1
00:00:02,000 --> 00:00:07,000
Downloaded from
YTS.BZ

2
00:00:06,360 --> 00:00:09,720
PADA 13 JANUARI 2012,
KAPAL COSTA CONCORDIA MELANGGAR BATU

3
00:00:08,000 --> 00:00:13,000
Official YIFY movies site:
YTS.BZ

4
00:00:09,800 --> 00:00:12,720
DAN KARAM BERSAMA
LEBIH 4,000 ORANG DI ATAS KAPAL.

5
00:00:13,240 --> 00:00:15,440
FILEM INI MENGANDUNGI RAKAMAN ARKIB,

6
00:00:15,520 --> 00:00:19,600
TERJEMAHAN SUARA PENGUMUMAN PENUMPANG
DAN RAKAMAN KOTAK HITAM.

7
00:00:26,840 --> 00:00:28,640
Tapi ada air masuk?

8
00:00:28,720 --> 00:00:31,720
Mestilah masuk.
Saya sedang turun sekarang.

9
00:00:32,240 --> 00:00:35,520
Kami tak pernah bercuti sejak ada anak.

10
00:00:36,720 --> 00:00:39,320
Saya beritahu John, ini masa yang sesuai

11
00:00:39,400 --> 00:00:43,160
untuk kami pergi bercuti
setelah begitu lama membincangkannya.

12
00:00:44,680 --> 00:00:47,280
Ia amat penting bagi kami.

13
00:00:56,000 --> 00:01:00,560
Pada Jumaat malam 13 hari bulan,
sudah empat bulan saya menjadi penari.

14
00:01:01,960 --> 00:01:04,840
Saya tak tahu sesuatu akan berlaku.

15
00:01:08,640 --> 00:01:12,760
Mula-mula, kami luangkan masa
dan meraikan dengan keluarga.

16
00:01:18,520 --> 00:01:22,160
Tiba-tiba, kami kaku di situ,

17
00:01:23,240 --> 00:01:24,120
tak berdaya.

18
00:01:33,840 --> 00:01:39,040
Rasa macam bumi terbelah dua.

19
00:01:40,640 --> 00:01:44,120
Orang berpaut pada dinding
dan berpaut sesama sendiri.

20
00:01:44,760 --> 00:01:49,080
Macam babak dalam filem Titanic. Serupa.

21
00:01:50,360 --> 00:01:54,360
Kisah ketakutan dan panik
dari kapal persiaran Costa Concordia.

22
00:01:54,880 --> 00:01:59,080
Kita pasti terfikir setiap kali
menaiki pesawat atau kapal persiaran.

23
00:01:59,160 --> 00:02:01,240
Apa yang terjadi jika ada masalah?

24
00:02:01,320 --> 00:02:02,480
Ia sudah terjadi.

25
00:02:04,880 --> 00:02:09,240
Setiap kali kami pejam mata,
kami nampak imbasan dari malam itu.

26
00:02:11,120 --> 00:02:14,240
Saya dibawa kembali
ke saat paling menakutkan

27
00:02:14,320 --> 00:02:16,600
yang saya alami dengan keluarga saya.

28
00:02:19,680 --> 00:02:21,600
Ya Tuhan, apa aku buat?

29
00:02:32,080 --> 00:02:33,240
JANUARI 2012

30
00:02:33,320 --> 00:02:36,000
Kami pernah ke Eropah, tapi bukan bersama.

31
00:02:36,080 --> 00:02:39,840
Ini percutian kami
yang paling lama dan paling jauh.

32
00:02:39,920 --> 00:02:43,560
Anak kami, Lila, berusia 14 bulan.

33
00:02:43,640 --> 00:02:48,640
Jadi, kami rasa itu peluang baik
untuk kami bercuti panjang bersama.

34
00:02:48,720 --> 00:02:53,680
Bagasi kami penuh dengan mainan,
lampin, tisu basah dan semuanya.

35
00:02:53,760 --> 00:02:55,560
Banyak barang kami bawa.

36
00:02:56,280 --> 00:03:01,400
Kami akan melawat
Paris, Switzerland, Venice, Barcelona.

37
00:03:01,480 --> 00:03:04,000
Akhirnya, kami akan naiki kapal persiaran.

38
00:03:04,840 --> 00:03:08,160
Ya, itu sebab utama
kami pilih percutian ini.

39
00:03:08,240 --> 00:03:10,720
Kami ambil banyak gambar dan video.

40
00:03:10,800 --> 00:03:13,040
Cipta banyak kenangan indah.

41
00:03:15,040 --> 00:03:17,080
Dari dulu saya mahu melawat Itali.

42
00:03:19,120 --> 00:03:21,800
Itu tempat pertama dalam senarai saya,

43
00:03:22,840 --> 00:03:26,120
tapi saya tak tahu
saya akan menaiki kapal persiaran.

44
00:03:26,680 --> 00:03:28,800
Saya belum beritahu dia.

45
00:03:28,880 --> 00:03:33,400
Saya beritahu tentang Itali saja,
tapi kapal persiaran itu kejutan istimewa.

46
00:03:35,560 --> 00:03:39,920
Kami dah bercinta
selama tiga tahun pada masa itu.

47
00:03:40,000 --> 00:03:44,160
Saya rancang untuk melamar dia
semasa percutian itu.

48
00:03:44,240 --> 00:03:46,160
Jika mahu melamar seseorang,

49
00:03:46,240 --> 00:03:48,920
kita akan pilih tempat paling romantik

50
00:03:49,000 --> 00:03:52,600
dan dalam percutian ini,
ada banyak tempat untuk dipilih.

51
00:03:53,920 --> 00:03:56,200
Ketika inilah gambaran menjadi nyata.

52
00:03:59,040 --> 00:04:02,120
Dia takkan menolak lamaran
jika tempatnya sempurna.

53
00:04:02,200 --> 00:04:04,680
Saya pasti semua orang fikir begitu.

54
00:04:06,640 --> 00:04:08,000
Apabila saya tiba,

55
00:04:08,080 --> 00:04:13,440
saya terkejut melihat
betapa besarnya kapal tersebut.

56
00:04:15,440 --> 00:04:17,480
Saya berusia 17 tahun ketika itu.

57
00:04:17,560 --> 00:04:23,000
Mak saya mahu sambut
hari jadinya yang ke-50.

58
00:04:25,680 --> 00:04:28,880
Dia tempah untuk saya,
teman lelaki saya pada waktu itu

59
00:04:28,960 --> 00:04:32,040
dan kawan karibnya dari kecil, Luisa.

60
00:04:33,680 --> 00:04:37,560
Sejak saya kecil lagi,
kami buat semuanya bersama-sama.

61
00:04:38,360 --> 00:04:40,400
Saya berusia tujuh tahun

62
00:04:40,480 --> 00:04:43,320
apabila mak saya disahkan
menghidap kanser.

63
00:04:44,920 --> 00:04:47,840
Tapi beberapa bulan sebelum kami belayar,

64
00:04:47,920 --> 00:04:50,360
kansernya telah reda.

65
00:04:50,440 --> 00:04:54,960
Ini satu lagi sebab
untuk sama-sama meraikan hari jadinya.

66
00:04:58,080 --> 00:05:01,920
Perkara pertama yang kami buat
ialah kami meneroka kapal.

67
00:05:05,000 --> 00:05:08,920
Saya tahu itu kapal terbesar
yang pernah saya lihat.

68
00:05:09,000 --> 00:05:12,600
Saya masih ingat
kali pertama saya menaiki kapal itu

69
00:05:12,680 --> 00:05:16,480
dan terpegun
melihat kemewahan di dalamnya.

70
00:05:18,320 --> 00:05:22,000
Nampak sangat gah. Candelier merata-rata.

71
00:05:22,520 --> 00:05:25,920
Semuanya diperbuat
daripada emas, kaca atau marmar.

72
00:05:26,000 --> 00:05:27,760
Gaya Itali lama.

73
00:05:27,840 --> 00:05:31,040
Semuanya bersinar dan sempurna.

74
00:05:32,960 --> 00:05:35,880
Saya tak tahu
bilik mana yang saya akan dapat.

75
00:05:36,840 --> 00:05:40,800
Waktu dulu, percutian itu agak mahal
dan saya cuma pelajar.

76
00:05:41,440 --> 00:05:45,320
Tapi dia pastikan
kami dapat bilik yang terbaik.

77
00:05:49,800 --> 00:05:53,680
Saya gembira kerana kami ada balkoni
dan pemandangan yang indah.

78
00:05:53,760 --> 00:05:58,040
Kami berjalan di balkoni dan Nick tunjuk,

79
00:05:58,120 --> 00:05:59,400
"Hei, tengok.

80
00:05:59,480 --> 00:06:04,040
Ada bot keselamatan
satu atau dua tingkat di bawah kita."

81
00:06:04,120 --> 00:06:05,080
Bot keselamatan.

82
00:06:06,080 --> 00:06:08,400
Saya fikir, "Saya nak ambil gambar."

83
00:06:12,200 --> 00:06:14,680
Saya tak pernah menaiki kapal persiaran

84
00:06:14,760 --> 00:06:19,320
dan saya terfikir,
"Kalau bencana macam Titanic berlaku…"

85
00:06:19,400 --> 00:06:21,760
Saya kata, "Takkan jadi macam Titanic.

86
00:06:21,840 --> 00:06:24,800
Saya pernah sertai pelayaran.
Awak mesti suka."

87
00:06:25,320 --> 00:06:30,080
JUMAAT, 13 JANUARI

88
00:06:30,160 --> 00:06:33,000
Anak-anak, jangan pergi sana!

89
00:06:33,080 --> 00:06:37,160
KRU: Penumpang kapal, 3208-3208.

90
00:06:37,680 --> 00:06:40,720
Kru, 1023-1023.

91
00:06:42,280 --> 00:06:46,880
Apabila mula-mula menaiki kapal,
ia sangat menakjubkan.

92
00:06:46,960 --> 00:06:50,680
Ada orang datang dan tanya
apa kami mahu buat sepanjang minggu.

93
00:06:50,760 --> 00:06:53,760
Kami pilih hari spa
dan ia sangat menyeronokkan.

94
00:06:53,840 --> 00:06:55,280
Ia berlaku dengan cepat.

95
00:06:55,360 --> 00:06:57,520
Kami masuk bilik dan berjalan-jalan.

96
00:06:58,040 --> 00:07:01,080
Semasa kami berjalan,
saya ambil gambar semua benda.

97
00:07:04,280 --> 00:07:06,640
Salah satu kelebihan dalam pelayaran

98
00:07:06,720 --> 00:07:10,560
ialah ia menyediakan segalanya
kepada penumpang.

99
00:07:10,640 --> 00:07:13,160
Jadi, bagi saya yang baru jadi ibu,

100
00:07:13,240 --> 00:07:15,160
ia sangat memudahkan.

101
00:07:15,240 --> 00:07:18,000
Ada banyak restoran
dengan pelbagai sajian.

102
00:07:18,080 --> 00:07:20,800
Ada teater, pertunjukan dan kasino.

103
00:07:20,880 --> 00:07:23,320
Kesukarannya adalah untuk merancang masa

104
00:07:23,400 --> 00:07:25,320
kerana pilihan terlalu banyak.

105
00:07:25,400 --> 00:07:29,640
Saya ingat ada bar aiskrim
dam kami boleh buat sundae sendiri

106
00:07:29,720 --> 00:07:31,560
dan ia dibuka 24 jam sehari.

107
00:07:31,640 --> 00:07:33,760
Makanlah aiskrim bila-bila masa.

108
00:07:36,600 --> 00:07:40,960
Ketika itu, The Walking Dead
sedang popular dan kami selalu main.

109
00:07:41,040 --> 00:07:43,240
Jika zombi menyerang, mana awak pergi

110
00:07:43,320 --> 00:07:46,680
dan senjata apa awak guna
untuk lawan atau keluar?

111
00:07:46,760 --> 00:07:49,360
Awak nak ke mana?
Keluar ikut sana atau sana?

112
00:07:49,440 --> 00:07:53,200
Jika zombi itu perlahan,
di mana senjata yang boleh digunakan?

113
00:07:53,280 --> 00:07:56,760
Apabila dia ajak main begini,
mula-mula saya kata,

114
00:07:56,840 --> 00:07:59,440
"Entahlah. Saya tak perasan."

115
00:07:59,520 --> 00:08:01,160
Dia kata, "Salah!"

116
00:08:01,240 --> 00:08:04,040
Betul. "Itulah kesilapan awak."

117
00:08:04,120 --> 00:08:09,680
Kemudian saya mula beri perhatian
kepada keadaan sekeliling.

118
00:08:11,920 --> 00:08:13,600
Petang itu sangat indah.

119
00:08:13,680 --> 00:08:16,360
Cuaca cerah.
Agak sejuk kerana bulan Januari.

120
00:08:16,440 --> 00:08:17,920
PENGURUS HOTEL COSTA CONCORDIA

121
00:08:18,000 --> 00:08:20,120
Ia petang yang tenang seperti biasa.

122
00:08:22,400 --> 00:08:25,400
Saya bekerja dengan Costa selama 43 tahun.

123
00:08:25,920 --> 00:08:27,720
Sentiasa bekerja di kapal.

124
00:08:28,240 --> 00:08:32,000
Krismas, Tahun Baru,
Easter, Sabtu dan Ahad.

125
00:08:33,080 --> 00:08:35,800
Saya lebih selesa di kapal
berbanding di rumah.

126
00:08:39,320 --> 00:08:43,880
Kira-kira 800 orang bekerja bawah saya
di Costa Concordia.

127
00:08:45,480 --> 00:08:48,400
Jadi, pada Jumaat malam, 13 Januari,

128
00:08:48,480 --> 00:08:52,440
saya dah bekerja di kapal
selama empat bulan sebagai penari.

129
00:08:52,520 --> 00:08:55,120
Pada masa itu, itulah kerja impian saya.

130
00:08:55,200 --> 00:08:57,960
Rasanya macam syurga.

131
00:08:58,040 --> 00:09:01,720
Dapat menjelajah dunia.
Saya dalam keadaan terbaik.

132
00:09:01,800 --> 00:09:03,320
Ada ramai kawan baik.

133
00:09:03,840 --> 00:09:04,920
Menakjubkan.

134
00:09:09,760 --> 00:09:13,880
Mewakili pengurusan Costa dan kru,
saya mengalu-alukan kedatangan anda.

135
00:09:13,960 --> 00:09:15,080
KAPTEN COSTA CONCORDIA

136
00:09:16,240 --> 00:09:18,400
Saya pernah jumpa Kapten Schettino.

137
00:09:18,480 --> 00:09:21,600
Kali pertama,
saya jumpa di dalam lif krew.

138
00:09:21,680 --> 00:09:26,280
Saya cuma tahu
dia kapten baru di kapal ini.

139
00:09:26,360 --> 00:09:27,720
Nikmati pelayaran anda.

140
00:09:30,400 --> 00:09:33,320
Pernah sekali, mak saya datang melawat.

141
00:09:33,400 --> 00:09:35,760
Dia berbual dengan mak saya.

142
00:09:35,840 --> 00:09:39,920
Dia cakap dia mahu memancing
dengan kawannya di pulau

143
00:09:40,000 --> 00:09:43,800
tapi jangan beritahu sesiapa
kerana itu sebenarnya dilarang.

144
00:09:43,880 --> 00:09:49,440
Jadi, saya dapat rasa
dia juga pandai memanipulasi sistem.

145
00:09:53,120 --> 00:09:57,000
Kira-kira pukul sembilan malam itu,
kapten telefon saya.

146
00:09:58,640 --> 00:10:04,120
Beberapa hari sebelum itu,
ketua pelayan tanya kepada kapten

147
00:10:04,200 --> 00:10:07,680
jika kapal boleh memberi hormat
berhampiran Pulau Giglio

148
00:10:07,760 --> 00:10:11,440
kerana kakak dan maknya
tinggal di pulau itu.

149
00:10:12,920 --> 00:10:15,400
ANJUNGAN

150
00:10:15,480 --> 00:10:20,480
Dia tanya saya jika saya mahu ikut dia
untuk memberi hormat di anjungan.

