1
00:00:02,000 --> 00:00:07,000
Downloaded from
YTS.BZ

2
00:00:08,000 --> 00:00:13,000
Official YIFY movies site:
YTS.BZ

3
00:00:30,613 --> 00:00:31,865
- Yang merah.
- Dah pasang?

4
00:00:31,948 --> 00:00:33,575
Ia sedang rakam. Hai.

5
00:00:33,658 --> 00:00:34,951
- Hai.
- Tengok.

6
00:00:35,577 --> 00:00:38,038
Okey, awak boleh ke depan dan belakang.

7
00:00:38,121 --> 00:00:42,208
Kemudian, ini butang fokus.

8
00:00:42,292 --> 00:00:44,502
- Kita ada…
- Saya masak sarapan.

9
00:00:44,586 --> 00:00:46,463
…Karen sedang masak sarapan.

10
00:00:46,546 --> 00:00:49,132
Ini anak kecil kita, Moriah.

11
00:00:49,215 --> 00:00:51,676
Moriah dah berumur lapan minggu.

12
00:00:51,760 --> 00:00:54,596
Moriah dilahirkan
ketika ribut petir dan guruh.

13
00:00:55,513 --> 00:00:58,433
Sabung menyabung, berdentum-dentam,

14
00:00:58,516 --> 00:01:00,518
sekelilingnya penuh tenaga.

15
00:01:00,602 --> 00:01:02,854
Paru-parunya macam guruh.

16
00:01:02,937 --> 00:01:05,565
29 DISEMBER 1996

17
00:01:08,526 --> 00:01:11,154
Mungkin itu antara sebab
dia atlet yang bagus

18
00:01:11,237 --> 00:01:13,448
sebab dia banyak buat senaman peparu.

19
00:01:25,919 --> 00:01:28,379
Ada banyak detik indah untuk dihargai.

20
00:01:28,463 --> 00:01:30,507
- Ya, banyak.
- Ya.

21
00:01:30,590 --> 00:01:33,593
Amat menakjubkan melihat dia dilahirkan

22
00:01:33,676 --> 00:01:35,637
dan bernafas buat kali pertama.

23
00:01:36,513 --> 00:01:39,307
Dia duduk. Itu dia sedang duduk buat…

24
00:01:39,390 --> 00:01:41,392
Boleh dikatakan buat kali pertama.

25
00:01:41,476 --> 00:01:43,686
Dia dah mula belajar.

26
00:01:43,770 --> 00:01:47,107
Cahaya dalam dirinya mula berkelip-kelip.

27
00:01:47,690 --> 00:01:49,526
Ayah nampak kamu.

28
00:01:49,609 --> 00:01:51,361
Itu dia.

29
00:01:51,444 --> 00:01:55,031
21 SEPTEMBER 1997

30
00:01:55,740 --> 00:01:57,117
Tunjukkan kamu menunggang.

31
00:01:57,200 --> 00:02:00,036
Saya rasa seperti dah lama kenal dia.

32
00:02:00,120 --> 00:02:01,871
Rasa macam sudah biasa.

33
00:02:01,955 --> 00:02:03,873
Ya, tapi tetap gembira.

34
00:02:03,957 --> 00:02:04,999
Hai.

35
00:02:06,376 --> 00:02:09,212
Kemudian, beberapa hari selepas dia lahir,

36
00:02:09,295 --> 00:02:12,674
saya sedang duduk di sofa
sambil dengar lagu Shawn Colvin.

37
00:02:13,842 --> 00:02:17,554
Ia buat saya terfikir
dia akan tinggalkan saya suatu hari nanti.

38
00:02:17,637 --> 00:02:18,763
28 NOVEMBER 1997

39
00:02:19,389 --> 00:02:21,599
Kali pertama Moriah main ski.

40
00:02:22,100 --> 00:02:23,977
3 FEBRUARI 1998

41
00:02:27,605 --> 00:02:29,232
Ada dua orang datang.

42
00:02:29,315 --> 00:02:31,109
11.18 PAGI
4 OGOS 2001

43
00:02:31,192 --> 00:02:33,403
Moriah datang.

44
00:02:33,486 --> 00:02:34,404
Apa khabar?

45
00:02:34,487 --> 00:02:35,989
- Bagus.
- Bagus. Seronok?

46
00:02:36,072 --> 00:02:37,157
- Ya.
- Baiklah.

47
00:02:39,159 --> 00:02:41,286
Menariknya, apabila dikenang semula,

48
00:02:41,369 --> 00:02:46,416
entah bagaimana tubuhnya atau jiwanya tahu

49
00:02:46,499 --> 00:02:50,712
yang masanya tak panjang
berbanding orang lain.

50
00:02:50,795 --> 00:02:52,338
Itu sebabnya dia…

51
00:02:52,422 --> 00:02:54,132
Mungkin ada rasa kebimbangan,

52
00:02:54,215 --> 00:02:57,927
rasa terdesak
di sebalik setiap perbuatannya.

53
00:02:59,929 --> 00:03:04,893
Lima, empat, tiga, dua, satu!

54
00:03:07,562 --> 00:03:08,479
Bagus, Mo.

55
00:03:15,153 --> 00:03:17,030
Dia tak nampak akan perlahan.

56
00:03:17,113 --> 00:03:20,950
Penunggangan hebat kerana Moriah Wilson
tahu ke mana harus dituju.

57
00:03:21,951 --> 00:03:23,453
Dia nampak sangat selesa.

58
00:03:23,536 --> 00:03:25,997
Saya tahu dia gigih dan lama berlatih.

59
00:03:26,080 --> 00:03:29,500
Dia sudah biasa dengan keadaan sebegini.

60
00:03:31,669 --> 00:03:33,963
Ini Moriah Wilson,

61
00:03:34,047 --> 00:03:39,344
pemenang pusingan pertama
Grand Prix Life Time 2022.

62
00:03:39,427 --> 00:03:41,387
- Ayuh!
- Ayuh, Mo.

63
00:03:46,351 --> 00:03:49,354
Dia umpama berlian belum digilap.

64
00:03:51,147 --> 00:03:54,192
Dia atlet yang muncul
sekali dalam satu generasi.

65
00:03:55,026 --> 00:03:57,862
Dia tahu dia mula menemui
kekuatan dirinya.

66
00:03:57,946 --> 00:04:00,281
Dari segi emosi,

67
00:04:00,365 --> 00:04:03,576
ia penuh dengan kemungkinan.

68
00:04:16,798 --> 00:04:18,216
Austin 911.

69
00:04:18,883 --> 00:04:21,636
Kawan saya bermalam dengan saya,
saya baru masuk ke rumah,

70
00:04:21,719 --> 00:04:27,100
dia terbaring di atas lantai
dan berlumuran darah.

71
00:04:30,895 --> 00:04:32,689
Sukar untuk ingat semula.

72
00:04:32,772 --> 00:04:34,232
RAKAN MORIAH

73
00:04:34,315 --> 00:04:35,400
Siapa nama awak?

74
00:04:35,483 --> 00:04:36,859
Nama saya Caitlin.

75
00:04:36,943 --> 00:04:40,363
- Caitlin, awak dengan dia sekarang?
- Ya, saya dengan dia.

76
00:04:40,446 --> 00:04:42,991
- Dia sedar?
- Dia tak sedarkan diri.

77
00:04:43,074 --> 00:04:46,411
Darah penuh pada mukanya
dan di belakang kepalanya.

78
00:04:46,494 --> 00:04:47,912
Dia bernafas?

79
00:04:47,996 --> 00:04:49,330
Dia…

80
00:04:49,414 --> 00:04:50,415
Tak.

81
00:04:50,498 --> 00:04:52,208
Saya akan panggilkan bantuan

82
00:04:52,292 --> 00:04:54,669
dan saya akan beritahu awak
apa nak buat.

83
00:04:54,752 --> 00:04:55,712
Okey.

84
00:04:55,795 --> 00:04:58,423
Baringkan dia lurus di atas lantai.

85
00:04:58,506 --> 00:05:01,009
Letak tumit tangan awak
pada tulang dadanya

86
00:05:01,092 --> 00:05:03,594
dan letak tangan satu lagi
atas tangan itu.

87
00:05:03,678 --> 00:05:04,512
Ya.

88
00:05:04,595 --> 00:05:07,807
Tekan dada dia kuat dan laju,
paling kurang dua kali sesaat

89
00:05:07,890 --> 00:05:09,142
dan sedalam dua inci.

90
00:05:09,225 --> 00:05:11,561
Kira kuat-kuat,
jadi saya boleh kira bersama.

91
00:05:11,644 --> 00:05:13,896
Satu, dua, tiga,

92
00:05:13,980 --> 00:05:15,732
empat, lima, enam…

93
00:05:15,815 --> 00:05:16,774
Bagus.

94
00:05:16,858 --> 00:05:20,194
Teruskan. Bantuan datang
secepat mungkin. Teruskan.

95
00:05:20,278 --> 00:05:23,323
…13, 14, 15, 16, 17.

96
00:05:23,406 --> 00:05:26,367
Teruskan. Mungkin ada polis tiba
sekejap lagi.

97
00:05:26,451 --> 00:05:28,995
Tak apa. Jangan tinggalkan dia
dan jangan berhenti.

98
00:05:29,078 --> 00:05:31,164
Baiklah. Dua, tiga…
Saya dengar mereka datang.

99
00:05:31,247 --> 00:05:34,542
Bagus. Teruskan. Jangan tinggalkan dia.
Mereka akan cari awak.

100
00:05:34,625 --> 00:05:37,962
Di rumah belakang.
Mereka kena lalu lorong belakang.

101
00:05:38,046 --> 00:05:40,882
26, 27, 28, 29, masuk.

102
00:05:40,965 --> 00:05:45,511
Teruskan, Caitlin. Jangan berhenti.
Teruskan. Awak buat dengan baik. Teruskan.

103
00:05:46,596 --> 00:05:49,766
Saya kena berhenti?
Saya tak tahu apa yang berlaku!

104
00:05:58,232 --> 00:06:00,526
- Itu pegawai poliskah?
- Ya.

105
00:06:00,610 --> 00:06:02,570
Ya, itu pegawai polis.

106
00:06:06,115 --> 00:06:07,867
Dia tak tinggal di sini.

107
00:06:07,950 --> 00:06:10,370
Tadi dia bersama kawan kami, Colin.

108
00:06:10,453 --> 00:06:13,664
- Colin? Siapa nama keluarga Colin?
- Colin Strickland.

109
00:06:13,748 --> 00:06:15,750
Saya tak faham

110
00:06:16,584 --> 00:06:20,213
kenapa mereka tak bawa dia turun
dan bawa dia ke hospital?

111
00:06:20,296 --> 00:06:21,547
Siapa nama dia?

112
00:06:21,631 --> 00:06:23,216
Namanya Moriah.

113
00:06:23,299 --> 00:06:26,803
Moriah ialah nama tengahnya.
Nama pertamanya Anna.

114
00:06:26,886 --> 00:06:30,807
Jadi, akhirnya saya tanya pegawai
yang menyoal saya. Saya kata…

115
00:06:32,058 --> 00:06:35,436
"Kenapa lambat sangat
mereka bawa dia ke ambulans?

116
00:06:35,520 --> 00:06:37,605
Dia perlukan bantuan."

117
00:06:37,688 --> 00:06:40,775
Dia cakap lebih kurang begini,

118
00:06:42,235 --> 00:06:44,362
"Kawan awak tak dapat diselamatkan."

119
00:07:03,339 --> 00:07:05,842
Hari ini, dua tahun lalu,

120
00:07:05,925 --> 00:07:08,094
pada 12 Mei,

121
00:07:09,595 --> 00:07:11,097
2022…

122
00:07:11,180 --> 00:07:13,474
IBU MORIAH

123
00:07:13,558 --> 00:07:16,644
Saya di sini, sedang susun kepingan kadbod

124
00:07:16,727 --> 00:07:18,146
untuk bunuh rumput

125
00:07:18,229 --> 00:07:22,608
sebab saya nak luaskan sedikit taman kami

126
00:07:22,692 --> 00:07:25,278
sebab Moriah nak pindah balik ke rumah.

127
00:07:26,487 --> 00:07:29,907
Kemudian, saya pandang ke jalan masuk,

128
00:07:29,991 --> 00:07:31,826
saya nampak…

129
00:07:31,909 --> 00:07:33,494
Pegawai polis.

130
00:07:34,662 --> 00:07:36,956
Dia tanya saya sama ada saya…

131
00:07:39,375 --> 00:07:41,502
"Awak kenal Anna? Anna Wilson?"

132
00:07:41,586 --> 00:07:44,797
Saya kata, "Ya, itu anak saya.
Dia tak apa-apa?"

133
00:07:46,132 --> 00:07:49,469
Dia kata, "Tidak, dia dah tiada."

134
00:07:49,552 --> 00:07:52,388
ANNA MORIAH WILSON DALAM KENANGAN
18 MEI 1996

135
00:07:52,472 --> 00:07:53,848
Dan

136
00:07:53,931 --> 00:07:55,600
ia tak masuk akal.

137
00:07:55,683 --> 00:07:57,602
Ia tak masuk akal. Ia masih tak…

138
00:07:57,685 --> 00:08:01,063
- Ia masih tak masuk akal.
- …masuk akal. Kami cuma…

139
00:08:01,647 --> 00:08:03,274
Ada perkara yang kita…

140
00:08:05,109 --> 00:08:07,778
takkan faham dan tahu.

141
00:08:07,862 --> 00:08:10,490
Tiada penjelasan yang kukuh.

142
00:08:20,625 --> 00:08:22,168
Ketika itu, saya di rumah.

143
00:08:22,251 --> 00:08:25,963
Tiba-tiba, telefon saya berbunyi.
Sarjan bertugas yang telefon.

144
00:08:26,756 --> 00:08:31,385
Dia beri sedikit saja maklumat,
"Hei, ada pembunuhan."

145
00:08:32,011 --> 00:08:35,139
"Seorang individu ditembak
dan tiada maklumat suspek."

146
00:08:36,807 --> 00:08:39,602
Boleh duduk di kerusi putih itu?

147
00:08:39,685 --> 00:08:42,605
Detektif akan datang
dan bercakap dengan awak.

148
00:08:42,688 --> 00:08:45,858
Ini siasatan homisid pertama saya
sebagai ketua detektif.

149
00:08:45,942 --> 00:08:47,193
Saya memang gementar.

150
00:08:47,276 --> 00:08:49,737
Saya tak tahu apa nak dijangka.

151
00:08:49,820 --> 00:08:51,239
Setiap kali dia ke sini,

152
00:08:51,322 --> 00:08:54,575
dia ada kata dia ada bercakap
dengan orang lain?

153
00:08:54,659 --> 00:08:58,788
Ada apa-apa rancangan
yang mungkin dia sebut

154
00:08:58,871 --> 00:09:00,873
atau kata, "Saya cakap dengan si polan"?

155
00:09:00,957 --> 00:09:02,875
- Colin saja.
- Okey.

156
00:09:02,959 --> 00:09:05,503
Dia tak kenal sesiapa di sini. Dia tak…

157
00:09:05,586 --> 00:09:07,797
- Okey.
- Dia baru datang ke sini.

158
00:09:07,880 --> 00:09:11,008
- Okey.
- Ini kali kedua dia datang ke Austin.

159
00:09:11,092 --> 00:09:14,220
Rakan sekerja saya
sudah gambarkan keadaan lokasi.

160
00:09:14,303 --> 00:09:19,559
Dia kata tiada kesan rempuhan masuk
ke dalam rumah itu. Tiada apa-apa rosak.

161
00:09:19,642 --> 00:09:22,186
Tak nampak macam ada apa-apa disepahkan,

162
00:09:22,270 --> 00:09:24,605
jadi, pada saya, tiada gangguan.

163
00:09:24,689 --> 00:09:28,442
Kami akan buat kesatan pada tangan awak
untuk periksa kesan tembakan.

164
00:09:28,526 --> 00:09:29,402
Okey.

165
00:09:29,485 --> 00:09:33,864
Saya sedar saya disoal siasat

166
00:09:33,948 --> 00:09:36,117
sebagai suspek berkemungkinan.

167
00:09:36,200 --> 00:09:37,785
Ini kesatan bukal.

168
00:09:37,868 --> 00:09:41,539
Maknanya kami akan buat
sedikit kesatan DNA.

169
00:09:41,622 --> 00:09:43,541
Kesat pada bahagian dalam mulut.

170
00:09:43,624 --> 00:09:48,170
Mereka ambil sampel DNA,
mereka kesat tangan saya,

171
00:09:48,254 --> 00:09:49,922
mereka ambil gambar saya

172
00:09:50,006 --> 00:09:55,636
dan akhirnya
mereka benarkan saya cuci tangan.

173
00:09:59,015 --> 00:10:02,602
Semasa saya cuci tangan
di tandas balai polis,

174
00:10:02,685 --> 00:10:06,939
saya nampak semua…

175
00:10:08,149 --> 00:10:10,568
darahnya mengalir ke dalam singki

176
00:10:10,651 --> 00:10:12,820
dan saya ada…

177
00:10:13,988 --> 00:10:16,532
Saya ada memori yang jelas…

178
00:10:17,575 --> 00:10:19,994
saya mahukannya balik.

179
00:10:21,871 --> 00:10:24,123
Dia dah dibawa keluar dari rumah saya?

180
00:10:24,206 --> 00:10:27,335
Unit lokasi jenayah kami masih di sana.

181
00:10:27,418 --> 00:10:29,587
Mereka sedang proses semuanya.

182
00:10:30,379 --> 00:10:32,173
Dia masih terbaring di situ?

183
00:10:32,256 --> 00:10:34,550
Buat masa ini, ya.

184
00:10:35,176 --> 00:10:39,597
Sebab kami nak pastikan
kami buat semuanya dengan betul.

185
00:10:39,680 --> 00:10:42,224
Tak, saya faham, tapi dia berseorangan.

186
00:10:42,308 --> 00:10:43,225
Saya tahu.

187
00:10:44,810 --> 00:10:45,645
Okey.

188
00:10:47,730 --> 00:10:49,732
Tapi mereka takkan tinggalkan dia?

189
00:10:49,815 --> 00:10:50,733
Tidak.

190
00:10:50,816 --> 00:10:53,152
Dia takkan bersendirian?

191
00:10:53,235 --> 00:10:55,488
Tidak. Takkan.

192
00:11:00,034 --> 00:11:01,661
Sebelum ke hal lain,

193
00:11:01,744 --> 00:11:04,747
saya nak tahu
bagaimana awak kenal keluarga Wilson

194
00:11:04,830 --> 00:11:06,457
dan siapa awak kenal dulu?

195
00:11:06,540 --> 00:11:08,793
Awak kenal keluarganya sebelum Mo.

