1
00:00:31,906 --> 00:00:35,410
Ya, mesyuarat saya habis awal,
jadi saya akan pulang.

2
00:00:36,244 --> 00:00:39,706
- Awak ada di mana?
- Saya keluar sebab ada kerja.

3
00:00:40,915 --> 00:00:42,542
Saya akan jumpa awak nanti.

4
00:00:43,877 --> 00:00:45,628
Ya, jumpa nanti.

5
00:00:45,712 --> 00:00:47,922
Baiklah, jumpa awak di sana.

6
00:00:52,802 --> 00:00:56,014
{\an8}PEKERJA CONTOH

7
00:00:56,097 --> 00:00:59,309
{\an8}PENGURUS HOTEL CEMERLANG
MIN HA-RI, HOTEL ARA

8
00:01:01,186 --> 00:01:03,897
{\an8}PENGURUS HOTEL CEMERLANG
MIN HA-RI, HOTEL ARA

9
00:01:11,529 --> 00:01:13,281
- Cik Min Ha-ri.
- Ya?

10
00:01:18,912 --> 00:01:19,954
Sung-joon.

11
00:01:26,586 --> 00:01:27,462
Min Ha-ri.

12
00:01:29,589 --> 00:01:30,840
Siapa awak?

13
00:01:33,676 --> 00:01:34,511
Mengapa…

14
00:01:36,221 --> 00:01:38,598
awak berpura-pura jadi Kim Hye-jin?

15
00:01:41,392 --> 00:01:42,936
Apa yang awak buat?

16
00:01:44,354 --> 00:01:45,271
Siapa awak?

17
00:01:46,564 --> 00:01:47,816
Jelaskan.

18
00:01:49,692 --> 00:01:51,694
Saya akan beritahu awak
semuanya, Sung-joon.

19
00:01:53,154 --> 00:01:54,989
Biar saya jelaskan.

20
00:01:58,076 --> 00:01:58,952
Jawab.

21
00:02:00,328 --> 00:02:01,287
Siapa awak?

22
00:02:03,665 --> 00:02:04,791
Seorang kawan.

23
00:02:10,171 --> 00:02:11,297
Saya kawan Hye-jin.

24
00:02:12,590 --> 00:02:16,719
Saya sepatutnya bertemu awak
untuk gantikan dia,

25
00:02:17,971 --> 00:02:21,099
tapi keadaan jadi rumit apabila saya
terserempak dengan awak di hotel.

26
00:02:21,182 --> 00:02:25,812
Saya nak jelaskan semuanya
malam ini dan minta maaf.

27
00:02:25,895 --> 00:02:28,064
Jadi Kim Hye-jin yang sebenar…

28
00:02:29,274 --> 00:02:30,275
Itulah dia?

29
00:02:32,610 --> 00:02:34,195
Dialah yang saya fikirkan?

30
00:02:42,871 --> 00:02:43,746
Ya.

31
00:02:46,332 --> 00:02:47,292
Dia orangnya.

32
00:02:49,085 --> 00:02:51,087
Sung-joon, maafkan saya
kerana menipu awak.

33
00:02:52,797 --> 00:02:55,383
Saya tak berniat untuk
tipu awak selama ini.

34
00:03:14,110 --> 00:03:17,322
Saya dilahirkan dengan rambut keriting…

35
00:03:17,405 --> 00:03:18,990
Rambut awak!

36
00:03:19,073 --> 00:03:20,325
Rambut?

37
00:03:21,451 --> 00:03:22,285
Rambut saya!

38
00:03:24,120 --> 00:03:26,581
Sayalah Kim Hye-jin.

39
00:03:26,664 --> 00:03:27,999
Kim Hye-jin!

40
00:03:28,082 --> 00:03:29,834
Jalan!

41
00:03:29,918 --> 00:03:31,544
<i>Jalan!</i>

42
00:04:05,703 --> 00:04:06,913
Mengapa awak ketawa?

43
00:04:07,121 --> 00:04:09,499
Awak mengingatkan saya kepada seseorang.

44
00:04:10,959 --> 00:04:13,670
<i>Ia seperti mencarinya dalam</i>
<i>susun suai gambar tersembunyi.</i>

45
00:04:13,753 --> 00:04:16,047
<i>Awak tak boleh jumpa</i>
<i>melainkan cari dengan teliti.</i>

46
00:04:16,130 --> 00:04:18,132
<i>Sama seperti susun suai</i>
<i>gambar tersembunyi.</i>

47
00:04:23,304 --> 00:04:24,973
Saya rasa saya akan gunakan…

48
00:04:27,141 --> 00:04:28,601
hajat terakhir saya hari ini.

49
00:04:30,770 --> 00:04:32,480
Hajat terakhir saya adalah…

50
00:04:34,607 --> 00:04:35,650
perkara ini.

51
00:04:42,532 --> 00:04:45,076
Jika awak tak boleh pergi
kepadanya atau tinggalkan dia,

52
00:04:46,869 --> 00:04:48,663
awak boleh datang kepada saya.

53
00:04:54,794 --> 00:04:57,922
Boleh berikan saya peluang?

54
00:05:01,509 --> 00:05:02,343
Saya…

55
00:05:03,845 --> 00:05:04,762
En. Kim.

56
00:05:05,847 --> 00:05:07,015
Namun saya…

57
00:05:10,351 --> 00:05:12,770
EN. JI

58
00:05:14,856 --> 00:05:15,732
Jawablah.

59
00:05:25,867 --> 00:05:26,909
Ya, En. Ji.

60
00:05:29,370 --> 00:05:30,538
Lama tak jumpa…

61
00:05:33,499 --> 00:05:34,917
Cik Kim Hye-jin.

62
00:05:35,001 --> 00:05:36,002
Apa?

63
00:05:36,919 --> 00:05:39,380
Bukankah kita bertemu di muzium tadi?

64
00:05:41,174 --> 00:05:42,175
Lama tak jumpa…

65
00:05:46,512 --> 00:05:47,388
Hye-jin.

66
00:05:54,729 --> 00:05:56,522
<i>Saya sangat rindukan awak,</i>

67
00:05:57,482 --> 00:05:58,399
Kim Hye-jin.

68
00:06:04,238 --> 00:06:05,156
Sung-joon.

69
00:06:10,078 --> 00:06:11,412
Di mana awak sekarang?

70
00:06:13,247 --> 00:06:14,457
Saya nak jumpa awak.

71
00:06:16,584 --> 00:06:17,960
Jangan pergi.

72
00:06:19,128 --> 00:06:20,505
Jangan pergi, Jackson.

73
00:06:25,510 --> 00:06:26,719
Maafkan saya.

74
00:06:28,054 --> 00:06:30,264
Saya benar-benar minta maaf, En. Kim.

75
00:06:30,348 --> 00:06:31,349
Maafkan saya.

76
00:06:49,826 --> 00:06:52,161
Hye-jin, di mana awak sekarang?

77
00:06:53,079 --> 00:06:55,373
Saya di lintasan pejalan kaki
di depan pejabat.

78
00:06:55,456 --> 00:06:56,666
Awak pula?

79
00:06:58,876 --> 00:07:00,586
Awak di seberang jalan?

80
00:07:02,046 --> 00:07:04,465
Saya sedang melintas jalan sekarang.

81
00:07:31,617 --> 00:07:32,702
Saya jumpa awak.

82
00:07:40,168 --> 00:07:41,794
Akhirnya saya jumpa awak,

83
00:07:43,588 --> 00:07:44,464
Kim Hye-jin.

84
00:07:52,388 --> 00:07:54,974
Mengapa awak sembunyikan
diri daripada saya?

85
00:07:55,057 --> 00:07:57,560
Mengapa awak tak beritahu saya?
Saya rindukan awak…

86
00:08:02,690 --> 00:08:03,524
Tak mengapa.

87
00:08:05,234 --> 00:08:06,819
Ia tak penting, Hye-jin.

88
00:08:08,112 --> 00:08:10,072
Saya patut cam awak lebih awal.

89
00:08:10,990 --> 00:08:13,034
Saya patut jumpa awak lebih awal.

90
00:08:15,161 --> 00:08:16,579
Saya minta maaf sebab lewat.

91
00:08:18,331 --> 00:08:19,207
Maafkan saya.

92
00:08:22,210 --> 00:08:23,794
Ia pasti sukar selama ini.

93
00:08:29,217 --> 00:08:33,554
Awak ada di sebelah saya,
tapi saya tak kenal awak.

94
00:08:35,681 --> 00:08:37,558
Biar saya tengok betul-betul.

95
00:08:40,811 --> 00:08:45,566
Tak kira dari mana-mana sudut
sekalipun, ia jelas sekarang.

96
00:08:49,529 --> 00:08:50,404
Memang awak.

97
00:08:51,989 --> 00:08:55,159
Awak kawan saya, Kim Hye-jin.

98
00:09:21,102 --> 00:09:22,979
Masa untuk jalan.

99
00:09:23,062 --> 00:09:25,773
Betul. Masa untuk jalan.

