1
00:00:02,000 --> 00:00:07,000
Downloaded from
YTS.BZ

2
00:00:08,000 --> 00:00:13,000
Official YIFY movies site:
YTS.BZ

3
00:00:21,396 --> 00:00:23,732
Sepanjang hidup saya,

4
00:00:24,232 --> 00:00:27,610
saya sudah melawat
banyak tempat luar biasa.

5
00:00:31,531 --> 00:00:34,784
Saya sudah jumpa
banyak makhluk yang menarik.

6
00:00:37,495 --> 00:00:42,834
Namun, ada sesetengah makhluk
yang saya rasa sangat rapat.

7
00:00:52,385 --> 00:00:55,055
Ia ada kekuatan dan semangat

8
00:00:57,098 --> 00:00:59,559
yang jauh mengatasi kita.

9
00:01:02,103 --> 00:01:03,521
Namun, apabila saya melihatnya,

10
00:01:04,022 --> 00:01:08,068
bukan saiz dan kuasanya
yang buat saya kagum,

11
00:01:09,360 --> 00:01:14,157
tapi kepintaran dan kesedaran
yang saya nampak dalam matanya

12
00:01:14,657 --> 00:01:17,035
apabila ia memandang saya.

13
00:01:23,958 --> 00:01:30,381
Ia memberi saya rasa kagum
dan ketakutan yang luar biasa.

14
00:01:36,137 --> 00:01:38,473
Namun, bukan takut padanya.

15
00:01:41,101 --> 00:01:46,106
Ketakutan yang saya, kita,
mungkin terlepas pandang sesuatu.

16
00:01:47,107 --> 00:01:49,192
Sesuatu yang penting.

17
00:01:50,735 --> 00:01:54,447
Pemahaman yang lebih mendalam
tentang apa dan siapa ia…

18
00:01:57,325 --> 00:02:00,328
dan apa maknanya bagi kita.

19
00:02:12,173 --> 00:02:14,175
HIDUPAN DI BUMI

20
00:02:18,513 --> 00:02:22,809
Saya masih ingat kali pertama
saya jumpa gorila gunung.

21
00:02:27,772 --> 00:02:31,401
"Isnin, 9 Januari 1978."

22
00:02:33,945 --> 00:02:37,824
"Kon gunung berapi Virunga
yang sempurna di hadapan."

23
00:02:37,907 --> 00:02:40,034
AFRIKA TIMUR

24
00:02:43,788 --> 00:02:47,625
"Kami mulakan perjalanan
selama satu jam setengah mendaki gunung."

25
00:02:49,586 --> 00:02:52,005
"Perlahan-lahan, semak yang tidak menarik

26
00:02:52,088 --> 00:02:55,675
berubah menjadi
hutan hujan altitud tinggi."

27
00:03:01,723 --> 00:03:05,310
"Pokok-pokok berdahan panjang
penuh dengan lapisan epifit."

28
00:03:07,812 --> 00:03:10,106
"Paku-pakis hijau berdaun reben

29
00:03:10,190 --> 00:03:13,776
dengan lumut Sepanyol
yang nipis dan pucat di mana-mana."

30
00:03:22,118 --> 00:03:26,122
"Kami jumpa sekumpulan gorila betina
dan anak gorila di kawasan lapang kecil."

31
00:03:27,790 --> 00:03:31,044
"Tak disangka-sangka,
ia membenarkan saya mendekatinya."

32
00:03:40,803 --> 00:03:43,181
"Perkara ini tak mungkin berlaku

33
00:03:43,264 --> 00:03:46,976
tanpa usaha perintis Dian Fossey."

34
00:03:49,354 --> 00:03:52,148
"Dia tinggal dalam kalangan gorila,

35
00:03:54,108 --> 00:03:58,071
mengkaji butiran intim hidupnya."

36
00:04:01,074 --> 00:04:04,911
Sebab kami buat
seperti yang diarahkan oleh Dian,

37
00:04:04,994 --> 00:04:07,705
gorila itu terima kami
dengan cara yang sama.

38
00:04:09,415 --> 00:04:12,794
"Saya perlu berhenti
dan bertukar-tukar dengusan yang garau."

39
00:04:12,877 --> 00:04:16,005
"Bunyi menenangkan
yang bermaksud, 'Saya di sini.'"

40
00:04:21,552 --> 00:04:25,223
Penglihatan, pendengaran, deria baunya

41
00:04:26,057 --> 00:04:27,517
sama seperti kita.

42
00:04:27,600 --> 00:04:31,729
Maka, kita lihat dunia
dengan cara yang sama sepertinya.

43
00:04:33,690 --> 00:04:37,610
Jadi, jika ada kemungkinan
untuk lari daripada keadaan manusia

44
00:04:37,694 --> 00:04:42,991
dan hidup dengan penuh imaginasi
dalam dunia makhluk lain,

45
00:04:43,616 --> 00:04:45,368
pastinya hidup dengan gorila.

46
00:04:51,082 --> 00:04:52,959
Apa yang saya tak cakap di sana

47
00:04:53,459 --> 00:05:00,341
ialah ia bukan filem
bertemu dengan gorila secara terus.

48
00:05:01,217 --> 00:05:03,594
Fungsi babak itu

49
00:05:03,678 --> 00:05:07,724
ialah kepentingan ibu jari
dan jari telunjuk yang boleh mencengkam.

50
00:05:10,226 --> 00:05:12,895
Kami tak sangka
kami akan berhubung dengannya.

51
00:05:12,979 --> 00:05:15,523
Kami duduk saja dan bercakap tentangnya.

52
00:05:17,650 --> 00:05:21,070
Saya pusing. Ia terbaring di tanah.
Saya pandang kamera.

53
00:05:21,154 --> 00:05:23,948
Kaki saya terasa berat.

54
00:05:24,449 --> 00:05:27,035
Saya pandang ke bawah. Ada Pablo.

55
00:05:29,120 --> 00:05:33,958
BERUMUR 3 TAHUN

56
00:05:34,042 --> 00:05:37,170
Saya tak boleh cakap tentang evolusi
ibu jari dan jari telunjuk.

57
00:05:37,253 --> 00:05:38,838
Saya duduk dan biarkan saja.

58
00:05:58,274 --> 00:06:00,526
Lihatlah makhluk yang cantik ini.

59
00:06:00,610 --> 00:06:03,363
Ia sangat menarik. Kita nak peluknya.

60
00:06:04,530 --> 00:06:08,201
Kebahagiaan semata-mata.

61
00:06:13,081 --> 00:06:15,958
Ramai orang akan fikir
ia babak paling penting

62
00:06:16,042 --> 00:06:17,335
dalam siri itu.