196
00:11:08,876 --> 00:11:10,252
Ya. Betul.

197
00:11:10,336 --> 00:11:13,297
Saya…

198
00:11:13,381 --> 00:11:15,216
Biar saya mulakan semula.

199
00:11:15,299 --> 00:11:16,926
Biar saya fikirkannya.

200
00:11:18,844 --> 00:11:19,679
Ya.

201
00:11:21,389 --> 00:11:22,682
BURKE TIMUR

202
00:11:22,765 --> 00:11:26,852
Sebaik selepas wabak itu,
saya pindah ke Vermont untuk musim panas.

203
00:11:26,936 --> 00:11:29,188
Saya pemilik bersama sebuah perniagaan

204
00:11:29,271 --> 00:11:33,025
inap-sarapan di Burke Timur.

205
00:11:33,109 --> 00:11:35,403
Saya tiada kawan di Vermont,

206
00:11:35,486 --> 00:11:41,450
jadi saya sertai klinik basikal kerikil,
klinik berbasikal gunung dan sebagainya.

207
00:11:41,534 --> 00:11:44,537
Saya jumpa sebuah komuniti yang hebat ini

208
00:11:44,620 --> 00:11:49,750
dan diminta hasilkan hantaran media sosial
untuk perlumbaan bernama Rooted Vermont.

209
00:11:55,047 --> 00:11:57,758
Satu-satunya masa
kami lihat Moriah berlumba

210
00:11:57,842 --> 00:11:59,552
ialah di perlumbaan Rooted.

211
00:11:59,635 --> 00:12:03,389
Kami bersorak untuknya di tepi jalan
dan terserempak dengan seorang gadis.

212
00:12:04,014 --> 00:12:06,142
Saya tanya, "Awak sokong siapa?"

213
00:12:06,225 --> 00:12:09,895
Mereka kata, "Anak kami, Moriah."
Saya fikir, biar betul.

214
00:12:10,563 --> 00:12:13,858
"Biar betul. Dia pelumba kegemaran saya.

215
00:12:13,941 --> 00:12:17,528
Saya tak boleh cakap begitu
sebab tak boleh berat sebelah."

216
00:12:17,611 --> 00:12:19,905
Moriah Wilson masuk.

217
00:12:19,989 --> 00:12:21,866
Tempat ketiga, wanita.

218
00:12:22,950 --> 00:12:24,910
TEMPAT KE-3
4 JAM 21 MINIT, 131 KM

219
00:12:26,454 --> 00:12:30,541
Cash kata dia pemilik bersama
sebuah rumah tumpangan di Burke Timur.

220
00:12:31,333 --> 00:12:34,462
Ia seperti salah satu detik
yang terasa seperti,

221
00:12:34,545 --> 00:12:37,840
"Wah, ini takdir."
Saya memang patut berada di Vermont.

222
00:12:37,923 --> 00:12:41,343
Memang takdir saya bertemu keluarga ini
dan menyaksikannya.

223
00:12:41,427 --> 00:12:46,307
Moriah tahu tentang Cash melalui kami
dan mereka bertemu pada musim luruh.

224
00:12:46,390 --> 00:12:47,224
ADIK MORIAH

225
00:12:53,814 --> 00:12:57,318
Dia berlumba dalam perlumbaan
bernama Big Sugar.

226
00:12:57,401 --> 00:12:59,653
Ia perlumbaan sejauh 177 kilometer.

227
00:12:59,737 --> 00:13:02,782
Saya berlumba dalam laluan 80 kilometer.

228
00:13:02,865 --> 00:13:06,410
Saya tamatkan perlumbaan saya,

229
00:13:06,494 --> 00:13:08,954
dan sungguh, sepuluh minit kemudian,

230
00:13:09,038 --> 00:13:12,124
mereka umumkan,
"Tempat pertama, Moriah Wilson."

231
00:13:12,208 --> 00:13:16,295
Dia tamatkan dua kali ganda jarak saya
dalam tempoh yang sama.

232
00:13:17,546 --> 00:13:22,092
TEMPAT PERTAMA
5 JAM 30 MINIT, 167 KM

233
00:13:26,180 --> 00:13:29,099
Mereka jadi macam adik-beradik
begitu saja.

234
00:13:29,183 --> 00:13:33,646
Mereka cepat rapat dan segera jadi kawan.

235
00:13:39,151 --> 00:13:44,490
Ia sesuatu yang istimewa
apabila ada kawan dalam komuniti baharu.

236
00:13:44,573 --> 00:13:47,743
Mo Wilson sedang mengelilingi saya.

237
00:13:47,827 --> 00:13:50,579
Ini pusingan ke-14 dia. Dia datang balik.

238
00:13:51,413 --> 00:13:55,918
Melihat dia berjaya
sangat memberi inspirasi.

239
00:13:56,001 --> 00:13:57,711
Dia kuasai perlumbaan.

240
00:13:57,795 --> 00:13:59,880
Dia ada ketangkasan dan keazaman.

241
00:14:05,636 --> 00:14:07,221
Bermula dari usia muda,

242
00:14:07,304 --> 00:14:11,392
Morah ada kecenderungan semula jadi
untuk menjadi atletik.

243
00:14:11,475 --> 00:14:13,352
Dia sangat berazam tinggi.

244
00:14:14,103 --> 00:14:17,857
Kalau tak berjaya, dia kecewa.
Jadi dia berusaha lebih keras.

245
00:14:17,940 --> 00:14:20,359
3.02 PETANG
26 MAC 2005

246
00:14:20,442 --> 00:14:23,070
Kami banyak habiskan masa
bermain ski menuruni bukit.

247
00:14:24,154 --> 00:14:25,406
Hei!

248
00:14:26,407 --> 00:14:28,242
- Macam mana, sayang?
- Bagus.

249
00:14:29,034 --> 00:14:32,788
Saya ingat ketika kali pertama
dia sertai perlumbaan ski,

250
00:14:32,872 --> 00:14:36,083
dia meneliti orang di podium.

251
00:14:36,166 --> 00:14:40,045
Pandangan matanya seolah-olah berkata,
"Saya nak berdiri di situ."

252
00:14:42,339 --> 00:14:45,593
Banyak juga yang dia tulis mengenainya
dalam jurnalnya.

253
00:14:48,304 --> 00:14:53,642
"Sangat terinspirasi dengan Olimpik.
Aku nak sangat jadi atlet Olimpik.

254
00:14:53,726 --> 00:14:56,645
Suatu hari nanti, aku akan mencapainya."

255
00:14:57,354 --> 00:14:59,064
Moriah, berski bebas.

256
00:15:01,859 --> 00:15:03,694
Aku rasa sangat kuat.

257
00:15:03,777 --> 00:15:06,405
Aku akan jadi gadis terkuat
dan paling gigih

258
00:15:06,488 --> 00:15:08,490
di Akademi Gunung Burke musim luruh ini.

259
00:15:08,574 --> 00:15:10,743
Tentang itu, aku yakin.

260
00:15:12,077 --> 00:15:15,664
Akademi Gunung Burke bermula pada 1970.

261
00:15:15,748 --> 00:15:18,167
Mereka ada program pertama di negara ini

262
00:15:18,250 --> 00:15:21,337
yang benar-benar fokus
pada bermain ski separuh hari

263
00:15:21,420 --> 00:15:23,088
dan bersekolah separuh hari.

264
00:15:24,590 --> 00:15:27,092
Antara syarat utama untuk belajar di sini,

265
00:15:27,176 --> 00:15:30,763
kita perlu ada impian
untuk jadi atlet peringkat Olimpik.

266
00:15:30,846 --> 00:15:35,100
Dia ada impian itu dari awal lagi
dan dapat inspirasi daripada ayah kami

267
00:15:35,184 --> 00:15:40,856
yang pernah berada dalam haluan itu,
tapi sipi-sipi terlepas sertai Olimpik.

268
00:15:40,940 --> 00:15:43,442
Moriah, masih dalam pusingan pertama.

269
00:15:45,235 --> 00:15:48,948
Aku mahu buat sehabis baik
untuk jadi pemain ski terbaik.

270
00:15:49,031 --> 00:15:52,868
Aku akan usaha lebih keras
daripada orang lain untuk ke puncak.

271
00:15:54,411 --> 00:15:55,871
Alamak.

272
00:15:56,872 --> 00:16:00,542
Kecederaan antara sebab utama
dia tak dapat capai matlamatnya.

273
00:16:01,168 --> 00:16:06,048
Ligamen lututnya koyak di sekolah menengah
dan ia koyak lagi selepas itu.

274
00:16:07,383 --> 00:16:11,470
Dia masih suka main ski
dan saya rasa dia sukar melepaskannya.

275
00:16:11,553 --> 00:16:15,307
Tapi dia tahu ia dah berakhir.
Kerjaya skinya dah berakhir.

276
00:16:16,517 --> 00:16:21,230
Saya habiskan banyak masa berbasikal
bersama keluarga saya ketika membesar,

277
00:16:21,313 --> 00:16:25,901
kemudian saya temui
sukan berbasikal batu kelikir

278
00:16:25,985 --> 00:16:28,237
dan saya beli basikal batu kelikir.

279
00:16:29,530 --> 00:16:32,908
Dia nekad nak jadi pelumba profesional,

280
00:16:32,992 --> 00:16:35,953
saya galakkannya untuk teruskan
dan dia mampu lakukannya.

281
00:16:37,121 --> 00:16:38,580
Ayuh, Mo!

282
00:16:38,664 --> 00:16:41,208
Bertahan, Mo! Awak boleh, Mo! Awak boleh!

283
00:16:42,793 --> 00:16:44,753
Ayuh, Mo!

284
00:16:44,837 --> 00:16:46,005
Ayuh, Mo!

285
00:16:46,547 --> 00:16:49,550
Dalam lumba basikal,
hanya ada seorang pemenang.

286
00:16:49,633 --> 00:16:53,637
Jika ada 3,000 orang di garisan mula,

287
00:16:53,721 --> 00:16:56,223
peluang untuk menang ialah 1 kepada 3,000.

288
00:17:00,102 --> 00:17:01,353
Bagus, Mo!

289
00:17:02,688 --> 00:17:06,233
Kebarangkalian untuk menang
dalam lumba basikal amat rendah.

290
00:17:06,316 --> 00:17:10,195
Jadi, kemampuan Mo sentiasa naik podium

291
00:17:10,863 --> 00:17:12,656
adalah amat luar biasa.

292
00:17:12,740 --> 00:17:16,452
Ini dia juara wanita kita, Moriah Wilson!

293
00:17:16,535 --> 00:17:17,953
Berikan tepukan buat Mo!

294
00:17:18,037 --> 00:17:19,705
Saya berbual dengan seorang kawan.

295
00:17:19,788 --> 00:17:22,499
Dia kata, "Awak tahu
tentang Moriah Wilson?

296
00:17:22,583 --> 00:17:24,126
Awak perlu tahu nama ini."

297
00:17:24,209 --> 00:17:28,839
Dia akan mendominasi lumba basikal
peringkat profesional buat masa yang lama.

298
00:17:29,423 --> 00:17:33,802
Dalam tempoh dua tahun,
dia menang enam atau tujuh perlumbaan.

299
00:17:33,886 --> 00:17:36,972
Bukan dengan beza minit.
Dia menang dengan beza berjam-jam.

300
00:17:37,056 --> 00:17:38,974
Ini dia juara!

301
00:17:39,058 --> 00:17:42,269
Ini Moriah Wilson!

302
00:17:42,352 --> 00:17:44,313
Ayuh, Mo!

303
00:17:44,396 --> 00:17:48,150
- Moriah Wilson, sukar ditandingi.
- Keputusan yang mengagumkan.

304
00:17:51,195 --> 00:17:53,864
Pada awal 2022, kami berbual.

305
00:17:53,947 --> 00:17:56,909
Dia kata, "Saya nak ke Austin."
Saya tanya, "Bila?"

306
00:17:56,992 --> 00:17:59,161
"Dua hari lagi." Saya terkejut.

307
00:17:59,244 --> 00:18:03,415
Dia tinggal dengan saya di rumah saya
selama beberapa minggu

308
00:18:03,499 --> 00:18:04,875
semasa dia di sini.

309
00:18:04,958 --> 00:18:08,921
Jadi, kami bekerja bersama.
Kami makan bersama.

310
00:18:09,004 --> 00:18:12,841
Ia merupakan
perkembangan jalinan persahabatan

311
00:18:12,925 --> 00:18:14,635
yang sangat indah.

312
00:18:24,353 --> 00:18:26,688
BANGUNAN RONALD EARLE
416 JALAN W. 11TH

313
00:18:26,772 --> 00:18:29,983
12 MEI 2022
SEHARI SELEPAS PEMBUNUHAN

314
00:18:30,067 --> 00:18:32,736
Waktu kes ini diterima,
saya tak tahu apa-apa

315
00:18:32,820 --> 00:18:36,615
selain seorang wanita muda dibunuh

316
00:18:36,698 --> 00:18:43,664
dan dia ada kaitan
dengan komuniti lumba basikal.

317
00:18:43,747 --> 00:18:48,710
Saya langsung tak tahu
siapa Moriah ketika itu.

318
00:18:50,629 --> 00:18:52,422
Guillermo serius orangnya.

319
00:18:52,506 --> 00:18:54,299
Sangat serius.

320
00:18:54,383 --> 00:18:57,636
Disebabkan kami bicarakan kes-kes begini,

321
00:18:57,719 --> 00:19:01,807
tekanannya pasti tinggi kalau kita orang
yang mudah rasa tekanan itu.

322
00:19:01,890 --> 00:19:03,392
Saya rasa dia rasakannya.

323
00:19:04,101 --> 00:19:05,727
- Awak pula?
- Tidak.

324
00:19:06,687 --> 00:19:09,982
Ini kes besar bagi kami semua.

325
00:19:10,065 --> 00:19:12,818
Ia mengejutkan sebab tiada sesiapa tahu

326
00:19:12,901 --> 00:19:15,487
punca seseorang mahu bunuh individu ini.

327
00:19:16,071 --> 00:19:18,615
Ada basikal? Awak nampak basikal?

328
00:19:19,449 --> 00:19:21,660
Dia kata dia letakkan di tepi pintu.

329
00:19:22,244 --> 00:19:23,453
Tiada basikal.

330
00:19:23,537 --> 00:19:27,666
Ia memang nampak
seperti pencerobohan rumah,

331
00:19:27,749 --> 00:19:29,042
sebuah rompakan.

332
00:19:29,126 --> 00:19:32,004
Tapi makin kami siasat,

333
00:19:32,087 --> 00:19:36,717
kemungkinannya lebih tinggi
yang ada perkara lain berlaku.

334
00:19:37,593 --> 00:19:40,846
Saya perlukan lebih banyak maklumat
dan saya segera mula

335
00:19:40,929 --> 00:19:44,057
kenal pasti perkara
yang perlukan tindakan susulan.

336
00:19:45,726 --> 00:19:48,520
Kebanyakan rumah ada kamera.

337
00:19:48,604 --> 00:19:50,564
Semua orang ada telefon.

338
00:19:50,647 --> 00:19:54,568
Jumlah bukti digital sangat banyak.

339
00:19:55,152 --> 00:19:59,281
Satu-satunya orang lain yang dia kenal
ialah Colin Strickland

340
00:19:59,364 --> 00:20:02,451
yang dia sepatutnya jumpa malam ini.

341
00:20:02,534 --> 00:20:04,912
Adakah dia… Dia masih tinggal di Austin?

342
00:20:04,995 --> 00:20:07,164
- Ya, dia tinggal di Austin.
- Okey.

343
00:20:07,247 --> 00:20:10,918
Colin Strickland orang terakhir
yang nampak Moriah masih hidup.

344
00:20:11,001 --> 00:20:15,672
Jadi, saya nak bercakap dengan Colin
dan siasat apa yang berlaku.

345
00:20:17,424 --> 00:20:21,345
Saya dan seorang lagi detektif
mendekatinya dan kenalkan diri kami.

346
00:20:22,054 --> 00:20:24,431
Hei, saya cari En. Strickland.

347
00:20:24,514 --> 00:20:25,682
- Itu saya.
- Hei.

348
00:20:25,766 --> 00:20:28,602
- Colin, itu nama pertama awak?
- Ya.

349
00:20:28,685 --> 00:20:32,940
Hei. Awak kenal Anna?

350
00:20:34,733 --> 00:20:35,651
Mo?

351
00:20:36,652 --> 00:20:38,362
- Anna Mo?
- Ya.

352
00:20:38,445 --> 00:20:40,739
- Semua orang panggil dia Mo.
- Tidak.

353
00:20:44,243 --> 00:20:45,953
Monique… Monic…

354
00:20:46,453 --> 00:20:47,871
Nama keluarganya Wilson.

355
00:20:47,955 --> 00:20:51,333
- Dia pelumba basikal kerikil.
- Oh, ya.

356
00:20:51,416 --> 00:20:53,710
- Saya kenal.
- Okey, jadi…

357
00:20:55,671 --> 00:20:58,173
Tiada cara mudah untuk katakannya, encik.

358
00:20:58,257 --> 00:21:01,260
Malam tadi, dia meninggal dunia.

359
00:21:06,181 --> 00:21:07,432
Bagaimana ia berlaku?

360
00:21:08,183 --> 00:21:11,645
Dia… Buat masa ini,
siasatan masih dijalankan,

361
00:21:11,728 --> 00:21:15,440
tapi ia disiasat sebagai kes homisid.

362
00:21:16,900 --> 00:21:19,027
Wah. Okey.

363
00:21:25,325 --> 00:21:27,786
- Awak okey?
- Ya. Saya okey.

364
00:21:35,752 --> 00:21:37,212
Fikiran pertama saya,

365
00:21:37,296 --> 00:21:42,426
"Wah, awak keluar
berjanji temu dengannya malam tadi.

366
00:21:42,509 --> 00:21:46,430
Awak bunuh mangsa saya.
Awak bunuh Moriah Wilson."

367
00:21:49,766 --> 00:21:53,437
Saya tak kenal Mo sebelum 2017.

368
00:21:53,520 --> 00:21:56,148
Saya ke Burke, Vermont
dengan kawan baik saya

369
00:21:56,231 --> 00:21:57,649
untuk berbasikal bukit.

370
00:21:57,733 --> 00:21:59,818
George kata, "Mo akan sertai kita."

371
00:21:59,901 --> 00:22:01,695
Saya kata, "Bagus, dia mampu ikut?"

372
00:22:01,778 --> 00:22:04,114
George kata, "Itu takkan jadi masalah."

373
00:22:09,077 --> 00:22:13,582
Jarang kami jumpa orang
yang mampu ikut rentak kami.

374
00:22:16,460 --> 00:22:20,464
Saya suka dia atlet yang kuat,

375
00:22:20,547 --> 00:22:23,133
tapi tak bermegah diri.

