1
00:00:24,483 --> 00:00:30,865
FORBIDDEN MARRIAGE

2
00:00:35,035 --> 00:00:37,163
DRAMA INI REKAAN SEMATA-MATA.
NAMA DAN KANDUNGAN

3
00:00:37,246 --> 00:00:39,957
UNTUK ORANG, PERISTIWA DAN LAIN-LAIN
ADALAH TIDAK BENAR.

4
00:00:47,173 --> 00:00:48,424
Apa itu?

5
00:01:05,900 --> 00:01:06,984
Apa?

6
00:01:38,724 --> 00:01:41,143
Bertenang. Kami dari Tribunal Negara.

7
00:01:41,227 --> 00:01:43,604
Puan-puan, sila keluar.

8
00:01:43,687 --> 00:01:45,439
Sila keluar.

9
00:01:45,523 --> 00:01:47,107
Hati-hati keluar.

10
00:01:47,191 --> 00:01:49,944
Mari keluar.

11
00:01:50,611 --> 00:01:52,488
Biar kami bantu.

12
00:02:30,526 --> 00:02:33,571
Ada sesiapa yang diculik dan
dibawa ke sini hari ini?

13
00:02:39,076 --> 00:02:40,327
Hari ini?

14
00:02:41,662 --> 00:02:43,998
Oh, ada seorang wanita pelik.

15
00:02:44,373 --> 00:02:46,375
Jelas dia diculik seperti kami.

16
00:02:46,458 --> 00:02:49,753
Tapi, dia menjerit dan menawar
harga jualannya.

17
00:02:49,837 --> 00:02:52,882
Hei! Siapa kamu fikir kamu nak jual?

18
00:02:52,965 --> 00:02:55,551
Bunuh saja saya kalau kamu nak bayar
harga yang begitu rendah.

19
00:02:55,801 --> 00:02:58,345
Kamu ingat itu cukup untuk
pengebumian saya?

20
00:02:59,096 --> 00:03:00,472
Hei!

21
00:03:00,556 --> 00:03:03,642
Kenapa kamu bahagi penjualan
saya di antara kamu?

22
00:03:03,726 --> 00:03:06,186
Awak itu tebusan,
tapi kenapa bising sangat?

23
00:03:06,270 --> 00:03:08,898
Beri saya separuh. Apa kata suku?

24
00:03:12,192 --> 00:03:15,154
- Itu pasti So-rang.
- Nampaknya begitu.

25
00:03:15,237 --> 00:03:16,447
Ada wanita lain menangis

26
00:03:16,697 --> 00:03:18,616
sambil memegang dompet di sudut.

27
00:03:19,533 --> 00:03:23,954
Dia menangis teresak-esak sehingga
wanita tadi tenangkan dia.

28
00:03:24,622 --> 00:03:27,333
Tak apa, Hae-yeong.

29
00:03:27,416 --> 00:03:28,417
Tak guna!

30
00:03:31,128 --> 00:03:33,005
- Hae-yeong.
- Hae-yeong.

31
00:03:33,088 --> 00:03:35,049
Mula-mula mereka bawa
perempuan menangis itu.

32
00:03:35,549 --> 00:03:37,384
Saya tak pasti tentang wanita pelik itu.

33
00:03:39,053 --> 00:03:40,512
Baiklah.

34
00:03:41,430 --> 00:03:43,641
Iringi mereka dengan selamat
ke pejabat kerajaan.

35
00:03:43,724 --> 00:03:45,059
Baik, tuan. Sila ikut saya.

36
00:03:45,726 --> 00:03:48,854
Terima kasih.

37
00:03:59,531 --> 00:04:02,409
Saya kutip ini.
Awak suka benda begini, bukan?

38
00:04:02,493 --> 00:04:04,536
Awak kata kerikil bulat kelihatan bagus.

39
00:04:09,792 --> 00:04:12,378
Tuan, sila lihat ini.

40
00:04:12,461 --> 00:04:13,587
Apa itu?

41
00:04:13,671 --> 00:04:14,713
Saya beri Hae-yeong ini.

42
00:04:15,547 --> 00:04:17,007
Ini mesti petunjuk daripada dia.

43
00:04:27,267 --> 00:04:28,352
Hae-yeong!

44
00:04:40,030 --> 00:04:42,408
EPISOD 7

45
00:04:46,120 --> 00:04:49,081
Cahaya bulan sangat indah hari ini.

46
00:04:49,164 --> 00:04:52,126
Saya harap pengantin saya
akan sama cantik.

47
00:04:52,209 --> 00:04:54,128
Saya boleh jamin kali ini.

48
00:04:54,420 --> 00:04:56,964
Tuan pasti akan berpuas hati.

49
00:04:57,297 --> 00:04:59,383
Saya berkata begini demi awak.

50
00:04:59,466 --> 00:05:01,051
Bukan kita sudah muak dengan
satu sama lain?

51
00:05:01,135 --> 00:05:02,302
Sudah tentu.

52
00:05:02,386 --> 00:05:04,555
Tuan pasti puas hati dengan yang ini.

53
00:05:12,855 --> 00:05:15,357
Bagaimana? Cantik, bukan?

54
00:05:18,986 --> 00:05:20,154
Cantiknya.

55
00:05:26,368 --> 00:05:28,537
Amboi, banyaknya.

56
00:05:29,288 --> 00:05:31,248
Jadi, saya minta diri dahulu.

57
00:06:31,058 --> 00:06:33,852
Selamat berkenalan, pengantinku.

58
00:06:34,812 --> 00:06:36,480
Saya Um Gye-hoon.

59
00:06:38,440 --> 00:06:41,276
Oh, saya suka wanita berambut pendek.

60
00:06:46,240 --> 00:06:48,617
Awak pasti boleh memenuhi
cita rasa suami awak, bukan?

61
00:06:49,451 --> 00:06:52,412
Nasib baik ia sesuai dengan wajah awak.

62
00:06:54,248 --> 00:06:58,127
Selain rambut, saya cerewet tentang
beberapa perkara lain.

63
00:07:00,629 --> 00:07:02,131
Saya akan beritahu satu demi satu.

64
00:07:30,284 --> 00:07:31,535
Kami akan ikut sini.

65
00:07:32,536 --> 00:07:34,329
Kami akan ikut jejak satu lagi.

66
00:07:34,621 --> 00:07:35,747
Baik, tuan.

67
00:07:36,165 --> 00:07:37,291
Mari pergi.

68
00:07:42,045 --> 00:07:43,213
Ada sesiapa di rumah?

69
00:07:54,016 --> 00:07:55,392
Apa hajat kamu ke sini?

70
00:07:55,684 --> 00:07:58,520
Saya dari Tribunal Negara.
Boleh saya buat carian ringkas?

71
00:07:58,770 --> 00:08:01,023
Kami mencari seorang wanita yang diculik.

72
00:08:01,106 --> 00:08:03,692
Oh, dahsyatnya.

73
00:08:04,818 --> 00:08:06,069
Silakan.

74
00:08:08,197 --> 00:08:09,239
Sana.

75
00:09:11,343 --> 00:09:12,469
Hae-yeong

76
00:09:13,637 --> 00:09:14,638
ada di sini.

77
00:09:20,978 --> 00:09:22,396
- Hae-yeong.
- Hae-yeong.

78
00:09:22,688 --> 00:09:24,022
- Hae-yeong.
- Hae-yeong!

79
00:09:24,106 --> 00:09:26,316
Hae-yeong.

80
00:09:28,068 --> 00:09:29,278
Hae-yeong!

81
00:09:30,153 --> 00:09:31,280
Hae-yeong!

82
00:09:31,613 --> 00:09:33,699
- Hae-yeong!
- Hae-yeong!

83
00:09:33,782 --> 00:09:35,534
- Hae-yeong, bangun.
- Hae-yeong!

84
00:09:35,617 --> 00:09:37,744
Hae-yeong.

85
00:09:53,218 --> 00:09:55,679
Saya benci apabila orang

86
00:09:56,680 --> 00:09:58,265
sentuh barang saya sudah beli.

87
00:10:00,392 --> 00:10:02,352
Lepaskan dia sekarang.

88
00:10:05,480 --> 00:10:06,481
Tak guna.

89
00:11:10,087 --> 00:11:11,380
Siapa awak?

90
00:11:48,041 --> 00:11:49,793
Kamu ada cedera di mana-mana?

91
00:11:53,839 --> 00:11:57,509
Disebabkan tuan, saya terselamat.

92
00:12:22,367 --> 00:12:24,161
Bagaimana dia masih hidup?