63
00:06:18,044 --> 00:06:22,673
Jika bukan, dalam hidup saya yang dirakam.

64
00:06:24,300 --> 00:06:29,263
Ada lebih banyak makna
dan pemahaman bersama

65
00:06:29,347 --> 00:06:33,017
dalam bertukar pandangan dengan gorila

66
00:06:34,602 --> 00:06:36,312
daripada haiwan lain yang saya kenal.

67
00:06:39,107 --> 00:06:40,942
Saya tak tahu ketika itu

68
00:06:41,025 --> 00:06:43,820
betapa hebatnya hidup
yang Pablo bakal jalani…

69
00:06:46,197 --> 00:06:48,991
atau legasi yang ia akan tinggalkan.

70
00:06:52,161 --> 00:06:55,832
Sekarang saya ada peluang
untuk menceritakan kisah Pablo

71
00:06:55,915 --> 00:06:57,875
dan kisah keturunannya

72
00:06:57,959 --> 00:07:02,088
yang masih mendiami
cerun-cerun gunung di Virunga itu.

73
00:07:13,683 --> 00:07:15,852
Hampir 50 tahun kemudian,

74
00:07:15,935 --> 00:07:20,314
keluarga gorila ini,
kini dikenali sebagai kumpulan Pablo,

75
00:07:20,398 --> 00:07:23,025
berada di titik genting dalam kisahnya.

76
00:07:36,289 --> 00:07:41,502
Silverback dominan dan ketua
dalam kumpulan ini ialah Gicurasi.

77
00:07:41,586 --> 00:07:44,005
27 TAHUN

78
00:07:55,892 --> 00:08:00,104
Ia antara gorila yang paling tua
dan paling berpengalaman

79
00:08:00,188 --> 00:08:01,647
di gunung itu.

80
00:08:07,528 --> 00:08:12,992
Kumpulan Pablo telah menikmati
zaman kestabilan di bawah kepimpinannya.

81
00:08:19,290 --> 00:08:24,712
Kestabilan itu, sebahagiannya,
disebabkan sekutunya yang paling penting.

82
00:08:29,091 --> 00:08:32,011
Teta ialah gorila betina dominan.

83
00:08:32,094 --> 00:08:35,681
13 TAHUN

84
00:08:41,020 --> 00:08:43,439
Ia disanjung tinggi

85
00:08:43,940 --> 00:08:45,858
sebagai pemimpin kumpulan itu.

86
00:08:54,367 --> 00:08:56,619
Teta dan Gicurasi

87
00:08:57,537 --> 00:09:00,373
berkongsi ikatan yang unik.

88
00:09:09,590 --> 00:09:12,051
Dengan Teta di sisinya,

89
00:09:12,134 --> 00:09:16,639
Girucasi telah mengekalkan kuasa
selama lima tahun.

90
00:09:37,827 --> 00:09:41,956
Kedua-duanya jantung keluarga gorila ini.

91
00:09:55,761 --> 00:10:01,017
Namun, Gicurasi sudah semakin uzur.

92
00:10:03,769 --> 00:10:06,939
Malah, ada waris lain yang menanti.

93
00:10:11,485 --> 00:10:12,820
Ubwuzu…

94
00:10:12,903 --> 00:10:15,573
17 TAHUN

95
00:10:15,656 --> 00:10:18,326
…silverback yang sedang meningkat naik.

96
00:10:20,828 --> 00:10:22,079
Sangat besar,

97
00:10:23,372 --> 00:10:24,624
sangat kuat,

98
00:10:26,542 --> 00:10:29,253
dengan cita-citanya sendiri.

99
00:10:33,716 --> 00:10:36,761
Gicurasi semakin lemah…

100
00:10:40,765 --> 00:10:44,935
dan Ubwuzu mahu mengambil alih
sebagai ketua.

101
00:11:09,043 --> 00:11:14,423
Namun, buat masa sekarang,
kumpulan itu tertumpu pada bayi Teta.

102
00:11:18,469 --> 00:11:20,304
Sama seperti kita,

103
00:11:20,388 --> 00:11:23,891
bayi baru lahir itu sumber daya tarikan.

104
00:11:34,235 --> 00:11:37,071
Namun, usianya baru beberapa bulan.

105
00:11:37,655 --> 00:11:40,908
Jadi, Teta mesti jauhkan ia
daripada bahaya,

106
00:11:42,159 --> 00:11:45,079
lebih-lebih lagi
sewaktu keadaan menjadi hiruk-pikuk.

107
00:12:00,970 --> 00:12:04,682
Gorila dari semua peringkat umur
suka bermain.

108
00:12:13,441 --> 00:12:18,320
Ia unsur penting dalam menjalinkan
dan mengekalkan ikatan.

109
00:12:39,049 --> 00:12:43,471
Namun, Ubwuzu tidak berminat
dalam permainan.

110
00:12:52,021 --> 00:12:55,983
Sekarang, ia fokus pada Gicurasi.

111
00:12:59,445 --> 00:13:05,367
Saiznya kini lebih besar daripada Gicurasi
dan ia cuba menakutkannya.

112
00:13:18,672 --> 00:13:23,052
Namun, mengetuai sekumpulan gorila
bukan hanya soal kekuatan fizikal…

113
00:13:26,597 --> 00:13:31,060
seperti yang saya sendiri nampak
bertahun-tahun lalu di Rwanda.

114
00:13:37,775 --> 00:13:41,237
"Silverback dominan ialah Beethoven,
mungkin berusia 30 tahun."

115
00:13:50,955 --> 00:13:53,165
"Ia ada gaya berjalan yang agresif."

116
00:13:54,542 --> 00:13:57,002
Ia datang. Saiznya sangat besar.

117
00:13:57,086 --> 00:13:59,505
Maksud saya…
lebih besar berbanding dengan kita.

118
00:13:59,588 --> 00:14:03,259
Satu tumbukan saja
boleh pecahkan kepala kita.

119
00:14:06,136 --> 00:14:09,682
Namun, Beethoven ada sifat lain,

120
00:14:10,891 --> 00:14:15,396
dan ia didedahkan kepada saya
melalui hubungannya dengan Pablo.

121
00:14:18,732 --> 00:14:22,570
Tak lama selepas saya jumpa ia,
ibunya menghilang.

122
00:14:23,070 --> 00:14:26,532
Ia terpaksa hidup sendiri.

123
00:14:32,121 --> 00:14:36,000
Tanpa perlindungan ibunya,
gorila sebaya Pablo

124
00:14:36,083 --> 00:14:38,043
akan bergelut untuk terus hidup.

