1
00:00:35,285 --> 00:00:37,829
Mengapa ada begitu banyak kabus malam ini?

2
00:00:49,174 --> 00:00:50,675
Tunggu, ini bukan kabus.

3
00:00:51,551 --> 00:00:53,219
Ini asap.

4
00:00:56,014 --> 00:00:57,348
Apa sedang berlaku?

5
00:00:59,142 --> 00:01:00,685
Apa yang tak kena dengan ini?

6
00:01:21,372 --> 00:01:22,332
Hujan sekarang.

7
00:01:25,168 --> 00:01:26,503
Panasnya!

8
00:01:26,586 --> 00:01:28,963
Saya bukannya tahu cara membaiki.

9
00:01:29,756 --> 00:01:33,134
Saya perlu tahu lokasi
jika mahu telefon untuk bantuan.

10
00:01:34,302 --> 00:01:35,553
Ada bangunan berdekatan?

11
00:01:37,388 --> 00:01:39,224
Sejuknya.

12
00:01:39,307 --> 00:01:41,392
Mengapa tiada apa-apa di sini?

13
00:01:41,476 --> 00:01:42,852
Bagaimana keadaan pemandu?

14
00:01:44,062 --> 00:01:45,772
Siapa awak?

15
00:01:45,855 --> 00:01:49,109
- Ada kemalangan?
- Itu pentingkah sekarang?

16
00:01:49,192 --> 00:01:51,277
Bagaimana keadaan pemandu?

17
00:01:52,112 --> 00:01:53,279
En. Ji?

18
00:02:18,930 --> 00:02:20,390
Adakah awak dungu?

19
00:02:20,473 --> 00:02:22,392
Bagaimana awak boleh salah kereta?

20
00:02:22,475 --> 00:02:24,686
Bagaimana jika awak kemalangan?

21
00:02:26,146 --> 00:02:27,147
Itu…

22
00:02:28,815 --> 00:02:30,650
Saya lebih risaukan awak.

23
00:02:31,151 --> 00:02:33,361
Hujan lebat, bagaimana awak memandu?

24
00:02:33,444 --> 00:02:35,071
Bagaimana awak memandu ke sini?

25
00:02:39,325 --> 00:02:41,077
Awak basah kuyup. Payung.

26
00:02:47,375 --> 00:02:49,460
Awak basah kuyup. Ada apa-apa berlaku?

27
00:02:49,544 --> 00:02:50,879
Awak okey?

28
00:02:50,962 --> 00:02:54,382
Bagaimana awak sampai
sejauh ini dalam hujan yang lebat?

29
00:02:54,465 --> 00:02:55,550
Saya tak tahu.

30
00:02:57,594 --> 00:03:03,349
Saya tak perasan hujan turun.

31
00:03:49,604 --> 00:03:51,272
Ya, Cik Cha.

32
00:03:51,356 --> 00:03:53,816
Maaf kerana buat awak risau.

33
00:03:53,900 --> 00:03:55,568
Kereta dah ditunda.

34
00:03:55,652 --> 00:03:58,905
Saya dah bincang dengan penulis
dan jadualkan semula temu bual kami.

35
00:03:58,988 --> 00:04:02,784
Saya dah setuju untuk jumpa penulis
di Heyri hujung minggu ini.

36
00:04:02,867 --> 00:04:03,785
Ya.

37
00:04:03,868 --> 00:04:05,453
Jumpa awak esok.

38
00:04:21,219 --> 00:04:22,053
Tutup badan awak.

39
00:04:22,553 --> 00:04:24,889
Awak lebih basah daripada saya.

40
00:04:24,973 --> 00:04:27,433
- Saya tak apa apa…
- Dah, selimutkan diri saja.

41
00:04:28,434 --> 00:04:30,436
- Namun saya okey.
- Dengar saja.

42
00:04:32,063 --> 00:04:33,690
Dengar cakap saya, boleh?

43
00:04:34,732 --> 00:04:37,318
Saya dah hidupkan pemanas.
Nanti kerusi akan hangat.

44
00:04:42,490 --> 00:04:43,866
Ada kesan comot.

45
00:04:43,950 --> 00:04:47,537
Saya akan bersihkan sendiri.

46
00:05:07,765 --> 00:05:10,226
Boleh saya hidupkan radio?

47
00:05:11,311 --> 00:05:13,980
<i>Setiap kali memeluk dirimu</i>

48
00:05:14,063 --> 00:05:18,860
<i>Teringat masa sukar</i>

49
00:05:21,946 --> 00:05:23,614
<i>Peluklah aku</i>

50
00:05:25,199 --> 00:05:27,493
<i>Peluklah aku</i>

51
00:05:28,494 --> 00:05:32,457
<i>Peluklah aku…</i>

52
00:05:45,511 --> 00:05:48,890
- Terima kasih kerana tumpangkan saya.
- Cik Kim Hye-jin.

53
00:06:00,068 --> 00:06:03,071
Berehatlah. Jumpa awak esok.

54
00:06:04,822 --> 00:06:05,907
Selamat malam.

55
00:06:38,981 --> 00:06:39,816
Hye-jin…

56
00:06:41,275 --> 00:06:45,071
<i>Apabila masa tiba untuk</i>
<i>mendedahkan kebenaran,</i>

57
00:06:45,154 --> 00:06:48,324
<i>kita hilang keberanian dan teragu-ragu.</i>

58
00:06:48,407 --> 00:06:52,662
<i>Keraguan itu boleh</i>

59
00:06:52,745 --> 00:06:57,083
<i>mengambil peluang kita</i>
<i>untuk bercakap benar.</i>

60
00:07:53,806 --> 00:07:56,350
- Sung-joon.
- Hye-jin.

61
00:08:00,897 --> 00:08:03,733
<i>Walau bagaimanapun,</i>
<i>jika kita berkata benar pun,</i>

62
00:08:03,816 --> 00:08:10,323
<i>kebenaran lain sering membuat kita</i>
<i>lebih tak selesa daripada penipuan.</i>

63
00:08:13,034 --> 00:08:14,660
Sesuatu berlaku pada awak?

64
00:08:16,537 --> 00:08:17,371
Ha-ri.

65
00:08:21,542 --> 00:08:23,628
Mengapa Ha-ri…

66
00:08:25,338 --> 00:08:26,881
Adakah awak okey?

67
00:08:29,217 --> 00:08:32,512
Saya minta maaf
saya tak dapat tunaikan janji saya.

68
00:08:34,889 --> 00:08:37,058
Saya mungkir janji dengan awak, Hye-jin.

69
00:08:39,810 --> 00:08:40,978
Mengapa?

70
00:08:42,480 --> 00:08:44,690
Sesuatu berlaku kepada awak?

71
00:08:44,774 --> 00:08:45,733
Maafkan saya.

72
00:08:49,612 --> 00:08:51,656
Saya benar-benar minta maaf.

73
00:08:54,325 --> 00:09:00,414
Boleh saya berehat malam ini?

74
00:09:11,300 --> 00:09:12,176
Dah tentu.

75
00:09:14,845 --> 00:09:16,806
Awak nampak tak sihat.

76
00:09:18,849 --> 00:09:20,226
Pergilah berehat.

77
00:09:34,740 --> 00:09:39,328
<i>Saya mungkin akan menyakiti awak lagi.</i>

78
00:09:41,289 --> 00:09:43,457
<i>Saya tahu saya tak patut</i>
<i>layan awak begini.</i>

79
00:09:45,334 --> 00:09:47,920
<i>Saya berjanji tak akan menyakiti awak,</i>

80
00:09:49,839 --> 00:09:52,800
<i>tapi saya tak pasti</i>
<i>boleh tunaikan janji itu.</i>

81
00:09:59,849 --> 00:10:02,977
<i>Awak tahu yang En. Ji ada teman wanita?</i>

82
00:10:03,060 --> 00:10:04,770
Dia cantik.

83
00:10:08,149 --> 00:10:10,401
<i>Ada sesuatu berlaku dalam urusan awak?</i>

84
00:10:10,484 --> 00:10:11,861
Berlaku? Seperti apa?

85
00:10:11,944 --> 00:10:16,157
Adakah ia janggal
antara awak dan Ji Sung-joon?

86
00:10:16,240 --> 00:10:18,159
<i>Tahniah kepada awak berdua!</i>

87
00:10:19,493 --> 00:10:20,620
{\an8}SUNG-JOON

88
00:10:58,658 --> 00:11:00,117
Ini perhentian terakhir.

89
00:11:09,919 --> 00:11:13,881
Cik tak nak turun?
Ini perhentian terakhir.

90
00:11:15,508 --> 00:11:16,342
Maaf?

91
00:11:16,884 --> 00:11:17,885
Perhentian akhir.

92
00:11:31,857 --> 00:11:33,526
<i>Di mana awak, Jackson?</i>

93
00:11:34,193 --> 00:11:35,528
Saya tak pasti.

94
00:11:37,154 --> 00:11:41,575
Saya tak tahu di mana saya
atau apa saya buat.

