
00:11:30,315 --> 00:11:32,400
Kami perlu ukur topi keledar.

214
00:11:32,483 --> 00:11:34,777
Macam mana dengan pandangan mata?

215
00:11:35,278 --> 00:11:37,113
- Pendapat awak, Bono?
- Ya, teruskan.

216
00:11:37,197 --> 00:11:38,281
Ya, pita.

217
00:11:38,907 --> 00:11:42,118
Saya akan masukkan sedikit
dan tanya semula nanti.

218
00:11:42,202 --> 00:11:43,578
- Ya.
- Terima kasih.

219
00:11:43,661 --> 00:11:45,455
Awak boleh keluar berhati-hati.

220
00:11:45,538 --> 00:11:46,789
Awak boleh pijak kalau nak,

221
00:11:46,873 --> 00:11:49,417
tapi lebih baik jika tak pijak.

222
00:11:58,718 --> 00:11:59,636
Laju, bukan?

223
00:12:00,011 --> 00:12:04,307
Kalau awak bagi sasaran berat…

224
00:12:04,390 --> 00:12:05,850
- Ya.
- …saya boleh capai.

225
00:12:06,768 --> 00:12:08,645
- Sebab berat saya 66 kg sekarang.
- Ya.

226
00:12:09,270 --> 00:12:14,692
Kalau nak berat saya 70 apabila
memakai peralatan, saya boleh buat.

227
00:12:14,776 --> 00:12:16,736
Ya. Saya tak mahu

228
00:12:16,819 --> 00:12:18,238
- tak konsisten.
- Tak.

229
00:12:18,321 --> 00:12:19,864
Jika berat sama setiap minggu,

230
00:12:19,948 --> 00:12:21,991
- setiap hari, tak mengapa.
- Ya, betul.

231
00:12:22,533 --> 00:12:24,369
Saya perlu pakai topi keledar?

232
00:12:27,247 --> 00:12:28,748
<i>Kerja dengan pemandu muda?</i>

233
00:12:28,831 --> 00:12:29,916
<i>Saya tak tahu.</i>

234
00:12:29,999 --> 00:12:32,085
<i>Kimi masih belum ada lesen memandu.</i>

235
00:12:32,168 --> 00:12:34,671
<i>Tekanan yang berbeza</i>

236
00:12:34,754 --> 00:12:38,841
<i>sebab jangkaan besar</i>
<i>pada budak muda itu.</i>

237
00:12:39,217 --> 00:12:41,761
<i>Sangat berbakat, tapi belum terbukti.</i>

238
00:12:42,011 --> 00:12:45,181
<i>Tugas saya adalah membuktikannya</i>
<i>dan pastikan kami dapat jadikan dia</i>

239
00:12:45,265 --> 00:12:47,392
<i>juara dunia seterusnya.</i>

240
00:12:47,475 --> 00:12:48,726
Awak tak pernah bayangkan?

241
00:12:49,227 --> 00:12:51,187
- Jarang.
- Saya selalu.

242
00:12:51,437 --> 00:12:53,314
Semasa berlumba atau dalam semua hal?

243
00:12:54,274 --> 00:12:56,776
- Semua, tapi terutamanya berlumba.
- Okey, ya.

244
00:12:57,402 --> 00:13:00,863
Saya buat silap semasa perlumbaan
dan menjejaskan keputusan.

245
00:13:01,072 --> 00:13:04,367
Saya bayangkan,
"Kalau saya bertahan dengan lebih baik?"

246
00:13:04,867 --> 00:13:07,662
"Jika banyak berhenti di selekoh
dan tak melebihi had trek,

247
00:13:08,413 --> 00:13:10,832
- apa akan jadi?"
- Ya, boleh jadi.

248
00:13:11,040 --> 00:13:14,502
Entahlah.
Saya juga bayangkan masa depan.

249
00:13:15,336 --> 00:13:17,005
Mungkin saya berharap.

250
00:13:17,630 --> 00:13:19,299
Nak saya masuk dalam kereta?

251
00:13:21,050 --> 00:13:23,177
- Bahagian bawah belakang okey?
- Ya.

252
00:13:23,553 --> 00:13:25,638
Okey. Jarak dengan stereng okey?

253
00:13:25,722 --> 00:13:27,181
Jarak ini?

254
00:13:27,265 --> 00:13:29,559
- Ya. Saya puas hati.
- Ya?

255
00:13:29,642 --> 00:13:31,269
<i>Tempat duduk hampir siap.</i>

256
00:13:31,644 --> 00:13:32,895
Sempurna. Okey.

257
00:13:33,438 --> 00:13:35,690
- Boleh duduk dalam 15 minit?
- Ya.

258
00:13:35,773 --> 00:13:38,318
Boleh? Terima kasih. Hanya 15 minit. Okey?

259
00:13:39,152 --> 00:13:41,863
Jangan sentuh. Jangan kacau apa-apa.

260
00:13:41,946 --> 00:13:44,073
Bahu jangan banyak bergerak.

261
00:13:58,129 --> 00:14:00,965
Selain daripada kelajuan,
ada banyak taktik

262
00:14:01,049 --> 00:14:06,179
yang perlu dipelajari agar tayar
bertahan sepanjang jarak perlumbaan.

263
00:14:11,726 --> 00:14:14,145
Dia perlu belajar
tentang kereta keselamatan.

264
00:14:19,233 --> 00:14:21,861
Dia perlu tahu cara masuk ke hentian pit.