125
00:14:39,295 --> 00:14:42,256
Namun, sesuatu yang luar biasa berlaku.

126
00:14:42,339 --> 00:14:47,469
Beethoven, silverback yang besar ini,
membelanya.

127
00:14:53,934 --> 00:14:57,646
Ia berusaha menjaganya
sebagaimana yang ibunya akan buat.

128
00:15:03,777 --> 00:15:06,906
Pablo sentiasa di sisinya.

129
00:15:16,540 --> 00:15:17,625
Ia memerhati.

130
00:15:22,296 --> 00:15:23,756
Ia belajar.

131
00:15:30,512 --> 00:15:32,723
Dengan Beethoven sebagai sosok ayah,

132
00:15:34,600 --> 00:15:36,852
hidup Pablo mula maju.

133
00:15:38,854 --> 00:15:43,609
Ia satu hubungan
yang akan mengubah hidup Pablo selamanya.

134
00:15:53,744 --> 00:15:55,913
Sama seperti gorila-gorila
yang saya jumpa,

135
00:15:58,207 --> 00:16:03,128
ada banyak personaliti berbeza
dalam kumpulan Pablo sekarang.

136
00:16:08,300 --> 00:16:12,513
Ada seekor gorila
yang mengingatkan saya pada Pablo sendiri.

137
00:16:12,596 --> 00:16:15,557
2 TAHUN

138
00:16:19,269 --> 00:16:21,355
Ia bukan saja nampak serupa,

139
00:16:22,815 --> 00:16:26,360
ia nampaknya ada keberanian
dan rasa ingin tahu yang sama.

140
00:16:30,864 --> 00:16:36,120
Namun, ia cukup tertarik
pada seekor gorila.

141
00:16:39,164 --> 00:16:40,457
Imfura.

142
00:16:40,541 --> 00:16:43,961
14 TAHUN

143
00:16:58,892 --> 00:17:01,895
Imfura berada pada fasa usia yang sukar.

144
00:17:03,230 --> 00:17:05,441
Ia sudah dewasa,

145
00:17:05,941 --> 00:17:09,903
dan belakangnya mula menunjukkan
tanda-tanda warna perak.

146
00:17:12,114 --> 00:17:14,491
Namun, mindanya masih muda.

147
00:17:30,883 --> 00:17:33,427
Gorila makhluk yang berjiwa sosial

148
00:17:33,510 --> 00:17:37,723
dan wujud dalam rangkaian
hubungan yang berbeza-beza

149
00:17:38,265 --> 00:17:40,642
yang membantu membentuk dirinya sekarang

150
00:17:41,143 --> 00:17:43,437
dan pada masa hadapan.

151
00:17:48,692 --> 00:17:53,947
Jelas yang Imfura penyayang
dan suka bermain.

152
00:17:56,075 --> 00:17:59,912
Namun, saiz dan kekuatannya
baharu baginya.

153
00:18:02,498 --> 00:18:05,334
Ia disedari yang lain.

154
00:18:52,548 --> 00:18:57,177
Imfura parah dicederakan oleh Ubwuzu.

155
00:19:00,139 --> 00:19:01,557
Nampak kejam,

156
00:19:01,640 --> 00:19:05,435
tapi setiap silverback ada sifat ganas.

157
00:19:08,981 --> 00:19:14,695
Memang lumrah bagi Ubwuzu
untuk cuba hapuskan pesaingnya.

158
00:19:18,782 --> 00:19:21,368
Namun, Imfura masih muda.

159
00:19:23,495 --> 00:19:26,165
Ia tidak tahu mempertahankan diri.

160
00:19:54,193 --> 00:19:57,321
Kumpulan Pablo sudah bangun.

161
00:20:07,831 --> 00:20:09,917
Pada ketinggian 12,000 kaki,

162
00:20:10,584 --> 00:20:13,921
inilah puncak tertinggi
kerajaan gunungnya.

163
00:20:46,703 --> 00:20:49,373
Ubwuzu sedang bergerak.

164
00:20:55,003 --> 00:20:58,465
Banyak silverback
telah memerintah pergunungan ini.

165
00:21:00,092 --> 00:21:03,804
Kini, Ubwuzu bersedia
untuk ambil gilirannya.

166
00:21:24,533 --> 00:21:28,161
Namun, ahli kumpulan lain
masih belum yakin,

167
00:21:29,329 --> 00:21:32,207
dan kesabarannya menipis.

168
00:21:42,175 --> 00:21:44,303
Tujuannya bukan untuk menakutkannya.

169
00:21:49,474 --> 00:21:52,811
Ia mahu tunjukkan betapa menakutkannya ia.

170
00:21:54,479 --> 00:21:58,191
Betapa hebatnya ia jika dijadikan ketua.

171
00:22:03,155 --> 00:22:05,490
Gicurasi memerhati.

172
00:22:07,492 --> 00:22:10,954
Entah mengapa, ia tidak bertindak balas.

173
00:22:20,672 --> 00:22:23,216
Apabila kita lihat mana-mana gorila,

174
00:22:23,717 --> 00:22:28,597
kita tak boleh bayangkan
apa yang ia fikir atau rasa.

175
00:22:30,932 --> 00:22:32,392
Apa yang ia mahukan,

176
00:22:33,894 --> 00:22:36,063
atau apa yang ia mahu buat.

177
00:22:40,984 --> 00:22:43,487
Mustahil untuk benar-benar tahu.

178
00:22:46,490 --> 00:22:49,451
Kita hanya boleh memerhati
dan tertanya-tanya.

179
00:22:53,997 --> 00:22:55,832
Namun, satu perkara yang pasti.

180
00:22:55,916 --> 00:22:57,584
Walaupun saiznya besar,

181
00:22:57,667 --> 00:23:01,004
gorila makhluk yang rumit dan sensitif.

182
00:23:03,090 --> 00:23:04,549
Setiap satu berbeza

183
00:23:04,633 --> 00:23:07,052
dengan personaliti tersendiri.

184
00:23:13,392 --> 00:23:14,935
Seperti kita,

185
00:23:15,018 --> 00:23:18,230
ia dibentuk
oleh semua pengalaman hidupnya.

186
00:23:18,313 --> 00:23:19,356
Yang baik

187
00:23:20,524 --> 00:23:21,858
dan yang buruk.

188
00:23:41,044 --> 00:23:42,879
Luka Imfura semakin sembuh…

189
00:23:45,048 --> 00:23:47,300
tapi ia menjauhkan diri
daripada kumpulan itu.

190
00:24:02,232 --> 00:24:03,650
Pada fasa kehidupan ini,

191
00:24:03,733 --> 00:24:07,863
gorila jantan mudah mengasingkan diri.

