1
00:00:02,000 --> 00:00:07,000
Downloaded from
YTS.MX

2
00:00:06,047 --> 00:00:09,759
SEMUA MESEJ TEKS
DALAM FILEM INI ADALAH BENAR

3
00:00:08,000 --> 00:00:13,000
Official YIFY movies site:
YTS.MX

4
00:00:13,805 --> 00:00:14,889
- Tutup?
- Ya.

5
00:00:15,807 --> 00:00:16,766
Bagus.

6
00:00:17,350 --> 00:00:19,352
Nama saya Lauryn Licari.

7
00:00:19,936 --> 00:00:22,689
Saya membesar di Beal City, Michigan.

8
00:00:22,772 --> 00:00:24,733
KEDAI ARAK M&P

9
00:00:25,817 --> 00:00:29,904
Bandar ini sangat kecil.
Ada satu lampu isyarat dan dua bar.

10
00:00:32,615 --> 00:00:34,993
Saya pelajar Sekolah Tinggi Beal City.

11
00:00:35,076 --> 00:00:38,204
Ini sekolah kecil di bandar kecil

12
00:00:38,288 --> 00:00:40,832
dan semua orang kenal satu sama lain.

13
00:00:40,915 --> 00:00:42,917
Nama saya Sophie Weber.

14
00:00:43,001 --> 00:00:48,214
Saya belajar di Sekolah Tinggi Beal City
dengan Owen, Macy dan Lauryn.

15
00:00:48,298 --> 00:00:54,095
Tiada apa boleh dibuat di kawasan ini
selain berjalan-jalan di pekan.

16
00:00:54,846 --> 00:00:57,932
Semua orang suka bercerita
tentang hal orang lain.

17
00:00:58,016 --> 00:00:59,100
Ibu bapa pun sama.

18
00:00:59,184 --> 00:01:03,438
Mereka bergosip tentang aktiviti remaja.

19
00:01:03,521 --> 00:01:06,858
Anak-anak pun terikut
perangai negatif mereka.

20
00:01:07,442 --> 00:01:10,987
Ramai orang guna telefon
sehingga 13 jam sehari.

21
00:01:11,071 --> 00:01:13,156
Saya rasa itu agak keterlaluan.

22
00:01:13,239 --> 00:01:15,033
Saya suka main telefon.

23
00:01:15,116 --> 00:01:17,911
Saya suka guna TikTok dan Snapchat.

24
00:01:17,994 --> 00:01:19,871
Saya suka mesej kawan saya.

25
00:01:19,954 --> 00:01:23,875
Orang sekarang cuma berkomunikasi
melalui telefon.

26
00:01:28,379 --> 00:01:30,423
Saya dapat telefon semasa usia 13 tahun.

27
00:01:30,507 --> 00:01:33,593
Semua orang ada telefon.
Saya tak nak ketinggalan.

28
00:01:33,676 --> 00:01:37,013
Media sosial sangat popular dengan remaja

29
00:01:37,097 --> 00:01:39,516
dan saya cuma nak ikut zaman.

30
00:01:42,811 --> 00:01:46,231
Telefon berguna
untuk berkomunikasi dengan kawan,

31
00:01:46,314 --> 00:01:49,901
tapi ia juga boleh jadi alat
yang berbahaya.

32
00:01:49,984 --> 00:01:51,361
Tak sangka telefon

33
00:01:51,444 --> 00:01:54,114
boleh bawa bencana besar
kepada hidup saya.

34
00:01:55,240 --> 00:01:56,282
NOMBOR TAK DIKETAHUI

35
00:01:56,366 --> 00:01:59,577
<i>Kau orang paling hodoh aku pernah jumpa.</i>

36
00:02:00,411 --> 00:02:04,207
Gadis sekolah tinggi di Michigan
dibuli siber lebih setahun.

37
00:02:04,290 --> 00:02:07,043
Identiti suspeknya
mengejutkan semua orang.

38
00:02:08,002 --> 00:02:11,089
Ada butiran dalam beberapa mesej

39
00:02:11,172 --> 00:02:15,051
yang menunjukkan seolah-olah
pelaku itu menghendap mereka.

40
00:02:15,635 --> 00:02:18,054
Kami perlu berhati-hati bercakap

41
00:02:18,138 --> 00:02:20,098
supaya tak nampak bersalah.

42
00:02:22,016 --> 00:02:25,145
Ada 40, 50 mesej sehari.

43
00:02:26,229 --> 00:02:29,107
Apabila polis negeri dan FBI terlibat,

44
00:02:29,190 --> 00:02:31,901
keadaan jadi semakin teruk.

45
00:02:31,985 --> 00:02:34,737
Awak pernah hantar mesej begini
kepada mereka?

46
00:02:34,821 --> 00:02:36,698
Kes menghendap ialah feloni.

47
00:02:36,781 --> 00:02:38,992
Saya perlu pastikan awak selamat.

48
00:02:39,075 --> 00:02:40,994
Semakin ramai kawan kita ada,

49
00:02:41,077 --> 00:02:44,205
semakin mudah mereka khianati kita.

50
00:02:44,289 --> 00:02:46,916
Tak sangka perkara begitu berlaku di Beal.

51
00:02:47,917 --> 00:02:50,420
Keadaan akan jadi lebih teruk.

52
00:03:03,266 --> 00:03:06,769
OKTOBER 2020

53
00:03:07,395 --> 00:03:10,857
Ada gadis kelas saya
adakan parti Halloween setiap tahun.

54
00:03:10,940 --> 00:03:14,110
Semua rakan sekelas
serta ibu bapa akan pergi.

55
00:03:15,820 --> 00:03:18,573
Saya dan Lauryn
dah hampir setahun bercinta.

56
00:03:19,073 --> 00:03:21,034
Dia tak dijemput,

57
00:03:21,534 --> 00:03:23,703
tapi saya ajak dia,

58
00:03:23,786 --> 00:03:25,997
"Jika saya pergi, awak perlu ikut."

59
00:03:26,706 --> 00:03:29,334
Saya tak nak pergi ke parti Halloween.

60
00:03:29,918 --> 00:03:32,462
Dia tak suka perempuan sebaya kami.

61
00:03:32,545 --> 00:03:34,839
Dia cuma nak bersama saya saja.

62
00:03:37,800 --> 00:03:40,470
Dua minggu sebelum parti Halloween,

63
00:03:41,095 --> 00:03:44,474
kami dapat mesej daripada nombor
tak dikenali dalam kumpulan sembang.

64
00:03:45,600 --> 00:03:48,102
<i>Hai, Lauryn. Owen nak berpisah dengan kau.</i>

65
00:03:48,186 --> 00:03:49,854
3 ORANG
NOMBOR TIDAK DIKENALI

66
00:03:49,938 --> 00:03:53,816
<i>Dia dah tak suka kau</i>
<i>dan dah lama tak suka kau.</i>

67
00:03:54,692 --> 00:03:56,444
<i>Jelas sekali dia suka aku.</i>

68
00:03:58,071 --> 00:04:01,366
<i>Dia ketawa, senyum, sentuh rambut aku.</i>

69
00:04:03,117 --> 00:04:07,413
<i>Aku tak tahu apa dia beritahu kau,</i>
<i>tapi dia akan datang ke parti Halloween</i>

70
00:04:07,497 --> 00:04:09,374
<i>dan kami akan berasmara.</i>

71
00:04:10,041 --> 00:04:13,670
<i>Kau gadis yang baik,</i>
<i>tapi aku boleh penuhi keinginannya.</i>

72
00:04:13,753 --> 00:04:15,546
<i>Padan muka!</i>

73
00:04:17,131 --> 00:04:20,260
Saya tak tahu siapa penghantar mesej itu.

74
00:04:20,760 --> 00:04:24,389
Mungkin kawan kami
cuma nak kacau saya dan Owen.

75
00:04:24,472 --> 00:04:27,850
Saya tanya Khloe,
sebab kami kawan baik dan itu partinya.

76
00:04:27,934 --> 00:04:30,061
Saya tanya, "Awak tahu siapa hantar?

77
00:04:30,144 --> 00:04:33,189
Awakkah yang hantar?"
Saya tanya-tanya orang.

78
00:04:33,773 --> 00:04:36,859
Saya pun kata, "Ia akan berhenti.
Beri sedikit masa."

79
00:04:37,819 --> 00:04:40,738
Selepas parti Halloween,
kami dah tak terima mesej

80
00:04:40,822 --> 00:04:42,323
dan keadaan semakin baik.

81
00:04:42,407 --> 00:04:46,160
Semuanya normal di sekolah.
Semua orang berkawan.

82
00:04:46,244 --> 00:04:51,541
Tiada pergaduhan yang boleh menjelaskan
punca mesej itu dihantar.

83
00:04:51,624 --> 00:04:54,252
Saya sebenarnya teruja
untuk masuk gred baru,

84
00:04:54,335 --> 00:04:56,546
tapi selepas hampir setahun,

85
00:04:56,629 --> 00:04:58,339
mesej itu muncul kembali.

86
00:05:00,383 --> 00:05:06,097
11 BULAN SEJAK MESEJ BERMULA

87
00:05:07,598 --> 00:05:09,392
<i>Apa khabar pasangan "bahagia"?</i>

88
00:05:09,934 --> 00:05:12,895
<i>Adakah kisah cinta agung</i>
<i>dah hampir berakhir?</i>

89
00:05:13,604 --> 00:05:16,399
<i>Orang selalu kata</i>
<i>kamu pasangan sehidup semati.</i>

90
00:05:17,317 --> 00:05:21,070
KAMI TAK NAK DENGAR LAGI

91
00:05:21,654 --> 00:05:25,408
<i>Owen cintakan aku</i>
<i>dan aku akan sentiasa jadi kekasihnya.</i>

92
00:05:25,491 --> 00:05:29,746
<i>Dia akan bersama aku sementara kau</i>
<i>yang hodoh tinggal sendirian.</i>

93
00:05:30,371 --> 00:05:33,666
Penghantarnya macam cuba
putuskan hubungan saya dan Owen.

94
00:05:33,750 --> 00:05:36,044
Saya tahu saya tak kenal orang itu.

95
00:05:36,127 --> 00:05:38,963
Jika tak, nombornya tentu ada
dalam telefon saya.

96
00:05:39,589 --> 00:05:43,551
Saya tak tahu apa tujuannya.
Dia mula mesej sebelum parti Halloween.

97
00:05:43,634 --> 00:05:46,637
Saya ingat habis di situ saja,
tapi dia hantar lagi.

98
00:05:48,973 --> 00:05:54,228
Saya nak dia jawab telefon
supaya kami boleh tahu orangnya,

99
00:05:55,646 --> 00:05:59,108
tapi dia cuma mesej kami
selepas kami telefon dia.

100
00:05:59,942 --> 00:06:01,611
Dia tak jawab telefon.

101
00:06:02,320 --> 00:06:06,115
<i>Lo, janganlah telefon lagi.</i>
<i>Aku takkan jawab.</i>

102
00:06:06,783 --> 00:06:10,912
Penghantar mesej itu selalu guna
nama panggilan saya, Lo.

103
00:06:11,412 --> 00:06:15,917
Sebab itulah saya syak
penghantarnya kenal saya

104
00:06:16,000 --> 00:06:17,877
atau pernah jadi kawan rapat.

105
00:06:20,296 --> 00:06:24,300
Saya dapat sekurang-kurangnya
enam mesej sehari.

106
00:06:24,384 --> 00:06:25,635
Saya sangat geram

107
00:06:25,718 --> 00:06:28,137
kerana saya tahu Owen tak terlibat.

108
00:06:28,221 --> 00:06:30,556
Saya tahu dia pun bingung.

109
00:06:31,891 --> 00:06:33,059
Sebelum semua ini,

110
00:06:33,142 --> 00:06:36,229
saya seronok bercinta dengan Owen.

111
00:06:36,312 --> 00:06:37,855
Hidup saya bahagia.

112
00:06:37,939 --> 00:06:40,566
AKU GADISMU
KAU MILIKKU

113
00:06:40,650 --> 00:06:44,195
Saya kenal Owen semasa gred tujuh
ketika umur saya 12 tahun.

114
00:06:49,283 --> 00:06:50,576
Saya rasa dia comel.

115
00:06:51,285 --> 00:06:54,372
Lauryn pemalu, tapi dia baik.

116
00:06:54,455 --> 00:06:55,415
Dia penyayang.

117
00:06:55,498 --> 00:06:58,251
Kami selalu berbual

118
00:06:58,334 --> 00:07:01,212
dan satu hari, saya ajak dia keluar.

119
00:07:01,295 --> 00:07:03,631
Saya cemas.

120
00:07:03,714 --> 00:07:06,801
Saya tak tahu jika saya bersedia.
Saya sangat malu.

121
00:07:08,386 --> 00:07:10,930
Lauryn mula rapat
dengan budak bernama Owen.

122
00:07:11,013 --> 00:07:13,224
Saya kata, "Awak rapat dengan lelaki?

123
00:07:13,307 --> 00:07:14,308
Awak budak lagi."

124
00:07:14,392 --> 00:07:15,893
Ayah mestilah risau.

125
00:07:15,977 --> 00:07:19,188
Minat mereka sama. Mereka minat sukan.

126
00:07:19,272 --> 00:07:21,399
Mereka sambut Halloween bersama.

127
00:07:21,482 --> 00:07:22,608
Aktiviti begitu.

128
00:07:24,026 --> 00:07:26,154
Semasa janji temu pertama,
kamu pergi mana?

129
00:07:30,575 --> 00:07:31,784
Ibu ingat tak?

130
00:07:31,868 --> 00:07:34,036
Saya ingat semasa Owen pulang

131
00:07:34,120 --> 00:07:36,914
dan cakap ada gadis comel di kelasnya.

132
00:07:40,501 --> 00:07:43,254
Mereka berkongsi minat, terutamanya sukan.

133
00:07:43,337 --> 00:07:47,008
Owen aktif bersukan, begitu juga Lauryn.

134
00:07:47,091 --> 00:07:49,093
Saya rasa mereka serasi.

135
00:07:50,344 --> 00:07:53,890
Kami semua selalu buat aktiviti bersama.

136
00:07:53,973 --> 00:07:56,851
Keluarga saya suka dia. Kami terus serasi.

137
00:07:57,935 --> 00:08:01,481
{\an8}Kendra dan ibu Owen, Jill,
menjadi kawan baik.

138
00:08:01,981 --> 00:08:04,859
{\an8}Kami ke rumah satu sama lain,
bakar unggun api

139
00:08:04,942 --> 00:08:09,572
dan luangkan masa bersama
sambil anak-anak bermain.

140
00:08:11,157 --> 00:08:13,743
- Ia akan terbang.
- Ia akan terbakar.

141
00:08:13,826 --> 00:08:16,913
Lauryn dan Owen
sentiasa senyum dan ketawa.

142
00:08:16,996 --> 00:08:19,957
Mereka macam pasangan sekolah tinggi
dalam filem.

143
00:08:20,541 --> 00:08:24,128
Semasa tahun pertama,
mereka digelar pasangan agung.

144
00:08:24,629 --> 00:08:27,757
Saya rasa ada budak kelas mereka cemburu.

145
00:08:27,840 --> 00:08:33,262
Mungkin mereka teringin bercinta
atau mahu perhatian lelaki.

146
00:08:33,346 --> 00:08:35,515
Macam hubungan mereka berdua.

147
00:08:35,598 --> 00:08:38,017
Saya pasti ada yang cemburu.

148
00:08:41,687 --> 00:08:46,234
Sekolah Beal City ada kelas prasekolah
sehingga gred 12 di satu bangunan.

149
00:08:46,859 --> 00:08:51,447
Saya kenal semua orang sejak tadika lagi.

150
00:08:52,031 --> 00:08:53,908
Satu kelas cuma ada 30 pelajar.

151
00:08:53,991 --> 00:08:57,870
Kami ada kumpulan sembang. Kami kawan.
Tiada siapa benci satu sama lain.

152
00:08:57,954 --> 00:09:01,332
<i>Kau orang paling hodoh aku pernah jumpa.</i>

153
00:09:01,415 --> 00:09:05,169
Kami dalam kelas sains yang sama.
Kami duduk bersama.

154
00:09:05,253 --> 00:09:07,880
Suatu hari,
Owen ceritakan hal yang berlaku.

155
00:09:07,964 --> 00:09:11,926
Pada mulanya, "Saya dapat mesej pelik.
Saya tak tahu penghantarnya."

156
00:09:12,009 --> 00:09:16,264
Apabila mesej tak berhenti masuk,
dia mula ceritakan isinya

157
00:09:16,347 --> 00:09:18,349
yang selalunya berkait

158
00:09:18,432 --> 00:09:21,060
dengan perbualan kami dalam kelas.

159
00:09:21,143 --> 00:09:23,813
OWEN SUKA PERBUALAN TENTANG SOPHIE

160
00:09:23,896 --> 00:09:26,399
Saya tak syak budak lelaki dalam gred kami

161
00:09:26,482 --> 00:09:29,402
kerana mereka tak suka bercampur

162
00:09:29,485 --> 00:09:30,987
dan tak suka drama.

163
00:09:31,070 --> 00:09:34,282
Lelaki tak suka drama.
Kami cuma bersukan dan berseronok.

164
00:09:34,365 --> 00:09:36,617
Selalunya, gadis yang jahat.

165
00:09:37,702 --> 00:09:40,913
Saya cuba kecilkan senarai suspek.

166
00:09:40,997 --> 00:09:43,791
Kami berbual tentangnya pada waktu malam,

167
00:09:43,874 --> 00:09:48,045
"Apa mesej hari ini?
Siapa yang ada semasa itu?"

168
00:09:48,129 --> 00:09:52,800
Kami buat senarai
kumpulan atau individu yang disyaki.

169
00:09:52,883 --> 00:09:55,595
Sekolah kami ada beberapa kumpulan.

170
00:09:56,345 --> 00:09:57,847
Ada kumpulan popular.

171
00:09:58,514 --> 00:10:02,643
Ada kumpulan yang terdiri
daripada pasukan sorak.

172
00:10:02,727 --> 00:10:06,397
Sepupu saya, Adrianna,
ada dalam kumpulan satu lagi.

173
00:10:06,480 --> 00:10:08,190
Mereka tak banyak drama.

174
00:10:08,274 --> 00:10:10,276
Saya juga syak budak-budak pendiam

175
00:10:10,359 --> 00:10:12,028
yang pandai teknologi.

176
00:10:12,111 --> 00:10:16,907
Adakah orangnya pelajar Beal?
Orang yang satu sekolah dengan kami?

177
00:10:16,991 --> 00:10:20,828
Apabila mesej masuk pada masa tertentu,
suspeknya cuma beberapa orang.

178
00:10:20,911 --> 00:10:23,539
Jika saya dapat mesej dalam kelas,

179
00:10:23,623 --> 00:10:26,959
saya cuba tinjau
jika ada orang gunakan telefon.

180
00:10:28,794 --> 00:10:32,840
Saya rasa orang itu
sentiasa perhatikan saya di kelas.

181
00:10:34,550 --> 00:10:37,928
<i>Betina kampung.</i>
<i>Jangan pakai seluar ketatlah.</i>

182
00:10:38,012 --> 00:10:41,474
<i>Tiada siapa nak tengok</i>
<i>punggung leper gadis anoreksia.</i>

183
00:10:42,016 --> 00:10:44,435
Saya jadi paranoid nak pilih
pakaian ke sekolah,

184
00:10:44,518 --> 00:10:46,354
risaukan rupa dan rambut saya.

185
00:10:46,437 --> 00:10:49,190
Ia jejaskan pandangan saya
terhadap diri saya.

186
00:10:49,899 --> 00:10:54,278
<i>Kau tak berguna dan tak bermakna.</i>
<i>Dari dulu lagi.</i>

187
00:10:54,362 --> 00:10:56,364
<i>Berambus dari sini.</i>

188
00:10:56,447 --> 00:10:59,367
<i>Owen takkan pandang</i>
<i>atau cakap dengan kau lagi.</i>

189
00:10:59,450 --> 00:11:01,744
<i>Kau musnahkan hidupnya.</i>

190
00:11:01,827 --> 00:11:04,288
<i>Keluarga dia benci kau.</i>

191
00:11:04,372 --> 00:11:07,166
<i>Dia takkan pedulikan kau lagi</i>
<i>seumur hidupnya.</i>

192
00:11:07,249 --> 00:11:10,544
<i>Berambuslah, betina.</i>
<i>Dia dah bosan dengan kau.</i>

193
00:11:10,628 --> 00:11:12,380
Lauryn pulang dari sekolah

194
00:11:12,463 --> 00:11:15,466
dengan marah dan muka sedih.

195
00:11:15,549 --> 00:11:17,468
Saya tanya, "Apa yang terjadi?"

196
00:11:17,551 --> 00:11:21,013
Dia beritahu saya,
"Saya dapat mesej bodoh di sekolah."

197
00:11:21,097 --> 00:11:23,891
Saya rasa sangat geram.

