1
00:00:02,000 --> 00:00:07,000
Downloaded from
YTS.BZ

2
00:00:07,382 --> 00:00:10,010
Hai, hadirin sekalian. Anda dah bersedia?

3
00:00:08,000 --> 00:00:13,000
Official YIFY movies site:
YTS.BZ

4
00:00:10,927 --> 00:00:11,761
Okey.

5
00:00:12,595 --> 00:00:18,852
Tuan-tuan dan puan-puan,
sila berikan tepukan untuk Sheng Wang!

6
00:00:39,664 --> 00:00:42,417
Apa khabar, DC?

7
00:00:46,296 --> 00:00:47,797
Aduhai.

8
00:00:49,382 --> 00:00:51,634
Terima kasih kerana datang.

9
00:00:51,718 --> 00:00:55,430
Terima kasih kerana menjemput saya.
Semoga anda sihat wal afiat.

10
00:00:55,513 --> 00:00:57,057
Saya sihat-sihat saja.

11
00:00:57,140 --> 00:00:59,851
Saya cuba makan lebih banyak beri.

12
00:01:00,602 --> 00:01:03,980
Saya sangat suka antioksidan.

13
00:01:04,522 --> 00:01:07,525
Pelik sebenarnya.
Saya pun tak tahu oksidan itu apa.

14
00:01:07,609 --> 00:01:10,236
Yang pasti, saya menentangnya.

15
00:01:12,614 --> 00:01:15,325
Nampaknya setiap kali
kita makan makanan sedap,

16
00:01:15,408 --> 00:01:18,369
ada oksidan yang suka buat hal.

17
00:01:19,454 --> 00:01:23,249
Jadi, selepas saya makan stik
dan minum martini,

18
00:01:23,333 --> 00:01:25,085
saya dapatkan bantuan beri.

19
00:01:26,127 --> 00:01:27,670
Saya hantar antioksidan.

20
00:01:27,754 --> 00:01:31,341
Saya akan kata, "Hei, uruskan mereka.

21
00:01:32,967 --> 00:01:35,053
Buat seperti ia tak disengajakan."

22
00:01:36,346 --> 00:01:39,390
Kadangkala saya makan beri
sebelum makan malam.

23
00:01:39,474 --> 00:01:41,643
Saya pasang perangkap.

24
00:01:43,311 --> 00:01:47,649
Mereka tak tahu apa yang menanti.
Mereka fikir mereka akan mengoksida.

25
00:01:50,318 --> 00:01:54,781
Saya suka beri,
tapi anda tahu siapa paling suka beri?

26
00:01:54,864 --> 00:01:57,325
Anak kawan-kawan anda.

27
00:01:59,410 --> 00:02:01,329
Apabila mereka datang melawat,

28
00:02:01,412 --> 00:02:04,374
cepat-cepat sorok beri bawah brokoli.

29
00:02:05,500 --> 00:02:07,252
Saya belajar daripada kesilapan.

30
00:02:07,335 --> 00:02:10,421
Kawan saya datang dengan anaknya.
Saya tuan rumah yang baik.

31
00:02:10,505 --> 00:02:15,552
Saya keluarkan snek, minuman, beri.
Saya gembira jika mereka gembira.

32
00:02:15,635 --> 00:02:19,973
Kemudian saya tersedar,
"Budak ini tak tahu langsung harganya."

33
00:02:21,057 --> 00:02:23,351
Dia makan macam orang gila.

34
00:02:24,352 --> 00:02:26,271
Dia sumbat segenggam sekali gus.

35
00:02:27,063 --> 00:02:29,983
Saya tak pernah lihat
orang pegang beri macam itu.

36
00:02:31,276 --> 00:02:32,735
Itu bukan cara makan beri.

37
00:02:32,819 --> 00:02:36,364
Itu cara orang pamerkan
jantung manusia yang dikorbankan.

38
00:02:40,952 --> 00:02:46,541
Saya biarkan saja, tapi saya fikir,
"Perbuatannya tak wajar."

39
00:02:48,626 --> 00:02:52,505
Saya cuba buat-buat tak kisah,
tapi saya terganggu

40
00:02:52,589 --> 00:02:55,967
sampai tak boleh fokus
pada perbualan antara orang dewasa.

41
00:02:57,177 --> 00:03:01,848
Saya tak tahu apa yang kami bualkan
kerana sibuk menilai kerugian.

42
00:03:03,850 --> 00:03:07,353
"Tiada sesiapakah
yang nampak kami dirompak?"

43
00:03:10,398 --> 00:03:14,360
Saya jadi buntu.
Saya cuba tunjuk cara makan beri.

44
00:03:14,444 --> 00:03:16,362
Saya cuba jadi contoh yang baik.

45
00:03:16,446 --> 00:03:20,617
Saya kata, "Nah, ambillah sebiji.

46
00:03:21,784 --> 00:03:26,331
Tengoklah. Hargai warna dan teksturnya.
Iktiraflah kehadirannya.

47
00:03:27,373 --> 00:03:29,042
Kunyah pelan-pelan, nikmati rasanya.

48
00:03:29,125 --> 00:03:33,338
Selepas kamu makan semangkuk,
cukuplah untuk hari ini. Semua habis."

49
00:03:38,384 --> 00:03:40,553
Dia tak faham-faham.

50
00:03:40,637 --> 00:03:44,432
Saya geram,
jadi saya cepat-cepat makan beri itu.

51
00:03:47,143 --> 00:03:49,395
Sembunyikan dalam esofagus saya.

52
00:03:52,565 --> 00:03:54,609
Tapi kita kenalah reda.

53
00:03:54,692 --> 00:03:57,111
Kalau ada budak-budak,

54
00:03:57,195 --> 00:04:01,824
keadaan sukar diramal
dan macam-macam boleh berlaku.

55
00:04:01,908 --> 00:04:04,202
Tempoh hari, saya di rumah kawan saya.

56
00:04:04,285 --> 00:04:07,413
Saya dan kawan-kawan minum bir
keliling api di laman.

57
00:04:07,497 --> 00:04:09,082
Itu saat kami berseronok.

58
00:04:09,165 --> 00:04:11,668
Tiba-tiba, anak kawan saya keluar.

59
00:04:11,751 --> 00:04:13,378
Tanya dia soalan.

60
00:04:14,087 --> 00:04:18,007
Pada waktu itu, tiba-tiba,
tanpa sebarang konteks, budak itu datang

61
00:04:18,091 --> 00:04:22,345
dan tanya soalan sains
di depan semua orang.

62
00:04:24,013 --> 00:04:26,015
Tiba-tiba suasana senyap.

63
00:04:27,308 --> 00:04:32,397
Kawan saya terkial-kial
cuba menerangkan tentang bulan.

64
00:04:34,190 --> 00:04:36,859
Saya yang cuak bagi pihak dia.

65
00:04:36,943 --> 00:04:39,570
Saya tahu dia tahu kami turut mendengar.

66
00:04:41,197 --> 00:04:43,616
Kami pun nak tahu jawapannya.

67
00:04:44,951 --> 00:04:48,705
"Bagus soalan itu.
Hei, kenapa ia macam itu, ya?"

68
00:04:50,748 --> 00:04:55,378
Kami tak tahu jawapannya,
tapi kami menilai jawapannya.

69
00:04:57,547 --> 00:04:59,966
Sebab apabila kita beri
penerangan kepada anak,

70
00:05:00,049 --> 00:05:02,010
kita perlu memudahkannya.

71
00:05:02,093 --> 00:05:06,639
Tapi kadangkala kita baru sedar,
"Alamak, kawan aku bodohlah."

72
00:05:11,102 --> 00:05:14,564
Kanak-kanak boleh jelaskan situasi kita.

73
00:05:14,647 --> 00:05:17,108
Baru-baru ini, saya bawa
anak buah ke taman permainan.

74
00:05:17,191 --> 00:05:20,611
Semuanya seronok,
tiba-tiba dia bergelut di palang gayut.

75
00:05:20,695 --> 00:05:23,740
Jadi, saya kata,
"Biar pak cik tunjuk caranya."

76
00:05:23,823 --> 00:05:27,744
Tapi rupa-rupanya,
saya dah tak mahir bergayut.

77
00:05:29,120 --> 00:05:33,082
Tak sangka kita boleh hilang
kemahiran itu seawal ini.

78
00:05:34,083 --> 00:05:38,087
Ia dah tiada. Hancur hati saya
memikirkan yang satu masa dulu,

79
00:05:38,171 --> 00:05:41,758
saya bergayut padanya buat kali terakhir,

80
00:05:43,009 --> 00:05:45,928
tapi tiada siapa pun ambil gambar.

81
00:05:47,847 --> 00:05:51,809
Saya yakin saya boleh bergayut
sebab saya boleh buat tarik tubi.

82
00:05:51,893 --> 00:05:53,227
Tapi untuk guna palang gayut,

83
00:05:53,311 --> 00:05:58,066
satu tangan kena tampung
berat badan yang berayun.

84
00:05:59,108 --> 00:06:01,903
Jadi, kita menentang G.

85
00:06:03,279 --> 00:06:05,823
Saya terlupa tentang daya graviti.

86
00:06:05,907 --> 00:06:09,035
Semasa di palang pertama,
saya mula bergerak ke depan

87
00:06:09,118 --> 00:06:11,662
dan apabila daya graviti mula meningkat,

88
00:06:11,746 --> 00:06:14,165
saya rasa sakit di sini.

89
00:06:15,792 --> 00:06:17,627
Kaf rotator saya

90
00:06:18,753 --> 00:06:21,464
seolah-olah berkata, "Lepaskanlah.

91
00:06:22,423 --> 00:06:26,052
Aku nak koyakkan torso kau."

92
00:06:29,347 --> 00:06:31,516
Emosi saya juga terluka,

93
00:06:32,183 --> 00:06:34,685
sebab saya nak tunjukkan kemahiran hebat

94
00:06:34,769 --> 00:06:37,939
yang dia boleh peroleh
dengan latihan dan pengalaman.

95
00:06:38,022 --> 00:06:42,443
Sebaliknya, saya tunjukkan
betapa cepatnya badan kita merosot.

96
00:06:44,779 --> 00:06:47,407
Saya juga sedih sebab saya pernah tengok

97
00:06:47,490 --> 00:06:50,827
video pengganas berlatih
dengan palang gayut.

98
00:06:50,910 --> 00:06:52,912
Saya rasa ia mengarut,

99
00:06:52,995 --> 00:06:55,915
tapi sekarang saya rasa
mereka agak tangkas.

100
00:06:57,083 --> 00:06:59,085
Itu mungkin satu masalah.

101
00:07:04,757 --> 00:07:08,886
Saya bersyukur kerana dapat buat
persembahan di panggung seindah ini.

102
00:07:09,637 --> 00:07:12,223
Seronok rasanya.

103
00:07:14,725 --> 00:07:16,644
Ia tak selalu begini.

104
00:07:17,645 --> 00:07:22,942
Salah satu persembahan terbaru saya
dibuat di kedai barang lucah di LA.

105
00:07:23,609 --> 00:07:26,988
Saya suka lokasi itu
sebab tempat letak keretanya percuma.

106
00:07:28,030 --> 00:07:29,949
Ya, itulah yang saya suka.

107
00:07:31,826 --> 00:07:34,537
Selepas persembahan,
saya belek-belek barangnya

108
00:07:34,620 --> 00:07:38,499
dan terjumpa coli yang diperbuat
daripada gula-gula.

109
00:07:38,583 --> 00:07:40,042
Saya tertarik, tapi saya fikir,

110
00:07:40,126 --> 00:07:44,088
"Itu untuk orang muda.
Saya dah tak makan gula-gula macam itu."

111
00:07:45,047 --> 00:07:46,966
Saya nak berseronok. Kita boleh main.

112
00:07:47,049 --> 00:07:50,678
Saya gigit sikit,
tapi simpan bakinya untuk kemudian.