192
00:24:14,536 --> 00:24:18,165
Malah, keluarga sendiri
akan berjaga-jaga dengannya.

193
00:24:28,133 --> 00:24:30,218
Gorila jantan muda seperti Imfura

194
00:24:30,302 --> 00:24:32,471
kadangkala memilih
untuk meninggalkan kumpulan

195
00:24:32,554 --> 00:24:34,931
untuk memulakan keluarga sendiri.

196
00:24:37,017 --> 00:24:41,688
Kadangkala ia tiada pilihan selain pergi.

197
00:25:01,708 --> 00:25:04,252
Ada kumpulan lain di luar sana.

198
00:25:05,504 --> 00:25:07,506
Imfura tak nampak ia,

199
00:25:08,965 --> 00:25:10,592
tapi ia boleh mendengarnya.

200
00:25:16,139 --> 00:25:21,353
Ada yang lebih besar dan berkuasa
daripada kumpulan Pablo.

201
00:25:36,326 --> 00:25:40,580
Dengan jumlah sebesar itu
dan silverback yang banyak,

202
00:25:40,664 --> 00:25:43,542
keganasan lebih kerap berlaku.

203
00:25:51,508 --> 00:25:55,136
Tertangkap seorang diri
oleh salah satu kumpulan besar ini

204
00:25:55,220 --> 00:25:58,765
sangat berbahaya bagi Imfura.

205
00:26:40,932 --> 00:26:44,644
Ubwuzu sedang mencari makanan
dengan beberapa ahli keluarga.

206
00:26:52,110 --> 00:26:56,823
Habitat kumpulan Pablo
sebesar kira-kira tiga batu persegi…

207
00:26:59,326 --> 00:27:02,537
dan ia mengandungi pelbagai jenis tumbuhan

208
00:27:02,621 --> 00:27:05,040
yang membentuk
sebahagian besar daripada dietnya.

209
00:27:12,380 --> 00:27:15,091
Namun, gorila mahir mengambil kesempatan.

210
00:27:25,185 --> 00:27:28,647
Ubwuzu terjumpa sesuatu yang berbeza.

211
00:27:42,869 --> 00:27:44,371
Semut.

212
00:27:47,415 --> 00:27:51,378
Namun, ini semut askar
yang mempunyai rahang yang kuat.

213
00:28:02,263 --> 00:28:03,932
Ia menggigit balik.

214
00:28:32,001 --> 00:28:34,254
Keterujaan memanggil yang lain.

215
00:28:56,901 --> 00:28:59,946
Salah satu tugas silverback dominan

216
00:29:00,029 --> 00:29:03,324
adalah untuk membawa kumpulan
ke tempat makan yang bagus…

217
00:29:13,418 --> 00:29:17,547
dan yang lebih penting,
untuk menyatukan kumpulan.

218
00:29:25,805 --> 00:29:29,476
Pengaruh Ubwuzu semakin meluas.

219
00:29:41,863 --> 00:29:45,575
Silverback berkomunikasi
dengan cara yang rumit…

220
00:29:47,702 --> 00:29:50,914
dan bahasa gerak-geri
memainkan peranan penting.

221
00:30:03,551 --> 00:30:06,513
Tempat kita duduk dan cara kita bergerak

222
00:30:06,596 --> 00:30:08,014
menggambarkan segalanya.

223
00:30:19,317 --> 00:30:22,862
Ubwuzu mencabar Gicurasi

224
00:30:22,946 --> 00:30:25,740
dengan bergerak terus ke arahnya.

225
00:30:27,742 --> 00:30:31,788
Sebagai ketua kumpulan,
Gicurasi sepatutnya mencabarnya.

226
00:30:33,498 --> 00:30:35,208
Namun, ia berdiam sahaja.

227
00:30:39,546 --> 00:30:42,090
Teta sedang memerhati.

228
00:30:49,722 --> 00:30:54,435
Konfrontasi antara silverback
boleh meningkat dengan cepat.

229
00:30:58,773 --> 00:31:01,526
Ubwuzu menyerang.

230
00:31:15,999 --> 00:31:20,044
Silverback bersaiz dua kali lebih besar
daripada lelaki dewasa.

231
00:31:25,133 --> 00:31:27,427
Ia jauh lebih kuat.

232
00:31:35,476 --> 00:31:37,729
Pergaduhan boleh menyebabkan kematian.

233
00:32:03,129 --> 00:32:06,049
Ubwuzu muncul tanpa tercedera.

234
00:32:15,224 --> 00:32:17,769
Namun, tiada tanda-tanda Gicurasi.

235
00:32:40,541 --> 00:32:43,252
Gicurasi terselamat
daripada pergaduhan itu.

236
00:32:45,129 --> 00:32:47,048
Namun, ia dipukul teruk.

237
00:32:48,299 --> 00:32:52,220
Didominasi oleh gorila jantan muda
di hadapan seluruh kumpulan.

238
00:33:05,358 --> 00:33:07,318
Sebagai gorila betina dominan,

239
00:33:07,402 --> 00:33:11,364
Teta mesti tunjukkan kepada kumpulan
pihak yang ia sokong.

240
00:33:20,748 --> 00:33:23,418
Ia pergi
dengan gorila jantan yang tua itu.

241
00:33:26,879 --> 00:33:28,840
Maka, kumpulan itu ikut.

242
00:33:32,802 --> 00:33:35,304
Setelah memimpin kumpulan
selama lima tahun,

243
00:33:35,388 --> 00:33:38,558
Gicurasi telah mendapat kesetiaan ahlinya.

244
00:33:44,856 --> 00:33:47,775
Ubwuzu telah ditolak.

245
00:33:54,532 --> 00:33:58,286
Bukan semua silverback
ada kebolehan untuk memimpin.

246
00:33:59,954 --> 00:34:03,958
Berjaya atau gagal
bergantung pada perwatakan.

247
00:34:10,089 --> 00:34:13,051
Saya cuma kenal Pablo
ketika ia berusia tiga tahun.

248
00:34:13,551 --> 00:34:17,930
Tapi memang jelas
ia ada perwatakan unik, sejak dulu.

249
00:34:19,557 --> 00:34:22,852
Setelah dipelihara dan dibesarkan
oleh silverback yang kuat,

250
00:34:23,436 --> 00:34:25,480
pada usia 18 tahun,

251
00:34:25,563 --> 00:34:27,815
ia sedia memimpin sendiri.

252
00:34:29,317 --> 00:34:33,696
BERUMUR 18 TAHUN

253
00:34:33,780 --> 00:34:37,992
Ia berpecah untuk membentuk
kumpulannya sendiri, kumpulan Pablo.