93
00:12:24,411 --> 00:12:26,288
Bagaimana awak kenal wanita ini?

94
00:12:27,539 --> 00:12:29,207
Dia mesti dihapuskan hari ini.

95
00:12:30,375 --> 00:12:32,169
Apa kata kita bakar tempat ini?

96
00:12:32,419 --> 00:12:35,422
Kita akan tertangkap jika
kita buat sendiri.

97
00:12:35,505 --> 00:12:36,756
Awak tak tahu?

98
00:12:37,215 --> 00:12:40,844
Saya tak pernah tinggalkan
sebarang kesan bukti.

99
00:12:40,927 --> 00:12:44,598
Jika kita tak bunuh dia hari ini,
ia akan memakan kita nanti.

100
00:12:44,931 --> 00:12:46,850
Lihat gambaran yang lebih besar.

101
00:12:47,309 --> 00:12:51,146
Dengan gadis ini, kita boleh
menggoyahkan lagi Raja Lee Heon.

102
00:12:53,106 --> 00:12:57,486
Jika gadis ini menggantung dirinya
di hadapan raja…

103
00:12:57,986 --> 00:12:59,237
Siapa tahu?

104
00:12:59,613 --> 00:13:05,118
Raja mungkin turun sendiri takhta
akibat kejutan yang berulang.

105
00:13:05,202 --> 00:13:08,788
Tapi, saya hanya akan berpuas hati
jika saya lihat dia mati sekarang.

106
00:13:12,125 --> 00:13:14,711
Oh, apa kata

107
00:13:15,462 --> 00:13:19,049
kita bunuh dia sekarang dan buang
mayat dia ke dalam kamar raja?

108
00:13:19,341 --> 00:13:22,886
Supaya baginda jumpa dia mati semasa
beliau menarik selimut?

109
00:13:24,304 --> 00:13:25,931
Idea yang bernas.

110
00:13:26,723 --> 00:13:29,851
Kita akan buat dia hilang akal
dengan cara begitu.

111
00:13:31,061 --> 00:13:32,187
Tunggu sebentar.

112
00:13:32,270 --> 00:13:34,689
Saya akan panggil Na Sang-joo
untuk buat kerja kotor.

113
00:13:34,981 --> 00:13:38,818
Oh, ada perkara lain yang saya mahu
awak lakukan selepas ini.

114
00:13:39,110 --> 00:13:41,196
Tolong culik beberapa wanita lagi.

115
00:13:41,279 --> 00:13:43,657
Bukan kita selalu buat begitu?

116
00:13:43,740 --> 00:13:46,952
Bukan wanita sembarangan kali ini.

117
00:13:48,328 --> 00:13:52,040
Mereka mestilah anak perempuan
dari keluarga bangsawan.

118
00:13:56,086 --> 00:14:00,757
Awak berhasrat untuk hapuskan mereka
daripada proses pemilihan, bukan?

119
00:14:06,221 --> 00:14:08,682
Tuanku, sila lihat ini.

120
00:14:09,975 --> 00:14:11,059
Buka.

121
00:14:16,064 --> 00:14:21,987
"Tuanku"? Maksudnya
penyelamat saya adalah raja?

122
00:14:22,112 --> 00:14:24,573
Nampaknya bukan sekali dua
dia buat begini.

123
00:14:25,073 --> 00:14:26,658
Kita tak tahu di mana mangsa dia.

124
00:14:28,451 --> 00:14:31,162
Pastikan kamu siasat
jenayah dia sehingga kini.

125
00:14:31,413 --> 00:14:32,539
Menjunjung titah.

126
00:14:38,420 --> 00:14:39,588
Tak pelik?

127
00:14:39,921 --> 00:14:43,258
Organisasi penculikan ini berleluasa
mencederakan wanita.

128
00:14:43,341 --> 00:14:47,387
Tapi, biro polis tak dapat tangkap
walau seorang pun.

129
00:14:50,181 --> 00:14:51,850
- Tunggu sekejap!
- Masuk!

130
00:14:51,933 --> 00:14:53,476
Apa kesalahan saya?

131
00:14:56,438 --> 00:15:00,191
Oh? Dia lelaki itu!
Penculik yang jual saya.

132
00:15:04,195 --> 00:15:05,572
Di mana markas awak?

133
00:15:14,789 --> 00:15:16,750
Pengawal istana baru saja menyerbu masuk.

134
00:15:17,792 --> 00:15:19,336
Bagaimana mereka jumpa tempat ini?

135
00:15:20,587 --> 00:15:21,796
Sang-joo, dengar sini.

136
00:15:21,880 --> 00:15:25,467
Bunuh perempuan ini malam ini dan
buang dia ke dalam kamar Puteri Mahkota.

137
00:15:25,550 --> 00:15:26,718
Faham?

138
00:15:27,844 --> 00:15:31,056
Baik, puan. Sila keluar dari sini dahulu.

139
00:15:55,080 --> 00:15:56,081
Awak pasti di sini?

140
00:15:56,623 --> 00:15:58,917
Ini saja tempat yang saya tahu.

141
00:15:59,292 --> 00:16:00,502
Saya bercakap benar.

142
00:16:00,585 --> 00:16:02,170
Ke mana mereka pergi?

143
00:16:34,411 --> 00:16:35,662
Siapa kamu?

144
00:16:36,287 --> 00:16:37,831
Kamu tahu kalau kami beritahu?

145
00:16:37,914 --> 00:16:40,166
Kenapa tidak? Kami mungkin kenal kamu.

146
00:16:40,250 --> 00:16:42,001
Penculik dirompak oleh kami.

147
00:16:44,129 --> 00:16:48,508
Kamu perlukan kebenaran kami
untuk melalui gunung ini.

148
00:16:48,591 --> 00:16:49,801
Itu saja kamu perlu tahu.

149
00:16:51,469 --> 00:16:54,347
Tapi, kami tak boleh benarkan.

150
00:17:03,523 --> 00:17:05,358
Apa yang patut kita buat?

151
00:17:30,550 --> 00:17:33,428
Apa sedang berlaku?
Mereka nak culik saya juga?

152
00:17:36,723 --> 00:17:39,517
Pergaduhan tercetus antara dua kumpulan
di Gunung Shinwoong.

153
00:17:39,601 --> 00:17:42,437
Satu kumpulan nampaknya penculik,
tapi kumpulan satu lagi…

154
00:17:42,687 --> 00:17:44,397
Mereka pasti penyamun.

155
00:17:44,647 --> 00:17:48,526
Penyamun akan curi wanita yang diculik.

156
00:17:48,777 --> 00:17:52,071
- Apa?
- Penyamun tahu selok-belok gunung.

157
00:17:52,405 --> 00:17:55,158
Mereka lelaki menakutkan yang
boleh tangkap harimau.

158
00:17:59,454 --> 00:18:01,706
Beta janji akan kembali sebelum
matahari terbit,

159
00:18:01,790 --> 00:18:03,416
tapi nampaknya mustahil.

160
00:18:03,500 --> 00:18:05,710
- Beritahu ketua sida-sida.
- Menjunjung titah!

161
00:18:06,503 --> 00:18:09,005
Tuanku, biar kami cari So-rang.

162
00:18:09,297 --> 00:18:11,508
Kita tak tahu apa akan berlaku malam ini.

163
00:18:13,718 --> 00:18:16,221
Mari ke Gunung Shinwoong.

164
00:18:22,060 --> 00:18:25,438
Kamu perlu terus hidup. Jangan cedera.

165
00:18:26,481 --> 00:18:29,609
Beta tak akan kehilangan sesiapa
di sisi beta mulai sekarang.

166
00:18:30,610 --> 00:18:33,571
Tolonglah!

167
00:18:41,371 --> 00:18:44,791
Apa? Kamu biarkan dia dicuri?

168
00:18:44,874 --> 00:18:47,794
Saya akan pergi bersama penculik lagi.

169
00:18:47,877 --> 00:18:51,172
Saya tak peduli jika dia tiba dalam
keadaan tak bernyawa.

170
00:18:51,840 --> 00:18:55,677
Bawa gadis itu kepada saya
walau apa pun cara.

171
00:18:55,969 --> 00:18:56,970
Baik, tuan.

172
00:19:09,315 --> 00:19:11,776
Bentuk tiga kumpulan dan
geledah gunung ini.

173
00:19:12,026 --> 00:19:13,695
Kumpulan pertama yang jumpa penyamun

174
00:19:14,070 --> 00:19:15,488
perlu buat isyarat asap.

175
00:19:16,030 --> 00:19:17,699
- Pergi.
- Baik, tuan!