151
00:10:22,000 --> 00:10:24,520
Bagi saya, ia agak aneh kerana

152
00:10:25,280 --> 00:10:28,680
waktu malam terlalu gelap,
jadi sukar melihat apa-apa.

153
00:10:28,760 --> 00:10:31,040
Namun begitu, ini arahan kapten,

154
00:10:31,120 --> 00:10:33,560
jadi kami patuh.

155
00:10:34,720 --> 00:10:35,560
KAPTEN: Helo?

156
00:10:35,640 --> 00:10:37,600
KRU ANJUNGAN: Kapten, ini Ciro. Enam batu.

157
00:10:37,680 --> 00:10:40,360
KAPTEN: Enam batu. Okey, baiklah.

158
00:10:40,440 --> 00:10:44,360
KRU ANJUNGAN: Hampir di Pulau Giglio.
Kita akan sampai pada 21:44.

159
00:10:48,920 --> 00:10:55,480
Malam itu, saya dan teman lelaki saya,
Andrea, pergi ke dek kolam.

160
00:10:56,200 --> 00:10:58,000
Apabila saya buka pintu,

161
00:10:58,520 --> 00:11:01,560
saya rasa hembusan angin segar.

162
00:11:04,560 --> 00:11:06,520
Semuanya gelap,

163
00:11:06,600 --> 00:11:10,040
tapi diterangi oleh beberapa lampu.

164
00:11:11,600 --> 00:11:15,240
Cahaya berkilauan terpantul pada air.

165
00:11:16,640 --> 00:11:17,920
Saya sandar ke depan.

166
00:11:18,000 --> 00:11:19,920
Saya melihat laut

167
00:11:20,000 --> 00:11:25,200
dan Andrea memeluk saya dari belakang.

168
00:11:26,240 --> 00:11:29,320
Dia kata, "Rasa macam Titanic."

169
00:11:29,880 --> 00:11:31,920
Pada masa itu, saya…

170
00:11:32,920 --> 00:11:34,160
Sebenarnya, saya…

171
00:11:34,880 --> 00:11:36,760
Saya rasa aneh.

172
00:11:36,840 --> 00:11:39,400
Tapi tak masuk akal, bukan? Jadi, saya…

173
00:11:39,480 --> 00:11:44,200
Saya ketepikan saja fikiran itu.

174
00:11:45,640 --> 00:11:49,520
Kemudian saya terima panggilan
daripada mak saya.

175
00:11:50,160 --> 00:11:52,160
Dia kata, "Kami di restoran.

176
00:11:52,240 --> 00:11:56,240
Mereka mula hidang makan malam,
jadi datanglah sekarang."

177
00:11:58,800 --> 00:12:02,880
Makan malam itu penting
kerana pada tengah malam

178
00:12:02,960 --> 00:12:05,240
hari jadinya akan tiba.

179
00:12:09,280 --> 00:12:11,320
Makan malam itu sangat baik.

180
00:12:11,400 --> 00:12:12,800
Cakap hai kepada ayah.

181
00:12:12,880 --> 00:12:16,840
Tapi selepas makan malam,
Lila mengantuk kerana dia baru satu tahun.

182
00:12:16,920 --> 00:12:19,280
Kami balik ke kabin dan tidurkan dia.

183
00:12:20,840 --> 00:12:23,240
Kami buat rutin tidur kami yang biasa.

184
00:12:23,320 --> 00:12:25,160
Saya pakai baju tidur.

185
00:12:25,240 --> 00:12:29,040
Saya keluar dari bilik mandi,
pakai seluar pendek, naik ke katil.

186
00:12:29,120 --> 00:12:30,920
Saya ingat saya baring

187
00:12:31,520 --> 00:12:34,520
dan saya cakap, "Letihnya."

188
00:12:34,600 --> 00:12:35,800
Hari itu memenatkan.

189
00:12:41,040 --> 00:12:43,080
KAPTEN: Saya ambil alih kawalan.

190
00:12:43,160 --> 00:12:44,440
Berapa kelajuan kita?

191
00:12:45,120 --> 00:12:46,520
KRU ANJUNGAN: 15.3.

192
00:12:47,520 --> 00:12:49,200
KAPTEN: Jadikan 16 knot.

193
00:12:54,320 --> 00:12:58,640
Semasa kami menghampiri pulau,
saya nampak kami terlalu dekat.

194
00:12:58,720 --> 00:13:02,560
Saya beritahu ketua pelayan
yang berdiri di sebelah saya.

195
00:13:02,640 --> 00:13:04,600
Saya kata, "Kita terlalu dekat."

196
00:13:07,360 --> 00:13:10,360
Tiba-tiba, pantai jelas kelihatan.

197
00:13:12,760 --> 00:13:17,320
Pada malam itu, saya dan kawan-kawan
ada waktu rehat setengah jam.

198
00:13:17,840 --> 00:13:21,760
Saya bercinta dengan
salah seorang pelayan bar dari Peru

199
00:13:21,840 --> 00:13:26,720
yang bekerja di Bar Londra
di belakang Dek 5, di belakang kapal.

200
00:13:26,800 --> 00:13:29,640
Saya nak jumpa dia,
jadi saya tanya semua orang,

201
00:13:29,720 --> 00:13:33,280
"Nak pergi minum kapucino di Bar Londra?"

202
00:13:33,360 --> 00:13:35,320
Semua kata, "Ya, jom."

203
00:13:38,120 --> 00:13:39,520
KAPTEN: Tiga lima kosong.

204
00:13:39,600 --> 00:13:41,120
JURUMUDI: Tiga empat kosong.

205
00:13:41,200 --> 00:13:43,560
KAPTEN: Tiga lima kosong. Kanan.

206
00:13:43,640 --> 00:13:44,640
JURUMUDI: Okey.

207
00:13:45,480 --> 00:13:47,400
KAPTEN: Kalau tak, kita langgar batu.

208
00:13:52,200 --> 00:13:56,440
Apabila kapal semakin dekat dengan pulau,

209
00:13:57,200 --> 00:14:01,600
saya agak terkejut
kerana kapal tidak kurangkan kelajuan.

210
00:14:04,960 --> 00:14:07,280
Pada waktu itu, saya mula panik.

211
00:14:11,040 --> 00:14:12,560
KAPTEN: Ke kanan habis.

212
00:14:12,640 --> 00:14:14,240
JURUMUDI: Ke kanan habis.

213
00:14:15,760 --> 00:14:18,080
MANRICO: Dia mahu karamkan kapal?

214
00:14:21,000 --> 00:14:22,440
Biar betul.

215
00:14:24,440 --> 00:14:29,200
Ketua pelayan kata,
"Tak, kapten tahu apa yang dia buat."

216
00:14:29,280 --> 00:14:31,320
Kemudian dia tak habiskan ayat.

217
00:14:46,240 --> 00:14:51,000
Saya dengar bunyi dan rasa gegaran.

218
00:14:51,080 --> 00:14:55,480
Bilik itu mula menyenget
dan ia amat menakutkan.

219
00:14:57,440 --> 00:15:01,960
Tubuh saya terasa kaku
dan saya tahu ada sesuatu yang tak kena.

220
00:15:02,560 --> 00:15:05,040
Kami dengar bunyi nyaring yang kuat,

221
00:15:06,280 --> 00:15:11,320
kemudian bunyi itu berubah
daripada nyaring kepada bunyi geseran,

222
00:15:12,680 --> 00:15:14,680
dan bunyi itu sangat menakutkan.

223
00:15:19,960 --> 00:15:22,640
Bayangkan seribu pinggan pecah serentak.

224
00:15:23,200 --> 00:15:24,640
CEF COSTA CONCORDIA

225
00:15:24,720 --> 00:15:27,040
Saya sangat takut kerana bunyinya kuat.

226
00:15:30,520 --> 00:15:35,280
Air mendidih dari periuk mula tumpah.

227
00:15:37,680 --> 00:15:40,280
Saya salah seorang daripada 180 cef.

228
00:15:40,960 --> 00:15:42,360
Kami terpinga-pinga.

229
00:15:42,440 --> 00:15:45,760
Saya ingat laut bergelora,
dan takkan jadi apa-apa.

230
00:15:45,840 --> 00:15:47,680
Tapi selepas beberapa saat,

231
00:15:48,720 --> 00:15:51,400
tidak, ada sesuatu yang tak kena.

232
00:15:53,600 --> 00:15:55,240
KRU ANJUNGAN: Apa dia buat?

233
00:15:57,240 --> 00:15:59,880
KAPTEN: Tutup pintu kedap air di belakang.

234
00:15:59,960 --> 00:16:02,920
KRU ANJUNGAN:
Tutup pintu kedap air di belakang.

235
00:16:04,600 --> 00:16:07,200
KAPTEN: Ya Tuhan, apa aku buat?

236
00:16:12,320 --> 00:16:18,040
Saya pusing dan nampak kapal
sudah pun berlanggar batu di sebelah kiri.

237
00:16:19,120 --> 00:16:24,000
Kami boleh nampak
air memasuki badan kapal.

238
00:16:25,240 --> 00:16:27,400
KAPTEN: Tapi kita langgar di mana?

239
00:16:28,000 --> 00:16:30,240
MANRICO: Batu. Di atas air.

240
00:16:31,280 --> 00:16:32,680
KAPTEN: Tengah kapal.

241
00:16:32,760 --> 00:16:34,280
KRU ANJUNGAN: Tengah kapal.

242
00:16:35,440 --> 00:16:39,720
Kami semua terkejut
dan tak mampu bergerak.

243
00:16:41,920 --> 00:16:43,040
Bertenang.

244
00:16:43,560 --> 00:16:45,040
Lebih baik duduk.

245
00:16:45,120 --> 00:16:46,080
- Duduk?
- Duduk?

246
00:16:46,160 --> 00:16:47,200
Ya.

247
00:16:50,880 --> 00:16:53,160
Semua orang cemas.

248
00:16:53,880 --> 00:16:57,480
Saya pandang mak saya
yang berada di depan saya.

249
00:16:57,560 --> 00:17:03,560
Dia pandang saya dan kata,
"Tak apa. Semuanya okey."

250
00:17:05,320 --> 00:17:07,360
Dia cuba buat apa saja

251
00:17:07,440 --> 00:17:11,240
untuk menenangkan saya
bahawa tiada perkara buruk berlaku,

252
00:17:11,320 --> 00:17:14,000
tapi saya tahu.

253
00:17:18,560 --> 00:17:22,160
Kami hanya berdiri di situ,
memikirkan apa yang perlu dibuat.

254
00:17:23,600 --> 00:17:27,480
Semua perasaan saya terus hilang.

255
00:17:27,560 --> 00:17:30,080
Saya pandang Nicholas dan dia kata,

256
00:17:30,840 --> 00:17:34,240
"Kita perlu keluar dari sini
sekarang juga."

257
00:17:36,360 --> 00:17:39,080
Dia tanya, "Awak dengar? Awak rasa tak?"

258
00:17:39,600 --> 00:17:40,880
Saya rasa panik,

259
00:17:41,920 --> 00:17:45,800
jadi tubuh saya bertindak balas
untuk menghadapi krisis.

260
00:17:46,920 --> 00:17:49,720
Saya dikatakan tidak mempunyai perasaan,

261
00:17:50,280 --> 00:17:53,000
tapi ketika itu,
saya cuma mahu selamatkan diri

262
00:17:53,080 --> 00:17:55,720
dan cuba membawa keluarga saya keluar.

263
00:17:57,960 --> 00:18:01,280
Saya jerit kepada Meghan,
"Ambil Lila. Kita kena pergi."

264
00:18:03,600 --> 00:18:05,680
Melihat reaksinya seperti itu,

265
00:18:05,760 --> 00:18:08,080
saya terus rasa takut.

266
00:18:08,160 --> 00:18:12,120
Saya ambil Lila dari katilnya
ketika dia sedang tidur nyenyak.

267
00:18:12,200 --> 00:18:14,440
Saya tak sempat ambil putingnya.

268
00:18:15,040 --> 00:18:17,880
Dia terus menangis.

269
00:18:19,440 --> 00:18:22,120
Saya pakai seluar jean saja.

270
00:18:22,200 --> 00:18:25,920
Saya tak pakai baju. Meghan dukung Lila.

271
00:18:26,000 --> 00:18:28,480
Kami berlari keluar.

272
00:18:31,680 --> 00:18:34,320
Sebaik sahaja perlanggaran berlaku,

273
00:18:34,400 --> 00:18:37,720
saya terus tergerak
untuk periksa keadaan di bawah.

274
00:18:37,800 --> 00:18:40,080
Berhampiran bilik enjin,

275
00:18:40,160 --> 00:18:43,560
ketua jurutera keluar
dalam keadaan cemas dan takut.

276
00:18:43,640 --> 00:18:47,360
Dia kata rosak teruk di bawah,
air masuk dengan deras.

277
00:18:47,960 --> 00:18:49,480
Saya rasa tak berdaya.

278
00:18:50,840 --> 00:18:53,600
KAPTEN: Biar saya cakap
dengan ketua jurutera.

279
00:18:54,960 --> 00:18:59,280
KRU ANJUNGAN: Panggil ketua jurutera.
Kapten nak bincangkan prosedur kecemasan.

280
00:19:00,520 --> 00:19:02,000
BILIK ENJIN

281
00:19:02,080 --> 00:19:03,800
KETUA JURUTERA: Hidupkan pam!

282
00:19:06,280 --> 00:19:09,120
KRU ANJUNGAN:
Kapten, ketua jurutera di talian.

283
00:19:09,200 --> 00:19:10,880
KAPTEN: Ada air masuk?

284
00:19:10,960 --> 00:19:13,880
KETUA JURUTERA:
Mestilah. Saya nak turun sekarang.

285
00:19:13,960 --> 00:19:15,040
KAPTEN: Di mana?

286
00:19:15,120 --> 00:19:17,640
KETUA JURUTERA: Kiri. Saya nak periksa.

287
00:19:17,720 --> 00:19:19,160
KAPTEN: Kiri di mana?

288
00:19:19,240 --> 00:19:20,800
KETUA JURUTERA: Bilik enjin.

289
00:19:20,880 --> 00:19:22,360
KAPTEN: Banyak air masuk?

290
00:19:22,440 --> 00:19:26,400
KETUA JURUTERA: Ada air. Jangan turun.
Kami turun dari sebelah lain.

291
00:19:26,480 --> 00:19:30,200
Tunggu. Kami akan hidupkan pam.
Saya akan maklumkan, kapten.

292
00:19:30,280 --> 00:19:31,440
KAPTEN: Okey.

293
00:19:31,520 --> 00:19:34,160
KETUA JURUTERA:
Mari. Hidupkan pam kecemasan!

294
00:19:35,520 --> 00:19:38,040
Air masuk sampai ke bengkel.

295
00:19:38,600 --> 00:19:42,760
KAPTEN: Jadi, kita sedang tenggelam?
Saya tak faham.

296
00:19:46,840 --> 00:19:49,560
Kami bergegas keluar ke koridor.

297
00:19:49,640 --> 00:19:52,760
Saya fikir kapal akan terbalik
dengan perlahan.

298
00:19:52,840 --> 00:19:56,440
Dalam fikiran saya,
kami perlu ke dek bot keselamatan.

299
00:19:57,600 --> 00:20:02,000
Kami mula berlari
secepat mungkin menaiki tangga,

300
00:20:02,080 --> 00:20:04,240
Meghan dan anak saya di belakang.

301
00:20:08,480 --> 00:20:11,640
Adrenalin mula memuncak.
Rasa panik timbul.

302
00:20:12,960 --> 00:20:15,520
Lila menangis sepanjang masa.

303
00:20:16,040 --> 00:20:20,280
Kami melangkah naik dua anak tangga.
Saya dukung anak, cuba mengejar.

304
00:20:20,840 --> 00:20:22,160
Sukar bagi saya.

305
00:20:22,240 --> 00:20:24,200
Saya rasa loya.

306
00:20:25,440 --> 00:20:27,520
Saya kata, "Saya rasa nak muntah."

307
00:20:28,040 --> 00:20:31,480
John kata, "Muntah dan lari.
Jangan berhenti. Terus lari."