254
00:34:42,830 --> 00:34:47,251
Namun, Pablo pemimpin yang luar biasa.

255
00:34:47,335 --> 00:34:50,004
Apabila ia dicabar oleh silverback lawan

256
00:34:50,088 --> 00:34:51,798
daripada kumpulannya sendiri,

257
00:34:51,881 --> 00:34:53,174
daripada bergaduh,

258
00:34:53,674 --> 00:34:55,468
Pablo ambil peluang itu

259
00:34:55,551 --> 00:34:58,096
untuk membentuk
pakatan yang kuat dengannya.

260
00:34:59,347 --> 00:35:03,518
Dengan menggantikan keagresifan
dengan kerjasama,

261
00:35:03,601 --> 00:35:08,022
sesama sendiri,
kumpulan itu menjadi semakin kuat.

262
00:35:10,483 --> 00:35:14,403
Pada kemuncak kejayaannya,
kumpulan Pablo berjumlah 65 ekor,

263
00:35:14,487 --> 00:35:17,073
kumpulan gorila gunung terbesar
yang pernah diketahui.

264
00:35:38,845 --> 00:35:39,971
Dalam kumpulan itu,

265
00:35:40,054 --> 00:35:44,892
ada seekor gorila jantan muda
yang akan menjadi ketua suatu hari nanti.

266
00:35:47,103 --> 00:35:48,437
Gicurasi.

267
00:35:59,282 --> 00:36:03,578
Tapi sekarang,
penguasaan Gicurasi sedang dicabar.

268
00:36:05,496 --> 00:36:08,374
Persoalannya, adakah ia akan melawan?

269
00:36:08,875 --> 00:36:12,336
Atau bolehkah ia belajar
bekerjasama dengan Ubwuzu?

270
00:36:36,819 --> 00:36:39,822
Walaupun menang melawan Gicurasi,

271
00:36:39,906 --> 00:36:42,617
Ubwuzu masih belum diterima

272
00:36:42,700 --> 00:36:45,244
sebagai ketua
oleh ahli kumpulan yang lain.

273
00:36:48,164 --> 00:36:49,415
Atau Teta.

274
00:36:50,666 --> 00:36:53,544
Tanpa sokongan gorila betina dominan,

275
00:36:54,378 --> 00:36:57,465
Ubwuzu mungkin takkan
mendapat sokongan kumpulan itu.

276
00:37:42,260 --> 00:37:45,513
Namun, kesetiaan Teta
mungkin sedang berubah.

277
00:37:50,810 --> 00:37:55,314
Dengan meninggalkan pihak Gicurasi
dan menyertai Ubwuzu,

278
00:37:57,566 --> 00:38:01,529
ia memberikan sokongan
kepada gorila jantan muda itu.

279
00:38:20,548 --> 00:38:23,968
Maka, Gicurasi berundur.

280
00:38:57,960 --> 00:39:02,757
Ubwuzu kini ketua kumpulan Pablo.

281
00:39:03,716 --> 00:39:05,760
Namun, ini baru permulaan.

282
00:39:08,220 --> 00:39:10,848
Mengambil alih tampuk kepimpinan itu
satu perkara.

283
00:39:12,892 --> 00:39:14,518
Kekal di puncak

284
00:39:14,602 --> 00:39:18,522
dan memastikan semua ahli selamat itu
perkara lain.

285
00:39:50,971 --> 00:39:53,933
Ada ketibaan baharu dalam kumpulan ini,

286
00:39:55,101 --> 00:39:59,105
pendatang betina dari seberang gunung.

287
00:40:02,525 --> 00:40:05,528
Inyange meninggalkan kumpulan
tempat ia dilahirkan…

288
00:40:05,611 --> 00:40:06,445
6 TAHUN

289
00:40:06,529 --> 00:40:11,200
…dan menyertai kumpulan Pablo
agar ia boleh membina keluarga sendiri.

290
00:40:14,036 --> 00:40:18,082
Langkah yang sukar,
tapi didorong oleh naluri.

291
00:40:18,165 --> 00:40:20,709
Ia mengelakkan pembiakan dalam.

292
00:40:23,212 --> 00:40:26,465
Ia perlu membentuk
hubungannya sendiri di sini,

293
00:40:26,966 --> 00:40:29,969
tapi ia masih dianggap pendatang asing
oleh kumpulan Pablo

294
00:40:31,846 --> 00:40:33,806
dan harus berhati-hati.

295
00:41:19,727 --> 00:41:22,980
Ubwuzu dan Gicurasi
sedang menyesuaikan diri

296
00:41:23,063 --> 00:41:24,982
dengan hubungan baharunya.

297
00:41:28,194 --> 00:41:30,779
Memandangkan Ubwuzu kini berkuasa,

298
00:41:30,863 --> 00:41:33,824
ia perlu belajar
mengawal sikap agresifnya.

299
00:41:34,909 --> 00:41:39,288
Gicurasi pula perlu belajar
menghormati kuasanya.

300
00:41:45,336 --> 00:41:47,171
Hubungan masih tegang,

301
00:41:48,088 --> 00:41:53,093
tapi bahasa gerak-gerinya menunjukkan
satu tahap kerjasama mungkin berkembang,

302
00:41:54,470 --> 00:41:57,640
yang membuatkan ahli kumpulan lain tenang.

303
00:42:44,478 --> 00:42:48,107
Ketika semuanya tidur,

304
00:42:50,985 --> 00:42:53,821
semangat kebersamaan
dan kepunyaan yang tinggi

305
00:42:53,904 --> 00:42:58,909
dizahirkan dalam rantaian
sentuhan fizikal yang lembut.

306
00:43:03,205 --> 00:43:09,336
Ikatan sebuah keluarga gorila
yang intim dan cukup jelas.

307
00:43:18,929 --> 00:43:23,726
Ahli-ahli kumpulan yang lebih muda
tidak akan berehat lama.

308
00:43:33,652 --> 00:43:36,238
Ubi juga sudah terjaga.

309
00:43:46,248 --> 00:43:49,960
Ia meninggalkan ibunya untuk meneroka.

310
00:44:02,473 --> 00:44:06,810
Imfura sedang pulih daripada dipukul lagi.

311
00:44:20,532 --> 00:44:25,537
Ia sudah hilang hampir semua
hubungan bermakna dengan kumpulan itu.

312
00:44:28,540 --> 00:44:33,712
Nampaknya Ubi
satu-satunya kawan Imfura yang tinggal.

313
00:44:48,686 --> 00:44:51,438
Namun, ada sesuatu yang tak kena.