198
00:11:23,974 --> 00:11:28,979
Tapi ibu saya kata,
"Abaikan saja. Awak cantik."

199
00:11:29,063 --> 00:11:32,233
Dia nasihati saya supaya tak baca mesej.

200
00:11:32,316 --> 00:11:37,238
Saya suruh dia buat macam biasa
dan jangan risau tentang apa-apa.

201
00:11:37,321 --> 00:11:40,574
Saya tak rasa orang itu
akan bahayakan dia.

202
00:11:41,575 --> 00:11:43,369
Kemudian ia semakin teruk.

203
00:11:43,452 --> 00:11:45,162
BERAMBUS
KAU BETINA HODOH

204
00:11:45,246 --> 00:11:47,498
AKU SERIUS
KAU BURUK GILA

205
00:11:48,040 --> 00:11:50,751
<i>Aku dan Owen nak berasmara.</i>

206
00:11:51,252 --> 00:11:54,088
Saya tak tahan
sampai rasa tak nak pergi sekolah.

207
00:11:54,171 --> 00:11:56,215
Saya tak tahu nak percaya siapa.

208
00:11:56,298 --> 00:11:59,009
Saya tahu saya perlu beritahu ibu bapa.

209
00:11:59,760 --> 00:12:02,638
<i>Zakar dan jarinya, kemaluan dan mulut aku.</i>

210
00:12:03,139 --> 00:12:04,348
Mereka 13 tahun.

211
00:12:04,890 --> 00:12:09,520
Jika ini kerja budak gred sembilan,
dahsyat juga bahasanya.

212
00:12:11,522 --> 00:12:13,983
Malangnya, kami terpaksa

213
00:12:14,066 --> 00:12:16,527
simpan telefon Owen setiap malam.

214
00:12:16,610 --> 00:12:19,405
Saya melawan.
Saya baru setahun dapat telefon.

215
00:12:19,488 --> 00:12:20,489
Saya nak privasi.

216
00:12:21,157 --> 00:12:25,619
Kami duduk dan baca semua mesej
dari awal hingga akhir.

217
00:12:25,703 --> 00:12:27,913
Ada masanya mesej masuk

218
00:12:27,997 --> 00:12:31,167
sehingga 30, 40, 50 kali sehari.

219
00:12:31,250 --> 00:12:33,961
Itu memang keterlaluan.

220
00:12:34,754 --> 00:12:37,131
Saya, Shawn, Kendra dan Dave memutuskan

221
00:12:37,214 --> 00:12:40,801
untuk berbincang dengan pihak sekolah

222
00:12:40,885 --> 00:12:44,054
dan tunjukkan betapa teruknya keadaan ini.

223
00:12:44,764 --> 00:12:47,308
Kami harap tindakan akan diambil

224
00:12:47,391 --> 00:12:49,935
kerana ada mesej dihantar
pada waktu sekolah.

225
00:12:50,019 --> 00:12:53,230
Sekolah bertanggungjawab
semasa mereka di sekolah.

226
00:12:53,314 --> 00:12:57,651
Kami sangka sekolah
akan cuba selesaikannya.

227
00:12:57,735 --> 00:13:01,113
Malangnya, pihak sekolah
tak uruskannya dengan baik.

228
00:13:01,197 --> 00:13:03,032
12 BULAN SEJAK MESEJ BERMULA

229
00:13:03,115 --> 00:13:07,995
Saya sangka kami akan buat
siasatan buli siber biasa

230
00:13:08,078 --> 00:13:11,248
yang malangnya banyak berlaku

231
00:13:11,332 --> 00:13:12,750
di sekolah hari ini.

232
00:13:12,833 --> 00:13:16,962
Tetapi situasi ini jauh berbeza.

233
00:13:17,046 --> 00:13:19,924
Apabila mereka tunjukkan beberapa mesej…

234
00:13:20,007 --> 00:13:21,091
PENGETUA

235
00:13:21,175 --> 00:13:23,761
…saya terkejut baca bahasanya yang kasar.

236
00:13:23,844 --> 00:13:26,806
Saya tak pernah tengok mesej sebegitu.

237
00:13:27,807 --> 00:13:30,434
<i>Kau pakai macam betina jalang.</i>

238
00:13:30,518 --> 00:13:33,395
<i>Kau gila perhatian. Pergi mampus.</i>

239
00:13:34,730 --> 00:13:37,024
<i>Tetek aku pada mukanya.</i>

240
00:13:37,107 --> 00:13:38,776
<i>Biar dia terangsang.</i>

241
00:13:38,859 --> 00:13:40,277
<i>Biar dia pancut.</i>

242
00:13:40,361 --> 00:13:42,321
Biar benar?

243
00:13:42,822 --> 00:13:46,659
Mesejnya lucah dan tak senonoh

244
00:13:46,742 --> 00:13:49,411
sampaikan lelaki 53 tahun pun malu.

245
00:13:50,788 --> 00:13:52,665
Buktinya luar biasa.

246
00:13:52,748 --> 00:13:55,167
Semua mesej ini menjijikkan.

247
00:13:55,251 --> 00:13:57,002
Kami tahu ini perkara serius.

248
00:13:58,420 --> 00:14:02,091
Saya dan Owen dipanggil
semasa kelas terakhir.

249
00:14:02,174 --> 00:14:04,093
Kami masuk ke sana dan rasa

250
00:14:04,176 --> 00:14:06,762
tak percaya dengan keadaan itu.

251
00:14:06,846 --> 00:14:08,055
Saya ketakutan.

252
00:14:08,138 --> 00:14:12,518
Kami tak tahu apa yang berlaku,
jadi kami panggil Lauryn.

253
00:14:12,601 --> 00:14:15,813
Mungkin dia sendiri hantar mesej
untuk tarik perhatian.

254
00:14:15,896 --> 00:14:16,772
Kami tak tahu.

255
00:14:19,066 --> 00:14:23,070
Kami cuba cakap kuat-kuat
berdekatan orang tertentu

256
00:14:23,153 --> 00:14:26,156
untuk lihat jika kami
akan terima mesej berkaitan.

257
00:14:26,240 --> 00:14:28,367
Tapi mesej begitu cuma diterima

258
00:14:28,450 --> 00:14:30,578
semasa kami cakap di depan Lauryn,

259
00:14:30,661 --> 00:14:32,788
jadi kami pun rasa syak.

260
00:14:35,416 --> 00:14:38,669
Lauryn tak suka cerita
hal peribadi kepada saya.

261
00:14:40,754 --> 00:14:43,465
Lauryn suka memendam.

262
00:14:44,592 --> 00:14:46,802
Dia tak tunjukkan emosi.

263
00:14:48,137 --> 00:14:52,182
Dia cuma bercakap tentang sukan
atau berbual kosong.

264
00:15:02,568 --> 00:15:08,240
Dia ada kawan, tapi tak ramai.
Dia memang pendiam.

265
00:15:08,741 --> 00:15:12,328
Jadi, saya syak Lauryn
hantar mesej kepada dirinya

266
00:15:12,411 --> 00:15:15,456
untuk cuba dekati Owen.

267
00:15:15,539 --> 00:15:18,334
Mungkin dia mahukan perhatian

268
00:15:18,417 --> 00:15:20,669
dan ini cara dia boleh dapatkannya.

269
00:15:24,632 --> 00:15:27,384
Kami bercakap dengan Owen dan Lauryn.

270
00:15:27,468 --> 00:15:31,513
Tapi kami tak syak mereka
setelah dengar jawapan mereka

271
00:15:31,597 --> 00:15:33,390
yang jujur.

272
00:15:35,267 --> 00:15:38,062
Ia jadi topik hangat di sekolah.

273
00:15:39,730 --> 00:15:41,982
Sekolah ini ada 700 pelajar.

274
00:15:42,691 --> 00:15:43,901
Jadi,

275
00:15:44,401 --> 00:15:47,029
sesiapa saja boleh jadi pelakunya.

276
00:15:48,739 --> 00:15:52,493
Saya jumpa beberapa pelajar
yang sentiasa jujur dengan saya

277
00:15:52,576 --> 00:15:54,328
dan tanya mereka.

278
00:15:54,411 --> 00:15:57,373
Kami tanya mereka macam-macam soalan.

279
00:15:57,456 --> 00:15:59,667
Mereka tak tahu langsung.

280
00:15:59,750 --> 00:16:02,211
Jadi, saya buat pengawasan video,

281
00:16:02,920 --> 00:16:06,131
catatkan masa mesej diterima,

282
00:16:06,215 --> 00:16:10,386
dan tonton video untuk tengok
jika ada sesiapa di koridor

283
00:16:10,469 --> 00:16:12,888
menghantar mesej pada waktu itu.

284
00:16:13,639 --> 00:16:17,393
En. Boyer suruh saya beritahu
apabila terima mesej

285
00:16:17,476 --> 00:16:19,520
supaya dia boleh tengok
siapa guna telefon.

286
00:16:19,603 --> 00:16:24,066
Berdasarkan masa kejadian,
kami boleh periksa kamera

287
00:16:24,149 --> 00:16:28,570
untuk lihat jika ada sesiapa
yang keluar dari kelas.

288
00:16:28,654 --> 00:16:31,699
Mereka cuba macam-macam,
tapi tak jumpa pelakunya.

289
00:16:31,782 --> 00:16:33,867
Pelaku itu terus hantar mesej.

290
00:16:33,951 --> 00:16:37,913
Kami susah nak tentukan
jika dia hantar Snapchat atau mesej

291
00:16:37,997 --> 00:16:39,790
berdasarkan video saja.

292
00:16:42,292 --> 00:16:44,044
Saya dan Kendra berkongsi maklumat.

293
00:16:44,128 --> 00:16:46,505
Kami ada di sekolah hampir setiap hari

294
00:16:46,588 --> 00:16:49,383
untuk hadiri latihan atau acara.

295
00:16:49,466 --> 00:16:53,512
"Hei, Lauryn dapat mesej tak hari ini?

296
00:16:53,595 --> 00:16:54,847
Ini yang Owen dapat."

297
00:16:54,930 --> 00:16:56,306
Jill dan saya berbincang.

298
00:16:56,390 --> 00:16:59,351
Kami boleh bercakap tentang apa saja,

299
00:16:59,435 --> 00:17:01,145
berkongsi maklumat,

300
00:17:01,228 --> 00:17:04,356
menyokong satu sama lain.

301
00:17:05,566 --> 00:17:10,487
Kami jumpa En. Boyer dan bincangkan mesej.

302
00:17:11,447 --> 00:17:13,657
Pada mulanya kami cadangkan

303
00:17:13,741 --> 00:17:15,659
mereka sekat nombor pemanggil.

304
00:17:15,743 --> 00:17:19,038
Dalam kes ini, itu mustahil,
kerana pelakunya guna

305
00:17:19,121 --> 00:17:22,332
aplikasi penjana nombor telefon rawak.

306
00:17:22,416 --> 00:17:26,336
Kami cuba sekat nombor, tapi mesej masuk
daripada nombor lain pula.

307
00:17:26,420 --> 00:17:29,381
Kemudian kami nasihatkan
mereka tukar nombor.

308
00:17:30,758 --> 00:17:32,551
Kami pertimbangkannya,

309
00:17:32,634 --> 00:17:35,512
tapi kami tahu orangnya rapat dengan kami.

310
00:17:35,596 --> 00:17:39,099
Pelakunya sentiasa tahu lokasi mereka.

311
00:17:39,183 --> 00:17:44,813
Jika kami tak tahu pelakunya,
bagaimana jika dia datang ke rumah kami?

312
00:17:44,897 --> 00:17:46,815
Bagaimana jika dia kawan mereka?

313
00:17:46,899 --> 00:17:51,820
Adakah kami mengajak orang
yang bawa masalah sebesar ini ke rumah?

314
00:17:51,904 --> 00:17:56,408
Jadi, kami tetap nak cari juga pelakunya.

315
00:17:56,492 --> 00:17:58,702
SELAMAT DATANG
"SIKAP BAIK DIUTAMAKAN"

316
00:17:58,786 --> 00:18:03,499
Banyak kali saya berdiri
di bilik pengetua sambil menangis,

317
00:18:03,582 --> 00:18:06,335
"Boleh kita wujudkan
peraturan telefon bimbit?

318
00:18:06,418 --> 00:18:10,214
Kenapa anak saya perlu lihat mesej ini
semasa dia belajar?"

319
00:18:10,297 --> 00:18:13,217
Saya setuju budak-budak
bawa telefon ke sekolah

320
00:18:13,300 --> 00:18:14,760
kerana ia alat penting.

321
00:18:14,843 --> 00:18:17,137
Telefon saya macam pejabat peribadi.

322
00:18:17,221 --> 00:18:19,306
Saya selalu bekerja guna telefon.

323
00:18:19,389 --> 00:18:24,603
Saya tahu ia boleh digunakan
sebagai alat pendidikan.

324
00:18:27,064 --> 00:18:31,068
13 BULAN SEJAK MESEJ BERMULA

325
00:18:31,693 --> 00:18:34,863
<i>Kami akan menang.</i>
<i>Aku janji Owen tak suka kau.</i>

326
00:18:34,947 --> 00:18:36,240
<i>Dia tak sayang kau.</i>

327
00:18:37,449 --> 00:18:40,410
<i>Dia nak berasmara, seks oral dan bercium.</i>

328
00:18:40,494 --> 00:18:42,079
<i>Dia tak nak gadis bosan macam kau.</i>

329
00:18:42,162 --> 00:18:44,665
Pada mulanya
hubungan saya dan Lauryn okey,

330
00:18:44,748 --> 00:18:48,377
tapi lama-kelamaan Lauryn mula
persoalkan dirinya dan hubungan kami.

331
00:18:49,545 --> 00:18:54,508
{\an8}<i>Kami akan menginap di hotel</i>
<i>Khamis ini tanpa kau.</i>

332
00:18:54,591 --> 00:18:58,095
Kemudian penghantar mesej itu kata
yang kami lepak bersama.

333
00:18:58,178 --> 00:19:02,099
Saya mula tak percayakan Owen.

334
00:19:02,599 --> 00:19:04,685
Saya dan Lauryn banyak bergaduh.

335
00:19:04,768 --> 00:19:07,020
Dia tuduh saya perkara yang tak benar

336
00:19:07,104 --> 00:19:09,231
kerana dia terpengaruh dengan mesej.

337
00:19:09,314 --> 00:19:12,568
Kami marah satu sama lain

338
00:19:12,651 --> 00:19:14,778
sedangkan kami tak bergaduh.

339
00:19:15,946 --> 00:19:19,199
Penghantar mesej itu cuma mahu
saya dan Lauryn berpisah.

340
00:19:19,283 --> 00:19:24,079
Saya dan Lauryn buat panggilan video
dan saya kata saya dah tak tahan.

341
00:19:24,163 --> 00:19:27,749
Saya kata jika kami ikut kehendaknya,
mungkin dia berhenti.

342
00:19:27,833 --> 00:19:29,835
Mungkin kami boleh bercinta semula nanti.

343
00:19:31,753 --> 00:19:33,463
Dia patah hati.

344
00:19:33,964 --> 00:19:35,299
Dia sangat terluka.

345
00:19:37,676 --> 00:19:39,344
Dia cinta pertama saya.

346
00:19:42,014 --> 00:19:44,600
Lebih dua tahun kami bercinta.

347
00:19:45,517 --> 00:19:48,645
Kami berhenti bercakap
dengan satu sama lain.

348
00:19:49,396 --> 00:19:52,524
Saya nasihatkan Lauryn,

349
00:19:52,608 --> 00:19:55,110
"Awak kenal Owen."

350
00:19:56,111 --> 00:19:57,279
Orang macam dia

351
00:19:57,362 --> 00:20:00,490
takkan cakap begitu
walaupun dia tak suka awak.

352
00:20:00,574 --> 00:20:05,287
Malangnya, ia menjadi beban
dalam hubungan mereka.

353
00:20:05,370 --> 00:20:07,664
Mesej-mesej itu semakin melampau.

354
00:20:07,748 --> 00:20:11,460
Selama beberapa bulan terakhir
hubungan mereka,

355
00:20:11,543 --> 00:20:14,463
perbualan mereka cuma,
"Awak ada cakap dengan gadis itu?

356
00:20:14,546 --> 00:20:17,591
Adakah awak bersama dia?"

357
00:20:17,674 --> 00:20:19,301
Walaupun semuanya bohong.

358
00:20:20,302 --> 00:20:23,847
Penghantar mesej itu
hanya mahu kami berpisah.

359
00:20:23,931 --> 00:20:27,476
Tapi apabila kami berpisah,
mesejnya semakin teruk.

360
00:20:27,559 --> 00:20:32,105
Dia masih belum capai kemahuannya.
Itu yang mengecewakan.

361
00:20:32,189 --> 00:20:33,440
DIA RASA KAU HODOH

362
00:20:33,523 --> 00:20:34,775
DIA RASA KAU SAMPAH

363
00:20:34,858 --> 00:20:36,026
DIA BENCI KAU!
KAMI MENANG

364
00:20:36,109 --> 00:20:37,611
BODOH, HODOH, TAK BERGUNA

365
00:20:38,612 --> 00:20:41,782
<i>Bunuh diri kau sekarang, bodoh.</i>

366
00:20:43,367 --> 00:20:46,286
<i>Hidupnya lebih baik jika kau mati.</i>

367
00:20:49,873 --> 00:20:53,168
Kali pertama saya baca,
saya sangat terkejut.

368
00:20:54,211 --> 00:20:57,839
Saya rasa sangat sedih.
Otak saya kacau-bilau.

369
00:20:58,382 --> 00:20:59,883
Ini semakin teruk.

370
00:21:00,801 --> 00:21:05,347
Ada mesej yang kejam.
"Lauryn perlu bunuh diri.

371
00:21:05,430 --> 00:21:08,267
Dia tak patut hidup.
Dia tak patut ada di sekolah."

372
00:21:08,350 --> 00:21:11,853
MATI #TEMBAK #BUNUHDIRI

373
00:21:11,937 --> 00:21:14,439
Tekanan darah saya meningkat.

374
00:21:15,023 --> 00:21:16,650
DIA NAK PECAHKAN KEPALA KAU

375
00:21:16,733 --> 00:21:21,113
Apabila saya fikir tentang pelajar
yang alami gangguan seperti ini

376
00:21:21,196 --> 00:21:26,118
untuk tempoh yang panjang,
saya risaukan kesihatan mental mereka.

377
00:21:26,618 --> 00:21:28,912
Ia tentu sangat menjejaskan

378
00:21:28,996 --> 00:21:31,164
kesejahteraan emosi orang muda.

379
00:21:31,748 --> 00:21:33,375
PASANGAN SAMPAH
KURUS KERING

380
00:21:33,458 --> 00:21:34,293
SUNDAL

381
00:21:34,376 --> 00:21:36,336
{\an8}DIA MILIK KAMI
KAMI MENANG

382
00:21:36,420 --> 00:21:39,131
Ia pasti sangat mengganggu fikiran.

383
00:21:39,631 --> 00:21:41,049
OWEN NAK KAU MATI

384
00:21:41,133 --> 00:21:44,344
Apa akan jadi suatu hari nanti
jika pelakunya dah bosan

385
00:21:44,428 --> 00:21:47,472
dan tak dapat kepuasan yang dicari

386
00:21:47,556 --> 00:21:49,558
dengan menghantar mesej saja?

387
00:21:50,058 --> 00:21:52,185
Pasti dia akan buat kerja gila.

388
00:21:52,936 --> 00:21:55,105
Saya kata, "Kita perlu tangkap dia."

389
00:21:55,981 --> 00:21:59,693
<i>Amaran, baik kau bunuh diri</i>
<i>sebelum kami bunuh kau.</i>

390
00:22:00,902 --> 00:22:05,282
Apabila dia mula buat ugutan fizikal,
sebagai ibu bapa,

391
00:22:05,365 --> 00:22:08,660
kami takut sesuatu mungkin berlaku
kepada anak-anak kami.

392
00:22:09,911 --> 00:22:11,621
Kami tak boleh bersabar lagi.

393
00:22:12,122 --> 00:22:16,585
Semasa itulah Syerif Main mula terlibat.

394
00:22:16,668 --> 00:22:18,920
15 BULAN SEJAK MESEJ BERMULA

395
00:22:19,004 --> 00:22:21,548
Saya dihubungi oleh pihak sekolah

396
00:22:21,631 --> 00:22:24,676
tentang kes buli siber dan gangguan.

397
00:22:25,469 --> 00:22:28,305
Kami jumpa di sekolah.
Ibu bapa mereka pun ada.

398
00:22:28,388 --> 00:22:31,641
Penyelia sekolah dan pengetua pun ada.

399
00:22:31,725 --> 00:22:33,894
Ibu bapa mereka jelaskan

400
00:22:33,977 --> 00:22:36,063
bahawa gangguan ini telah berlaku

401
00:22:36,146 --> 00:22:37,022
lebih setahun.

