1
00:00:25,067 --> 00:00:31,115
FORBIDDEN MARRIAGE

2
00:00:35,035 --> 00:00:36,746
DRAMA INI REKAAN SEMATA-MATA.

3
00:00:36,829 --> 00:00:39,957
NAMA DAN KANDUNGAN UNTUK ORANG, PERISTIWA
DAN LAIN-LAIN ADALAH TIDAK BENAR.

4
00:00:41,375 --> 00:00:43,586
Pertaruhkan nyawa kamu?

5
00:00:44,253 --> 00:00:47,006
Kebenaran apa yang kamu mahu dedahkan

6
00:00:47,381 --> 00:00:49,592
dengan mempertaruhkan nyawa sendiri?

7
00:00:50,551 --> 00:00:52,052
Kebenaran tentang

8
00:00:53,804 --> 00:00:55,306
nama patik.

9
00:00:55,806 --> 00:00:58,809
Pemilik baharu istana permaisuri adalah

10
00:00:59,602 --> 00:01:01,437
Hyeon-seon daripada Keluarga Ye.

11
00:01:08,444 --> 00:01:10,905
Nama calon yang dipanggil, sila naik.

12
00:01:53,781 --> 00:01:55,491
Apa yang awak buat ini?

13
00:01:55,991 --> 00:01:57,159
Berani awak naik?

14
00:01:58,369 --> 00:01:59,662
Kenapa?

15
00:01:59,745 --> 00:02:01,330
Nama awak Hyeon-hee.

16
00:02:04,208 --> 00:02:05,668
Oh? Bukan itu So-rang?

17
00:02:05,751 --> 00:02:07,503
Bukan itu cik dari Aedaldang?

18
00:02:07,586 --> 00:02:10,798
Betul, itu Cik So-rang.

19
00:02:10,881 --> 00:02:12,299
- Betul!
- Aduhai.

20
00:02:12,383 --> 00:02:14,802
Beta panggil satu nama,

21
00:02:15,094 --> 00:02:17,263
tapi ada dua orang di sini.

22
00:02:17,972 --> 00:02:20,933
Siapa Ye Hyeon-seon sebenar?

23
00:02:21,016 --> 00:02:25,145
Beta mahu kamu kata dengan jelas.
Kamu mahu tarik diri?

24
00:02:27,314 --> 00:02:28,607
Betul, tuanku.

25
00:02:29,108 --> 00:02:32,236
Hyeon-seon daripada Keluarga Ye
layak dikasihi

26
00:02:32,319 --> 00:02:34,154
oleh baginda.

27
00:02:35,406 --> 00:02:38,450
Beliau juga seseorang yang ikhlas
mencintai, bimbang

28
00:02:38,534 --> 00:02:41,245
dan mengambil berat tentang
baginda lebih daripada orang lain.

29
00:02:43,289 --> 00:02:46,709
Setakat ini pemilihan kerabat diraja
diputuskan oleh orang tua diraja.

30
00:02:46,792 --> 00:02:49,795
Jadi, perkahwinan politik tanpa cinta
dianggap normal.

31
00:02:50,296 --> 00:02:53,257
Namun, bagaimana sebuah perkahwinan
boleh bahagia jika kami

32
00:02:53,340 --> 00:02:54,675
tak saling mencintai.

33
00:02:55,676 --> 00:02:57,887
Mencapai keluarga diraja yang aman
bersama orang itu,

34
00:02:57,970 --> 00:02:59,763
cinta baginda raja ialah yang terbaik

35
00:02:59,847 --> 00:03:01,557
untuk rakyat negara ini.

36
00:03:01,891 --> 00:03:03,893
Patik harap dengan pemahaman tuanku

37
00:03:04,268 --> 00:03:07,688
untuk tentukan keutamaan tertinggi
sama ada cinta mereka

38
00:03:08,188 --> 00:03:09,899
antara satu sama lain ialah ikhlas.

39
00:03:11,150 --> 00:03:13,110
Sebab itu orang yang sepatutnya

40
00:03:15,279 --> 00:03:18,032
bersama baginda raja adalah Ye Hyeon-seon.

41
00:03:18,532 --> 00:03:22,202
Patik adalah Ye Hyeon-seon sebenar.

42
00:03:22,912 --> 00:03:25,122
Bukan, patik yang sebenar!

43
00:03:25,623 --> 00:03:28,751
Patik di sini untuk dedahkan kebenaran
kerana sekumpulan pengkhianat

44
00:03:28,834 --> 00:03:33,255
yang telah mencuri nama dan status patik
untuk sertai pemilihan ini.

45
00:03:33,547 --> 00:03:35,174
Dia sudah hilang akal.

46
00:03:35,591 --> 00:03:37,885
Patik yang telah lulus
ketiga-tiga pusingan

47
00:03:37,968 --> 00:03:39,303
dalam proses pemilihan ini.

48
00:03:39,386 --> 00:03:41,764
Nama sebenar dia adalah Hyeon-hee.

49
00:03:42,723 --> 00:03:46,685
Dia anak gundik yang ayah saya kahwini.

50
00:03:49,396 --> 00:03:52,441
Sayang, kenapa awak berdiam diri?

51
00:03:53,025 --> 00:03:56,779
Bukan awak kata Hyeon-seon
lari dengan hamba lelaki?

52
00:03:56,862 --> 00:03:58,906
Bagaimana dia boleh berdiri di sana?

53
00:03:59,323 --> 00:04:01,951
Dia tiba-tiba muncul mahu jadi
permaisuri kerana tahu

54
00:04:02,034 --> 00:04:04,662
anak kita melepasi
tiga pusingan pemilihan.

55
00:04:06,705 --> 00:04:09,625
Menteri Ye, sila naik ke sini.

56
00:04:10,042 --> 00:04:14,046
Sila sahkan perkara ini untuk kami.

57
00:04:21,470 --> 00:04:23,055
Awak tahu apa nak buat.

58
00:04:23,555 --> 00:04:25,140
Anak saya adalah Hyeon-seon sebenar.

59
00:04:25,599 --> 00:04:26,892
Jika terdedah kita sampai

60
00:04:26,976 --> 00:04:29,353
ke tahap ini dengan merahsiakan
nama sebenar anak kita,

61
00:04:29,436 --> 00:04:32,690
Keluarga Ye akan musnah

62
00:04:32,773 --> 00:04:34,400
kerana menghina keluarga diraja.

63
00:04:34,483 --> 00:04:36,151
Awak nak keluarga kita dibunuh

64
00:04:36,485 --> 00:04:39,071
disebabkan anak yang
khianati awak dan lari?

65
00:04:40,990 --> 00:04:41,991
Sayang.

66
00:04:57,172 --> 00:05:00,092
BALAI RONG DIRAJA

67
00:05:05,806 --> 00:05:07,224
Ayah.

68
00:05:11,603 --> 00:05:13,897
Begitu teruk kesihatan ayah

69
00:05:15,190 --> 00:05:17,901
sehingga ayah kelihatan begitu uzur?

70
00:05:19,194 --> 00:05:20,195
Maafkan saya.

71
00:05:21,655 --> 00:05:23,657
Saya hanya fikir tentang hidup saya.

72
00:05:24,867 --> 00:05:28,662
Ayah! Anak lelaki rumah pokok dedalu itu
bagaimana orangnya?

73
00:05:30,497 --> 00:05:34,877
Saya dengar dia sangat kacak.

74
00:05:43,218 --> 00:05:45,387
Ayah, tolong beritahu mereka cepat

75
00:05:45,471 --> 00:05:48,515
yang saya Ye Hyeon-seon sebenar.

76
00:05:49,099 --> 00:05:52,770
Perempuan itu penipu terbesar di dunia.

77
00:05:58,484 --> 00:05:59,777
Jangan risau.

78
00:06:00,194 --> 00:06:02,196
Ayah akan uruskan segalanya.

79
00:06:14,458 --> 00:06:15,501
Anak ini

80
00:06:18,712 --> 00:06:21,298
ialah anak kedua saya, Hyeon-hee.

81
00:06:30,557 --> 00:06:32,101
Anak itu pula

82
00:06:32,559 --> 00:06:35,062
ialah anak sulung saya, Hyeon-seon.

83
00:06:38,357 --> 00:06:39,900
Ayah…

84
00:06:39,983 --> 00:06:41,235
Hyeon-seon.

85
00:06:41,777 --> 00:06:43,278
Anak ayah, Hyeon-seon.

86
00:06:44,530 --> 00:06:45,823
Maafkan ayah.

87
00:06:46,907 --> 00:06:48,867
Tolong maafkan ayah kamu yang dungu ini.

88
00:06:52,704 --> 00:06:54,081
Jadi,

89
00:06:54,790 --> 00:06:56,708
apa yang sedang berlaku?

90
00:06:58,794 --> 00:07:02,089
Semua ini berpunca daripada
kelemahan patik.