314
00:45:15,462 --> 00:45:18,215
Ibu Ubi ada berdekatan.

315
00:45:34,606 --> 00:45:38,110
Nampaknya
ia mahu memberitahu Imfura sesuatu.

316
00:45:38,819 --> 00:45:41,947
"Jauhi anak saya."

317
00:46:00,799 --> 00:46:04,845
Semuanya tidak menghiraukan Imfura.

318
00:46:35,375 --> 00:46:38,378
Inyange, gorila betina yang baru tiba,

319
00:46:38,462 --> 00:46:41,423
telah memerhatikan kumpulan itu
buat seketika.

320
00:46:42,341 --> 00:46:43,967
Terutamanya Teta.

321
00:46:46,720 --> 00:46:52,267
Sebagai betina dominan, hubungan ini
mungkin sangat penting bagi Inyange.

322
00:47:04,571 --> 00:47:08,826
Jika Teta membenarkan Inyange
merapati keluarganya,

323
00:47:08,909 --> 00:47:12,204
ia akan menjadi isyarat
buat ahli kumpulan yang lain.

324
00:47:22,548 --> 00:47:25,634
Teta nampaknya mengalu-alukannya.

325
00:47:29,972 --> 00:47:33,350
Malah, ia mempercayai Inyange
untuk memegang bayinya.

326
00:47:37,729 --> 00:47:40,440
Gorila betina muda
bertindak begini mengikut naluri.

327
00:47:40,524 --> 00:47:43,235
Ia mempersiapkan diri untuk menjadi ibu.

328
00:47:54,246 --> 00:47:57,541
Ketibaan Inyange satu petanda positif

329
00:47:57,624 --> 00:48:01,670
untuk kumpulan Pablo dan Ubwuzu.

330
00:48:05,674 --> 00:48:08,886
Keluarga gorila selalu ingin berkembang.

331
00:48:10,387 --> 00:48:12,389
Ada kekuatan dalam jumlah yang besar.

332
00:48:27,571 --> 00:48:31,783
Inyange tiba pada masa yang tepat.

333
00:48:34,286 --> 00:48:37,331
Ubwuzu,
setelah mengambil alih sebagai ketua,

334
00:48:37,414 --> 00:48:39,958
ingin memiliki anak sendiri.

335
00:49:06,401 --> 00:49:08,737
Dengan ketibaan
gorila-gorila betina baharu…

336
00:49:10,948 --> 00:49:13,450
dan harap-harap, bayi-bayi baharu,

337
00:49:15,410 --> 00:49:17,245
kumpulan ini mungkin akan berkembang

338
00:49:17,329 --> 00:49:21,375
dan menjadi lebih berkuasa
di bawah kepimpinan Ubwuzu.

339
00:49:53,323 --> 00:49:57,202
Imfura telah diasingkan
daripada kehidupan berkumpulan

340
00:49:57,285 --> 00:49:58,620
selama berbulan-bulan.

341
00:50:12,300 --> 00:50:16,847
Sekarang ia menuruni gunung sendirian.

342
00:50:23,854 --> 00:50:28,191
Sebuah tembok menandakan had hutan gorila.

343
00:50:36,616 --> 00:50:40,454
Imfura sudah tiba di hujung dunia gorila.

344
00:51:07,731 --> 00:51:11,443
Ia memasuki dunia manusia.

345
00:51:16,656 --> 00:51:19,868
Orang sudah tinggal di sini
selama beribu tahun.

346
00:51:23,413 --> 00:51:26,541
Mereka juga bergantung pada tanah.

347
00:52:06,331 --> 00:52:09,126
Hubungan antara manusia dengan gorila

348
00:52:09,209 --> 00:52:11,169
sentiasa sukar.

349
00:52:11,670 --> 00:52:14,381
Semasa saya di Rwanda
hampir 50 tahun lalu,

350
00:52:14,464 --> 00:52:19,427
pemburuan haram telah menjadikan
populasi gorila hampir pupus.

351
00:52:19,511 --> 00:52:24,766
Hanya ada 250 gorila
yang tinggal di Pergunungan Virunga.

352
00:52:31,064 --> 00:52:33,817
Mungkin tiada lagi gorila gunung sekarang

353
00:52:33,900 --> 00:52:36,570
jika bukan kerana Dian Fossey.

354
00:52:44,744 --> 00:52:49,958
Apabila pemburu haram mula membunuh gorila
yang dia kenal dan sayang…

355
00:52:50,792 --> 00:52:51,626
PAK CIK BERT

356
00:52:51,710 --> 00:52:54,045
…dia mengabdikan hidupnya
untuk melindunginya…

357
00:52:56,339 --> 00:52:57,966
dengan apa-apa cara sekalipun.

358
00:53:03,471 --> 00:53:06,349
TIADA SESIAPA LEBIH CINTA AKAN GORILA
BERSEMADI DENGAN TENANG

359
00:53:06,433 --> 00:53:07,851
Walaupun selepas kematian dia,

360
00:53:07,934 --> 00:53:11,188
kajian perintisnya tentang gorila
bersambung.

361
00:53:13,857 --> 00:53:15,192
Selama bertahun-tahun,

362
00:53:15,275 --> 00:53:18,737
ramai yang terdorong
untuk melindungi gorila

363
00:53:20,197 --> 00:53:23,658
di Rwanda dan di luar.

364
00:53:26,119 --> 00:53:30,498
Cubaan untuk memuliharanya
menjadi semakin berjaya.

365
00:53:39,633 --> 00:53:44,012
Hari ini,
populasi gorila Rwanda telah pulih.

366
00:53:49,726 --> 00:53:52,646
Namun, sementara populasinya berkembang,

367
00:53:54,105 --> 00:53:56,233
pergunungan itu tetap sama.

368
00:54:07,244 --> 00:54:09,746
Apakah maksudnya bagi Imfura?

369
00:54:13,875 --> 00:54:15,919
Ke mana ia akan pergi?

370
00:54:20,590 --> 00:54:23,802
Banyak gorila tinggal di ruang yang sama.

371
00:54:24,302 --> 00:54:30,100
Ia mengubah tingkah lakunya
dan hubungan antara satu sama lain.

372
00:54:35,230 --> 00:54:39,359
Imfura tidak dialu-alukan
dalam kumpulan Pablo.

373
00:54:42,237 --> 00:54:44,197
Ia sudah mendaki gunung

374
00:54:45,615 --> 00:54:47,909
dan juga menuruninya.

375
00:54:51,955 --> 00:54:54,499
Ia tiada pilihan.