95
00:11:43,619 --> 00:11:45,454
Saya tak faham apa-apa.

96
00:11:50,292 --> 00:11:53,712
- Di mana penunggang motosikal itu?
- Saya tak tahu.

97
00:12:16,402 --> 00:12:18,195
Apa yang awak buat?

98
00:12:18,279 --> 00:12:20,030
Mengapa awak datang ke sini?

99
00:12:21,657 --> 00:12:22,658
En. Kim.

100
00:12:24,743 --> 00:12:25,661
Mengapa…

101
00:12:27,746 --> 00:12:30,875
Mengapa ini berlaku kepada saya?

102
00:12:38,632 --> 00:12:40,259
Apa awak nak buat sekarang?

103
00:12:41,886 --> 00:12:44,763
Adakah awak akan bersemuka
dengan kawan awak?

104
00:12:46,015 --> 00:12:49,852
Atau awak akan beritahu
perkara sebenar kepada En. Ji?

105
00:12:53,189 --> 00:12:54,231
Tak.

106
00:12:55,858 --> 00:12:56,984
Saya rasa…

107
00:12:58,861 --> 00:13:00,863
Saya akan tunggu lebih lama.

108
00:13:00,946 --> 00:13:02,198
Tunggu apa?

109
00:13:03,866 --> 00:13:05,576
Ha-ri minta saya

110
00:13:07,203 --> 00:13:11,373
beri dia sedikit masa dan
dia akan beritahu segala-galanya.

111
00:13:12,082 --> 00:13:15,920
Saya pasti dia ada alasannya.

112
00:13:17,379 --> 00:13:20,466
Seperti alasan saya menipu Sung-joon,

113
00:13:21,634 --> 00:13:26,555
saya pasti Ha-ri juga sama.

114
00:13:26,639 --> 00:13:30,267
Saya pasti.

115
00:13:31,227 --> 00:13:33,229
Saya iri hati dengan kawan awak.

116
00:13:34,939 --> 00:13:37,233
Awak tahu keadaan sepatutnya.

117
00:13:37,316 --> 00:13:39,443
"Hei! Sanggup awak buat begini pada saya?

118
00:13:39,527 --> 00:13:41,153
Ini yang dikatakan kawan?

119
00:13:41,237 --> 00:13:43,405
Perempuan jahat!"

120
00:13:43,489 --> 00:13:45,157
Kebanyakan orang akan begitu.

121
00:13:47,034 --> 00:13:51,539
Saya iri hati dengan dia kerana
mempercayai orang seperti awak.

122
00:13:53,457 --> 00:13:54,542
Saya cemburu.

123
00:13:56,710 --> 00:13:58,003
Bertuahnya dia.

124
00:13:58,087 --> 00:14:01,715
Sebab dia Ha-ri saya.

125
00:14:03,384 --> 00:14:07,471
Dia Ha-ri, kawan baik saya.

126
00:14:12,101 --> 00:14:14,311
Mari kita pergi, Jackson. Hari dah lambat.

127
00:14:14,395 --> 00:14:15,688
Kaki saya!

128
00:14:15,771 --> 00:14:17,231
Mengapa dengan kaki awak?

129
00:14:19,984 --> 00:14:22,236
Rasanya saya mencangkung terlalu lama.

130
00:14:25,489 --> 00:14:27,700
Di mana awak dapat kereta itu?
Ia nampak mahal.

131
00:14:27,783 --> 00:14:30,953
Saya pinjam daripada seorang kawan.

132
00:14:31,787 --> 00:14:32,872
Motosikal awak?

133
00:14:34,123 --> 00:14:36,709
Entahlah. Saya pun tak tahu.

134
00:14:37,793 --> 00:14:39,128
Aduh.

135
00:14:45,384 --> 00:14:48,762
Terima kasih kepada awak,
saya selamat tiba di rumah.

136
00:14:48,846 --> 00:14:50,097
Terima kasih.

137
00:14:51,473 --> 00:14:53,392
Saya agak bertuah.

138
00:14:53,475 --> 00:14:56,770
Entah apa yang awak cakap. Saya tak faham.

139
00:14:57,521 --> 00:14:58,772
Saya ada kawan seperti awak

140
00:14:58,856 --> 00:15:02,902
yang sanggup mendengar apabila
saya perlu meluahkan perasaan,

141
00:15:02,985 --> 00:15:04,987
jadi saya rasa saya juga bertuah.

142
00:15:05,070 --> 00:15:07,781
Kalau awak tahu, berilah saya 10,000 won.

143
00:15:07,865 --> 00:15:10,200
- Cakap saja tiada guna.
- Awak bergurau lagi!

144
00:15:12,077 --> 00:15:15,706
Awak patut pergi sekarang.
Terima kasih sekali lagi untuk hari ini.

145
00:15:16,916 --> 00:15:17,833
Hei, Jackson.

146
00:15:18,751 --> 00:15:19,668
Ya?

147
00:15:19,752 --> 00:15:21,420
Jika semuanya kembali normal,

148
00:15:23,255 --> 00:15:24,840
awak akan kembali kepada En. Ji?

149
00:15:26,091 --> 00:15:28,135
Ya, saya mahu begitu.

150
00:15:30,721 --> 00:15:33,891
Saya suka Sung-joon

151
00:15:34,892 --> 00:15:38,228
dan saya yakin yang dia juga
rasa begitu tentang saya.

152
00:15:41,774 --> 00:15:42,733
Begitu.

153
00:15:46,236 --> 00:15:47,071
Berusahalah.

154
00:15:49,531 --> 00:15:50,699
Jumpa esok.

155
00:16:13,514 --> 00:16:14,348
Apa awak buat?

156
00:16:17,476 --> 00:16:20,688
Saya pulang ke rumah dan dapati ini rosak.

157
00:16:21,480 --> 00:16:24,358
Saya tahu saya tak boleh
yakinkan awak untuk buang,

158
00:16:24,441 --> 00:16:26,402
jadi saya tampal untuk awak.

159
00:16:31,490 --> 00:16:32,574
Ini tak menjadi.

160
00:16:33,534 --> 00:16:36,620
Saya akan beli sepasang
yang baru untuk awak.

161
00:16:37,746 --> 00:16:39,665
Lebih baik awak pakai.

162
00:16:39,748 --> 00:16:40,958
Jangan menolak lagi.

163
00:16:42,459 --> 00:16:45,421
Dah tentu, Ha-ri. Lakukannya untuk saya.

164
00:16:46,839 --> 00:16:48,298
Mengapa dengan awak?

165
00:16:48,382 --> 00:16:50,843
Awak tak suka
apabila saya belikan awak barang.

166
00:16:51,343 --> 00:16:52,761
Awak kawan saya.

167
00:16:54,596 --> 00:16:56,390
Saya akan hargainya.

168
00:16:56,473 --> 00:16:58,934
Saya suka apabila awak dengar cakap saya.

169
00:16:59,018 --> 00:17:02,146
Mari membeli-belah sama-sama.

170
00:17:02,229 --> 00:17:03,522
Baiklah, mari.

171
00:17:04,815 --> 00:17:06,066
Saya akan tunggu.

172
00:17:06,817 --> 00:17:08,986
Awak sanggup tunggu sekarang?

173
00:17:09,069 --> 00:17:10,779
Kalau saya tak tawarkan untuk beli?

174
00:17:23,000 --> 00:17:26,670
Saya baru teringat,
ini ialah kali pertama.

175
00:17:30,299 --> 00:17:33,469
Ia kali pertama saya tak diingatkan
pada hari itu semasa hujan.

176
00:17:37,389 --> 00:17:38,766
Ini kali pertama, mak.

177
00:18:22,684 --> 00:18:25,479
Macam mana saya nak jumpa dia?
Apa patut saya cakap?

178
00:18:27,815 --> 00:18:28,857
Awak datang awal.

179
00:18:28,941 --> 00:18:30,901
Mahu sertai saya beli kopi?

180
00:18:30,984 --> 00:18:33,904
Tak, saya dah minum kopi pagi tadi.

181
00:18:37,533 --> 00:18:38,575
Boleh minum lagi.

182
00:18:39,535 --> 00:18:41,453
- Apa?
- Ikut saya.

183
00:18:43,080 --> 00:18:46,041
Americano Ristretto, dengan
tiga gelas kecil espreso bagi saya.

184
00:18:46,125 --> 00:18:46,959
Awak?

185
00:18:47,042 --> 00:18:51,130
Saya mahu kopi manis.

186
00:18:51,213 --> 00:18:53,132
Oleh sebab awak dah minum kopi pagi tadi,

187
00:18:53,215 --> 00:18:54,925
minumlah sesuatu yang ringan.

188
00:18:55,008 --> 00:18:57,219
Latte berkrim satu.

189
00:18:57,302 --> 00:18:58,846
Siap.

190
00:19:00,305 --> 00:19:02,349
Minum perlahan-lahan. Kita ada masa.

191
00:19:18,907 --> 00:19:20,159
Awak tidur lena semalam?

