1
00:01:14,991 --> 00:01:16,117
Saya rasa bersalah.

2
00:01:16,701 --> 00:01:18,787
Awak kehilangan banyak berat badan.

3
00:01:20,413 --> 00:01:23,083
Bagaimana awak boleh
bekerja sehingga pengsan?

4
00:01:23,583 --> 00:01:27,212
Namun, saya okey.

5
00:01:35,345 --> 00:01:36,387
Ini skaf sayakah?

6
00:01:37,305 --> 00:01:39,599
Saya nampak Puteri memakainya.

7
00:01:42,644 --> 00:01:43,978
Bila awak datang?

8
00:01:44,562 --> 00:01:46,523
Saya ke sana malam tadi…

9
00:01:48,066 --> 00:01:49,734
sebab saya mahu jumpa awak.

10
00:01:49,943 --> 00:01:52,654
Ia dah terlambat, jadi saya menahan diri.

11
00:01:55,406 --> 00:01:56,491
Namun, tidak lagi.

12
00:01:58,159 --> 00:01:59,536
Bercakap tentang perkara baik,

13
00:02:00,662 --> 00:02:03,873
perkara yang saya mahu lihat dan pegang,

14
00:02:06,543 --> 00:02:08,336
saya takkan menahan diri lagi.

15
00:02:27,438 --> 00:02:28,481
Saya rasa bahagia.

16
00:02:36,489 --> 00:02:38,616
<i>Aduhai!</i>

17
00:02:40,243 --> 00:02:41,119
Ketua penyunting!

18
00:02:42,453 --> 00:02:44,122
En. Ji?

19
00:02:45,915 --> 00:02:47,876
Sayangku!

20
00:02:48,543 --> 00:02:49,586
Aduhai!

21
00:02:50,628 --> 00:02:51,504
{\an8}Awak datang.

22
00:02:52,005 --> 00:02:53,339
{\an8}Aduhai!

23
00:02:53,423 --> 00:02:55,550
{\an8}Kasihan En. Ji!

24
00:02:55,633 --> 00:02:56,551
{\an8}Ya Tuhan!

25
00:02:56,634 --> 00:03:00,722
{\an8}Lihatlah apa yang terjadi kepada
kulit awak yang sempurna.

26
00:03:00,805 --> 00:03:05,018
{\an8}Awak dah hilang seri!
Awak kelihatan seperti kulit oren kering.

27
00:03:05,518 --> 00:03:09,480
Muka kecil awak semakin kecil.

28
00:03:10,106 --> 00:03:10,982
Saya okey.

29
00:03:11,065 --> 00:03:13,192
Awak langsung tak okey!

30
00:03:14,569 --> 00:03:18,489
Melihat awak begini telah
melukakan hati saya.

31
00:03:21,284 --> 00:03:22,744
Tunggu. Apa itu?

32
00:03:23,912 --> 00:03:26,372
Saya dengar sesuatu. Ia datang dari sana.

33
00:03:26,748 --> 00:03:29,417
Ada pari-pari di dalamnya?

34
00:03:29,500 --> 00:03:31,252
Adakah ia pari-pari?

35
00:03:32,921 --> 00:03:34,714
Saya yang buat bunyi itu.

36
00:03:34,797 --> 00:03:36,966
Saya jadi begini apabila menggigil.

37
00:03:37,926 --> 00:03:42,013
Ya Tuhan! Awak menggigil?
Mujurlah badan saya panas.

38
00:03:42,096 --> 00:03:43,890
Mari sini.

39
00:03:43,973 --> 00:03:47,185
Saya dah okey.
Sebenarnya, saya rasa terlalu panas.

40
00:03:47,268 --> 00:03:48,686
Pasti saya tak sihat.

41
00:03:49,103 --> 00:03:51,564
Awak panas? Awak perlu…

42
00:03:51,648 --> 00:03:54,192
- Saya okey.
- Awak perlu sejukkan badan.

43
00:03:54,275 --> 00:03:56,069
- Tidak, saya okey.
- Aduhai.

44
00:03:56,152 --> 00:03:58,029
Keadaan awak sangat teruk.

45
00:03:59,072 --> 00:04:04,577
Saya pasti awak boleh jadikan
<i>The Most </i>majalah nombor satu.

46
00:04:05,203 --> 00:04:06,663
Jangan paksa diri awak.

47
00:04:06,996 --> 00:04:09,207
Saya boleh sokong awak.

48
00:04:10,583 --> 00:04:12,627
Saya tak mahu bercakap besar,

49
00:04:13,544 --> 00:04:15,713
tapi saya ada banyak hubungan.

50
00:04:16,297 --> 00:04:22,053
Semua orang menuruti kata-kata saya.

51
00:04:27,433 --> 00:04:29,269
Terima kasih, Cik Kim.

52
00:04:29,852 --> 00:04:30,770
Sama-sama.

53
00:04:31,479 --> 00:04:36,025
Saya mahu urut awak sepanjang malam
dengan tangan saya yang menyembuh ini,

54
00:04:36,109 --> 00:04:37,652
tapi saya ada hal.

55
00:04:37,735 --> 00:04:40,113
Berehatlah.

56
00:04:41,864 --> 00:04:43,157
Okey.

57
00:04:44,993 --> 00:04:47,328
- Berehatlah.
- Selamat jalan.

58
00:04:51,165 --> 00:04:52,000
Namun…

59
00:04:53,876 --> 00:04:58,881
awak tak kelihatan bergaya
memakai gaun hospital itu.

60
00:04:59,632 --> 00:05:02,427
Semoga cepat sembuh
dan kembali kepada saya

61
00:05:02,510 --> 00:05:04,554
sebagai orang yang paling bergaya.

62
00:05:07,724 --> 00:05:08,766
Okey.

63
00:05:26,367 --> 00:05:27,285
Aduhai.

64
00:05:30,371 --> 00:05:31,247
Dia dah pergi?

65
00:05:31,831 --> 00:05:32,665
Ya.

66
00:05:33,833 --> 00:05:36,377
Kim Hye-jin, awak memang suka kabinet.

67
00:05:36,461 --> 00:05:38,880
Dulu, awak bersembunyi
di dalam kabinet saya juga.

68
00:05:39,255 --> 00:05:43,176
Jantung saya berdegup kencang.
Saya sangat gementar!

69
00:06:03,738 --> 00:06:04,655
Apa awak buat?

70
00:06:05,698 --> 00:06:08,367
Kenapa dengan mata dan bibir awak?

71
00:06:09,952 --> 00:06:11,245
Apa?

72
00:06:13,623 --> 00:06:16,209
Saya mahu minta awak pegang benda ini.

73
00:06:21,923 --> 00:06:24,842
Awak sangka saya akan cium awak lagi?

74
00:06:25,343 --> 00:06:27,804
Tidak!

75
00:06:28,763 --> 00:06:33,101
Kim Hye-jin, saya sangka awak cuma
sukakan kabinet. Awak suka dicium juga.

76
00:06:33,184 --> 00:06:34,977
Bukanlah!

77
00:06:35,812 --> 00:06:38,314
Saya tutup mata sebab…

78
00:07:00,711 --> 00:07:03,381
Aduhai. Saya terkena najis burung.

79
00:07:09,011 --> 00:07:10,221
Saya akan terlewat!

80
00:07:11,472 --> 00:07:15,017
Ha-ri, sertai kami makan malam nanti, ya?
Hari ini hari istimewa keluarga kami.

81
00:07:17,019 --> 00:07:18,771
- Ulang tahun ibu bapa awak?
- Ya.

82
00:07:19,939 --> 00:07:22,150
Rakan saya adakan
majlis perpisahan untuk saya.

83
00:07:22,233 --> 00:07:23,776
Awak tak boleh datang, ya?

84
00:07:23,860 --> 00:07:24,735
Jumpa lagi!

85
00:07:25,361 --> 00:07:27,822
Saya akan hubungi awak
jika saya tangguhkannya.

86
00:07:34,745 --> 00:07:36,122
Jackson, selamat pagi.

87
00:07:39,083 --> 00:07:40,126
Selamat pagi.

88
00:07:40,501 --> 00:07:41,377
Ya.

89
00:07:52,597 --> 00:07:54,807
Perut awak pasti berkeroncong.

90
00:07:54,891 --> 00:07:56,267
Apa?

91
00:07:56,350 --> 00:07:57,643
Bukan perut saya.

92
00:07:58,728 --> 00:07:59,979
Kenapa dengan awak?

93
00:08:05,401 --> 00:08:07,153
- Apa itu?
- Apa?

94
00:08:07,236 --> 00:08:10,531
Aduhai, awak pasti tak sihat.

95
00:08:10,615 --> 00:08:12,158
- Bukan saya.
- Yakah?

