1
00:00:02,000 --> 00:00:07,000
Downloaded from
YTS.MX

2
00:00:08,000 --> 00:00:13,000
Official YIFY movies site:
YTS.MX

3
00:01:42,250 --> 00:01:44,375
Ini dia!

4
00:01:44,458 --> 00:01:48,166
Ini dia!

5
00:01:48,250 --> 00:01:55,250
Dengarkan…

6
00:02:03,250 --> 00:02:05,000
{\an8}7.49 PAGI - 30ºC

7
00:02:05,083 --> 00:02:06,500
{\an8}Aku dah lambat!

8
00:02:15,875 --> 00:02:17,250
- Sayang?
- Apa?

9
00:02:17,333 --> 00:02:19,541
Awak lupa bayar bil gas lagi?

10
00:02:19,625 --> 00:02:24,875
Oh, Tuhan. Saya lupa.
Saya akan bayar atas talian hari ini.

11
00:02:24,958 --> 00:02:29,666
Atas talian? Internet dah kena potong.
Saya dah suruh awak telefon.

12
00:02:29,750 --> 00:02:33,583
Pergilah, sayang.
Awak balik petang nanti, semuanya okey.

13
00:02:51,333 --> 00:02:52,750
Baru balik?

14
00:02:52,833 --> 00:02:53,750
Terima kasih.

15
00:03:00,041 --> 00:03:02,208
Aduh! Apa jadahnya ini?

16
00:03:02,291 --> 00:03:03,666
Selamat pagi, Bia.

17
00:03:04,166 --> 00:03:05,541
Selamat pagi, Laura.

18
00:03:05,625 --> 00:03:07,791
Laura, saya ada benda nak cakap.

19
00:03:07,875 --> 00:03:10,708
Saya tak boleh tidur sebab bising sangat.

20
00:03:10,791 --> 00:03:12,416
Kasihannya,

21
00:03:12,500 --> 00:03:17,000
tapi biar saya jelaskan definisi
"tak boleh tidur" yang sebenar, Bia.

22
00:03:17,083 --> 00:03:20,041
Rafaelinha menyusu badan
sampai umur dua tahun.

23
00:03:20,125 --> 00:03:23,458
Dia sangat kuat menyusu.
Sampai berdarah puting saya.

24
00:03:23,541 --> 00:03:26,666
Awak pernah rasa puting merekah?
Bernanah? Tak, bukan?

25
00:03:26,750 --> 00:03:31,583
Selepas Rafaelinha cerai susu,
Bernardo lahir dan susah tidur malam.

26
00:03:31,666 --> 00:03:33,208
Sebab apa? Entahlah.

27
00:03:33,291 --> 00:03:36,250
Dia akan kejut saya 200 kali setiap malam.

28
00:03:36,333 --> 00:03:39,166
Saya tak boleh tidur
selama enam tahun, Bia.

29
00:03:39,250 --> 00:03:41,791
Itulah definisi "tak boleh tidur" sebenar.

30
00:03:41,875 --> 00:03:42,791
Kasihannya.

31
00:03:42,875 --> 00:03:44,250
Tak apa, saya okey.

32
00:03:44,333 --> 00:03:49,041
Lagipun, saya baru tahu
wujudnya hak penjagaan bersama.

33
00:03:49,125 --> 00:03:51,166
Saya dapat cuti separuh minggu.

34
00:03:51,250 --> 00:03:54,791
Okey, Laura,
tapi saya tak dapat cuti separuh minggu,

35
00:03:54,875 --> 00:03:56,625
jadi boleh diam sikit?

36
00:03:56,708 --> 00:03:58,500
Jangan risau, okey?

37
00:03:58,583 --> 00:04:02,291
Saya nak ambil anak-anak saya
dan mereka akan bermalam di sini,

38
00:04:02,791 --> 00:04:05,166
jadi parti seterusnya adalah pada…

39
00:04:05,250 --> 00:04:06,500
Lusa.

40
00:04:06,583 --> 00:04:07,583
Pandai pun!

41
00:04:38,333 --> 00:04:39,541
Boleh saya lalu?

42
00:04:48,708 --> 00:04:50,625
Lima minit lagi saya sampai!

43
00:04:51,125 --> 00:04:54,833
<i>Awak lambat. Saya sibuk hari ini, Bia.</i>

44
00:04:54,916 --> 00:04:56,583
Saya tahu. Saya dah dekat.

45
00:04:57,083 --> 00:04:58,708
45 MINIT

46
00:04:59,291 --> 00:05:02,916
Empat puluh lima?

47
00:05:05,875 --> 00:05:07,041
Kereta siapa ini?

48
00:05:07,125 --> 00:05:07,958
PETAK KHAS

49
00:05:23,125 --> 00:05:24,916
Saya nak awak tempah kurier…

50
00:05:25,000 --> 00:05:26,708
Lima minit konon!

51
00:05:26,791 --> 00:05:28,708
- Saya…
- Kita bergambar di sana.

52
00:05:28,791 --> 00:05:31,041
- Selamat pagi.
- Berlatarbelakangkan…

53
00:05:31,125 --> 00:05:33,000
Berhenti. Ha, sini!

54
00:05:33,083 --> 00:05:34,708
- Maaf.
- Berdiri di sini.

55
00:05:34,791 --> 00:05:35,833
Maaf.

56
00:05:35,916 --> 00:05:39,416
Pedro Paulo?
Ada orang letak kereta di petak saya…

57
00:05:41,333 --> 00:05:45,500
Bia, orang gagal saja yang tersangkut
dalam kesesakan jalan raya.

58
00:05:46,250 --> 00:05:48,333
- Awak tahu siapa cakap?
- Tak.

59
00:05:48,416 --> 00:05:49,416
Saya.

60
00:05:51,166 --> 00:05:52,625
Kita bergambar di sini.

61
00:05:52,708 --> 00:05:56,375
Pedro Paulo, awak dengar?
Ada orang letak kereta di petak saya.

62
00:05:56,458 --> 00:05:58,791
Okey, jom cakap pasal itu. Duduk.

63
00:05:58,875 --> 00:06:00,250
Siapa yang usik ini?

64
00:06:04,000 --> 00:06:07,291
Bia, apa definisi <i>Mina+ </i>bagi awak?

65
00:06:07,875 --> 00:06:09,666
Laman web untuk wanita.

66
00:06:09,750 --> 00:06:12,666
- Bukan.
- Majalah digital untuk wanita?

67
00:06:12,750 --> 00:06:14,291
Semua orang tahu itu, Bia.

68
00:06:14,375 --> 00:06:16,083
Biar saya tanya sekali lagi.

69
00:06:16,166 --> 00:06:19,166
Awak tahu zaman dah berubah, bukan?

70
00:06:19,250 --> 00:06:21,583
Awak rasa kita ikut peredaran zaman?

71
00:06:21,666 --> 00:06:24,208
Mestilah, Pepê. Kita ikut peredaran zaman.

72
00:06:24,291 --> 00:06:27,458
Kandungan kita
lebih versatil dan menyeluruh.

73
00:06:27,541 --> 00:06:31,583
Tiada lagi artikel macam,
"Cara Goda Lelaki dalam Lima Hari".

74
00:06:31,666 --> 00:06:33,500
Biar saya terus terang saja.

75
00:06:33,583 --> 00:06:36,708
Bila kali terakhir
awak buat Reel atau video TikTok?

76
00:06:37,333 --> 00:06:39,583
Bukan di akaun <i>Mina+, </i>tapi akaun awak.

77
00:06:42,375 --> 00:06:44,875
Awak tak aktif pun di media sosial, Bia!

78
00:06:45,708 --> 00:06:48,875
Zaman sekarang,
orang yang kongsi kehidupan mereka

79
00:06:48,958 --> 00:06:51,958
di media sosial saja
yang kerja dalam media digital.

80
00:06:52,041 --> 00:06:57,125
Contohnya, pembaca <i>Mina+ </i>tahu
berapa kali awak berasmara dalam seminggu?

81
00:06:58,416 --> 00:07:00,708
- Sama ada awak klimaks?
- Oh, Tuhan…

82
00:07:00,791 --> 00:07:03,000
Mereka tak tahu dan tak boleh tahu!

83
00:07:03,083 --> 00:07:04,291
Nanti.

84
00:07:05,541 --> 00:07:08,250
Maafkan saya, Pedro Paulo.

85
00:07:08,750 --> 00:07:12,708
Kerja saya mencipta kandungan,
bukan jadi kandungan.

86
00:07:12,791 --> 00:07:15,708
- Hidup saya bukan kandungan.
- Tengoklah itu.

87
00:07:15,791 --> 00:07:18,375
Dengar itu? "Hidup saya bukan kandungan."

88
00:07:18,875 --> 00:07:21,041
Awak tiada keyakinan diri, Bia!

89
00:07:21,125 --> 00:07:24,291
Maaf, tapi saya tak faham maksud awak.

90
00:07:24,375 --> 00:07:25,458
Nanti awak faham.

91
00:07:25,541 --> 00:07:27,916
- Kenal Paloma Diniz?
- Penulis blog itu?

92
00:07:28,000 --> 00:07:30,791
Maksud awak,
pempengaruh nombor satu Brazil?

93
00:07:30,875 --> 00:07:31,708
Kenal.

94
00:07:31,791 --> 00:07:35,375
Saya boleh tulis pasal dia,
tapi bukan cerita muka depan.

95
00:07:35,458 --> 00:07:37,250
Baguslah. Itu dia.

96
00:07:37,333 --> 00:07:40,500
Dia tengah tunjuk pejabat kita
kepada pengikut dia.

97
00:07:40,583 --> 00:07:42,208
Bagus untuk majalah kita.

98
00:07:42,291 --> 00:07:43,583
Apa dia cakap?

99
00:07:43,666 --> 00:07:45,125
Itu saja, semua!

100
00:07:45,208 --> 00:07:50,875
Itulah berita tergemparnya.
Saya CEO Kandungan baharu di <i>Mina+.</i>

101
00:07:50,958 --> 00:07:52,500
Tengoklah pasukan saya!

102
00:07:52,583 --> 00:07:55,791
Kenalkan, ini Bia. Dia kerja untuk saya.

103
00:07:55,875 --> 00:07:59,041
Sekarang, jom tengok
pantri kami yang hebat.

104
00:07:59,541 --> 00:08:01,750
- Dia hebat, bukan?
- Nanti dulu.

105
00:08:01,833 --> 00:08:02,958
- Pepê?
- Ya.

106
00:08:03,041 --> 00:08:04,125
Awak pecat saya?

107
00:08:04,208 --> 00:08:05,916
Tak, saya tak pecat awak.

108
00:08:06,000 --> 00:08:11,250
Awak pun tahu majalah kita perlukan awak
dan dia untuk kekal relevan.

109
00:08:11,333 --> 00:08:14,666
Saya tak pecat awak,
tapi Paloma akan jadi penyelia awak.

110
00:08:15,833 --> 00:08:17,791
Penyelia? Apa maksud awak?

111
00:08:17,875 --> 00:08:21,458
Pedro Paulo, awak cakap
jawatan saya yang paling tinggi.

112
00:08:21,541 --> 00:08:24,916
Paloma ada 50 juta pengikut.
Awak ada berapa?

113
00:08:25,000 --> 00:08:27,208
Saya ada 100. Eh, bukan. 96.

114
00:08:27,291 --> 00:08:29,958
Hilang empat selepas awak tag saya.

115
00:08:30,041 --> 00:08:32,458
- Yakah?
- Maaf, saya buat video tadi.

116
00:08:33,500 --> 00:08:35,291
Bia, gembira jumpa awak.

117
00:08:35,958 --> 00:08:37,458
Saya Paloma.

118
00:08:38,000 --> 00:08:40,333
Saya minat awak sejak kecil.

119
00:08:40,833 --> 00:08:42,583
Saya suka semua artikel awak.

120
00:08:43,166 --> 00:08:44,916
Oh, Tuhan. Terharunya saya.

121
00:08:47,166 --> 00:08:50,708
Okey! Jom kita raikannya!

122
00:08:51,333 --> 00:08:54,333
Paloma, boleh ajak semua orang bergambar?

123
00:08:54,416 --> 00:08:56,541
- Okey!
- Kongsi di Instagram awak.

124
00:08:56,625 --> 00:08:59,000
- Tiada masalah!
- Mesti tular, bukan?

125
00:08:59,083 --> 00:09:01,291
Bia, boleh panggil orang lain sekali?

126
00:09:01,375 --> 00:09:04,750
Staf kewangan
dan akak penyambut tetamu yang gemuk itu.

127
00:09:04,833 --> 00:09:08,166
Semua orang kena ada.
Takut ada yang tak puas hati nanti.

128
00:09:08,250 --> 00:09:09,500
Okey? Terima kasih.

129
00:09:12,583 --> 00:09:13,625
Oh, ayah.

130
00:09:14,541 --> 00:09:16,208
Syukurlah ayah dah mati.

131
00:09:26,333 --> 00:09:27,708
Tok, tok!

132
00:09:31,833 --> 00:09:35,916
Jangan marah saya, okey?
Saya pun baru tahu pasal itu.

133
00:09:37,166 --> 00:09:38,833
Apa? Seriuslah?

134
00:09:38,916 --> 00:09:43,500
Macam mana kita nak lebih progresif,
moden dan menyeluruh

135
00:09:43,583 --> 00:09:47,333
kalau Pedro Paulo asyik upah
perempuan yang entah apa-apa?

136
00:09:47,416 --> 00:09:50,625
Tolonglah, Gabriel!
Dia buat video tutorial mekap.

137
00:09:51,958 --> 00:09:55,583
Saya lebih suka perempuan
yang tak pakai mekap.

138
00:09:55,666 --> 00:09:57,583
Cantik semula jadi macam awak.

139
00:09:57,666 --> 00:10:03,583
Dia cakap saya tak boleh naik pangkat
sebab jawatan saya paling tinggi.

140
00:10:04,166 --> 00:10:07,541
Relakslah,
Pepê perlukan rakan kongsi pelabur.

141
00:10:07,625 --> 00:10:11,583
Zaman ini, gaji pegawai bank pun
tak sebanyak usahawan Internet.

142
00:10:11,666 --> 00:10:14,541
Usahawan Internet? Seriuslah, Gabriel?

143
00:10:14,625 --> 00:10:16,958
Dia cuma penulis blog solekan, okey?

144
00:10:17,833 --> 00:10:19,750
Oh, ya! Satu lagi.

145
00:10:21,000 --> 00:10:24,250
Saya tak tahu nak hadiahkan apa
untuk perkahwinan awak.

146
00:10:24,333 --> 00:10:28,375
Saya dah tengok senarai hajat
tunang awak, Valentina,

147
00:10:28,458 --> 00:10:31,375
dan dia nak tong sampah
yang berharga R$1,000.

148
00:10:33,208 --> 00:10:37,166
Valentina memang pelik sikit,
tapi baik orangnya.

149
00:10:37,250 --> 00:10:38,958
- Yakah?
- Hei!

150
00:10:39,041 --> 00:10:42,166
Satu lagi! Paloma curi petak saya.

151
00:10:42,250 --> 00:10:44,458
Dengar sini, Bia. Saya rasa…

152
00:10:44,541 --> 00:10:46,125
Tak apalah, lupakan saja.

153
00:10:46,833 --> 00:10:48,541
- Apa dia? Cakaplah.
- Okey.

154
00:10:48,625 --> 00:10:52,250
Saya tak suka tengok awak marah
sebab semua kualiti awak

155
00:10:52,333 --> 00:10:57,166
yang tenang, matang
dan bertimbang rasa akan hilang.

156
00:10:57,250 --> 00:10:58,541
Ha!

157
00:10:58,625 --> 00:11:00,750
- Itu pun awak.
- Panjang umur!

158
00:11:04,041 --> 00:11:06,875
- Hai, Bia. Apa khabar?
- Sihat, Valentina. Awak?

159
00:11:06,958 --> 00:11:08,791
- Cantik baju.
- Terima kasih.

160
00:11:09,375 --> 00:11:13,541
Saya suka pejabat awak.
Cantik dan sangat luas, bukan?

161
00:11:14,041 --> 00:11:16,041
- Ya.
- Jom, sayang?

162
00:11:16,125 --> 00:11:19,708
Sayang, sebelum saya lupa.
Awak pakai seluar dalam, bukan?

163
00:11:20,416 --> 00:11:21,958
- Maaf.
- Valentina.

164
00:11:22,500 --> 00:11:25,708
Kami nak ke butik.
Dia pilih gaun paling mahal.