192
00:19:20,659 --> 00:19:21,577
Ya.

193
00:19:22,995 --> 00:19:26,874
Saya langsung tak tidur lena.
Saya asyik terfikir tentang semalam.

194
00:19:32,296 --> 00:19:33,505
En. Kim.

195
00:19:34,339 --> 00:19:37,718
Saya perlu bincang sesuatu
dengan dia, minta diri dulu.

196
00:19:38,844 --> 00:19:39,970
En. Kim!

197
00:19:42,347 --> 00:19:43,182
En. Kim!

198
00:19:43,265 --> 00:19:44,892
Jackson, awak dari sana?

199
00:19:44,975 --> 00:19:47,269
Pura-pura cakap dan jalan.
Berlagak biasa saja.

200
00:19:47,352 --> 00:19:48,770
Apa?

201
00:19:48,854 --> 00:19:50,564
- Mengapa?
- Jangan pandang belakang!

202
00:19:50,647 --> 00:19:52,733
- Ji Sung-joon ada di sana.
- Jadi?

203
00:19:53,567 --> 00:19:55,402
Saya tak tahu nak cakap apa.

204
00:19:55,485 --> 00:19:58,864
Saya tak tahu macam mana
nak berkelakuan depan dia.

205
00:19:59,990 --> 00:20:02,034
- Awak mahu saya berlakon?
- Ya.

206
00:20:03,911 --> 00:20:04,870
Yakah?

207
00:20:04,953 --> 00:20:06,205
Apa berlaku selepas itu?

208
00:20:06,288 --> 00:20:07,748
Aduhai, awak serius?

209
00:20:07,831 --> 00:20:10,584
Tahniah! Ketawa.

210
00:20:12,961 --> 00:20:14,588
Itu bagus. Mari pergi.

211
00:20:31,772 --> 00:20:32,731
Tali leher awak.

212
00:20:32,814 --> 00:20:35,275
- Puan?
- Cepat, ia penting.

213
00:20:37,819 --> 00:20:39,780
Terima kasih.

214
00:20:40,906 --> 00:20:42,574
Tak guna, kopi.

215
00:20:44,117 --> 00:20:46,745
En. David, saya boleh cari lagi.

216
00:20:48,121 --> 00:20:49,873
Awak sangat baik. Terima kasih.

217
00:20:49,957 --> 00:20:52,417
- Sama-sama.
- Saya hargainya.

218
00:20:52,501 --> 00:20:55,379
Saya akan ambil yang ini.
Awak sangat baik.

219
00:20:59,091 --> 00:21:01,426
Bukankah dia tetamu bilik 2009?
Pembeli Amerika?

220
00:21:01,510 --> 00:21:06,098
Ya, dia perlu menghadiri mesyuarat,
tapi tali lehernya kotor.

221
00:21:06,556 --> 00:21:09,226
Saya pergi ke pejabat
dan pinjam semua tali leher lelaki.

222
00:21:09,309 --> 00:21:11,853
Belakang saya sakit
kerana berlari sepanjang pagi.

223
00:21:11,937 --> 00:21:13,647
Awak dah bersenam hari ini.

224
00:21:13,730 --> 00:21:15,023
Terlalu banyak senaman.

225
00:21:23,699 --> 00:21:26,368
- Mengapa awak tak masuk?
- Ji Sung-joon ada di dalam.

226
00:21:26,994 --> 00:21:28,036
Itu mengganggu awak?

227
00:21:28,120 --> 00:21:30,789
Ya, ia mengganggu saya!

228
00:21:40,299 --> 00:21:41,925
Untuk isu ulang tahun ke-20,

229
00:21:42,009 --> 00:21:45,345
kita akan meliputi majlis
sebanyak 12 halaman.

230
00:21:45,429 --> 00:21:47,848
Mujur dapat temu bual
beberapa artis tempoh hari.

231
00:21:47,931 --> 00:21:51,601
Pembaca juga berminat
dengan latar belakang kita.

232
00:21:51,685 --> 00:21:54,271
Kita boleh tambah beberapa halaman lagi.

233
00:21:57,232 --> 00:21:58,150
Okey.

234
00:21:58,233 --> 00:21:59,359
Cukuplah untuk hari ini.

235
00:22:00,402 --> 00:22:03,071
Esok hujung minggu bermula.
Berehatlah cukup-cukup.

236
00:22:03,155 --> 00:22:04,448
Jumpa minggu depan.

237
00:22:04,531 --> 00:22:05,449
Syabas, semua.

238
00:22:05,532 --> 00:22:06,783
- Syabas!
- Syabas!

239
00:22:06,867 --> 00:22:08,410
Syabas!

240
00:22:08,493 --> 00:22:09,911
- Cik Kim Hye-jin.
- Ya?

241
00:22:09,995 --> 00:22:13,165
Selepas siapkan minit mesyuarat,
bawa ke pejabat saya.

242
00:22:15,417 --> 00:22:17,919
- Syabas.
- Syabas.

243
00:22:39,441 --> 00:22:40,275
Apakah itu?

244
00:22:41,568 --> 00:22:43,070
{\an8}- Awak patung angguk?
- Apa?

245
00:22:44,112 --> 00:22:44,946
Bukan begitu.

246
00:22:46,948 --> 00:22:49,701
Ini minitnya. Saya minta diri.

247
00:22:49,785 --> 00:22:51,286
Duduk sehingga saya selesai.

248
00:22:51,369 --> 00:22:53,121
{\an8}Mungkin ada kesilapan.

249
00:22:54,206 --> 00:22:55,332
{\an8}Apa?

250
00:22:57,709 --> 00:22:58,668
Baiklah.

251
00:23:10,722 --> 00:23:13,475
Naikkan kerusi awak.
Awak nampak tak selesa.

252
00:23:13,558 --> 00:23:16,019
Tak, saya cukup selesa.

253
00:23:17,479 --> 00:23:18,980
Awak mungkin selesa,

254
00:23:20,232 --> 00:23:22,150
tapi awak buat saya rasa tak selesa.

255
00:23:45,549 --> 00:23:46,466
Selesa?

256
00:23:59,980 --> 00:24:01,731
Tentang semalam…

257
00:24:04,192 --> 00:24:07,654
En. Kim mahu saya dapatkan
dokumen untuk dia sekarang juga!

258
00:24:07,737 --> 00:24:10,782
Sila baca dan beritahu saya
jika ada kesilapan.

259
00:24:24,713 --> 00:24:25,672
Pintu inilah.

260
00:24:25,755 --> 00:24:26,882
Begitu.

261
00:24:26,965 --> 00:24:28,049
Saya minta diri.

262
00:24:39,102 --> 00:24:42,230
En. Ji!

263
00:24:42,314 --> 00:24:44,482
- Dia tiada di sini?
- Saya ada di sini.

264
00:24:45,066 --> 00:24:46,985
<i>Mamma mia!</i>

265
00:24:47,068 --> 00:24:50,238
Mengapa awak berdiri di belakang pintu?

266
00:24:51,114 --> 00:24:52,657
Saya berfikir.

267
00:24:52,741 --> 00:24:53,742
Berfikir?

268
00:24:54,826 --> 00:24:55,952
- Tentang saya?
- Bukan.

269
00:24:56,870 --> 00:24:58,371
Awak sangat jujur.

270
00:24:58,455 --> 00:25:04,044
Awak tak lupa mesyuarat
dengan wakil Valley, betul?

271
00:25:04,127 --> 00:25:05,545
Hotel Ara, pukul tujuh malam.

272
00:25:05,629 --> 00:25:06,963
Ambil ini.

273
00:25:07,047 --> 00:25:09,090
Pakai sut ini.

274
00:25:09,174 --> 00:25:11,885
Awak patut pakai jenama mereka.

275
00:25:12,469 --> 00:25:13,303
Ya.

276
00:25:15,847 --> 00:25:17,224
Awak tahu,

277
00:25:17,307 --> 00:25:21,144
berjumpa dengan awak
di luar kerja dan pada hujung minggu

278
00:25:21,228 --> 00:25:24,356
buat saya teruja atas sebab tertentu.

279
00:25:26,608 --> 00:25:27,651
Jumpa esok.

280
00:25:42,374 --> 00:25:43,500
Helo?

281
00:25:43,583 --> 00:25:44,793
<i>Ini Ji Sung-joon?</i>

282
00:25:46,002 --> 00:25:47,337
Ini siapa?

283
00:25:48,588 --> 00:25:50,340
Ten dah kemas kini media sosialnya.

284
00:25:50,423 --> 00:25:52,550
- Yakah?
- Di mana? Biar saya lihat!

285
00:25:52,634 --> 00:25:55,428
"Akhirnya, ia bertemu
pembaca dalam tiga minggu,

286
00:25:55,512 --> 00:25:57,973
tajuk novel baru ialah <i>Memory…"</i>

287
00:25:58,056 --> 00:26:00,934
Dia akan keluarkan buku baru
tiga minggu kemudian!

288
00:26:01,017 --> 00:26:03,270
Perlu beberapa minggu lagi
untuk sampai ke Korea?