265
00:14:21,944 --> 00:14:25,365
Bayangkan anda cuba parkir
pada kelajuan 60 km/j,

266
00:14:25,448 --> 00:14:28,159
cuma ruang parkir itu
dibuat daripada manusia,

267
00:14:28,242 --> 00:14:29,952
mereka cedera jika dilanggar.

268
00:14:39,796 --> 00:14:42,131
Saya belum sapa lagi. Nama saya Will.

269
00:14:42,215 --> 00:14:43,216
Gembira berjumpa.

270
00:14:43,591 --> 00:14:45,218
Boleh kita berlatih hentian pit?

271
00:14:45,301 --> 00:14:46,302
Saya boleh mula?

272
00:14:46,928 --> 00:14:49,680
- Kenapa tak beritahu?
- Ya, ayuh. Cepat.

273
00:15:01,859 --> 00:15:03,111
<i>Enjin dihidupkan.</i>

274
00:15:06,531 --> 00:15:07,949
<i>Sedia berlepas ke litar.</i>

275
00:15:28,678 --> 00:15:30,471
<i>Tiga puluh minit, ke kiri.</i>

276
00:15:30,555 --> 00:15:33,724
Semasa panduan melebihi 20 atau 30 minit,

277
00:15:33,808 --> 00:15:36,436
awak akan nampak isu

278
00:15:36,519 --> 00:15:39,480
ketika mereka memadankan nat,
tayar tak boleh dikeluarkan.

279
00:15:39,564 --> 00:15:43,526
Kami minta mereka ambil masa
paling lama dua saat di hentian pit.

280
00:15:43,609 --> 00:15:46,487
Jika pemandu datang
dengan keadaan tayar terkunci,

281
00:15:46,571 --> 00:15:48,739
mereka akan risau

282
00:15:48,823 --> 00:15:50,533
dan ambil masa yang lama di hentian.

283
00:15:57,457 --> 00:15:59,167
CUBAAN 1 - 2.30 SAAT

284
00:16:02,712 --> 00:16:04,380
2.23 SAAT

285
00:16:08,426 --> 00:16:10,094
2.27 SAAT

286
00:16:16,809 --> 00:16:18,561
<i>Matikan enjin, Kimi. Ant cedera.</i>

287
00:16:19,562 --> 00:16:21,606
Boleh panggil doktor ke lorong hentian?

288
00:16:23,941 --> 00:16:24,859
<i>Maaf.</i>

289
00:16:43,503 --> 00:16:45,087
Ada kelewatan kerana ada…

290
00:16:45,171 --> 00:16:47,840
Roda tersangkut di selekoh,
terkeluar dari belakang kiri.

291
00:16:47,924 --> 00:16:50,510
Awak berhenti di tempat betul.
Nampak baik saja.

292
00:16:50,593 --> 00:16:52,011
- Ya.
- Cuma selebihnya.

293
00:16:53,804 --> 00:16:58,142
Sangat menakutkan ketika
pertama kali masuk ke dalam terowong.

294
00:16:58,226 --> 00:17:02,688
- Fokus kepada…
- Ya, apabila saya pasangkan,

295
00:17:02,772 --> 00:17:04,398
saya tunggu awak tekan minyak

296
00:17:05,024 --> 00:17:07,068
Saya lepaskan apabila kereta ke geladak.

297
00:17:07,151 --> 00:17:08,819
Namun, kereta tak sentuh geladak.

298
00:17:09,987 --> 00:17:11,864
Awak menyalakan api ke udara dan saya.

299
00:17:16,911 --> 00:17:18,496
Awak boleh ketawa. Tak mengapa.

300
00:17:23,543 --> 00:17:26,003
<i>Kimi, cukuplah untuk hari ini.</i>

301
00:17:28,756 --> 00:17:30,633
<i>Okey. Setakat itu saja hari ini.</i>

302
00:17:30,716 --> 00:17:32,093
<i>Terima kasih, semua.</i>

303
00:17:32,843 --> 00:17:35,763
<i>Antonelli mengemudi dengan baik</i>
<i>di kawalan zig-zag.</i>

304
00:17:35,846 --> 00:17:38,975
<i>Semasa pusingan akhir,</i>
<i>bendera corak dam sedang menunggu.</i>

305
00:17:39,058 --> 00:17:41,644
{\an8}<i>Antonelli menjuarai perlumbaan akhir.</i>

306
00:17:41,727 --> 00:17:43,145
{\an8}<i>Buat Marco Antonelli.</i>

307
00:17:43,229 --> 00:17:46,190
<i>Keluar dari kokpit</i>
<i>untuk sambut dengan pasukan.</i>

308
00:17:46,816 --> 00:17:47,817
Ayah di litar lumba,

309
00:17:47,900 --> 00:17:50,403
dia ajar semua yang dia tahu.

310
00:17:51,362 --> 00:17:53,739
Dia tak bertuah
seperti saya dalam kerjayanya,

311
00:17:53,823 --> 00:17:56,200
sebab dia tak diberi
sokongan sama macam saya.

312
00:17:57,076 --> 00:18:01,414
Semua ini bukan hanya
untuk saya tapi untuk dia juga.

313
00:18:02,123 --> 00:18:04,000
Saya mendukung legasinya.

314
00:18:07,003 --> 00:18:10,840
Saya mengalami kesukaran
pada beberapa tahun pertama

315
00:18:11,090 --> 00:18:14,135
sebab ia agak sukar untuk saya,

316
00:18:14,218 --> 00:18:18,514
tapi kemudian mereka sedar
yang ia jadikan saya bertambah baik.

317
00:18:18,681 --> 00:18:21,601
Saya gembira dapat banggakan ayah.