176
00:19:32,589 --> 00:19:34,966
Aduhai! Awak dahulu.

177
00:19:43,600 --> 00:19:44,934
Tak guna, terkejut saya.

178
00:19:58,990 --> 00:20:00,909
Kenapa dengan suasana ini?

179
00:20:01,200 --> 00:20:03,995
Jangan beritahu saya mati lagi?

180
00:20:04,203 --> 00:20:07,457
Cik tak apa-apa?

181
00:20:18,968 --> 00:20:22,221
Apa? Siapa lelaki ini?

182
00:20:24,265 --> 00:20:27,644
Aduhai.

183
00:20:27,727 --> 00:20:30,396
Hari sudah pagi.
Kenapa tuanku belum pulang?

184
00:20:30,480 --> 00:20:33,524
Awak sudah terima mesej yang
baginda tak pulang hari ini, bukan?

185
00:20:33,608 --> 00:20:35,860
Habis, bila baginda akan pulang?

186
00:20:35,944 --> 00:20:37,320
Aduhai.

187
00:20:44,410 --> 00:20:46,829
Kenapa kamu berada di sini pada awal pagi?

188
00:20:47,497 --> 00:20:49,666
Saya ingin bertanya soalan yang sama.

189
00:20:50,166 --> 00:20:53,795
Kenapa tuan berada di sini
pada waktu begini?

190
00:20:56,130 --> 00:20:59,717
Melihat ketua sida-sida dan
ketua istanawati menunggu di sini,

191
00:20:59,842 --> 00:21:02,887
bermaksud Raja Lee Heon
berada di luar istana?

192
00:21:03,221 --> 00:21:05,014
Disebabkan gadis itu.

193
00:21:06,683 --> 00:21:10,520
Saya ingin menghadap baginda.
Saya ada hal mustahak nak beritahu.

194
00:21:11,521 --> 00:21:12,939
Seawal ini?

195
00:21:15,191 --> 00:21:18,611
Baginda menghidap selesema teruk hari ini.

196
00:21:19,195 --> 00:21:22,031
Jadi, baginda tak boleh terima tetamu.

197
00:21:24,784 --> 00:21:28,496
Tabib diraja sudah merawat tuanku?

198
00:21:29,956 --> 00:21:31,207
Kami akan panggil sekarang.

199
00:21:31,290 --> 00:21:33,376
Mari pergi. Saya teman kamu ke sana.

200
00:21:41,092 --> 00:21:43,553
Yong-bae dan Gyu-bong, kamu boleh keluar.

201
00:21:46,931 --> 00:21:48,182
Jangan buat tak dengar.

202
00:21:57,608 --> 00:22:00,319
Di mana saya?

203
00:22:00,737 --> 00:22:01,988
Mari ikut saya.

204
00:22:28,848 --> 00:22:31,059
Aduhai. Bijaknya!

205
00:22:31,142 --> 00:22:32,685
Syabas.

206
00:22:37,065 --> 00:22:39,275
Tempat ini dipanggil Kampung Gongnyang.

207
00:22:39,609 --> 00:22:42,278
Saya Bal Ran-tan, ketua kampung ini.

208
00:22:43,863 --> 00:22:45,573
Bal Ran-tan?

209
00:22:47,617 --> 00:22:50,286
Kenapa saya di sini?

210
00:22:50,828 --> 00:22:53,748
Selama ini, kami telah selamatkan
wanita yang diculik

211
00:22:53,831 --> 00:22:55,833
dan melindungi mereka daripada bahaya.

212
00:22:56,250 --> 00:22:59,837
Mereka yang memilih untuk tak pulang
ke kampung halaman

213
00:22:59,921 --> 00:23:01,422
kini tinggal di kampung ini.

214
00:23:02,006 --> 00:23:04,342
Memandangkan perkahwinan
diharamkan di Joseon,

215
00:23:04,801 --> 00:23:09,430
pasangan kekasih yang melarikan diri
juga telah menetap di sini.

216
00:23:14,185 --> 00:23:16,187
Itu yut!

217
00:23:21,818 --> 00:23:25,613
- Ia sedang tidur!
- Rupanya seperti awak.

218
00:23:29,784 --> 00:23:31,786
Sebab itu ia dipenuhi perasaan cinta?

219
00:23:36,207 --> 00:23:38,417
Saya mahu tanya beberapa perkara.

220
00:23:40,586 --> 00:23:44,507
Awak ada kenalan yang ada kaitan
dengan Tribunal Negara?

221
00:23:45,133 --> 00:23:46,175
Oh, kawan baik saya

222
00:23:50,680 --> 00:23:54,100
hanya seorang bujang terlajak
yang bekerja di lombong.

223
00:23:54,225 --> 00:23:55,685
Dia tak dapat berkahwin.

224
00:23:56,435 --> 00:24:00,898
Apa pekerjaan awak di bandar?

225
00:24:04,652 --> 00:24:08,781
Adakah khabar angin tentang kehebatan saya
masih belum sampai ke sini?

226
00:24:08,865 --> 00:24:13,244
Saya So-rang, penilik keserasian
pasangan legenda!

227
00:24:15,872 --> 00:24:18,332
Awak belum pernah dengar tentang
Aedaldang di Insagol?

228
00:24:18,416 --> 00:24:21,210
Bahagian depan ialah rumah teh
yang menilik nasib

229
00:24:21,586 --> 00:24:24,630
tapi saya menilik keserasian
lelaki dan wanita muda

230
00:24:25,089 --> 00:24:29,427
dan bantu menghubungkan
ikatan terlarang di belakang.

231
00:24:29,510 --> 00:24:35,099
Aduhai! Nampaknya kita bekerja
dalam bidang yang sama.

232
00:24:38,936 --> 00:24:40,855
- Yakah?
- Ya.

233
00:24:41,522 --> 00:24:44,275
Maafkan saya kerana bertanya
soalan yang mendesak.

234
00:24:44,358 --> 00:24:49,197
Tempat ini perlu dirahsiakan sepenuhnya.

235
00:24:50,865 --> 00:24:52,533
Tak apa.

236
00:24:52,909 --> 00:24:55,870
Oh, awak sudah selamatkan
saya daripada diculik.

237
00:24:56,704 --> 00:24:58,080
Terima kasih banyak.

238
00:24:58,164 --> 00:24:59,832
Boleh saya pergi sekarang?

239
00:24:59,916 --> 00:25:02,210
Saya perlu pergi ke suatu tempat
dengan segera.

240
00:25:02,293 --> 00:25:06,672
Malangnya, sehingga kami boleh
sahkan kebolehpercayaan awak,

241
00:25:07,548 --> 00:25:09,091
awak perlu tinggal di sini.

242
00:25:09,675 --> 00:25:11,135
Tolong faham.

243
00:25:12,178 --> 00:25:16,349
Kami hanya mahu melindungi diri di negara
yang gelar kami pelanggar undang-undang.

244
00:25:36,035 --> 00:25:37,995
Sila tunggu di sini. Kami akan selesaikan.

245
00:25:58,349 --> 00:26:01,644
Maksudnya, kamu berkahwin tanpa
periksa keserasian kamu?

246
00:26:02,979 --> 00:26:04,981
Aduhai.

247
00:26:05,064 --> 00:26:07,483
Saya tahu kamu terpaksa
melangkau banyak adat.

248
00:26:07,566 --> 00:26:09,694
Tapi, itu salah!

249
00:26:12,238 --> 00:26:14,156
Baik, dengar sini.

250
00:26:14,365 --> 00:26:17,118
Kenapa kita perlu periksa keserasian kita?

251
00:26:17,201 --> 00:26:21,747
Keserasian terdiri daripada luaran,
tapi juga dalaman.

252
00:26:25,376 --> 00:26:28,546
Memandangkan kita tak boleh
periksa keserasian dalaman kita

253
00:26:28,629 --> 00:26:31,299
sebelum berkahwin,

254
00:26:31,549 --> 00:26:36,595
kita cuba ramal keserasian dalaman guna
tarikh dan masa lahir seseorang.

255
00:26:37,430 --> 00:26:39,181
Sudah faham sekarang?

256
00:26:40,391 --> 00:26:44,562
Memandangkan kamu berdua sudah tahu,
tak perlu saya sebut lagi.

257
00:26:55,197 --> 00:26:56,741
So-rang!

258
00:26:57,116 --> 00:26:58,159
Tuanku.

259
00:26:59,076 --> 00:27:00,828
Kita tak cukup orang.

260
00:27:00,911 --> 00:27:02,371
Sebaik sahaja pengawal istana…

261
00:27:03,831 --> 00:27:05,291
Tuan, tuanku!