308
00:20:37,240 --> 00:20:40,720
Kami sampai di dek tingkat empat
yang ada bot keselamatan.

309
00:20:40,800 --> 00:20:43,680
Ada pasangan
yang edarkan jaket keselamatan.

310
00:20:44,280 --> 00:20:46,840
Waktu itu, hanya ada beberapa orang,

311
00:20:46,920 --> 00:20:49,560
dan ada rasa cemas yang menyeramkan

312
00:20:49,640 --> 00:20:51,560
kerana tiada sebarang maklumat.

313
00:20:52,080 --> 00:20:55,360
Tiada sesiapa
yang memberi arahan kepada kami.

314
00:20:57,400 --> 00:20:59,760
Kemudian, lampu terpadam.

315
00:21:07,800 --> 00:21:09,320
Gelap-gelita.

316
00:21:12,160 --> 00:21:15,320
Tiba-tiba saya terpisah
daripada Meghan dan Lila.

317
00:21:18,480 --> 00:21:22,520
Saya tak tahu dekat atau jauh,
tapi mereka tiada di sebelah saya.

318
00:21:23,880 --> 00:21:27,120
Saya takut dan saya menjerit
memanggil dia.

319
00:21:27,200 --> 00:21:28,560
"John!"

320
00:21:31,000 --> 00:21:34,200
Kami menjerit, ikut suara masing-masing.

321
00:21:35,720 --> 00:21:37,480
Begitu lama rasanya.

322
00:21:40,920 --> 00:21:46,600
Apabila kami bertemu semula, saya kata,
"Pegang seluar saya dan jangan lepas."

323
00:21:47,360 --> 00:21:51,480
Saya dukung Lila dan terus naik
melangkah dua anak tangga sekali.

324
00:21:55,920 --> 00:21:58,880
Ketua jurutera
datang ke anjungan bersama saya.

325
00:21:58,960 --> 00:22:01,800
Bersama Kapten Schettino,
mereka buka pelan kapal

326
00:22:01,880 --> 00:22:07,360
dan cuba memahami kerosakan
yang dialami kapal itu.

327
00:22:09,440 --> 00:22:12,360
KAPTEN: Saya nak tahu
di mana batu celaka itu.

328
00:22:14,520 --> 00:22:15,840
Tiada amaran.

329
00:22:18,000 --> 00:22:21,880
Di anjungan, bunyi hentaman
hampir tidak didengari…

330
00:22:23,160 --> 00:22:24,400
RESTORAN MILANO
DEK 3

331
00:22:24,480 --> 00:22:27,160
…manakala di restoran di kawasan belakang,

332
00:22:27,240 --> 00:22:32,640
mereka dapat rasa
impak hentaman sepenuhnya.

333
00:22:35,720 --> 00:22:37,120
KRU ANJUNGAN: Anjungan?

334
00:22:37,200 --> 00:22:39,880
BAR LONDRA: Ya, ini Jose dari Bar Londra.

335
00:22:39,960 --> 00:22:44,360
Boleh buat pengumuman untuk maklumkan
semuanya terkawal dan selamat?

336
00:22:44,880 --> 00:22:47,000
Penumpang semakin gelisah.

337
00:22:51,400 --> 00:22:54,400
KRU ANJUNGAN:
Boleh buat pengumuman. Buat masa ini,

338
00:22:54,480 --> 00:22:56,640
cakap bekalan elektrik terputus.

339
00:22:57,200 --> 00:23:00,120
KRU ANJUNGAN: Okey. Elektrik terputus.

340
00:23:02,960 --> 00:23:06,800
Tuan-tuan dan puan-puan, perhatian.
Pengumuman bagi pihak kapten.

341
00:23:06,880 --> 00:23:10,240
Kita sedang mengalami
gangguan bekalan elektrik.

342
00:23:10,320 --> 00:23:12,320
Buat masa ini, situasi terkawal

343
00:23:12,400 --> 00:23:15,160
dan juruteknik kami
sedang membaiki kerosakan.

344
00:23:15,240 --> 00:23:18,640
Kami akan beri maklumat lanjut
secepat mungkin.

345
00:23:19,800 --> 00:23:25,120
Mereka asyik kata,
"Jangan risau, semuanya okey.

346
00:23:25,200 --> 00:23:27,400
- Balik ke bilik."
- "Balik ke bilik."

347
00:23:28,200 --> 00:23:31,240
Kami telah membuat pengumuman
bagi pihak kapten.

348
00:23:31,320 --> 00:23:34,440
Kami minta anda kembali
ke kabin masing-masing.

349
00:23:34,960 --> 00:23:38,520
Saya asyik fikir,
"Saya takkan balik ke bilik saya."

350
00:23:38,600 --> 00:23:41,600
- Jangan harap. Tak mungkin.
- Tak mungkin.

351
00:23:41,680 --> 00:23:44,920
Saya tak tahu
jika saya boleh cari bilik pun ketika itu.

352
00:23:45,640 --> 00:23:51,120
Semasa saya turun,
saya nampak penumpang sangat takut

353
00:23:51,200 --> 00:23:53,280
dan mereka tanya apa yang terjadi.

354
00:23:54,640 --> 00:23:58,080
Saya tidak mahu menyangkal
pengumuman kapten,

355
00:23:58,160 --> 00:24:03,080
jadi saya tak boleh beritahu
kerana ia akan memburukkan keadaan.

356
00:24:03,760 --> 00:24:06,120
Tak dapat bertindak. Itulah masalahnya.

357
00:24:06,200 --> 00:24:08,040
DEK 0

358
00:24:13,720 --> 00:24:16,240
Kami tak tahu apa yang terjadi.

359
00:24:17,480 --> 00:24:20,640
Kami percaya
setiap pengumuman yang kami dengar.

360
00:24:21,320 --> 00:24:23,960
Kami dengar ada kerosakan kecil.

361
00:24:24,480 --> 00:24:28,200
Kata-kata kapten adalah muktamad.

362
00:24:29,400 --> 00:24:34,160
Saya dengar cef kata, "Jangan bergerak.

363
00:24:34,240 --> 00:24:35,720
Kekal di tempat kamu

364
00:24:35,800 --> 00:24:38,920
dan bersedia untuk makan malam."

365
00:24:44,760 --> 00:24:48,480
Rasa begitu lama
sebelum lampu menyala semula.

366
00:24:49,080 --> 00:24:51,400
Kami masih berlari menaiki tangga.

367
00:24:52,280 --> 00:24:56,680
Akhirnya kami sampai
ke dek simpanan bot keselamatan.

368
00:24:58,840 --> 00:25:00,120
DEK 4

369
00:25:02,120 --> 00:25:04,800
Beratus-ratus orang berhimpit-himpit.

370
00:25:05,320 --> 00:25:07,880
Kami diselubungi panik.

371
00:25:09,560 --> 00:25:13,520
Orang menjerit, bergaduh,
cuba buat keputusan, bertanya apa terjadi.

372
00:25:15,520 --> 00:25:17,120
Semua kru kata,

373
00:25:17,200 --> 00:25:20,400
"Ada masalah elektrik.
Kita takkan tinggalkan kapal."

374
00:25:22,120 --> 00:25:25,000
Lila dalam pelukan saya, masih menangis.

375
00:25:26,520 --> 00:25:28,040
Saya ibu baru,

376
00:25:28,120 --> 00:25:34,360
jadi apabila rasa hilang kawalan
kerana tidak dapat bantu dia…

377
00:25:35,320 --> 00:25:40,240
Fokus utama saya adalah untuk menjaga
dan menenangkan anak saya.

378
00:25:42,480 --> 00:25:46,000
Sukar untuk mendengar
dan melihat Meghan dalam kesusahan.

379
00:25:50,120 --> 00:25:54,800
Pada masa itu,
saya ingat saya pandang mata John

380
00:25:54,880 --> 00:25:57,400
dan cakap, "Saya nak keluar dari kapal."

381
00:25:59,520 --> 00:26:01,560
KRU ANJUNGAN: Dua sekarang, bukan?

382
00:26:01,640 --> 00:26:03,360
Dua ruang yang banjir.

383
00:26:04,320 --> 00:26:09,200
Dalam tempoh kekeliruan
yang berterusan ini,

384
00:26:09,280 --> 00:26:14,560
kapten banyak bercakap di telefon
dengan penyelaras krisis syarikat.

385
00:26:15,320 --> 00:26:19,120
KAPTEN KEPADA PENYELARAS KRISIS:
Ruang bawah banjir. Saya silap.

386
00:26:19,200 --> 00:26:22,520
Seluruh kapal banjir,
tapi tak tenggelam. Tak tenggelam.

387
00:26:23,400 --> 00:26:25,680
Saya akan labuhkan sauh. Kami tunggu.

388
00:26:25,760 --> 00:26:29,200
Kami perlukan kapal tunda
untuk bawa kami pergi.

389
00:26:30,280 --> 00:26:33,960
Mereka tak beritahu perkara sebenar
kerana pada pendapat saya,

390
00:26:34,040 --> 00:26:38,600
kapten benar-benar panik pada waktu itu.

391
00:26:38,680 --> 00:26:42,720
Dia tidak memahami apa yang telah berlaku.

392
00:26:44,280 --> 00:26:49,840
RESTORAN MILANO
DEK 4

393
00:26:55,680 --> 00:26:57,320
Di restoran,

394
00:26:57,400 --> 00:27:03,480
kami cuba mendapatkan arahan
tentang langkah seterusnya daripada kru,

395
00:27:03,560 --> 00:27:06,600
tapi mereka kelihatan panik.

396
00:27:13,800 --> 00:27:18,080
Akhirnya, pelayan suruh
kami beransur ke dek kolam.

397
00:27:18,160 --> 00:27:21,720
Semua orang bertempiaran

398
00:27:21,800 --> 00:27:24,480
kerana semua orang panik.

399
00:27:27,120 --> 00:27:30,280
Tolong keluar di sebelah sana.
Keluar di sana.

400
00:27:34,040 --> 00:27:37,880
Banyak pinggan dan gelas pecah di lantai,

401
00:27:37,960 --> 00:27:40,800
dan kami berpakaian untuk makan malam,

402
00:27:40,880 --> 00:27:43,240
jadi kami pakai kasut tumit tinggi.

403
00:27:44,760 --> 00:27:48,000
Akhirnya, kami sampai di dek kolam,

404
00:27:48,760 --> 00:27:52,440
dan saya pandang ke luar tingkap.

405
00:27:52,520 --> 00:27:54,280
Saya nampak Pulau Giglio.

406
00:27:55,320 --> 00:27:57,640
Tengok, itu pantai. Tak ada masalah.

407
00:27:57,720 --> 00:28:01,560
Tengok pulau itu, Alice. Kita dah sampai!

408
00:28:02,640 --> 00:28:05,240
Kami nampak lampu.

409
00:28:05,320 --> 00:28:08,240
Kami nampak pelabuhan.

410
00:28:09,320 --> 00:28:15,080
Jadi, saya kata,
"Okey, kita di sebelah pulau.

411
00:28:15,160 --> 00:28:18,040
Tak apalah. Semuanya selamat."

412
00:28:19,480 --> 00:28:21,480
Ramai orang rasa lega,

413
00:28:22,120 --> 00:28:24,120
dan itulah masalahnya.

414
00:28:24,200 --> 00:28:26,560
Kami tidak berwaspada.

415
00:28:27,800 --> 00:28:29,800
JURUTERA KETUA: Hidupkan enjin diesel!

416
00:28:29,880 --> 00:28:31,000
KRU ANJUNGAN: Tiada kuasa.

417
00:28:31,080 --> 00:28:34,080
JURUTERA KETUA:
Enjin diesel boleh dihidupkan sendiri.

418
00:28:34,160 --> 00:28:35,800
Semuanya sudah rosak.

419
00:28:35,880 --> 00:28:37,920
Panel elektrik, semuanya.

420
00:28:38,000 --> 00:28:42,440
Enjin diesel tak hidup.
Saya nak periksa puncanya di atas.

421
00:28:48,400 --> 00:28:49,800
Ada tiga cef.

422
00:28:49,880 --> 00:28:51,920
Mereka terperangkap di dalam lif.

423
00:28:52,000 --> 00:28:56,440
Mereka menjerit dan mengetuk pintu lif.

424
00:28:59,440 --> 00:29:00,880
Empat orang pergi.

425
00:29:01,680 --> 00:29:05,400
Kami buka pintunya secara paksa
dan keluarkan mereka.

426
00:29:11,520 --> 00:29:14,960
Di belakang Dek 5, kapal semakin miring.

427
00:29:17,040 --> 00:29:20,120
Saya terfikir,
"Saya tak boleh tunggu di sini.

428
00:29:20,200 --> 00:29:22,360
Saya perlu turun dari kapal."

429
00:29:25,800 --> 00:29:30,200
Semasa saya berjalan di koridor,
saya nampak ketua saya.

430
00:29:30,280 --> 00:29:34,720
Dia nampak saya dan tanya, "Nak ke mana?"
Saya jawab, "Tempat perhimpunan."

431
00:29:34,800 --> 00:29:40,320
Dia kata, "Tak boleh. Pergi ke ruang rehat
dan hiburkan penumpang."

432
00:29:40,400 --> 00:29:44,080
Saya tak percaya dia cakap begitu,

433
00:29:44,160 --> 00:29:46,520
dan saya kata, "Saya letak jawatan."

434
00:29:47,360 --> 00:29:49,080
Saya terus ke tempat perhimpunan.

435
00:29:49,160 --> 00:29:53,400
Saya tak tunggu apa-apa kod,
isyarat atau panggilan kecemasan.

436
00:29:56,800 --> 00:29:59,080
Saya di Dek 4. Di hadapan kapal.

437
00:29:59,160 --> 00:30:03,360
Kami, semua kru,
terpisah di kawasan berasingan.

438
00:30:06,960 --> 00:30:09,760
Pegawai atasan saya sepatutnya datang,

439
00:30:09,840 --> 00:30:11,600
tapi apabila dia tiba,

440
00:30:12,920 --> 00:30:14,280
dia nampak macam hantu.

441
00:30:14,360 --> 00:30:17,840
Mukanya sangat pucat. Sangat pucat.

442
00:30:17,920 --> 00:30:21,360
Pandangannya kosong.
Saya rasa macam saya nampak zombi.

443
00:30:21,440 --> 00:30:23,320
Dia pakai sut juruteranya

444
00:30:23,400 --> 00:30:26,360
macam baju tidur bayi atau Babygro.

445
00:30:26,440 --> 00:30:30,640
Bercantum dari atas ke bawah
dan ia basah lencun.

446
00:30:30,720 --> 00:30:34,760
Apabila dia sampai,
dia tak dapat berkomunikasi.

447
00:30:34,840 --> 00:30:36,160
Ketika itu saya sedar,

448
00:30:36,240 --> 00:30:40,440
"Okey, tak ada orang memimpin.
Saya perlu uruskan sendiri."

449
00:30:46,880 --> 00:30:50,920
Saya di anjungan
dan saya beritahu pegawai-pegawai,

450
00:30:51,000 --> 00:30:53,800
"Tengok, kapal sudah miring 20 darjah."

451
00:30:54,320 --> 00:30:57,480
Jadi, mereka sepatutnya terus sedar

452
00:30:57,560 --> 00:31:00,240
kerana itu kerja mereka
dan mereka patut tahu,

453
00:31:00,320 --> 00:31:04,440
semakin miring kapal,
semakin kurang kestabilannya.

454
00:31:08,600 --> 00:31:14,440
Paras air semakin naik
dan sudah menghampiri tempat kami.

455
00:31:14,520 --> 00:31:18,120
Sebelum ini ia nampak jauh
dari ruang bot keselamatan,

456
00:31:18,200 --> 00:31:21,440
tapi kini ia semakin dekat dengan kami.

457
00:31:21,520 --> 00:31:27,480
Saya jadi lebih panik dan takut,

458
00:31:27,560 --> 00:31:30,880
dan saya mula merakam sebanyak yang boleh.

459
00:31:33,120 --> 00:31:39,000
Orang terpaksa berpaut untuk mengelak
daripada tergelincir ke tepi kapal.