318
00:18:24,103 --> 00:18:29,918
{\an8}Rancangan kami pada saat ini,
jangan cakap dengan sesiapa.

319
00:18:30,192 --> 00:18:36,532
{\an8}Kami mahu umumkan
Latihan Bebas 1 untuk Kimi di Monza.

320
00:18:37,366 --> 00:18:41,467
{\an8}Rancangan kami sekarang,
selepas FP1 di Monza,

321
00:18:41,787 --> 00:18:45,249
{\an8}adakan sidang media
dan umumkan Kimi sebagai pemandu.

322
00:18:46,334 --> 00:18:50,296
Berita itu semakin besar,

323
00:18:50,379 --> 00:18:54,175
berita paling besar sebab
sudah sekian lama tiada pemandu Itali.

324
00:18:54,258 --> 00:18:59,013
<i>Ada beberapa tempat di planet ini</i>
<i>sinonim dengan perlumbaan selain Itali.</i>

325
00:18:59,096 --> 00:19:03,559
<i>Formula 1 kembali ke Monza kali ini</i>
<i>dengan wira tempatan,</i>

326
00:19:03,643 --> 00:19:06,020
<i>Andrea Kimi Antonelli.</i>

327
00:19:06,103 --> 00:19:11,942
<i>Antonelli akan buat penampilan sulung F1</i>
<i>hujung minggu ini di kampung halamannya.</i>

328
00:19:12,151 --> 00:19:13,319
Saya agak gementar.

329
00:19:13,444 --> 00:19:15,196
Impian saya bakal menjadi kenyataan.

330
00:19:15,279 --> 00:19:17,323
Awak jarang bergambar.

331
00:19:18,574 --> 00:19:22,244
<i>Dia akan ada satu jam</i>
<i>semasa sesi Latihan Bebas</i>

332
00:19:22,328 --> 00:19:24,455
<i>bagi memperkenalkan dirinya kepada dunia.</i>

333
00:19:24,997 --> 00:19:25,956
- Bertenang.
- Ya.

334
00:19:26,040 --> 00:19:28,793
Jangan cedera dan jangan hancurkan kereta.

335
00:19:28,876 --> 00:19:31,212
Ada banyak tekanan
terhadap Kimi Antonelli

336
00:19:31,295 --> 00:19:35,049
pada usia 18 tahun, baru saja
sambut hari jadinya beberapa hari lepas.

337
00:19:35,174 --> 00:19:36,759
Jangkaan sangat tinggi

338
00:19:36,967 --> 00:19:39,679
dan itu boleh mengganggu fikiran.

339
00:19:40,388 --> 00:19:43,474
<i>Dia meletakkan Antonelli</i>
<i>dalam kereta George Russell.</i>

340
00:19:46,435 --> 00:19:50,606
Saya masih ingat duduk dalam kereta itu
dan nampak ramai orang di astaka.

341
00:19:50,690 --> 00:19:55,486
Ada ramai peminat Itali
bersedia menerima wira baharu mereka.

342
00:19:58,989 --> 00:20:03,035
Saya masih ingat,
rasa meremang dalam kereta

343
00:20:03,119 --> 00:20:06,080
dan cuba untuk bertenang.

344
00:20:08,499 --> 00:20:13,003
<i>Permulaan baik daripada Antonelli</i>
<i>dengan tayar yang lembut.</i>

345
00:20:13,087 --> 00:20:14,755
<i>Dia tak meninggalkan apa-apa.</i>

346
00:20:19,510 --> 00:20:22,138
<i>Antonelli meraih</i>
<i>masa pusingan pertama yang pantas.</i>

347
00:20:24,140 --> 00:20:26,183
<i>Dia meningkatkan kelajuan</i>
<i>sekali lagi di sini.</i>

348
00:20:28,644 --> 00:20:33,274
<i>Dia semakin laju di sektor kedua.</i>

349
00:20:33,357 --> 00:20:36,235
<i>Ini mungkin masa pusingan</i>
<i>paling pantas hari ini.</i>

350
00:20:38,571 --> 00:20:43,826
<i>Antonelli berpusing ke atas kerikil</i>
<i>dan melanggar dinding.</i>

351
00:20:55,504 --> 00:20:56,881
Awak okey?

352
00:21:00,926 --> 00:21:01,802
Ya.

353
00:21:02,386 --> 00:21:03,262
Maaf.

354
00:21:04,346 --> 00:21:06,432
Kimi, tak mengapa. Tak mengapa, Kimi.

355
00:21:15,024 --> 00:21:19,528
<i>Pemandu berusia 18 tahun,</i>
<i>harapan Mercedes melanggar pengadang</i>

356
00:21:19,612 --> 00:21:21,947
<i>pada sesi latihan pertamanya di Formula 1.</i>

357
00:21:22,031 --> 00:21:24,950
<i>Perbezaan antara menjadi wira</i>
<i>dan penjahat adalah sangat kecil,</i>

358
00:21:25,034 --> 00:21:26,911
<i>dan itulah yang dia buat.</i>

359
00:21:26,994 --> 00:21:28,996
<i>Masa pusingan pertama, wira, dia laju.</i>

360
00:21:29,079 --> 00:21:31,791
<i>Masa pusingan kedua,</i>
<i>cuba kembalikan kelajuan dan tamat.</i>

361
00:21:32,500 --> 00:21:37,838
<i>Bukan permulaan Formula 1 yang</i>
<i>Mercedes harapkan buat Kimi Antonelli.</i>

362
00:21:42,009 --> 00:21:45,429
Pada hari itu, saya menghampakan
keluarga saya dan ayah saya.