113
00:07:51,345 --> 00:07:55,475
Tolonglah, takkanlah saya nak makan
satu coli sampai habis.

114
00:07:56,726 --> 00:08:00,771
Saya takkan makan semua itu.
Nanti saya sakit kepala.

115
00:08:02,231 --> 00:08:05,485
Buatlah pakaian dalam yang diperbuat
daripada ubat sakit kepala.

116
00:08:07,904 --> 00:08:11,532
Ada tak benda lain yang lebih menyelerakan
untuk orang dewasa?

117
00:08:12,450 --> 00:08:14,869
Daripada buat gula-gula coli,

118
00:08:14,952 --> 00:08:18,539
apa kata kita buat
pelekat puting coklat gelap?

119
00:08:19,624 --> 00:08:23,669
Pahit manis, dengan minimum 75% koko.

120
00:08:25,588 --> 00:08:29,467
Kita boleh tambah hingga 85%.
Saya tak takut.

121
00:08:32,053 --> 00:08:34,430
Saya ambil kotak coli itu.

122
00:08:34,514 --> 00:08:37,600
Saya terbalikkan
untuk baca maklumat nutrisi.

123
00:08:39,393 --> 00:08:41,395
Berapa kandungan protein coli itu?

124
00:08:45,483 --> 00:08:49,612
Saya terkejut.
Menurutnya, ada lapan gram gula.

125
00:08:49,695 --> 00:08:52,031
Boleh tahan.

126
00:08:52,114 --> 00:08:56,786
Jika kita nak makan manisan,
jumlah itu agak munasabah.

127
00:08:56,869 --> 00:09:00,623
Kemudian saya baca lagi.
Menurutnya, ia untuk 26 hidangan.

128
00:09:02,542 --> 00:09:05,836
Biar betul? Satu coli, 26 kali makan?

129
00:09:06,337 --> 00:09:09,590
Biasanya, kami cuma berdua di bilik.

130
00:09:11,717 --> 00:09:15,471
Resipi ini rupa-rupanya dibuat
untuk aktiviti berkumpulan.

131
00:09:16,222 --> 00:09:19,392
Coli itu sesuai dipakai
ke majlis juadah bawaan.

132
00:09:21,018 --> 00:09:24,814
"Cakaplah bila kamu nak pencuci mulut.
Dia akan panaskannya."

133
00:09:27,358 --> 00:09:29,986
Saya tak boleh habiskan
26 hidangan seorang.

134
00:09:30,069 --> 00:09:32,363
Ia mustahil.

135
00:09:32,446 --> 00:09:34,657
Gula darah saya akan naik.

136
00:09:35,449 --> 00:09:37,326
Ya, saya dah pradiabetes.

137
00:09:37,410 --> 00:09:40,329
Saya tak sanggup hilang kaki
semata-mata untuk tengok payudara.

138
00:09:42,957 --> 00:09:45,293
Mak saya akan marah.

139
00:09:46,294 --> 00:09:48,296
Dia yang buat kaki saya.

140
00:09:53,301 --> 00:09:56,971
Saya dapat jumpa keluarga saya
di Houston baru-baru ini.

141
00:09:57,054 --> 00:10:01,142
Saya dapat lawat semula rumah saya
semasa saya membesar.

142
00:10:01,767 --> 00:10:04,061
Ia pengalaman menarik pada usia ini

143
00:10:04,145 --> 00:10:08,232
kerana kita akan perasan
benda yang kita tak perasan semasa kecil.

144
00:10:08,316 --> 00:10:13,821
Contohnya, saya baru sedar
yang cahaya di rumah itu amat suram.

145
00:10:15,323 --> 00:10:17,658
Sekarang, ia baru nampak jelas.

146
00:10:18,326 --> 00:10:21,621
Tapi semasa kecil,
saya tak tahu apa masalahnya.

147
00:10:22,496 --> 00:10:26,709
Semasa kecil, saya selalu terfikir,
"Kenapa suasana sedih sangat?"

148
00:10:29,795 --> 00:10:32,673
Zaman kanak-kanak saya hampir bahagia.

149
00:10:32,757 --> 00:10:35,593
Kami cuma perlu tambah lampu.

150
00:10:37,178 --> 00:10:38,804
Penyelesaiannya mudah saja,

151
00:10:38,888 --> 00:10:44,352
tapi pendatang generasi pertama
tak utamakan suasana.

152
00:10:46,187 --> 00:10:50,483
Mereka ingat bunyi suasana
sama macam bunyi nama isteri Jay-Z.

153
00:10:54,111 --> 00:10:58,949
Kebanyakan bilik ada satu lampu
di tengah-tengahnya.

154
00:10:59,867 --> 00:11:02,536
Sesuai untuk sesi soal siasat.

155
00:11:03,621 --> 00:11:05,748
Bayang-bayangnya sangat dramatik.

156
00:11:05,831 --> 00:11:09,418
Apabila kita memasukinya,
kantung mata terus nampak besar.

157
00:11:10,920 --> 00:11:12,713
Ibu bapa saya bukannya sedih.

158
00:11:12,797 --> 00:11:16,926
Mereka cuma nampak
macam mereka nak kongsi kisah seram.

159
00:11:21,597 --> 00:11:23,307
Nasib sepupu saya lagi teruk

160
00:11:23,391 --> 00:11:26,811
sebab pak cik saya pasang
terlalu banyak lampu kalimantang

161
00:11:26,894 --> 00:11:28,270
di rumah mereka.

162
00:11:28,771 --> 00:11:30,856
Ia mungkin lebih menjimatkan,

163
00:11:30,940 --> 00:11:33,859
tapi bapa yang baik takkan buat begitu.

164
00:11:35,361 --> 00:11:37,613
Ia tak selesa, tapi menyeramkan.

165
00:11:37,697 --> 00:11:40,741
Lampu kalimantang bising.

166
00:11:42,743 --> 00:11:44,203
Kita dengar bunyinya.

167
00:11:44,286 --> 00:11:46,497
Sebelum kita sampai, kita dah tahu.

168
00:11:46,580 --> 00:11:49,250
"Saya tak nak duduk lama malam ini."

169
00:11:51,419 --> 00:11:54,755
Bunyi dengungnya
macam gabungan bunyi lalat kepala hijau

170
00:11:54,839 --> 00:11:58,634
dipadankan kehangatan meja autopsi.

171
00:11:59,385 --> 00:12:02,722
Ia mewujudkan suasana
untuk serangan panik.

172
00:12:06,517 --> 00:12:09,812
Saya membesar di rumah
yang mengharamkan pemakaian kasut,

173
00:12:09,895 --> 00:12:11,981
yang bermakna apabila kita balik,

174
00:12:12,064 --> 00:12:14,942
kita berhenti di pintu masuk,
tanggalkan kasut

175
00:12:15,025 --> 00:12:16,861
sebelum masuk rumah.

176
00:12:16,944 --> 00:12:19,530
Tapi kawan-kawan saya tak hidup macam itu.

177
00:12:19,613 --> 00:12:21,699
Jadi, apabila saya ke rumah mereka,

178
00:12:21,782 --> 00:12:25,578
saya teruja untuk cuba
sesuatu yang eksotik.

179
00:12:27,288 --> 00:12:28,497
Pada satu musim panas,

180
00:12:28,581 --> 00:12:31,375
semua budak di kawasan saya
pergi ke rumah Mark

181
00:12:31,459 --> 00:12:35,254
sebab dia baru dapat
Street Fighter II untuk Super Nintendo.

182
00:12:35,880 --> 00:12:38,716
Ya, ia sangat hebat pada zaman itu.

183
00:12:38,799 --> 00:12:42,136
Tapi saya cuma tak sabar
nak bawa kasut masuk rumah

184
00:12:42,219 --> 00:12:43,721
tanpa dihalang sesiapa.

185
00:12:44,764 --> 00:12:47,057
Saya akan masuk terus.

186
00:12:47,141 --> 00:12:49,602
Saya tak nak berada di ruang legar saja

187
00:12:49,685 --> 00:12:52,271
dan akan masuk ke setiap ceruk rumah.

188
00:12:52,772 --> 00:12:54,857
Saya nak masuk sampai ke ruang tamu

189
00:12:54,940 --> 00:12:58,402
dan rasa karpet dengan kasut saya.

190
00:12:59,653 --> 00:13:03,574
Kasut saya tak pernah rasa
kuasa cengkaman sekuat ini.

191
00:13:05,576 --> 00:13:08,621
Suhu penghawa dingin pula
pada bawah 27 darjah.

192
00:13:08,704 --> 00:13:11,665
Rasanya macam tinggal di hotel.

193
00:13:16,754 --> 00:13:19,256
Kemuncaknya adalah apabila kita ke tandas

194
00:13:19,340 --> 00:13:21,592
sebab kadangkala susunan bilik air

195
00:13:21,675 --> 00:13:23,135
buat kita rasa, "Aduh,

196
00:13:23,219 --> 00:13:27,807
takkanlah saya kena pijak
tikar bilik air dengan kasut?"

197
00:13:28,307 --> 00:13:30,684
Itu seperti mencabuli hukum keramat.

198
00:13:31,185 --> 00:13:35,105
Ia benda pertama yang kita sentuh
selepas keluar dari bilik air.

199
00:13:35,189 --> 00:13:37,316
Saya tak boleh buat begitu di rumah.

200
00:13:37,817 --> 00:13:39,693
Sekarang saya rasa nak cuba.

201
00:13:40,319 --> 00:13:41,987
Tapi saya takkan buat.

202
00:13:42,071 --> 00:13:45,658
Kalau saya sayang anda,
saya akan elak tikar bilik air.

203
00:13:45,741 --> 00:13:47,785
Saya akan masuk bilik air begini.

204
00:13:51,747 --> 00:13:53,415
Itulah namanya kasih sayang.

205
00:13:54,375 --> 00:13:57,211
Anda jarang nampak
apa yang saya buat untuk anda.

206
00:13:58,712 --> 00:14:00,840
Cinta tak patut ditunjuk-tunjuk.

207
00:14:06,387 --> 00:14:09,473
Saya cuba kekalkan
dasar tak pakai kasut di rumah,

208
00:14:09,557 --> 00:14:11,892
tapi bukan 100 peratus.

209
00:14:11,976 --> 00:14:13,310
Kadangkala kita kena beralah.

210
00:14:13,394 --> 00:14:15,813
Kadangkala kita tergesa-gesa,

211
00:14:15,896 --> 00:14:19,984
dan sedar dompet tertinggal di rumah.

212
00:14:20,067 --> 00:14:23,279
Tapi kita tak sempat
nak buka dan pakai kasut semula.

213
00:14:24,280 --> 00:14:28,075
Jadi, itu akan jadi detik istimewa.

214
00:14:29,201 --> 00:14:31,662
Hari ini, kita masuk rumah dengan kasut.

215
00:14:31,745 --> 00:14:34,540
Tapi jangan jalan macam biasa.

216
00:14:36,000 --> 00:14:38,335
Kita masuk seolah-olah lantai itu lava.

217
00:14:38,419 --> 00:14:39,461
Macam…

218
00:14:49,513 --> 00:14:51,015
Kita nampak gila.

219
00:14:51,515 --> 00:14:54,643
Tapi semuanya disokong oleh sains.

220
00:14:55,769 --> 00:14:57,146
Kita tahu niat kita.

221
00:14:57,229 --> 00:15:02,276
Kita ambil langkah luas
untuk kurangkan titik pencemaran.

222
00:15:03,110 --> 00:15:05,029
Kita berjalan atas hujung kaki

223
00:15:05,112 --> 00:15:08,282
untuk kurangkan permukaan yang bersentuhan

224
00:15:08,365 --> 00:15:12,244
dan bergerak pantas
kerana hukum tiga saat.