91
00:07:02,339 --> 00:07:04,716
Patik gagal uruskan keluarga patik

92
00:07:05,008 --> 00:07:06,677
sehingga kejadian ini berlaku.

93
00:07:06,760 --> 00:07:09,096
Patik mohon agar dihukum.

94
00:07:12,724 --> 00:07:16,687
Tidak, semua ini dirancang oleh Puan Seo.

95
00:07:16,770 --> 00:07:18,981
Tak boleh ada dua
Ye Hyeon-seon di dunia ini.

96
00:07:19,690 --> 00:07:22,067
Jadi, pada tujuh tahun lalu,
malah sebulan lalu,

97
00:07:22,442 --> 00:07:24,778
Puan Seo arahkan patik dibunuh.

98
00:07:27,030 --> 00:07:28,240
Selain itu,

99
00:07:28,866 --> 00:07:31,994
dia cuba culik Hwa-yoon,
calon lain daripada pusingan ketiga

100
00:07:32,077 --> 00:07:35,038
agar dia boleh mengawal
proses pemilihan negara ini.

101
00:07:35,372 --> 00:07:36,874
Paling penting, dia salah seorang

102
00:07:37,624 --> 00:07:40,460
rakan jenayah yang mengaut keuntungan
semasa larangan perkahwinan

103
00:07:41,336 --> 00:07:43,797
dengan menculik para gadis
dan menjual mereka.

104
00:07:49,428 --> 00:07:50,429
Itu tak benar!

105
00:07:50,512 --> 00:07:53,724
Bagaimana seorang wanita berani
melakukan jenayah begitu?

106
00:07:58,395 --> 00:07:59,771
Tunggu apa lagi?

107
00:08:00,355 --> 00:08:01,815
Cepat tangkap penjenayah itu.

108
00:08:02,733 --> 00:08:05,485
Itu tak benar. Langsung tak benar.
Semuanya dusta.

109
00:08:05,569 --> 00:08:07,237
Itu tak benar. Lepaskan saya!

110
00:08:07,321 --> 00:08:08,739
- Ibu.
- Lepaskan saya.

111
00:08:08,822 --> 00:08:11,241
Itu tak benar!

112
00:08:11,325 --> 00:08:14,369
Itu tak benar! Lepaskan saya!

113
00:08:14,453 --> 00:08:15,913
Itu tak benar!

114
00:08:17,247 --> 00:08:18,248
Itu tak benar!

115
00:08:30,719 --> 00:08:32,054
Ayah…

116
00:09:27,276 --> 00:09:30,362
Permaisuri Balu sudah tahu siapa kamu

117
00:09:31,238 --> 00:09:32,990
apabila beliau memanggil nama kamu.

118
00:09:36,118 --> 00:09:37,286
Jadi, jika boleh,

119
00:09:38,870 --> 00:09:41,415
jawab soalan ini.

120
00:09:45,168 --> 00:09:47,963
Beta akan ambil orang di hadapan
beta ini sebagai permaisuri.

121
00:09:51,049 --> 00:09:53,176
Beta hanya akan melihat kamu selamanya.

122
00:09:55,262 --> 00:09:57,639
Beta hanya akan bahagiakan kamu.

123
00:10:00,809 --> 00:10:02,894
Beta hanya akan mencintai kamu.

124
00:10:08,150 --> 00:10:10,319
Sudikah kamu menjadi permaisuri beta?

125
00:10:16,158 --> 00:10:17,200
Aduhai.

126
00:10:29,004 --> 00:10:30,172
Patik…

127
00:10:31,882 --> 00:10:33,300
Maksud patik…

128
00:10:43,977 --> 00:10:45,604
Patik sudi.

129
00:11:13,632 --> 00:11:16,134
BALAI RONG DIRAJA

130
00:11:40,951 --> 00:11:42,536
Larangan perkahwinan negara ini

131
00:11:45,455 --> 00:11:48,375
- ditamatkan.
- Ya!

132
00:11:50,836 --> 00:11:52,421
Larangan perkahwinan ditamatkan!

133
00:12:20,198 --> 00:12:23,368
Jadi, Moseoldan kita dibubarkan.

134
00:12:25,328 --> 00:12:27,581
Sekarang, mari jumpa kekasih kita,

135
00:12:27,664 --> 00:12:30,417
mencintai dengan sepenuh jiwa dan
bahagia sehingga ke akhir hayat.

136
00:12:35,922 --> 00:12:39,551
Ayah, saya sudah boleh berkahwin!

137
00:12:39,634 --> 00:12:42,012
- Mari pergi.
- Abang Do-seok.

138
00:12:45,724 --> 00:12:46,808
Cepat pergi kepada dia.

139
00:12:51,688 --> 00:12:52,814
Abang Do-seok.

140
00:12:52,898 --> 00:12:54,733
Hore!

141
00:12:54,816 --> 00:12:56,651
Lihat di sana.

142
00:13:03,783 --> 00:13:04,826
Hae-yeong.

143
00:13:05,327 --> 00:13:06,828
Pergi sajalah.

144
00:13:33,480 --> 00:13:34,814
Saya tak tahu

145
00:13:35,524 --> 00:13:37,150
perasaan saya waktu itu.

146
00:13:50,830 --> 00:13:52,958
Orang yang saya sebenarnya rindu.

147
00:13:55,460 --> 00:13:57,254
Orang yang saya cintai

148
00:13:58,797 --> 00:14:00,382
ialah abang.

149
00:14:05,512 --> 00:14:07,931
Abang pergi mana selama ini?

150
00:14:09,349 --> 00:14:10,559
Abang.

151
00:14:11,851 --> 00:14:14,604
Memandangkan
larangan perkahwinan sudah tamat,

152
00:14:15,272 --> 00:14:16,773
sudikah abang

153
00:14:17,440 --> 00:14:19,943
- mengahwini saya?
- Apa?

154
00:14:20,318 --> 00:14:21,486
Wah.

155
00:14:25,657 --> 00:14:28,743
Sudikah abang kahwini saya?
Abang tak mahu?

156
00:14:28,994 --> 00:14:30,078
Biar saya lihat.

157
00:14:36,751 --> 00:14:38,670
Mestilah saya sudi.

158
00:14:58,356 --> 00:14:59,357
Hore!

159
00:15:09,200 --> 00:15:12,871
Si-yul! Saya cintakan awak!
Tolong kahwini saya!

160
00:15:12,954 --> 00:15:17,334
Tuan Jong-bin, tuan tahu saya sudah
tunggu selama tujuh tahun?

161
00:15:18,043 --> 00:15:21,921
Gyung-jin! Tolong pandang saya sekarang!

162
00:15:39,648 --> 00:15:43,902
ANJING, TOLONG SAYA MELAMAR

163
00:15:46,196 --> 00:15:47,197
Eh?

164
00:15:47,280 --> 00:15:48,406
Chae-won.

165
00:15:51,159 --> 00:15:52,285
Apa ini?

166
00:15:54,412 --> 00:15:55,872
Nampak berjalan lancar!

167
00:15:55,955 --> 00:15:57,457
SAYA CINTAKAN AWAK, YOUNG-SEON
KAHWINI SAYA?

168
00:15:57,540 --> 00:16:00,001
MELAMAR DENGAN TANDU BUNGA
SEBAIK SAJA LARANGAN TAMAT

169
00:16:01,836 --> 00:16:04,255
CINCIN DI TANDU BUNGA TAK PERNAH GAGAL

170
00:16:04,339 --> 00:16:05,340
Apa?

171
00:16:06,216 --> 00:16:09,219
CARA MELAMAR DI JOSEON.

172
00:16:13,473 --> 00:16:14,974
MARI BERBAHAGIA DI ZAMAN PERKAHWINAN

173
00:16:49,384 --> 00:16:51,094
Awak pernah kata,

174
00:16:51,177 --> 00:16:54,556
kuasa kita akan bermula selepas
berkahwin dengan keluarga diraja.

175
00:16:54,806 --> 00:16:56,224
Awak ada cara lain

176
00:16:56,641 --> 00:16:58,101
apabila pemilihan gagal?

177
00:16:59,018 --> 00:17:01,938
Tak perlu kecoh.

178
00:17:03,022 --> 00:17:06,860
Kerana kehidupan seorang permaisuri baharu

179
00:17:08,278 --> 00:17:10,905
juga tak akan bertahan lama.

180
00:17:12,490 --> 00:17:13,700
Begitu.

181
00:17:13,783 --> 00:17:16,494
Memandangkan Na Sang-joo sudah hilang,

182
00:17:17,287 --> 00:17:19,539
adakah ini perkara baik?

183
00:17:36,431 --> 00:17:40,143
Aduhai, lihat siapa yang datang.

184
00:17:40,643 --> 00:17:43,104
Awak pergi mana selama ini?

185
00:17:43,646 --> 00:17:47,484
Saya cuba lindungi awak,
tapi saya tak tahu awak di mana.