363
00:21:45,638 --> 00:21:46,597
Dia tak gembira.

364
00:21:46,680 --> 00:21:48,516
Dia tak sangka itu akan berlaku.

365
00:21:51,060 --> 00:21:53,479
<i>Kimi Antonelli telah dibawa</i>
<i>ke pusat rawatan.</i>

366
00:21:53,562 --> 00:21:56,273
<i>Itu keretanya,</i>
<i>Mercedes dia, di tepi litar.</i>

367
00:21:57,566 --> 00:22:01,153
Selepas kemalangan, mereka buat
pemeriksaan sebab impaknya besar.

368
00:22:03,364 --> 00:22:05,658
Namun, saya ingat,
saya baring di atas katil.

369
00:22:06,492 --> 00:22:08,035
Saya cuma mahu bersendirian.

370
00:22:09,286 --> 00:22:10,579
Saya menangis.

371
00:22:11,413 --> 00:22:13,165
Saya tak mahu jumpa sesiapa.

372
00:22:16,126 --> 00:22:17,962
Sejujurnya, saya cuma nak balik.

373
00:22:19,171 --> 00:22:23,759
Saya sedih kerana saya tahu dia percaya

374
00:22:25,010 --> 00:22:27,805
dia biarkan acara hari itu
mengganggu fikirannya.

375
00:22:27,888 --> 00:22:33,435
Itulah masalahnya, musuh terbesarnya.

376
00:22:35,104 --> 00:22:36,438
AYAH KIMI

377
00:22:36,522 --> 00:22:41,443
Kemalangan di Monza
sangat memberi kesan kepada kami.

378
00:22:42,194 --> 00:22:43,237
Di Monza…

379
00:22:46,031 --> 00:22:47,449
saya sangat terkejut.

380
00:22:47,533 --> 00:22:49,118
IBU KIMI

381
00:22:49,201 --> 00:22:51,370
Saya menangis
satu hari setengah di padok.

382
00:22:51,453 --> 00:22:56,375
Semua orang yang saya jumpa
cuba memujuk saya.

383
00:22:56,458 --> 00:22:59,461
Mercedes juga cuba memujuk saya.
Saya menangis

384
00:22:59,545 --> 00:23:04,383
dan menangis sebab tak boleh terima
serta asyik meminta maaf.

385
00:23:08,679 --> 00:23:10,639
<i>Berpusing di kerikil dan langgar dinding.</i>

386
00:23:10,723 --> 00:23:13,392
<i>Perbezaan antara wira</i>
<i>dan penjahat adalah sangat kecil.</i>

387
00:23:13,475 --> 00:23:16,937
<i>Dia tak cukup bagus dalam Formula 2</i>
<i>untuk meyakinkan saya</i>

388
00:23:17,021 --> 00:23:19,356
<i>yang dia sudah bersedia</i>
<i>untuk memenangi Grand Prix.</i>

389
00:23:19,440 --> 00:23:21,817
<i>Satu jangkaan yang sangat tinggi.</i>

390
00:23:21,901 --> 00:23:27,114
<i>Bukan permulaan Formula 1</i>
<i>Mercedes harapkan buat Kimi Antonelli.</i>

391
00:23:28,282 --> 00:23:29,450
{\an8}<i>Hei, Kimi.</i>

392
00:23:29,533 --> 00:23:32,995
{\an8}<i>Saya tahu hari ini memalukan,</i>
<i>tapi masa pusingan pertama dan setengah,</i>

393
00:23:33,078 --> 00:23:35,247
{\an8}<i>kami nampak sesuatu yang tak boleh diajar.</i>

394
00:23:35,956 --> 00:23:38,292
{\an8}<i>Awak perlu lihat betapa terujanya pasukan.</i>

395
00:23:38,375 --> 00:23:41,879
{\an8}<i>Pastikan awak tidur dan rehat secukupnya.</i>
<i>Esok hari baharu.</i>

396
00:23:42,379 --> 00:23:43,422
{\an8}<i>Pengumuman besar.</i>

397
00:23:48,969 --> 00:23:52,806
Beza Latihan Bebas dan Pusingan Kelayakan
yang perlu dibincangkan.

398
00:23:54,850 --> 00:23:57,311
Namun, itu juga Kimi.

399
00:23:57,394 --> 00:23:58,312
Periuk tekanan.

400
00:23:58,395 --> 00:24:00,064
Mercedes macam periuk tekanan.

401
00:24:00,147 --> 00:24:01,857
Hari ini kami sebagai satu pasukan.

402
00:24:01,941 --> 00:24:03,192
Kami memilih mereka berdua.

403
00:24:15,371 --> 00:24:17,289
SEMBILAN MINGGU
SEBELUM MUSIM BERMULA

404
00:24:38,560 --> 00:24:39,728
Boleh cuba lagi.

405
00:24:46,068 --> 00:24:47,444
Kenapa pegang tangan saya?

406
00:24:48,529 --> 00:24:50,572
Bertenang. Ayah terlalu tegang.

407
00:24:52,116 --> 00:24:53,117
Sudahlah!

408
00:24:59,331 --> 00:25:00,791
Karol!

409
00:25:02,668 --> 00:25:03,544
Apa khabar?

410
00:25:04,253 --> 00:25:05,713
Oh, Tuhan. Saya ingat.

411
00:25:05,796 --> 00:25:07,297
- Saya ada di sana, bukan?
- Ya.