96
00:08:12,241 --> 00:08:13,493
En. Kim!

97
00:08:14,368 --> 00:08:16,913
Saya kata, itu bukan saya.

98
00:08:16,996 --> 00:08:18,831
Itu bukan saya!

99
00:08:22,960 --> 00:08:28,257
Kenapa awak buat begitu, En. Kim?
Semua orang sangka saya buang angin.

100
00:08:28,925 --> 00:08:31,969
- Ya, itulah Jackson yang saya kenal.
- Apa?

101
00:08:32,053 --> 00:08:34,430
Kita selesa di antara satu sama lain.

102
00:08:34,514 --> 00:08:36,766
Saya tak mahu keadaan
jadi janggal di antara kita.

103
00:08:36,849 --> 00:08:39,519
Jangan begitu. Ia sangat tak menarik.

104
00:08:42,772 --> 00:08:44,524
En. Kim.

105
00:08:44,607 --> 00:08:49,028
Saya tak mahu kehilangan adik seperti awak
atas sebab yang remeh.

106
00:08:49,570 --> 00:08:53,115
Bertahanlah dengan saya dan bertenang.

107
00:08:53,699 --> 00:08:54,575
Okey?

108
00:08:55,243 --> 00:08:56,285
Okey.

109
00:08:59,288 --> 00:09:01,791
Okey. Saya akan menjadi selesa.

110
00:09:02,667 --> 00:09:06,921
Apa En. Ji buat sampaikan dia
dapat gadis hebat macam awak?

111
00:09:10,466 --> 00:09:13,511
Jika awak ada masalah dengan dia,
beritahu saya.

112
00:09:13,594 --> 00:09:15,429
Abang awak akan ajar dia.

113
00:09:16,138 --> 00:09:16,973
Faham?

114
00:09:35,575 --> 00:09:36,617
Saya terjatuh.

115
00:09:42,623 --> 00:09:43,624
<i>Lif akan naik.</i>

116
00:09:55,386 --> 00:09:56,387
Terangnya.

117
00:09:57,972 --> 00:10:00,182
- Apa khabar?
- Selamat pagi.

118
00:10:00,266 --> 00:10:01,726
Selamat pagi, semua.

119
00:10:01,809 --> 00:10:04,020
Awak okey? Awak patut berehat.

120
00:10:04,854 --> 00:10:05,980
Saya rasa sihat.

121
00:10:07,648 --> 00:10:11,861
Mari jadikan hari ini hari yang hebat.
Hari yang hebat, semua!

122
00:10:15,990 --> 00:10:20,286
Saya seorang yang dengar siulannya tadi?
Dia menakutkan saya!

123
00:10:21,203 --> 00:10:25,875
Tadi, saya nampak dia terhantuk
kepalanya pada kaca dengan kuat.

124
00:10:28,377 --> 00:10:31,005
Ada sesuatu yang tak kena di sini.

125
00:10:31,839 --> 00:10:35,301
Itu tandanya dia dilamun cinta.

126
00:10:35,384 --> 00:10:40,598
- Bagaimana jenis wanita yang disukainya?
- Saya juga mahu tahu.

127
00:10:40,681 --> 00:10:42,808
Dengan siapa agaknya dia bercinta?

128
00:10:42,892 --> 00:10:44,560
Saya juga mahu tahu.

129
00:10:51,692 --> 00:10:53,069
Biar saya tolong awak.

130
00:11:04,622 --> 00:11:05,956
Awak tersenyum lagi!

131
00:11:10,795 --> 00:11:12,088
Ini surat awak.

132
00:11:12,671 --> 00:11:15,966
Jangan jadikannya begitu ketara, En. Ji.

133
00:11:16,842 --> 00:11:19,261
Apa maksud awak? Apa yang begitu ketara?

134
00:11:19,345 --> 00:11:22,139
Awak asyik tersenyum
seperti orang yang gila

135
00:11:22,223 --> 00:11:24,558
dan awak juga bersiul.

136
00:11:24,642 --> 00:11:29,021
Orang mahu tahu jika ada teman wanita
dan jenis rakan wanita kesukaan awak.

137
00:11:30,481 --> 00:11:32,358
Kenapa orang tak boleh tahu tentang kita?

138
00:11:32,441 --> 00:11:34,693
Keadaan akan menjadi kekok nanti.

139
00:11:34,777 --> 00:11:37,029
Tolonglah berkelakuan seperti biasa.

140
00:11:38,030 --> 00:11:40,241
Bagaimana kelakuan biasa saya?

141
00:11:40,324 --> 00:11:41,826
Awak pun tahu!

142
00:11:41,909 --> 00:11:45,955
Awak pusingkan jam pasir ini
sepanjang masa dan buat orang marah.

143
00:11:46,038 --> 00:11:48,958
Seperti orang gila yang biadab!

144
00:11:51,168 --> 00:11:52,086
Betul.

145
00:11:53,212 --> 00:11:58,050
Saya memang orang gila yang biadab.

146
00:11:58,717 --> 00:12:02,930
Tidak. Saya tak cakap yang awak
sering menjadi orang gila yang biadab.

147
00:12:03,013 --> 00:12:04,932
Berkelakuan seperti biasa, okey?

148
00:12:05,516 --> 00:12:09,770
Adakah awak dah pulih sepenuhnya?

149
00:12:10,312 --> 00:12:11,313
Lihatlah sendiri.

150
00:12:12,565 --> 00:12:15,860
Jaga kesihatan. Jangan minum kopi
terlalu banyak. Mulai sekarang,

151
00:12:15,943 --> 00:12:18,779
awak hanya boleh minum
tiga cawan kopi sehari. Minta diri.

152
00:12:21,740 --> 00:12:22,908
Jangan sampai orang tahu.

153
00:12:24,702 --> 00:12:25,953
Kurangkan minum kopi.

154
00:12:27,413 --> 00:12:29,915
Jangan buka bidai. Nanti orang tahu.

155
00:12:38,966 --> 00:12:39,842
Comelnya dia.

156
00:12:51,979 --> 00:12:53,731
Saya boleh minum secawan kopi lagi.

157
00:12:57,109 --> 00:13:00,446
Kita patut buat artikel
tentang studio pereka fesyen

158
00:13:00,529 --> 00:13:02,239
yang menyertai koleksi Seoul.

159
00:13:03,324 --> 00:13:05,075
- Apa pendapat kamu?
- Idea yang bagus.

160
00:13:05,159 --> 00:13:09,747
Saya akan pisahkan mereka mengikut pereka
fesyen dan cari konsep yang lebih menarik.

161
00:13:09,830 --> 00:13:12,791
Cik Cha, awak uruskan susunannya.

162
00:13:12,875 --> 00:13:14,168
Ya, encik.

163
00:13:14,251 --> 00:13:18,088
<i>Bagaimana budak pendiam ini boleh</i>
<i>bercakap depan orang ramai sebagus ini?</i>

164
00:13:18,172 --> 00:13:19,673
<i>Dia sentiasa mengagumkan saya.</i>

165
00:13:26,972 --> 00:13:28,933
Seterusnya, pasukan artikel.

166
00:13:34,522 --> 00:13:35,689
Apa yang awak buat?

167
00:13:36,815 --> 00:13:38,859
Kenapa awak mengekek?

168
00:13:40,819 --> 00:13:43,614
Maaf.

169
00:13:44,782 --> 00:13:47,076
Tolong fokus semasa mesyuarat.

170
00:13:47,159 --> 00:13:48,410
Awak mengganggu kami.

171
00:13:49,787 --> 00:13:51,497
Mesyuarat kita tamat

172
00:13:52,206 --> 00:13:54,166
- Syabas, semua!
- Syabas.

173
00:13:57,294 --> 00:14:00,130
- Hye-jin, awak bercinta dengan seseorang?
- Apa?

174
00:14:00,881 --> 00:14:02,675
Adakah awak dilamun cinta?

175
00:14:02,758 --> 00:14:04,426
- Ia sangat ketara.
- Apa?

176
00:14:04,510 --> 00:14:07,388
- Apa maksud awak?
- Awak berkelakuan mencurigakan.

177
00:14:10,307 --> 00:14:13,561
Aduhai. Awak mengecewakan saya, Jackson.

178
00:14:14,270 --> 00:14:15,479
Sudahlah!

179
00:14:16,772 --> 00:14:19,692
Awak kelihatan seperti
bercinta dengan seseorang.

180
00:14:19,775 --> 00:14:22,027
Awak gembira, saya pula sengsara.

181
00:14:22,820 --> 00:14:24,822
Tidak, awak salah.

182
00:14:24,905 --> 00:14:27,116
Tidak, saya betul.