376
00:22:23,216 --> 00:22:25,344
Dia cuma tahu yang dia kuat

377
00:22:25,427 --> 00:22:28,805
dan dia tak takut tunjukkan kekuatannya.

378
00:22:30,265 --> 00:22:33,268
Saya teman lelaki pertamanya.

379
00:22:35,103 --> 00:22:39,900
Saya suka sikapnya yang pendiam
dan tak banyak cakap,

380
00:22:39,983 --> 00:22:41,610
sebab saya bukan begitu.

381
00:22:41,693 --> 00:22:45,572
Dia seorang introvert yang tegar,

382
00:22:45,655 --> 00:22:50,702
sentiasa berfikir tapi tak selalu luahkan
atau beritahu apa yang difikirkan.

383
00:22:52,162 --> 00:22:55,123
Kami membesar di Vermont
dan menuntut di Dartmouth.

384
00:22:55,207 --> 00:22:58,126
Jadi, kami ada banyak
persilangan dan persamaan.

385
00:22:59,419 --> 00:23:03,131
Gunnar dan Moriah mula bercinta
pada tahun keduanya.

386
00:23:03,215 --> 00:23:05,550
Ketika itu, Gunnar baru tamat belajar.

387
00:23:05,634 --> 00:23:10,889
Saya dalam tempoh peralihan
selepas beberapa tahun tamat belajar.

388
00:23:11,431 --> 00:23:13,767
Saya cuba cari kerja di California.

389
00:23:13,850 --> 00:23:15,435
Walaupun akhirnya

390
00:23:15,519 --> 00:23:18,480
kami terpaksa bercinta jarak jauh
selama dua tahun,

391
00:23:18,563 --> 00:23:22,109
pada ketika itu, saya amat yakin
dengan hubungan kami.

392
00:23:27,489 --> 00:23:29,449
Pada Oktober 2020,

393
00:23:29,533 --> 00:23:34,496
kami pindah ke Mill Valley
yang berdekatan dengan San Francisco.

394
00:23:34,579 --> 00:23:38,417
Kami amat teruja ketika itu,

395
00:23:38,500 --> 00:23:41,253
"Tak sabar nak tinggal bersama
di bandar sama."

396
00:23:44,131 --> 00:23:47,467
Kami lalui perjalanan ini bersama
dan ia terasa sempurna.

397
00:23:50,554 --> 00:23:54,850
Dia sangat fokus pada lumba basikal

398
00:23:54,933 --> 00:23:57,978
dan mahu jadi pantas dan cergas,

399
00:23:58,061 --> 00:24:03,942
sampaikan kehangatan
hubungan cinta kami makin pudar.

400
00:24:05,026 --> 00:24:09,114
Ia sesuatu yang sukar bagi kami berdua.

401
00:24:09,865 --> 00:24:13,743
Saya ingat dia kata,
"Saya lebih cintakan berbasikal

402
00:24:13,827 --> 00:24:18,874
dan saya perolehi
segala emosi dan maklum balas

403
00:24:18,957 --> 00:24:22,502
serta keseronokan dalam hidup saya
daripada berbasikal."

404
00:24:22,586 --> 00:24:26,756
Ya, itu saja yang saya perlu dengar.

405
00:24:30,135 --> 00:24:33,430
Saya kenal Moriah di Dartmouth.

406
00:24:33,513 --> 00:24:35,724
Kami rapat sepanjang kolej.

407
00:24:36,349 --> 00:24:40,479
Saya pindah ke San Francisco
setelah berpisah dengan teman lelaki saya

408
00:24:40,562 --> 00:24:43,482
dan saya mencari perubahan rentak hidup.

409
00:24:43,565 --> 00:24:45,984
- Minum!
- Minum!

410
00:24:46,067 --> 00:24:47,903
Selamat Hari Valentine.

411
00:24:47,986 --> 00:24:51,114
Jadi, kami tinggal bersama
pada Januari 2022.

412
00:24:51,865 --> 00:24:54,284
Dia faham apa yang saya lalui

413
00:24:54,367 --> 00:24:56,536
dan saya faham apa yang dia lalui.

414
00:24:57,037 --> 00:25:00,123
Kami terpaksa belajar
buat sesetengah perkara sendiri

415
00:25:00,207 --> 00:25:03,668
dan fikirkan
apa yang kami mahu sebenarnya.

416
00:25:04,628 --> 00:25:06,588
Antara perkara dia beritahu saya,

417
00:25:06,671 --> 00:25:09,257
"Saya kena cari lelaki lain.
Saya tak pernah buat begitu."

418
00:25:09,341 --> 00:25:13,303
Dia tertarik kepada orang berjaya.
Dia suka belajar daripada mereka.

419
00:25:14,346 --> 00:25:16,640
Awak nak duduk di sini?

420
00:25:16,723 --> 00:25:20,727
Jadi, ceritakan tentang semalam,
aktiviti seharian awak semalam.

421
00:25:22,354 --> 00:25:25,899
Mo kata Cash ada acara malam itu
dengan kawan-kawannya.

422
00:25:25,982 --> 00:25:28,026
Itu sebab saya cadangkan pergi ke kolam.

423
00:25:28,109 --> 00:25:29,486
Dia datang ke sini

424
00:25:29,569 --> 00:25:33,698
dan dia agak suka menyendiri,
jadi saya nak…

425
00:25:33,782 --> 00:25:34,783
Ya.

426
00:25:34,866 --> 00:25:37,410
Saya nak tanya khabar dia dan berseronok.

427
00:25:37,494 --> 00:25:38,495
Ya.

428
00:25:38,578 --> 00:25:41,748
Saya dan Colin kenal
menerusi komuniti berbasikal di Austin.

429
00:25:41,831 --> 00:25:42,916
Saya wartawan,

430
00:25:42,999 --> 00:25:47,879
saya tulis dan buat liputan aktiviti luar,
sukan dan sebagainya.

431
00:25:47,963 --> 00:25:51,675
Saya pernah tulis artikel mengenainya
secara profesional.

432
00:25:51,758 --> 00:25:54,553
Kita kini di Austin, Texas, di luar garaj

433
00:25:54,636 --> 00:25:58,348
pemenang Dirty Kanza 2019,
Colin Strickland.

434
00:26:06,398 --> 00:26:07,816
- Hei, Colin.
- Hai, Ian.

435
00:26:07,899 --> 00:26:09,442
- Apa khabar?
- Apa khabar?

436
00:26:09,526 --> 00:26:11,486
- Awak okey?
- Selamat datang ke garaj saya.

437
00:26:11,570 --> 00:26:13,738
Ya, ini…

438
00:26:13,822 --> 00:26:16,866
- Ada banyak barang di sini.
- Memang pun.

439
00:26:16,950 --> 00:26:18,410
Di mana nak mulakan?

440
00:26:18,994 --> 00:26:22,163
Colin Strickland mendedikasikan dirinya

441
00:26:22,247 --> 00:26:26,835
kepada perlumbaan basikal kerikil
dan jadi pelumba kerikil terbaik di dunia.

442
00:26:26,918 --> 00:26:28,795
Dia berada di barisan hadapan

443
00:26:28,878 --> 00:26:32,173
dalam menyedari dia boleh kumpul penaja

444
00:26:32,257 --> 00:26:37,262
dan sara hidup dengan membina namanya
serta kehadiran media sosial.

445
00:26:37,345 --> 00:26:40,181
Saya boleh tunjukkan
apa saya buat pada ABLE ini.

446
00:26:40,265 --> 00:26:41,808
Ini binaan terbaharu saya.

447
00:26:42,434 --> 00:26:43,768
Syif atas, syif bawah,

448
00:26:44,352 --> 00:26:46,187
Saya ingat Moriah pernah kata,

449
00:26:46,271 --> 00:26:48,940
"Saya berlatih dengan Colin Strickland."

450
00:26:49,024 --> 00:26:52,902
Cara dia cakap
seolah-olah saya patut kenal siapa Colin.

451
00:26:52,986 --> 00:26:54,779
Awak juara negeri Texas.

452
00:26:54,863 --> 00:26:57,574
Ya. Betul. Ya.

453
00:26:57,657 --> 00:27:03,330
Dia ada sejarah memanipulasi wanita
ketika menjalin hubungan.

454
00:27:04,039 --> 00:27:08,293
Saya tahu tentang masa silamnya.

455
00:27:10,629 --> 00:27:13,715
Saya kenal Moriah di perlumbaan
Rebecca's Private Idaho.

456
00:27:13,798 --> 00:27:15,342
Dia kuasai perlumbaan itu.

457
00:27:15,425 --> 00:27:17,677
Kami berbual sekejap semasa acara itu.

458
00:27:17,761 --> 00:27:21,431
Kemudian, pada penghujung acara,
saya ajak dia pergi minum bir.

459
00:27:21,514 --> 00:27:22,515
Saya ada kekasih.

460
00:27:22,599 --> 00:27:24,768
Kami tak berbual secara romantik.

461
00:27:24,851 --> 00:27:27,020
Kami cuma bincangkan masa depannya.

462
00:27:27,103 --> 00:27:30,148
Saya beritahu dia,
awak akan menang banyak acara.

463
00:27:30,231 --> 00:27:33,318
Saya tertarik kepadanya,
tapi saya cuma nak membantu.

464
00:27:33,401 --> 00:27:36,780
Ketika itu, memang tak patut bercinta.

465
00:27:36,863 --> 00:27:40,241
Dia hadiri perlumbaan
dan berlagak macam tiada kekasih.

466
00:27:40,825 --> 00:27:44,829
Dia tak bercerita tentang kekasihnya
atau bawa dia ke perlumbaan.

467
00:27:45,497 --> 00:27:48,083
Ia seperti gurauan.

468
00:27:48,166 --> 00:27:49,626
Siapa Kaitlin?

469
00:27:49,709 --> 00:27:55,173
Dialah wanita di sebelah Colin,
tapi tak diperkenalkan.

470
00:27:57,050 --> 00:27:58,551
Saya dengar tentang Colin

471
00:27:58,635 --> 00:28:02,806
sebab Moriah pulang
daripada perlumbaan itu dan kata,

472
00:28:02,889 --> 00:28:08,144
"Saya jumpa Colin Strickland,
dia nak bantu saya dapatkan penaja."

473
00:28:09,354 --> 00:28:14,067
Pelumba basikal lelaki biasanya
dapat lebih banyak perhatian dan tajaan,

474
00:28:14,150 --> 00:28:17,904
dan tolak ke tepi motifnya,
mereka akan bantu pelumba wanita.

475
00:28:19,656 --> 00:28:26,496
Mo nak sertai perlumbaan basikal kerikil
di Texas pada penghujung 2021.

476
00:28:26,579 --> 00:28:28,998
Saya dah mendaftar, tapi ia dibatalkan.

477
00:28:29,082 --> 00:28:32,043
Dia kata, "Awak tetap nak pergi tak?"
Saya kata, "Tak."

478
00:28:32,961 --> 00:28:36,506
Dia kata dia teruja
untuk berjumpa Colin di Texas

479
00:28:36,589 --> 00:28:40,552
dan hubungan mereka
mungkin lebih daripada persahabatan.

480
00:28:42,929 --> 00:28:46,599
Saya dan Moriah
tiada hubungan romantik pada ketika itu.

481
00:28:48,101 --> 00:28:51,354
Saya memandu pulang
dengan Kaitlin dari Bentonville

482
00:28:51,438 --> 00:28:53,523
dan itu perjalanan perpisahan kami.

483
00:28:53,606 --> 00:28:57,026
Saya kata, "Saya dah tiada perasaan.
Saya tak nak teruskan hubungan ini."

484
00:28:57,110 --> 00:28:59,070
Kami tak bergaduh langsung.

485
00:28:59,571 --> 00:29:02,824
Kami rakan kongsi dalam banyak perkara.

486
00:29:05,744 --> 00:29:08,329
Beberapa hari kemudian,
Moriah hantar mesej,

487
00:29:08,413 --> 00:29:10,665
"Saya nak lawat kawan di Austin
selama seminggu.

488
00:29:10,749 --> 00:29:12,208
Saya akan bekerja dari jauh."

489
00:29:12,292 --> 00:29:14,711
Kaitlin pindah ke bilik berasingan

490
00:29:14,794 --> 00:29:17,672
dan kami dah jelas berpisah.

491
00:29:17,756 --> 00:29:19,632
Kami tak lagi bersama.

492
00:29:19,716 --> 00:29:23,011
Secara peribadi, saya perlukan penutup
bagi hubungan itu.

493
00:29:23,094 --> 00:29:25,555
Itu perasaan saya. Tak boleh patah balik.

494
00:29:25,638 --> 00:29:27,265
Buat dia marah saya.

495
00:29:27,849 --> 00:29:32,145
Saya mula bercinta dengan Moriah
selama seminggu semasa dia di Austin.

496
00:29:32,896 --> 00:29:36,399
Colin "berpisah sekejap" daripada Kaitlin,

497
00:29:36,483 --> 00:29:39,694
walau mereka masih tinggal serumah
di bilik berasingan.

498
00:29:39,778 --> 00:29:43,490
Moriah dan Colin
mula habiskan masa bersama

499
00:29:43,573 --> 00:29:47,410
serta jalinkan hubungan romantik
atau intim dalam tempoh itu.

500
00:29:47,494 --> 00:29:51,080
Saya dah pesan tentang Colin,
tapi bukan secara…

501
00:29:51,164 --> 00:29:55,251
Kita takkan terfikir,
"Colin akan cederakannya."

502
00:29:56,961 --> 00:30:01,966
Awak tahu jika Mo atau Cash
ada senjata api atau sebagainya?

503
00:30:02,050 --> 00:30:03,593
Ya, saya rasa tidak, tapi…

504
00:30:03,676 --> 00:30:07,472
Okey. Awak ada senjata api?
Adakah mereka akan cakap dengan awak…

505
00:30:07,555 --> 00:30:09,307
Saya ada… Saya ada beli…

506
00:30:09,390 --> 00:30:12,602
Saya beli pistol pada musim luruh lepas,

507
00:30:12,685 --> 00:30:14,687
tapi saya tak pernah gunakannya.

508
00:30:14,771 --> 00:30:16,523
Pistol jenis apa?

509
00:30:17,190 --> 00:30:18,525
Pistol 9mm.

510
00:30:20,735 --> 00:30:23,822
Dia nyatakan dia memiliki pistol 9mm.

511
00:30:23,905 --> 00:30:28,493
Bekas katrij yang dijumpai
di tempat kejadian ialah katrij 9mm.

512
00:30:28,576 --> 00:30:31,496
Saya simpan dalam bekas
dan tak pernah gunakannya.

513
00:30:31,579 --> 00:30:32,914
Saya tiada masa.

514
00:30:32,997 --> 00:30:34,207
Okey.

515
00:30:34,833 --> 00:30:38,419
Dia hantar gambar dia berbasikal.

516
00:30:38,503 --> 00:30:40,421
- Itu Mo?
- Ya, itu Mo.

517
00:30:40,505 --> 00:30:42,924
Ini lebih rumit,

518
00:30:43,007 --> 00:30:45,802
tapi saya simpan nombornya
dengan nama berbeza.

519
00:30:46,386 --> 00:30:49,556
Kenapa awak tukar namanya daripada Mo?

520
00:30:49,639 --> 00:30:52,809
Saya tak… Sebab Kaitlin
pernah selongkar telefon saya

521
00:30:52,892 --> 00:30:54,644
dan saya tak nak…

522
00:30:55,603 --> 00:30:58,523
Saya tak nak timbulkan…

523
00:30:58,606 --> 00:31:01,442
- Itu akan cetuskan pergaduhan.
- Betul.

524
00:31:03,027 --> 00:31:06,781
Kaitlin ada semua kata laluan saya.
Dia uruskan akaun bank saya.

525
00:31:06,865 --> 00:31:10,326
Dia buka telefon saya dan baca semuanya.

526
00:31:10,827 --> 00:31:14,080
Dia sekat ramai kenalan
dalam telefon saya.

527
00:31:14,163 --> 00:31:17,041
Saya tahu dia boleh cari maklumat
kalau dia mahu.

528
00:31:17,584 --> 00:31:20,128
SAYA SERONOK BAWA AWAK MELIHAT

529
00:31:20,211 --> 00:31:23,423
TEMPAT MENARIK DI AUSTIN
DAN BANDAR-BANDAR BESAR TEXAS.

530
00:31:23,506 --> 00:31:26,676
AWAK BAKAT LUAR BIASA
DENGAN OTAK YANG TAJAM

531
00:31:26,759 --> 00:31:29,429
DAN SEMANGAT YANG CERIA DAN MENAWAN.

532
00:31:30,179 --> 00:31:31,514
Apabila bersama Colin,

533
00:31:31,598 --> 00:31:35,101
aku perasan aku tertarik
dengan ungkapan sayangnya.

534
00:31:35,810 --> 00:31:37,896
Ia buat aku rasa selamat,

535
00:31:37,979 --> 00:31:40,690
macam aku penting dan bernilai.

536
00:31:41,274 --> 00:31:44,360
Aku rasa aku suka dia
melebihi apa yang aku nak akui

537
00:31:44,444 --> 00:31:47,488
sebab aku terlalu takut
dia tak rasa begitu.

538
00:31:47,572 --> 00:31:53,244
Dia ada persoalan
mengenai kedudukannya dengan Colin.

539
00:31:53,328 --> 00:31:56,956
Colin menghilang dan tarik diri

540
00:31:57,040 --> 00:32:00,126
dari segi persahabatan dan perhubungan

541
00:32:00,209 --> 00:32:03,838
dan dia tak berkomunikasi.

542
00:32:04,714 --> 00:32:07,926
Aku nak tahu rancangannya
sebelum aku mula bertindak.

543
00:32:08,009 --> 00:32:11,846
Tapi susah betul
untuk aku teka perasaannya.

544
00:32:11,930 --> 00:32:15,934
Aku takut meluahkan perasaan dan ditolak.

545
00:32:16,017 --> 00:32:21,356
Banyak kali kami tak dapat
berhubung melalui telefon.

546
00:32:21,439 --> 00:32:25,860
Jadi, kalau ada hal
yang dia perlukan pendapat,

547
00:32:25,944 --> 00:32:28,571
saya kata, "Tinggalkan mel suara
dan saya akan balas."

548
00:32:29,322 --> 00:32:30,698
Hei.

549
00:32:30,782 --> 00:32:33,368
Tiba di Arkansas semalam.

550
00:32:33,451 --> 00:32:36,371
Saya melepak seorang diri saja.

551
00:32:36,996 --> 00:32:40,124
Saya langsung tiada khabar daripada Colin.

552
00:32:40,208 --> 00:32:41,709
Dia senyap seribu bahasa.

553
00:32:42,627 --> 00:32:44,545
Awak ada nampak dia di Austin?