402
00:22:38,607 --> 00:22:41,109
Jill dan Kendra, kedua-dua ibu,

403
00:22:41,193 --> 00:22:43,820
sangat risau tentang anak mereka,

404
00:22:43,904 --> 00:22:45,614
kesihatan mental mereka,

405
00:22:45,697 --> 00:22:48,533
kesannya terhadap akademik mereka.

406
00:22:49,076 --> 00:22:51,161
Mereka merayu minta bantuan.

407
00:22:52,412 --> 00:22:53,413
Kami paling takut

408
00:22:53,497 --> 00:22:56,750
kedua-dua budak itu
mengalami trauma emosi.

409
00:22:56,833 --> 00:22:59,086
Apabila mereka tak mampu hadapi

410
00:22:59,169 --> 00:23:00,587
trauma emosi lagi,

411
00:23:00,670 --> 00:23:04,132
kemungkinan besar
mereka akan cederakan diri.

412
00:23:04,216 --> 00:23:06,676
Ia sebenarnya sangat membimbangkan.

413
00:23:11,807 --> 00:23:16,520
Saya tahu saya perlu cari
sekumpulan pelajar yang sangat rapat,

414
00:23:17,771 --> 00:23:22,150
yang bersumpah untuk berahsia
dan takkan beritahu sesiapa.

415
00:23:22,234 --> 00:23:25,237
Pada mulanya, merekalah suspek saya.

416
00:23:25,862 --> 00:23:29,533
#BUNUHBETINAITU

417
00:23:31,034 --> 00:23:33,620
Sekali dua setiap minggu,
Syerif Main datang

418
00:23:33,703 --> 00:23:36,540
dan tanya, "Bila mesej terakhir masuk?

419
00:23:36,623 --> 00:23:37,666
Apa mesejnya?"

420
00:23:37,749 --> 00:23:40,335
Bagaimana keadaannya? Ada perbezaan?

421
00:23:40,419 --> 00:23:43,547
Dah berkurang? Bertambah? Sama?

422
00:23:44,214 --> 00:23:46,216
- Mesej dah kurang.
- Okey.

423
00:23:46,758 --> 00:23:48,718
Jangan sedih. Mesej itu mengarut.

424
00:23:48,802 --> 00:23:51,346
Pelakunya ada masalah jiwa.

425
00:23:51,430 --> 00:23:54,182
Jadi, ingat hal itu.

426
00:23:55,725 --> 00:23:56,935
<i>Jaringan yang bagus.</i>

427
00:23:57,018 --> 00:24:01,648
Semasa musim bola keranjang,
saya dapat mesej tentang perlawanan.

428
00:24:02,524 --> 00:24:04,443
Semasa satu perlawanan,

429
00:24:04,526 --> 00:24:06,570
saya tak dapat mata langsung.

430
00:24:06,653 --> 00:24:10,073
Jadi, dia kecam saya dalam mesej.

431
00:24:10,824 --> 00:24:14,369
<i>Kau paling teruk.</i>
<i>Berhenti dan mati sajalah.</i>

432
00:24:14,870 --> 00:24:18,123
Yang menyedihkan,
Lauryn ialah atlet yang bagus.

433
00:24:18,206 --> 00:24:20,834
Tapi selepas itu, dia patah semangat.

434
00:24:21,960 --> 00:24:25,338
Mungkin ada penonton yang menghantarnya.

435
00:24:29,301 --> 00:24:32,429
Ada butiran dalam beberapa mesej

436
00:24:32,512 --> 00:24:37,017
yang menunjukkan seolah-olah
pelaku itu menghendap mereka.

437
00:24:37,601 --> 00:24:40,103
<i>Lo, kami tahu awak bermain.</i>

438
00:24:40,187 --> 00:24:43,982
Saya telefon Kendra dan kata,
"Awak kenal pemain bola keranjang.

439
00:24:44,065 --> 00:24:45,942
Saya tak kenal mereka.

440
00:24:46,443 --> 00:24:49,654
Awak rasa ini kerja mereka?
Awak pernah latih mereka.

441
00:24:49,738 --> 00:24:51,072
Siapa pesaing Lauryn?"

442
00:24:51,156 --> 00:24:53,533
Di sinilah saya mula fikir,

443
00:24:53,617 --> 00:24:57,871
"Mungkinkah ada pemain
yang cemburu atau dengki?"

444
00:24:58,705 --> 00:25:03,460
Dalam satu mesej, dia sebut jumlah matanya
dalam perlawanan malam sebelumnya.

445
00:25:04,002 --> 00:25:08,089
Saya dan ibu saya cuba selidik
siapa dapat banyak mata sebanyak itu.

446
00:25:08,590 --> 00:25:13,053
Ibu saya penjaga markah sukarela.
Dia cadangkan kami lihat carta markah.

447
00:25:13,553 --> 00:25:17,182
Cuma ada seorang dapat mata sebanyak itu.

448
00:25:17,682 --> 00:25:18,892
Khloe Wilson.

449
00:25:18,975 --> 00:25:21,353
Kami terkejut.

450
00:25:25,815 --> 00:25:27,067
Tak mungkin Khloe.

451
00:25:29,611 --> 00:25:32,113
Hubungan Khloe dan Owen…

452
00:25:32,197 --> 00:25:35,659
Saya tak tahu cara nak jelaskan
hubungan mereka.

453
00:25:35,742 --> 00:25:37,744
Mereka lebih daripada kawan.

454
00:25:37,827 --> 00:25:40,288
Mereka suka satu sama lain.

455
00:25:40,872 --> 00:25:42,541
Khloe minat Owen.

456
00:25:42,624 --> 00:25:46,419
Saya rasa dia selalu cakap dengan Owen
untuk buat saya cemburu.

457
00:25:46,920 --> 00:25:51,216
Owen dan Khloe jadi kawan baik
sebelum dia bercinta dengan Lauryn.

458
00:25:51,299 --> 00:25:53,510
Lauren dan Khloe tak serasi.

459
00:25:54,886 --> 00:25:57,514
Khloe bukan baik sangat dari dulu.

460
00:25:57,597 --> 00:26:02,269
Dia bukan pembuli,
tapi dia bukan orang yang baik.

461
00:26:02,352 --> 00:26:04,813
Dia pernah cakap sesuatu kepada Lauryn

462
00:26:04,896 --> 00:26:06,731
yang buat Lauryn tak suka dia.

463
00:26:06,815 --> 00:26:11,361
Saya tak suka Khloe
kerana personaliti kami berbeza.

464
00:26:12,028 --> 00:26:16,241
Kami main bola keranjang bersama,
tapi kami tak sekepala.

465
00:26:16,741 --> 00:26:19,703
Apabila kami beri namanya
kepada pihak sekolah,

466
00:26:19,786 --> 00:26:22,956
Kami tanya, "Mungkinkah pelakunya Khloe?"

467
00:26:23,456 --> 00:26:26,585
Mereka kata,
"Dia ada beberapa isu sebelum ini."

468
00:26:28,336 --> 00:26:30,255
Semasa gred tujuh hingga lapan,

469
00:26:30,338 --> 00:26:32,841
ada beberapa tuduhan terhadap Khloe.

470
00:26:32,924 --> 00:26:34,134
Dia dituduh membuli

471
00:26:34,217 --> 00:26:36,177
atau tak layan orang dengan baik.

472
00:26:36,261 --> 00:26:41,016
Pengetua selalu panggil Khloe,
tapi dia kata, "Saya tak buat apa-apa."

473
00:26:45,353 --> 00:26:46,688
Dia seorang ketua.

474
00:26:46,771 --> 00:26:49,858
Ketika itu, dia ada ramai kawan.

475
00:26:49,941 --> 00:26:53,361
Dia turut berkawan
dengan budak sekolah lain.

476
00:26:53,445 --> 00:26:56,948
Jadi, mungkin ada orang…

477
00:26:57,032 --> 00:26:59,034
Saya tak nak kata mereka dengki,

478
00:26:59,117 --> 00:27:03,455
tapi mungkin mereka mahu jadi macam dia.

479
00:27:05,749 --> 00:27:08,209
<i>Baik bunuh diri sebelum kami bunuh kau.</i>

480
00:27:08,293 --> 00:27:12,005
#TEMBAK

481
00:27:13,757 --> 00:27:17,135
Saya mula siasat
gadis bernama Khloe Wilson.

482
00:27:17,218 --> 00:27:20,013
Dia dapat 12 mata
dalam perlawanan bola keranjang.

483
00:27:21,222 --> 00:27:24,100
Saya dapat tahu ada banyak mesej

484
00:27:24,184 --> 00:27:25,852
tentang parti Halloween.

485
00:27:25,935 --> 00:27:29,439
Yang menariknya, saya dapat tahu parti itu

486
00:27:29,522 --> 00:27:32,317
diadakan oleh Khloe dan keluarganya.

487
00:27:33,526 --> 00:27:36,696
Mungkin Khloe berminat dengan Owen.

488
00:27:36,780 --> 00:27:41,242
Itu salah satu motif.
Adakah dia cemburukan Lauryn?

489
00:27:43,495 --> 00:27:46,956
Baiklah. Khloe, apa khabar? Duduklah.

490
00:27:47,040 --> 00:27:48,333
Syerif Main.

491
00:27:48,917 --> 00:27:51,169
Ceritakan kisah awak. Saya nak dengar.

492
00:27:51,252 --> 00:27:52,587
Okey. Jadi…

493
00:27:53,505 --> 00:27:54,547
Saya tak…

494
00:27:54,631 --> 00:27:56,925
Saya tak tahu tentang semua ini

495
00:27:57,008 --> 00:28:00,220
sehinggalah musim bola tampar.

496
00:28:00,303 --> 00:28:03,223
Owen ada cerita sedikit.

497
00:28:03,306 --> 00:28:06,351
Saya jarang bercakap dengan mereka.

498
00:28:06,434 --> 00:28:11,147
Saya tak rapat dengan Lauryn.
Tapi saya mula dituduh.

499
00:28:11,231 --> 00:28:13,692
Ada 348 halaman.

500
00:28:13,775 --> 00:28:16,945
Mesejnya jahat-jahat.
Ia bukan sekadar gangguan.

501
00:28:17,028 --> 00:28:19,322
Ini kes menghendap.

502
00:28:19,406 --> 00:28:21,741
Saya cuma nak ia berhenti.

503
00:28:21,825 --> 00:28:24,202
Tapi saya tiada kaitan dengannya.

504
00:28:24,285 --> 00:28:26,538
Saya selalu bersama orang.

505
00:28:26,621 --> 00:28:29,124
Jika saya buat, mesti orang nampak.

506
00:28:30,083 --> 00:28:34,212
Saya sangka Khloe akan terlepas
kerana ayahnya pegawai polis.

507
00:28:34,713 --> 00:28:37,006
Dia akan cari jalan untuk tutup kes.

508
00:28:37,090 --> 00:28:40,218
Itulah yang saya fikir.

509
00:28:41,386 --> 00:28:43,847
Saya tanya-tanya di sekolah.

510
00:28:43,930 --> 00:28:46,516
Orang kata Sophie dan Macy
kawan baik Khloe.

511
00:28:46,599 --> 00:28:47,851
Mereka rapat.

512
00:28:47,934 --> 00:28:51,062
Jadi saya fikir,
"Itu kumpulan rapat yang saya cari.

513
00:28:51,146 --> 00:28:55,233
Mereka bertiga tentu tahu cerita sebenar.

514
00:28:55,316 --> 00:28:59,404
Jika saya cakap dengan mereka,
tentu saya jumpa jawapannya."

515
00:29:01,448 --> 00:29:04,033
17 BULAN SEJAK MESEJ BERMULA

516
00:29:05,076 --> 00:29:08,621
Saya dan Sophie rapat.
Ibu bapa kami kawan rapat.

517
00:29:08,705 --> 00:29:12,250
Kami sering bersama sejak kecil lagi.

518
00:29:12,751 --> 00:29:15,837
Mungkin saya buat Owen jauh
daripada Sophie,

519
00:29:15,920 --> 00:29:18,256
jadi dia mungkin nak balas dendam.

520
00:29:18,339 --> 00:29:19,966
- Hai, Sophie?
- Ya.

521
00:29:20,049 --> 00:29:22,385
Saya cakap dengan ramai orang hari ini.

522
00:29:23,052 --> 00:29:24,220
Tahu kenapa?

523
00:29:25,764 --> 00:29:28,725
Entah, mungkin kerana
saya rapat dengan Owen.

524
00:29:28,808 --> 00:29:32,145
- Awak kawan Khloe?
- Ya. Dia salah satu kawan baik saya.

525
00:29:32,228 --> 00:29:33,980
Awak rasa Khloe pelakunya?

526
00:29:34,063 --> 00:29:36,357
Tak, sebab ayahnya polis.

527
00:29:36,441 --> 00:29:39,110
Dia tak bodoh nak buat kerja begitu.

528
00:29:39,194 --> 00:29:40,028
Terima kasih.

529
00:29:40,111 --> 00:29:42,655
Mike Main telefon saya.

530
00:29:42,739 --> 00:29:47,410
Dia kata dia temu bual Sophie

531
00:29:47,494 --> 00:29:50,455
dan ramai pelajar lain lagi.

532
00:29:52,123 --> 00:29:55,126
Saya hubungi Korin, kawan baik saya.

533
00:29:55,210 --> 00:30:00,256
"Boleh awak cakap dengan anak awak?
Hal ini dah tak terkawal."

534
00:30:01,049 --> 00:30:04,761
Saya ambil dan periksa telefon Sophie.

535
00:30:05,261 --> 00:30:08,139
Dia cuba cari mesej
daripada Khloe kepada Sophie

536
00:30:08,223 --> 00:30:11,059
atau aplikasi nombor rahsia
dalam telefonnya.

537
00:30:11,142 --> 00:30:13,937
Mereka bergaduh dan menjerit.

538
00:30:14,020 --> 00:30:17,607
"Awak tahu apa yang berlaku.
Mustahil awak tak tahu."

539
00:30:19,275 --> 00:30:22,529
Khloe, Macy, Sophie
selalu duduk di satu tempat

540
00:30:22,612 --> 00:30:25,573
sambil main telefon.

541
00:30:26,699 --> 00:30:29,869
<i>Kami akan buat kau merana setiap hari.</i>

542
00:30:32,121 --> 00:30:34,999
Ibu bapa mereka semakin marah
dengan sekolah

543
00:30:35,083 --> 00:30:37,418
kerana rasa usaha kami tak cukup.

544
00:30:37,502 --> 00:30:42,715
Saya hubungi jurulatih bola keranjang.
Dia geram kerana pemainnya bergaduh.

545
00:30:42,799 --> 00:30:46,886
Saya kata, "Boleh kami cakap
dengan pasukan bola keranjang

546
00:30:46,970 --> 00:30:49,973
dan tunjukkan kepada mereka,
'Ini yang berlaku'?

547
00:30:50,473 --> 00:30:52,267
Boleh periksa telefon mereka?"

548
00:30:52,809 --> 00:30:57,689
Dia kata, "Ya, itu idea yang bagus.
Tapi minta izin sekolah dulu."

549
00:30:59,440 --> 00:31:04,654
Tapi En. Chillman kata tak boleh.

550
00:31:04,737 --> 00:31:06,656
Ibu bapanya mahu masuk ke kelas

551
00:31:06,739 --> 00:31:11,327
dan terlibat dalam siasatan.

552
00:31:11,411 --> 00:31:14,664
Mereka nak adakan
perjumpaan dengan pelajar

553
00:31:14,747 --> 00:31:16,791
dan mula menuding jari.

554
00:31:16,875 --> 00:31:18,960
Saya beritahu mereka,

555
00:31:19,043 --> 00:31:21,296
"Itu bukan idea yang baik."

556
00:31:21,880 --> 00:31:26,092
Jill dan Kendra datang ke sekolah
dan marah Dan.

557
00:31:26,175 --> 00:31:29,721
Mujurlah penyelia itu kata, "Kamu gila."

558
00:31:29,804 --> 00:31:31,764
Mereka buat kecoh di sekolah.

559
00:31:33,725 --> 00:31:34,726
Malah,

560
00:31:34,809 --> 00:31:38,855
Owen pernah cuba paksa Khloe mengaku.

561
00:31:38,938 --> 00:31:42,400
Dia mesej Khloe dan marah setiap hari.

562
00:31:42,483 --> 00:31:45,737
Tapi kemudian Owen mesej
atau telefon Khloe keesokannya

563
00:31:45,820 --> 00:31:47,947
dan kata, "Maaf, itu ibu saya."

564
00:31:48,031 --> 00:31:52,619
Jill hantar mesej sebagai Owen.

565
00:31:53,119 --> 00:31:55,955
Semua bukti menunjukkan Khloe pelakunya.

566
00:31:56,623 --> 00:31:58,416
Saya dan Macy tanya dia,

567
00:31:58,917 --> 00:32:02,962
tapi dia marah dan kata,

568
00:32:03,046 --> 00:32:05,840
"Saya tak buat.
Kenapa tiada siapa percaya?"

569
00:32:14,015 --> 00:32:16,768
Owen yang mula-mula tanya,
"Ini kerja awak?"

570
00:32:16,851 --> 00:32:18,519
Saya jawab, "Tidak."

571
00:32:19,020 --> 00:32:20,688
Tapi dia asyik tanya lagi

572
00:32:20,772 --> 00:32:23,358
kerana selepas kali pertama dia tanya,

573
00:32:23,441 --> 00:32:26,194
memang nampak macam saya pelakunya.

574
00:32:28,154 --> 00:32:33,117
Owen dan Lauryn mula terima mesej
dengan kod kawasan Florida.

575
00:32:33,201 --> 00:32:37,246
Kami diberitahu Khloe dan keluarganya
pergi bercuti musim bunga

576
00:32:37,330 --> 00:32:39,248
ke Florida ketika itu.

577
00:32:40,792 --> 00:32:43,544
Apabila mesej masuk dari kod kawasan itu,

578
00:32:43,628 --> 00:32:47,131
kami mula fikir,
"Ini mungkin bukti penting

579
00:32:47,215 --> 00:32:48,549
bahawa dia pelakunya."

580
00:32:49,342 --> 00:32:52,553
Kami baru masuk ke Florida
tak sampai sejam pun

581
00:32:52,637 --> 00:32:55,682
semasa Mike beritahu kami
ada mesej dihantar dari Florida.

582
00:32:56,849 --> 00:33:00,895
Saya kata, "Saya tak buat.
Saya tak tahu apa awak nak saya buat."

583
00:33:00,979 --> 00:33:03,147
Ayah saya cadangkan
telefon saya dianalisis.

584
00:33:03,231 --> 00:33:07,276
Khloe dan keluarganya serahkan telefonnya
untuk muat turun forensik.

585
00:33:08,611 --> 00:33:10,655
Tapi tiada apa-apa ditemui.

586
00:33:15,410 --> 00:33:17,704
<i>Aku cakap dengan polis semalam.</i>

587
00:33:17,787 --> 00:33:21,791
<i>Mereka ambil telefon aku,</i>
<i>selongkar dan salin data.</i>

588
00:33:21,874 --> 00:33:23,334
<i>Tak jumpa apa-apa.</i>

589
00:33:23,835 --> 00:33:26,504
Telefon Khloe disiasat oleh polis.

590
00:33:26,587 --> 00:33:30,425
Kami asyik dapat mesej
mengatakan telefonnya disiasat.

591
00:33:30,508 --> 00:33:33,553
Yang peliknya,
jika Khloe yang hantar mesej,

592
00:33:33,636 --> 00:33:35,263
kenapa dia merujuk dirinya?

593
00:33:35,346 --> 00:33:37,932
Saya terima gambar saya dengan Khloe.

594
00:33:38,016 --> 00:33:39,934
Itu sangat pelik.

595
00:33:40,018 --> 00:33:42,020
Dia asyik merujuk dirinya.

596
00:33:43,062 --> 00:33:46,357
{\an8}Kenapa dia hantar gambarnya
jika dia tak mahu tertangkap?

597
00:33:48,026 --> 00:33:52,697
Tiada orang akan dedahkan diri sendiri.

598
00:33:53,531 --> 00:33:55,908
Mesti ada orang nak perangkap dia.

599
00:33:57,702 --> 00:34:00,955
Saya cuba fikir siapa agaknya pelajar

600
00:34:01,039 --> 00:34:03,499
yang sanggup perangkap saya.

601
00:34:09,756 --> 00:34:10,882
Sebagai penyiasat,

602
00:34:10,965 --> 00:34:14,677
kami perlu elakkan fokus
pada satu perspektif saja.

603
00:34:14,761 --> 00:34:18,139
Kami dah failkan
lebih seribu halaman mesej.

604
00:34:18,222 --> 00:34:20,058
Saya baca setiap satu,

605
00:34:20,141 --> 00:34:22,769
mencari petunjuk tersembunyi.

606
00:34:24,353 --> 00:34:26,856
Beberapa minggu sebelum itu,

607
00:34:26,939 --> 00:34:31,152
ada mesej tentang baju panas
dan sarung telefon.

608
00:34:31,235 --> 00:34:33,154
Ada satu gambar diambil.

609
00:34:35,114 --> 00:34:39,869
Gambar itu dihantar
kepada Owen dan Lauryn.