100
00:09:37,118 --> 00:09:40,246
<i>Sebenarnya saya datang untuk</i>
<i>jumpa awak pada hari itu.</i>

101
00:09:40,705 --> 00:09:42,039
<i>Tetapi?</i>

102
00:09:42,123 --> 00:09:44,959
<i>Awak tak kenal saya</i>
<i>dan berjalan melepasi saya,</i>

103
00:09:45,042 --> 00:09:49,130
<i>tiba-tiba saya terasa kerdil.</i>

104
00:09:49,213 --> 00:09:51,132
<i>Saya tak bekerja ketika itu,</i>

105
00:09:51,215 --> 00:09:55,761
<i>jadi saya rasa saya bukanlah</i>
<i>gadis yang awak ingati.</i>

106
00:09:56,012 --> 00:09:58,806
<i>Saya tak cukup yakin</i>
<i>untuk berdepan dengan awak.</i>

107
00:10:02,101 --> 00:10:05,521
<i>Jadi ia salah saya.</i>

108
00:10:05,605 --> 00:10:07,898
<i>Saya patut kenal awak.</i>

109
00:10:07,982 --> 00:10:09,859
<i>Tidak, ia bukan salah awak.</i>

110
00:10:09,942 --> 00:10:13,487
<i>Saya yang lari seperti</i>
<i>pengecut yang dungu.</i>

111
00:10:14,488 --> 00:10:16,532
Cantiknya!

112
00:10:18,951 --> 00:10:19,785
Ayuh.

113
00:10:29,962 --> 00:10:34,091
<i>Saya tak dapat bayangkan perasaan awak,</i>

114
00:10:34,175 --> 00:10:37,011
<i>mengetahui segalanya semasa</i>
<i>berjumpa saya setiap hari.</i>

115
00:10:37,094 --> 00:10:41,682
<i>Namun penipuan itu semakin lama</i>

116
00:10:42,475 --> 00:10:46,020
<i>semakin sukar untuk diluahkan.</i>

117
00:10:46,103 --> 00:10:49,315
<i>Sebab itulah saya tak dapat</i>
<i>beritahu kebenarannya.</i>

118
00:10:49,398 --> 00:10:50,274
<i>Tunggu.</i>

119
00:10:50,983 --> 00:10:53,277
Saya rasa saya patut kecewa.

120
00:10:54,862 --> 00:10:55,821
Tentang apa?

121
00:10:55,905 --> 00:10:59,659
Jika saya tak berjaya,

122
00:10:59,742 --> 00:11:03,120
adakah awak akan menilai saya?

123
00:11:04,705 --> 00:11:08,000
Saya fikir hubungan kita
lebih penting daripada itu.

124
00:11:09,502 --> 00:11:11,629
Adakah hanya saya yang fikir begitu?

125
00:11:21,847 --> 00:11:26,977
Ia tak penting walaupun awak dah berubah

126
00:11:27,895 --> 00:11:29,897
atau apa-apa pun situasi…

127
00:11:30,731 --> 00:11:32,024
yang awak hadapi.

128
00:11:33,025 --> 00:11:37,613
Jika saya tak sembunyikan diri dulu,

129
00:11:37,696 --> 00:11:41,742
tentu keadaan akan jadi lebih baik.

130
00:11:43,119 --> 00:11:44,120
Saya menyesal.

131
00:11:48,290 --> 00:11:49,708
Jangan menyesal.

132
00:11:49,792 --> 00:11:51,377
Jangan fikirkan masa lalu.

133
00:11:52,878 --> 00:11:56,048
Mulai sekarang, ayuh kita
fokuskan tentang sekarang.

134
00:12:01,762 --> 00:12:08,352
Saya andaikan Ha-ri
beritahu awak semuanya.

135
00:12:08,436 --> 00:12:09,353
Tidak.

136
00:12:10,396 --> 00:12:12,356
Saya baru mendengarnya sekarang.

137
00:12:12,690 --> 00:12:16,277
Saya terfikir beberapa perkara,
namun setakat itu saja.

138
00:12:17,069 --> 00:12:18,737
Apa maksud awak?

139
00:12:19,780 --> 00:12:22,158
Ha-ri tak beritahu awak cerita itu?

140
00:12:26,370 --> 00:12:28,038
Mengapa awak di sini?

141
00:12:28,122 --> 00:12:30,082
Awak tak jumpa Ji Sung-joon?

142
00:12:30,166 --> 00:12:32,168
Apa yang berlaku? Awak okey?

143
00:12:32,251 --> 00:12:35,212
Saya dengar awak tak
berpeluang untuk jelaskannya.

144
00:12:36,964 --> 00:12:37,882
Sebenarnya…

145
00:12:39,592 --> 00:12:41,385
Apa yang saya buat?

146
00:12:42,261 --> 00:12:45,931
Saya pasti dah hilang akal.

147
00:12:46,015 --> 00:12:48,726
Saya patut beritahu awak lebih awal.

148
00:12:50,352 --> 00:12:52,313
Maafkan saya, Hye-jin.

149
00:12:53,481 --> 00:12:57,818
Awak nak perbaikinya sendirian
dan kembali seperti sediakala.

150
00:12:57,943 --> 00:13:00,196
Sebab itulah awak perlukan masa.

151
00:13:00,279 --> 00:13:01,155
Betul.

152
00:13:02,323 --> 00:13:04,158
Dia tetap akan tahu malam ini.

153
00:13:04,575 --> 00:13:06,994
Dia cuma dapat tahu lebih awal.

154
00:13:10,206 --> 00:13:14,793
Ada orang tunggu saya di luar
sekarang, jadi saya harus pergi.

155
00:13:14,877 --> 00:13:17,379
Saya akan lewat, jadi jangan tunggu saya.

156
00:13:18,964 --> 00:13:20,925
Ha-ri.

157
00:13:37,107 --> 00:13:38,984
- Helo?
<i>- Hei, Min Ha-ri!</i>

158
00:13:39,068 --> 00:13:43,989
<i>- Mengapa tak jawab panggilan saya?</i>
- Saya kawan Ha-ri.

159
00:13:44,073 --> 00:13:45,866
Dia tinggalkan telefon di rumah.

160
00:13:45,991 --> 00:13:48,035
<i>Mengapalah dia yang jawab?</i>

161
00:13:49,119 --> 00:13:51,622
<i>Suruh dia hubungi saya apabila dia pulang.</i>

162
00:13:52,790 --> 00:13:53,624
Baiklah.

163
00:14:23,362 --> 00:14:27,199
<i>Saya tak tahu bagaimana</i>
<i>saya patut katakannya.</i>

164
00:14:27,908 --> 00:14:30,202
<i>Saya tak boleh beritahu</i>
<i>semuanya secara bersemuka</i>

165
00:14:30,286 --> 00:14:32,204
<i>jadi saya ingin menulis tentangnya.</i>

166
00:14:32,705 --> 00:14:35,416
<i>Pertama sekali, maafkan saya, Sung-joon.</i>

167
00:14:36,125 --> 00:14:37,543
<i>Saya benar-benar minta maaf.</i>

168
00:14:39,211 --> 00:14:41,881
<i>Itulah satu-satunya yang</i>
<i>saya boleh katakan.</i>

169
00:14:46,385 --> 00:14:49,179
<i>Awak sentiasa ada untuk saya</i>

170
00:14:49,263 --> 00:14:51,181
<i>apabila saya sedih.</i>

171
00:14:51,724 --> 00:14:54,935
<i>Kata-kata dan sokongan awak</i>
<i>menenangkan saya.</i>

172
00:14:55,060 --> 00:14:59,565
<i>Buat seketika, saya terfikir</i>
<i>yang kita berdua serupa.</i>

173
00:15:01,317 --> 00:15:05,404
<i>Awak layan saya dengan baik sebab</i>
<i>awak fikir saya ialah Hye-jin.</i>

174
00:15:05,487 --> 00:15:07,489
<i>Walau bagaimanapun, saya salah sangka.</i>

175
00:15:10,075 --> 00:15:13,662
<i>Sebab itulah saya mula pentingkan diri.</i>

176
00:15:14,872 --> 00:15:16,206
<i>Terima kasih.</i>

177
00:15:18,292 --> 00:15:19,627
<i>Saya benar-benar…</i>

178
00:15:21,045 --> 00:15:22,129
<i>minta maaf.</i>

179
00:15:22,755 --> 00:15:24,965
<i>Saya tahu ia tak boleh dimaafkan,</i>

180
00:15:26,258 --> 00:15:27,635
<i>tapi saya tetap kesal.</i>

181
00:15:29,345 --> 00:15:32,890
<i>Walaupun awak fikir saya Hye-jin,</i>

182
00:15:34,600 --> 00:15:38,228
<i>dialah Hye-jin yang awak sentiasa cintai.</i>

183
00:15:38,771 --> 00:15:40,773
<i>Saya lebih memahaminya</i>
<i>daripada sesiapa pun.</i>

184
00:15:41,982 --> 00:15:47,279
<i>Maafkan saya kerana masuk campur</i>
<i>dan melambatkan awak untuk bertemunya.</i>

185
00:15:49,782 --> 00:15:50,950
<i>Awak dan Hye-jin.</i>

186
00:15:52,076 --> 00:15:53,327
<i>Saya…</i>

187
00:15:54,578 --> 00:15:57,957
<i>Saya harap awak berdua bahagia.</i>

188
00:15:59,792 --> 00:16:01,210
<i>Daripada kawan Hye-jin,</i>

189
00:16:02,252 --> 00:16:03,337
<i>Ha-ri.</i>

190
00:16:43,002 --> 00:16:44,586
Awak belum pergi kerja lagi.