554
00:32:46,172 --> 00:32:49,175
Langsung tiada komunikasi
antara kami berdua

555
00:32:49,258 --> 00:32:51,260
sampailah saya mesej dia hari ini,

556
00:32:51,344 --> 00:32:54,889
tapi mesej saya tak sampai kepadanya.

557
00:32:54,973 --> 00:33:00,019
Mungkin dia fikir saya tak berminat.

558
00:33:00,103 --> 00:33:01,229
Saya tak pasti.

559
00:33:03,022 --> 00:33:05,024
Okey, malam tadi.

560
00:33:05,108 --> 00:33:09,737
Saya pergi ke Meteor untuk minum
dan siapa saya jumpa?

561
00:33:09,821 --> 00:33:13,950
Colin, Kaitlin dan beberapa orang lain.

562
00:33:14,033 --> 00:33:17,954
Akhirnya, Colin datang jumpa saya
dan kami berpeluk.

563
00:33:18,037 --> 00:33:21,582
Kami tak banyak cakap.
Hanya, "Gembira berjumpa awak."

564
00:33:21,666 --> 00:33:25,628
Entahlah. Pelik sangat.

565
00:33:25,712 --> 00:33:29,257
Ya, sejak itu, saya tak jumpa
atau dengar khabar dia.

566
00:33:29,966 --> 00:33:34,137
Saya perlukan penutup.
Saya tak tahu cara nak dapatkannya.

567
00:33:34,220 --> 00:33:37,140
Kami mungkin akan jumpa malam ini
sebab ada parti.

568
00:33:37,223 --> 00:33:41,769
Tapi, kalau Kaitlin ada, Colin mungkin
takkan bercakap dengan saya.

569
00:33:43,187 --> 00:33:45,314
Sangat tak selesa.

570
00:33:49,068 --> 00:33:50,903
IBU PEJABAT POLIS

571
00:33:50,987 --> 00:33:54,365
Mo akan dibawa
ke pejabat pemeriksa perubatan.

572
00:33:55,408 --> 00:33:59,162
Autopsi penuh akan dibuat padanya.

573
00:34:02,832 --> 00:34:07,128
Dengan itu, awak pasti,
pada bila-bila masa,

574
00:34:08,212 --> 00:34:09,547
kalian tak bersetubuh?

575
00:34:09,630 --> 00:34:12,508
Tidak. Kami tak pernah bersetubuh.

576
00:34:12,592 --> 00:34:13,801
- Okey.
- Tidak…

577
00:34:13,885 --> 00:34:15,762
Bercium pun tak pernah.

578
00:34:15,845 --> 00:34:16,763
Okey.

579
00:34:16,846 --> 00:34:20,641
- Saya cuma tanya sebab dalam autopsi itu…
- Saya faham.

580
00:34:20,725 --> 00:34:22,393
…semuanya akan diperiksa.

581
00:34:22,477 --> 00:34:24,103
- Saya tahu.
- Tahu? Jadi…

582
00:34:24,187 --> 00:34:25,396
Saya faham.

583
00:34:25,980 --> 00:34:27,565
Tidak, tiada.

584
00:34:27,648 --> 00:34:28,608
Okey.

585
00:34:29,734 --> 00:34:31,235
Colin berbelah bahagi

586
00:34:31,319 --> 00:34:34,072
sama ada dia mahu berada
dalam hubungan serius.

587
00:34:34,155 --> 00:34:39,869
Tapi dia nampak Kaitlin
penuh belas kasihan dan penyayang.

588
00:34:39,952 --> 00:34:43,414
Yang paling sukar buatnya juga
ialah Kaitlin amat membantu.

589
00:34:44,749 --> 00:34:48,544
Colin sedang bina
perniagaan Spartan Trailer.

590
00:34:49,545 --> 00:34:53,466
Kaitlin amat berpengetahuan
dalam bidang kewangan

591
00:34:53,549 --> 00:34:55,802
dan amat bijak menguruskan wang.

592
00:34:55,885 --> 00:34:59,347
Dia banyak buat kerja pengurusan
untuk perniagaan,

593
00:34:59,430 --> 00:35:02,558
lalu membolehkan Colin fokus
pada elemen lain

594
00:35:02,642 --> 00:35:06,312
dalam kerjaya lumba basikalnya.

595
00:35:08,356 --> 00:35:11,901
Pada saya, saya dan Moriah
sudah set semula hubungan kami.

596
00:35:12,610 --> 00:35:16,197
Saya berada di penghujung kerjaya
dan sudah kepenatan.

597
00:35:16,280 --> 00:35:18,533
Dia pula perlu dapatkan momentum,

598
00:35:18,616 --> 00:35:20,993
dia amat bersemangat dan itu bagus.

599
00:35:21,077 --> 00:35:24,330
Tapi saya anggap
saya bukan pasangan bagus untuk dia.

600
00:35:24,413 --> 00:35:27,166
Dia bakal jadi
pelumba paling dominan di AS.

601
00:35:27,250 --> 00:35:29,418
Saya hanya akan menghalangnya.

602
00:35:30,753 --> 00:35:34,632
Kaitlin tak mahu berpisah.
Dia suka jadi sebahagian hidup saya.

603
00:35:35,842 --> 00:35:38,636
Banyak yang berlaku
sejak beberapa minggu lepas.

604
00:35:39,303 --> 00:35:42,014
Aku rasa murung
tentang hal Colin minggu lepas.

605
00:35:43,724 --> 00:35:45,184
Aku cakap dengan dia pada Jumaat

606
00:35:45,268 --> 00:35:49,021
dan aku rasa seperti ada beban terangkat
daripada dada aku.

607
00:35:50,439 --> 00:35:53,317
Jelas sekali yang kami tak sependapat

608
00:35:53,401 --> 00:35:54,610
dan tak mengapa.

609
00:35:55,153 --> 00:35:58,573
Ia menjelaskan keadaan
dan aku faham kedudukannya sekarang.

610
00:35:59,323 --> 00:36:02,660
Aku terfikir tentang lelaki lain
sejak beberapa lepas

611
00:36:02,743 --> 00:36:05,121
dan itu buat aku teruja.

612
00:36:05,204 --> 00:36:07,790
Kini, itu dia!

613
00:36:07,874 --> 00:36:10,126
- Ya, Mo!
- Ya, Mo!

614
00:36:10,209 --> 00:36:15,715
- Mo Wilson!
- Ya!

615
00:36:16,591 --> 00:36:20,720
Juara wanita ini
tak boleh dipertikaikan lagi.

616
00:36:20,803 --> 00:36:25,099
Mo Wilson mendominasi Belgian Waffle Ride.

617
00:36:25,183 --> 00:36:26,225
Tahniah, Mo.

618
00:36:26,309 --> 00:36:28,728
- Satu lagi persembahan dominan.
- Terima kasih.

619
00:36:28,811 --> 00:36:31,522
Apa seterusnya?
Apa lagi awak akan menangi?

620
00:36:33,357 --> 00:36:37,570
Perlumbaan kerikil seterusnya
yang saya akan sertai ialah Gravel Locos.

621
00:36:38,154 --> 00:36:42,742
Moriah pergi ke Austin untuk berlumba
dalam perlumbaan Gravel Locos.

622
00:36:44,619 --> 00:36:49,165
PAGI PEMBUNUHAN
11 MEI 2022

623
00:36:50,124 --> 00:36:53,961
Mo datang beberapa hari
sebelum perlumbaan.

624
00:36:54,545 --> 00:36:57,506
Saya sangat teruja dia ada di sana.

625
00:37:01,886 --> 00:37:04,764
Saya buat kopi.

626
00:37:04,847 --> 00:37:06,766
Kami melepak saja.

627
00:37:07,266 --> 00:37:13,731
Saya ambil video
dan hantar mesej kepada Karen.

628
00:37:15,191 --> 00:37:16,984
Baiklah, lambai kepada kamera.

629
00:37:19,612 --> 00:37:21,697
Selamat datang ke bahang Texas!

630
00:37:22,907 --> 00:37:24,825
- Jaga diri. Kayuh laju.
- Terima kasih.

631
00:37:24,909 --> 00:37:26,577
- Jumpa nanti.
- Jumpa nanti.

632
00:37:29,247 --> 00:37:30,998
Ya, mesej itu.

633
00:37:31,707 --> 00:37:36,462
Moriah sedang bersedia
untuk keluar dan berlatih sendirian.

634
00:37:36,545 --> 00:37:42,551
Cash hantar video itu dan kata,
"Anak awak di sini, selamat dengan saya."

635
00:37:43,678 --> 00:37:47,348
Saya rasa sangat bersalah
sebab hantar mesej itu.

636
00:37:48,266 --> 00:37:51,227
Saya tak percaya
saya beritahu maknya yang dia okey

637
00:37:51,310 --> 00:37:56,732
dan selamat dalam jagaan saya
sedangkan saya tak dapat lindungi dia.

638
00:38:04,282 --> 00:38:06,742
Kemudian Mo mesej saya dan kata,

639
00:38:06,826 --> 00:38:11,163
"Makluman saja, saya nak pergi berenang
dan makan dengan Colin malam ini."

640
00:38:16,252 --> 00:38:18,963
Saya hubungi Mo,
"Hei, nak pergi berenang?"

641
00:38:19,046 --> 00:38:20,464
"Ya, boleh juga."

642
00:38:21,132 --> 00:38:23,551
Saya jemput dia dan pergi ke Deep Eddy.

643
00:38:24,468 --> 00:38:27,305
Kami pergi ke Pool Burger,
ambil dua minuman dan burger,

644
00:38:27,388 --> 00:38:30,182
berborak tentang kerjaya dia,
kerjaya saya,

645
00:38:30,266 --> 00:38:33,477
dan makna menjadi pelumba basikal.

646
00:38:33,561 --> 00:38:35,521
Apa pentingnya semua itu?

647
00:38:37,898 --> 00:38:41,027
Kemudian, Kaitlin telefon saya
ketika di Pool Burger,

648
00:38:41,110 --> 00:38:43,070
tapi saya tak jawab.

649
00:38:46,949 --> 00:38:49,660
Ya, saya hantar Moriah di tangga.

650
00:38:50,369 --> 00:38:54,749
Saya kata, "Okey, jumpa esok
sebelum makan malam Gravel Locos."

651
00:38:57,335 --> 00:39:00,171
Itu kali terakhir saya jumpa dia.

652
00:39:10,181 --> 00:39:13,434
Aku banyak berfikir
tentang siapa aku sebagai manusia

653
00:39:13,517 --> 00:39:15,102
dan siapa aku nak jadi.

654
00:39:17,938 --> 00:39:19,357
Aku nak jadi orang

655
00:39:19,440 --> 00:39:21,776
yang sentiasa disebut kebaikannya.

656
00:39:24,445 --> 00:39:26,989
Aku nak jadi orang
yang ceriakan orang lain

657
00:39:27,073 --> 00:39:28,366
apabila mereka rebah.

658
00:39:30,951 --> 00:39:33,412
Yang sentiasa ada
apabila mereka perlukan sokongan,

659
00:39:34,663 --> 00:39:36,791
galakan dan pandangan.

660
00:39:39,460 --> 00:39:41,504
Aku nak jadi orang

661
00:39:41,587 --> 00:39:44,673
yang sentiasa buat orang lain tersenyum.

662
00:39:47,885 --> 00:39:49,470
Aku nak jadi orang

663
00:39:49,553 --> 00:39:53,766
yang memenuhi minda dan fikiran
dengan perkara berfaedah.

664
00:40:00,356 --> 00:40:04,819
Karen telefon saya dan saya sangat takut
untuk bercakap dengan dia.

665
00:40:05,778 --> 00:40:09,407
Karen kata, "Cash,
saya sangat sayangkan awak."

666
00:40:14,912 --> 00:40:17,415
Saya perlu dengar ayat itu sebab saya rasa

667
00:40:18,207 --> 00:40:22,711
amat tak layak dan sangat bersalah.

668
00:40:22,795 --> 00:40:26,424
Saya fikir,
"Kalaulah saya pulang lebih awal,

669
00:40:26,507 --> 00:40:28,926
kalaulah saya tak pergi makan malam,

670
00:40:29,009 --> 00:40:31,387
kalaulah saya paksa dia ikut saya."

671
00:40:31,470 --> 00:40:35,141
Ada berjuta-juta "kalau"

672
00:40:35,224 --> 00:40:39,270
yang tak henti-henti bermain
berulang kali dalam fikiran saya.

673
00:40:39,353 --> 00:40:41,939
Apa yang saya boleh buat secara berbeza

674
00:40:42,523 --> 00:40:43,858
untuk membantu?

675
00:40:45,067 --> 00:40:47,611
Saya ingat dua panggilan tak dijawab
daripada ayah saya,

676
00:40:47,695 --> 00:40:49,989
satu mesej, "Telefon ayah segera,"

677
00:40:50,072 --> 00:40:53,993
dan saya rasa satu panggilan
daripada Karen juga

678
00:40:54,076 --> 00:40:56,287
sebelum ayah hubungi saya.

679
00:40:58,789 --> 00:41:02,334
Ada berita buruk.
Saya tahu ada berita buruk.

680
00:41:02,418 --> 00:41:03,961
Ada sesuatu berlaku.

681
00:41:05,379 --> 00:41:08,257
Saya di Hawaii bersama keluarga saya.

682
00:41:09,592 --> 00:41:12,678
Saya dapat panggilan telefon
daripada Gunnar.

683
00:41:13,387 --> 00:41:16,599
Saya takkan lupa dia kata…

684
00:41:18,559 --> 00:41:20,436
"Moriah mati hari ini."

685
00:41:22,062 --> 00:41:24,064
Suami saya baru tidurkan anak kami

686
00:41:24,148 --> 00:41:27,860
dan saya terus rebah
ke lantai dan meraung.

687
00:41:27,943 --> 00:41:30,279
Saya tak pernah menangis sebegitu.

688
00:41:30,362 --> 00:41:33,741
Suami saya tanya, "Ya Tuhan, awak okey?"

689
00:41:33,824 --> 00:41:37,328
Saya kata, "Tidak, saya tak okey.

690
00:41:37,828 --> 00:41:39,830
Moriah ditembak.

691
00:41:42,082 --> 00:41:44,502
Dia ditinggalkan mati bersendirian."

692
00:41:46,295 --> 00:41:48,422
Saya rasa macam kematiannya berlaku

693
00:41:48,506 --> 00:41:51,425
ketika dia baru nak buka hatinya
kepada dunia

694
00:41:51,509 --> 00:41:55,930
dan dia mula kenali
apa yang penting baginya dan…

695
00:41:56,931 --> 00:42:01,101
belajar yang ia selamat
untuk lebih terbuka dengan orang lain.

696
00:42:02,603 --> 00:42:05,648
IBU PEJABAT POLIS

697
00:42:06,524 --> 00:42:10,277
UNIT HOMISID

698
00:42:15,115 --> 00:42:17,117
Saya sedang kerja dalam syif biasa

699
00:42:17,201 --> 00:42:20,246
dan dapat tahu ada pembunuhan
pada malam sebelumnya.

700
00:42:20,329 --> 00:42:22,623
Apabila ada pembunuhan,
seluruh pasukan terlibat.

701
00:42:24,583 --> 00:42:28,337
Detektif Spitler ada di sana.
Dia dah mula soal siasat Colin Strickland.

702
00:42:29,672 --> 00:42:32,675
Kami ada bilik persidangan
dan di dalamnya ada TV

703
00:42:32,758 --> 00:42:36,262
yang boleh kami tonton
sewaktu soal siasat berlangsung.

704
00:42:36,345 --> 00:42:40,015
Saya dapat lihat apa yang diperkatakan
dan sahkan ceritanya.

705
00:42:42,101 --> 00:42:47,231
Salah seorang detektif jumpa klip video
daripada kamera pengaktifan gerakan

706
00:42:47,314 --> 00:42:50,901
di lorong betul-betul
bersebelahan pangsapuri Cash.

707
00:42:51,652 --> 00:42:55,072
Video itu menunjukkan kereta SUV hitam
dengan tingkap krom,

708
00:42:55,155 --> 00:42:56,991
rak bagasi di atas bumbung

709
00:42:57,074 --> 00:43:01,120
dan rak basikal digantung
pada penyangkut tunda.

710
00:43:01,996 --> 00:43:06,375
Pada 8.37 malam,
lampu breknya menyala

711
00:43:06,458 --> 00:43:09,086
menunjukkan ia makin perlahan
atau mungkin berhenti

712
00:43:09,169 --> 00:43:12,590
betul-betul di tangga
menuju ke pintu depan pangsapuri itu.

713
00:43:13,591 --> 00:43:15,718
Salah seorang detektif lain perasan

714
00:43:15,801 --> 00:43:19,930
kenderaan itu nampak sama dengan kenderaan
di jalan masuk rumah mereka

715
00:43:20,014 --> 00:43:23,309
waktu detektif pergi ke sana
untuk bercakap dengan Colin.

716
00:43:24,143 --> 00:43:26,770
Kami beritahu Detektif Spitler mengenainya

717
00:43:26,854 --> 00:43:29,815
dan dia bangkitkan hal itu
dalam soal siasat.

718
00:43:30,441 --> 00:43:35,195
Colin ada beritahu
yang dia bawa Moriah menaiki motosikalnya

719
00:43:35,279 --> 00:43:37,114
yang diletakkan di jalan masuk.

720
00:43:37,197 --> 00:43:40,909
Saya tanya dia tentang Jeep itu.
"Siapa pemilik Jeep hitam itu?"

721
00:43:40,993 --> 00:43:43,537
Dia kata, "Itu kereta kekasih saya,
Kaitlin Armstrong."

722
00:43:44,121 --> 00:43:46,957
Waktu Kaitlin pulang,
dia ada beritahu apa-apa?

723
00:43:47,041 --> 00:43:49,168
Ke mana dia pergi atau apa dia buat?

724
00:43:49,251 --> 00:43:52,296
Saya tak tanya.
Saya sedang buat kerja di garaj.

725
00:43:52,379 --> 00:43:55,174
Saya sedang persiapkan basikal
untuk perlumbaan.

726
00:43:56,300 --> 00:44:00,929
Polis kemukakan waran geledah
untuk rumah Colin Strickland.

727
00:44:01,013 --> 00:44:03,349
Di sana, mereka jumpa sepasang pistol.

728
00:44:04,016 --> 00:44:07,311
Ada senjata api lain di dalam rumah itu?

729
00:44:07,394 --> 00:44:08,729
Ada dua pistol.

730
00:44:08,812 --> 00:44:10,689
- Dua pistol?
- Dua pistol.

731
00:44:11,523 --> 00:44:13,609
Di mana pistol satu lagi?

732
00:44:13,692 --> 00:44:15,402
Itu saya tak tahu

733
00:44:15,486 --> 00:44:17,946
sebab itu pistol Kaitlin.