225
00:15:13,913 --> 00:15:15,372
Ini permainan yang kita main

226
00:15:15,456 --> 00:15:20,669
jika kita jenis yang mudah cemas,
tapi pura-pura boleh kawal hidup sendiri.

227
00:15:25,883 --> 00:15:29,136
Banyak benda di dunia
yang di luar kawalan kita.

228
00:15:29,219 --> 00:15:30,930
Kadangkala semasa jerayawara,

229
00:15:31,013 --> 00:15:36,435
saya dapat tilam
yang keadaannya dah nazak sangat.

230
00:15:37,019 --> 00:15:40,481
Ia biasa berlaku. Biasanya ia agak lembik.

231
00:15:40,981 --> 00:15:45,319
Baru-baru ini, saya dapat
tilam busa memori lama yang nampak elok.

232
00:15:45,402 --> 00:15:46,612
Rupanya nampak elok,

233
00:15:46,695 --> 00:15:49,657
tapi apabila kita baring,
kita rasa sesuatu.

234
00:15:50,491 --> 00:15:53,827
Ia memori orang lain.

235
00:15:55,204 --> 00:15:58,248
Memorinya sangat jelas.

236
00:15:59,708 --> 00:16:02,544
Ia kekosongan yang unik,

237
00:16:02,628 --> 00:16:05,130
hasil ciptaan tubuh yang tiada di sana,

238
00:16:05,214 --> 00:16:09,802
tapi dapat dilihat dengan jelas
setelah ketiadaan mereka.

239
00:16:10,970 --> 00:16:15,307
Saya terbaring dalam lekuk
tinggalan seorang lelaki yang lebih besar.

240
00:16:16,850 --> 00:16:18,352
Bentuk kami berbeza.

241
00:16:18,435 --> 00:16:20,938
Saya bukan kunci kepada lubang kunci itu.

242
00:16:22,481 --> 00:16:25,734
Saya bersegi manakala dia berlekuk.

243
00:16:26,235 --> 00:16:30,114
Saya rasa macam saya terbaring
di taman papan selaju kecil.

244
00:16:36,578 --> 00:16:38,998
Anda mungkin tak tahu
kalau daripada aura saya,

245
00:16:39,081 --> 00:16:42,543
tapi saya masak guna bawang merah.

246
00:16:44,962 --> 00:16:46,255
Anda boleh nampak.

247
00:16:48,382 --> 00:16:50,092
Ada kilauan.

248
00:16:51,051 --> 00:16:52,803
Bawang merah sedap.

249
00:16:52,886 --> 00:16:55,764
Saya baru tahu tentangnya.
Saya rasa nak tanya, "Hei, bawang?"

250
00:16:55,848 --> 00:16:58,767
Kenapa tak cakap sepupu awak lawa gila?

251
00:16:59,810 --> 00:17:02,521
Dia dari mana? Bau dia lain betul."

252
00:17:03,897 --> 00:17:07,776
Mereka serupa,
tapi kita tak layan mereka setara.

253
00:17:08,318 --> 00:17:09,778
Kita tak hargai bawang.

254
00:17:09,862 --> 00:17:13,866
Kita beli seguni terus,
kemudian kita simpan dalam gelap.

255
00:17:14,908 --> 00:17:19,413
Tapi jika kita beli bawang merah,
kita dah ada rancangan tertentu.

256
00:17:20,247 --> 00:17:23,917
Kita akan ikut resipi malam ini.

257
00:17:24,710 --> 00:17:28,005
Kita sungguh-sungguh,
guna pemotong mandolin,

258
00:17:28,088 --> 00:17:32,509
pakai sarung tangan putih
supaya cap jari tak terpotong.

259
00:17:37,556 --> 00:17:40,267
Saya dah cuba pelbagai jenis aroma.

260
00:17:40,350 --> 00:17:42,853
Saya baru saja lepas suka daun bawang.

261
00:17:43,437 --> 00:17:44,438
Saya suka daun bawang,

262
00:17:44,521 --> 00:17:48,650
tapi saya menyesal
sebab saya mengelaknya terlalu lama,

263
00:17:48,734 --> 00:17:52,446
sebab kita biasanya takut
dengan daun bawang pertama kita.

264
00:17:53,030 --> 00:17:56,742
Saya rasa, "Wah,
besar betul daun bawang itu.

265
00:17:58,577 --> 00:18:00,162
Kenapa, ya?"

266
00:18:00,704 --> 00:18:04,708
Saya nak makan makanan organik
tapi ia takkan lepas ujian dadah.

267
00:18:05,709 --> 00:18:07,628
Ia terlalu tebal.

268
00:18:08,253 --> 00:18:11,006
Kenapa mereka biar ia jadi begitu?

269
00:18:11,090 --> 00:18:12,508
Mereka terlupa agaknya.

270
00:18:12,591 --> 00:18:15,677
Mereka sepatutnya tuai tiga tahun lepas.

271
00:18:16,720 --> 00:18:18,430
Sekarang, biarkan sajalah.

272
00:18:18,514 --> 00:18:21,016
Ia akan jadi pokok.

273
00:18:26,146 --> 00:18:29,108
Saya suka memasak. Saya suka prosesnya.

274
00:18:29,191 --> 00:18:32,194
Saya suka kehebatan herba dan rempah.

275
00:18:32,277 --> 00:18:34,446
Ia sangat ajaib bagi saya.

276
00:18:34,530 --> 00:18:37,741
Salah satu rempah kegemaran saya
ialah jintan putih.

277
00:18:37,825 --> 00:18:40,119
Ia bagus.

278
00:18:40,202 --> 00:18:44,456
Banyak budaya berbeza di seluruh dunia
menggunakan rempah yang sama.

279
00:18:44,540 --> 00:18:47,459
Ia ada rasa berempah yang mendalam,

280
00:18:47,543 --> 00:18:50,963
sedikit busuk, macam bau badan.

281
00:18:52,131 --> 00:18:54,591
Ia rempah yang sangat meriah.

282
00:18:54,675 --> 00:18:56,593
Apabila menghidunya, saya rasa,

283
00:18:56,677 --> 00:18:59,513
"Macam ada orang lain di dapur sekarang.

284
00:19:01,515 --> 00:19:03,517
Helo?

285
00:19:05,894 --> 00:19:09,314
Baunya macam ada orang baru habis
buat kerja di laman.

286
00:19:10,315 --> 00:19:12,943
Terima kasih, biar saya ambilkan air.

287
00:19:14,236 --> 00:19:17,114
Masuklah dengan bau maskulin
yang seksi itu."

288
00:19:22,786 --> 00:19:26,165
Kadangkala selepas lama makan di luar,

289
00:19:26,248 --> 00:19:31,712
saya cuba tebus rasa bersalah
dengan buat smoothie sihat di rumah.

290
00:19:31,795 --> 00:19:33,547
Tapi saya selalu keterlaluan

291
00:19:33,630 --> 00:19:38,427
sebab saya cuba masukkan
semua yang saya nak makan minggu itu.

292
00:19:39,094 --> 00:19:42,389
Jadi, ada banyak salad,
pelbagai jenis buah,

293
00:19:42,472 --> 00:19:46,268
walnut, serbuk cendawan,
biji rami, kunyit, lada hitam.

294
00:19:46,351 --> 00:19:49,813
Hasilnya, smoothie saya
berwarna kelabu gelap.

295
00:19:51,690 --> 00:19:53,734
Ia likat.

296
00:19:54,526 --> 00:19:57,487
Macam konkrit basah.

297
00:19:58,614 --> 00:20:00,199
Ia teruk,

298
00:20:00,282 --> 00:20:03,577
dan tak boleh disedut dengan straw.

299
00:20:04,578 --> 00:20:07,915
Kita kena minum smoothie saya
dengan pisau dan garpu.

300
00:20:10,000 --> 00:20:11,168
Ia terlalu likat.

301
00:20:11,251 --> 00:20:14,504
Kita perlu tambah cecair
untuk dapatkan kepekatan yang tepat.

302
00:20:14,588 --> 00:20:18,592
Baguslah. Sekarang saya ada
dua gelen smoothie.

303
00:20:19,551 --> 00:20:21,220
Saya pun minta bantuan teman wanita.

304
00:20:21,303 --> 00:20:25,724
Saya kata, "Sayang, saya juga
buat snek untuk awak. Maaf."

305
00:20:29,019 --> 00:20:32,314
Saya tiada latihan kulinari secara formal.

306
00:20:32,397 --> 00:20:35,317
Kebanyakannya dipelajari
dan diubah suai semasa bekerja.

307
00:20:35,400 --> 00:20:37,110
Masakan saya tak pernah sama

308
00:20:37,194 --> 00:20:40,197
sebab saya tak perasan
cara saya memasaknya.

309
00:20:41,490 --> 00:20:42,991
Jika teman wanita saya suka,

310
00:20:43,075 --> 00:20:46,370
saya kata, "Nikmatilah,
sebab ia takkan berulang.

311
00:20:47,621 --> 00:20:49,915
Kita bertuah malam ini."

312
00:20:52,960 --> 00:20:55,212
Selalunya saya yang masak,
tapi kadangkala,

313
00:20:55,295 --> 00:20:59,800
teman wanita saya beli
alat dapur istimewa yang kami tak guna,

314
00:20:59,883 --> 00:21:03,011
tapi mengambil ruang simpanan.

315
00:21:04,388 --> 00:21:08,183
Dia pernah beli
penekan bawang putih yang besar.

316
00:21:08,267 --> 00:21:10,727
Ia buat laci dapur jadi sendat.

317
00:21:10,811 --> 00:21:13,313
Contohnya, semasa kita buka laci,

318
00:21:13,397 --> 00:21:16,233
satu tangan kita
kena tenangkan benda lain,

319
00:21:16,316 --> 00:21:17,526
seolah-olah, "Hei…

320
00:21:22,489 --> 00:21:24,783
Bertenang.

321
00:21:24,866 --> 00:21:28,287
Relakslah. Ini cuma saya. Relaks.

322
00:21:29,496 --> 00:21:31,790
Kenapa kecoh sangat?

323
00:21:32,332 --> 00:21:36,211
Awak buat semua orang geram.
Penyepit pun naik angin."

324
00:21:38,213 --> 00:21:39,881
Buku jari kita sampai luka

325
00:21:39,965 --> 00:21:42,509
sebab mereka tak cat kayu bahagian dalam.

326
00:21:49,433 --> 00:21:52,436
Pada satu hari, teman wanita saya beli
pemotong sayur berlingkar

327
00:21:52,519 --> 00:21:56,773
untuk buat mi zukini
yang tiada sesiapa suka.

328
00:21:58,775 --> 00:22:00,277
Sedih sebenarnya.

329
00:22:00,360 --> 00:22:03,822
Sebab kita teruja
pada kali pertama melihat ia berfungsi.

330
00:22:03,905 --> 00:22:07,284
Kita kata, "Rupanya macam mi."

331
00:22:08,410 --> 00:22:09,995
Betullah!

332
00:22:10,078 --> 00:22:12,080
Dalam hati, kita nak percaya.

333
00:22:12,164 --> 00:22:14,291
Kita fikir, "Mungkin.

334
00:22:15,292 --> 00:22:17,419
Mungkin ia mi."

335
00:22:18,295 --> 00:22:22,632
Tapi apabila kita duduk dan makan,
kita terus tahu itu sayur.

336
00:22:23,550 --> 00:22:25,302
Sedarlah, bodoh.

337
00:22:26,678 --> 00:22:31,266
Saya tak boleh tonton filem sains fiksyen
dan makan mi zukini.

338
00:22:31,933 --> 00:22:35,812
Sebab sukar saya nak pura-pura percaya.

339
00:22:37,647 --> 00:22:40,317
Saya boleh percaya
robot jahat dari masa depan

340
00:22:40,400 --> 00:22:42,611
datang ke sini untuk musnahkan kita

341
00:22:42,694 --> 00:22:45,322
atau saya boleh pura-pura ia spageti.