165
00:11:25,791 --> 00:11:27,125
Mengalahkan perempuan.

166
00:11:28,083 --> 00:11:29,416
Mana lagi teruk?

167
00:11:29,500 --> 00:11:33,083
Tak pakai seluar dalam
atau pakai <i>boxer </i>macam suami saya.

168
00:11:33,166 --> 00:11:35,291
Apa salahnya? Saya suka pakai <i>boxer.</i>

169
00:11:35,375 --> 00:11:37,083
Ha, ketawalah!

170
00:11:37,166 --> 00:11:41,833
Kalau perempuan boleh ketawakan lelaki,
dunia ini akan lebih tenang, okey?

171
00:11:41,916 --> 00:11:43,500
Sikit-sikit saja, bukan?

172
00:11:43,583 --> 00:11:47,500
Gabriel selalu merungut
kalau perempuan ketawa kuat sangat.

173
00:11:47,583 --> 00:11:48,416
- Yakah?
- Ya.

174
00:11:48,500 --> 00:11:50,708
Sejujurnya, ia menjengkelkan.

175
00:11:50,791 --> 00:11:51,791
Jom?

176
00:11:51,875 --> 00:11:52,708
Jom.

177
00:11:52,791 --> 00:11:54,375
Pergi dulu. Dah lambat.

178
00:11:54,458 --> 00:11:55,291
Jumpa nanti.

179
00:11:55,375 --> 00:11:58,000
- Hei!
- Okey, saya akan fikirkannya.

180
00:11:58,666 --> 00:11:59,500
Janji.

181
00:12:06,000 --> 00:12:07,875
SAMAN
MAJLIS PERBANDARAN

182
00:12:23,666 --> 00:12:26,833
<i>Helo! Nama saya Edna Souza.</i>
<i>Boleh saya bantu?</i>

183
00:12:26,916 --> 00:12:28,625
Selamat tengah hari, Edna.

184
00:12:28,708 --> 00:12:34,250
Saya ada minta juruteknik datang,
tapi tiada sesiapa datang.

185
00:12:34,333 --> 00:12:37,166
Boleh awak periksa apa masalahnya?

186
00:12:40,708 --> 00:12:41,708
Edna?

187
00:12:42,833 --> 00:12:43,833
<i>Helo!</i>

188
00:12:43,916 --> 00:12:46,416
<i>Syarikat telekomunikasi</i>
<i>nombor satu Brazil.</i>

189
00:12:46,500 --> 00:12:49,916
<i>Terima kasih kerana hubungi kami.</i>
<i>Sila masukkan ID anda.</i>

190
00:12:52,583 --> 00:12:56,375
Tiga, empat. Bagus.

191
00:12:57,833 --> 00:13:00,125
<i>Pedro Paulo cakap dia bos.</i>

192
00:13:00,208 --> 00:13:04,750
Saya dah pegang jawatan yang sama
dengan gaji yang sama selama 10 tahun.

193
00:13:04,833 --> 00:13:06,916
Sekarang, dia upah perempuan itu.

194
00:13:07,541 --> 00:13:10,208
Roberta? Awak dengar apa saya cakap?

195
00:13:11,583 --> 00:13:15,041
Maaf, saya tengah serabut.

196
00:13:15,666 --> 00:13:19,708
Tiago main aplikasi cari jodoh.
Awak tahu apa maksudnya?

197
00:13:19,791 --> 00:13:21,708
Dia ada telefon? Dia bujang?

198
00:13:21,791 --> 00:13:25,875
Saya pun guna aplikasi yang sama,
tapi kami tak dipadankan.

199
00:13:25,958 --> 00:13:29,625
Maksudnya, kami tak serasi
dan tiada harapan untuk bersama.

200
00:13:29,708 --> 00:13:31,791
Awak main aplikasi cari jodoh?

201
00:13:31,875 --> 00:13:33,500
Dengar mesej suara ini.

202
00:13:33,583 --> 00:13:35,458
<i>Roberta, kita dah putus.</i>

203
00:13:35,541 --> 00:13:36,375
Dengar?

204
00:13:36,458 --> 00:13:40,041
<i>Berhenti telefon nenek saya.</i>
<i>Dah enam bulan. Tolonglah.</i>

205
00:13:40,125 --> 00:13:42,833
Kurang ajar! Nenek dia kawan baik saya.

206
00:13:42,916 --> 00:13:44,041
Semua lelaki sama.

207
00:13:44,125 --> 00:13:47,583
Sejak bila nenek dia
jadi kawan baik awak, Roberta?

208
00:13:47,666 --> 00:13:50,125
Kami borak setiap hari, kongsi resipi…

209
00:13:50,208 --> 00:13:52,791
Roberta, boleh tak dengar cerita saya?

210
00:13:52,875 --> 00:13:53,708
Saya tak…

211
00:13:53,791 --> 00:13:55,791
- Oh, Tuhan!
- Apa halnya?

212
00:13:55,875 --> 00:13:59,000
- Gelinya! Jangan tengok!
- Kenapa? Oh, Tuhan!

213
00:13:59,083 --> 00:14:01,750
- Jijik!
- Buka cepat! Saya nak tengok.

214
00:14:01,833 --> 00:14:03,083
- Hantaran?
- Geli.

215
00:14:03,166 --> 00:14:04,416
- Kenapa?
- Tunggu.

216
00:14:04,500 --> 00:14:07,625
Dia dah cakap yang dia tak sengaja, bukan?

217
00:14:07,708 --> 00:14:11,291
Entahlah, sayang.
Awak pun tahu anak awak suka usik saya.

218
00:14:11,375 --> 00:14:16,000
Kalau ya pun tak sengaja,
dia hantar gambar buntut dia, tahu?

219
00:14:16,083 --> 00:14:17,791
Dia bawah umur. Itu salah.

220
00:14:17,875 --> 00:14:20,333
Budak-budak, Bia. Cubalah faham.

221
00:14:20,416 --> 00:14:23,791
Dia nak hantar kepada awek,
tapi terhantar kepada awak.

222
00:14:23,875 --> 00:14:25,708
Bia, mesyuarat editorial.

223
00:14:26,208 --> 00:14:29,125
Sekarang, awak tiada alasan nak mengelat.

224
00:14:31,916 --> 00:14:35,625
Saya cadangkan tiga topik besar
dan dua topik kecil

225
00:14:35,708 --> 00:14:37,333
untuk keluaran seterusnya.

226
00:14:37,416 --> 00:14:40,500
Kita kupas isu keletihan
dan kesunyian ibu-ibu.

227
00:14:40,583 --> 00:14:43,666
Ada juga ujian serum untuk vibrator…

228
00:14:43,750 --> 00:14:47,541
Saya nak mulakan mesyuarat ini
dengan sebut dua perkara.

229
00:14:47,625 --> 00:14:51,416
Silakan, Paloma. Itu dia.
Awak boleh mulakan mesyuarat ini.

230
00:14:51,500 --> 00:14:53,083
Apa? Mulakan mesyuarat?

231
00:14:53,166 --> 00:14:55,083
- Saya tengah cakap…
- Bia.

232
00:14:55,166 --> 00:14:58,750
Pertama, saya berbesar hati
dapat bekerja dengan awak.

233
00:15:00,250 --> 00:15:05,250
Sejak kecil sampailah remaja,
saya suka beli majalah di kedai-kedai.

234
00:15:05,333 --> 00:15:06,291
Ingat?

235
00:15:06,375 --> 00:15:08,125
Zaman budak-budak dulu.

236
00:15:08,875 --> 00:15:14,500
Siapa penulis artikel
yang hebat-hebat pada masa itu?

237
00:15:15,083 --> 00:15:16,041
Awak, Bia.

238
00:15:16,791 --> 00:15:20,041
Sejujurnya, saya berbesar hati
dapat kerja dengan awak.

239
00:15:20,666 --> 00:15:22,791
Terima kasih banyak, Paloma.

240
00:15:23,708 --> 00:15:26,333
Dengan segala hormatnya,

241
00:15:27,375 --> 00:15:30,000
saya rasa idea awak dah ketinggalan zaman.

242
00:15:31,291 --> 00:15:35,291
Baguslah sebab dunia ini
akan kiamat bila-bila masa saja.

243
00:15:35,375 --> 00:15:39,208
Saya tahu awak pandai melawa,
tapi apa awak tahu pasal majalah?

244
00:15:40,583 --> 00:15:42,041
Awak nak tahu, Bia?

245
00:15:42,125 --> 00:15:47,541
Edaran cetakan majalah menurun 57%
sepanjang lima tahun lepas

246
00:15:47,625 --> 00:15:51,500
dan kamu fikir kamu genius
sebab keluarkan majalah digital,

247
00:15:51,583 --> 00:15:58,583
tapi hakikatnya sejak tahun 2021,
langganan menurun sehingga 26% setahun.

248
00:15:58,666 --> 00:15:59,541
Kenapa?

249
00:15:59,625 --> 00:16:03,208
Tengoklah demografi pelanggan Mina+.

250
00:16:03,291 --> 00:16:07,250
Golongan muda,
pertengahan atasan, 25 tahun ke atas,

251
00:16:07,333 --> 00:16:10,125
berpendidikan tinggi, tapi bukan akademik.

252
00:16:10,208 --> 00:16:15,416
Mereka nak dunia yang lebih baik,
tapi bukan secara berlebihan.

253
00:16:15,500 --> 00:16:18,708
jadi kalau kita nak kupas

254
00:16:18,791 --> 00:16:22,875
pasal beruang kutub menangis di Antartika,

255
00:16:22,958 --> 00:16:26,125
pastikan artikel itu pendek
dan tak membosankan.

256
00:16:26,208 --> 00:16:30,250
Kita mesti pastikan
yang perspektifnya boleh difahami.

257
00:16:30,333 --> 00:16:31,791
Video pendek yang padat.

258
00:16:31,875 --> 00:16:37,458
Selepas itu,
selitkan horoskop paling seksual

259
00:16:37,541 --> 00:16:40,416
untuk redakan kebimbangan mereka.

260
00:16:41,125 --> 00:16:42,041
Seterusnya.

261
00:16:42,125 --> 00:16:46,041
Cadangan saya sangat efektif,
terutamanya di Instagram.

262
00:16:46,125 --> 00:16:47,208
Macam inilah.

263
00:16:47,291 --> 00:16:50,500
Siapa nak temu bual Fê Nobre
pasal hubungan terbuka?

264
00:16:50,583 --> 00:16:52,333
- Saya.
- Minta dia komen.

265
00:16:52,416 --> 00:16:55,833
- Saya?
- Tak payah tulis panjang-panjang.

266
00:16:55,916 --> 00:16:59,666
Tulis sebaris ayat
di atas Reel berdurasi tiga saat.

267
00:16:59,750 --> 00:17:04,166
Fê Nobre cium suami dia,
suami dia toleh dan cium perempuan lain.

268
00:17:04,250 --> 00:17:07,333
Itu saja. Video tiga saat.

269
00:17:07,416 --> 00:17:11,333
Tak payah tulis artikel meleret-leret
sampai lima muka surat.

270
00:17:11,416 --> 00:17:12,625
- Catatlah.
- Betul.

271
00:17:12,708 --> 00:17:13,791
- Itu trend.
- Ya.

272
00:17:13,875 --> 00:17:17,458
"Maklumat hibur." Maklumat dan hiburan.

273
00:17:17,541 --> 00:17:22,083
Kita tetap majalah digital
dengan kandungan sebenar, bukan?

274
00:17:22,166 --> 00:17:24,916
Pembaca kita bijak belaka.

275
00:17:25,000 --> 00:17:26,125
Pembaca apa?

276
00:17:28,208 --> 00:17:31,500
Pedro Paulo cakap
kalau graf terus menurun, bungkuslah.

277
00:17:31,583 --> 00:17:33,500
- Apa maksud awak?
- Bungkus?

278
00:17:33,583 --> 00:17:34,875
Maaf, saya…

279
00:17:34,958 --> 00:17:36,166
- Seriuslah?
- Yakah?

280
00:17:36,250 --> 00:17:37,833
- Ya.
- Tak guna.

281
00:17:37,916 --> 00:17:39,416
Maaf, Bia.

282
00:17:39,500 --> 00:17:42,958
Saya tahu bukan senang
awak nak terima semua ini, tapi…

283
00:17:43,666 --> 00:17:47,500
Niat saya baik, okey?
Saya ada di sini untuk sokong awak.

284
00:17:47,583 --> 00:17:49,541
Ya, Paloma audiens sasaran kita.

285
00:17:49,625 --> 00:17:51,458
Kita patut dengar cakap dia.

286
00:17:51,541 --> 00:17:53,916
Maaf, semua. Saya…

287
00:17:54,875 --> 00:17:58,208
Entahlah, saya tak sedap badan.
Macam nak pitam.

288
00:17:59,583 --> 00:18:02,083
Saya nak keluar. Tekanan darah saya turun.

289
00:18:03,833 --> 00:18:04,666
- Bia!
- Tidak!

290
00:18:04,750 --> 00:18:06,333
- Hei!
- Oh, Tuhan!

291
00:18:06,416 --> 00:18:07,583
Bia, buka mata.

292
00:18:07,666 --> 00:18:09,541
- Bia?
- Bia.

293
00:18:10,041 --> 00:18:11,791
- Hei?
- Takut saya dibuatnya.

294
00:18:11,875 --> 00:18:14,000
Awak okey? Bia?

295
00:18:15,625 --> 00:18:16,500
Tak…

296
00:18:17,416 --> 00:18:19,708
Tak, saya tak okey. Saya nak…

297
00:18:19,791 --> 00:18:20,625
Apa kata…

298
00:18:20,708 --> 00:18:22,416
- Tunggu.
- Pergi ambil angin.

299
00:18:22,500 --> 00:18:24,083
Maaf, semua. Maaf.

300
00:18:24,708 --> 00:18:25,833
Biar saya…

301
00:18:25,916 --> 00:18:26,750
Bia?

302
00:18:26,833 --> 00:18:29,083
- Ambilkan dia air.
- Okey.

303
00:18:29,166 --> 00:18:31,250
- Nanti tolak gaji dia.
- Sekejap.

304
00:18:31,333 --> 00:18:33,625
Biasalah, orang tua.

305
00:18:33,708 --> 00:18:34,916
Dia patut jumpa doktor.

306
00:18:51,416 --> 00:18:53,250
Macam mana? Okey?

307
00:18:53,833 --> 00:18:54,791
Saya tak okey.

308
00:18:56,541 --> 00:19:01,791
Mungkin saya patut jumpa doktor.
Kebelakangan ini, saya tak sedap badan.

309
00:19:01,875 --> 00:19:06,416
Sakit kepala, sakit dada, sesak nafas…

310
00:19:07,041 --> 00:19:08,458
Tiba-tiba nak menangis.

311
00:19:09,291 --> 00:19:13,583
Cinta pertama saya nak kahwin.
Awak rasa sebab itukah?

312
00:19:13,666 --> 00:19:14,916
- Taklah.
- Betulkah?

313
00:19:15,000 --> 00:19:17,166
Awak masih muda.

314
00:19:17,750 --> 00:19:20,458
Saya tak suka awak cakap "cinta pertama".

315
00:19:20,541 --> 00:19:24,208
Saya bukan macam Antônio,
tapi saya ada kelebihan tersendiri.

316
00:19:24,291 --> 00:19:27,666
Saya pula tak pandai bergaya
macam Valentina.

317
00:19:27,750 --> 00:19:29,458
Saya pengsan di pejabat.

318
00:19:30,083 --> 00:19:32,083
Bayangkan kalau kita bersama?

319
00:19:32,166 --> 00:19:33,458
Kalaulah.

320
00:19:33,541 --> 00:19:34,375
Ya…

321
00:19:39,125 --> 00:19:42,583
Dahlah, jom.
Nanti orang ingat kita beromen di tandas.

322
00:19:43,083 --> 00:19:43,916
Jom.

323
00:19:46,333 --> 00:19:47,708
- Lega rasanya.
- Ya.

324
00:19:47,791 --> 00:19:51,041
Maaf, Gabriel.
Saya nak cakap berdua dengan Bia.

325
00:19:51,125 --> 00:19:52,083
Okey.

326
00:19:52,166 --> 00:19:53,500
- Terima kasih.
- Pergi dulu.

327
00:19:57,083 --> 00:20:01,166
Paloma, maafkan saya
sebab keluar macam itu saja.

328
00:20:01,250 --> 00:20:04,583
Saya dah okey sekarang.
Kita boleh sambung mesyuarat.