289
00:26:03,353 --> 00:26:04,396
Saya rasa.

290
00:26:04,479 --> 00:26:05,438
<i>Memory?</i>

291
00:26:05,522 --> 00:26:07,482
Tajuk itu penuh misteri.

292
00:26:08,024 --> 00:26:09,276
Tajuk buku Ten, <i>Memori?</i>

293
00:26:09,359 --> 00:26:13,071
Adakah watak utamanya
bernama Pemacu Kilat?

294
00:26:13,154 --> 00:26:15,156
Awak serius?

295
00:26:15,240 --> 00:26:17,450
Betul! Saya terima panggilan
daripada penerbit

296
00:26:17,534 --> 00:26:20,870
dan mereka mahu Shin-hyuk
untuk meliputi ulasan itu.

297
00:26:24,040 --> 00:26:25,750
Mereka mahu Shin-hyuk lagi?

298
00:26:25,834 --> 00:26:28,336
Semua ulasan dia menjadi topik hangat.

299
00:26:29,629 --> 00:26:31,256
Namun saya tak suka kerja Ten.

300
00:26:31,715 --> 00:26:35,093
Mengapa? Ten penulis
terkenal di seluruh dunia.

301
00:26:35,176 --> 00:26:40,015
Kemasyhuran itulah saya tak suka.
Tak seronok mengulas penulis terkenal.

302
00:26:40,098 --> 00:26:42,559
Saya suka penulis yang baru.

303
00:26:42,642 --> 00:26:44,894
Awak dan peraturan keseronokan awak.

304
00:26:45,645 --> 00:26:48,356
Namun siapa Ten?

305
00:26:48,440 --> 00:26:49,274
Dia Haruki.

306
00:26:49,357 --> 00:26:50,692
- Mungkin Guillaume?
- Entah.

307
00:26:50,775 --> 00:26:51,609
Tak.

308
00:26:52,402 --> 00:26:54,654
- Dia wanita Korea berumur 40-an.
- Helo?

309
00:26:56,031 --> 00:26:57,532
Ya?

310
00:26:57,615 --> 00:26:59,075
Siapa ini?

311
00:26:59,826 --> 00:27:05,040
Helo, En. Jean-Pierre. Saya sihat sekali.

312
00:27:05,749 --> 00:27:07,250
Dia cakap bahasa apa sekarang?

313
00:27:07,334 --> 00:27:10,211
- Saya tak boleh tahu.
- Ia Perancis.

314
00:27:10,295 --> 00:27:12,630
Ketua penyunting kita yang terbaik!

315
00:27:13,673 --> 00:27:16,009
<i>Dia buatnya begitu jelas</i>
<i>yang itu mak ciknya.</i>

316
00:27:16,092 --> 00:27:18,011
<i>Boleh dia jadi lebih jelas?</i>

317
00:27:18,094 --> 00:27:20,805
Termasuk bahasa di majlis,
berapa banyak dia mahir?

318
00:27:20,889 --> 00:27:23,016
Saya sangka dia pelik, tapi dia bijak.

319
00:27:23,516 --> 00:27:26,603
Apakah identiti sebenar ketua penyunting?

320
00:27:28,730 --> 00:27:30,398
Okey.

321
00:27:38,031 --> 00:27:41,117
Saya sangat lapar.
Mari kita berehat makan.

322
00:27:41,201 --> 00:27:42,160
Dah tentu.

323
00:27:42,243 --> 00:27:44,162
- Apa yang patut kita makan?
- Awak rasa?

324
00:27:44,245 --> 00:27:46,956
Ada kedai mi baru di seberang jalan.

325
00:27:47,040 --> 00:27:49,584
Yakah? Kedengaran bagus.

326
00:27:50,251 --> 00:27:52,587
Tunggu. Shin-hyuk di mana?

327
00:27:52,670 --> 00:27:54,172
Tinggalkan si gila itu.

328
00:27:54,881 --> 00:27:56,508
Pergi dulu. Saya akan telefon dia.

329
00:27:56,591 --> 00:27:58,802
- Hye-jin, kami akan tunggu!
- Jangan lambat.

330
00:27:58,885 --> 00:28:00,011
Biar saja En. Kim.

331
00:28:02,555 --> 00:28:03,556
En. Kim…

332
00:28:03,640 --> 00:28:05,850
<i>Pesakit datang untuk disteril.</i>

333
00:28:05,934 --> 00:28:07,352
Apa?

334
00:28:07,435 --> 00:28:09,396
Pesakit apa?

335
00:28:09,479 --> 00:28:10,730
Di mana dia sekarang?

336
00:28:12,649 --> 00:28:14,067
Hospital?

337
00:28:19,072 --> 00:28:20,490
En. Kim!

338
00:28:20,573 --> 00:28:21,825
Hei, Jackson!

339
00:28:21,908 --> 00:28:23,118
Mengapa pergi ke hospital?

340
00:28:23,201 --> 00:28:24,828
Mengapa awak disteril? Awak cedera?

341
00:28:24,911 --> 00:28:26,496
Ia tak serius.

342
00:28:26,579 --> 00:28:27,747
Mari makan tengah hari.

343
00:28:29,290 --> 00:28:31,459
Di mana awak cedera? Adakah ia serius?

344
00:28:31,543 --> 00:28:33,336
Saya akan mati kebuluran.

345
00:28:33,420 --> 00:28:35,130
Mari makan cepat.

346
00:28:35,213 --> 00:28:37,340
Pasti serius kerana awak jumpa doktor.

347
00:28:37,424 --> 00:28:38,591
Adakah ia teruk?

348
00:28:40,552 --> 00:28:43,388
Kita pergi makan tengah hari?
Saya mengidam mi!

349
00:28:44,389 --> 00:28:46,599
- Beritahu saya masalahnya.
- Mi.

350
00:28:50,770 --> 00:28:53,565
Awak janji nak belanja saya makan.

351
00:28:53,648 --> 00:28:55,191
Inilah harinya.

352
00:28:55,734 --> 00:28:58,695
Hari ini hari terakhir
pertengahan penggal. Saya habis awal.

353
00:28:58,778 --> 00:29:01,114
- Baik, saya memang tunggu.
- Nak pesan?

354
00:29:01,740 --> 00:29:03,616
Boleh saya pesan?

355
00:29:04,451 --> 00:29:05,952
Ya, pesan apa-apa saja.

356
00:29:06,035 --> 00:29:11,124
Saya akan mulakan dengan salad
dengan kuah balsam,

357
00:29:12,292 --> 00:29:15,462
dan stik tulang T.

358
00:29:15,545 --> 00:29:18,757
Pastikan daging saya banyak.

359
00:29:18,840 --> 00:29:22,761
- Saya nak ia separuh masak.
- Dah tentu.

360
00:29:22,844 --> 00:29:26,264
- Nak segelas wain?
- Tak.

361
00:29:27,432 --> 00:29:32,771
- Saya mahu <i>mojito</i> limau.
- Ya, cik.

362
00:29:39,819 --> 00:29:43,114
Awak mirip kakak awak semasa dia kecil.

363
00:29:44,532 --> 00:29:46,534
Bagaimana boleh begitu seiras?

364
00:29:49,496 --> 00:29:52,081
Saya tak suka kenyataan itu!

365
00:29:52,165 --> 00:29:54,918
Awak tak boleh bandingkan
Kim Hye-jin dengan saya.

366
00:29:55,001 --> 00:29:57,045
Saya lebih menarik!

367
00:29:57,128 --> 00:30:00,799
Kim Hye-jin tak cantik langsung.
Dia cuma ada kekuatan.

368
00:30:02,175 --> 00:30:05,261
Ada satu lagi perkara yang baik untuknya.

369
00:30:05,345 --> 00:30:07,055
Saya tak tahu apa lagi,

370
00:30:07,138 --> 00:30:10,475
tapi orang memuji personalitinya.

371
00:30:10,558 --> 00:30:12,185
Betul kata awak.

372
00:30:12,268 --> 00:30:14,896
Kakak awak seorang yang baik.

373
00:30:16,231 --> 00:30:17,065
Apa awak kata?

374
00:30:18,316 --> 00:30:19,526
Tiada. Mari makan.

375
00:30:20,151 --> 00:30:22,529
Awak suka bekerja dengan…

376
00:30:22,612 --> 00:30:26,157
Maaf, tapi saya perlu jawab.
Ia kaitan dengan kerja.

377
00:30:27,283 --> 00:30:29,035
Jawablah, jangan risau.

378
00:30:29,118 --> 00:30:30,328
Saya minta maaf.

379
00:30:32,038 --> 00:30:34,040
Ya, ini Ji Sung-joon.

380
00:30:34,958 --> 00:30:40,296
Ya, saya dah lihat draf,
tapi ada sedikit konflik sekarang.

381
00:30:40,380 --> 00:30:41,881
Betul.

382
00:30:41,965 --> 00:30:45,885
Lengan saya!