610
00:34:40,661 --> 00:34:44,665
{\an8}<i>Lo, kami suka sarung telefon barunya</i>
<i>yang berwarna hitam.</i>

611
00:34:45,166 --> 00:34:46,667
{\an8}Ia membimbangkan

612
00:34:46,751 --> 00:34:51,923
kerana cuma orang
yang sambut Krismas bersama kami

613
00:34:52,006 --> 00:34:53,591
boleh ambil gambar itu,

614
00:34:53,674 --> 00:34:56,052
iaitu ahli keluarga kami.

615
00:34:56,135 --> 00:35:00,640
Syerif Main tanya siapa
yang sambut Krismas dengan kami

616
00:35:00,723 --> 00:35:02,850
yang juga rakan sekelas Owen.

617
00:35:02,934 --> 00:35:05,603
Satu-satunya ahli keluarga
dalam kelas Owen

618
00:35:05,686 --> 00:35:07,730
ialah sepupunya, Adrianna.

619
00:35:11,567 --> 00:35:14,695
Saya rasa Adrianna mungkin terlibat.

620
00:35:14,779 --> 00:35:18,282
Dia dan kawan-kawannya
tak bercampur orang lain.

621
00:35:19,033 --> 00:35:21,702
Kami bersukan bersama dari kecil.

622
00:35:21,786 --> 00:35:24,622
Mungkin mereka fikir
saya biadab dengan mereka

623
00:35:24,705 --> 00:35:26,874
atau saya tak suka mereka

624
00:35:26,958 --> 00:35:30,419
kerana saya kuat bersaing dalam sukan.

625
00:35:30,503 --> 00:35:33,631
Jadi, saya rasa itu sebabnya
mereka tak suka saya.

626
00:35:34,549 --> 00:35:38,553
Semasa kami di sekolah menengah,
Adrianna sebar khabar angin.

627
00:35:38,636 --> 00:35:39,971
Dia kata kami buli dia

628
00:35:40,054 --> 00:35:42,890
dan baling lobak merah kepadanya.

629
00:35:43,641 --> 00:35:45,560
Khloe rasa ada orang perangkap dia.

630
00:35:45,643 --> 00:35:48,437
- Sepupu awak Adrianna, bukan?
- Ya.

631
00:35:49,105 --> 00:35:53,776
Saya dengar Khloe ada
sejarah buruk dengannya.

632
00:35:53,860 --> 00:35:56,904
Dia cuma nak cari pelakunya.

633
00:35:56,988 --> 00:36:01,284
Tiada orang lain bencikan kami seteruk itu

634
00:36:01,367 --> 00:36:04,036
dan sanggup buat orang fikir
kami buli orang lain.

635
00:36:06,831 --> 00:36:09,208
Ada masanya saya tak mahu ke sekolah…

636
00:36:09,292 --> 00:36:10,126
SEPUPU OWEN

637
00:36:10,209 --> 00:36:12,044
…kerana saya sangat tertekan.

638
00:36:12,587 --> 00:36:15,339
Saya ahli pasukan bola tampar
dengan Khloe, Macy dan Sophie.

639
00:36:15,423 --> 00:36:18,092
Orang yang bukan dalam geng mereka

640
00:36:18,176 --> 00:36:20,678
dianggap "orang luar".

641
00:36:20,761 --> 00:36:24,432
Mereka tak layan orang luar dengan baik.

642
00:36:24,932 --> 00:36:28,519
Semasa musim bola tampar lalu,
kami ada isu dengan Adrianna dan ibunya.

643
00:36:28,603 --> 00:36:29,979
Ia bermula tahun lepas.

644
00:36:30,062 --> 00:36:32,523
Mereka buat kecoh.

645
00:36:32,607 --> 00:36:36,360
Kami juga pernah dipanggil
ke pejabat Boyer

646
00:36:36,444 --> 00:36:38,070
dan mereka didapati menipu.

647
00:36:38,154 --> 00:36:40,281
{\an8}Sampailah beberapa ibu bapa lain

648
00:36:40,364 --> 00:36:42,491
{\an8}yang hadiri perlawanan berkata,

649
00:36:42,575 --> 00:36:43,618
{\an8}"Ini mengarut."

650
00:36:43,701 --> 00:36:44,535
{\an8}Mereka tipu.

651
00:36:46,829 --> 00:36:49,749
Saya rasa seperti
seluruh dunia menentang saya.

652
00:36:49,832 --> 00:36:51,834
Rasa seperti tiada jalan keluar.

653
00:36:52,335 --> 00:36:54,962
Semasa itu, dunia saya gelap.

654
00:36:56,047 --> 00:36:59,800
Saya tak beritahu sesiapa,
tapi ibu saya perasan dan bersuara.

655
00:36:59,884 --> 00:37:01,594
Dia tulis sesuatu di Facebook.

656
00:37:01,677 --> 00:37:04,388
Dia tak tuding jari kepada sesiapa.

657
00:37:04,472 --> 00:37:07,475
Dia cuma kata, "Ini yang anak saya lalui.

658
00:37:07,558 --> 00:37:09,769
Kita perlu betulkan keadaan."

659
00:37:10,269 --> 00:37:15,483
Selepas itu keadaan tak jadi lebih teruk,
tapi ia juga tak jadi lebih baik.

660
00:37:15,566 --> 00:37:19,654
{\an8}Ibu bapa mula masuk campur
dan merungut di Facebook.

661
00:37:19,737 --> 00:37:24,158
{\an8}Ibunya anggap mereka mangsa.

662
00:37:24,242 --> 00:37:28,079
Jari saya menuding ke arah Adrianna.
Saya rasa dialah pelakunya.

663
00:37:29,622 --> 00:37:32,041
Orang ingat saya cuba perangkap Khloe

664
00:37:32,124 --> 00:37:34,460
kerana dia layan saya teruk.

665
00:37:36,045 --> 00:37:39,215
Saya tahu tentang mesej itu
apabila Owen mesej saya

666
00:37:39,298 --> 00:37:42,218
dan tanya jika saya dapat mesej begitu.

667
00:37:42,301 --> 00:37:44,470
Saya cakap, "Hantar nombornya.

668
00:37:44,553 --> 00:37:47,974
Saya nak periksa jika nombor itu
ada dalam telefon saya." Tapi tak ada.

669
00:37:48,057 --> 00:37:52,353
Itu kali terakhir saya dengar hal itu
sehingga saya disoal siasat polis.

670
00:37:53,396 --> 00:37:57,608
Langkah seterusnya dalam siasatan
adalah untuk bercakap dengan Adrianna.

671
00:37:57,692 --> 00:37:59,193
{\an8}PERBUALAN DENGAN ADRIANNA

672
00:37:59,277 --> 00:38:03,823
Saya tanya jika dia terlibat
atau ada maklumat tentang hal ini.

673
00:38:03,906 --> 00:38:08,369
Dia tanya banyak soalan dengan serius.

674
00:38:08,452 --> 00:38:11,497
Dia tanya jika saya ada
masalah dengan Lauryn.

675
00:38:12,081 --> 00:38:15,084
Saya kata, "Tentulah tak ada."

676
00:38:16,210 --> 00:38:20,673
Saya tanya dia tentang gambar
yang diambil semasa parti Krismas.

677
00:38:22,675 --> 00:38:24,844
Dia tanya jika saya tahu
siapa ambil gambar itu

678
00:38:24,927 --> 00:38:26,512
atau jika saya ambil gambar itu.

679
00:38:26,595 --> 00:38:28,973
Saya terkejut orang boleh tuduh saya.

680
00:38:29,056 --> 00:38:33,269
Saya rasa sangat sedih
kerana saya pendiam di sekolah.

681
00:38:33,352 --> 00:38:36,897
Saya tak cakap dengan sesiapa.
Saya tak kacau sesiapa.

682
00:38:36,981 --> 00:38:40,735
Saya cuma keliru
kenapa orang syak saya buat begitu.

683
00:38:41,777 --> 00:38:45,406
Apabila saya masuk ke kelas
selepas disoal oleh Syerif Main,

684
00:38:45,489 --> 00:38:48,409
semua orang pandang saya
seperti mereka tahu apa yang berlaku.

685
00:38:48,492 --> 00:38:50,494
Macam saya bersalah.

686
00:38:52,038 --> 00:38:56,625
Pendapat saya tentang polis
telah berubah sejak itu.

687
00:38:58,085 --> 00:39:01,714
Setiap kali saya berselisih
dengan polis di jalan, saya takut.

688
00:39:02,298 --> 00:39:04,008
Saya takut dengan polis.

689
00:39:04,592 --> 00:39:06,927
Dia alami trauma

690
00:39:07,011 --> 00:39:09,930
kerana dia dipanggil
untuk bercakap dengan polis

691
00:39:10,014 --> 00:39:12,350
tentang situasi yang dia tak tahu.

692
00:39:12,433 --> 00:39:16,729
Saya tahu mustahil dia terlibat.

693
00:39:19,523 --> 00:39:22,401
Suatu hari, selepas bercakap
dengan Syerif Main,

694
00:39:22,485 --> 00:39:25,029
saya duduk di ruang tamu bersama ibu bapa…

695
00:39:28,741 --> 00:39:31,369
dan saya dapat mesej
daripada nombor misteri.

696
00:39:32,453 --> 00:39:37,041
<i>Hei, Adrianna, Owen perlukan bantuan.</i>
<i>Kita perlu jauhkan Lo daripada dia.</i>

697
00:39:37,833 --> 00:39:41,545
<i>Beritahu ibu bapanya,</i>
<i>Lo perempuan sial yang hancurkan hidupnya.</i>

698
00:39:41,629 --> 00:39:42,838
<i>Kau pun benci dia.</i>

699
00:39:43,547 --> 00:39:45,466
Saya sangat takut.

700
00:39:48,636 --> 00:39:52,932
Telefon saya terus terlepas dari tangan
dan saya menangis teresak-esak.

701
00:39:53,015 --> 00:39:54,809
Saya takut.

702
00:39:56,936 --> 00:39:58,312
Saya sangat risau.

703
00:39:58,396 --> 00:40:01,816
"Siapa orang ini?
Kenapa dia ada nombor saya?"

704
00:40:01,899 --> 00:40:05,361
Saya takut kerana tak sangka
ia berlaku kepada saya.

705
00:40:08,489 --> 00:40:10,574
Pada musim bunga 2022,

706
00:40:10,658 --> 00:40:12,785
kami tak menjalani kehidupan normal.

707
00:40:12,868 --> 00:40:15,371
Setiap malam tak dapat tidur.

708
00:40:16,664 --> 00:40:18,874
<i>Kau tahu apa yang kami nak.</i>

709
00:40:18,958 --> 00:40:22,503
OWEN: NAK APA?

710
00:40:22,586 --> 00:40:24,922
<i>Kami nak musnahkan Lo.</i>

711
00:40:25,005 --> 00:40:27,258
<i>Dia memang tak guna.</i>

712
00:40:27,341 --> 00:40:29,802
Mesej masuk tanpa henti.

713
00:40:29,885 --> 00:40:32,763
Tak kisahlah pukul 1 pagi, 3 pagi.

714
00:40:32,847 --> 00:40:34,390
{\an8}Mesej tak berhenti masuk.

715
00:40:34,473 --> 00:40:35,975
{\an8}Pagi-pagi dah ada mesej.

716
00:40:36,058 --> 00:40:37,726
Rajin betul dia.

717
00:40:38,561 --> 00:40:42,231
Keluarga kami sering bertengkar
tentang mesej itu.

718
00:40:42,314 --> 00:40:47,069
Suasana di rumah kami sangat tegang.

719
00:40:47,153 --> 00:40:49,655
Hubungan kami tak mesra.

720
00:40:49,738 --> 00:40:51,991
Semua orang marah-marah.

721
00:40:52,074 --> 00:40:55,703
Saya marah Kendra, "Awak tak buat apa-apa.
Awak kata awak boleh uruskan."

722
00:40:55,786 --> 00:40:58,289
Dia kata, "Saya akan terus uruskannya."

723
00:40:59,039 --> 00:41:02,168
Saya jarang ada di rumah.

724
00:41:02,835 --> 00:41:07,047
Ya, saya utamakan Lauryn
dan habiskan banyak masa dengan dia.

725
00:41:07,131 --> 00:41:10,968
Tapi malangnya, Shawn terabai.

726
00:41:11,051 --> 00:41:12,803
Kami selalu bergaduh.

727
00:41:12,887 --> 00:41:16,140
Kemudian, kami terpaksa berpindah-randah.

728
00:41:16,223 --> 00:41:19,018
Kami pindah empat kali sepanjang itu.

729
00:41:19,101 --> 00:41:24,148
Ia menyebabkan
masalah kewangan kami semakin teruk.

730
00:41:24,857 --> 00:41:27,109
Lauryn tak boleh tidur.
Kami paksa dia ke sekolah.

731
00:41:27,193 --> 00:41:29,904
Dia menangis pagi-pagi.
Dia tak nak ke sekolah.

732
00:41:29,987 --> 00:41:33,574
<i>Tiada siapa berselera</i>
<i>dengan badan kau yang sekeping.</i>

733
00:41:33,657 --> 00:41:37,244
<i>Lelaki tak mahu sentuh kau, jalang.</i>

734
00:41:37,328 --> 00:41:38,787
LAURYN: KAU MENANG, AKU KALAH

735
00:41:38,871 --> 00:41:41,373
BERHENTILAH
KAU NAK AKU BUAT APA

736
00:41:41,457 --> 00:41:43,250
Apabila saya baca sekarang,

737
00:41:43,334 --> 00:41:46,295
saya nampak cubaan saya
untuk pertahankan diri.

738
00:41:53,177 --> 00:41:54,553
Aduhai.

739
00:42:01,018 --> 00:42:03,395
{\an8}Saya sensitif kerana tak cukup tidur

740
00:42:03,479 --> 00:42:04,647
{\an8}dan tertekan…

741
00:42:04,730 --> 00:42:05,689
{\an8}Okey.

742
00:42:06,524 --> 00:42:10,444
{\an8}Kita tak boleh buat apa-apakah?

743
00:42:10,528 --> 00:42:12,029
{\an8}Ini terlalu…

744
00:42:12,112 --> 00:42:13,614
{\an8}Dah tukar nombor telefon?

745
00:42:13,697 --> 00:42:14,907
{\an8}Ini telefonnya.

746
00:42:14,990 --> 00:42:16,867
{\an8}- Okey.
- Saya bawa telefonnya.

747
00:42:17,576 --> 00:42:19,620
{\an8}Ia berbunyi dari pagi tadi.

748
00:42:19,703 --> 00:42:21,664
{\an8}Semalam sangat teruk dan…

749
00:42:22,998 --> 00:42:26,877
{\an8}Saya tak tahu cara nak tolong Owen…

750
00:42:28,879 --> 00:42:31,757
{\an8}Kita takkan tahu

751
00:42:31,840 --> 00:42:33,634
{\an8}masa dia nak hantar mesej.

752
00:42:33,717 --> 00:42:34,760
{\an8}Sekarang pun…

753
00:42:34,843 --> 00:42:37,263
{\an8}Dia sedang ejek saya sekarang

754
00:42:38,764 --> 00:42:41,475
{\an8}tentang jumpa polis…

755
00:42:41,559 --> 00:42:42,434
{\an8}Saya tak…

756
00:42:42,518 --> 00:42:45,104
{\an8}Awak beli telefon baru untuk Owen?

757
00:42:45,187 --> 00:42:48,023
{\an8}Tak, dia tak ada telefon ketika ini.

758
00:42:48,732 --> 00:42:50,359
Seminggu lalu,

759
00:42:50,442 --> 00:42:52,236
saya rasa pada pukul 2… Bukan.

760
00:42:52,319 --> 00:42:54,071
Dia tak berhenti kacau Owen.

761
00:42:54,154 --> 00:42:56,073
Jadi, Owen mesej dia,

762
00:42:56,156 --> 00:43:00,286
"Aku harap kau tahu
kau buat aku rasa nak bunuh diri."

763
00:43:01,412 --> 00:43:04,123
Dia tak eja semuanya dengan betul,

764
00:43:04,206 --> 00:43:06,333
tapi itu jawapan dia.

765
00:43:07,376 --> 00:43:09,628
Itu yang buat saya tertekan.

766
00:43:12,756 --> 00:43:16,093
Jill beritahu Mike
yang dia akan beritahu media

767
00:43:16,176 --> 00:43:18,512
jika polis tak jumpa pelakunya.

768
00:43:19,263 --> 00:43:21,640
Mike Main bercakap dengan semua orang,

769
00:43:21,724 --> 00:43:23,976
Khloe, Sophie, Macy, Adrianna,

770
00:43:24,059 --> 00:43:27,396
tapi masih belum dapat tahu dalangnya.

771
00:43:27,479 --> 00:43:31,025
Sekali lagi, dia kata,
"Belilah telefon lain untuk Owen."

772
00:43:31,108 --> 00:43:32,818
Saya kata, "Itu tak cukup.

773
00:43:32,901 --> 00:43:35,112
Pelakunya perlu bertanggungjawab."

774
00:43:36,363 --> 00:43:40,826
Saya dah gunakan
semua sumber yang saya ada.

775
00:43:41,660 --> 00:43:45,039
Jadi, saya serahkan laporan
dan kes saya kepada FBl

776
00:43:45,122 --> 00:43:47,916
dan minta bantuan
unit jenayah siber mereka.

777
00:43:50,002 --> 00:43:51,670
18 BULAN SEJAK MESEJ BERMULA

778
00:43:51,754 --> 00:43:53,964
Pada April 2022,

779
00:43:54,048 --> 00:43:56,842
Syerif Mike Main minta bantuan

780
00:43:56,925 --> 00:43:58,594
dalam kes yang dia siasat.

781
00:43:59,345 --> 00:44:04,058
Dia beri saya pemacu jari
mengandungi 720 halaman mesej.

782
00:44:04,141 --> 00:44:09,063
Brad terkejut membaca mesej itu.
Dia hairan kami tak cukup bantuan.

783
00:44:09,688 --> 00:44:12,983
Dalam kes begini,
apabila mangsa tak boleh tahan lagi,

784
00:44:13,067 --> 00:44:15,152
malangnya mereka bunuh diri.

785
00:44:15,235 --> 00:44:20,783
Mula-mula, saya nak salin
semua data telefon Owen

786
00:44:20,866 --> 00:44:23,702
untuk lihat jika ada petunjuk

787
00:44:23,786 --> 00:44:26,664
tentang penghantar mesej.

788
00:44:26,747 --> 00:44:28,374
{\an8}PENYARIAN DATA PERANTI

789
00:44:28,457 --> 00:44:30,584
{\an8}Saya lakukan penyarian penuh.

790
00:44:30,668 --> 00:44:35,923
Semua mesej, gambar, e-mel, geolokasi

791
00:44:36,006 --> 00:44:39,134
dibentangkan kepada saya
dalam fail berasingan,

792
00:44:40,010 --> 00:44:42,596
tapi saya tak jumpa apa-apa
yang membuktikan

793
00:44:42,680 --> 00:44:45,474
bahawa kawan-kawannya
yang menghantar mesej.

794
00:44:45,557 --> 00:44:49,061
Saya tak jumpa maklumat baru
selepas buat penyarian telefon.

795
00:44:51,647 --> 00:44:54,650
19 BULAN SEJAK MESEJ BERMULA

796
00:44:54,733 --> 00:44:56,652
Saya ada teman wanita baru
dari Pinconning.

797
00:44:56,735 --> 00:45:00,030
Kami banyak berbual.
Kami rapat. Hubungan kami serius.

798
00:45:01,115 --> 00:45:05,035
Saya mula rasa gembira semula
dan harap hidup akan semakin baik.

799
00:45:05,119 --> 00:45:07,496
Owen pergi ke Pinconning, Michigan,

800
00:45:07,579 --> 00:45:11,041
beberapa jam dari tempat kami,
untuk acara sukan.

801
00:45:11,125 --> 00:45:13,627
Dia jumpa seorang gadis
dan mereka jalin hubungan.

802
00:45:15,129 --> 00:45:17,214
Satu hari, dia mesej saya.

803
00:45:17,297 --> 00:45:20,718
"Ibu saya baru dapat mesej
daripada seseorang."

804
00:45:20,801 --> 00:45:22,845
Kejadian itu berulang.

805
00:45:22,928 --> 00:45:26,265
Formatnya sama, ayatnya sama.

806
00:45:26,348 --> 00:45:30,561
Dia suruh gadis Pinconning itu berundur
kerana saya miliknya.

807
00:45:31,145 --> 00:45:35,274
<i>Owen, tolong aku buat betina itu</i>
<i>cemburu dan sengsara.</i>

808
00:45:35,357 --> 00:45:37,025
Dia bersusah payah

809
00:45:37,109 --> 00:45:40,696
cari nombor telefon ibu gadis itu
yang tinggal di Pinconning.

810
00:45:41,363 --> 00:45:43,323
Saya dah rasa putus asa.