342
00:22:50,952 --> 00:22:54,748
Sekali dulu, teman wanita saya beli
penghiris bawang Jepun yang menarik.

343
00:22:54,831 --> 00:22:58,001
Ia ada satu pemegang dengan lapan bilah.

344
00:22:58,085 --> 00:22:59,753
Satu ayunan, lapan hirisan.

345
00:22:59,836 --> 00:23:01,838
Saya tak pernah guna.

346
00:23:01,922 --> 00:23:05,717
Setahun yang lalu, semasa membersih,
saya keluarkannya, tapi saya lupa ia apa.

347
00:23:05,801 --> 00:23:07,260
Ada penutup di atasnya.

348
00:23:07,344 --> 00:23:08,470
Saya salah letak tangan.

349
00:23:08,553 --> 00:23:12,808
Sekali saya buka,
saya terkena semua lapan bilah.

350
00:23:13,475 --> 00:23:17,771
Kemudian, saya terus buang!

351
00:23:19,731 --> 00:23:22,818
Itu saja masa kami menggunakannya.

352
00:23:24,069 --> 00:23:26,822
Ia tersimpan dalam laci
sampai bertahun-tahun,

353
00:23:26,905 --> 00:23:28,782
menunggu masa untuk menyerang.

354
00:23:29,991 --> 00:23:31,868
Ia berjaya serang saya. Saya kagum.

355
00:23:31,952 --> 00:23:35,622
Ia kecederaan paling sekata
yang pernah saya alami.

356
00:23:36,790 --> 00:23:39,960
Doktor kata luka saya
sekata macam makanan restoran.

357
00:23:45,757 --> 00:23:49,261
Sekarang, saya nak beli
ketuhar pembakar roti baru.

358
00:23:49,344 --> 00:23:50,887
Masanya dah tiba.

359
00:23:51,930 --> 00:23:55,267
Kami beli jenama biasa. Ia boleh tahan.
Kami dah guna sepuluh tahun.

360
00:23:55,350 --> 00:23:59,563
Ia masih berfungsi,
dan ia juga berfungsi ketika orang tiada.

361
00:24:01,148 --> 00:24:02,983
Ia terlalu cekap.

362
00:24:03,817 --> 00:24:06,653
Jadi, kami tengok pilihan lain
dan sekarang,

363
00:24:06,736 --> 00:24:12,492
saya mungkin mampu
beli pembakar roti Breville.

364
00:24:13,326 --> 00:24:15,620
Mungkin.

365
00:24:15,704 --> 00:24:18,248
Saya kena kira semula.

366
00:24:20,000 --> 00:24:22,169
Ia sangat mahal, tapi sangat cantik.

367
00:24:22,252 --> 00:24:24,713
Kawan-kawan saya suka
ketuhar mereka, jadi saya teruja.

368
00:24:24,796 --> 00:24:28,550
Tapi saya terfikir,
jika ia betul-betul bagus,

369
00:24:28,633 --> 00:24:33,346
ia mungkin akan jadi
pembakar roti terakhir saya.

370
00:24:34,264 --> 00:24:35,724
Sedih pula rasanya.

371
00:24:36,683 --> 00:24:37,934
Saya belum bersedia.

372
00:24:38,018 --> 00:24:41,771
Saya cuma nak bakar
nuget dinosaur saya sampai rangup.

373
00:24:43,023 --> 00:24:46,610
Sekarang, ia buat saya fikir tentang ajal.

374
00:24:47,360 --> 00:24:52,741
Sekarang, saya tertanya-tanya,
kepada siapa saya nak wariskan harta ini?

375
00:24:54,159 --> 00:24:56,495
Anak buah mana yang cukup berkarisma

376
00:24:56,578 --> 00:24:59,873
untuk ceritakan kisah saya
dalam Antique Roadshow?

377
00:25:08,590 --> 00:25:10,425
Hingga ke hari ini,

378
00:25:10,509 --> 00:25:13,553
saya masih ada tabiat berjimat sejak kecil

379
00:25:13,637 --> 00:25:15,430
yang saya tak boleh ubah.

380
00:25:15,514 --> 00:25:19,976
Contohnya, saya tak sampai hati
nak guna tuala dapur sepenuhnya.

381
00:25:21,436 --> 00:25:25,023
Saya selalu koyak dua
dan beri separuh kepada teman saya.

382
00:25:26,316 --> 00:25:28,485
Atau saya biarkan di gulungan

383
00:25:28,568 --> 00:25:31,613
dan saya gulung semula
supaya nampak cantik.

384
00:25:32,989 --> 00:25:35,867
Kalau saya dapat tisu basah di restoran,

385
00:25:35,951 --> 00:25:38,370
biasanya saya tak guna terus.

386
00:25:38,453 --> 00:25:41,164
Saya akan simpan dalam poket.

387
00:25:41,998 --> 00:25:46,253
Saya akan guna kemudian.
Ia terlalu istimewa untuk terus digunakan.

388
00:25:46,753 --> 00:25:50,340
Ia basah, dibungkus berasingan,
jadi ia terasa penting.

389
00:25:50,423 --> 00:25:53,677
Apabila saya nak guna,
saya cuma ada satu peluang.

390
00:25:54,844 --> 00:25:56,346
Gunakan sebaik-baiknya.

391
00:25:56,930 --> 00:25:59,724
Jadi, saya simpan dan rasa bersedia.

392
00:25:59,808 --> 00:26:01,768
Kemudian, saya teruskan hidup.

393
00:26:01,851 --> 00:26:05,438
Kadangkala, sesuatu berlaku
yang buat saya terfikir…

394
00:26:05,522 --> 00:26:08,108
"Inikah masanya?

395
00:26:09,651 --> 00:26:13,196
Tak, belum lagi.
Keadaan belum cukup teruk.

396
00:26:13,280 --> 00:26:15,991
Saya ada tisu dan pemeluwapan
pada gelas air sejuk.

397
00:26:16,074 --> 00:26:17,576
Jadi, saya lap begini.

398
00:26:19,077 --> 00:26:22,539
Tak apa. Takkanlah saya nak guna
tisu basah untuk ini?"

399
00:26:25,083 --> 00:26:27,085
Jadi, saya tunggu dan tunggu lagi.

400
00:26:27,168 --> 00:26:29,754
Akhirnya, saya jumpa masa yang sesuai.

401
00:26:29,838 --> 00:26:31,798
Saya tak sabar nak rasa puas.

402
00:26:31,881 --> 00:26:35,468
Saya buka pembalut
dan dapati semua cecairnya dah kering.

403
00:26:36,386 --> 00:26:38,722
Masalahnya, saya nak bersihkan
jari yang ada sos BBQ

404
00:26:38,805 --> 00:26:42,183
dengan tisu kering
yang boleh dianggap dah terpakai.

405
00:26:50,900 --> 00:26:53,403
Kalau nak diikutkan, saya dah dewasa,

406
00:26:53,486 --> 00:26:57,907
tapi saya rasa saya ada
sifat-sifat orang yang belum cukup matang.

407
00:26:57,991 --> 00:27:01,328
Saya cuba paksa diri,
sedikit demi sedikit.

408
00:27:01,411 --> 00:27:04,581
Contohnya, kadangkala,
selepas menonton filem seram,

409
00:27:04,664 --> 00:27:07,542
saya masuk ke bilik gelap
di apartmen saya,

410
00:27:07,626 --> 00:27:11,546
tanpa buka lampu
kerana saya nak cuba beranikan diri.

411
00:27:14,132 --> 00:27:16,635
Bermakna, berjalan macam biasa.

412
00:27:16,718 --> 00:27:19,846
Apabila di sana,
jangan bergerak lebih laju.

413
00:27:20,597 --> 00:27:22,265
Itu rumah kita.

414
00:27:23,099 --> 00:27:24,517
Buatlah gaya pemilik rumah.

415
00:27:26,895 --> 00:27:28,480
Jika kita berlari,

416
00:27:28,563 --> 00:27:31,733
hantu akan tahu yang kita takut.

417
00:27:33,526 --> 00:27:36,279
Jangan buat mereka rasa puas.

418
00:27:37,530 --> 00:27:39,616
Buat selamba saja.
Saya masuk, saya tenang.

419
00:27:39,699 --> 00:27:42,243
Saya selesaikan urusan,
buat apa yang perlu.

420
00:27:42,327 --> 00:27:43,370
Saya pusing.

421
00:27:43,453 --> 00:27:44,954
Saya mula keluar.

422
00:27:46,122 --> 00:27:47,916
Tenang-tenang saja.

423
00:27:47,999 --> 00:27:50,919
Saya makin hampir
dan dah nampak lampu di koridor.

424
00:27:51,002 --> 00:27:53,963
Semasa tiga langkah terakhir, saya pecut.

425
00:27:55,590 --> 00:27:59,678
Apabila sampai ke bingkai pintu,
saya lompat ke arah cahaya.

426
00:28:00,178 --> 00:28:03,264
Tapi semasa di udara,
jangan luruskan kaki belakang.

427
00:28:03,348 --> 00:28:07,435
Nanti kita akan ditarik
hingga menemui ajal.

428
00:28:08,103 --> 00:28:11,940
Kita bijak.
Kita kena lari, lompat, lipat kaki.

429
00:28:13,316 --> 00:28:15,860
Kemudian, buat bunyi penakut macam…

430
00:28:22,951 --> 00:28:28,415
Untuk pengetahuan anda,
dalam bahasa Taiwan, itu bermaksud "aduh".

431
00:28:36,172 --> 00:28:39,050
Kadangkala, saya beranikan diri
semasa mandi.

432
00:28:39,134 --> 00:28:41,553
Saya tak tunggu air jadi suam.

433
00:28:41,636 --> 00:28:42,762
Cuba rasa pun tak.

434
00:28:42,846 --> 00:28:47,183
Saya terus masuk macam pahlawan.

435
00:28:49,936 --> 00:28:52,063
Ia mencabar.

436
00:28:52,147 --> 00:28:55,567
Jika anda berani gila,
jangan buka air langsung.

437
00:28:57,235 --> 00:28:58,403
Cubalah malam ini.

438
00:28:58,486 --> 00:29:00,822
Balik rumah, buka baju dan berbogel.

439
00:29:00,905 --> 00:29:05,243
Masuk ke dalam bilik mandi yang kering.

440
00:29:06,786 --> 00:29:08,413
Rasai ketegangan itu.

441
00:29:09,622 --> 00:29:12,083
Ia berbeza. Ia tak neutral.

442
00:29:13,877 --> 00:29:16,629
Tengok muncung kepala pancuran.

443
00:29:17,297 --> 00:29:19,507
Kemudian, dengan tangan sendiri,

444
00:29:19,591 --> 00:29:21,384
sembur pada diri anda.

445
00:29:24,679 --> 00:29:26,055
Jangan mengelak.

446
00:29:27,098 --> 00:29:28,391
Jangan halang.

447
00:29:30,685 --> 00:29:33,980
Beranikan diri.
Apabila hantu nampak anda buat begitu…

448
00:29:35,440 --> 00:29:36,858
mereka akan takut.

449
00:29:37,901 --> 00:29:40,487
Yang menghantui jadi dihantui.

450
00:29:43,615 --> 00:29:47,786
Mereka akan fikir, "Lelaki ini gila.
Aku tak boleh tinggal di sini!"

451
00:29:48,745 --> 00:29:50,121
Lalu, pindah dari sana.

452
00:29:50,789 --> 00:29:53,291
Apabila anda rasa hantu itu mula hilang,

453
00:29:53,374 --> 00:29:55,919
anda kata, "Bu."

454
00:30:03,551 --> 00:30:07,305
Saya cuba raikan kejayaan kecil
dalam hidup saya.

455
00:30:07,388 --> 00:30:08,848
Saya ada buat pencapaian baru.