383
00:30:48,888 --> 00:30:50,598
Cara ini tak boleh.

384
00:30:50,682 --> 00:30:53,434
Saya rasa awak perlu suap saya mi ini.

385
00:30:55,895 --> 00:30:59,315
Mengapa tak beritahu saya
bagaimana awak cedera?

386
00:31:00,275 --> 00:31:02,527
Terpercik ke muka saya. Kesatkan.

387
00:31:02,610 --> 00:31:03,945
Teruk betul.

388
00:31:11,160 --> 00:31:13,288
Bagaimana awak boleh tercedera?

389
00:31:13,371 --> 00:31:14,914
Awak jatuh semasa melawak lagi?

390
00:31:14,998 --> 00:31:16,416
Yakah?

391
00:31:17,917 --> 00:31:19,794
Atau awak bergaduh dengan seseorang?

392
00:31:19,878 --> 00:31:20,837
Itukah puncanya?

393
00:31:20,920 --> 00:31:23,798
Adakah awak serius? Berhenti bergurau.

394
00:31:27,719 --> 00:31:31,973
Perlukah saya pergi dapatkan
air sup dalam keadaan ini?

395
00:31:33,516 --> 00:31:36,853
Tunggu di sini. Saya akan pergi ambil.

396
00:31:44,277 --> 00:31:47,530
Susah makan seorang diri.

397
00:31:47,614 --> 00:31:48,948
Berikan saya lobak.

398
00:31:58,249 --> 00:32:00,001
Rasanya hebat, Jackson.

399
00:32:00,919 --> 00:32:02,462
Bagaimana awak cedera?

400
00:32:03,880 --> 00:32:07,967
- Saya terjatuh dari motosikal saya.
- Yakah?

401
00:32:08,051 --> 00:32:09,218
Saya dah agak!

402
00:32:09,302 --> 00:32:13,014
Saya tahu ia berbahaya
apabila nampak awak tunggang laju-laju.

403
00:32:13,097 --> 00:32:15,141
- Serahkan.
- Apa?

404
00:32:15,224 --> 00:32:17,435
Apa lagi? Kunci motosikal itu.

405
00:32:17,518 --> 00:32:20,438
Serahkan. Saya nak rampas.
Jangan tunggang lagi.

406
00:32:22,315 --> 00:32:24,317
Apa yang awak buat?

407
00:32:25,276 --> 00:32:26,611
Serahkannya sekarang!

408
00:32:28,196 --> 00:32:30,823
- Keluar dengan saya.
- Apa?

409
00:32:31,366 --> 00:32:34,285
Jika tak, jangan minta apa-apa.
Itu harapan palsu.

410
00:32:38,998 --> 00:32:40,833
Awak dan jenaka awak.

411
00:32:40,917 --> 00:32:42,168
Wartawan Gila!

412
00:32:42,251 --> 00:32:45,672
- Mengapa awak selalu main-main?
- Ini bukan main-main.

413
00:32:50,385 --> 00:32:52,303
Awak patut sambung kerja.

414
00:32:52,387 --> 00:32:54,931
Terima kasih belanja saya.
Selamat tinggal, encik.

415
00:32:55,014 --> 00:32:56,933
Marilah. Saya akan hantar awak.

416
00:32:57,016 --> 00:32:58,434
Saya bukan kanak-kanak.

417
00:32:58,518 --> 00:33:01,145
Saya boleh balik sendiri.
Tak perlu dihantar.

418
00:33:01,229 --> 00:33:05,400
Awak tak boleh beritahu kakak saya
yang kita jumpa hari ini. Faham?

419
00:33:06,150 --> 00:33:06,985
Faham.

420
00:33:07,819 --> 00:33:11,489
- Saya pergi dulu, encik. Selamat tinggal.
- Ya, selamat jalan.

421
00:33:16,494 --> 00:33:17,912
Pengurus hotel yang cemerlang?

422
00:33:17,996 --> 00:33:21,207
Pembeli yang awak berikan
tali leher ganti pagi tadi

423
00:33:21,290 --> 00:33:23,334
kagum dengan perkhidmatan awak.

424
00:33:23,418 --> 00:33:27,296
Dia berjaya tamatkan mesyuarat dengan
jayanya, dan dia mencalonkan awak.

425
00:33:27,880 --> 00:33:29,424
Ia bukan perkara besar.

426
00:33:29,507 --> 00:33:33,803
Rupa-rupanya dia pengarah
untuk syarikat IT yang besar.

427
00:33:33,886 --> 00:33:36,431
Dia telah berpindah ke Hong Kong

428
00:33:36,973 --> 00:33:40,143
dan menempah hotel kita.

429
00:33:42,520 --> 00:33:44,605
Terima kasih kepada awak, Ha-ri.

430
00:33:45,189 --> 00:33:48,526
Awak akan dapat pampasan yang agak besar.

431
00:33:53,031 --> 00:33:55,992
Ini! Mengapa ia masih ada di sini?

432
00:33:56,075 --> 00:34:00,413
En. Ji sepatutnya memakai ini
ke mesyuarat dengan Valley esok!

433
00:34:01,080 --> 00:34:02,665
Saya rasa dia tertinggal.

434
00:34:02,749 --> 00:34:04,250
Dia tertinggal?

435
00:34:04,333 --> 00:34:06,252
Telefon En. Ji sekarang.

436
00:34:06,335 --> 00:34:07,211
Ya, puan.

437
00:34:09,213 --> 00:34:12,717
Saya rasa dia sedang bermesyuarat.
Dia tak jawab telefon.

438
00:34:12,800 --> 00:34:13,718
Aduhai.

439
00:34:14,385 --> 00:34:15,970
Sayang-sayang!

440
00:34:16,054 --> 00:34:21,642
Ada sesiapa nak tawarkan diri
dan bawa ini kepada En. Ji?

441
00:34:21,726 --> 00:34:23,770
Saya menuju ke bahagian pengurusan.

442
00:34:23,853 --> 00:34:26,731
- Helo? Ya.
- Ya, ini saya.

443
00:34:27,607 --> 00:34:31,110
- Awak dengan bawang itu, mari sini.
- Saya?

444
00:34:32,487 --> 00:34:33,654
Ambil ini.

445
00:34:33,738 --> 00:34:39,619
Pergi dan hantar ini dengan
selamat ke rumah En. Ji, okey?

446
00:34:39,702 --> 00:34:43,122
- Apa. Saya?
- Ya, dah tentu.

447
00:34:43,206 --> 00:34:48,461
Tak kira apa halangan atau
penolakan yang awak hadapi,

448
00:34:48,544 --> 00:34:53,216
awak perlu meyakinkan atau memaksa
En. Ji untuk pergi ke mesyuarat Valley

449
00:34:53,299 --> 00:34:57,053
dengan sut ini pada malam esok.

450
00:35:00,139 --> 00:35:02,058
Apa saya nak buat?

451
00:35:04,393 --> 00:35:07,563
Hantar ini kepada lelaki
yang tinggal di unit 502,

452
00:35:07,647 --> 00:35:11,150
dan beritahu yang Han Seol
singgah untuk berikan dia ini.

453
00:35:11,234 --> 00:35:14,654
Ingat nama Han Seol, okey? Han Seol.

454
00:35:15,696 --> 00:35:16,739
Awak tukar nama awak?

455
00:35:21,786 --> 00:35:25,832
Ketua Penyunting Kim nak
saya hantar ini kepada awak.

456
00:35:26,707 --> 00:35:27,792
Saya dah dimaklumkan.

457
00:35:27,875 --> 00:35:29,877
Jumpa awak pada hari Isnin.

458
00:35:30,503 --> 00:35:34,715
- Apa kata kita minum kopi?
- Tak apalah.

459
00:35:34,799 --> 00:35:37,426
Adakah saya buat awak rasa tak selesa?

460
00:35:37,927 --> 00:35:39,053
Tentulah tak.

461
00:35:40,346 --> 00:35:43,558
Awak tak boleh minum kopi dengan saya?

462
00:35:45,184 --> 00:35:46,853
Bukan saya tak mahu.

463
00:35:46,936 --> 00:35:48,229
Jadi masuklah.

464
00:35:57,446 --> 00:35:59,073
Dah lewat, kopi ini tak kuat.

465
00:36:04,203 --> 00:36:05,037
Ini…

466
00:36:06,789 --> 00:36:08,291
Tidakkah ia panas?

467
00:36:09,876 --> 00:36:12,753
Saya tak apa-apa. Kerongkong saya kebal.

468
00:36:12,837 --> 00:36:14,547
- Terima kasih.
- Duduk.

469
00:36:15,882 --> 00:36:17,425
Saya nak cakap sesuatu.

470
00:36:17,508 --> 00:36:18,467
Baiklah.

471
00:36:20,636 --> 00:36:24,223
Minum secawan lagi, tapi perlahan-lahan.

472
00:36:32,565 --> 00:36:33,983
- Semalam…
- Saya tahu.

473
00:36:34,066 --> 00:36:35,943
Awak risau tentang rakan sekerja awak.