811
00:45:43,407 --> 00:45:47,619
Saya tiada kebebasan untuk bercinta
kerana takut membahayakan orang lain.

812
00:45:47,703 --> 00:45:51,707
Saya tak nak gadis lain kena macam Lauryn.
Saya akan rasa sangat bersalah.

813
00:45:51,790 --> 00:45:54,793
Saya semakin hilang kepercayaan
kepada orang.

814
00:45:54,877 --> 00:45:58,839
Saya takut apabila dapat tahu
ada orang perhatikan dia dengan teliti

815
00:45:58,922 --> 00:46:00,799
dan berkebolehan

816
00:46:00,883 --> 00:46:04,136
untuk cari nombor telefon
orang yang saya tak kenal.

817
00:46:04,219 --> 00:46:08,307
Orang itu benar-benar memerhati
setiap pergerakan Owen.

818
00:46:08,390 --> 00:46:11,310
TEMAN WANITA OWEN: AWAK TAHU SIAPA?

819
00:46:11,393 --> 00:46:13,228
OWEN: TAK

820
00:46:13,312 --> 00:46:16,732
TEMAN WANITA OWEN:
IBU SAYA DAPAT MESEJ LAGI PAGI TADI

821
00:46:16,815 --> 00:46:18,317
OWEN: MAAF

822
00:46:18,400 --> 00:46:21,570
Itu punca saya dan gadis itu berpisah.

823
00:46:21,653 --> 00:46:24,948
Kami rasa pelik,
bagaimana keluarga ini pula terima

824
00:46:25,032 --> 00:46:28,952
mesej yang sama
seperti ratusan mesej sebelum ini?

825
00:46:29,953 --> 00:46:32,664
Dia sangat gelisah dan marah.

826
00:46:33,499 --> 00:46:38,337
Kemarahannya semakin ketara.

827
00:46:38,420 --> 00:46:43,258
Kami perasan dia sangat agresif
di gelanggang bola keranjang.

828
00:46:45,552 --> 00:46:49,097
Apabila dia dapat mesej yang teruk,

829
00:46:49,181 --> 00:46:51,767
perubahan perangainya sangat ketara.

830
00:46:52,392 --> 00:46:55,604
Dia seperti cuba
lepaskan geram secara fizikal

831
00:46:55,687 --> 00:46:58,398
tanpa menyakiti sesiapa.

832
00:46:59,983 --> 00:47:03,737
<i>Owen, kau memang pengecut.</i>

833
00:47:03,821 --> 00:47:07,741
KAU PANGGIL AKU PENGECUT LAGI, SIAPLAH KAU

834
00:47:09,159 --> 00:47:11,578
Seterusnya, saya lihat nombor telefon

835
00:47:11,662 --> 00:47:13,330
yang menghantar mesej

836
00:47:13,413 --> 00:47:16,959
untuk tentukan syarikat
yang keluarkan nombor telefon itu.

837
00:47:17,042 --> 00:47:20,379
Sekurang-kurangnya
satu nombor datang daripada Pinger,

838
00:47:20,462 --> 00:47:24,508
aplikasi yang orang gunakan
untuk sembunyikan nombor telefon.

839
00:47:25,050 --> 00:47:26,093
{\an8}WARAN GELEDAH

840
00:47:26,176 --> 00:47:28,053
Saya hantar waran geledah kepada Pinger.

841
00:47:28,136 --> 00:47:33,183
Mereka beri saya dua alamat IP
milik rangkaian Verizon.

842
00:47:34,601 --> 00:47:38,730
Jadi, saya pun hantar
waran geledah kepada Verizon

843
00:47:38,814 --> 00:47:42,067
untuk maklumat tentang dua alamat IP ini.

844
00:47:42,901 --> 00:47:47,781
Pada Selasa 23 Mei,
Verizon hantar keputusan waran geledah.

845
00:47:48,282 --> 00:47:50,951
Mereka beri dokumen beberapa muka surat

846
00:47:51,034 --> 00:47:55,205
dengan nombor telefon yang berkait
dengan dua alamat IP ini.

847
00:47:56,874 --> 00:47:58,584
Dia telefon saya dan beritahu

848
00:47:58,667 --> 00:48:02,004
dia dapat senarai nombor telefon
daripada alamat IP

849
00:48:02,087 --> 00:48:05,132
dan mahu saya beri dia
sebarang nombor telefon

850
00:48:05,215 --> 00:48:07,342
milik mana-mana suspek.

851
00:48:08,218 --> 00:48:12,598
Saya minta Owen beri
nombor telefon kawan-kawannya,

852
00:48:12,681 --> 00:48:14,600
apa-apa nombor yang dia ada.

853
00:48:15,309 --> 00:48:19,021
Saya tak jumpa nombor telefon
yang berkait dengan alamat IP ini.

854
00:48:19,605 --> 00:48:24,276
Mungkin itu nombor orang dewasa.
Jadi, kami hantar semua nombor kenalan.

855
00:48:27,321 --> 00:48:30,574
Saya jumpa satu nombor telefon
yang asyik muncul,

856
00:48:30,657 --> 00:48:33,660
daripada alamat IP
pada masa mesej dihantar.

857
00:48:40,626 --> 00:48:43,045
Nombor telefon itu

858
00:48:44,713 --> 00:48:46,632
milik ibu Lauryn, Kendra.

859
00:49:05,275 --> 00:49:06,902
Saya tergamam.

860
00:49:08,236 --> 00:49:10,822
Brad hubungi saya semula dan kata,

861
00:49:10,906 --> 00:49:14,368
"Dalam banyak-banyak nombor
yang awak hantar,

862
00:49:14,451 --> 00:49:17,579
cuma ada satu padanan
iaitu nombor telefon Kendra."

863
00:49:18,163 --> 00:49:20,582
Saya kata, "Bukan dia."

864
00:49:21,458 --> 00:49:24,419
Dia tanya, "Awak rasa
ada kemungkinan itu dia?"

865
00:49:24,503 --> 00:49:25,712
Saya kata, "Tak.

866
00:49:26,421 --> 00:49:29,466
Dia tolong saya. Dia ibu Lauryn."

867
00:49:29,549 --> 00:49:31,093
Saya kata, "Bukan dia."

868
00:49:31,176 --> 00:49:33,887
PENJARA DAERAH ISABELLA
KHIDMAT BANDUAN

869
00:49:33,971 --> 00:49:35,639
20 BULAN SEJAK MESEJ BERMULA

870
00:49:35,722 --> 00:49:37,849
Akhirnya saya jumpa Syerif Main.

871
00:49:37,933 --> 00:49:41,770
Saya bentangkan maklumat
tentang pelaku yang saya syaki.

872
00:49:42,270 --> 00:49:44,815
Saya serahkan pemacu jari
dengan keputusan waran geledah,

873
00:49:44,898 --> 00:49:46,775
semua waran geledah dan laporan.

874
00:49:49,528 --> 00:49:54,741
Saya terfikir, "Ini tak masuk akal."

875
00:49:56,827 --> 00:49:59,538
Orang yang waras pasti akan kata

876
00:49:59,621 --> 00:50:03,792
mustahil Kendra Licari yang hantar
mesej begini kepada anaknya,

877
00:50:03,875 --> 00:50:07,004
tapi kami dah ketepikan
semua kemungkinan lain.

878
00:50:07,504 --> 00:50:10,966
Kemudian saya sedar
Kendra selalu cuba ambil tahu

879
00:50:11,049 --> 00:50:14,469
tentang siasatan saya dengan alasan

880
00:50:14,553 --> 00:50:18,306
dia mahu tahu perkembangan kes.

881
00:50:21,059 --> 00:50:23,395
Syerif Main hubungi saya dan kata,

882
00:50:23,478 --> 00:50:27,232
"Kami rasa pelakunya
mungkin salah seorang ibu bapa."

883
00:50:27,315 --> 00:50:30,986
Saya terkejut besar.

884
00:50:31,987 --> 00:50:35,782
Kendra bantu jurulatih
dan aktif di sekolah.

885
00:50:35,866 --> 00:50:38,285
Semasa Lauryn di sekolah rendah pun,

886
00:50:38,368 --> 00:50:41,038
saya ingat lagi
Kendra membantu di pesta buku

887
00:50:41,121 --> 00:50:43,665
dan acara lain yang diadakan di sekolah.

888
00:50:43,749 --> 00:50:46,168
Dia ibu yang prihatin dan penyayang.

889
00:50:48,045 --> 00:50:51,882
Apabila syerif kata,
"Suspeknya ialah ibu Lauryn,"

890
00:50:51,965 --> 00:50:53,300
saya tak percaya.

891
00:50:53,383 --> 00:50:57,304
Tiada siapa akan fikir
seorang ibu sanggup buat begini.

892
00:50:57,804 --> 00:51:01,558
Peranan kami adalah
untuk menyemak waran geledah.

893
00:51:01,641 --> 00:51:04,186
Syerif kata waran geledah diperlukan

894
00:51:04,269 --> 00:51:07,272
{\an8}untuk peralatan elektronik
milik Pn. Licari.

895
00:51:07,355 --> 00:51:08,190
{\an8}PENDAKWA

896
00:51:08,273 --> 00:51:12,069
Kami tahu dia terlibat
sebagai jurulatih di sekolah.

897
00:51:12,152 --> 00:51:13,862
Dia ada latar belakang IT.

898
00:51:13,945 --> 00:51:15,947
Dia sentiasa ada

899
00:51:16,031 --> 00:51:18,950
ketika budak-budak menerima mesej.

900
00:51:20,452 --> 00:51:23,705
Saya dan seorang detektif
membawa waran geledah

901
00:51:23,789 --> 00:51:26,083
pergi ke rumah Kendra Licari.

902
00:51:27,876 --> 00:51:31,588
Bukti yang ada sangat terhad,
jadi kami perlu hati-hati.

903
00:51:31,671 --> 00:51:34,174
Ia bukan kes yang mudah.

904
00:51:34,257 --> 00:51:38,303
Kami dapat kenal pasti satu alamat IP
milik Kendra Licari,

905
00:51:38,386 --> 00:51:41,848
tapi kami tak boleh buktikan
siapa yang gunakan alat itu.

906
00:51:42,557 --> 00:51:45,060
Kami perlu pastikan
ada maklumat yang cukup

907
00:51:45,143 --> 00:51:47,104
untuk dapatkan sabitan.

908
00:51:48,647 --> 00:51:50,857
Saya perlukan pengakuan yang dirakam.

909
00:51:51,608 --> 00:51:55,654
Kami mahu dapatkan bukti sebanyak mungkin.

910
00:52:10,293 --> 00:52:12,337
22 BULAN SEJAK MESEJ BERMULA

911
00:52:12,420 --> 00:52:13,964
- Hai, Kendra.
- Hai!

912
00:52:14,589 --> 00:52:17,175
- Kita perlu berbincang.
- Okey.

913
00:52:17,259 --> 00:52:20,929
Saya ada waran geledah
untuk peranti dan telefon awak.

914
00:52:21,012 --> 00:52:21,888
- Okey.
- Okey?

915
00:52:21,972 --> 00:52:24,099
Saya nak masuk berbual.
Ada orang di rumah?

916
00:52:24,182 --> 00:52:26,726
- Lauryn.
- Minta dia masuk ke biliknya.

917
00:52:26,810 --> 00:52:29,020
Ada tempat untuk kita duduk berbual?

918
00:52:29,646 --> 00:52:30,522
Ya.

919
00:52:35,152 --> 00:52:36,778
- Awak pegang telefon?
- Ya.

920
00:52:37,529 --> 00:52:38,613
Ini waran geledah.

921
00:52:38,697 --> 00:52:42,159
Awak ada peranti lain? Komputer riba?

922
00:52:42,242 --> 00:52:44,119
Komputer saya di luar.

923
00:52:44,202 --> 00:52:46,288
- Di mana?
- Di anjung belakang.

924
00:52:46,997 --> 00:52:48,248
Begini sebenarnya.

925
00:52:49,332 --> 00:52:52,586
Semasa kami buat siasatan
dan libatkan FBI,

926
00:52:52,669 --> 00:52:55,213
kami dapat maklumat yang melibatkan awak.

927
00:52:55,714 --> 00:52:56,798
Apa maksud awak?

928
00:52:57,299 --> 00:53:00,010
Mesej-mesej itu daripada awak.

929
00:53:00,594 --> 00:53:01,595
Tak.

930
00:53:02,429 --> 00:53:06,141
Setiap mesej yang mereka terima
adalah daripada nombor awak,

931
00:53:06,224 --> 00:53:08,685
melalui Pinger,
aplikasi yang sorokkan nombor.

932
00:53:08,768 --> 00:53:11,479
Walaupun nombor awak disorokkan,

933
00:53:11,563 --> 00:53:13,315
ia muncul dalam setiap mesej.

934
00:53:13,398 --> 00:53:14,941
- Nombor saya?
- Ya.

935
00:53:16,359 --> 00:53:18,486
Adakah ia ada kaitan dengan Owen?

936
00:53:18,987 --> 00:53:20,822
Awak minat Owen?

937
00:53:20,906 --> 00:53:23,241
Taklah, bukan begitu.

938
00:53:23,325 --> 00:53:28,205
Kalau begitu, kenapa?
Adakah dia layan Lauryn dengan teruk?

939
00:53:30,916 --> 00:53:33,126
Mesti ada hal serius
kerana hal ini berlanjutan.

940
00:53:33,627 --> 00:53:36,087
Ya. Ia tak bermula begitu.

941
00:53:36,171 --> 00:53:38,089
- Saya faham.
- Ia…

942
00:53:38,590 --> 00:53:39,758
Saya tak tahu…

943
00:53:39,841 --> 00:53:41,593
Tak apa. Mula dari awal.

944
00:53:41,676 --> 00:53:44,054
Mereka bercinta, kemudian berpisah.

945
00:53:44,137 --> 00:53:45,597
Bagaimana ia bermula?

946
00:53:45,680 --> 00:53:48,892
Adakah ia bermula
ketika mereka masih bercinta?

947
00:53:48,975 --> 00:53:51,186
- Ya.
- Dia layan Lauryn dengan teruk?

948
00:53:51,269 --> 00:53:53,104
Tapi ia tak…

949
00:53:53,188 --> 00:53:56,233
Mesej yang awal bukan saya yang hantar.

950
00:53:56,316 --> 00:53:57,943
- Okey.
- Betul.

951
00:53:58,026 --> 00:53:59,444
Mesej itu

952
00:54:00,737 --> 00:54:02,447
dihantar orang tak diketahui.

953
00:54:02,530 --> 00:54:05,242
Orang lain yang mulakannya.
Awak tak kenal dia.

954
00:54:05,742 --> 00:54:09,329
Tapi kemudian saya terpengaruh.

955
00:54:09,412 --> 00:54:12,749
Pengakuan dia tak jelas.

956
00:54:12,832 --> 00:54:18,255
Dia tak nafikan yang dia lakukannya,

957
00:54:18,338 --> 00:54:23,093
tapi ia bukan pengakuan sepenuhnya.

958
00:54:23,885 --> 00:54:26,263
- Lauryn tahu tak?
- Tak.

959
00:54:27,222 --> 00:54:29,391
- Baiklah.
- Saya tak nak dia tahu.

960
00:54:29,891 --> 00:54:32,727
Kami tak boleh buat apa-apa dalam hal itu.

961
00:54:32,811 --> 00:54:35,522
Sebab saya perlu beritahu Jill
dan yang lain…

962
00:54:36,314 --> 00:54:37,315
Tapi…

963
00:54:37,399 --> 00:54:40,277
Orang lain seperti keluarga Wilson
mesti nak tahu

964
00:54:40,360 --> 00:54:43,321
kerana anak mereka
dituduh melakukan semua ini.

965
00:54:43,405 --> 00:54:45,407
Saya tahu awak risau.

966
00:54:46,116 --> 00:54:50,537
Apabila berita ini tersebar,
macam mana Lauryn nak ke sekolah?

967
00:54:50,620 --> 00:54:51,705
Saya faham.

968
00:54:52,289 --> 00:54:55,667
- Ada alat elektronik lain yang awak guna?
- Tak ada.

969
00:54:56,835 --> 00:54:58,962
Awak nak saya cakap dengan Lauryn?

970
00:54:59,879 --> 00:55:03,508
- Boleh saya panggil dia ke sini?
- Ya.

971
00:55:06,803 --> 00:55:08,346
Lauryn, boleh awak masuk?

972
00:55:16,354 --> 00:55:18,106
- Apa khabar?
- Baik. Apa khabar?

973
00:55:18,189 --> 00:55:19,024
Baik.

974
00:55:21,192 --> 00:55:23,778
Selepas ibu awak masuk, kita akan berbual.

975
00:55:23,862 --> 00:55:24,863
Baiklah.

976
00:55:30,243 --> 00:55:33,913
Baiklah, Lauryn.
Saya akan mulakan perbualan.

977
00:55:33,997 --> 00:55:36,875
Kamu sangat tertekan
kerana berpindah-randah,

978
00:55:36,958 --> 00:55:39,461
ada masalah kewangan dan lain-lain.

979
00:55:40,128 --> 00:55:42,255
Ibu awak terjebak dalam sesuatu.

980
00:55:43,173 --> 00:55:47,010
Dia tak mulakannya, tapi dia teruskannya.

981
00:55:47,093 --> 00:55:50,263
Kami jumpa bukti
dan kami bawa waran geledah.

982
00:55:50,347 --> 00:55:52,015
Kami akan ambil telefon dia.

983
00:55:52,098 --> 00:55:55,477
Kadangkala apabila
kita tak berfikiran waras,

984
00:55:55,560 --> 00:55:57,854
kita buat perkara yang tak betul.

985
00:55:57,937 --> 00:56:01,399
Ibu awak tak mahu ia didedahkan,
tapi ini maklumat awam.

986
00:56:01,483 --> 00:56:06,279
Jadi, ia akan tersebar.
Saya nak berterus terang, okey?

987
00:56:07,781 --> 00:56:10,408
Dia kata awak tak tahu apa-apa.
Saya percaya.

988
00:56:10,492 --> 00:56:15,288
Saya perlu pastikan awak dan ibu awak
selamat sebelum saya pergi.

989
00:56:15,372 --> 00:56:20,168
Jadi, saya nak awak hubungi ayah awak
dan minta dia pulang berjumpa kami.

990
00:56:20,251 --> 00:56:21,169
Okey.

991
00:56:28,968 --> 00:56:31,805
<i>- Hei.</i>
- Hei, Shawn?

992
00:56:32,806 --> 00:56:34,766
<i>- Ya?</i>
- Hai, ini Syerif Mike Main.

993
00:56:34,849 --> 00:56:38,019
- Saya bersama Lauryn dan Kendra.
<i>- Apa yang berlaku?</i>

994
00:56:38,103 --> 00:56:41,898
Boleh awak pergi ke tempat yang senyap
supaya kita boleh berbual?

995
00:56:42,607 --> 00:56:43,608
<i>Ya.</i>

996
00:56:44,359 --> 00:56:47,946
Saya dapat panggilan mengejutkan
semasa saya bekerja

997
00:56:48,780 --> 00:56:51,866
daripada syerif yang kata
mereka dah tahu pelakunya.

998
00:56:52,700 --> 00:56:55,495
Saya kata, "Bagus.
Akhirnya, semua ini akan tamat."

999
00:56:55,578 --> 00:56:58,248
Dia kata, "Maaf. Saya perlu beritahu."

1000
00:56:58,331 --> 00:57:00,375
Saya kata, "Apa? Saya nak tahu siapa."

1001
00:57:00,458 --> 00:57:02,710
Dia kata,
"Malangnya, pelakunya isteri awak."

1002
00:57:04,546 --> 00:57:07,590
Saya jawab, "Okey."
Saya tak tahu nak cakap apa.

1003
00:57:07,674 --> 00:57:09,634
Sebab saya terkejut.

1004
00:57:09,717 --> 00:57:14,055
Betulkah selama setahun setengah ini,
dia hantar semua mesej itu?

1005
00:57:14,764 --> 00:57:18,893
Dia kata, "Awak masih di sana?"
Saya kata, "Biar betul?"

1006
00:57:18,977 --> 00:57:21,521
Saya kata, "Isteri saya yang buat?"

1007
00:57:21,604 --> 00:57:23,231
Saya bergegas pulang.

1008
00:57:24,691 --> 00:57:26,734
Syerif berdiri di anjung depan.

1009
00:57:29,737 --> 00:57:30,822
Jadi, beginilah.

1010
00:57:30,905 --> 00:57:34,451
Setiap kali mereka terima mesej,
nombornya keluar.

1011
00:57:34,951 --> 00:57:37,996
Cukup untuk dapatkan waran geledah.
Sebab itu kami datang.

1012
00:57:38,079 --> 00:57:41,124
Detektif saya ambil
telefon dan komputernya.

1013
00:57:41,207 --> 00:57:44,461
Saya cakap dengan dia.
Saya kata, "Semua ini dah tamat."

1014
00:57:44,544 --> 00:57:47,505
Awak ambil telefon apa?