329
00:20:04,666 --> 00:20:06,833
Saya boleh panggil semua orang…

330
00:20:07,333 --> 00:20:08,958
Maaf, jangan rakam saya.

331
00:20:09,041 --> 00:20:10,083
Taklah.

332
00:20:10,166 --> 00:20:12,791
Tengok telefon awak.
Saya hantar satu lokasi.

333
00:20:13,375 --> 00:20:16,083
Saya tempah slot
untuk awak jumpa Dewi Pussy.

334
00:20:16,166 --> 00:20:17,291
Dewi Pussy?

335
00:20:17,375 --> 00:20:22,041
Saya tahu awak tak suka
pempengaruh solekan macam saya

336
00:20:22,125 --> 00:20:24,958
jadi penyelia dan mengarah-arahkan awak,

337
00:20:25,458 --> 00:20:27,416
tapi saya nak awak pergi, okey?

338
00:20:27,500 --> 00:20:31,375
- Saya tak cakap macam itu.
- Awak ingat saya cuma pandai melawa.

339
00:20:32,125 --> 00:20:35,541
Awak patut tengok video saya dengan bunyi.

340
00:20:35,625 --> 00:20:38,208
Awak akan kenal Gabriel yang sebenar.

341
00:20:39,041 --> 00:20:40,041
Gabriel?

342
00:20:41,625 --> 00:20:43,375
Apa Gabriel buat dekat aku?

343
00:20:44,375 --> 00:20:47,041
<i>Senang saja nak kenal pasti lelaki seksis.</i>

344
00:20:47,125 --> 00:20:48,250
PALOMA
#BROSIALIS

345
00:20:48,333 --> 00:20:50,208
<i>Apa ciri-ciri brosialis?</i>

346
00:20:50,291 --> 00:20:54,416
<i>Macam mana nak kenal pasti</i>
<i>ciri-ciri lelaki toksik</i>

347
00:20:54,500 --> 00:20:57,625
<i>yang kononnya sangat budiman?</i>

348
00:20:57,708 --> 00:21:02,875
<i>Lelaki kiriman Tuhan,</i>
<i>tapi sebenarnya langsung tak berguna.</i>

349
00:21:03,375 --> 00:21:06,208
<i>Dia sokong feminisme</i>
<i>dan tahu semua istilahnya,</i>

350
00:21:06,291 --> 00:21:08,583
<i>tapi sebenarnya sangat seksis.</i>

351
00:21:08,666 --> 00:21:11,416
<i>Dia anggap diri dia mulia</i>
<i>dan suka minta maaf</i>

352
00:21:11,500 --> 00:21:15,416
<i>kepada semua perempuan</i>
<i>bagi pihak dia dan lelaki lain.</i>

353
00:21:16,250 --> 00:21:19,500
<i>Dia suka dengar kita ketawa,</i>
<i>tapi jangan kuat sangat.</i>

354
00:21:19,583 --> 00:21:20,958
<i>Nampak murah katanya.</i>

355
00:21:21,791 --> 00:21:25,791
<i>Dia puji kita cantik dan tanya,</i>
<i>"Perlukah pakai mekap tebal-tebal?"</i>

356
00:21:28,083 --> 00:21:31,625
<i>Selamat hari jadi</i>

357
00:21:31,708 --> 00:21:34,958
<i>Selamat hari jadi</i>

358
00:21:35,041 --> 00:21:38,083
<i>Selamat hari jadi, Tommy</i>

359
00:21:38,166 --> 00:21:41,125
<i>Selamat hari jadi</i>

360
00:21:42,875 --> 00:21:46,166
{\an8}- Hore, Tommy!
- Hore!

361
00:21:46,250 --> 00:21:49,875
{\an8}Okey, jom tiup lilin. Satu, dua, tiga…

362
00:21:50,666 --> 00:21:52,333
{\an8}Tak, sayang. Tiup.

363
00:21:54,208 --> 00:21:57,291
Tiuplah, sayang. Dia tak pandai tiup…

364
00:21:57,375 --> 00:22:00,541
Okey, biar ibu tiupkan. Satu, dua, tiga…

365
00:22:02,083 --> 00:22:05,500
{\an8}Macam itulah! Yei!

366
00:22:17,333 --> 00:22:21,875
Kak, jangan sedih
sebab kakak tiada kucing.

367
00:22:21,958 --> 00:22:24,791
- Sebab itukah kakak monyok saja?
- Taklah.

368
00:22:24,875 --> 00:22:29,291
Kamu lupa kakak ada anak tiri?
Dia punya nakal mengalahkan kucing.

369
00:22:29,916 --> 00:22:32,166
Maaf, tapi boleh kakak balik awal?

370
00:22:32,250 --> 00:22:36,833
Kakak tak cukup tidur semalam
dan macam-macam jadi di pejabat hari ini.

371
00:22:36,916 --> 00:22:38,041
Hari yang panjang?

372
00:22:38,125 --> 00:22:39,750
- Ya.
- Kakak nak cerita?

373
00:22:39,833 --> 00:22:42,500
Kakak tahu saya sentiasa ada untuk kakak.

374
00:22:42,583 --> 00:22:44,250
Kakak tahu, tapi nantilah.

375
00:22:44,333 --> 00:22:46,458
Kakak tak nak rosakkan suasana.

376
00:22:46,541 --> 00:22:52,000
Saya tahu kakak pun
sentiasa ada untuk saya, bukan?

377
00:22:52,083 --> 00:22:56,083
Cantiknya dia, comelnya dia!

378
00:22:57,250 --> 00:22:59,208
Kamu nak apa?

379
00:22:59,291 --> 00:23:01,083
Saya nak minta tolong.

380
00:23:01,166 --> 00:23:02,000
Tak susah pun.

381
00:23:02,083 --> 00:23:04,791
Saya kena berucap di sebuah persidangan.

382
00:23:04,875 --> 00:23:06,291
Dua hari saja.

383
00:23:06,375 --> 00:23:10,250
Saya nak minta kakak tolong jaga Tommy.

384
00:23:11,583 --> 00:23:13,666
- Boleh.
- Terbaik! Terima kasih.

385
00:23:13,750 --> 00:23:15,541
Bila kakak boleh ambil dia?

386
00:23:15,625 --> 00:23:19,083
Tommy tak boleh ke mana-mana.
Dia kena tinggal di sini.

387
00:23:19,166 --> 00:23:20,000
Kenapa?

388
00:23:20,083 --> 00:23:23,500
Sebab dia stres kalau naik kereta.
Kasihan dia.

389
00:23:23,583 --> 00:23:28,708
Susahlah kalau macam itu.
Kakak tak boleh jaga Tommy di sini.

390
00:23:28,791 --> 00:23:29,708
Tak boleh?

391
00:23:30,708 --> 00:23:32,750
Okey, tak apalah. Biar saya…

392
00:23:33,333 --> 00:23:34,833
- Kakak tak boleh…
- Okey.

393
00:23:34,916 --> 00:23:36,375
- Betul ini?
- Ya.

394
00:23:36,458 --> 00:23:38,708
Terima kasih, kakak!

395
00:23:39,208 --> 00:23:40,375
Saya sayang kakak.

396
00:23:40,458 --> 00:23:42,250
Okey, ini ubat-ubat dia.

397
00:23:42,750 --> 00:23:46,083
Tommy mesti makan ubat-ubat ini ikut masa.

398
00:23:46,166 --> 00:23:50,041
Dia ada masalah tiroid,
jadi dia kena makan pil ini.

399
00:23:50,125 --> 00:23:53,333
Saya perasan dia susah nak berak,

400
00:23:53,416 --> 00:23:56,250
jadi kena jolok supositori ini.

401
00:23:56,333 --> 00:23:58,166
Dia perlukan supositori?

402
00:23:58,250 --> 00:24:01,416
Bukan itu saja.
Ada juga minyak pati bunga…

403
00:24:26,541 --> 00:24:28,250
Mereka masih tak jawab?

404
00:24:28,333 --> 00:24:30,166
- Gila betul.
- Itu Puan Bia!

405
00:24:30,250 --> 00:24:32,791
Hai! Awak Puan Bia?

406
00:24:32,875 --> 00:24:36,958
Puan telefon 83 kali dan cakap
tiada sesiapa datang baiki Internet?

407
00:24:37,041 --> 00:24:39,208
- Gembira jumpa puan.
- Akhirnya.

408
00:24:39,291 --> 00:24:42,500
- Dah 10 hari, tahu?
- Saya yang patut cakap macam itu.

409
00:24:43,000 --> 00:24:45,125
Ini kali ketujuh saya datang, bukan?

410
00:24:45,625 --> 00:24:47,708
Suami saya cakap tiada sesiapa datang.

411
00:24:47,791 --> 00:24:50,625
Kami dah telefon,
tapi dia tak pernah jawab.

412
00:24:54,958 --> 00:24:57,083
Kenapa ini? Puan okey?

413
00:24:57,583 --> 00:24:59,583
- Semua okey?
- Ya, saya okey.

414
00:25:00,083 --> 00:25:02,958
Saya tak apa-apa. Ikut saya.

415
00:25:08,541 --> 00:25:09,750
Apa masalahnya?

416
00:25:10,416 --> 00:25:15,250
Suami saya lupa bayar bil,
jadi Internet saya kena potong.

417
00:25:15,333 --> 00:25:18,000
Saya dah bayar, tapi masih tiada Internet.

418
00:25:18,083 --> 00:25:20,291
Maksud saya, jantung puan itu.

419
00:25:20,375 --> 00:25:23,291
Lingkaran gelap di bawah mata.
Puan nampak penat.

420
00:25:23,375 --> 00:25:25,125
Saya boleh nampak urat di leher puan.

421
00:25:25,708 --> 00:25:28,958
Saya bukan nak menyibuk,
tapi saya nak cakap sikit.

422
00:25:29,541 --> 00:25:33,000
Hidup saya mula berubah jadi lebih baik…

423
00:25:33,083 --> 00:25:34,625
Macam mana nak cakap, ya?

424
00:25:35,125 --> 00:25:38,166
Selepas saya jumpa seorang perempuan.

425
00:25:39,875 --> 00:25:43,458
Tak apa, saya okey. Semua okey.
Terima kasih ambil berat.

426
00:25:43,541 --> 00:25:45,416
Puan pernah dengar Dewi Pussy?

427
00:25:46,875 --> 00:25:49,458
Dewi Pussy? Awak pun tahu?

428
00:25:49,541 --> 00:25:51,958
- Dah dua kali saya dengar nama dia.
- Mestilah.

429
00:25:52,041 --> 00:25:53,333
Di saat memerlukan,

430
00:25:53,416 --> 00:25:57,125
Dewi Pussy akan cari jalan
untuk berhubung dengan kita.

431
00:26:00,041 --> 00:26:03,416
Okey, baiklah.
Internet puan dah disambungkan.

432
00:26:03,500 --> 00:26:06,708
Puan boleh periksa dan beritahu saya.

433
00:26:09,833 --> 00:26:10,833
Syukurlah.

434
00:26:11,625 --> 00:26:12,750
Oh, Tuhan.

435
00:26:12,833 --> 00:26:14,333
- Maaf.
- Tak apa.

436
00:26:15,000 --> 00:26:18,208
Dah lama orang tak buatkan
sesuatu untuk saya.

437
00:26:18,291 --> 00:26:20,583
Saya faham, tapi ingat ini puan.

438
00:26:21,166 --> 00:26:25,416
Cubit paha kanan, paha kiri pun terasa.
Itulah perempuan.

439
00:26:25,916 --> 00:26:26,791
Sain di X.

440
00:26:36,958 --> 00:26:37,791
Sayang?

441
00:26:39,583 --> 00:26:40,416
Sayang?

442
00:26:47,375 --> 00:26:48,458
Okey, cakaplah.

443
00:26:51,583 --> 00:26:54,375
Dah tujuh kali juruteknik datang, Antônio.

444
00:26:54,458 --> 00:26:58,000
Awak kena jawab interkom
dan buka pintu kalau orang datang.

445
00:26:58,666 --> 00:27:00,583
- Dah beli barang dapur?
- Belum.

446
00:27:00,666 --> 00:27:03,916
- Saya tak fahamlah.
- Sebab awak bukan artis, Bia.

447
00:27:04,833 --> 00:27:08,250
Ilham tengah datang mencurah-curah.
Jangan kacau saya.

448
00:27:08,333 --> 00:27:11,416
Kalau nak pembantu, upahlah sesiapa.
Saya suami awak.

449
00:27:12,416 --> 00:27:13,375
Tengok ini.

450
00:27:14,416 --> 00:27:16,583
Akhirnya, saya dapat ilham. Tengok.

451
00:27:19,875 --> 00:27:22,666
Macam-macam yang berlaku
di pejabat hari ini.

452
00:27:22,750 --> 00:27:25,291
Banyak betul masalah.

453
00:27:25,375 --> 00:27:28,166
- Saya pitam semasa mesyuarat.
- Bia, tolonglah.

454
00:27:28,250 --> 00:27:31,875
Saya tengah berkarya.
Kita cakap nanti, okey?

455
00:27:31,958 --> 00:27:32,833
Tolonglah.

456
00:28:11,875 --> 00:28:13,708
- Selamat pagi.
- Selamat pagi.

457
00:28:15,000 --> 00:28:15,875
Saya…

458
00:28:17,625 --> 00:28:20,375
Saya tak buat janji temu.

459
00:28:20,458 --> 00:28:21,916
Saya nak jumpa doktor.

460
00:28:22,000 --> 00:28:23,416
Boleh beritahu dia?

461
00:28:23,500 --> 00:28:24,708
Doktor tiada.

462
00:28:25,916 --> 00:28:28,000
Doktor tiada? Apa maksud awak?

463
00:28:28,500 --> 00:28:30,875
Dia tak cakap apa-apa pun? Biar betul?

464
00:28:30,958 --> 00:28:32,083
Doktor ada hal.

465
00:28:32,666 --> 00:28:34,000
Doktor ada hal.

466
00:28:36,833 --> 00:28:37,916
Okey.

467
00:28:39,708 --> 00:28:43,625
Saya perlukan ubat yang terkawal.
Boleh beri saya preskripsi?

468
00:28:44,666 --> 00:28:46,000
Maaf, tak boleh.

469
00:28:46,083 --> 00:28:51,916
Saya perlukan ubat itu.
Tak bolehkah awak beri saya preskripsinya?

470
00:28:52,000 --> 00:28:54,375
Kena ada cop doktor.

471
00:28:55,500 --> 00:28:57,375
Dengan tandatangan dia, bukan?

472
00:28:58,708 --> 00:28:59,625
Betul.

473
00:29:01,666 --> 00:29:04,208
- Sekali ini saja?
- Maaf, memang tak boleh.

474
00:29:06,250 --> 00:29:07,125
Okey.

475
00:29:32,416 --> 00:29:33,416
Aduh!

476
00:29:33,500 --> 00:29:36,166
DEWI PUSSY

477
00:29:40,083 --> 00:29:41,166
Seriuslah?

478
00:29:44,625 --> 00:29:46,416
Tempat ini memanggil-manggil.

479
00:30:02,958 --> 00:30:05,000
Selamat datang, Bia.

480
00:30:05,916 --> 00:30:07,208
Silakan masuk.

481
00:30:09,375 --> 00:30:10,250
Hai.

482
00:30:11,833 --> 00:30:15,250
Tempat ini buat saya rasa istimewa.

483
00:30:15,750 --> 00:30:17,166
Awak tahu nama saya?

484
00:30:17,916 --> 00:30:20,166
Awak ada buat janji temu, bukan?

485
00:30:20,250 --> 00:30:21,291
- Oh, yalah.
- Ya.

486
00:30:21,375 --> 00:30:22,333
Betul itu.

487
00:30:23,541 --> 00:30:25,166
Apa awak rasa sekarang?

488
00:30:26,583 --> 00:30:27,708
Saya rasa…

489
00:30:30,250 --> 00:30:31,625
Biar saya peluk awak.

490
00:30:40,583 --> 00:30:42,625
Saya akan tolong awak. Ikut saya.

491
00:30:44,500 --> 00:30:46,500
- Jangan malu-malu.
- Terima kasih.

492
00:30:46,583 --> 00:30:47,416
Duduk.

493
00:30:48,125 --> 00:30:52,750
Sekarang, kita nak buat apa?

494
00:31:04,208 --> 00:31:06,333
- Tegangnya bahu awak.
- Ya.

495
00:31:07,083 --> 00:31:09,666
Maksudnya, kurang belas kasihan diri.