183
00:14:33,789 --> 00:14:36,667
Tadi, dia yang suruh saya
jangan begitu ketara.

184
00:14:44,758 --> 00:14:48,095
Hei, saya suka cara awak berlakon tadi.

185
00:14:48,888 --> 00:14:49,722
Berlakon?

186
00:14:51,891 --> 00:14:52,850
Apa maksud awak?

187
00:14:53,601 --> 00:14:58,397
Awak marah saya agar ia tak begitu ketara.

188
00:14:59,356 --> 00:15:02,818
Itu bukan lakonan.
Saya memang mahu tegur awak tadi.

189
00:15:05,821 --> 00:15:08,616
Jadi, awak marah saya?

190
00:15:10,993 --> 00:15:12,202
Awak berasa marah?

191
00:15:12,286 --> 00:15:14,997
Saya memang serius dalam hal kerja.

192
00:15:15,080 --> 00:15:17,875
Saya tak marah. Kerja tetap kerja!

193
00:15:20,252 --> 00:15:22,212
Namun…

194
00:15:23,172 --> 00:15:24,131
Tak mengapa.

195
00:15:25,257 --> 00:15:27,760
Adakah itu gaya orang Amerika?

196
00:15:33,515 --> 00:15:34,516
Comelnya dia!

197
00:15:40,189 --> 00:15:42,483
Watak Ten ini memang dahsyat!

198
00:15:42,566 --> 00:15:45,069
Seronok betul baca buku ini.

199
00:15:46,236 --> 00:15:48,155
Poong-ho, boleh saya pinjam buku itu?

200
00:15:48,238 --> 00:15:50,407
- Saya juga.
- Tunggu saya habis membacanya.

201
00:15:50,491 --> 00:15:55,245
Jun-u, awak kata Ten ialah
wanita Korea berusia 40-an?

202
00:15:55,329 --> 00:15:57,998
- Ya.
- Saya rasa awak betul.

203
00:15:58,123 --> 00:16:00,376
Saya yakin!

204
00:16:00,459 --> 00:16:03,212
Latar belakang cerita ini ialah Korea.

205
00:16:03,295 --> 00:16:04,546
Yakah?

206
00:16:04,630 --> 00:16:06,548
Adakah pengarah <i>The Avengers</i> orang Korea

207
00:16:06,632 --> 00:16:08,676
hanya sebab penggambaran
filem itu di Korea?

208
00:16:08,759 --> 00:16:13,639
Jika dia bukan orang Korea,
dia tak boleh fikirkan idea menarik ini!

209
00:16:13,722 --> 00:16:15,349
Faham?

210
00:16:17,893 --> 00:16:20,813
Namun, kenapa dia panggil dirinya Ten?

211
00:16:20,896 --> 00:16:23,399
Ya. Kenapa namanya Ten?

212
00:16:24,733 --> 00:16:29,154
Mungkin sebab dia mahu bersara
selepas sepuluh novel.

213
00:16:32,491 --> 00:16:35,369
Tidak.

214
00:16:35,452 --> 00:16:39,456
Kenapa kamu fikir ia ada kaitan
dengan nombor sepuluh itu?

215
00:16:39,540 --> 00:16:40,958
Ten.

216
00:16:41,041 --> 00:16:43,043
Ten.

217
00:16:43,127 --> 00:16:45,045
Ten ada banyak makna.

218
00:16:45,170 --> 00:16:49,925
Ia bermakna "di sini"
dalam bahasa Sepanyol.

219
00:16:53,220 --> 00:16:56,140
"Ini dia." Apa maksudnya itu?

220
00:16:57,766 --> 00:17:02,521
Apa yang ia lambangkan?

221
00:17:07,693 --> 00:17:08,777
Lupakan saja.

222
00:17:14,658 --> 00:17:17,327
"Ini dia."

223
00:17:19,371 --> 00:17:23,083
Mungkin ketua penyunting tahu sesuatu?

224
00:17:31,633 --> 00:17:33,886
Ya, ini mak cik kamu.

225
00:17:33,969 --> 00:17:36,263
Jangan lupa janji temu jam lima kita.

226
00:17:36,346 --> 00:17:37,806
Jangan terlambat.

227
00:17:40,434 --> 00:17:41,477
Ya Tuhan!

228
00:17:41,560 --> 00:17:44,897
Siapa anak saudaranya yang
mahu berjumpa pada jam lima?

229
00:17:44,980 --> 00:17:46,982
Aduhai, biar betul!

230
00:17:53,113 --> 00:17:54,865
Dia dah sampai!

231
00:17:54,948 --> 00:17:56,533
Ya Tuhan!

232
00:17:56,617 --> 00:17:58,452
Ya Tuhan!

233
00:18:01,246 --> 00:18:03,624
Tunggu, di mana anak saudaranya?

234
00:18:10,672 --> 00:18:11,632
Alamak.

235
00:18:13,884 --> 00:18:15,135
- Hei, Han Seol!
- Ya?

236
00:18:15,260 --> 00:18:16,261
Tak guna.

237
00:18:17,221 --> 00:18:19,598
Saya suruh awak aturkan solekan,
bukan main-main!

238
00:18:19,681 --> 00:18:22,309
Saya berasa dahaga.

239
00:18:22,392 --> 00:18:26,271
Cepat. En. Ji akan
menilai kerja kita hari ini.

240
00:18:26,355 --> 00:18:28,190
Biar saya tunggu lima minit lagi.

241
00:18:28,273 --> 00:18:30,567
- Lima minit lagi.
- Jangan mengarut.

242
00:18:30,651 --> 00:18:31,985
Ikut saya sekarang!

243
00:18:35,364 --> 00:18:36,281
Di sini!

244
00:18:45,874 --> 00:18:47,334
Anak saudara mak cik.

245
00:18:47,793 --> 00:18:50,504
Kenapa kamu selalu lewat sepuluh minit?

246
00:18:53,507 --> 00:18:54,341
Mari makan.

247
00:18:55,050 --> 00:18:57,344
Mak cik dengar daripada ayah kamu

248
00:18:57,427 --> 00:18:59,596
yang kamu akan menerima
jawatan Naib Presiden.

249
00:19:00,264 --> 00:19:02,808
Adakah awak akan kembali ke sini?

250
00:19:04,560 --> 00:19:05,686
Syabas.

251
00:19:12,484 --> 00:19:16,947
- Saya mahu pulang, En. Ji.
- Kenapa? Mari makan bersama-sama.

252
00:19:17,406 --> 00:19:20,576
- Saya perlu ke pusat cetakan.
- Betul.

253
00:19:21,201 --> 00:19:23,996
Adakah saya takkan
jumpa awak lagi hari ini?

254
00:19:28,834 --> 00:19:30,586
Biar betul!

255
00:19:30,669 --> 00:19:33,046
Aduhai.

256
00:19:33,130 --> 00:19:35,215
Saya akan jumpa awak esok, En. Ji.

257
00:19:35,299 --> 00:19:37,217
- Ayuh. Saya akan bawa awak ke sana.
- Apa?

258
00:19:37,301 --> 00:19:38,927
Tidak mengapa. Awak sibuk.

259
00:19:39,011 --> 00:19:43,307
Saya mahu bersama awak lebih lama.
Saya juga mahu hirup udara segar.

260
00:19:44,099 --> 00:19:45,350
- Ayuh.
- Okey.

261
00:19:51,440 --> 00:19:52,566
Masuklah.

262
00:19:53,567 --> 00:19:54,776
Awak pergi dulu.

263
00:19:57,446 --> 00:19:59,531
Adakah kita akan berpisah hari ini?

264
00:20:01,533 --> 00:20:02,576
Mengarut.

265
00:20:04,161 --> 00:20:05,621
Kenapa awak asyik cakap begitu?

266
00:20:05,704 --> 00:20:08,457
Saya sangka awak hanya perlu
lihat saya selama sepuluh saat.

267
00:20:08,540 --> 00:20:12,044
Saya menahan diri walaupun
saya mahu bersama awak lebih lama.

268
00:20:13,837 --> 00:20:15,839
Apa? Kamu berdua berpegangan tangan!

269
00:20:15,923 --> 00:20:17,966
Mereka berdua bercinta!

270
00:20:18,050 --> 00:20:20,260
- Hye-rin!
- Ayah, mereka bercinta!

271
00:20:20,344 --> 00:20:23,388
- Lihat, ayah!
- Hei, Kim Hye-rin!

272
00:20:30,854 --> 00:20:34,775
Jika saya tahu ada majlis,
saya takkan datang dengan tangan kosong.

273
00:20:34,858 --> 00:20:36,401
- Jangan risau.
- Sudahlah.

274
00:20:36,485 --> 00:20:38,570
Ahli keluarga tak perlu bawa buah tangan!