456
00:30:08,932 --> 00:30:12,727
Saya baru mula beli
berus gigi secara pukal.

457
00:30:14,145 --> 00:30:19,025
Itu benda baru bagi saya.
Sebelum ini, saya beli satu demi satu.

458
00:30:19,567 --> 00:30:23,530
Tiada simpanan.
Saya beli berus gigi satu-satu.

459
00:30:25,657 --> 00:30:27,033
Saya guna satu saja

460
00:30:27,116 --> 00:30:31,955
sampai tiada langsung
satu pun bulu berus yang kejur itu selari.

461
00:30:33,206 --> 00:30:35,834
Kemudian, saya akan terus guna berus itu

462
00:30:35,917 --> 00:30:39,003
kerana saya yakinkan diri
yang ia lebih berkesan

463
00:30:39,087 --> 00:30:42,298
kerana saya jadikannya bersepah begitu.

464
00:30:43,424 --> 00:30:44,968
Ia makin kuat.

465
00:30:45,844 --> 00:30:48,638
Tak lama lagi,
saya boleh gunakannya di dapur.

466
00:30:52,684 --> 00:30:55,019
Banyak berus buat saya rasa selamat.

467
00:30:55,103 --> 00:30:58,189
Seronok rasanya
apabila saya balik malam ini.

468
00:30:58,273 --> 00:31:01,651
Kalau saya nak yang baru, ia dah tersedia.

469
00:31:01,734 --> 00:31:04,028
Kalau anda datang, tiada masalah.

470
00:31:04,112 --> 00:31:06,406
Anda boleh bawa maksimum, empat kawan.

471
00:31:08,908 --> 00:31:13,705
Ada berus pelbagai warna seronok
kerana kita boleh pilih warnanya.

472
00:31:14,414 --> 00:31:15,540
Ia satu peluang.

473
00:31:15,623 --> 00:31:18,126
Ambil masa anda, tanya isi hati.

474
00:31:18,209 --> 00:31:21,796
Warna apa yang boleh beri
tenaga yang anda perlukan sekarang?

475
00:31:22,797 --> 00:31:24,716
Berus biru menenangkan.

476
00:31:24,799 --> 00:31:27,010
Lautan ketenangan.

477
00:31:27,802 --> 00:31:32,015
Berus merah menyeronokkan,
tapi agak nakal.

478
00:31:33,182 --> 00:31:34,976
Berus ungu berkuasa.

479
00:31:35,059 --> 00:31:40,857
Saya hanya pilih yang ungu
apabila saya mahu ubah jalan cerita.

480
00:31:42,233 --> 00:31:44,360
Kadangkala hidup kita tak bahagia.

481
00:31:44,444 --> 00:31:47,238
Kita buat keputusan
yang merosakkan diri kita.

482
00:31:47,322 --> 00:31:52,076
Jadi, kita perlu sesuaikan tingkah laku
dengan nilai hidup kita.

483
00:31:53,119 --> 00:31:55,413
Baiklah, mari sini, berus gigi ungu.

484
00:31:56,414 --> 00:31:57,999
Mari kita mulakan.

485
00:31:58,791 --> 00:32:03,171
Kita perlu hapuskan plak dan syaitan.

486
00:32:07,216 --> 00:32:09,260
Saya nak jadi lebih baik.

487
00:32:09,344 --> 00:32:12,472
Saya sedang mencuba.
Saya memang teringin nak belajar.

488
00:32:12,555 --> 00:32:16,267
Tapi saya cuma tak buat.

489
00:32:16,351 --> 00:32:20,313
Sebab itulah ada banyak tab
yang dibuka di komputer saya.

490
00:32:21,898 --> 00:32:27,570
Banyak sumber di Internet
yang saya rasa boleh dimanfaatkan.

491
00:32:27,654 --> 00:32:31,032
Cuma bukan hari ini.

492
00:32:32,408 --> 00:32:34,077
Mungkin kemudian.

493
00:32:35,370 --> 00:32:37,497
Tapi hantarlah pautannya.

494
00:32:41,459 --> 00:32:44,879
Saya nak pautan itu.
Saya akan buka tab. Saya ada sistem.

495
00:32:45,630 --> 00:32:49,425
Makin banyak tab yang kita buka,
makin kecil jadinya.

496
00:32:50,760 --> 00:32:51,928
Mula-mula ia besar ini.

497
00:32:52,011 --> 00:32:56,224
Kemudian ia jadi,
"Alamak, dah tiada maklumat."

498
00:32:57,266 --> 00:33:00,770
Kita tak tahu ini untuk apa,
tapi ada banyak tab begini.

499
00:33:02,146 --> 00:33:03,690
Ia buat kita malu, bukan?

500
00:33:03,773 --> 00:33:06,359
Jika ada mesyuarat kerja,
kita kena kongsi skrin.

501
00:33:06,442 --> 00:33:08,528
Tapi kita tak kongsi skrin itu.

502
00:33:09,737 --> 00:33:11,155
Kita buka tetingkap baru

503
00:33:11,239 --> 00:33:13,825
dan pura-pura, "Semuanya okey, bos.

504
00:33:15,243 --> 00:33:18,162
Saya okey.
Saya kerja untuk pemegang saham."

505
00:33:21,791 --> 00:33:24,168
Setiap beberapa bulan,
pelayar nak kemas kini.

506
00:33:24,252 --> 00:33:27,255
Kita fikir, "Macam mana
dengan koleksi saya?"

507
00:33:29,090 --> 00:33:31,175
Pelayar kita kata,
"Jangan risau. Kami simpan.

508
00:33:31,259 --> 00:33:35,138
Kami akan buka semua tab.

509
00:33:35,221 --> 00:33:36,305
Tapi ada banyak.

510
00:33:36,389 --> 00:33:38,683
Anda sepatutnya guna penanda."

511
00:33:40,768 --> 00:33:44,313
Setiap beberapa tahun,
komputer anda akan ranap.

512
00:33:44,397 --> 00:33:47,692
Semua tab hilang selama-lamanya.

513
00:33:47,775 --> 00:33:51,529
Rasa kehilangan itu menyeksa batin kita.

514
00:33:52,030 --> 00:33:54,782
Tapi kemudian, kita rasa bebas dan rasa,

515
00:33:56,451 --> 00:33:59,954
"Terima kasih kerana buat
sesuatu yang saya tak mampu buat."

516
00:34:05,918 --> 00:34:08,129
Saya berbelah bagi tentang teknologi.

517
00:34:08,212 --> 00:34:10,590
Saya tak pasti ia memudahkan hidup kita.

518
00:34:10,673 --> 00:34:14,677
Yang pasti ia buat
sesetengah bahagian hidup rasa pelik.

519
00:34:15,303 --> 00:34:17,847
Seperti fon kepala saya yang baru hilang.

520
00:34:17,930 --> 00:34:22,268
Ia tertinggal di luar Atlantic City
dan takkan dapat ditemui semula.

521
00:34:22,351 --> 00:34:27,190
Tapi dengan kuasa teknologi,
saya masih boleh periksa keberadaannya.

522
00:34:28,983 --> 00:34:32,695
Malah, kalau saya nak,
saya boleh tengok lokasinya.

523
00:34:33,738 --> 00:34:35,573
Itu tak sihat.

524
00:34:36,574 --> 00:34:39,452
Saya tahu tempat tinggal
dan tempat kerjanya.

525
00:34:39,535 --> 00:34:42,872
Saya tahu ia dicas secara berkala.

526
00:34:43,790 --> 00:34:45,500
Ia dah teruskan hidup.

527
00:34:46,000 --> 00:34:47,794
Hidup gembira. Saya merana.

528
00:34:47,877 --> 00:34:50,630
Saya boleh lupakan peranti ini, tapi…

529
00:34:51,672 --> 00:34:53,382
Saya tak nak lupakannya!

530
00:34:54,759 --> 00:34:58,387
Saya tak nak lepaskannya.
Saya dah kehilangan awak sekali.

531
00:34:59,555 --> 00:35:02,892
Tak sangka awak sanggup berpasangan
dengan sesiapa saja.

532
00:35:08,314 --> 00:35:12,443
Saya cuba elak
budaya kepenggunaan dan materialisme.

533
00:35:12,527 --> 00:35:15,113
Tapi saya cuba jaga apa yang saya ada.

534
00:35:15,196 --> 00:35:16,781
Misalnya, cermin mata ini.

535
00:35:16,864 --> 00:35:20,034
Saya pakai kanta lekap
apabila buat aktiviti fizikal,

536
00:35:20,118 --> 00:35:23,996
seperti main bola keranjang
atau pergi ke kelab penari bogel.

537
00:35:26,958 --> 00:35:29,627
Sebab kalau saya pakai cermin mata
di kelab tarian bogel,

538
00:35:29,710 --> 00:35:32,839
dan saya duduk dekat pentas,
ada kemungkinan besar,

539
00:35:32,922 --> 00:35:35,842
penari akan tanggalkan cermin mata saya.

540
00:35:35,925 --> 00:35:38,553
Saya dah mengalaminya lebih dua kali.

541
00:35:41,055 --> 00:35:44,475
Kalau dia nak pura-pura
jadi pustakawan seksi, silakan.

542
00:35:44,559 --> 00:35:45,852
Saya akan sokong,

543
00:35:45,935 --> 00:35:49,021
tapi bawalah alat sendiri.

544
00:35:50,398 --> 00:35:51,649
Ini bukan mainan.

545
00:35:51,732 --> 00:35:54,735
Ini alat perubatan.

546
00:35:55,319 --> 00:35:58,072
Biasanya, saya hanya biar
pakar optik pegang.

547
00:35:58,156 --> 00:36:02,243
Tapi sebab awak tak pakai baju,
saya maafkan awak malam ini.

548
00:36:05,496 --> 00:36:09,292
Mereka ambil cermin mata kita,
letak di hujung batang hidung

549
00:36:09,375 --> 00:36:11,711
dan lemparkan pandangan menggoda.

550
00:36:12,712 --> 00:36:15,089
Saat yang sepatutnya seksi dah tak seksi

551
00:36:15,173 --> 00:36:17,133
sebab saya perlu berusaha untuk lihat dia.

552
00:36:23,639 --> 00:36:25,933
Dia nampak macam ada empat puting.

553
00:36:31,063 --> 00:36:32,607
Kemudian dia tukar taktik.

554
00:36:32,690 --> 00:36:38,196
Dia tanggalkan cermin mata dan dia tunjuk
tubuhnya kepada cermin mata.

555
00:36:38,279 --> 00:36:42,825
Saya fikir,
"Cermin mata itu tentu seronok."

556
00:36:44,368 --> 00:36:47,205
Tapi saya tak nampak
apa yang cermin mata nampak.

557
00:36:47,705 --> 00:36:51,792
Ia tiada sambungan Bluetooth
dengan lobus oksipital saya.

558
00:36:57,089 --> 00:37:02,136
Akhirnya, saya dapat balik
cermin mata saya tapi kantanya dah comot.

559
00:37:02,637 --> 00:37:05,306
Ada kesan payudara pada kanta saya.

560
00:37:05,890 --> 00:37:10,603
Ia sentuhan peribadi,
tapi saya tak terangsang dengan forensik.

561
00:37:11,604 --> 00:37:13,314
Saya tak bawa kain lap kanta.

562
00:37:13,397 --> 00:37:17,818
Sekarang saya kena tengok
persembahan pada resolusi rendah.

563
00:37:24,283 --> 00:37:26,494
Saya kena berehat
daripada melakukan jerayawara.

564
00:37:26,577 --> 00:37:30,665
Saya kena balik ke LA untuk jadi juri.

565
00:37:31,165 --> 00:37:33,334
Ya, saya tak cuba untuk terpilih.

566
00:37:33,417 --> 00:37:37,338
Tapi saya terpilih dalam pusingan pertama.
Pilihan nombor satu.