734
00:44:18,030 --> 00:44:19,573
Kaitlin ada pistol?

735
00:44:19,657 --> 00:44:21,909
Kaitlin ada pistol yang saya belikan.

736
00:44:23,202 --> 00:44:25,871
Saya ingat saya pernah cakap kepada polis…

737
00:44:28,415 --> 00:44:30,626
"Tentu teman wanita Colin yang buat."

738
00:44:32,211 --> 00:44:33,629
Sekejap, apa?

739
00:44:35,464 --> 00:44:38,467
Saya kata satu-satunya orang
yang saya rasa tak suka Moriah…

740
00:44:40,094 --> 00:44:41,887
ialah teman wanita lelaki itu.

741
00:44:43,013 --> 00:44:45,641
Yang pastinya, saya tahu

742
00:44:45,724 --> 00:44:47,851
melalui siasatan kami,

743
00:44:47,935 --> 00:44:51,772
keretanya berada di pangsapuri itu.

744
00:45:00,781 --> 00:45:02,825
Saya tak tahu nak cakap apa.

745
00:45:27,683 --> 00:45:30,436
BILIK SOAL SIASAT POLIS AUSTIN

746
00:45:30,519 --> 00:45:32,604
Baiklah, saya Detektif Conner.

747
00:45:33,188 --> 00:45:38,277
Rakan saya sedang bercakap
dengan Colin sekarang ini.

748
00:45:38,360 --> 00:45:40,529
Bunyinya macam awak ada maklumat

749
00:45:40,612 --> 00:45:44,074
atau nampak sesuatu, jadi saya nak berbual
tentang beberapa hal.

750
00:45:44,908 --> 00:45:47,661
Boleh beritahu saya
apa yang awak nak cakapkan?

751
00:45:47,745 --> 00:45:51,373
Awak tahu apa berlaku dalam 24 jam lepas?

752
00:45:51,457 --> 00:45:55,043
Colin kata ada wanita
dalam komuniti berbasikal mati.

753
00:45:55,127 --> 00:45:56,545
Ya. Betul.

754
00:45:57,129 --> 00:45:59,965
Ketika Colin bercakap dengan kami,
nama awak disebut.

755
00:46:00,048 --> 00:46:04,052
Bunyinya macam banyak perkara berlaku

756
00:46:04,136 --> 00:46:09,266
dan Colin mungkin ada bercakap
dengan gadis itu untuk suatu tempoh

757
00:46:09,349 --> 00:46:11,268
dan dia ada sebut nama awak.

758
00:46:11,351 --> 00:46:16,190
Saya rasa mungkin dia ada cakap sesuatu
dan saya nak dengar daripada awak, okey?

759
00:46:16,273 --> 00:46:18,650
Saya rasa peguam patut ada bersama.

760
00:46:18,734 --> 00:46:20,527
Itu pilihan awak sepenuhnya.

761
00:46:20,611 --> 00:46:24,364
Pada waktu ini, awak boleh keluar
bila-bila masa saja.

762
00:46:24,448 --> 00:46:27,826
Ini perbualan dipersetujui bersama
sebab awak tak ditahan.

763
00:46:27,910 --> 00:46:29,077
Jadi…

764
00:46:29,161 --> 00:46:30,704
Kami kawan baik

765
00:46:30,788 --> 00:46:35,959
dan saya selalu fikir dia individu
yang sopan dan baik.

766
00:46:36,543 --> 00:46:39,588
Dia tak dapat apa yang dia nak

767
00:46:39,671 --> 00:46:43,091
dan Colin tak… Colin tak mahu beri

768
00:46:43,175 --> 00:46:46,303
atau tak mampu beri
atau tiada benda itu untuk diberi.

769
00:46:47,262 --> 00:46:51,225
Mereka berpisah
dan kembali bersama berulang kali.

770
00:46:51,308 --> 00:46:54,520
Bunyinya macam dia keluar
dengan gadis ini tempoh hari,

771
00:46:54,603 --> 00:46:57,648
dan daripada keterangannya,

772
00:46:57,731 --> 00:46:59,483
awak agak marah mengenainya.

773
00:46:59,566 --> 00:47:01,902
Itu sebabnya saya nak tahu cerita awak

774
00:47:01,985 --> 00:47:04,530
sebab tak adil
kalau dia saja yang bercerita

775
00:47:04,613 --> 00:47:07,199
dan cuba kawal jalan cerita ini.

776
00:47:07,783 --> 00:47:10,494
Saya… Itu tak tepat.

777
00:47:10,577 --> 00:47:13,497
Ya, itu sebab saya nak berbual
dengan awak kerana…

778
00:47:13,580 --> 00:47:15,415
Dia lelaki. Dia akan cakap macam-macam.

779
00:47:15,499 --> 00:47:18,502
Kami nak pastikan
kami dengar cerita kedua-dua pihak

780
00:47:18,585 --> 00:47:19,837
dan jelaskan keadaan.

781
00:47:19,920 --> 00:47:22,840
Jadi, apa awak buat semalam?

782
00:47:22,923 --> 00:47:24,591
Saya rasa saya nak pergi.

783
00:47:24,675 --> 00:47:27,761
Itu pilihan awak, tapi kalau awak pergi,

784
00:47:27,845 --> 00:47:30,222
kami ada cerita sebelah pihak saja.

785
00:47:30,806 --> 00:47:33,183
Saya tak pasti

786
00:47:33,267 --> 00:47:36,186
apa maksud awak atau apa yang dia katakan

787
00:47:36,270 --> 00:47:41,650
sebab saya tak tahu dia ada bercakap,
nampak atau keluar dengan gadis itu.

788
00:47:41,733 --> 00:47:43,110
- Ya.
- Kebelakangan ini. Saya…

789
00:47:43,193 --> 00:47:45,571
Colin ada berhubung dengannya diam-diam?

790
00:47:45,654 --> 00:47:48,574
Saya nak pergi. Saya tak tahu.

791
00:47:48,657 --> 00:47:50,200
Dan saya nak pergi.

792
00:47:50,826 --> 00:47:54,037
Tapi itu menghadkan kami
dengan cerita satu pihak saja.

793
00:47:54,121 --> 00:47:58,125
Kereta awak juga dilihat
berada di sebelah rumahnya

794
00:47:58,834 --> 00:48:02,546
dan kita perlu bincangkan hal itu, okey?

795
00:48:03,088 --> 00:48:08,385
Saya ingat ketika di pangsapuri kami
dan Moriah masuk ke bilik saya dan kata,

796
00:48:08,468 --> 00:48:10,637
"Awak takkan percaya
apa berlaku hari ini."

797
00:48:10,721 --> 00:48:15,642
Dia tengok telefonnya dan saya nampak
nombor tak dikenali menghubunginya

798
00:48:15,726 --> 00:48:20,397
sebab itu nombor Texas
dan dia ada tajaan di Austin,

799
00:48:20,480 --> 00:48:22,065
jadi dia rasa patut jawab.

800
00:48:22,149 --> 00:48:25,652
Dia jawab telefon
dan ada orang kata, "Hai, Mo."

801
00:48:26,320 --> 00:48:28,655
Moriah kata, "Helo, ini siapa?"

802
00:48:28,739 --> 00:48:30,741
Dia kata, "Ini Kaitlin."

803
00:48:30,824 --> 00:48:33,243
Moriah cuma beritahu yang Kaitlin kata,

804
00:48:33,327 --> 00:48:35,704
"Hei, saya dan Colin masih bersama,

805
00:48:35,787 --> 00:48:41,001
jadi mungkin lebih baik kalau awak
tak libatkan diri dalam hal itu lagi."

806
00:48:41,919 --> 00:48:46,632
Bunyinya macam ada isu
antara awak dan gadis ini

807
00:48:46,715 --> 00:48:50,052
dan saya rasa
ia mungkin lebih daripada itu

808
00:48:50,135 --> 00:48:51,929
dan awak boleh bantu jelaskannya.

809
00:48:52,012 --> 00:48:54,556
Mungkin awak marah
dan kebetulan awak di kawasan itu.

810
00:48:54,640 --> 00:48:57,601
Entahlah sebab saya tak tahu cerita awak.

811
00:48:57,684 --> 00:49:00,479
Saya cuma nampak kereta awak di sana.

812
00:49:00,562 --> 00:49:04,441
Itu membuatkan situasi sekarang
nampak tak bagus, bukan?

813
00:49:04,524 --> 00:49:08,445
Okey? Semasa bercakap
dengan Colin, dia pula kata,

814
00:49:08,528 --> 00:49:11,156
ya, ada unsur cemburu berlaku.

815
00:49:11,239 --> 00:49:13,742
Bunyinya tak bagus.

816
00:49:14,326 --> 00:49:16,912
Itu sebabnya saya nak tahu cerita awak

817
00:49:16,995 --> 00:49:19,498
kerana mungkin ada hal
yang lebih besar berlaku.

818
00:49:21,375 --> 00:49:23,335
Saya nak pergi kalau boleh pergi.

819
00:49:23,418 --> 00:49:24,252
Okey.

820
00:49:27,214 --> 00:49:28,423
Mereka lepaskan dia.

821
00:49:28,507 --> 00:49:32,427
Mereka simpulkan mereka tiada maklumat
yang cukup untuk tahan dia.

822
00:49:32,511 --> 00:49:35,639
Saya rasa maklumat yang ada pun
tak cukup untuk kata

823
00:49:35,722 --> 00:49:39,518
bukan Colin yang pandu Jeep itu
dan patah balik selepas simpan motosikal.

824
00:49:39,601 --> 00:49:42,187
Awak tahu apa yang berlaku.

825
00:49:42,270 --> 00:49:44,022
Saya tak tahu.

826
00:49:44,106 --> 00:49:47,693
Awak nak saya kata
saya rasa Kaitlin yang lakukannya.

827
00:49:47,776 --> 00:49:50,404
- Itu awak nak?
- Saya tanya pendapat awak.

828
00:49:50,487 --> 00:49:52,197
Adakah dia mampu buat begitu?

829
00:49:52,280 --> 00:49:56,576
Saya takkan tinggal dengan orang
yang saya rasa mampu buat begitu.

830
00:49:56,660 --> 00:49:59,454
Jawapannya tak,
saya tak rasa dia mampu lakukannya.

831
00:50:05,002 --> 00:50:08,296
Saya ada ketika kami duduk
di luar The Meteor.

832
00:50:08,380 --> 00:50:10,215
Saya yang tanya dia,

833
00:50:10,298 --> 00:50:13,010
"Bagaimana kalau awak nampak Colin
dengan orang lain?"

834
00:50:13,760 --> 00:50:17,764
Tanpa perasaan dia terus kata,
"Saya akan bunuh mereka."

835
00:50:18,640 --> 00:50:20,684
Kami ingat dia bergurau.

836
00:50:29,401 --> 00:50:31,820
Tidak.

837
00:50:32,946 --> 00:50:36,992
Tidak.

838
00:50:37,743 --> 00:50:39,119
Tidak.

839
00:50:43,749 --> 00:50:48,420
Polis datang dan selongkar rumah mereka.

840
00:50:48,503 --> 00:50:53,133
Kaitlin risau rumah itu dipasang
alat curi dengar dan polis pasang telinga,

841
00:50:53,216 --> 00:50:54,926
jadi dia nak ke tempat lain.

842
00:50:55,010 --> 00:50:59,056
Keesokan paginya,
mereka berjalan ke kedai kopi.

843
00:50:59,139 --> 00:51:01,141
Colin kata,

844
00:51:01,224 --> 00:51:03,226
"Dari segi jenayah,

845
00:51:03,852 --> 00:51:07,189
kita cuma perlu jelaskan lokasi kita

846
00:51:07,272 --> 00:51:10,400
sepanjang hari semalam."

847
00:51:12,778 --> 00:51:15,572
Polis rampas telefon Kaitlin dan Colin.

848
00:51:15,655 --> 00:51:19,743
Jadi Kaitlin kata, "Apa patut kita buat?
Di mana nak dapatkan telefon?

849
00:51:19,826 --> 00:51:21,787
Mereka berjalan pulang dari kedai kopi.

850
00:51:21,870 --> 00:51:26,500
Colin kata, "Apa kata awak pergi
ke Walmart dan beli telefon baharu?"

851
00:51:29,377 --> 00:51:32,964
Beberapa hari selepas pembunuhan itu,
saya kembali ke kejiranan itu.

852
00:51:33,048 --> 00:51:37,928
Saya nak cari pemilik kamera
yang mungkin ada rakam SUV hitam ini.

853
00:51:38,011 --> 00:51:39,513
Mungkin boleh nampak pemandunya.

854
00:51:39,596 --> 00:51:41,807
Saya dihubungi salah seorang jiran

855
00:51:41,890 --> 00:51:45,811
dan dia berikan saya dua jam video
daripada kamera loceng pintunya.

856
00:51:45,894 --> 00:51:50,148
Yang penting tentang kamera loceng ini,
ia sentiasa merakam.

857
00:51:50,232 --> 00:51:51,900
Ia bukan diaktifkan gerakan.

858
00:51:51,983 --> 00:51:54,319
Jadi ia ada video dan juga audio.

859
00:51:54,903 --> 00:51:58,949
Saya taip laporan
atau buat kerja berkaitan kes itu

860
00:51:59,032 --> 00:52:01,451
sambil video ini bermain di belakang.

861
00:52:01,535 --> 00:52:05,038
Apabila dengar bunyi kereta lalu,
saya berhenti buat kerja

862
00:52:05,122 --> 00:52:08,333
dan lihat jika itulah SUV hitam
yang saya cari.

863
00:52:08,834 --> 00:52:12,170
Pada 9.15 malam dalam video itu,

864
00:52:12,254 --> 00:52:15,382
tiba-tiba saya dengar jeritan wanita

865
00:52:16,133 --> 00:52:18,260
dan saya dengar dua tembakan pistol.

866
00:52:18,343 --> 00:52:23,265
Jeritan berhenti, ada jeda enam saat
dan kemudian bunyi tembakan ketiga.

867
00:52:24,349 --> 00:52:27,686
Jadi saya tahu
waktu pembunuhan itu berlaku.

868
00:52:27,769 --> 00:52:31,439
Perkara pertama kami buat
bukan sahkan dia yang pandu Jeep itu,

869
00:52:31,523 --> 00:52:33,900
tapi sahkan bukan Colin yang memandunya.

870
00:52:34,401 --> 00:52:36,403
Kami teliti pergerakannya

871
00:52:36,486 --> 00:52:39,197
sampaikan kami tahu
tak mungkin dia yang pandu Jeep itu.

872
00:52:39,990 --> 00:52:42,909
Sebaik saja dia hantar Moriah,

873
00:52:42,993 --> 00:52:45,871
motosikal Colin dilihat beredar dari situ.

874
00:52:47,831 --> 00:52:50,625
Kami dapat jejaki
perjalanannya pulang ke rumah.

875
00:52:51,418 --> 00:52:54,504
Dia terima panggilan telefon
semasa di rumah.

876
00:52:55,130 --> 00:52:57,632
Telefonnya didapati berada di kediamannya

877
00:52:57,716 --> 00:53:00,427
pada masa bunyi tembakan kedengaran.

878
00:53:00,510 --> 00:53:03,889
Kini amat sukar untuk kita katakan,

879
00:53:03,972 --> 00:53:05,682
"Colin yang pandu Jeep itu."

880
00:53:06,183 --> 00:53:08,185
Tinggal Kaitlin saja
yang boleh mengaksesnya.

881
00:53:11,021 --> 00:53:14,983
Pada hari itu juga, saya terima maklumat
daripada unit balistik kami

882
00:53:15,066 --> 00:53:17,736
yang mengatakan pistol yang ditemui

883
00:53:17,819 --> 00:53:19,863
semasa menggeledah rumah Colin

884
00:53:19,946 --> 00:53:24,034
ialah pistol yang digunakan
ketika pembunuhan itu dilakukan.

885
00:53:24,117 --> 00:53:28,663
Katrijnya sama dengan katrij
di dalam pangsapuri itu.

886
00:53:29,372 --> 00:53:33,793
Hanya dua orang yang ada akses
kepada senjata api ini pada masa itu.

887
00:53:33,877 --> 00:53:35,253
Colin dan Kaitlin.

888
00:53:35,337 --> 00:53:37,881
Saya tahu lokasi Colin sepanjang masa itu,

889
00:53:37,964 --> 00:53:39,633
tapi saya tak tahu Kaitlin di mana,

890
00:53:39,716 --> 00:53:42,135
jadi saya yakin
ada sebab munasabah mencukupi

891
00:53:42,219 --> 00:53:46,640
yang menunjukkan Kaitlinlah orang
yang bertanggungjawab atas pembunuhan ini.

892
00:53:46,723 --> 00:53:50,727
Jadi, pada 17 Mei, saya keluarkan waran
untuk tangkap Kaitlin.

893
00:53:50,810 --> 00:53:53,772
Masalahnya, Kaitlin hilang.

894
00:53:57,108 --> 00:54:00,403
Polis, Marsyal AS dan FBI sedang memburu

895
00:54:00,487 --> 00:54:03,657
pembunuh seorang penunggang basikal
berusia 25 tahun.

896
00:54:03,740 --> 00:54:07,452
Pihak berkuasa meminta
bantuan orang awam untuk mencarinya.

897
00:54:07,535 --> 00:54:11,498
Hakim mahkamah perbandaran keluarkan waran
untuk tangkapan Armstrong kerana membunuh.

898
00:54:11,581 --> 00:54:14,417
Marsyal Amerika Syarikat
dan Pasukan Petugas Pelarian Lone Star

899
00:54:14,501 --> 00:54:16,628
mengetuai siasatan pelarian ini.

900
00:54:16,711 --> 00:54:20,340
Awak rasa dia akan balik ke Detroit
untuk bersama keluarganya?

901
00:54:20,423 --> 00:54:21,800
Saya rasa ya.

902
00:54:22,509 --> 00:54:25,971
Wanita Texas yang dituduh membunuh
pelumba basikal elit sedang diburu.

903
00:54:26,054 --> 00:54:30,183
Wanita 34 tahun itu menghilang
setelah disoal siasat oleh polis.

904
00:54:30,267 --> 00:54:32,602
Mereka percaya
ejen hartanah dan guru yoga itu

905
00:54:32,686 --> 00:54:35,021
mungkin masih berada di Austin.

906
00:54:35,105 --> 00:54:37,607
Petunjuk terbesar sekarang
ialah keretanya.

907
00:54:37,691 --> 00:54:40,110
Mereka mencari Jeep Grand Cherokee hitam.

908
00:54:40,694 --> 00:54:45,699
Detektif dapati
dia telah jual Jeepnya kepada CarMax.

909
00:54:45,782 --> 00:54:49,911
Dalam video CarMax itu, dia sedang
menetapkan tetapan iPhone baharunya.