191
00:16:47,006 --> 00:16:50,551
Saya fikir awak balik lewat malam tadi.
Bila awak bangun untuk bersenam?

192
00:16:52,594 --> 00:16:56,849
Saya minum terlalu banyak
dengan kawan saya semalam

193
00:16:56,932 --> 00:16:58,851
hingga saya rasa perlu bersenam.

194
00:16:59,393 --> 00:17:02,104
Saya tak pernah jumpa orang yang
boleh minum banyak alkohol.

195
00:17:07,359 --> 00:17:09,278
Saya dahaga. Saya nak minum air.

196
00:17:10,779 --> 00:17:12,239
Saya fikir awak nak minum air.

197
00:17:13,407 --> 00:17:14,241
Apa?

198
00:17:14,324 --> 00:17:17,536
Jika awak nak minum,
mengapa awak ke bilik awak?

199
00:17:19,496 --> 00:17:20,748
Betul.

200
00:17:22,458 --> 00:17:24,710
Mengapalah saya ke sana?

201
00:17:26,378 --> 00:17:27,963
Aneh betul.

202
00:17:43,896 --> 00:17:44,730
Hye-jin.

203
00:17:46,482 --> 00:17:47,316
Hai.

204
00:18:07,586 --> 00:18:09,004
Bosannya.

205
00:18:28,482 --> 00:18:29,358
Selamat pagi.

206
00:18:30,275 --> 00:18:32,152
Hai, Hye-jin.

207
00:18:32,236 --> 00:18:34,988
Awak patut berhenti
membaca di jalanan, En. Ji.

208
00:18:35,072 --> 00:18:38,951
Sebab itulah awak selalu
terlanggar sesuatu.

209
00:18:40,160 --> 00:18:41,411
Baiklah.

210
00:18:46,125 --> 00:18:48,168
Jalan!

211
00:18:49,294 --> 00:18:53,090
Mengapa saya rasa begitu kejang?
Mungkin saya tak cukup tidur.

212
00:18:59,012 --> 00:19:00,722
Mari kita makan malam nanti.

213
00:19:00,806 --> 00:19:03,183
Apa kata kita lawat kejiranan lama kita?

214
00:19:03,308 --> 00:19:05,727
Saya tertanya-tanya jika
kedai membuat roti masih ada.

215
00:19:05,811 --> 00:19:07,187
Pada Hari Kidal Antarabangsa,

216
00:19:07,271 --> 00:19:09,815
awak belikan saya kek
sebab awak ingat ia hari jadi saya.

217
00:19:09,898 --> 00:19:10,899
Awak ingat?

218
00:19:12,192 --> 00:19:13,402
Saya buat begitukah?

219
00:19:14,153 --> 00:19:18,323
Memori saya tak sebaik dulu,
jadi saya kurang ingat.

220
00:19:24,454 --> 00:19:27,791
Apa saya patut panggil awak?

221
00:19:27,875 --> 00:19:29,710
Kawan saya, timbalan ketua penyunting,

222
00:19:29,793 --> 00:19:31,211
atau En. Rakan Sekerja?

223
00:19:31,295 --> 00:19:33,422
Atau kawan saya, En. Ji.

224
00:19:33,505 --> 00:19:35,841
Tak, semuanya aneh.

225
00:19:38,385 --> 00:19:39,803
Awak ada idea?

226
00:19:40,804 --> 00:19:42,014
- Kim Hye-jin.
- Hei.

227
00:19:42,097 --> 00:19:45,058
Hidup awak di Amerika tentu bagus

228
00:19:45,142 --> 00:19:47,352
hingga awak boleh kembali dengan hebat.

229
00:19:47,436 --> 00:19:50,689
Ji Sung-joon, awak sangat hebat.

230
00:19:50,772 --> 00:19:55,110
Ya. Awak kata awak cari saya
dalam rekod alumni.

231
00:19:55,194 --> 00:19:58,071
Saya tertanya-tanya tentang
perkembangan orang lain.

232
00:19:58,155 --> 00:20:00,240
Mungkin kita patut
aturkan perjumpaan semula.

233
00:20:04,828 --> 00:20:06,330
Tunggu.

234
00:20:16,757 --> 00:20:18,008
Apa yang awak buat?

235
00:20:18,091 --> 00:20:19,676
Saya?

236
00:20:19,760 --> 00:20:21,470
Apa maksud awak?

237
00:20:21,553 --> 00:20:23,722
Awak tak begini semalam.

238
00:20:24,514 --> 00:20:25,641
Tentang hal itu.

239
00:20:26,516 --> 00:20:30,687
Saya fikir kita tak patut campur
urusan peribadi dengan urusan kerja.

240
00:20:30,771 --> 00:20:32,356
Tak bagus

241
00:20:32,439 --> 00:20:35,234
untuk ambil kesempatan atas
hakikat yang kita pernah berkawan.

242
00:20:35,901 --> 00:20:38,195
Asingkan urusan peribadi
dengan urusan kerja?

243
00:20:39,154 --> 00:20:40,280
Kawan?

244
00:20:42,449 --> 00:20:45,285
Awak ingat kita kawan?

245
00:20:46,078 --> 00:20:47,663
Apa lagi hubungan kita?

246
00:20:50,290 --> 00:20:53,043
Awak inginkan lebih
daripada kawan semalam,

247
00:20:53,126 --> 00:20:55,212
tapi sekarang kita hanya kawan?

248
00:20:56,046 --> 00:20:57,297
Mengapa awak begini?

249
00:20:58,799 --> 00:21:02,219
<i>Ha-ri suka awak.</i>

250
00:21:03,428 --> 00:21:04,513
Tunggu.

251
00:21:04,596 --> 00:21:09,226
Jangan cakap yang awak masih teringat
tentang cinta pertama dan kawan lama.

252
00:21:09,935 --> 00:21:11,937
Betulkah? Dungunya awak.

253
00:21:17,192 --> 00:21:19,611
Awak pandai melukai hati seseorang.

254
00:21:19,695 --> 00:21:21,405
Awak tahu berapa lama saya…

255
00:21:23,657 --> 00:21:26,159
Mengapa awak tiba-tiba berkelakuan begini?

256
00:21:26,952 --> 00:21:28,578
Saya tak faham sebabnya.

257
00:21:29,621 --> 00:21:30,664
Apa alasan awak?

258
00:21:33,583 --> 00:21:34,751
Jangan mengarut.

259
00:21:36,461 --> 00:21:40,048
Mengapa awak begitu serius?

260
00:21:41,633 --> 00:21:45,470
Saya sangka kita ada hubungan istimewa.

261
00:21:46,179 --> 00:21:51,560
Nampaknya hanya saya yang kesal kita
ambil masa terlalu lama untuk bertemu,

262
00:21:53,145 --> 00:21:57,274
sebab bagi awak, saya cuma seorang kawan.

263
00:21:59,776 --> 00:22:01,737
Saya akan tanya awak buat kali terakhir.

264
00:22:03,238 --> 00:22:06,658
Awak ada sebab lain berkelakuan begini?

265
00:22:08,368 --> 00:22:12,706
<i>Ha-ri sangat sukakan awak.</i>

266
00:22:17,919 --> 00:22:19,546
Baiklah.

267
00:22:35,312 --> 00:22:36,146
En. Kim.

268
00:22:38,148 --> 00:22:40,609
- Adakah awak pulang…
- Saya pulang dengan selamat.

269
00:22:40,692 --> 00:22:41,818
En. Kim!

270
00:22:44,988 --> 00:22:46,490
Ambillah.

271
00:22:56,500 --> 00:23:01,505
Saya tak pasti apa maksudnya.

272
00:23:01,588 --> 00:23:05,342
Tangan awak cedera disebabkan saya.

273
00:23:05,425 --> 00:23:07,677
Saya nak bayar bil hospital awak.

274
00:23:16,186 --> 00:23:17,646
Lupakan saja.

275
00:23:19,898 --> 00:23:21,441
Tidak, tunggu, En. Kim.

276
00:23:21,525 --> 00:23:22,859
Hei, si gila!

277
00:23:23,652 --> 00:23:24,861
Mengapa muram?

278
00:23:24,945 --> 00:23:25,904
Ada masalah?

279
00:23:27,572 --> 00:23:30,367
Tiada apa-apa. Saya tak rasa seronok lagi.

280
00:23:31,326 --> 00:23:34,496
Saya akan pulang awal
selepas temu duga saya.

281
00:23:38,708 --> 00:23:39,751
Apa yang berlaku?