460
00:31:40,600 --> 00:31:45,480
Tiada sesiapa memberi arahan,
kemudian Nicholas kata…

461
00:31:45,560 --> 00:31:48,280
"Kapal ini akan tenggelam.
Kita perlu keluar."

462
00:31:48,360 --> 00:31:51,720
Tunggu. Suami dia.

463
00:31:51,800 --> 00:31:54,400
Kami buka dan masuk
ke ruang bot keselamatan,

464
00:31:54,480 --> 00:31:57,800
lalu kami mula meneliti
sistem takal dan juga motor.

465
00:32:00,880 --> 00:32:04,200
Kami nampak seseorang
yang kelihatan seperti cef

466
00:32:04,280 --> 00:32:06,920
dan dia memakai jaket keselamatan.

467
00:32:07,000 --> 00:32:08,920
Dia datang dan beritahu kami,

468
00:32:09,000 --> 00:32:11,000
"Awak tak boleh sentuh semua ini."

469
00:32:11,080 --> 00:32:12,680
Dia tutup pintu pagar.

470
00:32:14,280 --> 00:32:18,000
- Hei, seorang demi seorang.
- Sekejap, apa awak nak cakap?

471
00:32:18,080 --> 00:32:22,240
Saya mula menjerit, "Tak masuk akal.
Kita perlu tinggalkan kapal."

472
00:32:22,320 --> 00:32:25,360
Kami mula rasa takut.

473
00:32:26,080 --> 00:32:31,360
Sudah ketara, ia bukan sekadar
bekalan elektrik terputus.

474
00:32:31,440 --> 00:32:34,360
Jadi, penumpang hilang kepercayaan

475
00:32:34,440 --> 00:32:38,240
dan mereka mula menghubungi polis.

476
00:32:41,920 --> 00:32:43,600
POLIS: Ini Pegawai Grosseto.

477
00:32:43,680 --> 00:32:45,600
PENUMPANG: Saya telefon tadi.

478
00:32:45,680 --> 00:32:47,400
Kapal semakin miring.

479
00:32:47,480 --> 00:32:50,400
Ada ramai kanak-kanak di atas kapal.

480
00:32:50,480 --> 00:32:53,200
POLIS: Minta bertenang.
Kami sedang uruskan.

481
00:32:54,080 --> 00:32:56,080
POLIS: Helo, Pegawai Grosseto.

482
00:32:56,160 --> 00:32:58,280
PENUMPANG: Saya di kapal Costa Cruises.

483
00:32:58,360 --> 00:32:59,840
Costa Concordia.

484
00:32:59,920 --> 00:33:02,320
POLIS: Ya, puan, kami tahu situasinya.

485
00:33:02,400 --> 00:33:05,080
PENUMPANG: Kapal semakin miring,

486
00:33:05,160 --> 00:33:08,200
dan mereka tak beritahu apa-apa.

487
00:33:08,280 --> 00:33:13,520
Saya ada dua anak kecil,
dan saya tak tahu nak buat apa.

488
00:33:14,320 --> 00:33:17,640
40 MINIT SELEPAS PERLANGGARAN

489
00:33:21,000 --> 00:33:24,440
KRU ANJUNGAN: Pengawal Pantai Livorno,
ini Costa Concordia, teruskan.

490
00:33:25,640 --> 00:33:30,880
PENGAWAL PANTAI: Selamat malam.
Boleh beritahu jika kapal ada masalah?

491
00:33:31,600 --> 00:33:35,760
KRU ANJUNGAN: Ya, betul.
Ada masalah elektrik, ia sedang diperiksa.

492
00:33:36,400 --> 00:33:38,360
PENGAWAL PANTAI: Perlukan bantuan

493
00:33:38,440 --> 00:33:41,880
atau kamu tunggu
di sekitar Pulau Giglio buat masa ini?

494
00:33:44,400 --> 00:33:47,080
KRU ANJUNGAN:
Ya, betul. Kami tunggu di sini.

495
00:33:48,680 --> 00:33:53,720
Mereka kata bekalan elektrik terputus,
tapi mereka tak beritahu keadaan sebenar.

496
00:33:53,800 --> 00:33:57,600
Mungkin kapten mahu melepaskan diri

497
00:33:57,680 --> 00:33:59,600
daripada situasi ini.

498
00:34:00,200 --> 00:34:03,000
Pada pendapat saya, itu salah.

499
00:34:06,840 --> 00:34:10,680
Seorang cef datang dan cakap,

500
00:34:10,760 --> 00:34:13,240
"Ada sesuatu yang terjadi

501
00:34:13,320 --> 00:34:17,160
dan Dek C sudah bocor."

502
00:34:18,080 --> 00:34:21,400
Apabila dia kata Dek C bocor,
saya lupakan segalanya.

503
00:34:21,480 --> 00:34:23,880
Saya berlari ke bawah,

504
00:34:23,960 --> 00:34:25,760
kerana setiap kali dapat gaji,

505
00:34:25,840 --> 00:34:29,480
saya simpan duit saya di bawah katil.

506
00:34:30,480 --> 00:34:32,560
Saya ada banyak hutang.

507
00:34:33,080 --> 00:34:35,480
Saya menyusahkan keluarga saya.

508
00:34:36,320 --> 00:34:42,480
Saya fikir setiap hari,
saya akan cari duit untuk bayar hutang.

509
00:34:44,360 --> 00:34:47,640
Semua titik peluh saya,
semua yang saya simpan

510
00:34:48,160 --> 00:34:49,760
ada di bawah katil.

511
00:34:51,360 --> 00:34:53,880
Jadi, saya perlu ambil duit saya

512
00:34:53,960 --> 00:34:58,000
yang saya simpan di kabin saya di Dek B.

513
00:35:00,960 --> 00:35:05,200
Saya nampak
ketua pengawal keselamatan di situ.

514
00:35:06,120 --> 00:35:08,440
Dia halang saya dan kata,

515
00:35:08,520 --> 00:35:11,640
"Awak tak dibenarkan masuk ke Dek B."

516
00:35:11,720 --> 00:35:15,400
Dia kata, "Tiada sesiapa
boleh memasuki kawasan ini."

517
00:35:15,480 --> 00:35:19,320
Saya kata, "Ada benda penting
yang saya perlu ambil."

518
00:35:19,400 --> 00:35:22,240
Dia kata, "Nyawa awak lebih penting."

519
00:35:23,600 --> 00:35:25,200
Betul katanya.

520
00:35:25,720 --> 00:35:28,600
Saya perlu pergi ke bot keselamatan.

521
00:35:30,640 --> 00:35:33,800
PENGAWAL PANTAI:
Costa, apa perkembangan terkini?

522
00:35:33,880 --> 00:35:37,360
KRU ANJUNGAN: Ya, Pengawal Pantai Livorno,
kami sedang menilai kebocoran.

523
00:35:39,160 --> 00:35:42,720
PENGAWAL PANTAI:
Bukan gangguan elektrik saja. Bocor juga?

524
00:35:43,240 --> 00:35:46,560
KRU ANJUNGAN:
Ya, ada kebocoran. Ada kebocoran.

525
00:35:48,080 --> 00:35:51,320
PENGAWAL PANTAI:
Jadi, bantuan apa yang diperlukan?

526
00:35:51,400 --> 00:35:54,160
KRU ANJUNGAN:
Kami memerlukan bantuan bot tunda

527
00:35:54,240 --> 00:35:57,960
dan semua penumpang
sudah pun memakai jaket keselamatan.

528
00:35:58,040 --> 00:36:01,920
PENGAWAL PANTAI:
Ada mangsa terkorban? Apa punca kebocoran?

529
00:36:02,000 --> 00:36:05,960
KRU ANJUNGAN: Tiada mangsa terkorban
akibat kebocoran. Tiada mangsa.

530
00:36:08,120 --> 00:36:12,120
47 MINIT SELEPAS PERLANGGARAN

531
00:36:13,560 --> 00:36:16,000
Semuanya huru-hara di anjungan.

532
00:36:16,080 --> 00:36:20,920
Pegawai lain terdiam.
Mereka tak tahu apa yang perlu dilakukan.

533
00:36:21,800 --> 00:36:26,080
Pada waktu inilah
mereka tekan butang kecemasan

534
00:36:26,600 --> 00:36:28,480
dan siren dibunyikan.

535
00:36:31,680 --> 00:36:36,000
Tiba-tiba, kami dengar siren pertama.

536
00:36:37,200 --> 00:36:40,960
Pada masa itu, semua orang diam.

537
00:36:43,040 --> 00:36:46,640
Kami dengar satu hon, kemudian hon kedua.

538
00:36:46,720 --> 00:36:49,160
Ketika itu saya fikir, "Baru sekarang?"

539
00:36:49,240 --> 00:36:51,640
Ini yang kami tunggu sepanjang malam.

540
00:36:53,160 --> 00:36:56,960
Ini mungkin detik paling buruk
pada malam tersebut,

541
00:36:57,040 --> 00:37:00,000
kerana beratus-ratus orang berebut,

542
00:37:00,080 --> 00:37:03,800
saling mengasak dan menolak
untuk menaiki bot keselamatan.

543
00:37:04,520 --> 00:37:05,560
Hei!

544
00:37:05,640 --> 00:37:09,160
Saya ditolak oleh orang sebaya ayah saya.

545
00:37:11,800 --> 00:37:14,520
Tuan-tuan dan puan-puan,
sila beri perhatian.

546
00:37:14,600 --> 00:37:18,560
Sila bertenang dan pergi
ke tempat perhimpunan di Dek 4.

547
00:37:18,640 --> 00:37:22,440
Mentaliti ketenteraan
berkuatkuasa di kapal.

548
00:37:22,520 --> 00:37:26,120
Hierarki penting.
Setiap orang ada peranan.

549
00:37:27,040 --> 00:37:31,720
Kenapa mereka ambil masa 45 minit
untuk mengumumkan kecemasan?

550
00:37:32,480 --> 00:37:36,200
Saya rasa kapten mahu lihat
perkembangan situasi itu.

551
00:37:36,800 --> 00:37:41,200
Pada pendapat saya, ia patut dibunyikan
lima minit selepas berlanggar.

552
00:37:42,920 --> 00:37:45,000
Saya turun ke dek nombor empat

553
00:37:45,080 --> 00:37:47,760
untuk selamatkan
seramai orang yang mungkin

554
00:37:47,840 --> 00:37:50,320
dan mengetuai operasi menyelamat.

555
00:37:53,360 --> 00:37:54,920
Kapal itu memiring,

556
00:37:55,000 --> 00:37:58,680
dan mak saya sukar bergerak
dengan kasut tumit tingginya.

557
00:37:59,920 --> 00:38:03,120
Dia pegang tangan saya dengan kuat

558
00:38:03,200 --> 00:38:05,920
dan cakap, "Jangan lepaskan mak."

559
00:38:15,800 --> 00:38:17,480
Pada masa ini,

560
00:38:18,160 --> 00:38:22,960
tanpa sepatah kata, kami bertentang mata
dan tahu apa yang perlu dibuat.

561
00:38:24,440 --> 00:38:26,560
NICK: Seorang demi seorang.

562
00:38:27,080 --> 00:38:30,080
PATTY: Bawa budak-budak. Cepat. Awak.

563
00:38:30,160 --> 00:38:32,480
Kami masukkan orang ke bot keselamatan.

564
00:38:33,000 --> 00:38:35,800
Kita tak boleh agak
apa yang kita akan lakukan,

565
00:38:35,880 --> 00:38:38,120
sama ada takut atau lawan.

566
00:38:38,200 --> 00:38:40,840
Kita tak boleh agak jika kita akan

567
00:38:40,920 --> 00:38:43,400
berdiri kaku saja di situ,

568
00:38:43,480 --> 00:38:45,240
atau bertindak.

569
00:38:46,040 --> 00:38:47,600
PATTI: Awak pergi.

570
00:38:52,480 --> 00:38:53,560
POLIS: Polis bercakap.

571
00:38:53,640 --> 00:38:57,440
PENUMPANG: Kami macam nak membunuh.
Tolong hantar bantuan!

572
00:39:02,760 --> 00:39:04,440
Bawa kanak-kanak ke sini.

573
00:39:04,960 --> 00:39:06,760
Bawa kanak-kanak ke sini.

574
00:39:08,040 --> 00:39:10,320
Bot keselamatan hanya muat 150 orang,

575
00:39:10,400 --> 00:39:13,400
jadi kami perlu pastikan
hanya 150 orang naik.

576
00:39:13,480 --> 00:39:16,000
Cukup. Bot akan terbalik.

577
00:39:16,080 --> 00:39:18,240
Bot akan terbalik. Cukup!

578
00:39:19,760 --> 00:39:21,080
Cukup!

579
00:39:22,400 --> 00:39:23,520
Cukup!

580
00:39:32,240 --> 00:39:36,040
Ramai orang dimasukkan ke dalam bot,
hampir mencecah had 150 orang.

581
00:39:37,520 --> 00:39:42,280
Orang tawarkan duit untuk naik bot.
Ia sangat menyedihkan.

582
00:39:43,760 --> 00:39:46,960
Seorang daripada mereka lebih tua
dan saya serba salah.

583
00:39:49,680 --> 00:39:51,840
- Siapa nama?
- Nicholas Taliaferro.

584
00:39:51,920 --> 00:39:54,520
- Dari mana? Nicholas?
- San Diego, California.

585
00:39:54,600 --> 00:39:55,720
Ia sangat membantu.

586
00:39:55,800 --> 00:39:58,560
Saya menunggu di dalam bot keselamatan.

587
00:39:59,640 --> 00:40:04,320
Sampai satu masa,
mereka mahu sebut nama mereka

588
00:40:04,400 --> 00:40:06,320
untuk dirakam kamera.

589
00:40:06,840 --> 00:40:10,160
Kami Steve dan Kathy,
dari Port Huron, Michigan.

590
00:40:11,680 --> 00:40:13,400
Kami Marie dan Melissa.

591
00:40:13,480 --> 00:40:15,960
- Kami akan bersama.
- Kami seronok.

592
00:40:16,040 --> 00:40:18,120
Ya, kami akan bersama.

593
00:40:19,520 --> 00:40:21,800
Ia sangat menyeramkan

594
00:40:21,880 --> 00:40:24,680
kerana mereka fikir mereka akan mati.

595
00:40:30,440 --> 00:40:32,520
Kami di sisi kapal yang tinggi.

596
00:40:32,600 --> 00:40:35,760
Ada berpuluh-puluh orang berhimpit

597
00:40:35,840 --> 00:40:38,400
di dalam sesuatu seperti kanister besi.

598
00:40:38,480 --> 00:40:41,880
Kemudian, tiba giliran kami
untuk menaiki bot keselamatan.

599
00:40:41,960 --> 00:40:45,080
Mari turunkan bot keselamatan ini ke air.

600
00:40:45,160 --> 00:40:48,080
Semua orang tak sabar dengar arahan itu.

601
00:40:49,280 --> 00:40:51,200
Saya rasa dah sedia untuk pergi.

602
00:40:51,280 --> 00:40:53,920
Saya lihat orang di dalam bot keselamatan

603
00:40:54,000 --> 00:40:56,680
dan mereka takut.

604
00:40:56,760 --> 00:41:01,680
Mereka menunggu isyarat
untuk meninggalkan kapal.

605
00:41:03,960 --> 00:41:07,320
PENYELAMAT: Kenapa mereka
belum turunkan bot keselamatan?

606
00:41:12,320 --> 00:41:15,640
Kami menunggu isyarat
untuk meninggalkan kapal.

607
00:41:16,560 --> 00:41:19,920
Tapi ia lambat tiba
dan kami tak pasti sebabnya.

608
00:41:20,760 --> 00:41:24,480
Saya perasan semua orang
memakai jaket keselamatan,

609
00:41:24,560 --> 00:41:26,520
tapi kami tak jumpa.

610
00:41:27,400 --> 00:41:33,640
Saya ingat Luisa pandang mak saya
dan dia kata, "Saya tak boleh berenang."

611
00:41:33,720 --> 00:41:35,800
Dia agak takut.

612
00:41:36,840 --> 00:41:41,680
Mak saya kata, "Mak perlu pergi ke kabin.