474
00:36:36,027 --> 00:36:40,072
Jika saya tahu salah seorang ahli pasukan
dalam bahaya, saya akan buat perkara sama.

475
00:36:40,156 --> 00:36:41,365
Bukan begitu.

476
00:36:44,243 --> 00:36:46,871
Saya ke sana kerana awak, Cik Kim Hye-jin.

477
00:36:52,084 --> 00:36:55,922
Secara jujurnya,
awak menjengkelkan saya pada mulanya.

478
00:36:57,465 --> 00:36:59,884
Saya tak tahu bila ia mula berubah.

479
00:37:01,761 --> 00:37:05,848
Saya mula seronok bercakap dengan awak
dan luangkan masa dengan awak.

480
00:37:07,767 --> 00:37:10,019
Semakin saya mengambil berat tentang awak,

481
00:37:10,102 --> 00:37:12,063
saya rasa seperti menipu seseorang.

482
00:37:13,648 --> 00:37:16,317
sebab itu saya cuba untuk membenci awak.

483
00:37:19,320 --> 00:37:21,072
Namun sejak semalam,

484
00:37:22,573 --> 00:37:24,951
saya terima perasaan saya ini.

485
00:37:26,911 --> 00:37:31,874
Saya sangat ambil berat tentang awak.

486
00:37:47,265 --> 00:37:50,810
- Aduhai. Tak melecurkah?
- Saya tak apa-apa.

487
00:37:51,894 --> 00:37:54,313
Ini tak boleh jadi. Tunggu di sini.

488
00:38:05,866 --> 00:38:06,993
Pakai baju ini.

489
00:38:07,076 --> 00:38:08,828
Tak, saya tak apa-apa.

490
00:38:08,911 --> 00:38:10,955
Awak nak pulang kelihatan begitu?
Tukarlah.

491
00:38:15,918 --> 00:38:17,670
Saya dah kembali daripada temu bual.

492
00:38:17,753 --> 00:38:19,714
- Awak dah balik.
- Selamat kembali.

493
00:38:20,381 --> 00:38:21,882
Piza.

494
00:38:22,133 --> 00:38:23,759
Saya tak nampak Jackson.

495
00:38:23,843 --> 00:38:26,721
Dia mungkin berada
di rumah En. Ji sekarang.

496
00:38:26,804 --> 00:38:29,598
Apa maksud awak?
Mengapa dia pergi ke sana?

497
00:38:29,682 --> 00:38:32,101
Ketua penyunting mahu dia hantar barang.

498
00:38:32,727 --> 00:38:35,521
Saya rasa saya tak boleh tahan
jika saya terpaksa pergi.

499
00:38:35,604 --> 00:38:36,772
Jangan cakap.

500
00:38:36,856 --> 00:38:38,399
Saya tak mahu bayangkan pun.

501
00:38:38,482 --> 00:38:40,943
- Hilang selera saya.
- Susah saya nak hadam nanti.

502
00:39:05,801 --> 00:39:08,054
Ada apa-apa yang tak kena?
Mengapa tak keluar?

503
00:39:08,137 --> 00:39:10,264
Tak. Saya akan keluar sekarang.

504
00:39:30,034 --> 00:39:31,827
Baju ini terlalu besar.

505
00:39:34,246 --> 00:39:36,374
Maaf jika buat awak tak selesa.

506
00:39:36,457 --> 00:39:38,250
Saya tak berniat jahat.

507
00:39:40,836 --> 00:39:43,756
Saya cuma nak beritahu awak perasaan saya.

508
00:39:44,507 --> 00:39:46,050
Pada mulanya,

509
00:39:46,133 --> 00:39:49,136
awak menyerupai seseorang yang saya kenal,
sebab itu saya tertarik.

510
00:39:50,137 --> 00:39:52,264
Walaupun mustahil,

511
00:39:52,348 --> 00:39:56,644
terasa seperti kita dah lama
mengenali satu sama lain.

512
00:40:01,065 --> 00:40:04,443
Saya tak tahu mengapa,
tapi saya jujur dengan awak.

513
00:40:05,945 --> 00:40:10,699
Seperti saya mahu beritahu awak
tentang diri sendiri

514
00:40:11,826 --> 00:40:16,122
dan saya temui orang yang sudi dengar.

515
00:40:25,506 --> 00:40:26,424
Mengapa?

516
00:40:27,925 --> 00:40:30,678
Adakah saya buat silap?

517
00:40:34,432 --> 00:40:35,433
Tak.

518
00:40:36,559 --> 00:40:38,894
Ada sesuatu dalam mata saya.

519
00:40:38,978 --> 00:40:40,688
Saya patut pergi sekarang.

520
00:40:40,771 --> 00:40:43,149
Tunggu. Biar saya hantarkan.

521
00:40:43,232 --> 00:40:45,234
Saya akan ambil kunci.

522
00:41:41,999 --> 00:41:43,626
Mengapa awak pergi tanpa…

523
00:41:45,419 --> 00:41:48,839
- Mengapa awak datang lagi?
- Entah, saya asyik datang.

524
00:41:51,675 --> 00:41:54,094
Alang-alang saya di kawasan ini
dan saya dahaga.

525
00:41:55,429 --> 00:41:57,097
Saya ingin minum bir.

526
00:41:58,390 --> 00:42:00,559
Bir yang saya beli masih ada di sini?

527
00:42:00,643 --> 00:42:01,519
Masih ada.

528
00:42:08,067 --> 00:42:09,068
Siapa awak?

529
00:42:09,735 --> 00:42:11,070
Penjaga Kim Hye-jin?

530
00:42:11,153 --> 00:42:13,405
Mengapa awak asyik ikut dia?

531
00:42:19,119 --> 00:42:22,373
Saya dah setuju jadi abang dia
termasuklah jadi penjaga.

532
00:42:22,957 --> 00:42:27,336
Bagaimana dengan awak?
Apa hubungan awak dengan Kim Hye-jin?

533
00:42:27,920 --> 00:42:31,090
Kesateria yang datang
untuknya pada hari hujan?

534
00:42:33,676 --> 00:42:35,594
Awak nampak hebat malam itu.

535
00:42:36,637 --> 00:42:38,222
Seperti babak dalam filem.

536
00:42:38,806 --> 00:42:44,311
Saya tak sembunyikan perasaan saya
dengan jenaka mengarut seperti pengecut.

537
00:42:52,695 --> 00:42:54,655
Saya minum bir di rumah sajalah.

538
00:42:56,615 --> 00:42:57,616
Jumpa lagi.

539
00:43:22,474 --> 00:43:25,603
<i>Saya tahu dia tak mahu</i>
<i>tunjukkan kekayaannya,</i>

540
00:43:25,686 --> 00:43:27,730
<i>tapi mengapa kita asyik makan di sini?</i>

541
00:43:27,813 --> 00:43:28,814
<i>Hidung saya berair.</i>

542
00:43:31,817 --> 00:43:33,694
Awak tak suka makanan pedas rupanya.

543
00:43:33,777 --> 00:43:37,156
Kita tak patut datang
walaupun saya pelanggan tetap.

544
00:43:37,239 --> 00:43:39,658
Saya akan datang dengan orang lain.

545
00:43:39,742 --> 00:43:41,785
Mereka panggil saya pembunuh cili!

546
00:43:41,869 --> 00:43:43,621
Lihat saya makan ini.

547
00:43:43,704 --> 00:43:44,997
Saya suka!

548
00:43:47,291 --> 00:43:49,043
Ia sedap.

549
00:43:49,126 --> 00:43:50,586
Saya tak fikir begitu.

550
00:43:50,669 --> 00:43:52,546
Hidung awak berair kerana pedas.

551
00:43:53,589 --> 00:43:56,717
Hidung saya biasanya berair.

552
00:43:56,800 --> 00:43:58,969
Lihat saya. Sup ini yang terbaik.

553
00:44:02,264 --> 00:44:03,182
Nampak?

554
00:44:03,265 --> 00:44:06,226
Jadi bawa saya ke sini lagi, okey?
Jangan bawa orang lain.

555
00:44:06,310 --> 00:44:07,144
Okey.

556
00:44:08,228 --> 00:44:09,563
Awak dah selesai?

557
00:44:09,647 --> 00:44:10,939
- Ya.
- Mari kita pulang?

558
00:44:11,023 --> 00:44:11,857
Ayuh.

559
00:44:13,233 --> 00:44:17,112
- Apa yang awak buat? Itu kotor!
- Ia tak kotor.

560
00:44:18,447 --> 00:44:20,491
Awak yang pakai tisu ini.

561
00:44:22,368 --> 00:44:23,786
Ayuh.

562
00:44:23,869 --> 00:44:25,329
Terima kasih!

563
00:44:31,251 --> 00:44:32,670
Hei, apa maksud awak?

564
00:44:33,379 --> 00:44:34,421
Awak suka saya?

565
00:44:35,214 --> 00:44:36,048
Ya.

566
00:44:37,758 --> 00:44:38,842
Awak tak tahu?