282
00:23:40,585 --> 00:23:42,420
Selamat pagi.

283
00:23:42,504 --> 00:23:43,463
Helo.

284
00:23:45,048 --> 00:23:48,343
Mereka berdua selalu keluar bersama
seperti dalam filem <i>Dumb and Dumber.</i>

285
00:23:48,426 --> 00:23:50,053
Apa agaknya yang berlaku?

286
00:23:50,679 --> 00:23:52,931
Ada sesuatu yang tak kena.

287
00:23:55,475 --> 00:23:58,603
Hye-jin, apa yang berlaku
antara awak dengan si gila?

288
00:23:58,687 --> 00:24:00,647
- Apa?
- Tak mengapa.

289
00:24:00,730 --> 00:24:05,152
Ia perkara biasa untuk
bercinta dan bergaduh.

290
00:24:05,652 --> 00:24:09,739
Saya tahu awak berdua semakin rapat.

291
00:24:09,823 --> 00:24:12,325
Jangan mengarut!

292
00:24:13,493 --> 00:24:14,411
Saya dah tahu.

293
00:24:15,495 --> 00:24:17,038
Sejauh mana hubungan kamu?

294
00:24:19,166 --> 00:24:21,376
Baiklah. Ya Tuhan.

295
00:24:22,878 --> 00:24:26,715
Sekarang musim cinta.

296
00:24:26,798 --> 00:24:30,093
Namun ia hanya musim sejuk untuk saya,
sebab itulah saya asyik kesejukan.

297
00:24:30,177 --> 00:24:31,094
Ya, ayah.

298
00:24:32,888 --> 00:24:34,681
Benarkah?

299
00:24:35,599 --> 00:24:37,058
Tahniah, Pengerusi Kim.

300
00:24:37,142 --> 00:24:38,018
Pengerusi?

301
00:24:38,101 --> 00:24:40,020
Ya, jumpa ayah nanti.

302
00:24:40,103 --> 00:24:41,062
Baiklah.

303
00:24:42,189 --> 00:24:44,691
- Ayah awak seorang pengerusi?
- Han Seol.

304
00:24:44,774 --> 00:24:49,279
Ayah saya nak jadi pengerusi
kelab bola sepak tempatan.

305
00:24:49,362 --> 00:24:50,947
Akhirnya dia berjaya.

306
00:24:51,031 --> 00:24:53,742
Pengerusi kelab bola sepak? Bukankah…

307
00:24:53,825 --> 00:24:56,870
<i>Tidak. Ia tak bermakna ayahnya</i>
<i>bukan pengerusi syarikat besar.</i>

308
00:24:57,495 --> 00:25:00,707
Ayah awak ada masa untuknya?

309
00:25:00,790 --> 00:25:03,752
Ya, dia sangat sibuk.

310
00:25:03,835 --> 00:25:06,421
Dia selalu basuh baju dan menyeterika,

311
00:25:06,504 --> 00:25:08,506
jadi dia perlu bersenam.

312
00:25:08,590 --> 00:25:10,217
Basuh baju? Menyeterika?

313
00:25:11,009 --> 00:25:13,553
Mengapa ayah awak menyeterika pakaian?

314
00:25:13,637 --> 00:25:15,055
Saya dah cakap, bukan?

315
00:25:15,138 --> 00:25:19,476
Ayah saya uruskan kedai cucian kering
yang besar di Gangnam.

316
00:25:19,559 --> 00:25:22,729
Dia sangat bagus dalam kerjanya,
jadi dia terkenal di kawasan itu.

317
00:25:23,480 --> 00:25:27,150
Ayah saya juga siapkan
baju ini untuk saya.

318
00:25:27,234 --> 00:25:31,571
Awak bukan belajar di luar negara?
Awak mahir berbahasa Inggeris.

319
00:25:31,655 --> 00:25:33,156
Tentulah.

320
00:25:33,240 --> 00:25:36,826
Ayah saya uruskan kedai cucian kering di
Los Angeles selama enam, tujuh tahun.

321
00:25:41,373 --> 00:25:43,833
Dia juga pandai uruskan pakaian wanita.

322
00:25:43,917 --> 00:25:45,919
Han Seol, awak perlukan apa-apa?

323
00:25:46,253 --> 00:25:47,128
Han Seol?

324
00:26:03,770 --> 00:26:05,605
Saya akan hubungi awak.

325
00:26:06,439 --> 00:26:09,442
Tak perlulah.

326
00:26:19,411 --> 00:26:20,287
<i>Saya suka dia.</i>

327
00:26:22,205 --> 00:26:23,540
Saya suka Kim Hye-jin.

328
00:26:32,048 --> 00:26:33,341
Ini minit mesyuarat.

329
00:26:33,425 --> 00:26:38,221
Hantar fail kepada saya mulai sekarang.
Awak tak perlu terus asyik menghantarnya.

330
00:26:39,389 --> 00:26:40,640
Ya, saya faham.

331
00:26:41,516 --> 00:26:42,559
Seperkara lagi.

332
00:26:47,939 --> 00:26:49,899
- Ambillah.
- Sepuluh ribu won?

333
00:26:49,983 --> 00:26:52,569
- Mengapa awak berikannya?
- Saya dengar awak yang bayar.

334
00:26:53,278 --> 00:26:54,279
Kurier itu?

335
00:26:54,362 --> 00:26:56,781
Tak mengapa. Awak tak perlu
bayar saya semula.

336
00:26:57,657 --> 00:27:01,369
Ia tentang kerja,
mengapa awak perlu bayarnya?

337
00:27:02,662 --> 00:27:06,624
Awak mahu kita hanya
berhubungan atas dasar kerja.

338
00:27:16,176 --> 00:27:18,970
Saya tak boleh buat begini, Hye-jin.

339
00:27:23,767 --> 00:27:25,352
Saya tak boleh lakukannya.

340
00:27:25,935 --> 00:27:28,104
Saya tak boleh berkawan dengan awak

341
00:27:28,772 --> 00:27:31,066
dan ketepikan perasaan saya.

342
00:27:31,149 --> 00:27:33,026
Sebenarnya, saya tak mahu.

343
00:27:34,110 --> 00:27:36,321
Mengapa saya perlu buat begitu?
Saya tak faham.

344
00:27:47,791 --> 00:27:49,000
En. Ji, artikel ini…

345
00:27:56,841 --> 00:27:58,635
Saya perlukan pengesahan tuan.

346
00:27:59,010 --> 00:28:00,220
Baiklah.

347
00:28:37,966 --> 00:28:40,218
Terima kasih untuk
temu duga hari ini, Pengarah.

348
00:28:40,301 --> 00:28:43,847
Filem itu terima ulasan yang hebat.
Saya pasti ia akan berjaya.

349
00:28:43,930 --> 00:28:47,559
En. Kim, saya kecewa dengan awak.

350
00:28:47,642 --> 00:28:49,894
Apa? Ada sesuatu yang tak kena?

351
00:28:49,978 --> 00:28:51,980
Awak tak menyeronokkan lagi.

352
00:28:52,063 --> 00:28:53,231
Apa? Saya?

353
00:28:53,314 --> 00:28:55,984
Ya. Awak membosankan.

354
00:28:56,067 --> 00:28:58,111
Orang lain merayu untuk ditemu duga,

355
00:28:58,194 --> 00:29:01,030
tapi saya bersama awak
sebab awak menyeronokkan.

356
00:29:01,114 --> 00:29:05,869
Awak ingatkan saya tentang diri saya
dan kelihatan seperti saya.

357
00:29:05,952 --> 00:29:09,456
Namun temu duga hari ini
tak menyeronokkan langsung.

358
00:29:09,539 --> 00:29:10,457
Betulkah?

359
00:29:10,540 --> 00:29:11,499
Apa patut kita buat?

360
00:29:12,709 --> 00:29:17,046
Apa kata jika saya mulakan semula?

361
00:29:20,550 --> 00:29:22,802
Inilah En. Kim yang saya kenal.

362
00:29:22,927 --> 00:29:23,803
Betul tak?

363
00:29:23,887 --> 00:29:27,182
Saya akan tulis artikel yang hebat,
jadi jangan risau.

364
00:29:40,153 --> 00:29:41,613
Ya.

365
00:29:43,406 --> 00:29:44,949
Saya akan sampai tak lama lagi.

366
00:29:45,992 --> 00:29:47,202
Rasanya begitulah.

367
00:29:48,036 --> 00:29:48,995
Saya tahu.

368
00:29:51,039 --> 00:29:52,499
Saya juga rindukan awak.

369
00:29:54,417 --> 00:29:55,627
Hubungi saya, okey?

370
00:29:57,128 --> 00:29:58,505
Okey. Selamat tinggal.

371
00:30:02,801 --> 00:30:04,886
Mungkin dah tiba masanya untuk saya pergi.

372
00:30:11,851 --> 00:30:12,685
Awak dah tiba.

373
00:30:13,812 --> 00:30:16,689
- Awak nak pergi mana?
- Saya tak pasti. Awak?