262
00:27:08,919 --> 00:27:09,920
Tuanku?

263
00:27:10,421 --> 00:27:12,631
Berani kamu mengganggu wanita istana raja?

264
00:27:19,638 --> 00:27:22,516
Berani kamu membuli kawan baik
ketua Tribunal Negara?

265
00:27:26,020 --> 00:27:27,563
Nampaknya,

266
00:27:30,024 --> 00:27:32,443
awak memang tak boleh dipercayai.

267
00:27:49,251 --> 00:27:53,089
Istanawati Won, apa rancangan awak?

268
00:27:53,422 --> 00:27:54,924
Aduhai!

269
00:27:58,386 --> 00:28:01,347
Sila tunggu di sini dahulu.

270
00:28:04,934 --> 00:28:05,935
Aduhai.

271
00:28:14,985 --> 00:28:16,112
Istanawati Won.

272
00:28:16,445 --> 00:28:18,697
Istanawati Won!

273
00:28:20,699 --> 00:28:22,910
Apa rancangan awak?

274
00:28:28,249 --> 00:28:29,375
Aduhai.

275
00:28:34,338 --> 00:28:35,548
Kenapa awak buat begini?

276
00:28:37,925 --> 00:28:39,343
Aduh!

277
00:28:42,263 --> 00:28:44,140
Tapi ini…

278
00:28:49,895 --> 00:28:51,021
Silakan masuk.

279
00:29:02,950 --> 00:29:08,122
Tuanku, izinkan patik baca nadi tuanku.

280
00:29:14,462 --> 00:29:18,841
Tangan tuanku memang tebal selama ini?

281
00:29:19,592 --> 00:29:21,635
Baginda gering sepanjang malam.

282
00:29:22,052 --> 00:29:26,682
Eh? Tubuhnya…

283
00:29:26,765 --> 00:29:30,895
Baginda memang besar begini selama ini?

284
00:29:33,397 --> 00:29:35,983
Nampaknya seluruh tubuhnya
sudah membengkak.

285
00:29:36,859 --> 00:29:38,319
Saya tak rasa begitu.

286
00:29:38,986 --> 00:29:43,532
Tiada sesiapa jadi sebesar ini hanya
kerana mereka bengkak.

287
00:29:46,076 --> 00:29:48,245
Baginda ingin berehat sekarang.

288
00:29:48,329 --> 00:29:50,080
Sila kembali tengah hari nanti.

289
00:29:50,831 --> 00:29:52,750
Peliknya.

290
00:29:58,964 --> 00:30:00,090
So-rang.

291
00:30:01,467 --> 00:30:03,469
Kamu ada cedera?

292
00:30:03,552 --> 00:30:06,805
Itu yang patik ingin tanya, tuanku.

293
00:30:14,271 --> 00:30:18,984
Apa awak panggil dia? "Tuanku"?

294
00:30:20,611 --> 00:30:24,782
Oh, nama panggilan dia "Yang Mulia Lee."

295
00:30:25,658 --> 00:30:27,284
Oh, begitu.

296
00:30:27,368 --> 00:30:29,870
Jadi, kami boleh panggil dia
"Lee Pengacau" mulai sekarang.

297
00:30:31,372 --> 00:30:32,373
Lee Pengacau.

298
00:30:34,041 --> 00:30:37,211
Bukan keputusan saya untuk serbu mereka.

299
00:30:38,170 --> 00:30:40,923
Itu keputusan beta. Kamu tak apa-apa?

300
00:30:41,799 --> 00:30:46,303
Saya ingat dia wanita yang baik, tapi
dia panggil pengawal istana ke sini.

301
00:30:46,679 --> 00:30:48,430
- Sebenarnya, bukan saya…
- Diam!

302
00:30:49,265 --> 00:30:53,769
Saya akan tunjuk cara kami melindungi
kampung yang indah ini selama ini.

303
00:30:54,186 --> 00:30:56,522
Betul baginda keluar dari istana?

304
00:30:57,523 --> 00:31:01,777
Kucing itu pasti mengikut semasa
saya cuba menangkap tikus itu.

305
00:31:01,860 --> 00:31:03,070
Apa rancangan awak?

306
00:31:03,153 --> 00:31:07,992
Jika raja hilang, kita perlu berbincang
tentang takhta kosong itu.

307
00:31:08,284 --> 00:31:09,285
Maknanya…

308
00:31:09,368 --> 00:31:11,537
Sekurang-kurangnya kita patut

309
00:31:11,829 --> 00:31:15,416
lantik raja boneka dalam kalangan
kerabatnya di luar bandar.

310
00:31:16,584 --> 00:31:20,796
Raja Lee Heon mesti ditemui

311
00:31:21,380 --> 00:31:24,049
sebagai mayat yang tak dapat
kembali ke istana.

312
00:31:24,133 --> 00:31:26,719
Tapi, jika rancangan ini gagal,

313
00:31:26,802 --> 00:31:28,512
kita akan dihukum mengkhianat.

314
00:31:28,929 --> 00:31:31,599
Kenapa awak fikir begitu?

315
00:31:31,974 --> 00:31:36,061
Kematian yang disebabkan
oleh penyamun kecil.

316
00:31:37,187 --> 00:31:38,856
Atau mungkin

317
00:31:40,065 --> 00:31:42,735
digigit harimau sampai mati pun
bagus bunyinya.

318
00:31:44,778 --> 00:31:47,573
Berani awak tipu kami?

319
00:31:49,658 --> 00:31:50,826
Saya tak menipu.

320
00:31:53,621 --> 00:31:54,705
Saya dirasuk.

321
00:32:00,252 --> 00:32:04,965
Ada beberapa roh yang keluar masuk
dari tubuh saya…

322
00:32:07,551 --> 00:32:09,762
So-rang, kamu dirasuk lagi?

323
00:32:13,807 --> 00:32:17,227
Dia telah dirasuk. Pawang sedang dirasuk!

324
00:32:29,948 --> 00:32:31,617
Benarkah ini?

325
00:32:34,912 --> 00:32:38,207
- Aduhai, ada sesuatu.
- Aduhai.

326
00:32:48,550 --> 00:32:49,718
Pergi lihat.

327
00:33:06,860 --> 00:33:07,986
Abang?

328
00:33:12,157 --> 00:33:14,034
Itu abang rupanya.

329
00:33:14,910 --> 00:33:16,203
Ini saya, Ran-hee!

330
00:33:20,499 --> 00:33:22,334
Maafkan saya, abang.

331
00:33:23,085 --> 00:33:27,548
Mesti abang terkejut apabila
saya pergi, bukan?

332
00:33:29,550 --> 00:33:33,178
Awak kata awak adik saya Ran-hee?

333
00:33:33,470 --> 00:33:35,097
Saya telah diculik.

334
00:33:36,181 --> 00:33:38,392
Sebab itu abang banyak menangis.

335
00:33:39,768 --> 00:33:41,895
Tapi, abang tahu?

336
00:33:42,146 --> 00:33:46,150
Saya sentiasa di sisi abang
ketika abang menangis.

337
00:33:57,411 --> 00:33:59,580
Ran-hee…

338
00:34:01,290 --> 00:34:03,041
Abang patut kurangkan menangis.

339
00:34:03,625 --> 00:34:05,836
Baru saya juga akan kurang sedih.

340
00:34:08,213 --> 00:34:11,383
Abang tak pernah tahu kamu
berada di sisi abang.

341
00:34:13,302 --> 00:34:17,556
Tapi, saya tak fikir penculikan saya
ialah salah saya.

342
00:34:17,639 --> 00:34:21,143
Orang jahat yang bersalah.
Saya tak buat salah pun.

343
00:34:22,352 --> 00:34:24,938
Sudah tentu. Jangan salahkan diri kamu.

344
00:34:25,606 --> 00:34:27,858
Itu memang bukan salah kamu.

345
00:34:33,989 --> 00:34:40,662
Jadi, abang patut berhenti
salahkan diri abang.

346
00:34:42,039 --> 00:34:44,583
Abang selamatkan wanita yang diculik

347
00:34:45,918 --> 00:34:50,088
kerana abang anggap mereka sebagai saya.

348
00:34:56,762 --> 00:34:59,890
Abang satukan kekasih,

349
00:34:59,973 --> 00:35:03,435
biar mereka tinggal di sini
dan lindungi mereka.

350
00:35:04,895 --> 00:35:07,105
Disebabkan segala jasa baik abang,

351
00:35:07,439 --> 00:35:10,150
saya boleh pergi ke tempat lebih baik.

352
00:35:12,653 --> 00:35:15,614
Saya datang hari ini untuk
beritahu abang ini.