412
00:25:08,382 --> 00:25:11,427
Dalam gambar itu,
saya di belakang ayah.

413
00:25:11,510 --> 00:25:13,637
Tak, awak di sebelah ayah.

414
00:25:14,138 --> 00:25:16,015
Tak banyak berubah sejak dulu.

415
00:25:16,098 --> 00:25:17,516
Ya, tak banyak.

416
00:25:18,267 --> 00:25:19,977
Dulu rambut saya panjang.

417
00:25:26,984 --> 00:25:28,318
Ayuh.

418
00:25:44,752 --> 00:25:47,629
Semua orang beritahu saya
jangan terlalu risau,

419
00:25:49,131 --> 00:25:54,053
cuba lupakannya, teruskan hidup
dan fokus dengan langkah seterusnya.

420
00:25:56,388 --> 00:25:59,558
Saya ambil masa yang lama
untuk menerima apa yang berlaku.

421
00:26:00,392 --> 00:26:01,852
Saya selalu memikirkannya.

422
00:26:14,979 --> 00:26:15,824
Bagus.

423
00:26:16,033 --> 00:26:16,992
Kimi!

424
00:26:18,994 --> 00:26:20,204
Okey.

425
00:26:20,412 --> 00:26:23,457
Awak tukar gear hampir di tengah,
kemudian awak mula semula.

426
00:26:26,877 --> 00:26:27,878
Okey.

427
00:26:39,473 --> 00:26:43,393
Kadangkala bermimpi pada waktu malam,

428
00:26:43,477 --> 00:26:44,728
masuk dalam kereta, memandu di litar.

429
00:26:46,313 --> 00:26:50,776
Saya seperti berada
di hujung minggu perlumbaan.

430
00:26:50,859 --> 00:26:54,822
Saya tak bermimpi
tentang keputusan pusingan kelayakan.

431
00:26:57,658 --> 00:27:00,410
Saya cuma bermimpi berada di sana.

432
00:27:01,537 --> 00:27:03,038
Tentu sukar.

433
00:27:06,500 --> 00:27:09,628
Semasa kecil,

434
00:27:11,004 --> 00:27:14,591
sudah banyak kali saya rasa teruk.

435
00:27:15,759 --> 00:27:17,761
Semasa kecil, saya tak faham mengapa

436
00:27:18,971 --> 00:27:22,391
kadangkala ayah sangat menekan saya.

437
00:27:23,267 --> 00:27:26,311
Kita tak pernah cakap
tentang perkara ini, betul?

438
00:27:26,395 --> 00:27:31,275
Pada saat ini, ayah boleh jelaskan.

439
00:27:33,193 --> 00:27:37,057
Ayah selalu teringat
waktu menengking awak.

440
00:27:37,322 --> 00:27:40,207
Awak cakap, "Ayah saya tak guna.
Kenapa dia buat begini?"

441
00:27:40,492 --> 00:27:45,457
Sebab dalam kerjaya ayah,

442
00:27:45,873 --> 00:27:49,334
sayangnya ayah tak dapat majukan diri.

443
00:27:50,043 --> 00:27:54,381
Ayah tak guna peluang dengan sebaiknya.

444
00:27:57,634 --> 00:28:01,388
Kita berbalah sebab

445
00:28:02,556 --> 00:28:07,895
ayah meminta lebih daripada
yang awak mampu buat ketika itu.

446
00:28:20,741 --> 00:28:21,783
Pusing.

447
00:28:27,331 --> 00:28:29,897
Ambil pinggan,
kami akan panggil awak, Andrea.

448
00:28:30,334 --> 00:28:33,003
- Tengoklah. Cantiknya.
- Tak, bawa keluar pinggan leper.

449
00:28:41,887 --> 00:28:42,888
Terima kasih.

450
00:28:42,971 --> 00:28:44,389
- Okey?
- Nak tambah lagi, Andy?

451
00:28:44,473 --> 00:28:46,016
Tak mengapa.

452
00:28:46,099 --> 00:28:47,309
Okey, jemput makan.

453
00:28:47,392 --> 00:28:49,019
- Jemput makan.
- Tunggu.

454
00:28:50,145 --> 00:28:51,605
Awak masih budak.

455
00:28:51,688 --> 00:28:52,981
Awak tikus kecil mak.

456
00:28:53,065 --> 00:28:54,566
Tikus kecil mak.

457
00:28:54,650 --> 00:28:56,109
Mak akan ke perlumbaan, betul?

458
00:28:56,193 --> 00:28:58,028
- Ya, mestilah.
- Mak akan ke Australia?

459
00:28:58,111 --> 00:29:00,572
Mestilah, untuk tengok awak. Adik awak…

460
00:29:00,656 --> 00:29:04,618
Ada orang cakap,
"Saya nak tandatangan abang awak."

461
00:29:06,286 --> 00:29:07,704
Sedap tak lasagna?

462
00:29:07,788 --> 00:29:09,539
Lasagna.

463
00:29:09,623 --> 00:29:10,666
Lasagna?

464
00:29:10,749 --> 00:29:11,750
Ya, lasagna.

465
00:29:11,833 --> 00:29:13,377
Kenapa cakap lasagna?

466
00:29:13,460 --> 00:29:15,337
- Kenapa panggil ia lasagna?
- Tidaklah.

467
00:29:15,420 --> 00:29:16,421
Lasagna.

468
00:29:16,505 --> 00:29:19,049
Lasagna. Jom panggil ia lasagna.

469
00:29:20,550 --> 00:29:22,594
Saya rasa bersalah.

470
00:29:22,678 --> 00:29:25,389
Memang patut. Dia boleh jadi pekak.