374
00:30:17,357 --> 00:30:18,191
Ha-ri.

375
00:30:19,734 --> 00:30:20,610
Hye-jin.

376
00:30:23,655 --> 00:30:24,864
Siapa ini?

377
00:30:26,616 --> 00:30:27,951
Hei, Kim Jae-hoon.

378
00:30:28,034 --> 00:30:30,954
Saya perlu cakap dengan kawan saya.
Jadi tunggu saya di kereta.

379
00:30:31,037 --> 00:30:33,331
Nama saya Park Jae-hoon.

380
00:30:33,414 --> 00:30:35,250
Park?

381
00:30:36,084 --> 00:30:37,752
Tunggu di kereta sajalah.

382
00:30:43,174 --> 00:30:44,300
Siapa lelaki itu?

383
00:30:47,095 --> 00:30:48,263
Kenalan saya.

384
00:30:48,346 --> 00:30:51,558
Mengapa awak bersama dia
jika awak tak tahu namanya?

385
00:30:51,850 --> 00:30:53,643
Mengapa awak begitu serius?

386
00:30:54,561 --> 00:30:56,396
Awak kenal saya.

387
00:30:57,105 --> 00:30:58,690
Mari masuk. Kita perlu berbincang.

388
00:30:58,773 --> 00:31:02,193
Tak, jika awak nak berbual,
lakukannya di sini.

389
00:31:03,319 --> 00:31:05,572
- Saya ada rancangan dengan dia.
- Mari masuk.

390
00:31:05,655 --> 00:31:07,907
- Sekarang!
- Mengapa dengan awak?

391
00:31:09,409 --> 00:31:12,620
- Apa yang awak fikir awak buat?
- Saya patut tanya perkara yang sama!

392
00:31:12,704 --> 00:31:16,666
Jika awak terganggu atau alami
masa sukar, beritahulah saya!

393
00:31:16,749 --> 00:31:18,626
Berhenti berpura-pura baik.

394
00:31:18,710 --> 00:31:20,628
Mengapa awak menjerit?

395
00:31:20,712 --> 00:31:23,131
Tiada apa-apa yang mengganggu saya!

396
00:31:25,258 --> 00:31:26,801
Awak menangis.

397
00:31:29,012 --> 00:31:31,848
Saya nampak awak menangis.
Awak masih nak nafikannya?

398
00:31:34,475 --> 00:31:38,271
Ha-ri, berapa lama awak nak nafikannya?

399
00:31:39,355 --> 00:31:42,191
Mengapa awak berpura-pura
seperti tiada apa-apa?

400
00:31:43,276 --> 00:31:44,903
Jangan menderita sendirian.

401
00:31:44,986 --> 00:31:46,404
Orang yang berpura-pura…

402
00:31:49,532 --> 00:31:50,700
ialah awak.

403
00:31:52,952 --> 00:31:54,287
"Awak panggil awak kawan?"

404
00:31:54,370 --> 00:31:56,205
"Sanggup awak buat begini?"

405
00:31:56,581 --> 00:31:58,958
"Awak memang teruk.
Saya tak mahu jumpa awak lagi!"

406
00:31:59,042 --> 00:32:01,628
Lepaskan kemarahan awak!

407
00:32:05,298 --> 00:32:08,301
Baiklah! Saya marah.

408
00:32:11,095 --> 00:32:13,348
Namun bukan kerana awak dan Sung-joon.

409
00:32:15,850 --> 00:32:18,603
Sejujurnya, saya faham sebab
awak tak boleh beritahu dia.

410
00:32:18,686 --> 00:32:20,980
Saya libatkan awak
dengan perkara ini dulu,

411
00:32:21,064 --> 00:32:22,982
jadi saya juga bertanggungjawab.

412
00:32:23,066 --> 00:32:26,986
Namun apa yang buat saya marah
sekarang ialah sikap awak!

413
00:32:28,112 --> 00:32:31,658
Berhenti mengelak daripada
isu ini dan berikan alasan.

414
00:32:31,741 --> 00:32:34,285
Berhenti melarikan diri
seperti budak-budak.

415
00:32:36,663 --> 00:32:37,497
Awak tahu…

416
00:32:43,002 --> 00:32:44,587
inilah diri saya.

417
00:32:46,923 --> 00:32:48,091
Apa yang awak mahu?

418
00:32:50,551 --> 00:32:51,761
Hei, Min Ha-ri.

419
00:32:55,890 --> 00:32:56,849
Saya penat.

420
00:32:58,309 --> 00:32:59,268
Mari kita…

421
00:33:01,145 --> 00:33:02,855
tamatkan saja hubungan kita.

422
00:33:04,691 --> 00:33:05,608
Saya akan…

423
00:33:10,279 --> 00:33:11,406
pergi untuk awak.

424
00:33:16,119 --> 00:33:18,454
Tak, saya akan pergi.

425
00:33:19,956 --> 00:33:22,166
Lagipun, saya tinggal di rumah awak.

426
00:33:40,435 --> 00:33:41,644
Tak guna!

427
00:33:48,484 --> 00:33:50,862
PUSAT PERCETAKAN HYE-JIN

428
00:33:53,072 --> 00:33:54,991
Ayah, saya dah balik.

429
00:33:55,700 --> 00:33:57,702
Hei, anak ayah.

430
00:33:57,785 --> 00:33:58,995
Mengapa kamu pulang?

431
00:33:59,078 --> 00:34:00,913
Saya cuma nak bermalam di sini.

432
00:34:00,997 --> 00:34:02,874
- Bagaimana dengan Ha-ri?
- Entahlah.

433
00:34:02,957 --> 00:34:04,876
Hei, Hye-jin.

434
00:34:04,959 --> 00:34:07,295
- Bukankah dah lewat?
- Dia bermalam di sini.

435
00:34:07,378 --> 00:34:08,504
Bagaimana dengan Ha-ri?

436
00:34:09,338 --> 00:34:10,590
Jangan tanya saya.

437
00:34:17,096 --> 00:34:18,598
Apa awak buat di sini?

438
00:34:18,681 --> 00:34:21,726
- Saya akan bermalam di sini.
- Bagaimana dengan Ha-ri?

439
00:34:21,809 --> 00:34:26,022
Mengapa semua orang tanya tentang Ha-ri?
Jika ingin tahu, tanyalah dia sendiri!

440
00:34:26,105 --> 00:34:27,482
Awak nak ke mana?

441
00:34:27,565 --> 00:34:29,400
Saya nak hirup udara segar!

442
00:34:31,027 --> 00:34:33,321
Dia asyik naik angin sekarang.

443
00:34:34,363 --> 00:34:36,824
Kim Hye-rin, jangan jadi sepertinya.

444
00:34:47,919 --> 00:34:49,337
Jangan menyesal.

445
00:34:49,420 --> 00:34:51,255
Jangan fikirkan masa lalu.

446
00:34:52,381 --> 00:34:56,135
Mulai sekarang, fokus pada masa sekarang.

447
00:35:04,393 --> 00:35:07,146
PAYUNGKU

448
00:35:11,734 --> 00:35:13,986
Mari kita berjumpa.
Saya akan pergi rumah awak.

449
00:35:14,070 --> 00:35:15,279
<i>Itu awak?</i>

450
00:35:19,033 --> 00:35:21,035
Awak dah banyak berubah.

451
00:35:21,119 --> 00:35:23,246
Saya tak percaya!

452
00:35:23,329 --> 00:35:24,914
Mengapa begitu bising?

453
00:35:25,748 --> 00:35:29,335
Betulkah awak budak gemuk
yang jadi jiran kami dulu?

454
00:35:29,418 --> 00:35:31,045
Saya dah berubah, bukan?

455
00:35:31,712 --> 00:35:33,506
Kamu berdua apa khabar?

456
00:35:33,589 --> 00:35:34,924
Tentulah.

457
00:35:35,883 --> 00:35:37,969
Saya takkan cam awak di jalanan.

458
00:35:38,052 --> 00:35:39,595
Apa awak buat di sini?

459
00:35:39,679 --> 00:35:43,057
Saya jemput dia ke sini.
Dia mahu bercakap dengan awak.

460
00:35:43,141 --> 00:35:45,143
Apa? Bagaimana kamu kenal satu sama lain?

461
00:35:45,226 --> 00:35:47,854
Awak sangat tembam dulu?

462
00:35:48,729 --> 00:35:49,689
Ya.

463
00:35:50,481 --> 00:35:53,818
Saya masih ingat yang saya
selalu datang ke sini untuk makan.

464
00:35:53,901 --> 00:35:56,863
Saya seperti tinggal di rumah awak.

465
00:35:57,613 --> 00:35:58,739
Betul.

466
00:35:58,823 --> 00:36:01,868
Ketika ayah awak ada lawatan kerja,
awak selalu bermalam di sini.

467
00:36:02,994 --> 00:36:06,038
Begitu. Sekarang awak ada teman wanita?

468
00:36:06,122 --> 00:36:10,126
Mengapa ayah tanya begitu? Kami tak rapat.