496
00:31:10,166 --> 00:31:13,583
Jantung awak berdegup laju
dan dada awak sakit.

497
00:31:19,500 --> 00:31:21,041
Pinggang awak meradang.

498
00:31:21,541 --> 00:31:25,958
Maksudnya, susah nak maju
dan luahkan isi hati awak.

499
00:31:34,583 --> 00:31:37,333
Perut awak kembung.

500
00:31:37,416 --> 00:31:38,250
Sembelit?

501
00:31:38,333 --> 00:31:39,375
- Ya.
- Okey.

502
00:31:39,458 --> 00:31:42,791
Maksudnya, awak susah nak lepaskan sesuatu

503
00:31:42,875 --> 00:31:45,750
yang tak lagi diperlukan dalam hidup awak.

504
00:31:45,833 --> 00:31:47,458
Semuanya tersekat di sini.

505
00:31:57,208 --> 00:31:59,166
Lingkaran gelap di bawah mata.

506
00:32:00,708 --> 00:32:02,250
Tekak terasa kering.

507
00:32:02,958 --> 00:32:04,833
Lingkaran gelap ialah insomnia.

508
00:32:04,916 --> 00:32:08,666
Awak tak boleh tidur
sebab terpaksa hadap kerenah semua orang.

509
00:32:13,333 --> 00:32:15,250
Cakra akar awak sakit.

510
00:32:16,000 --> 00:32:20,750
Awak menangis tak tentu pasal
semasa mandi.

511
00:32:21,333 --> 00:32:23,291
Nodul di pusat,

512
00:32:23,916 --> 00:32:25,833
nodul di pangkal paha…

513
00:32:26,666 --> 00:32:30,166
Nampaknya, awak tak klimaks

514
00:32:30,833 --> 00:32:35,000
selama 11 bulan, lapan hari dan lima jam.

515
00:32:35,583 --> 00:32:36,625
Lama betul?

516
00:32:37,625 --> 00:32:39,208
Biar saya tolong.

517
00:33:51,666 --> 00:33:52,833
Dewi Pussy konon.

518
00:33:53,833 --> 00:33:54,916
Penipu.

519
00:33:56,583 --> 00:33:59,625
PEDRO PAULO
CEPAT, AWAK SELALU LAMBAT!!!

520
00:34:02,416 --> 00:34:03,375
Telefon saya!

521
00:34:03,458 --> 00:34:05,416
Dia curi telefon saya!

522
00:34:05,500 --> 00:34:09,333
Telefon saya! Tolong! Tangkap dia!

523
00:34:09,416 --> 00:34:10,708
Pencuri!

524
00:34:11,291 --> 00:34:14,583
Awak dah gilakah? Pulangkan telefon saya!

525
00:34:14,666 --> 00:34:16,625
Pulangkan telefon saya!

526
00:34:17,541 --> 00:34:19,166
- Pencuri!
- Tunggu!

527
00:34:19,250 --> 00:34:21,875
- Pulangkan!
- Aduh! Berhenti!

528
00:34:23,500 --> 00:34:25,541
Jangan sampai saya telefon polis!

529
00:34:25,625 --> 00:34:28,083
Saya yang patut telefon polis! Pulangkan!

530
00:34:28,166 --> 00:34:29,125
Maaf!

531
00:34:29,208 --> 00:34:32,625
Nah! Ambil balik telefon awak!

532
00:34:39,833 --> 00:34:41,916
Wah, hebatnya!

533
00:35:08,625 --> 00:35:10,625
- Boleh cakap sikit?
- Ada apa?

534
00:35:11,208 --> 00:35:13,208
Saya nak petak saya balik.

535
00:35:13,291 --> 00:35:17,208
Saya dah hadiahkan petak awak
kepada Paloma.

536
00:35:17,291 --> 00:35:20,000
Muktamad. Lagipun, awak boleh jalan kaki.

537
00:35:20,083 --> 00:35:21,541
Senang sikit nak kurus.

538
00:35:21,625 --> 00:35:24,916
Kalau macam itu,
kenapa tak bagi saja petak awak?

539
00:35:25,000 --> 00:35:26,708
- Jangan penting diri.
- Saya?

540
00:35:26,791 --> 00:35:27,708
Ya, awaklah.

541
00:35:27,791 --> 00:35:31,833
Kalau awak tak puas hati,
saya akan cari penyelesaian yang adil…

542
00:35:31,916 --> 00:35:35,041
- Bagus.
- …supaya Paloma tak marah.

543
00:35:38,833 --> 00:35:40,541
- Awak takut dia marah?
- Ya.

544
00:35:42,458 --> 00:35:45,333
- Saya yang patut marah, Pedro Paulo.
- Kenapa?

545
00:35:45,416 --> 00:35:48,041
Sebab awak cakap
jawatan saya paling tinggi,

546
00:35:48,125 --> 00:35:50,958
selepas awak, sebagai pemilik majalah ini.

547
00:35:51,041 --> 00:35:54,125
Sekarang, awak bagi
petak saya kepada budak itu!

548
00:35:54,208 --> 00:35:55,041
Tak!

549
00:35:56,958 --> 00:36:00,833
Ini mesti kerja Dewi Pussy. Saya tahu.

550
00:36:00,916 --> 00:36:05,250
- Kerja awak cuma menggatal di pejabat.
- Apa? Apa awak cakap ini?

551
00:36:05,333 --> 00:36:07,916
Saya yang buat kerja awak, Pedro Paulo.

552
00:36:08,000 --> 00:36:10,458
Selama bertahun-tahun tanpa naik gaji!

553
00:36:10,541 --> 00:36:13,458
Bukan salah saya.
Awak pun tahu langganan kita…

554
00:36:13,541 --> 00:36:16,458
- Tak, saya tak tahu.
- …kurang memberangsangkan.

555
00:36:16,541 --> 00:36:19,041
Yakah? Sebab itu awak beli BMW?

556
00:36:19,125 --> 00:36:24,291
BMW itu ialah pengorbanan saya
untuk masa depan majalah ini!

557
00:36:24,375 --> 00:36:27,083
Sebab dalam industri ini,

558
00:36:27,166 --> 00:36:31,416
kita mesti pamerkan imej kejayaan.

559
00:36:31,500 --> 00:36:32,875
Saya terpaksa.

560
00:36:32,958 --> 00:36:36,916
Awak ingat senang jadi bos
dan sentiasa jadi perhatian orang?

561
00:36:37,000 --> 00:36:38,958
Awak ingat saya suka? Tak!

562
00:36:39,041 --> 00:36:42,208
Gelaklah puas-puas,
tapi saya buat demi majalah kita,

563
00:36:42,291 --> 00:36:45,000
demi awak dan semua staf di pejabat ini.

564
00:36:46,500 --> 00:36:48,625
- Jadi bos?
- Yalah, saya bos.

565
00:36:48,708 --> 00:36:50,041
- Habis?
- Pedro Paulo.

566
00:36:50,125 --> 00:36:56,375
Kerja awak cuma makan di restoran mewah
dengan orang yang menyedihkan macam awak.

567
00:36:56,458 --> 00:36:57,291
Nanti dulu.

568
00:36:57,375 --> 00:37:00,708
Satu-satunya kerja
yang awak buat ialah makan.

569
00:37:00,791 --> 00:37:03,416
- Betul, Encik Buncit?
- Aduh! Jangan!

570
00:37:03,500 --> 00:37:07,375
Mengaku sajalah.
Betul, Si Buncit Tak Tahu Diuntung?

571
00:37:07,458 --> 00:37:08,791
- Anak ayah.
- Habis?

572
00:37:08,875 --> 00:37:11,666
- Bukan salah saya.
- Pewaris tunggal ayah.

573
00:37:11,750 --> 00:37:14,208
Saya kerja keras untuk syarikat ini.

574
00:37:14,291 --> 00:37:17,625
Ayah awak yang kerja keras.
Semoga roh dia tenang!

575
00:37:17,708 --> 00:37:21,041
- Jangan cakap pasal dia.
- Saya rasa roh dia tak tenang.

576
00:37:21,125 --> 00:37:25,541
Kalau anak dia bodoh dan seksis,
maksudnya dia pun sama saja.

577
00:37:25,625 --> 00:37:30,166
Awak belajar bidang perniagaan
sebab awak tak tahu nak buat apa, bukan?

578
00:37:30,250 --> 00:37:31,958
Saya baru 35 tahun.

579
00:37:32,041 --> 00:37:35,250
Selama ini,
saya yang cari penaja untuk awak!

580
00:37:35,333 --> 00:37:37,791
Awak tak hormat orang! Awak menyedihkan!

581
00:37:37,875 --> 00:37:40,750
- Awak…
- Cukup! Sabar!

582
00:37:40,833 --> 00:37:41,833
Sabar.

583
00:37:42,833 --> 00:37:44,458
Saya dah faham.

584
00:37:45,583 --> 00:37:46,458
Awak PMS?

585
00:37:47,791 --> 00:37:49,625
- Apa?
- Saya ingat awak PMS.

586
00:37:50,125 --> 00:37:52,500
Perempuan suka marah kalau datang bulan.

587
00:37:52,583 --> 00:37:55,250
Semua perempuan sama, bukan? Gila betul.

588
00:37:55,333 --> 00:38:00,458
Saya tak datang bulan,

589
00:38:00,541 --> 00:38:02,666
bodoh!

590
00:38:03,541 --> 00:38:04,458
Menopaus?

591
00:38:05,458 --> 00:38:07,791
Bila perempuan menopaus? 55? 60?

592
00:38:07,875 --> 00:38:10,250
Apa masalah awak? Tunggu! Jangan pergi!

593
00:38:10,333 --> 00:38:11,833
- Awak nak berhenti?
- Ya!

594
00:38:11,916 --> 00:38:13,000
- Kenapa?
- Lantaklah!

595
00:38:13,083 --> 00:38:16,875
Saya doakan awak berjaya
sebagai pemilik majalah wanita feminis

596
00:38:16,958 --> 00:38:22,208
yang seksis, benci perempuan
dan suka mendiskriminasi umur.

597
00:38:22,291 --> 00:38:24,791
Awak akan bankrap dalam masa seminggu.

598
00:38:24,875 --> 00:38:26,291
Tunggu. Awak…

599
00:38:26,875 --> 00:38:27,875
Satu minggu!

600
00:38:29,375 --> 00:38:32,166
Kita baru saksikan
drama paling panas di <i>Mina+!</i>

601
00:38:32,250 --> 00:38:33,958
Saya dah kata jangan rakam!

602
00:38:34,041 --> 00:38:36,541
- Wah, beraninya! Bagus.
- Yakah?

603
00:38:36,625 --> 00:38:39,166
Awak dah jumpa dia, bukan? Hebatnya dia!

604
00:38:39,250 --> 00:38:43,375
Jangan kacau saya!
Zaman sekarang, orang dah tak rakam video.

605
00:38:43,458 --> 00:38:45,833
Tahniah, Bia. Awak lulus ujian itu.

606
00:38:45,916 --> 00:38:48,166
Ujian apa? Saya tak fahamlah.

607
00:38:48,250 --> 00:38:50,208
Eh, lantaklah! Saya peduli apa?

608
00:38:51,625 --> 00:38:52,666
Apa?

609
00:38:53,666 --> 00:38:54,708
Terbaik.

610
00:38:55,916 --> 00:38:58,666
Apa aku dah buat ini?

611
00:38:59,166 --> 00:39:00,750
Bia, apa dah jadi?

612
00:39:01,291 --> 00:39:04,583
Awak nak tahu apa dah jadi?
Saya dah hilang sabar.

613
00:39:04,666 --> 00:39:08,833
Saya dah bosan dengan bintang YouTube,
sohor twit, pempengaruh…

614
00:39:09,916 --> 00:39:13,875
Saya dah penat bersabar
untuk puaskan hati orang lain!

615
00:39:13,958 --> 00:39:16,791
Relaks! Tarik nafas dalam-dalam.

616
00:39:16,875 --> 00:39:19,166
- Jangan sentuh saya!
- Apa masalahnya?

617
00:39:19,250 --> 00:39:23,291
Apa masalahnya?
Saya ada banyak masalah, Gabriel!

618
00:39:23,375 --> 00:39:26,041
Saya bela suami yang macam biawak hidup,

619
00:39:26,125 --> 00:39:29,708
adik yang tiba-tiba jadi pelat
setiap kali minta tolong

620
00:39:29,791 --> 00:39:33,000
dan bos yang tak naikkan gaji saya
selama sedekad!

621
00:39:33,083 --> 00:39:34,458
- Awak pun sama!
- Saya?

622
00:39:34,541 --> 00:39:37,791
Awak yang tak habis-habis
main tarik tali dengan saya!

623
00:39:37,875 --> 00:39:39,583
Awak yang tinggalkan saya.

624
00:39:39,666 --> 00:39:41,000
Kita terlalu muda.

625
00:39:41,083 --> 00:39:43,125
Saya dah beri awak banyak peluang,

626
00:39:43,208 --> 00:39:46,833
tapi awak tak suka perempuan
yang berdikari, bukan?

627
00:39:46,916 --> 00:39:49,458
Kenapa konek awak keras
apabila kita peluk?

628
00:39:49,541 --> 00:39:50,458
Bia!

629
00:39:50,958 --> 00:39:53,708
Kenapa ini? Awak tak pernah…

630
00:39:53,791 --> 00:39:55,375
Kenapa cakap macam itu?

631
00:39:55,458 --> 00:39:58,625
Sebab itulah kebenarannya, Gabriel,

632
00:39:58,708 --> 00:40:02,708
dan kebenaran memang pahit
untuk ditelan dan dihadam.

633
00:40:02,791 --> 00:40:04,458
Tak semanis Valentina, okey?

634
00:40:05,416 --> 00:40:06,708
Itulah kebenarannya,

635
00:40:07,208 --> 00:40:10,708
tapi apalah saja yang tinggal
dalam hati seorang lelaki

636
00:40:10,791 --> 00:40:13,708
yang akhirnya pilih
untuk kahwin dengan Valentina?

637
00:40:13,791 --> 00:40:16,750
Kenapa awak benci sangat pada Valentina?

638
00:40:16,833 --> 00:40:21,875
Valentina itu baik hati,
manis dan bersopan-santun.

639
00:40:21,958 --> 00:40:23,541
Hai, sayang.

640
00:40:24,791 --> 00:40:27,583
Betulkah saya baik hati,
manis dan sopan-santun?

641
00:40:27,666 --> 00:40:30,291
Awak memang baik, manis dan sopan-santun.

642
00:40:30,375 --> 00:40:32,416
Yakah, Bia? Awak pun sama.

643
00:40:32,500 --> 00:40:35,666
Sebenarnya, itulah
yang Gabriel cakap pasal awak

644
00:40:35,750 --> 00:40:37,458
setiap kali saya mengamuk

645
00:40:37,541 --> 00:40:40,458
sebab dia malas dan suka buat sepah.

646
00:40:40,541 --> 00:40:44,833
"Awak patut jadi macam Bia.
Dia baik hati, manis dan sopan-santun.

647
00:40:44,916 --> 00:40:47,791
Dia tak pernah marah suami dia."

648
00:40:50,916 --> 00:40:53,041
Cukup, okey? Saya dah penat!

649
00:40:53,125 --> 00:40:56,750
Saya dah penat cuba faham dan tolong kamu!

650
00:40:56,833 --> 00:40:57,666
Cukuplah!

651
00:41:39,208 --> 00:41:40,041
Hai.

652
00:41:40,125 --> 00:41:41,875
Kenapa awak ikut saya?

653
00:41:41,958 --> 00:41:44,958
Saya nak tanya.
Kenapa awak tak nak bagi saya lalu?

654
00:41:45,041 --> 00:41:46,625
Kenapa saya kena bagi?

655
00:41:46,708 --> 00:41:48,625
Itulah namanya bertimbang rasa.

656
00:41:49,208 --> 00:41:52,541
Suka hati sayalah nak buat apa pun, bodoh.

657
00:41:52,625 --> 00:41:57,541
Kalau tak nak saya halang laluan awak,
keluarlah rumah awal sikit

658
00:41:58,208 --> 00:42:01,125
dan sila berambus
sebelum saya pecahkan muka awak.

659
00:42:03,416 --> 00:42:05,166
Apa masalah awak?

660
00:42:06,250 --> 00:42:10,375
Masalahnya, saya kena tengok
muka awak yang berkedut itu

661
00:42:10,458 --> 00:42:12,666
dan beritahu
betapa hodohnya perangai awak.