567
00:44:39,635 --> 00:44:42,763
Jadi apa maknanya? Kita pasangan kekasih?

568
00:44:43,597 --> 00:44:44,431
Okey.

569
00:44:46,016 --> 00:44:46,850
Cium saya.

570
00:44:48,811 --> 00:44:49,978
Okey.

571
00:44:51,688 --> 00:44:53,315
Pegang tangan saya.

572
00:44:54,775 --> 00:44:55,692
Okey.

573
00:45:08,205 --> 00:45:10,958
Awak tahu yang awak nampak
seperti penyendiri dari jauh?

574
00:45:11,458 --> 00:45:14,420
Saya tak suka masuk campur
dalam hal orang lain,

575
00:45:14,503 --> 00:45:17,089
tapi ini kali terakhir saya lakukannya.

576
00:45:20,050 --> 00:45:21,135
Dia tahu semuanya.

577
00:45:23,429 --> 00:45:24,805
Saya maksudkan Hye-jin.

578
00:45:42,906 --> 00:45:44,199
<i>Dia sanggup tunggu</i>

579
00:45:45,200 --> 00:45:47,619
<i>sehingga awak bersedia untuk beritahunya.</i>

580
00:45:48,412 --> 00:45:50,956
<i>Dia fikir awak pasti ada sebab tersendiri.</i>

581
00:46:17,941 --> 00:46:19,318
Apa yang awak buat?

582
00:46:20,444 --> 00:46:21,278
Tiada apa-apa.

583
00:46:24,323 --> 00:46:25,866
Awak dah makan malam?

584
00:46:26,617 --> 00:46:27,576
Tentulah.

585
00:46:30,162 --> 00:46:31,663
Dah lewat sekarang.

586
00:46:32,623 --> 00:46:33,540
Baiklah.

587
00:46:35,334 --> 00:46:36,335
Hye-jin.

588
00:46:38,045 --> 00:46:38,879
Ya?

589
00:46:41,423 --> 00:46:42,883
Esok…

590
00:46:46,345 --> 00:46:50,224
Keadaan akan kembali normal.

591
00:46:53,060 --> 00:46:54,937
Berikan saya sehingga esok.

592
00:46:56,271 --> 00:46:57,689
Satu hari saja lagi.

593
00:46:59,775 --> 00:47:00,609
Kemudian…

594
00:47:04,738 --> 00:47:07,491
Semuanya akan kembali normal.

595
00:47:11,245 --> 00:47:12,704
Terima kasih, Hye-jin.

596
00:47:15,958 --> 00:47:17,626
Terima kasih kerana menunggu

597
00:47:21,338 --> 00:47:23,840
dan membiarkan saya berkata benar sendiri.

598
00:47:26,301 --> 00:47:27,219
Terima kasih.

599
00:47:37,062 --> 00:47:39,856
Tamatlah temu bual kita.

600
00:47:39,940 --> 00:47:43,819
Terima kasih kerana luangkan masa awak.
Saya gembira sekali.

601
00:47:43,902 --> 00:47:44,945
Saya lebih gembira.

602
00:47:45,028 --> 00:47:47,614
Soalan awak menarik.

603
00:47:49,449 --> 00:47:51,577
Awak arif dalam cerita dongeng.

604
00:47:51,660 --> 00:47:54,580
Tentu persediaan temu duga ini rapi.

605
00:47:55,080 --> 00:47:59,251
Sejujurnya, saya memang
mahu jadi penulis cerita dongeng.

606
00:47:59,334 --> 00:48:01,753
Sebab itu saya cemburukan awak.

607
00:48:01,837 --> 00:48:03,171
Yakah?

608
00:48:03,255 --> 00:48:05,257
Kejarlah cita-cita itu.

609
00:48:05,340 --> 00:48:07,968
Tak boleh. Dah terlambat.

610
00:48:08,051 --> 00:48:11,221
Saya bermula selepas
saya lahirkan anak pertama.

611
00:48:11,305 --> 00:48:12,514
Saya nak beri awak buku.

612
00:48:12,598 --> 00:48:14,725
- Betul?
- Ia bukan buku terlaris.

613
00:48:16,351 --> 00:48:17,853
Ia sebagai kenangan.

614
00:48:20,856 --> 00:48:21,690
Ambillah.

615
00:48:22,482 --> 00:48:24,276
Terima kasih!

616
00:48:26,069 --> 00:48:27,738
<i>KISAH PATJUI</i>

617
00:48:27,821 --> 00:48:29,948
KEPADA HYE-JIN, TERUSKAN IMPIAN.
LEE MI-EUN

618
00:49:01,396 --> 00:49:04,399
PAMERAN AUGUSTE RENOIR

619
00:49:32,594 --> 00:49:33,679
- Hei.
- Hai.

620
00:49:38,558 --> 00:49:41,186
- Datang untuk lihat seni?
- Ya.

621
00:49:41,269 --> 00:49:45,774
Saya baru selesai temu bual Heyri
dan teringat melihat poster begini.

622
00:49:47,401 --> 00:49:50,570
Bagaimana temu bual pertama awak?
Adakah ia berjaya?

623
00:49:50,654 --> 00:49:52,239
Saya harap begitu.

624
00:49:52,322 --> 00:49:54,908
Lagipun, saya ada banyak bahan
untuk artikel saya.

625
00:49:56,535 --> 00:50:00,163
Lelaki itu ada skarf macam kita.

626
00:50:00,247 --> 00:50:02,958
- Betul kata awak!
- Pak cik, itu untuk hidungkah?

627
00:50:04,793 --> 00:50:05,961
Tak.

628
00:50:06,044 --> 00:50:08,714
Kamu mungkin tak tahu,

629
00:50:08,797 --> 00:50:10,966
tapi dia berpakaian dengan gaya.

630
00:50:11,049 --> 00:50:13,802
Bukan semua mampu menanganinya.

631
00:50:13,885 --> 00:50:16,221
Mengapa kakak menyebelahi dia?

632
00:50:17,055 --> 00:50:18,640
Kakak cintakan dia?

633
00:50:19,766 --> 00:50:24,062
Awak tentu jatuh hati pada dia!

634
00:50:24,146 --> 00:50:25,981
Mengarutlah. Pergi.

635
00:50:26,064 --> 00:50:27,274
Saya minta maaf.

636
00:50:27,357 --> 00:50:29,234
- Mari kita teruskan.
- Pergi!

637
00:50:36,908 --> 00:50:40,454
Orang selalu ketawakan awak
setiap kali awak pakai itu.

638
00:50:40,537 --> 00:50:42,831
- Serius?
- Saya hanya bergurau.

639
00:50:42,914 --> 00:50:43,915
Ia cantik.

640
00:50:43,999 --> 00:50:48,128
- Maaf, boleh ambil gambar kami?
- Ya, tiada masalah.

641
00:50:50,505 --> 00:50:51,757
Baiklah.

642
00:50:51,840 --> 00:50:54,593
Satu, dua, tiga.

643
00:50:55,844 --> 00:50:59,473
Satu lagi. Satu, dua, tiga.

644
00:51:00,223 --> 00:51:02,100
- Ini dia.
- Terima kasih.

645
00:51:02,184 --> 00:51:04,895
- Apa kata awak ambil juga?
- Apa?

646
00:51:04,978 --> 00:51:06,813
Tak mengapa. Kami tak perlu.

647
00:51:07,397 --> 00:51:08,356
Ini dia.

648
00:51:19,367 --> 00:51:20,994
Sedia.

649
00:51:21,077 --> 00:51:22,996
Satu, dua, tiga.

650
00:51:25,123 --> 00:51:30,128
Senyum lagi. Saya akan ambil satu lagi.
Satu, dua, tiga.

651
00:51:32,881 --> 00:51:35,050
Jika awak mahu pulang,
saya akan hantar awak.

652
00:51:35,133 --> 00:51:37,844
Lagipun ia dalam perjalanan
ke tempat perjumpaan saya.

653
00:51:37,928 --> 00:51:39,054
Awak pergi dulu.

654
00:51:39,137 --> 00:51:43,433
Alang-alang saya di sini,
saya mahu singgah di kedai buku.

655
00:51:43,517 --> 00:51:46,853
Saya perlu kaji semula rakaman
temu duga dan susun fikiran saya.

656
00:51:48,271 --> 00:51:50,232
Baiklah, jumpa hari Isnin nanti.

657
00:51:52,567 --> 00:51:53,610
En. Ji.

658
00:51:56,238 --> 00:51:58,365
Jumpa esok.

659
00:51:58,907 --> 00:52:00,617
Esok?

660
00:52:00,700 --> 00:52:04,538
Namun esok Ahad.
Saya tak akan berada di pejabat.

661
00:52:04,621 --> 00:52:10,168
Saya jumpa awak esok.

662
00:52:22,848 --> 00:52:25,058
- Helo?
- Sung-joon, ini saya.

663
00:52:26,059 --> 00:52:30,564
Awak ada masa lewat malam ini?

664
00:52:31,022 --> 00:52:32,148
Hari ini?