567
00:37:38,172 --> 00:37:41,092
Saya bangga, tapi kemudian saya risau

568
00:37:41,175 --> 00:37:45,263
kerana jika saya pilihan pertama,
prestasi kami tentu teruk.

569
00:37:47,098 --> 00:37:49,934
Kami lalui proses pemilihan.
Ia dah selesai.

570
00:37:50,017 --> 00:37:53,062
Pada saat akhir,
juri nombor tiga cuba tarik diri.

571
00:37:53,145 --> 00:37:58,067
Dia kata, "Yang Arif, saya mencari kerja
dan mungkin ada temu duga minggu depan."

572
00:37:58,150 --> 00:38:00,278
Hakim itu pandang dia sekali,

573
00:38:00,361 --> 00:38:04,115
dan terus tolak permintaannya.

574
00:38:04,699 --> 00:38:06,701
Sebab hakim akan menghakimi.

575
00:38:07,326 --> 00:38:11,455
Berdasarkan pemerhatiannya,
dia tak rasa juri itu akan dapat kerja.

576
00:38:12,707 --> 00:38:15,334
Dia rasa juri nombor tiga
tak layak bekerja,

577
00:38:15,835 --> 00:38:18,462
dan jadikan juri itu rakan sekerja saya.

578
00:38:20,464 --> 00:38:22,466
Sebab inilah saya meragui
sistem negara kita.

579
00:38:22,550 --> 00:38:25,177
Sebab atas kertas,
tugas juri nampak mulia,

580
00:38:25,261 --> 00:38:28,514
tapi hakikatnya, ia nampak remeh, bukan?

581
00:38:28,597 --> 00:38:32,935
Kerajaan seolah-olah tanya,
"Awak ada masa tak?

582
00:38:35,021 --> 00:38:38,232
Datanglah ke pusat bandar.
Ada masalah dalam bidang

583
00:38:38,316 --> 00:38:40,985
yang bukan kepakaran awak,

584
00:38:41,610 --> 00:38:44,030
yang awak tak tahu dan tak minat,

585
00:38:44,113 --> 00:38:46,615
tapi kita akan ada dua pihak berat sebelah

586
00:38:46,699 --> 00:38:51,454
yang akan beri hujah bertentangan
untuk buktikan mereka betul.

587
00:38:51,537 --> 00:38:54,749
Kemudian, awak akan
beritahu kami kebenarannya.

588
00:38:56,876 --> 00:38:58,210
Awak boleh buat."

589
00:39:03,090 --> 00:39:07,970
Tekanannya sangat tinggi.

590
00:39:08,054 --> 00:39:09,513
Mahkamah tempat suci

591
00:39:09,597 --> 00:39:12,808
yang membolehkan
kita membetulkan kesilapan lampau.

592
00:39:12,892 --> 00:39:16,187
Orangnya berpakaian begitu.
Hakim pakai jubah.

593
00:39:16,270 --> 00:39:18,189
Peguam pakai sut cantik.

594
00:39:18,272 --> 00:39:19,899
Ia agak formal,

595
00:39:19,982 --> 00:39:21,901
kecuali bagi juri.

596
00:39:23,194 --> 00:39:27,865
Kami, barisan juri, nampak macam
tak peduli tentang keputusannya.

597
00:39:28,824 --> 00:39:31,285
Kami berpakaian seperti kami dah diganggu

598
00:39:31,369 --> 00:39:35,790
dan kami mahu mahkamah tahu
bahawa ini bukan masa yang sesuai.

599
00:39:41,045 --> 00:39:43,631
Kami tak buat kerja dengan baik.

600
00:39:44,548 --> 00:39:46,634
Perbicaraan ambil masa tiga minggu,

601
00:39:46,717 --> 00:39:49,553
tapi tiada seorang pun catat apa-apa.

602
00:39:50,679 --> 00:39:54,350
Tiada langsung. Semua orang fikir,
"Aku mungkin akan ingat."

603
00:39:56,727 --> 00:39:59,688
Tapi semasa perbincangan,
kami tak ada apa-apa.

604
00:39:59,772 --> 00:40:01,941
Kami ikut gerak hati saja.

605
00:40:03,275 --> 00:40:05,778
Kami fikir, "Entahlah…"

606
00:40:07,738 --> 00:40:09,281
"Bersalah?"

607
00:40:11,951 --> 00:40:13,786
Bunyi macam teruk, tapi relaks.

608
00:40:13,869 --> 00:40:15,413
Tiada nyawa yang terancam.

609
00:40:15,496 --> 00:40:16,872
Ia cuma kes sivil.

610
00:40:16,956 --> 00:40:20,459
Syarikat AS saman syarikat Kanada.

611
00:40:20,543 --> 00:40:22,628
Jadi, kami sokong pasukan sendiri.

612
00:40:24,588 --> 00:40:27,216
Puaskan hati peminat. Ayuh.

613
00:40:28,884 --> 00:40:30,636
Perbincangannya sekejap saja.

614
00:40:30,719 --> 00:40:32,763
Kami berkumpul pada pukul 9 pagi.

615
00:40:32,847 --> 00:40:35,015
Pada pukul 9.10, kami dah selesai.

616
00:40:36,434 --> 00:40:39,979
Semasa perbicaraan,
kami kena beli makan tengah hari sendiri,

617
00:40:40,062 --> 00:40:42,565
tapi kami dapat tahu semasa perbincangan,

618
00:40:43,149 --> 00:40:46,527
jika kami kerja sampai tengah hari,
makan tengah hari ditanggung mahkamah.

619
00:40:47,069 --> 00:40:49,738
Jadi, sebagai juri, kami semua setuju.

620
00:40:49,822 --> 00:40:53,534
Kami kata, "Tunggu dulu,
jangan serahkan keputusannya sekarang,"

621
00:40:54,743 --> 00:40:59,457
"Relaks. Kita hantar keputusan
selepas kita dapat sandwic ayam belanda."

622
00:41:00,458 --> 00:41:02,501
Itu baru adil.

623
00:41:03,919 --> 00:41:08,132
Kami simpan keputusan selama tiga jam

624
00:41:08,215 --> 00:41:10,426
demi makanan percuma.

625
00:41:10,509 --> 00:41:14,847
Tapi sandwicnya biasa saja.

626
00:41:16,390 --> 00:41:17,641
Ruginya kami tunggu.

627
00:41:17,725 --> 00:41:20,478
Tak berbaloi langsung dengan kalorinya.

628
00:41:20,561 --> 00:41:26,734
Sebagai juri, kami buat keputusan bodoh
sampai perbicaraan selesai.

629
00:41:27,234 --> 00:41:28,903
Kami dapat balasan setimpal.

630
00:41:28,986 --> 00:41:30,946
Sistem itu berkesan.

631
00:41:38,913 --> 00:41:43,292
Semakin saya tua,
saya semakin suka alam semula jadi.

632
00:41:43,375 --> 00:41:46,754
Di situlah saya dapatkan
ketenangan dan kegembiraan.

633
00:41:46,837 --> 00:41:50,883
Malah, parti yang saya sertai pun
makin banyak dibuat di luar.

634
00:41:50,966 --> 00:41:53,677
Saya pergi ke dua parti bujang macam ini.

635
00:41:53,761 --> 00:41:57,848
Parti pertama untuk kawan saya, Louis.
Kami pergi ke Costa Rica.

636
00:41:58,474 --> 00:41:59,934
Ia negara tropika.

637
00:42:00,017 --> 00:42:01,894
Ada banyak aktiviti air.

638
00:42:01,977 --> 00:42:04,313
Kami selalu basah.

639
00:42:05,231 --> 00:42:09,485
Lima belas lelaki berusia 40-an

640
00:42:09,568 --> 00:42:12,988
dengan seluar pendek yang ketat.

641
00:42:14,823 --> 00:42:18,118
Saya nampak lurah punggung
semua kawan saya.

642
00:42:20,037 --> 00:42:22,289
Saya bukan sengaja.

643
00:42:23,332 --> 00:42:27,795
Apabila kita syak
ada lurah punggung berdekatan,

644
00:42:28,629 --> 00:42:33,300
hampir mustahil untuk kita teruskan hidup.

645
00:42:33,968 --> 00:42:36,762
Anda kena juga sahkan. "Sekejap.

646
00:42:41,350 --> 00:42:43,352
Aku tak nak pun buat begitu."

647
00:42:46,188 --> 00:42:48,190
Tapi lurah punggung menarik.

648
00:42:49,483 --> 00:42:52,736
Punggung itu macam lurah dada.

649
00:42:54,071 --> 00:42:59,034
Ia tarik perhatian melalui kuasa peniruan.

650
00:43:00,411 --> 00:43:03,831
Mata kita terus tertarik
kepada bayang-bayang itu.

651
00:43:03,914 --> 00:43:07,418
"Misteri apakah
yang ingin kita selesaikan ini?"

652
00:43:09,336 --> 00:43:11,630
Itu bukan pilihan. Itu naluri.

653
00:43:11,714 --> 00:43:13,841
Macam tu dopamin dan sebagainya.

654
00:43:14,592 --> 00:43:16,260
Ia sangat berkuasa.

655
00:43:16,343 --> 00:43:21,390
Ia macam prinsip yang digunakan
untuk reka taman botani.

656
00:43:21,890 --> 00:43:26,854
Laluannya sentiasa berliku-liku
supaya kita tertanya-tanya.

657
00:43:26,937 --> 00:43:29,940
"Tapi apa yang ada di sebalik selekoh itu?

658
00:43:31,150 --> 00:43:33,193
Aku teringin nak tahu."

659
00:43:33,944 --> 00:43:35,863
Kadangkala kita ikut selekoh itu

660
00:43:35,946 --> 00:43:39,992
dan ia membawa kita
ke taman bunga begonia yang indah.

661
00:43:40,075 --> 00:43:42,995
Kadangkala, ia punggung kawan kita.

662
00:43:45,331 --> 00:43:47,708
"Aku tak patut berada di taman itu.

663
00:43:48,542 --> 00:43:51,295
Itu kawasan pekerja saja."

664
00:43:57,926 --> 00:44:02,306
Parti bujang lain yang saya sertai
ialah kegiatan mengembara.

665
00:44:02,389 --> 00:44:05,059
Bukan di asrama, tapi di dalam hutan.

666
00:44:05,142 --> 00:44:07,895
Ada sesiapa pernah mengembara begitu?

667
00:44:09,188 --> 00:44:12,858
Tak ramai. Ya, jumlah itu masuk akal.

668
00:44:13,692 --> 00:44:15,653
Jumlah yang betul

669
00:44:15,736 --> 00:44:18,572
sebab kita tak perlu hidup begitu lagi.

670
00:44:21,033 --> 00:44:23,327
Itu pilihan gila.

671
00:44:24,870 --> 00:44:25,996
Ia sangat mencabar.

672
00:44:26,080 --> 00:44:29,291
Bukan macam berkhemah.
Saya kerap berkhemah. Ia sempoi.

673
00:44:29,375 --> 00:44:32,795
Untuk berkhemah,
kita pandu ke tapak khemah.

674
00:44:33,504 --> 00:44:34,713
Kemudian, kita berkhemah.

675
00:44:35,422 --> 00:44:40,302
Apabila mengembara, kita pergi
ke tempat yang bukan tapak perkhemahan.

676
00:44:41,053 --> 00:44:43,555
Kita berhenti di lebuh raya, ambil barang,

677
00:44:43,639 --> 00:44:46,141
galas beg dan ucap, "Terima kasih, kereta.

678
00:44:46,225 --> 00:44:48,018
Saya akan ambil alih sekarang.

679
00:44:49,770 --> 00:44:54,024
Untuk 42 kilometer seterusnya,
saya akan pura-pura jadi kereta.

680
00:44:55,776 --> 00:44:58,654
Saya di jalan tak berturap. Saya Subaru."

681
00:45:04,993 --> 00:45:08,163
Saya tak pernah guna beg galas begitu.