662
00:42:12,750 --> 00:42:15,500
Mak ayah dan kawan-kawan awak benci awak.

663
00:42:15,583 --> 00:42:17,583
Awak pun benci diri awak sendiri,

664
00:42:17,666 --> 00:42:21,250
jadi awak suka sakitkan hati orang
dengan muka hodoh awak itu

665
00:42:21,333 --> 00:42:25,375
dan perasan bagus
dengan kereta cabuk awak ini.

666
00:42:25,458 --> 00:42:27,583
Sebenarnya, awak cuma sampah.

667
00:42:27,666 --> 00:42:32,083
Orang tak hairan dengan barang kemas,
rumah, duit atau muka hodoh awak itu.

668
00:42:32,166 --> 00:42:36,166
Orang nak pergi kerja dan balik rumah.
Sebab orang ada kehidupan.

669
00:42:36,250 --> 00:42:40,750
Bukan macam awak yang perasan hebat,
tapi sebenarnya tiada apa-apa.

670
00:42:59,291 --> 00:43:01,791
Saya tak tahu apa Dewi Pussy itu dah buat.

671
00:43:01,875 --> 00:43:05,666
Saya terus mengamuk
kalau orang cari pasal dengan saya.

672
00:43:05,750 --> 00:43:07,333
Hati-hati, okey?

673
00:43:07,416 --> 00:43:10,541
Saya dah tengok Instagram dia.
Dia tiada pengikut.

674
00:43:10,625 --> 00:43:13,458
Saya buat benda yang saya tak berani buat.

675
00:43:13,541 --> 00:43:18,250
Saya luahkan semua yang terbuku
dalam hati saya selama ini

676
00:43:18,333 --> 00:43:21,041
kepada Pedro Paulo di pejabat dia.

677
00:43:21,125 --> 00:43:23,916
Awak boleh bayangkan saya mengamuk?

678
00:43:24,000 --> 00:43:26,916
Awak pun tahu
saya takkan buat macam itu, bukan?

679
00:43:28,916 --> 00:43:31,291
- Roberta!
- Ya! Maaf.

680
00:43:31,875 --> 00:43:34,250
Tiago betul-betul sekat saya.

681
00:43:34,333 --> 00:43:37,250
- Kurang ajar!
- Roberta, tolonglah.

682
00:43:37,333 --> 00:43:40,375
Pandang mata saya
semasa saya bercakap, okey?

683
00:43:41,625 --> 00:43:42,833
- Roberta?
- Ya.

684
00:43:42,916 --> 00:43:45,291
- Awak dengar?
- Ya. Cakaplah.

685
00:43:45,875 --> 00:43:47,333
- Apa saya cakap?
- Cakaplah.

686
00:43:47,416 --> 00:43:49,333
Apa saya cakap tadi, Roberta?

687
00:43:49,416 --> 00:43:52,458
Awak pun kena faham situasi saya.
Bagi balik.

688
00:43:52,541 --> 00:43:54,208
Bagi balik, Bia.

689
00:43:54,291 --> 00:43:55,750
Dengar sini, Roberta.

690
00:43:55,833 --> 00:44:02,625
Setiap kali saya cerita masalah saya,
awak tak tengok pun muka saya.

691
00:44:02,708 --> 00:44:05,958
Awak sibuk dengan masalah awak saja.

692
00:44:06,041 --> 00:44:09,166
Roberta, awak memang
pentingkan diri sendiri.

693
00:44:09,750 --> 00:44:12,541
Macamlah awak seorang saja
yang ada masalah.

694
00:44:12,625 --> 00:44:16,416
Macamlah awak saja yang sunyi
dan perlukan kawan untuk mengadu.

695
00:44:16,500 --> 00:44:19,875
Dengar sini.
Tiada sesiapa boleh tahan dengan awak.

696
00:44:19,958 --> 00:44:23,375
Awak pentingkan diri sendiri
dan mengada-ngada.

697
00:44:23,958 --> 00:44:27,625
Awak nak buat apa? Putus kawan?
Sekat akaun saya macam Tiago?

698
00:44:27,708 --> 00:44:28,958
Saya memang bodoh.

699
00:44:29,041 --> 00:44:31,958
Tengoklah itu.
Awaklah yang paling tersakiti.

700
00:44:32,041 --> 00:44:33,083
Okey, yalah.

701
00:44:33,916 --> 00:44:36,458
Nenek dia dah tak sekat saya.
Apa maksudnya?

702
00:44:38,833 --> 00:44:39,666
Jangan…

703
00:44:40,291 --> 00:44:42,458
Bia, tolonglah.

704
00:44:43,375 --> 00:44:44,375
Bia!

705
00:44:45,208 --> 00:44:49,250
Kenapa awak buang?
Saya belum habis bayar telefon itu!

706
00:44:49,333 --> 00:44:50,333
- Roberta!
- Saya…

707
00:44:51,083 --> 00:44:54,916
Kalau kita jumpa lagi selepas ini,

708
00:44:55,000 --> 00:44:57,875
dengar baik-baik apa saya nak cakap.

709
00:45:44,500 --> 00:45:48,416
Celaka!

710
00:45:52,208 --> 00:45:55,458
Antônio, anak awak
sepahkan ruang tamu saya.

711
00:45:55,541 --> 00:45:58,041
- Marah dia sekarang!
- Ada berita baik.

712
00:45:58,125 --> 00:45:59,916
Ilham saya dah kembali.

713
00:46:00,000 --> 00:46:02,958
- Saya tengah cakap dengan awak.
- Saya pun sama.

714
00:46:03,041 --> 00:46:05,333
Relakslah, awak terlalu stres.

715
00:46:05,416 --> 00:46:09,250
Kalau awak tak nak saya stres,
ajarlah sikit anak awak itu.

716
00:46:09,333 --> 00:46:11,166
Okey, tapi tengoklah hasilnya

717
00:46:11,250 --> 00:46:15,083
apabila seorang artis
dapat semula ilhamnya selepas lima tahun.

718
00:46:18,375 --> 00:46:19,208
Tengok.

719
00:46:20,666 --> 00:46:23,875
Cantik, tapi awak boleh sambung nanti.

720
00:46:23,958 --> 00:46:27,166
- Awak tak tengok pun.
- Fokus. Saya cakap dengan awak.

721
00:46:27,250 --> 00:46:31,333
- Anak awak ponteng sekolah lagi.
- Habis itu? Dia dah besar.

722
00:46:31,416 --> 00:46:34,208
Awak tak pernah ponteng sekolahkah?

723
00:46:34,291 --> 00:46:36,291
Awak biar dia buat sesuka hati.

724
00:46:36,375 --> 00:46:39,125
Barulah hidup ini lebih bermakna, Bia.

725
00:46:39,833 --> 00:46:42,791
Kita berserah
dan ikut saja ketentuan takdir.

726
00:46:42,875 --> 00:46:46,041
Lebih baik tak payah hidup
kalau asyik stres saja.

727
00:46:46,125 --> 00:46:47,208
Relakslah.

728
00:46:47,833 --> 00:46:49,875
Okey. Saya relaks, okey?

729
00:46:49,958 --> 00:46:51,666
- Macam itulah.
- Relaks, ya?

730
00:46:51,750 --> 00:46:53,583
- Ya.
- Saya akan relaks.

731
00:46:53,666 --> 00:46:55,291
- Bagus.
- Awak yang suruh.

732
00:46:55,375 --> 00:46:57,291
- Relaks.
- Okey, saya relaks.

733
00:46:58,416 --> 00:47:01,041
Saya nak relaks sepuas-puasnya.

734
00:47:01,791 --> 00:47:05,458
Saya nak relaks
dan bermalas-malasan macam binatang.

735
00:47:05,541 --> 00:47:11,041
Binatang yang tak mampu bayar bil
dan malas pergi beli barang dapur.

736
00:47:11,125 --> 00:47:13,291
- Saya dah agak.
- Macam awak.

737
00:47:13,375 --> 00:47:16,416
Jangan mula, Bia.
Saya yang patut marah, bukan awak.

738
00:47:16,500 --> 00:47:17,875
Okey, marahlah.

739
00:47:17,958 --> 00:47:21,500
Ingat balik macam mana kita
semasa mula-mula kenal.

740
00:47:22,291 --> 00:47:25,583
Dulu, kita sangat rapat
dan kongkek sepanjang masa.

741
00:47:25,666 --> 00:47:27,250
Awak tergila-gilakan saya.

742
00:47:27,333 --> 00:47:31,416
Sekarang, awak bercakap
dengan saya seolah-olah saya ini…

743
00:47:31,500 --> 00:47:32,333
Anak.

744
00:47:32,416 --> 00:47:34,666
- Saya tak cakap macam itu.
- Ya. Anak.

745
00:47:34,750 --> 00:47:39,333
Saya boleh sabar kalau awak anak saya,
itu pun sampai umur empat tahun saja.

746
00:47:39,416 --> 00:47:42,416
Sebab budak lima tahun
lebih bagus daripada awak.

747
00:47:42,500 --> 00:47:43,500
Cukup.

748
00:47:43,583 --> 00:47:46,958
Budak tiga tahun pun
lebih pandai melukis daripada awak.

749
00:47:47,041 --> 00:47:49,166
- Apa?
- Apa jadah lukis tiga baris?

750
00:47:49,250 --> 00:47:52,916
Apa awak mengarut?
Awak tak tahu apa-apa pun pasal seni.

751
00:47:53,000 --> 00:47:56,916
Saya malas nak buang masa
untuk fahamkan awak pasal lukisan saya.

752
00:47:57,000 --> 00:48:00,958
Tiga garisan bodoh ini
melambangkan penderitaan saya, Bia.

753
00:48:01,541 --> 00:48:02,375
Penderitaan?

754
00:48:02,958 --> 00:48:04,083
Penderitaan…

755
00:48:04,958 --> 00:48:09,166
Bahu saya yang menderita
sebab bela awak anak-beranak.

756
00:48:10,333 --> 00:48:13,000
Dah setahun saya bayar sewa rumah

757
00:48:13,083 --> 00:48:16,291
sebab awak tak dapat ilham
dan tak nak cari kerja…

758
00:48:16,375 --> 00:48:17,291
Ini kerja saya.

759
00:48:17,375 --> 00:48:22,208
…dan saya terpaksa bersabar
dengan anak awak yang tak guna itu!

760
00:48:22,291 --> 00:48:26,500
Ibu dia sendiri pun buang dia
sebab tak tahan dengan perangai dia!

761
00:48:26,583 --> 00:48:28,541
Saya dah penat.

762
00:48:28,625 --> 00:48:30,583
- Apa maksud awak?
- Maksud saya…

763
00:48:30,666 --> 00:48:31,666
Dengar baik-baik.

764
00:48:32,250 --> 00:48:34,583
- Keluar dari rumah ini sekarang…
- Apa?

765
00:48:34,666 --> 00:48:37,166
…dan bawa sekali budak tak guna ini.

766
00:48:37,250 --> 00:48:39,750
Tak, Nicolas. Dia tak maksudkannya.

767
00:48:40,333 --> 00:48:42,125
Kenapa awak marah budak itu?

768
00:48:42,208 --> 00:48:44,333
Budak? Bukankah dia dah besar?

769
00:48:44,416 --> 00:48:48,458
- Budak itu memang tak guna pun!
- Hei! Relaks, okey?

770
00:48:48,958 --> 00:48:51,333
Relaks! Kami takkan ke mana-mana.

771
00:48:51,416 --> 00:48:53,750
Cukup. Saya tahu apa masalahnya.

772
00:48:53,833 --> 00:48:54,666
Saya…

773
00:48:58,541 --> 00:49:00,166
- Boleh saya tanya?
- Apa?

774
00:49:00,250 --> 00:49:01,583
Janji jangan marah?

775
00:49:02,166 --> 00:49:04,958
- Saya tengah marah.
- Janji jangan mengamuk?

776
00:49:05,041 --> 00:49:06,250
Tanyalah.

777
00:49:08,458 --> 00:49:09,541
Awak datang bulan?

778
00:49:15,791 --> 00:49:19,916
Kenapa setiap kali perempuan marah…

779
00:49:21,916 --> 00:49:24,875
lelaki akan ingat
perempuan itu datang bulan?

780
00:49:24,958 --> 00:49:27,666
- Bodoh nak mampus.
- Saya tanya saja.

781
00:49:27,750 --> 00:49:31,416
Sebab semua perempuan sensitif
apabila datang bulan.

782
00:49:31,500 --> 00:49:33,333
Normallah itu.

783
00:49:33,416 --> 00:49:35,458
- Okey. Sensitif, ya?
- Ya.

784
00:49:35,541 --> 00:49:36,875
Sensitif sangat, ya?

785
00:49:36,958 --> 00:49:39,416
"Sensitiviti." Hebat bunyinya.

786
00:49:39,500 --> 00:49:40,625
Sensitiviti.

787
00:49:40,708 --> 00:49:42,625
Artis suka guna perkataan itu.

788
00:49:43,208 --> 00:49:44,916
Biar saya tunjuk definisinya.

789
00:49:45,000 --> 00:49:47,458
- Tengok ini.
- Jangan, Bia. Saya serius.

790
00:49:47,541 --> 00:49:49,541
Biar saya tunjuk sensitiviti saya.

791
00:49:49,625 --> 00:49:51,458
- Awak nak buat apa?
- Tengok.

792
00:49:51,541 --> 00:49:53,666
Bia, tak kelakar! Jangan, Bia!

793
00:49:53,750 --> 00:49:55,750
- Sensitif, ya?
- Bia! Apa ini?

794
00:49:55,833 --> 00:49:57,208
- Seronoknya!
- Apa ini?

795
00:49:57,291 --> 00:49:59,291
- Seronoknya jadi artis!
- Bia!

796
00:49:59,375 --> 00:50:01,916
- Ini karya saya!
- Pergi jahanamlah!

797
00:50:02,000 --> 00:50:02,875
Cepat siap!

798
00:50:02,958 --> 00:50:05,916
Dua jam lagi,
saya buat pameran seni untuk awak!

799
00:50:06,625 --> 00:50:08,833
Bia, cukup! Berhenti!

800
00:50:09,916 --> 00:50:11,041
Mata saya, Bia!

801
00:50:15,500 --> 00:50:19,458
Sensitif konon!

802
00:50:28,166 --> 00:50:29,791
Saya suka tinggal di sini.

803
00:50:29,875 --> 00:50:32,041
Nanti dia okeylah. Dia datang bulan.

804
00:50:32,125 --> 00:50:36,166
Saya tak datang bulanlah, bodoh!

805
00:50:37,791 --> 00:50:40,083
- Cabut sebelum dia baling barang.
- Okey.

806
00:50:42,250 --> 00:50:46,791
DILINDUNGI OLEH DEWI

807
00:51:17,916 --> 00:51:20,708
04.22 PAGI

808
00:51:43,666 --> 00:51:45,041
Awak bawa ais?

809
00:51:45,125 --> 00:51:48,041
Ais apa? Saya nak cakap dengan Laura.

810
00:51:48,125 --> 00:51:50,083
Maksud awak, DJ Laurex?

811
00:51:50,166 --> 00:51:52,541
Ya, betul! DJ itu!

812
00:51:52,625 --> 00:51:55,875
Awaklah yang tersepak
kaki saya hari itu, bukan?

813
00:51:55,958 --> 00:51:57,500
Tepilah! Orang nak lalu.

814
00:51:58,625 --> 00:51:59,625
Laura!

815
00:52:01,958 --> 00:52:03,083
Tepi sikit.

816
00:52:03,166 --> 00:52:05,833
Cik, tepi sikit. Hei!

817
00:52:08,125 --> 00:52:09,083
Hei, Laura!

818
00:52:12,791 --> 00:52:15,333
WI-FI PERCUMA
KATA LALUAN: BIA1234

819
00:52:17,791 --> 00:52:19,458
Patutlah Wi-Fi aku lembab.

820
00:52:33,041 --> 00:52:34,166
Laura!

821
00:52:35,000 --> 00:52:36,625
Buka. Saya nak cakap.

822
00:52:36,708 --> 00:52:38,791
Tak payah baca bibir saya. Dengar.

823
00:52:38,875 --> 00:52:41,916
- Laura, saya nak tidur.
- Apa?

824
00:52:42,000 --> 00:52:47,541
Saya nak tidur malam ini, okey?
Lantaklah apa nak jadi sekali pun.

825
00:52:47,625 --> 00:52:48,666
- Faham?
- Ya!