353
00:35:16,114 --> 00:35:22,454
Abanglah abang terbaik yang saya ada,
jadi berhenti rasa bersalah terhadap saya.

354
00:35:24,248 --> 00:35:25,499
Ran-hee…

355
00:35:26,542 --> 00:35:29,711
Abang sudah boleh lepaskan saya, bukan?

356
00:35:33,382 --> 00:35:36,301
Sudah tentu. Ran-hee abang…

357
00:35:39,680 --> 00:35:41,431
Kamu patut pergi ke tempat lebih baik.

358
00:35:44,017 --> 00:35:46,186
Satu lagi, mereka ini

359
00:35:46,270 --> 00:35:49,773
orang baik, jadi jangan cederakan mereka.

360
00:35:51,024 --> 00:35:54,069
Mereka pasti akan jadikan dunia ini
tempat yang lebih baik.

361
00:35:55,863 --> 00:35:56,905
Baiklah.

362
00:36:04,413 --> 00:36:07,249
Jadi, saya akan pergi sekarang.

363
00:36:08,584 --> 00:36:10,836
Jaga diri, abang.

364
00:36:36,737 --> 00:36:40,073
Mari sini.

365
00:36:41,408 --> 00:36:43,327
Ini tempat apa?

366
00:36:44,077 --> 00:36:47,039
Tempat untuk semua orang tinggal bersama

367
00:36:47,122 --> 00:36:50,459
mengetahui bahawa cinta adalah
perkara terpenting dalam hidup.

368
00:36:57,633 --> 00:36:59,593
Aduhai.

369
00:37:00,302 --> 00:37:02,054
Mari sini! Kenapa kamu menangis?

370
00:37:02,137 --> 00:37:04,097
Cepat siapkan.

371
00:37:04,222 --> 00:37:07,017
Satu, dua, tiga. Tolak satu!

372
00:37:07,100 --> 00:37:08,936
- Geon-woo menang!
- Geon-woo menang!

373
00:37:09,311 --> 00:37:11,104
Geon-woo, mesti kakak ini dungu.

374
00:37:22,407 --> 00:37:26,286
Tempat ini untuk kami menenangkan
dan menjaga satu sama lain.

375
00:37:30,999 --> 00:37:33,502
Tunduk kepada satu sama lain.

376
00:37:37,631 --> 00:37:40,175
Sekarang mereka sudah adakan
perkahwinan tak rasmi,

377
00:37:40,258 --> 00:37:44,388
saya isytiharkan pasangan ini sebagai
suami isteri selama-lamanya.

378
00:37:45,180 --> 00:37:46,181
Wah!

379
00:37:46,640 --> 00:37:49,726
Tahniah.

380
00:37:51,353 --> 00:37:53,897
Saya akan melindungi awak
sepanjang hayat kita.

381
00:38:00,070 --> 00:38:04,199
Tempat ini untuk cinta bersemi di negara
yang telah melarangnya.

382
00:38:11,248 --> 00:38:13,500
- Aduhai!
- Amboi.

383
00:38:30,517 --> 00:38:35,022
Dahulu, mereka hidup sebagai
penyamun di Gunung Shinwoong.

384
00:38:35,313 --> 00:38:37,107
Tapi, mereka telah dipengaruhi secara baik

385
00:38:37,190 --> 00:38:40,360
selepas melihat kami hidup dan
berkumpul bersama melalui cinta.

386
00:38:40,444 --> 00:38:43,321
Kini, mereka melindungi
Kampung Gongnyang kami.

387
00:38:43,572 --> 00:38:46,408
Saya faham. Mereka kelihatan
seperti orang yang baik hati.

388
00:38:48,869 --> 00:38:51,413
Begini…

389
00:38:52,330 --> 00:38:53,498
Cik Pawang.

390
00:38:53,832 --> 00:38:55,584
- Saya mahu tahu sesuatu.
- Baik.

391
00:38:55,667 --> 00:39:00,589
Kami mungkin kelihatan begini,
tapi kami tak begitu kejam.

392
00:39:00,672 --> 00:39:04,134
Selepas melihat penduduk kampung
hidup bahagia berdua-duaan,

393
00:39:04,426 --> 00:39:05,635
kami ingin berkahwin.

394
00:39:07,804 --> 00:39:10,891
Kami berharap untuk dapat
pengantin perempuan.

395
00:39:10,974 --> 00:39:14,352
Kami nak tahu bila kami
akan dapat kekasih.

396
00:39:16,354 --> 00:39:17,606
Jawapan itu

397
00:39:18,607 --> 00:39:20,150
ada pada beliau.

398
00:39:22,069 --> 00:39:23,070
Beta?

399
00:39:24,613 --> 00:39:26,156
Beta dedahkan identiti di sini?

400
00:39:26,948 --> 00:39:30,702
Kamu pernah dengar tentang
janji temu buta?

401
00:39:30,786 --> 00:39:31,995
Saya pernah dengar.

402
00:39:32,287 --> 00:39:35,665
Apa kata kita adakan janji temu buta
berkumpulan dengan wanita?

403
00:39:35,749 --> 00:39:37,209
Bagus juga!

404
00:39:37,292 --> 00:39:38,627
Janji temu berkumpulan?

405
00:39:38,710 --> 00:39:42,506
Beliau yang akan uruskan.

406
00:39:42,714 --> 00:39:44,424
Aduhai.

407
00:39:44,508 --> 00:39:45,592
Jangan terkejut.

408
00:39:46,093 --> 00:39:50,222
Wanita-wanita yang beliau akan jodohkan
dengan kamu ialah wanita istana!

409
00:39:50,305 --> 00:39:53,642
- Wah!
- Jantung saya sakit.

410
00:39:59,397 --> 00:40:02,317
Apabila bencana menimpa negara
di masa lalu,

411
00:40:02,400 --> 00:40:06,113
ia dikatakan disebabkan oleh kemarahan
wanita istana yang tak boleh berkahwin.

412
00:40:06,738 --> 00:40:10,909
Oleh itu, berpuluh-puluh wanita istana
telah dihantar dan dibenarkan berkahwin

413
00:40:10,992 --> 00:40:13,620
demi kemakmuran negara.

414
00:40:15,163 --> 00:40:16,957
Jadi, apa maksud awak?

415
00:40:17,040 --> 00:40:20,961
Apabila wanita keluar dari istana,
mereka masih akan menjadi seolo.

416
00:40:21,044 --> 00:40:24,965
Oleh itu, bukan lebih baik untuk anjurkan
janji temu berkumpulan?

417
00:40:26,550 --> 00:40:31,721
Tapi, segala-galanya bergantung
pada telangkai, Lee di sini.

418
00:40:32,180 --> 00:40:33,974
Kenapa pula? Siapa dia?

419
00:40:35,016 --> 00:40:36,685
- Beliau ialah…
- Tidak.

420
00:40:36,768 --> 00:40:38,103
Beliau

421
00:40:38,186 --> 00:40:39,437
berkhidmat untuk negara

422
00:40:40,147 --> 00:40:42,023
- Turunkan tangan kamu.
- sebagai sida-sida!

423
00:40:43,525 --> 00:40:45,235
- Awak tak ada?
- Dia nampak normal.

424
00:40:45,318 --> 00:40:47,821
Nampaknya ada orang yang lebih
menyedihkan daripada kami.

425
00:40:48,780 --> 00:40:50,740
Saya sangat normal.

426
00:40:51,491 --> 00:40:52,659
Aduhai.

427
00:40:52,742 --> 00:40:55,620
Yang Mulia Lee, tuan akan
jodohkan mereka, bukan?

428
00:40:59,624 --> 00:41:01,918
- Baiklah.
- Wah.

429
00:41:02,335 --> 00:41:07,757
Saya akan mohon kepada raja untuk
benarkan wanita istana keluar.

430
00:41:09,509 --> 00:41:12,012
Dia bersetuju. Mari sini! Dia bersetuju.

431
00:41:12,095 --> 00:41:13,430
Mari sini.

432
00:41:13,513 --> 00:41:17,309
Walaupun kamu hanya boleh berkahwin
apabila larangan perkahwinan dibatalkan,

433
00:41:17,392 --> 00:41:20,562
bagus juga untuk jalinkan hubungan
sebelum itu.

434
00:41:20,645 --> 00:41:22,564
Sudah tentu!

435
00:41:23,273 --> 00:41:24,399
Baik.

436
00:41:25,400 --> 00:41:27,527
Biar adil, yang sulung dahulu.

437
00:41:27,611 --> 00:41:29,738
Kepung mereka!