186
00:17:47,567 --> 00:17:49,694
Awak mahu lindungi saya?

187
00:17:50,695 --> 00:17:55,366
Saya dengar awak hantar
orang untuk bunuh saya.

188
00:17:57,160 --> 00:18:00,205
Sekarang, saya akan mengaku segalanya.

189
00:18:01,206 --> 00:18:03,041
Seperti pembunuhan yang awak arah

190
00:18:03,291 --> 00:18:07,128
tujuh tahun lalu supaya
larangan perkahwinan diisytiharkan.

191
00:18:07,504 --> 00:18:12,675
Perkara yang awak suruh saya buat
untuk lanjutkan larangan itu.

192
00:18:12,926 --> 00:18:14,803
Perkara awak buat pada para gadis

193
00:18:15,053 --> 00:18:21,100
di negara ini semasa larangan perkahwinan.

194
00:18:22,644 --> 00:18:25,647
Beraninya awak.

195
00:18:28,066 --> 00:18:29,984
Di mana saya harus potong

196
00:18:30,485 --> 00:18:32,779
supaya mulut awak itu boleh ditutup?

197
00:18:37,158 --> 00:18:38,743
Hapuskan dia.

198
00:19:18,741 --> 00:19:20,994
Beta lepaskan kamu supaya
kamu cari tuan kamu.

199
00:19:23,037 --> 00:19:24,914
Jadi, di sini tempatnya.

200
00:19:31,754 --> 00:19:33,214
Dia akan mati tak lama lagi?

201
00:19:34,007 --> 00:19:37,719
Tak kira apa caranya, dia tetap akan mati.

202
00:19:38,177 --> 00:19:41,306
Kamu masih ada tugas perlu dibuat.

203
00:19:41,806 --> 00:19:45,560
Kamu tak perlu dibunuh hanya kerana
tuan kamu tinggalkan kamu.

204
00:19:49,731 --> 00:19:52,150
Jadi, kali ini beta akan lepaskan kamu.

205
00:19:53,401 --> 00:19:54,986
Berani kamu renung wajah baginda.

206
00:19:57,155 --> 00:19:58,573
Tak apa.

207
00:20:08,166 --> 00:20:09,709
Tambahan pula,

208
00:20:11,419 --> 00:20:13,254
beta akan lepaskan kamu dari sini.

209
00:20:17,508 --> 00:20:19,177
Jadi, pergi gigit

210
00:20:20,094 --> 00:20:21,888
tuan kamu.

211
00:20:29,812 --> 00:20:32,357
Tahniah, tuanku.

212
00:20:32,941 --> 00:20:34,484
Akhirnya tuanku

213
00:20:35,526 --> 00:20:39,113
sudah menerima kehadiran
permaisuri baharu negara ini.

214
00:20:39,197 --> 00:20:42,367
Tapi malangnya,

215
00:20:42,742 --> 00:20:44,077
patik

216
00:20:45,036 --> 00:20:49,666
akan buat pengantin yang baharu
berkahwin menjadi balu.

217
00:21:11,270 --> 00:21:13,648
Kamu sudah menculik ramai wanita

218
00:21:13,731 --> 00:21:16,484
dan mengaibkan mereka

219
00:21:16,567 --> 00:21:19,278
serta ganggu pemilihan melalui tindakan
kamu yang suka membunuh,

220
00:21:19,362 --> 00:21:22,198
menghalang rakyat daripada berkahwin.

221
00:21:22,699 --> 00:21:26,077
Oleh itu, melakukan jenayah
yang tak boleh diadili.

222
00:21:30,206 --> 00:21:31,457
Bunuh dia!

223
00:23:00,797 --> 00:23:03,007
Beta tak akan biar nasib negara ini

224
00:23:03,883 --> 00:23:06,302
dipermainkan di tangan pengkhianat lagi.

225
00:25:09,717 --> 00:25:12,136
Apa yang kanda fikirkan?

226
00:25:17,683 --> 00:25:19,810
Sekarang kita boleh hidup bahagia.

227
00:25:21,938 --> 00:25:24,482
Apa yang dinda fikirkan?

228
00:25:24,815 --> 00:25:27,401
Cuma berfikir…

229
00:25:28,110 --> 00:25:32,281
Menghabiskan masa kita dalam
diam sambil melihat api

230
00:25:33,658 --> 00:25:36,619
buat semua hari kesusahan
kelihatan seperti mimpi.

231
00:25:41,082 --> 00:25:44,293
Dinda ingin tanya kanda.

232
00:25:45,253 --> 00:25:47,338
Sejak bila kanda tahu nama sebenar dinda?

233
00:25:50,675 --> 00:25:53,052
Shin-won yang beritahu kanda.

234
00:25:53,552 --> 00:25:56,430
Patik ada tujuan untuk kembali.

235
00:25:56,722 --> 00:25:59,058
Patik mahu dapatkan semula
nama orang yang patut

236
00:25:59,141 --> 00:26:00,351
berada di sisi tuanku.

237
00:26:01,978 --> 00:26:03,854
Tapi, kenapa dinda tak

238
00:26:03,938 --> 00:26:05,898
beritahu kanda nama dinda?

239
00:26:07,358 --> 00:26:09,193
Memandangkan itu nama dinda,

240
00:26:10,194 --> 00:26:12,780
mungkin lebih baik jika dinda sendiri
dapatkannya semula.

241
00:26:14,156 --> 00:26:16,951
Tapi, ini semua berjaya

242
00:26:17,034 --> 00:26:19,036
kerana Permaisuri Balu
percaya kepada dinda.

243
00:26:21,539 --> 00:26:24,083
Kanda juga percaya beliau.

244
00:26:24,625 --> 00:26:26,919
Kanda tahu beliau akan menyebelahi dinda

245
00:26:27,336 --> 00:26:29,422
apabila tahu perkara sebenar.

246
00:26:34,552 --> 00:26:39,223
Boleh kanda terus panggil dinda So-rang?

247
00:26:40,516 --> 00:26:44,103
Sudah tentu! Dinda lebih suka begitu.

248
00:26:58,075 --> 00:26:59,368
Dinda tak percaya

249
00:27:00,161 --> 00:27:03,581
orang yang begitu hebat ini
ialah suami dinda.

250
00:27:09,628 --> 00:27:10,838
Dinda cantik.

251
00:27:12,465 --> 00:27:13,924
Yakah?

252
00:27:14,008 --> 00:27:18,137
Jika kanda nak tahu,
dinda tahu satu tempat ini.

253
00:27:18,888 --> 00:27:20,306
Tapi, di luar…

254
00:27:26,687 --> 00:27:30,733
Tapi, dinda tak mahu kanda teragak-agak.

255
00:27:32,443 --> 00:27:33,611
Oh…

256
00:27:34,570 --> 00:27:35,696
Memandangkan

257
00:27:36,030 --> 00:27:37,865
ada banyak perkara

258
00:27:37,948 --> 00:27:41,202
untuk dibualkan, jadi mari
kita sambung di sana.

259
00:27:43,829 --> 00:27:45,289
Boleh.

260
00:27:45,373 --> 00:27:47,124
Itu pun anakanda!

261
00:27:48,084 --> 00:27:51,962
Sida-sida yang tunjukkan jalan
asyik tersesat.

262
00:27:52,046 --> 00:27:54,799
Bonda ingat bonda tak dapat jumpa
anakanda hari ini.

263
00:27:55,424 --> 00:27:58,177
Tapi, apa anakanda berdua buat

264
00:27:58,719 --> 00:28:01,013
di lewat malam begini?

265
00:28:04,225 --> 00:28:06,477
Kami baru nak beredar selepas berbual.

266
00:28:06,560 --> 00:28:08,813
Begitu.

267
00:28:08,896 --> 00:28:12,233
Jika begitu, mari ikut bonda,
anakanda permaisuri.

268
00:28:12,608 --> 00:28:13,609
- Apa?
- Apa?

269
00:28:13,692 --> 00:28:15,027
Oh!

270
00:28:15,111 --> 00:28:17,947
Permaisuri bukan pembantu istana lagi.

271
00:28:18,030 --> 00:28:20,699
Dia bakal pengantin yang perlu tinggal

272
00:28:21,450 --> 00:28:23,369
di istana permaisuri selama 40 hari.

273
00:28:23,452 --> 00:28:25,830
Maknanya anakanda tak dapat
jumpa dia selama itu?

274
00:28:25,913 --> 00:28:28,666
Rakyat sudah menanti selama tujuh tahun.

275
00:28:29,166 --> 00:28:32,044
Tak akan anakanda tak boleh
tunggu 40 hari saja?

276
00:28:32,128 --> 00:28:34,797
- Bukan…
- Jangan risau.

277
00:28:35,297 --> 00:28:39,844
Bonda akan jaga pengantin anakanda
dengan baik sehingga perkahwinan diraja.

278
00:28:40,594 --> 00:28:42,388
Baik, mari pergi.