826
00:52:48,750 --> 00:52:51,708
Awak nak buat apa? Telefon polis?

827
00:52:51,791 --> 00:52:53,916
Apa khabar, semua?

828
00:52:54,666 --> 00:52:57,625
Awak nak telefon Encik Fernando,
pengurus bangunan?

829
00:52:57,708 --> 00:53:00,750
Itu dia! Satu-satunya, Encik Fernando!

830
00:53:01,250 --> 00:53:04,083
Apa? Nak telefon Hélio, penjaga pintu?

831
00:53:04,166 --> 00:53:07,041
Hati-hati, Hélio!
Saya tak nak dukung awak lagi!

832
00:53:08,208 --> 00:53:12,833
Atau Rosane, pembantu pengurus?
Dia tengah sibuk sekarang.

833
00:53:12,916 --> 00:53:14,625
Saya nampak, Laura,

834
00:53:14,708 --> 00:53:19,000
tapi tolonglah
jangan cari pasal dengan saya.

835
00:53:19,083 --> 00:53:24,416
Saya pun takut dengan diri sendiri,
jadi tolong jangan buat bising.

836
00:53:25,958 --> 00:53:31,625
Ini dia! Inilah…

837
00:53:31,708 --> 00:53:32,666
Laura!

838
00:53:39,416 --> 00:53:41,000
Apa jadahnya ini?

839
00:53:41,833 --> 00:53:45,291
- Hoi, gila! Orang tengah partilah!
- Relakslah, mak cik!

840
00:53:45,375 --> 00:53:47,000
Tengah parti, ya?

841
00:53:47,500 --> 00:53:49,208
- Apa?
- Baliklah, mak cik!

842
00:53:49,291 --> 00:53:50,500
Apa? Seriuslah?

843
00:53:50,583 --> 00:53:51,416
Tepi sikit.

844
00:53:53,125 --> 00:53:56,875
Kita parti sampai pagi!

845
00:54:00,500 --> 00:54:01,375
Tepi sikit.

846
00:54:02,833 --> 00:54:06,166
ETIL ALKOHOL

847
00:54:14,666 --> 00:54:15,958
Bawa ais?

848
00:54:16,041 --> 00:54:18,250
Saya bawa sesuatu yang lebih menarik.

849
00:54:35,291 --> 00:54:37,000
Apa itu?

850
00:54:37,500 --> 00:54:42,541
Jangan! Apa ini, Bia?
Saya belum habis bayar semua ini!

851
00:54:42,625 --> 00:54:45,083
Apa masalah awak, Bia?

852
00:54:45,166 --> 00:54:46,416
Bia, jangan!

853
00:54:47,041 --> 00:54:51,875
Bia, saya takkan buat bising.
Okey, dah perlahan.

854
00:54:51,958 --> 00:54:54,833
Jangan!

855
00:54:54,916 --> 00:54:57,791
- Tolonglah, Bia!
- Baliklah, mak cik!

856
00:54:57,875 --> 00:55:00,541
Dengar sini, semua. Balik sekarang.

857
00:55:00,625 --> 00:55:02,250
Parti dah habis.

858
00:55:02,333 --> 00:55:05,208
Awak nak bawa balik? Nak rasa sikit?

859
00:55:05,291 --> 00:55:08,458
Kenapa ini, sayang? Jangan cabar saya.

860
00:55:08,541 --> 00:55:10,250
Tengok ini.

861
00:55:10,333 --> 00:55:12,000
Tetamu-tetamu awak marah.

862
00:55:12,083 --> 00:55:14,833
Berambus! Parti dah habis!
Kau orang pekakkah?

863
00:55:14,916 --> 00:55:17,041
- Seriuslah?
- Telefon saya hilang.

864
00:55:18,291 --> 00:55:19,166
Laura.

865
00:55:19,875 --> 00:55:21,125
- Letak itu.
- Apa?

866
00:55:21,208 --> 00:55:22,916
Jangan!

867
00:55:23,000 --> 00:55:23,833
Benda ini?

868
00:55:23,916 --> 00:55:25,583
- Jangan.
- Awak tak suka?

869
00:55:25,666 --> 00:55:27,916
- Kita boleh cuba.
- Padamkannya.

870
00:55:28,000 --> 00:55:30,000
Cuba dulu, baru tahu.

871
00:55:30,083 --> 00:55:32,000
- Padamkannya.
- Oh, Laura.

872
00:55:32,083 --> 00:55:37,000
Awak ugut ibu tunggal
beranak dua di rumahnya sendiri?

873
00:55:37,083 --> 00:55:38,875
Ini rumah saya, okey?

874
00:55:38,958 --> 00:55:39,958
Oh, Tuhan.

875
00:55:40,666 --> 00:55:42,458
Pergi tidur, okey?

876
00:55:42,541 --> 00:55:46,958
Sebab esok,
awak kena buat sanggul buruk itu lagi.

877
00:57:20,791 --> 00:57:21,625
Aduh!

878
00:57:37,416 --> 00:57:38,416
Kucing itu!

879
00:57:40,500 --> 00:57:41,458
{\an8}BÁRBARA
HAI, KAK!

880
00:57:41,541 --> 00:57:43,333
{\an8}PANGGILAN TIDAK DIJAWAB
BÁRBARA

881
00:57:43,416 --> 00:57:45,291
{\an8}PANGGILAN TIDAK DIJAWAB
GABRIEL

882
00:57:45,375 --> 00:57:46,833
{\an8}BÁRBARA
RINDUNYA TOMMY!

883
00:57:46,916 --> 00:57:49,083
{\an8}GABRIEL
TELEFON SAYA SECEPAT MUNGKIN

884
00:57:49,166 --> 00:57:51,500
{\an8}BÁRBARA
KAKAK, TELEFON SAYA

885
00:57:51,583 --> 00:57:53,291
{\an8}BÁRBARA
SAYA DAH NAK SAMPAI

886
00:57:53,375 --> 00:57:55,041
{\an8}BÁRBARA
MANA KAKAK?

887
00:57:57,583 --> 00:57:58,750
Tommy?

888
00:58:02,208 --> 00:58:03,125
Sini, sayang.

889
00:58:04,500 --> 00:58:06,666
Mana pula kucing ini? Keluarlah.

890
00:58:11,083 --> 00:58:14,166
Hei! Tommy?

891
00:58:14,250 --> 00:58:15,083
Sini.

892
00:58:17,375 --> 00:58:18,791
Hei, Tommy.

893
00:58:20,250 --> 00:58:22,458
Itu pun dia. Dasar kucing pemalas.

894
00:58:28,875 --> 00:58:33,166
Alamak.

895
00:58:42,791 --> 00:58:43,958
Tidak…

896
00:58:54,416 --> 00:58:55,625
Habislah.

897
00:58:56,791 --> 00:58:59,541
Kakak, terkejut saya!

898
00:58:59,625 --> 00:59:02,375
Kakak yang terkejut. Cepatnya kamu balik.

899
00:59:02,458 --> 00:59:06,000
Apa khabar buah hati saya?
Kamu rindu ibu, sayang?

900
00:59:06,083 --> 00:59:07,708
Macam mana persidangan itu?

901
00:59:07,791 --> 00:59:10,416
Okey saja. Biar saya dukung Tommy.

902
00:59:10,500 --> 00:59:12,583
Tommy rindu betul dekat kamu.

903
00:59:12,666 --> 00:59:14,625
Biar saya dukung dia.

904
00:59:14,708 --> 00:59:18,333
Kamu tentu penat.
Pergi mandi dan kemas beg dulu.

905
00:59:18,416 --> 00:59:20,083
Selepas itu, baru peluk dia.

906
00:59:20,166 --> 00:59:23,625
Saya memang penat,
tapi saya nak cium leher dia dulu.

907
00:59:24,125 --> 00:59:26,958
Kamu tahu kucing tak suka
orang cium leher dia.

908
00:59:27,041 --> 00:59:31,000
Dia suka kakak peluk dia.
Biarlah kakak peluk dia lama sikit.

909
00:59:31,083 --> 00:59:34,041
- Bagilah.
- Macam mana Porto Alegre? Sejuk? Panas?

910
00:59:34,125 --> 00:59:36,125
Kakak tak pernah pergi.
Lelaki di sana kacak?

911
00:59:36,208 --> 00:59:38,875
Pulangkan kucing saya! Jangan main-main.

912
00:59:38,958 --> 00:59:42,125
Sini, sayang. Tommy, buah hati ibu.

913
00:59:42,208 --> 00:59:45,666
Tommy?

914
00:59:46,708 --> 00:59:48,125
Sekejap. Tommy?

915
00:59:48,208 --> 00:59:50,083
- Tommy?
- Maafkan kakak.

916
00:59:50,166 --> 00:59:52,666
- Kakak jumpa dia macam itu.
- Macam mana?

917
00:59:53,875 --> 00:59:56,958
- Apa kakak dah buat?
- Kakak tak buat apa-apa pun…

918
00:59:57,750 --> 00:59:59,208
Tommy dah mati?

919
01:00:01,125 --> 01:00:03,708
- Kakak bagi dia makan ubat?
- Kakak lupa.

920
01:00:03,791 --> 01:00:07,208
Kakak lupa bagi dia makan ubat?

921
01:00:08,666 --> 01:00:12,500
Kalau tak boleh jaga, cakaplah!
Saya boleh suruh orang lain.

922
01:00:12,583 --> 01:00:16,250
Orang lain? Sejak kecil,
kamu dah banyak susahkan kakak.

923
01:00:17,875 --> 01:00:19,125
Tommy menyusahkan?

924
01:00:19,208 --> 01:00:23,208
- Kamu tahu kakak takkan tolak.
- Sebab itu kakak bunuh Tommy?

925
01:00:23,291 --> 01:00:25,500
Apa? Kakak tak bunuh…

926
01:00:25,583 --> 01:00:28,916
Kakak minta maaf, okey?
Kakak lupa bagi dia makan ubat,

927
01:00:29,000 --> 01:00:32,083
tapi Tommy cuma kucing, bukan manusia.

928
01:00:36,291 --> 01:00:37,291
Apa kakak cakap?

929
01:00:38,416 --> 01:00:39,458
Maaf.

930
01:00:40,375 --> 01:00:44,500
Saya tahu kakak malu dengan saya.
Hidup saya tak sempurna macam kakak.

931
01:00:45,083 --> 01:00:48,333
Bukan semua orang
bersuamikan artis yang kacak,

932
01:00:48,416 --> 01:00:50,875
berkerjaya dan cantik macam kakak.

933
01:00:50,958 --> 01:00:56,541
Maaflah kalau saya cuma ada
kucing ini dalam hidup saya.

934
01:00:56,625 --> 01:00:59,375
- Bukan itu maksud kakak.
- Habis itu?

935
01:01:04,500 --> 01:01:05,375
Kamu tahu?

936
01:01:06,500 --> 01:01:08,916
Kamu memang menyedihkan.

937
01:01:09,500 --> 01:01:10,791
Tengoklah rumah kamu.

938
01:01:10,875 --> 01:01:14,875
Penuh dengan gambar kucing.
Kucing pakai baju, berdandan, bersolek…

939
01:01:15,875 --> 01:01:18,458
Kucing itu kucinglah! Kita ini manusia!

940
01:01:18,541 --> 01:01:23,333
Kucing kamu mati sebab dah tua.
Bukannya kiamat pun!

941
01:01:25,666 --> 01:01:29,291
Oh, Tuhan. Kakak minta maaf.

942
01:01:29,375 --> 01:01:31,916
Apa masalah aku?
Kenapa aku cakap macam itu?

943
01:01:32,000 --> 01:01:35,083
- Maafkan kakak.
- Sampai hati kakak cakap macam itu?

944
01:01:35,791 --> 01:01:36,750
Saya adik kakak.

945
01:01:37,750 --> 01:01:40,833
Kakak tahu saya lebih suka binatang
daripada manusia.

946
01:01:40,916 --> 01:01:41,833
Kenapa?

947
01:01:42,791 --> 01:01:44,416
Sebab manusia kejam.

948
01:01:46,208 --> 01:01:48,625
- Saya tak sangka kakak pun…
- Manusia.

949
01:01:50,250 --> 01:01:51,958
Akhirnya.

950
01:01:53,166 --> 01:01:54,166
Ya.

951
01:01:54,250 --> 01:01:57,041
Itulah dia. Kakak pun manusia. Kakak…

952
01:01:59,291 --> 01:02:03,791
Kamu tahu berapa lama
kakak terpaksa bersabar dan paksa diri

953
01:02:03,875 --> 01:02:07,250
untuk puaskan hati semua orang?

954
01:02:07,833 --> 01:02:09,666
Kakak tak dapat apa-apa pun.

955
01:02:09,750 --> 01:02:13,500
Kakak cuma dapat suami yang dayus,
bos yang tak guna dan kawan

956
01:02:13,583 --> 01:02:15,208
yang tak boleh diharap.

957
01:02:15,291 --> 01:02:17,958
Kamu pula jadi ibu kucing.

958
01:02:18,625 --> 01:02:19,750
Maafkan kakak.

959
01:02:20,333 --> 01:02:23,208
- Keluar.
- Kakak tak maksudkannya. Maaf.

960
01:02:23,291 --> 01:02:25,000
Pergi dari sini sekarang!

961
01:02:25,500 --> 01:02:26,375
Pergi!

962
01:03:11,625 --> 01:03:12,500
Bia?

963
01:03:14,458 --> 01:03:15,583
Semua okey?

964
01:03:17,083 --> 01:03:17,916
Tak.

965
01:03:18,708 --> 01:03:22,500
Saya nak awak tarik balik apa
yang awak dah buat kepada saya.

966
01:03:23,083 --> 01:03:25,416
Saya tak buat apa-apa. Awak yang buat.

967
01:03:25,500 --> 01:03:27,708
Mustahil. Saya bukan macam ini.

968
01:03:28,291 --> 01:03:30,791
Kenapa saya berubah
selepas awak urut saya?

969
01:03:30,875 --> 01:03:34,125
Saya tak pernah mengamuk
dan maki hamun orang.

970
01:03:34,708 --> 01:03:37,041
Sesetengah orang, disebabkan takut,

971
01:03:37,125 --> 01:03:42,625
pilih untuk sorok sisi diri mereka
yang lebih lembut dan bertimbang rasa,

972
01:03:43,208 --> 01:03:46,208
tapi awak pula nyaris jatuh sakit

973
01:03:46,291 --> 01:03:50,541
sebab awak pendam semua amarah
dan perasaan kecewa itu.

974
01:03:50,625 --> 01:03:55,416
Okey, saya faham,
tapi saya perlukan kawan-kawan saya.

975
01:03:56,000 --> 01:03:57,541
Saya perlukan kerja saya.

976
01:03:57,625 --> 01:03:59,958
Saya nak pendam semuanya macam dulu.

977
01:04:00,041 --> 01:04:03,791
Saya sanggup buat apa saja
asalkan dapat hidup macam dulu.

978
01:04:04,750 --> 01:04:07,458
Dada awak masih sakit?

979
01:04:09,833 --> 01:04:10,666
Tak.

980
01:04:11,708 --> 01:04:17,000
Perasaan resah, insomnia, berdebar-debar,

981
01:04:17,083 --> 01:04:19,458
menangis tanpa sebab semasa mandi,

982
01:04:19,541 --> 01:04:22,916
sakit dada, sakit-sakit badan, sembelit,

983
01:04:23,000 --> 01:04:25,250
kebergantungan pada ubat-ubatan,

984
01:04:25,833 --> 01:04:26,666
semua hilang?

985
01:04:26,750 --> 01:04:29,375
Ya, semuanya dah hilang.

986
01:04:29,458 --> 01:04:32,083
Habis itu, apa masalahnya?
Awak dah sembuh.

987
01:04:34,000 --> 01:04:34,875
Tak.

988
01:04:35,541 --> 01:04:38,791
Saya sakitkan hati
orang-orang yang saya sayang.

989
01:04:41,916 --> 01:04:44,125
Manusia susah nak terima kenyataan.

990
01:04:44,833 --> 01:04:48,375
Mereka belum bersedia,
tapi itulah kehidupan.

991
01:04:48,458 --> 01:04:51,375
Esoknya, minta maaf
dan buat macam tiada apa-apa.

992
01:04:52,083 --> 01:04:53,125
Tak.

993
01:04:54,166 --> 01:04:57,500
Saya nak diri saya yang dulu.

994
01:04:58,583 --> 01:05:00,833
Maaf, Bia. Saya tak boleh tolong.