469
00:36:10,209 --> 00:36:13,171
Kami ada peluang untuk bersama.

470
00:36:19,427 --> 00:36:24,599
- Awak nak minum wain quince?
- Betul. Kita masih ada wain itu.

471
00:36:24,682 --> 00:36:25,850
Biar saya ambil.

472
00:36:25,933 --> 00:36:28,019
Untuk apa? Dia tak boleh minum.

473
00:36:28,102 --> 00:36:30,021
Saya nak cuba minumnya.

474
00:36:30,104 --> 00:36:32,315
Awak akan sukakannya.

475
00:36:40,323 --> 00:36:42,617
Cubalah, menantu saya.

476
00:36:43,784 --> 00:36:46,871
- Menantu? Jangan panggil dia begitu!
- Terima kasih banyak.

477
00:36:50,166 --> 00:36:51,334
Minum.

478
00:36:51,834 --> 00:36:53,002
Minum.

479
00:36:53,085 --> 00:36:55,004
Dia tak boleh minum.

480
00:36:59,717 --> 00:37:02,595
Ia sedap. Saya boleh bau quince itu.

481
00:37:03,262 --> 00:37:04,680
Tentulah.

482
00:37:04,764 --> 00:37:08,059
Semua orang boleh minum segelas.

483
00:37:10,019 --> 00:37:11,145
Aduhai.

484
00:37:12,521 --> 00:37:13,397
Kecuali dia.

485
00:37:18,194 --> 00:37:19,195
Ha-ri.

486
00:37:25,993 --> 00:37:27,411
Kamu sihat?

487
00:37:34,835 --> 00:37:36,087
Kamu…

488
00:37:38,130 --> 00:37:40,007
tak rindukan mak?

489
00:37:44,553 --> 00:37:46,722
Ayuh kita tinggal bersama, Ha-ri.

490
00:37:48,557 --> 00:37:50,434
Kembalilah tinggal dengan mak.

491
00:38:27,346 --> 00:38:29,598
Kacaknya dia.

492
00:38:30,266 --> 00:38:33,227
Bagaimana dia boleh jadi kacak begini?

493
00:38:33,811 --> 00:38:37,815
Kening dia tebal dan
garis rahangnya terserlah.

494
00:38:37,898 --> 00:38:40,776
Saya rasa dia suka Hye-jin. Betul tak?

495
00:38:41,986 --> 00:38:43,738
Jika tak, dia takkan datang ke sini.

496
00:38:46,782 --> 00:38:49,493
Apa mak dan ayah buat di sini?

497
00:38:49,577 --> 00:38:51,620
Pergi, sekarang!

498
00:38:51,704 --> 00:38:53,122
- Okey.
- Baiklah.

499
00:38:53,205 --> 00:38:54,999
Berseronoklah.

500
00:38:55,082 --> 00:38:57,168
Apa maksud mak?

501
00:38:57,251 --> 00:38:58,294
Semoga berjaya!

502
00:39:27,656 --> 00:39:29,283
Apa saya buat di sini?

503
00:39:30,826 --> 00:39:32,161
Wain quince.

504
00:39:33,788 --> 00:39:35,081
Awak tak apa-apa?

505
00:39:38,501 --> 00:39:40,878
Saya tak tenang disebabkan awak.

506
00:39:42,254 --> 00:39:43,547
Mari kita bercakap di luar.

507
00:39:43,631 --> 00:39:45,299
Sebab itulah saya datang.

508
00:39:49,678 --> 00:39:51,555
Awak tak nak beritahu saya?

509
00:39:55,184 --> 00:39:59,772
Jika tak, ia akan buat
saya rasa lebih dungu.

510
00:40:01,982 --> 00:40:05,069
Saya sangka ia mungkin disebabkan En. Kim,

511
00:40:06,112 --> 00:40:08,989
tapi saya yakin awak sukakan saya.

512
00:40:10,282 --> 00:40:14,370
Saya tak nak buat andaian
sembarangan, Hye-jin.

513
00:40:21,377 --> 00:40:22,211
Sung-joon,

514
00:40:22,878 --> 00:40:24,672
awak mungkin fikir

515
00:40:24,755 --> 00:40:29,260
saya istimewa sebab
saya cinta pertama awak.

516
00:40:31,971 --> 00:40:34,056
Itulah cinta pertama.

517
00:40:35,307 --> 00:40:40,604
Perkara kecil kelihatan lebih cantik,
segalanya lebih baik

518
00:40:41,564 --> 00:40:43,691
dan memorinya lebih indah.

519
00:40:45,317 --> 00:40:48,237
Namun itu hanya kenangan
zaman kanak-kanak.

520
00:40:49,071 --> 00:40:50,364
Jadi saya rasa awak patut…

521
00:40:50,448 --> 00:40:55,035
Pada masa itu, awak ada untuk saya
apabila ibu saya tiada

522
00:40:55,119 --> 00:40:56,912
dan awak satu-satunya kawan saya.

523
00:40:56,996 --> 00:40:58,706
Sebab itulah ia istimewa.

524
00:40:58,789 --> 00:41:02,293
Namun saya tak peduli tentangnya.

525
00:41:02,376 --> 00:41:05,629
Saya sukakan awak sekarang.

526
00:41:07,631 --> 00:41:10,301
Walaupun awak bukan Hye-jin
yang saya kenali

527
00:41:10,885 --> 00:41:13,512
dan walaupun kita bertemu lagi
sebagai orang asing,

528
00:41:13,637 --> 00:41:16,640
saya masih akan jatuh hati pada awak.

529
00:41:16,724 --> 00:41:20,644
Saya akan tertarik dengan awak
dan akan sukakan awak.

530
00:41:22,271 --> 00:41:23,105
Hye-jin…

531
00:41:25,483 --> 00:41:29,528
boleh awak beritahu saya
apa yang berlaku sebenarnya?

532
00:41:42,625 --> 00:41:43,542
Ha-ri.

533
00:41:48,255 --> 00:41:49,131
Dia…

534
00:41:50,883 --> 00:41:52,384
sangat sukakan awak.

535
00:41:55,804 --> 00:41:58,098
Dia suka awak hingga sanggup
menderita sendirian

536
00:41:58,682 --> 00:42:02,061
dan berpura-pura jadi saya
sepanjang masa itu.

537
00:42:03,437 --> 00:42:05,022
Dia sangat sukakan awak.

538
00:42:06,982 --> 00:42:11,237
Ha-ri lebih daripada sekadar kawan saya.

539
00:42:11,320 --> 00:42:15,074
Dia sangat bermakna buat saya
sepertimana keluarga saya dan awak.

540
00:42:15,157 --> 00:42:17,368
Namun jika kita bercinta…

541
00:42:20,246 --> 00:42:21,830
Ha-ri akan terluka

542
00:42:21,914 --> 00:42:23,249
dan saya takkan rasa selesa.

543
00:42:24,833 --> 00:42:26,919
Saya tak boleh tinggalkan dia begitu saja.

544
00:42:27,002 --> 00:42:30,589
Saya tak nak dia terluka.

545
00:42:41,600 --> 00:42:42,810
Kim Hye-jin.

546
00:42:44,061 --> 00:42:45,020
Pandang saya.

547
00:42:50,901 --> 00:42:52,111
Ayuh.

548
00:42:52,194 --> 00:42:53,571
Pandang saya.

549
00:42:57,491 --> 00:42:59,535
Orang yang saya suka

550
00:43:00,369 --> 00:43:01,245
ialah awak.

551
00:43:02,997 --> 00:43:04,498
Saya suka awak dari dulu

552
00:43:05,249 --> 00:43:07,710
dan awak juga sebelum saya
sedar awak orang yang sama.

553
00:43:07,793 --> 00:43:10,421
Saya akan sentiasa sukakan awak.

554
00:43:14,758 --> 00:43:16,635
Saya takkan paksa awak.

555
00:43:16,760 --> 00:43:19,054
Saya takkan harapkan apa-apa.

556
00:43:21,807 --> 00:43:23,642
Saya cuma harap awak tak jauhkan diri.

557
00:43:24,685 --> 00:43:26,061
Itu saja yang saya inginkan.

558
00:43:38,532 --> 00:43:40,534
Ya Tuhan, Kim Hye-jin.

559
00:43:41,243 --> 00:43:42,995
Awak baik ketika kita masih kecil.

560
00:43:43,078 --> 00:43:45,122
Malah, awak lebih baik sekarang.

561
00:43:48,834 --> 00:43:51,754
Saya suka yang awak tak berubah.

562
00:44:02,931 --> 00:44:03,849
Maaf.

563
00:44:04,516 --> 00:44:05,643
Ia berhenti.

564
00:44:05,726 --> 00:44:06,560
Ya.

565
00:44:13,150 --> 00:44:15,402
Ia akan mula berputar semula.

566
00:44:20,032 --> 00:44:20,949
- Ayuh.
- Okey.

567
00:44:24,411 --> 00:44:25,537
Benarkah?

568
00:44:26,372 --> 00:44:27,331
Ya, okey.