471
00:29:25,472 --> 00:29:29,351
Tak, dia balik dari sekolah.
Dia sangat lapar.

472
00:29:30,686 --> 00:29:33,313
Dia tegur dan cium saya.

473
00:29:33,397 --> 00:29:37,234
Dia tak cium pipi,
tapi cium telinga saya.

474
00:29:38,026 --> 00:29:40,862
Sejak hari itu, pendengaran
di telinga ini tak berapa baik.

475
00:29:40,946 --> 00:29:43,532
- Betul.
- Saya buat dia jadi pekak.

476
00:29:43,615 --> 00:29:45,742
Dia buat telinga awak pekak?

477
00:29:45,826 --> 00:29:47,995
Apa saya cakap semasa tidur?

478
00:29:48,870 --> 00:29:52,124
"Stereng tak cukup belok.
Susah nak masuk selekoh tajam."

479
00:29:53,959 --> 00:29:56,253
Waktu awak tidur pun tenang.

480
00:29:56,336 --> 00:29:57,296
Andrea…

481
00:29:59,339 --> 00:30:02,801
- Apa ini?
- Kek untuk awak.

482
00:30:02,968 --> 00:30:04,261
Hanya ini kami boleh buat.

483
00:30:04,344 --> 00:30:05,387
SEMOGA BERJAYA

484
00:30:05,804 --> 00:30:08,223
Mak harap semuanya baik-baik saja.

485
00:30:09,099 --> 00:30:11,143
Buka ini.

486
00:30:11,226 --> 00:30:12,436
Okey.

487
00:30:12,519 --> 00:30:13,979
Awak perlu jelaskan kepada saya.

488
00:30:14,062 --> 00:30:16,231
Buka dulu, kemudian saya jelaskan.

489
00:30:16,732 --> 00:30:17,607
Bukalah.

490
00:30:22,362 --> 00:30:23,238
Tengok.

491
00:30:23,989 --> 00:30:24,906
Apa ini?

492
00:30:26,158 --> 00:30:27,451
Ini rantai kunci, betul?

493
00:30:28,535 --> 00:30:30,078
- Ada kereta kecil.
- Ya.

494
00:30:30,162 --> 00:30:31,038
Tetapi?

495
00:30:31,121 --> 00:30:37,294
Ayah saya bagi kereta itu.
Ia tangkal bertuahnya.

496
00:30:37,377 --> 00:30:39,963
- Betul?
- Sekarang ayah beri kepada awak.

497
00:30:40,047 --> 00:30:41,548
Terima kasih, ayah.

498
00:30:42,257 --> 00:30:44,676
- Datuk beri kepada ayah.
- Ya.

499
00:30:45,969 --> 00:30:46,887
Datuk awak.

500
00:30:46,970 --> 00:30:49,723
Dia beri kepada ayah awak
dan ayah awak beri kepada saya.

501
00:30:49,806 --> 00:30:50,682
Cantiknya.

502
00:30:51,725 --> 00:30:53,810
Saya akan sentiasa bawa bersama.

503
00:30:55,937 --> 00:30:57,230
Terima kasih, ayah.

504
00:30:59,232 --> 00:31:00,984
Jangan letak merata tempat.

505
00:31:02,527 --> 00:31:03,737
Terima kasih.

506
00:31:07,532 --> 00:31:09,326
Dia sudah baikinya.

507
00:31:14,373 --> 00:31:17,834
Ayah semakin beremosi.

508
00:31:23,507 --> 00:31:25,675
Ini baru permulaan.

509
00:31:37,646 --> 00:31:41,650
LAPAN MINGGU SEBELUM MUSIM BERMULA

510
00:31:41,733 --> 00:31:43,902
Semua ini rasa macam
permulaan satu perjalanan.

511
00:31:43,985 --> 00:31:45,195
Banyak untuk dipelajari.

512
00:31:45,278 --> 00:31:49,199
Kita tak tahu apa yang dia tak tahu.

513
00:31:49,282 --> 00:31:51,201
Kami perlu ajar dia banyak benda.

514
00:31:51,284 --> 00:31:52,619
Okey, mari memandu lagi.

515
00:31:52,702 --> 00:31:54,996
Memandu lagi? Awak memandu, saya…

516
00:31:56,123 --> 00:31:56,998
Ya.

517
00:31:59,251 --> 00:32:00,836
- Boleh tukar.
- Tak boleh.

518
00:32:00,919 --> 00:32:02,921
- Saya juga.
- Tidak.

519
00:32:03,839 --> 00:32:04,756
Saya memandu.

520
00:32:04,840 --> 00:32:05,715
Ya.

521
00:32:06,508 --> 00:32:07,384
Awak ajar saya.

522
00:32:07,467 --> 00:32:09,177
Saya buat selebihnya.

523
00:32:09,261 --> 00:32:12,597
Mercedes ada sejarah masyhur
dalam Formula 1.

524
00:32:12,681 --> 00:32:14,182
Mereka ada rekod hebat…

525
00:32:14,266 --> 00:32:15,142
KETUA PENGULAS F1

526
00:32:15,225 --> 00:32:16,977
…menang lapan
Kejuaraan Pembuat berturut-turut.