682
00:45:08,247 --> 00:45:10,374
Saya tak pernah ada atau guna.

683
00:45:10,457 --> 00:45:13,794
Ia besar. Sejak kecil lagi,
saya tak suka rupanya.

684
00:45:13,877 --> 00:45:18,465
Saya rasa nisbahnya tak seimbang.
Ia jauh lebih besar daripada manusia.

685
00:45:19,258 --> 00:45:21,260
Saya cuma suka beg JanSport biasa.

686
00:45:21,343 --> 00:45:25,139
Bagi saya, beg galas
patut sepanjang ini saja.

687
00:45:25,806 --> 00:45:28,183
Saya tak suka jika ia terlalu besar

688
00:45:28,267 --> 00:45:31,895
hingga melepasi kepala kita.

689
00:45:32,730 --> 00:45:34,648
Saya kena dongak dan kata, "Hei!

690
00:45:35,899 --> 00:45:38,652
Hei, apa awak buat? Awak beg galas, bukan?

691
00:45:39,361 --> 00:45:41,864
Ke belakanglah."

692
00:45:47,035 --> 00:45:50,497
Kawan saya rancang
satu lawatan untuk parti bujang.

693
00:45:50,581 --> 00:45:54,001
Ia tak tradisional.
Saya tahu dia pencinta alam.

694
00:45:54,084 --> 00:45:56,170
Semasa dia kata
dia nak sesuatu yang berbeza,

695
00:45:56,253 --> 00:45:59,590
saya kata, "Okey.
Tiada arak, tiada penari bogel."

696
00:45:59,673 --> 00:46:03,218
Dia kata, "Ya, juga tiada
tempat berlindung atau elektrik."

697
00:46:06,013 --> 00:46:11,143
Itu sama macam kata, "Jom berparti!
Tapi tanpa keseronokan dan keselesaan."

698
00:46:14,396 --> 00:46:16,648
Tiada sesiapa pun datang.

699
00:46:17,566 --> 00:46:20,736
Saya dan dia saja yang hadiri parti itu.

700
00:46:22,362 --> 00:46:25,157
Dua lelaki di hutan selama empat hari,

701
00:46:25,240 --> 00:46:28,786
cari sengkenit di badan
satu sama lain setiap malam.

702
00:46:31,622 --> 00:46:34,041
Ia jadi romantik secara tak sengaja.

703
00:46:36,293 --> 00:46:37,878
Tapi persoalannya,

704
00:46:37,961 --> 00:46:42,216
adakah parti itu akan kurang unsur gay
jika lebih ramai lelaki datang?

705
00:46:45,052 --> 00:46:48,680
Entahlah. Matematik pun
takkan dapat selesaikan persamaan itu.

706
00:46:56,188 --> 00:47:02,611
Kami mengembara di pesisir
California Utara yang sangat cantik.

707
00:47:02,694 --> 00:47:08,617
Beberapa kali semasa perjalanan itu,
saya berada di tebing yang menghadap laut,

708
00:47:08,700 --> 00:47:10,327
terpesona oleh keindahannya

709
00:47:10,410 --> 00:47:14,790
dan saya kata kepada kawan saya,
"Terima kasih kerana rancang semua ini.

710
00:47:14,873 --> 00:47:17,084
Ini pengalaman sekali seumur hidup,

711
00:47:17,167 --> 00:47:19,586
sebab saya takkan buat lagi."

712
00:47:21,421 --> 00:47:25,425
Dia kata, "Saya bersyukur awak ada,
kalau tak, saya datang seorang."

713
00:47:26,051 --> 00:47:28,220
Kami berdua berdiri saja di situ

714
00:47:28,303 --> 00:47:31,932
untuk cuba menikmati keindahan alam.

715
00:47:32,558 --> 00:47:36,186
Kemudian saya terfikir,
"Aku rasa nak bunuh dia sekarang.

716
00:47:39,147 --> 00:47:40,607
Aku tak nak.

717
00:47:41,233 --> 00:47:45,612
Tapi kalau aku nak buat,
inilah masa yang terbaik."

718
00:47:47,614 --> 00:47:51,577
Saya tak nak sakiti sesiapa,
tapi saya suka peluang.

719
00:47:55,998 --> 00:47:58,709
Alam semula jadi buat kita rasa tenang

720
00:47:58,792 --> 00:48:00,752
dan bersatu dengan alam semesta.

721
00:48:00,836 --> 00:48:03,005
Ia buat kita fikir soalan penting,

722
00:48:03,088 --> 00:48:06,174
seperti, "Adakah aku pembunuh?"

723
00:48:13,098 --> 00:48:15,559
Empat hari di hutan sudah cukup

724
00:48:15,642 --> 00:48:19,688
untuk mengubah perspektif
dan pandangan saya.

725
00:48:19,771 --> 00:48:26,069
Apabila saya kembali ke kehidupan biasa,
saya rasa bersyukur sangat.

726
00:48:26,153 --> 00:48:28,155
Benda-benda asas.

727
00:48:28,238 --> 00:48:29,948
Tong sampah.

728
00:48:30,824 --> 00:48:32,951
Selepas empat hari hidup tanpanya,

729
00:48:33,035 --> 00:48:35,913
kemudian kita akan sedar
yang ia bekas ajaib.

730
00:48:36,705 --> 00:48:39,708
Selepas kita masukkan
apa-apa saja ke dalamnya,

731
00:48:39,791 --> 00:48:42,711
ia bukan lagi tanggungjawab kita.

732
00:48:43,378 --> 00:48:46,173
Tapi ia jadi masalah masyarakat.

733
00:48:46,757 --> 00:48:48,508
Kita tak perlu risau lagi.

734
00:48:48,592 --> 00:48:50,886
Cucu anda akan selesaikannya.

735
00:48:54,681 --> 00:48:59,061
Saya rasa macam budak kecil.
Saya tak sabar nak berak di tandas.

736
00:49:00,687 --> 00:49:03,565
Tandas memang hebat.

737
00:49:03,649 --> 00:49:07,444
Selama empat hari, kami kena gali lubang.

738
00:49:08,528 --> 00:49:10,113
Ini sedikit nasihat.

739
00:49:10,197 --> 00:49:12,282
Jika anda pergi mengembara,

740
00:49:12,866 --> 00:49:16,078
gali lubang pada malam sebelumnya.

741
00:49:18,747 --> 00:49:20,290
Cuba fikir jauh sikit.

742
00:49:21,083 --> 00:49:25,128
Buat selepas makan malam,
selepas anda selesai makan.

743
00:49:27,798 --> 00:49:31,802
Anda tentu tak nak korek lubang
pada saat-saat genting.

744
00:49:33,512 --> 00:49:38,392
Terutamanya semasa anda
dalam keadaan tertekan.

745
00:49:40,978 --> 00:49:43,021
Akibatnya pasti teruk.

746
00:49:43,647 --> 00:49:46,817
Saya bangun pada hari kedua
kerana ada kecemasan.

747
00:49:47,317 --> 00:49:50,862
Saya nak berak. Saya ambil penyodok,
dan lari ke luar macam orang gila.

748
00:49:50,946 --> 00:49:52,030
Saya salah arah.

749
00:49:52,114 --> 00:49:55,951
Saya sampai di kawasan tanah keras.

750
00:49:57,285 --> 00:49:59,746
Saya tak dapat gali tanah.

751
00:50:00,956 --> 00:50:02,082
Saya dah terdesak.

752
00:50:02,165 --> 00:50:06,712
Saya fikir, "Saya mungkin perlu buang air
dan tanam najis kemudian."

753
00:50:07,713 --> 00:50:08,755
Macam logik juga.

754
00:50:08,839 --> 00:50:12,259
Sekarang, kita dapat tahu saiz najis itu.

755
00:50:13,468 --> 00:50:15,887
Jika kita gali awal, kita kena agak saja.

756
00:50:15,971 --> 00:50:20,225
Kita kena fikir, "Adakah mata kita
lebih besar daripada punggung?"

757
00:50:26,106 --> 00:50:28,358
Lubang pertama saya,

758
00:50:28,442 --> 00:50:30,360
tak cukup besar.

759
00:50:32,654 --> 00:50:34,448
Saya kena tanam.

760
00:50:34,531 --> 00:50:36,366
Akhirnya, ia jadi macam busut.

761
00:50:38,452 --> 00:50:42,164
Orang kata "jangan tinggalkan kesan".
Saya ubah topografi.

762
00:50:43,582 --> 00:50:46,334
Mereka kena kemas kini
peta permukaan bumi.

763
00:50:54,176 --> 00:50:57,846
Pengembaraan itu amat istimewa.
Kami lihat banyak hidupan liar.

764
00:50:57,929 --> 00:51:02,893
Salah satu benda paling menakjubkan
ialah beruang hitam dewasa.

765
00:51:03,602 --> 00:51:04,895
Semasa kami melihatnya,

766
00:51:04,978 --> 00:51:08,356
ia sedang melompat
di cerun yang sangat curam.

767
00:51:08,440 --> 00:51:11,943
Apabila saya lihat kekuatan
dengan kelajuan itu,

768
00:51:12,527 --> 00:51:14,029
saya rasa kecewa.

769
00:51:14,529 --> 00:51:15,739
Sebab saya ada idea.

770
00:51:15,822 --> 00:51:18,825
Saya fikir, kalau saya perlu
lari lebih laju daripada beruang,

771
00:51:18,909 --> 00:51:21,745
saya akan pura-pura ke kiri,
tapi pergi ke kanan.

772
00:51:23,789 --> 00:51:26,124
Tapi saya nampak
beruang mendaki dengan laju

773
00:51:26,208 --> 00:51:27,918
dan rasa idea itu tak logik.

774
00:51:29,419 --> 00:51:32,672
Jika saya pura-pura ke kiri,
saya tentu akan mati.

775
00:51:34,591 --> 00:51:36,635
Jika saya diserang beruang,

776
00:51:36,718 --> 00:51:39,554
saya perlu terima hakikat.

777
00:51:40,263 --> 00:51:44,101
Kita perlu reda dengan perkara
yang tak boleh diubah.

778
00:51:44,184 --> 00:51:46,061
Tarik nafas, hembus.

779
00:51:46,144 --> 00:51:50,148
"Apa yang berlaku sekarang?
Wah, aku sedap betul.

780
00:51:51,149 --> 00:51:55,112
Aku diserang. Aku terlalu sedap
untuk dibaham di hutan.

781
00:51:56,321 --> 00:51:58,490
Kau nampaknya sukar nak makan paha.

782
00:51:58,573 --> 00:52:01,827
Ya, paha aku liat
sebab aku banyak mendaki.

783
00:52:02,744 --> 00:52:05,497
Maaf. Kau sepatutnya
baham aku minggu lepas.

784
00:52:05,580 --> 00:52:07,541
Masa itu, daging aku lembut."

785
00:52:12,003 --> 00:52:14,714
Pada hari pertama,
kami mendaki sejauh 13 km,

786
00:52:16,007 --> 00:52:18,218
dan masuk jauh ke kawasan beruang.

787
00:52:18,301 --> 00:52:19,928
Tiada lagi liputan isyarat telefon.

788
00:52:20,011 --> 00:52:23,306
Waktu malamnya gelap
sampai kami tak nampak apa-apa.

789
00:52:23,390 --> 00:52:26,268
Kami terpaksa merangkak masuk khemah,

790
00:52:27,185 --> 00:52:30,981
saya zip khemah. Saya kata, "Zip.

791
00:52:34,234 --> 00:52:36,736
Rasanya kita dah selamat.

792
00:52:40,490 --> 00:52:44,119
Boleh tak kita berdua tidur
selama lapan jam?

793
00:52:47,372 --> 00:52:49,082
Sebab kita dah dalam khemah.

794
00:52:50,417 --> 00:52:54,713
Ini bahagian dalam.
Saya dah zip sampai ke atas.