569
00:44:28,707 --> 00:44:30,626
Saya tak percaya Kim Shin-hyuk.

570
00:44:30,709 --> 00:44:32,127
Mengapa? Apa dia buat?

571
00:44:32,211 --> 00:44:35,172
Saya cakap dengan kawan
di New Look. Dia akan ke sana!

572
00:44:35,255 --> 00:44:36,548
- Mengarut!
- Benar?

573
00:44:36,632 --> 00:44:37,883
Apa?

574
00:44:38,759 --> 00:44:40,427
Apa maksud awak?

575
00:44:40,511 --> 00:44:42,262
Dia sentiasa menerima banyak tawaran,

576
00:44:42,346 --> 00:44:44,306
tapi dia menolaknya.

577
00:44:44,390 --> 00:44:45,974
Dia tak jumpa mereka langsung.

578
00:44:46,058 --> 00:44:48,185
Namun dia jumpa
seseorang daripada New Look.

579
00:44:48,936 --> 00:44:50,020
Apa?

580
00:44:50,104 --> 00:44:51,855
Dia akan pergi kali ini?

581
00:44:51,939 --> 00:44:52,981
<i>Ke syarikat lain?</i>

582
00:44:53,899 --> 00:44:56,068
<i>Dia bukan anak pengerusi Kumpulan Jinsung?</i>

583
00:44:56,151 --> 00:44:58,028
<i>Adakah Kim Poong-ho pewarisnya?</i>

584
00:44:58,695 --> 00:45:02,408
<i>Tak, New Look mungkin tak sedar</i>
<i>yang dia anak pengerusi.</i>

585
00:45:02,491 --> 00:45:04,660
<i>Mengelirukan!</i>

586
00:45:06,412 --> 00:45:07,704
Shin-hyuk datang!

587
00:45:07,788 --> 00:45:09,706
- Shin-hyuk!
- Shin-hyuk!

588
00:45:09,790 --> 00:45:11,083
- Duduk.
- Cepat.

589
00:45:11,166 --> 00:45:12,918
- Benarkah?
- Awak pergi ke New Look?

590
00:45:13,001 --> 00:45:14,545
Awak benar-benar akan pergi?

591
00:45:14,628 --> 00:45:17,464
- Benarkah?
- Awak nak pergi?

592
00:45:17,548 --> 00:45:19,550
Mengapa khabar angin
begitu cepat tersebar?

593
00:45:19,633 --> 00:45:20,676
Apa? Ia benar!

594
00:45:20,759 --> 00:45:24,346
- Jangan pergi!
- Awak tak boleh buat begini.

595
00:45:24,430 --> 00:45:26,974
Si Gila! Sebab itukah awak merungut

596
00:45:27,057 --> 00:45:28,600
semuanya membosankan sekarang?

597
00:45:28,684 --> 00:45:30,185
Betul.

598
00:45:30,269 --> 00:45:31,937
- Benarkah?
- Ya.

599
00:45:32,020 --> 00:45:34,523
Adakah saya patut kerja
di sini lebih lama?

600
00:45:38,444 --> 00:45:40,070
Dia memang nak pergi.

601
00:45:40,279 --> 00:45:42,072
Adakah saya terlalu berkasar dengannya?

602
00:45:42,156 --> 00:45:44,491
- Tentulah tak.
- Dia memang nak pergi.

603
00:45:44,575 --> 00:45:46,869
- Telefon dan periksa semula.
- Tak mungkin.

604
00:45:46,952 --> 00:45:48,078
En. Kim!

605
00:45:49,496 --> 00:45:53,709
Awak akan bekerja di New Look?

606
00:45:53,792 --> 00:45:55,252
Tak, saya takkan ke sana.

607
00:45:55,335 --> 00:45:56,712
Baguslah.

608
00:45:58,255 --> 00:46:01,967
Jadi awak akan ke tempat lain?

609
00:46:03,051 --> 00:46:04,803
Entahlah, saya tak pasti.

610
00:46:15,355 --> 00:46:16,398
Perhatian.

611
00:46:18,942 --> 00:46:21,195
Isu terkini kita…

612
00:46:23,322 --> 00:46:26,283
habis terjual. Hasil pengiklanan
kita juga meningkat.

613
00:46:26,366 --> 00:46:28,911
Jabatan Pengurusan baru beritahu saya.

614
00:46:31,163 --> 00:46:32,748
Hebat!

615
00:46:35,584 --> 00:46:38,921
Jadi The Most dapat nombor satu?

616
00:46:39,004 --> 00:46:41,256
Tidak, tempat pertama masih New Look.

617
00:46:41,340 --> 00:46:44,843
Jadi kita masih di tempat kedua.

618
00:46:44,927 --> 00:46:47,221
Namun En. Ji mengubah segalanya.

619
00:46:47,304 --> 00:46:49,223
Kita ada kemajuan.

620
00:46:49,306 --> 00:46:51,517
- Bukankah kita patut raikannya?
- Hei.

621
00:46:51,600 --> 00:46:53,644
Mari kita raikannya dengan makan malam!

622
00:46:53,727 --> 00:46:58,524
- Makan malam!
- Makan malam!

623
00:46:58,607 --> 00:47:00,359
Syabas!

624
00:47:00,442 --> 00:47:02,027
Indah! Hebat!

625
00:47:02,110 --> 00:47:03,403
Bagus!

626
00:47:03,487 --> 00:47:04,947
Lazat!

627
00:47:05,030 --> 00:47:05,864
Okey.

628
00:47:05,989 --> 00:47:08,575
Ia perlu diraikan.

629
00:47:08,659 --> 00:47:11,870
Saya tak boleh pergi sebab
ada janji temu malam ini,

630
00:47:11,954 --> 00:47:16,708
tapi kamu boleh ambil
kad saya dan berseronok.

631
00:47:16,792 --> 00:47:19,253
Raikan parti paling hebat!

632
00:47:20,420 --> 00:47:25,259
- Kim Ra-ra!
- Kim Ra-ra!

633
00:47:25,342 --> 00:47:28,804
Okey. Awak buat saya malu.

634
00:47:28,887 --> 00:47:32,724
Apa-apa pun, saya harap isu
seterusnya akan dapat tempat pertama.

635
00:47:37,312 --> 00:47:39,773
Adakah saya dengar dengan betul?

636
00:47:39,856 --> 00:47:43,026
Bukankah dia kedengaran
seperti En. Ji tadi?

637
00:47:43,110 --> 00:47:44,361
Betul.

638
00:47:44,444 --> 00:47:48,657
Dia tak pernah cakap tentang kedudukan.

639
00:47:48,740 --> 00:47:52,202
Dia memang dah berubah.

640
00:47:57,291 --> 00:47:58,125
Lihatlah.

641
00:47:58,208 --> 00:47:59,251
Ya Tuhan.

642
00:48:00,294 --> 00:48:01,753
Awak buat semua ini?

643
00:48:01,837 --> 00:48:05,132
Saya tak nak berlagak,
tapi ia terjual laris di Jepun.

644
00:48:05,215 --> 00:48:07,384
Cha Hye-jeong!

645
00:48:07,467 --> 00:48:09,428
Hebatnya awak.

646
00:48:10,929 --> 00:48:12,097
Cantiknya.

647
00:48:14,850 --> 00:48:17,144
Saya patut hidup sendirian lebih awal.

648
00:48:18,228 --> 00:48:23,358
Saya tak dapat terima lelaki yang
saya cintai tak mencintai saya lagi,

649
00:48:24,359 --> 00:48:26,194
jadi saya hanya melarikan diri.

650
00:48:27,237 --> 00:48:29,656
Namun saya rasa Ha-ri
terganggu disebabkannya.

651
00:48:30,365 --> 00:48:34,536
Saya tak yakin untuk berbaik dengannya,

652
00:48:35,412 --> 00:48:38,373
namun saya bekerja keras
untuk memujuknya semula.

653
00:48:40,834 --> 00:48:42,669
Sekarang saya agak kuat.

654
00:48:45,255 --> 00:48:48,216
Awak akan bawa Ha-ri bersama?

655
00:48:50,218 --> 00:48:52,429
Saya nak bersama dia sekarang

656
00:48:52,846 --> 00:48:55,641
dan saya ingin tebus masa
yang saya tak dapat bersamanya.

657
00:48:56,391 --> 00:49:00,812
Namun dia tak nak dengar.

658
00:49:22,834 --> 00:49:24,002
MAK

659
00:49:24,878 --> 00:49:27,756
<i>Mak akan ke luar negara</i>
<i>dalam beberapa hari lagi.</i>

660
00:49:29,132 --> 00:49:31,677
<i>Kamu tak nak jumpa mak sebelum mak pergi?</i>

661
00:49:41,311 --> 00:49:43,522
{\an8}MAK

662
00:49:43,605 --> 00:49:44,773
{\an8}MENELEFON

663
00:49:54,908 --> 00:49:56,410
Mak masih boleh buatkan…

664
00:49:58,495 --> 00:49:59,996
bubur isi ketam?

665
00:50:50,505 --> 00:50:52,924
Saya dengar kita dapat tempat kedua lagi.