613
00:41:41,760 --> 00:41:44,280
Mak nak ambil jaket keselamatan Luisa.

614
00:41:44,360 --> 00:41:49,160
Lagipun, mak nak tukar kasut
sebab mak tak boleh berjalan lagi."

615
00:41:49,240 --> 00:41:51,360
Saya kata, "Tak boleh.

616
00:41:51,440 --> 00:41:54,560
Ini idea paling teruk.

617
00:41:54,640 --> 00:41:58,840
Jangan harap
saya nak patah balik ke kabin.

618
00:41:58,920 --> 00:42:00,240
Kena turun dua dek."

619
00:42:00,760 --> 00:42:04,000
Dia kata, "Kami nak pergi.

620
00:42:04,080 --> 00:42:06,600
Kalau kamu tak nak ikut,

621
00:42:07,200 --> 00:42:10,280
kamu tunggu di sini dengan Andrea."

622
00:42:12,880 --> 00:42:16,520
71 MINIT SELEPAS PERLANGGARAN

623
00:42:17,720 --> 00:42:22,320
KRU ANJUNGAN: Jika kita turunkan bot,
boleh saya umumkan kita tinggalkan kapal?

624
00:42:22,400 --> 00:42:24,640
KAPTEN: Kita pindahkan penumpang.

625
00:42:24,720 --> 00:42:29,040
Itu berbeza.
Kita pindahkan penumpang ke darat.

626
00:42:30,760 --> 00:42:32,480
PENYELAMAT: Bot mereka sedia?

627
00:42:32,560 --> 00:42:35,280
PENYELAMAT: Ya, mereka turun. Saya nampak.

628
00:42:58,360 --> 00:43:01,080
Sebaik saja saya menaiki bot keselamatan,

629
00:43:01,160 --> 00:43:02,920
saya telefon mak saya

630
00:43:03,840 --> 00:43:05,840
dan saya tanya, "Mak di mana?"

631
00:43:08,920 --> 00:43:13,560
Dia kata dia sedang menaiki
bot keselamatan juga.

632
00:43:14,640 --> 00:43:17,200
Kita sedang turun.

633
00:43:19,200 --> 00:43:23,840
Walaupun kami di dalam bot keselamatan,
kami masih rasa takut.

634
00:43:26,640 --> 00:43:31,280
Apabila ia turun perlahan-lahan
ke permukaan air,

635
00:43:31,360 --> 00:43:35,640
kami mula berpegangan tangan
dan baca doa Bapa Kami.

636
00:43:36,240 --> 00:43:41,040
Kami baca berulang-ulang kali tanpa henti.

637
00:43:42,560 --> 00:43:45,280
Kami akan buat bersama-sama.

638
00:43:50,200 --> 00:43:53,680
Kami dapat lihat bilik kami

639
00:43:53,760 --> 00:43:57,600
yang terletak di atas dek bot keselamatan,

640
00:43:57,680 --> 00:44:02,400
dan ia kini berada di paras air.

641
00:44:03,960 --> 00:44:06,280
Tengoklah ia memiring. Biar betul!

642
00:44:07,840 --> 00:44:10,840
Ya Tuhan, kapal itu sedang tenggelam.

643
00:44:12,680 --> 00:44:14,160
Jangan jerit kuat-kuat.

644
00:44:14,240 --> 00:44:16,840
Mesti saya takut kalau saya masih di sana.

645
00:44:17,360 --> 00:44:18,800
Nasib baik dah keluar.

646
00:44:19,840 --> 00:44:24,880
Saya nampak kru diberi kebenaran
untuk menurunkan bot keselamatan,

647
00:44:24,960 --> 00:44:28,040
dan saya fikir, "Syukurlah."

648
00:44:28,120 --> 00:44:31,960
Akhirnya, tak lama lagi
kami akan turun dari bot ini.

649
00:44:32,840 --> 00:44:35,400
Kami di bahagian bot yang lebih tinggi.

650
00:44:35,480 --> 00:44:37,240
Saya dukung Lila,

651
00:44:37,320 --> 00:44:39,880
dan dalam beberapa saat,

652
00:44:40,400 --> 00:44:44,680
saya rasa seperti menaiki
roller-coaster yang menjunam.

653
00:44:53,760 --> 00:44:56,440
Ia jatuh, diikuti dentuman dan terbalik.

654
00:44:57,040 --> 00:45:00,440
Ya Tuhan, aku takut!

655
00:45:01,920 --> 00:45:05,600
Bot keselamatan terbalik
dan 80 orang tercampak di dalamnya.

656
00:45:07,960 --> 00:45:10,440
Ramai orang terhentak sesama sendiri.

657
00:45:10,520 --> 00:45:15,240
Tubuh bertindih-tindih,
orang menjerit dan menangis.

658
00:45:17,880 --> 00:45:19,600
Dengan kapal yang memiring,

659
00:45:19,680 --> 00:45:23,240
bot keselamatan turun
dan menghempas sisi kapal persiaran.

660
00:45:29,520 --> 00:45:33,320
Kini kami di bahagian tinggi
di dalam bot keselamatan

661
00:45:33,840 --> 00:45:37,240
dan kami menahan diri kami
menggunakan kaki.

662
00:45:37,760 --> 00:45:39,600
Saya berdarah. Kaki kami berdarah.

663
00:45:41,720 --> 00:45:44,520
Tangisan Lila meluluhkan hati Meghan.

664
00:45:45,040 --> 00:45:50,560
Saya menjerit kepada John,
"John, saya tak dapat pegang Lila."

665
00:45:51,560 --> 00:45:53,760
Saya serahkan Lila kepada awak.

666
00:45:54,480 --> 00:45:56,720
Situasi itu sangat berbahaya.

667
00:45:58,320 --> 00:46:00,720
Saya tak tahu sama ada bot akan jatuh.

668
00:46:01,520 --> 00:46:03,680
Sebab kami jauh dari permukaan air.

669
00:46:04,520 --> 00:46:09,120
Di bawah kami di dalam bot,
ada orang yang perlukan bantuan, tapi…

670
00:46:10,480 --> 00:46:13,480
Fokus saya hanya
untuk selamatkan keluarga saya.

671
00:46:15,920 --> 00:46:18,680
Kami tak tahu cara untuk keluar dari situ.

672
00:46:21,600 --> 00:46:24,880
Pada masa itu,
saya dengar diri saya berkata,

673
00:46:24,960 --> 00:46:26,160
"Kita akan mati?"

674
00:46:33,640 --> 00:46:36,520
KAPTEN: Ikut sini. Mari pergi, semua.

675
00:46:37,040 --> 00:46:38,840
Ambil radio dan ikut saya.

676
00:46:38,920 --> 00:46:41,760
Guna tangga itu. Mari pergi ke dek luar.

677
00:46:41,840 --> 00:46:45,320
KRU ANJUNGAN: Tinggalkan anjungan.
KAPTEN: Saya tak kata tinggalkan.

678
00:46:45,400 --> 00:46:46,520
Ikut saya.

679
00:46:50,440 --> 00:46:52,840
Saya tak dengar arahan tinggalkan kapal.

680
00:46:52,920 --> 00:46:55,640
Sukar untuk kapten keluarkan arahan ini,

681
00:46:55,720 --> 00:47:01,440
kerana jika kapten kata tinggalkan kapal,
maksudnya kapal itu karam.

682
00:47:05,600 --> 00:47:08,400
Orang ramai meninggalkan kapal,
tapi bagi saya,

683
00:47:08,480 --> 00:47:10,400
saya masih dalam situasi buruk.

684
00:47:10,480 --> 00:47:14,480
Saya masih di dalam kapal.
Saya takut kerana saya tak tahu berenang.

685
00:47:16,040 --> 00:47:18,200
Untuk menyertai syarikat pelayaran,

686
00:47:18,280 --> 00:47:21,920
kami perlu dilatih berenang.

687
00:47:22,800 --> 00:47:25,480
Tapi institut saya
beri jaket keselamatan saja

688
00:47:25,560 --> 00:47:27,560
dan tolak saya ke dalam kolam.

689
00:47:27,640 --> 00:47:32,040
Saya terapung dan tak lama kemudian,
mereka keluarkan saya dari kolam

690
00:47:32,120 --> 00:47:34,520
dan kata, "Latihan awak dah selesai."

691
00:47:35,160 --> 00:47:39,520
Jadi, saya tak tahu apa nak buat.
Kapal itu tenggelam dengan cepat.

692
00:47:40,040 --> 00:47:41,280
Saya akan mati.

693
00:47:44,120 --> 00:47:48,840
Rakan sekerja saya nampak saya menangis
dan dia kata, "Ikut saya."

694
00:47:50,120 --> 00:47:52,440
Air sudah naik ke Dek 3,

695
00:47:52,520 --> 00:47:56,240
dan dia bawa saya ke Dek 4
di sebelah sana.

696
00:47:58,040 --> 00:48:01,760
Saya sampai di sebelah sana
dan masuk ke dalam bot.

697
00:48:06,080 --> 00:48:10,160
Semasa saya pergi,
saya nampak masih ramai orang di dalam.

698
00:48:10,240 --> 00:48:13,240
Mereka berebut untuk diselamatkan.

699
00:48:14,800 --> 00:48:17,240
Saya tak percaya ini sedang berlaku.

700
00:48:17,880 --> 00:48:21,040
Saya masih fikir ia cuma mimpi.

701
00:48:22,320 --> 00:48:27,440
Salah seorang rakan sekerja
cakap kepada saya, "Hei, awak nampak?

702
00:48:29,040 --> 00:48:31,400
Kapten duduk di dalam bot keselamatan."

703
00:48:32,680 --> 00:48:34,040
Saya terkejut.

704
00:48:34,120 --> 00:48:38,000
Kenapa kapten keluar sebelum saya?

705
00:48:42,120 --> 00:48:43,800
Ia memiring.

706
00:48:43,880 --> 00:48:48,920
- Tengok, ia makin miring!
- Tengok itu!

707
00:48:49,680 --> 00:48:53,240
Semakin kapal itu tenggelam,
kami terus miring dan miring.

708
00:48:53,320 --> 00:48:58,520
Kami tak boleh berdiri,
jadi kami mengalihkan diri ke tepi kapal.

709
00:48:59,400 --> 00:49:03,160
Kami juga nampak
di sisi kapal yang tinggi ini,

710
00:49:04,240 --> 00:49:07,520
ada bot keselamatan
yang sedang cuba diturunkan,

711
00:49:07,600 --> 00:49:09,640
dan disebabkan sudut kapal,

712
00:49:09,720 --> 00:49:11,600
bot keselamatan itu bergolek

713
00:49:11,680 --> 00:49:14,440
dan kami nampak orang jatuh ke dalam air.

714
00:49:27,080 --> 00:49:28,160
Tolong saya!

715
00:49:31,960 --> 00:49:34,200
Di kawasan terbuka kami itu,

716
00:49:34,280 --> 00:49:36,080
ada pintu dua daun,

717
00:49:36,160 --> 00:49:40,720
dan di belakangnya
ada koridor panjang yang sangat luas.

718
00:49:40,800 --> 00:49:43,920
Di sebelah lagi satu ada susur,

719
00:49:44,000 --> 00:49:49,000
tapi disebabkan kapal terlalu senget,
ia tidak boleh dilalui.

720
00:49:49,920 --> 00:49:54,320
Kami perlu menyeberangi jurang ini
dan pergi ke bot keselamatan,

721
00:49:54,400 --> 00:49:57,200
atau paling tidak pun,
terjun ke dalam air.

722
00:49:59,760 --> 00:50:02,320
Saya menjerit kepada semua kru lain.

723
00:50:02,400 --> 00:50:06,280
Saya terangkan
kami akan lempar orang ke seberang

724
00:50:06,360 --> 00:50:08,880
supaya mereka boleh berpaut pada palang

725
00:50:08,960 --> 00:50:11,120
dan turun melalui sisi kapal

726
00:50:11,200 --> 00:50:13,640
yang lebih dekat dengan air.

727
00:50:14,240 --> 00:50:17,400
Saya berdiri di sebelah.
Ada lelaki di sebelah sana.

728
00:50:17,480 --> 00:50:20,280
Kami paut bawah lengan dan lempar mereka.

729
00:50:23,560 --> 00:50:26,920
Selepas kami berjaya
mengalihkan semua orang ke seberang,

730
00:50:27,000 --> 00:50:31,000
ada lima orang termasuk saya
yang terkandas di situ.

731
00:50:31,760 --> 00:50:36,640
Kami dah miring begitu tinggi
sehingga ia menjadi seperti lubang lif.

732
00:50:36,720 --> 00:50:39,040
Tak mungkin kami dapat menyeberang.

733
00:50:41,400 --> 00:50:45,000
Pada masa itu,
semuanya menjadi sunyi sepi,

734
00:50:45,600 --> 00:50:48,880
dan rasanya seperti terdampar
di pulau terpencil.

735
00:50:58,480 --> 00:51:00,560
Kami perlu keluar dari bot keselamatan.

736
00:51:02,200 --> 00:51:06,040
Ada satu penutup yang terbuka
tak jauh daripada kami

737
00:51:06,120 --> 00:51:08,880
dan itu laluan keluar yang jelas.

738
00:51:08,960 --> 00:51:12,200
Beberapa orang yang tidak berada
di bahagian bawah

739
00:51:12,280 --> 00:51:15,600
cuba memanjat keluar melalui penutup itu.

740
00:51:17,120 --> 00:51:19,600
Seorang demi seorang,
kami memanjat keluar.

741
00:51:20,920 --> 00:51:26,120
Apabila berada di atas bot keselamatan,
kami perlu naik ke kapal persiaran

742
00:51:26,200 --> 00:51:28,480
yang kini berada di atas kami dan…

743
00:51:28,560 --> 00:51:31,000
Ada ruang yang perlu diseberangi.

744
00:51:32,120 --> 00:51:34,120
Kami terpaksa membuat rantaian,

745
00:51:34,200 --> 00:51:36,440
tapi saya tak boleh panjat keluar

746
00:51:36,520 --> 00:51:38,200
sambil mendukung Lila.

747
00:51:39,040 --> 00:51:41,120
Saya serahkan Lila kepada orang asing.

748
00:51:41,640 --> 00:51:44,000
Tergantung dalam gelap
di atas Laut Mediterranean.

749
00:51:45,440 --> 00:51:48,240
Jika tersilap langkah,
kami akan jatuh ke dalam air

750
00:51:48,320 --> 00:51:50,600
yang entah berapa jauh di bawah kami.

751
00:51:53,160 --> 00:51:54,800
Saya takut ketinggian.

752
00:51:54,880 --> 00:51:59,080
Jadi, membayangkan saya terpaksa
memanjat tepi kapal menggunakan jari,

753
00:51:59,160 --> 00:52:03,280
setinggi enam tingkat,
dalam gelap di atas laut, ia menggerunkan.

754
00:52:05,800 --> 00:52:08,480
Tapi itu sajalah cara untuk kami keluar.

755
00:52:12,200 --> 00:52:14,760
Kemudian kami terpaksa
menaiki kapal semula,

756
00:52:16,040 --> 00:52:18,720
dan itu merupakan titik gelap bagi kami.

757
00:52:23,520 --> 00:52:26,560
Kami terus fikir,
"Ada bot keselamatan lain?"

758
00:52:27,080 --> 00:52:32,240
Tapi dengan cepat kami sedar,
tiada lagi bot keselamatan yang tinggal.

759
00:52:35,800 --> 00:52:39,720
Saya kata kepada John,
"Mari berenang. Kita boleh selamat."

760
00:52:41,440 --> 00:52:45,320
Kami mula berbincang secara serius
tentang rancangan itu.

761
00:52:45,920 --> 00:52:47,640
Ketinggian lompatan.

762
00:52:48,400 --> 00:52:50,680
Selamatkah Lila semasa lompatan?

763
00:52:51,720 --> 00:52:55,760
Bolehkah kami berenang dengan Lila
dalam suhu air itu?

764
00:52:56,800 --> 00:53:01,280
Kami menimbangkan peluang untuk selamat
berbanding menunggu di kapal.