438
00:41:30,614 --> 00:41:31,907
Apa sedang berlaku?

439
00:41:34,784 --> 00:41:36,161
Berani kamu?

440
00:41:42,292 --> 00:41:44,252
Saya tak tahu baginda batalkan perhimpunan

441
00:41:44,586 --> 00:41:46,421
sehingga saya sampai sini.

442
00:41:46,796 --> 00:41:52,636
Katanya, baginda diserang selesema teruk.
Kejadian itu sangat mengejutkan baginda?

443
00:41:52,886 --> 00:41:55,305
Bukan itu yang saya dengar.

444
00:41:55,889 --> 00:41:56,932
Apa?

445
00:41:57,515 --> 00:42:03,271
Saya dengar, baginda hilang
tanpa jejak malam tadi.

446
00:42:05,482 --> 00:42:06,483
Apa?

447
00:42:06,566 --> 00:42:10,070
Mungkin baginda ada hal mustahak
untuk diselesaikan.

448
00:42:11,029 --> 00:42:12,447
Tak perlu kecoh.

449
00:42:12,530 --> 00:42:17,327
Lebih-lebih lagi sejak berlaku
bunuh diri di istana,

450
00:42:17,535 --> 00:42:20,080
baginda pasti terkejut.

451
00:42:20,455 --> 00:42:23,291
Jadi, apa yang perlu kita lakukan?

452
00:42:23,375 --> 00:42:26,294
Jadi, kita perlu

453
00:42:26,836 --> 00:42:30,882
bersiap sedia untuk keadaan
yang tak dijangka.

454
00:42:32,717 --> 00:42:37,514
Saya ada sesuatu nak cakap.
Sila berkumpul di dalam.

455
00:42:43,520 --> 00:42:44,813
Apa maksud kamu?

456
00:42:45,313 --> 00:42:48,692
Raja hilang? Bagaimana?

457
00:42:48,775 --> 00:42:51,653
Nampaknya baginda sangat runsing
kebelakangan ini.

458
00:42:55,282 --> 00:42:59,411
Sudah tentu. Satu lagi mayat
ditemui di istana.

459
00:42:59,494 --> 00:43:02,497
Kali ini, ia ditemui
di kuarters pembantu istana pula.

460
00:43:03,540 --> 00:43:06,751
- Pembantu istana?
- Khabar angin mengatakan, dia…

461
00:43:09,713 --> 00:43:11,506
Turunkan senjata kamu.

462
00:43:13,008 --> 00:43:14,175
Awak nak ke mana?

463
00:43:16,136 --> 00:43:17,762
Kita sudah langgar undang-undang.

464
00:43:19,306 --> 00:43:21,141
Jangan tambah lagi jenayah kita.

465
00:43:28,106 --> 00:43:29,649
Turunkan semua senjata kamu.

466
00:43:38,616 --> 00:43:41,786
Beta tak nampak sesiapa
melanggar undang-undang.

467
00:43:44,956 --> 00:43:45,957
Betul, Shin-won?

468
00:43:49,753 --> 00:43:52,380
Betul, tuanku.

469
00:44:03,600 --> 00:44:05,226
Aduh. Mata saya silau…

470
00:44:49,729 --> 00:44:55,568
Istana raja mengumumkan baginda
tak hadir kerana selesema.

471
00:44:55,819 --> 00:44:58,655
Tapi, mereka menipu.

472
00:45:01,866 --> 00:45:07,247
Atas sebab tak diketahui, baginda
tinggalkan istana dan tak pulang.

473
00:45:07,330 --> 00:45:10,875
Memandangkan baginda abaikan rakyatnya,

474
00:45:11,126 --> 00:45:16,464
saya ingin bersedia untuk krisis
semasa sebagai rakyat raja.

475
00:45:18,466 --> 00:45:22,929
Jadi, patut kita umumkan

476
00:45:23,012 --> 00:45:27,684
raja telah tinggalkan takhtanya?

477
00:45:38,736 --> 00:45:40,947
Isu pertama yang harus kita bincangkan

478
00:45:41,197 --> 00:45:44,033
ialah ketiadaan pengganti untuk
menjaga hal ehwal negara.

479
00:45:45,034 --> 00:45:48,371
Mari kita tentukan pengganti dahulu.

480
00:45:49,414 --> 00:45:50,665
Awak…

481
00:45:51,541 --> 00:45:53,960
Itu nampaknya terlalu awal
buat masa sekarang.

482
00:46:34,751 --> 00:46:36,002
Nanti orang fikir

483
00:46:38,755 --> 00:46:41,591
kamu tak sabar dengan kemangkatan beta.

484
00:46:43,760 --> 00:46:47,639
- Aduhai.
- Biar betul.

485
00:46:49,349 --> 00:46:51,476
- Aduh.
- Sakitlah.

486
00:46:52,727 --> 00:46:54,354
Aduhai.

487
00:46:54,437 --> 00:46:57,232
Saya juga. Buat untuk saya.

488
00:47:10,453 --> 00:47:12,121
Jika kamu mahu umum beta abaikan takhta,

489
00:47:14,165 --> 00:47:17,377
beta patut menghilangkan diri dahulu.

490
00:47:18,503 --> 00:47:20,588
Gagal memenuhi kehendak kamu,

491
00:47:22,924 --> 00:47:24,551
beta terlalu tak bertimbang rasa.

492
00:47:25,093 --> 00:47:28,429
Sudah terlambat untuk itu sekarang?

493
00:47:31,516 --> 00:47:35,019
Seterusnya, kamu kumpul semua menteri
ketika mereka sibuk dengan urusan negara.

494
00:47:35,895 --> 00:47:37,522
Tapi, beta mengaku beta pura-pura sakit.

495
00:47:38,147 --> 00:47:40,942
Perkara telah menjadi rumit.

496
00:47:41,317 --> 00:47:42,318
Tapi,

497
00:47:46,406 --> 00:47:48,616
beta nak kata sesuatu sementara
kamu semua di sini.

498
00:47:49,951 --> 00:47:51,369
Jadi, beta fikir secara positif.

499
00:47:53,288 --> 00:47:55,540
Malam tadi, beta keluar ke jalan-jalan

500
00:47:55,623 --> 00:47:58,626
dan mengesan penculik yang telah

501
00:48:00,878 --> 00:48:03,006
membahayakan rakyat pada waktu malam.

502
00:48:04,966 --> 00:48:06,301
Satu perkara beta dapat tahu,

503
00:48:13,516 --> 00:48:17,186
adakah banyak rayuan
tak sampai kepada beta.

504
00:48:18,771 --> 00:48:21,899
Orang bawahan pasti telah salah urus…

505
00:48:21,983 --> 00:48:25,320
Biro polis dibiayai oleh sejumlah
besar dana negara.

506
00:48:26,195 --> 00:48:29,449
Tapi, mereka tak dapat tangkap
walau seorang penculik.

507
00:48:30,241 --> 00:48:31,409
Menteri Pertahanan.

508
00:48:32,869 --> 00:48:35,204
Kenapa pula ini salah orang bawahan kamu?

509
00:48:36,998 --> 00:48:38,541
Ampunkan patik, tuanku.

510
00:48:38,958 --> 00:48:43,379
Mulai sekarang, biro polis ditarik
dari kes penculikan

511
00:48:43,463 --> 00:48:44,756
dan penyiasatan akan datang

512
00:48:46,132 --> 00:48:47,759
akan dijalankan oleh Tribunal Negara.

513
00:48:56,225 --> 00:48:57,226
REKOD TRANSAKSI

514
00:48:57,310 --> 00:49:01,272
Saya jumpa dokumen ini di markas penculik.

515
00:49:01,689 --> 00:49:05,401
Ia beritahu di mana wanita yang
diculik dihantar ke setiap daerah

516
00:49:05,485 --> 00:49:07,570
dan mengandungi lokasi setiap pangkalan.

517
00:49:07,904 --> 00:49:13,910
Mula siasat tempat-tempat ini sekarang
dan halau penjenayah itu keluar.

518
00:49:21,709 --> 00:49:24,545
Ia akan jadi permainan
kucing dan tikus yang menarik.

519
00:49:37,308 --> 00:49:38,309
Apa kamu sedang buat?

520
00:49:41,354 --> 00:49:45,942
Malam tadi, seorang pembantu istana raja
telah diculik di jalanan.

521
00:49:47,402 --> 00:49:49,946
Bukan awak gagal halang kerana tak cekap?

522
00:49:54,867 --> 00:49:57,453
Semua orang berkemas. Kamu semua dipecat.