910
00:54:50,495 --> 00:54:53,873
Kami mula semak
penerbangan dan perjalanan bas.

911
00:54:53,957 --> 00:54:56,626
Apa-apa cara untuk tinggalkan negara.

912
00:54:56,710 --> 00:54:59,379
Dia terbang dari Austin ke Houston

913
00:54:59,462 --> 00:55:01,381
dan dari Houston ke New York.

914
00:55:01,464 --> 00:55:06,052
Kami dapati dia jumpa adiknya
di bahagian utara New York.

915
00:55:06,136 --> 00:55:09,639
Kami dapat sahkan
yang Kaitlin Armstrong dihantar

916
00:55:09,723 --> 00:55:12,517
ke lapangan terbang di Newark, New Jersey.

917
00:55:13,268 --> 00:55:16,855
Marsyal di New York mengesan video
yang menunjukkan Kaitlin

918
00:55:17,439 --> 00:55:19,107
di lapangan terbang itu.

919
00:55:19,190 --> 00:55:21,234
Dia dah ubah gaya rambutnya.

920
00:55:21,318 --> 00:55:25,947
Dia cuba buat dirinya
nampak macam adiknya.

921
00:55:26,031 --> 00:55:30,160
Kami tak dapat sahkan atau kenal pasti
sebarang penerbangan

922
00:55:30,243 --> 00:55:34,622
atas nama Kaitlin Armstrong
yang keluar dari lapangan terbang Newark.

923
00:55:34,706 --> 00:55:38,626
Tiada rekod yang menunjukkan
pasport Kaitlin meninggalkan AS.

924
00:55:38,710 --> 00:55:44,382
Jadi saya minta marsyal di New York
periksa jika ada rekod pasport adiknya.

925
00:55:44,466 --> 00:55:47,135
Mereka dapati pasport adiknya

926
00:55:47,218 --> 00:55:50,805
telah digunakan untuk terbang
dari New York ke Costa Rica.

927
00:55:52,182 --> 00:55:55,226
Dia tahu rupanya mirip adiknya,

928
00:55:55,310 --> 00:55:58,646
jadi dia ambil pasport adiknya
dan lari dari negara ini.

929
00:56:00,148 --> 00:56:03,360
Kami berjaya dapatkan maklumat kukuh

930
00:56:03,443 --> 00:56:08,073
yang Kaitlin Armstrong menaiki pesawat
United Airlines menuju ke Costa Rica.

931
00:56:08,865 --> 00:56:11,368
Apabila dia melarikan diri, kami rasa…

932
00:56:12,744 --> 00:56:15,830
Kami terkejut
dia berjaya keluar dari negara ini.

933
00:56:15,914 --> 00:56:18,416
Saya tak tahu bagaimana itu boleh berlaku.

934
00:56:19,084 --> 00:56:24,381
Usaha Marsyal AS menjejaki semula langkah
Katilin Armstrong menemui petunjuk baharu.

935
00:56:31,846 --> 00:56:35,892
Kini semua orang
dalam pemburuan mencarinya.

936
00:56:35,975 --> 00:56:39,145
Kami mula bimbang dia akan terlepas.

937
00:56:41,064 --> 00:56:44,359
PENCARIAN WANITA TEXAS YANG DITUDUH
MEMBUNUH PELUMBA BASIKAL DITERUSKAN

938
00:56:48,488 --> 00:56:52,242
Pada waktu itu,
kami cuba kukuhkan kes kami

939
00:56:52,325 --> 00:56:56,704
dan pastikan tiada keraguan munasabah
bahawa Kaitlin Armstrong pembunuhnya.

940
00:56:58,331 --> 00:57:00,875
Jelas sekali
bahawa awal dulu Kaitlin Armstrong

941
00:57:00,959 --> 00:57:04,921
telah padamkan telefon
atau pasang mod pesawat pada telefonnya.

942
00:57:05,004 --> 00:57:08,049
Jadi, rekod telefon
yang biasanya banyak membantu

943
00:57:08,133 --> 00:57:10,468
untuk tunjukkan seseorang itu
ada di tempat kejadian

944
00:57:10,552 --> 00:57:13,304
adalah tidak berkesan dalam kes ini.

945
00:57:13,388 --> 00:57:15,890
Jadi, kami cuba cari cara lain

946
00:57:15,974 --> 00:57:19,644
yang boleh menunjukkan kehadirannya
atau keberadaannya

947
00:57:19,727 --> 00:57:21,896
pada masa pembunuhan itu.

948
00:57:24,149 --> 00:57:28,069
Semasa kediaman mereka digeledah,
kami turut geledah Jeep Kaitlin.

949
00:57:28,153 --> 00:57:32,031
Saya perasan kereta itu
dipasang sistem maklumat hibur.

950
00:57:32,949 --> 00:57:34,951
Saya tanya unit forensik digital,

951
00:57:35,034 --> 00:57:40,081
maklumat apa
yang sistem maklumat hibur ini kumpul?

952
00:57:40,748 --> 00:57:43,877
Antara perkara yang mereka kata
sistem ini kumpul ialah log jejak,

953
00:57:44,586 --> 00:57:46,171
data GPS kita.

954
00:57:46,254 --> 00:57:49,966
Kami tahu Jeep itu dijual di CarMax.

955
00:57:50,049 --> 00:57:53,178
Saya pergi ke CarMax dan jumpa Jeep itu.

956
00:57:54,387 --> 00:57:58,892
Saya kaji cara untuk keluarkan alat itu

957
00:57:58,975 --> 00:58:01,019
daripada pelbagai video

958
00:58:01,102 --> 00:58:03,605
dan hantar ia kepada unit forensik digital

959
00:58:03,688 --> 00:58:07,525
untuk diproses dan lihat
jika masih ada data dalam peranti itu.

960
00:58:08,776 --> 00:58:11,738
Kaitlin mempunyai kerjaya
yang berpotensi besar.

961
00:58:11,821 --> 00:58:15,033
Colin gambarkan dia sebagai guru kewangan

962
00:58:15,116 --> 00:58:19,829
dan dia bertanggungjawab atas segala
aspek kewangan syarikat mereka.

963
00:58:19,913 --> 00:58:25,793
Colin beritahu saya yang dia beri Kaitlin
$40,000 untuk dilaburkan dalam syarikat.

964
00:58:25,877 --> 00:58:28,129
Jadi kami tahu Kaitlin melarikan diri

965
00:58:28,213 --> 00:58:31,424
dengan sejumlah wang yang besar
yang boleh dia gunakan.

966
00:58:33,384 --> 00:58:36,137
Kaitlin ialah sejenis orang

967
00:58:36,221 --> 00:58:40,433
yang apabila dia dapat sesuatu idea,
dia pastikan ia dilaksanakan.

968
00:58:43,603 --> 00:58:47,941
Marsyal AS hampir putus asa
kerana mereka tak dapat cari dia.

969
00:58:48,024 --> 00:58:49,651
Itu menakutkan bagi saya.

970
00:58:53,196 --> 00:58:56,783
Berdasarkan minatnya terhadap yoga,

971
00:58:56,866 --> 00:59:01,246
mereka keluarkan iklan di bandar
yang mereka rasa dia mungkin diami

972
00:59:01,329 --> 00:59:03,665
untuk mencari guru yoga.

973
00:59:08,169 --> 00:59:09,254
Yang menakjubkan,

974
00:59:10,421 --> 00:59:12,423
mereka dapat respons.

975
00:59:14,342 --> 00:59:15,969
Mereka pergi ke lokasi itu

976
00:59:17,512 --> 00:59:18,513
dan nampak dia.

977
00:59:20,890 --> 00:59:24,269
Ada orang tanya dia
jika dia Kaitlin Armstrong

978
00:59:25,979 --> 00:59:27,689
dan dia jawab ya.

979
00:59:32,652 --> 00:59:36,072
Saya ingin umumkan
bahawa Kaitlin Armstrong telah ditangkap

980
00:59:36,155 --> 00:59:40,577
pada 29 Jun oleh pihak berkuasa asing
di Republik Costa Rica

981
00:59:40,660 --> 00:59:44,163
berikutan siasatan pelarian
selama 43 hari.

982
00:59:44,914 --> 00:59:46,583
PEMBEDAHAN PLASTIK & ESTETIK JBM

983
00:59:47,083 --> 00:59:48,626
Selepas dia ditangkap,

984
00:59:49,127 --> 00:59:53,298
kami dapati dia lakukan pembedahan plastik

985
00:59:53,798 --> 00:59:56,593
untuk cuba nampak
lebih mirip dengan adiknya.

986
00:59:56,676 --> 01:00:00,013
Saya rasa dia fikir dia lebih bijak
daripada orang lain

987
01:00:00,096 --> 01:00:01,764
dan dia boleh terlepas.

988
01:00:06,269 --> 01:00:10,189
Kaitlin Armstrong kini ditahan
di Penjara Daerah Travis.

989
01:00:10,273 --> 01:00:14,902
Dia kini ditahan
dengan bon jaminan $3.5 juta

990
01:00:16,029 --> 01:00:20,408
Malangnya, banyak maklumat
yang dibentangkan dalam media setakat ini

991
01:00:20,491 --> 01:00:22,660
adalah tidak tepat.

992
01:00:22,744 --> 01:00:26,414
Pihak polis ada kepentingan tertentu
dalam memberi gambaran

993
01:00:26,497 --> 01:00:29,584
yang menyokong andaian
dan tindakan awal mereka.

994
01:00:29,667 --> 01:00:33,087
Kami menantikan proses perundangan
yang akan menyusul

995
01:00:33,171 --> 01:00:36,299
dan isu ini didengari di mahkamah.

996
01:00:39,636 --> 01:00:41,846
Lapan belas atau 19 hari
sebelum perbicaraan,

997
01:00:41,929 --> 01:00:45,183
seseorang daripada pejabat syerif
hubungi saya dan kata,

998
01:00:45,266 --> 01:00:47,477
"Letak kopi awak, awak pasti terkejut."

999
01:00:48,061 --> 01:00:50,605
Kaitlin Armstrong terlepas

1000
01:00:51,189 --> 01:00:53,399
dari Penjara Daerah Travis.

1001
01:00:54,150 --> 01:00:58,488
Dua pegawai mengiringi Kaitlin Armstrong
berjumpa doktor pada pagi Rabu.

1002
01:00:58,571 --> 01:01:02,992
Dia ada kecederaan
yang menghalangnya memakai gari kaki

1003
01:01:03,076 --> 01:01:05,328
dan dia perlu berjumpa doktor luar.

1004
01:01:05,411 --> 01:01:07,622
Jadi, mereka benarkannya.

1005
01:01:07,705 --> 01:01:10,416
Sebaik saja keluar dari bilik doktor,
dia pecut lari.

1006
01:01:11,668 --> 01:01:16,673
Pegawai mengejar banduan di kawasan itu,
beberapa unit datang membantu.

1007
01:01:16,756 --> 01:01:18,216
Kami dengar

1008
01:01:18,299 --> 01:01:21,969
dia mula bersenam secara berlebihan
sebelum kejadian itu,

1009
01:01:22,053 --> 01:01:25,473
jadi sudah tentu ada perancangan rapi
untuk melarikan diri.

1010
01:01:26,307 --> 01:01:32,480
Dia lari dan mereka tahan dia
kira-kira sebatu di hujung jalan.

1011
01:01:33,815 --> 01:01:36,067
Itu satu lagi bukti

1012
01:01:36,150 --> 01:01:40,363
yang Kaitlin Armstrong
benar-benar sangka dia boleh terlepas

1013
01:01:40,446 --> 01:01:43,324
dan tak perlu tanggung akibat perbuatannya

1014
01:01:43,408 --> 01:01:45,785
seperti orang lain.

1015
01:01:56,254 --> 01:01:57,505
Aduhai.

1016
01:02:05,763 --> 01:02:08,975
Apabila saya buka laci di biliknya,

1017
01:02:09,058 --> 01:02:11,310
saya suka ambil barang-barangnya,

1018
01:02:11,394 --> 01:02:14,147
tekup muka saya dan menghidunya.

1019
01:02:14,230 --> 01:02:17,233
Ada kalanya saya rasa lega,
ada kalanya ia buat saya

1020
01:02:17,900 --> 01:02:19,444
rasa sedih juga.

1021
01:02:22,739 --> 01:02:26,868
Semakin saya hargai hakikat bahawa…

1022
01:02:28,411 --> 01:02:32,457
kami dapat bersama Moriah selama 25 tahun,

1023
01:02:33,166 --> 01:02:35,585
semakin tinggi rasa syukur saya panjatkan

1024
01:02:35,668 --> 01:02:38,963
dan tidak fokus pada kehilangannya.

1025
01:02:39,547 --> 01:02:40,506
Dan…

1026
01:02:41,716 --> 01:02:47,305
Tapi ia tak mudah sebab saya masih
mahu dia ada di sini dan…

1027
01:02:48,931 --> 01:02:50,266
Dan saya rindukan dia.

1028
01:03:00,943 --> 01:03:01,944
Moriah?

1029
01:03:02,028 --> 01:03:04,363
Okey? Okey, mak?

1030
01:03:04,447 --> 01:03:06,365
- Sayang kamu.
- Sayang mak.

1031
01:03:09,452 --> 01:03:11,120
Cantik gambarnya.

1032
01:03:12,705 --> 01:03:14,081
Hai, semua.

1033
01:03:14,165 --> 01:03:15,625
Hai!

1034
01:03:37,271 --> 01:03:39,690
Kesedihan ibarat lopak lumpur yang besar.

1035
01:03:40,983 --> 01:03:44,320
Kita boleh mengelilinginya berulang kali,

1036
01:03:45,279 --> 01:03:48,157
pusing saja sekelilingnya
sepanjang hidup kita.

1037
01:03:49,367 --> 01:03:52,328
Atau kita boleh meredahnya

1038
01:03:52,829 --> 01:03:54,664
dan keluar di hujung satu lagi.

1039
01:04:03,089 --> 01:04:07,134
Perbicaraan pembunuhan yang dinantikan
kini bermula di Austin.

1040
01:04:07,718 --> 01:04:11,806
Ini kes yang mendapat perhatian
media antarabangsa.

1041
01:04:11,889 --> 01:04:15,101
Ada sekumpulan besar wartawan berita.

1042
01:04:15,184 --> 01:04:20,857
Ada penonton dan ramai muat naik ciapan
tentang prosiding di dalam kamar mahkamah.

1043
01:04:20,940 --> 01:04:24,193
Adakah Kaitlin Armstrong
tembak dan bunuh Moriah Wilson?

1044
01:04:24,277 --> 01:04:27,113
Itulah soalan yang akan dijawab juri.

1045
01:04:27,697 --> 01:04:31,701
Ada kalanya, apabila tiada bukti jelas,
saksi atau video pembunuhan,

1046
01:04:31,784 --> 01:04:35,329
itu alasan yang cukup
untuk juri bebaskan seseorang.

1047
01:04:42,336 --> 01:04:45,256
Bukti akan menunjukkan
yang Kaitlin Armstrong

1048
01:04:45,965 --> 01:04:50,344
langsung tidak berada
di tempat kejadian pembunuhan Cik Wilson.

1049
01:04:50,428 --> 01:04:54,599
Bagi dakwaan dalam perenggan satu,
apa pengakuan anda?

1050
01:04:54,682 --> 01:04:55,600
Tidak bersalah.

1051
01:04:55,683 --> 01:04:59,478
Bagi dakwaan dalam perenggan dua,
apa pengakuan anda?

1052
01:04:59,562 --> 01:05:00,479
Tidak bersalah.

1053
01:05:00,563 --> 01:05:01,772
Sila duduk.

1054
01:05:04,984 --> 01:05:11,866
Kita akan mula dengan memberikan anda
maklumat tentang tiga watak utama.

1055
01:05:14,076 --> 01:05:16,454
Pertama ialah Mo Wilson.

1056
01:05:18,456 --> 01:05:21,626
Watak utama kedua ialah Colin Strickland.

1057
01:05:22,251 --> 01:05:26,088
Watak ketiga,
Cik Kaitlin Armstrong, defendan,

1058
01:05:26,172 --> 01:05:27,965
yang tinggal dengan Colin

1059
01:05:28,049 --> 01:05:31,344
dalam hubungan cinta
yang sekejap putus, sekejap sambung.

1060
01:05:32,553 --> 01:05:34,805
Kaitlin Armstrong tak gembira

1061
01:05:34,889 --> 01:05:37,224
kerana Colin masih berhubung

1062
01:05:38,809 --> 01:05:41,729
dengan Mo Wilson
setelah hubungan mereka berakhir.

1063
01:05:41,812 --> 01:05:47,193
Indahnya dan mudahnya cara untuk gambarkan
seorang wanita dan ceritakan sebuah kisah.

1064
01:05:47,860 --> 01:05:49,987
Wanita yang dihina.

1065
01:05:50,863 --> 01:05:54,158
Dia perlu digambarkan

1066
01:05:54,241 --> 01:05:57,995
sebagai psikopat yang cemburu
untuk mencipta motif.

1067
01:05:59,497 --> 01:06:02,667
Mo masih muda
dan perjalanan hidupnya masih panjang.

1068
01:06:02,750 --> 01:06:06,003
Matlamat utama saya ialah pastikan
Kaitlin Armstrong bertanggungjawab.

1069
01:06:06,879 --> 01:06:09,465
Saya orang kedua masuk ke kandang saksi.

1070
01:06:09,548 --> 01:06:12,343
Tiba-tiba mereka kata,
"Bangun, cepat masuk.

1071
01:06:12,426 --> 01:06:14,637
Awak kena angkat sumpah. Dah mula."

1072
01:06:15,429 --> 01:06:20,601
Tiada cara untuk kita bersedia
menghadapi situasi berada di kandang saksi

1073
01:06:20,685 --> 01:06:23,646
dan Kaitlin Armstrong
memandang tepat ke arah kita.

1074
01:06:25,481 --> 01:06:28,359
Saya jadi amat fokus.

1075
01:06:28,442 --> 01:06:30,903
Saya memasuki sebuah zon

1076
01:06:30,987 --> 01:06:35,533
dan fikir, "Ini perkara paling penting
yang mungkin saya buat dalam hidup.

1077
01:06:35,616 --> 01:06:37,660
Saya mahu keadilan ditegakkan

1078
01:06:37,743 --> 01:06:42,665
dan saya nak buat yang terbaik
untuk kawan saya."

1079
01:06:43,666 --> 01:06:47,420
Saya berjuang untuk Mo
dengan segala kudrat saya malam itu.

1080
01:06:48,671 --> 01:06:53,300
Sebaik saja saya tiba di rumah,
saya mula buat tekanan dada

1081
01:06:53,384 --> 01:06:56,470
dan itulah 10 minit paling lama
dalam hidup saya.