1015
00:57:48,381 --> 00:57:51,092
Dia letak di dalam poket.
Saya boleh tunjukkan.

1016
00:57:51,176 --> 00:57:52,719
- Dia ada beberapa.
- Okey.

1017
00:57:52,802 --> 00:57:55,763
Saya ada waran geledah untuk semuanya.

1018
00:57:55,847 --> 00:57:57,640
Adakah dia akan masuk penjara?

1019
00:57:57,724 --> 00:57:59,392
Beginilah.

1020
00:57:59,476 --> 00:58:02,312
Kes menghendap ialah feloni.
Itulah tuduhannya.

1021
00:58:02,395 --> 00:58:04,314
Saya tahu macam-macam berlaku.

1022
00:58:04,397 --> 00:58:05,773
Ya. Banyak masalah.

1023
00:58:05,857 --> 00:58:09,861
Ya. Saya tahu Ferris pecat dia.
Dia ada latar belakang IT.

1024
00:58:09,944 --> 00:58:12,322
Syerif cakap, "Dia yang hantar mesej.

1025
00:58:12,405 --> 00:58:15,033
Dia kehilangan kedua-dua kerjanya,

1026
00:58:15,116 --> 00:58:17,785
Dah setahun dia tak bekerja."

1027
00:58:17,869 --> 00:58:19,621
"Dah setahun dia tak kerja?"

1028
00:58:22,332 --> 00:58:25,960
Awak kata dia diberhentikan.
Dia beritahu saya dia berhenti.

1029
00:58:26,669 --> 00:58:29,339
Orang di tempat kerjanya
kata dia berhentikan.

1030
00:58:29,422 --> 00:58:32,800
Dia dah tak bekerja.
Saya rasa mesti ada cerita lain.

1031
00:58:35,094 --> 00:58:37,805
Shawn nampak sangat kecewa.

1032
00:58:37,889 --> 00:58:40,433
Dia cuba proses

1033
00:58:41,142 --> 00:58:43,561
perkara yang saya beritahu dia

1034
00:58:44,103 --> 00:58:46,731
dan fahamkan

1035
00:58:48,107 --> 00:58:51,903
seluruh cerita dan cara ia boleh berlaku.

1036
00:58:51,986 --> 00:58:56,533
Banyak lagi perkara yang perlu dijelaskan,
bukan sekadar kes Lauryn.

1037
00:58:58,826 --> 00:59:01,913
Kami akan tanya dia tentang telefon lain.
Terima kasih beritahu.

1038
00:59:01,996 --> 00:59:03,831
Kami perlu ambil semuanya.

1039
00:59:04,415 --> 00:59:06,709
- Mari masuk.
- Baiklah.

1040
00:59:06,793 --> 00:59:07,710
Ya.

1041
00:59:09,254 --> 00:59:11,214
Kendra, tolong cakap betul-betul.

1042
00:59:11,297 --> 00:59:14,676
{\an8}Awak ada peranti lain?
Saya dengar ada satu lagi telefon.

1043
00:59:14,759 --> 00:59:15,969
{\an8}Mana telefon itu?

1044
00:59:16,052 --> 00:59:16,886
{\an8}Saya…

1045
00:59:17,637 --> 00:59:20,640
{\an8}Awak perlu beritahu saya.
Awak dah mengaku.

1046
00:59:20,723 --> 00:59:21,683
{\an8}Beritahu saya.

1047
00:59:21,766 --> 00:59:23,893
{\an8}Saya akan geledah rumah kalau perlu.

1048
00:59:23,977 --> 00:59:25,478
{\an8}Waran geledah

1049
00:59:25,979 --> 00:59:28,064
{\an8}beri kami kuasa untuk geledah.

1050
00:59:28,147 --> 00:59:30,858
{\an8}Saya tak nak geledah,
tapi saya akan buat jika terpaksa.

1051
00:59:30,942 --> 00:59:32,569
{\an8}- Di luar.
- Di mana?

1052
00:59:32,652 --> 00:59:33,611
{\an8}- Mana?
- Tepi rumah.

1053
00:59:33,695 --> 00:59:36,155
{\an8}Tempat yang awak pergi tadi?

1054
00:59:36,906 --> 00:59:37,824
{\an8}Okey.

1055
00:59:37,907 --> 00:59:41,119
{\an8}Saya ambil salinan satu lagi.
Tolong buka kunci.

1056
00:59:42,829 --> 00:59:44,497
Apa yang berlaku di Ferris?

1057
00:59:47,458 --> 00:59:50,003
- Cakap terus terang.
- Cerita sajalah.

1058
00:59:50,086 --> 00:59:53,798
Jika saya mengamuk selepas polis pergi,
saya mungkin masuk penjara. Cakap cepat.

1059
00:59:53,881 --> 00:59:55,300
Saya dipecat.

1060
00:59:56,301 --> 00:59:59,804
Ya. Bagaimana dengan kerja Texas?
Awak dipecat juga?

1061
00:59:59,887 --> 01:00:01,306
Saya dah dipecat.

1062
01:00:01,389 --> 01:00:02,974
- Dah dipecat juga?
- Ya.

1063
01:00:03,057 --> 01:00:05,059
Bila awak dipecat?

1064
01:00:05,143 --> 01:00:06,352
Dah lama juga.

1065
01:00:07,395 --> 01:00:09,856
Awak bercakap benar? Atau awak menipu?

1066
01:00:09,939 --> 01:00:10,773
Saya tak tipu.

1067
01:00:11,399 --> 01:00:13,484
Bila awak dipecat?

1068
01:00:13,985 --> 01:00:15,445
Pada masa yang sama.

1069
01:00:16,279 --> 01:00:18,573
Dah berapa lama awak tipu?
Enam bulan? Setahun?

1070
01:00:18,656 --> 01:00:20,950
- Awak tak kerja untuk Texas?
- Betul.

1071
01:00:23,745 --> 01:00:24,996
Biar betul.

1072
01:00:34,130 --> 01:00:35,923
Awak perlu pergi malam ini.

1073
01:00:36,007 --> 01:00:38,551
Saya tak tahu ke mana,
tapi dia perlu pergi.

1074
01:00:38,635 --> 01:00:41,638
Suruh ibu bapa awak datang ambil awak.

1075
01:00:41,721 --> 01:00:44,599
Saya dah tak tahan.

1076
01:00:46,059 --> 01:00:47,435
Saya dah tak sanggup.

1077
01:00:47,518 --> 01:00:50,188
Patutlah kita asyik berpindah.

1078
01:00:50,688 --> 01:00:53,066
Lauryn tersepit. Kasihan dia.

1079
01:00:53,566 --> 01:00:56,277
Telefon ibu bapa awak. Ini telefon saya.

1080
01:00:56,778 --> 01:00:57,779
Pergi dari sini.

1081
01:00:59,572 --> 01:01:01,407
Telefon ibu bapa awak. Sudah.

1082
01:01:01,491 --> 01:01:04,577
- Sementara polis ada…
- Tidak. Dengar dulu.

1083
01:01:04,661 --> 01:01:06,329
Awak perlu pergi. Saya akan telefon.

1084
01:01:06,412 --> 01:01:08,790
Shawn, tunggu dulu.

1085
01:01:08,873 --> 01:01:11,417
Tak boleh. Maafkan saya, Kendra.

1086
01:01:12,835 --> 01:01:14,712
Saya tak nak tinggalkan dia.

1087
01:01:14,796 --> 01:01:16,047
Awak perlu pergi.

1088
01:01:16,130 --> 01:01:17,173
Tolonglah.

1089
01:01:18,466 --> 01:01:19,717
Saya tak boleh pergi.

1090
01:01:25,807 --> 01:01:28,851
Mereka ambil barang mereka.
Mereka menuju ke utara.

1091
01:01:28,935 --> 01:01:31,145
- Baiklah.
- Mereka di Waterford.

1092
01:01:31,729 --> 01:01:33,731
- Okey.
- Saya tak nak ikut mereka.

1093
01:01:33,815 --> 01:01:35,983
Ayah dan ibu awak dalam perjalanan.

1094
01:01:36,067 --> 01:01:38,778
Saya nak beritahu mereka depan-depan.

1095
01:01:38,861 --> 01:01:40,947
Saya perlu bersama dia.

1096
01:01:41,030 --> 01:01:43,574
Kita perlu berjauhan.

1097
01:01:44,784 --> 01:01:45,660
Saya rasa itu…

1098
01:01:45,743 --> 01:01:50,039
Jika kita ambil tindakan bodoh,
pihak kebajikan akan ambil Lauryn.

1099
01:01:50,665 --> 01:01:51,582
Okey?

1100
01:01:52,208 --> 01:01:53,793
Kita perlu hadapinya.

1101
01:01:53,876 --> 01:01:56,254
Kita perlu berpisah buat seketika.

1102
01:02:00,174 --> 01:02:03,469
Lauryn, saya minta maaf
kerana datang hari ini.

1103
01:02:03,553 --> 01:02:06,806
Saya harap kamu jumpa jalan penyelesaian.

1104
01:02:06,889 --> 01:02:09,559
- Okey.
- Baiklah. Terima kasih.

1105
01:02:09,642 --> 01:02:10,768
Terima kasih, Mike.

1106
01:02:11,936 --> 01:02:13,229
Saya tak tahu.

1107
01:02:24,615 --> 01:02:28,703
- Maaf.
- Ada tisu di situ. Tak apa.

1108
01:02:34,959 --> 01:02:37,170
Tentu kamu fikir saya wanita gila.

1109
01:02:37,253 --> 01:02:38,212
Tak.

1110
01:02:41,466 --> 01:02:45,678
Itu hari yang penuh emosi di rumah kami.

1111
01:02:47,472 --> 01:02:50,391
Hari yang penuh kekeliruan,

1112
01:02:51,058 --> 01:02:52,435
persoalan,

1113
01:02:54,228 --> 01:02:55,313
kejutan.

1114
01:02:55,897 --> 01:02:59,901
Kami tak tahu perkara seterusnya
yang akan berlaku.

1115
01:03:02,570 --> 01:03:04,030
Hari itu sukar…

1116
01:03:07,283 --> 01:03:09,911
tapi pada masa yang sama,

1117
01:03:11,621 --> 01:03:12,872
ia penamat kisah ini.

1118
01:03:18,711 --> 01:03:22,757
Saya rasa perasaan terkejut
bertukar menjadi sedih,

1119
01:03:22,840 --> 01:03:26,594
kemudian menjadi marah,
kemudian bertukar menjadi gila.

1120
01:03:26,677 --> 01:03:29,680
Saya tak tahu nak gambarkan perasaan itu.

1121
01:03:30,431 --> 01:03:32,433
Kenapa ibu sanggup buat begini?

1122
01:03:32,517 --> 01:03:35,478
Betulkah dia buat begini?

1123
01:03:35,561 --> 01:03:37,814
Sukar nak percaya.

1124
01:03:37,897 --> 01:03:39,857
Saya sangat keliru.

1125
01:03:50,284 --> 01:03:53,204
Saya tak percaya dia buat begitu
kepada anaknya.

1126
01:03:56,123 --> 01:03:58,334
Anak yang kononnya dia sangat sayang.

1127
01:04:01,295 --> 01:04:03,673
Anak berusia 14, 15 tahun…

1128
01:04:05,424 --> 01:04:07,176
Saya rasa jijik.

1129
01:04:08,135 --> 01:04:11,889
Dia tikam dan tembak jantung saya,
kemudian dia campakkannya.

1130
01:04:16,602 --> 01:04:19,021
Mike telefon saya dan kata,

1131
01:04:19,981 --> 01:04:21,524
"Ia dah berakhir."

1132
01:04:23,025 --> 01:04:25,653
Saya tak faham. "Dah berakhir?"

1133
01:04:25,736 --> 01:04:30,741
Dia kata, "Saya pergi ke rumah Kendra.
Dia mengaku segalanya."

1134
01:04:30,825 --> 01:04:31,951
Saya rasa…

1135
01:04:32,577 --> 01:04:33,870
Saya…

1136
01:04:34,787 --> 01:04:40,209
Saya tak boleh lupakan perasaan jijik

1137
01:04:40,293 --> 01:04:43,296
dan rasa dikhianati.

1138
01:04:43,880 --> 01:04:48,342
Kami terima wanita itu dalam hidup kami,
rumah kami, hidup anak-anak saya.

1139
01:04:48,426 --> 01:04:49,927
Saya memang…

1140
01:04:52,722 --> 01:04:53,931
Saya tak boleh…

1141
01:04:54,557 --> 01:04:57,560
Saya tak boleh nak gambarkan rasanya.

1142
01:05:03,566 --> 01:05:04,525
{\an8}Entahlah.

1143
01:05:05,234 --> 01:05:06,777
{\an8}Saya tergamam.

1144
01:05:08,696 --> 01:05:11,532
Saya tak boleh terima berita itu.

1145
01:05:11,616 --> 01:05:14,410
Kepala saya pening, macam…

1146
01:05:14,911 --> 01:05:15,912
Ya…

1147
01:05:15,995 --> 01:05:19,040
Kenapa ada ibu sanggup buat begitu?

1148
01:05:20,875 --> 01:05:24,962
Tak sangka ada orang yang rapat
dengan kami boleh buat perkara begitu,

1149
01:05:25,046 --> 01:05:27,715
Bukan saja kepada saya,
tapi kepada anaknya.

1150
01:05:31,594 --> 01:05:34,430
Setiap orang buat silap.

1151
01:05:34,513 --> 01:05:37,016
Tiada seorang pun yang sempurna.

1152
01:05:37,099 --> 01:05:41,062
Secara realistiknya, mungkin ramai
pernah langgar undang-undang,

1153
01:05:41,145 --> 01:05:43,105
tapi tak tertangkap.

1154
01:05:43,189 --> 01:05:45,149
Jujur saya cakap.

1155
01:05:45,232 --> 01:05:49,862
Mesti ada orang yang memandu
dalam keadaan mabuk yang tak ditangkap.

1156
01:05:49,946 --> 01:05:51,697
Tapi kalau tertangkap,

1157
01:05:52,615 --> 01:05:56,285
situasinya pun sama macam saya,
cuma kesalahannya lain.

1158
01:05:56,369 --> 01:05:59,080
Jadi saya rasa,

1159
01:05:59,830 --> 01:06:01,374
orang lupa hal itu.

1160
01:06:01,457 --> 01:06:03,793
Saya tahu saya jadi tajuk utama.

1161
01:06:03,876 --> 01:06:05,169
Saya penjahat.

1162
01:06:05,252 --> 01:06:07,546
Saya ibu yang teruk. Apa-apa sajalah.

1163
01:06:08,422 --> 01:06:11,884
Tapi mereka cuma tahu secebis kisah saya.

1164
01:06:11,968 --> 01:06:13,636
Mereka tak tahu kisah penuh.

1165
01:06:17,598 --> 01:06:21,060
Ibu Kendra dan ibu saya cuma dua beradik.

1166
01:06:21,143 --> 01:06:23,646
Kami rapat kerana keluarga kami kecil.

1167
01:06:24,647 --> 01:06:27,858
Dia ceria, peramah,
sentiasa menyerikan suasana.

1168
01:06:28,526 --> 01:06:32,613
Kami selalu pergi belayar,
sama ada berdua atau dengan keluarga.

1169
01:06:34,115 --> 01:06:35,533
Gadis sekalian!

1170
01:06:36,659 --> 01:06:38,494
Dia sukakan perhatian.

1171
01:06:38,577 --> 01:06:41,080
Jika dia ada di sini semasa kita bercakap,

1172
01:06:41,163 --> 01:06:44,125
tentu dia menari di sana
supaya awak pandang dia.

1173
01:06:44,208 --> 01:06:46,335
<i>Aku nak tahu</i>
<i>Apa yang kau nak!</i>

1174
01:06:46,419 --> 01:06:48,421
<i>Aku nak tahu</i>
<i>Apa yang kau nak!</i>

1175
01:06:49,839 --> 01:06:53,718
Adakah dia suka menolong dan baik hati?

1176
01:06:53,801 --> 01:06:57,013
Ya, dia akan sentiasa menolong.

1177
01:06:57,096 --> 01:07:00,266
Sebelum hal ini, kalau saya telefon dia

1178
01:07:00,349 --> 01:07:02,518
dan minta tolong, mesti dia tolong.

1179
01:07:03,602 --> 01:07:08,024
Dia jurulatih besbol
dan bola keranjang untuk Lauryn.

1180
01:07:08,107 --> 01:07:10,443
Dia sentiasa terlibat.

1181
01:07:10,526 --> 01:07:13,988
Kendra ibu yang bagus.

1182
01:07:14,071 --> 01:07:17,491
Dia jaga Lauryn dengan baik
dan sentiasa ada masa untuknya.

1183
01:07:17,575 --> 01:07:19,618
Dia bertanggungjawab sebagai ibu.

1184
01:07:20,911 --> 01:07:24,123
Hidup kami sempurna.
Semuanya hebat, tapi kemudian…

1185
01:07:25,750 --> 01:07:26,959
Masalah melanda.

1186
01:07:29,837 --> 01:07:31,714
OWEN NAK BERPISAH DENGAN KAU

1187
01:07:31,797 --> 01:07:34,258
Mesej pertama diterima sekitar Halloween.

1188
01:07:34,341 --> 01:07:36,969
Awak hantar mesej itu?

1189
01:07:37,053 --> 01:07:39,305
Tak, bukan saya yang hantar.

1190
01:07:40,056 --> 01:07:41,223
PADAN MUKA!

1191
01:07:41,307 --> 01:07:42,475
Selepas…

1192
01:07:44,602 --> 01:07:46,896
Lama selepas itu,

1193
01:07:46,979 --> 01:07:50,399
mesej-mesej itu dah berhenti,
kemudian masuk semula.

1194
01:07:50,483 --> 01:07:55,863
Saya fikir, "Sampai bila nak biarkan?
Apa saya patut buat sebagai ibu?"

1195
01:07:57,490 --> 01:08:01,410
Sejujurnya, cara terbaik untuk hentikannya

1196
01:08:01,494 --> 01:08:04,288
adalah dengan menukar nombornya.

1197
01:08:04,371 --> 01:08:07,666
Tapi saya fikir,
"Kenapa dia perlu buat begitu?"

1198
01:08:07,750 --> 01:08:10,252
Kenapa saya perlu belikan telefon baru?

1199
01:08:10,336 --> 01:08:13,923
Padahal itu salah orang lain.

1200
01:08:14,006 --> 01:08:18,177
Saya betul-betul nak tahu dalangnya.

1201
01:08:18,260 --> 01:08:21,680
Ketika itu saya mula hantar mesej
kepada Lauryn dan Owen.

1202
01:08:26,393 --> 01:08:30,439
Saya hantar mesej dengan harapan
mereka akan balas dan sebut

1203
01:08:30,523 --> 01:08:33,234
nama orang yang mereka syak.

1204
01:08:33,317 --> 01:08:36,779
Supaya saya dapat petunjuk.

1205
01:08:36,862 --> 01:08:38,656
Saya juga harap

1206
01:08:38,739 --> 01:08:43,494
apabila mereka berbual tentangnya
dengan kawan-kawan,

1207
01:08:43,577 --> 01:08:46,122
ada petunjuk akan muncul

1208
01:08:46,205 --> 01:08:48,874
yang boleh membantu untuk menentukan

1209
01:08:48,958 --> 01:08:51,544
sumber semua mesej itu.

1210
01:08:54,463 --> 01:08:57,133
Saya bermula dengan fikir,

1211
01:08:57,216 --> 01:08:58,634
"Kami perlukan jawapan."

1212
01:09:00,344 --> 01:09:01,428
Kemudian

1213
01:09:03,180 --> 01:09:04,098
ia berterusan.

1214
01:09:06,392 --> 01:09:07,560
Saya jadi obses

1215
01:09:08,936 --> 01:09:11,021
dan semakin lama semakin teruk.

1216
01:09:11,772 --> 01:09:13,732
Saya tak tahu cara nak berhenti.

1217
01:09:15,651 --> 01:09:18,237
Saya jadi orang lain ketika itu.

1218
01:09:19,071 --> 01:09:21,198
Mental saya tak sihat.

1219
01:09:22,575 --> 01:09:25,286
Macam saya pakai topeng.

1220
01:09:25,786 --> 01:09:27,371
Saya tak kenal diri saya.

1221
01:09:28,414 --> 01:09:30,916
Dia berubah. Dia lebih menyendiri.

1222
01:09:31,000 --> 01:09:32,668
Dia jarang hubungi saya.

1223
01:09:32,751 --> 01:09:35,212
Mungkin lebih mementingkan diri.

1224
01:09:35,838 --> 01:09:39,049
Kadangkala, satu jam sehari

1225
01:09:39,133 --> 01:09:41,093
atau lapan jam sehari.

1226
01:09:41,177 --> 01:09:43,637
Saya biarkan diri saya hanyut.