523
00:50:01,249 --> 00:50:03,751
Lee Shin-won, berani awak?

524
00:50:13,344 --> 00:50:16,139
Adakah ini yang awak ingin lindungi,
Yang Berhormat?

525
00:50:18,349 --> 00:50:22,145
Malangnya, awak telah gagal.

526
00:50:28,401 --> 00:50:32,071
Ampunkan kami untuk
kebiadaban kami, tuanku.

527
00:50:36,033 --> 00:50:38,494
Sepatutnya beta yang patut minta maaf.

528
00:50:39,078 --> 00:50:42,790
Kamu melindungi rakyat beta
yang beta gagal lindungi.

529
00:50:44,792 --> 00:50:47,670
Mereka bersalah kerana melanggar
undang-undang yang tegas.

530
00:50:48,880 --> 00:50:52,300
Tapi, mereka hanya ingin menjalani
kehidupan dengan saling menyayangi.

531
00:50:52,550 --> 00:50:56,971
Patik berharap agar undang-undang tak lagi
menyekat perasaan indah mereka.

532
00:50:58,264 --> 00:51:01,726
Patik tak kisah jika patik ditangkap dan
dipersalahkan atas jenayah sebegitu.

533
00:51:02,310 --> 00:51:06,606
Tapi, tolong jangan hukum penduduk
Kampung Gongnyang.

534
00:51:12,403 --> 00:51:14,113
Beta sudah kata dengan jelas tadi.

535
00:51:15,114 --> 00:51:17,158
Beta tak nampak sebarang penjenayah.

536
00:51:20,369 --> 00:51:22,497
Betul kata kamu.

537
00:51:22,580 --> 00:51:25,875
Memang lumrah untuk manusia bersama
orang yang mereka sayangi.

538
00:51:26,167 --> 00:51:28,085
Negara ini tak seharusnya menyekatnya.

539
00:51:29,337 --> 00:51:32,507
Beta berikrar untuk batalkan
larangan perkahwinan tahun ini.

540
00:51:32,590 --> 00:51:34,258
Beta akan tepati janji ini.

541
00:51:37,303 --> 00:51:38,638
Bagusnya.

542
00:51:39,514 --> 00:51:40,848
Untuk Kampung Gongnyang

543
00:51:41,557 --> 00:51:44,060
dan juga untuk semua penduduk Joseon

544
00:51:45,019 --> 00:51:49,816
dan untuk adik malang kamu yang
telah meninggalkan dunia,

545
00:51:56,280 --> 00:52:00,701
beta berjanji akan hukum semua penculik.

546
00:52:19,303 --> 00:52:20,972
Terima kasih, Cik Pawang.

547
00:52:21,597 --> 00:52:24,600
Saya dapat berjumpa dengan
Ran-hee sekali lagi.

548
00:52:26,102 --> 00:52:29,480
Sama-sama.

549
00:52:31,148 --> 00:52:35,319
Dunia yang kamu impikan pasti
akan menjadi kenyataan.

550
00:52:36,028 --> 00:52:39,907
Dunia di mana orang dibenarkan untuk
mencintai satu sama lain.

551
00:52:40,908 --> 00:52:43,119
Saya minta diri dahulu.

552
00:52:43,202 --> 00:52:44,287
Jaga diri.

553
00:52:46,539 --> 00:52:47,915
Selamat jalan. Jaga diri!

554
00:52:47,999 --> 00:52:49,542
Ingat janji temu berkumpulan kami!

555
00:53:20,281 --> 00:53:21,699
Dokumen yang dirampas

556
00:53:21,782 --> 00:53:25,536
mengandungi lokasi penculikan berlaku.

557
00:53:25,620 --> 00:53:28,247
Patik tak percaya tuanku tangkap
penculik itu sendiri.

558
00:53:28,331 --> 00:53:31,292
Penjenayah ini teliti dan tak pernah
meninggalkan jejak.

559
00:53:32,710 --> 00:53:35,421
Syabas, tuanku.

560
00:53:41,552 --> 00:53:42,762
Tuanku.

561
00:53:43,930 --> 00:53:46,557
Ini tak membantu beta memahami mereka.

562
00:53:51,270 --> 00:53:56,400
Betapa peritnya itu untuk rakyat

563
00:53:57,985 --> 00:54:01,906
untuk melihat kakak atau adik,
isteri dan ibu mereka diculik.

564
00:54:03,699 --> 00:54:06,953
Beta berjanji kepada penduduk
Gunung Shinwoong.

565
00:54:07,286 --> 00:54:11,207
Beta kata akan anjurkan janji temu buta
untuk mereka dengan wanita istana.

566
00:54:11,874 --> 00:54:14,585
- Ampun tuanku?
- Lebih penting lagi,

567
00:54:14,877 --> 00:54:17,171
beta perlu batalkan larangan perkahwinan
dengan segera

568
00:54:17,254 --> 00:54:20,049
supaya mereka boleh mulakan
hidup berkeluarga.

569
00:54:20,132 --> 00:54:23,844
Untuk semua orang hidup dalam
cinta dan kebahagiaan,

570
00:54:25,763 --> 00:54:29,558
beta perlu buat per Kara yang sama.

571
00:54:33,896 --> 00:54:35,147
Kamu tak apa-apa?

572
00:54:35,231 --> 00:54:39,110
Aduhai. Bagaimana kamu boleh diculik?

573
00:54:40,403 --> 00:54:42,530
- Aduhai.
- Aduhai.

574
00:54:45,866 --> 00:54:47,660
Saya gembira kamu selamat.

575
00:54:49,996 --> 00:54:52,748
Sebab itu kamu perlu tinggal
di istana untuk selamanya.

576
00:54:53,124 --> 00:54:55,501
Oh? Puan memang harap begitu?

577
00:54:55,918 --> 00:54:56,919
Apa?

578
00:54:58,629 --> 00:55:01,549
Ada sesuatu yang patik ingin tanya.

579
00:55:03,509 --> 00:55:07,805
Sebaik sahaja tuanku dengar
So-rang telah diculik,

580
00:55:08,055 --> 00:55:10,641
mata tuanku berapi-api dengan kemurkaan

581
00:55:11,058 --> 00:55:12,601
dan tuanku bergegas keluar dengan pedang.

582
00:55:16,105 --> 00:55:17,106
Yakah?

583
00:55:17,189 --> 00:55:21,444
Kamu juga tahu baginda alami demam teruk.

584
00:55:22,528 --> 00:55:24,655
Ya, pasti baginda masih gering.

585
00:55:24,739 --> 00:55:28,451
Tapi, matanya tiba-tiba berapi dan
berkata, beliau perlu pergi ke bandar.

586
00:55:28,534 --> 00:55:30,786
Saya sendiri tak mampu halang baginda.

587
00:55:31,037 --> 00:55:32,204
Disebabkan saya?

588
00:55:32,830 --> 00:55:35,082
Adakah tuanku mencintai dia?

589
00:55:36,500 --> 00:55:38,169
Siapa, So-rang?

590
00:55:38,794 --> 00:55:40,046
Cinta? Mengarut.

591
00:55:43,841 --> 00:55:44,884
So-rang.

592
00:55:45,801 --> 00:55:47,803
- Ya?
- Mari ke pejabat perubatan.

593
00:55:48,387 --> 00:55:51,515
Awak mungkin kelihatan baik,
tapi mungkin ada kecederaan dalaman.

594
00:55:51,599 --> 00:55:52,892
Pergi periksa nadi awak.

595
00:55:52,975 --> 00:55:55,186
Saya tak apa-apa.

596
00:55:55,936 --> 00:55:56,937
Tapi,

597
00:55:58,272 --> 00:55:59,315
itu tipu, bukan?

598
00:56:00,941 --> 00:56:03,402
Dirasuk oleh adik ketua kampung itu.

599
00:56:03,986 --> 00:56:05,404
Awak berpura-pura, bukan?

600
00:56:06,572 --> 00:56:07,865
Mari ikut saya.

601
00:56:15,956 --> 00:56:18,584
RAN-HEE, DICULIK

602
00:56:19,335 --> 00:56:20,669
Adik…

603
00:56:38,062 --> 00:56:39,188
Oh.

604
00:56:40,731 --> 00:56:42,191
Sudahlah.

605
00:56:42,650 --> 00:56:45,194
Bagaimana kita nak lepaskan diri
jika saya tak buat begitu?

606
00:56:45,820 --> 00:56:47,655
Jangan menipu lagi.

607
00:56:51,742 --> 00:56:56,038
Baiklah. Saya perlu bersedia
untuk bekerja.

608
00:56:56,122 --> 00:56:57,123
Jumpa lagi nanti.