275
00:20:38,654 --> 00:20:40,822
Jangan risau. Kita keluarga.

276
00:20:40,906 --> 00:20:45,285
Kenapa cakap dia ahli keluarga?
Dia sibuk, tak perlu jemput dia masuk.

277
00:20:45,410 --> 00:20:47,996
Terima kasih sebab datang.
Mari makan malam bersama.

278
00:20:48,080 --> 00:20:49,665
Awak patut makan walaupun sibuk.

279
00:20:49,748 --> 00:20:52,584
Tak boleh. Dia sangat sibuk!

280
00:20:52,668 --> 00:20:53,877
Baiklah.

281
00:20:59,299 --> 00:21:01,343
Cuba lauk ini.

282
00:21:01,426 --> 00:21:02,594
Cuba lauk ini juga.

283
00:21:02,678 --> 00:21:06,765
Bukan saya yang masak,
jadi ia sangat sedap.

284
00:21:06,848 --> 00:21:08,183
- Terima kasih.
- Sung-joon.

285
00:21:08,267 --> 00:21:10,477
Cuba daging rusuk juga.
Dagingnya sangat lembut.

286
00:21:10,560 --> 00:21:12,104
Makanlah <i>bulgogi.</i>

287
00:21:12,646 --> 00:21:14,314
Jangan lupa mengunyah.

288
00:21:14,439 --> 00:21:17,317
Jangan ganggu dia!

289
00:21:17,442 --> 00:21:18,777
- Kenapa?
- Apa masalah awak?

290
00:21:18,860 --> 00:21:19,987
Kamu cemburukah?

291
00:21:20,070 --> 00:21:21,947
Nah, cubalah daging ini.

292
00:21:22,197 --> 00:21:24,408
Lelaki perlukan daging untuk kekuatan.

293
00:21:26,285 --> 00:21:27,744
Cuba lauk ini juga.

294
00:21:31,206 --> 00:21:32,416
Makanlah.

295
00:21:32,499 --> 00:21:33,834
Lauk ini enak.

296
00:21:34,334 --> 00:21:35,961
Saya harap awak sukakannya.

297
00:21:36,670 --> 00:21:37,713
Sedap?

298
00:21:39,006 --> 00:21:40,340
Satu lagi. Buka mulut.

299
00:21:45,429 --> 00:21:47,848
Kita tak ambil gambar.

300
00:21:47,931 --> 00:21:51,268
Kami selalu ambil gambar
ulang tahun ibu bapa saya.

301
00:21:52,769 --> 00:21:53,979
Biar saya ambil gambar.

302
00:21:54,062 --> 00:21:56,732
Apa kamu cakap? Kamu patut turut serta.

303
00:21:56,815 --> 00:21:59,484
- Mari sini.
- Kami takkan tinggalkan awak.

304
00:21:59,568 --> 00:22:03,238
Berhenti panggil dia menantu kamu!

305
00:22:03,322 --> 00:22:04,573
Siap.

306
00:22:04,656 --> 00:22:07,159
Mari sertai kami, abang ipar!
Mari ambil gambar bersama.

307
00:22:08,035 --> 00:22:10,412
- Bersama-sama.
- Ayuh.

308
00:22:27,095 --> 00:22:29,097
Maaf. Kami bazirkan banyak masa awak.

309
00:22:29,181 --> 00:22:31,558
Kenapa semua orang bereaksi berlebihan?

310
00:22:31,641 --> 00:22:35,687
Jangan minta maaf. Saya akan menyesal
jika saya tak datang hari ini.

311
00:22:37,647 --> 00:22:40,567
Masuklah. Awak patut
bersama mereka hari istimewa ini.

312
00:22:40,650 --> 00:22:43,695
Baiklah. Jangan bekerja terlalu kuat.

313
00:22:45,030 --> 00:22:45,864
Jumpa esok.

314
00:22:48,617 --> 00:22:49,993
- Hye-jin.
- Ya?

315
00:22:56,333 --> 00:23:00,045
- Saya akan hubungi awak.
- Okey. Hati-hati memandu.

316
00:23:03,090 --> 00:23:05,550
- Jumpa lagi.
- Jumpa lagi!

317
00:23:23,777 --> 00:23:26,404
Awak ke sini bersama Hye-jin?

318
00:23:27,322 --> 00:23:28,156
Ya.

319
00:23:31,118 --> 00:23:32,494
Masuklah.

320
00:23:33,703 --> 00:23:34,538
Okey.

321
00:23:40,127 --> 00:23:41,128
Boleh…

322
00:23:44,965 --> 00:23:46,424
Boleh kita bercakap sebentar?

323
00:23:48,009 --> 00:23:51,888
Itulah yang saya mahu kata.

324
00:23:56,101 --> 00:24:00,272
Maaf tentang tempoh hari di hotel itu

325
00:24:01,690 --> 00:24:07,028
dan tentang hari-hari
seterusnya selepas itu.

326
00:24:08,989 --> 00:24:11,825
Saya mahu jumpa awak dan minta maaf.

327
00:24:14,578 --> 00:24:19,207
Maaf sebab menipu awak.

328
00:24:21,668 --> 00:24:24,421
Maaf sebab saya
tak benarkan awak jelaskan.

329
00:24:26,339 --> 00:24:31,970
Salah saya sebab tak benarkan
awak jelaskan cerita awak.

330
00:24:33,096 --> 00:24:35,932
Tidak.

331
00:24:36,892 --> 00:24:39,853
Saya tahu awak sangka saya ialah Hye-jin,

332
00:24:41,229 --> 00:24:45,442
tapi awak bantu saya
semasa saya ditimpa masalah.

333
00:24:47,986 --> 00:24:48,904
Terima kasih.

334
00:24:51,489 --> 00:24:53,200
Sekali lagi,…

335
00:24:55,202 --> 00:24:56,411
saya minta maaf.

336
00:25:03,835 --> 00:25:07,255
Pasti awak ke sini untuk
ucapkan tahniah. Masuklah.

337
00:25:07,839 --> 00:25:08,715
Ya.

338
00:25:18,141 --> 00:25:19,017
Jumpa lagi.

339
00:25:25,941 --> 00:25:26,775
Ya.

340
00:25:30,153 --> 00:25:34,574
Jika saya bertemu awak
sebagai kawan Hye-jin,

341
00:25:35,575 --> 00:25:40,538
kita mungkin akan menjadi kawan baik juga.

342
00:25:43,208 --> 00:25:44,292
Terima kasih…

343
00:25:45,669 --> 00:25:47,212
sebab cakap begitu.

344
00:25:54,386 --> 00:25:55,762
Saya pergi sekarang.

345
00:26:08,233 --> 00:26:12,112
- Awak kata ada majlis perpisahan.
- Saya tangguhkannya sehingga esok.

346
00:26:12,696 --> 00:26:15,407
Saya jumpa Ji Sung-joon
di depan rumah tadi.

347
00:26:16,324 --> 00:26:17,325
Yakah?

348
00:26:19,160 --> 00:26:20,996
Saya dapat bercakap dengannya.

349
00:26:22,872 --> 00:26:29,004
Saya tak dapat beritahu perkara sebenar
tapi saya dapat meminta maaf kepadanya.

350
00:26:50,859 --> 00:26:51,818
Ya, Sung-joon.

351
00:26:53,570 --> 00:26:56,906
Maaf, nanti saya hubungi awak semula.
Saya sedang memberus gigi.

352
00:26:57,365 --> 00:26:59,242
Teruskan. Saya akan tunggu.

353
00:27:00,327 --> 00:27:02,120
Saya patut berus gigi juga.

354
00:27:03,496 --> 00:27:07,417
Saya dengar awak dah selesaikan
masalah dengan Ha-ri. Baguslah.

355
00:27:07,876 --> 00:27:09,586
Ya. Dia masih di sana?

356
00:27:09,919 --> 00:27:11,713
Dia tak bekerja dan lapang.

357
00:27:11,796 --> 00:27:13,840
<i>Dia akan tinggal di rumah ibu bapa saya.</i>

358
00:27:13,923 --> 00:27:15,800
Kadangkala, dia seperti anak mereka.

359
00:27:21,681 --> 00:27:27,145
Awak tinggal dengan ayah dan mak cik awak
sehingga awak ke kolej.

360
00:27:30,273 --> 00:27:32,817
Pasti awak sangat rapat
dengan mak cik awak.

361
00:27:32,901 --> 00:27:35,945
Ya. Dia bagaikan mak saya.

362
00:27:39,366 --> 00:27:41,284
Wafel kacang merah.

363
00:27:45,413 --> 00:27:48,249
Hei, kelakarnya!