1227
01:09:43,721 --> 01:09:45,890
<i>ORANG PALING HODOH AKU PERNAH JUMPA</i>

1228
01:09:45,973 --> 01:09:47,683
<i>KAU TAK BERGUNA, TAK BERMAKNA</i>

1229
01:09:47,766 --> 01:09:50,186
<i>ZAKAR DAN JARINYA, KEMALUAN DAN MULUT AKU</i>

1230
01:09:50,269 --> 01:09:52,271
BUAT AKU BASAH

1231
01:09:52,354 --> 01:09:53,606
PERGI TERJUN JAMBATAN

1232
01:09:53,689 --> 01:09:54,982
BUNUH DIRI KAU

1233
01:10:00,279 --> 01:10:02,865
Dia kata dia tak hantar
beberapa mesej awal.

1234
01:10:02,948 --> 01:10:04,325
Bunyinya pelik.

1235
01:10:04,408 --> 01:10:07,703
Tapi saya rasa memang dia yang hantar.

1236
01:10:08,579 --> 01:10:11,582
Bukti yang saya dapat
melalui waran geledah

1237
01:10:11,665 --> 01:10:16,378
kepada pihak vendor dan aplikasi
menunjukkan dialah penghantar mesej.

1238
01:10:16,462 --> 01:10:19,840
Sebagai penguat kuasa undang-undang,
saya selalu tengok orang mengelak.

1239
01:10:19,924 --> 01:10:22,551
Saya tanya siapa yang mulakan.
Dia kata dia tak tahu.

1240
01:10:22,635 --> 01:10:25,054
Saya masih tak percaya
orang lain yang mulakan.

1241
01:10:27,264 --> 01:10:29,725
Sebelum Kendra Licari didedahkan

1242
01:10:29,808 --> 01:10:32,102
sebagai penghantar mesej,

1243
01:10:32,186 --> 01:10:36,440
kami ingat dia kerja di jabatan teknologi
Universiti Negeri Ferris.

1244
01:10:37,024 --> 01:10:38,692
Sebenarnya tidak.

1245
01:10:38,776 --> 01:10:41,320
Dia dah lama tak bekerja.

1246
01:10:41,946 --> 01:10:45,491
Apabila difikirkan balik,
patutlah dia boleh hantar

1247
01:10:45,574 --> 01:10:49,453
beratus-ratus dan beribu-ribu mesej
sepanjang hari.

1248
01:10:49,536 --> 01:10:52,539
Saya tak pasti
jika dia pernah bekerja di Ferris.

1249
01:10:53,332 --> 01:10:56,001
Saya rasa Shawn ingat dia kerja di sana.

1250
01:10:56,085 --> 01:11:01,006
Adakah dia pura-pura bersiap
dan pergi kerja pada waktu pagi?

1251
01:11:01,090 --> 01:11:03,342
Saya tak tahu. Saya dah cuba fikirkan.

1252
01:11:03,425 --> 01:11:06,595
Bagaimana dia boleh tipu
orang yang tinggal serumah?

1253
01:11:06,679 --> 01:11:09,556
Setahu saya,
dia tak pernah bekerja di Ferris.

1254
01:11:09,640 --> 01:11:12,768
Dia pura-pura macam dia ada kerja.

1255
01:11:12,851 --> 01:11:16,563
Dia pandai berlakon.

1256
01:11:19,108 --> 01:11:21,068
Itu eskapisme bagi saya.

1257
01:11:21,944 --> 01:11:23,028
Ia…

1258
01:11:25,030 --> 01:11:26,198
bantu saya…

1259
01:11:28,325 --> 01:11:32,496
lari daripada kehidupan sebenar,
walaupun ia kehidupan sebenar.

1260
01:11:32,579 --> 01:11:37,751
Semasa saya buat begitu,
saya bukan diri saya.

1261
01:11:37,835 --> 01:11:42,715
Ia bantu saya lupa kehidupan seharian.

1262
01:11:44,925 --> 01:11:46,927
Tapi ia berterusan.

1263
01:11:48,887 --> 01:11:50,597
TIADA SIAPA NAK TENGOK PUNGGUNG LEPER

1264
01:11:50,681 --> 01:11:53,183
Lauryn tahu tubuhnya kecil.

1265
01:11:53,267 --> 01:11:55,227
Dia tahu dia kurus. Jadi…

1266
01:11:55,936 --> 01:12:00,024
Mungkin saya perasan ciri-cirinya
yang buat dia rasa rendah diri.

1267
01:12:01,150 --> 01:12:04,361
Penampilannya, rambutnya, rupa parasnya…

1268
01:12:05,195 --> 01:12:06,363
Tapi sejujurnya,

1269
01:12:07,239 --> 01:12:11,327
mesej-mesej itu tak ditujukan kepada dia.

1270
01:12:11,410 --> 01:12:13,037
Tapi ditujukan kepada awak?

1271
01:12:13,120 --> 01:12:15,539
Adakah awak hantar mesej
kepada diri sendiri?

1272
01:12:16,165 --> 01:12:17,833
Mungkin,

1273
01:12:18,500 --> 01:12:19,585
kerana

1274
01:12:20,794 --> 01:12:22,338
saya memang terlalu kurus.

1275
01:12:22,921 --> 01:12:24,590
Saya tak makan.

1276
01:12:24,673 --> 01:12:27,009
Saya dalam kategori anoreksia.

1277
01:12:28,761 --> 01:12:31,263
Awak tak risau dia akan cederakan dirinya?

1278
01:12:31,764 --> 01:12:35,017
Sebab ada mesej suruh dia bunuh diri.

1279
01:12:35,100 --> 01:12:36,018
Sebenarnya…

1280
01:12:38,020 --> 01:12:39,146
Saya…

1281
01:12:40,272 --> 01:12:44,943
Saya tak risau dia akan cederakan dirinya.

1282
01:12:45,944 --> 01:12:51,283
Mungkin sesetengah orang
akan persoalkan pandangan saya.

1283
01:12:51,367 --> 01:12:56,080
Tapi saya kenal Lauryn
dan saya tahu perbualan kami berdua.

1284
01:12:56,163 --> 01:13:00,918
Lainlah kalau saya tak kenal dia.

1285
01:13:01,418 --> 01:13:02,419
Jadi…

1286
01:13:04,380 --> 01:13:05,506
Ya.

1287
01:13:06,465 --> 01:13:08,050
KAU TAK ADA KAWAN

1288
01:13:08,133 --> 01:13:09,468
KAU HISAP ZAKAR JANTAN

1289
01:13:09,551 --> 01:13:11,720
Saya ingat salah satu mesej

1290
01:13:12,221 --> 01:13:14,431
yang menyebut tentang seks oral…

1291
01:13:14,515 --> 01:13:16,975
DIA NAK BERASMARA, SEKS ORAL DAN BERCIUM

1292
01:13:17,059 --> 01:13:19,770
…dan Owen kononnya dah benci Lauryn

1293
01:13:19,853 --> 01:13:22,356
kerana Lauryn tak buat seks oral.

1294
01:13:23,232 --> 01:13:25,567
Budak itu baru 14 tahun.

1295
01:13:26,568 --> 01:13:28,862
Dia tak patut buat benda begitu!

1296
01:13:28,946 --> 01:13:32,408
Mungkin itu buat Kendra rasa,

1297
01:13:32,491 --> 01:13:35,744
"Saya dan Lauryn kawan.
Dia perlukan saya."

1298
01:13:35,828 --> 01:13:39,581
Remaja memang perlukan ibunya,
tapi bukan dengan cara itu.

1299
01:13:39,665 --> 01:13:41,750
Saya rasa ia kes Munchausen siber.

1300
01:13:41,834 --> 01:13:46,588
Dia mahu rasa diperlukan oleh anaknya.

1301
01:13:47,339 --> 01:13:48,799
Dia sangat terdesak

1302
01:13:49,716 --> 01:13:52,219
sehingga sanggup menyakitinya.

1303
01:13:52,302 --> 01:13:55,556
Inilah cara yang dia pilih,

1304
01:13:55,639 --> 01:14:00,561
bukan dengan cuba membuat anaknya sakit,
seperti sindrom Munchausen yang biasa.

1305
01:14:00,644 --> 01:14:02,563
Saya rasa itulah sebabnya

1306
01:14:02,646 --> 01:14:05,315
kerana apabila Lauryn pulang
dan sedih tentang mesej,

1307
01:14:05,399 --> 01:14:10,654
Kendra boleh jadi wira
dan berada di sisinya.

1308
01:14:11,155 --> 01:14:15,159
Tapi saya tak dapat
bayangkan perasaan Lauryn.

1309
01:14:15,242 --> 01:14:19,329
Saya pasti Lauryn
betul-betul rasa tertekan.

1310
01:14:19,413 --> 01:14:21,248
Tapi saya rasa mustahil

1311
01:14:22,332 --> 01:14:27,963
untuk terlepas daripada manipulasi Kendra
tanpa berhenti berkomunikasi dengannya.

1312
01:14:32,634 --> 01:14:35,679
Kendra Licari
pandai memanipulasi keluarganya.

1313
01:14:35,762 --> 01:14:39,766
Dia kawal semuanya. Dia uruskan kewangan.

1314
01:14:39,850 --> 01:14:43,520
Semua yang mereka lakukan
ditentukan dan diatur oleh Kendra.

1315
01:14:44,605 --> 01:14:47,441
Kendra beritahu Shawn dan Lauryn
mereka tiada isu kewangan,

1316
01:14:47,524 --> 01:14:49,985
jadi dia perlu fikir cara untuk cari wang

1317
01:14:50,068 --> 01:14:51,445
walaupun tak bekerja.

1318
01:14:53,113 --> 01:14:57,451
Dia pernah beritahu kami
rumah mereka dipanah petir.

1319
01:14:57,534 --> 01:14:59,203
Dia buat tuntutan insurans.

1320
01:14:59,286 --> 01:15:02,247
Saya rasa tak mustahil dia ambil duit itu.

1321
01:15:02,873 --> 01:15:04,791
Suatu hari, semasa kami sampai di rumah,

1322
01:15:04,875 --> 01:15:07,753
ada sekeping kertas besar di pintu depan,

1323
01:15:07,836 --> 01:15:09,755
mengatakan kami diusir.

1324
01:15:09,838 --> 01:15:13,300
Akhirnya dia mengaku dia tak bayar bil.

1325
01:15:13,967 --> 01:15:18,388
Saya bergegas keluarkan semua barang
dan hantar ke stor simpanan.

1326
01:15:18,472 --> 01:15:21,475
Kami sewa stor
supaya barang kami tak dirampas.

1327
01:15:21,558 --> 01:15:24,520
Dia kata, "Tiada masalah.
Beberapa dolar saja."

1328
01:15:25,020 --> 01:15:28,565
Tapi dia tak bayar.

1329
01:15:29,233 --> 01:15:32,694
Jadi, kami tak dapat balik barang kami.

1330
01:15:33,570 --> 01:15:35,322
Mereka rampas peralatan saya,

1331
01:15:35,405 --> 01:15:39,493
semua benda penting, barang kenangan.

1332
01:15:39,576 --> 01:15:43,539
Semua hasil usaha saya sudah tiada.

1333
01:15:45,207 --> 01:15:47,334
Saya rasa semua yang dia beritahu Shawn

1334
01:15:47,417 --> 01:15:50,379
selama 10 tahun ini cuma penipuan.

1335
01:15:51,630 --> 01:15:55,175
Betulkah? Adakah itu pandangan awak?

1336
01:15:55,259 --> 01:15:56,134
Tak.

1337
01:15:57,803 --> 01:15:58,762
Tapi…

1338
01:16:04,476 --> 01:16:07,354
Saya lebih banyak uruskan kewangan kami.

1339
01:16:10,941 --> 01:16:14,903
Tapi kami berdua tahu
situasi yang kami hadapi,

1340
01:16:15,404 --> 01:16:18,365
tapi kami sama-sama tak tahu
tindakan yang betul

1341
01:16:18,448 --> 01:16:20,117
yang perlu diambil,

1342
01:16:20,200 --> 01:16:22,703
jadi, malangnya…

1343
01:16:27,666 --> 01:16:31,378
Selepas identiti pelaku diketahui umum,

1344
01:16:31,461 --> 01:16:33,338
seluruh komuniti kami terkejut.

1345
01:16:33,422 --> 01:16:36,133
Semasa kami di kelas
dengan Macy dan Sophie,

1346
01:16:36,216 --> 01:16:38,093
kami lihat Instagram

1347
01:16:38,176 --> 01:16:41,263
dan nampak gambar Kendra
disiarkan di merata tempat.

1348
01:16:43,473 --> 01:16:47,394
Saya dapat mesej di sekolah
daripada sepupu saya, "Awak okey?"

1349
01:16:47,477 --> 01:16:50,897
Saya di kelas. Saya kata,
"Ya, saya okey. Kenapa?"

1350
01:16:50,981 --> 01:16:54,026
Semua orang mula pandang Lauryn

1351
01:16:54,109 --> 01:16:56,737
kerana ibunya jadi
berita hangat di Internet.

1352
01:16:56,820 --> 01:16:58,447
AWAS IBU GILA
IBU TAK SIUMAN

1353
01:16:58,530 --> 01:16:59,781
BIAR BETUL?
KANTOI!

1354
01:16:59,865 --> 01:17:01,700
Saya dipanggil ke pejabat.

1355
01:17:01,783 --> 01:17:04,494
Mereka kata, "Ibu awak ditahan hari ini."

1356
01:17:04,578 --> 01:17:07,456
Saya mesej ayah dan tanya,
"Apa yang berlaku?"

1357
01:17:08,206 --> 01:17:11,460
Dia kata, "Saya dipanggil ke pejabat
dan diberitahu ibu masuk penjara."

1358
01:17:12,502 --> 01:17:14,421
{\an8}Kes pelik seorang ibu

1359
01:17:14,504 --> 01:17:17,382
yang dituduh menghendap siber
anaknya sendiri.

1360
01:17:18,133 --> 01:17:21,970
Gadis sekolah tinggi di Michigan
dibuli siber lebih setahun.

1361
01:17:22,054 --> 01:17:24,806
Identiti suspeknya
mengejutkan semua orang.

1362
01:17:24,890 --> 01:17:28,018
<i>Pendakwa raya menuduh</i>
<i>seorang ibu menyamar.</i>

1363
01:17:28,101 --> 01:17:29,436
- Menyamar.
- Menyamar.

1364
01:17:29,519 --> 01:17:31,897
{\an8}Kami sedar pelakunya bukan budak,

1365
01:17:31,980 --> 01:17:34,232
{\an8}tapi tak sangka pelakunya ibu bapa.

1366
01:17:34,316 --> 01:17:36,318
<i>Ibu ini menghadapi tuduhan jenayah.</i>

1367
01:17:38,612 --> 01:17:42,115
<i>Licari didakwa atas lima jenayah,</i>
<i>kebanyakannya tuduhan menghendap,</i>

1368
01:17:42,199 --> 01:17:44,451
<i>kerana mesej dihantar lebih setahun.</i>

1369
01:17:44,534 --> 01:17:47,245
{\an8}Ada puluhan ribu mesej.

1370
01:17:47,329 --> 01:17:50,040
<i>Kendra Licari berada</i>
<i>di Mahkamah Daerah Isabella.</i>

1371
01:17:50,123 --> 01:17:52,125
<i>Hakim mengharamkan Licari</i>

1372
01:17:52,209 --> 01:17:54,252
<i>daripada berhubung dengan mangsa.</i>

1373
01:17:54,336 --> 01:17:55,879
<i>Termasuk anak Licari.</i>

1374
01:17:55,962 --> 01:17:57,631
Salah satu cabaran kes ini

1375
01:17:57,714 --> 01:18:01,718
ialah tahap keakraban Kendra dan anaknya.

1376
01:18:01,802 --> 01:18:04,721
Kami berharap perpisahan
yang diarahkan itu

1377
01:18:04,805 --> 01:18:08,850
akan beri peluang kepada Lauryn
untuk bebas daripada kawalan

1378
01:18:08,934 --> 01:18:12,187
yang menghantuinya sepanjang proses ini.

1379
01:18:12,270 --> 01:18:15,232
<i>Licari dan peguamnya minta</i>
<i>larangan berhubung dibatalkan.</i>

1380
01:18:15,315 --> 01:18:19,611
<i>Mahkamah terima surat daripada anaknya</i>
<i>mengatakan dia mahu ibunya kembali.</i>

1381
01:18:19,695 --> 01:18:23,573
Tanpa ibu saya,
saya tak rasa seperti diri saya.

1382
01:18:23,657 --> 01:18:25,867
Saya perlukan dia dalam hidup saya.

1383
01:18:25,951 --> 01:18:28,245
Awak rasa orang kutuk awak
kerana rindu ibu awak?

1384
01:18:30,872 --> 01:18:33,917
Sesetengah orang mungkin ada
pendapat tersendiri.

1385
01:18:34,960 --> 01:18:38,380
Tapi saya tak peduli.

1386
01:18:43,301 --> 01:18:47,097
Kendra mengaku bersalah atas dua tuduhan
menghendap budak bawah umur,

1387
01:18:47,180 --> 01:18:49,933
satu tuduhan untuk Owen
dan satu untuk Lauryn.

1388
01:18:50,016 --> 01:18:51,518
{\an8}MAHKAMAH DAERAH ISABELLA

1389
01:18:51,601 --> 01:18:55,021
{\an8}HARI JATUH HUKUMAN

1390
01:18:55,981 --> 01:19:00,610
Saya pergi ke mahkamah.
Seluruh keluarga saya ada di sana.

1391
01:19:00,694 --> 01:19:03,238
Ada ramai orang di sana. Bilik itu penuh.

1392
01:19:03,989 --> 01:19:05,657
Saya nampak Kendra.

1393
01:19:05,741 --> 01:19:08,952
Saya rasa terkejut melihat dia
selepas semua itu.

1394
01:19:09,035 --> 01:19:10,537
Saya rasa pelik melihat

1395
01:19:10,620 --> 01:19:13,373
jurulatih gred tujuh saya jadi begitu.

1396
01:19:15,083 --> 01:19:18,170
Kendra diberi peluang bercakap dulu

1397
01:19:18,253 --> 01:19:22,257
dan dia sangat meyakinkan.

1398
01:19:24,760 --> 01:19:26,136
Maaf, Yang Arif.

1399
01:19:26,219 --> 01:19:29,973
Saya minta maaf atas kelakuan saya
kepada Owen McKenny dan keluarganya,

1400
01:19:30,056 --> 01:19:33,560
kelakuan saya kepada Khloe Wilson
dan keluarganya.

1401
01:19:33,643 --> 01:19:36,062
Saya minta maaf kepada anak saya, Lauryn.

1402
01:19:36,146 --> 01:19:38,482
Kini saya tahu saya ada penyakit mental

1403
01:19:38,565 --> 01:19:41,651
dan tak sedar saya alami krisis
selama bertahun-tahun.

1404
01:19:41,735 --> 01:19:45,489
Saya dah mengakui dan cuba atasi
trauma zaman kanak-kanak saya.

1405
01:19:46,948 --> 01:19:49,201
Dia beri banyak alasan atas perbuatannya,

1406
01:19:49,284 --> 01:19:51,244
perkara yang menimpa hidupnya.

1407
01:19:51,328 --> 01:19:54,372
Saya tak kata perkara itu tak berlaku,

1408
01:19:54,456 --> 01:19:59,211
tapi menjadikannya alasan
untuk menganiaya kanak-kanak

1409
01:19:59,961 --> 01:20:02,798
adalah tak patut dan tak adil.

1410
01:20:02,881 --> 01:20:04,633
Jika saya boleh kembali

1411
01:20:04,716 --> 01:20:06,551
dan ubah perbuatan saya,

1412
01:20:06,635 --> 01:20:08,804
saya akan lakukannya.

1413
01:20:11,264 --> 01:20:14,935
Saya tahu Owen dan Jill akan bercakap.

1414
01:20:15,018 --> 01:20:17,687
Saya tak nak dengar kata-kata mereka

1415
01:20:17,771 --> 01:20:20,232
kerana mereka takkan cakap perkara baik.

1416
01:20:21,775 --> 01:20:23,693
"Semua ini akan berakhir

1417
01:20:23,777 --> 01:20:25,987
dan kita boleh cuba jalani hidup normal.

1418
01:20:26,071 --> 01:20:30,116
Tapi parutnya masih ada.
Saya akan rasai kesannya sepanjang hidup."

1419
01:20:30,200 --> 01:20:33,286
Saya tak dapat cakap dengan Kendra
sejak dia mengaku

1420
01:20:33,370 --> 01:20:35,038
hingga hari itu di mahkamah.

1421
01:20:35,121 --> 01:20:36,915
Itu saja yang kami boleh buat

1422
01:20:36,998 --> 01:20:39,709
kerana kes itu tak melalui perbicaraan,

1423
01:20:39,793 --> 01:20:41,711
jadi itu saja peluang kami.

1424
01:20:43,004 --> 01:20:46,967
"Saya takkan lupa perasaan saya
pada hari kami dapat tahu.

1425
01:20:47,050 --> 01:20:50,178
Rasa kecewa, marah, dikhianati, sedih,

1426
01:20:50,262 --> 01:20:51,471
semua datang serentak.