1082
01:06:57,972 --> 01:07:00,391
Apabila saya turun dari kandang saksi,

1083
01:07:00,474 --> 01:07:04,145
saya pandang tepat
ke mata Kaitlin Armstrong

1084
01:07:04,729 --> 01:07:06,522
dan dia tiada sebarang emosi.

1085
01:07:07,273 --> 01:07:09,316
Langsung tiada.

1086
01:07:12,278 --> 01:07:13,863
Hei, mari sini.

1087
01:07:17,783 --> 01:07:21,829
Mungkin ada orang di sini.
Ini mungkin basikalnya, okey? Tengok.

1088
01:07:21,912 --> 01:07:23,205
Kami ada bukti

1089
01:07:23,289 --> 01:07:27,376
yang Kaitlin Armstrong heret basikal Mo
dan campak ke dalam semak.

1090
01:07:27,877 --> 01:07:29,295
Di sana.

1091
01:07:30,296 --> 01:07:31,464
Okey.

1092
01:07:31,547 --> 01:07:33,716
432, saya jumpa basikal itu.

1093
01:07:36,218 --> 01:07:39,722
Saya tak tahu jika Kaitlin buat begitu
untuk mengejeknya,

1094
01:07:40,306 --> 01:07:42,767
atau dia cuba buat
ia nampak macam rompakan.

1095
01:07:44,310 --> 01:07:48,147
Antara perkara paling sukar
adalah ketika basikalnya dibawa masuk.

1096
01:07:48,230 --> 01:07:51,817
Saya rasa terpukul
ketika melihat basikalnya.

1097
01:07:52,651 --> 01:07:54,195
Ya, saya ingat.

1098
01:07:55,696 --> 01:07:57,281
Ia ada dalam beg.

1099
01:08:04,246 --> 01:08:05,748
Itu basikalnya.

1100
01:08:06,415 --> 01:08:09,210
Itu yang dia sayang.
Itu yang buat dia gembira.

1101
01:08:11,587 --> 01:08:13,547
Apabila mereka jumpa basikal itu,

1102
01:08:13,631 --> 01:08:17,384
mereka memprosesnya
untuk dapatkan DNA dan cap jari.

1103
01:08:17,468 --> 01:08:21,472
Saya minta mereka periksa beberapa tempat
atau barang lain pada basikal itu

1104
01:08:21,555 --> 01:08:23,057
untuk kepastian.

1105
01:08:23,140 --> 01:08:26,227
Kami bandingkannya
dengan DNA daripada Kaitlin.

1106
01:08:26,310 --> 01:08:29,939
Perbandingan itu menunjukkan DNA Kaitlin

1107
01:08:30,022 --> 01:08:32,024
ada pada basikal itu.

1108
01:08:32,108 --> 01:08:37,154
Penjelasan paling mudah,
logik dan munasabah

1109
01:08:37,238 --> 01:08:40,157
bagi adanya DNA defendan pada basikal ini.

1110
01:08:40,241 --> 01:08:43,285
Defenden sentuh basikal ini
selepas dia keluar.

1111
01:08:43,369 --> 01:08:46,205
Dia ambil basikal ini dan campak ke luar.

1112
01:08:46,997 --> 01:08:52,711
Setiap orang yang kendalikan basikal ini
memegangnya dengan cara yang sama.

1113
01:08:55,965 --> 01:09:02,263
Saya sangat sedih melihat
cara Peguam Cofer memegang basikal itu.

1114
01:09:02,763 --> 01:09:05,850
Saya tak rasa ia menunjukkan rasa hormat.

1115
01:09:05,933 --> 01:09:08,853
Yang menakjubkannya, di sini.

1116
01:09:09,478 --> 01:09:14,483
Kawasan ini tidak dikesat
untuk dapatkan DNA.

1117
01:09:14,567 --> 01:09:19,446
Bagaimana kalau ada satu lagi
profil tak dikenali?

1118
01:09:24,743 --> 01:09:25,828
30 OKTOBER 2023

1119
01:09:27,538 --> 01:09:31,041
Sukar bagi kita semua
untuk berada sekamar dengan Armstrong.

1120
01:09:31,125 --> 01:09:34,753
- Saya rasa terutamanya…
- Ya.

1121
01:09:34,837 --> 01:09:37,590
Memang sukar untuk kita semua.

1122
01:09:37,673 --> 01:09:39,258
Kamar itu terasa sejuk.

1123
01:09:39,341 --> 01:09:41,093
- Rasanya seperti…
- Ya, rasa kaku.

1124
01:09:41,177 --> 01:09:44,096
Saya tak rasa apa-apa sangat
sebab pada saya

1125
01:09:44,180 --> 01:09:46,682
ia tak terasa seperti ruang

1126
01:09:46,765 --> 01:09:50,019
yang menggalakkan saya rasa apa-apa emosi.

1127
01:09:50,102 --> 01:09:53,981
Melihat dia tak tunjukkan sebarang emosi,

1128
01:09:54,064 --> 01:09:55,816
saya nampak dia macam batu.

1129
01:09:55,900 --> 01:09:57,818
Apabila tengok dia, dia macam batu.

1130
01:09:58,652 --> 01:10:02,489
Sekali-sekala saya tengok dia
dan terfikir, "Ada tak…

1131
01:10:03,407 --> 01:10:07,411
Ada kelembutan tak dalam hati dia?

1132
01:10:07,494 --> 01:10:10,915
Hati dia masih hidupkah?
Atau semuanya dah jadi batu?"

1133
01:10:11,415 --> 01:10:12,917
Entahlah.

1134
01:10:15,628 --> 01:10:19,006
Testimoni hari ketiga
dalam perbicaraan Kaitlin Armstrong

1135
01:10:19,089 --> 01:10:23,010
dengan Colin Strickland, teman lelaki
putus sambung Armstrong ketika itu.

1136
01:10:24,345 --> 01:10:28,807
Amat sukar melihat Colin
dalam kandang saksi.

1137
01:10:30,017 --> 01:10:36,232
Semasa perbicaraan, dia tak nampak
macam dirinya sebelum Moriah mati.

1138
01:10:38,734 --> 01:10:42,238
Sukar melihat Colin secara berdepan.

1139
01:10:42,321 --> 01:10:46,242
Terutamanya sebab saya letakkan
banyak kesalahan ke atasnya kerana…

1140
01:10:46,909 --> 01:10:49,828
memanipulasi Moriah dan Kaitlin.

1141
01:10:49,912 --> 01:10:52,748
Colin Strickland berikan jawapan
acuh tak acuh

1142
01:10:52,831 --> 01:10:57,294
kepada peguam hari ini, dia palingkan
badannya dan mengangkat tangan

1143
01:10:57,378 --> 01:11:00,047
mungkin untuk cuba halang
pandangan Armstrong.

1144
01:11:00,965 --> 01:11:02,383
Kelakuannya mengatakan,

1145
01:11:03,425 --> 01:11:05,010
"Saya tak nak berada di sini."

1146
01:11:05,094 --> 01:11:06,387
Dia berpaling.

1147
01:11:06,470 --> 01:11:08,180
Dia asyik tundukkan kepala.

1148
01:11:08,264 --> 01:11:10,516
Dia duduk membongkok atas mikrofon.

1149
01:11:10,599 --> 01:11:13,018
Dia letakkan tangan pada kepala begini.

1150
01:11:13,102 --> 01:11:14,937
Matanya selalu tertutup

1151
01:11:15,020 --> 01:11:16,939
dan jarang sekali dia pandang

1152
01:11:17,022 --> 01:11:20,359
orang yang menyoalnya,
baik kami mahupun pihak lawan.

1153
01:11:21,443 --> 01:11:25,030
Apabila Colin ditanya
dalam pemeriksaan balas

1154
01:11:25,114 --> 01:11:27,324
jika dia kenal defendan,

1155
01:11:27,408 --> 01:11:29,535
dia terus jawab, "Tidak."

1156
01:11:30,911 --> 01:11:35,624
Saya rasa itu satu pernyataan,
"Saya sangka saya kenal dia, tapi tidak."

1157
01:11:36,292 --> 01:11:38,961
Dia ada maklumat yang amat penting

1158
01:11:39,461 --> 01:11:42,923
untuk bantu selesaikan kes ini
dan tuntut keadilan buat Mo.

1159
01:11:43,007 --> 01:11:44,842
Tapi saya tak suka…

1160
01:11:46,385 --> 01:11:49,013
ada masanya dia nampak seperti keberatan.

1161
01:11:49,096 --> 01:11:52,349
Saya rasa nak cakap, "Seriuslah, Colin.

1162
01:11:53,392 --> 01:11:56,520
Buat begini dan mudahkan untuk awak."

1163
01:11:58,188 --> 01:12:00,816
Pendakwaan bentangkan mesej
antara Strickland dan Armstrong

1164
01:12:00,899 --> 01:12:02,192
pada Oktober 2021.

1165
01:12:02,276 --> 01:12:05,779
Ketika itulah
Wilson dan Strickland bertemu di Austin.

1166
01:12:05,863 --> 01:12:09,575
Mesej yang nampak seperti
daripada Armstrong kepada Strickland

1167
01:12:09,658 --> 01:12:13,037
"Saya sangka awak cerdik untuk tak datang
ke Meteor dengan perempuan itu."

1168
01:12:13,120 --> 01:12:16,665
Strickland kata "perempuan itu"
merujuk kepada Wilson.

1169
01:12:17,249 --> 01:12:19,626
Juri ditunjukkan mesej kepada Strickland

1170
01:12:19,710 --> 01:12:24,048
yang mengandungi video seseorang
sedang menembak pistol di padang tembak.

1171
01:12:24,715 --> 01:12:26,425
Muka orang itu tak kelihatan,

1172
01:12:26,508 --> 01:12:29,762
tapi Strickland beri keterangan
yang dia percaya itu Armstrong.

1173
01:12:30,596 --> 01:12:34,641
Colin tersepit di tengah-tengah
dalam kejadian yang amat malang.

1174
01:12:35,309 --> 01:12:38,354
Saya rasa dia tak pernah jangkakan

1175
01:12:38,437 --> 01:12:42,274
atau mahu perkara itu berlaku seperti itu.

1176
01:12:42,358 --> 01:12:45,986
Saya juga rasa kita tak boleh lihat
apa yang berlaku

1177
01:12:46,070 --> 01:12:48,906
tanpa mengakui penglibatannya.

1178
01:12:51,158 --> 01:12:53,827
Saya tak suka penipuannya

1179
01:12:53,911 --> 01:12:58,415
mencetuskan situasi dan senario
yang membawa kepada kematian Mo.

1180
01:12:58,499 --> 01:13:01,418
Sebaliknya, bukan dia
yang tarik picu pistol.

1181
01:13:01,502 --> 01:13:02,878
Colin tak bunuh dia.

1182
01:13:03,712 --> 01:13:07,758
Pada pendapat saya,
tiada apa-apa tentang Kaitlin

1183
01:13:07,841 --> 01:13:09,718
yang mencadangkan kepada Colin,

1184
01:13:09,802 --> 01:13:12,763
"Saya kena berhati-hati.
Dia boleh bunuh orang."

1185
01:13:12,846 --> 01:13:14,973
Saya rasa dia tak menjangkakannya.

1186
01:13:15,474 --> 01:13:18,185
Kalau tidak, mungkin dia akan buat
sesuatu berbeza.

1187
01:13:23,941 --> 01:13:27,069
Kami nak Pam Mazak
jadi saksi terakhir kami

1188
01:13:27,569 --> 01:13:30,572
untuk ringkaskan
keseluruhan kes, kesemua data

1189
01:13:30,656 --> 01:13:34,159
dan susun mengikut garis masa kronologi.

1190
01:13:34,743 --> 01:13:37,246
SAYA BALIK AWAL
DENGAN KAWAN SAYA DARI ASHEVILLE

1191
01:13:37,329 --> 01:13:42,751
Daripada telefon Colin, nama Moriah
disimpan sebagai Christine Wall.

1192
01:13:43,836 --> 01:13:47,464
Sekitar jam 4.45 petang,
Colin tanya Moriah

1193
01:13:47,548 --> 01:13:51,135
kalau dia nak Colin datang jemput dia
menaiki motosikal.

1194
01:13:51,218 --> 01:13:57,391
Kaitlin boleh akses kebanyakan maklumatnya
dan di rumah mereka ada iPad,

1195
01:13:57,474 --> 01:14:01,437
jadi kemungkinan besar
dia boleh lihat semua mesej

1196
01:14:01,520 --> 01:14:03,856
antara Colin dan Moriah.

1197
01:14:03,939 --> 01:14:05,816
AWAK ADA RANCANGAN MALAM INI?

1198
01:14:06,608 --> 01:14:08,026
Sekitar jam 4.49 petang,

1199
01:14:08,110 --> 01:14:12,489
Moriah hantar mesej yang mengandungi
alamat tempat tinggalnya kepada Colin.

1200
01:14:13,157 --> 01:14:15,117
Namanya masih Christine Wall,

1201
01:14:16,076 --> 01:14:20,789
tapi Moriah hantar gambarnya berbasikal.

1202
01:14:21,790 --> 01:14:26,545
Jadi, Kaitlin tahu
dengan siapa Colin buat rancangan.

1203
01:14:29,256 --> 01:14:31,425
Kaitlin keluar dari rumah

1204
01:14:31,508 --> 01:14:34,595
dan kami percaya dia bawa pistolnya.

1205
01:14:35,596 --> 01:14:39,766
Dia menuju ke Lamar, ke arah pusat bandar.

1206
01:14:40,976 --> 01:14:46,940
Kemudian dia belok ke kiri
ke jalan West 6th dan menuju ke barat

1207
01:14:47,524 --> 01:14:51,987
dan akan membawa anda ke Deep Eddy
atau kawasan sekitarnya.

1208
01:14:52,070 --> 01:14:57,034
Tapi kemudian, dia belok
dan mula menuju ke timur, ke Jalan 5th.

1209
01:14:57,784 --> 01:15:01,705
Selepas itu, keretanya membelok
mengelilingi satu lagi blok.

1210
01:15:01,788 --> 01:15:04,666
Dia seolah-olah sedang berfikir
apa nak buat.

1211
01:15:04,750 --> 01:15:09,338
Dia berhenti di tempat letak kereta
dan duduk di situ selama beberapa minit.

1212
01:15:10,047 --> 01:15:13,300
Saya tak tahu sama ada awalnya
dia nak bersemuka dengan mereka.

1213
01:15:13,383 --> 01:15:17,429
Orang yang cemburu biasanya jerit,
pekik, tampar, tarik rambut.

1214
01:15:17,513 --> 01:15:19,556
Tapi bukan itu yang berlaku.

1215
01:15:19,640 --> 01:15:20,724
7:30 malam

1216
01:15:20,807 --> 01:15:25,479
Dia duduk sekejap di situ,
buat keputusan untuk matikan telefonnya.

1217
01:15:26,897 --> 01:15:30,317
Kemudian Jeepnya mula menuju ke timur

1218
01:15:30,400 --> 01:15:32,819
dan terus ke kejiranan Cash.

1219
01:15:35,322 --> 01:15:40,494
Lokasi Jeep Kaitlin sepadan
dengan video pengawasan.

1220
01:15:42,788 --> 01:15:45,040
Dia mengelilingi kejiranan itu

1221
01:15:45,123 --> 01:15:50,003
dan dia duduk menunggu dalam kereta
sekurang-kurangnya di tiga tempat berbeza…

1222
01:15:50,087 --> 01:15:52,005
7.52 MALAM

1223
01:15:52,089 --> 01:15:56,009
Kami nampak Moriah dan Colin pulang.

1224
01:15:56,093 --> 01:15:58,470
Kaitlin mengelilingi blok itu

1225
01:15:59,805 --> 01:16:02,391
sampailah dia nampak mereka pulang.

1226
01:16:07,354 --> 01:16:08,939
8.29 MALAM

1227
01:16:09,022 --> 01:16:11,441
Jarak antara mereka hanyalah satu blok.

1228
01:16:12,276 --> 01:16:14,236
Dia tunggu Colin beredar.

1229
01:16:17,864 --> 01:16:22,411
Saya tahu pengakhirannya, tapi tetap sukar
untuk melihat perkembangannya.

1230
01:16:23,787 --> 01:16:26,415
Antara perkara paling dahsyat
kami dapat tahu

1231
01:16:26,498 --> 01:16:31,628
adalah betapa lama
dia mengelilingi rumah Cash

1232
01:16:31,712 --> 01:16:33,589
dan betapa ia disengajakan.

1233
01:16:36,717 --> 01:16:39,636
Boleh dikatakan dia menghendap Moriah.

1234
01:16:41,597 --> 01:16:46,268
Amat mengagumkan sebab kami berjaya
satukan semua maklumat

1235
01:16:46,351 --> 01:16:49,396
dan bukti digital itu

1236
01:16:49,479 --> 01:16:52,024
hampir boleh jadi saksi dalam perbicaraan.

1237
01:16:53,191 --> 01:16:57,571
Kita tak boleh tuduh data menipu.

1238
01:16:59,072 --> 01:17:00,574
8.35, dia hantar Moriah.

1239
01:17:01,575 --> 01:17:02,909
Kemudian Colin pulang.

1240
01:17:05,120 --> 01:17:07,748
Dia berhenti pada 8.38 di MLK,

1241
01:17:07,831 --> 01:17:09,041
beberapa blok

1242
01:17:10,000 --> 01:17:12,044
dari tempat dia hantar Mo.

1243
01:17:12,127 --> 01:17:15,589
Kemudian dia mesej Kaitlin
tentang urusannya.

1244
01:17:15,672 --> 01:17:17,174
Dia kata, "Selesai.

1245
01:17:17,257 --> 01:17:19,134
Nak keluar makan?"

1246
01:17:19,217 --> 01:17:20,469
Kaitlin tak balas.

1247
01:17:23,930 --> 01:17:27,476
Sebaik saja Colin beredar,
Kaitlin mengelilingi lorong itu.

1248
01:17:27,559 --> 01:17:29,728
Dia berhentikan keretanya.

1249
01:17:29,811 --> 01:17:32,481
Kemudian dia duduk sekejap
dalam Jeep itu.

1250
01:17:33,982 --> 01:17:35,525
Moriah buka pintu.

1251
01:17:35,609 --> 01:17:37,027
Dia masuk.

1252
01:17:37,110 --> 01:17:43,450
Kemudian dia hantar mesej
kepada hos audio siar pada 9.13.

1253
01:17:43,533 --> 01:17:44,993
Beberapa minit kemudian,

1254
01:17:45,077 --> 01:17:48,997
kedengaran bunyi jeritan dan tembakan.

1255
01:17:49,081 --> 01:17:51,583
Peng! Peng!

1256
01:17:52,709 --> 01:17:53,960
Dua tembakan.