279
00:28:42,471 --> 00:28:45,891
Kita ada banyak tugas. Mari pergi.

280
00:28:45,975 --> 00:28:50,354
Oh, di mana fikiran anakanda? Mari pergi!

281
00:29:00,197 --> 00:29:04,952
Sebenarnya, bonda panggil anakanda
kerana nak beritahu sesuatu.

282
00:29:06,871 --> 00:29:08,247
Ya, bonda.

283
00:29:09,206 --> 00:29:10,541
Bonda

284
00:29:11,292 --> 00:29:15,212
minta maaf kerana tak percaya
anakanda lebih awal.

285
00:29:15,880 --> 00:29:21,010
Permaisuri Balu panggil dinda sehari
sebelum pemilihan pusingan ketiga.

286
00:29:21,719 --> 00:29:23,596
Kamu tak takut?

287
00:29:24,638 --> 00:29:28,684
Kamu bahayakan nyawa sendiri
untuk dedahkan kebenaran.

288
00:29:30,394 --> 00:29:33,564
Kamu tak tahu betapa sukarnya

289
00:29:33,814 --> 00:29:36,692
untuk kekalkan kehidupan di dalam istana

290
00:29:37,318 --> 00:29:41,030
agar tak terpengaruh, tapi kekal
dengan cara kamu?

291
00:29:42,823 --> 00:29:47,286
Tapi, tuanku tak hilang arah.

292
00:29:48,746 --> 00:29:53,167
Walaupun semasa orang yang tuanku
percaya perdaya tuanku.

293
00:29:54,126 --> 00:29:58,047
Tuanku tak terpengaruh sehingga ke akhir
dan kekal dengan cara tuanku.

294
00:30:00,216 --> 00:30:02,384
Patik tak takut.

295
00:30:03,344 --> 00:30:07,723
Patik percaya kini tuanku
faham keikhlasan patik.

296
00:30:09,600 --> 00:30:11,310
Bonda belum berterima kasih.

297
00:30:12,478 --> 00:30:16,440
Anakanda yang selamatkan
baginda raja daripada kegelapan.

298
00:30:17,191 --> 00:30:20,236
Tapi, bonda hanya menekan anakanda
dan tak pernah berterima kasih.

299
00:30:21,987 --> 00:30:27,368
Oleh sebab anakanda orang yang
baginda raja paling cintai,

300
00:30:28,077 --> 00:30:33,207
kini anakanda menjadi orang yang
paling berharga bagi bonda.

301
00:30:35,251 --> 00:30:36,585
Bonda.

302
00:30:38,462 --> 00:30:41,173
Mari sini, biar bonda peluk.

303
00:30:48,514 --> 00:30:49,723
Menantu.

304
00:30:50,641 --> 00:30:52,184
Menantu bonda.

305
00:30:58,315 --> 00:31:00,401
Bonda letak harapan tinggi
kepada anakanda.

306
00:31:00,901 --> 00:31:03,153
Oleh sebab anakanda pernah
tinggal di istana,

307
00:31:03,237 --> 00:31:05,906
anakanda akan dapat
sesuaikan diri dengan segera.

308
00:31:08,617 --> 00:31:10,411
Mulai esok, bangkit pada waktu harimau

309
00:31:10,494 --> 00:31:11,912
untuk kelas etiket.

310
00:31:13,372 --> 00:31:14,373
Anakanda

311
00:31:15,040 --> 00:31:16,125
bangkit waktu arnab.

312
00:31:16,500 --> 00:31:19,336
Waktu itu fokus anakanda di tahap terbaik.

313
00:31:19,587 --> 00:31:21,171
Tak cukup.

314
00:31:21,547 --> 00:31:22,840
Waktu harimau.

315
00:31:24,592 --> 00:31:25,926
Waktu harimau…

316
00:31:26,010 --> 00:31:27,428
Mari pergi, tuanku.

317
00:31:48,490 --> 00:31:49,742
Puan Istanawati Won?

318
00:31:52,286 --> 00:31:54,288
Patik Puan Istanawati Won
yang masuk istana

319
00:31:54,371 --> 00:31:58,292
buat sementara untuk
kendalikan kelas tuanku.

320
00:32:05,174 --> 00:32:07,926
Agak lama sejak kali
terakhir kita di sini.

321
00:32:08,010 --> 00:32:09,970
Apabila saya nampak puan waktu itu,

322
00:32:10,971 --> 00:32:14,058
saya terus tahu

323
00:32:14,141 --> 00:32:16,852
- kita ada hubungan yang mendalam.
- Ya, tuanku.

324
00:32:17,686 --> 00:32:19,313
Sehari selepas upacara,

325
00:32:19,396 --> 00:32:22,358
tuanku harus lawat Permaisuri Balu
untuk beri penghormatan,

326
00:32:22,441 --> 00:32:23,901
kemudian lawat Makam Diraja

327
00:32:23,984 --> 00:32:26,528
untuk beri penghormatan
kepada leluhur tuanku.

328
00:32:26,987 --> 00:32:30,616
Selepas itu, baru tuanku dengan rasminya
diiktiraf sebagai menantu.

329
00:32:32,326 --> 00:32:34,828
Tunduk dengan rendah semasa
beri hormat kepada orang tua.

330
00:32:34,912 --> 00:32:36,747
Tapi, cara tundukan itu berbeza

331
00:32:36,830 --> 00:32:39,333
dari makam kepada upacara perkahwinan.
Mari cuba.

332
00:32:39,583 --> 00:32:41,669
- Sekarang?
- Ya.

333
00:32:42,127 --> 00:32:43,420
- Sila ke sini.
- Baik.

334
00:32:44,838 --> 00:32:46,423
Jadi, begini.

335
00:32:46,674 --> 00:32:48,425
Pandang sini. Daesu sangat berat

336
00:32:48,509 --> 00:32:50,010
sehingga leher boleh patah.

337
00:32:50,094 --> 00:32:52,221
- Tak boleh buat kesilapan besar.
- Puan Won.

338
00:32:52,304 --> 00:32:54,640
Saya rasa saya pening.

339
00:32:54,890 --> 00:32:57,810
Siapa yang tuanku nak tipu?

340
00:32:58,268 --> 00:33:01,313
Dulu, tuanku pernah guna alasan itu!

341
00:33:01,397 --> 00:33:02,773
Tujuh tahun patik tak guna ini.

342
00:33:02,856 --> 00:33:04,358
Patik tak berapa ingat. Sila duduk.

343
00:33:04,441 --> 00:33:07,486
Sebagai ketua Hal Ehwal Dalaman,
wajib tahu pangkat yang betul.

344
00:33:07,569 --> 00:33:09,446
Gundik Diraja, Istanawati,
Pembantu Istana, Senior 5, Senior 6…

345
00:33:09,530 --> 00:33:10,864
Semuanya tertulis di sini.

346
00:33:10,948 --> 00:33:13,158
Sila baca dengan teliti dan ingat.

347
00:33:13,242 --> 00:33:15,661
Puan Istanawati Won! Mari

348
00:33:16,578 --> 00:33:18,038
sambung selepas berehat.

349
00:33:23,043 --> 00:33:24,628
Ya, sudah tentu.

350
00:33:25,421 --> 00:33:27,840
Tuanku langsung tak berubah.

351
00:33:27,923 --> 00:33:32,010
Itu yang saya nak cakap.

352
00:33:45,232 --> 00:33:47,651
Boleh kamu semua keluar sebentar.

353
00:33:49,486 --> 00:33:52,698
Kami sangat sibuk,
kenapa suruh mereka keluar?

354
00:33:53,031 --> 00:33:55,242
Saya nak kata sesuatu kepada awak,
Istanawati Won.

355
00:33:55,951 --> 00:33:57,911
Jangan panggil saya istanawati.

356
00:33:57,995 --> 00:34:00,789
Saya khuatir saya akan tinggal
di sini selamanya.

357
00:34:00,873 --> 00:34:02,916
Jadi, saya akan panggil awak
pekerja sementara.

358
00:34:03,417 --> 00:34:04,835
Hei, pekerja sementara.

359
00:34:06,336 --> 00:34:09,214
Kenapa awak garaukan suara?

360
00:34:09,506 --> 00:34:12,092
Awak berlagak seperti lelaki,
tapi tak boleh guna kelelakian awak.

361
00:34:16,889 --> 00:34:18,098
Hei, pekerja sementara.

362
00:34:19,016 --> 00:34:21,852
Awak fikir semua sida-sida tak boleh
guna kelelakian mereka?

363
00:34:22,436 --> 00:34:23,937
Sudah tentu.

364
00:34:24,354 --> 00:34:27,983
Maksud awak setiap sida-sida?

365
00:34:29,902 --> 00:34:31,320
Mana awak tahu jika belum lihat?

366
00:34:38,368 --> 00:34:40,954
Bukan saya boleh periksa.