765
00:53:03,040 --> 00:53:07,240
Pada masa itulah
kami menyedari hakikat sebenar.

766
00:53:07,320 --> 00:53:09,480
Kami mungkin tidak akan selamat.

767
00:53:12,760 --> 00:53:15,640
Penganut Kristian dilarang
tawar-menawar dengan Tuhan.

768
00:53:16,920 --> 00:53:18,480
Tapi itulah yang saya fikir.

769
00:53:19,520 --> 00:53:23,000
Saya kata, "Ya Tuhan,
keluarkan aku dari kapal ini.

770
00:53:23,080 --> 00:53:27,840
Aku akan ajar Lila tentang Jesus.
Aku akan besarkan dia dengan betul.

771
00:53:28,520 --> 00:53:30,480
Tapi keluarkan kami dari kapal ini."

772
00:53:35,080 --> 00:53:38,800
Kapal itu sangat miring
dan kami berada di bahagian tinggi.

773
00:53:42,520 --> 00:53:45,200
Kemudian saya nampak seorang kru kapal.

774
00:53:45,280 --> 00:53:46,560
Dia berpakaian putih.

775
00:53:46,640 --> 00:53:50,240
Dia nampak seperti
berpakaian seragam rasmi dan…

776
00:53:50,320 --> 00:53:53,000
Dia pandang Lila. Dia pandang kami.

777
00:53:54,800 --> 00:53:57,680
Dia kata, "Turun ke tingkat ini
di sebelah sana.

778
00:53:57,760 --> 00:54:00,080
Awak semua mungkin perlu berenang.

779
00:54:01,120 --> 00:54:03,520
Itu peluang terbaik untuk selamat."

780
00:54:06,640 --> 00:54:08,360
Saya pandang ke hadapan kapal

781
00:54:08,440 --> 00:54:11,280
dan nampak sekumpulan penumpang berdiri.

782
00:54:11,360 --> 00:54:13,360
Saya fikir, "Mereka ada masalah?

783
00:54:14,320 --> 00:54:16,480
Kenapa mereka tak ikut kami?"

784
00:54:17,160 --> 00:54:18,680
Semasa mendekati mereka,

785
00:54:18,760 --> 00:54:22,000
sukar untuk saya membezakan
dinding dengan lantai,

786
00:54:22,080 --> 00:54:24,920
jadi saya terpaksa berjalan
di atas dinding.

787
00:54:25,920 --> 00:54:31,920
Mula-mula, saya periksa
jika pintu boleh tampung berat saya.

788
00:54:32,640 --> 00:54:37,400
Tapi malangnya,
satu pintu terbuka ketika dipijak.

789
00:54:41,560 --> 00:54:43,880
Saya jatuh ke dalam kegelapan

790
00:54:44,640 --> 00:54:46,720
dan tidak sedarkan diri.

791
00:54:49,920 --> 00:54:54,280
PULAU GIGLIO

792
00:54:56,520 --> 00:54:58,760
Apabila kami sampai di pulau itu,

793
00:54:59,400 --> 00:55:00,880
apa yang patut kami buat?

794
00:55:00,960 --> 00:55:02,120
Mana nak pergi?

795
00:55:02,200 --> 00:55:06,880
Tiada sesiapa yang memberi arahan.

796
00:55:08,120 --> 00:55:11,560
Sampai satu tahap, saya menjerit,

797
00:55:11,640 --> 00:55:15,400
"Ada sesiapa yang boleh tolong kami?"

798
00:55:18,800 --> 00:55:23,480
Sayup-sayup saya dengar
seseorang berkata, "Pergi ke gereja!"

799
00:55:25,760 --> 00:55:29,160
Apabila sampai,
saya terus menelefon mak saya,

800
00:55:29,720 --> 00:55:32,760
tapi telefon tidak berbunyi lagi.

801
00:55:33,640 --> 00:55:39,040
Tapi dia kata dia menaiki bot keselamatan,
jadi dia mesti ada di sini.

802
00:55:40,360 --> 00:55:43,920
Kami mula mencari dia dan Luisa.

803
00:55:46,640 --> 00:55:49,080
Pulau itu sangat sesak

804
00:55:49,600 --> 00:55:53,640
dan nampak mustahil untuk cari seseorang.

805
00:55:54,160 --> 00:55:56,600
Kami memasuki setiap kedai.

806
00:55:56,680 --> 00:55:58,720
Kami memasuki gereja.

807
00:56:01,200 --> 00:56:05,480
Kru kapal masih tak tahu apa-apa
dan kapal sedang tenggelam.

808
00:56:06,120 --> 00:56:08,360
Mereka tak tahu jika ada orang di dalam.

809
00:56:09,360 --> 00:56:13,200
Kami jumpa ruang kecil di dalam gereja.

810
00:56:13,280 --> 00:56:17,640
Semua orang sangat gelisah,
takut dan kesejukan.

811
00:56:18,160 --> 00:56:20,280
Saya jumpa selimut kerajang.

812
00:56:20,360 --> 00:56:22,560
Saya dapat bawa balik ke gereja.

813
00:56:23,200 --> 00:56:24,680
Saya masih ingat

814
00:56:24,760 --> 00:56:28,840
orang memanggil nama ahli keluarga,
tapi tiada jawapan.

815
00:56:29,840 --> 00:56:31,040
Judy!

816
00:56:32,640 --> 00:56:34,920
Steve!

817
00:56:35,960 --> 00:56:37,200
Kathy!

818
00:56:40,120 --> 00:56:42,800
Kami cari mak saya di merata tempat,

819
00:56:42,880 --> 00:56:48,600
dan akhirnya, saya berdiri
berhampiran beberapa orang

820
00:56:49,600 --> 00:56:51,200
yang memerhatikan kapal,

821
00:56:51,280 --> 00:56:56,200
sebab saya fikir
mungkin bot keselamatannya belum sampai.

822
00:56:59,280 --> 00:57:01,440
Semakin lama masa berlalu,

823
00:57:01,960 --> 00:57:07,280
kami perasan
kapal itu semakin miring ke tepi.

824
00:57:07,800 --> 00:57:11,640
Ini macam dalam filem Titanic. Serupa.

825
00:57:13,200 --> 00:57:19,160
Amat menakutkan
apabila melihatnya dari pandangan itu.

826
00:57:19,240 --> 00:57:22,800
Ya, kami boleh nampak
orang melambai dari kapal.

827
00:57:22,880 --> 00:57:25,040
Kami nampak mereka minta tolong.

828
00:57:30,360 --> 00:57:31,920
Ia sangat menyedihkan.

829
00:57:32,000 --> 00:57:33,920
Walaupun kami tahu kami selamat,

830
00:57:34,000 --> 00:57:37,520
kami tahu masih ada orang
yang terperangkap di kapal.

831
00:57:44,000 --> 00:57:46,200
Kami nampak ada koridor terbuka

832
00:57:46,280 --> 00:57:48,840
yang menembusi kapal
ke susur bertentangan,

833
00:57:48,920 --> 00:57:53,240
dan itulah saja caranya
untuk kami pergi ke seberang.

834
00:57:54,800 --> 00:57:58,800
Koridor itu ibarat gelongsor
sejauh 60 meter.

835
00:57:59,480 --> 00:58:04,880
Kami tahu, jika kami duduk,
mustahil untuk kami bangun semula.

836
00:58:07,800 --> 00:58:11,640
Kapal masih bergerak
dan setiap setengah darjah ia bergerak,

837
00:58:11,720 --> 00:58:15,360
ada perabot yang akan meluncur
di sepanjang koridor.

838
00:58:17,200 --> 00:58:21,520
Lila masih terikat pada saya,
jadi saya peluk dia di dada saya

839
00:58:23,320 --> 00:58:25,120
dan menggelongsor ke bawah.

840
00:58:27,200 --> 00:58:29,560
Kami berguling tanpa kawalan,

841
00:58:29,640 --> 00:58:32,200
terlentang di sepanjang koridor itu.

842
00:58:35,040 --> 00:58:37,080
Perabot dan barang di sekeliling.

843
00:58:37,640 --> 00:58:39,680
Kelajuan kami 30 km sejam.

844
00:58:41,640 --> 00:58:44,880
Saya rasa satu hentakan.
Kepala Lila terhantuk.

845
00:58:50,480 --> 00:58:52,680
Ya Tuhan, kepalanya terhantuk kuat.

846
00:58:52,760 --> 00:58:54,040
"Dia okey?"

847
00:58:54,120 --> 00:58:57,160
Saya benar-benar fikir dia takkan selamat.

848
00:58:58,400 --> 00:59:01,280
Saya ingat dia beritahu saya

849
00:59:01,360 --> 00:59:03,920
apabila kami sampai
di bawah gelongsor itu.

850
00:59:04,520 --> 00:59:06,320
Seolah-olah membuat pengakuan,

851
00:59:06,400 --> 00:59:08,600
kepala Lila terhantuk kuat.

852
00:59:09,120 --> 00:59:11,440
Saya ingat kekesalan pada wajahnya.

853
00:59:14,880 --> 00:59:18,320
Serta-merta saya periksa keadaannya
dan dia menangis,

854
00:59:18,400 --> 00:59:21,320
jadi saya terus cakap,
"Dia okey. Mari teruskan."

855
00:59:29,920 --> 00:59:31,680
Sebaik saja saya sedar,

856
00:59:32,480 --> 00:59:35,960
saya cepat-cepat periksa diri saya

857
00:59:36,040 --> 00:59:38,720
dan saya sedar kaki saya patah.

858
00:59:39,320 --> 00:59:42,520
Saya lihat sekeliling
dan saya tahu saya di restoran.

859
00:59:43,040 --> 00:59:46,600
Saya mula menjerit, "Tolong, tolong!"

860
00:59:46,680 --> 00:59:49,680
Tapi tiada sesiapa yang dengar.

861
00:59:49,760 --> 00:59:52,040
Di sebelah saya, ada kuali.

862
00:59:52,560 --> 00:59:55,960
Saya ambil kuali itu dan hentak ke lantai.

863
01:00:00,640 --> 01:00:02,960
Semasa kami terdampar di koridor ini,

864
01:00:03,040 --> 01:00:05,760
saya dengar ketukan di Dek 5.

865
01:00:07,360 --> 01:00:10,520
Bunyi ketukan itu bukan bunyi mekanikal.

866
01:00:10,600 --> 01:00:12,040
Bunyinya seolah-olah

867
01:00:12,120 --> 01:00:15,360
ada orang cuba memaklumkan lokasi mereka.

868
01:00:15,440 --> 01:00:18,120
Tapi mustahil
untuk kami pergi kepada mereka.

869
01:00:22,640 --> 01:00:26,760
Apabila kami sampai
di sisi rendah kapal, kami nampak air.

870
01:00:29,600 --> 01:00:31,480
Akhirnya, kami hampir sampai.

871
01:00:33,720 --> 01:00:38,040
Kami cuba menarik perhatian bot penyelamat
yang mungkin mendengar kami.

872
01:00:39,400 --> 01:00:43,640
Saya nampak bot penyelamat
dan wajah orang di dalamnya.

873
01:00:44,800 --> 01:00:50,520
Saya bertentang mata dengan seorang wanita
dan kami saling memandang seketika.

874
01:00:51,520 --> 01:00:56,000
Saya angkat Lila dan cakap,
"Bambino. Ambil anak saya."

875
01:01:00,160 --> 01:01:03,360
Dia cuma geleng kepala.

876
01:01:05,000 --> 01:01:08,440
Saya rasa dia mahu tolong, tapi tak mampu.

877
01:01:10,120 --> 01:01:13,520
Pada masa itu,
saya benar-benar patah jiwa.

878
01:01:15,480 --> 01:01:18,440
Saya cuma berdoa dalam hati.

879
01:01:30,480 --> 01:01:34,440
Tapi tiba-tiba, kami perasan
ada beberapa bot penyelamat yang kosong

880
01:01:34,520 --> 01:01:37,200
dan berlegar-legar di sekitar bot.

881
01:01:37,880 --> 01:01:39,320
Kami nampak pergerakan.

882
01:01:39,840 --> 01:01:41,720
Kami terus bangun dan terfikir,

883
01:01:41,800 --> 01:01:45,240
"Bot penyelamat datang semula
untuk bantu orang lain?"

884
01:01:47,320 --> 01:01:52,240
Apabila kami berjaya
menarik perhatian kapten bot penyelamat,

885
01:01:53,000 --> 01:01:56,360
dia cuba menghampiri tempat kami berdiri.

886
01:01:56,880 --> 01:02:00,480
Kami rasa kami menunggu di dek itu
untuk masa yang lama.

887
01:02:01,400 --> 01:02:06,000
Sepanjang masa ini,
kapal semakin memiring perlahan-lahan.

888
01:02:06,080 --> 01:02:08,680
Setiap minit mungkin minit yang terakhir.

889
01:02:09,200 --> 01:02:12,640
Bot penyelamat itu
mungkin 3 atau 4 meter di bawah kami.

890
01:02:12,720 --> 01:02:14,040
Laut sangat bergelora,

891
01:02:14,120 --> 01:02:16,680
jadi bot itu terhentak
pada kapal persiaran.

892
01:02:17,680 --> 01:02:21,120
Proses untuk menaiki
bot penyelamat juga amat berbahaya.

893
01:02:22,400 --> 01:02:25,200
Tapi entah bagaimana,
kami berjaya menaiki bot.

894
01:02:26,200 --> 01:02:27,640
Kami sangat lega.

895
01:02:28,960 --> 01:02:30,520
Kami keluar dari bawah kapal.

896
01:02:30,600 --> 01:02:34,080
Kami melihat ke atas
melalui bukaan bot penyelamat,

897
01:02:34,160 --> 01:02:36,320
dan kami tak nampak langit.

898
01:02:37,880 --> 01:02:40,800
Seluruh langit ditutup
oleh sisi kapal persiaran.

899
01:02:45,320 --> 01:02:46,840
Lila berhenti menangis.

900
01:02:48,160 --> 01:02:54,280
Saya ingat saya mendukung dia
dan berdoa dia selamat

901
01:02:54,360 --> 01:02:55,720
dan tidak apa-apa.

902
01:03:02,000 --> 01:03:05,960
Saya rasa keseorangan.
Tiada sesiapa akan selamatkan kami.

903
01:03:09,160 --> 01:03:12,200
Kemudian kami dengar
bunyi helikopter dari atas.

904
01:03:13,040 --> 01:03:15,800
Tapi kapal itu menutupi kami
seperti payung.

905
01:03:16,920 --> 01:03:18,320
Mereka tak nampak kami.

906
01:03:21,440 --> 01:03:25,520
Saya tak dapat turun ke paras air
atau masuk semula ke dalam kapal.

907
01:03:25,600 --> 01:03:27,080
Kami sedang tenggelam.

908
01:03:28,320 --> 01:03:29,960
Pada saat itulah

909
01:03:30,040 --> 01:03:34,120
saya mula mengimbas kembali
detik-detik hidup saya.

910
01:03:42,000 --> 01:03:45,120
Saya ingat ayah saya pernah kata,

911
01:03:46,240 --> 01:03:49,640
anak tidak patut mati sebelum ibu bapa.

912
01:04:03,160 --> 01:04:07,360
Pada saat itulah
semangat juang saya membara.

913
01:04:08,440 --> 01:04:10,560
Saya perlu cari cara untuk selamat.

914
01:04:14,280 --> 01:04:17,240
Jadi, saya fikir,
"Bagaimana mereka nak nampak?"

915
01:04:18,760 --> 01:04:22,680
Kemudian saya sedar
ada lampu suluh di dalam poket saya.

916
01:04:23,480 --> 01:04:28,160
Saya tak tahu kod Morse,
tapi saya suluh bot di hadapan kami.

917
01:04:31,800 --> 01:04:34,480
Penyelamat India Mike Alpha.

918
01:04:34,560 --> 01:04:36,440
Teruskan, Penyelamat India Mike Alpha.

919
01:04:36,520 --> 01:04:40,720
Kami nampak isyarat daripada seseorang.
Kami akan bantu mereka.

920
01:04:41,240 --> 01:04:42,440
Okey, bagus.