995
01:05:01,791 --> 01:05:05,583
Tolonglah saya.
Tarik balik apa yang awak dah buat.

996
01:05:05,666 --> 01:05:07,416
Saya tak buat apa-apa pun.

997
01:05:08,166 --> 01:05:09,333
Awak yang buat.

998
01:05:09,916 --> 01:05:13,875
Awak yang cipta semua ini
dan awak pun sukakannya, bukan?

999
01:05:16,250 --> 01:05:17,333
Sikit-sikit.

1000
01:05:18,958 --> 01:05:20,500
Itu saja awak nak cakap?

1001
01:05:20,583 --> 01:05:23,000
Tak, ada satu benda lagi.

1002
01:05:23,833 --> 01:05:26,083
Awak yang paling penting.

1003
01:05:27,416 --> 01:05:29,833
Awak, Bia, adalah yang paling penting.

1004
01:05:29,916 --> 01:05:31,666
Ingat sampai bila-bila.

1005
01:05:43,708 --> 01:05:49,875
{\an8}SUDIKAH ANDA BELA SAYA?

1006
01:05:52,541 --> 01:05:53,375
Mestilah.

1007
01:06:11,041 --> 01:06:12,708
Jalanlah. Silakan.

1008
01:06:49,500 --> 01:06:50,375
Siapa itu?

1009
01:06:51,375 --> 01:06:54,750
Hei, Bárbara. Kakak ini.

1010
01:06:54,833 --> 01:06:57,000
Kakak? Saya tiada kakak.

1011
01:06:58,875 --> 01:07:02,875
Bukalah pintu ini.
Kakak bawa sesuatu untuk kamu.

1012
01:07:04,000 --> 01:07:07,916
Saya tak nak buka
melainkan kakak bawa Tommy.

1013
01:07:08,000 --> 01:07:11,125
Tolonglah, Bárbara.
Buka pintu ini. Dua minit saja.

1014
01:07:15,750 --> 01:07:18,916
- Tak nak ajak kakak masuk?
- Tak, demi Tommy.

1015
01:07:21,625 --> 01:07:23,541
- Apa itu?
- Sebenarnya…

1016
01:07:23,625 --> 01:07:26,291
Kakak nak bincang pasal inilah.

1017
01:07:29,000 --> 01:07:33,833
Kakak tahu dia tak boleh gantikan Tommy,
tapi kakak ambil dia untuk kamu.

1018
01:07:35,625 --> 01:07:37,625
Oh, Tuhan! Kakak memang jahat!

1019
01:07:37,708 --> 01:07:41,708
Kakak ingat binatang macam perabot?
Boleh ditukar ganti?

1020
01:07:41,791 --> 01:07:45,416
Tak, kakak tahu bukan macam itu.
Tengoklah anak kucing ini.

1021
01:07:45,500 --> 01:07:48,583
Jangan harap saya akan tengok…

1022
01:07:48,666 --> 01:07:51,791
Oh, Tuhan! Kakak memang jahat!

1023
01:07:51,875 --> 01:07:53,500
Comelnya dia!

1024
01:07:53,583 --> 01:07:56,708
Oh, Tuhan. Sini dekat ibu, sayang.

1025
01:07:56,791 --> 01:08:01,875
Maafkan ibu, sayang.
Oh, Tuhan. Ibu sayang kamu.

1026
01:08:01,958 --> 01:08:03,708
Oh, Tuhan.

1027
01:08:04,500 --> 01:08:08,291
Alahai, manjanya dia. Tengoklah ini.

1028
01:08:08,375 --> 01:08:09,333
Comelnya dia.

1029
01:08:09,416 --> 01:08:10,333
Ya.

1030
01:08:11,166 --> 01:08:12,541
Kakak minta maaf, okey?

1031
01:08:13,291 --> 01:08:16,166
Maafkan kakak
sebab sakitkan hati kamu hari itu.

1032
01:08:16,250 --> 01:08:18,250
Kakak tumpang simpati untuk Tommy.

1033
01:08:18,333 --> 01:08:20,833
Kakak yang salah. Kakak memang bodoh.

1034
01:08:21,333 --> 01:08:23,500
Maaf. Kakak sayang kamu, okey?

1035
01:08:25,083 --> 01:08:27,708
Sebenarnya, doktor haiwan dah periksa.

1036
01:08:28,208 --> 01:08:33,375
Doktor cakap Tommy mati
akibat serangan jantung sebab obes.

1037
01:08:33,458 --> 01:08:36,000
Oh, Tuhan. Kasihannya kamu.

1038
01:08:36,083 --> 01:08:41,000
Saya yang salah,
tapi kakak pun salah sebab tak jaga dia.

1039
01:08:41,083 --> 01:08:42,000
Betul itu.

1040
01:08:42,083 --> 01:08:44,500
Kakak tak patut cakap semua itu.

1041
01:08:44,583 --> 01:08:47,583
Kakak memang kejam,
tapi kakak tetap kakak saya.

1042
01:08:47,666 --> 01:08:51,458
Saya tetap sayang kakak sampai bila-bila.
Kami sayang kakak.

1043
01:08:52,458 --> 01:08:54,875
- Syukurlah.
- Kita takkan pergi ke rumah Mak Cik Bia.

1044
01:08:54,958 --> 01:08:57,333
- Dia jahat!
- Hei! Kakak tak jahat.

1045
01:08:57,416 --> 01:08:58,833
- Betul.
- Tipu.

1046
01:08:58,916 --> 01:09:01,041
- Kakak nak minum?
- Lain kali.

1047
01:09:01,125 --> 01:09:03,416
Kakak ada hal penting.

1048
01:09:03,500 --> 01:09:04,333
- Okey?
- Okey.

1049
01:09:04,416 --> 01:09:05,791
- Jumpa lagi.
- Okey.

1050
01:09:06,500 --> 01:09:08,000
Ucap selamat tinggal.

1051
01:09:08,083 --> 01:09:09,750
- Selamat tinggal.
- Okey.

1052
01:09:09,833 --> 01:09:12,125
Hei, buah hati ibu.

1053
01:09:35,625 --> 01:09:38,958
Yakah? Oh, baguslah!

1054
01:09:39,041 --> 01:09:42,166
Akhirnya, orang yang diraikan dah tiba!

1055
01:09:42,250 --> 01:09:43,333
Diraikan?

1056
01:09:43,416 --> 01:09:47,000
- Ya.
- Tiada apa-apa yang nak diraikan, okey?

1057
01:09:48,291 --> 01:09:52,666
Pedro Paulo akan bankrap.
Dia tak boleh uruskan <i>Mina+ </i>tanpa saya.

1058
01:09:52,750 --> 01:09:54,708
Nasihat saya? Cabut cepat-cepat.

1059
01:09:54,791 --> 01:10:00,458
Apa pun, saya nak letak jawatan.
Apa yang saya kena sain?

1060
01:10:00,541 --> 01:10:04,958
Awak kena sain banyak dokumen.
Bukan untuk berhenti, tapi naik pangkat.

1061
01:10:05,041 --> 01:10:07,666
Awak lulus ujian
untuk jadi rakan niaga saya.

1062
01:10:10,916 --> 01:10:14,458
- Pedro Paulo?
- Saya dah beli <i>Mina+ </i>dan pecat dia.

1063
01:10:15,041 --> 01:10:15,916
Tipulah.

1064
01:10:16,500 --> 01:10:18,083
Apa? Mustahillah!

1065
01:10:18,166 --> 01:10:22,583
Semua pelabur <i>Mina+</i>
ialah lelaki-lelaki tua yang seksis.

1066
01:10:22,666 --> 01:10:25,583
Macam mana mereka boleh sokong awak?

1067
01:10:25,666 --> 01:10:28,708
Semua staf perempuan <i>Mina+</i>
pergi jumpa Dewi Pussy.

1068
01:10:28,791 --> 01:10:33,708
Kemudian, mereka buat aduan pasal Pedro.
Selepas itu, ahli lembaga setuju.

1069
01:10:34,333 --> 01:10:36,916
Sekarang, macam mana?
Awak setuju atau tak?

1070
01:10:38,541 --> 01:10:42,416
Sebelum apa-apa, saya hargai tawaran awak

1071
01:10:42,500 --> 01:10:48,041
dan sejujurnya saya sangat malu
sebab nilai awak sebelum kenal awak.

1072
01:10:48,125 --> 01:10:52,208
Maafkan saya, tapi saya rasa…

1073
01:10:53,041 --> 01:10:56,375
Perspektif kita sangat berbeza, betul?

1074
01:10:56,458 --> 01:10:59,000
Tak, Bia. Saya perlukan orang macam awak.

1075
01:10:59,083 --> 01:11:02,583
Seseorang yang percaya
cerita bukan sebaris dua saja

1076
01:11:02,666 --> 01:11:05,500
dan lebih suka temu bual yang mendalam.

1077
01:11:05,583 --> 01:11:07,416
Kita saling melengkapi, Bia.

1078
01:11:08,166 --> 01:11:09,916
Pertimbangkannya, okey?

1079
01:11:11,791 --> 01:11:14,125
Okey, saya akan pertimbangkannya.

1080
01:11:14,208 --> 01:11:15,750
Pasal video-video awak…

1081
01:11:16,500 --> 01:11:19,375
Kalau dengan bunyi, ada juga pengisiannya.

1082
01:11:19,458 --> 01:11:21,000
Tak! Tunggu!

1083
01:11:21,083 --> 01:11:23,500
- Saya nak rakam!
- Saya dah agak! Jangan!

1084
01:11:23,583 --> 01:11:25,250
Jangan! Jangan rakam.

1085
01:11:25,333 --> 01:11:26,541
- Alahai…
- Paloma?

1086
01:11:27,708 --> 01:11:29,541
Boleh saya cakap dengan Bia?

1087
01:11:35,125 --> 01:11:36,375
Saya minta diri dulu.

1088
01:11:38,041 --> 01:11:38,875
Gabriel.

1089
01:11:39,458 --> 01:11:41,666
- Apa khabar, Bia?
- Biasa saja.

1090
01:11:41,750 --> 01:11:45,208
Saya nak minta maaf
sebab marah awak hari itu.

1091
01:11:45,291 --> 01:11:50,291
Saya tak menyesal cakap semua itu,
tapi penyampaian saya kurang sesuai.

1092
01:11:50,375 --> 01:11:53,208
Saya juga nak ucapkan
selamat pengantin baharu

1093
01:11:53,291 --> 01:11:55,708
kepada awak dan Valentina.

1094
01:11:57,000 --> 01:12:00,833
- Okey.
- Awak pun kena pecat?

1095
01:12:00,916 --> 01:12:03,833
Tak.

1096
01:12:03,916 --> 01:12:08,083
Paloma tak pecat saya,
tapi dia akan nilai prestasi saya.

1097
01:12:08,166 --> 01:12:09,083
Baguslah.

1098
01:12:10,083 --> 01:12:12,000
Makin lama, saya makin suka dia.

1099
01:12:12,666 --> 01:12:16,500
Satu lagi, Bia.
Valentina cakap dia perlukan masa.

1100
01:12:16,583 --> 01:12:21,083
Syukurlah dia minta masa sebab saya…

1101
01:12:21,583 --> 01:12:24,166
Saya keliru. Perasaan saya bercampur baur.

1102
01:12:24,750 --> 01:12:27,375
Awak nak makan dengan saya malam ini?

1103
01:12:28,458 --> 01:12:29,958
Gabriel, saya tak…

1104
01:12:30,708 --> 01:12:32,041
Entahlah.

1105
01:12:33,916 --> 01:12:39,250
Saya bukan perempuan yang baik
dan saya takkan ubah diri saya sebab awak.

1106
01:12:40,791 --> 01:12:42,833
Saya suka diri saya yang sekarang.

1107
01:12:43,708 --> 01:12:47,833
Walaupun agak garang, lancang

1108
01:12:48,791 --> 01:12:51,083
dan dengan semua

1109
01:12:51,958 --> 01:12:55,041
perubahan dan pembaharuan
dalam hidup saya, saya…

1110
01:12:57,875 --> 01:13:00,291
Dada saya dah tak sakit lagi

1111
01:13:00,958 --> 01:13:02,166
dan itu agak…

1112
01:13:02,958 --> 01:13:04,041
Saya gembira.

1113
01:13:04,625 --> 01:13:07,291
Saya suka awak seadanya, Bia,
sejak dulu lagi.

1114
01:13:08,083 --> 01:13:10,208
Saya tak pernah berhenti mencintai awak.

1115
01:13:14,166 --> 01:13:15,625
Nanti saya telefon.

1116
01:13:31,500 --> 01:13:33,625
- Apa ini?
- Sini! Ada kejutan.

1117
01:13:34,791 --> 01:13:36,000
Buka peti sejuk.

1118
01:13:49,958 --> 01:13:51,000
Ikut saya.

1119
01:13:52,541 --> 01:13:53,458
Cuba rasa.

1120
01:14:00,375 --> 01:14:01,250
Macam mana?

1121
01:14:02,166 --> 01:14:03,208
Suam.

1122
01:14:03,291 --> 01:14:05,958
Saya dah bayar bil.
Awak tak perlu risau lagi.

1123
01:14:06,666 --> 01:14:09,750
Awak mesti terharu.
Ikut saya ke ruang tamu.

1124
01:14:10,250 --> 01:14:11,125
Sinilah.

1125
01:14:11,916 --> 01:14:12,791
Sinilah, Bia!

1126
01:14:15,625 --> 01:14:16,916
Tajuknya, "Bia,

1127
01:14:18,083 --> 01:14:19,458
aku cinta padamu."

1128
01:14:19,541 --> 01:14:20,583
Yalah.

1129
01:14:20,666 --> 01:14:25,208
Garisan merah ini simbolik
untuk darah haid saya?

1130
01:14:25,291 --> 01:14:28,541
- Tak, Bia. Saya minta maaf, okey?
- PMS saya?

1131
01:14:29,541 --> 01:14:31,000
Kita cuba lagi, okey?

1132
01:14:31,083 --> 01:14:34,208
Jangan ingat saya lupa apa
yang awak cakap hari itu.

1133
01:14:34,750 --> 01:14:36,791
- Antônio…
- Jangan! Tunggu dulu.

1134
01:14:36,875 --> 01:14:38,625
Kejutan terakhir. Saya janji.

1135
01:14:38,708 --> 01:14:40,125
Yang terakhir. Sini.

1136
01:14:42,875 --> 01:14:45,416
Saya masak pasta
kegemaran awak, <i>puttanesca.</i>

1137
01:14:50,041 --> 01:14:50,958
Awak nak makan?

1138
01:14:51,625 --> 01:14:53,958
Berdua, macam dulu.

1139
01:14:54,708 --> 01:14:55,708
Sedapnya.

1140
01:14:58,750 --> 01:15:00,125
Cantiknya isteri saya.

1141
01:15:02,458 --> 01:15:04,125
Awak suka pasta ini?

1142
01:15:04,750 --> 01:15:05,708
Dahlah.

1143
01:15:05,791 --> 01:15:08,500
Makanlah sikit lagi. Awak suka <i>puttanesca.</i>

1144
01:15:08,583 --> 01:15:09,708
Saya dah bosan.

1145
01:15:11,916 --> 01:15:17,208
Saya dah bosan dengan awak,
pasta ini dan rumah tangga kita.

1146
01:15:17,291 --> 01:15:18,166
Tak, Bia.

1147
01:15:19,500 --> 01:15:22,333
- Dahlah, Antônio.
- Saya janji akan berubah.

1148
01:15:22,416 --> 01:15:23,458
Saya percaya.

1149
01:15:24,166 --> 01:15:26,958
Saya percaya manusia boleh berubah.

1150
01:15:27,041 --> 01:15:30,125
Baguslah macam itu,
tapi bukan dalam hubungan ini.

1151
01:15:30,208 --> 01:15:34,791
Hubungan ini
dah tak dapat diselamatkan. Saya…

1152
01:15:35,875 --> 01:15:37,541
Saya dah tak cintakan awak.

1153
01:15:39,083 --> 01:15:40,833
Cinta saya dah pudar.

1154
01:15:41,625 --> 01:15:42,583
Cukuplah.

1155
01:15:42,666 --> 01:15:46,250
Tak, cinta boleh berputik semula.
Percayalah, Bia.

1156
01:15:46,333 --> 01:15:50,000
Macam ilham saya
yang muncul semula selepas lima tahun.

1157
01:15:50,083 --> 01:15:52,041
Kali ini, lebih hebat.

1158
01:15:52,958 --> 01:15:54,833
Semuanya boleh kembali, Bia.