367
00:34:42,498 --> 00:34:44,082
Jika awak perlu lihat untuk tahu…

368
00:34:44,166 --> 00:34:47,336
Tidak, tak apa.

369
00:34:47,836 --> 00:34:50,672
Kenapa? Awak mungkin
akan cakap lain nanti.

370
00:34:50,964 --> 00:34:52,341
Saya janji saya tak akan.

371
00:34:53,091 --> 00:34:56,637
Jadi, berhenti jual mahal.

372
00:34:57,888 --> 00:34:59,640
Bekas istanawati dihantar pulang

373
00:34:59,723 --> 00:35:02,392
supaya mereka dapat berkahwin, bukan?

374
00:35:05,771 --> 00:35:08,982
Jadi, saya tak nampak sebarang
halangan untuk hubungan kita.

375
00:35:12,694 --> 00:35:14,404
Jadi, apa kata awak

376
00:35:17,241 --> 00:35:20,202
berkahwin dengan saya.

377
00:35:33,173 --> 00:35:34,967
Won-nyeo!

378
00:35:37,010 --> 00:35:40,597
Puan Won kata dia nak pergi ambil kudapan.

379
00:35:41,098 --> 00:35:43,100
Dia pergi ambil atau buat daripada mentah?

380
00:35:45,477 --> 00:35:48,021
- Won-nyeo!
- Janganlah.

381
00:35:48,522 --> 00:35:50,941
- Won-nyeo!
- Tolonglah.

382
00:35:51,024 --> 00:35:55,279
- Won-nyeo!
- Jangan datang dekat. Tolong.

383
00:35:55,362 --> 00:35:56,989
- Won-nyeo.
- Aduhai.

384
00:35:57,239 --> 00:36:00,200
Saya tak akan lepaskan awak
sebaik saja saya dapat awak.

385
00:36:00,284 --> 00:36:03,996
Nampaknya dia sedang merasai
kemanisan hidup.

386
00:36:20,262 --> 00:36:22,764
Tapi, kenapa gunung ini?

387
00:36:49,708 --> 00:36:54,671
Saya kehilangan adik saya yang berusia
17 tahun kerana awak culik dia.

388
00:36:57,424 --> 00:37:02,804
Akhirnya berbaloi menanggung
derita selama ini.

389
00:37:25,410 --> 00:37:28,664
Melihat ubat yang diberi
kepada Ye Hyeon-ho,

390
00:37:28,747 --> 00:37:32,668
ia telah buatkan tubuh lemah dan
dia jatuh sakit disebabkannya.

391
00:37:32,751 --> 00:37:36,254
Jadi, diakui bahawa dia tak
menyedari jenayah itu.

392
00:37:36,964 --> 00:37:39,257
Tapi, oleh sebab dia gagal
uruskan keluarganya

393
00:37:39,549 --> 00:37:42,886
yang menyebabkan kekacauan besar,
dia tak boleh larikan diri dari tuduhan.

394
00:37:45,097 --> 00:37:46,765
Kamu dibuang daerah untuk bertaubat.

395
00:37:50,060 --> 00:37:51,353
Ibu.

396
00:37:52,354 --> 00:37:54,147
Apa akan berlaku kepada kita?

397
00:37:55,565 --> 00:37:57,943
Ye Hyeon-hee yang memperdaya
keluarga diraja,

398
00:37:59,111 --> 00:38:01,363
akan menjadi hamba untuk dihantar ke Tamna

399
00:38:01,446 --> 00:38:04,366
dan bekerja sepanjang hayat di sana.

400
00:38:08,829 --> 00:38:10,080
Ibu.

401
00:38:10,831 --> 00:38:12,457
Hyeon-hee.

402
00:38:12,541 --> 00:38:15,085
Selain itu, Seo Woon-jeong
yang melakukan banyak

403
00:38:16,169 --> 00:38:18,338
hasutan penculikan dan pembunuhan,

404
00:38:18,422 --> 00:38:21,174
serta berkomplot menentang
pemilihan negara yang

405
00:38:22,509 --> 00:38:25,303
melanggar undang-undang diraja akan
digantung tanpa belas kasihan.

406
00:38:51,788 --> 00:38:54,624
TAPAK HUKUMAN BUNUH

407
00:39:36,583 --> 00:39:39,211
Tuanku sangat jelita.

408
00:39:39,294 --> 00:39:42,672
Maksud patik, tuanku permaisuri
mulai hari ini.

409
00:39:58,814 --> 00:40:00,190
Tuanku kelihatan sangat jelita.

410
00:40:05,570 --> 00:40:08,949
Patik jemput mereka,
lagipun mereka keluarga tuanku.

411
00:40:21,545 --> 00:40:22,921
Datuk…

412
00:40:24,005 --> 00:40:25,215
Datuk tahu semuanya.

413
00:40:25,841 --> 00:40:29,553
Saya sudah agak. Datuk layan dengan baik
semasa saya lawat datuk kelihatan seperti

414
00:40:29,636 --> 00:40:31,012
pengemis tujuh tahun lalu.

415
00:40:35,183 --> 00:40:39,437
Ada pepatah yang bermaksud
bertahan untuk hidup yang berharga.

416
00:40:39,938 --> 00:40:41,148
Datuk bergurau.

417
00:40:41,231 --> 00:40:43,400
Jadi, datuk berjaya dengan
memegang pepatah itu.

418
00:40:43,984 --> 00:40:46,695
Saya harap datuk beritahu saya dari awal.

419
00:40:50,323 --> 00:40:52,909
Pakaian kamu berat?

420
00:40:53,618 --> 00:40:56,121
Ya, sangat berat.

421
00:40:57,122 --> 00:41:01,126
Sangat berat sehingga saya rasa
tak boleh nak melangkah ke hadapan.

422
00:41:02,919 --> 00:41:06,882
Bagaimana penipu seperti saya
jadi ibu bagi negara ini?

423
00:41:08,091 --> 00:41:09,301
Datuk tak setuju.

424
00:41:09,801 --> 00:41:12,554
Tiada siapa pernah mengembara
ke seluruh Joseon seperti tuanku.

425
00:41:13,180 --> 00:41:14,681
Tuanku jumpa begitu ramai orang.

426
00:41:14,764 --> 00:41:17,642
Tuanku bantu banyak perhubungan cinta.

427
00:41:17,726 --> 00:41:20,103
Tuanku yang buat mereka semua tersenyum.

428
00:41:21,021 --> 00:41:22,147
Pada pendapat datuk,

429
00:41:22,397 --> 00:41:24,149
tuanku yang pernah pijak najis anjing

430
00:41:24,232 --> 00:41:27,068
lebih baik daripada para gadis
yang terlalu dilindungi.

431
00:41:27,569 --> 00:41:29,070
Najis anjing?

432
00:41:29,154 --> 00:41:30,572
Apa tuanku buat selama ini?

433
00:41:31,364 --> 00:41:32,824
Menghubungkan cinta.

434
00:41:32,908 --> 00:41:33,909
Betul!

435
00:41:34,409 --> 00:41:37,871
Tuanku buat getaran kecil itu
menjadi cinta besar.

436
00:41:38,371 --> 00:41:39,789
Jangan berhenti lakukannya.

437
00:41:39,873 --> 00:41:42,667
Seperti tuanku buat baginda raja
percaya kepada cinta semula.

438
00:41:42,959 --> 00:41:45,295
Kongsi kasih sayang tuanku
dengan orang yang

439
00:41:45,378 --> 00:41:47,047
dahagakan cinta kerana larangan kahwin.

440
00:41:47,130 --> 00:41:50,926
Bantu baginda raja laksanakan
polisi untuk rakyat.

441
00:41:51,009 --> 00:41:54,679
Patik juga rasa tuanku boleh buat.

442
00:41:56,556 --> 00:42:00,227
Kewujudan tuanku sendiri
berikan kebahagiaan.

443
00:42:00,310 --> 00:42:01,311
Begitu berseri.

444
00:42:08,443 --> 00:42:09,611
Baik.

445
00:43:49,753 --> 00:43:51,379
Cuti bersalin?

446
00:43:51,671 --> 00:43:53,465
Ada pembantu yang pitam

447
00:43:53,548 --> 00:43:56,134
dari dapur diraja kerana kembali bekerja

448
00:43:56,426 --> 00:43:58,261
selepas tujuh hari melahirkan anak.

449
00:43:59,346 --> 00:44:02,807
Penjagaan selepas bersalin sangat penting.

450
00:44:02,891 --> 00:44:05,268
Mana boleh mereka kembali
bekerja selepas tujuh hari?

451
00:44:09,773 --> 00:44:12,400
Jika dinda bersalin,
adakah kanda akan titahkan

452
00:44:12,484 --> 00:44:13,693
dinda jalankan tugas

453
00:44:13,777 --> 00:44:16,279
sebagai permaisuri selepas
tujuh hari bersalin?