364
00:27:48,333 --> 00:27:49,709
Ejaan awak salah.

365
00:27:52,295 --> 00:27:54,589
"Hye-jin, semoga cepat sembuh."

366
00:27:54,672 --> 00:27:58,009
{\an8}Awak menulis "sembuh"
dengan huruf "n", bukan huruf "h".

367
00:27:59,010 --> 00:28:02,263
Saya rasa Ha-ri baru pulang.
Tunggu sebentar.

368
00:28:03,056 --> 00:28:05,517
Saya sangka awak akan bermalam di sana.

369
00:28:07,769 --> 00:28:08,645
Helo.

370
00:28:09,729 --> 00:28:13,983
- Apa? Kita baru saja bercakap di telefon.
- Tunggu.

371
00:28:14,526 --> 00:28:18,738
Dah lama saya tak nampak muka ini.
Awak sangat comel.

372
00:28:22,367 --> 00:28:23,827
Kenapa awak ke sini?

373
00:28:25,120 --> 00:28:26,413
Ambil ini.

374
00:28:27,580 --> 00:28:28,623
Apa ini?

375
00:28:29,124 --> 00:28:32,961
Awak bercakap tentang
wafel kacang merah tadi.

376
00:28:33,044 --> 00:28:34,337
Awak mengidam, bukan?

377
00:28:37,132 --> 00:28:38,508
Jumpa lagi.

378
00:28:40,093 --> 00:28:41,052
Tunggu.

379
00:28:43,638 --> 00:28:46,474
Saya juga mengidam wafel kacang merah.

380
00:28:48,768 --> 00:28:50,979
Rasanya lebih enak jika dikongsi.

381
00:28:51,813 --> 00:28:53,148
Apa jenis darah awak?

382
00:28:54,107 --> 00:28:54,983
Jenis AB.

383
00:28:56,484 --> 00:29:01,406
Sebab itulah awak
sering pergi dari A ke B.

384
00:29:01,489 --> 00:29:04,159
Saya tak berulang-alik seperti itu!

385
00:29:05,285 --> 00:29:07,036
Awak buat begitu di tempat kerja.

386
00:29:07,120 --> 00:29:09,748
- Dah habis.
- Syabas.

387
00:29:13,084 --> 00:29:16,171
Ini gambar saya semasa berusia 15 tahun.

388
00:30:01,216 --> 00:30:02,383
- Sung-joon.
- Ya?

389
00:30:04,469 --> 00:30:07,305
Apa ini? Kita di luar sepanjang malam?

390
00:30:08,097 --> 00:30:10,975
- Bila kita tertidur?
- Kita perlu pergi bekerja!

391
00:30:12,936 --> 00:30:14,187
- Jumpa lagi!
- Ya.

392
00:30:24,864 --> 00:30:26,449
Selamat pagi.

393
00:30:26,533 --> 00:30:27,742
- Helo.
- Hai!

394
00:30:27,826 --> 00:30:28,868
Helo.

395
00:30:28,952 --> 00:30:29,828
Apa khabar?

396
00:30:36,042 --> 00:30:38,837
- Selamat pagi, En. Ji.
- Selamat pagi.

397
00:30:54,435 --> 00:30:56,729
- En. Boo!
- Hye-jin.

398
00:30:56,813 --> 00:30:59,899
Hye-jin! Awak sangat menawan.

399
00:30:59,983 --> 00:31:02,110
Hye-jin, awakkah ini?

400
00:31:02,193 --> 00:31:03,278
Ya, benar!

401
00:31:03,736 --> 00:31:05,905
Ya. Hye-jin, kenapa awak ke sini?

402
00:31:05,989 --> 00:31:08,199
Saya mahu ambil barang yang kami minta

403
00:31:08,283 --> 00:31:10,994
dan saya mahu sapa pasukan pengurusan.

404
00:31:11,077 --> 00:31:15,915
Saya gembira awak datang! Awak akan
sertai kami lagi dalam tiga minggu, bukan?

405
00:31:16,708 --> 00:31:17,542
Apa?

406
00:31:20,461 --> 00:31:22,797
Tinggal tiga minggu lagi?

407
00:31:22,881 --> 00:31:26,050
Tinggal tiga minggu lagi?
Saya terasa lama!

408
00:31:26,134 --> 00:31:31,931
Lihat, saya dah tandakan kalendar
dan saya kira hari sehingga awak kembali.

409
00:31:32,724 --> 00:31:35,685
Saya tak sabar-sabar
menantikan kedatangan awak.

410
00:31:38,479 --> 00:31:41,774
Hanya tinggal tiga minggu lagi.

411
00:31:43,902 --> 00:31:44,736
Apa?

412
00:31:45,236 --> 00:31:46,863
Lihat. Saya betul!

413
00:31:47,780 --> 00:31:50,158
Ten orang Korea!

414
00:31:50,241 --> 00:31:52,535
- Apa?
- Yakah?

415
00:31:53,912 --> 00:31:55,163
- Yakah?
- Betul kata dia.

416
00:31:55,246 --> 00:31:58,416
Ia antara carian popular sekarang!

417
00:31:58,499 --> 00:32:02,253
Seseorang bertanya Ten jika
dia orang Korea di media sosial

418
00:32:02,337 --> 00:32:04,297
dan dia menulis "ya" dalam komen.

419
00:32:04,380 --> 00:32:07,926
- Ten sendiri membalas.
- Yakah?

420
00:32:08,676 --> 00:32:10,845
- Aduhai.
- Dia sangat patriotik.

421
00:32:11,679 --> 00:32:12,931
Dia seorang patriot.

422
00:32:17,977 --> 00:32:19,062
Hai.

423
00:32:20,438 --> 00:32:21,272
Tepuk tinggi.

424
00:32:22,690 --> 00:32:24,150
Tepuk tinggi.

425
00:32:24,567 --> 00:32:25,652
Terima kasih.

426
00:32:25,735 --> 00:32:27,403
Bagaimana saya boleh bantu awak?

427
00:32:27,487 --> 00:32:30,657
Saya mahu jumpa penyemak kopi,
Ji Seong-Joon.

428
00:32:40,124 --> 00:32:44,379
<i>Jika legasi The Most Korea selama</i>
<i>20 tahun musnah selama-lamanya,</i>

429
00:32:45,171 --> 00:32:47,715
<i>awak akan diingati sebagai satu kegagalan.</i>

430
00:32:48,758 --> 00:32:50,343
<i>Awak dan pasukan awak.</i>

431
00:32:51,886 --> 00:32:54,555
<i>Tiada sesiapa akan tahu</i>
<i>apa yang akan berlaku.</i>

432
00:32:59,519 --> 00:33:02,355
Saya akan hubungi awak esok.

433
00:33:02,939 --> 00:33:03,815
Sudah tentu.

434
00:33:04,732 --> 00:33:07,193
- Apa yang berlaku?
- Dia dah kembali.

435
00:33:07,860 --> 00:33:11,614
En. Ji. Apa yang berlaku?

436
00:33:11,698 --> 00:33:14,367
Tiada sesiapa dari ibu pejabat
pernah ke sini.

437
00:33:16,202 --> 00:33:17,870
Dia orang atasan saya.

438
00:33:18,705 --> 00:33:20,248
Ia cuma lawatan tak rasmi.

439
00:33:20,331 --> 00:33:21,666
Jangan risau.

440
00:33:21,749 --> 00:33:22,750
Baik, En. Ji.

441
00:33:23,376 --> 00:33:27,296
Kim Shin-ae mahu temu bual kita.
Apa yang patut saya beritahu dia?

442
00:33:27,380 --> 00:33:30,925
Kita belum pasti tentang Leonard Kim,
kita patut lupakan dia…

443
00:33:31,009 --> 00:33:32,468
Temu bual itu takkan…

444
00:33:35,596 --> 00:33:38,975
Kita tak boleh ambil alih <i>New Look</i>
dengan temu bual oleh Cik Kim.

445
00:33:39,058 --> 00:33:40,560
Cuba lengahkan masa.

446
00:33:40,643 --> 00:33:43,062
Saya akan bercakap dengan Leonard Kim.

447
00:34:03,499 --> 00:34:07,295
{\an8}<i>Dia mengugut untuk menutup kita? Aduhai.</i>

448
00:34:08,171 --> 00:34:10,548
<i>Tak mengapa. Kita hanya perlu berjaya.</i>

449
00:34:28,775 --> 00:34:32,070
Ini filem sepuluh minit Leonard Kim
semasa dia masih di sekolah.

450
00:34:32,153 --> 00:34:34,280
Kita akan bincang selepas
awak menontonnya.

451
00:34:34,739 --> 00:34:37,033
Ini salah satu
kerjanya yang tak diketahui.