609
00:57:04,421 --> 00:57:06,507
Perasaan cinta…

610
00:57:07,800 --> 00:57:09,301
Apakah sebenarnya?

611
00:57:09,385 --> 00:57:13,222
Pertama, tuanku mahu
bersendirian dengan dia.

612
00:57:14,473 --> 00:57:18,352
Walaupun pergerakan sedikit dia
buat jantung tuanku berdebar.

613
00:57:20,271 --> 00:57:23,816
Sudah tentu jantung beta akan berdegup
kencang. Dia terlalu riuh.

614
00:57:24,191 --> 00:57:28,070
Dia buat jantung tuanku berdebar dan
tuanku asyik terfikirkan dia.

615
00:57:28,320 --> 00:57:32,283
Seperti dia memenuhi ruang besar
dalam hati tuanku.

616
00:57:34,034 --> 00:57:37,163
Tuanku lebih benci melihat dia bersama
lelaki lain daripada mati.

617
00:57:38,289 --> 00:57:39,582
Begitu perasaannya.

618
00:57:47,631 --> 00:57:48,799
Tak mungkin!

619
00:57:49,466 --> 00:57:52,636
Aduhai, tak mungkin.

620
00:57:54,847 --> 00:57:59,226
Tuanku mahu lama bersama dengan dia
dan berkongsi hati tuanku.

621
00:58:10,487 --> 00:58:11,906
Tuanku masih tak pasti?

622
00:58:16,744 --> 00:58:20,456
Itu bukan perasaan cinta.

623
00:58:20,873 --> 00:58:23,751
Terasa bagai hati beta terbeban.

624
00:58:24,335 --> 00:58:27,129
Ia menyakitkan dan mencucuk-cucuk.

625
00:58:28,464 --> 00:58:31,425
Tapi, beta tak dapat
hilangkan bebanan ini.

626
00:58:35,512 --> 00:58:39,808
Tapi, So-rang sangat mengganggu.
Dia bising walaupun diam.

627
00:58:39,892 --> 00:58:43,312
Apabila dengar cerita dia,
kadangkala rasa seperti dia menipu.

628
00:58:43,395 --> 00:58:45,522
Bagaimana itu boleh dikatakan cinta?

629
00:58:46,482 --> 00:58:48,692
Tapi, bukan kadangkala
tuanku terfikirkan dia?

630
00:58:48,776 --> 00:58:50,319
Ya, sudah tentu.

631
00:58:50,402 --> 00:58:52,613
Melihat dia, beta risau dengan
masa depannya.

632
00:58:53,781 --> 00:58:54,782
Aduhai.

633
00:58:58,452 --> 00:59:02,456
Tuanku, paduka baginda
memohon tuanku menghadapnya.

634
00:59:03,832 --> 00:59:07,294
Beritahu beliau, beta telah
pulang dengan selamat.

635
00:59:08,587 --> 00:59:10,381
Tapi…

636
00:59:11,966 --> 00:59:14,885
Patik akan beritahu baginda yang
tuanku sedang bersiram.

637
00:59:16,553 --> 00:59:20,266
Kami sudah sediakan air hangat
untuk tuanku.

638
00:59:20,349 --> 00:59:22,559
Sila berehat. Tuanku pasti penat.

639
00:59:25,271 --> 00:59:26,522
Baiklah.

640
00:59:30,734 --> 00:59:36,949
Raja keluar istana hanya disebabkan kamu?

641
01:00:20,242 --> 01:00:23,454
Bukan kamu tak bertugas hari ini?
Kenapa kamu tak berehat?

642
01:00:25,331 --> 01:00:28,375
Ada sesuatu yang buat saya
perlu menghadap baginda.

643
01:00:33,964 --> 01:00:38,052
Tuanku, patik bawakan tuala.

644
01:00:50,939 --> 01:00:51,982
Baiklah.

645
01:00:52,941 --> 01:00:56,153
Kamu sudah jumpa tabib? Kamu cedera?

646
01:00:57,905 --> 01:00:59,448
Kenapa kamu kembali bekerja?

647
01:01:01,158 --> 01:01:02,534
Patik tak apa-apa.

648
01:01:03,619 --> 01:01:04,787
Begini…

649
01:01:06,538 --> 01:01:08,749
Ada sesuatu yang ingin patik sampaikan.

650
01:01:27,267 --> 01:01:28,560
Tuanku.

651
01:01:32,022 --> 01:01:33,023
Patik junjung kasih.

652
01:01:35,275 --> 01:01:39,279
Lagipun, tuanku keluar istana
untuk selamatkan patik.

653
01:01:41,365 --> 01:01:44,201
Patik ingin menjunjung kasih
disebabkan itu.

654
01:01:47,329 --> 01:01:48,956
Beta yang harus berterima kasih.

655
01:01:49,873 --> 01:01:52,543
Banyak yang beta pelajari
di Kampung Gongnyang.

656
01:01:53,419 --> 01:01:56,588
Beta sepatutnya mengubah Joseon
lebih awal.

657
01:01:57,423 --> 01:02:01,093
Menjadi tempat orang ramai boleh hidup
dalam cinta dan kebahagiaan.

658
01:02:02,010 --> 01:02:04,596
Beta sudah tangkap semua penculik
yang cederakan kamu.

659
01:02:04,680 --> 01:02:10,227
Biro penyiasatan juga telah dirombak.
Semua disebabkan kamu.

660
01:02:13,522 --> 01:02:14,898
Tidak sama sekali.

661
01:02:26,535 --> 01:02:29,580
Izinkan patik lap peluh tuanku.

662
01:02:29,663 --> 01:02:31,081
Tak apa.

663
01:02:34,877 --> 01:02:38,338
Jika begitu, biar patik panggil
pembantu lain bantu tuanku.

664
01:02:38,422 --> 01:02:41,425
Tak perlu.

665
01:02:48,015 --> 01:02:51,977
Pertama, tuanku mahu
bersendirian dengan dia.

666
01:03:07,117 --> 01:03:11,371
Walaupun pergerakan sedikit dia
buat jantung tuanku berdebar.

667
01:03:41,151 --> 01:03:42,194
Tuanku.

668
01:03:43,445 --> 01:03:47,282
- Ada kelopak bunga di muka tuanku.
- Kelopak bunga?

669
01:03:49,868 --> 01:03:50,994
Oh.

670
01:03:52,621 --> 01:03:54,289
Bukan di situ.

671
01:03:54,831 --> 01:03:56,792
Di sebelah sana…

672
01:03:59,670 --> 01:04:00,921
Maksud patik…

673
01:04:01,505 --> 01:04:02,506
Itu…

674
01:04:15,310 --> 01:04:17,437
Dia buat jantung tuanku berdebar

675
01:04:18,397 --> 01:04:20,482
dan tuanku asyik terfikirkan dia.

676
01:04:22,776 --> 01:04:27,447
Seolah-olah dia memenuhi
ruang besar dalam hati tuanku.

677
01:05:20,626 --> 01:05:21,627
So-rang.

678
01:05:24,880 --> 01:05:26,632
Beta gembira kamu selamat.

679
01:05:29,301 --> 01:05:30,469
Tuanku.

680
01:05:33,472 --> 01:05:34,681
Baju tuanku telus.

681
01:06:25,691 --> 01:06:28,360
FORBIDDEN MARRIAGE

682
01:06:28,443 --> 01:06:31,655
Patik tak mahu jika tuanku tak ikhlas.

683
01:06:31,738 --> 01:06:33,573
Apabila dia hilang,

684
01:06:34,032 --> 01:06:35,534
beta rasa lemas.

685
01:06:35,617 --> 01:06:38,578
Beta rasa ini perasaan cinta.

686
01:06:38,829 --> 01:06:41,498
Apakah sebabnya dia masih hidup
sehingga sekarang?

687
01:06:41,748 --> 01:06:44,876
Kita perlu hapuskan Lee Shin-won dahulu.

688
01:06:44,960 --> 01:06:46,753
Ini wanita istana yang pergi.

689
01:06:46,837 --> 01:06:49,172
Kenapa nama So-rang ada dalam senarai ini?

690
01:06:49,256 --> 01:06:52,259
Patik tak mahu jadi pengganti orang mati.

691
01:06:52,926 --> 01:06:55,971
Patik tak tahu perasaan tuanku.

692
01:06:56,054 --> 01:06:57,556
Jangan tinggalkan beta.

693
01:06:57,639 --> 01:06:59,391
Itu perasaan sebenar beta.

694
01:07:03,478 --> 01:07:07,023
FORBIDDEN MARRIAGE