921
01:04:43,880 --> 01:04:49,600
Tiba-tiba, seorang lelaki turun
dari helikopter macam James Bond.

922
01:04:54,240 --> 01:04:56,720
Kami ditarik naik ke dalam helikopter.

923
01:04:56,800 --> 01:05:00,560
Satu demi satu,
mereka turun dan tarik empat orang lagi.

924
01:05:02,600 --> 01:05:04,320
Baiklah, Bravo.

925
01:05:04,400 --> 01:05:08,840
Tiga orang dalam keadaan baik
akan dibawa ke Lapangan Terbang Grosseto,

926
01:05:08,920 --> 01:05:12,480
bersama orang lain
yang sedang menunggu rawatan awal.

927
01:05:21,200 --> 01:05:22,880
Semasa saya terbang,

928
01:05:23,400 --> 01:05:26,000
saya nampak semua yang saya sayangi

929
01:05:26,080 --> 01:05:28,960
dan semua realiti hidup saya
kini sudah tiada.

930
01:05:30,040 --> 01:05:31,640
Tapi saya masih bernyawa.

931
01:05:35,200 --> 01:05:37,960
ROM

932
01:05:39,480 --> 01:05:41,400
Pada lewat Jumaat malam,

933
01:05:42,160 --> 01:05:46,440
suapan berita saya dibanjiri
oleh kisah penumpang kapal persiaran

934
01:05:46,520 --> 01:05:49,400
dari luar pesisir Tuscany di Pulau Giglio.

935
01:05:50,960 --> 01:05:56,160
Saya tahu saya perlu pergi ke sana
untuk mendapatkan cerita sebenar.

936
01:06:01,160 --> 01:06:04,800
Kapal persiaran yang sesak
telah terhempas dan terbalik.

937
01:06:04,880 --> 01:06:07,840
Penumpang menggambarkannya
seperti filem Titanic.

938
01:06:07,920 --> 01:06:10,720
Seramai 70 orang mungkin hilang.

939
01:06:11,440 --> 01:06:15,280
Saya tiba di Giglio keesokan harinya,
sekitar pukul 6.30 pagi.

940
01:06:15,360 --> 01:06:16,440
WARTAWAN CNN ROME

941
01:06:17,040 --> 01:06:17,920
SABTU, 14 JANUARI

942
01:06:18,000 --> 01:06:21,440
Saya takkan lupa
saat saya melihat Costa Concordia.

943
01:06:21,520 --> 01:06:26,520
Sukar untuk melepaskan pandangan
apabila melihat batu yang besar

944
01:06:26,600 --> 01:06:28,840
terjulur keluar dari bawah kapal.

945
01:06:31,320 --> 01:06:34,760
Tugas saya adalah untuk menjelaskan
punca tragedi ini.

946
01:06:37,560 --> 01:06:41,320
Kapal persiaran Itali terkandas
di pesisir pantai Tuscany.

947
01:06:41,400 --> 01:06:45,760
Kita pasti terfikir setiap kali
menaiki pesawat atau kapal persiaran.

948
01:06:45,840 --> 01:06:47,880
Apa yang terjadi jika ada masalah?

949
01:06:47,960 --> 01:06:49,160
Ia sudah terjadi.

950
01:06:50,600 --> 01:06:52,960
Kapal itu kini berada di perairan cetek.

951
01:06:53,040 --> 01:06:58,640
Namun begitu, disebabkan saiz kapal
dan kedudukannya di kawasan berbatu,

952
01:06:58,720 --> 01:07:02,120
berpuluh-puluh penyelam
pengawal pantai Itali dikerah

953
01:07:02,200 --> 01:07:05,640
untuk memeriksa sekeliling
serta di dalam kapal

954
01:07:05,720 --> 01:07:07,960
dan cuba melihat jika ada sesiapa.

955
01:07:10,480 --> 01:07:17,440
Saya penyelam jabatan bomba
dengan kepakaran dalam penyelaman gua.

956
01:07:19,400 --> 01:07:22,800
Dua penyelaman tunggal,
40 minit setiap satu.

957
01:07:22,880 --> 01:07:25,120
Tempoh operasi, dua jam.

958
01:07:27,280 --> 01:07:29,080
Hari itu hari jadi mak saya

959
01:07:29,600 --> 01:07:34,800
dan saya terfikir,
saya sepatutnya di restoran,

960
01:07:35,880 --> 01:07:38,560
menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi,

961
01:07:39,160 --> 01:07:41,880
tapi sekarang saya di Pulau Giglio,

962
01:07:41,960 --> 01:07:43,280
duduk di atas tanah

963
01:07:44,080 --> 01:07:46,520
dan tertanya-tanya, "Di mana dia?"

964
01:07:48,360 --> 01:07:55,000
Saya tanya diri saya,
"Saya akan jumpa dia lagi?"

965
01:07:57,600 --> 01:08:01,400
Masa semakin berlalu dan airnya sejuk
kerana itu bulan Januari,

966
01:08:01,480 --> 01:08:07,800
kebarangkalian untuk selamat
selepas 24 jam pertama pasti berkurangan.

967
01:08:08,800 --> 01:08:09,840
Okey.

968
01:08:10,360 --> 01:08:11,720
Buka.

969
01:08:12,840 --> 01:08:14,040
Baiklah!

970
01:08:22,720 --> 01:08:24,880
Ia amat menakutkan

971
01:08:25,400 --> 01:08:30,800
kerana ada risiko tinggi
untuk tenggelam ke dasar laut

972
01:08:30,880 --> 01:08:37,840
di dalam kapal besar ini
sebagai mangsa, bukan penyelamat.

973
01:08:39,440 --> 01:08:42,400
Semua benda yang tidak terikat
menjadi penghalang.

974
01:08:43,440 --> 01:08:45,320
Ada wayar.

975
01:08:45,400 --> 01:08:47,640
Ada benda tajam.

976
01:08:47,720 --> 01:08:50,760
Semua ini mendatangkan risiko
kepada penyelam.

977
01:08:53,000 --> 01:08:56,480
AHAD, 15 JANUARI

978
01:08:59,960 --> 01:09:03,520
Akhirnya, fajar menjelma membawa cahaya.

979
01:09:04,400 --> 01:09:06,520
Saya masih di restoran.

980
01:09:07,320 --> 01:09:10,040
Beberapa jam berlalu,
dan hipotermia bermula.

981
01:09:11,120 --> 01:09:14,640
Jika saya perlu bermalam
dalam keadaan itu lagi,

982
01:09:15,160 --> 01:09:18,640
saya tak pasti
sekiranya saya boleh bertahan.

983
01:09:25,160 --> 01:09:27,680
Saya mula fikir,

984
01:09:28,320 --> 01:09:33,800
jika saya selamat daripada situasi ini…

985
01:09:36,480 --> 01:09:39,480
saya mungkin mahu memulakan keluarga.

986
01:09:42,280 --> 01:09:49,240
Itulah kekosongan dalam hidup saya.

987
01:09:55,440 --> 01:09:59,320
Kami tak tidur selama 48 jam.

988
01:10:00,520 --> 01:10:02,840
Pintu van dibuka

989
01:10:02,920 --> 01:10:06,840
dan bos saya kata,
"Ada seorang lagi. Kita perlu selamatkan."

990
01:10:10,040 --> 01:10:12,680
Pengurus hotel, Manrico Giampedroni,

991
01:10:12,760 --> 01:10:15,480
yang kali terakhir dilihat
oleh beberapa saksi

992
01:10:15,560 --> 01:10:19,960
cuba menyelamatkan orang
di kawasan hospitaliti kapal.

993
01:10:21,480 --> 01:10:24,600
Rakan sekerja saya menyelusuri kapal itu…

994
01:10:27,640 --> 01:10:31,480
menjerit untuk mencari mangsa terselamat.

995
01:10:31,560 --> 01:10:34,840
"Kami daripada jabatan bomba!

996
01:10:34,920 --> 01:10:36,240
Ada sesiapa di sana?

997
01:10:39,320 --> 01:10:43,160
Ada sesiapa? Ada sesiapa yang dengar?"

998
01:10:44,840 --> 01:10:46,640
Tiba-tiba,

999
01:10:47,160 --> 01:10:48,880
ada jawapan.

1000
01:10:52,040 --> 01:10:55,400
Baiklah, bertenang. Jangan cemas.

1001
01:10:56,200 --> 01:11:02,960
Kami terpaksa menyelit masuk
ke dalam terowong,

1002
01:11:03,040 --> 01:11:08,800
jadi kami tidak ada cahaya semula jadi.

1003
01:11:08,880 --> 01:11:10,760
Cahaya tak sampai ke sana.

1004
01:11:10,840 --> 01:11:13,120
Kami seakan-akan di dalam gua.

1005
01:11:15,520 --> 01:11:17,360
Okey, tak apa. Perlahan-lahan.

1006
01:11:18,800 --> 01:11:20,400
Perlahan-lahan. Tak apa.

1007
01:11:21,240 --> 01:11:22,320
Perlahan-lahan.

1008
01:11:23,680 --> 01:11:24,680
Perlahan-lahan.

1009
01:11:26,960 --> 01:11:28,120
Betul!

1010
01:11:33,280 --> 01:11:38,120
Kemudian saya nampak orang yang kami cari.

1011
01:11:39,960 --> 01:11:43,480
Saya tanya, "Hai, siapa nama awak?"

1012
01:11:43,560 --> 01:11:45,440
Dia pun jawab,

1013
01:11:45,520 --> 01:11:48,200
"Manrico. Manrico Giampedroni."

1014
01:11:50,440 --> 01:11:53,000
Dia kata, "Hai, saya Francesco…

1015
01:11:57,320 --> 01:11:59,600
salah seorang penyelamat awak."

1016
01:11:59,680 --> 01:12:01,680
Dia kata, "Jangan risau.

1017
01:12:04,600 --> 01:12:06,440
Kami akan bawa awak keluar."

1018
01:12:17,760 --> 01:12:21,000
Selepas 13 tahun, saya masih menangis.

1019
01:12:21,600 --> 01:12:22,880
Sangat luar biasa.

1020
01:12:28,040 --> 01:12:31,240
Dalam setiap bencana,
pasti ada keajaiban yang menanti.

1021
01:12:31,320 --> 01:12:33,800
Kali ini, seorang kru yang terperangkap,

1022
01:12:33,880 --> 01:12:37,800
dijumpai dalam pencarian oleh penyelamat
yang mengetuk badan kapal.

1023
01:12:37,880 --> 01:12:40,720
Dua hari terperangkap
dengan kaki yang patah.

1024
01:12:41,880 --> 01:12:43,480
Encik rasa encik akan mati?

1025
01:12:43,560 --> 01:12:49,400
Ya, semasa saya seorang diri di restoran.

1026
01:12:54,560 --> 01:12:58,120
Selepas kejutan, panik dan huru-hara,

1027
01:12:58,200 --> 01:13:00,240
tangisan kelegaan.

1028
01:13:00,920 --> 01:13:04,520
Penari Rose Metcalf,
antara mangsa terakhir yang diselamatkan

1029
01:13:04,600 --> 01:13:06,400
daripada kapal tenggelam itu.

1030
01:13:06,480 --> 01:13:10,920
Yang lain, termasuk Nick Tally
dan kawan-kawannya, juga selamat.

1031
01:13:11,000 --> 01:13:13,800
Ada keluarga Itali
yang menyerahkan anak mereka

1032
01:13:13,880 --> 01:13:17,480
dan dia kata, "Ambil anak saya.
Letak dia di dalam bot."

1033
01:13:17,560 --> 01:13:21,280
Kami tunggu lebih sejam setengah
sebelum dapat menaiki bot itu.

1034
01:13:31,200 --> 01:13:34,320
Saya terpaksa menunggu selama dua tahun.

1035
01:13:35,680 --> 01:13:40,720
Mayat mak saya
antara yang terakhir ditemukan.

1036
01:13:44,880 --> 01:13:47,480
Penemuan mayatnya

1037
01:13:48,320 --> 01:13:50,520
langsung tidak menenangkan saya.

1038
01:13:52,840 --> 01:13:57,280
Costa Concordia mengubah hidup saya.

1039
01:13:58,920 --> 01:14:03,840
Dia segala-galanya bagi saya,

1040
01:14:04,480 --> 01:14:05,680
dan saya juga bagi dia.

1041
01:14:07,200 --> 01:14:09,600
Siapa nama budak comel ini?

1042
01:14:09,680 --> 01:14:12,520
Nama budak ini Stefania.

1043
01:14:12,600 --> 01:14:14,360
Anak siapa ini?

1044
01:14:20,080 --> 01:14:24,720
Kapten kapal persiaran
yang karam di pesisir Tuscany ini

1045
01:14:24,800 --> 01:14:26,760
ditahan oleh pihak berkuasa Itali

1046
01:14:26,840 --> 01:14:30,440
atas tuduhan membunuh tanpa niat
dan meninggalkan kapal.

1047
01:14:30,520 --> 01:14:34,000
Dua kesalahan yang amat serius
dalam undang-undang maritim.

1048
01:14:34,080 --> 01:14:38,040
32 orang mati malam itu,
termasuk kanak-kanak berusia lima tahun.

1049
01:14:39,520 --> 01:14:41,320
Selepas kemalangan itu,

1050
01:14:41,400 --> 01:14:45,320
pasukan PR Costa
menjadi satu-satunya saluran maklumat,

1051
01:14:46,160 --> 01:14:50,080
dan jelas sekali mereka sudah menentukan
siapa yang bersalah.

1052
01:14:50,160 --> 01:14:52,680
Permainan menuding jari
kini semakin rancak

1053
01:14:52,760 --> 01:14:56,120
apabila pemilik kapal
menyalahkan kapten mereka.

1054
01:14:56,200 --> 01:15:00,200
Kami percaya ia kesilapan manusia.

1055
01:15:00,280 --> 01:15:04,080
Kapten tidak mengikut
laluan yang dibenarkan.

1056
01:15:09,360 --> 01:15:15,280
Salah satu aspek paling dramatik
dalam cerita ini berlaku pada 17 Januari.

1057
01:15:15,360 --> 01:15:18,280
Seorang wartawan tempatan
menjumpai pemacu USB

1058
01:15:18,360 --> 01:15:21,120
di dalam keretanya yang tidak berkunci.

1059
01:15:21,200 --> 01:15:24,760
USB ini mengandungi rakaman perbualan

1060
01:15:24,840 --> 01:15:28,560
antara pengawal pantai di Livorno
dengan Kapten Schettino

1061
01:15:28,640 --> 01:15:32,720
dalam tempoh Schettino mendakwa
dia sudah meninggalkan kapal.

1062
01:15:32,800 --> 01:15:34,600
PENGAWAL PANTAI: Apa kamu buat, kapten?

1063
01:15:34,680 --> 01:15:38,320
SCHETTINO: Saya di sini
untuk mengatur operasi menyelamat.

1064
01:15:38,400 --> 01:15:41,000
PENGAWAL PANTAI:
Atur operasi itu dari kapal.

1065
01:15:41,960 --> 01:15:43,040
Kamu menolak?

1066
01:15:43,560 --> 01:15:45,320
SCHETTINO: Bukannya menolak.

1067
01:15:45,400 --> 01:15:47,880
PENGAWAL PANTAI:
Kamu enggan kembali ke kapal?

1068
01:15:47,960 --> 01:15:50,200
Kenapa kamu tidak kembali ke kapal?

1069
01:15:50,280 --> 01:15:51,920
Apabila mendengar komander itu

1070
01:15:52,000 --> 01:15:55,080
mengarahkan Kapten Schettino
untuk kembali ke kapal,

1071
01:15:55,160 --> 01:15:56,240
anda takkan lupa.

1072
01:15:56,320 --> 01:16:00,000
PENGAWAL PANTAI: Kembali ke kapal.
Itu perintah! Jangan buat penilaian lain.

1073
01:16:00,080 --> 01:16:04,560
Kamu keluarkan arahan meninggalkan kapal.
Saya ambil kuasa! Kembali ke kapal!

1074
01:16:05,760 --> 01:16:08,440
Jelas? Kamu tak dengar?

1075
01:16:08,960 --> 01:16:11,400
SCHETTINO: Saya pergi.
PENGAWAL PANTAI: Pergi!