452
00:34:37,116 --> 00:34:39,285
Ia akan membantu kita lebih memahami dia.

453
00:34:39,368 --> 00:34:41,329
Ia akan memudahkan awak
untuk mendekatinya.

454
00:34:44,749 --> 00:34:46,084
Terima kasih.

455
00:34:47,001 --> 00:34:51,839
Namun, apa awak mahu buat jika dia
enggan bekerjasama dengan kita?

456
00:34:52,423 --> 00:34:57,512
Ini peluang terakhir kita. Kita perlu buat
yang terbaik untuk naikkan penarafan kita.

457
00:34:58,679 --> 00:35:01,766
Saya pertaruhkan segalanya
untuk permainan ini.

458
00:35:03,017 --> 00:35:07,230
Baiklah, kita akan menang
dalam permainan ini.

459
00:35:17,073 --> 00:35:20,701
Awak cuma perlu bertindak balas
dengan laga buku lima sendiri.

460
00:35:21,869 --> 00:35:23,162
En. Kim.

461
00:35:28,042 --> 00:35:28,876
Terima kasih.

462
00:35:39,679 --> 00:35:41,472
- Cik Cha!
- Ya?

463
00:35:41,556 --> 00:35:44,851
- Ini artikel wartawan asing kita.
- Terima kasih.

464
00:35:45,351 --> 00:35:47,478
Ada apa-apa yang berguna?

465
00:35:47,562 --> 00:35:48,729
Ya.

466
00:35:49,730 --> 00:35:53,776
Cik Cha, awak ada dengar
khabar angin pelik dari ibu pejabat?

467
00:35:54,235 --> 00:35:56,863
Jika kita tak jadi majalah
nombor satu pada isu seterusnya,

468
00:35:56,946 --> 00:35:58,197
cawangan <i>The Most </i>Korea

469
00:35:59,323 --> 00:36:00,241
akan ditutup.

470
00:36:00,616 --> 00:36:01,784
Apa?

471
00:36:01,951 --> 00:36:03,369
Apa maksud awak?

472
00:36:03,452 --> 00:36:07,665
Wartawan asing kita
mahu tahu nasib mereka nanti.

473
00:36:07,748 --> 00:36:11,419
Ya Tuhan! Sebab itu
dia ke sini dari ibu pejabat?

474
00:36:11,711 --> 00:36:14,547
Mengarut, kenapa mereka
mahu tutup majalah kita?

475
00:36:14,630 --> 00:36:17,842
Tutup? Berhenti mengarut!

476
00:36:27,560 --> 00:36:29,437
Baiklah, jumpa lagi.

477
00:36:33,024 --> 00:36:35,443
En. Ji, apa yang berlaku?

478
00:36:35,526 --> 00:36:40,323
Benarkah jika kita tak jadi majalah
nombor satu, <i>The Most</i> Korea akan ditutup?

479
00:36:49,207 --> 00:36:50,041
Ya, ia benar.

480
00:36:54,253 --> 00:36:55,588
Jadi, kenapa awak tak…

481
00:36:57,131 --> 00:36:59,467
Kenapa awak rahsiakannya daripada kami?

482
00:37:00,218 --> 00:37:03,429
Saya putuskan yang
lebih baik jika kamu tak tahu.

483
00:37:06,182 --> 00:37:08,893
Awak baru bekerja
selama tiga bulan, bukan?

484
00:37:09,518 --> 00:37:12,480
Saya bekerja di <i>The Most</i> selama 13 tahun!

485
00:37:12,563 --> 00:37:15,816
Saya korbankan zaman muda saya di sini
dan sekarang kita akan ditutup.

486
00:37:15,900 --> 00:37:20,488
Awak rasa apa perasaan saya
apabila mendengarnya sekarang?

487
00:37:22,531 --> 00:37:23,366
Cik Cha.

488
00:37:23,449 --> 00:37:27,954
Jika awak hormati saya sebagai rakan
sekerja, awak takkan bertindak begini!

489
00:37:28,037 --> 00:37:30,957
Saya dah pertimbangkan
semua pekerja. Namun…

490
00:37:31,040 --> 00:37:34,085
Tidak. Awak tak pertimbangkan
kami langsung.

491
00:37:34,502 --> 00:37:37,505
Kami tak diberi peluang dan ia
berlaku tanpa pengetahuan kami.

492
00:37:37,588 --> 00:37:39,423
Kami tak diberi peluang untuk melawan!

493
00:37:46,639 --> 00:37:50,101
Keputusan awak sangat mementingkan diri.

494
00:37:55,564 --> 00:37:58,776
- Mari keluar, semua!
- Cik Cha!

495
00:38:04,407 --> 00:38:06,867
Tergamak dia buat begini kepada kita?

496
00:38:06,951 --> 00:38:10,329
Dia patut beritahu kita agar kita
boleh ambil langkah berjaga-jaga.

497
00:38:10,454 --> 00:38:13,040
Sebab itu dia sangat tegas.

498
00:38:13,666 --> 00:38:17,336
Namun, disebabkan En. Ji,
jualan kita meningkat.

499
00:38:17,461 --> 00:38:19,046
Kita cuma perlu jadi nombor satu.

500
00:38:19,964 --> 00:38:21,757
Apa kata kita cuba dulu?

501
00:38:21,841 --> 00:38:24,468
Dia sangat berbakat,
pasti dia boleh lakukannya sendiri.

502
00:38:24,969 --> 00:38:27,638
Kita hanya perlu
siapkan artikel kita, bukan?

503
00:38:27,722 --> 00:38:28,597
Ayuh, semua.

504
00:38:30,850 --> 00:38:31,892
Ya.

505
00:38:37,273 --> 00:38:38,274
Eun-yeong, ayuh.

506
00:38:41,610 --> 00:38:42,486
En. Kim…

507
00:38:55,875 --> 00:38:59,045
{\an8}NAIB KETUA PENYUNTING, JI SUNG-JOON

508
00:39:19,523 --> 00:39:20,649
Awak okey?

509
00:39:23,235 --> 00:39:24,570
Ya, Hye-jin.

510
00:39:26,238 --> 00:39:28,783
Ia berlaku secara tiba-tiba.

511
00:39:28,866 --> 00:39:30,951
Semua orang mungkin terkejut.

512
00:39:31,494 --> 00:39:32,745
Mereka akan kembali…

513
00:39:32,828 --> 00:39:34,080
Hye-jin.

514
00:39:38,125 --> 00:39:39,585
Maaf,

515
00:39:42,421 --> 00:39:44,715
tapi boleh saya

516
00:39:46,550 --> 00:39:48,094
bersendirian malam ini?

517
00:39:52,223 --> 00:39:53,265
Maaf.

518
00:39:53,849 --> 00:39:55,434
Ya, okey. Saya faham.

519
00:39:57,311 --> 00:39:59,271
Saya pergi dulu.

520
00:39:59,980 --> 00:40:01,524
Ya, maaf sekali lagi.

521
00:40:25,464 --> 00:40:27,591
Ini konsep majalah ini.

522
00:40:29,468 --> 00:40:32,888
Hala tuju tertentu akan
dibincangkan dengan Leonard Kim.

523
00:40:40,938 --> 00:40:46,110
Usul ini menunjukkan yang kami
dah bersedia untuk projek ini.

524
00:40:46,777 --> 00:40:49,530
Ya, kami boleh buat
temu bual ikut cara awak.

525
00:40:49,864 --> 00:40:52,992
Tidak, kami boleh ikut jadual awak.

526
00:40:54,243 --> 00:40:55,119
Begitu.

527
00:40:55,828 --> 00:40:58,873
Ya, saya akan menunggu panggilan awak.

528
00:41:02,042 --> 00:41:04,670
Ini Kim Shin-hyuk dari <i>The Most </i>Korea. Ya.

529
00:41:08,090 --> 00:41:09,550
Saya akan tunggu panggilan awak.

530
00:41:12,261 --> 00:41:15,264
Kamu yang minta untuk
ambil alih seluruh pasukan.

531
00:41:15,431 --> 00:41:17,099
Kemudian, kamu hancurkannya?

532
00:41:17,183 --> 00:41:18,767
Aduhai.

533
00:41:19,602 --> 00:41:23,063
Kamu sangat tak bergaya.

534
00:41:23,147 --> 00:41:24,482
Dungu.

535
00:41:25,774 --> 00:41:30,404
Tiada jawapan yang betul
dalam melindungi sesuatu.

536
00:41:31,197 --> 00:41:33,491
Mak cik faham yang ada salah faham

537
00:41:33,866 --> 00:41:36,243
dan mak cik tahu kamu berniat baik.

538
00:41:36,327 --> 00:41:40,623
Namun, kamu patut percayakan
rakan sepasukan kamu.