795
00:52:55,297 --> 00:52:58,758
Khemah ini dah jadi seperti perisai.

796
00:53:00,802 --> 00:53:04,055
Jika kita tak nampak mereka,
mereka takkan tahu kita di sini.

797
00:53:06,099 --> 00:53:08,310
Baiklah, beruang, pergi tidur.

798
00:53:08,393 --> 00:53:11,396
Kamu dah dengar bunyi zip. Selamat malam."

799
00:53:15,192 --> 00:53:16,610
Saya rasa terancam

800
00:53:16,693 --> 00:53:19,946
sebab beg tidur saya berada
di sebelah pintu.

801
00:53:20,447 --> 00:53:21,448
Tapi saya fikir,

802
00:53:21,531 --> 00:53:25,327
"Beruang itu mungkin takkan guna
pintu masuk yang betul.

803
00:53:26,995 --> 00:53:29,956
Ia tentu akan terjah masuk.

804
00:53:31,791 --> 00:53:36,171
Tentu seram kalau beruang buka guna zip.

805
00:53:50,810 --> 00:53:51,853
Ia tentu menakutkan.

806
00:53:51,937 --> 00:53:54,898
Setiap kali saya buat begitu,
bulu saya meremang.

807
00:53:57,275 --> 00:53:58,485
Kita…

808
00:54:01,821 --> 00:54:04,366
Terima kasih. Masa tinggal sikit lagi,

809
00:54:04,449 --> 00:54:07,911
tapi saya nak ucap terima kasih
kepada anda kerana berada di sini.

810
00:54:07,994 --> 00:54:09,788
Terima kasih kerana datang.

811
00:54:19,714 --> 00:54:20,882
Saya…

812
00:54:22,092 --> 00:54:25,095
Terima kasih kerana datang.
Ucapan ini ikhlas.

813
00:54:25,178 --> 00:54:27,555
Saya dah buat komediri selama 23 tahun

814
00:54:27,639 --> 00:54:31,893
dan ini jerayawara besar-besaran
pertama saya yang tiketnya habis dijual.

815
00:54:33,812 --> 00:54:35,480
Tak sangka betul.

816
00:54:37,607 --> 00:54:39,025
Ini impian saya.

817
00:54:39,109 --> 00:54:40,485
Tapi terus terang,

818
00:54:40,568 --> 00:54:43,780
sejak awal lagi,
saya cuma nak tingkatkan kemahiran.

819
00:54:43,863 --> 00:54:47,951
Saya nak jadi lebih baik
supaya dapat jumpa orang yang sehaluan.

820
00:54:48,034 --> 00:54:50,328
Tapi saya tak pernah terfikir ertinya.

821
00:54:50,412 --> 00:54:54,708
Sebab sekarang baru saya sedar
yang setiap pelawak tarik peminat berbeza

822
00:54:54,791 --> 00:54:55,959
ke persembahannya.

823
00:54:56,042 --> 00:54:59,963
Saya belajar tentang anda semua,
sebab setiap kali saya berbual

824
00:55:00,046 --> 00:55:02,799
dengan pekerja di pertunjukan begini,

825
00:55:02,882 --> 00:55:05,552
mereka selalu kata
mereka suka penonton saya

826
00:55:05,635 --> 00:55:09,806
sebab anda semua suka berseronok
tapi secara berpada-pada.

827
00:55:10,890 --> 00:55:13,560
Jarang ada penonton saya
yang dihalau keluar.

828
00:55:13,643 --> 00:55:16,313
Di Philadelphia pun, ia agak aman.

829
00:55:18,523 --> 00:55:19,816
Tenang-tenang saja.

830
00:55:22,027 --> 00:55:23,361
Sebab anda semua baik.

831
00:55:23,445 --> 00:55:25,822
Anda hormat diri sendiri dan orang lain,

832
00:55:25,905 --> 00:55:28,366
dan anda nak balik tidur awal.

833
00:55:30,118 --> 00:55:31,202
Saya faham.

834
00:55:31,286 --> 00:55:33,747
Malah, saya bangga dengan anda semua.

835
00:55:35,123 --> 00:55:40,128
Saya tahu anda ada rutin sebelum tidur
yang anda tak sabar nak buat.

836
00:55:41,087 --> 00:55:44,174
Ia banyak. Anda kena buat teh kamomil.

837
00:55:44,257 --> 00:55:47,594
Mandi air panas,
buat rutin penjagaan kulit.

838
00:55:47,677 --> 00:55:50,513
Urut saliran limfa.

839
00:55:50,597 --> 00:55:54,642
Bermeditasi, baca buku
yang dah 13 bulan anda cuba habiskan.

840
00:55:54,726 --> 00:55:56,311
Banyak rutinnya.

841
00:55:58,480 --> 00:56:01,191
Jadi, saya bersyukur
anda semua peminat saya

842
00:56:01,274 --> 00:56:03,651
kerana anda bawa
suasana penuh kasih sayang.

843
00:56:03,735 --> 00:56:06,988
Saya nak balas sokongan
dan kebaikan hati anda

844
00:56:07,072 --> 00:56:09,783
dengan sedikit ketelusan.

845
00:56:11,242 --> 00:56:14,788
Saya ada satu rahsia,
jadi saya nak berterus terang.

846
00:56:14,871 --> 00:56:16,498
Saya ada gigi palsu.

847
00:56:19,042 --> 00:56:21,002
Di bahagian tengah dan depan.

848
00:56:21,086 --> 00:56:25,090
Jadi, anda dah ditipu selama 56 minit.

849
00:56:27,258 --> 00:56:30,261
Semuanya asli kecuali gigi palsu ini.

850
00:56:30,345 --> 00:56:33,056
Jika anda doktor gigi,
ia gigi nombor lapan.

851
00:56:34,891 --> 00:56:38,395
Gigi itu patah beberapa tahun lepas.
Saya berbeza waktu itu.

852
00:56:38,478 --> 00:56:41,272
Saya tinggal di New York
dan banyak buat silap.

853
00:56:41,356 --> 00:56:44,776
Itu sebelum saya guna
berus gigi ungu saya.

854
00:56:48,113 --> 00:56:51,074
Pengalamannya pahit.
Set gigi pertama untuk suka-suka.

855
00:56:51,157 --> 00:56:53,660
Set gigi kedua, itu gigi betul.

856
00:56:54,494 --> 00:56:56,454
Ia takkan tumbuh semula.

857
00:56:56,538 --> 00:56:59,040
Saya sangat malu dan terdesak.

858
00:56:59,124 --> 00:57:04,629
Semasa jumpa doktor gigi, saya kata,
"Tolong betulkan kesilapan saya."

859
00:57:05,755 --> 00:57:06,923
Dia tenangkan saya.

860
00:57:07,006 --> 00:57:09,801
Dia kata, "Tak apa.
Kita akan salut gigi itu."

861
00:57:09,884 --> 00:57:13,346
Saya tak tahu maknanya dan kata,
"Buatlah apa yang perlu."

862
00:57:13,430 --> 00:57:16,266
Selepas mereka salut gigi yang patah itu,

863
00:57:16,349 --> 00:57:20,395
mula-mula, mereka kikis baki gigi itu

864
00:57:20,478 --> 00:57:24,023
hingga jadi tunggul kecil yang berdarah.

865
00:57:25,775 --> 00:57:30,572
Kebanyakan doktor gigi tak nak anda lihat,
fikir atau tahu tentang benda itu.

866
00:57:31,156 --> 00:57:34,617
Doktor gigi saya tunjukkan hasil kerjanya.

867
00:57:36,327 --> 00:57:41,166
Semasa proses itu,
dia letak cermin di depan muka saya.

868
00:57:41,666 --> 00:57:44,711
Saya tak tahu apa yang berlaku.
Saya ingat dah siap.

869
00:57:46,337 --> 00:57:49,716
Saya ingat ia macam tukang gunting
yang tunjuk belakang kepala.

870
00:57:50,842 --> 00:57:52,844
Saya dah sedia nak bagi tip.

871
00:57:56,848 --> 00:57:59,142
Saya tengok sekali imbas.

872
00:58:00,393 --> 00:58:02,187
Ngerinya.

873
00:58:04,522 --> 00:58:08,693
Saya tak beri reaksi
sebab tak nak beri ia kuasa.

874
00:58:10,153 --> 00:58:12,363
Saya buat muka selamba.

875
00:58:13,198 --> 00:58:16,201
Saya alihkan muka dan kata,
"Jangan tunjuk lagi kepada saya."

876
00:58:17,869 --> 00:58:21,247
Saya kata, "Entah kenapa
saya rasa saya perlu kata begini,

877
00:58:21,331 --> 00:58:25,168
tapi saya datang ke sini
untuk tambah gigi.

878
00:58:26,294 --> 00:58:30,131
Saya nak gigi saya makin besar.

879
00:58:30,215 --> 00:58:33,092
Tapi doktor buat sebaliknya!"

880
00:58:37,889 --> 00:58:41,684
Apa yang saya nampak
menghantui saya hingga hari ini.

881
00:58:42,977 --> 00:58:47,273
Di cermin, saya nampak gigi ini,
tapi saya tahu kebenarannya.

882
00:58:48,691 --> 00:58:52,403
Jadi, saya nekad
untuk melindungi gigi palsu itu.

883
00:58:52,487 --> 00:58:56,574
Saya tak guna gigi itu
untuk menggigit atau mengoyak.

884
00:58:56,658 --> 00:58:58,535
Ia hiasan semata-mata.

885
00:58:59,410 --> 00:59:03,915
Kerana jika penyalut itu tercabut,
ada lembaga kecil di dalamnya.

886
00:59:05,291 --> 00:59:06,668
Yang sedia menunggu.

887
00:59:08,086 --> 00:59:10,880
Ia sentiasa bersama saya.

888
00:59:15,343 --> 00:59:17,679
Jika lihat dari dekat, anda akan nampak

889
00:59:17,762 --> 00:59:21,891
yang gigi ini lebih besar
dan lebih putih daripada gigi lain.

890
00:59:22,392 --> 00:59:25,562
Sebab semasa proses itu,
kita boleh pilih warna.

891
00:59:25,645 --> 00:59:27,397
Kita pilih ton warna.

892
00:59:28,273 --> 00:59:32,193
Antara putih susu
dan putih yang lebih kesusuan.

893
00:59:32,819 --> 00:59:38,324
Kita boleh pilih warna cerah atau gelap,
bergantung pada hala tuju hidup kita.

894
00:59:40,159 --> 00:59:44,747
Kita masih ada cita-cita
atau dah nak bersara sekarang?

895
00:59:46,332 --> 00:59:47,292
Kita pilihlah.

896
00:59:47,375 --> 00:59:50,962
Tapi jika kita nak buat,
kita kena jujur dengan diri sendiri.

897
00:59:51,045 --> 00:59:54,674
Gigi lain boleh jadi seputih mana?

898
00:59:55,675 --> 01:00:00,930
Berapa tahun lagi anda sanggup
ada satu gigi yang tersangat putih?

899
01:00:02,015 --> 01:00:04,183
Saya Sheng Wang. Terima kasih, DC.

900
01:00:06,311 --> 01:00:09,772
Terima kasih. Jaga diri baik-baik.

901
01:00:10,481 --> 01:00:12,775
Sayangilah dan sokong satu sama lain.

902
01:00:14,235 --> 01:00:15,737
Kita jumpa lagi.

903
01:00:44,557 --> 01:00:46,225
Terjemahan sari kata oleh NN

904
01:00:46,309 --> 01:00:47,477
UNTUK ANAK-ANAK BUAH SAYA

905
01:00:47,560 --> 01:00:49,896
TERIMA KASIH KEPADA LELUHUR,
DATUK, NENEK, IBU BAPA,

906
01:00:49,979 --> 01:00:52,231
MAK CIK, PAK CIK, SEPUPU, ADIK-BERADIK