1159
01:15:55,625 --> 01:15:56,583
Percayalah.

1160
01:15:59,041 --> 01:16:01,541
Saya tak sangka akan cakap macam ini,

1161
01:16:02,125 --> 01:16:06,000
tapi tengok muka awak
yang kacak itu pun saya dah meluat.

1162
01:16:11,625 --> 01:16:13,083
Ingat waktu kita baru kenal?

1163
01:16:14,083 --> 01:16:16,375
Kita kongkek siang malam.

1164
01:16:17,541 --> 01:16:18,916
Indahnya saat itu.

1165
01:16:21,916 --> 01:16:23,500
Jangan lupa, Bia.

1166
01:16:24,625 --> 01:16:27,041
Saya takkan lupa pengakhiran kita.

1167
01:16:27,125 --> 01:16:29,958
Perasaan itu hilang
sebab semuanya dah terlambat.

1168
01:16:31,416 --> 01:16:32,250
Cukuplah.

1169
01:16:34,000 --> 01:16:35,291
Setakat ini saja.

1170
01:16:43,041 --> 01:16:45,750
- Tunggu! Awak nak pergi mana?
- Turun bawah.

1171
01:16:45,833 --> 01:16:49,166
Saya nak keluar
sementara awak basuh pinggan,

1172
01:16:49,250 --> 01:16:51,083
kemas barang awak dan berambus.

1173
01:17:17,500 --> 01:17:19,166
- Bu!
- Oh, Puan Bia!

1174
01:17:20,291 --> 01:17:22,958
Sebelum Antônio keluar dari lobi ini,

1175
01:17:23,041 --> 01:17:26,250
beritahu dia
jangan jejakkan lagi kaki ke sini.

1176
01:17:26,333 --> 01:17:29,166
- Okey, puan.
- Termasuklah anak dia.

1177
01:17:29,250 --> 01:17:31,208
- Okey, puan.
- Faham?

1178
01:17:31,291 --> 01:17:33,166
- Okey, puan.
- Faham? Bagus.

1179
01:17:33,958 --> 01:17:36,916
BIA, INI VALENTINA.
BOLEH TURUN? ADA HAL SIKIT.

1180
01:17:53,666 --> 01:17:54,708
- Hei.
- Masuklah.

1181
01:18:01,875 --> 01:18:03,333
Ada apa, Valentina?

1182
01:18:07,291 --> 01:18:10,250
Bia, saya datang sebab nak minta maaf.

1183
01:18:11,208 --> 01:18:13,750
Selama ini, saya hidup
dalam kepura-puraan.

1184
01:18:13,833 --> 01:18:17,375
Sebenarnya, saya tak suka awak.
Awak pun tahu.

1185
01:18:17,458 --> 01:18:19,583
Awak tahu saya tak suka awak.

1186
01:18:20,083 --> 01:18:23,625
Saya datang ke sini
sebab nak beritahu awak depan-depan.

1187
01:18:24,333 --> 01:18:25,625
Okey, Valentina.

1188
01:18:26,166 --> 01:18:29,500
Saya tak kisah pun
kalau awak tak suka saya.

1189
01:18:29,583 --> 01:18:31,291
Sekarang, buka pintu ini.

1190
01:18:31,791 --> 01:18:33,125
Tak nak.

1191
01:18:33,208 --> 01:18:35,750
Sebenarnya, saya belum habis cakap.

1192
01:18:35,833 --> 01:18:40,375
Saya nak cakap yang awak angkuh
sebab menilai saya selama ini.

1193
01:18:40,458 --> 01:18:43,541
Ya, dulu ibu bapa saya kaya,
tapi mereka dah bankrap.

1194
01:18:43,625 --> 01:18:47,166
Saya kerja keras untuk sara ibu
dan bayar yuran adik saya,

1195
01:18:47,250 --> 01:18:52,208
sementara awak pandang saya sebelah mata
dengan penuh bongkak.

1196
01:18:52,291 --> 01:18:54,250
Sebab awak kerja untuk <i>Mina+?</i>

1197
01:18:54,333 --> 01:18:56,583
Seriuslah, Valentina?

1198
01:18:57,416 --> 01:18:58,625
Awak jumpa Dewi Pussy.

1199
01:18:59,541 --> 01:19:00,416
Mana awak tahu?

1200
01:19:00,500 --> 01:19:01,875
Tengoklah muka awak.

1201
01:19:01,958 --> 01:19:05,916
Dari luaran, ia sesuatu
yang indah untuk dipandang.

1202
01:19:06,000 --> 01:19:08,583
Seriuslah, Bia? Awak pun pernah jumpa dia?

1203
01:19:08,666 --> 01:19:13,125
Sebab dialah saya berani mengamuk
dan hentam Pedro Paulo hari itu.

1204
01:19:13,208 --> 01:19:15,333
- Gilalah!
- Biar betul?

1205
01:19:15,416 --> 01:19:18,250
Saya minta maaf sebab menilai awak.

1206
01:19:18,333 --> 01:19:20,916
- Tak…
- Okey? Saya betul-betul minta maaf.

1207
01:19:21,500 --> 01:19:22,416
Saya suka awak.

1208
01:19:22,500 --> 01:19:23,416
Yakah?

1209
01:19:23,916 --> 01:19:25,625
Okey, saya terima.

1210
01:19:27,625 --> 01:19:29,916
- Dewi Pussy, ya?
- Oh, Tuhan.

1211
01:19:30,000 --> 01:19:32,791
- Lelaki suka kita bergaduh, bukan?
- Ya.

1212
01:19:32,875 --> 01:19:36,583
Gabriel cakap saya tak boleh benci awak

1213
01:19:36,666 --> 01:19:39,500
sebab kebencian itu
akan buat muka saya berkedut.

1214
01:19:39,583 --> 01:19:41,125
- Yakah?
- Ya.

1215
01:19:41,208 --> 01:19:43,583
Dia tak pernah cuba ubah persepsi saya.

1216
01:19:43,666 --> 01:19:45,125
Yalah, saya pun sama.

1217
01:19:45,208 --> 01:19:50,000
Setiap kali saya beritahu dia
awak anak orang kaya yang mengada-ngada,

1218
01:19:50,083 --> 01:19:51,750
dia tak pernah bela awak.

1219
01:19:51,833 --> 01:19:55,958
Dia tak pernah cakap awak kerja keras
untuk sara keluarga awak.

1220
01:19:56,041 --> 01:19:57,875
Setiap kali saya maki awak,

1221
01:19:57,958 --> 01:20:01,375
dia suruh saya berhenti
sebab saya wanita yang ada kelas.

1222
01:20:02,083 --> 01:20:03,833
- Kelaslah sangat.
- Ya.

1223
01:20:03,916 --> 01:20:05,875
Sejujurnya, awak pandai mencarut.

1224
01:20:05,958 --> 01:20:09,208
Seronok, bukan?
Biasalah perempuan mencarut.

1225
01:20:09,291 --> 01:20:11,083
- Sial!
- Tak guna!

1226
01:20:11,166 --> 01:20:12,625
"Tak guna" itu lembut.

1227
01:20:12,708 --> 01:20:14,041
- Kasar sikit.
- Okey.

1228
01:20:14,125 --> 01:20:17,333
- Pilih perkataan yang lebih kasar.
- Okey.

1229
01:20:18,500 --> 01:20:22,250
Macam mana awak dengan Gabriel?
Dia cakap awak minta masa.

1230
01:20:22,958 --> 01:20:23,833
Yakah?

1231
01:20:25,458 --> 01:20:27,916
Gilalah. Saya baru tahu, Bia.

1232
01:20:31,458 --> 01:20:32,666
Panjang umur.

1233
01:20:33,250 --> 01:20:35,416
{\an8}GABRIEL
SAYA DATANG SEKARANG

1234
01:20:38,833 --> 01:20:40,458
Apa awak buat di sini?

1235
01:20:40,541 --> 01:20:42,333
Mana awak tahu saya di sini?

1236
01:20:42,416 --> 01:20:45,541
Saya pasang GPS pada kereta awak.

1237
01:20:45,625 --> 01:20:48,833
Saya risau. Setiap hari awak balik lambat.

1238
01:20:48,916 --> 01:20:51,291
Saya takut awak kena culik atau apa-apa.

1239
01:20:51,375 --> 01:20:54,708
Seriuslah, Gabriel?
Awak pasang GPS? Itu salah!

1240
01:20:54,791 --> 01:20:57,250
Kenapa awak beritahu Bia saya minta masa?

1241
01:20:57,833 --> 01:20:59,333
Sebab saya ragu-ragu.

1242
01:20:59,416 --> 01:21:01,958
Sebab saya seksis.
Macam awak cakap, bukan?

1243
01:21:02,041 --> 01:21:04,333
Tapi, saya cintakan kamu berdua.

1244
01:21:04,916 --> 01:21:07,791
Percayalah.
Salahkah saya cintakan kamu berdua?

1245
01:21:07,875 --> 01:21:11,125
Saya lelaki tak guna
sebab jatuh cinta pada dua wanita?

1246
01:21:11,208 --> 01:21:12,625
Entahlah, Gabriel.

1247
01:21:12,708 --> 01:21:17,208
Kalau macam itu,
Valentina pun boleh cintakan orang lain?

1248
01:21:17,291 --> 01:21:22,125
Lagi senang macam itu.
Bukankah kamu berdua dah berbaik?

1249
01:21:22,208 --> 01:21:24,250
Apa kata kita bertiga bersama?

1250
01:21:24,750 --> 01:21:27,041
Kita boleh kongkek bertiga.

1251
01:21:27,125 --> 01:21:28,541
- Apa?
- Apa salahnya?

1252
01:21:28,625 --> 01:21:30,500
- Apa jadah?
- Saya tak kisah.

1253
01:21:30,583 --> 01:21:31,750
- Sayang.
- Cakap!

1254
01:21:31,833 --> 01:21:35,708
Biar saya jelaskan maksud Bia
sebab nampaknya awak tak faham.

1255
01:21:35,791 --> 01:21:40,250
Kalau saya nak serahkan jiwa
dan raga saya…

1256
01:21:40,333 --> 01:21:41,166
Valentina…

1257
01:21:41,250 --> 01:21:45,041
…kepada lelaki lain sementara awak,
Encik Hubungan Terbuka,

1258
01:21:45,125 --> 01:21:49,250
beritahu Bia kononnya saya perlukan masa
supaya awak boleh bersama dia,

1259
01:21:49,333 --> 01:21:50,333
awak tak kisah?

1260
01:21:50,416 --> 01:21:53,625
Atau awak saja
yang boleh ada ramai pasangan?

1261
01:21:53,708 --> 01:21:56,166
Valentina, kenapa cakap macam itu?

1262
01:21:57,000 --> 01:22:01,958
Kalau awak ada lelaki lain,
jangan harap saya nak kahwin dengan awak.

1263
01:22:02,041 --> 01:22:06,208
- Tiada parti, kek…
- Tunggu. Jangan risau, sayang.

1264
01:22:06,291 --> 01:22:10,708
Saya akan buat apa yang perempuan
sejak zaman moyang saya buat,

1265
01:22:10,791 --> 01:22:13,500
iaitu memudahkan kerja lelaki.

1266
01:22:13,583 --> 01:22:17,250
Kita putus, Gabriel.
Saya pun tak nak kahwin dengan awak.

1267
01:22:17,333 --> 01:22:18,541
Kita putus, okey?

1268
01:22:18,625 --> 01:22:20,541
- Valentina…
- Hebatnya awak.

1269
01:22:20,625 --> 01:22:21,875
Valentina, tunggu.

1270
01:22:21,958 --> 01:22:23,166
Hebat betul.

1271
01:22:23,833 --> 01:22:26,208
Susah jadi lelaki zaman sekarang.

1272
01:22:27,166 --> 01:22:29,791
Awak nak kongsi Uber? Saya tiada duit.

1273
01:22:30,375 --> 01:22:32,583
Terima kasih saja. Saya ada duit.

1274
01:22:34,625 --> 01:22:35,583
Semoga berjaya.

1275
01:22:40,875 --> 01:22:43,125
Hei, Bia. Tunggu.

1276
01:22:43,208 --> 01:22:44,291
Tolonglah, Bia.

1277
01:22:45,541 --> 01:22:46,375
Nampak?

1278
01:22:47,458 --> 01:22:51,000
Awak tinggalkan Antônio.
Saya pun dah tinggalkan Valentina…

1279
01:22:52,416 --> 01:22:54,583
Jodoh kita memang kuat, bukan?

1280
01:22:55,166 --> 01:22:56,000
Betul?

1281
01:22:56,750 --> 01:22:58,416
Awak tinggalkan Valentina?

1282
01:22:59,000 --> 01:23:00,375
Tolonglah, Gabriel.

1283
01:23:00,458 --> 01:23:03,833
Dasar lelaki lidah bercabang!

1284
01:23:03,916 --> 01:23:07,416
- Malulah sikit.
- Saya tak boleh hidup tanpa kamu berdua.

1285
01:23:07,500 --> 01:23:09,666
Awak boleh hidup tanpa kami.

1286
01:23:09,750 --> 01:23:12,166
Oh, ya! Sebelum terlupa.

1287
01:23:12,250 --> 01:23:15,375
Saya terima tawaran Paloma
untuk jadi rakan niaga dia,

1288
01:23:15,458 --> 01:23:17,625
jadi mulai sekarang, sayang,

1289
01:23:17,708 --> 01:23:21,000
awak boleh mula cari kerja lain.

1290
01:23:21,083 --> 01:23:22,291
Awak dipecat.

1291
01:23:23,375 --> 01:23:26,458
Bia. Tolonglah, Bia.
Jangan buat saya macam ini!

1292
01:23:26,958 --> 01:23:27,916
Seriuslah?

1293
01:23:35,958 --> 01:23:36,958
…sebuah revolusi.

1294
01:23:37,041 --> 01:23:43,125
DEWI PUSSY:
MENCINTAI DIRIMU ADALAH SEBUAH REVOLUSI

1295
01:23:43,208 --> 01:23:47,375
{\an8}ROBERTA MUNHOZ:
SAYA BUANG TELEFON DAN TEMUI DIRI SAYA

1296
01:24:10,625 --> 01:24:12,666
DEWI PUSSY

1297
01:24:44,041 --> 01:24:46,916
- Saya setuju jadi rakan niaga awak.
- Salah itu.

1298
01:24:47,000 --> 01:24:51,500
Saya nak awak jadi CEO, bos,
naib presiden atau apa-apa sajalah.

1299
01:24:51,583 --> 01:24:54,750
Presiden? Presiden syarikat ini.

1300
01:24:55,250 --> 01:24:58,500
Bia, saya ada duit
dan banyak idea yang menarik…

1301
01:24:58,583 --> 01:24:59,416
Betul.

1302
01:24:59,500 --> 01:25:04,166
…tapi saya baru beli tiga syarikat lain
yang nyaris bankrap disebabkan lelaki.

1303
01:25:04,250 --> 01:25:05,083
Oh, Tuhan.

1304
01:25:05,166 --> 01:25:10,000
Mungkin ini masalah generasi awak,
tapi saya perlukan awak.

1305
01:25:10,083 --> 01:25:14,708
Saya takkan kecewakan awak,
tapi saya nak tanya sesuatu dulu.

1306
01:25:14,791 --> 01:25:18,333
Saya takkan masuk campur
dalam idea dan keputusan awak.

1307
01:25:18,416 --> 01:25:20,583
Di sini, gaji awak paling tinggi.

1308
01:25:20,666 --> 01:25:23,041
Tak, bukan pasal itu.

1309
01:25:23,125 --> 01:25:25,250
Saya nak cuti seminggu.

1310
01:25:26,666 --> 01:25:28,083
- Cuti, Bia?
- Ya.

1311
01:25:28,166 --> 01:25:29,000
Tak boleh?

1312
01:25:29,625 --> 01:25:34,500
Cuti? Ini syarikat awak!
Buatlah apa pun yang awak suka.

1313
01:25:35,791 --> 01:25:37,458
Suka hati awaklah. Tengok.

1314
01:25:41,375 --> 01:25:43,208
Awak nak keluar ambil angin?

1315
01:25:44,166 --> 01:25:49,166
Bukankah ini kunci BMW Pedro Paulo?

1316
01:25:50,541 --> 01:25:52,291
Ini kunci BMW awak.

1317
01:25:53,500 --> 01:25:54,583
Tipulah.

1318
01:32:19,458 --> 01:32:24,458
Terjemahan sari kata oleh Saffura