454
00:44:17,113 --> 00:44:20,033
Itu situasi berbeza.
Dinda ialah ibu bagi negara ini…

455
00:44:20,116 --> 00:44:21,534
Tiada bezanya.

456
00:44:22,118 --> 00:44:25,914
Dinda sama seperti mereka
sebelum masuk ke istana.

457
00:44:26,956 --> 00:44:30,960
Kami sama sahaja, tapi permaisuri
perlukan 70 hari untuk sembuh.

458
00:44:31,044 --> 00:44:33,588
Sementara pembantu dapat tujuh hari
dan itu tak cukup.

459
00:44:35,507 --> 00:44:41,513
Kanda, seorang anak yang lahir selepas
10 bulan sesuatu berharga bagi sesiapa.

460
00:44:42,847 --> 00:44:47,185
Sila jaga rakyat seperti kanda
menyayangi dinda.

461
00:44:51,731 --> 00:44:55,026
Lakukan sebanyak mana yang
kanda mahu lakukan untuk dinda…

462
00:44:58,530 --> 00:45:00,865
Tanpa mengira status,

463
00:45:01,241 --> 00:45:03,827
cuti bersalin yang selama ini tujuh hari

464
00:45:04,119 --> 00:45:05,620
akan dilanjut kepada 100 hari.

465
00:45:06,788 --> 00:45:08,164
Seratus hari?

466
00:45:08,248 --> 00:45:11,334
Juga, apabila si isteri bersalin,

467
00:45:11,418 --> 00:45:14,170
suaminya akan diberikan
cuti bapa selama 30 hari.

468
00:45:14,838 --> 00:45:18,258
Tuanku, wanita yang melahirkan anak.

469
00:45:18,508 --> 00:45:20,510
Jadi, adakah perlu cuti begini?

470
00:45:20,844 --> 00:45:22,679
Sudah tentu.

471
00:45:23,388 --> 00:45:27,058
Jadi, siapa akan jaga si ibu dan anaknya?

472
00:45:28,059 --> 00:45:32,480
Larangan perkahwinan yang lama
menyebabkan penderitaan kepada rakyat,

473
00:45:32,981 --> 00:45:34,816
anak-anak yang dilahirkan

474
00:45:34,899 --> 00:45:37,527
akan dijaga dan disayangi oleh negara.

475
00:45:38,069 --> 00:45:41,698
Kami menjunjung titah.

476
00:45:47,620 --> 00:45:51,624
Ketua Setiausaha,
untuk pembantu yang pitam,

477
00:45:51,958 --> 00:45:53,042
hantar tabib lain

478
00:45:53,126 --> 00:45:54,878
untuk periksa keadaannya.

479
00:45:55,211 --> 00:45:59,716
Sebenarnya, patik sudah periksa
dia kerana patik risau.

480
00:45:59,799 --> 00:46:02,677
Dia alami lumpuh pada
pergelangan tangan dan buku lali

481
00:46:02,760 --> 00:46:05,180
dan telah menjadi lemah,
jadi lama untuk sembuh.

482
00:46:10,185 --> 00:46:13,480
Dinda, kanda cuma perlukan dinda.

483
00:46:15,190 --> 00:46:16,191
Kenapa tiba-tiba?

484
00:46:18,276 --> 00:46:22,155
Dinda perlu bertarung nyawa
jika nak melahirkan anak.

485
00:46:23,948 --> 00:46:27,285
Tak boleh. Bagaimana jika
kanda kehilangan dinda…

486
00:46:31,789 --> 00:46:33,166
Bertenang, tuanku.

487
00:46:35,001 --> 00:46:38,046
Dinda hargai kanda kerana
sangat menyayangi dinda…

488
00:46:47,055 --> 00:46:48,681
Ini tak betul!

489
00:46:49,182 --> 00:46:52,602
Kanda sudah buat keputusan berharga
demi anak-anak masa depan.

490
00:46:52,685 --> 00:46:54,771
Tapi, kanda menolak dinda?

491
00:46:56,648 --> 00:46:59,734
Tapi, So-rang, jika sesuatu
berbahaya menimpa dinda…

492
00:47:00,068 --> 00:47:02,779
Dinda tak rasa kanda perlu takut
sekarang dan mengelaknya.

493
00:47:03,279 --> 00:47:07,742
Kita akan dapat melalui apa jua kesusahan

494
00:47:08,243 --> 00:47:10,119
kerana kita sudah bersama sekarang.

495
00:47:19,254 --> 00:47:20,672
So-rang.

496
00:47:22,966 --> 00:47:24,384
Kanda.

497
00:48:11,598 --> 00:48:15,310
Pasti sangat sukar untuk kamu selama ini.

498
00:48:18,271 --> 00:48:22,734
Beta tak berani untuk faham
perasaan kehilangan anak.

499
00:48:23,526 --> 00:48:28,364
Tapi, beta ingin terima penderitaan kamu.

500
00:48:29,490 --> 00:48:31,868
- Tuanku.
- Beta telah minta pembebasan

501
00:48:31,951 --> 00:48:34,746
untuk mendiang puteri yang
dibunuh dengan zalim.

502
00:48:34,829 --> 00:48:40,209
Julukan gelaran akan diberikan dan makam
akan dibina semula sepadan dengan status.

503
00:48:46,007 --> 00:48:47,342
Anak patik…

504
00:48:48,009 --> 00:48:53,848
Maksud patik,
apabila Puteri Mahkota tinggalkan kita,

505
00:48:54,682 --> 00:48:57,518
rakyat salahkan dia kerana
larangan perkahwinan yang lama

506
00:48:57,602 --> 00:49:00,021
serta dikritik dengan tuduhan kejam.

507
00:49:00,521 --> 00:49:04,942
Patik tak mampu pertahankan dia
daripada semua kecaman.

508
00:49:06,986 --> 00:49:09,781
Tapi, tuanku begitu bertimbang rasa.

509
00:49:19,791 --> 00:49:21,125
Tak perlu menangis.

510
00:49:25,129 --> 00:49:26,130
Cukuplah.

511
00:49:31,719 --> 00:49:33,304
Cuba luruskan dengan baik.

512
00:49:34,263 --> 00:49:35,348
Aduhai.

513
00:49:37,016 --> 00:49:38,017
Di sana juga.

514
00:49:38,351 --> 00:49:39,560
Bagus, bukan?

515
00:49:42,730 --> 00:49:47,735
Istana kita sudah berubah.

516
00:49:48,528 --> 00:49:50,071
Bukan istana saja.

517
00:49:50,154 --> 00:49:55,076
Seperti seluruh negara sudah ceria
seperti baginda permaisuri.

518
00:49:55,159 --> 00:49:56,911
Baginda raja juga begitu kusyuk

519
00:49:56,994 --> 00:49:59,080
dalam urusan negara sepanjang masa.

520
00:49:59,330 --> 00:50:01,207
Baginda titahkan supaya diberi 100 nyang

521
00:50:01,290 --> 00:50:03,418
kepada mereka yang miskin
dan tak boleh berkahwin.

522
00:50:04,961 --> 00:50:07,046
Kenal pasti mereka yang bergelut
membesarkan anak

523
00:50:07,130 --> 00:50:08,131
dan bekalkan keperluan.

524
00:50:08,214 --> 00:50:09,465
Beri cuti bersalin 100 hari.

525
00:50:09,549 --> 00:50:10,550
Ada banyak majlis kahwin,

526
00:50:10,633 --> 00:50:12,135
jadi rakyat susah cari pekerja.

527
00:50:12,218 --> 00:50:13,219
Jadi, apa seterusnya?

528
00:50:13,302 --> 00:50:14,387
Patik minta izin diraja

529
00:50:14,470 --> 00:50:15,888
untuk merekrut lebih ramai orang.

530
00:50:15,972 --> 00:50:17,306
Beta luluskan. Seterusnya.

531
00:50:17,390 --> 00:50:18,683
Jadi, semuanya baik.

532
00:50:18,933 --> 00:50:20,977
- Ya.
- Tapi, Yang Berhormat,

533
00:50:21,060 --> 00:50:24,397
kenapa wajah awak muram saja?

534
00:50:34,240 --> 00:50:35,742
Apa kata awak masuk dahulu?

535
00:50:36,659 --> 00:50:39,162
- Sila masuk dahulu.
- Tak, awak dahulu.

536
00:50:39,245 --> 00:50:40,830
Tak, sila masuk dahulu.

537
00:50:40,913 --> 00:50:43,791
Awak sudah banyak berubah sekarang.

538
00:50:43,875 --> 00:50:45,168
Cepat pergi.

539
00:50:45,251 --> 00:50:46,711
Jangan marah, tapi silakan.

540
00:50:47,879 --> 00:50:51,215
Apa kamu berdua buat di sini?

541
00:50:52,592 --> 00:50:56,179
Tuanku, mohon buat sesuatu
untuk Hwa-yoon patik.

542
00:50:56,471 --> 00:50:59,390
Tuanku, mohon buat sesuatu
untuk Shin-won patik.