665
00:52:32,232 --> 00:52:34,150
Saya ada mesyuarat sekarang.

666
00:52:34,234 --> 00:52:36,987
Pukul berapa mesyuarat awak habis?

667
00:52:37,612 --> 00:52:39,781
Saya rasa lewat.

668
00:52:41,366 --> 00:52:42,492
Apa kata kita…

669
00:52:45,245 --> 00:52:48,498
<i>Tak, saya harus jumpa awak hari ini.</i>

670
00:52:50,208 --> 00:52:54,087
Ada sesuatu saya nak beritahu awak juga.

671
00:52:57,591 --> 00:53:02,512
Item novel awak musim ini
sangat mengagumkan.

672
00:53:02,596 --> 00:53:03,597
Terima kasih.

673
00:53:03,680 --> 00:53:06,808
Oleh sebab pengenalan <i>The Most,</i>
sambutannya baik.

674
00:53:11,187 --> 00:53:13,648
Kami sangat ambil berat.

675
00:53:13,732 --> 00:53:16,276
Saya harap awak mulakan
koleksi baru untuk wanita.

676
00:53:16,359 --> 00:53:17,611
Ya, benar.

677
00:53:47,349 --> 00:53:48,975
En. Kim?

678
00:53:50,936 --> 00:53:52,687
Dia pasti bekerja hujung minggu ini.

679
00:53:59,486 --> 00:54:00,403
En. Kim.

680
00:54:01,404 --> 00:54:03,782
Bagaimana lawatan kerja awak?

681
00:54:03,865 --> 00:54:07,827
Saya hampir mati kerana singgah
di semua rumah bersejarah itu.

682
00:54:08,870 --> 00:54:11,957
Apa awak buat di sini pada hujung minggu?

683
00:54:12,040 --> 00:54:14,250
Saya ada temu bual pertama hari ini.

684
00:54:14,334 --> 00:54:16,294
Saya akan transkrip rakaman itu.

685
00:54:16,378 --> 00:54:20,090
Temu bual di Yadong-dong yang ditunda itu?

686
00:54:20,173 --> 00:54:21,007
Ya.

687
00:54:21,633 --> 00:54:23,551
Kami sangka awak terlibat
dalam kemalangan.

688
00:54:23,635 --> 00:54:25,637
Awak tahu betapa risaunya kami?

689
00:54:25,720 --> 00:54:27,889
Nasib baik Shin-hyuk yang gila itu pergi.

690
00:54:27,973 --> 00:54:29,599
Pasti teruk jika sesuatu berlaku.

691
00:54:30,600 --> 00:54:34,896
Dia bermegah dan
minta awak belanja lagi, betul?

692
00:54:35,814 --> 00:54:38,149
Apa maksud awak?

693
00:54:38,233 --> 00:54:39,943
Ke mana En. Kim pergi?

694
00:54:40,986 --> 00:54:43,613
Dia pergi untuk jemput awak
di Yadong-dong.

695
00:54:44,489 --> 00:54:47,200
Dia sangka awak terlibat
dalam kemalangan dan lari keluar.

696
00:54:47,701 --> 00:54:48,576
Awak tak jumpa dia?

697
00:54:50,078 --> 00:54:52,247
- Bagaimana dengan motosikal awak?
- Entahlah.

698
00:54:52,330 --> 00:54:53,832
Saya pun tak tahu.

699
00:54:53,915 --> 00:54:57,544
Saya terjatuh dari motosikal.

700
00:54:57,627 --> 00:55:00,046
Mari makan. Tempat ini yang terbaik!

701
00:55:00,130 --> 00:55:01,589
Awak nak ke mana?

702
00:55:01,673 --> 00:55:02,716
Awak tak lapar?

703
00:55:05,093 --> 00:55:06,052
Tunggu.

704
00:55:07,262 --> 00:55:08,304
En. Kim!

705
00:55:11,641 --> 00:55:15,061
Ada apa, Jackson?
Apa awak buat di sini pada hujung minggu?

706
00:55:15,145 --> 00:55:18,106
Awak ada di sana pada hari itu?

707
00:55:19,315 --> 00:55:21,776
Saya tak faham soalan awak.

708
00:55:21,860 --> 00:55:22,986
Di Yadong-dong.

709
00:55:24,863 --> 00:55:26,614
Saya dengar awak ada di sana.

710
00:55:27,449 --> 00:55:31,453
Awak kemalangan motosikal
dalam perjalanan ke sana?

711
00:55:32,912 --> 00:55:35,707
Awak cedera kerana mahu pergi jemput saya?

712
00:55:38,126 --> 00:55:39,210
Ya,

713
00:55:39,294 --> 00:55:42,505
mesyuarat saya habis awal,
saya akan keluar sekarang.

714
00:55:42,589 --> 00:55:43,465
Di mana awak?

715
00:55:43,548 --> 00:55:47,594
Saya keluar untuk buat sesuatu.

716
00:55:48,636 --> 00:55:50,764
Saya akan sampai tepat pada masanya.

717
00:55:51,514 --> 00:55:53,391
Ya, jumpa lagi.

718
00:55:53,892 --> 00:55:56,269
Baiklah, saya akan jumpa awak di sana.

719
00:56:00,774 --> 00:56:03,026
Jawab. Awak cedera disebabkan saya?

720
00:56:03,109 --> 00:56:04,110
Betul, bukan?

721
00:56:11,201 --> 00:56:12,744
Ya, awak betul.

722
00:56:14,496 --> 00:56:16,414
Saya cedera dalam perjalanan mencari awak.

723
00:56:19,292 --> 00:56:21,377
Mengapa? Adakah ia membebankan awak?

724
00:56:21,961 --> 00:56:23,129
Saya harap begitu.

725
00:56:24,547 --> 00:56:27,383
Saya harap awak rasa bersalah juga.
Sebab saya…

726
00:56:30,512 --> 00:56:34,766
Saya mahu awak ambil berat
tentang saya juga, Jackson.

727
00:56:38,686 --> 00:56:39,938
Namun En. Kim…

728
00:56:41,272 --> 00:56:45,360
<i>Saya, Kim Hye-jin, berjanji untuk</i>
<i>tolong Kim Shin-hyuk tiga kali!</i>

729
00:56:46,903 --> 00:56:47,862
Aduhai.

730
00:56:52,951 --> 00:56:58,289
Saya rasa saya akan guna
hajat terakhir saya hari ini.

731
00:57:01,417 --> 00:57:02,794
Hajat terakhir saya ialah…

732
00:57:05,213 --> 00:57:06,089
Ini.

733
00:57:15,056 --> 00:57:17,183
Saya tak mahu jadi kawan awak.

734
00:57:18,643 --> 00:57:20,979
Saya tak boleh jadi setakat kawan.

735
00:57:26,317 --> 00:57:28,528
- Selamat tinggal.
- Terima kasih.

736
00:57:40,665 --> 00:57:44,210
Ha-ri, terima kasih kerana datang
walaupun bukan syif awak.

737
00:57:44,294 --> 00:57:47,589
- Selamat jalan.
- Tentulah saya patut datang.

738
00:57:47,672 --> 00:57:49,549
- Selamat malam.
- Awak juga.

739
00:57:54,304 --> 00:57:56,181
- Cik Min Ha-ri.
- Ya?

740
00:58:01,978 --> 00:58:03,396
Sung-joon.

741
00:58:03,480 --> 00:58:06,816
<i>Apabila masa datang untuk</i>
<i>mendedahkan kebenaran,</i>

742
00:58:06,900 --> 00:58:08,985
<i>kita hilang keberanian dan teragu-ragu.</i>

743
00:58:10,236 --> 00:58:12,530
<i>Keraguan itu boleh</i>

744
00:58:13,781 --> 00:58:18,828
<i>merampas peluang kita</i>
<i>untuk bercakap benar.</i>

745
00:58:19,913 --> 00:58:20,747
Min Ha-ri.

746
00:58:22,999 --> 00:58:23,917
Siapa awak?

747
00:58:49,943 --> 00:58:52,153
Min Ha-ri, siapa awak?

748
00:58:53,488 --> 00:58:56,366
Jika awak tak boleh pergi kepadanya
atau meninggalkan dia,

749
00:58:56,449 --> 00:58:57,742
<i>datanglah kepada saya.</i>

750
00:58:57,825 --> 00:59:00,995
<i>Saya sebenarnya ada di sana</i>
<i>untuk jumpa awak hari itu.</i>

751
00:59:01,079 --> 00:59:04,499
<i>Jika saya tak sembunyikan diri</i>
<i>daripada awak dulu,</i>

752
00:59:04,582 --> 00:59:06,918
<i>keadaan akan jadi lebih baik.</i>

753
00:59:08,503 --> 00:59:10,505
<i>Saya sangat rindukan awak,</i>

754
00:59:11,214 --> 00:59:12,131
<i>Kim Hye-jin.</i>

755
00:59:12,257 --> 00:59:15,009
Terjemahan sari kata oleh Zailani Arif