539
00:41:40,706 --> 00:41:47,379
Jika kamu bergantung lebih banyak pada
pasukan kamu, semua ini takkan terjadi.

540
00:41:55,804 --> 00:42:01,685
<i>Awak tak pertimbangkan kami langsung.</i>
<i>Keputusan awak mementingkan diri.</i>

541
00:42:02,269 --> 00:42:05,564
<i>Dia sangat berbakat.</i>
<i>Pasti dia boleh lakukannya sendiri.</i>

542
00:42:05,648 --> 00:42:08,901
<i>Tergamak awak buat begini kepada kami.</i>

543
00:42:09,360 --> 00:42:12,488
Kamu yang minta untuk
ambil alih seluruh pasukan.

544
00:42:12,571 --> 00:42:14,365
Kemudian, kamu hancurkannya?

545
00:42:28,212 --> 00:42:29,964
Saya mahu temani awak pulang.

546
00:42:31,048 --> 00:42:32,258
Awak masih di sini?

547
00:42:34,343 --> 00:42:38,389
Berehatlah dalam perjalanan pulang.
Biar saya memandu. Awak kelihatan penat.

548
00:42:40,849 --> 00:42:42,560
Tidak, saya okey.

549
00:42:47,439 --> 00:42:49,775
Saya takut awak akan pengsan lagi.

550
00:42:51,735 --> 00:42:54,989
Saya takkan biarkan awak
menderita sendirian lagi.

551
00:42:57,783 --> 00:43:00,619
Pasti sukar tiada orang
yang boleh diharapkan.

552
00:43:02,371 --> 00:43:05,416
Tiada sesiapa yang dapat
bantu awak selesaikan masalah ini.

553
00:43:05,499 --> 00:43:08,377
Pasti awak takut
menghadapinya seorang diri.

554
00:43:12,339 --> 00:43:15,301
Mulai sekarang,
jika ada masalah, beritahu saya.

555
00:43:15,718 --> 00:43:18,304
Jika awak mahu sakit,
sakitlah di depan saya.

556
00:43:19,346 --> 00:43:22,141
Jangan menanggung kesakitan seorang diri.

557
00:43:23,100 --> 00:43:25,769
Mari lakukan bersama-sama, okey?

558
00:43:27,438 --> 00:43:29,565
Bersama-sama, Sung-joon.

559
00:44:07,061 --> 00:44:08,187
Tidak mengapa.

560
00:44:09,772 --> 00:44:10,898
Tidak mengapa.

561
00:44:12,149 --> 00:44:14,109
Semuanya akan okey.

562
00:44:37,424 --> 00:44:38,842
Helo, Jackson.

563
00:44:38,926 --> 00:44:40,344
Helo.

564
00:44:48,143 --> 00:44:50,020
- Ya.
- Saya faham.

565
00:44:59,738 --> 00:45:03,158
Cik Cha, saya sangat rindukan awak!

566
00:45:04,785 --> 00:45:07,621
Apa yang saya cakap
tentang saya dan sentimental?

567
00:45:07,704 --> 00:45:09,289
Ya.

568
00:45:10,165 --> 00:45:13,752
- Kenapa awak kembali?
- Saya tak mahu menyesal nanti.

569
00:45:13,836 --> 00:45:18,048
Walaupun majalah ini akan ditutup,
saya mahu pergi mengikut syarat saya.

570
00:45:18,132 --> 00:45:19,091
Saya setuju.

571
00:45:19,174 --> 00:45:23,053
En. Ji tak boleh lakukannya
tanpa saya, jadi saya kembali.

572
00:45:31,228 --> 00:45:32,229
Selamat pagi.

573
00:45:32,312 --> 00:45:33,939
- Selamat pagi.
- Selamat pagi.

574
00:45:34,022 --> 00:45:36,316
Kita akan bermesyuarat 20 minit lagi.

575
00:45:36,400 --> 00:45:37,776
- Faham.
- Ya, encik.

576
00:45:37,901 --> 00:45:39,153
Ya, encik.

577
00:45:41,113 --> 00:45:43,365
Namun, semua orang dah kembali.

578
00:45:50,789 --> 00:45:52,249
Helo?

579
00:45:57,880 --> 00:45:59,506
Okey. Baiklah.

580
00:46:00,841 --> 00:46:02,009
Siapa itu?

581
00:46:02,092 --> 00:46:04,928
Leonard Kim hubungi saya semula.

582
00:46:09,183 --> 00:46:10,559
Dia setuju.

583
00:46:22,446 --> 00:46:24,448
- Yakah?
- Hebat!

584
00:46:27,159 --> 00:46:29,870
Saya fikirkan konsep artikel
semasa saya pulang.

585
00:46:29,953 --> 00:46:33,248
Saya dah sediakan 1,000 soalan temu bual.

586
00:46:33,332 --> 00:46:34,833
Mengarut! 1,000 soalan?

587
00:46:34,958 --> 00:46:36,210
Saya tak tipu.

588
00:46:36,752 --> 00:46:39,546
<i>Peraturan dalam nasib bertuah mengatakan</i>

589
00:46:39,630 --> 00:46:43,592
<i>yang bilangan nasib bertuah</i>
<i>adalah sama dengan nasib malang.</i>

590
00:46:44,426 --> 00:46:47,513
<i>Hari yang cerah menyusuli hari ribut</i>

591
00:46:47,596 --> 00:46:51,391
<i>dan kita perlu sentiasa tabah</i>
<i>dan menuju ke hadapan.</i>

592
00:46:53,852 --> 00:46:55,270
Makanlah, adik.

593
00:46:55,354 --> 00:46:56,313
Ia percuma!

594
00:46:56,855 --> 00:46:58,106
Saya tahu!

595
00:46:58,190 --> 00:46:59,775
Itu bukan niat asal saya.

596
00:46:59,858 --> 00:47:01,360
Apa niat asal awak?

597
00:47:05,531 --> 00:47:06,532
Tunggu.

598
00:47:06,615 --> 00:47:09,868
Laman web kita siarkan pratonton
temu bual Leonard Kim.

599
00:47:10,619 --> 00:47:12,496
- Biar saya lihat!
- Nah.

600
00:47:12,579 --> 00:47:15,249
PRATONTON ULANG TAHUN KE-20
TEMU BUAL DENGAN LEONARD KIM

601
00:47:15,332 --> 00:47:17,876
Lihat jumlah tontonan.

602
00:47:18,001 --> 00:47:22,005
Dia jarang membuat temu bual.
Jadi, semua orang menantikannya.

603
00:47:22,089 --> 00:47:23,757
<i>New Look </i>menaikkan penarafan kita.

604
00:47:23,840 --> 00:47:27,010
Kita dah dapat Leonard Kim,
pasti kita akan jadi nombor satu.

605
00:47:27,803 --> 00:47:33,350
Saya sangka kita takkan dapat Leonard Kim,

606
00:47:33,433 --> 00:47:35,978
tapi En. Ji berjaya lakukannya.

607
00:47:36,979 --> 00:47:39,022
Adakah semua orang terlibat?

608
00:47:39,106 --> 00:47:41,400
Bagaimana semua orang kembali bersatu?

609
00:47:43,110 --> 00:47:46,863
Saya tak pasti jika saya patut katakannya.

610
00:47:46,947 --> 00:47:52,119
Saya tahu kamu ada sebab tersendiri,
tapi situasi saya agak berbeza.

611
00:47:52,202 --> 00:47:53,745
Apa maksud awak?

612
00:47:54,496 --> 00:47:59,334
En. Ji jumpa saya saya dan
pujuk saya agar tak berhenti.

613
00:47:59,418 --> 00:48:01,086
Dia menangis sambil merayu.

614
00:48:01,169 --> 00:48:07,259
Dia menangis begitu kuat sampaikan
seluruh kejiranan saya mendengarnya.

615
00:48:09,428 --> 00:48:10,679
{\an8}Dia jumpa saya juga.

616
00:48:10,762 --> 00:48:12,472
Kejiranan saya juga.

617
00:48:12,556 --> 00:48:13,473
Saya juga.

618
00:48:14,308 --> 00:48:16,351
En. Ji jumpa setiap seorang?

619
00:48:18,145 --> 00:48:19,896
Saya sangka saya istimewa.

620
00:48:21,064 --> 00:48:22,190
Baiklah.

621
00:48:22,274 --> 00:48:27,237
Sekarang, kita dah kembali bersatu.
Ayuh sasarkan tempat pertama.

622
00:48:27,821 --> 00:48:29,156
- Ya!
- Ya!

623
00:48:30,157 --> 00:48:33,702
Mari minum ucap selamat.

624
00:48:35,120 --> 00:48:37,831
Mari minum demi
menjadi majalah paling bergaya.