543
00:51:01,434 --> 00:51:04,604
Beta yakin kamu berdua boleh
buat sesuatu mengenainya.

544
00:51:09,609 --> 00:51:11,319
Dinda datang kerana ada hajat.

545
00:51:11,986 --> 00:51:14,781
Apa hajat dinda?

546
00:51:15,782 --> 00:51:19,452
Kini semua orang dibenarkan berkahwin
memandangkan larangan kahwin ditamatkan.

547
00:51:19,827 --> 00:51:23,164
Tapi, masih ada yang tak boleh berkahwin.

548
00:51:23,873 --> 00:51:25,750
- Yakah?
- Jadi, ini bermakna

549
00:51:26,042 --> 00:51:27,794
ini bukan dunia

550
00:51:27,877 --> 00:51:30,463
di mana semua orang boleh
bercinta dan berkahwin.

551
00:51:32,131 --> 00:51:36,677
Jadi, bagaimana jika tuanku juga
boleh bantu mereka?

552
00:51:38,596 --> 00:51:40,139
Siapa orang itu?

553
00:51:40,932 --> 00:51:43,184
Gadis-gadis yang gagal semasa

554
00:51:43,267 --> 00:51:47,313
pemilihan ketiga tak boleh berkahwin
kerana dianggap sebagai wanita raja.

555
00:51:47,730 --> 00:51:49,732
Hanya kerana larangan kahwin ditamatkan,

556
00:51:49,816 --> 00:51:52,610
mereka belum terlepas daripada
kehidupan yang menyendiri.

557
00:51:52,902 --> 00:51:54,612
Baginda telah beri kebenaran diraja?

558
00:51:56,030 --> 00:51:58,741
Maknanya saya boleh berkahwin sekarang?

559
00:51:59,992 --> 00:52:01,494
Tangkap ayam itu!

560
00:52:01,577 --> 00:52:06,290
Tapi, kenapa bising sangat di luar itu?

561
00:52:06,374 --> 00:52:09,210
Kucing liar sudah gigit

562
00:52:09,293 --> 00:52:11,212
reban ayam itu.

563
00:52:12,922 --> 00:52:14,048
Apa kita patut buat?

564
00:52:15,967 --> 00:52:17,927
Ayah tunggu di sini, biar saya tengok.

565
00:52:22,265 --> 00:52:23,850
Tangkap cepat!

566
00:52:30,690 --> 00:52:33,860
- Aduhai!
- Tangkap ayam itu!

567
00:52:40,992 --> 00:52:42,910
Menakutkan betul.

568
00:52:46,706 --> 00:52:49,417
Saya tak tahu cik kita sebagus ini.

569
00:52:53,754 --> 00:52:55,172
Hei!

570
00:53:19,280 --> 00:53:20,907
Ketua Shin-won?

571
00:53:23,451 --> 00:53:25,036
Kenapa tuan datang ke sini?

572
00:53:25,453 --> 00:53:27,705
Sebenarnya…

573
00:53:27,788 --> 00:53:31,083
Saya rasa lebih baik kita bangun dahulu,
kemudian bercakap.

574
00:53:31,626 --> 00:53:33,461
Oh…

575
00:53:39,008 --> 00:53:42,553
Tapi, kenapa awak keluar dengan
begitu berbahaya?

576
00:53:43,054 --> 00:53:47,475
Tak berbahaya pun.
Saya hanya cuba tangkap ayam.

577
00:53:47,725 --> 00:53:48,893
Awak tangkap ayam?

578
00:53:53,147 --> 00:53:57,193
Saya datang untuk pulangkan pakaian awak.

579
00:53:57,276 --> 00:54:00,446
Saya ambil masa sedikit untuk
baiki skirt awak yang koyak.

580
00:54:00,529 --> 00:54:02,615
- Saya minta maaf.
- Skirt tempoh hari.

581
00:54:03,366 --> 00:54:06,327
Ya, ayah saya jadi sangat marah.

582
00:54:06,410 --> 00:54:08,871
Dia suruh saya pulangkan
sendiri skirt ini.

583
00:54:14,961 --> 00:54:16,295
Tunggu sekejap.

584
00:54:30,017 --> 00:54:32,144
Ini…

585
00:54:33,270 --> 00:54:35,231
Di sini dan di sini…

586
00:54:35,982 --> 00:54:37,066
Sudah.

587
00:54:37,566 --> 00:54:39,944
Hentikan, ini memalukan.

588
00:54:41,112 --> 00:54:42,405
Jangan ketawa.

589
00:54:45,241 --> 00:54:47,118
Jangan tahan ketawa juga.

590
00:54:50,162 --> 00:54:51,163
Baik, saya minta diri.

591
00:54:52,164 --> 00:54:57,378
Hari ini sejuk, jemput masuk
dan makan sesuatu.

592
00:54:58,254 --> 00:54:59,505
Oh.

593
00:55:00,297 --> 00:55:03,843
Jadi, semangkuk sup ayam dengan
ayam itu sedap juga.

594
00:55:03,926 --> 00:55:07,221
Ayam itu tak boleh. Saya sayang ayam itu.

595
00:55:07,304 --> 00:55:08,973
Saya juga sudah beri ia nama.

596
00:55:09,807 --> 00:55:11,851
- Apa namanya?
- Bubur Ayam.

597
00:55:12,601 --> 00:55:13,686
Apa?

598
00:55:15,021 --> 00:55:16,063
Itu agak kejam.

599
00:55:19,775 --> 00:55:20,943
Mari masuk.

600
00:55:23,904 --> 00:55:26,490
Bubur Ayam, mari. Mari sini.

601
00:55:52,975 --> 00:55:55,144
TAHNIAH
JANJI TEMU UNTUK KUMPULAN ISTANAWATI

602
00:55:55,227 --> 00:56:00,399
Saya terkenal kerana pandai bermain
bola sepak di kampung saya.

603
00:56:05,362 --> 00:56:10,284
Maksud awak semasa awak berkhidmat
dalam tentera di sempadan?

604
00:56:14,038 --> 00:56:19,043
Semasa saya dalam tentera,
saya tendang bola…

605
00:56:22,713 --> 00:56:25,382
Baik, apa kata kita kira sampai tiga

606
00:56:25,466 --> 00:56:27,885
dan tunjuk orang yang awak berminat?

607
00:56:27,968 --> 00:56:29,512
- Ya.
- Mari buat begitu.

608
00:56:29,595 --> 00:56:33,349
Baiklah. Satu, dua, tiga!

609
00:56:40,397 --> 00:56:41,398
Di dunia ini,

610
00:56:42,149 --> 00:56:45,277
sesetengah perhubungan gagal
tak kira sekuat mana kamu cuba.

611
00:56:45,903 --> 00:56:49,365
Tapi, ada yang melekat seperti
magnet tanpa mencuba.

612
00:56:49,615 --> 00:56:53,244
Rahsia itu terletak kepada keserasian.

613
00:56:53,744 --> 00:56:59,041
Jika yang wanita boleh tuliskan
tarikh dan masa lahir kamu,

614
00:56:59,125 --> 00:57:02,670
saya akan pilih lelaki yang terbaik
untuk hidup kamu.

615
00:57:04,213 --> 00:57:05,381
Nah.

616
00:57:09,593 --> 00:57:10,845
TAHUN LEMBU 5 APRIL, WAKTU ARNAB

617
00:57:14,682 --> 00:57:16,183
Mari lihat…

618
00:57:19,770 --> 00:57:23,315
Bagi awak, jodoh terbaik ialah orang ini.

619
00:57:23,399 --> 00:57:26,193
Awak mungkin tak menyedarinya sekarang,
tapi semasa awak hidup,

620
00:57:26,277 --> 00:57:29,738
awak akan tahu, orang seperti beruang
ialah orang yang ikhlas.

621
00:57:33,075 --> 00:57:34,451
Terima kasih.

622
00:57:35,035 --> 00:57:37,621
Untuk awak, pasangan
paling sesuai ialah orang ini.

623
00:57:38,581 --> 00:57:40,916
Untuk awak, pasangan
paling sesuai ialah orang ini.

624
00:57:43,377 --> 00:57:44,670
Baiklah.

625
00:57:50,551 --> 00:57:52,094
Aduhai.

626
00:57:53,637 --> 00:57:56,640
Apa gunanya bantu menyatukan orang lain?

627
00:57:56,724 --> 00:57:58,100
Saya patut cari seseorang juga.

628
00:57:59,977 --> 00:58:02,479
Atau mungkin mustahil
untuk saya di Joseon.

629
00:58:02,980 --> 00:58:04,690
Adakah saya perlu dilahirkan semula?

630
00:58:07,693 --> 00:58:09,403
Mari lihat.

631
00:59:44,581 --> 00:59:48,085
Saya tak tahu awak begitu kaya.

632
00:59:48,168 --> 00:59:51,672
Saya tak tahu awak begitu penyayang.