1257
01:17:55,295 --> 01:17:57,005
Satu di depan kepala.

1258
01:17:58,090 --> 01:17:59,966
Satu di tepi kepala

1259
01:18:00,050 --> 01:18:03,345
yang terkena jari telunjuk
ketika peluru lalu.

1260
01:18:04,888 --> 01:18:07,891
Selepas senyap
selama empat hingga lima saat,

1261
01:18:08,642 --> 01:18:10,185
Kaitlin Armstrong

1262
01:18:10,852 --> 01:18:12,354
berdiri dekat Mo Wilson

1263
01:18:12,938 --> 01:18:14,606
dan lepaskan tembakan ketiga

1264
01:18:15,107 --> 01:18:16,775
tempat ke jantung Mo Wilson.

1265
01:18:18,819 --> 01:18:21,154
Mendengar jeritan itu…

1266
01:18:22,197 --> 01:18:23,323
masih menghantui saya.

1267
01:18:23,990 --> 01:18:27,452
Saya cuba tak mendengarnya,
tapi amat sukar.

1268
01:18:34,710 --> 01:18:35,669
31 OKTOBER 2023

1269
01:18:36,753 --> 01:18:40,674
HARI KEPUTUSAN PERBICARAAN
16 NOVEMBER 2023

1270
01:18:45,095 --> 01:18:49,224
Saya cuba berdamai dengan kemungkinan,
"Bagaimana jika dia dibebaskan?"

1271
01:18:50,058 --> 01:18:53,145
Apa maknanya
bagi keluarga Wilson dan saya?

1272
01:18:56,940 --> 01:19:00,944
Saya rasa cemas dan gementar.

1273
01:19:02,696 --> 01:19:04,823
Ia bergantung pada 12 orang itu.

1274
01:19:06,408 --> 01:19:11,788
Segala yang kami buat
akhirnya bergantung pada juri.

1275
01:19:11,872 --> 01:19:14,124
Jika mereka tak suka atau tak percaya,

1276
01:19:14,207 --> 01:19:16,710
kalau ada seorang saja tak suka
atau tak percaya,

1277
01:19:17,294 --> 01:19:18,378
habislah kami.

1278
01:19:19,921 --> 01:19:25,051
HAKIM BRENDA KENNEDY
HAKIM MAHKAMAH DAERAH NEGERI

1279
01:19:29,431 --> 01:19:31,349
Defendan, sila berdiri.

1280
01:19:34,895 --> 01:19:39,649
Dalam kes nombor D1DC22301129,

1281
01:19:39,733 --> 01:19:42,569
keputusan juri bagi kesalahan membunuh,

1282
01:19:42,652 --> 01:19:46,072
kami, juri, mendapati defendan,
Kaitlin Armstrong,

1283
01:19:46,156 --> 01:19:47,824
bersalah atas kesalahan membunuh,

1284
01:19:47,908 --> 01:19:51,703
mahkamah ini menjatuhi kamu
hukuman penjara 90 tahun

1285
01:19:51,787 --> 01:19:53,789
di Bahagian Keadilan Jenayah Texas

1286
01:19:53,872 --> 01:19:57,667
dan denda $10,000 dikenakan oleh juri.

1287
01:19:57,751 --> 01:19:59,044
Sila duduk.

1288
01:20:01,296 --> 01:20:03,715
Ada kenyataan terakhir ingin disampaikan?

1289
01:20:03,799 --> 01:20:04,883
Ada, Yang Arif.

1290
01:20:16,853 --> 01:20:18,814
Kaitlin Armstrong.

1291
01:20:21,608 --> 01:20:25,153
Saya tak pasti jika kata-kata saya
dapat menembusi hati awak,

1292
01:20:25,237 --> 01:20:26,738
tapi saya akan cuba.

1293
01:20:28,406 --> 01:20:31,034
Saya benci perbuatan awak
terhadap anak saya.

1294
01:20:32,869 --> 01:20:35,622
Tindakan ganas pada 11 Mei itu

1295
01:20:36,331 --> 01:20:38,792
amat mementingkan diri dan pengecut.

1296
01:20:39,459 --> 01:20:41,253
Itu tindakan pengecut

1297
01:20:42,003 --> 01:20:46,132
sebab awak tak pilih untuk bersemuka
dengannya sesama wanita

1298
01:20:46,216 --> 01:20:48,385
dalam perbincangan yang sopan.

1299
01:20:49,052 --> 01:20:50,720
Dia pasti akan dengar.

1300
01:20:51,388 --> 01:20:53,682
Dia pendengar yang hebat.

1301
01:20:54,349 --> 01:20:57,269
Dia pasti jaga perasaan awak.

1302
01:20:57,352 --> 01:21:00,230
Dia orang yang penyayang dan penuh empati.

1303
01:21:00,939 --> 01:21:04,317
Kalau awak benarkan diri awak
untuk mengenali dia,

1304
01:21:04,401 --> 01:21:08,446
awak pasti takkan mahu menyakitinya.

1305
01:21:09,739 --> 01:21:12,117
Apabila awak tembak jantung Moriah,

1306
01:21:12,200 --> 01:21:15,245
awak juga tembak jantung saya.

1307
01:21:16,204 --> 01:21:20,250
Awak tembak jantung Eric dan Matt.

1308
01:21:26,882 --> 01:21:31,845
Entah kenapa Tuhan benarkan ini berlaku,
tapi Tuhan benarkannya berlaku.

1309
01:21:33,346 --> 01:21:36,391
Kami percaya akan ada hikmahnya.

1310
01:21:40,478 --> 01:21:44,190
Mungkin ia akan membantu orang lain
pada masa akan datang…

1311
01:21:46,443 --> 01:21:48,778
supaya perkara begini takkan berlaku.

1312
01:22:03,168 --> 01:22:05,295
Tiada sesiapa menang.

1313
01:22:06,212 --> 01:22:08,506
Ini bukan masa untuk meraikan,

1314
01:22:09,049 --> 01:22:10,592
tapi masa untuk berdoa.

1315
01:22:11,718 --> 01:22:13,678
Masa untuk berdoa buat keluarga

1316
01:22:14,346 --> 01:22:18,642
dan rakan-rakan kami,
keluarga Armstrong dan rakan-rakan mereka.

1317
01:22:19,476 --> 01:22:21,811
Kisah sedih ini contoh terbaik

1318
01:22:21,895 --> 01:22:25,482
mengapa integriti
dan kejujuran amat penting

1319
01:22:25,565 --> 01:22:27,359
dalam hubungan peribadi kita.

1320
01:22:28,485 --> 01:22:32,989
Ia juga menunjukkan bahawa penipuan
akan membawa kepada akibat tak diingini.

1321
01:22:33,907 --> 01:22:37,452
Manipulasi yang mementingkan diri,
cemburu dan benci

1322
01:22:37,535 --> 01:22:39,537
takkan berikan hasil yang positif.

1323
01:22:40,789 --> 01:22:42,832
Keganasan bukan cara yang betul.

1324
01:22:43,416 --> 01:22:45,335
Ia hanya menambah penderitaan.

1325
01:22:47,128 --> 01:22:49,130
Hidup kami berubah buat selamanya,

1326
01:22:50,131 --> 01:22:53,218
tapi setelah berlalunya cabaran getir ini,

1327
01:22:53,802 --> 01:22:58,014
kami bersedia untuk teruskan hidup
dan teruskan penyembuhan kami.

1328
01:22:59,349 --> 01:23:04,521
Kami akan lakukannya
dengan semangat Moriah yang kuat, cekal,

1329
01:23:04,604 --> 01:23:06,940
penuh kelembutan dan ihsan,

1330
01:23:07,607 --> 01:23:10,443
kerana kami tahu
ini yang dia mahu kami lakukan.

1331
01:23:25,000 --> 01:23:29,337
Dia seseorang yang saya pasti
kebanyakan orang dalam hidupnya

1332
01:23:29,421 --> 01:23:31,965
tak dapat bayangkan
dia buat perkara begini.

1333
01:23:32,048 --> 01:23:34,551
Jadi, ia menimbulkan persoalan,

1334
01:23:35,218 --> 01:23:37,178
"Kita kenalkah seseorang itu?"

1335
01:23:37,262 --> 01:23:41,683
Adakah saya mampu buat perkara begitu?
Adakah semua orang mampu lakukannya?

1336
01:23:43,518 --> 01:23:48,273
Ia masih sukar difahami.

1337
01:23:49,232 --> 01:23:51,776
Apabila saya rasa marah,

1338
01:23:51,860 --> 01:23:53,236
saya cuma mampu fikir,

1339
01:23:53,319 --> 01:23:57,282
"Budak bodoh,
Kaitlin Armstrong, kamu budak bodoh.

1340
01:23:57,991 --> 01:23:59,784
Tengok apa kamu dah buat."

1341
01:24:17,927 --> 01:24:22,098
Kaitlin Armstrong rampas banyak perkara
daripada kakak saya.

1342
01:24:22,182 --> 01:24:23,975
Dia rampas nyawanya,

1343
01:24:24,476 --> 01:24:25,810
kebebasannya,

1344
01:24:26,853 --> 01:24:30,273
kemampuannya untuk menikmati dunia ini,

1345
01:24:30,356 --> 01:24:33,568
kebolehannya merasai kegembiraan.

1346
01:24:34,527 --> 01:24:38,281
Satu-satunya balasan yang adil
untuk perbuatannya

1347
01:24:38,364 --> 01:24:42,869
ialah dia juga tak boleh alami
semua pengalaman itu lagi

1348
01:24:43,953 --> 01:24:45,455
sepanjang hayatnya.

1349
01:25:09,979 --> 01:25:12,107
Dalam sistem kepercayaan saya,

1350
01:25:12,190 --> 01:25:16,653
setiap kali kita buat pilihan
yang ada akibat negatif,

1351
01:25:16,736 --> 01:25:19,447
kita tak boleh pergi begitu saja.

1352
01:25:20,448 --> 01:25:23,409
Ini tentang apa yang betul dan salah…

1353
01:25:25,161 --> 01:25:27,455
dan tanggung akibat perbuatan sendiri.

1354
01:25:32,252 --> 01:25:34,546
Ia jenayah yang sangat sia-sia.

1355
01:26:05,410 --> 01:26:07,745
Inilah hidup saya sekarang.

1356
01:26:07,829 --> 01:26:10,206
Bersendirian di bengkel.

1357
01:26:12,709 --> 01:26:15,670
Sebahagiannya adalah di luar kawalan saya.

1358
01:26:15,753 --> 01:26:18,548
Jadi saya kecilkan dunia saya
secara drastik

1359
01:26:18,631 --> 01:26:21,134
supaya saya rasa ada sedikit kawalan.

1360
01:26:21,217 --> 01:26:24,304
Keadaan dah tak terkawal.

1361
01:26:32,270 --> 01:26:35,231
Saya menyesali segalanya.
Saya malu atas segala tindakan saya.

1362
01:26:37,275 --> 01:26:40,236
Kalau saya tahu,
saya takkan mula berlumba basikal.

1363
01:26:41,362 --> 01:26:43,281
Saya takkan jumpa Kaitlin.

1364
01:26:44,324 --> 01:26:46,075
Saya takkan jumpa Moriah.

1365
01:26:47,285 --> 01:26:50,872
Saya takkan bercakap
dengan Moriah bersendirian.

1366
01:26:52,498 --> 01:26:53,666
Semua sekali.

1367
01:26:54,918 --> 01:26:56,544
Kerana inilah kesannya.

1368
01:27:10,767 --> 01:27:13,728
Saya jumpa ini di kedai barang terpakai
semasa cuba buat keputusan

1369
01:27:13,811 --> 01:27:18,066
sama ada saya mampu kembali
ke rumah ini atau tidak.

1370
01:27:18,149 --> 01:27:21,986
Saya capai ini daripada dinding
yang penuh dengan 300 bingkai.

1371
01:27:22,070 --> 01:27:24,322
Ada basikal kecil
yang terkeluar daripada bingkai

1372
01:27:24,405 --> 01:27:27,700
dan terasa sesuai dengan keadaan
yang berlaku waktu itu.

1373
01:27:27,784 --> 01:27:30,411
Ada bunga kecil, jadi ada sedikit harapan.

1374
01:27:31,246 --> 01:27:33,289
Serta ayat, "Bersamamu sepanjang jalan."

1375
01:27:33,373 --> 01:27:39,337
Saya rasa begitu terharu
apabila melihatnya.

1376
01:27:42,465 --> 01:27:47,679
Semasa pindah balik ke sini, saya nak
rumah ini terasa ceria dan terang.

1377
01:27:47,762 --> 01:27:50,598
Jadi saya nak dindingnya
penuh dengan warna.

1378
01:27:50,682 --> 01:27:53,726
Saya nak setiap barang
yang dibawa balik ke sini

1379
01:27:53,810 --> 01:27:55,979
ada makna dan ceria.

1380
01:27:57,689 --> 01:28:02,860
Semua orang andaikan
saya takkan pindah balik ke sini.

1381
01:28:02,944 --> 01:28:07,198
Tuan rumah dan ayah saya asyik tanya

1382
01:28:07,282 --> 01:28:09,826
jika barang saya perlu dipindahkan keluar.

1383
01:28:09,909 --> 01:28:12,704
Tapi saya amat berat hati.

1384
01:28:13,288 --> 01:28:15,456
Entah kenapa saya rasa

1385
01:28:16,499 --> 01:28:19,460
ada hubungan dan tarikan yang kuat.

1386
01:28:21,546 --> 01:28:23,214
Apabila saya kenang kembali,

1387
01:28:23,298 --> 01:28:25,842
hari terakhir hidupnya sangat indah.

1388
01:28:25,925 --> 01:28:28,678
Kami banyak ketawa bersama.

1389
01:28:28,761 --> 01:28:30,805
Kami buat sarapan dan kopi.

1390
01:28:30,888 --> 01:28:32,890
Dia pergi berbasikal.

1391
01:28:32,974 --> 01:28:37,103
Kami berbual tentang hidup,
lelaki dan keluarga.

1392
01:28:37,186 --> 01:28:42,317
Ia sememangnya hari terakhir yang indah.

1393
01:28:42,400 --> 01:28:44,485
Ia terasa suci bagi saya.

1394
01:28:45,570 --> 01:28:48,448
Saya nak melindunginya.

1395
01:28:49,824 --> 01:28:54,620
Saya dapat rasakan kehadirannya.
Saya dapat rasakan kegembiraannya.

1396
01:28:55,413 --> 01:29:00,084
Saya dapat menyerap
dan manfaatkan semangatnya.

1397
01:29:00,793 --> 01:29:04,339
Saya rasa dia akan bangga.
Dia pasti bangga saya tak putus asa.

1398
01:29:12,555 --> 01:29:16,017
Membesar, belajar di Burke
dengan Moriah dan kini melatih.

1399
01:29:16,601 --> 01:29:18,144
Berbaris di garisan merah.

1400
01:29:19,145 --> 01:29:21,647
Bergaul dengan anak muda
dalam komuniti ini

1401
01:29:22,482 --> 01:29:25,193
banyak menyembuhkan saya
dari pelbagai sudut.

1402
01:29:25,276 --> 01:29:28,112
Millie's ke Trillium, ke Magill,

1403
01:29:28,196 --> 01:29:30,490
ke Moose Deuce, ke Moriah's Ascent.

1404
01:29:31,908 --> 01:29:34,660
Saya sering terfikir
apa yang Mo selalu cakap.

1405
01:29:36,287 --> 01:29:40,124
Untuk keluarkan diri dari lubang itu,

1406
01:29:40,208 --> 01:29:43,586
dia akan suruh saya tunggang basikal saya.

1407
01:29:45,463 --> 01:29:48,424
Cuba untuk dapatkan sedikit momentum.

1408
01:29:50,176 --> 01:29:53,054
Cuba ambil langkah satu per satu.

1409
01:30:01,479 --> 01:30:05,191
Apabila laluan makin curam,
tiba masa untuk kayuh.

1410
01:30:06,109 --> 01:30:09,612
Cuba cari gear yang sukar dikecapi
dalam diri kita semua.

1411
01:30:12,490 --> 01:30:16,869
Jadi aku padamkan fikiran
dan biar tubuh aku ambil alih.

1412
01:30:18,037 --> 01:30:21,499
Salurkan setiap cebis tenaga
kepada kaki aku

1413
01:30:21,582 --> 01:30:24,627
sambil aku kayuh pedal
dengan segala kudratku.

1414
01:30:27,922 --> 01:30:33,094
Aku terus memasuki tempat dalam
dan kelam yang begitu kosong itu.

1415
01:30:36,180 --> 01:30:40,268
Inilah antara perasaan yang aku rasa
setiap pelumba basikal kejar.

1416
01:30:41,227 --> 01:30:42,520
Pengosongan.

1417
01:30:46,023 --> 01:30:47,942
Ia satu paradoks yang indah.

1418
01:30:48,025 --> 01:30:51,529
Mengosongkan diri boleh jadi
pengalaman yang amat memuaskan.

1419
01:30:53,406 --> 01:30:56,492
Ini antara perkara
paling aku gemari dalam berlumba.

1420
01:30:57,326 --> 01:30:59,954
Aku tak sabar nak alami detik begini lagi.

1421
01:31:26,022 --> 01:31:29,066
Ayuh, Mo! Ayuh! Kayuh ke atas!

1422
01:31:29,609 --> 01:31:31,068
Ya, Mo!

1423
01:31:35,698 --> 01:31:38,201
Mo! Ayuh, Mo!

1424
01:31:38,284 --> 01:31:41,287
Naik bukit! Kayuh, Mo!

1425
01:31:41,913 --> 01:31:44,499
Kayuh!

1426
01:32:16,656 --> 01:32:19,700
PADA TAHUN 2023, KELUARGA WILSON TUBUHKAN
YAYASAN MORIAH WILSON

1427
01:32:19,784 --> 01:32:21,619
UNTUK MENGENANG HIDUP DAN LEGASI MORIAH

1428
01:32:21,702 --> 01:32:24,413
DAN TERUSKAN IMPAK
YANG DIA HARAPKAN BUAT KOMUNITINYA.

1429
01:32:25,164 --> 01:32:27,166
YAYASAN MORIAH
MENGGALAKKAN KEHIDUPAN SIHAT

1430
01:32:27,250 --> 01:32:29,961
DAN PEMBINAAN KOMUNITI
DENGAN MENYOKONG ORGANISASI KHUSUS

1431
01:32:30,044 --> 01:32:33,381
UNTUK LUASKAN AKSES KEPADA REKREASI,
SUKAN DAN PROGRAM PENDIDIKAN.

1432
01:32:33,965 --> 01:32:37,218
KAYUH UNTUK MO

1433
01:35:12,832 --> 01:35:16,585
Terjemahan sari kata oleh Najaa H.