527
00:32:17,310 --> 00:32:18,728
<i>Bayangkan anda Bono.</i>

528
00:32:18,812 --> 00:32:21,857
<i>Bekerja dengan Michael Schumacher</i>
<i>dan Lewis Hamilton,</i>

529
00:32:21,940 --> 00:32:26,570
<i>menurut statistik, dua orang</i>
<i>pemandu terhebat dalam sejarah sukan.</i>

530
00:32:26,695 --> 00:32:30,157
<i>Sekarang anda perlu mengajar remaja</i>
<i>yang tak pernah bertanding dalam F1.</i>

531
00:32:30,282 --> 00:32:32,617
Bahagian paling besar
dalam mempersiapkan pemandu

532
00:32:33,118 --> 00:32:36,329
adalah buat mereka selesa
untuk rasa tak selesa.

533
00:32:37,622 --> 00:32:40,250
Sudah tentu, dia bercakap dengan ramai

534
00:32:40,333 --> 00:32:43,420
jurutera yang sangat berbakat,
tapi kami juga cuba

535
00:32:43,503 --> 00:32:46,631
untuk beri sebanyak mana maklumat
kepada dia secepat mungkin.

536
00:32:46,756 --> 00:32:48,216
Masa pusingan lapan kali

537
00:32:48,300 --> 00:32:49,759
bermula di hentian pit.

538
00:32:50,051 --> 00:32:51,136
<i>Kokpit?</i>

539
00:32:51,219 --> 00:32:52,471
Sedia jika awak sedia.

540
00:32:52,554 --> 00:32:54,139
<i>Kami sedia di bonet kereta.</i>

541
00:32:56,266 --> 00:32:58,727
<i>Boleh saya hidupkan sendiri enjin</i>
<i>atau awak buat?</i>

542
00:32:58,810 --> 00:33:00,103
<i>Kami buatkan untuk awak.</i>

543
00:33:00,187 --> 00:33:01,229
<i>Kimi, ingat satu benda.</i>

544
00:33:01,313 --> 00:33:05,400
<i>Bagi kereta ini,</i>
<i>butang bakar berwarna oren</i>

545
00:33:05,484 --> 00:33:08,487
<i>dan berada di bahagian kiri stereng,</i>
<i>berlabel TR.</i>

546
00:33:08,570 --> 00:33:09,988
Okey. Maaf, Marcel.

547
00:33:10,071 --> 00:33:11,281
{\an8}JURUTERA OPERASI SISI TREK

548
00:33:11,364 --> 00:33:13,325
{\an8}Kami nak dia belajar daripada pengalaman.

549
00:33:16,036 --> 00:33:19,623
Keluar dari garaj, caster kereta lambat
dua saat dibandingkan dengan tayar.

550
00:33:24,169 --> 00:33:27,464
<i>Ini pusingan luar musim</i>
<i>yang menjadi penentu buat Kimi Antonelli.</i>

551
00:33:28,340 --> 00:33:29,883
<i>Dia perlu bersedia</i>

552
00:33:29,966 --> 00:33:31,968
<i>untuk segalanya seperti dijadualkan.</i>

553
00:33:32,052 --> 00:33:34,763
<i>Litar jalan,</i>
<i>ujian memandu pada kadar maksimum,</i>

554
00:33:35,347 --> 00:33:38,683
<i>perubahan zon waktu</i>
<i>dari Mac hingga Disember.</i>

555
00:33:41,019 --> 00:33:43,772
<i>Tubuh badannya perlu sihat</i>
<i>agar dia tak penat,</i>

556
00:33:43,855 --> 00:33:46,107
<i>sebab jika kepenatan</i>
<i>di hujung perlumbaan,</i>

557
00:33:46,191 --> 00:33:47,400
<i>dia akan buat silap.</i>

558
00:33:49,528 --> 00:33:51,238
Usaha maksimum, ya?

559
00:33:51,321 --> 00:33:53,573
Mula daripada otot punggung
hingga ke otot teras.

560
00:33:54,282 --> 00:33:56,868
Jangan tinggi sangat. Jangan. Sini.

561
00:33:56,952 --> 00:33:58,203
Kita nak cepat, betul?

562
00:33:59,704 --> 00:34:01,164
Ayuh. Lompat.

563
00:34:03,458 --> 00:34:04,334
Postur lebih baik.

564
00:34:05,418 --> 00:34:09,464
Tiga, dua, satu.

565
00:34:15,887 --> 00:34:16,930
Ayuh. Tolak.

566
00:34:17,055 --> 00:34:18,014
Lagi.

567
00:34:18,098 --> 00:34:19,307
Jadi lebih agresif.

568
00:34:19,891 --> 00:34:21,560
<i>Silap, T6 tersangkut.</i>

569
00:34:21,768 --> 00:34:23,603
Ada tujuh per sepuluh saat di sini.

570
00:34:24,104 --> 00:34:25,188
Itu dia. Lebih lama.

571
00:34:25,313 --> 00:34:26,481
<i>Terlebih belok di T1.</i>

572
00:34:26,606 --> 00:34:28,024
Keseimbangan bertambah baik.

573
00:34:28,108 --> 00:34:29,609
Maksimum. Ayuh.

574
00:34:29,776 --> 00:34:31,236
Ayuh.

575
00:34:31,319 --> 00:34:32,237
Ayuh.

576
00:34:32,612 --> 00:34:35,073
T4. T2. Periksa semula T5.

577
00:34:35,156 --> 00:34:36,408
Naik. Cepat dan tekan lagi.

578
00:34:36,491 --> 00:34:38,868
Cepat. Tolak.

579
00:34:46,960 --> 00:34:50,130
Hanya saya yang bersuara

580
00:34:50,213 --> 00:34:52,465
dan berkata,
"Bagi setahun lagi untuk berkembang."