633
00:59:53,173 --> 00:59:54,550
Ayah!

634
00:59:54,633 --> 00:59:59,430
Anak-anak ayah, kamu seronok?

635
00:59:59,680 --> 01:00:02,308
- Seronok ada ayah?
- Ya!

636
01:00:02,558 --> 01:00:05,185
Ini lebih baik daripada tinggal
di Kampung Gongnyang, bukan?

637
01:00:05,686 --> 01:00:07,104
Ya!

638
01:00:07,187 --> 01:00:10,149
Kita sudah jadi keluarga sekarang.

639
01:00:16,488 --> 01:00:20,409
Pengantin perempuan, sila tunduk dua kali.

640
01:00:21,577 --> 01:00:24,830
Sekarang pengantin lelaki, tunduk sekali.

641
01:00:28,667 --> 01:00:31,545
Sudah begitu lama kami tunggu.
Mak sangat gembira.

642
01:00:31,795 --> 01:00:33,547
Akhirnya dia berkahwin.

643
01:00:36,175 --> 01:00:37,176
Aduhai.

644
01:00:37,509 --> 01:00:40,596
- Akhirnya anak saya berkahwin.
- Tahniah.

645
01:00:40,679 --> 01:00:43,140
Hore!

646
01:00:43,974 --> 01:00:45,184
Hore!

647
01:00:49,605 --> 01:00:52,274
Ini zaman perkahwinan.

648
01:00:52,358 --> 01:00:55,319
Semuanya berkat keberanian budi pekerti

649
01:00:55,402 --> 01:00:59,198
baginda permaisuri yang mengakhiri
larangan perkahwinan yang lama.

650
01:01:05,913 --> 01:01:08,665
Zaman perkahwinan.

651
01:01:08,749 --> 01:01:12,503
Itu perkataan popular yang
saya tak boleh faham.

652
01:01:21,512 --> 01:01:23,472
Kenapa kamu datang lewat begini?

653
01:01:23,555 --> 01:01:28,936
Larangan perkahwinan sudah tamat,
tapi kenapa kami masih membujang?

654
01:01:29,019 --> 01:01:30,771
Dunia ini kejam kepada kami.

655
01:01:31,063 --> 01:01:33,649
Kamu fikir setelah larangan ditamatkan,

656
01:01:33,732 --> 01:01:35,901
wanita akan jatuh dari langit?

657
01:01:35,984 --> 01:01:38,028
- Ya, betul.
- Jika kamu mahukan hati seseorang,

658
01:01:38,112 --> 01:01:40,489
kamu perlu gigih berusaha.

659
01:01:40,572 --> 01:01:43,951
Jika kamu terus berlengah begini,
kamu akan jadi tua sebagai  seolo .

660
01:01:44,034 --> 01:01:45,869
Kemudian, naik ke syurga dengan
mutiara ajaib di mulut.

661
01:01:47,162 --> 01:01:52,167
Jadi, keluar dan buka pintu hati kamu

662
01:01:52,251 --> 01:01:54,753
dan cari peluang dengan melihat
sekeliling kamu.

663
01:01:55,170 --> 01:01:57,631
Bagaimana kamu tahu bila dan
di mana cinta akan datang?

664
01:01:57,965 --> 01:02:01,468
Belum ada sesiapa yang saya
suka pada masa ini.

665
01:02:01,552 --> 01:02:02,970
Bagaimana jika larangan
dilaksanakan semula?

666
01:02:03,262 --> 01:02:04,471
Tak boleh!

667
01:02:04,555 --> 01:02:07,599
Bagaimana kalau kamu berdua bersatu?

668
01:02:08,183 --> 01:02:10,310
Kamu tahu saya boleh beritahu bagaimana.

669
01:02:12,396 --> 01:02:14,314
- Apa?
- Jangan harap.

670
01:02:47,764 --> 01:02:51,143
Sebelum larangan perkahwinan
dilaksanakan lagi di negara ini,

671
01:02:52,561 --> 01:02:56,315
sebelum hari-hari cinta dan
larangan perkahwinan kembali lagi,

672
01:02:57,691 --> 01:02:59,902
beta umumkan kepada seluruh negara,

673
01:03:00,402 --> 01:03:05,824
hari ini dan seterusnya,
pastikan untuk mencintai.

674
01:03:23,926 --> 01:03:25,010
Mari sini, kanda.

675
01:03:29,806 --> 01:03:31,141
Nampak cantik.

676
01:03:36,563 --> 01:03:38,899
Tak apa biar dia melukis gambar raja?

677
01:03:38,982 --> 01:03:41,151
Tak apa, ini juga akan jadi
kenangan indah.

678
01:03:41,652 --> 01:03:44,446
Kita juga perlu bantu Pelukis Jeong

679
01:03:44,530 --> 01:03:47,616
untuk karya seterusnya kerana
watak-watak itu akan menyerupai kita.

680
01:03:48,742 --> 01:03:50,077
Senyum.

681
01:03:56,667 --> 01:03:58,377
- Berdiri rapat lagi.
- Saya tak nak buat.

682
01:03:58,877 --> 01:04:01,213
Adakah ini akan selesai hari ini?

683
01:04:01,630 --> 01:04:04,383
Saya tak sangka dia rasa susah
untuk duduk diam.

684
01:04:04,466 --> 01:04:06,051
Awak boleh buat gaya ini.

685
01:04:08,845 --> 01:04:10,472
Atau apa kata begini?

686
01:04:11,765 --> 01:04:13,559
Cik, maafkan saya, tapi saya rasa

687
01:04:16,895 --> 01:04:18,689
kita akan selesai cepat jika buat begini.

688
01:04:27,531 --> 01:04:30,450
Saya rasa kita akan terbiasa
apabila ini berakhir.

689
01:04:31,493 --> 01:04:32,661
Tak tahulah.

690
01:04:33,370 --> 01:04:34,413
Seterusnya.

691
01:04:38,834 --> 01:04:40,127
Nampak.

692
01:04:41,795 --> 01:04:43,088
Aduhai.

693
01:04:45,966 --> 01:04:47,843
Ia sangat menghiburkan.

694
01:04:48,468 --> 01:04:50,137
Saya harap kami tak terlambat.

695
01:04:50,512 --> 01:04:52,222
Anak-anak, mari.

696
01:04:59,688 --> 01:05:02,816
Apa kata kita semua berkumpul bersama?

697
01:05:25,339 --> 01:05:27,758
Tapi, apa tajuk karya baharu awak

698
01:05:27,841 --> 01:05:30,510
sehingga perlukan kehadiran baginda raja?

699
01:05:46,276 --> 01:05:51,031
FORBIDDEN MARRIAGE

700
01:06:56,805 --> 01:06:58,724
THE FORBIDDEN MARRIAGE

701
01:07:02,477 --> 01:07:04,646
Saya tak sangka Hanyang besar begini.

702
01:07:04,938 --> 01:07:06,773
Ia sangat besar.

703
01:07:07,691 --> 01:07:08,984
Awak tahu?

704
01:07:10,694 --> 01:07:12,154
Dahulu, pernah ada satu masa

705
01:07:12,237 --> 01:07:14,448
lelaki dan wanita muda
tak boleh berkahwin.

706
01:07:15,991 --> 01:07:18,827
Tapi, terdapat begitu banyak
rumah dan manusia.

707
01:07:19,202 --> 01:07:21,621
Bukan di sini saja,
tapi di seluruh Joseon.

708
01:07:26,543 --> 01:07:28,837
Tapi, awak kenal saya?

709
01:07:31,089 --> 01:07:34,468
Melihat pakaian awak,
awak seperti daripada keluarga diraja.

710
01:07:36,470 --> 01:07:38,889
Jadi, kenapa awak bercakap
dengan sangat bersahaja?

711
01:07:38,972 --> 01:07:40,640
Jelas saya lebih tua.

712
01:07:41,558 --> 01:07:43,310
Saya tak rasa begitu.

713
01:07:44,186 --> 01:07:45,896
Mari kita berkawan.

714
01:07:46,313 --> 01:07:49,107
Ayah saya kata, lelaki tak boleh
berkawan dengan perempuan.

715
01:07:50,233 --> 01:07:53,320
Ia akan jadi permulaan tragedi.

716
01:07:57,491 --> 01:08:00,035
Saya cuma nak kata, awak sangat cantik.

717
01:08:03,371 --> 01:08:06,374
Nama saya Min-woo. Siapa nama awak?

718
01:08:07,793 --> 01:08:11,129
Saya Ri-yoon.

719
01:08:21,890 --> 01:08:23,892
TERIMA KASIH KERANA MENYOKONG
FORBIDDEN MARRIAGE

720
01:08:23,975 --> 01:08:26,019
KAMI CINTAKAN ANDA HARI INI DAN SETERUSNYA

721
01:08:26,937 --> 01:08:32,609
FORBIDDEN MARRIAGE