666
00:50:54,134 --> 00:50:56,344
Apa kata awak beritahu semua orang

667
00:50:56,428 --> 00:51:00,390
daripada memendamnya sendirian?

668
00:51:00,474 --> 00:51:05,353
Ia akan mengganggu mereka
dan mungkin ada yang nak pergi.

669
00:51:06,438 --> 00:51:10,609
Namun awak menanggung beban yang besar.

670
00:51:18,200 --> 00:51:21,620
Jika awak peluk saya,
saya akan rasa lebih baik.

671
00:51:24,331 --> 00:51:26,124
Besarkah permintaan saya?

672
00:51:30,587 --> 00:51:31,880
Saya cuma bergurau.

673
00:51:44,768 --> 00:51:47,813
{\an8}CARIAN: KIM SHIN-HYUK

674
00:51:49,439 --> 00:51:51,358
{\an8}VITAE KURIKULUM

675
00:51:53,109 --> 00:51:55,070
{\an8}BILIK 2024, 58-2, SINSA-DONG, GANGNAM-GU

676
00:52:06,414 --> 00:52:08,083
- Helo.
- Ya?

677
00:52:08,166 --> 00:52:10,043
- Saya nak tanya awak.
- Sudah tentu.

678
00:52:10,126 --> 00:52:13,088
Adakah Kim Shin-hyuk
tinggal di bilik 2024?

679
00:52:13,839 --> 00:52:15,882
Maaf.

680
00:52:15,966 --> 00:52:19,094
Kami tak dibenarkan untuk
dedahkan maklumat peribadi.

681
00:52:20,512 --> 00:52:22,305
- Saya faham.
- Sudah tentu.

682
00:52:39,155 --> 00:52:40,282
En. Kim.

683
00:52:47,122 --> 00:52:48,373
Awak tinggal di sana?

684
00:52:49,833 --> 00:52:50,876
Ya.

685
00:52:52,878 --> 00:52:54,421
Mengapa awak tinggal di hotel?

686
00:52:55,839 --> 00:52:58,967
Mereka sediakan makanan
dan basuh baju saya.

687
00:52:59,050 --> 00:53:00,218
Ia memudahkan.

688
00:53:00,343 --> 00:53:04,180
Saya dengar awak terima
tawaran dari New Look.

689
00:53:05,974 --> 00:53:07,183
Awak nak pergi?

690
00:53:07,267 --> 00:53:10,770
Mungkin saya akan pergi,
mungkin juga tak. Saya tak pasti.

691
00:53:11,897 --> 00:53:17,027
Saya bosan kebelakangan ini, jadi saya
mempertimbangkan pilihan baru.

692
00:53:21,656 --> 00:53:23,241
Saya akan berterus terang.

693
00:53:23,909 --> 00:53:25,911
Saya nak awak terus bekerja dengan kami.

694
00:53:27,662 --> 00:53:30,123
Boleh awak kekal di syarikat kami?

695
00:53:30,206 --> 00:53:32,459
Saya sangka awak tak suka saya.

696
00:53:37,005 --> 00:53:38,715
Saya memang tak suka awak.

697
00:53:38,798 --> 00:53:41,051
Malah, saya rasa awak menjengkelkan.

698
00:53:42,636 --> 00:53:43,595
Walau bagaimanapun…

699
00:53:45,805 --> 00:53:47,807
saya perlukan kemampuan awak.

700
00:53:47,891 --> 00:53:50,393
Awak puji sayakah?

701
00:53:50,477 --> 00:53:53,146
Jika kami tak dapat tempat pertama
untuk isu ulang tahun,

702
00:53:53,813 --> 00:53:55,690
The Most akan dibubarkan.

703
00:53:57,484 --> 00:54:00,487
- Apa maksud awak?
- Ia seperti yang awak dengar.

704
00:54:00,570 --> 00:54:02,989
Ibu pejabat dah buat keputusan,

705
00:54:03,073 --> 00:54:04,699
jadi sebab itu saya perlukan awak.

706
00:54:06,034 --> 00:54:07,619
Kami tak boleh lakukannya…

707
00:54:09,079 --> 00:54:10,163
tanpa awak.

708
00:54:11,623 --> 00:54:12,749
Mengejutkan.

709
00:54:14,918 --> 00:54:18,838
Malangnya, saya seorang
yang sukar untuk dipujuk.

710
00:54:18,922 --> 00:54:21,257
Isu ulang tahun ke-20
ialah peluang terakhir kami.

711
00:54:21,341 --> 00:54:22,509
Selepas satu lagi…

712
00:54:25,261 --> 00:54:26,513
Maksud saya,

713
00:54:27,597 --> 00:54:29,057
tolong pertimbangkannya.

714
00:54:35,105 --> 00:54:37,607
Saya akan periksa dan hubungi awak semula.

715
00:54:40,318 --> 00:54:41,695
Apa ini?

716
00:54:41,778 --> 00:54:43,613
Shin-hyuk tak datang hari ini?

717
00:54:44,531 --> 00:54:46,282
Bukankah sudah dua hari?

718
00:54:46,992 --> 00:54:49,077
Dia dah berhenti?

719
00:54:49,911 --> 00:54:51,162
Dia memang pentingkan diri.

720
00:54:51,246 --> 00:54:53,581
Dia tak habiskan tugasan terakhirnya.

721
00:54:53,665 --> 00:54:58,128
Sebenarnya, dia hantar
artikel lengkap melalui e-mel.

722
00:54:58,211 --> 00:55:00,547
Dia sudah tawar hati.

723
00:55:00,630 --> 00:55:03,883
Dia tentu akan ke New Look.

724
00:55:04,926 --> 00:55:07,971
Saya kecewa. Sanggup dia buat begitu?

725
00:55:23,194 --> 00:55:25,447
En. Kim, di mana awak?

726
00:55:25,530 --> 00:55:27,365
Tolong jangan cakap awak akan pergi.

727
00:55:27,490 --> 00:55:30,368
<i>Maaf, ini nombor Kim Hye-jin?</i>

728
00:55:32,370 --> 00:55:34,372
Ya, saya.

729
00:55:35,123 --> 00:55:36,166
<i>Apa khabar?</i>

730
00:55:36,249 --> 00:55:39,044
<i>Saya bekerja dengan Cik Min</i>
<i>dan nama saya Jung Hyun-woo.</i>

731
00:55:40,170 --> 00:55:42,380
<i>Saya tak dapat hubungi dia</i>

732
00:55:42,464 --> 00:55:45,091
<i>dan awak disenaraikan sebagai</i>
<i>nombor kenalan kecemasannya.</i>

733
00:55:55,268 --> 00:55:57,353
<i>Dia telah letak jawatan,</i>

734
00:55:57,437 --> 00:56:00,315
<i>tetapi pengurus besar ingin</i>
<i>bercakap dengannya secara peribadi.</i>

735
00:56:05,403 --> 00:56:06,404
Ha-ri!

736
00:56:11,284 --> 00:56:13,578
<i>Hye-jeong nak bawa Ha-ri bersama dia.</i>

737
00:56:24,506 --> 00:56:27,801
{\an8}PERKARA PERLU DIBUAT, HOTEL, KERETA,
KAD KREDIT, BAJU, KASUT, BEG TANGAN

738
00:56:28,384 --> 00:56:29,719
<i>Mari kita tamatkannya.</i>

739
00:56:30,678 --> 00:56:31,638
Saya akan…

740
00:56:36,309 --> 00:56:37,393
pergi untuk awak.

741
00:56:48,947 --> 00:56:52,700
Pak cik, awak nampak Ha-ri hari ini?

742
00:56:52,784 --> 00:56:54,994
Bukankah dia pergi bercuti?

743
00:56:55,078 --> 00:56:57,914
Saya nampak dia masukkan
banyak beg dalam kereta.

744
00:57:49,507 --> 00:57:51,342
Mengapa ia sangat curam?

745
00:57:57,015 --> 00:58:00,810
Ha-ri, tinggalkan saya di sini
dan hubungi mak awak.

746
00:58:00,894 --> 00:58:03,688
Lupakan saja. Saya takkan
tinggalkan awak sendirian di sini.

747
00:58:04,772 --> 00:58:05,732
Ayuh.

748
00:58:07,901 --> 00:58:09,068
Apa saya nak buat?

749
00:58:10,445 --> 00:58:12,197
Dia tentu dah pergi.

750
00:58:14,532 --> 00:58:15,658
Min Ha-ri…

751
00:58:17,368 --> 00:58:19,913
Bagaimana awak boleh
tinggalkan saya begini?

752
00:58:22,165 --> 00:58:23,666
Jika awak pergi begini…

753
00:58:25,835 --> 00:58:27,420
Jika awak pergi…

754
00:58:29,797 --> 00:58:31,883
apa saya nak buat, Ha-ri?

755
00:58:46,064 --> 00:58:48,983
<i>Ha-ri tinggalkan saya.</i>

756
00:58:54,614 --> 00:58:57,617
Terjemahan sari kata oleh Sakinah Amran