1076
01:16:11,480 --> 01:16:13,120
Disebabkan rakaman itu,

1077
01:16:13,200 --> 01:16:16,440
semua orang di dunia
mengenali Kapten Schettino

1078
01:16:16,520 --> 01:16:17,760
sebagai Kapten Pengecut.

1079
01:16:17,840 --> 01:16:19,280
Boleh beri laluan?

1080
01:16:19,360 --> 01:16:22,640
Kapten warga Itali, Francesco Schettino,

1081
01:16:22,720 --> 01:16:24,400
melangkah masuk ke mahkamah

1082
01:16:24,480 --> 01:16:28,120
dengan penuh yakin
seperti yang ditunjukkan di kapalnya.

1083
01:16:28,200 --> 01:16:30,760
Kapten Francesco Schettino
hadir di mahkamah

1084
01:16:30,840 --> 01:16:34,640
atas tuduhan membunuh tanpa niat,
menyebabkan bencana maritim

1085
01:16:34,720 --> 01:16:37,720
dan kecederaan terhadap 150 orang.

1086
01:16:37,800 --> 01:16:41,880
Perbicaraan berlangsung beberapa tahun
dan ia diadakan di teater

1087
01:16:41,960 --> 01:16:44,080
yang terletak di bandar Grosseto.

1088
01:16:44,160 --> 01:16:46,640
Saya menghadiri setiap perbicaraan.

1089
01:16:47,200 --> 01:16:49,080
Pihak pendakwa dengan tegasnya

1090
01:16:49,160 --> 01:16:52,360
menyalahkan Kapten Schettino
atas tragedi itu.

1091
01:16:52,440 --> 01:16:57,200
Semasa kapal dalam kawalannya,
beliau didakwa melakukan kecuaian.

1092
01:16:57,280 --> 01:17:00,720
Kapten menafikan
semua tuduhan terhadapnya,

1093
01:17:00,800 --> 01:17:05,280
dan bertegas bahawa orang lain juga
perlu bertanggungjawab.

1094
01:17:06,480 --> 01:17:09,800
Seluruh tumpuan diberi
kepada Kapten Schettino,

1095
01:17:09,880 --> 01:17:13,200
tapi salah satu persoalan utama
yang menjadi tanda tanya

1096
01:17:13,280 --> 01:17:17,080
adalah sama ada ia melibatkan
kegagalan mekanikal atau tidak.

1097
01:17:18,320 --> 01:17:23,160
Tidak lama selepas kejadian itu,
kotak hitam ditemukan, tetapi ia rosak.

1098
01:17:23,240 --> 01:17:25,200
Jadi, untuk tempoh masa itu,

1099
01:17:25,280 --> 01:17:27,480
tiada cara lain untuk mengetahui

1100
01:17:27,560 --> 01:17:30,680
kejadian sebenar yang berlaku
di anjungan malam itu.

1101
01:17:34,840 --> 01:17:37,760
Pada tahun 2012,
saya penyelidik sains komputer muda.

1102
01:17:41,920 --> 01:17:45,440
Saya diberi beberapa cakera
daripada Costa Concordia.

1103
01:17:45,520 --> 01:17:48,960
Dua pakar sudah cuba mengeluarkan datanya,

1104
01:17:49,840 --> 01:17:51,280
namun mereka gagal.

1105
01:17:51,800 --> 01:17:53,000
Saya jadi taasub.

1106
01:17:54,960 --> 01:18:00,080
Saya cipta perisian yang menerangkan
semua kejadian pada malam itu.

1107
01:18:00,160 --> 01:18:01,760
KAPTEN: Kita langgar di mana?

1108
01:18:02,280 --> 01:18:04,680
KETUA JURUTERA: Sudah kehabisan kuasa.

1109
01:18:05,760 --> 01:18:09,680
Penjana kecemasan Costa Concordia
mengalami masalah malam itu.

1110
01:18:09,760 --> 01:18:13,400
Secara khususnya,
ia hidup dan mati beberapa kali

1111
01:18:13,480 --> 01:18:19,400
dan tidak dapat disambungkan
dengan sistem kuasa kecemasan

1112
01:18:19,480 --> 01:18:22,080
untuk menghidupkan peranti kecemasan.

1113
01:18:22,160 --> 01:18:23,520
PENJANA KECEMASAN
DEK 11

1114
01:18:23,600 --> 01:18:28,280
Mustahil untuk mengesahkan
bagaimana orang mati di kapal,

1115
01:18:28,360 --> 01:18:31,440
tapi kita tahu sekurang-kurangnya
dua bot keselamatan

1116
01:18:31,520 --> 01:18:33,760
di bahagian atas kapal tidak berfungsi

1117
01:18:33,840 --> 01:18:36,960
disebabkan kegagalan penjana kecemasan.

1118
01:18:37,040 --> 01:18:39,920
Kita tahu mereka terpaksa turun dari bot

1119
01:18:40,000 --> 01:18:44,280
dan cuba mencari jalan
ke bot keselamatan lain di Dek 4.

1120
01:18:45,440 --> 01:18:47,000
Kita juga tahu,

1121
01:18:47,080 --> 01:18:50,040
disebabkan kegagalan penjana kecemasan,

1122
01:18:50,120 --> 01:18:52,200
lif tidak berfungsi.

1123
01:18:54,320 --> 01:18:55,840
KAPTEN: Tiga lima kosong.

1124
01:18:55,920 --> 01:18:57,280
JURUMUDI: Tiga empat kosong.

1125
01:18:57,360 --> 01:19:00,240
KAPTEN: Tiga lima kosong. Kanan.
JURUMUDI: Okey.

1126
01:19:00,320 --> 01:19:04,120
Melalui perisian yang saya cipta
untuk menggabungkan semua data ini,

1127
01:19:04,200 --> 01:19:05,720
ada satu kejutan besar.

1128
01:19:05,800 --> 01:19:08,440
Sejurus sebelum kemalangan itu,

1129
01:19:08,520 --> 01:19:11,000
kami dapati ada percanggahan

1130
01:19:11,080 --> 01:19:15,200
antara arahan kepada jurumudi
dengan arahan yang dilaksanakan.

1131
01:19:15,800 --> 01:19:16,760
KAPTEN: Ke kiri.

1132
01:19:16,840 --> 01:19:18,520
KRU ANJUNGAN: Ke kanan.
JURUMUDI: Ke kanan.

1133
01:19:18,600 --> 01:19:20,120
KAPTEN: Ke kiri.

1134
01:19:23,240 --> 01:19:26,840
Kita dapat dengar
Schettino memberi beberapa arahan.

1135
01:19:26,920 --> 01:19:32,960
Jurumudi pula, selama 13 saat,
melakukan yang sebaliknya.

1136
01:19:34,000 --> 01:19:35,880
Kemudian, satu kajian bebas

1137
01:19:35,960 --> 01:19:41,120
oleh Profesor Bruno Neri dan Paolo Neri
daripada Universiti Pisa menunjukkan,

1138
01:19:41,200 --> 01:19:44,040
jika arahan Schettino
dilaksanakan dengan betul,

1139
01:19:44,120 --> 01:19:48,240
perlanggaran hanya sedikit
atau langsung tiada.

1140
01:19:56,360 --> 01:19:58,040
Pada awal 2000-an,

1141
01:19:58,120 --> 01:20:01,000
industri pelayaran persiaran
berkembang pesat

1142
01:20:02,240 --> 01:20:05,880
dan syarikat pelayaran Costa dari Itali
menghadapi masalah.

1143
01:20:05,960 --> 01:20:07,320
Mereka tidak mampu bersaing.

1144
01:20:07,400 --> 01:20:10,480
Mereka hanya boleh bertahan
dalam industri itu

1145
01:20:10,560 --> 01:20:13,400
sekiranya diambil alih
oleh syarikat Amerika.

1146
01:20:15,520 --> 01:20:18,880
Dengan pengembangan Costa,
mereka perlu mencari kakitangan

1147
01:20:18,960 --> 01:20:22,480
serta cuba melatih mereka
secepat dan sebaik mungkin.

1148
01:20:23,000 --> 01:20:27,360
Kita perlu ambil maklum bahawa
Kapten Schettino menulis kepada Costa

1149
01:20:27,440 --> 01:20:30,920
kerana kakitangan
dinaikkan pangkat terlalu cepat,

1150
01:20:31,000 --> 01:20:32,920
mereka tidak dilatih secukupnya

1151
01:20:33,000 --> 01:20:36,840
dan mereka tidak sesuai
dengan kapal yang dia mahu kendalikan.

1152
01:20:38,240 --> 01:20:43,120
Kita mendapat tahu bahawa jurumudi itu
dinaikkan pangkat dengan cepat.

1153
01:20:43,200 --> 01:20:45,800
Ia dapat dilihat jelas semasa krisis,

1154
01:20:45,880 --> 01:20:50,200
pada waktu penting dia perlu memahami
arahan Kapten Schettino,

1155
01:20:50,280 --> 01:20:53,880
terhadap kekangan bahasa
dan kemungkinan besar dia tidak faham

1156
01:20:53,960 --> 01:20:55,360
arahan daripada kapten.

1157
01:21:02,840 --> 01:21:06,360
11 FEBRUARI 2015
HARI PENJATUHAN HUKUMAN

1158
01:21:07,680 --> 01:21:09,760
Bagi pihak rakyat Itali,

1159
01:21:09,840 --> 01:21:16,200
berdasarkan artikel 533 dan 535,
mahkamah mendapati

1160
01:21:16,720 --> 01:21:21,160
Francesco Schettino bersalah
atas jenayah yang dihadapkan.

1161
01:21:21,240 --> 01:21:27,000
Hukuman keseluruhannya ialah
16 tahun penjara dan satu bulan tahanan.

1162
01:21:27,080 --> 01:21:29,280
Hari ini, kapten Costa Concordia

1163
01:21:29,360 --> 01:21:32,840
didapati bersalah membunuh tanpa niat
serta meninggalkan kapal

1164
01:21:32,920 --> 01:21:34,560
dan dihukum penjara 16 tahun.

1165
01:21:35,120 --> 01:21:38,440
Costa Cruises setuju
untuk membayar denda satu juta Euro.

1166
01:21:38,520 --> 01:21:40,480
Syarikat itu tidak didakwa di mahkamah.

1167
01:21:40,560 --> 01:21:41,840
Lima pekerja lain disabitkan

1168
01:21:41,920 --> 01:21:44,480
atas pembunuhan tanpa niat,
kecuaian dan mengaramkan kapal

1169
01:21:44,560 --> 01:21:46,800
termasuk Manrico Giampedroni.
Mereka tidak dipenjarakan.

1170
01:21:49,120 --> 01:21:52,600
Saya takkan bekerja
dalam industri pelayaran persiaran lagi.

1171
01:21:54,840 --> 01:21:59,920
Saya berdoa tiada sesiapa
perlu hadapi situasi seperti ini.

1172
01:22:02,280 --> 01:22:05,080
Duit saya semuanya hilang.

1173
01:22:05,160 --> 01:22:10,080
Namun, ia mengajar saya,
nyawa lebih penting daripada wang.

1174
01:22:10,960 --> 01:22:13,880
Jadi, apabila saya bangun setiap pagi,

1175
01:22:14,480 --> 01:22:15,960
perkara pertama yang saya buat,

1176
01:22:16,040 --> 01:22:17,800
saya ucapkan kesyukuran.

1177
01:22:19,960 --> 01:22:21,480
Banyak yang saya belajar.

1178
01:22:22,080 --> 01:22:24,000
Sekarang saya boleh berenang.

1179
01:22:35,440 --> 01:22:38,200
Nak nyanyi lagi? Okey, nyanyilah.

1180
01:22:45,640 --> 01:22:47,520
Dua, tiga…

1181
01:22:48,960 --> 01:22:52,120
Apabila kami pulang,
saya tidak seperti dulu lagi.

1182
01:22:53,640 --> 01:22:58,480
Saya didapati mengalami PTSD.
Saya dapat serangan panik. Mimpi ngeri.

1183
01:22:59,480 --> 01:23:02,200
Kami risau tentang Lila

1184
01:23:02,280 --> 01:23:07,080
selepas semua yang dia lalui
dari segi fizikal dan emosi.

1185
01:23:07,800 --> 01:23:11,920
Kami pantau dia beberapa minggu
untuk pastikan dia tidak terkesan.

1186
01:23:12,000 --> 01:23:13,760
Tengok lidah itu.

1187
01:23:14,320 --> 01:23:16,280
Boleh buat muka kelakar lain?

1188
01:23:17,600 --> 01:23:21,480
Saya tahu kesannya kepada saya,
tapi dia setahun dan tak boleh bercakap.

1189
01:23:21,560 --> 01:23:26,320
Jadi, kami dapatkan rundingan
pakar psikologi dan doktor pakar.

1190
01:23:26,400 --> 01:23:29,640
Jumpa lagi, babai! Pergi berseronok!

1191
01:23:30,840 --> 01:23:32,400
- Babai.
- Babai.

1192
01:23:33,640 --> 01:23:38,680
Tapi dia membesar
seperti kanak-kanak normal.

1193
01:23:39,520 --> 01:23:41,120
Kami selalu bincangkannya.

1194
01:23:41,200 --> 01:23:45,760
Kenapa Tuhan pilih
untuk selamatkan kami malam itu?

1195
01:23:45,840 --> 01:23:47,080
Kenapa kami di sini?

1196
01:23:47,160 --> 01:23:50,320
Apa yang patut kami buat
dengan masa yang diberi?

1197
01:23:50,400 --> 01:23:53,600
Lila hidup dan hidupnya indah.

1198
01:23:54,200 --> 01:23:57,600
Dengan rahmat Tuhan, kami terselamat.

1199
01:23:59,440 --> 01:24:01,760
John, dia selamat sebab awak.

1200
01:24:19,600 --> 01:24:21,520
Saya bermati-matian malam itu

1201
01:24:22,120 --> 01:24:23,720
untuk selamatkan mereka.

1202
01:24:24,800 --> 01:24:27,120
Ada masa saya rasa kami takkan selamat.

1203
01:24:28,280 --> 01:24:29,960
Tapi saya gembira kami selamat.

1204
01:24:31,840 --> 01:24:35,280
Apabila saya kenang
semua yang berlaku sejak sedekad lalu

1205
01:24:35,360 --> 01:24:38,120
dan hidup yang kami jalani,
kami rasa bertuah.

1206
01:24:40,280 --> 01:24:45,920
Lila remaja 15 tahun yang matang,
merendah diri dan hebat.

1207
01:24:47,080 --> 01:24:49,880
Dia penari balet yang sangat cantik.

1208
01:24:51,320 --> 01:24:54,200
Dia ada minat menari
yang dianugerahkan Tuhan.

1209
01:25:01,200 --> 01:25:03,360
Dia gadis yang sangat cantik.

1210
01:25:04,160 --> 01:25:05,680
Dunia ini miliknya.

1211
01:25:06,360 --> 01:25:10,920
Dia akan meninggalkan kesan kepada dunia
kerana terselamat malam itu.

1212
01:25:24,520 --> 01:25:28,760
Kami dapat tahu
tidak lama selepas kami balik

1213
01:25:28,840 --> 01:25:30,520
bahawa Meghan mengandung.

1214
01:25:31,160 --> 01:25:35,360
Dia mengandung pada malam itu
semasa kami berjuang untuk hidup.

1215
01:25:36,040 --> 01:25:42,000
Salah satu anugerah paling penting
yang saya terima ialah kehamilan itu.

1216
01:25:45,080 --> 01:25:49,440
Yang lucunya, apabila mereka menghitung
berdasarkan imbasan saya,

1217
01:25:49,520 --> 01:25:53,760
tarikh permulaan kehamilan
adalah pada malam bencana kapal itu.

1218
01:25:53,840 --> 01:25:57,240
Kami berdua kata,
"Percayalah, itu bukan tarikhnya," tapi…

1219
01:25:58,280 --> 01:26:00,840
Sekarang awak tahu
kenapa saya tak sempat pakai baju.

1220
01:27:28,440 --> 01:27:33,440
Terjemahan sari kata oleh Liyana Osman