625
00:48:37,914 --> 00:48:41,752
Ya, mari jadi majalah paling bergaya.
Minum, semua!

626
00:48:41,835 --> 00:48:44,880
- Minum!
- Minum!

627
00:49:03,565 --> 00:49:06,610
{\an8}<i>Saya dah agak.</i>
<i>Awak di pejabat pada hujung minggu.</i>

628
00:49:06,693 --> 00:49:08,737
{\an8}<i>Jangan berlapar semasa bekerja.</i>

629
00:49:08,820 --> 00:49:11,990
{\an8}<i>Ini gaya Leonard Kim</i>
<i>semasa dia menjadi model dulu</i>

630
00:49:12,115 --> 00:49:16,036
<i>dan pendapat saya tentang kerjanya</i>
<i>dalam filem-filem terbaru.</i>

631
00:49:16,119 --> 00:49:18,205
<i>Saya harap ia boleh membantu awak.</i>

632
00:49:29,132 --> 00:49:29,966
Kekuatan!

633
00:49:31,718 --> 00:49:32,803
Tunggu.

634
00:49:32,886 --> 00:49:33,970
Ia masih hangat.

635
00:49:42,688 --> 00:49:43,522
Hye-jin!

636
00:49:47,192 --> 00:49:50,362
Kenapa awak ke luar?
Kembali ke pejabat. Pergi!

637
00:49:51,029 --> 00:49:53,407
- Tunggu di situ sebentar.
- Apa?

638
00:49:55,826 --> 00:49:56,827
Awak sukakannya?

639
00:49:57,869 --> 00:50:00,163
Ya, saya harap awak sukakannya!

640
00:50:00,872 --> 00:50:05,669
Tidak, saya suruh awak tunggu di sana.

641
00:50:07,796 --> 00:50:09,589
Awak mahu saya tunggu di sini?

642
00:50:14,511 --> 00:50:18,765
- Kenapa awak bawa makanan itu ke sini?
- Saya tak makan sebanyak dulu.

643
00:50:19,141 --> 00:50:20,684
Mari makan bersama-sama.

644
00:50:20,767 --> 00:50:23,311
Saya buat masakan untuk makan malam juga.

645
00:50:23,395 --> 00:50:25,647
Pergi sambung kerja.
Saya tak mahu ganggu kerja.

646
00:50:25,731 --> 00:50:28,150
Mari makan bersama-sama.

647
00:50:29,234 --> 00:50:32,279
- Ayuh.
- Tunggu, ke mana kita mahu pergi?

648
00:50:33,029 --> 00:50:34,281
Berkelah!

649
00:50:35,323 --> 00:50:36,199
Hei!

650
00:50:49,254 --> 00:50:51,173
Udaranya segar.

651
00:50:52,340 --> 00:50:54,092
Saya tak patut datang.

652
00:50:54,176 --> 00:50:56,094
Saya hanya mengganggu awak.

653
00:50:56,178 --> 00:50:59,014
Saya mahu ponteng kerja
selama dua jam saja.

654
00:50:59,556 --> 00:51:00,474
Mari makan?

655
00:51:01,600 --> 00:51:02,809
Ia kelihatan enak.

656
00:51:09,608 --> 00:51:10,609
Kenapa?

657
00:51:10,692 --> 00:51:11,902
Tak sedapkah?

658
00:51:11,985 --> 00:51:13,069
Aduhai.

659
00:51:15,322 --> 00:51:17,240
Bagaimana awak jadikannya begitu sedap?

660
00:51:17,657 --> 00:51:19,451
- Apa?
- Awak gila kabinet,

661
00:51:19,743 --> 00:51:21,244
gila mencium

662
00:51:21,661 --> 00:51:23,830
dan gila memasak juga?

663
00:51:24,206 --> 00:51:25,916
Sedap betul.

664
00:51:29,085 --> 00:51:30,420
Cuba lauk ini juga.

665
00:51:31,922 --> 00:51:34,466
Lauk ini pula.
Patti labu ini sangat sedap.

666
00:51:35,425 --> 00:51:36,885
Kemudian, cuba lauk ini.

667
00:51:37,677 --> 00:51:39,012
Saya bawakan sup juga.

668
00:51:41,890 --> 00:51:43,892
- Sup apa?
- Sup rumpai laut.

669
00:51:45,685 --> 00:51:48,647
- Ia terasa seperti hari jadi saya.
- Nah.

670
00:51:51,316 --> 00:51:52,734
Sedapnya.

671
00:52:08,917 --> 00:52:11,670
Seronoknya!

672
00:52:12,921 --> 00:52:13,922
Helo!

673
00:52:19,970 --> 00:52:21,972
Kita dah lewat. Cepat.

674
00:52:22,055 --> 00:52:23,056
Maaf.

675
00:52:24,182 --> 00:52:25,976
Awak terjatuhkan selendang awak.

676
00:52:27,143 --> 00:52:29,354
- Terima kasih.
- Terima kasih banyak.

677
00:52:47,122 --> 00:52:48,206
Ke mana dia pergi?

678
00:52:52,043 --> 00:52:54,254
Tak guna, saya tak bawa telefon saya.

679
00:53:06,558 --> 00:53:07,392
Bu!

680
00:53:09,936 --> 00:53:11,021
Awak terkejut?

681
00:53:16,568 --> 00:53:17,819
Apa yang berlaku?

682
00:53:19,487 --> 00:53:21,323
Adakah awak terlalu terkejut?

683
00:53:22,073 --> 00:53:24,701
- Saya sangka awak dah pergi.
- Apa?

684
00:53:26,369 --> 00:53:28,663
Kenapa saya mahu pergi?

685
00:53:32,208 --> 00:53:36,004
Saya jumpa tempat yang cantik di sana.
Ayuh. Cepat.

686
00:54:08,828 --> 00:54:11,289
Lihat tasik berkilau itu. Cantik, bukan?

687
00:54:14,125 --> 00:54:17,379
Melihat tasik menenangkan saya.

688
00:54:37,482 --> 00:54:38,316
Sung-joon,

689
00:54:39,609 --> 00:54:41,653
kita hampir berjaya.

690
00:54:42,904 --> 00:54:45,156
Awak boleh berhenti bekerja keras.

691
00:54:46,741 --> 00:54:50,662
Bertenanglah, seperti tasik ini.

692
00:54:55,667 --> 00:54:58,211
Sejuknya di sini.
Kenapa cuaca begitu sejuk?

693
00:55:15,311 --> 00:55:16,312
Awak selesa?

694
00:55:17,022 --> 00:55:17,897
Ya.

695
00:55:20,734 --> 00:55:21,860
Hye-jin.

696
00:55:21,943 --> 00:55:22,819
Ya?

697
00:55:24,237 --> 00:55:28,450
Saya mahu beritahu awak sesuatu sekarang.

698
00:55:30,785 --> 00:55:32,078
Apa dia?

699
00:55:34,164 --> 00:55:38,084
Awak boleh fikir saya terburu-buru.

700
00:55:39,627 --> 00:55:41,671
Awak mungkin fikir saya gila.

701
00:55:43,173 --> 00:55:44,924
Awak menakutkan saya.

702
00:55:45,717 --> 00:55:46,926
Kenapa?

703
00:55:50,472 --> 00:55:53,600
Selepas kita berjaya menerbitkan
isu ulang tahun ke-20

704
00:55:53,683 --> 00:55:56,311
dan <i>The Most</i> Korea berjaya diselamatkan,

705
00:55:57,395 --> 00:55:58,980
saya akan melamar awak.

706
00:56:08,156 --> 00:56:12,744
Saya akan buat apa-apa saja untuk berjaya
dan teruskan seperti yang dirancang.

707
00:56:19,000 --> 00:56:21,961
<i>Peraturan dalam nasib bertuah mengatakan</i>

708
00:56:22,045 --> 00:56:26,841
{\an8}<i>yang bilangan nasib bertuah</i>
<i>adalah sama dengan nasib malang.</i>

709
00:56:28,176 --> 00:56:29,177
Awak sejuk?

710
00:56:33,431 --> 00:56:34,516
Pakailah hud.

711
00:56:40,939 --> 00:56:42,899
Saya harap kita berjaya…

712
00:56:46,569 --> 00:56:48,071
seperti yang awak kata.

713
00:56:50,156 --> 00:56:53,409
Saya harap awak akan berjaya

714
00:56:55,537 --> 00:56:58,540
menyelamatkan <i>The Most </i>Korea.

715
00:56:59,791 --> 00:57:01,501
Saya harap awak akan berjaya.

716
00:57:56,514 --> 00:57:59,517
Terjemahan sari kata oleh Aizat Bahri