1427
01:20:51,555 --> 01:20:54,641
Saya dah lama menunggu saat ini,

1428
01:20:54,724 --> 01:20:59,062
menunggu awak pandang mata saya
dan beritahu saya sebabnya."

1429
01:20:59,688 --> 01:21:02,524
Berbaloi tak? Adakah semua ini berbaloi?

1430
01:21:06,570 --> 01:21:09,406
Trauma akibat kejadian ini

1431
01:21:09,489 --> 01:21:14,369
pasti meninggalkan kesan berkekalan
kepada semua keluarga ini.

1432
01:21:14,452 --> 01:21:18,665
Kesannya kepada kanak-kanak ini
mungkin seumur hidup.

1433
01:21:18,748 --> 01:21:21,126
Ini kes yang dahsyat.

1434
01:21:21,209 --> 01:21:23,461
Berdasarkan kelakuan awak,

1435
01:21:23,545 --> 01:21:26,464
awak patut dapat hukuman penjara.

1436
01:21:30,927 --> 01:21:32,470
<i>Kendra Licari, ibu yang menyamar,</i>

1437
01:21:32,554 --> 01:21:34,973
<i>akan dipenjarakan</i>
<i>sekurang-kurangnya setahun setengah.</i>

1438
01:21:35,056 --> 01:21:37,767
Dalam kes ini, hakim menjatuhkan hukuman

1439
01:21:37,851 --> 01:21:40,353
yang paling berat iaitu 19 bulan.

1440
01:21:40,437 --> 01:21:44,274
{\an8}Saya lega dapat tanya dia sebabnya.

1441
01:21:44,357 --> 01:21:48,278
{\an8}Saya tahu dia takkan cakap sebab sebenar.

1442
01:21:49,613 --> 01:21:52,782
Saya rasa dia gilakan Owen.

1443
01:21:52,866 --> 01:21:56,661
Masalahnya, dia seorang ibu
dan wanita dewasa.

1444
01:21:56,745 --> 01:22:03,001
Saya rasa dia mahu
jalin hubungan dengan Owen

1445
01:22:03,084 --> 01:22:07,047
yang tak boleh diterima pada usianya.

1446
01:22:08,590 --> 01:22:10,884
Saya rasa dia tertarik dengan saya.

1447
01:22:11,509 --> 01:22:14,137
Dia sangat peramah dan suka bantu saya.

1448
01:22:14,220 --> 01:22:16,222
"Biar saya ambilkan. Biar saya buatkan."

1449
01:22:16,306 --> 01:22:20,644
Perangainya tak macam
ibu teman wanita saya.

1450
01:22:20,727 --> 01:22:22,395
Tapi lebih daripada itu.

1451
01:22:22,479 --> 01:22:27,025
Dia suka buatkan benda untuk saya.
Dia potongkan stik saya.

1452
01:22:27,108 --> 01:22:30,445
Perbuatannya terlalu pelik.

1453
01:22:30,528 --> 01:22:35,158
Lihat sajalah cara dia layan
dan puja Owen.

1454
01:22:35,241 --> 01:22:39,788
Dia sanggup buat apa saja untuk Owen

1455
01:22:39,871 --> 01:22:43,959
untuk dapat perhatian Owen.

1456
01:22:44,042 --> 01:22:46,419
Dia suka mesej Owen tanpa sebab

1457
01:22:46,503 --> 01:22:49,589
semata-mata untuk kekalkan komunikasi.

1458
01:22:49,673 --> 01:22:53,510
Dia hadiri semua acara sukannya
walaupun Owen dan Lauryn dah berpisah.

1459
01:22:53,593 --> 01:22:54,970
Ia menjijikkan.

1460
01:22:59,683 --> 01:23:01,685
Dia suruh saya bunuh diri.

1461
01:23:03,269 --> 01:23:05,271
Ia buat saya rasa agak sedih.

1462
01:23:05,355 --> 01:23:09,484
Kenapa ibu saya sendiri
suruh saya buat begitu?

1463
01:23:12,904 --> 01:23:15,532
Saya pernah tanya dia,

1464
01:23:15,615 --> 01:23:20,120
tapi bukan secara langsung,
"Kenapa ibu suruh saya bunuh diri?"

1465
01:23:23,665 --> 01:23:27,627
Saya masih tertanya-tanya setiap hari.
Saya masih tak tahu sebabnya.

1466
01:23:29,504 --> 01:23:32,132
Adakah saya nak tahu hal sebenar?
Mestilah.

1467
01:23:32,215 --> 01:23:35,343
Apa puncanya? Apa yang dia fikir?

1468
01:23:35,427 --> 01:23:38,138
Apa punca dia buat begitu?

1469
01:23:38,221 --> 01:23:42,183
Saya tahu ayah saya marah
dan mungkin takkan maafkan dia,

1470
01:23:42,267 --> 01:23:44,269
tapi saya cuba tak fikir

1471
01:23:44,352 --> 01:23:47,814
dan teruskan hubungan
yang saya mahu dengan ibu saya.

1472
01:23:49,190 --> 01:23:52,193
Saya suka berkomunikasi dengan dia
semasa dia di penjara.

1473
01:23:52,277 --> 01:23:55,030
Kami boleh berbual
pada hari Isnin dan Rabu.

1474
01:23:56,614 --> 01:24:01,202
Kami berbual tentang hari-hari kami,
perkara yang berlaku, kisah lucu.

1475
01:24:01,786 --> 01:24:05,457
Kami berbalas e-mel.

1476
01:24:05,540 --> 01:24:07,167
HELO, BUDAK COMOT IBU

1477
01:24:07,250 --> 01:24:10,128
IBU MARAH, AWAK BUAT IBU SEDIH
AWAK CUMA UCAP SELAMAT TINGGAL

1478
01:24:10,211 --> 01:24:12,630
AWAK TAK CAKAP AWAK SAYANG IBU
IBU MAAFKAN

1479
01:24:12,714 --> 01:24:15,050
SAYANG AWAK! SEMOGA HARI AWAK HEBBAGDAH

1480
01:24:15,133 --> 01:24:17,093
(GABUNGAN HEBAT, BAGUS DAN INDAH)

1481
01:24:19,012 --> 01:24:21,890
Dia jadikan semuanya nampak lebih baik

1482
01:24:21,973 --> 01:24:24,434
dan dia buat saya rasa lebih gembira.

1483
01:24:24,934 --> 01:24:26,686
SELAMAT PAGI, PUTERI JELITA!

1484
01:24:26,770 --> 01:24:28,646
IBU SANGAT RINDUKAN AWAK

1485
01:24:28,730 --> 01:24:30,899
AWAK SINAR YANG MENERANGI ALAM

1486
01:24:30,982 --> 01:24:32,901
CIUMAN SAYANG

1487
01:24:32,984 --> 01:24:34,235
IBU TELEFON MALAM INI

1488
01:24:34,319 --> 01:24:36,696
IBU SAYANG AWAK
SAYANG SAYANG SAYANG AWAK

1489
01:24:36,780 --> 01:24:38,406
SAYANG AWAK SANGAT!

1490
01:24:39,157 --> 01:24:40,658
IBU SAAAAAAAAAAYANG AWAK!

1491
01:24:40,742 --> 01:24:44,037
TAK SAMPAI SETAHUN LAGI
TAK SABAR

1492
01:24:47,624 --> 01:24:50,710
Ibu saya keluar dari penjara
pada 8 Ogos 2024.

1493
01:24:52,796 --> 01:24:55,340
Saya harap kami boleh bina semula hubungan

1494
01:24:55,423 --> 01:24:58,593
kerana saya rasa
saya kehilangan sebahagian diri saya,

1495
01:24:58,676 --> 01:25:01,846
rindu sokongan seorang wanita,

1496
01:25:01,930 --> 01:25:04,891
kehadiran ibu saya.

1497
01:25:07,602 --> 01:25:08,937
Apabila saya kenang,

1498
01:25:09,854 --> 01:25:14,025
saya sangat kecewa dengan diri saya

1499
01:25:14,109 --> 01:25:16,611
kerana biarkan diri saya jadi begini.

1500
01:25:18,571 --> 01:25:20,824
Saya kecewakan keluarga saya.

1501
01:25:22,075 --> 01:25:24,577
Kecewakan diri sendiri.
Itu sukar diterima.

1502
01:25:26,329 --> 01:25:27,330
Jadi…

1503
01:25:31,126 --> 01:25:34,337
Sebab sikap saya semasa tempoh itu

1504
01:25:34,420 --> 01:25:36,840
bukan diri sebenar saya.

1505
01:25:36,923 --> 01:25:38,424
Bukan diri saya yang dulu

1506
01:25:38,925 --> 01:25:40,635
dan bukan diri saya hari ini.

1507
01:25:43,513 --> 01:25:46,724
Sejak Lauryn lahir, kami sentiasa rapat.

1508
01:25:48,810 --> 01:25:50,937
Keluarga sangat bermakna bagi saya.

1509
01:25:51,020 --> 01:25:54,149
Saya dah lama impikan keluarga sendiri.

1510
01:25:54,232 --> 01:25:56,568
Apabila saya

1511
01:25:57,986 --> 01:25:59,362
mengandung,

1512
01:25:59,863 --> 01:26:02,282
saya masih ingat semasa di bilik doktor

1513
01:26:02,365 --> 01:26:05,160
dan dengar degupan jantungnya
buat kali pertama.

1514
01:26:06,035 --> 01:26:08,163
Perasaan itu mengagumkan.

1515
01:26:10,206 --> 01:26:15,712
Dulu saya rasa kasih sayang saya
dah capai hadnya,

1516
01:26:16,713 --> 01:26:20,925
tapi apabila bayi saya
diletakkan dalam dakapan saya,

1517
01:26:21,009 --> 01:26:22,844
ia seolah-olah dunia baru.

1518
01:26:23,428 --> 01:26:24,929
Perasaan baru.

1519
01:26:27,640 --> 01:26:30,476
Apabila dia semakin besar,

1520
01:26:31,144 --> 01:26:35,440
perasaan saya yang terpendam
muncul kembali.

1521
01:26:37,442 --> 01:26:41,738
Kebanyakannya ialah trauma lama
yang mula muncul semula

1522
01:26:41,821 --> 01:26:43,948
dan saya tak tahu menanganinya.

1523
01:26:45,366 --> 01:26:47,911
Semasa saya 17 tahun,

1524
01:26:48,453 --> 01:26:49,704
saya dirogol.

1525
01:26:52,874 --> 01:26:53,791
Apabila

1526
01:26:55,335 --> 01:26:57,378
anak saya memasuki zaman remaja,

1527
01:26:57,462 --> 01:27:00,423
saya jadi sangat takut.

1528
01:27:01,299 --> 01:27:04,844
Saya tak mahu dia lalui pengalaman saya.

1529
01:27:05,678 --> 01:27:06,679
Jadi…

1530
01:27:11,643 --> 01:27:14,103
saya rasa itu menyebabkan saya

1531
01:27:15,146 --> 01:27:18,441
tak tahu cara untuk menangani keadaan.

1532
01:27:19,943 --> 01:27:25,448
Ia sukar kerana saya teringat semula
kenangan buruk…

1533
01:27:27,533 --> 01:27:29,285
tapi pada masa yang sama…

1534
01:27:31,412 --> 01:27:33,081
saya mahu melindunginya.

1535
01:27:35,667 --> 01:27:39,629
Saya nak cuba kawal masa depannya.

1536
01:27:40,713 --> 01:27:44,425
Saya takut untuk biarkan dia membesar.

1537
01:27:44,926 --> 01:27:47,095
Saya nak lindungi dia,
pastikan dia selamat

1538
01:27:47,178 --> 01:27:48,846
dan sentiasa di sisi saya.

1539
01:27:49,764 --> 01:27:52,308
Saya takut nak biarkan dia membesar

1540
01:27:52,392 --> 01:27:55,937
kerana saya takut
dia ditimpa perkara buruk.

1541
01:28:04,404 --> 01:28:08,658
Saya dah lama tak bercakap dengan Lauryn.

1542
01:28:08,741 --> 01:28:11,202
Saya dan Owen dah tak bercakap.

1543
01:28:11,286 --> 01:28:13,204
Kami ada terserempak di sekolah,

1544
01:28:13,288 --> 01:28:15,790
tapi kami tak berinteraksi sama sekali.

1545
01:28:15,873 --> 01:28:17,500
Ya, saya marah Lauryn.

1546
01:28:17,583 --> 01:28:20,837
Saya tak rasa saya akan cakap
dengan dia sampai bila-bila.

1547
01:28:23,506 --> 01:28:26,426
Lauryn masih kecil
semasa semua ini berlaku.

1548
01:28:26,509 --> 01:28:29,554
Saya tak rasa itu salah dia.

1549
01:28:29,637 --> 01:28:33,474
Ibunya yang buat semua itu.

1550
01:28:34,434 --> 01:28:36,019
Selama setahun,

1551
01:28:36,102 --> 01:28:40,648
Khloe tak dapat nikmati pengalaman indah
yang boleh menjadi kenangan hidupnya.

1552
01:28:41,316 --> 01:28:43,568
Orang tuduh dia selama setahun

1553
01:28:43,651 --> 01:28:47,780
dan tak percaya kata-katanya,
disoal siasat oleh ibu bapa Lauryn,

1554
01:28:47,864 --> 01:28:52,160
tak dipercayai oleh orang ramai.

1555
01:28:52,243 --> 01:28:55,580
Saya kehilangan ramai kawan.

1556
01:28:56,539 --> 01:28:59,250
Pada mulanya, saya dan Owen berkawan.

1557
01:28:59,334 --> 01:29:02,253
Saya, Macy, Owen dan Sophie
selalu duduk semeja.

1558
01:29:08,926 --> 01:29:12,180
Saya rasa bersalah tentang Khloe

1559
01:29:13,681 --> 01:29:16,434
kerana salahkan dia

1560
01:29:17,518 --> 01:29:19,062
dan keluarga dia.

1561
01:29:19,145 --> 01:29:24,317
Ketika itu, kami cuma berpandukan
maklumat yang kami ada.

1562
01:29:24,400 --> 01:29:27,445
Maklumat yang sangat sedikit
sepanjang dua tahun.

1563
01:29:27,528 --> 01:29:31,449
Saya rasa bersalah
kerana buat begitu kepada dia.

1564
01:29:31,532 --> 01:29:34,327
Ini semua salah Jill.

1565
01:29:34,410 --> 01:29:36,746
Keluarga kami sangat terkesan

1566
01:29:36,829 --> 01:29:39,374
disebabkan dia dan Mike Main.

1567
01:29:39,999 --> 01:29:42,585
Sehari dua selepas soal siasat pertama,

1568
01:29:42,668 --> 01:29:45,296
saya hantar mesej
kepada Syerif Main yang berkata

1569
01:29:45,380 --> 01:29:46,798
saya sangat yakin

1570
01:29:46,881 --> 01:29:49,300
yang ini mungkin kerja Kendra.

1571
01:29:49,801 --> 01:29:52,720
Saya kata, "Saya tak tahu
apa yang awak tahu tentang dia,

1572
01:29:52,804 --> 01:29:54,472
tapi dia tak jujur."

1573
01:29:55,598 --> 01:29:57,016
Saya beritahu orang lain

1574
01:29:57,100 --> 01:29:59,602
bahawa Shawn dan Lauryn akan berkelakuan

1575
01:29:59,685 --> 01:30:04,315
seolah-olah mereka mangsa dalam hal ini,
kononnya tak tahu apa yang berlaku

1576
01:30:04,399 --> 01:30:05,650
dan akan terlepas

1577
01:30:05,733 --> 01:30:09,529
kerana Mike Main
tak siasat mereka betul-betul.

1578
01:30:10,863 --> 01:30:12,490
Memang itu yang berlaku.

1579
01:30:13,574 --> 01:30:15,368
Saya bangga dengan dia.

1580
01:30:15,451 --> 01:30:17,537
Dah lama saya simpan. Lega rasanya.

1581
01:30:19,831 --> 01:30:21,332
Mujurlah ada Brad Peters.

1582
01:30:21,416 --> 01:30:24,335
Tanpa dia, kes ini takkan ke mana-mana.

1583
01:30:24,836 --> 01:30:28,172
Entah apa lagi yang Kendra akan lakukan.

1584
01:30:28,256 --> 01:30:32,301
Dokumentari begini
selalunya ada kesudahan yang buruk.

1585
01:30:32,802 --> 01:30:35,471
Entah apa lagi yang dia akan buat

1586
01:30:35,555 --> 01:30:37,432
jika dia tak tertangkap.

1587
01:30:41,269 --> 01:30:42,103
Okey.

1588
01:30:43,855 --> 01:30:44,730
Itu saja?

1589
01:30:46,107 --> 01:30:47,108
Balinglah!

1590
01:30:47,608 --> 01:30:51,070
Saya dan ayah saya semakin rapat
sejak perkara ini berlaku.

1591
01:30:51,154 --> 01:30:52,864
Awak tahu ayah sayang awak?

1592
01:30:52,947 --> 01:30:56,159
- Ya, kadangkala.
- Kadangkala? Ayah sayanglah.

1593
01:30:56,242 --> 01:30:58,119
- Saya sayang ayah.
- Okey.

1594
01:30:58,661 --> 01:31:01,747
Ayah bangga dengan awak.
Awak budak baik. Okey?

1595
01:31:02,373 --> 01:31:03,291
Sayang awak.

1596
01:31:04,792 --> 01:31:07,503
Kami sangat rapat.

1597
01:31:07,587 --> 01:31:10,840
Kami boleh ketawa dalam setiap situasi.

1598
01:31:10,923 --> 01:31:11,757
Hei.

1599
01:31:14,469 --> 01:31:18,055
Seronok tengok dia senyum
dan ketawa dan jadi budak

1600
01:31:18,139 --> 01:31:20,766
dan buat aktiviti bodoh macam dulu-dulu.

1601
01:31:21,267 --> 01:31:23,352
Dia semakin rapat dengan saya.

1602
01:31:23,436 --> 01:31:25,938
Dia semakin besar. Saya tak percaya.

1603
01:31:26,022 --> 01:31:29,108
Dia membesar jadi wanita yang cantik.

1604
01:31:38,826 --> 01:31:41,913
Saya tak dibenarkan jumpa ibu saya
selepas dia keluar penjara.

1605
01:31:41,996 --> 01:31:44,790
Saya nak jumpa ibu saya
apabila tiba masanya.

1606
01:31:45,833 --> 01:31:47,293
Saya rasa

1607
01:31:48,169 --> 01:31:51,005
mesti lega dapat jumpa dia,
tapi sukar pada masa yang sama.

1608
01:31:51,506 --> 01:31:53,799
Dah setahun setengah kami tak jumpa.

1609
01:31:53,883 --> 01:31:56,302
Kami berdua tahu

1610
01:31:57,595 --> 01:32:00,681
kami sentiasa bersama tak kira apa pun.

1611
01:32:02,350 --> 01:32:05,228
Saya nak percayakan dia,
tapi saya tak mampu.

1612
01:32:05,728 --> 01:32:09,106
Dia dah bebas.
Saya nak dia dapatkan rawatan…

1613
01:32:09,190 --> 01:32:10,525
KAU TAK ADA KAWAN

1614
01:32:10,608 --> 01:32:12,610
…supaya apabila kami berjumpa…

1615
01:32:12,693 --> 01:32:14,195
KAMI BENCI KAU

1616
01:32:14,278 --> 01:32:17,198
…keadaan takkan jadi macam dulu lagi.

1617
01:32:18,407 --> 01:32:22,703
Saya rasa kami boleh jalin
hubungan yang sihat.

1618
01:32:22,787 --> 01:32:23,788
PERGI MATILAH

1619
01:32:23,871 --> 01:32:26,916
Saya tahu kami berdua ada ikatan…

1620
01:32:26,999 --> 01:32:28,084
JALANG

1621
01:32:28,167 --> 01:32:29,043
…yang kuat.

1622
01:32:29,126 --> 01:32:31,170
BUNUH DIRI SEKARANG, SIAL

1623
01:32:31,254 --> 01:32:34,507
Tanpa ibu saya, saya rasa sangat sedih.

1624
01:32:35,007 --> 01:32:39,011
Apabila hubungan kami pulih,
ia pasti membantu kami berdua.

1625
01:32:41,556 --> 01:32:43,808
Saya amat sayangkan dia.

1626
01:32:45,810 --> 01:32:51,816
LAURYN BERCADANG UNTUK MENGAMBIL
JURUSAN ILMU KAJI JENAYAH DI UNIVERSITI

1627
01:32:51,899 --> 01:32:54,819
JIKA ANDA ATAU KENALAN
MENGALAMI MASALAH KESIHATAN MENTAL

1628
01:32:54,902 --> 01:32:55,945
ATAU INGIN BUNUH DIRI

1629
01:32:56,028 --> 01:32:57,780
LAYARI WANNATALKABOUTIT.COM

1630
01:33:53,252 --> 01:33:54,962
Terjemahan sari kata oleh MMA