376
00:55:06,803 --> 00:55:11,224
Ia mungkin ditakdirkan
menjadi silverback tunggal,

377
00:55:12,225 --> 00:55:15,895
haiwan yang paling sukar dijangka
di gunung itu.

378
00:55:52,307 --> 00:55:56,144
Ubwuzu kini berada di puncak.

379
00:55:58,730 --> 00:56:02,609
Kumpulan ini stabil. Ia juga berkembang.

380
00:56:06,237 --> 00:56:08,948
Terdapat dua bayi baharu…

381
00:56:12,786 --> 00:56:15,288
salah satu daripadanya ialah anak Inyange.

382
00:56:17,207 --> 00:56:20,293
Anak pertama Ubwuzu sebagai ketua.

383
00:56:25,924 --> 00:56:29,636
Gorila yang baru lahir
bergantung sepenuhnya pada ibunya.

384
00:56:31,513 --> 00:56:35,642
Ibu gorila pula setia pada bayinya.

385
00:56:39,479 --> 00:56:43,566
Ia tidak berenggang
selama beberapa bulan pertama kehidupan.

386
00:56:56,371 --> 00:56:59,499
Inyange menjadi ibu buat kali pertama

387
00:56:59,582 --> 00:57:02,460
dan rasa gementar itu sememangnya wajar.

388
00:57:11,386 --> 00:57:14,722
Ubwuzu memerhatikannya,

389
00:57:15,598 --> 00:57:18,351
dan ia melindunginya dengan baik.

390
00:57:25,525 --> 00:57:27,986
Namun, sebagai silverback dominan,

391
00:57:28,069 --> 00:57:31,531
Ubwuzu tidak boleh menjaga Inyange sahaja.

392
00:57:33,032 --> 00:57:36,744
Ada betina lain yang mahukan perhatiannya.

393
00:57:46,546 --> 00:57:50,216
Peragaan ini
ialah undangan untuk mengawan.

394
00:58:06,483 --> 00:58:08,234
Ubwuzu menerima

395
00:58:09,777 --> 00:58:13,156
dan membiarkan kumpulan itu
terdedah kepada bahaya.

396
00:58:52,654 --> 00:58:55,365
Semasa Ubwuzu terganggu,

397
00:58:55,448 --> 00:58:58,076
sesuatu yang dahsyat telah berlaku.

398
00:59:15,552 --> 00:59:19,264
Bayi Inyange telah dibunuh.

399
00:59:27,313 --> 00:59:32,277
Kecederaannya menunjukkan
bahawa seekor gorila pelakunya.

400
01:00:12,442 --> 01:00:16,362
Gorila betina lain
dalam kumpulan mengelilinginya.

401
01:00:29,208 --> 01:00:33,254
Hanya Inyange tahu apa yang berlaku…

402
01:00:36,549 --> 01:00:38,718
dan pelakunya.

403
01:00:43,806 --> 01:00:46,601
Ia mungkin baru tiba dalam kumpulan,

404
01:00:47,185 --> 01:00:50,897
tapi pemergian anaknya
telah membuatkan semua ahli terkesan.

405
01:01:11,334 --> 01:01:14,295
Inyange membawa diri.

406
01:01:17,840 --> 01:01:20,259
Namun, sekurang-kurangnya
ia tidak bersendirian.

407
01:01:24,806 --> 01:01:27,517
Ubwuzu ialah ayah bayi itu.

408
01:01:30,645 --> 01:01:34,148
Namun, ia gagal
mempertahankan Inyange dan bayinya.

409
01:02:05,346 --> 01:02:10,351
Sudah empat hari berlalu
sejak bayi Inyange dibunuh.

410
01:02:12,186 --> 01:02:14,731
Kehilangan bayi dengan cara ini

411
01:02:14,814 --> 01:02:18,359
boleh menyebabkan kumpulan itu
hilang keyakinan terhadap ketuanya.

412
01:02:20,194 --> 01:02:22,905
Malah, ia mungkin memecahkan kumpulan.

413
01:02:30,788 --> 01:02:34,500
Namun, buat masa sekarang,
kumpulan itu mengerumuni Ubwuzu.

414
01:02:36,127 --> 01:02:39,380
Inyange berada di sisinya.

415
01:02:49,932 --> 01:02:52,351
Ada sesuatu yang menggerunkannya.

416
01:02:59,400 --> 01:03:01,861
Imfura telah kembali.

417
01:03:04,781 --> 01:03:08,910
Reaksinya memberitahu Ubwuzu
segala-galanya yang ia perlu tahu.

418
01:03:09,410 --> 01:03:13,164
Imfura bunuh bayi Inyange.

419
01:03:16,501 --> 01:03:19,295
Sekarang ia ancaman
terhadap seluruh kumpulan.

420
01:03:27,345 --> 01:03:29,013
Ubwuzu menyerang.

421
01:03:40,566 --> 01:03:43,986
Namun, sekarang Imfura jauh lebih kuat.

422
01:03:50,701 --> 01:03:52,495
Gicurasi turut menyerang.

423
01:04:14,100 --> 01:04:15,893
Imfura terlepas.

424
01:04:22,942 --> 01:04:24,735
Namun, ia tidak pergi jauh.

425
01:04:30,491 --> 01:04:32,034
Sepanjang tahun lepas,

426
01:04:32,118 --> 01:04:34,745
sementara ia diasingkan
daripada kehidupan berkumpulan,

427
01:04:35,830 --> 01:04:38,332
ia tidak pernah meninggalkannya
sepenuhnya.

428
01:04:44,380 --> 01:04:47,425
Namun, sekarang ia sudah melampaui batas.

429
01:04:49,719 --> 01:04:53,097
Ia bunuh ahli keluarganya sendiri.

430
01:05:04,066 --> 01:05:07,904
Kumpulan itu berkumpul
di sekeliling ketuanya, Ubwuzu.

431
01:05:20,917 --> 01:05:24,462
Sekarang, ia mengetuai kumpulan
dalam satu misi.

432
01:05:42,855 --> 01:05:46,317
Imfura sedang mendaki gunung.

433
01:05:47,026 --> 01:05:49,028
Namun, ia tidak bersendirian.

434
01:05:51,113 --> 01:05:53,324
Ubwuzu menyusul di belakang,

435
01:05:54,158 --> 01:05:57,662
dengan Teta dan Gicurasi di sisinya.

436
01:06:12,176 --> 01:06:15,721
Ia menghalau Imfura keluar.

437
01:06:36,033 --> 01:06:41,539
Imfura menyeberangi
lembah sebelah sendirian.

438
01:06:58,514 --> 01:07:01,726
Mungkin takdirnya memang di sini.