581
00:34:52,549 --> 00:34:59,180
Namun, ramai meluahkan,
"Tak, dia berharga dan istimewa."

582
00:34:59,306 --> 00:35:01,349
Awak capai sasaran,
proaktif dengan alatan.

583
00:35:01,433 --> 00:35:03,727
Sudah sembilan bulan awak pandu kereta F1?

584
00:35:03,810 --> 00:35:05,645
- Ya.
- Awak tunjukkan banyak kemajuan.

585
00:35:13,570 --> 00:35:14,863
Perlahan-lahan.

586
00:35:20,377 --> 00:35:21,252
SESI TERBAIK

587
00:35:29,502 --> 00:35:30,754
AYUH, KIMI. AYUH!

588
00:35:41,931 --> 00:35:43,808
Kami sangat yakin dengan awak.

589
00:35:45,477 --> 00:35:49,564
Kami bangga ada bersama awak

590
00:35:49,648 --> 00:35:53,068
sejak daripada
perlumbaan kecil hingga ke Formula 1.

591
00:35:54,819 --> 00:35:56,279
Akan ada banyak tekanan.

592
00:35:56,363 --> 00:35:58,365
Awak tahu, bukan saja awak,
tapi pasukan juga

593
00:35:58,448 --> 00:36:00,408
akan sangat tertekan
sebab orang akan kata,

594
00:36:00,492 --> 00:36:02,243
"Awak ambil risiko besar."

595
00:36:04,120 --> 00:36:07,248
{\an8}Perjalanan hingga sekarang
adalah perjalanan yang sukar

596
00:36:07,749 --> 00:36:09,709
{\an8}tapi sekarang mula perjalanan baharu.

597
00:36:09,793 --> 00:36:11,586
{\an8}Jauh lebih sukar.

598
00:36:11,670 --> 00:36:14,506
{\an8}Awak berlumba
dengan 19 pemandu terbaik dunia,

599
00:36:14,589 --> 00:36:16,299
{\an8}tapi kita akan buat bersama-sama.

600
00:36:22,305 --> 00:36:23,973
Tutup mata dengan saya, boleh?

601
00:36:24,724 --> 00:36:25,600
Ini dia.

602
00:36:25,684 --> 00:36:28,061
Hari pertama musim F1.

603
00:36:28,144 --> 00:36:29,521
Awak ke tempat duduk.

604
00:36:30,105 --> 00:36:31,022
Apa perasaan awak?

605
00:36:41,741 --> 00:36:45,203
Saya dapat bayangkan
diri saya berjalan masuk ke garaj.

606
00:36:57,424 --> 00:37:01,594
<i>Itu pun dia, pemandu terbaru</i>
<i>pasukan Mercedes,</i>

607
00:37:02,178 --> 00:37:04,681
<i>Kimi Antonelli.</i>

608
00:37:05,974 --> 00:37:10,145
Melihat bintang besar Mercedes
pada dinding garaj…

609
00:37:21,239 --> 00:37:25,618
Saya dapat bayangkan pada sesi pertama,
berjalan ke arah kereta,

610
00:37:26,286 --> 00:37:28,288
melihat semua mekanik di sekeliling.

611
00:37:28,413 --> 00:37:31,791
<i>Sudah lama Itali menunggu</i>
<i>seorang pemandu F1,</i>

612
00:37:31,875 --> 00:37:34,836
<i>dan sekarang penantian berakhir.</i>

613
00:37:38,006 --> 00:37:40,884
Tepuk ria dengan Bono,
masuk ke dalam kereta itu…

614
00:38:04,449 --> 00:38:08,328
…kemudian sedar,
semuanya jelas, semuanya nyata.

615
00:38:09,621 --> 00:38:14,167
Saya akan berlumba perlumbaan pertama
hujung minggu itu sebagai pemandu F1.

616
00:38:17,962 --> 00:38:21,549
<i>Formula 1 pada tahun 2025 bermula.</i>

617
00:38:21,633 --> 00:38:26,137
<i>Musim baharu akan berlangsung</i>
<i>dan kita berlumba ke selekoh nombor satu.</i>

618
00:38:31,059 --> 00:38:33,478
<i>Bagaimana dengan masa pusingan</i>
<i>Kimi Antonelli?</i>

619
00:38:33,561 --> 00:38:35,772
<i>Dia memberi tekanan kepada Albon.</i>

620
00:38:36,481 --> 00:38:39,943
<i>Dari tempat ke-16 ke tempat keempat,</i>
<i>kemunculan yang hebat!</i>

621
00:38:40,276 --> 00:38:41,194
<i>Bagus, Kimi.</i>

622
00:38:41,820 --> 00:38:43,571
<i>Pemanduan yang hebat.</i>

623
00:38:43,655 --> 00:38:44,572
Aduhai.

624
00:38:46,074 --> 00:38:47,575
Wah, perlumbaan hebat!

625
00:38:47,659 --> 00:38:49,202
<i>Syabas, kawan.</i>

626
00:38:49,335 --> 00:38:53,437
KIMI MENDUDUKI TEMPAT KEEMPAT
DALAM PERLUMBAAN PERTAMA MUSIM 2025

627
00:38:54,123 --> 00:38:58,258
DIA PEMANDU TERMUDA DALAM SEJARAH F1
MENDAPAT MATA PADA KEMUNCULAN PERTAMA

628
00:38:58,711 --> 00:39:02,632
KANDUNGAN INI DIJAYAKAN OLEH WHATSAPP

629
00:40:00,014 --> 00:40:02,014
{\an8}Terjemahan sari kata
oleh Nur Tasnim Baharudin