439
01:07:03,853 --> 01:07:08,607
Atau mungkin ia tidak tahan lagi dipukul.

440
01:07:21,704 --> 01:07:25,166
Imfura mungkin akan merayau-rayau
di pergunungan ini sendirian

441
01:07:25,249 --> 01:07:26,459
selama bertahun-tahun.

442
01:07:28,586 --> 01:07:32,548
Atau mungkin ia akan menemukan
keluarganya sendiri suatu hari nanti.

443
01:07:35,009 --> 01:07:36,719
Hanya masa penentunya.

444
01:08:10,127 --> 01:08:13,089
Ada sekurang-kurangnya satu ahli kumpulan

445
01:08:13,172 --> 01:08:15,382
yang akan merindui Imfura.

446
01:08:19,637 --> 01:08:25,518
Ubi mungkin terlalu muda untuk faham
peristiwa yang berlaku di sini.

447
01:08:27,937 --> 01:08:30,856
Namun, Imfura sahabatnya.

448
01:08:31,982 --> 01:08:35,236
Sekarang sahabatnya sudah pergi.

449
01:08:51,252 --> 01:08:56,132
Namun, Ubi, sama seperti Pablo,
mudah menyesuaikan diri.

450
01:08:57,341 --> 01:09:01,720
Ia nampak bersungguh-sungguh
untuk mencari kawan dewasa baharu.

451
01:09:08,018 --> 01:09:09,103
Ubwuzu.

452
01:09:22,950 --> 01:09:26,120
Tahun ini cukup mencabar buat Ubwuzu,

453
01:09:26,787 --> 01:09:29,165
tapi ia semakin mantap sebagai pemimpin.

454
01:09:33,460 --> 01:09:38,632
Mungkin persahabatan dengan Ubi
yang ia perlukan dalam hidupnya sekarang.

455
01:10:02,823 --> 01:10:06,243
Gicurasi tidak lagi berkuasa di sini,

456
01:10:06,744 --> 01:10:08,996
tapi ia mengisi peranan baharu

457
01:10:09,079 --> 01:10:12,750
dengan menyokong silverback
yang lebih muda dan kuat.

458
01:10:14,710 --> 01:10:19,423
Ilmunya luas, dan ia akan membantu Ubwuzu.

459
01:10:22,051 --> 01:10:26,180
Peranan ini mungkin
yang paling penting dalam hidupnya.

460
01:10:36,190 --> 01:10:42,071
Teta telah memainkan peranan penting
dalam menyokong peralihan kepimpinan.

461
01:10:42,988 --> 01:10:45,908
Hidupnya dan keluarganya baik-baik saja.

462
01:10:49,411 --> 01:10:52,790
Anaknya sudah hampir dua tahun.

463
01:10:56,126 --> 01:10:58,671
Ia berkembang dari segi kekuatan,

464
01:10:59,880 --> 01:11:01,423
serta perwatakan.

465
01:11:20,901 --> 01:11:23,570
Inyange menghadapi kesukaran.

466
01:11:24,321 --> 01:11:26,365
Ia kehilangan anak pertamanya.

467
01:11:26,448 --> 01:11:31,787
Kita hanya boleh bayangkan bahawa hal ini
akan memberinya kesan yang berkekalan.

468
01:11:33,580 --> 01:11:38,127
Namun, sekarang ia ahli kumpulan Pablo
yang mapan…

469
01:11:42,423 --> 01:11:47,469
dan sebahagian daripada sesuatu
yang penting dalam kehidupan gorila.

470
01:11:53,309 --> 01:11:54,476
Keluarga.

471
01:12:04,486 --> 01:12:08,073
Kumpulan Pablo
bukan keluarga yang sempurna.

472
01:12:09,825 --> 01:12:11,535
Tiada keluarga yang sempurna.

473
01:12:16,999 --> 01:12:21,503
Namun, kumpulan itu tetap bersama
mengharungi masa yang sukar.

474
01:12:27,926 --> 01:12:32,056
Sekarang keadaan semakin baik
untuk kumpulan Pablo…

475
01:12:36,018 --> 01:12:39,646
Malah, untuk spesies ini
secara keseluruhan.

476
01:12:47,696 --> 01:12:51,492
Hari ini ada lebih 600 gorila gunung

477
01:12:51,575 --> 01:12:53,952
di Pergunungan Virunga.

478
01:12:54,620 --> 01:12:59,750
Populasinya meningkat dua kali ganda
sejak saya di sana hampir 50 tahun lalu.

479
01:13:12,721 --> 01:13:16,350
Ia salah satu
kisah kejayaan pemuliharaan terhebat

480
01:13:16,433 --> 01:13:17,643
yang saya saksikan.

481
01:13:22,356 --> 01:13:25,234
Mungkin ia disebabkan
hubungan yang mendalam

482
01:13:25,317 --> 01:13:28,028
yang orang rasa terhadap gorila.

483
01:13:28,987 --> 01:13:33,534
Hubungan yang kekal
dengan saya seumur hidup saya.

484
01:13:37,704 --> 01:13:42,209
Semuanya bermula
dengan seekor gorila kecil yang istimewa.

485
01:13:47,464 --> 01:13:49,842
Walaupun permulaan hidupnya sukar,

486
01:13:50,717 --> 01:13:54,805
Pablo menjadi pemimpin
yang kuat dan berkarisma.

487
01:14:00,227 --> 01:14:05,274
Ia tetap setia pada keluarganya
sehingga akhirnya.

488
01:14:11,488 --> 01:14:15,617
Rakaman ini antara rakaman terakhir Pablo.

489
01:14:17,911 --> 01:14:20,038
Pada usia 33 tahun,

490
01:14:20,122 --> 01:14:23,417
semasa mempertahankan kumpulannya
daripada gorila lawan,

491
01:14:23,917 --> 01:14:26,837
silverback yang hebat ini terbunuh.

492
01:14:30,340 --> 01:14:32,801
Saya takkan lupakannya…

493
01:14:36,013 --> 01:14:38,974
atau kesannya terhadap saya.

494
01:14:43,520 --> 01:14:45,105
Kata-kata yang saya gunakan ialah,

495
01:14:45,189 --> 01:14:49,776
"Ada lebih banyak makna
dalam bertukar pandangan dengan gorila

496
01:14:49,860 --> 01:14:52,404
daripada haiwan lain yang saya kenal."

497
01:14:53,030 --> 01:14:54,573
Saya berpegang padanya.

498
01:14:55,073 --> 01:14:56,617
Saya rasa ia betul.

499
01:16:34,339 --> 01:16:37,009
Terjemahan sari kata oleh Siti Salmi



